36 V. Teknik Popping ✓ Biarkan diri anda tenggelam di bawah air sehingga wajah anda berada di bawah air. ✓ Tarik nafas dalam-dalam melalui snorkeling anda. ✓ Tahan nafas anda. ✓ Tenggelam sepenuhnya diri anda dan snorkeling anda di dalam air. ✓ Naik ke kedudukan asal anda. ✓ Tiup udara dengan kuat melalui snorkeling anda. ✓ Sedut perlahan-lahan untuk melihat sama ada masih ada air di dalamnya. Sekiranya masih ada air di snorkel, letakkan letupan pendek yang lain ke dalamnya. Apabila snorkeling jelas, terus bernafas dengan normal. 3.4 Persediaan aktiviti snorkelling Persediaan sebelum melakukan aktiviti snorkeling ✓ Dapatkan jumlah dan maklumat kesihatan peserta yang akan turut serta dalam aktiviti snorkeling ✓ Mengenalpasti lokasi pulau yang dipilih untuk aktiviti snorkeling ✓ Menentukan lokasi pulau yang dipilih terhindar daripada musim monsun dan faktor cuaca ✓ Menghantar surat makluman aktiviti kepada pihak-pihak berkuasa ✓ Mendapatkan sebutharga berkaitan khidmat jurulatih tempatan, penginapan, makan dan minum dengan budget yang ditetapkan. ✓ Buat senarai semak peralatan. Pastikan peralatan yang dibawa sendiri berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Persediaan Semasa melakukan aktiviti snorkelling ✓ Pastikan taklimat awal dan keselamatan telah dilaksanakan oleh jurulatih ✓ Pastikan peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik
37 ✓ Melaksanakan “buddy system” bagi tujuan keselamatan ✓ Buddy akan memeriksa peralatan terutamanya pfd supaya dipakai kemas dan tidak longgar ✓ Melakukan aktiviti water confident dalam kumpulan peserta untuk membiasakan diri dengan peralatan dan situasi aktiviti snorkeling ✓ Pantau dan laksanakan aktiviti snorkeling bersama buddy atau pasangan Persediaan selepas melakukan aktiviti snorkelling ✓ Pastikan semua peserta berkumpul semula selepas aktiviti. ✓ Memastikan kesihatan peserta berada dalam keadaan baik. ✓ Terapkan rasa kesyukuran kerana selamat melakukan aktiviti tanpa sebarang risiko kemalangan ✓ Dapatkan maklumbalas peserta berkaitan pengalaman aktiviti snorkeling yang dilakukan dalam bentuk lisan dan juga borang maklum balas pelanggan ✓ Kumpul, basuh dan keringkan semua peralatan yang telah digunakan ✓ Mengira jumlah peralatan yang dipulangkan dan memastikan kuantiti sama dengan kuantiti yang dipinjam. ✓ Simpan semua peralatan yang digunakan di stor penyimpanan. 3.5 Peraturan dalam melakukan aktiviti snorkelling. ✓ Patuhi arahan ketua/jurulatih ✓ Pakai pakaian yang sesuai. Material jenis lycra adalah digalakkan kerana ia cepat kering dan mengelakkan dari cepat kesejukan ✓ Pastikan keadaan cuaca baik. Elak dari cuaca yang buruk seperti ribut, hujan lebat dan laut bergelora ✓ Laksanakan aktiviti snorkeling di dalam kawasan yang dibenarkan. Jangan melebihi dari kawasan kepongan boya, jeti dan laluan bot. ✓ Amalkan konservasi. Jangan pijak batu karang dan cuba menangkap ikan ✓ Jangan menanggalkan pfd semasa aktiviti dilakukan walaupun anda seorang perenang yang baik. Risiko kemalangan tidak boleh dijangka. ✓ Lambai tangan dan jerit/tiup wisel minta tolong jika anda dalam keadaan kesukaran di air. ✓ Memberi makan ikan seperti biskut dan roti adalah tidak digalakkan. ✓ Jangan ambil mask/snorkel yang terjatuh ke dasar laut yang dalam. Mohon pertolongan jurulatih. ✓ Jangan membawa balik sebarang cangkerang/ siput ke luar dari taman laut. Denda akan dikenakan jika tertangkap
38 BAB 4 AKTIVITI KAYAK
39 BAB 4 4.0 Aktiviti kayak https://my.lovepik.com/image-501441893/kayaking.html Pengenalan: Aktiviti berkayak merupakan aktiviti yang sihat yang membangunkan semua aspek kesejahteraan individu. Matlamat utamanya ialah melahirkan individu yang sihat, cergas, berketrampilan, serta memiliki kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan jasmani. Selain itu, ia juga merupakan media pelepasan tekanan dan menimba ilmu pengetahuan. Melalui berkayak anda boleh dapat ramai rakan yang mempunyai minat yang sama. Ini pastinya menimbulkan semangat kekitaan, kerjasama dan kesatuan. Aktiviti yang dijalankan akan melahirkan semangat kepimpinan dan mewujudkan kesedaran tanggungjawab kendiri. 4.1 Definisi kanu dan kayak Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan yang menjadikan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak merupakan cabang daripada keluarga kanu. Kayak didefinisikan merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup (sit in side) atau geladak terbuka (sit on top), menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur. Tujuan aktiviti berkayak: - Melahirkan individu yang sihat, cergas, berkertampilan serta memiliki kesejahteraan fizikal, sosial, mental dan jasmani. - Ia merupakan media pelepasan tekanan dan menimba ilmu pengetahuan.
