The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr.dahliajanan, 2023-01-31 22:35:04

Buku Garis Panduan Membaca

Azizah

i Prelim PROGRAM KOMUNITI MEMBACA GARIS PANDUAN 2023 Azizah Arsad Prof.Madya Dr. Dahlia Janan


PROGRAM KOMUNITI MEMBACA GARIS PANDUAN PROGRAM GARIS PANDUAN 2023


iv Prelim


PROGRAM KOMUNITI MEMBACA GARIS PANDUAN PROGRAM GARIS PANDUAN 2023 Azizah Arshad Prof. Madya Dr. Dahlia Janan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim 2023


vi Prelim


vii Prelim KANDUNGAN Prakata BAHAGIAN 1: MEMBACA 1.1 Pengenalan 1.2 Apa itu Membaca? 1.3 Membaca Secara Ekstensif 1.4 Tujuan Membaca 1.5 Objektif Program Membaca BAHAGIAN 2: PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI MEMBACA 2.1 Pengenalan 2.2 Kategori Komuniti Membaca 2.3 Hubung Kait antara Komuniti Membaca 2.4 Model Komuniti Membaca 2.5 Objektif Pembangunan Garis Panduan Komuniti Membaca 2.6 Matlamat Pembangunan Garis Panduan Komuniti Membaca 2.7 Kumpulan Sasaran Komuniti Membaca 2.8 Komunikasi 2.9 Bahan Bacaan 2.10 Jaringan dan Jalinan 2.11 Sumber Kewangan 2.12 Pemantauan dan Penilaian Program 17 2.13 Pelaporan BAHAGIAN 3: KOMUNITI MEMBACA SEKOLAH DAN KOMUNITI MEMBACA IBU BAPA 3.1 Pengenalan 3.2 Peranan Pentadbir Sekolah 3.3 Peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 3.4 Proses Pembentukan Kelab Komuniti Membaca Ibu Bapa (Peranan GPM dan Ibu bapa) 3.5 Proses Pembentukan Kelab Komuniti Membaca Ibu bapa 3.6 Lokasi Perpustakaan Komuniti dalam Sekolah 3.7 Strategi Merancang Aktiviti Membaca 3.8 Alternatif Pihak Sekolah yang Menghadapi Masalah Capaian Internet 3.9 Kaedah Komunikasi Mengikut omuniti dalam Sekolah 3.10 Bahan Bacaan 3.11 Jaringan dan Jalinan 3.12 Sumber Kewangan 3.13 Pemantauan dan Penilaian Program 3.14 Pelaporan BAHAGIAN 4: KOMUNITI MEMBACA KELUARGA 4.1 Pengenalan 4.2 Peranan Ibu Bapa dalam Program Membaca 4.3 Faktor-faktor yang Dipertimbangkan dalam Membangunkan Perpustakaan Keluarga untuk Warga Emas 4.4 Proses Pembangunan Perpustakaan Keluarga ISI viii 2 2 3 3 4 4 8 8 8 9 10 10 10 11 12 13 15 16 17 20 20 22 24 25 25 26 26 26 28 28 29 29 32 32 32 33 34


viii Prelim 4.5 Pengurusan Perpustakaan Keluarga 4.6 Langkah Mudah Mengurus Perpustakaan Keluarga 4.7 Strategi dan Pelaksanaan Aktiviti Membaca dalam Komuniti Keluarga 4.8 Jaringan dan Jalinan Komuniti Keluarga 4.9 Sumber Kewangan 4.10 Pemantauan dan Penilaian Program Membaca Komuniti Keluarga 4.11 Pelaporan Program BAHAGIAN 5: KOMUNITI MEMBACA KEJIRANAN 5.1 Pengenalan 5.2 Peranan Kelab Komuniti Kejiranan dalam Komuniti Sekolah dan Komuniti Masyarakat Setempat 5.3 Proses Pelantikan Ahli JAwatankuasa Kelab Komuniti Kejiranan 5.4 Peranan Ali Jawatankuasa Kelab Komuniti Membaca Kejiranan 5.5 Strategi dan Pelaksanaan Aktiviti Membaca dalam Komuniti Kejiranan 5.6 Kaedah Komunikasi dalam Komuniti Membaca Kejiranan 5.7 Bahan Bacaan 5.8 Jaringan dan Jalinan dalam Komuniti Kejiranan 5.9 Sumber Kewangan Program Membaca Peringkat Komuniti Membaca Kejiranan 5.10 Pemantauan dan Penilaian Program Komuniti Kejiranan 5.11 Pelaporan BAHAGIAN 6: KOMUNITI MEMBACA DAN MASYARAKAT SETEMPAT 6.1 Pengenalan 6.2 Komuniti Masyarakat 6.3 Pelaksanaan Program KRT/JKKK 6.4 Proses Pembangunan Komuniti Masyarakat Sekitar Melalui KRT/JPKK 6.5 Peranan KRT/JPKK dalam Program Membaca 6.6 Lokasi Perpustakaan dalam Komuniti 6.7 Strategi dan Pelaksanaan Aktiviti Membaca dalam Komuniti Masyarakat 6.8 Alternatif Pihak KRT/JPKK untuk Melaksanakan Kegiatan Membaca dalam Masyarakat Setempat 6.9 Kaedah Komunikasi dalam Komuniti Membaca Masyarakat 6.10 Bahan Bacaan 6.11 Jaringan dan Jalinan Komuniti Masyarakat Melalui KRT/JPKK 6.12 Sumber Kewangan Program Membaca Peringkat Komuniti Masyarakat 6.13 Pemantauan dan Penilaian Program Komuniti Masyarakat 6.14 Pelaporan Program Glosari Rujukan Lampiran 36 37 37 37 38 38 38 40 41 41 42 43 43 44 44 44 45 46 48 48 50 50 51 51 52 53 53 54 54 54 55 55


ix Prelim SENARAI JADUAL DAN RAJAH Jadual 2.1 Jenis Bahan Bacaan 13 Rajah 2.1 Hubung Kait antara Komuniti Membaca 8 Rajah 2.2 Model Komuniti Membaca 9 Rajah 5.1 Hubungan Kelab Komuniti Kejiranan dengan Komuniti Sekolah dan Komuniti Setempat 41


x Prelim PRAKATA Membaca secara meluas atau ekstensif bertujuan meningkatkan keinginan membaca dengan aktiviti membaca buku yang mudah dan menyeronokkan. Antara matlamat lain membaca secara ektensif ini adalah untuk membantu murid menjadi lebih baik dalam kemahiran membaca selain daripada membaca untuk menguasai sesuatu bahasa itu. Demi memperluaskan konsep membaca ekstensif ini Program Komuniti Membaca diperkenalkan bagi melibatkan seluruh entiti di sekeliling murid untuk bersama-sama mengiatkan lagi pembacaan mereka di samping menyemarakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Program ini diaspirasikan hasil kombinasi kajian peringkat PhD dan Geran FRGS/1/2019/SS109/UPSI/02/9. Tinggi harapan kami, agar Garis Panduan Program Komuniti yang dibangunkan ini dapat memberi sumbangan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang membaca dalam paksi Dekad Membaca Kebangsaan.


xi Prelim Garis Panduan Komuniti Membaca ini terdiri daripada enam (6) bahagian seperti berikut: Bahagian 1: Membaca Bahagian 2: Program Pembangunan Komuniti Membaca Bahagian 3: Komuniti Membaca Sekolah dan Komuniti Membaca Ibu Bapa Bahagian 4: Komuniti Membaca Keluarga Bahagian 5: Komuniti Membaca Kejiranan Bahagian 6: Komuniti Membaca Masyarakat Setempat


xii Prelim


Membaca 1 MEMBACA BAHAGIAN 1


2 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA Bahagian 1: Membaca 1.1 Pengenalan Pembangunan Garis Panduan Komuniti Membaca ini adalah selaras dengan Dasar Galakan Membaca yang bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pembacaan yang berkualiti ini berupaya melahirkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat berasaskan sains dan teknologi dalam era Revolusi Industri 4.0. Pembangunan garis panduan ini akan berupaya membantu komuniti yang terlibat untuk menjalankan fungsi sebagai anggota masyarakat serta menyokong program membaca yang dijalankan oleh kerajaan. Gerakan di peringkat komuniti akan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca serta memupuk minat membaca dari peringkat akar umbi lagi. Langkah ini mampu menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dan melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Dalam proses memupuk budaya membaca, perancangan yang sistematik perlu dilakukan dari segi pelaksanaan dan tindakan agar matlamt membudayakan kegiatan membaca dapat dijalankan dengan lancar dan diperluas perlaksanaan di seluruh lapisan masyarakat. Dengan mengambil kira perkembangan teknologi pada hari ini, pembaca dihidangkan dengan bahan bacaan daripada pelbagai sumber termasuklah versi digital. Kaedah ini dapat membantu pembaca mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan tiada batasan. Pencarian maklumat akan berlaku dengan lebih mudah dan pantas. Sehubungan dengan itu, garis panduan ini juga berupaya menyokong langkah kerajaan dalam melaksanakan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) bagi memantapkan asas galakan membaca yang mantap. Matlamat untuk membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan penggunaan pelbagai platform melalui program pembacaan yang kreatif dan inovatif seiring dengan pembangunan sumber maklumat dan komunikasi tanpa sempadan di seluruh dunia. Pelaksanaan program membaca dalam komuniti ini bersifat menyeluruh dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Ini termasuklah melibatkan komuniti sekolah, keluarga, kejiranan serta setempat yang anggotanya terdiri dari semua lapisan masyarakat yang berbeza dari segi umur, latar belakang serta kemampuan. Pelaksanaan dari peringkat akar umbi ini dapat dijalankan di seluruh Malaysia dengan penggunaan garis panduan Komuniti Membaca yang dibangunkan.


