The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazihah ismail, 2020-04-11 02:46:56

25 Pesan Buat Gadis

25 Pesan Buat Gadis

25
Makan yang halal

lagi baik

“You are what you eat,
You have a choice in what you’re

made of”

Adik-adik hebat anak solehah, Kakak sentiasa doakan.
Satu perkara penting yang perlu kita titik berat adalah
soal pemakanan. Sejauh mana status halalnya? Bagaimana
pula cara buatannya? Adakah ia menepati kehendak

syariat agama Islam?
Dalam aspek pemakanan , Islam
menekankan 2 kriteria utama iaitu

halal dan berkhasiat.
Kedua-duanya penting
dan perlu seiring.
Seperti mana yang Allah
SWT nyatakan di
dalam Al-Quran yang
bermaksud :

25 PESAN BUAT gadis

“ Wahai manusia, makan apa-apa yang diatas muka
bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut
langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan
merupakan musuh yang nyata bagimu. (Surah AL-
Maidah : 88)
Di samping itu adik-adik , selain status halal agama kita juga
menekankan supaya sesuatu makanan diambil dari sumber
yang baik lagi berkhasiat. Dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim ,
Imam Ibn Katsir menafsirkan makanan yang baik sebagai
yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan
kemudaratan kepada badan dan akal.
Apabila menyebut tentang status halal haram ini, Kakak
cadangkan adik-adik boleh layari aplikasi halal.square
yang diciptakan khas oleh Jabatan Kemajian Islam Malaysia
(JAKIM) bagi membantu masalah ummat masa kini. Mudah-
mudahan aplikasi ini dapat membantu kita bagi mengelakkan
kekeliruan status pada makanan.

96

25 PESAN BUAT gadis

Diet Cara

Nabi Muhammad

Membahagikan perut kepada tiga bahagian. 1/3
bahagian makanan , 1/3 bahagian minuman dan 1/3
bahagian pernafasan. Kita tidak seharusnya mengisi
perut semata-mata.
Mengawal nafsu makan. Tidaklah memakan apa yang
kita mahu sebaliknya makanlah sekadar perlu.
Mengambil bijirin-bijirin kerana ia mengandungi
kandungan mineral dan vitamin yang tinggi.
Sebelum menjamah makanan, kita disarankan
memakan pic atau buah-buahan. Supaya ia menjadi
bahan pelawas yang baik dan dapat menenangkan
perut.
Melazimi makan madu kerana ia mengandungi
pelbagai enzim dan dapat mengubati penyakit .

97

- Hasil Karya Da’i Afiqah -

MUKMIN 1ST CLASS DARI DUA DA’I
(USTAZ MOHAMAD ZARIFI DAN DA’I AFIQAH)

SEBUAH KARYA YANG BERKISARKAN TENTANG ADAB-ADAB
HARIAN YANG SESUAI MENJADI RUJUKAN PADA MASA KINI.
PERKARA-PERKARA RINGKAS DAN DIPANDANG RINGAN. IKUTI

KUPASANNYA DI KARYA INI

KHABAR DUKA TIDAK TERDUGA (DA’I AFIQAH)

SEBUAH TRAVELOG DA’I AFIQAH KETIKA MENJALINI MISI
BANTUAN KECEMASAN TSUNAMI 2019 DI SELAT SUNDA.
BEBERPA PERKARA DILUAR JANGKAAN BERLAKU SEHINGGA
BELIAU TIDAK MAMPU BERDAKWAH KE LAPANGAN SELAMA
SATU BULAN. BAGAIMANA BELIAU PULIH SEMULA DAN

MEMOTIVASIKAN DIRINYA? , IKUTI DI KARYA INI.

KERTAS CADANGAN SEMINAR MUSLIMAH 1ST CLASS

Pengenalan Kursus:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah
wanita solehah” (HR Muslim, Nasai’e dan Ibn Majah)

Membina jati diri seorang remaja muslimah yang lebih berketerampilan
unggul sangat dititik beratkan hari ini. Alhamdulillah, modul Seminar
Muslimah 1st Class pernah menerima jemputan dari pelbagai pihak
termasuklah agensi kerajaan dan swasta, pihak masjid dan surau, serta
program-program di sekolah bagi memperkasakan kaum hawa ini.
Secara ringkasnya, modul Muslimah 1st Class ini menerangkan empat
kerangka utama dalam membentuk sahsiah seorang remaja. Antaranya
termasuklah elemen Muslimah, Mahabbah, Martabat dan Matlamat.

Seminar Muslimah 1st Class siri ini akan membawa para peserta untuk
fokus kepada penyelesaian bagi cabaran-cabaran berikut

1- Bagaimana cara mengenali potensi dan personaliti diri agar dapat
menjadi remaja yang lebih unggul?

2- Bagaimana cara mengurus diri dan menjadi gadis yang mempunyai
martabat tinggi?

3- Bagaimana cara menanam rasa keyakinan diri dan merasakan diri
penting dalam mencapai impian sepanjang hidup?

Di akhir Seminar Muslimah 1st Class ini, para remaja akan:
1- Memahami personaliti diri dengan baik agar dapat memperbaiki
kekurangan dan mengekalkan kekuatan pada diri
2- Merasakan diri mereka lebih bertanggungjawab sebagai gadis untuk
menjaga maruah dan martabat diri.
3- Memberdaya potensi diri dalam kalangan anak gadis termasuklah
kepentingan dalam kejayaan akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Layari You Tube Seminar Muslimah Muslimah 1st Class – Dai Afiqah:

https://www.youtube.com/watch?v=Jz3yJbWLx3I

Gambaran Slot Perlaksanaan
Seminar Muslimah 1st Class

Slot 1: Seharum Slot 2: Muslimah Slot 3: Fiqh
Mawar Berduri Iron Lady Wanita

Peserta akan Peserta akan Peserta akan
mempelajari teknik mempelajari mempelajari perkara
bagaimana untuk asas berkenaan fiqh
mengurus diri. melakar “dream wanita. Terutamanya
Selain itu, perkara- board”. Selain
perkara soal maruah itu mereka turut berkenaan solat,
gadis / perempuan didedahkan tips bersuci, aurat dan
juga akan disentuh bagaiaman untuk
mengenali potensi lain-lain. Selain
lebih terperinci dan personaliti dapat bersoal jawab
sebagai contoh etika masing-masing berkenaan wanita.
pergaulan dan adab

bersama gadjet

PENGANJUR SEMINAR MUSLIMAH 1ST CLASS:

DAI AFIQAH RESOURCES
No. Pendaftaran SSM : PG0452840.D

Baling, Kedah Darul Aman
Tel : 013-2911586 / 0195794919
Email : [email protected]

Kongsikan maklumbalas anda berkenaan karya ini melalui
media sosial Da’i Afiqah :

Letakkan bersama tanda
#25PesanBuatGadis
#Muslimah1stClass

Wanita Syurga Bidadari Dunia -
Oki Setiana Dewi

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah

Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia

Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah

Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa

Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa

Nota

Nota

Nota

Nota


Click to View FlipBook Version