The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazihah ismail, 2020-04-11 02:46:56

25 Pesan Buat Gadis

25 Pesan Buat Gadis

Cetakan Pertama, 2019
©Dai Afiqah Resources
Hak cipta terpelihara . Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi
kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara
elektronik , fotokopi, mekanikal , rakaman dan sebagainya sebelum
mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu .
Hanya sedutan untuk tujuan promosi dibenarkan.

Diterbitkan oleh :
Dai Afiqah Resources [PG0452840-D]
Kg Sungai Limau, 09100 Baling
Kedah Darul Aman
013-2911586

Dicetak oleh :
Firdaus Press Sdn Bhd
No 28, Jalan PBS 14/4
Taman Perindustrian Bukit Serdang
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel : 03-89405595 / 012-6875021
E-mel : [email protected]

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Dai Afiqah

25 PESAN BUAT GADIS / DAI AFIQAH.
ISBN 978-967-16722-1-1
1. Young women--Religious life--Islam.
2. Teenagers--Religious life--Islam.
3. Muslims--Conduct of life.
I. Judul : Dua puluh lima pesan buat gadis.
297.57083

Disunting oleh :
Qurratu Nabilah Binti Md Sa’ari
Reka Letak/ Reka Bentuk Kulit :
Ain Nadirah Binti Mohamad Razy

HALAMAN HAKCIPTA

25 Pesan buat gadis

1. Al-Quran Sebagai Pendamping
2. Akal Cerdas, Badan Cergas
3. Air Mata Itu Kekuatan
4. Menutup, Bukan Membalut Aurat !
5. Sahabat Adalah Cerminan Kehidupan
6. Hargai Adik-Beradik
7. Gadis , Pasanglah Matlamat
8. Ada Apa Dengan Cinta ?
9. Kawal Rasa Marah
10. Belajar Dari Kegagalan
11. Bajakan Diri Dengan Rasa Malu
12. Di Majlis Kenduri Pun Ada Adabnya
13. Membentuk Jiwa Sukarelawan
14. Skrin Terlarang
15. Jadi Kaya Usia Muda
16. Ujian Tanda Allah Sayang
17. Tekun Asas Utama
18. Fadhilat Solat Sunat Dhuha
19. Pelihara Mata
20. Kasih Guru Pada Murid Tidak Ternilai
21. Jadilah Hamba Yang Bersyukur
22. Syurga Dibawah Telapak Kaki Ibu
23. Keringat Ayah
24. Amalan Sunat Ketika Hadas Besar
25. Makan Yang Halal Lagi Baik

Buat adinda gadis…

Buku kecil ini Ayahanda/ Bonda / kekanda titipkan kepada :

...................................................................................
...................................................................................

Adinda adalah harapan kami semua.
Semoga menjadi gadis yang :

Solehah penyejuk mata
Berilmu dan berperibadi mulia
Terus berjuang demi agama Islam tercinta

Buat adinda , semoga menjadi permata ummah suatu hari
nanti dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Inshaa Allah

Ikhlas daripada ,

………………………….

Muqaddimah

Lafaz Alhamdulillah , Kakak panjatkan rasa syukur kepada
Allah SWT kerana dengan izinNya dapatlah disiapkan satu
buah tangan buat adik-adik “25 Pesan Buat Gadis”. Buku
kecil ini ilham daripada Guru kakak iaitu Ustaz Mohamad
Zarifi Daud (Juri tetap Dai Pendakwah Nusantara TV3) .
Beliau yang mencadangkan agar kakak menulis sebuah buku
khas buat adik-adik Seminar Muslimah 1st Class. Bahawa
pentingnya sebuah buku buat adik-adik gadis untuk rujukan
pada bila-bila masa sahaja nanti. Jutaan terima kasih buat
guruku atas nasihat dan bimbingan.
Buat adikku yang dikasihi, kemuliaan seorang wanita solehah
itu telah digambarkan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang
bermaksud “ Dunia ini adalah perhiasan , dan sebaik-baik
perhiasan dunia adalah wanita solehah ” (HR Muslim Nasa’i
, Ibn Majah dan Ahmad ). “Solehah” seseorang wanita itu
bukanlah pakaian yang menjadi ukuran , bukanlah ilmu yang
menjadi nilaian , bukan jua segala pencapaian dan kejayaan
dalam kehidupan, akan tetapi sejauh mana kebergantungan
dan ketaatannya akan aturan-aturan yang ditetapkan oleh
Allah SWT. Apabila kita menelusuri satu per satu kisah ahli
syurga , cukup kagum dan bangga jika punyai jiwa sekental
mereka. Mulianya peribadi dan akhlak sehingga mendapat
martabat yang tinggi disisi Allah SWT.
Buku 25 Pesan Buat Gadis : ini adalah sebuah buku yang
kami ketengahkan perkara-perkara asas sebagai seorang
wanita mahupun anak gadis. Sebagai seorang Muslimah

“Sama-sama kita perbetulkan perkara yang biasa , dan
biasakan perkara yang betul”. Buku ini juga tampil untuk
memperkenalkan ikon-ikon hebat Zaman Rasulullah SAW
sehingga kini yang berjaya untuk dijadikan contoh dan
ikutan. Ia juga menekankan prinsip dan nilai islam sebagai
panduan . Semoga beroleh kehidupan yang lebih berkat dan
cemerlang.

Buku ini disusun secara ringkas dan padat. Ianya juga
dikepilkan bersama tema-tema penting yang adik-adik sering
persoalkan di media sosial seperti Facebook , Instagram
dan sebagainya. Kami nukilkan khas buku ini buat ummah ,
khususnya kaum wanita dan anak gadis diluar sana. Sesuai
untuk semua lapisan umur termasuklah pelajar , pekerja di
sektor awam mahupun swasta malah sesiapa sahaja yang
bergelar “Muslimah”

Akhir kalam, kami berharap agar buku kecil ini memberi
1001 manfaat buat para pembaca. Sungguh , buku kecil ini
tidak mampu mengajar semua ilmu. Sekurangnya ia mampu
memperbaiki diri dan merangsang rasa dan tindakan untuk
menjadi Muslimah yang lebih unggul dan terbaik. Selamat
mengaudit diri !

Kekandamu , Da’I Afiqah

26 Ogos 2019
Kuala Lumpur

1
Jadikan Al-Quran
sebagai pendampingmu

“ Al-Quran untuk dibaca dan
diamalkan. Sebab, Al-Quran itulah
yang telah membentuk kebudayaan dan

pedoman hidup penganut Islam”

Adik-adik sekalian, kadang-kadang kakak terfikir juga kalau
hari ini last seen kita pada Whatsapp adalah seminit
yang lalu. Bilakah last seen kita pada al-quran ya?
kalau malam tadi kita kemaskini status
baru di Facebook, bilakah waktu terakhir
kita mengemaskini muka surat baru
membaca al-quran ya? kalau kelmarin
kita scroll cerita-cerita lalu di IG, bilakah
agaknya waktu akhir kita scroll kisah-kisah

di dalam al-quran ?