Membaca 3 1.2 Apa itu Membaca? Membaca merupakan proses yang kompleks yang memerlukan penambahbaikan. Ini adalah kerana matlamat membaca adalah untuk mengekstrak maklumat daripada tulisan atau cetakan. Membaca bukan sahaja sekadar menyebut perkataan yang dibaca malahan merupakan proses memahami idea yang ditulis dan dimaksudkan oleh penulis (Karlin, 1984). Selain itu, Karlin (1984) juga mengatakan bahawa membaca dengan lebih cekap sambil berfikir memberi pengaruh yang besar terhadap pembelajaran kerana seseorang membaca sambil berfikir mengenai bahan yang dibaca dan tidak hanya menerima maklumat yang dibaca semata-mata. Terdapat tujuan lain dalam membaca seperti untuk memperoleh keseronokan dan dapat meningkat serta menambah perbendaharaan kata, pengetahuan am, imaginasi serta membantu meningkatkan kualiti penulisan kreatif (Cremin, 2019). 1.3 Membaca Secara Ekstensif Terdapat dua kaedah membaca iaitu kaedah membaca secara intensif dan ekstensif namun kaedah membaca secara ekstensif melibatkan pelbagai jenis bahan bacaan yang mudah, releven serta sesuai dan dengan tujuan keseronokan (Irena Azka Azkia et al., 2021; Surabaya et al., 2021) dan dilakukan di luar bilik darjah (Bakla, 2020). Istilah keseronokan dalam membaca ekstensif merupakan matlamat kegiatan itu dijalankan (Bamford, 1998; Day, 2015). Pelbagai aktiviti yang menyeronokan boleh dilaksanakan selepas kegiatan membaca tersebut dijalankan (Renandya, 2007). Kegiatan membaca secara ekstensif di negara ini dilaksanakan dalam program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) di semua sekolah seluruh Malaysia. Pelaksanaan program NILAM dalam sistem pendidikan mengambil kira 10 prinsip bacaan ekstensif yang merupakan prosedur pengajaran dan pembelajaran bahasa (Surabaya et al., 2021). 10 prinsip bacaan ekstensif tersebut dikemukakan oleh Day dan Bamford (2002) iaitu bahan bacaan yang mudah, pelbagai, murid boleh memilih bahan yang hendak dibaca, murid membaca sebanyak yang boleh, membaca dilakukan untuk memperoleh keseronokan, maklumat dan pemahaman umum, kegiatan membaca mempunyai ganjaran tersendiri, mesti berlaku peningkatan kelajuan ketika membaca, kegiatan membaca dijalankan secara senyap dan bersendirian, guru beperanan sebagai pembimbing dan mengorientasi murid ketika membaca dan juga sebagai suri teladan. Kaedah membaca esktensif sangat sesuai diaplikasi dalam semua keadaan kerana fungsi pembacaan yang menepati ciri-ciri yang berupaya membudayakan kegiatan membaca dalam kalangan masyarakat. 1.4 Tujuan Membaca Membaca mempunyai pelbagai tujuan yang dikategorikan kepada tujuan umum dan tujuan khusus. Pembaca akan memperoleh manfaat yang diingini berdasarkan tujuan membaca yang mereka kehendaki. Antara tujuan membaca ialah: 1.4.1 untuk mendapatkan maklumat Crandall (1987: 47) tentang sesuatu perkara yang diperlukan seperti keperluan pembelajaran. untuk memperoleh pengetahuan dan maklumat dalam bentuk idea, fakta, pendapat dan perasaan merupakan cara memperoleh maklumat dalam proses pembelajaran di semua peringkat. 1.4.2 menambah pengalaman dan rasa ingin tahu berkaitan sesuatu perkara. 1.4.3 memperoleh keseronokan dan hiburan iaitu dengan membaca majalah, novel, akhbar, komik dan bahan bacaan santai yang lain. 1.4.4 untuk memperoleh maklumat tentang pengalaman seseorang dalam sesuatu perkara.


4 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA 1.5 Objektif Program Membaca Objektif program membaca bersifat menyeluruh iaitu melibatkan sasaran kepada murid, ibu bapa, serta masyarakat amnya. Berikut disenaraikan objektif Garis Panduan Komuniti Membaca. 1.5.1 Murid i. Membantu proses pembelajaran murid dengan membina kemahiran, menguasai literasi maklumat dan digital bagi melestarikan budaya pembacaan berkualiti dan penguasaan ilmu pengetahuan sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid. ii. Merangsang murid untuk melahirkan idea kreatif dan inovatif serta berupaya manaakul, membuat refleksi dan membuat penilaian melalui aktiviti pengayaan selepas melalui proses pembacaan berkualiti bagi persiapan menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. iii. Merangsang minat membaca dalam kalangan murid sekolah serta mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencakupi elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. iv. Pelaksanaan berterusan program literasi yang berimpak tinggi di sekolah. 1.5.2 Komuniti Sekolah i. Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program aktiviti dan galakan membaca di dalam atau di luar kelas selari dengan Program Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030). ii. Meningkatkan pencapaian PISA dalam tranformasi kurikulum dan pentaksiran sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM (2013-2025) khususnya. 1.5.3 Komuniti Kejiranan/Masyarakat i. Menggalakkan penglibatan komuniti setempat, masyarakat serta pertubuhanpertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha membina tabiat membaca yang berkualiti dalam kalangan murid. ii. Menggalakkan penglibatan komuniti dan masyarakat setempat serta pertubuhanpertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha membina tabiat membaca yang berkualiti dalam kalangan murid. iii. Melibatkan ibu bapa secara suka rela, komuniti dan pihak swasta di sekolah.


Membaca 5 1.5.4 Pembelajaran Sepanjang Hayat i. Persiapan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk menjalani kehidupan sebenar pada masa akan datang. ii. Membentuk warganegara yang memiliki berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta memenuhi keperluan negara dan dunia ke arah pembentukan ekonomi negara yang mantap serta berupaya menambah pendapatan negara. iii. Sasaran kepada semua golongan dan peringkat usia iaitu bermula dari prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institut pengajian tinggi dan masyarakat dalam Dekad Membaca Kebangsaan (DMK)


6 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA


Pembangunan Program Komuniti Membaca 7 PEMBANGUNAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA BAHAGIAN 2


8 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA Bahagian 2: Pembangunan Program Komuniti Membaca 2.1 Pengenalan Komuniti membaca merupakan kumpulan yang wujud berdasarkan minat yang sama iaitu membaca dengan tujuan memperoleh keseronokan (Cremin, 2019). Minat membaca ini berbeza dengan kegiatan membaca yang dilakukan untuk tujuan akademik (Fitzpatrick et al., 2020). Komuniti membaca sudah wujud namun kajian yang lebih teliti perlu dijalankan untuk mendalami sikap pembaca dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di luar bandar (Samsuddin et al., 2020). Pembentukan Komuniti Membaca dapat memberikan kesan yang positif terutamanya terhadap pembaca muda (Cremin, 2019) kerana kewujudan komuniti membaca mendorong pelbagai usaha untuk meningkatkan program membaca dalam kalangan komuniti. Cremin (2019) mengatakan bahawa keseronokan membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh rangkaian dan perhubungan membaca antara guru dengan kanak-kanak, antara kanak-kanak dan kanak-kanak serta antara kanak-kanak, guru, keluarga dan komuniti. Dapatan ini menunjukkan bahawa komuniti memainkan peranan yang besar dalam membentuk budaya membaca dari peringkat akar umbi. Garis Panduan Komuniti Membaca ini berfungsi untuk membantu komuniti melaksanakan program membaca mengikut kesesuaian komuniti dalam lingkungan pengurusan masing-masing iaitu sekolah, keluarga, kejiranan dan masyarakat setempat dalam membudayakan amalan membaca. 2.2 Kategori Komuniti Membaca Garis panduan ini akan membincangkan secara terperinci tentang pelaksanaan membaca di peringkat komuniti. Setiap komuniti yang terlibat dengan pelaksanaan program membaca boleh menggunakan panduan ni sebagai nilai tambah kepada pelaksanaan program membaca yang dijalankan. Secara khususnya panduan ini akan membincangkan tentang kegiatan membaca bagi komuniti seperti berikut: 2.2.1 Komuniti Sekolah dan Kelab Komuniti Membaca Ibu Bapa 2.2.2 Komuniti Membaca Keluarga. 2.2.3 Komuniti Membaca Kejiranan 2.2.4 Komuniti Masyarakat Setempat (KRT/JPKK) 2.3 Hubung Kait antara Komuniti Membaca Anak Keluarga Sekolah Komuniti Membaca: Kejiranan Komuniti Masyarakat Setempat Rajah 2.1 Hubung Kait antara Komuniti Membaca


