The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazihah ismail, 2020-04-11 02:46:56

25 Pesan Buat Gadis

25 Pesan Buat Gadis

25 PESAN BUAT gadis

AKSI GANJIL
DAN PELIK
DALAM MAJLIS

Mengorek steenrmMybeeualmdKmheaeeamantdnkpagaa-saiwbraalnakhahaahanjka..
hidung, telinga
atau mgeingciungkil

Terkentut samada Berludah,
bunyi ataupun menghembus
tidak hingus atau

kahak

Menggesa orang Menggeliat atau
lain untuk mentgeuraupk,jliekbaih
mendapatkan menguap sambil

sesuatu yang anda mengeluarkan
inginkan suara

45

25 PESAN BUAT gadis

TAJUK PERBUALAN
YANG DILARANG

#1 Bercakap dengan
angkuh

Tajuk yang mudah
menyinggung perasaan

#2para hadirin

#3 Memuji dan berbangga
dddiaernni gskeaenncdekimeriiessterilmcaanergawaanan
Keterlaluan dalam #4 berlebihan.
memperkatakan Jangan terlalu
merendah diri dalam
kheaisstiilmciepwtaaasaennndddaiirrnii mmmeaejnnligcsahspienahaiitndagihrgiaaspendiri
, sebaiknya bersikap
#5 sederhana

46

25 PESAN BUAT gadis

HgaamtbiarAandpaerlibaadhi

Adik-adik kakak yang
disayangi Allah SWT
sekalian, ingat pesan
Rasulullah SAW kepada
kita :

“Sesungguhnya dalam
diri manusia itu ada
seketul daging. Jika
daging itu baik, maka
baiklah seluruh anggota
badannya tetapi
seandainya daging itu
rosak dan kotor, maka
kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging
yang dimaksudkan ini adalah hati.” (HR Bukhari dan
Muslim)

Oleh itu, jagalah hati kita kerana ia akan menjadi cerminan
peribadi kita. Jagalah akhlak kita sebaik mungkin supaya kita
terus disegani dan dihormati oleh orang lain.

47

13
Membentuk jiwa sukarela

“Keutamaan ialah suatu
kesenian, di dalam mencapai

kebahagiaan diri sendiri,
dengan jalan membahagiakan orang

lain’’

“What You Give,
You Will Get Back”
itulah ungkapan
yang sering kakak
dengar di gegendang
telinga sejak di
bangku sekolah lagi.
Maksudnya “Apa
yang kamu beri,
itulah yang kamu
akan dapat”. Jika hari ini adik-adik banyak menabur bakti
dan jasa, maka ingatlah Allah yang Maha Adil akan membalas
segala kebaikan yang kita lakukan di atas dunia.

25 PESAN BUAT gadis

Melahirkan Ummah

Yang Suka berbakti

Adik-adik sekalian, seperti mana Allah
SWT berfirman di dalam Al-Quran yang
bermaksud “Sesungguhnya orang-
orang yang berbakti benar-benar
berada di dalam syurga dengan penuh
kenikmatan” (Surah Al-Infitar : 13)

Al-Abrar disini bermaksud
orang-orang yang banyak
menghulurkan bantuan dan
berbakti kepada masyarakat
dan agama. Matlamat
mereka bukanlah sekadar
meraih pujian dan pangkat
dari manusia. Akan tetapi,
mereka ingin menempatkan
diri dalam syurga di sisi Allah
SWT. Apa sahaja yang Allah
SWT suka, mereka akan buat
sebanyaknya. Keredhaan di sisi
Allah menjadi matlamat utama
dalam kehidupan mereka.

49

25 PESAN BUAT gadis

Manfaat Menjadi Golongan
“Al-Abrar” (Orang Yang Berbakti)

Membangkitkan Mseifnagtukkeuikhhklaansalangi
rkaehkmmemeasharasdyaaanlraadmkaanhtasidinfuapt dalam hati. Apabila

kita melakukan
sesuatu dengan
hgAaarlnlaajpahar,anianmndyeaanriadpkaaapdnaat
lebih mendorong
kita melakukannya
dengasnubnegrgsuuhngguh-
Mheamtiadhaant kkeetpeunaasnagnan
dalam jiwa. Ini kerana
kerja yang dilakukan
secara sukarela
ybaenrgmiuklhaladsa,rtiahnaptai
paksaan. Bahkan,
membantu orang lain
akan mendatangkan
ketenterdaimri an pada

50

25 PESAN BUAT gadis

Anekdot Da’i Afiqah


Teringat satu amanat Dato’ Aidit Bin Ghazali
(Pengerusi Yayasan Himmah Malaysia) ketika kakak
menghadiri Perasmian USIM Care di FKP,USIM . “meskipun
komitmen belajar perlu diletak pada no.1, tidak bermakna
kerja sukarelawan kamu perlu diletak no.2 “ . Kakak
memikirkan sejenak dan bersetuju dengan kata beliau.
Sebagai anak bangsa yang diberi didikan tinggi , mempunyai
tulang empat kerat yang masih kuat, sepatutnya kitalah
yang terlibat secara langsung dalam aktiviti sukarelawan di
dalam mahupun luar negara.

Adik-adik sekalian, hayat kita di dunia ini bukanlah
selamanya. Tugas kita adalah melakukan sebanyak mungkin
amal kebaikan sebagai bekalan untuk dibawa ke alam sana.
Ketika di USIM, kakak pernah mengendalikan Global Islamic
Student Outreach Di Sek Muhammadiyah Amberketawang
Tiga, Yogyakarta. Ketika itu kakak berbual dengan seorang
pelajar lelaki. Perbualan kami lebih kurang begini… “Adik,
ayuh warnakan sahaja lukisannya”, jawapan beliau pada
kakak cukup menumbuk jiwa. “aku tak punyai uwang… aku
tak punyai warna…gimana aku mahu lukis? ” . Allahu ! Pada
pemerhatian kakak, kehidupan kita di Malaysia sungguh
serba mewah. Pelajar-pelajar kita hari ini mampu bawa
RM 5-RM10 sehari ke sekolah. Mereka hanya mengharap
bekalan dari ibu sahaja . Sedikit pengalaman manis Kakak
menjalankan misi pertama di Indonesia pada tahun 2017
yang lalu.

