The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

full Manual Pendidikan Rekreasi Pelancongan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK MAYA LIB2U KKKL/KKKLCSG, 2023-03-20 02:07:22

full Manual Pendidikan Rekreasi Pelancongan

full Manual Pendidikan Rekreasi Pelancongan

BIODATA MOHD NASARUDIN BIN MUSTAPHA Beliau merupakan seorang pensyarah di Kolej Komuniti Kuala Langat, Banting, Selangor di dalam Program Pengembaraan Pelancongan. Mula berkhidmat di Kolej Komuniti Kuala Langat pada tahun 2007 sebagai tenaga pengajar bagi kursus Rekreasi Pelancongan. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan daripada Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Mohd Nasarudin bin Mustapha sentiasa aktif dalam aktiviti rekreasi. Beliau merupakan pemegang sijil Jurulatih Kelemasan Malaysia, Advance Scuba Diving (PADI) dan Sijil competency Malaysia Challenge Course Association (MCCA) ANSI/ACCT 03-2019. Beliau juga pernah menghadiri kursus Pemanduan Pelancong Alam Semulajadi (Nature Guide)


2


INDEK Abstrak Penghargaan Biodata Bab 1 PENGENALAN REKREASI PELANCONGAN 1.1 Pengenalan Rekreasi 1 1.2 Jenis Jenis Rekreasi 2 1.3 Organisasi Yang Berkaitan Dengan Aktiviti Rekreasi di Malaysia 5 1.4 Kepentingan Cuaca Dan Alam Sekitar Dalam Melaksanakan Aktiviti Rekreasi 7 Bab 2 AKTIVITI RENANG DAN ASAS MENYELAMAT 2.1 Definisi Renang 10 2.2 Tujuan Aktiviti Renang 10 2.3 Peralatan Aktiviti Renang 10 2.4 Persediaan Aktiviti Renang 13 2.5 Teknik- Teknik Gaya Renang 14 2.6 Teknik Latihan Renang 17 2.7 Renang Gaya Bebas (Freestyle) 20 2.8 Teknik Menyelamat Mangsa Lemas 23 2.9 Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) 26 Bab 3 AKTIVITI SNORKELING. 3.1 Definisi Snorkeling 29 3.2 Peralatan Aktiviti Snorkeling 30 3.3 Latihan Teknik-Teknik Snorkelling 33 3.4 Persediaan Aktiviti Snorkelling 36 3.5 Peraturan Dalam Melakukan Aktiviti Snorkelling 37


Bab 4 AKTIVITI KAYAK 4.1 Definisi Kanu Dan Kayak 39 4.2 Sejarah Perkembangan Kayak Global / Malaysia 40 4.3 Peralatan Aktiviti Kayak 42 4.4 Anatomi Kayak dan Pendayung 44 4.5 Jenis-Jenis Kayak 52 4.6 Teknik-Teknik Aktiviti Kayak 54 4.7 Teknik Asas Dayungan 61 4.8 Teknik Dayungan 63 4.9 Isyarat dan Komunikasi 66 4.10 Teknik Menyelamat 68 4.11 langkah Keselamatan Sebelum Semasa dan Selepas 74 Bab 5 AKTIVITI PENGENDALIAN TALI TINGGI 5.1 Definisi High Rope/ Tali tinggi 76 5.2 Penjagaan Dan Penyelenggaraan Tali 77 5.3 Teknik Gulungan Tali 79 5.4 Terminologi Tali 80 5.5 Peralatan dan Penjagaan 81 5.6 Persediaan Melakukan Aktiviti Tali Tinggi 87 5.7 Sejarah Tali dan Pembinaan Tali 88 5.8 Jenis-Jenis Tali 88 5.9 Teknik Ikatan Dan SambunganTali 90 5.10 Melaksanakan Aktiviti Pengendalian Tali Tinggi 96


Bab 6 AKTIVITI KRAF PERKHEMAHAN 6.1 Pengenalan Aktiviti Perkhemahan 102 6.2 Peralatan Aktiviti Perkhemahan 103 6.3 Prosedur Melakukan Aktiviti Perkhemahan 106 6.4 Do’s and Don’t Aktiviti Perkhemahan 107 6.5 Prinsip LNT (Leave No Trace) 107 6.6 Aktiviti Perkhemahan Dengan Mengamalkan Prosedur Keselamatan 109


PENGHARGAAN Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan buku Panduan Manual Aktiviti Rekreasi Pelancongan ini. Sepanjang saya menyiapkan buku ini pelbagai pihak dan individu yang memberi sumbangan dan sokongan kepada saya. Kesempatan ini saya merakankan ucapan ribuan terima kasih. Jutaan terima kasih juga kepada Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat, rakan pensyarah dan juga rakan penggiat aktiviti rekreasi membantu saya buku ini. Sumbangan dan sokongan dari semua amat dihargai. Harapan besar saya, dengan adanya buku ini moga dapat membantu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam kemahiran aktiviti rekreasi.


Manual Pendidikan Rekreasi Pelancongan Sijil Pengembaraan Pelancongan diterbitkan oleh Program Pengembaraan Pelancongan Kolej Komuniti Kuala Langat.Prosiding ini menerbitkan koleksi penulisan Manual Pendidikan Rekreasi Pelancongan yang telah dihasilkan oleh pensyarah Program Pengembaraan Pelancongan Kolej Komuniti Kuala Langat. Hasil Manual Pendidikan ini adalah pandangan penulis dan bukan mewakili pandangan Kolej Komuniti Kuala Langat. Hakcipta terpelihara @ 2022 Kolej Komuniti Kuala Langat. Hakcipta terpelihara.tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan lembaran kerja ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rekaan atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah , Kolej Komuniti Kuala Langat , Kementerian Pengajian Tinggi, Jalan Sultan Suleiman Shah 42700 Banting Selangor. Susun atur huruf teks: Arial : 11 Diterbitkan oleh: Kolej Komuniti Kuala Langat Kementerian Pengajian Tinggi Jalan Sultan Suleiman Shah 42700 Banting Selangor