Sedikit persoalan yang mencucuk jiwa. Andai ada yang
tersentuh, syukurlah hati kita masih hidup. Hidup bermakna
untuk berubah menjadi yang lebih baik. Walau sesibuk mana
pun kerja kita, usah dilupa kalam tuhan. Pesan buat kakak

25 PESAN BUAT gadis

dan adik-adik juga usahlah kita tunggu “ada masa” baru nak
membaca akan tetapi peruntukkanlah masa tertentu untuk
membaca Al-Quran. Allah SWT berpesan kepada kita di
dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Kitab Al Quran yang kami turunkan kepadamu penuh
dengan keberkatan supaya mereka menghayati ayat-
ayatnya dan supaya orang-orang yang berakal mengambil
pengajaran.” ( Surah As-Sad : 19)

Kelebihan Menghafaz Al-Quran Menurut Hadis

Rasulullah SAW cukup memuji mereka yang menghafaz Al-
Quran, malah sehingga menyamakan penghafaz al-Quran
ini bersama para malaikat yang mulia jelas betapa tingginya
kedudukan mereka.

Daripada Aisya R.A , Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud : “Perumpamaan bagi seorang yang
membaca Al-Quran dan menghafaznya seperti dia itu
bersama-sama dengan sekumpulan malaikat yang mulia
sedangkan perumpaan bagi
seseorang yang membaca Al-
Quran dalam keadaan sukar,
maka bagi orang itu dua pahala
( yakni pahala membaca dan
pahala bersungguh-sungguh. (
HR. Bukhari , Muslim , Abu Daud
, Tirmidzi dan Ibn Majah)

2

25 PESAN BUAT gadis

Rasulullah SAW menggelarkan mereka yang menghafaz Al-
Quran sebagai “Ahlullah”. Sungguh , ia satu gelaran yang
sangat mulia. Hebatnya mereka yang menghafaz kalamullah
ini.

Daripada Anas bin Malik RA katanya , Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya bagi Allah
SWT terdapat ahli-Nya dalam kalangan manusia .
Mereka bertanya: “Hai Rasulullah ! siapakah mereka
itu ?” Jawab baginda , mereka adalah ahli Al-Quran ,
Ahlullah dan orang yang terisitimewa disisi-Nya” (HR al-
Darimi , An-Nasai , Ahmad dan Ibn Majah)

3

25 PESAN BUAT gadis

Anekdot

Menggamit memori bersama ayahanda kakak ketika
membaca Al-Quran. Ayah kakak orangnya garang dan tegas.
Tersilap sikit, phiyarkkkk…… kenalah rotan. Allahu sakitnya
tuhan saja tahu. Alhamdulillah kakak khatam 30 juz Al-Quran
pada usia lingkungan 11 tahun.

Ketika di sekolah
menengah, kakak pernah
mewakili Negeri Kedah
dalam pertandingan MTQSS
2012 Peringkat Kebangsaan
dalam acara hafazan Al-
Quran. Ramai juga tertanya
bagaimana cara kakak
menghafaz. Secara peribadi, kakak lebih suka mendengar
para Sheikh membaca Al-Quran. Antara Sheikh kegemaran
kakak adalah Syeikh Misyari Rasyid Al- Affasy, Syeikh Taha
Al-Junayd, Sheikh Jibrail dan Syeikh Saad Said Al-Ghamidi.
Ketika hari pertandingan semestinya kakak bersaing dengan
ramai peserta-peserta baru.
Bukanlah juara yang kakak kejar, akan tetapi setiap kalimah-
kalimah Al-Quran yang mampu diingati itulah yang terbaik
buat hidup kita. Apabila usia kakak semakin dewasa, terasa
cukup beruntung kerana telah menghafaz serba sedikit ayat-
ayat Al-Quran walaupun tidak kesemuanya. Biar ibu dan
ayah kita garang mengajar kita Al-Quran kerana sebenarnya
mereka sedang berusaha menyelamatkan kita daripada
lemas dengan lagu-lagu yang melalaikan.

4

2
Akal yang cerdas ada
pada badan yang sihat

“Positif, bukan negatiF.
Aktif, bukan pasif “

Ketika belajar di bangku sekolah
menengah, kakak mengambil
bidang pengajian agama. Masih
teringat satu pepatah Arab ada
menyebut, “Al-Aqlu salim , fil jismi
salim” , yang bermaksud akal yang
cerdas ada pada tubuh badan yang cergas. Meskipun
kadang-kadang kita nampak seperti istilah ini biasa sudah
didengari, akan tetapi jika diamalkan dan difahami dengan
baik ia cukup luar biasa. Ibu dan ayah kita selalu berpesan
kepada kita , “usahlah tidur pada waktu pagi !” “mulakan
kerja di awal hari !” “rajin-rajinlah pergi sekolah belajar”.
Ini bukan pesan biasa-biasa adik. Pesan ini menjadikan kita
lebih cergas dalam tindakan malah otak lebih segar berputar
memikirkan tugasan harian .

25 PESAN BUAT gadis

Jadilah Orang Yang Mencintai Ilmu :

Saidina Abu Bakar R.A melaporkan, Rasulullah SAW
menyatakan, “Jadilah kamu seorang yang alim, orang
yang belajar ilmu agama, orang yang gemar mendengar
pengajian agama dengan teliti , ataupun menjadi
orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Jangan kamu
menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan
binasa. Kelima , adalah kamu membenci ilmu dan ahli
ilmu.” (HR Imam At-Tabrani)
Subhanallah, para ulama’ cukup menitikberatkan kepada
kita untuk menuntut ilmu. Dengan ilmu , kita tidak akan
ditipu. Dengan ilmu, kita bahagia dunia dan akhirat. Dengan
ilmu, kita lebih yakin untuk jadi gadis yang lebih berani. Oleh
itu adik-adik semua, persiapkan diri dengan ilmu. Bagaimana
kakak ? Ya, semestinya cergaskan diri kita dan tajamkan akal
fikiran dengan membaca buku.

6

25 PESAN BUAT gadis

5 Kapsul

Akal Cerdas,
Badan Cergas

1. Membaca dan menghayati ayat-ayat
Al-Quran dan buku-buku ilmiah dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan.
2. Menjaga pandangan mata, melihat perkara
yaSnegbabgabaieki rciftoiukniltraothhenymatanenlgighdakiatenbkjeeujsarakdraiaannndtaaullhaaammn.laagnatmasa.