51

14
Skrin terlarang

“ Mata adalah jendela hati dan
telinga adalah pintunya. Apa saja
yang masuk,Dapat membentuk jiwa dan
perilaku. Jangan biarkan dimasuki

syahwat dan syubhat”

Bersikap warak dan meninggalkan sesuatu yang
haram, tidak sesekali merugikan umat Islam
sebaliknya mendatangkan keuntungan kepada kita.
Orang-orang yang bergelumang dengan perkara
maksiat akan mendapat balasan daripada Allah
SWT. Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah
hadis yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah mengharamkan
rezeki ke atas seseorang yang
melakukan maksiat, dan tiada sesuatu
yang mampu menolak takdir melainkkan doa dan tidak
bertambah umur melainkan dengan melakukan kebaikan”
(HR Imam Ahmad , An-Nasai dan Ibn Majah)

25 PESAN BUAT gadis

Hal ini kerana ianya boleh membawa kebinasaan dalam
masyarakat, agama dan keluarga. Seperti mana Allah SWT
berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu satu perbuatan buruk yang membawa kepada
kerosakan” (Al-Isra’ : 32)

Fakta bahan Pornografi

Pornografi itu berasal dari perkataan
Yunani, yang bermaksud pelacur.
Sesiapa yang menonton bahan-
bahan lucah sebenarnya mereka
sedang merosakkan diri sendiri.
Pornografi menjadi sebuah industri
yang besar pada hari ini. Segala
bentuk media massa digunakan
bagi menyalurkan adegan lucah.
Pada tahun 2003, 83% episod yang
ditayangkan dalam 20 rancangan
TV yang diminati remaja belasan
tahun di Amerika mengandungi
gambar-gambar lucah dan 20%
daripadanya menunjukkan adegan
hubungan seks secara jelas. Allahu
akbar! adik-adik sekalian, inilah
yang kakak takuti hari ini. Dadah
pornografi masih dianggap sebagai isu biasa-biasa seolah-
olah tiada apa yang berlaku.

53

25 PESAN BUAT gadis

10 Impak Menonton

Perkara-perkara Terlarang

Dr Yusuf Qardhawi melalui bukunya Taubat Untuk Allah
telah menukilkan sebuah buku yang bertajuk Al-Jawab
Al-Kafi li Man Saala Al-Adawa’ Al-Syafi oleh Ibn Qayyim
menyebut berkenaan kesan-kesan dan pengaruh maksiat.
Antaranya ialah :

Terhalang dari mendapat ilmu

Terhalang dari rezeki yang murah

Merasa jauh dari rahmat Allah SWT
hubuMngearnassaestearmpainmggairnudsairai

sSuekgaarladuarnussualnitmenjadi
Hati menjadi gelap

Mendyi ekbaalabnkgaannkmehainnuasaina
nTearbhiadlaanngmdaalariikmaetndapat doa

Boleh mengaibkan diri sendiri

Boleh melemahkan akal fikiran

54

25 PESAN BUAT gadis

6 Tips Mengawal Nafsu

Secara ringkasnya kakak merujuk tips-tips ini dalam Kitab
Al-Irsyad Fatwa, karangan Sohibus Samahah Datuk Dr.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Sama-sama kita amalkan dalam
kehidupan harian insya-Allah :

Sentiasa Banyakkan
bersahabat zikrullah
kerana
dengan ia dapat
orang-orang menenangkan
hati
soleh Ingat
Baca dan balasan dan
tadabbur azab Allah
al-Quran yang lebih
besar
Memohon Melazimi
doa supaya qiamullail.

Allah 55
menyelamatkan

daripada
sebarang bala

bencana

15
Raih kekayaan di

usia muda

“Jangan tunggu kaya baru nak
bersedekah, Tetapi sedekahlah sampai

kaya.
Kaya bukan wang ringgit saja, kaya

jiwa, kaya hati. Kaya pahala itu
lebih utama.”

Adik-adik sekalian ,
ingatkah lagi waktu
kita kecil-kecil dulu guru
kita sering bertanya di
bilik darjah. “Siapa ingin
menjadi orang kaya besar
nanti?” berpusu-pusu
kakak dan rakan-rakan angkat tangan. Masing-masing kami
memberi tahu pada cikgu, “saya nak beli banglo” “saya
pula nak ada kereta Ferrari” tak kurang juga ada yang
ingin mempunyai kerjaya hebat seperti usahawan berjaya.
Subhanallah, usia muda pun rupanya kita sudah punyai
matlamat dan cita-cita besar .

25 PESAN BUAT gadis

Rahsia Kekayaan Abu Hurairah RA :

Suatu ketika Rasulullah bertemu dengan seorang sahabat
iaitu Abu Hurairah. Nama sebenarnya adalah Abdul Rahman
Bin Sokhrin. Abu Hurairah ini orangnya sangat miskin
sehingga beliau digelar ketua orang miskin dan menjadi
khadam kepada orang-orang kaya. Sehingga satu ketika
beliau meminta nasihat daripada Rasulullah SAW. Lalu
Rasulullah mewasiatkan beberapa perkara kepada beliau
seperti yang terkandung di dalam sebuah hadis,
“Abu Hurairah R.A telah menyebut pesanan Rasulullah
SAW dengan kata : “ Kekasihku telah mewasiatkan
kepadaku tiga perkara yang tidak akan aku tinggalkan
selama hidupku. Iaitu puasa tiga hari setiap bulan , solat
sunat dhuha dan solat sunat witir sebelum tidur” (HR
Bukhari)
Setelah sekian lama Abu Hurairah mengamalkan tip yang
dikongsikan oleh Rasulullah SAW, maka beliau direzekikan
mendapat menantu yang kaya-raya. Bermula pada itu
beliau terus tawaduk dan membantu ramai orang yang
memerlukan. Hebatnya sahabat Rasulullah SAW ini kan?