40 - Mekanisme utama untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal. - Mendapat ramai kawan yang mempunyai minat yang sama. - Menimbulkan semangat kekitaan, kerjasama dan kesatuan. - Melahirkan semangat kepimpinan dan mewujudkan kesedaran, tanggung jawab kendiri. - Menimbulka semangat cintakan alam sekitar dan konservasi alam. - Membawa anda mengembara jauh ke kawasan yang terpencil dan belum dijejaki orang lain 4.2 Sejarah Perkembangan Kayak Global / Malaysia Sejarah perkembangan kayak global: Seawal peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Mereka yang tinggal di kawasan hutan tropika yang kaya dengan sumber alam menebuk atau membakar teras kayu dan mejadikannya sebagai kenderaan air. Ia di namakan kanu dugout. Di Malaysia, nenek moyang kita menggunakan kanu dugout yang di namakan kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pula, hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangka kanu daripada kayu dan dindingnya dibuat dari kulit kayu birch. Kenderaan ini di namakan Kanu Canadian. Penghuni-penghuni artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu mereka membina kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. Kenderaan ini dinamakan inuit ataupun kayak Eskimo. Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakan kayak dan kanu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa perubahan drastic dari segi bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya Aktiviti kanu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. Kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, kini ia mencakupi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan. Bapa kayak moden iaitu Mc Gregor. Beliau telah diberikan gelaran bapa kayak moden. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1897, beliau telah menjelajah sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ini.
41 - Pada tahun 1927 Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan “Eskimo Roll” - Aktiviti pertandingan kayak berkembang pada tahun 1924 yang diadakan I sukan Olimpik ke-VII, Paris. Secara rasminya mula dipertandingkan di Sukan Olimpik Berlin - Awal tahun 1960-an sukan kayak jeram arus deras diperkenalkan Sejarah perkembangan kayak di Malaysia: Di negara kita, sejarah berkayak bermula sejak awal lagi sebagai medium pengangkutan utama masyarakat zaman dahulu yang menjadikan sungai atau laut sebagai laluan. Sejarah moden kayak di negara kita ketika itu banyak bermula sekitar tahun 60an dan ia mula diperkenalkan oleh tentera laut British yang berpangkalan di Woodlands, Singapura. Ketika itu, aktiviti berkayak tidak mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kerana ia hanya tertumpu kepada penglibatan oleh anggota tentera dan kakitangan kerajaan sahaja pada ketika itu. Pada sekitar tahun 1970an, aktiviti berkayak mula kembali aktif dengan permulaannya di Pulau Pinang. Aktiviti ini tidak berkembang secara menyeluruh di setiap negeri di Malaysia. Pada tahun 1980-an aktiviti kayak telah mula mendapat tempat dan ia telah berkembang di seluruh negara dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada ketika itu. Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi. - I970- Pulau Pinang telah melopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuaannya ialah ekspedisi dan pertandingan. - KBS merupakan tonggak yang meraangsang kegiataan kayakdi seluruh Malaysia. Aktiviti utamanya ekspedisi. - 1988-kayak solo oleh 2 orang anak muda Malaysia mengelilingi Semenanjung Malaysia - 1922- acara kayak dipertandingkan di Sukan Malaysia ke-4, di Johor Bahru - Kayak mula aktif di Institusi Pendidikan
42 4.3 Peralatan Aktiviti Kayak 1. Kayak image google kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Setiap disiplin kayak memerlukan kayak yang spesifik dari segi bentuk, ukuran dan material binaannya. 2. Pendayung (paddle) Pendayung adalah alatan yang kedua terpenting dalam aktiviti berkayak. Ia berfungsi untuk menggerakkan kayak ke semua arah. Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukannya. Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada diudara sewaktu berdayung. 3. Personal floatation device (PFD) /Jaket keselamatan Jaket keselamatan merupakan peralatan yang paling penting dalam aktiviti kayak. Berkayak tanpa jaket keselamatan boleh mendatangkan risiko.
43 4. Topi Keselamatan (helmet) Peralatan ini berfungsi sebagai pelindung bahagian kepala pendayung. Ia selalu digunakan dlam aktiviti arus deras. Bahan yang popular digunakan untuk membuat topi ini ialah plastik dan bahan sintetik. Ia mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza bergantung kepada kesusuaian penggunaanya. 5. Pakaian yang sesuai Pakaian yang sesuai memainkan peranan penting kepada keselesaan dan keselamatan pendayung. Pakaian pendayung seharusnya kurang dipengaruhi rintangan air atau udara, ringan dan mempunyai daya serapan air yang rendah. 6. Kasut Air / Booties Booties merupakan sejenis kasut khas yang digunakan sewaktu aktiviti berkayak. Penggunaan kasut ini semasa menjalankan aktiviti berkayak dapat melindungi kaki dari ancaman haiwan atau objek tajam. contoh booties { image google} 7. Spray cover
44 Spraycover merupakan alatan yang digunakan sebagai penutup cockpit dan berfungsi menghalang air dari masuk kedalam kayak. Ia mudah ditanggalkan dari coaming apabila keadaan mendesak. Spraycover dipakai pada bahagian pinggang pendayung dan bahgian getahnya dipasangkan disekeliling coaming. 4.4 Anatomi Kayak dan Pendayung Sebelum memulakan gaya renang kuak dada, perenang harus memastikan kedudukan dada adalah menghadap ke permukaan air. Selepas itu, perenang harus memastika tubuh badan perenang adalah dalam keadaan yang tetap iaitu kepala dan tangan adalah di bawah paras air dan tangan harus dipanjangkan. Kaki haruslah diluruskan dan dirapatkan supaya menjadi rata dalam air
45 4.4.1 Anatomi Kayak (image google.com) Bow Dan Stern Bahagian depan atau belakang kayak. Berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung hadapan dan Stern adalah muncung belakang. Bahagian ini amat mudah rosak dan fungsi utama adalah untuk memotong air
46 Bow stern Gunwale Line/ Painter Line/ water line Bahagian sisi kayak dan merupakan kawasan percantuman antara bahagian deck atas dan bawah. Bertindak sebagai pengimbang air dan bahagian ini sangat mudah rosak akibat hentakan dan rempuhan. Hull Geladak bahagian bawah kayak. Ia merupakan bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu. { image google }
47 Geladak Atas (deck) Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit .Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dinamakan foredeck manakala dek belakang dinamakan aftdeck Cockpit Terletak di tengah-tengah kayak antara foredeck dan aftdeck. Merupakan kawasan di mana pendayung duduk. Tempat duduk yang terdapat dalam kayak pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit. Tempat Duduk ( seat ) Tempat dimana pendayung duduk dan terletak di dalam cockpit. Tempat duduk yang tinggi akan memberi kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendah tahap imbangan. Jadi pemilihan tempat duduk bergantung kepada kegunaan kayak.