3. Memilih makanan yang boleh menjana
minda yang sihat. Seperti kismis, kurma,

kekacang dan lain-lain.

4. Berfikiran terbuka dan positif dalam sesuatu
perkara.

5. Kurangkan bermain permainan media
seperti gadjet. Bermainlah permainan yang
menyihatkan fizikal. Contohnya , memanah ,

berenang , berkuda dan sebagainya.
7

25 PESAN BUAT gadis

Anekdot Da’i Afiqah

…Ketika kakak belajar di sekolah menengah, kakak suka
giatkan diri dengan aktiviti kurikulum dan juga kokurikulum.
Apa sahaja pertandingan yang ada, kakak pasti ingin
menyertainya. Antaranya, debat, hafazan Al-
Quran, penulisan pidato, Choral Speaking,
badminton, pingpong dan sebagainya. Itu
kisah dulu, tamaknya kakak ketika itu kan
?. Tetapi tamak benda baik tidak mengapa.
Guru kakak berpesan, pelajar yang
cemerlang mereka akan menjana masa
dengan perkara yang berfaedah. Mereka
tidak menggemari budaya 4K dalam
kehidupan seharian. Suka untuk
kakak kongsikan dengan adik-adik
semua tentang budaya 4K yang perlu
dielakkan.

K1 - Kelas :

usahlah hadir ke kelas atau ke kuliah semata-mata. Jadilah
pelajar yang serba boleh merentasi pelbagai bidang dan
minat. Sebagai contoh, terlibat bengkel pengucapan awam,
menyertai bidang Al-Quran, menghadiri kelas seni dan
sebagainya yang memberi manfaat. Jika tidak mampu,
cukuplah sekurang-kurangnya adik menceburi bidang yang
adik suka dan memberi kelebihan pada diri dan orang lain

8

25 PESAN BUAT gadis

K2 - Kafe atau Kedai Makan :

Buat adik-adik, makan di kafe itu tidak menjadi masalah
sedikit pun. Akan tetapi sehingga membuang masa
bersembang dan melepak itulah yang merugikan kita.
Sepatutnya masa tersebut boleh diluangkan untuk
mengulang kaji pelajaran atau menolong keluarga tetapi
kita luangkan di kafe semata-mata bersama rakan-rakan.
Oleh yang demikian, usah berlama-lama di kafe atau kantin.
Segerakan waktu makan dan langsaikan perkara-perkara
yang belum dibuat itu adalah lebih baik.

K3 - Komputer :

Kakak sangat memahami pembelajaran abad terkini banyak
berteraskan teknologi. Namun demikian, tidak bermakna
kita terpaksa menghadap gadjet mahupun komputer
selama 24 jam sehari. Gunakan komputer dan gadjet disaat
perlu sahaja. Tidaklah meluangkan kesemua waktu padanya
sehingga terabai kerja harian kita.

K4 - Katil :

Ini menjadi tabiat pelajar asrama termasuklah kakak salah
seorang penghuninya suatu ketika dahulu. Kadang-kadang,
ketika hujung minggu katil lah tempatnya. Buat adik-adik,
jadilah proaktif dan rajin. Cukuplah kita tidur di katil pada
waktu malam untuk berehat. Pada waktu siang pula,
seeloknya kita bekerja keras mempersiapkan diri menjadi
muslimah berminda kelas pertama.

9

3
Air mata , itu tanda

Kekuatan !

“ Hidup ini bukanlah suatu jalan
yang datar dan ditaburi bunga

melainkan adakalanya disirami air
mata dan juga darah ”

Sering kita dengar bahawa
seorang perempuan itu
lemah. Namun tidak bererti
baginya untuk dilemahkan.
Wahai adik-adik gadis, sebenarnya kita ini kuat. Kita hanya
perlu sifat lemah lembut daripada orang-orang yang berada
di sekeliling kita. Seorang perempuan itu mengalirkan air
mata dek kerana hatinya sangat mudah tersentuh. Boleh
jadi kerana dia merasa sangat terharu dan bahagia. Boleh
jadi juga dia sedang berduka mencari kekuatan dalamannya.
Uniknya Allah jadikan air mata bagi seorang perempuan.
Kadang-kadang itulah kekuatan kita kan? Istimewa di saat
sedih kita masih mampu menunjukkan ekspresi gembira.
Jauh di sudut hati kita memendam 1001 rasa dan kecewa.
Air mata lah menjadi penguat duka dan lara.

25 PESAN BUAT gadis

Kisah Wanita Ulung

Zaman Rasulullah SAW

Berbicara tentang air mata, kakak
teringat sejarah hidup kisah
Sumayyah Binti Khubath yang cukup
menyenangkan hati dan menyuntik
kekuatan. Kehidupannya dimulai
dengan pelbagai dugaan, namun
dia berhasil keluar dari dugaan itu
dengan kemenangan yang besar,
iaitu syahid di jalan Tuhan.

Beliau adalah wanita pertama yang mengisytiharkan
keislamannya dan keluarga di hadapan kaum musyrikin.
Beliau juga merupakan orang ketujuh yang terawal memeluk
agama Islam. Setelah kakak memahami dan meneliti kisah
srikandi syurga ini, kisahnya amatlah menyedihkan. Hal ini
kerana Sumayyah mendapat seksaan yang amat dahsyat
demi mempertahankan agama.

Beliau tidak mengalami seksaan seorang diri, tetapi seluruh
keluarganya turut mengalami hal yang sama. Tubuh badan
mereka hancur akibat daripada sebatan orang-orang
musyrikin. Ibnu Katsir telah menukilkan kepada kita ucapan
Ibn Isyhaq tentang contoh seksaan itu. Ibn Isyhaq berkata
, “Kaum Bani Makhzum keluar bersama Ammar bin Yasir
dan kedua orang tuanya ketika panas kemuncak. Mereka
menyeksa Ammar dan kedua orang tuanya di atas batu-
batu kota Mekah yang sangat panas. Rasulullah melintasi
mereka lalu berkata,

11

25 PESAN BUAT gadis

“ Bersabarlah kamu wahai keluarga Yasir , sesungguhnya
balasan bagi kamu adalah syurga”
Kumpulan pertama yang syahid adalah Yasir. Abu Jahal
telah menyiksa Sumayyah Binti Khubath dengan pelbagai
cara agar Sumayyah meninggalkan Islam. Setiap kali diseksa
lebih kuat , selagi itulah menebal rasa cinta Sumayyah pada
agama.
Ketika Abu Jahal berputus asa melihat ketabahan Sumayyah ,
dia menusuk kemaluan Sumayyah dengan sebatang tombak.
Akhirnya Sumayyah mati syahid dengan penuh kerelaan
untuk bertemu dengan penciptanya dalam keadaan taat.
Sumayyah binti Khubath wanita islam pertama yang mati
syahid dalam sejarah Islam.