Anak Muda , Jom Jadi Kaya !

Adik-adik, kekayaan itu perkara subjektif. Apabila bercakap
soal kaya raya, semestinya kita terimaginasi wang yang
berjuta-juta. Ada pula yang membayangkan berapa banyak
bidang tanah yang dimiliki. Malah ada yang tafsirkan ilmu
juga satu kekayaan yang tiada tanding dan bezanya dengan
kekayaan lain. Disini , kakak ingin menyentuh lima kekayaan
sahaja.

57

25 PESAN BUAT gadis

Kaya Emosi Gembira :

Gembira dalam melakukan sesuatu perkara adalah satu
kekayaan. Bayangkan satu ketika Allah campakkan rasa
runsing dalam diri, semestinya apa sahaja pekerjaan tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kekayaan emosi
gembira tidak dapat dijual dan beli, akan tetapi ia hadir
daripada manusia yang mempunyai jiwa yang bersih dan
pemikiran yang positif pada setiap hari.

Kaya Ilmu Pengetahuan

Orang yang kaya dengan ilmu pengetahuan akan sentiasa
menjadi manusia yang beruntung. Seorang Ulama pernah
berkata , “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana
masih kekal generasi pertama sehingga yang kemudian
dapat mempelajarinya . Jika binasa generasi yang pertama
sebelum dipelajarinya oleh generasi seterusnya, maka
binasalah manusia” . Jelaslah di sini bahawa pentingnya
menuntut ilmu. Ilmu tidak boleh dicuri, sedangkan harta
boleh dicari ganti.

Kaya Persaudaraan

Mempunyai keluarga bahagia dan saling menyayangi antara
satu sama lain adalah kekayaan yang sukar ditafsirkan. Tiada
gunanya jika mempunyai wang setinggi gunung, emas seluas
lautan tetapi hubungan tali persaudaraan rapuh dan hancur.
Sebaiknya , kongsilah kekayaan harta yang ada dengan
keluarga agar bertambah lagi nilai “kaya” kita terhadap
saudara.

58

25 PESAN BUAT gadis

Kaya Badan Sihat

Sesetengah orang terlalu mengejar wang dan pangkat
sehingga terlupa untuk menjaga tubuh badan. Bilakah
kali terakhir kita membuat pemeriksaan kesihatan? Tiada
gunanya jika mempunyai wang berjuta-juta tetapi sudah ada
penyakit di usia muda. Antara nikmat yang sering kita lupa
adalah nikmat diberi kesihatan yang baik. Adik-adik, cara
pemakanan dan lifestyle akan mempengaruhi kesihatan
tubuh badan kita. Maka, jadilah generasi yang sihat dan kaya
!

Kaya Adab

Benarlah kata seorang
ulama ( Ibn Al-Mu’taz) :
“Pelajar yang tawaduk
dan selalu merendah
diri sudah pasti akan
mendapat banyak
keuntungan. Umpama
tanah yang rendah akan
mengalir kepadanya
air yang banyak. Jadilah
manusia yang kaya
dengan adab, semetinya
kita akan diingati sampai
bila-bila.

59

16
Ujian tanda Allah sayang

“Belajarlah mengucap syukur dari
hal yang baik-baik dari hidupmu.
Belajarlah menjadi kuat dari hal
yang buruk-buruk dalam hidupmu”

Adik-adik perasan atau
tidak kadang-kadang
kita sering bermonolog
sendiri. “Mengapa Allah
uji aku begini dan begini?”
Kadang-kadang jauh sekali
kita hendak bersangka baik
dengan Allah . Mungkin
kerana kita merasakan
ujian yang diberi terlalu
berat untuk digalas.

25 PESAN BUAT gadis

Adik-adik bayangkan kita mendaki sebuah
gunung yang tinggi. Semakin mendaki ,

semestinya semakin banyak halangan
yang kita jumpa. Mungkin berselisih
dengan haiwan liar seperti ular, kala
jengking dan sebagainya. Di pertengahan
jalan ada pula pokok tumbang, tanah yang
licin, kehabisan bekalan makanan dan
sebagainya sebelum kita sampai di destinasi utama
yang cukup-cukup segar dan indah.
Begitu juga dengan kehidupan,
kita mengharapkan yang seronok
belaka. Namun, ujian yang kita
hadapi saat ini adalah diibaratkan
kita mendaki sebuah gunung yang
tinggi yang penuh dengan liku-liku.
Jika kita kental dan sabar maka
nikmatilah setiap kejayaan dalam
hidup ini.

61

25 PESAN BUAT gadis

#1 AlKliatha MMeenngjealwuahb,

Kita : “ Ishh… aku penat sangat
lah hidup ni”

Allah SWT : “dan kami jadikan tidurmu
untuk istirahat” (Surah An-Naba : 9)

#2

Kita : “beratnya dugaan ini, tak
sanggup rasanya aku…”
Allah SWT : “ Aku tidak membebani
seseorang melainkan kesanggupannya
(Surah Al-Baqarah : 286)

#3

Kita : “ Serabutnyaaaaaaa…..”

Allah SWT : “ Hanya mengingatiku hati
menjadi tenang (Surah Ar-Ra’d : 28)

62

25 PESAN BUAT gadis

#4

Kita : “Takde sorang pun nak
tolong aku eh… ”

Allah SWT : Berdoa (mintalah) kepadaku
nescaya akan aku perkenankan (Surah
Ghafir : 60)

#5

Kita : “ Sedihnyaaaaa… kenapa
niii..”