ii INDEK Abstrak Penghargaan Biodata Bab 1 PENGENALAN REKREASI PELANCONGAN 1.1 Pengenalan Rekreasi 1 1.2 Jenis Jenis Rekreasi 2 1.3 Organisasi Yang Berkaitan Dengan Aktiviti Rekreasi di Malaysia 5 1.4 Kepentingan Cuaca Dan Alam Sekitar Dalam Melaksanakan Aktiviti Rekreasi 7 Bab 2 AKTIVITI RENANG DAN ASAS MENYELAMAT 2.1 Definisi Renang 10 2.2 Tujuan Aktiviti Renang 10 2.3 Peralatan Aktiviti Renang 10 2.4 Persediaan Aktiviti Renang 13 2.5 Teknik- Teknik Gaya Renang 14 2.6 Teknik Latihan Renang 17 2.7 Renang Gaya Bebas (Freestyle) 20 2.8 Teknik Menyelamat Mangsa Lemas 23 2.9 Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) 26 Bab 3 AKTIVITI SNORKELING. 3.1 Definisi Snorkeling 29 3.2 Peralatan Aktiviti Snorkeling 30 3.3 Latihan Teknik-Teknik Snorkelling 33 3.4 Persediaan Aktiviti Snorkelling 36 3.5 Peraturan Dalam Melakukan Aktiviti Snorkelling 37


iii Bab 4 AKTIVITI KAYAK 4.1 Definisi Kanu Dan Kayak 39 4.2 Sejarah Perkembangan Kayak Global / Malaysia 40 4.3 Peralatan Aktiviti Kayak 42 4.4 Anatomi Kayak dan Pendayung 44 4.5 Jenis-Jenis Kayak 52 4.6 Teknik-Teknik Aktiviti Kayak 54 4.7 Teknik Asas Dayungan 61 4.8 Teknik Dayungan 63 4.9 Isyarat dan Komunikasi 66 4.10 Teknik Menyelamat 68 4.11 langkah Keselamatan Sebelum Semasa dan Selepas 74 Bab 5 AKTIVITI PENGENDALIAN TALI TINGGI 5.1 Definisi High Rope/ Tali tinggi 76 5.2 Penjagaan Dan Penyelenggaraan Tali 77 5.3 Teknik Gulungan Tali 79 5.4 Terminologi Tali 80 5.5 Peralatan dan Penjagaan 81 5.6 Persediaan Melakukan Aktiviti Tali Tinggi 87 5.7 Sejarah Tali dan Pembinaan Tali 88 5.8 Jenis-Jenis Tali 88 5.9 Teknik Ikatan Dan SambunganTali 90 5.10 Melaksanakan Aktiviti Pengendalian Tali Tinggi 96


iv Bab 6 AKTIVITI KRAF PERKHEMAHAN 6.1 Pengenalan Aktiviti Perkhemahan 102 6.2 Peralatan Aktiviti Perkhemahan 103 6.3 Prosedur Melakukan Aktiviti Perkhemahan 106 6.4 Do’s and Don’t Aktiviti Perkhemahan 107 6.5 Prinsip LNT (Leave No Trace) 107 6.6 Aktiviti Perkhemahan Dengan Mengamalkan Prosedur Keselamatan 109


v ABSTRAK Buku panduan ini merupakan manual bagi aktiviti rekreasi pelancongan yang dilakukan di Malaysia. Panduan dan maklumat yang disampaikan didalam penulisan buku ini bertujuan memberikan maklumat dan panduan serta memudahkan penggiat rekreasi melakukan aktiviti mereka. Bagi memastikan penerbitan ini mengandungi maklumat yang terkini dan selari dengan industri rekreasi di Malaysia, sumber-sumber yang diperolehi adalah dari sumber rasmi dan juga pengalaman penulis sebagai pendidik didalam industri rekreasi. Buku ini mengandungi beberapa aktiviti rekreasi yang sering dilakukan oleh penduduk di Malaysia pada waktu lapang dan juga senggang. Buku ini mengandungi topik-topik yang relevan dengan aktiviti rekreasi pada masa kini. Bahagian pertama buku ini mengemukan topik berkaitan pengenalan rekreasi pelancongan. Ia bertujuan memberi pendedahan awal kepada pembaca berkaitan rekreasi pelancongan. Buku ini juga mengandungi teknik-teknik aktiviti renang dan juga menghuraikan dengan lebih terperinci teknik untuk menyelamatkan mangsa dari kelemasan di air. Selain itu, buku ini juga memperincikan berkaitan teknik dan peralatan untuk melakukan aktiviti snorkeling. Bagi penggemar aktiviti ini, buku ini menyediakan panduan awal untuk melakukan aktiviti snorkeling. Tidak ketinggalan untuk peminat rekreasi, buku ini juga memperincikan dan menggambarkan tentang aktiviti kayak. Teknik berkayak dan juga pengenalan kayak dijelaskan dengan terperinci didalam buku ini. Kepada peminat aktiviti tali tinggi, buku ini juga memperincikan teknik ikatan, simpulan dan sambungan tali dengan terperinci. Dibahagian akhir buku ini menjelaskan tentang aktiviti perkhemahan. Ia menjelaskan secara terperinci persediaan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan. Buku rekreasi pelancongan ini boleh dijadikan panduan kepada pelajar dan juga penggiat rekreasi dalam melaksanakan aktiviti yang disukai atau diminati.


vi PENGHARGAAN Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan buku Panduan Manual Aktiviti Rekreasi Pelancongan ini. Sepanjang saya menyiapkan buku ini pelbagai pihak dan individu yang memberi sumbangan dan sokongan kepada saya. Kesempatan ini saya merakankan ucapan ribuan terima kasih. Jutaan terima kasih juga kepada Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat, rakan pensyarah dan juga rakan penggiat aktiviti rekreasi membantu saya buku ini. Sumbangan dan sokongan dari semua amat dihargai. Harapan besar saya, dengan adanya buku ini moga dapat membantu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam kemahiran aktiviti rekreasi.


vii BIODATA MOHD NASARUDIN BIN MUSTAPHA Beliau merupakan seorang pensyarah di Kolej Komuniti Kuala Langat, Banting, Selangor di dalam Program Pengembaraan Pelancongan. Mula berkhidmat di Kolej Komuniti Kuala Langat pada tahun 2007 sebagai tenaga pengajar bagi kursus Rekreasi Pelancongan. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan daripada Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Mohd Nasarudin bin Mustapha sentiasa aktif dalam aktiviti rekreasi. Beliau merupakan pemegang sijil Jurulatih Kelemasan Malaysia, Advance Scuba Diving (PADI) dan Sijil competency Malaysia Challenge Course Association (MCCA) ANSI/ACCT 03-2019. Beliau juga pernah menghadiri kursus Pemanduan Pelancong Alam Semulajadi (Nature Guide)