12

25 PESAN BUAT gadis

BELAJAR DARIPADA ULAMA :

Buat adik-adik gadis, sesungguhnya seseorang perempuan
itu mudah mengalirkan air mata. Kakak faham itulah
tanda kekuatan dan kepuasan bagi kita. Namun, usahlah
kita bersedih sepanjang masa sehingga mengabaikan
tanggungjawab hakiki. Jom kita lihat apa pesan tokoh ulama’
Dr ‘Ayidh Abdullah Al-Qarni di dalam Kitabnya Laa Tahzan
(Jangan Bersedih ) :

1 Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan
mengganggumu dengan kenangan masa lalu malah akan
membuatmu khuatir dimasa akan datang

2 Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya
membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram,
semangat akan terpadam dan harapan akan menghilang

3 Jangan bersedih, kerana kesedihan akan membuat musuh
lebih gembira musuh lebih senang menjatuhkan kita

4 Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan
menentang qadha’. Menyesali sesuatu yang pasti dan
membenci terhadap nikmat

5 Jangan bersedih, kerana rasa ini tidak akan pernah
mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang
telah pergi.

6 Jangan bersedih sesungguhnya rasa itu datangnya dari
syaitan dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang
menakutkan
13

4
Menutup , bukan
membalut aurat !

“Wanita yang menutup aurat
belum tentu dijamin syurga,
tapi sekurangnya dia berusaha

menjadi ahlinya”

Adik-adik gadis yang
disayangi Allah dan
dicintai Nabi Muhammad
SAW. Sebagai seorang
muslimah, nilai kita cukup
tinggi malah tak mampu
ditandingi oleh orang
lain. Analoginya mudah
sahaja. Sebagai contoh,
kita membeli kuih karipap di pasar. Gerai A menjual karipap
yang cukup enak. Terasa rangup apabila dimakan. Intinya
pula secukup rasa. Begitu juga dengan jualan di Gerai B.
kedua-duanya laku keras. Yang membezakan antara kedua
gerai tersebut adalah Gerai A menutup kuih karipap tersebut
dengan plastik, manakala gerai B membiarkan karipap

25 PESAN BUAT gadis

tersebut terdedah dengan kotoran dan juga asap-asap di
tepi jalan. Persoalan kakak, karipap yang manakah menjadi
pilihan adik-adik semua ? Begitu juga dalam kehidupan
sebagai seorang muslimah. Alangkah beruntungnya jika
kita dapat memenuhi tuntutan agama iaitu menutup aurat
dengan sempurna.

15

25 PESAN BUAT gadis

Buatmu Adik-Adik Gadis,
Peliharalah Auratmu !

aAKdadkaikab-k-aaddicakubmseamkieitnsagtianptykaaadnasupkdeeammh abtkaaalihiaunsa.khaanja?

01 tMideamkamkeani pjoalkoakiamnaytaang

02 sMeehlianbgugahkpuanratsudbuawngah dada

03 kjMmttbaiiaaddreendaaammankkknagaumnkkldsiiapeaetainiihbanspai.nanpamCdgpakoapgaaknnaaakiatkaimoankihanaeynnnnayyaanytamuang,nbgpguahk- 04 Tbyaiodnlaegkhtemmreleanmluimakkbeautialpktaasnkeahfiiiatnnngagha
05 mymbtilMtetieaeduleerenara.lnnnbakgkJgggariikmamhheuyaniila.edleagawnMnknungaykagagbdeanbakkabanpgusaulaiaukanwabawdhnabknawwanaunmngunaagitnanoabiuahggnraknairidaayanannamgnng 06 spcMmlaaoameelrkiannbabkcjiadaaubnuanriginhngy-kaalsaaateknmanuagnnmbpgm.aa,pSnkelaeaagmnpmiyaypeabnaurn.at-nignygai
07 mPpRRellyeearaaaalletnaakkssinnuukkgaayiiylliim.uuaaeya(nnllraeHll“uaanmwmRphhSgaaeeaASSmnisskAWhutliaeeitmWnilaTmlaapg,a,hbkgaaddmeiukkta).irahaendsiinlaaaawybknkaadnnaaitta

16

25 PESAN BUAT gadis

Mengapa Muslimah
perlu memakai hijab (tudung) ?

Satu ketika kakak mendapat jemputan ceramah di sebuah
sekolah. Setelah selesai menyampaikan ceramah berkenaan
Modul Muslimah 1st Class, datang seorang adik gadis pada
kakak ketika itu. Lantas beliau bertanya satu soalan . “
Kakak Fiqah , sebab apa eh kita kena pakai tudung?”. Kakak
merenung panjang sambil memikirkan jawapan yang sesuai
pada aras pemikirannya.

Hijab merupakan pakaian yang menjaga kehormatan wanita.
Walaupun kadang-kadang merasakan ia satu bebanan tetapi
ia tidak sesekali memudharatkan kepada kaum wanita.
Sebaliknya hijab ini merupakan pakaian yang mendisiplinkan
seorang wanita dengan tubuh badannya yang selalu menjadi
bahan nafsu bagi kaum lelaki yang mempunyai akhlak buruk.

Dari aspek saintifik, pemakaian hijab akan melindungi kepala
muslimah dari penyakit kanser . Justeru setiap muslimah
wajib membina pemikiran positif bahawa setiap aturan
Allah itu pasti mempunyai kelebihan di dunia dan akhirat.

Adik-adik gadis semua, bahawasanya di dalam Surah An-Nur
24:31, Allah SWT menegaskan kepada kaum muslimah agar
memakai hijab. Hal ini kerana untuk menjaga kehormatan
mereka sebagai seorang muslimah. Kesimpulan ringkas dari
ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa memakai tudung
itu perlu dilabuhkan sehingga menutup bukaan bahagian
dada. Tetapi, lebih afdhal bagi seorang muslimah untuk
menutup tudungnya sehingga di bawah dada.

17

5
Sahabat adalah cerminan

kehidupan

“Adakala kita bersalah, Allah
datangkan sahabat untuk menegur,
Adakala kita betul, Allah datangkan

sahabat untuk ditegur,
Adakala kita diuji, Allah datangkan

sahabat untuk membantu,
Adakala sahabat kita diuji,
Allah beri kita kekuatan untuk

membantunya.
Jadi, hargai sahabat. Mungkin kerana

dia, kita ke syurga.

