The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04256201, 2023-01-30 09:02:12

JURNAL GURU PELATIH 2022

JURNAL GURU PELATIH 2022

GURU PANITIA PSV Puan Rohayah merupakan guru panitia bagi subjek PSV dan beliau juga merupakan guru pembimbing saya. Beliau seorang yang baik, bersemangat, tegas, peka dan kreatif sama seperti Cikgu Weldy iaitu juga merupakan guru PSV sekolah. Cikgu Rohayah sering memberi pendapat tentang cara pengajaran dan penambahbaikan apa yang perlu dilakukan. Sewaktu beliau melakukan pencerapan terhadap PdP saya, beliau memberi pendapat bahawa saya perlu menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh murid. Dengan adanya pendapat beliau, saya dapat menambah baik lagi cara pengajaran. Beliau juga sangat membantu apabila saya dan rakan meminta pertolongan jika kami memerlukan alat dan bahan untuk kegunaan PdP. 201


JURNAL KEPIMPINAN MINGGU 6 Pada minggu keenam, terdapat beberapa peningkatan yang dapat dilihat berdasarkan cara pengajaran serta pemahaman murid dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Murid-murid juga melibatkan diri secara aktif ketika aktiviti topik pembelajaran dijalankan. Antara perkara yang saya dapat lihat ialah murid mengambil perhatian apabila saya melakukan penerangan, hubungan saya sebagai guru dengan murid juga bertambah baik dimana mereka mula beramah mesra dengan saya, murid mula menunjukkan minat dengan subjek PSV dan sering bertanyakan soalan serta pendapat mereka tentang sesuatu perkara. Saya juga banyak masuk ke kelas-kelas lain untuk relief. Walaupun saya tidak mengajar murid-murid di dalam kelas tersebut, mereka sangat teruja apabila saya masuk ke202 kelas.


CIKGU AMER Cikgu Amer ialah guru PSV bagi kelas 2 Bestari, 2 Dedikasi dan 2 Harmoni iaitu kelas-kelas yang saya ambil alih untuk mengajar. Cikgu Amer seorang yang lemah lembut dalam percakapannya sehingga kadang-kadang saya tidak begitu mendengar apa yang beliau cuba sampaikan kerana suara beliau yang halus. Saya terpaksa meminta beliau untuk mengulangi apa yang dikatakan. Kemudian beliau juga banyak memberi pertolongan kepada saya, seperti meminjamkan saya alatan untuk digunakan pada waktu PdP. Cikgu Amer sentiasa mengambil berat tentang muridmurid dan sentiasa memastikan murid diambil oleh penjaga dahulu sebelum beliau pulang. Saya juga sering mendengar murid-murid mengatakan cikgu Amer seorang yang baik. 203


JURNAL KEPIMPINAN MINGGU 7 Pada minggu ketujuh merupakan minggu yang terdapat banyak aktiviti akan dijalankan dan minggu ini juga merupakan minggu pensyarah saya datang untuk melakukan pencerepan. Kesemua guru bersiap sedia untuk mengemas dan membersih mengikut bahagian masing-masing bagi persediaan kedatangan EKSA ke sekolah. Minggu ini juga terdapat perkhemahan kokurikulum yang melibatkan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4 mengikut pakej. Saya dan guru-guru praktikal yang lain diberi tugasan untuk mengawasi murid-murid sewaktu aktiviti kembara pagi. Aktiviti perkhemahan yang dijalankan sangat seronok dan murid-murid juga begitu gembira kerana apabila saya menyoal beberapa orang murid mereka mengatakan bahawa ia merupakan kali pertama mereka mengikuti perkhemahan dan ia memberi pengalaman yang baru kepada mereka. 204


Cikgu Audrey ialah guru yang saya selalu berjumpa untuk bertanyakan soalan atau meminta pertolongan. Beliau seorang pemurah dengan senyuman dan seorang yang 'happy go lucky'. Beliau banyak mengajar saya dalam melakukan beberapa tugasan dan mengingatkan saya dalam beberapa perkara agar saya lebih cakna. Sebelum pensyarah saya datang ke sekolah, saya perlu melakukan beberapa persediaan agar semuanya berjalan lancar dan beliau yang banyak membantu saya dari segi jadual dan tempat waktu PdP. Saya juga sangat menghargai segala pertolongan yang diberi kerana jika bukan kerana beliau yang membantu, pasti saya dalam kesusahan. Cikgu Audrey juga antara guru pertama yang mengucapkan 'good luck and wish her 205 all the best' sebelum saya dicerap oleh pensyarah