1 BAB 1 1.0 Pengenalan Rekreasi Pelancongan 1.1 Pengenalan rekreasi Rekreasi Perkataan latin iaitu “recreare’ yang bermaksud mewujudkan sesuatu yang baru atau penyegaran semula. [DeGRazia (Of Time Work and Leasure)] Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Definisi “rékréasi” mengikut kamus dewan ialah kegiatan yg menye­ronok­kan yg boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, seperti ber-istirahat dan menghiburkan hati, riadah; berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan badan dan akal fikir-an): rombongan memburu yang ~ sambil men-jalankan tugas. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu dan sikap. Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu: i) Rekreasi dalam (in-door) Contoh : badminton, squash, bowling ii) Rekreasi luar (out-door) Contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan


1.2 Jenis Jenis rekreasi Rekreasi air Rekreasi air boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti rekreasi dengan mengggunakan peralatan tertentu atau tidak menggunakan peralatan yang dilakukan pada mana-mana sumber yang berasaskan air. Antara contoh sumber-sumber rekreasi air adalah seperti laut, sungai, tasik, kolam renang dan taman tema air” Jenis aktiviti rekreasi air ➢ Berenang ➢ Snorkeling ➢ Berkayak ➢ Berakit Arus Deras (White Water Rafting) ➢ Memancing ➢ Selaman Skuba (scuba diving) ➢ Jetski ➢ Perahu layar ➢ Para Sailing ➢ Luncur Air (Surfing) Rekreasi Darat Rekreasi darat didefinisikan sebagai satu aktiviti rekreasi dengan mengggunakan peralatan tertentu atau tidak menggunakan peralatan yang dilakukan pada mana-mana sumber yang berasaskan darat. Antara contoh sumber-sumber rekreasi darat adalah seperti bukit, gunung, renang serta flora dan fauna” Jenis aktiviti rekreasi darat ➢ Perkhemahan ➢ Aktiviti tali tinggi (high rope course, abseiling, flying fox) ➢ Orienteering ➢ Jejak rimba – jungle tracking ➢ Night walk ➢ Meneroka gua ➢ Ekspedisi pacuan 4 roda ➢ Mendaki gunung


3 ➢ Mountain biking – basikal / motosikal ➢ Bird watching ➢ Menunggang kuda Rekreasi Udara Rekreasi udara didefinasikan sebagai aktiviti rekreasi yang dilakukan menggunakan peralatan tertentu yang berasaskan sumber udara. Sumber utama bagi aktiviti rekreasi udara ialah sumber semulajadi iaitu angin. Jenis aktiviti rekreasi udara ➢ Sky diving ➢ Paragliding ➢ Paramotor ➢ Belon Udara 1.2.1 Kaedah penerangan taklimat aktiviti rekreasi Salah satu teknik-teknik asas kepimpinan rekreasi ialah kemahiran menyampaikan taklimat. Penyampaian taklimat yang betul adalah penting kerana faktor-faktor berikut: ✓ Bagi mendapatkan perhatian dan rasa hormat peserta terhadap jurulatih. ✓ Bagi menyampaikan prosedur aktiviti dan tatacara penggunaan peralatan ✓ Bagi menyampaikan faktor-faktor risiko disepanjang aktiviti ✓ Bagi memastikan peserta tahu objektif aktiviti dijalankan. ✓ Bagi memperkenalkan jurulatih lain yang terlibat disepanjang aktiviti. ✓ Bagi menyampaikan jadual perjalanan aktiviti. Taklimat boleh terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: Briefing: Taklimat yang disampaikan sebelum memulakan aktiviti rekreasi. Debriefing: Taklimat yang disampaikan selepas melakukan aktiviti rekreasi. CARA MELAKUKAN TAKLIMAT UNTUK MEMULAKAN AKTIVITI REKREASI- BRIEFING ✓ Bersedia dengan maklumat yang hendak disampaikan ✓ Pastikan semua peserta telah berkumpul dan mengambil tempat. ✓ Memberi ucap selamat. ✓ Pastikan peserta memberikan tumpuan


4 ✓ Teruskan dengan memberi taklimat bagi memulakan aktiviti ✓ Memperkenalkan jurulatih lain yang terlibat jika ada. ✓ Pengenalan kepada aktiviti yang akan dijalankan ✓ Memperkenalkan peralatan dan cara menggunakan peralatan secara praktikal. ✓ Melibatkan peserta ketika memberi penerangan secara praktikal ✓ Menggunakan nada serius ketika menyampaikan maklumat yang berkaitan keselamatan dan risiko-risiko yang berkemungkinan dihadapi. ✓ Menggunakan nada galakkan bagi memberi motivasi kepada peserta untuk melakukan aktiviti tersebut. ✓ Menerangkan objektif aktiviti tersebut. ✓ Membuat penutup kepada taklimat. CARA MELAKUKAN TAKLIMAT SETELAH AKTIVITI REKREASI-DEBRIEFING ✓ Pastikan semua peserta telah berkumpul dan mengambil tempat. ✓ Pastikan peserta memberikan tumpuan ✓ Memberi arahan agar mengumpulkan peralatan yang terlibat jika ada. ✓ Teruskan dengan memberi taklimat selepas melakukan aktiviti. ✓ Menerangkan tentang objektif yang telah dicapai atau tidak capai ✓ Memberi penerangan mengapa objektif tidak dicapai ✓ Bertanya khabar atau keadaan peserta selepas melakukan aktiviti. ✓ Memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman & pendapat ✓ Memberi teguran & nasihat untuk perkara yang sepatutnya tidak dilakukan ketika aktiviti. ✓ Memberi ucap tahniah kepada peserta walaupun objektif tidak dicapai dan menggalakkan peserta untuk terus bergiat di dalam aktiviti rekreasi. ✓ Menerangkan secara ringkas aktiviti yang akan dijalankan selepas itu. ✓ Membuat penutup.