25 PESAN BUAT gadis

Suka untuk
kakak katakan
bahawa sahabat
mahupun rakan
adalah insan yang
penting ketika
kita bermusafir
dan menuntut
ilmu . Pepatah
Arab ada berkata
“ Pilihlah rakan
sebelum bermusafir , dan pilihlah jiran sebelum adanya
rumah” . Pepatah ini cukup jelas memberi gambaran kepada
kita bahawa pentingnya memilih sahabat yang baik dalam
kehidupan. Sifat sebuah “cermin” adalah memantulkan
objek yang berada di dalamnya. Begitu juga dengan sahabat.
Baik buruk tingkah lakunya akan menjadi refleksi pada diri
kita. Semestinya kita ingin bersahabat dengan orang yang
sama “jiwanya” dengan kita. Hati-hati , jika sahabat kita
seorang yang cuai, melanggar syariat agama, meninggalkan
solat dan sebagainya. Takut-takut kita terjebak sama.

Tinta Ulama’ :

Para ulama’ cukup
menitikberatkan soal
ukhwah dan adab dalam
persahabatan. Dinukilkan
daripada kitab Ahasin Al-
Kalim Syarah Al-Hikam
(1/322-326) .

19

25 PESAN BUAT gadis

Abu Al-Hasan Al-Syazili berkata :
(maksudnya) “ Jangan kamu bersahabat dengan orang
yang mengutamakan dirinya daripada dirimu , maka
sesungguhnya tabiatnya jahat. Dan jangan bersahabat
dengan orang yang mengutamakan diri kamu daripada
dirinya , maka sesungguhnya ia jarang yang kekal. Dan
bersahabatlah dengan orang yang sentiasa mengingatkan
kita kepada Allah SWT. Maka Allah SWT mengkayakannya
apabila tiada . Mengingatinya merupakan cahaya hati dan
penyaksian-Nya merupakan kunci-kunci segala ghaib”

Anekdot Da’i Afiqah :

….masih teringat jasa baik sahabat-sahabat kakak. Ketika
di pentas Da’i Pendakwah Nusantara TV3 2017. Kakak
mengambil keputusan untuk cuti pengajian selama satu
bulan. Sahabat-sahabat kakak belajar di dewan kuliah,
manakala kakak bertarung di pentas dakwah. Mereka banyak
membantu kakak siapkan kajian thesis, pra-praktikum ,
belajar berkumpulan dan sebagainya. Tanpa sokongan dan
bantuan dari sahabat baik seperti mereka belum tentu kakak
kuat untuk menghabiskan sisa-sisa semester t e r a k h i r
yang cukup mencabar minda. Terima
kasih sahabat-sahabat kaunseling USIM.
Mereka sahabat kakak di dunia sehingga
ke syurga !

20

6
Hargai adik-beradik

“ Melupakan jasa dan tidak
menghargai orang lain alamat
kekerdilan jiwa. Orang yang percaya
akan dirinya tidak akan melupakan
jasa dan tidak akan memandang enteng

kelebihan orang lain ”

Jika akar adalah penguat kepada pohon, jika tiang menjadi
asas kepada rumah, begitu juga dengan adik-beradik yang
sentiasa menjadi tulang belakang dalam kehidupan kita.
Cukup beruntung seseorang yang mempunyai keluarga. Ada
orang hidup sebatang kara, ada juga yang dibuang keluarga.
Syukur alhamdulillah, kita masih punya ibu, ayah, kakak,
abang dan adik sebagai pelengkap sebuah bahtera.
Namun begitu, kadang-kadang berlaku perselisihan faham
antara ahli keluarga. Sifat dendam, hasad dengki, pentingkan
diri sendiri mula menebal dalam diri. Cukup malang kepada
sesebuah keluarga jika tidak memperbaiki kesilapan yang
ada malah membiarkannya berlanjutan sehingga ke hari tua.
Kesannya, hubungan sesama adik-beradik akan musnah,
lemah dan lesu. Masing-masing mendoakan keburukan yang
lain.

25 PESAN BUAT gadis

Ketika menghadiri mana-mana jemputan, kakak suka
bertanya kepada audien dalam kalangan kaum ibu dan ayah
tentang cara mereka membentuk keluarga yang hebat.
Selalunya setelah selesai menyampaikan ceramah, kakak
akan bertanyakan mereka soal kekeluargaan ketika kami
menjamah hidangan jamuan. Secara ringkasnya, antara
pesanan mereka yang kakak dapat kepilkan bersama dalam
tulisan kali ini adalah :

Jangan membangkitkan api
permusuhan sesama saudara

#1

#2 Tips #3

Mengutamakan Menjaga Hubungan Tidak menceritakan
keluarga terlebih Sesama keluarga keaiban sesama ahli

dahulu keluarga

#4 #5

Meluangkan masa dan Sentiasa memberi pertolongan
berbincang jika perkara dan sokongan

buruk berlaku

22

25 PESAN BUAT gadis

Kisah Ulama’

Pernah suatu hari, Al-Hasan Bin Ali R. anhuma sangat marah
pada adiknya, iaitu Muhammad Ibn-al-Hanafiah (bapanya
sama, iaitu Sayyidina Ali tetapi berlainan ibu)
Apabila berlalu dua hari dan masih lagi didapati Al-Hasan
tidak menyapa adiknya itu menyebabkan adiknya datang
kepada Al-Hasan, kemudian berkata: wahai kekandaku,
air kaki ibu kekanda jauh lebih mulia dari ibuku. Tetapi,
adinda mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik
dua orang yang bergaduh ialah yang mula memberi salam.
Justeru, adinda tidaklah mahu mendahului kebaikan kepada
kekanda. Hal ini menyebabkan kekanda Al-Hasan menangis,
lalu memeluk erat-erat dan memaafkannya. Inilah contoh
suri teladan yang wajar dipuji.
Kesimpulan ringkasnya, hubungan antara adik beradik
ibarat air yang dicincang tak akan putus. Sekeji apa pun ahli
keluarga, jahat mana pun mereka. ia tetap menjadi darah
daging kita . Keluarga yang baik adalah sentiasa menjaga air
muka antara satu sama lain. Saat senang , mereka bersama.
Tika susah juga, mereka bersama.

Binalah keluarga yang penyayang.
Kata bijak pandai , “jika kita tidak
dapat menjadi garam yang boleh
memasinkan ikan , usahlah menjadi
lalat yang membusukkannya”.
Jika tidak mampu mengambil hati
saudara mara, usahlah kita menjadi
batu api dalam keluarga yang boleh
merosakkan hubungan sehingga ke anak cucu.