Allah SWT : Jangan kamu berduka cita,
sesungguhnya Allah bersama dengan kita
( Surah Taubah : 40)

63

17
Ketekunan adalah

aset utama

“Tugas kita bukanlah untuk berhasil,
Tugas kita adalah untuk mencuba,
Kerana di dalam mencuba itulah
kita menemukan dan belajar

membangun kesempatan untuk berhasil”

Ramai yang bertanya kakak, apakah resepi utama
dalam menjadikan seseorang pelajar itu
cemerlang? ada dalam kalangan kita menjawab
“rajin membaca”, “berani mencuba”,
ada juga yang kata “hormat ibu bapa
dan sayang cikgu-cikgu”. Adik-adik
sekalian, semua itu benar. Namun ia
belum cukup untuk menjadikan seseorang
itu mencapai kecemerlangan yang
sempurna bagi dirinya. Yang paling utama
bagi seseorang adalah mempunyai sifat
tekun dalam apa jua perkara yang diceburi.

25 PESAN BUAT gadis

Pelajari Ketekunan Rasulullah SAW

Adik-adik gadis, cuba
kita pelajari bagaimana
sifat Rasululullah SAW.
Seperti mana yang
diriwayatkan oleh
Saidatina Aisyah RA,
bahawa Nabi SAW
bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah
‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu
melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun
(Itqan)” (HR At-Tabhrani)

N  abi Muhammad SAW
sangat menyukai umatnya
bersungguh-sungguh
dalam melakukan sesuatu
perkara. Kesungguhan
kita melakukan sesuatu
perkara bukan sekadar
untuk mencari rezeki
sesuap nasi, malah menjadi tanggungjawab kita dalam
menuntut ilmu dan mengamalkan dengan baik apa yang
dipelajari. Seperti mana Allah SWT berfirman di dalam Al-
Quran yang bermaksud :
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu
(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-
Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa
yang kamu kerjakan.” (Surah At-Taubah : 105)

65

25 PESAN BUAT gadis

Anekdot Da’i Afiqah

…Syukur alhamdulillah , selesai perjuangan kakak di pentas
Da’i Pendakwah Nusantara TV3 pada tahun 2017. Ramai
orang yang memuji tak kurang juga ada yang mengkritik
setiap kali kakak melakukan persembahan di pentas besar
Da’i . Adik-adik cuba bayangkan ada 3.6 juta pasang mata
yang melihat ke arah kakak. Semestinya kakak berazam
untuk memberikan yang terbaik.
Pada pendapat kakak semestinya ketekunan adalah resepi
utama. Ketika mursyid dan murabbi mengajar, kakak
sentiasa berusaha memberi perhatian penuh. Malah
penambahbaikkan dan komentar membina saban minggu
daripada kru dan juri, kakak jadikan sebagai petunjuk untuk
mencapai ke puncak jaya. Syukur alhamdulillah, di akhir
rancangan kakak dinobatkan sebagai Naib Juara Da’i bagi
musim kelima.

66

18

Fadhilat solat sunat dhuha

“Solat Dhuha, Kunci rezeki,
Kunci kejayaan dalam menggapai

keberkatan.
Kunci untuk sentiasa berasa cukup

dalam kehidupan.”

Adik-adik kakak yang dirahmati Allah SWT
sekalian. Pernahkah dalam seumur hidup
adik-adik mengerjakan solat sunat dhuha ?

Jika pernah, syabas kakak ucapkan. Jika
belum, tidak mengapa boleh mulakan
pelan-pelan. Waktunya adalah selepas
terbit matahari sekadar segalah (kira-
kira 25 minit selepas terbit matahari).
Dan tempohnya berakhir sebelum
masuk waktu zuhur. Kakak tertarik
dengan bait-bait maksud Doa Dhuha.
Ianya berbunyi begini ya ! :

25 PESAN BUAT gadis

“Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-
Mu, kecantikkan itu kecantikkan-Mu, keindahan itu
keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan
itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-
Mu”
“Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah
dan jika ada di dalam bumi , keluarkanlah. Jika
sukar mudahkanlah. Jika haram sucikanlah. Jika
jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Limpahkan
kepada kami segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Subhanallah , hebat sekali waktu dhuha. Adik-adikku
sekalian, waktu dhuha ini penuh dengan keberkatan.
Menjana rezeki ini tidaklah hanya bergantung kepada aras
kepintaran. Tidaklah juga hanya bergantung kepada usaha
siang dan malam. Tidaklah juga bergantung kepada pangkat
dan darjat yang diperolehi. Akan tetapi, bagi sesetengah
orang punca mudahnya menjemput rezeki adalah redha
Allah. Sentiasa mendahulukan Allah pada setiap situasi dan
itulah yang kita harus contohi .

68

25 PESAN BUAT gadis

Kelebihan-kelebihan
SMoellaatkSsuannaatkDahnuha

Adik-adik sekalian, sekiranya kita menunaikan solat sunat
dhuha yang niatnya ikhlas kerana Allah SWT. Maka, Allah
akan melimpah banyak fadhilat-fadhilat buat adik-adik
semua. Antaranya yang boleh kakak kongsikan adalah :

12

Daripada Ibn ‘Umar Daripada Uqbah bin Amir
katanya, Rasulullah SAW bahawa beliau berkata :
bersabda : Firman Allah “Siapa yang bangun
di dalam hadis qudsi yang melaksanakan wudhu’
bermaksud : “Hai anak dengan sempurnanya
Adam, solatlah keranaKu ketika matahari sedang naik
dua rakaat Dhuha pada kemudian solat dua rakaat
awal hari nescaya Aku jamin nescaya diampun baginya
hingga akhir hari tersebut” segala dosanya dan dia
(HR Ahmad) sama seperti baru dilahirkan
ibunya” (HR Al-Haitami)