5 1.3 Organisasi yang berkaitan dengan aktiviti rekreasi di Malaysia Kementerian Belia dan Sukan https://www.kbs.gov.my/ Kelab Dan Persatuan Rekreasi di Malaysia 1. Majlis Rekreasi Malaysia https://mrmteam2.wixsite.com/website 2. Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia https://www.pjrm.org.my/utama


6 3.Persatuan Kanu Malaysia 4. Persatuan Kanu Kuala Lumpur https://www.klcanoe.com/ 5. Malaysia Aquatic Rescue Asociation ( MAQRA ) 6. Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia https://www.lifesavingmalaysia.org.my/ 7. Persatuan Luncur Udara Malaysia https://www.facebook.com/Malaysian-Paragliding-And-Hang-gliding-Association


7 1.4 Kepentingan aktiviti rekreasi kepada industri pelancongan di Malaysia. Aktiviti rekreasi dapat menarik perhatian ramai pelancong luar negara dating ke Malaysia. Ini dapat meningkatkan kemasukan pelancong ke dalam Malaysia. Berkait rapat dengan alam semulajadi di Malaysia secara tidak langsung mempromosikan sumber khazanah alam semulajadi kepada negara luar. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat di Malaysia. Contohnya pekerjaan seperti jurulatih rekreasi luar. Rakyat Malaysia juga berpeluang mewujudkan perniagaan berkonsep rekreasi seperti membuka kem-kem rekreasi, taman-taman ekstreme, perkhidmatan sewaan peralatan rekreasi seperti basikal dan peralatan aktiviti tali tinggi. Peningkatan aktiviti rekreasi darat juga dapat mewujudkan konsep atau pendekatan konservasi di dalam menjaga atau menghargai sumber alam semulajadi di Malaysia. Apabila sesuatu lokasi rekreasi darat itu di naiktarafkan maka komuniti setempat juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan dan ia turut menggalakkan aktiviti pelancongan domestik. Kemasukan pelancong ke kawasan-kawasan terpencil atau desa mampu menaikkan ekonomi penduduk setempat apabila mereka berbelanja. 1.5 Kepentingan cuaca dan alam sekitar dalam melaksanakan aktiviti rekreasi. Definisi cuaca keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara) di sesuatu tempat pada sesuatu ketika tertentu Maklumat yang diterima boleh membantu penggiat aktiviti rekreasi merancang aktiviti secara tidak langsung mengurangkan segala risiko yang berkaitan dengan cuaca & alam sekitar. Ramalan kaji cuaca di Malaysia boleh dirujuk di Portal Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di www.met.gov.my Ramalan cuaca mengandungi Suhu, kelembapan, angin, ketebalan awan dan prospek untuk laut bergelora atau perubahan lain selama beberapa hari berikutnya


8 Kepentingan Ramalan Cuaca. Memberi amaran awal Memberi amaran kepada orang awam seperti para nelayan tentang keadaan laut yang bergelora. Persediaan awal dapat dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa. Contoh: Banjir, ribut taufan, dan tsunami. Memudahkan persediaan awal untuk melakukan aktiviti rekreasi


9 BAB 2 AKTIVITI RENANG DAN ASAS MENYELAMAT


10 BAB 2 2.0 AKTIVITI RENANG DAN ASAS MENYELAMAT 2.1 Definisi renang Renang mengikut definisi kamus keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bermaksud "bergerak dengan menggunakan tangan, kaki atau kaedah-kaedah yang lain di permukaan air (atau di dalam air tanpa menyentuh dasar)." Renang di anggap sinonim dengan kehidupan manusia yang mencari rezeki atau mendiami kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sungai atau laut. Renangan menggunakan kaedah yang betul iaitu kombinasi pernafasan, tendangan kaki dan kayuhan tangan yang tepat pasti mampu membawa perenang bergerak dengan lebih pantas dan jauh. Individu yang mampu berenang dengan sempurna dianggap mempunyai aset yang bernilai samada untuk tujuan bersukan atau membantu orang lain sewaktu berada di air 2.2 Tujuan aktiviti renang - Asas kepada pelbagai sukan air - Sebagai asas dalam kemahiran hidup - Aktiviti sukan / rekreasi yang paling sihat - Membentuk tubuh badan yang ideal - Merangsang stamina - Amalan / aktiviti sukan Sunnah nabi 2.3 Peralatan aktiviti renang a) Baju renang (lycra swimming suit)


11 Contoh baju renang yang sesuai untuk golongan wanita {image google} (Image google) Contoh baju renang yang sesuai untuk lelaki b) Goggle c) Swimming cap


12 d) Kicking board e) Swimming Noodle f) Rescue tube / rescue can


13 2.4 Persediaan aktiviti renang 1. Sebelum aktiviti renang Sebelum ke kelas renang, sebaiknya anda ‘melawat’ kolam renang terlebih dahulu untuk memastikan keadaan kolam selamat untuk digunakan dan memudahkan perancangan anda. Periksa ramalan cuaca dan rancang dengan sewajarnya. Sekiranya anda tahu cuaca akan panas dan cerah, pastikan anda membawa sedikit pelindung matahari (sun block) dan air bersama anda. Pastikan anda memakai pakaian renang jenis lycra semasa melakukan aktiviti renang. Sebelum melakukan aktiviti renang pastikan anda berada dalam keadaan sihat. Memastikan qualiti air kolam selamat dan sesuai untuk aktiviti renang. 2. Semasa aktiviti renang Sentiasa mendengar arahan jurulatih Melakukan regangan atau warm up Membasahkan badan dengan air paip sebelum turun ke dalam kolam Setiap kemalangan hendaklah dilaporkan kepada Penjaga Kolam atau Pengawal Keselamatan. 3. Selepas aktiviti renang Selepas berenang disarankan untuk mandi bagi membuang sisa-sisa bahan kimia seperti klorin yang terdapat dalam air kolam renang. Periksa segala barangan milik persendirian sebelum beredar meninggalkan kolam renang. Memastikan bilangan peserta kelas renang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sekiranya anda seorang jurulatih renang. 4. Do’s and don’t Hendaklah memakai pakaian renang yang sesuai Bersihkan diri dengan mandi (shower) sebelum masuk ke dalam kolam renang. Mereka yang mengalami sebarang penyakit kulit berjangkit atau demam adalah tidak dibenarkan menggunakan kolam renang Jangan berlari atau berkejar-kejaran dikawasan kolam Pengguna dilarang mandi atau masuk ke kolam renang apabila kerja-kerja pembersihan kolam renang sedang dijalankan.