Pembangunan Program Komuniti Membaca 9 Setiap komuniti memainkan peranan masing-masing dalam membentuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak. Perkaitan hubungan anak-anak antara komuniti adalah seperti berikut: 2.3.1 Anak - Anak merupakan pelengkap dalam sesebuah keluarga. - Anak-anak perlu dibentuk dari peringkat awal untuk memastikan mereka membesar dengan acuan yang positif. 2.3.2 Keluarga - Memainkan peranan utama dalam membentuk asas membaca anak-anak. - Lingkungan paling asas untuk membentuk anak-anak dengan kemahiran yang sesuai dengan tahap umur serta pencapaian dalam kemahiran membaca. 2.3.3 Sekolah - Tempat anak-anak mendapatkan ilmu pengetahuan dalam sistem pendidikan yang terancang. - Memainkan peranan sebagai membentuk dan sebagai pelengkap kepada keperluan pembacaan anak-anak. 2.3.4 Kejiranan - Merupakan orang yang paling hampir dengan rumah kita. - Memainkan peranan untuk menambah nilai dan kualiti pembacaan anak-anak dalam lingkungan yang positif semasa proses interaksi di luar sekolah. 2.3.5 Masyarakat - Kumpulan masyarakat sekitar yang lebih luas seperti di kawasan kampung, perumahan yang ditadbir urus oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ataupun Kawasan Rukun Tetangga (KRT). - Anak-anak akan melalui fasa interaksi dan membaca dengan kumpulan yang lebih besar iaitu melibatkan komuniti setempat yang berada di kawasan mereka. 2.4 Model Komuniti Membaca Model Komuniti Membaca adalah seperti berikut: Lorem ipsum ANAK KELUARGA SEKOLAH JIRAN MASYARAKAT Rajah 2.2 Model Komuniti Membaca


10 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA 2.5 Objektif Pembangunan Garis Panduan Komuniti Membaca Objektif pembinaan Garis Panduan Komuniti Membaca adalah seperti berikut: 2.5.1 Menyediakan panduan khusus berkaitan aktiviti membaca yang boleh dijalankan dalam komuniti. 2.5.2 Memberi penjelasan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh komuniti dalam melaksanakan program membaca dalam kalangan komuniti. 2.5.3 Memberi panduan kepada pelaksaaan program membaca dari segi objektif, matlamat, sasaran, jaringan dan jalinan, komunikasi dan bahan bacaan yang digunakan dalam pelaksanaan program. 2.5.4 Membantu pembentukan komuniti membaca secara berperingkat bermula daripada asas melalui penglibatan komuniti secara menyeluruh. 2.6 Matlamat Pembangunan Garis Panduan Komuniti Membaca Pembangunan Komuniti Membaca boleh mendatangkan pelbagai impak positif dalam sesebuah komuniti. Selain menyokong kempen galakan membaca yang dijalankan oleh pihak kerajaan, kesan positif jangka pendek dan jangka panjang dalam membentuk masyarakat. Justeru itu, matlamat pembangunan panduan Garis Panduan Komuniti Membaca ialah: 2.6.1 Menyokong dasar Galakan Membaca Kebangsaan. 2.6.2 Melibatkan keseluruhan lapisan masyarakat 2.6.3 Membantu proses membangunkan lebih banyak perpustakaan keluarga di rumah. 2.6.4 Melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan celik maklumat. 2.6.5 Menggerakkan fungsi dan tanggunggjawab sebagai anggota masyarakat. 2.6.6 Mewujudkan suasana harmoni, positif dalam kalangan keluarga dan masyarakat. 2.6.7 Mewujudkan komuniti membaca setempat yang kukuh. 2.6.8 Menjadikan kegiatan membaca satu tabiat rakyat Malaysia. 2.6.9 Melestarikan pendidikan sepanjang hayat. 2.7 Kumpulan Sasaran Komuniti Membaca Komuniti Membaca yang disasarkan melalui panduan pelaksanaan Komuniti Membaca ini seiring dengan matlamat Perpustakaan Negara yang menetapkan sasaran kempen membaca kepada komuniti dan institusi keluarga, bayi dan Pra Sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, belia, penjawat awam, golongan bekeperluan khas serta industri perbukuan (Perpustakaan Negara Malaysia, 2021). Justeru, kumpulan sasaran yang dikelompokkan dalam panduan pelaksanaan komuniti Membaca ini adalah seperti berikut:


Pembangunan Program Komuniti Membaca 11 2.7.1 Komuniti Sekolah i. Murid sekolah rendah (Pra Sekolah sehingga Tahun 6) termasuk murid berkeperluan khas. ii. Murid sekolah menengah (Peralihan hingga tingkatan 6) iii. Kolej Vokasional. iv. Sekolah Pendidikan Khas. v. Guru-guru. vi. Kakitangan sekolah. vii. Pekerja am sekolah (pembersihan, jaga) viii. Pekerja Kantin sekolah. 2.7.2 Komuniti Keluarga i. Ibu bapa. ii. Anak-anak. iii. Ahli keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama seperti datuk dan nenek. iv. Pembantu rumah 2.7.3 Komuniti Jiran Tetangga i. Jiran yang berada di sekeliling rumah. ii. Merupakan kumpulan yang membentuk Komuniti Membaca Kejiranan di bawah satu pentadbiran/Kelab. iii. Merupakan sebahagian daripada Biro dalam PIBG/PIBK. iv. Merupakan sebahagian Biro dalam Kelab Rukun Tetangga. 2.7.4 Komuniti Masyarakat Setempat i. Kelompok masyarakat dalam kawasan yang sama seperti kampung atau taman perumahan di bawah pentadbiran komuniti seperti JKKK atau KRT. ii. Terdiri daripada kumpulan masyarakat yang tidak menyertai Kelab Komuniti Kejiranan tetapi menyertai aktiviti yang dijalankan oleh komuniti setempat seperti Kelab Rukun Tetangga) 2.8 Komunikasi Komunikasi merupakan elemen penting dalam pelaksanaan program membaca. Pendekatan komunikasi bersifat inovatif untuk melibatkan keluarga, memperluas pendekatan tradisional dan menghubungkan pembelajaran di rumah dan di sekolah. Tujuan komunikasi dalam pelaksanaan program membaca adalah untuk memudahkan perkongsian maklumat antara pihak sekolah dan ibu bapa secara optimum. Dua bentuk komunikasi iaitu secara terus dan digital membantu masyarakat memahami, menghayati, menyokong dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan di semua peringkat. Ini adalah kerana komunikasi yang betul dan berkesan boleh mengelakkan salah faham. (Kementerian Perpaduan Negara, 2021). Dua kaedah komunikasi yang boleh dijalankan semasa melaksanakan program membaca ialah: 2.8.1 Komunikasi Bersemuka - Secara terus. - Penggunaan komunikasi secara bersemuka antara generasi yang berbeza melalui aktiviti bacaan akan merapatkan jurang antara generasi. - Contoh aktiviti komunikasi yang boleh dijalankan secara bersemuka ialah:


12 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA i. Mesyuarat ii Taklimat/Perjumpaan Bulanan iii Surat edaran iv Bengkel v Kursus vi Edaran maklumat seperti Buliten, Pamplet dan sebagainya. ii Komunikasi Digital - Menggunakan alat teknologi.Menggunakan jaringan internet Penyampaian yang lebih efektif bagi memastikan penyebaran maklumat yang sahih (Kementerian Perpaduan Negara, 2020a). - Membantu memperluas sebaran maklumat dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan. - Membantu membentuk dan mendidik generasi pada masa hadapan menggunakan pelbagai medium dan mematuhi etika agar bebas daripada unsur negatif yang boleh menjejaskan keharmonian - Masyarakat akan terdidik secara kreatif dan berupaya memanfaatkan media sosial secara beretika. - Contoh aktiviti komunikasi secara digital ialah menggunakan alat teknologi dan jaringan internet seperti: i. Penggunaan video ii Pembentangan menggunakan powerpoint iii Facebook iv Whatsapp v Telegram vi Instragram vii Tiktok 2.9 Bahan Bacaan Bahan bacaan yang digunakan dalam pelaksanaan program membaca terdiri daripada empat kategori iaitu buku fiksyen, buku bukan fiksyen, bahan bukan buku dan bahan digital. Bahan bacaan tersebut adalah dalam bentuk fizikal dan digital. Bahan bacaan secara fizikal boleh diperoleh melalui pembelian atau pinjaman melalui perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan sebagainya. Bahan bacaan secara digital pula boleh diakses secara digital melalui laman sesawang yang disediakan secara terbuka menggunakan kemudahan Internet. Bahan secara digital boleh didapati secara percuma malahan perpustakaan negara dan negeri telah menyediakan kemudahan pinjaman bahan digital secara meluas dan percuma. Bahan bacaan sangat mudah diperoleh tanpa had dan sempadan dalam era Revolusi Insudtri 4.0. Secara umumnya, perincian bahan bacaan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Komuniti Membaca ini adalah seperti berikut:


Pembangunan Program Komuniti Membaca 13 A. Buku Fiksyen B. Buku Bukan Fiksyen C. Bahan Bukan Buku D. Bahan Digital Bercetak Bukan Bercetak 1. Cerita Misteri 2. Cerita Sejarah 3. Cerita Legenda 4. Cerita Binatang 5. Cerita Rakyat 6. Cerita Sains 7. Cerita Sukan 8. Cerita Seram 9. Cerita Khayalan 10.Cerita Dongeng 11. Cerita Teladan 12.Cerita 13.Penyiasatan 1. Buku Rujukan Am. 2. Buku Rujukan Khas. 1. Jurnal. 2. Laporan 3. Majalah. 4. Peta 5. Rencana 6. Cerpen 7. Artikel 8. Risalah atau brosur. 1. Video klip berinfomasi 2. CD Perisian Pendidikan 3. Kit Pembelajaran 4. e-Bahan Pembelajaran 5. Manual Pengguna 6. Buku Skrap 7. Buliten 8. Komik (Tiada ISBN) 9. Poster 10.Carta Semua bahan bacaan berbentuk digital sama ada buku fiksyen, buku bukan fiksyen, bahan bukan buku serta bahan bukan bercetak yang diperoleh secara maya menggunakan alat digital dan jaringan Internet. Jadual 2.1 Jenis Bahan Bacaan 2.10 Jaringan dan Jalinan dalam Komuniti Membaca Jaringan merupakan hubungan kerjasama antara sekolah di dalam negara dengan melaksanakan aktiviti secara bersemuka atau pun secara maya dalam bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan pengurusan. Jalinan pula merupakan hubungan kerjasama antara sekolah dengan sekolah di luar negara atau sekolah antarabangsa di Malaysia sama ada secara bersemuka atau secara maya melibatkan bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan pengurusan. 2.10.1 Ciri-ciri Jaringan dan Jalinan i. Jaringan dan jalinan bersifat formal dan tidak formal melalui program, perkhidmatan atau sumber yang dapat membantu meningkatkan pencapaian murid. ii. Aspek jaringan dan jalinan merupakan perkara penting yang menjadi asas kekuatan sesuatu program yang dijalankan bagi merapatkan jurang antara semua pihak (Kementerian Perpaduan Negara, 2021). iii. Jaringan dan jalinan yang mantap mampu mencapai objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2019-2025 iaitu meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).


14 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA iv. Masyarakat menjayakan jaringan dan jalinan melalui perkongsian idea, tenaga, bahan, peralatan dan wang ringgit. v. Melibatkan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dengan membentuk sarana ibu bapa. vi. Mempunyai asas kerjasama yang dipersetujui. vii. Mempunyai spesifikasi dan definisi bidang kerjasama. viii. Mempunyai maklumat mengenai implikasi dan perkongsian kos. ix. Mempunyai jadual dan jangka waktu kerjasama. x. Melibatkan perkongsian latihan kakitangan, kerjasama merancang dan membangunkan program dan sebagainya. 2.10.2 Kemahiran Membentuk Jaringan dan Jalinan. i. kemahiran perundingan ii. kemahiran keusahawanan iii. kesedaran sosial 2.10.3 Kelebihan Jaringan dan Jalinan i. Mewujudkan suasana pemuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah, rumah dan komuniti yang akan membantu pencapaian kejayaan. ii. Membantu membangun, memantap dan memperkasa penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran. iii. Merapatkan jurang perbezaan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi meningkatkan pembelajaran di rumah. iv. Ibu bapa akan melibatkan diri dengan pembelajaran di rumah sementara pihak komuniti pula akan mengupayakan (empower) dengan menjalankan tanggungjawab bersama secara bersatu padu bagi menjayakan sistem pendidikan negara. v. Pihak swasta pula membolehkan (enable) kemahiran berterusan melalui pendidikan untuk kemakmuran sektor swasta. vi. Peranan pemimpin setempat sebagai agen perpaduan dengan memberikan contoh dan teladan kepada masyarakat (Kementerian Perpaduan Negara, 2021). vii. Penglibatan NGO dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan juga boleh membantu mempertingkat program membaca dalam kalangan komuniti (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).


Pembangunan Program Komuniti Membaca 15 2.10.4 Prosedur untuk Mewujudkan Jaringan dan Jalinan Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam membentuk jarinan dan jalinan. Perkara tersebut termasuklah: i. Memperoleh kebenaran pentadbir sekolah untuk komuniti sekolah. ii. Mendapatkan kelulusan mesyuarat bagi peringkat komuniti jiran dan masyarakat. iii. Mempunyai kertas kerja lengkap yang telah disemak dan diluluskan oleh pentadbir/ Kelab Komuniti Membaca Kejiranan/KRT/JPKK. iv. Urusan perhubungan melalui surat rasmi dan direkodkan dalam fail. v. Sebarang bentuk sumbangan kewangan direkodkan dan diperincikan penggunaannya. vi. Melibatkan program yang memberi manfaat kepada semua pihak. vii. Tidak melibatkan unsur-unsur politik. viii. Mempunyai laporan berdasarkan pemantauan selepas program dijalankan. 2.11 Sumber Kewangan Sumber kewangan merupakan tunjang utama menggerakkan sesuatu program. Pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai kewangan yang baik lebih cenderung dan proaktif dalam pelaksanaan program membaca. Sumber kewangan sangat penting kerana ianya merupakan inisiatif untuk melibatkan keluarga dan komuniti dalam program membaca yang dijalankan untuk tujuan penambahbaikan komuniti yang pelbagai iaitu antara yang mewah dan kurang berkemampuan, bandar dan luar bandar, besar dan kecil, sekolah dan dalam pelbagai bidang kuasa pendidikan. (Castro et al., 2015). Sumber kewangan penting untuk menggerakkan program. Selain kewangan, sumbangan berupa barang keperluan yang berkaitan dengan projek yang dijalankan juga boleh dipohon. Antaranya berbentuk barangan, hadiah atau makanan. Untuk tujuan tersebut, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memperoleh pembiayaan daripada pihak-pihak tertentu berdasarkan hubungan jaringan dan jalinan. 2.11.1 Prosedur Memohon Sumbangan Dana/Kewangan untuk Melaksanakan Program Membaca Prosedur permohonan sumbangan adalah sama seperti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah atau komuniti perlu mengambil kira beberapa perkara iaitu: i. Mengenal pasti pihak yang akan menyumbang dari segi kewangan untuk menjalankan aktiviti. ii. Projek yang dijalankan mempunyai kertas kerja yang telah dibincangkan di peringkat komuniti terlibat.


16 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA iii. Aktiviti yang dijalankan adalah sesuai, praktikal dan tidak memakan belanja yang mahal. iv. Aktiviti yang akan dijalankan mempunyai faedah kepada masyarakat dan boleh diulang dalam situasi yang lain. v. Mensasarkan lebih daripada satu sumber kewangan yang dipohon. vi. Membuat anggaran perbelanjaan berdasarkan aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan. vii. Memastikan sumber kewangan diurus secara maksima dan memberi faedah kepada anggota komuniti terlibat. 2.12 Pemantauan dan Penilaian Program Setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh komuniti memerlukan pemantauan. Pemantauan merupakan proses pemerhatian yang dilakukan secara berkala apabila melaksanakan aktiviti. Semasa proses pemantauan dijalankan, semua maklumat berkaitan program yang dijalankan akan dikumpul. Proses penilaian melibatkan tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. 2.12.1 Tujuan Pemantauan/Penilaian Program Tujuan pemantauan dan penilaian program adalah seperti berikut: i. Memastikan pelaksanaan program yang dijalankan adalah sama dengan rancangan awal. ii. Menentukan pelaksanaan program mencapai objektif atau tidak. iii. Menganalisis kekuatan dan kelemahan program yang dijalankan. iv. Mendapatkan maklum balas berkaitan program yang dijalankan. v. Memastikan sumber kewangan diurus dengan baik. vi. Mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaian. vii. Memastikan perjalanan aktiviti lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. viii. Melaksanakan pelan perancangan susulan sekiranya menghadapi masalah. ix. Maklumat yang diperoleh digunakan untuk membuat pelaporan dengan tujuan penambahbaikan program akan datang. 2.12.2 Kaedah Pemantauan/Penilaian Program i. Mendapatkan maklumat secara lisan. - Laporan secara lisan membantu golongan tertentu yang menghadapi masalah komunikasi dalam bentuk tulisan. Laporan secara lisan juga mendorong maklumat diterima daripada pengguna dengan cepat dan maklum balas diterima serta merta.


Pembangunan Program Komuniti Membaca 17 ii. Mendapatkan maklumat secara bertulis. - Laporan bertulis pula boleh diperoleh dengan mengedarkan borang penilaian program kepada peserta. Laporan jenis bertulis mempunyai kelebihan tertentu iaitu menyediakan maklumat daripada sumber yang dipercayai untuk tujuan pengurusan. 2.13 Pelaporan Setelah penilaian terhadap program dijalankan, laporan terhadap program yang dijalankan perlu dibuat. 2.13.1 Tujuan Pelaporan Tujuan laporan dibuat ialah: i. Untuk memastikan maklumat berkaitan program yang dijalankan dikongsi dengan pihak yang terlibat seperti penyumbang dana. ii. Maklumat boleh disemak dari semasa ke semasa dan mempunyai ciri-ciri ketepatan. iii. Laporan ini boleh didokumentasikan. Laporan yang disimpan dan didokumentasikan boleh dijadikan sebagai bukti pelaksanaan program, dan pengurusan dana. iv. Boleh dijadikan panduan untuk melaksanakan aktiviti akan datang. v. Berfungsi sebagai bukti aktiviti dilaksanakan dalam kalangan komuniti. 2.13.2 Ciri-ciri Laporan. Ciri-ciri laporan yang baik adalah seperti berikut: i. Ringkas dan lengkap. ii. Kandungan tersusun. iii. Mengandungi perkara penting sahaja. iv. Mudah difahami dan ditulis dengan baik. v. Tiada pengulangan idea. vi. Laporan sebenar dan tiada penipuan. vii. Mengandungi maklumat yang menarik dan releven. viii. Tersusun dan teratur. ix. Kemas dan dicetak.