48 Toggle Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah untuk memudahkan anda mengangkat kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikat kayak di tebing. Coaming Bahagian tepi yang kecil, nipis dan mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan mengikat spray cover. Knee Brace Terdapat di bahagian bawah coaming dibahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pendayung dan memberikan senggaan kaki pendayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. Ia memudahkan kemahiran gulingan dan kayak arus deras dan slalom. toggle
49 Towline/Deckline Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak yang memiliki towline. Keel Terletak dibahagian geladak bawah kayak. Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel. Selain keel terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi yang sama dengannya iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan boleh dilucutkan. Rudder pula sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya rudder hanya terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan pecut. Bahan Apungan Kayak (Buoyancy) Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. ia terletak dibawah deck dibahagian bow dan stern.fungsi utamanye adalah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan dimasuki air.selain itu,ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Keel
50 Footrest Terletak di foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya dayungan yang baik melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lowerback dan kaki. Selain itu berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi pendayung dari terhentak dan tergelincir ke hadapan. Deck Eye/Eye Cleat Lubang atau besi yang terdapat di atas geladak berfungsi untuk mengikat towline diatas geladak.
51 Hatch Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck. Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan, bergantung pada jenis saiz dan hanya terdapat pada kayak laut. 4.4.2 Anatomi Paddle: (image google.com) Bilah Mata Dayung (blade/spoon ) Kepingan yang berada di hujung batang dayung dan berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. ❖ Pelindung Mata Dayung (tip) Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung dan berfungsi melindungi mata dayung dari kerosakan akibat hentakan. ❖ Batang Pendayung (shaft/ Loom/ Bar) Bahagian batang pendayung berbentuk bulat dan lazimnya lurus dan merupakan pemegang pendayung. hatch
52 ❖ Leher Pendayung (neck) Bahagian pencantuman antara blade dan shaft ❖ Bulatan Getah (drip Ring) Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi utamanya ialah untuk menghalang air dari blade ke shaft dan membasahi tangan pendayung. ❖ Permukaan Dayung (front Of Blade) Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air. ❖ Belakang Dayung ( back Of Blade ) Bahagian belakang muka dayung dan berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung. 4.5 Jenis-jenis Kayak Terdapat 3 jenis kayak: 1. Mandesta (Bentuk V) 2. Ottersport (Bentuk U) 3. Slalom (Bentuk O) 4.5.1 Kayak Jenis Mandesta ( Bentuk V ) Bahagian bawah (hull) kayak ini berbentuk V. Ia bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju dalam garisan lurus. Namun begitu, ia memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi dan kayak seperti ini selalu digunakan di arena pertandingan pecut.
53 Contoh: K1, K2, K4 ( kayak pertandingan pecut ) 4.5.2 Kayak Jenis Ottersport (Bentuk U) Bahagiaan bawah (hull) kayak ini berbentuk U ataupun rata. Ia amat stabil di semua situasi air dan amat sesuai bagi mereka yang baru menceburi sukan kayak. Namun, pergerakan kayak ini amat perlahan dan haluannya mudah tersasar. Kayak jenis ini sering digunakan untuk aktiviti riadah sahaja Contoh: kayak rekreasi dan Touring Kayak (TK)
54 3. Kayak Jenis Slalom (Bentuk O) Keratan rentas bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk o atau bulat. Ia selalu digunakan untuk aktiviti arus deras dan bentuknya memudahkan kemahiran gulingan dilakukan. Contoh: kayak slalom, kayak polo dan kayak rodeo. 4.6 Teknik-teknik aktiviti berkayak 4.6.1 Tiga teknik mengangkat kayak: Pikulan Di Bahu Berseorangan. Teknik ini sesuai digunakan untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. Bahagian tengah cockpit di letakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung.