23

7
Gadis, pasanglah matlamat

“Biarpun seribu kapal tenggelam di
tengah lautan,

Namun cita-cita manusia tidak pernah
padam”

Adik-adik apa khabar hari ini? Masih bersemangatkah
untuk terus membaca? Alhamdulillah, bersyukur atas
segala nikmat kehidupan. Adik-adik sekalian, kalau hari
ini kita perhati ramai dalam kalangan kita ingin mengubah
dunia, masyarakat bahkan persekitarannya, malangnya
tidak ramai yang menyebut “ingin mengubah diri sendiri”.
Sungguh, untuk berjaya kita perlu ada matlamat yang
jelas supaya tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.
Matlamat utama sebagai manusia bertamu di dunia adalah
bagi mengabdikan
diri kepada Allah SWT
dengan taat perintah-
Nya. Seperti mana Allah
SWT berfirman di dalam
Surah At-Talaq ayat 2 dan
3, mafhumnya,

25 PESAN BUAT gadis

“ Sesiapa bertakwa kepada Allah, dia pasti mengadakan
baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya
tanpa disangka-sangka. dan sesiapa yang bertawakkal
kepada Allah. Dia pasti mencukupkannya. Sesungguhnya
Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya.
Sesungguhnya Allah sudah menetapkan ketentuan bagi
setiap sesuatu.

Oleh yang demikian,
ayat ini cukup jelas
memberi nasihat
kepada kita bahawa
pasanglah matlamat
untuk menjadi manusia
yang bertakwa di jalan
Allah. Adik-adik, apa
pun jua matlamat kita,
kakak harapkan letaklah
di puncak utamanya
untuk menjadi orang
yang bertakwa. Apa
maksud takwa? tidak
lain dan bukan, takwa
bermaksud menyeru
diri kita berbuat
kebaikan dan mencegah
perbuatan yang membawa kepada kemungkaran dan
kerosakan.

25

25 PESAN BUAT gadis

Belajar dari
Buya Hamka : Kakak pernah terbaca pesan
ulama’ nusantara ini kepada kita
“Hidup kita hanya sekali, justeru
biarlah bererti”. Oleh yang
demikian buatlah matlamat yang
jelas dalam kehidupan seharian
kita. Sebagai contohnya :
Saya ingin
hbamurkietusmiedsbbueeartilcuaapm
mSseaekynuagrhianangfgian-z
kurangnya
lima ayat Al-
Quran sehari
Sekiranya
sdasayi yamabaaeskjriaaddn,a
belajar
menderama Sbabeyaraunsgaaukhnaan
RM1

awal pagi
untuk solat
bbederarsnjaemamyaaaaihbhu
berSuasyaahaakuanntuk
mendapat
keputusan yang
cempeeprlearnikgsdaaanlam

26

25 PESAN BUAT gadis

TIPS MEMBINA
PAPAN VISI :

1. Senaraikan matlamat
hidup kita samada jangka
masa pendek atau panjang.

2. Fikir dan catatkan langkah-
langkah yang perlu diambil
bagi menggapainya.

3. Letakkan di dalam bilik
atau ruang yang sering kita
lihat.

4. Merujuk kepada mereka yang
lebih tahu dan berpengalaman
sebagai panduan kita mencapai
segala cita-cita.

5. Teruskan bertawakkal dan
berdoa semoga apa yang
diimpikan akan dimakbulkan
Allah SWT.

27

8
Ada apa dengan CINTA ?

“Kehidupan ini seumpama bunga, maka
cinta adalah madunya”

Sering kakak dengar kata pujangga, “cinta itu buta”.
Sungguh , bila adik-adik bercinta seolah-olah ditutup
rapat hijab di mata. Langsung tidak nampak salah yang
berlaku. Sakit yang dipendam. Perasaan yang terpaksa
dikorban. Semuanya
tampak indah belaka bila
bercinta. Adik-adik kakak
sekalian, bukalah mata.
Bukalah seluas-luasnya. Perit
sebenarnya kita meletakkan
cinta pada tempat yang
salah. Allahu akbar ! ingat,
Allah yang selayaknya kita
memberi cinta. Bagaimana?
semestinya dengan
melaksanakan segala syariat
yang Allah SWT berikan pada

kita.

25 PESAN BUAT gadis

Anekdot Kisah Cinta Habil dan Qabil :

Adik-adik yang disayangi Allah dan dicintai Nabi Muhammad
S A W , hendak mendidik dan mengawal hubungan

percintaan kepada yang bukan mahram
kita bukanlah satu perkara yang mudah.
Tambahan lagi, ia merupakan satu
perkara yang cukup mencabar kepada kita
yang masih berdarah muda. Nabi Adam
AS juga pernah berdepan cabaran getir
dalam mengurus hubungan percintaan
Habil dan Qabil dengan kembar masing-

masing.

“ketika anak-anak Nabi Adam AS sampai usia dewasa,
maka dinikahkan anak lelaki daripada kehamilan yang
satu dengan anak perempuan daripada kehamilan
berbeza, seorang lelaki antara mereka boleh menikah
dengan anak perempuan mana pun asalkan bukan
kembarnya kerana pada waktu itu tidak ada perempuan
lain kecuali saudaranya sendiri. Ketika Qabil dan Habil
dewasa (berbeza umur mereka adalah 2 tahun) Allah
memerintahkan Adam menikahkan Qabil dengan Labuda
(Saudara Habil) dan menikahkan Habil dengan Iqlima
(Saudara Qabil) dan Iqlima itu lebih cantik daripada
Labuda. Adam menyampaikan perintah ini kepada
keduanya , Habil menerimanya dengan Ikhlas sedangkan
Qabil marah dan berkata, “Dia ( Iqlima) Saudaraku dan
aku lebih berhak atasnya dan kami daripada golongan
anak-anak syurga sedangkan mereka (Habil dan Labuda)
daripada anak-anak golongan dunia.
(Petikan daripada Tafsir Ibn Katsir)

29

25 PESAN BUAT gadis

Sama-sama kita mengambil ibrah dari peristiwa ini. Kadang-
kadang, kerana cinta kita sanggup bermasam muka antara
keluarga. Kerana cinta, kita tidak malu membuat perkara
yang Tuhan murka. Kerana cinta kita sanggup menipu
sahabat setia. Kerana cinta kita sanggup menipu dan lalai
dengan perintah Allah SWT yang Maha Berkuasa. Peristiwa
Habil dan Qabil tercatat dalam sejarah Islam kerana itulah
kali pertama kematian berlaku di atas muka bumi. Sama-
sama kita mengambil iktibar dari kisah ini.
“Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali
lubang di bumi bagi memperlihatkan kepadanya (Qabil)
bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya.
Qabil berkata , “Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak
mampu melakukan seperti burung gagak ini. Lalu aku boleh
menguburkan mayat saudaraku ini ? kerana itu jadilah
dia sebahagian orang-orang yang menyesal.” (Surah Al-
Maidah , ayat 31)

30

25 PESAN BUAT gadis

Tips
Jaga Diri

1. Dekatkan diri kita dengan
Allah SWT melalui solat,
membaca Al-Quran agar terasa
cinta kita pada Allah SWT
2. Mempelajari kisah
sirah Rasulullah SAW,
memperbanyakkan selawat
kepada baginda agar terlindung
segala nafsu jahat dan melalaikan
3. Mengambil iktibar dari anak-
anak gadis yang terjerat dengan
masalah cinta. Akhirnya mereka
menyesal dengan perbuatan
sendiri
4. Belajar menghargai dan
meraikan orang sekeliling.
5. Memilih rakan-rakan yang
baik kerana mereka yang akan
membimbing dan menegur
apabila kita melakukan kesilapan.