18 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA 2.13.3 Kaedah Menulis Laporan Laporan perlu mengandungi beberapa elemen seperti: i. Penunjuk input - menerangkan perkara yang berlaku dalam program seperti perbelanjaan. ii. Penunjuk output - menerangkan aktiviti projek seperti penghasilan sesuatu daripada program yang dijalankan. iii. Penunjuk hasil - menerangkan hasil aktiviti seperti bilangan orang yang terlibat dalam program. iv. Petunjuk impak - mengukur perubahan dalam keadaan masyarakat seperti pengurangan buta huruf dalam komuniti.


Komuniti Membaca Sekolah 19 KOMUNITI MEMBACA SEKOLAH DAN KOMUNITI MEMBACA IBU BAPA BAHAGIAN 3


20 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA Bahagian 3: Komuniti Membaca Sekolah dan Komuniti Membaca Ibu Bapa 3.1 Pengenalan Komunti membaca peringkat sekolah dan komuniti membaca ibu bapa mempunyai jalinan yang cukup akrab. Ini adalah kerana kedua-dua komuniti ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bahagian ini akan membincangkan tentang peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah sehingga membentuk komuniti membaca dalam kalangan ibu bapa. Sekolah memainkan peranan yang aktif sebagai medium intergrasi nasional melalui pelaksanaan program kolaborasi antara murid, guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian, program yang tersusun perlu dibentuk bagi meningkatkan keupayaan institusi sekolah dalam membudayakan taabiat membaca selaras dengan Kempen Galakan Membaca yang dianjurkan oleh kerajaan. 3.2 Peranan Pentadbir Sekolah Pentadbir memainkan peranan yang penting dengan menggunakan pendekatan kepimpinan dalam pentadbiran bagi menggalakkan penglibatan keluarga dalam proses membuat keputusan berkaitan pembelajaran kanak-kanak. Menurut Townsend dan Bayetto (2020), kepimpinan sekolah memberi kesan kepada pembelajaran pelajar sementara Epstein (1987, ms.120) mengatakan bahawa penglibatan ibu bapa berupaya mendorong tahap pencapaian yang tinggi oleh pelajar. Pemimpin perlu mempunyai dan memahami idea yang harus diajar, memahami literasi serta mengenal pasti sama ada terdapat guru yang mempunyai kemahiran untuk mengajar literasi kepada murid yang memerlukan (Bottoms Gene, 2007). Sebagai pentadbir sekolah, tanggungjawab kepimpinan perlu diagih-agihkan supaya pengurusan program membaca lebih berkesan. Keberkesanan program membaca melibatkan komuniti ibu bapa ini boleh diukur sekiranya terdapat peningkatan dalam penglibatan murid serta membolehkan mereka memperoleh pemahaman yang lebih baik terhadap kemahiran membaca seterusnya meningkatkan pencapaian (Townsend & Bayetto, 2020). Dalam proses pembelajaran atau pelaksanaan proram membaca, guru perlu memainkan peranan sebagai suri teladan atau guru membaca untuk menarik minat murid (Cremin, 2019). Peranan pentadbir dan guru yang berkesan akan menyakinkan ibu bapa bahawa mereka adalah rakan kongsi dalam proses membantu anak mereka membaca (Townsend & Bayetto, 2020). Peranan pengetua/ Guru Besar adalah seperti berikut: 3.2.1 Profesionalisme: i. Pengetua / Guru Besar berfungsi sebagai penasihat yang bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program membaca yang dijalankan. ii. Bijak menggunakan pengetahuan untuk menggalakkan keluarga dan komuniti supaya menyokong program membaca di sekolah. iii. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkaitan kepentingan program membaca agar berupaya melibatkan guru secara profesional dalam program yang dilaksanakan.


Komuniti Membaca Sekolah 21 iv. Memahami literasi iaitu membaca, menulis dan bertutur ialah “alat pembelajaran” yang penting merentas kurikulum dalam kursus akademik, kursus seni halus dan seni amali. 3.2.2 Pentadbiran/Program: i. Membantu guru meningkatkan kemahiran literasi pelajar dan menggunakan kemahiran tersebut dalam semua bidang. ii. Tahu cara untuk memimpin pasukan guru yang bekerjasama untuk membangunkan program membaca. iii. Menggalakkan perbincangan tentang membaca di seluruh komuniti sekolah. iv. Memantau proses pelaksanaan program yang dijalankan untuk memastikan kelancaran dan berada pada landasan yang betul. v. Mengadakan dialog prestasi atau ‘post moterm’ terhadap aktiviti yang telah dijalankan. vi. Menetapkan sasaran pembacaan murid dan sekolah. vii. Menyediakan pusat sumber yang kondusif kepada murid. viii. Membuat penilaian aktiviti yang dijalankan untuk mengukur keberkesanan program. ix. Membina kapasiti guru untuk menyokong penglibatan keluarga dalam aktiviti membaca. x. Menjalankan kursus atau bengkel pembangunan profesional melibatkan kemahiran perkongsian keluarga dengan sekolah dalam program literasi. 3.2.3 Hubungan dengan Ibu Bapa dan Komuniti: i. Menyampaikan maklumat atau laporan kemajuan pembacaan murid kepada ibu bapa secara umum seperti dalam mesyuarat agung tahunan PIBG. ii. Menggalakkan serta menyokong ibu bapa untuk menjadi sukarelawan, menghubungkan pembelajaran di rumah dan sekolah, membina komuniti dan bekerjasama di luar sekolah. iii. Sentiasa merancang program membaca yang bersifat dua hala dan melibatkan ibu bapa. iv. Menunjukkan sokongan dan melihat keluarga sebagai regu dalam proses pembelajaran anak-anak. v. Mewujudkan suasana di mana bahawa ibu bapa berasa seperti rakan kongsi dalam proses membantu anak mereka membaca.


22 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA vi. Berusaha menangani sebarang ketegangan yang wujud antara pihak sekolah dan ibu bapa. vii. Memberi peluang kepada ibu bapa membuat keputusan dalam sesetengah program selagi tidak berkait dengan urusan pentadbiran sekolah. viii. Menyokong program komuniti membaca dengan cara memberi khidmat nasihat dan kewangan (jika perlu). ix. Menyediakan pelan tindakan berkaitan pembelajaran membaca dalam komuniti. x. Membangunkan kemahiran ibu bapa untuk menyokong pembelajaran anak mereka, dengan menyediakan kemahiran yang sesuai berdasarkan tahap bacaan anak mereka. xi. Memupuk hubungan baik antara guru dan ibu bapa. 3.3. Peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 3.3.1 Tugas Hakiki GPM dalam Pelaksanaan Program NILAM Tugas hakiki GPM berdasarkan NILAM- Panduan Pelaksanaan di Sekolah (muka surat 17) seperti berikut: i. Melaksanakan program membaca melalui Program NILAM. ii. Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun. iii. Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan. iv. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM. v. Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah. vi. Memastikan program berjalan dengan lancar. vii. Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah. viii. Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri. ix. Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua/Guru Besar. x. Menyemak dan memantau perekodan bacaan murid.


Komuniti Membaca Sekolah 23 3.3.2 Tugas GPM dalam Pelaksanaan Program Komuniti Membaca Antara tugas GPM dalam Program Galakan Membaca adalah: i. Menceriakan pusat sumber dengan bahan bermaklumat untuk menarik minat murid. ii. Menggalakkan dan memotivasikan murid untuk membaca. iii. Mencari dana untuk membantu pembangunan program membaca. iv. Memastikan setiap program yang dijalankan melibatkan semua guru. v. Menggunakan media sosial secara aktif untuk menyampaikan maklumat dan laporan berkaitan aktiviti murid seperti di Facebook, kumpulan Whatsapp serta Telegram. vi. Menggunakan saluran komunikasi atas talian untuk menyampaikan maklumat dengan pantas dan berterusan. 3.3.3 Peranan GPM dalam Pembentukan Komuniti Membaca Ibu Bapa Peranan yang boleh dimainkan oleh GPM untuk membentuk Komuniti Membaca Ibu Bapa adalah seperti berikut: i. Melakukan pemerhatian terhadap ibu bapa dan masyarakat sekitar yang berminat melibatkan diri dengan program membaca yang dijalankan di sekolah. ii. Mengenal pasti kumpulan sasaran termasuk dari segi latar belakang iaitu seperti kumpulan B40, M40 dan T40, tahap pendidikan dan sebagainya. iii. Menggunakan kaedah yang sesuai untuk mendekatkan diri dengan ibu bapa. iv. Menawarkan ibu bapa untuk menjadi sukarelawan di sekolah dalam aktiviti berkaitan program membaca. v. Melibatkan ibu bapa dengan program membaca peringkat sekolah. vi. Memberi penerangan kepada ibu bapa tentang kepentingan membaca. vii. Merancang program yang sesuai bagi semua peringkat kumpulan ibu bapa. viii. Menjadi penasihat utama dalam pembentukan komunti ibu bapa. ix. Bersama-sama merancang program yang melibatkan komuniti keluarga. x. Menyedikan khidmat nasihat berkaitan perpustakaan keluarga. xi. Memberi kursus-kursus dan bengkel berkaitan dengan pengurusan perpustakaan kepada ibu bapa.