14 2.5 Teknik- teknik gaya renang Terdapat beberapa gaya yang boleh digunakan dalam aktiviti berenang seperti gaya bebas, gaya kuak dada, gaya kuak lentang dan gaya kuak kupu-kupu. Setiap gaya ini mempunyai teknik-teknik tersendiri untuk dipelajari. 1. Kuak Dada (Breast stroke) Sebelum memulakan gaya renang kuak dada, perenang harus memastikan kedudukan dada adalah menghadap ke permukaan air. Selepas itu, perenang harus memastikan tubuh badan perenang adalah dalam keadaan yang tetap iaitu kepala dan tangan adalah di bawah paras air dan tangan harus dipanjangkan. Kaki haruslah diluruskan dan dirapatkan supaya menjadi rata dalam air. a) Gaya renang kuak dada akan dimulakan dengan menghulurkan tangan kedepan dan seterusnya ke belakang dan ke bawah sehingga ke bahagian depan bahu. b) Kedua-dua belah kaki menendang ke arah luar seperti katak sementara kedua-dua belah tangan diluruskan ke hadapan. c) Kedua-dua belah tangan digerakkan seperti membelah air supaya badan boleh maju ke hadapan. d) Nafas ditarik melalui mulut pada waktu ini apabila muka tertolak ke atas diluar permukaan air. Pada masa yang sama, kaki harus disempitkan dan dibuka luas di bahagian punggung untuk meneruskan tendangan kaki yang seterusnya. 2. Gaya bebas (free style / front crawl) Gaya bebas atau juga disebut front crawl merupakan gaya renang yang biasa dilakukan. Alternate arm stroke juga merupakan istilah lain dari renang gaya bebas ini. Jika dibandingkan dengan gaya lain, gaya bebas merupakan gaya tercepat dalam renang.


15 • Posisi tubuh dalam renang gaya bebas, posisi tubuh sejajar dengan air. Sementara, posisi tangan lurus ke depan dan kaki lurus ke belakang. Ketika meluncur di air, pastikan tubuh dalam keadaan rileks. • Gerakan lengan dalam renang gaya bebas dilakukan dengan mengayunkan kedua tangan ke depan secara bergantian. Jika salah satu tangan berada di depan tubuh, tangan yang lainnya berada di belakang tubuh. Pastikan jari kelingking menyentuh permukaan air terlebih dahulu, saat akan mengayunkan tangan. Apabila salah satu tangan sedang mengayun, tangan yang satunya haruslah lurus sejajar dengan permukaan air. Gerakan mendorong lengan ke depan harus dilakukan bersamaan dengan gerakan kaki menendang ke atas dan ke bawah. • Gerakan kaki dalam renang gaya bebas berpusat di bahagian pangkal paha. Gerakan kaki dalam renang gaya bebas dilakukan dengan menaik turunkan kedua kaki secara bergantian di dalam air. Sekilas, gerakan kaki ini menyerupakai gerak kaki ketika sedang berjalan. • Teknik pernapasan dalam renang gaya bebas dilakukan dengan cara kepala menoleh ke salah satu arah yaitu kanan atau kiri. Meski terlihat mudah, teknik pernapasan dalam renang gaya bebas sejatinya cukup sulit dipelajari. Sebab, momentum bernapas harus disesuaikan dengan gerakan lengan dan kaki. Pernapasan dalam renang gaya bebas biasanya dilakukan dengan posisi tubuh yang miring ke samping. Sebaiknya, jangan mengangkat kepala ke atas karena bisa mengganggu keseimbangan tubuh di atas air serta bisa membuat tenggelam


16 3. Kuak Lentang (Backstroke) Kuak Lentang adalah renangan yang digunakan oleh penyelamat untuk menunda mangsa ke tempat selamat. Kuak Lentang merupakan renang yang mudah kerana saluran pernafasan sentiasa berada di luar permukaan air. Penyelamat hendaklah sentiasa mengekalkan keadaan “stream line” dengan melunsur dan membentuk badan yang paling kurang heretan air. • Perenang akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui hidung. Nafas ditarik sebaik kaki dibengkokkan dan nafas dihembus sewaktu membuat tendangan. • Sewaktu melakukan Kuak Lentang menyelamat, tangan akan membuat kayuhan di sisi. Bagaimanapun sewaktu melakukan tundaan, tangan digunakan untuk mengawal mangsa dan membantu membuat kayuhan. • Teknik Tendangan kaki Kuak Lentang menyelamat dikenali sebagai ”wipe”. Pergerakkan melibas air dengan menggerakkan kedua-dua kaki serentak. Lutut dibengkokkan dan tendangan menggunakan bahagian dalam kaki dengan pergelangan kaki dikunci. Perlakuan ini hampir serupa dengan Kuak Dada. Bezanya kuak ini dilakukan dalam posisi telentang.


17 2.6 TEKNIK LATIHAN RENANG Berenang memerlukan keyakinan diri yang tinggi terhadap air. Ramai individu yang ’fobia’ dengan air disebabkan pernah lemas, baru melibatkan diri dengan kelas renang dan dipaksa untuk berenang. Bagi mengatasi perkara ini, jurulatih renang yang berpengalaman akan melaksanakan teknik water confident serta menerapkan keselamatan air terlebih dahulu sebelum memulakan kelas renang bagi menilai tahap keyakinan peserta.Terdapat beberapa teknik latihan renang yang bolej diamalkan semasa aktiviti renang antaranya: Teknik-teknik latihan renang: a) Teknik-teknik water confident: - Uji kedalaman kolam renang - Belajar pernafasan (Bubling) - Lakukan pelungsuran (Gliding) - Underwater Interactive Game - Lakukan gerakan (Basic kicking) b) Face-up (Apungan Melentang) Face-up float adalah satu teknik apungan secara melentang (muka menghadap langit) dan boleh bernafas seperti biasa kerana muka berada di luar permukaan air


18 c) Face-in (Apungan Meniarap) Face-in float adalah berlawanan teknik dengan face-up float. Melalui teknik ini, muka anda berada dalam air separa dengan permukaan air dan tahan nafas d) Tread Water (Apungan Menegak) Tread water merupakan teknik apungan survival, dilakukan secara badan menegak, luar dari kawasan permukaan air dan boleh bernafas dengan bebas. Teknik ini dilakukan di kawasan air yang dalam dan posisi pandangan boleh dilakukan secara 360 darjah. Ia selalu digunakan oleh lifeguard bagi memastikan mangsa yang lemas tidak terlepas dari pandangan


19 e) Bubbling Teknik pernafasan dilakukan bagi mengelakkan anda terlampau semput/penat semasa berenang. Setelah ambil nafas mengikut mulut, lalu apa yang anda perlu buat adalah menyelam sedikit (hanya kepala anda pun sudah mencukupi tidak perlu menyelam sampai ke dasar kolam, cukup-cukup menutupi hidung anda. Seterusnya menghembus nafas tersebut mengikut hidung. Maka anda dapat lihat banyak buih secara berterusan dalam air). Hembuskan nafas anda dengan laju di dalam air lalu kembali ke permukaan air untuk mengambil nafas dan lakukan bobbing ni secara pantas dan berulang-ulang kali. Nescaya anda akan hilang semput dan penat anda semasa anda berenang.