31

9
Kawal rasa marah !

“Kata-kata yang lemah dan beradab
dapat melembutkan hati dan manusia

yang keras”

Adik-adik yang kakak sayangi, alangkah agungnya
peribadi Rasulullah SAW yang sentiasa menanamkan
sifat pengampun dan pemaaf di dalam jiwa kaum muslimin.
Oleh yang demikian, ikutlah contoh tauladan Rasulullah
SAW agar terhindar dari godaan syaitan yang selalu mencari
peluang untuk menjerumuskan seseorang yang sedang
dalam keadaan marah.

Ketika kita sedang beremosi, kita
tidak mampu mengawal diri dengan
sebaik mungkin, hilang pertimbangan
dalam membuat keputusan
malah kemungkinan besar juga
telah merobekkan hati orang lain
disebabkan kita. Alangkah sedihnya
sesebuah perhubungan yang kita bina, putus begitu sahaja
kerana diri yang kuat rasa amarah dan mudah tertekan.

25 PESAN BUAT gadis

RUraususluElmlaohsiSGAaWya

Saidatina Aisyah RA membuktikan kepada kita bahawa
mulianya pekerti baginda Rasulullah SAW :

“ Tidak pernah
Rasulullah SAW
memukul sesuatu
dengan tangannya,
samada perempuan
dan khadam kecuali
di dalam peperangan
pada jalan Allah.
Baginda tidak
pernah membalas
satu perbuatan
salah sahabat
baginda terhadap
diri baginda,
dengan perbuatan salah sahabat baginda terhadap diri
baginda dengan perbuatan salah yang sebanding dengan
perbuatannya (dimaafkan dan diampunkan) kecuali
dilanggar apa-apa yang diharamkan Allah, barulah
baginda membalas kerana Allah SWT “

33

25 PESAN BUAT gadis

Tips Jauhi Rasa Amarah
Dan Kawal Emosi :

1. Dari Abu Dzar berkata :
“ Rasulullah SAW bersabda kepada kami “ jika salah
seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri,
hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu
yang dikehendaki) jika tidak hendaklah ia berbaring” (HR
Abu Daud)
2. Perbanyakkan istighfar dan doa dengan harapan Allah
SWT campakkan rasa tenang dalam diri.
3. Menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan atau boleh
berkongsi permasalahan dengan sesiapa yang kita percaya.
Apabila berkongsi, peratusan rasa marah dan tertekan tadi
akan sedikit menurun
4. Melepaskan perasaan dalam bentuk fizikal melalui
sukan sunnah seperti memanah, berkuda dan berenang.
5. Mempelajari terapi-terapi untuk menguruskan emosi
diri. Sebagai contohnya, terapi pernafasan alfa, terapi
lukisan , terapi muzik dan sebagainya.

34

10

Belajar dari kegagalan

“ Jangan takut jatuh, Kerana yang
tidak pernah memanjatlah yang tidak

pernah jatuh.
Jangan takut gagal, Kerana yang

tidak pernah gagal,
Hanyalah orang-orang yang tidak

pernah melangkah.
Jangan takut salah, Kerana dengan
kesalahan yang pertama kita dapat
menambah pengetahuan untuk mencari
jalan yang benar pada langkah yang

kedua “

25 PESAN BUAT gadis

dik-adik , kakak ingin bertanya

Asatu soalan boleh ya? sepanjang

adik hidup berapa kali adik pernah
merasa gagal? 10 kali? 20 kali? Sudah
tentu tidak terkira berapa jumlahnya.
Satu syarat untuk berjaya, adik-
adik harus akur dan terima bila diuji
dengan kegagalan. Kadang kita tidak
tahu disebalik kegagalan itu Allah ingin ajarkan sesuatu yang
besar kepada kita agar tidak melakukan kesilapan yang sama
di lain masa .
Ada orang gagal dalam mengurus kewangan, gagal dalam
pembelajaran bahkan gagal dalam kehidupan. Begitu juga
kalau kita lihat orang-orang yang berjaya, mereka juga
pernah melalui fasa kegagalan. Petikan dari buku Muslim
Professional ada menyebut “Kecemerlangan seseorang
ditentukan oleh faktor ilmu, kemahiran, maklumat dan
sikap”

Sikap Penyumbang Utama Kejayaan

Satu kajian dari Harvard Bussiness School dan disokong
oleh Prof Thomas Barry menunjukkan, sikap menyumbang
93% kejayaan berbanding ilmu, maklumat dan kemahiran
hanya 7%. Sikap menjadi faktor terpenting kerana apabila

seseorang itu positif, maka
kekurangannya dalam faktor
lain akan dapat diatasi. Sikap
yang baik akan menjadikan
kita berusaha lebih gigih dalam
menambah ilmu, kemahiran dan
pengalaman.

36

25 PESAN BUAT gadis

Anekdot :

..Alhamdulillah, sepanjang kakak belajar di USIM, kakak
sering mengikuti kuliah permata ummah yang cukup hebat
iaitu Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Al-Bakry. Kakak
masih ingat kisah-kisah ulama’ yang beliau kongsikan ketika
kuliah di Masjid Putra Nilai. Dalam buku tulisan beliau, “Tinta
Nasihat Penuntut Ilmu” ada dikisahkan sebuah perkongsian
cukup menarik.

“adakalanya daya kesabaran syeikh menjadikan pelajarnya
lemah itu cerdik dan bijak. Dalam Kitab Thabaqat Al-
Syafieyah oleh Imam Tajudin Al-Subki, ketika menterjemah
riwayat hidup Ar-Rabi’ Bin Sulaiman Al-Muradi, salah
seorang dalam Mazhab Imam Syafie, dikatakan beliau amat
lambat dalam kefahaman sehinggakan Imam Syafie pernah
mengulangi hampir 40 kali hanya dalam satu masalah, tetapi
beliau masih tidak faham. Dia bangkit dari majlis dalam
keadaan malu. Imam Al-Syafie memanggilnya supaya datang
seorang diri dan mengulangi lagi sehingga dia faham. Itulah
kesabaran Imam Asy-Syafie dan beliau pernah memujinya :
“ betapa aku amat mengasihimu bagi diriku” : Beliau juga
berkata : “ Tiada seorang yang pernah berkhidmat kepadaku
lebih dari Ar-Rabi’.” Beliau menambah : “ Wahai Ar-Rabi’ !
kalau aku boleh memberi makan ilmu kepadamu , nescaya
akan aku lakukannya.