69

19
Pelihara mata

“Jagalah Allah, Nescaya ia akan
menjagamu”

Adik-adik yang baik
dan solehah, doa
kakak sentiasa mengiringi
kalian. Kali ini kita bincang
tentang satu makhluk Tuhan yang bernama
mata. Ingatlah sedalam-dalam hati bahawa Allah SWT
telah memberi nikmat yang cukup besar buat kita. Ada
orang tidak boleh melihat, kita alhamdulillah dapat melihat
alam ini dengan baik sekali. Oleh yang demikian, jika kita
memeliharanya dengan baik nescaya ia akan menjadi
saksi ke atas kita di akhirat kelak. Seperti mana Allah SWT
berfirman yang bermaksud :
“Pada waktu itu kami mematerikan mulut mereka
sejurus memberi peluang kepada tangan-tangan mereka
memberitahu kepada kami kesalahan masing-masing dan
kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka
telah usahakan di dunia” (Surah Yaasiin : 65)

25 PESAN BUAT gadis

Mata Yang Baik

Melihat Perkara Yang Baik

Mata yang Mata yang Mata yang
melihat memandang melihat ibu dan
kaabah bapanya dengan
Al-Quran
pandangan
kasih dan

sayang

mmMeyalaiehntmaagntehyplaaiehrdarakmaraarria aTuirdaatkomraenlgihlaatin Melihat
perkara-perkara
yang melahirkan
rasa cinta pada

Tuhan

vmyidaeenlMunogcoa-tavntihaidtdoaenko

71

25 PESAN BUAT gadis

Anekdot : Kerana Sebiji Epal…

Alkisah orang-orang soleh dalam Daerah
Jilan di Iraq. Terdapat seorang pemuda yang
soleh. Ketika itu dia berehat di bawah
sepohon pokok di tepi sebatang sungai
lalu terasa amat lapar. Tiba-tiba
pemuda tersebut ternampak sebiji
epal yang sedang terapung dibawa
arus sungai. Asbab kelaparan,
dia mengambil epal tersebut lalu
memakannya. Dia berasa menyesal
dan takut kepada Allah s.w.t. kerana
memakan buah epal yang tidak diketahui

pemiliknya.

Lantas terditik di benak hatinya, “Mungkin tuan buah epal
ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk
memohon maaf padanya.” Si pemuda bertemu dengan
tuan kebun untuk meminta maaf dan minta dihalalkan
buah yang telah dimakannya tanpa izin tersebut. Tuan
kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas
mengujinya. Pemuda tersebut bekerja di kebun epal tersebut
selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan
dan menghalalkan buah epal yang dimakannya. Walaupun
berat, beliau tetap menunaikannya.

Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut
meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun
sekali lagi mengenakan syarat tambahan. Pemuda tersebut
dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya

72

25 PESAN BUAT gadis

yang dikhabarkan adalah buta, pekak, bisu dan cacat
anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namun
dia tetap bersetuju asalkan kesalahannya diampunkan.

Tibalah saat yang dinantikan. Selesai majlis akad nikah,
pemuda tersebut melangkah masuk ke dalam kamar untuk
bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan
cacat itu. Dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana
salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan
di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabila
bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota
badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya.
Si pemuda lari keluar kerana menyangka tersalah bilik.

Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa
“buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak
pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t.
Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak
pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan
sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga
lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang
membawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota
badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota
badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat”

Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan
isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak
yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang
masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitulah Syeikh Abdul Qadir al-
Jailani.

73

20
Kasih guru pada murid

tidak ternilai

“Jikalau tidak kerana murabbi, tak
ku kenal Rabbi”

Adik-adik yang Subhanallah hebat!. Sepanjang kita hidup
di atas muka bumi ini, semestinya kita pernah berguru
dengan sesiapa sahaja sama ada secara formal mahupun
tidak. Cuba sahaja bayangkan wajah guru yang mengajar
bahasa melayu , sains , dan matematik. Sudah tentu wajah-
wajah mereka mula keluar di kotak pemikiran kita. Siapa
pun kita pada hari ini, cemerlang mana pun kita dalam
pelajaran, perjalanan kita bermula daripada didikan seorang
guru. Kakak cukup berbangga dengan kesemua guru-guru
yang pernah mendidik kakak di bangku sekolah sehingga
ke IPT. Malah, ada juga guru daripada bengkel-bengkel
yang disertai. Sungguh, jasa mereka cukup besar dan tidak
ternilai harganya. Tiada apa yang dapat dibalas melainkan
mendoakan dengan bersungguh-sungguh semoga kehidupan
guru-guru ini sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

kAepdaadba-gaudraub: 25 PESAN BUAT gadis

Jangan membenci guru
Jangan memaki hamun dan menyakiti
hatinya
Jangan takbur dan sombong dengan
guru
Jangan tinggikan suara dengan guru
Jangan bermasam muka dan
menghina guru

75

25 PESAN BUAT gadis

Hebatnya Guru Imam Syafie

Imam Al-Syafie sangat menyanjungi gurunya, Muhammad
Bin Al-Hasan Al-Syaybani yang merupakan seorang tokoh
besar dalam Mazhab Fiqh Hanafi. Beliau melazimi majlis
ilmunya dan mencatatkan semua yang didengari daripada
beliau. Imam Al-Syafie pernah berkata,” tidak pernah aku
melihat seorang yang lebih alim dengan kitabullah daripada
Muhammad. Seolah-olah ia diturunkan kepadanya.

Pujinya lagi, “tidak pernah aku melihat seseorang yang
ditanya suatu masalah lalu timbul riak tidak senang pada
wajahnya melainkan Muhammad bin Al-Hasan. Muhammad
bin Al-Hasan Al-Syaybani merupakan seorang guru yang
sangat memberi impak positif terhadap Imam Al-Syafie. Ini
terzahir daripada kata-kata beliau, “aku dibantu Allah dengan
dua lelaki : Ibnu Uyaynah dalam hadis dan Muhammad
dalam Fiqh.