20 2.7 Renang Gaya Bebas (Freestyle) Kemahiran Asas Renang Gaya bebas dikenali juga sebagai kuak rangkak. Dalam pertandingan-pertandingan gaya bebas bermaksud sebarang gaya. Dalam modul ini, gaya bebas adalah merujuk kepada kuak rangkak. Kuak rangkak merupakan gaya renang yang agak laju dan memerlukan tenaga yang banyak serta memerlukan keseragaman pernafasan. Langkah – langkah dalam melakukan aktiviti renang gaya bebas 1. Tendangan kaki gaya bebas


21 Teknik Tendangan Kaki Gaya Bebas dikenali sebagai “flutter kick”. Pergerakan melibas air dengan menggerakkan bahagian pergelangan kaki dan sendi pinggul. Lutut dikunci dan dibengkok sedikit. Tendangan kaki dibuat secara berselang seli. 2. Push and Glide - Duduk diatas dasar kolam dan tendang dinding kolam. - Kaki mesti lurus dan punca pergerakan harus dari peha. - Kedua dua kaki anda menendang dinding kolam dan badan mesti berada dalam keadaan lurus. - Kedua dua tangan sentiasa berada dalam keadaan lurus. Setelah badan anda bergerak ke hadapan pastikan muka sentiasa memandang kebawah atau memandang lantai kolam. - Jangan gerakkan badan anda - Pastikan badan sentiasa berada dalam keadaan lurus, biarkan badan terus meluncur kehadapan.


22 3. Push Glide and Kicking - Duduk diatas dasar kolam dan tendang dingding kolam. - Kaki mesti lurus dan punca pergerakan harus dari peha. - Kedua dua kaki anda menendang dinding kolam dan badan mesti berada dalam keadaan lurus. Kedua dua tangan sentiasa berada dalam keadaan lurus. - Setelah badan anda bergerak ke hadapan pastikan muka sentiasa menghadap ke bawah atau memandang lantai kolam. Jangan gerakkan badan anda. - Pastikan badan sentiasa berada dalam keadaan lurus, biarkan badan terus meluncur kehadapan. - Setelah pergerakan badan stabil teruskan dengan tendangan kaki dengan menggunakkan teknik flutter kick. 4. Kicking and front crawl Pembelajaran renang gaya crawl (kicking and front crawl drill) terbahagi kepada tahap posisi tubuh, gerakan lengan, gerakan kaki, pengambilan nafas, timing dan koordinasi. 5. Breathing / pernafasan Teknik bernafas dalam Gaya Bebas tidak sama dengan pernafasan seharian. Perenang akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui hidung. Tarik nafas sebaik tangan dominan membuat kuak dan melepaskan nafas sewaktu tangan dominan menjangkau ke hadapan.


23 Perenang sedang menarik nafas 2.8 TEKNIK MENYELAMAT MANGSA LEMAS Pengenalan Kemahiran asas menyelamat Tahukah anda semua orang boleh menjadi penyelamat? Penyelamat tidak semestinya orang yang mempunyai kemahiran berenang. Bagaimanapun bagi yang mempunyai kemahiran berenang adalah lebih baik. Secara amnya menyelamat terbahagi kepada 3 iaitu:- a) Menyelamat tanpa perlu berenang. Menyelamat tanpa perlu berenang menggunakan kaedah menghulur, melontar, meranduk/mengharung, berkayuh atau bot penyelamat. Penyelamat yang tidak ada kemahiran berenang boleh menggunakan kaedah ini. b) Menyelamat dengan berenang tanpa menyentuh mangsa. Menyelamat dengan berenang tanpa menyentuh mangsa memerlukan penyelamat yang mempunyai kemahiran berenang. Walaupun begitu penyelamat hendaklah membawa bersamanya alatan sebagai bantuan seperti tali, alat apongan dan alatan yang ada di persekitaran. c) Menyelamat dengan berenang dan menyentuh mangsa. Menyelamat menggunakan kaedah ini memerlukan penyelamat yang mahir berenang dan berkemampuan dari segi tenaga kerana penyelamat perlu menunda mangsa ke tempat selamat


24 2.8.1 Tali / throwbag: a) "Rescue Throw Bag" sangat berguna bagi menyelamat mangsa lemas di laut, sungai, kolam renang mahupun di kawasan air terjun. b) Throw bag ini adalah bag yang mempunyai tali jenis yang terapung dalam air. Ada yang panjangnya 10m atau 15m. Tujuannya adalah untuk menghayunkan bag yang berisi tali ini kepada mangsa yang sedang lemas. c) Mula-mula kena ikat satu hujung tali kepada pergelangan tangan. Jika tangan kanan kita yang kuat dan kita pilih sebagai tangan untuk membaling atau menghayunkan bag itu, maka ikat tali itu pada pergelangan tangan kiri. d) Kemudian, lihat lokasi mangsa dan pergi paling dekat dengan gigi air atau jika rasa mangsa terlalu jauh untuk tali itu sampai/atau takut balingan tak sampai, masuk sedikit ke dalam air. e) Baling bag ini bukan dekat depan mangsa, tetapi baling melebihi mangsa kepala mangsa atau sedikit tepi kepada mangsa. Pastikan balingan bag mesti melebihi mangsa agar tali boleh dicapai dengan mudah oleh mangsa dan bag yang dihayun tadi tidak terkena kepala mangsa. f) Setelah mangsa mendapatkan tali dan memegangnya, kita tarik tali itu dengan berlari sambil tarik tali dengan mangsa (towing). Bukan tarik gulung, tarik gulung tali. Cara berlari sambil towing mangsa lebih cepat membawa mangsa ke daratan. g) Setelah mangsa berada di daratan, bawa mangsa ke lokasi selamat untuk buat penilaian selanjutnya untuk memastikan mangsa sedar atau memerlukan bantuan CPR (Cardiopulmonary resuscitation).