24 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA xii. Membantu mencari dana untuk membantu pembangunan program membaca peringkat komuniti. xiii. Memberi panduan kepada ibu bapa cara bagaimana membentuk perpustakaan keluarga (melakukan pengajaran membaca secara berpandu). xiv. Menyediakan pinjaman kelompok kepada komuniti keluarga menggunakan buku sumbangan yang tidak didaftar dalam sistem pengurusan pusat sumber. xv. Memantau proses pergerakan Komuniti Membaca untuk memastikan mereka melakukan perkara yang betul. xvi.Menyediakan kemudahan perpustakaan mini kepada keluarga berkeperluan seperti komuniti Orang Asli. xvii.Memastikan program membaca dijalankan secara konsisten. xviii.Memberi sokongan moral kepada program membaca yang dijalankan oleh komuniti. xix.Memastikan sukarelawan membaca mempunyai kemahiran untuk memastikan pendekatan yang sama dan konsisten. xx. mengenal pasti dan menyediakan lokasi pusat sumber komuniti dalam kawasan sekolah. 3.4 Proses untuk Membentuk Jawatankuasa bagi Komuniti Membaca Ibu Bapa. (Peranan GPM dan Ibu Bapa) Proses membentuk Komuniti Membaca Ibu Bapa adalah hasil kerjasama GPM dan komuniti ibu bapa yang telah dikenal pasti seperti berikut: 3.4.1. GPM akan melakukan pemerhatian terhadap ibu bapa yang berminat dan ingin melibatkan diri dengan komuniti membaca. 3.4.2. Mengenal pasti ibu bapa yang berminat untuk menyertai Komuniti Membaca Ibu Bapa. 3.4.3. Mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah bersama-sama dengan pentadbir. 3.4.4. Menubuhkan Kelab Komuniti Membaca Ibu Bapa dengan membuat surat permohonan kepada pihak sekolah dan mendapatkan kelulusan. 3.4.5. Memilih nama kelab yang difikirkan sesuai. 3.4.6. Menguar-uarkan tentang pembentukan Komuniti Membaca Ibu Bapa. 3.4.7. Menyediakan borang keahlian kepada ibu bapa yang berminat dengan program Komuniti Membaca Ibu Bapa. 3.4.8. Mengadakan mesyuarat dan melantik ahli jawatankuasa Komuniti Membaca Ibu Bapa.


Komuniti Membaca Sekolah 25 3.4.9. Bekerjasama dengan PIBG sebagai pecahan jawatankuasa dalam PIBG atau PIBK sekolah. 3.4.10. Menjadi sebahagian daripada jawatankuasa peringkat Komuniti Setempat seperti Kelab Rukun Tetangga. 3.5 Proses Pembentukan Kelab Komuniti Membaca Ibu Bapa Proses pembentukan Kelab Komuniti Membaca Ibu Bapa adalah seperti berikut: 3.5.1 GPM menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti ibu bapa yang berminat dengan kegiatan membaca. 3.5.2 Mengenal pasti ibu bapa yang ingin menyertai kelab membaca ibu bapa 3.5.3 mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa PSS dan pentadbir sekolah untuk tindakan selanjutnya. 3.5.4 Memohon kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. 3.5.5 Menubuhkan kelab komuniti membaca ibu bapa. 3.5.6 Mempromosi penubuhan kelab komuniti membaca ibu bapa. 3.5.7 Menambah bilangan anggota kelab komuniti membaca ibu bapa. 3.5.8 Mengadakan mesyuarat dan melantik ahli jawatankuasa tertinggi peringkat komuniti membaca ibu bapa. 3.6 Lokasi Perpustakaan Komuniti di Sekolah Pihak sekolah perlu mengenal pasti lokasi perpustakaan mini komuniti untuk kegunaan ibu bapa dan warga sekolah. Pemilihan lokasi sangat penting bagi memastikan perpustakaan mini komuniti dapat menjalankan fungsi secara maksima dalam proses menerapkan buadaya membaca dalam kalangan komuniti. 3.6.1 Ciri-ciri lokasi: i. Mudah akses ii. Mudah dikunjungi iii. Kawasan tumpuan ibu bapa/ murid iv. Tidak menganggu privasi sekolah (tidah menimbulkan suasana tidak harmoni seperti menimbulkan kebisingan) 3.6.2 Contoh lokasi perpustakaan mini komuniti i. Pondok jaga ii. Kantin iii. Garaj kereta iv. Pondok menunggu bas v. Mana-mana kawasan yang sesuai


26 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA 3.6.3 Contoh Alat yang digunakan: i. Kotak ii. Bakul buku iii. Troli 3.6.4 Ciri-ciri bahan i. Akhbar ii. Majalah iii. Buku cerita iv. Bahan-bahan lain yang sesuai 3.7 Strategi Merancang Aktiviti Membaca Komuniti Sekolah Strategi yang boleh dilaksanakan oleh GPM dalam merancang aktiviti membaca melibatkan komuniti sekolah ialah: 3.7.1. melibatkan seluruh anggota komuniti sekolah seperti guru, murid, kakitangan pejabat, pekerja pembersihan, jaga 3.7.1. melaksanakan aktiviti membaca mengikut kesesuaian komuniti tersebut. 3.7.1. mengambil kira kesesuaian masa, kekangan dan sasaran. 3.8 Alternatif Pihak Sekolah yang Menghadapi Masalah Capaian Internet Pihak sekolah/GPM yang menghadapi masalah capaian boleh melaksanakan aktiviti membaca menggunakan bahan daripada sumber Internet melalui kaedah berikut: 3.8.1. Memuat turun bahan bacaan digital dan digunakan secara Offline. 3.8.2. Menggunakan bahan bacaan Offline yang disediakan oleh perpustakaan Negara Malaysia seperti MeBooks 3.9 Kaedah Komunikasi mengikut Komuniti dalam Sekolah Setiap sekolah mempunyai komuniti yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini mungkin dari segi sosio budaya, taraf hidup dan lokasi komuniti tersebut berada. Oleh yang demikian, proses pembangunan komuniti membaca di sesebuah kawasan bergantung kepada keadaan komuniti tersebut. Dari segi komunikasi, pihak sekolah terutamanya GPM perlu memilih kaedah komunikasi yang sesuai agar proses pembangunan program membaca mencapai matlamat yang disasarkan. 3.9.1 Komunikasi Bersemuka dengan Orang Asli i. GPM perlu menggunakan kaedah yang sangat halus bagi menarik minat anakanak Orang Asli dan ibu bapa mereka melibatkan diri dengan program yang dianjurkan.


Komuniti Membaca Sekolah 27 ii. Komunikasi yang sesuai digunakan ketika berurusan dengan Orang Asli ialah komunikasi terus atau bersemuka. Tujuan komunikasi terus ini adalah untuk menggalakkan perhubungan antara komuniti melalui pelbagai aktiviti serta berupaya merapatkan jurang antara komuniti dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan program membaca untuk memandaikan generasi akan datang (Kementerian Perpaduan Negara, 2020a). iii. Pendekatan komunikasi terus dalam perhubungan antara guru dan masyarakat Orang Asli juga mengambil kira beberapa faktor iaitu kemudahan alat perhubungan dan kemampuan. Ini adalah kerana tidak semua masyarakat Orang Asli mempunyai kemudahan peranti dan jaringan internet di kawasan penempatan mereka. iv. Pemilihan komunikasi secara bersemuka mewujudkan hubungan yang baik. Komunikasi yang berkesan akan membantu mewujudkan keselesaan dalam kalangan komuniti Orang Asli. v. GPM boleh menggunakan kaedah komunikasi secara terus dengan menarik anak-anak Orang Asli menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pusat sumber sekolah, melantik anak-anak Orang Asli sebagai Pengawas Pusat Sumber serta menggalakkan mereka melibatkan diri dengan program membaca. Galakan seperti ini membantu meningkatkan keyakinan diri murid Orang Asli untuk bergerak setanding dengan rakan-rakan lain di sekolah. vi. Komunikasi yang positif tentang program membaca akan dibawa pulang ke rumah dan keadaan ini membantu mendedahkan ibu bapa Orang Asli tentang kepentingan program. vii. Komunikasi dengan komuniti Orang Asli juga boleh dilakukan melalui jaringan dan jalinan. 3.9.2 Komunikasi Bersemuka dan Secara Digital Seterusnya, pihak sekolah dan GPM juga boleh menggunakan kaedah komunikasi yang sesuai terhadap golongan murid serta ibu bapa yang terdiri daripada kumpulan B40, M40 dan T20. Kesesuaian pemilihan kaedah komunikasi adalah untuk membantu penyampaian maklumat terus dan telus kepada pengguna. Kaedah komunikasi secara digital boleh digunakan dalam perhubungan bagi menyampaikan maklumat terutama dalam keadaan endemik yang berlaku. Penyampaian maklumat melalui kaedah digital dilihat efektif dalam pelbagai situasi serta mempunyai kemampuan sebaran secara pantas, cepat dan efisyen. Justeru, GPM boleh memilih kaedah komunikasi yang sesuai bergantung kepada objekif penyampaian perhubungan yang mereka kehendaki. Gabungan kaedah komunikasi tersebut boleh membantu pencapaian objektif setiap program yang dijalankan oleh GPM di sekolah atau di luar sekolah. Komunikasi Bersemuka i. Mesyuarat/ taklimat transisi pra sekolah, tahun 1. ii. Perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6.