Muhammad Bin Al-Hasan Al-Syaybani
juga sangat menyayangi Imam Al-Syafie
dan sering mengutamakannya daripada
mana-mana bahkan majlis jemputan
raja. Pernah satu ketika beliau baru
menaiki tunggangannya untuk ke
istana, beliau terlihat Imam Al-Syafie
datang. Lalu beliau turun kembali
dari kenderaannya dan menyuruh
pembantunya menyampaikan
keuzurannya untuk hadir ke pertemuan
dengan pihak istana.

76

25 PESAN BUAT gadis

Imam Al-Syafie berkata : “Tak mengapa, kita boleh bertemu
pada lain waktu”. Namun tegas Muhammad Bin Al-Hasan
Al-Syaybani, “Tidak”! beliau terus memegang tangan anak
murid kesayangannya itu dan membawanya masuk ke
rumah.

Anekdot

…Ketika menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia, kakak
mempunyai para pensyarah yang sangat baik. Kebanyakan
dalam kalangan mereka adalah pensyarah yang mengajar
kakak dalam bidang kauseling juga psikologi.

Ketika kakak di Pentas Da’i, salah seorang pensyarah kakak
sering bertanya khabar dan memberi kata perangsang.
Kakak masih teringat kata-katanya sehingga kini bahawa,
“Afiqah, awak mempunyai banyak bakat dan potensi .
Bakat ini akan hancur dan musnah jika awak tidak pandai
mengurus emosi dengan baik” subhanallah, inilah kata-kata
Prof Madya Dr. Othman Ab Rahman. Kakak rasa sangat
terinspirasi dengan beliau.

Ketika menyambung pengajian di semester ke 7, semestinya
tugasan semakin menggunung. Banyak perkara-perkara
yang perlu disiapkan termasuklah pra-praktikal , thesis ,
segala assignment dan pelbagai lagi. Sehingga kadang-
kadang rasa jatuh tersungkur jua. Namun, adanya
Supervisor kakak ketika itu Prof Madya Dr Othman tidak
putus-putus memberi nasihat dan membetulkan kembali
hasil-hasil kajian yang salah… sehingga kini kakak rasa
terhutang budi dengan Prof Madya dan kesemua guru-guru
yang menjadikan kakak mampu berdiri pada hari ini. ..

77

21
Jadilah hamba yang

bersyukur

“Syukur dan sabar itu seperti sayap.
Sayap sebelah kanan adalah syukur,
sayap sebelah kiri adalah sabar.
Jika patah salah satunya maka
jatuhlah kita”

25 PESAN BUAT gadis

Adik-adik sekalian yang dirahmati Allah SWT. Bersyukur
ini adalah satu tindak balas yang baik sama ada
perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang
diterima oleh seseorang. Kakak ingin bertanya diri dan adik-
adik, sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini adakah
menjadikan kita semakin bersyukur atau sebaliknya? Jika
jawapannya “ya”, tahniah buat adik-adik semua. Ada orang
ketika dia mendapat berita gembira dia akan bersyukur.
Ada juga sesetengah manusia yang apabila dia diuji juga
dia tetap rasa bersyukur. Hal ini kerana dia lebih nampak
hikmah-hikmah di sebalik apa yang Allah uji tersebut. Allah
SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku
akan tambahi nikmatKu padamu”. (Surah Ibrahim : 7)

Definisi Syukur

Syeikh Muhammad Abduh mendefinisikan syukur sebagai
berikut : “dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika
seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat-
nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu diberikan.”
Oleh itu, bersyukur tidak memadai dengan membaca atau
mengucap kalimah “Alhamdulillah” atau “syukur ya Allah”
sahaja. Erti bersyukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan,
hati dan anggota badan.

79

25 PESAN BUAT gadis

Anekdot

…ketika menjalankan Misi Bantuan Tsunami Selat Sunda
pada 26 hingga 28 Disember 2018 , kakak berasa sangat
bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana
telah menguji kakak sedemikian rupa. Hal ini kerana
apabila kakak melihat ratusan mangsa yang terkorban
akibat bencana tsunami, rumah-rumah yang kesemuanya
telah menyembah bumi malah ada yang kehilangan sanak

80

25 PESAN BUAT gadis

saudara. Dikhabarkan oleh penguatkuasa Indonesia,
pengungsi (mangsa) yang menginap di pusat pemindahan
adalah seramai 21,991 ribu penduduk. Subhanallah , jumlah
yang cukup besar bagi kakak.

Namun, kakak juga turut diuji dalam misi kali ini kerana
kakak dan pasukan Serantau Muslim Malaysia diberikan
arahan untuk menghentikan serta-merta kerja sukarelawan.
Hal ini kerana Jabatan Geologis Indonesia mengeluarkan
amaran bahawa akan berlaku tsunami susulan.

Pada malam itu, kakak dan pasukan keluar dari Wilayah
Selat Sunda. Secara ringkasnya, kereta kami kemalangan
di lebuh raya. Jika diperhatikan kepada keadaan kereta
tersebut yang hampir total lost, kami cukup bersyukur pada
Allah SWT kerana tiada apa-apa kecederaan serius yang
berlaku. Semestinya, kami berasa cukup bimbang apabila
kemalangan berlaku di tempat orang. Apapun alhamdulillah,
kakak dan rakan-rakan sangat besyukur. Kami semua
sudah beransur pulih. Inilah nikmat bagi kami, seolah-olah
disambungkan kembali nyawa ini. ..