25 2.8.2 Pelampung a) Mula-mula kena ikat satu hujung tali kepada pergelangan tangan. Jika tangan kanan kita yang kuat dan kita pilih sebagai tangan untuk membaling atau menghayunkan bag itu, maka ikat tali itu pada pergelangan tangan kiri. b) Kemudian, lihat lokasi mangsa dan pergi paling dekat dengan gigi air atau jika rasa mangsa terlalu jauh untuk tali itu sampai/atau takut balingan tak sampai, masuk sedikit ke dalam air. c) Baling pelampung ini dekat depan mangsa secara menegak atau melintang d) Setelah mangsa mendapatkan pelampung dan memegangnya, Tarik mangsa ke tebing atau tepi kolam


26 2.9 Cardio Pulmonary Resusitation (CPR) Prosedur Pertolongan Cemas Jika seseorang mangsa lemas di dalam air, pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa dengan pantas mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa dan mengurangkan risiko kecederaan otak yang lebih serius kepada mangsa. Pertolongan cemas ini bertujuan untuk membantu memulihkan denyutan nadi serta pernafasan mangsa supaya dapat menyalurkan kembali oksigen ke saluran darah dan ke semua organ-organ mangsa. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi membantu mangsa lemas dengan memberikan rawatan pertolongan cemas. 1. D – Danger (Bahaya) Sebelum mula memberikan pertolongan cemas, awasi bahaya keadaan sekeliling. Pastikan bahawa persekitaran tidak merbahaya untuk mangsa dan juga orang yang membantu mangsa. Oleh itu, untuk membantu mangsa, pastikan mangsa dialihkan ke kawasan yang lebih selamat seperti di kawasan tanah rata dan kering. Selain keadaan persekitaran, orang yang membantu mangsa perlulah memastikan bahawa bahaya yang mungkin wujud pada mangsa disingkirkan. Bahaya ini boleh wujud pada peralatan atau pakaian mangsa yang boleh menganggu orang yang membantu mangsa untuk memberikan rawatan. Alatan-alatan yang perlu dibuka atau disingkirkan ialah seperti jam tangan, rantai leher dan pakaian yang terlalu tebal. Hal ini dilakukan bagi memudahkan orang yang membantu mangsa memberikan rawatan kecemasan. 2. R – Response (Tindak Balas) Sebelum meneruskan pemberian bantuan kecemasan, orang yang memberikan rawatan kecemasan perlulah memeriksa sama ada mangsa memberi mempu memberikan sebarang reaksi atau tindak balas. Cara untuk memeriksa mangsa perlulah dimulakan dengan memanggil mangsa dan meminta supaya mengsa mengerakkan mana-mana bahagian tubuh sebagai tanda sedar terhadap panggilan yang oleh orang yang membantu. Jika tiada sebarang tindak balas oleh mangsa, orang yang membantu mangsa perlulah mengoncangkan tubuh mangsa dengan lembut untuk dan terus memanggil mangsa dan meminta tindak balas. Jika mangsa masih tidak memberikan sebarang reaksi, maka teruskan dengan langkah seterusnya. 3. A – Airway (Ruang Udara)


27 Penyelamat yang membantu mangsa yang masih tidak sedar perlulah meneliti ruang udara mangsa terutamanya di mulut dan hidung. Untuk melihat ke dalam mulut mangsa, penyelamat yang membantu perlulah meletakkan satu tangan di atas dahi mangsa dan menggunakan satu lagi tangan untuk menaikkan dagu mangsa supaya kepala mangsa mendongak ke atas (head tilt chin lift). Kemudian, buka rahang mangsa dan lihat ke dalam mulut mangsa untuk sebarang objek yang tersekat di dalam mulut mangsa. 4. B – Breathing (Penafasan) Setelah memastikan mangsa tidak sedar dan tiada apa-apa objek yang menghalang mangsa untuk bernafas, orang yang membantu mangsa perlulah memeriksa jika mangsa bernafas. Selepas itu, letakkan dua jari di tepi leher mangsa dan meletakkan telinga berdekatan dengan hidung mangsa sambil memerhatikan dada mangsa. Jari yang diletakkan di leher mangsa bertujuan untuk mencari nadi mangsa tersebut manakala hidung untuk mengesan bunyi pernafasan mangsa dan melihat ke dada untuk memerhati jika dada mangsa turun naik sebagai tanda pernafasan. Periksa dan perhatikan mangsa selama 10 saat. Jika pemerhatian dan pemeriksaan telah dibuat kepada mangsa dan orang yang membantu telah mengenalpasti bahawa mangsa tidak mempunyai nadi dan tidak bernafas, maka tekanan dada dan bantuan pernafasan atau CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) perlulah diberikan kepada mangsa. Pemerikssan boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah 3m (melihat, mendengar, merasa) CPR dilakukan dengan memberikan 30 kali dan 2 hembusan. 5. C – Circulation (Pendarahan) Setelah mangsa kembali bernafas dan berada dalam keadaan pemulihan, orang yang membantu mangsa perlulah memeriksa mangsa dan memerhati jika ada pendarahan yang berlaku. Jika ada pendarahan yang berlaku, berikan tekanan kepada tempat pendarahan menggunakan alatan seperti kain untuk mengelakkan mangsa kehilangan darah yang banyak dan tunggu sehinga pegawai perubatan tiba. Jika mangsa tidak mengalami sebarang pendarahan, pastikan mangsa berada dalam keadaan pemulihan dan tunggu sehingga pegawai perubatan tiba. 6. ( Recovery Position ) Keadaan rehat ialah keadaan dimana mangsa diletakkan dalam keadaan mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik. Orang yang membantu perlulah memeriksa denyutan nadi dan pernafasan mangsa secara berkala dan tunggu sehingga bantuan pengamal perubatan tiba. Pastikan mangsa berada dalam keadaan sedar dan mata terbuka serta elakkan mangsa dari menutup mata atau tidur