55 Kelekan Di Pinggang Berpasangan. Ia digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan untuk mengaplikasi teknik ini. Kedudukan pengangkat mestilah di hujung bow dan stern kayak serta berlawanan arah. Ia bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan kayak sewaktu diangkat. Tangan pengangkat mestilah memegang hujung bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Kayak di injak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Teknik ini khusus untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat. Pikulan Di Bahu Berpasangan Kaedah dan tekniknya sama seperti kelekan di pinggang. Namun begitu, kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh. 4.6.2 Teknik masuk ke dalam Kayak Kawasan Pantai Teknik ini khusus untuk mereka yang baru menceburi bidang kayak dan menggunakan kayak plastik yang tahan lasak. • letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagian belakang di atas pasir • Masuk ke dalam kayak • Pastikan lutut anda menyangga knee brace dan hujung kaki anda menekan footrest bagi meningkatkan lagi imbangan kayak anda. • Lancarkan kayak anda ke air dengan kedua-dua tangan menolak pasir sehingga bahagian kayak anda berada di air. Kawasan air cetek / separas lutut • Letakkan kayak di atas air. Pastikan bahagian stern menghala ke darat • Tangan dominan memegang dayung dan diletakkan di sisi kayak • Tangan yang memegang dayung diletakkan di bahagian luar cockpit dan angkat kaki anda yang hampir sekali dengan kayak ke dalam cockpit. Jangan sekali-kali letakkan berat badan anda pada kayak di peringkat ini • Luruskan kaki anda dan pada masa yang sama, sebelah lagi tangan anda memegang cockpit
56 • Letakkan punggung anda pada tempat duduk dan pastikan imbangan yang stabil • Selepas itu, angkat sedikit punggung anda dan masukkan sebelah kaki lagi ke dalam cockpit. Luruskan kaki dan duduk semula secepat mungkin. Kawasan air dalam • Letakkan dayung ke dalam cockpit • Pegang bahagian stern dengan kedu-dua tangan anda • Lonjakkan bahagian abdominal anda ke bahagian stern • Kangkangkan kaki anda sehingga bahagian stern berada di antara kedua-dua kaki anda • Rendahkan pusat graviti anda dengan meniarap di atas bahagian aftdeck; • Capai cockpit dengan kedua-dua tangan anda dan tarik badan anda ke arah cockpit. • Keluarkan dayung dan pegang dengan sebelah tangan anda • Masukkan segera punggung anda ke dalam cockpit manakala kedua-dua kaki anda masih lagi diluar menghala ke hadapan kayak dan • Kekalkan keseimbangan anda dan kemudiannya bawa kedua-dua kaki anda masuk ke dalam cockpit. 4.6.3 Masuk ke dalam kayak Berpasangan • Sternman memegang kayak dan mengimbanginya • Pendayung diletakkan di bahagian cockpit belakang • Bowman masuk dahulu • Bowman keluarkan pendayung dari cockpit dan mengimbangi kayak pula • Sternman melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak. 4.6.4 Duduk di dalam Kayak Panduan untuk duduk dalam posisi yang betul sekaligus meningkatkan prestasi dayungan. Perkara yang perlu dititikberatkan semasa duduk dalam kayak: Posisi tempat duduk Punggung anda seharusnya berada di atas bahagian tengah tempat duduk. Tempat duduk yang mampat dan sesuai dengan saiz punggung anda akan menghasilkan kestabilan,
57 orestasi dayungan yang tinggi dan keselesaan kepada pendayung. Sekiranya tempat duduk terlalu besar, agihan berat badan tidak seimbang dan boleh menyebabkan kayak anda terbalik. Tempat duduk yang sesuai dengan saiz anda boleh dibeli dari pengedar atau dengan menambahkan lapisan getah lembut yang kalis air pada bahagian atasnya. Posisi lutut Duduk dengan menyangga lutut anda pada knee brace yang terletak di bahagian bawah foredeck. Sanggaan lutut yang kuat akan membantu anda mengekalkan keseimbangan dan membantu peralihan daya membelok terhadap kayak. Ia juga bertujuan mengelakkan anda terkeluar dengan mudah apabila kayak terbalik dan juga memudahkan anda melakukan kemahiran gulingan. Posisi hujung kaki Bahagian tengah tapak kaki anda haruslah diletakkan pada footrest. Ia membolehkan anda mendapat daya sokongan dari setiap bahagian badan sewaktu berdayung. Ia juga berfungsi bagi mengelakkan anda menggelunsur ke hadapan apabila kayak anda terhentak dengan kuat. Posisi badan Badan anda seharusnya tegak seperti anda duduk di atas kerusi. Kedudukan tubuh anda juga seharusnya membolehkan anda bergerak dengan selesa ke hadapan, ke belakang, sisi dan memusing tanpa hilang imbangan. Jangan sesekali bersandar pada bahagian cockpit. Ia akanmengurangkan daya kawalan dan imbangan anda. Selain itu, ia juga akan membahayakan postur badann serta mengakibatkan kecederaan lower back. Mata/kedudukan kepala Mata anda seharusnya memandaang kearah yang dituju. Pergerakan mata dan kepala sebenarnya banyak mempengaruhi kedudukan badan dan arah yang ingin tuju. Sekiranya anda tidak memandaang tepat ke arah sasaran sewaktu berdayung, graviti badan anda tidak
58 aakan tertumpuu di tengah kayak. Ini akan mewujudkan situasi kayak yang tidak seimbang dan seterusnya mensasarkan haluan kayak anda 4.6.5 Keluar daripada Kayak Pergerakan keluar dari kayak merupakan tindakan yang berlawanan dengan teknik masuk ke dalaam kayak. 1. Undurkan kayak anda sehingga menghampiri tebing, jeti ataupun pantai. Pastikan bahagian stern menghadap ke darat 2. Pegang cockpit dengan kedua-dua tangan anda 3. Keluarkan sebelah kaki anda sehingga mencecah dasar pasir 4. Angkat punggung dan hulurkan sebelah kaki anda keluar 5. Berdiri tegak dan pastikan kestabilan kayak anda 6. Sewaktu keluar di jeti, anda boleh menggunakan pendayung untuk mengimbangi kayak anda 4.6.6 Capsize Teknik ini merupakan teknik untuk keluar dari kayak apabila` terbalik. Latihan yang kerap haruslah dilakukan bagi menimbulkan keyakinan kepada pendayung. Selain itu, ia membolehkan pendayung bertindak balas dengan segera apabila terbalik. Anda boleh melakukan teknik ini dengan bantuan rakan anda di kawasan air cetek terlebih dahulu. Teknik capsize: 1. Duduk di dalam kayak dengan teknik yang betul dan tarik nafas anda 2. Letakkan kedua-dua tangan anda di sisi kayak dan pegang bahagian hull, port dan starboard kayak.