81

22
Syurga di bawah telapak

kaki ibu

“Agama tidak melarang sesuatu
perbuatan kalau perbuatan itu
tidak merusak jiwa. Agama tidak
menyuruh, kalau suruhan itu tidak
membawa selamat dan bahagia jiwa”

Adik-adik, sebagai seorang muslimah kita dituntut
agar berbuat baik kepada ibu dan ayah .
Tuntutan tersebut adalah suatu
kewajipan yang perlu kita
tunaikan. Ini kerana setiap
permulaan kehidupan
manusia adalah bermula
dari seorang ibu. Oleh itu
, Islam memandang serius
hukum hakam dan adab
berkenaan hubungan anak
dengan ibu.

25 PESAN BUAT gadis

Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan kebaikan
dan bersopan santun terhadap mereka. Lantaran itu juga,
kita diharamkan untuk melakukan kekasaran terhadap ibu
bahkan dengan perkataan “ah” sekalipun tidak dibenarkan.
Hal ini demikian kerana perkataan menyanggah seperti
tersebut menunjukkan tanda ingkar atau membenci
terhadap tindakan mereka. Seperti mana Allah SWT
berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik
kepada ibu bapamu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah
seorang di antara keduanya
atau kedua-duanya sampai
berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu,
maka sekali-
kali janganlah
mengatakan kepada
keduanya perkataan
“ah” dan janganlah
kamu membentak
mereka dan ucapkan
kepada mereka
perkataan yang
mulia” (Surah Al-
Isra’ : 23)

83

25 PESAN BUAT gadis

Lima PDeanrgi sueaotrSaenmganigbaut
Kata

Teruskan senyum kAenrdaaniakmitaanjautsuiah,
kerana bahagia itu cepat-cepatlah kita
ada dimana-mana
bangTuunhkaenrana

Berbaiklah dengan semua
ortaahnug,skiaepraanyaaknigtaatkiadnak
membantu tatkala kita

dalam kesusahan

Usahlah ambil Usah bimbang,
pemluuadnagh-paekluaanng setiap

yang ada hari perjalananmu
indi.aBpeartlkaarnila! h sentiasa diiringi
oleh doa daripada

seorang ibu

84

Inspirasi 25 PESAN BUAT gadis

“Doa Ibu”

dari Dr. Kamilin Jamilin

…ketika bergraduasi baru-
baru ini pada November 2018,
syukur Alhamdulillah kakak
berkesempatan bertemu dan
mendengar syarahan Dr Kamilin
Jamilin di DTC USIM. Beliau telah
dianugerahkan Siswazah Terbaik Keseluruhan dan Faculty
Award Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Subhanallah
, bukan calang-calang orang untuk mendapat anugerah
sedemikian.

Menelusuri latar belakang pendidikan, beliau pernah
mendapat markah kosong selama enam tahun dan
berpindah randah sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) . Malah, ketika di bawah program pensijilan
UIA beliau menghafal 18 muka sehari demi mengejar impian
menjadi arkitek. Akan tetapi, ketika sedang mengejar
minatnya itu, beliau menerima tawaran daripada universiti
terkemuka dunia iaitu Universiti Islam Madinah. Sepanjang
pengajiannya, beliau terpaksa struggle belajar bahasa
arab di Pusat Pengajian Bahasa Universiti sebelum memilih
jurusan hadis. Katanya, ia satu bidang yang beliau langsung
tiada idea mengenainya. Ketika di peringkat Sarjana Muda

85

25 PESAN BUAT gadis

lagi beliau telah menerima Anugerah Khas Pengajian Tinggi
oleh KPT dan Konsul Pendidikan Jeddah Arab Saudi atas
kecemerlangan pengajian.

Banyak pencapaian-pencapaian Dr Kamilin terutamanya
di dalam bidang hadis. Kakak teruja apabila diberitahunya
“Tesis sebanyak empat jilid, 1800 halaman itu dinilai
cemerlang tanpa sebarang pembetulan”. Bahkan pada
keputusan akhir viva tersebut, penilai tesisnya Prof Dr Ahmad
Al-Batili menyebut : “andai universiti ini mempunyai sistem
upgrade ke Phd, nescaya kami sudah upgrade tesis anda ke
Phd”. Jawab Dr Kamilin, “tak apa, saya tidak kisah , bukan
itu yang saya kejar. Saya cuma mahu peluang menimba ilmu
pengetahuan”

Apabila ditanyakan tentang tips-tips pada beliau, kakak
cukup terkesan dengan jawapannya yang menyentuh
hati para audien ketika itu . “Saya tidak
pernah ada apa-apa kerunsingan
kerana saya mempunyai seorang ibu
yang sentiasa mendoakan anak-
anaknya. Setiap pagi ibu saya
akan bangun solat dhuha
selama satu jam tidak kurang
dan akan mendoakan anak-
anaknya. Dan atas doa ini
saya tidak pernah runsing dan
risau “. Syabas Dr Kamilin, anda
telah membangkitkan semangat
kami sebagai anak muda untuk
terus belajar dan mencintai ibu
bapa.

86

23

Keringat ayah

“Sungguh mulia hati seorang ayah
yang tidak pernah mengeluh ketika

berjuang mencari nafkah untuk
keluarganya”

Adik-adik sekalian, manusia yang kurang motivasi ialah
apabila apa yang dilakukannya dia rasa tidak dihargai.
Kakak melihat bahawa wajar sambutan Hari Bapa turut
dimeriahkan seperti sambutan Hari Ibu. Malah lebih sesuai
jika Hari Ibu dan Hari Bapa disatukan menjadi Hari Ibu Bapa.
Ia memberikan pengiktirafan kepada kedua tunggak keluarga
yang mendidik anak sejak kecil sehingga boleh berdikari.
Perkara penting untuk melahirkan keluarga yang bahagia
terletak kepada kepimpinan keluarga. Iaitu tugas seorang
ayah. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga
keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan
dan mempertahankan maruah. Justeru ayah kita perlu
banyak bekorban demi melaksanakannya .