JURNAL KEPIMPINAN MINGGU 8 Pada minggu kelapan, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan dan merupakan minggu terakhir saya menjalankan latihan mengajar di sekolah. Acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu Malaysia Book of Records dimana kesemua murid dan guru terlibat menghasilkan lilin yang dibuat dengan menggunakan minyak yang terpakai. Saya begitu teruja untuk mengikuti acara ini kerana ia merupakan kali pertama bagi saya. Selain itu, pada minggu ini juga saya dan rakan saya mula membuat mural. Terdapat dua dinding yang kami akan gunakan untuk membuat mural dan mural yang kami akan hasilkan adalah karya pelukis terkenal iaitu Vincent Van Gogh yang bertajuk ‘The Starry Night’. Kami memilih karya tersebut kerana ia mempunyai kaitan dengan tajuk PSV bagi tingkatan 5 dan kami juga ingin membuat dari yang lain disebabkan di sekolah telah banyak mural yang menggukan aliran realistik 206


USTAZAH NURUSYAKINAH Cikgu Kinah adalah ustazah bagi sesi petang. Beliau seorang yang sangat bersemangat dan tegas. Sifatnya yang tegas itu banyak membantu saya untuk mengawasi murid yang bising sewaktu saya mengajar kelasnya di 1 Ikhlas. Beliau juga memberi pendapat tentang topik pembelajaran dan aktiviti pembelajaran saya. Antara perkara yang saya dapat pelajari daripada cikgu Kinah ialah beliau mengajar saya cara menanda kertas soalan peperiksaan PSV dan pengiraan markah. Perkara ini dapat memberi saya pengalaman baru yang boleh saya gunakan pada masa akan datang kerana sebelum ini saya tidak pernah diajar tentang perkara tersebut 207


GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR 2 PERTANDINGA N SMSM IDOL PERHIMPUNAN SEKOLAH PADA MINGGU PERTAMA HARI PERTAMA MENGAJAR AKTIVITI GOTONGROYONG 208


GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR 2 PEMBENTANGAN BAGI UNIT BERUNIFORM KADET POLIS BENGKEL SENI TINGKATAN 5 PROGRAM PSO GAMBAR BERSAMA GURU-GURU 209


GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR 2 HASIL KARYA PELAJAR 2D TOPIK SENI SERAMIK PERJUMPAAN BERSAMA PENSYARAH HARI PENGHANTARAN REPORT CARD AKTIVITI KEMBARA PAGI 210


JURNAL KEPIMPINAN GURU PELATIH MARDIANA PETER 10 OKT – 02 DEC 2022 211


PROFILE GURU PELATIH Nama : Mardiana Peter Program : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Institut Pengajian :Universiti Pendidikan Sultan Idris Semester : 8 Pensyarah Penyelia : En. Amir Bin Hashim Guru Pembimbing : En. Weldy David 212


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Pengetua Cemerlang Sm St. Michael, Penampang iaitu Pn. Jeniffer Asing yang sudi menerima saya sebagai pelajar praktikal disini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Judith Fidelis Donsia (Pen. Kanan Pentadbiran), Puan Flavia Ignatius (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Ting Pick Kieng (Pen. Kanan Kokurikulum), dan Puan Johanna Sibyl Disimond (Pen. Kanan Petang) atas bantuan dan kerjasama yang mereka telah berikan. Bukan itu sahaja, terima kasih juga kepada barisan ketuaketua bidang khususnya Puan Fong Ling Ling (Ketua Bidang Kemanusiaan) kerana tidak pernah lelah dalam membantu saya dan guru-guru pelatih lain. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada guru yang telah membimbing saya sepanjang program perantis ini iaitu Encik Weldy David kerana sentiasa memberi tunjuk ajar sebagai kesediaan saya untuk menjadi guru kelak. Tidak lupa juga kepada barisan ketua panitia, guru cemerlang, guru-guru, kakitangan pentadbiran dan seluruh warga Sekolah Menengah St. Michael. Sekian, terima kasih saya ucapkan. PENGHARGAAN 213