Subhanallah, mulianya Imam Asy-Syafie dalam mendidik
anak muridnya supaya berjaya. Begitu jugalah kita harus
bersabar dalam menuntut ilmu. Pesan kakak, kegagalan
anggaplah sebagai pedoman agar kita tidak akan jatuh di
“longkang” yang sama lagi.

37

11
Bajakan diri dengan rasa

malu

“Jika Engkau tidak malu, perbuatlah
sesuka hatimu”

Adik-adik sekalian
, jika hidup tanpa
iman seolah tiada hala
tuju dan pegangan.
Jika hidup tanpa asas
ilmu pengetahuan
seoalah tidak lengkap
memenuhi tuntutan
tuhan. Begitu juga jika hidup tiada sekelumit rasa malu ,
seolah diri yang menayang aib sendiri pada orang ramai.
Sepertimana sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah yang bermaksud : “ Iman itu terdiri daripada lebih
60 bahagian, dan malu adalah salah satu dari bahagian-
bahagian iman “. (HR. Bukhari)

25 PESAN BUAT gadis

Islam Melarang Perkara Yang
Mengancam Maruah

Adik-adik cuba kita renung satu
persatu wajah moyang , nenek
juga ibu. Mereka inilah wanita
yang tebal rasa malu dan
penuh sopan santun sebagai
kaum hawa. Ditambah pula
dengan hijab yang menutup
aurat dengan sempurna
menyebabkan jarang-jarang
sekali kita mendengar
permasalahan sosial disana
sini. Namun kebelakangan ini ,
Kakak terasa bimbang dek kerana menjadi kelaziman adik-
adik meniru perbuatan yang boleh mengancam maruah
seorang anak gadis. Oleh itu, ingatlah pesan dari guru-guru
kakak ini agar tidak merosakkan jati diri kita :
+ Usah bercouple

+ Usah terlalu banyak berselfie atau menari (tiktok)

+ Usah terlalu ketawa berlebihan
+ Usah menghina mana-mana orang
+ Usah dedahkan aurat kita sendiri

39

25 PESAN BUAT gadis

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang
bermaksud :

“dan orang-orang yang beriman , dan yang anak cucu
mereka mengikuti mereka dengan keimanan, kami
hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan
kami tidak mengurangkan sedikit pun daripada pahala
amal mereka . setiap manusia terikat dengan apa yang
dikerjakannya“ (Surah Thur : 21)

Teladani Sifat Pemalu

Saidatina Fatimah Az-Zahra

Umum mengetahui ,
Saidatina Fatimah Az-
Zahra merupakan puteri
baginda Rasulullah
SAW. Beliau dilahirkan
pada hari Jumaat 20
Jamadilakhir tahun 605
Masihi. Seperti yang kita
tahu, Nabi Muhammad
SAW memiliki 7 orang
cahaya mata sepanjang
hayatnya. Namun,
kesemua mereka
wafat pada usia
muda kecuali

40

25 PESAN BUAT gadis

Fatimah. Saidatina Fatimah merupakan seorang anak
gadis yang cukup pemalu. Diriwayatkan dari Anas RA yang
bermaksud :
“ Rasulullah SAW datang menemui Fatimah dengan
membawa seorang budak yang beliau berikan kepadanya.
Saat itu Fatimah mengenakan baju yang jika digunakan
untuk menutup kepala, kakinya terbuka dan jika digunakan
untuk menutupi kaki, kepalanya terbuka. Saat Nabi SAW
melihat sikap Fatimah, beliau bersabda,”Tidak kenapa
bagimu, yang ada hanya ayah dan budak milikmu.” (HR.
Abu Dawud dan Baihaqi)
Subhanallah , mulianya pekerti Saidatina Fatimah Az-Zahra.
Menebal rasa malu dalam diri. Sama-sama kita doakan
semoga semakin ramai klon-klon Saidatina Fatimah Az-Zahra
di negera kita. Adik-adik yang cukup menjaga auratnya, tutur
katanya juga perilakunya.

41

12
Di majlis kenduri
pun ada adabnya

“Kecantikan yang abadi terletak pada
keelokan adab dan ketinggian ilmu

seseorang, bukan terletak pada wajah
dan pakaiannya”

Sebagai seorang
gadis, perlu kita
ingati bahawa setiap
langkah kita sentiasa
diperhati oleh kaum
lelaki terutamanya
apabila kita
menghadirkan diri
ke sesuatu majlis.
Kakak memetik satu artikel yang dikarang oleh Dato’ Haji
Muhammad Zakaria (Master Trainer, Pusat Latihan Sri
Al-Ain). Mudah-mudahan adab-adab yang digariskan ini
menjadi panduan yang baik untuk diikuti oleh kita semua.

25 PESAN BUAT gadis

Adab

Masuk
Majlis

Masuk melalui pintu hadapan 01

Memulakan dengan 02 Berjalan dengan
salam jika majlis belum 03 tegap dan
berlangsung. Tidak perlu berkeyakinan, usah
memberi salam jika majlis teragak-agak

sedang berlangsung. 04 Jangan berasak-asak,
sebaiknya masuk dengan melanggar atau melangkah-
langkah orang yang telah
adab supaya tidak duduk terlebih dahulu
mengganggu majlis

Bersalaman 05
dengan orang
bersebelahan
yang berhampiran

06 Cari tempat duduk yang sesuai,
duduklah dengan tenang dan
berbual dengan sopan

43

25 PESAN BUAT gadis

Adab ketika
MAJLIS BERLANGSUNG

1

2 Jkmaminrbaegiehnkaluenaopklkbeuaahannnngkakyeneak 3

Jtayeandnngigdtagauenhsndebguodeakrarhandn-gigri 4 dyIbkeaepunnretglgiranhansagepgtedseianuanndnnuaggh

5 dJeanmnkyggooeaaarnnnnansggnepbggbneaeoltrnrarblcgeaiaunghskauialapn 6

Dcedunabddgnaaeadlmdnraaigmnpesaaestnmemrecjblpaaitayjakiliaiaiksknpagann 7 yamEknseletgaeenkksbruakehegnaoarujnrlduemaakdbnkpaaighanrinan

8 peEmrmslbaeeekisnckneagaoyrunuarlaaardunnnahggnriyi a 9

biMmgbaatintikgsagunupatmeylaaejfltioisdnak Jtiadbinsaaygkthaaearsnrawusmtkeatabeuaummbntudbahajelirsi

44


Click to View FlipBook Version