28 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA iii. Perkongsian maklumat melalui slot dalam mesyuarat agung PIBG. iv. Menyediakan surat edaran berkaitan program yang akan dijalankan. v. Memberi maklumat melalui risalah. Komunikasi Digital Mengedarkan maklumat berbentuk video, link dan maklumat menggunakan digital berkaitan program membaca dalam media sosial atau kumpulan yang dibentuk seperti Whatsapp dan Telegram rasmi kelas dan sekolah. 3.10 Bahan Bacaan Bahan bacaan yang boleh digunakan ketika melaksanakan kegiatan membaca dalam komuniti mesti pelbagai mengikut keperluan yang berbeza seperti: 3.10.1 Buku fiksyen 3.10.2 Buku bukan fiksyen 3.10.3 Bahan bukan buku seperti poster, pamphlet, jurnal, majalah, akhbar, komik 3.10.4 Bahan digital sama ada secara online atau offline. 3.11 Jaringan dan Jalinan Jaringan dan jalinan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan ibu bapa, masyarakat, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, agensi swasta, NGO dan pemimpin kerajaan. Jaringan dan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi berkenaan termasuklah untuk mendapatkan khidmat kepakaran dan nasihat, bantuan kewangan atau bantuan barangan keperluan program. Antara contoh jalinan yang boleh dilaksanakan melibatkan kerjasama dengan: 3.11.1. Institusi pengajian tinggi berhampiran kawasan sekolah seperti universiti, politeknik, Institut Kemahiran Mara, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan sebagainya. Pihak sekolah boleh mengadakan jaringan dan jalinan dengan rakan strategik sama ada di dalam atau di luar negara. Contoh kerjasama boleh dilaksanakan bersamasama pihak berikut: i. Badan kerajaan ii. Badan bukan kerajaan (NGO) iii. Orang perseorangan iv. Wakil rakyat v. Syarikat swasta vi. Institusi Pendidikan vii. Perpustakaan Negara, negeri, komuniti, desa.


Komuniti Membaca Sekolah 29 3.11.2. Perpustakaan desa, perpustakaan komuniti, Perpustakaan Negara Malaysia. Pihak sekolah boleh memperoleh khidmat bantu seperti berikut: i. Mendapatkan khidmat bantu dengan perpustakaan terdekat. ii. Mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran. iii. Kerjasama dengan perpustakaan dalam pembangunan koleksi. iv. Kerjasama merancang program membaca secara usahasama. v. Kerjasama dalam membangunkan alat pengajaran dan pendidikan pengguna. 3.12 Sumber Kewangan Sumber kewangan bagi aktiviti membaca komuniti boleh diperoleh melalui; 3.12.1 PIBG/PIBK 3.12.2 KRT/JPKK 3.12.3 Orang perseorangan 3.12.4 Badan kerajaan 3.12.5 Badan bukan kerajaan 3.12.6 NGO 3.12.7 Wakil rakyat 3.12.8 Syarikat swasta 3.13 Pemantauan dan Penilaian Program Pemantauan dan penilaian program komuniti membaca mengambil kira perkara-perkara berikut seperti; 3.13.1 Adakah kenyataan objektif program membaca melibatkan komuniti sekolah tercapai? 3.13.2 Adakah aktiviti yang dilaksanakan memenuhi keperluan masyarakat sekolah? 3.13.3 Apakah kelemahan yang berlaku semasa dalam pelaksanaan aktiviti membaca peringkat komuniti? • 3.13.4 Adakah kewangan bagi pelaksanaan aktiviti membaca mencukupi? 3.13.5 Apakah cadangan yang diperoleh daripada komuniti untuk meningkatkan tahap pencapaian aktiviti membaca dalam kalangan komuniti?


30 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA 3.14 Pelaporan Proses pelaporan program membaca komuniti adalah seperti berikut: 3.14.1 Menganalisa dapatan pemantauan dan penilaian program. 3.14.2 Menyediakan laporan 3.14.3 Merangka tindakan susulan 3.14.4 Membentangkan pelaporan dalam mesyuarat jawatankuasa PSS, sekolah atau PIBG. 3.14.5 Menghantar laporan kepada pihak berkenaan jika melibatkan sumbangan kewangan. 3.14.6 Merangka tindakan susulan.


Komuniti Membaca: Keluarga 31 KOMUNITI MEMBACA: KELUARGA BAHAGIAN 4


32 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA Bahagian 4: Komuniti Membaca: Keluarga 4.1 Pengenalan Program membaca melibatkan komuniti masih belum dilaksanakan secara meluas di Malaysia berbanding negara lain seperti Australia (Townsend & Bayetto, 2020). Kerajaan Australia telah memperkenalkan program Pembelajaran dalam Keluarga Bersama (LIFT) dengan tujuan menggalakkan kerjasama antara rumah, sekolah dan komuniti dengan tujuan meningkatkan hasil pembelajaran literasi dan numerasi kanak-kanak. Kerajaan Australia meletakkan peranan keluarga sebagai sumber utama dalam membantu perkembangan kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan sekolah akan berfungsi dengan baik sekiranya terdapat hubungan yang erat dengan masyarakat. Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam komuniti membaca sangat besar kerana proses memupuk minat membaca merupakan proses yang halus. Ibu bapa boleh memainkan peranan memikat minat membaca dengan menyediakan kemudahan membaca untuk anak mereka. Peranan ibu bapa dapat membentuk sahsiah anak-anak seterusnya meningkatkan potensi ahli keluarga melalui penglibatan yang aktif dalam kalangan komuniti (Kementerian Perpaduan Negara, 2020a). Pendekatan yang efektif dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni yang menjadi asas sepanjang zaman seperti intergriti, disiplin, menghormati manusia, empati, merapatkan jurang persefahaman antara generasi menggunakan kaedah berkomunikasi yang sesuai. Di samping itu, penglibatan masyarakat sivil, pertubuhan keagamaan dan persatuan penduduk di samping asuhan ibu bapa melalui teladan yang baik perlu diterapkan oleh ibu bapa melalui sokongan, kasih sayang dan perhatian terhadap anak-anak yang akan membentuk keperibadian yang mantap. Garis Panduan Komuniti Membaca ini memfokuskan komuniti keluarga yang terdiri daripada keluarga asas iaitu ibu bapa dan anak-anak. Namun, ahli keluarga kembangan atau ahli yang tinggal dalam rumah yang sama dikira sebagai komuniti dalam keluarga tersebut. Mereka mungkin terdiri daripada datuk dan nenek atau adik-beradik kepada ibu bapa. Semua ahli yang tinggal dalam rumah yang sama perlu memainkan peranan masing-masing dengan menunjukkan contoh teladan yang baik serta menjalankan tanggungjawab berdasarkan kemahiran dan keupayaan yang berbeza (Kementerian Perpaduan Negara, 2020a). Kemahiran yang berbeza ini menjadikan setiap anggota keluarga melengkapi antara satu sama lain dan sudah pasti mendatangkan faedah yang besar kepada seluruh lapisan masyarakat. 4.2 Peranan Ibu Bapa dalam Program Membaca. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa ialah: 4.2.1. Menggalakkan anak-anak membaca. 4.2.2. Menjadi ‘guru pemula’ kepada anak-anak 4.2.3. Menyediakan kemudahan membaca di rumah. 4.2.4. Menyediakan bahan bacaan yang sesuai. 4.2.5. Menanam minat membaca sejak kecil. 4.2.6. Memberi pendedahan kepada anak-anak tentang kepelbagaian bahan bacaan.


Komuniti Membaca: Keluarga 33 4.2.7. Memupuk minat membaca dan dijadikan amalan berterusan. 4.2.8. Menanam rasa cinta terhadap bahan bacaan. 4.2.9. Membawa anak ke pameran atau pesta buku. 4.2.10. Membawa anak-anak ke perpustakaan awam seperti perpustakaan desa, perpustakaan komuniti, atau perpustakaan negeri dan negara. 4.2.11. Menjadikan amalan memberi buku sebagai penghargaan atau hadiah kepada anak-anak. 4.2.12. Memperkenalkan pelbagai bahan bacaan yang boleh dibaca oleh anak-anak. 4.2.13. Memberi panduan kepada anak-anak berkaitan pencarian maklumat dengan cara yang betul. 4.3 Faktor pertimbangan dalam membangunkan perpustakaan keluarga untuk Warga Emas 4.3.1 Pemilihan Perabot i. Saiz: - Saiz perabot yang saintifik dan munasabah - saiz meja bacaan dan kerusi, ketinggian rak buku harus sesuai dengan saiz badan orang tua - Saiz meja, kerusi, rak buku perlu sesuai dengan saiz fizikal warga emas yang mengalami kemerosotan fizikal dan taraf kesihatan. - Saiz meja bacaan dan kerusi - Ketinggian rak buku sesuai dengan saiz badan orang tua ii. Warna perabot - Warna perabot yang lembut dan harmoni - Meredakan, Menenangkan emosi meringankan masalah keletihan mata orang tua. iii. Struktur perabot - Kaki meja berbentuk bingkai dan tempat letak tangan yang menonjol pada kedua-dua sisi memudahkan orang tua untuk bangun. - Struktur perabot kukuh dan mudah dikendalikan seperti mudah dipasang dan dibuka.