REFLEKSI TERHADAP SEKOLAH Ketika pertama kali guru pelatih menjejaki kaki di sekolah ini, guru pelatih sangat teruja dengan suasana kawasan sekolah yang dipenuhi oleh tumbuhan dan bungabungaan hijau serta lukisan-lukisan mural yang sangat banyak. Selain itu, guru pelatih telah melihat sekeliling sekolah dan membuat pemerhatian terhadap guru-guru dan mendapati bahawa sekolah ini mempunyai ramai guru yang cemerlang bukan sahaja dari segi kurikulum tetapi juga dari segi kokurikulum. Sekolah ini juga mengamalkan sikap hormat menghormati antara guru, pelajar dan ibubapa. Pertama kali guru pelatih masuk ke sekolah ini, guru pelatih telah diarah melakukan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan bekas banjir yang melanda sekolah ini. Hal ini disebabkan kerana sistem perparitan di sekolah ini tidak begitu baik sehingga menyebabkan berlakunya bencana banjir yang boleh merosakkan tumbuhan hijau. Selain itu juga, sekolah ini boleh dibesarkan lagi dan menambah tandas di setiap blok sekolah untuk memudahkan pelajar pergi ke tandas tanpa perlu berjalan jauh. Secara keseluruhannya, SM St. Michael merupakan sekolah yang sangat ceria dan sangat menitikberatkan mengenai keselamatan, kebersihan dan akademik pelajar. 214


REFLEKSI TERHADAP GURU MINGGU KE-1 HINGGA KE-8 215


Menurut pemerhatian saya pada minggu pertama, puan pengetua merupakan seorang yang sangat tegas dalam mendidik muridmurid dan juga guru-guru terutamanya dari segi akademik dan disiplin. Selain itu, pengetua juga seorang yang aktif serta bersemangat dalam melakukan dan mengikuti apa jua aktiviti. Semangat beliau melampaui semangat guru-guru lain yang turut serta dalam aktiviti dan juga melampaui semangat saya yang sepatutnya bertenaga kerana masih muda. Puan pengetua juga sangat peramah dan merendah diri dengan menghormati semua guru-guru dan juga murid. Sikap beliau yang merendah diri itu telah membuat murid-murid menjadikannya sebagai contoh bahawa pangkat bukan segalanya sekiranya adab tiada. Seterusnya, beliau juga seorang yang sangat mengambil berat mengenai keselamatan murid-murid dan juga kebersihan sekolah sama ada di sekeliling atau dalam kelas. Beliau telah menerima banyak sijil dari Kementerian Pendidikan Negeri Sabah dengan pencapaian beliau dari segi akademik dan kelestarian alam di sekolah Pn. Jennifer Asing Pengetua Cemerlang PENGETUA CEMERLANG 216


Pn. Judith Fidelis Donsia PK Pentadbiran PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Berdasarkan pemerhatian saya pada minggu kedua, cikgu Judith merupakan seorang guru yang sangat rajin terutamanya dalam menguruskan saya sebagai guru pelatih. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya terutamanya dalam penghasilan jurnal kepimpinan ini. Beliau telah memberi keterangan kepada saya dan guru pelatih yang lain dengan sangat lengkap dan jelas sehingga saya mudah untuk memahami semua yang dikatakan olehnya. Selain itu, beliau juga merupakan seorang guru yang sangat peramah dan sentiasa menegur atau membetulkan setiap kesalahan yang saya lakukan. Hal ini menyebabkan saya lebih mengetahui mengenai peraturan dan etika berpakaian semasa berada di sekolah. Seterusnya, cikgu Judith seorang yang sangat bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh saya dan guru pelatih yang lain sekiranya puan pengetua tidak ada dalam sekolah. Secara keseluruhannya, beliau adalah guru yang serba boleh dalam segala hal walaupun perkara itu bukan diurus olehnya dan beliau boleh dijadikan sebagai guru contoh di sekolah. 217


Pn.Audrey Cherry Insing PEMBANTU PENOLONG KANAN PETANG Pada minggu ketiga,saya telah memerhati cikgu Audrey dan mendapati bahawa beliau seorang yang baik hati dan peramah. Beliau telah banyak mengajar dan membimbing saya dalam melakukan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah. Selain itu, beliau juga seorang yang sangat murah senyuman. Hal ini kerana, sesiapa sahaja yang guru yang bertembung dengannya, beliau terus senyum dan mengucapkan salam sejahtera sebagai tanda hormat antara guru. Namun begitu, pada pertama kali saya melihat wajah beliau, saya menganggap beliau seorang yang seiaus dan tegas tetapi kenyataannya ialah sebaliknya. Saya sangat menghormati cikgu Audrey kerana beliau sangat menepati masa dan sentiasa menyiapkan tugas atau kerja sebelum diminta. Hal ini menunjukkan bahawa beliau seorang guru yang sangat bertanggungjawab terhadap kerjanya. Beliau juga seorang guru yang sangat ceria serta aktif dalam melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang dilakukan di sekolah 218