59 3. Terbalikkan kayak anda dan tepuk bahagian hull sebayak 3 kali.Ini bertujuan untuk meyakinkan diri anda terhadap situasi dalam air. 4. Lucutkan spraycover dari coaming 5. Bengkokkan badan anda kehadapan, luruskan kedua-dua kaki anda, pegang cockpit dengan kedua-dua tangan, tolak bahagian punggung dan kaki anda keluar 4.6.7 Mengeluarkan Air daripada Kayak Terdapat pelbagai teknik membuang air yang boleh diaplikasikan sewaktu berkayak. Kesesuaian teknik ini bergantung kepada situasi kawasaan aktiviti. Perlu diingatkan bahawaa kayak yang mengandungi air amat berat dan memerlukaan banyak tenaga fizikal untuk mengeluarkanya. Seolok-eloknya, 2 orang diperlukan untuk menjalankan tugasan ini. Ia boleh dilakukan samada ditebing, dalam air, di atas permukaan air, berseorangan mahupun berpasangan. • Berpasangan Biarkan kayak anda dalam keadaan terbalik Pegang bahagian bow dan stern bersama-sama Sekiranya terlalu banyak air dalam kayak, jangan terus mengangkat kayak kerana ianya terlalu berat Sendengkan kayak ke sisi dan angkat perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dan akan meringankan beban Terbalikkan semula kayak dan buat pergerakkan jongkang jongket. Lakukan berulang kali sehingga semua air keluar.
60 • Menggunakan tebing Letakkan hujung bow kayak di atas tebing dan anda berada di dalam air. Terbalikkan kayak Angkat bahagian stern yang anda pegang dan lakukan teknik jongkang jongket Lakukan berulang kali sehingga semua air keluar • Menggunakan Permukaan Air (Berseorangan) Letakkan kayak anda dalam posisi normal di atas permukaan air. Tekan bahagian stern sehingga semua air berkumpul di bahagian ini Dengan cepat terbalikkan kayak dan angkat bahagian stern Lakukan berulang kali sehingga semua air keluar • Menggunakan bahagiaan pinggang Teknik ini sesuai digunakan bagi membuang air yang sedikit di dalam kayak solo Buat pergerakan yang sama seperti mengangkat kayak solo ke bahu Letakkan bahagian tengah cockpit di belakang badan anda Sentiasa bengkokkan lutut anda bagi mengelakkan kecederaan Lakukan teknik jongkang-jongket sehingga semua air keluar Teknik ini hanya sesuai bagi pendayung yang memiliki tahap kecergasan fizikal yang tinggi dan benar-benar mahir sahaja • Teknik Sideways Berpasangan Teknik ini kerap digunakan untuk membuang air yang terlalu banyak dari dalam kaya Ia akan menjimatkan tenaga serta mengelakkan kecederaan Secara berpasangan, sendengkan kayak anda ke sisi Biarkan air keluar dari kayak anda Buat pergerakan jongkang-jongket untuk keluarkan semua air yang terdapat dalam kayak.
61 4.7 TEKNIK ASAS DAYUNGAN 4.7.1 Terdapat beberapa teknik asas dayungan terdiri daripada: 1. Saiz pendayung yang sesuai 2. Teknik memegang pendayung 3. Isyarat dan komunikasi (Formasi) 4. Dayungan ke hadapan (forward stroke) 5. Dayungan mengundur (backword stroke) 6. Dayungan sapuan hadapan (forward sweep stroke) 7. Dayungan sapuan ke belakang (reverse sweep stroke) 8. Gabungan dayungan sapuan (alternate sweep stroke combination) 9. Dayungan sisi (draw stroke) 10. Teknik kawalam imbangan (recovery stroke) 11. Rocking 12. Berakit (rafting) 4.7.2 Menentukan Pegangan Pendayung Yang Sesuai: Secara amnya, pendayung terbahagi kepada dua iaitu pendayung bagi individu yang tangan kanannya dominan dan pendayung bagi individu yang kidal. Cara menentukan nya juga amat mudah. 1. Tegakkan dayung di atas permukaan tanah. 2. Pastikan permukaan dayung yang berada di atas tanah mengadap ke kaki anda. 3. Perhatikan arah mata dayung yang berada di atas. 4. Permukaan dayung mengadap ke kiri membuktikan bahawa pendayung ini khusus untuk individu kidal dan begitulah sebaliknya 4.7.3 Saiz Dayung Sebelum mula mendayung dan mempelajari tekniknya, adalah penting bagi anda mengetahui tentang saiz dayung yang sesuai dan cara menggunakannya dengan betul.