28 BAB 3: AKTIVITI SNORKELING


29 Bab 3 Aktiviti snorkelling. Bab ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kepimpinan dalam kepelbagaian aktiviti rekreasi air. Pelajar akan didedahkan dengan asas kepimpinan dan kepentingan konservasi rekreasi air di samping melaksanakan latihan amali aktiviti-aktiviti tersebut di lokasi yang sesuai. Sebahagaian dari pelaksanaan aktiviti dalam kursus ini akan melibatkan tenaga pengajar luar yang bertauliah bagi memastikan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3.1 Definisi Snorkeling Snorkeling boleh di definisikan sebagai satu aktiviti melihat ikan dan terumbu karang/dasar laut di pulau-pulau tarikan pelancongan melalui atas permukaan air dengan menggunakan peralatan seperti mask, snorkel, pfd dan fins. Walaupun muka menghadap (face-in) dibahagian permukaan air, pernafasan tetap boleh dilakukan dengan menggunakan snorkel. Aktiviti snorkeling tidak sama seperti aktiviti selaman skuba (scuba diving). Tujuan aktiviti snorkeling: ❖ Merehatkan minda, fizikal & mental ❖ Mencari ketenangan dari kesibukan bandar ❖ Hobi dan minat ❖ Menghayati sumber-sumber alam terutamanya kehidupan laut Apa tujuan aktiviti snorkeling


30 3.2 Peralatan aktiviti snorkeling ❖ Baju renang ❖ Snorkeling Mask ❖ Snorkel / J-tube


31 ❖ Personal Flotation Device (PFD)


32 ❖ Fin Adjustable fin Full foot fin


33 ❖ Booties / wet shoes ❖ Glove 3.3 Latihan Teknik-teknik snorkrling I. Teknik water confident Keyakinan diri di air perlu dilakukan kepada semua peserta samada masih baru mengikuti aktiviti snorkeling mahupun peserta yang sudah kerap melakukannya. Keyakinan diri di air adalah satu kaedah untuk membiasakan diri peserta dengan keadaan yang dikelilingi oleh air bagi meningkatkan keberanian dalam diri, tidak cepat panik dan dapat melaksanakan aktiviti snorkeling dengan seronok. Objektif utama modul water confident ini adalah seperti berikut; ✓ melatih para peserta untuk merasa yakin dan selamat membuat aktiviti di dalam dan sekitar air ✓ membangunkan kemahiran akuatik asas tanpa bantuan orang dewasa yang lain;


34 ✓ memperkenalkan peserta yang non-swimmer kepada pemahaman tentang asas keselamatan di dalam air ✓ memberikan kefahaman akan risk management apabila terpaksa berhadapan dengan situasi di dalam air II. Teknik Penggunaan Personal Flotation Device Personal floatation device (pfd) serta dikenali juga sebagai bouyancy aid (b.a) adalah alat apungan yang digunakan dalam kepelbagaian aktiviti rekreasi sebagai satu langkah dalam keselamatan nyawa semasa di air. Berikut merupakan teknik penggunaan PFD dengan betul; ✓ Tentukan pfd yang digunakan sepadan dengan saiz bentuk badan. Namun begitu kebanyakan pfd di pasaran mempunyai saiz yang sama (free size). ✓ Kenakan zip (jika ada) serta selaraskan setiap bahagian-bahagian buckle yang terdapat di pfd. Jangan terlalu ketat kerana ia akan menyukarkan pernafasan ketika di air. ✓ Kaedah “buddy system” adalah yang terbaik kerana buddy akan memeriksa serta memantau cara pemakaian pfd. ✓ Untuk memastikan pfd berfungsi dengan baik, aktiviti water confident perlu dilakukan. Pfd yang berfungsi dengan baik adalah pfd yang boleh mengapungkan badan walaupun kaki tidak jejak ke dasar air. ✓ Teknik face-up dan face-in boleh dilakukan dengan mudah kerana fungsi pfd direka sebegitu rupa. Kepelbagaian teknik tendangan (kicking) boleh dilakukan seperti flutter kick, frog kick dan backstroke kick dalam aktiviti snorkeling. III. Teknik Penggunaan set Snorkeling Set snorkeling terdiri daripada face mask dan j-tube. Peralatan untuk snorkeling sangat simple dan mudah dikendalikan. Tidak perlu mengambil kursus dan sebagainya. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda utamakan sewaktu melakukan aktiviti snorkeling ini. Berikut adalah teknik snorkeling bagi orang yang pertama kali ingin melakukan aktiviti ini. Bagi yang dah biasa snorkeling, boleh juga jadikan tips ini sebagai rujukan untuk anda membimbing/mengajar rakan/saudara mara yang baru pertama kali snorkeling. Antara beberapa teknik yang boleh dilakukan semasa penggunaan set snorkrling ialah: ✓ Periksa/'check' mask, snorkel dan juga fin yang dibekalkan pada anda. Gunalah mask yang bersesuaian dengan muka anda agar air tidak masuk ke dalam mask sewaktu snorkeling.


35 ✓ Periksa juga snorkel yang akan digunakan sama ada bocor atau tidak. Gunakan 'Life Jacket' jika anda tidak yakin untuk berenang. Ikat tali life jacket anda. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat dengan badan anda. ✓ Sewaktu memakai mask, pastikan tiada seurat rambut pun yang terselit pada mask anda. Jika tidak, pasti air akan masuk ke dalam mask anda. Pasang tali strap mask dengan betul dan pastikan ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat pada muka anda. ✓ Sebelum masuk ke dalam air, seeloknya anda berlatih membiasakan diri bernafas dengan mulut melalui snorkel. Tarik dan hembuskan udara perlahanlahan dan teratur melalui mulut. IV. Teknik Mask Clearence Kadang-kadang semasa snorkeling, ada air yang termasuk ke dalam face mask. Bertenang dan jangan panik. Jika air masuk ke dalam mask, anda tidak perlu melepaskan mask tersebut. Apa yang anda perlu buat hanyalah tarik nafas panjang melalui mulut lalu hembuskan kuat-kuat melalui hidung sehingga udara bercampur air yang ada dalam mask itu keluar. Jika anda tidak pasti teknik ini, anda boleh minta bantuan 'life guard' untuk ajarkan pada anda. mask clearence dilakukan sekiranya face mask dimasuki air


Click to View FlipBook Version