GURU PEMBIMBING Pada minggu keempat, cikgu Weldy merupakan guru pembimbing saya dan beliau seorang yang mahir dalam bidangnya iaitu seni halus. Hal ini dikatakan kerana, saya sendiri telah melihat hasil lukisan dan cetakan yang dilakukan olehnya dan ia sangat cantikserta mempunyai makna. Menurut pandangan saya, cikgu Weldy seorang yang pemurah dan berfikiran jauh dalam menjayakan sesuatu perkara. Beliau telah banyak membantu saya dalam membuat dan menyediakan rancangan pengajaran harian serta rancangan pengajaran tahunan. Beliau selalu meminta saya untuk sentiasa bertanya sekiranya ada perkara yang tidak difahami sama ada dalam akademik mahupun program. selain itu, beliau juga telah membantu saya menyediakan wayar pojektor semasa pensyarah penyelia saya menilai saya dan membentuk idea untuk memberikan penyelia saya cenderahati kerana telah datang ke sekolah ini. En. Weldy David 219


Minggu kelima, saya telah memerhati cikgu Jacquelene dan mendapati bahawa beliau seorang yang lemah lembut dalam bertutur kata sehingga saya tidak dapat mendengar apa yang cuba disampaikan olehnya. Selain lemah lembut, beliau juga seorang yang baik hati dan pemurah. Hal ini kerana, beliau selalu membenarkan saya dan guru pelatih serta guru-guru yang lain menggunakan mesin pencetaknya. Saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana membenarkan saya menggunakan mesinnya tanpa membayar Puan Jacquelene 220


Cikgu Christina merupakan seorang guru yang sangat petah bercakap dan kuat bergurau. Setiap kali beliau bercerita tidak pernah tidak lucu atau lawak. Suasana yang senyap akan terus huru-hara sekiranya beliau bercakap. Saya sangat suka bercerita dengan cikgu Christina kerana beliau mempunyai banyak cerita. Seterusnya, beliau juga seorang yang sangat aktif dan cara beliau berjalan pun sangat laju. Disebabkan sikap beliau yang sika berlawak, ramai guru-guru yang turut serta membuat lawak bersamanya sehingga seluruh bilik guru menjadi bising dengan gelak ketawa para guru. Cikgu Christina Halog 221


Pada minggu ketujuh, saya telah memerhati cikgu Chris kerana saya bersama- sama dengan beliau sepanjang mengikuti perkemahan. Beliau juga seorang guru yang sangat lemah lembut dalam percakapan sehingga saya atau guruguru yang lain tidak dengar apa yang dikatakan olehnya. Selain itu, beliau juga seorang yang rajin dalam melakukan aktiviti terutama sekali aktiviti membuat lilin untuk memasuki peringkat dalam Malaysia Book Of Record (MBOR). Hal ini menyebabkan cikgu Chris selalu memakai seragam sukan untuk memudahkan beliau untuk berjalan dan bertugas dengan cepat dan pantas. Cikgu Chris juga seorang guru yang tidak pernah memberi saya dan guru pelatih yang lain untuk relief kelas kerana beliau sentiasa masuk ke kelasnya. Beliau merupakn guru contoh yang baik dalam melakukan tugas. Cik. Christie Chong Kah Kei 222


Cikgu Norin telah saya perhati pada minggu terakhir saya berada di sekolah. Beliau seorang guru yang sangat bijak sehingga beliau mempunyai gelaran doctor kerana telah berjaya menamatkan pelajarannye ke PHD. Beliau merupakan satu-satunya guru yang saya kenal di sekolah St. Michael yang mempunyai pelajaran sangat tinggi. Walaupun beliau mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi beliau seorang yang rendah hati kerana tidak ramai guru atau murid yang tahu mengenai peringkat sekolahnya. Selain itu, beliau juga tidak sombong dan angkuh, malah sebaliknya beliau seorang yang sangat ramah dan mudah untuk berkerjasama dengannya Dr. Norin Fariza Mohd Nuin 223


224


Murid sedang memotong daun pandan Murid sedang melakukan aktiviti perkemahan unit beruniform 225


Kemudahan yang terdapat di sekolah Murid sedang melakukan pembersihan untuk pemantauan EKSA 226


Perhimpunan sesi pagi Guru-guru sedang menjalankan mesyuarat PSO Memantau murid tingkatan 5 melakukan kerja kursus Pendidikan Seni 227


Guru pelatih membimbing pelajar untuk mengambil apam balik Guru pelatih membimbing pelajar pergi ke gereja. Guru pelatih bersama guru pembimbing dan pensyarah penyelia 228


TERIMA KASIH SM ST. MICHAEL PENAMPANG 229


Click to View FlipBook Version