62 Menentukan Saiz Dayung Yang Sesuai: Dayung yang efisien mestilah bersesuaian dengan ketinggian anda. Ia boleh di tentukan dengan cara berdiri tegak. Letakkan dayung secara menegak disisi anda di atas permukaan tanah. Tegakkan lengan anda ke udara. Hujung jari anda seharusnya dapat menggengam mata dayung yang berada di atas. 4.7.4 Teknik memegang pendayung Menerangkan cara memegang pendayung dengan teknik yang betul. Teknik Memegang Dayung: https://www.rei.com/learn/expert-advice/getting-started-kayaking.html • Pegangan dayung yang amat penting dalam menentukan prestasi dayungan. Ia boleh ditentukan melalui teknik yang mudah. • Tegakkan tangan anda dan angkat dayung di atas kepala • Bengkokkan siku anda dan letakkan dayung di atas kepala • Pastikan lengan anda separas bahu dan tangan anda tegak ke atas dalam kedudukan 90 darjah. • Selaraskan kedudukan tangan anda • Bawa dayung ke hadapan dan pastikan jarak kedua-dua tangan anda dengan neck sama panjang. Inilah pegangan dayung yang sesuai untuk anda
63 4.8 Teknik dayungan 4.8.1 Forward Stroke Teknik ini merupakan teknik dayungan asas yang terpenting. Fungsi teknik ini adalah untuk membawa kayak bergerak ke hadapan 4.8.2 Backward/Reverse Stroke Teknik dayungan ini adalah untuk mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan tempat duduk, arah daayungan dan kedudukan badan
64 4.8.3 Forward Sweep Stroke Teknik ini adalah untuk memusingkan dan membetulkan haluan kayak yang tersasar. Ia akan menggerakkan kayak dalam pusingan yang besar dan tidak memperlahankan kelajuan kayak. 4.8.4 Reverse Sweep Stroke Teknik yang sama memerlukan fungsinya dengan Forward sweep Stroke tetapi ia memerlukan paddle didayung dari bahagian stern ke hadapan bow. Anda tidak perlu menukar arah mata dayung kerana bahagian belakang dayung (back paddle) juga boleh memberikan daya dayungan yang baik. 4.8.5 Alternate Sweep Stroke Combination Teknik dayungan ini berfungsi untuk memusingkan kayak dengan cepat, dalam pusingan dan jarak yang kecil. Walaubagaimanapun, teknik ini akan memberhentikan pergerakan kayak. Teknik ini merupakan gabungan teknik dayungan sapuan ke hadapan dan teknik dayungan sapuan ke belakang yang dilakukan berulang kali secara berselang-seli. Teknik ini agak komplikated dan memerlukan kobinasi pergerakan yang lancar. Anda boleh memulakan teknik ini dengan cara ansur maju di darat
65 4.8.6 Draw Stroke Teknik dayungan ini berfungsi untuk menggerakkan kayak ke sisi dengan mudah. Ia penting untuk diaplikasikan terutamanya ketika anda ingin merapatkan kayak anda ke jeti atau tebing. Teknik ini juga berguna ketika anda ingin menghampiri bahagian sisi kayak rakan atau berkumpul (rafting). Secara amnya, teknik ini juga dikenali dengan nama draw stroke. 4.8.7 Revovery Stroke Teknik ini juga dikenali sebagai support stroke. Ia memberikan bantuan dan sokongan untuk mengembalikan semula imbangan kayak yang hampir terbalik. Terdapat 2 teknik slap for support iaitu kawalan imbangan rendah (slap for support recovary) dan teknik kawalan imbangan tinggi (slap for support high recovery)
66 4.9 ISYARAT, KOMUNIKASI DAN ASAS MENYELAMAT SEMASA AKTIVITI KAYAK Aktiviti berkayak sangat sinonim dengan kegaiatan luar yang melibatkan sumber air. Mereka yang ingin melakukan aktiviti ekspidisi kayak perlu mahir demgamteknik dayungan dan juga isyarat komunikasi berkayak. Isyarat dan komunikasi dalam aktiviti berkayak amat penting bagi melancarkan aktiviti berkayak dan juga keselamatan peserta kayak. Pendayung digunakan untuk menunjukkan sesuatu isyarat. Terdapat beberapa teknik isyarat yang digunakan dalam aktivit berkayak. 1) Berhenti Kedua-dua tangan memegang dayung secara melintang. Dayung diangkat melepasi paras kepala. Ia bertujuan untuk mengarahkan pedayung berhenti 2) Kecemasan Teknik recovery stroke
67 Dayung diangkat tegak ke atas dan lambaikan ke kiri dan kanan kayak. Ia bertujuan untuk menarik perhatian rakan bagi mendapatkan bantuan kecemasan. 3) Rafting Dayung diangkat tegak di atas. Ia bertujuan untuk mengumpul semua pendayung dalam satu kumpulan. 4) Arah Pergerakan Apabila pedayung diarahkan ke kiri, ia bermakna semua kayak perlulah bergerak ke kiri dan begitulah sebaliknya. Isyarat akan dilakukan oleh ketua ekspedisi
68 5) Call off Dayung diangkat tegak ke atas dan digerakkan ke depan dan ke belakang. Ia bertujuan memanggil semua kayak pulang ke pengkalan kerana situasi kecemasan. 4.10 Teknik Menyelamat Aktiviti kayak yang mencabar terutamanya di arus deras kerapkali mengundang risiko kemalangan yang tinggi. Bagi menjauhi risiko teersebut, anda seharusnya menguasai teknik menyelamat. Penguasaaan total terhadap kemahiran ini akan menjadikan aktiviti anda lebih menyeronokkan serta terhindar dari sebarang risiko. Beberapa teknik menyelamat adalah seperti berikut: 1. Self Rescue 2. X-Rescue 3. Eskimo Rescue 4. Eskimo Bow Rescue 5. Eskimo Paddle Rescue 6. Rafted X Rescue 7. Sideway RescueH Rescue 8. H Rescue Self Rescue Teknik menyelamat ini harus dilakukan bersendirian oleh pendayung apabila kayaknya terbalik akibat berdayung berseorangan ataupun terlalu jauh dari rakan. • Apabila kayak anda terbalik, jangan pegang mana-mana bahagian kayak. Hanya pegang pendayung anda dengan kemas. • Berenang ke arah cockpit dan lonjakkan bahagian itu ke atas dengan cepat menggunakan kedua-dua tangan anda. Tolakkan yang cepat dan bertenaga haruslah dilakukan atau air akan masuk ke dalam kayak dengan banyak.