34 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA 4.3.2 Pemilihan ruang perpustakaan i. Mudah diakses oleh warga emas yang menggunakan kerusi roda, tongkat atau alat sokongan pergerakan. ii. Berada ditTingkat bawah iii. Jauh dari ruang tamu atau ruang yang boleh menganggu ketengangan warga emas iv. Dekat dengan tandas v. Mempunyai cahaya tingkap dan lampu yang mencukupi vi. Suhu bilik yang bersesuaian vii. Mempunyai pendingin hawa 4.3.3 Pemilihan warna i. Cat dinding yang harmoni ii. Warna langsir yang lembut 4.3.4 Susun atur i. Susun atur perabot perlu sesuai dan mesra pengguna seperti mempunyai laluan yang boleh dilalui menggunakan kerusi roda. 4.3.5 Kemudahan lain i. Radio ii. Komputer iii. Akses Internet 4.4 Proses Pembangunan Perpustakaan Keluarga Salah satu cara untuk memupuk budaya membaca dalam komuniti keluarga adalah dengan membangunkan perpustakaan keluarga. Pembangunan Perpustakaan Keluarga di bawah slogan ‘1 Keluarga 1 Perpustakaan’ merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membina budaya membaca. Terdapat beberapa kaedah membangunkan perpustakaan keluarga iaitu: 4.4.1 Proses Pembangunan Perpustakaan Keluarga Berpandukan Perpustakaan Negara Malaysia Ibu bapa boleh menggunakan buku Garis Panduan Pembentukan Perpustakaan Keluarga yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara


Komuniti Membaca: Keluarga 35 melalui URL berikut: https://www.pnm.gov.my/pnm/resources/pdf%20file/ PERPUSTAKAAN%20KELUARGA.pdf i. Mempunyai ruang yang sesuai dan kondusif. ii. Mempunyai nama perpustakaan keluarga yang dipilih oleh ahli keluarga. iii. Mempunyai rak simpanan buku. iv. Mempunyai kemudahan mengakses maklumat mengikut kemampuan keluarga seperti komputer dan Internet. v. Mempunyai kelengkapan yang sesuai seperti sofa, meja belajar dan sebagainya mengikut kemampuan keluarga. vi. Menyediakan bahan bacaan yang pelbagai. vii. Merujuk panduan pengurusan perpustakaan keluarga yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. 4.4.2 Proses Pembangunan Perpustakaan Keluarga Bagi Kumpulan B40 Selain itu, pembangunan perpustakaan keluarga juga bersifat fleksibel dan wujud berdasarkan berdasarkan keperluan dan kemampuan sesebuah keluarga itu sendiri. Sesebuah keluarga yang ingin membentuk perpustakaan keluarga boleh memilih kaedah mewujudkan perpustakaan keluarga mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. Mereka tidak terikat dengan apa-apa peraturan dalam membentuk perpustakaan keluarga masing-masing. Kesesuaian pembentukan perpustakaan mengikut acuan keluarga boleh melancarkan kegiatan membaca dalam kalangan anak-anak. Antara ciri-ciri pembentukan perpustakaan keluarga yang mudah ialah: i. mempunyai ruang simpanan buku yang fleksibel. Simpanan buku mungkin boleh dibuat menggunakan bakul atau kotak (mengikut kemampuan dan kesesuaian) ii. susunan buku mengikut jenis. Contohnya menyusun buku agama, buku cerita atau majalah dalam kelompok yang sama. iii. menggunakan pelekat warna untuk membezakan jenis buku. iv. bahan bacaan boleh didapati melalui perlupusan buku dari perpustakaan desa, perpustakaan negara atau sebagainya. v. boleh mendapatkan bahan buku secara pinjaman daripada sekolah. vi. memberi tumpuan kepada bahan bacaan fizikal berbanding bahan digital. vii. berhubung rapat dengan perpustakaan berhampiran untuk memperoleh kemudahan bahan digital dan pinjaman buku secara percuma.


36 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA viii. menggunakan sumber yang ada dalam mengurus perpustakaan keluarga seperti bahan kitar semula sebagai tempat penyimpanan buku. 4.5 Pengurusan Perpustakaan Keluarga Pengurusan sesebuah perpustakaan keluarga adalah bersifat fleksibel dan bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan sesebuah keluarga. Tiada peraturan khusus dalam mengurus perpustakaan keluarga. Syarat asas mewujudkan perpustakaan keluarga ialah adanya bahan bacaan dan ruang untuk menyusun bahan bacaan. Cadangan pengurusan bahan bacaan dalam sesebuah perpustkaan keluarga adalah seperti berikut: 4.5.1 Bahan Bacaan i. Bahan bacaan perlu dipelbagaikan. Bahan bacaan tersebut haruslah terdiri daripada buku fiksyen, buku bukan fiksyen, bahan bukan buku serta bahan digital. Keutamaan pemilihan bahan bacaan bergantung kepada keperluan ahli keluarga. Sekiranya anak-anak masih kecil, pengurus perpustakaan keluarga perlu memilih lebih banyak buku cerita fiksyen yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti tulisan besar, berwarna-warni, mempunyai ilustrasi dan menarik minat anak-anak. ii. Akses kepada bahan digital juga mestilah disediakan di perpustakaan keluarga dengan menyediakan komputer dan jaringan Internet. iii. Bahan bacaan perlu diproses sebelum disusun di rak buku. Cara memproses bahan bacaan adalah mengikut keselesaan keluarga sama ada menggunakan sistem pengkelasan Dewey atau menggunakan stiker bewarna untuk membezakan jenis buku seperti buku agama, buku cerita, buku rujukan. iv. Bahan bacaan juga perlu disusun dengan teratur. . 4.5.2 Rekod Penggunaan Pengurus perpustakaan keluarga boleh menyediakan rekod penggunaan perpustakaan sekiranya membuka perpustakaan keluarga kepada jiran-jiran. Namun, penggunaan rekod penggunaan adalah pilihan. Ibu bapa tidak perlu mempraktikkan penggunaan rekod ini sekiranya tidak bekeperluan. 4.5.3 Tanda Milik Oleh kerana perpustakaan keluarga telah diberi nama, maka pengurus perpustakaan boleh: i. Menempah tanda milik berupa cap untuk digunakan pada bahan bacaan dalam perpustakaan keluarga. Cap tanda milik juga berfungsi untuk menunjukkan pemilikan bahan bacaan tersebut. ii. Setiap keluarga boleh memilih muka surat rahsia untuk dicap dengan tanda milik perpustakaan keluarga mereka. Tanda milik ini berguna apabila proses pinjaman kelompok antara komuniti jiran dilaksanakan untuk mengelakkan kehilangan atau tertukar bahan bacaan.


Komuniti Membaca: Keluarga 37 4.5.4 Sumber Bahan Bacaan Sumber bahan bacaan di perpustakaan keluarga biasanya diperoleh melalui: i. Pembelian ii. Sumbangan iii. Sumbagan bacaan boleh diperoleh melalui proses perlupusan bahan bacaan daripada perpustakaan terdekat dengan kawasan kediaman. iii. Pinjaman buku boleh dilakukan melalui aktiviti kejiranan dalam Kelab Komuniti Membaca Kejiranan yang disertai. Setiap perpustakaan keluarga perlu mempunyai bakul buku untuk aktiviti pinjaman dalam kalangan komuniti kejiranan. 4.6 Langkah Mudah Mengurus Perpustakaan Keluarga 4.6.1. Asingkan buku mengikut jenis seperti buku fiksyen, buku bukan fiksyen, majalah dan sebagainya. 4.6.2. Pilih pelekat yang berbeza warna dan tampal pada tulang buku yang sama jenis. 4.6.3. Nomborkan pelekat pada tulang buku dan rekod tajuk buku dalam Rekod Perpustakaan Keluarga. 4.6.4. Susun buku mengikut jenis dan nombor. Sekiranya rak buku kecil, boleh asingkan jenis buku menggunakan pemegang buku (Book Stand). 4.6.5. Sekiranya ahli keluarga ingin menstruktur perpustakaan keluarga secara standard, mereka boleh merujuk Garis Panduan Pembentukan Keluarga yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. 4.7 Strategi dan Pelaksanaan Aktiviti Membaca dalam Komuniti Keluarga 4.7.1 Merangka aktiviti membaca mengikut kesesuaian umur. 4.7.2 Menyediakan jadual yang mesra pengguna 4.8 Jaringan dan Jalinan Komuniti Keluarga 4.8.1 Hubungan baik dengan komuniti sekolah. 4.8.2 Hubungan dengan komuniti kejiranan dan masyarakat 4.8.3 Hubungan dengan perpustakaan terdekat.


38 GARIS PANDUAN PROGRAM KOMUNITI MEMBACA 4.8.4 Melibatkan diri dengan aktiviti di peringkat sekolah, komuniti merentas sempadan negeri dan negara. 4.9 Sumber kewangan Pendapatan keluarga 4.10 Pemantauan dan Penilaian Program Membaca Komuniti Keluarga 4.10.1 Pemantauan dan penilaian aktiviti oleh ibu dan bapa 4.10.2 Penambahbaikan berdasarkan kesesuaian aktiviti dalam keluarga 4.11 Pelaporan 4.11.1 Pelaporan dalam bentuk catatan aktiviti seperti tarikh pelaksaan aktiviti dan kandungan pelaksanaan aktiviti keluarga 4.11.2 Merekod aktiviti yang dijalankan melibatkan kejiranan atau masyarakat.


Click to View FlipBook Version