25 PESAN BUAT gadis

5 Perkara Ayah

Berpesan

1 kPeelluihaarrgaalashebmaaikrumauhndgikriindan

2 Tuntutlah ilmu sehingga berjaya

3 mdJaagenarelraakhkaaand-arbakdaenn.gSaanygaunrgui
4 Jmadenilaghhoorrmanagtiymanasga

5 ABellarshanSWgkTa dbaanikmlahanpuasdiaa

88

25 PESAN BUAT gadis

Kata Ayah

Jadilah Orang Yang Luar Biasa :

…Suatu ketika kakak dan keluarga pergi bercuti di Negara
Thailand. Ketika bersantai di Samila Beach ayah kakak
seperti ingin berkongsi sesuatu. Selalu ayah pesan macam-
macam perkara. Namun , pada hari itu ayah cuma bercerita
tentang seorang Jutawan yang hebat. Namanya adalah
Sirivat Voravetvuthikun yang berasal dari negara Thailand.
Wah menarik sekali namanya. Kisahnya Sirivat ini pernah
menjadi jutawan dalam bidang kewangan dan saham
sekitar tahun awal 1990-an. Ketika 1994 harga saham mula
jatuh malah 1997 berlaku pula krisis ekonomi Asia. Kedua-
dua peristiwa itu telah memberi impak besar kepada nilai
kekayaannya…

Ayah kakak memaklumkan bahawa Sirivat telah menjadi
miskin ekoran kejadian tersebut. Untuk meneruskan
kehidupan , dia bersama isterinya sangat gigih membuat

89

25 PESAN BUAT gadis

jualan sandwich. Mereka terpaksa bangun awal pagi malah
kadang-kadang dia rasa tertekan dan tawar hati. Dicemuh
jiran, ditinggalkan oleh rakan-rakan itu sudah menjadi biasa
buat mereka. Semangat dan tekad yang membulat mereka
terus bangkit dari kegagalan tersebut. Terus-terusan
menjual sandwich dan Sirivat hanya memandang perkara-
perkara positif sahaja sepanjang bergelar usahawan.

Ayah berkata bahawa, Sirivat ini menjual hampir setiap hari
sandwich di jalanan. Kemudian dia membina empayar bisnes
sehingga menggajikan 14 orang pekerja. Malah , dia sudah
mula menghasilkan 2 buah kedai. Mencipta menu-menu
baru dan mula bersaing hebat dalam dunia perniagaan.
Berkat kesabarannya sekarang dia kembali menjadi
jutawan. Jenama “Sirivat Sandwich” menjadi jenama yang
cukup terkenal dikalangan orang Thai.. subhanallah ! hebat
! kata ayah , tiada manusia yang gagal melainkan dia hanya

jumpa pelbagai jalan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Terima kasih ayah !

90

24

Amalan-amalan sunat ketika
berhadas besar

“Bila kau tidak menyibukkan jiwamu
dalam kebenaran,

Maka ia akan sibuk dalam kebatilan”

Adik-adik sekalian , kakak sering mendapat persoalan di
Instagram dan Facebook berkenaan amalan-amalan
sunat ketika berhadas besar. Kakak memahami ketika kita
dalam keadaan uzur, kadang-kadang kita rasa tidak selesa
dan sukar untuk mengawal emosi. Hal ini kerana mungkin
ia dipengaruhi oleh perubahan hormon, rasa sakit dan
sebagainya. Untuk pengetahuan adik-adik, ketika kita dalam

keadaan uzur badan kita sebenarnya lemah. Oleh yang
demikian ada amalan-amalan tertentu yang boleh
kita lakukan agar kita tidak lalai dengan perkara
yang sia-sia. Seperti mana Allah SWT berfirman
kepada kita yang bermaksud :

25 PESAN BUAT gadis

“ Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam
hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan
takut dan tidak mengeraskan suara (melanggar
perintahnya) pada waktu pagi dan petang janganlah
engkau menjadi dari kalangan orang-orang yang lalai”
(Surah Al-Araf : 205)

92

25 PESAN BUAT gadis

10 Amalan-amalan Sunat
Ketika Berhadas Besar :

Berdoa Memperbanyakkan Berselawat
kepada Allah istigfar dan ke atas Nabi
bertaubat Muhammad SAW
SWT

Mengkaji dan MendAeln-Qguarrabnacaan Menghadiri
memahami majlis-majlis ilmu
terjemahan
Al-Quran yang diadakan

Memberi makan
kepada orang Minefamkpdearnbasneydaekkkaahn Berobraakntigkteupaada
yang berpuasa

Menghidupkan
malam dengan

bermunajat,
bertafakkur dan

berzikir

93

25 PESAN BUAT gadis

Apakah Hukum membaca zikir-zikir Al-Ma’thurat
ketika dalam keadaan haid ?

Kakak merujuk kepada Kitab Irsyad Fatwa jilid ke-5 karangan
SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan persoalan
diatas . Menurut mazhab Syafie , seorang wanita boleh
membaca zikir Al-Ma’thurat walaupun mengandungi ayat-
ayat Al-Quran. Dengan syarat, ia membacanya dengan niat
berzikir dan bukan niat membaca al-Quran.

Kata Imam Nawawi di Imam Nawawi juga
dalam Al-Tibyan fi Adab berkata dalam Al-Azkar :
Hamala al-Quran :

“ Kaum Muslimin “Ketahuilah, zikir
berjima’ atas sangat disukai dalam

keharusan mengucap semua keadaan
tasbih , tahlil , tahmid melainkan yang
, takbir, selawat dan dikecualikan oleh
syara’. Antaranya
zikir-zikir yang lain ialah ketika buang
untuk orang yang air , berjima’ ,
sedang haid dan ketika mendengar
khutbah pada
junub” hari jumaat, ketika
berdiri dalam solat
kerana sepatutnya ia
membaca al-Quran
dan ketika sangat

mengantuk”

94


Click to View FlipBook Version