69 • Masukkan pendayung kedalam bahagian cockpit, berenang ke bahagian stern. Tekan bahagian stern dengan kedua-dua tangan dan lojakkan bahagian abdominal anda ke atasnya. • Meniarap diatas bahagian dek belakang, pegang coaming dan kangkangkan kaki anda. Pastikan keseimbangan anda dengan merendahkan pusat graviti anda.Tarik badan anda perlahan-lahan ke arah cockpit dengan merendahkan badan anda. Keluarkan pendayung dari cockpit, masukkan punggung anda dan kemudiannya masukkan kedua-dua belah kaki anda X-Rescue Teknik menyelamat ini dilakukan apabila anda telah terkeluar sepenuhnya daripada kayak ataupun kayak telah dimasuki air dengan banyak. Fungsi utama teknik menyelamat ini ialah untuk mengeluarkan semua air yang masuk ke dalam kayak dan membantu mangsa masuk ke dalam kayak semula. Langkah-langkah X Rescue adalah seperti berikut :- • Apabila kayak anda terbalik, keluarkan dan lambaikan pendayung anda ke udara. Rakan yang terhampir pasti akan membantu anda. • Pegang mana-mana bahagian hujung kayak dan berenang ke arah kayak penyelamat. Serahkan pendayung kepada penyelamat • Tarik hujung kayak anda ke atas bahagian geladak hadapan kayak penyelamat. Penyelamat akan menyelamat akan membantu menarik kayak ke atas bahagian geladak hadapannya sehingga bahagian tengah cockpit kayak anda berada di atas geladak hadapannya.
70 • Anda haruslah berenang ke arah hujung kayak anda yang menghala ke atas.Pegang hujung kayak itu dan tekannyake bawah. Secara otomotik, air di dalam kayak anda akan keluar dengan segera. • Tindakan anda tadi seharusnya dibantu oleh penyelamat yang sama-sama membuat pergerakan jongkang-jongket kepada kayak anda. Anda harus masuk diantara kedua-dua kayak, depakan tangan anda di atas keduadua kayak dan tekannya ke bawah. • Kemaskan imbangan anda dan kini anda boleh kembali berdayung. Eskimo Rescue Ia merupakan teknik menyelamat yang dilakukan dengan bantuan rakan. Objektif utamanya ialah untuk membantu rakan menaikkan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Sebelum itu, pastikan sanggaan kaki anda kemas apabila terbalik. Setelah itu, lambaikan tangan anda keluar dari air dan bersedia untuk diselamatkan.
71 Eskimo Bow Rescue • Apabila rakan anda terbalik, ia akan melambaikan tangannya ke udara. • Anda haruslah datang segera dengan bahagian bow kayak anda menghala ke arah tangannya. • Pastikan kelajuan kayak terkawal atau anda akan melanggar dan merosakkan kayak mangsa. • Hulurkan bahagian bow anda ke tangannya. Beliau akan membuat hip flick untuk menaikkan semula kayaknya. Eskimo Paddle Rescue • Teknik ini rendah risikonya. • Pendayung digunakkan untuk membantu menaikkan semula kayak rakan anda yang terbalik. • Tempatkan kayak anda di sisi kayak yang terbalik dengan menggunakan teknik draw stroke atau sculling draw. • Anda boleh juga menggunakan apa-apa jua teknik asalkan anda sampai kepadanya dengan cepat.
72 • Apabila tiba disisinya, letakkan pendayung anda melintang di antara dua buah kayak. Pastikan tangannya berada di tengah-tengah antara dua buah kayak. • Pegang pendayung dengan kemas dan biarkan tangan mangsa memegang batang pendayung. • Mangsa akan menekan batang pendayung sambil membuat hip flick untuk menaikkan semula kayak ke atas. Rafted X Rescue Teknik ini memerlukan dua orang penyelamat khusus untuk menstabilkan kayak. Ia diaplikasikan khusus ketika air bergelora bagi mengelakkan kayak penyelamat dari dimasuki air yang banyak. Tekniknya sama seperti teknik X-rescue tetapi ia mengggunakan dua buah kayak yang bertindak sebagai penyelamat dan pengimbang. Sideways Rescue Teknik ini dilakukan jika kayak yang ingin diselamatkan mengandungi terlalu banyak air, amat berat dan sukar untuk diselamatkan • Pastikan kayak mangsa diletakkan seiring dengan kayak penyelamat utama manakala sebuah lagi kayak penyelamat bertindak sebagai pengimbang.
73 • Sendengkan kayak mangsa ke sisi, pegang bahagian cockpit dengan kedua-dua tangan anda dan angkat ke atas perlahan-lahan. • Air akan keluar sedikit demi sedikit dari kayak mangsa. • Apabila isi padu air dalam kayak berkurangan, lakukan teknik X-rescue. H Rescue Teknik ini dinamakan H- Rescue kerana formasi menyelamat yang sama dengan bentuk ‘H’. • Dua buah kayak penyelamat berada berhampiran. Setiap penyelamat memegang hujung kayak mangsa. • Pergerakan jongkang-jongket dilakukan bagi mengeluarkan air di dalam kayak. • Kayak diterbalikkan semula ke kedudukan asalnya. Kedua-dua kayak penyelamat menghimpit kayak mangsa di tengah-tengah.
74 4.11 Langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas ➢ Bincang dan kenal pasti keperluan dalam aspek keselamatan dan bagi membendung sebarang risiko terjadi bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Laut. ➢ Kenal pasti tarikh dan masa yang bersesuaian, musim cuaca buruk tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti kayak. Kemuka Surat Arahan Kerja kepada kakitangan Pusat Marin, berkenaan perlaksanaan aktiviti kayak. ➢ Laksana taklimat keselamatan kepada pelajar dan buat pemeriksaan akhir jaket dan alatan yang digunakan untuk berkayak ➢ Buat pemeriksaan akhir jaket dan alatan yang digunakan untuk berkayak ➢ Aktiviti regangan otot dan pastikan jumlah peserta ➢ Bantu laksana persediaan awal, pastikan jumlah kayak dan segala alatan aktiviti kayak yang akan digunakan dalam keadaan baik ➢ Sentiasa mendengar arahan jurulatih ➢ Mengira jumlah peserta sebelum dan selepas aktiviti berkayak
75 BAB 5 AKTIVITI PENGENDALIAN TALI TINGGI
76 5.0 Aktiviti Pengendalian Tali Tinggi 5.1 Definisi High Rope / tali tinggi Aktiviti tali tinggi (High Rope) merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang berisiko dan bergantung kepada tahap kesukarannya. Ia melibatkan kemahiran dan penggunaan tali melalui lokasi, kawasan atau keadaan yang berkecerunan tingggi. Antara aktiviti tali tinggi adalah seperti abseiling, flying fox, tree climbing, repelling dan aktiviti menyelamat Sejarah penggunaan tali Aktiviti tali tinggi pada asalnya merupakan kemahiran teknikal yang digunakan ketika aktiviti menyelamat mangsa. Aktiviti tali tinggi memerlukan kemahiran ikatan dan simpulan yang tinggi dan cara penggunaan peralatan dengan betul dan selamat. Banyak digunakan di dalam program team building kerana ia mampu menaikkan semangat keyakinan peserta.Kini aktiviti ini telah diserapkan menjadi aktiviti rekreasi luar yang menarik minat penggemar aktiviti rekreasi. Pada tahun 1937 seorang ahli falsafah dan guru yang berbangsa Jerman bernama Dr. KURT HUNT telah mendapati ramai kelasi muda terkorban berbanding dengan kelasi yang lama ketika berlaku perlanggaran di lautan sewaktu dalam pelayaran. Jesteru, Dr. Kurt Hunt telah menciptakan satu sistem cabaran penggunaan tali tinggi dan tali rendah mercu kabel khusus untuk kelasi muda dengan menggunakan kapal dagang pada tahun 1937 iaitu kapal Laurence Holt. Dengan adanya sistem ini kelasi-kelasi muda telah berjaya menyelamatkan diri dalam perlanggaran yang berlaku. Tujuan Aktiviti Tali Tinggi Untuk memberi kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal. Memberi keyakinan diri yang tinggi. Memberikan pengalaman yang baru. Memberikan keseronokkan dan kepuasan diri.
77 5.2 Penjagaan dan Penyelenggaraan tali 5.2.1 Cara Memotong Tali Kernmental Tali kernmental yang digunakan bagi aktiviti rekreasi sememangnya telah mempunyai ukuran yang bersesuaian. Namun jika perlu dipotong untuk tujuan penetapan ukuran dan penyimpanan berikut merupakan langkahnya : • Tentukan dahulu ukuran panjang tali yang di perlukan. • Gunakan peralatan khas untuk memotong tali atau pisau yang tajam agar tali tidak rosak ketika proses pemotongan. • Setelah dipotong, hujung tali tersebut perlulah dibakar dengan menggunakan api yang kecil atau menggunakan rod pemanas. Tujuannya supaya nylon akan cair dan mengelakkan dari tali tersebut terurai. • Kemudian lilitkan tape di keliling hujung tali supaya lebih kemas dan tahan lama. Kernmental yg telah dibakar / dicairkan hujungnya Kernmental yg telah dililitkan dgn tape 5.2.2 Langkah-langkah membasuh kernmental: • Rendam tali di dalam air yang bercampur dengan sabun khas selama 10 ke 15 minit sambil mencuci. • Bilas tali di dalam air yang bersih. • Bilasan yang terakhir perlulah menggunakan berus khas – rope travel • Gantung tali ditempat yang teduh sehingga kering • Gulung dan simpan tali di dalam bag khas atau di gantung di dalam bilik yang perudaraannya adalah baik
78 • Gulung dan simpan tali di dalam bag khas atau di gantung di dalam bilik yang perudaraannya adalah baik 5.2.3 Rope inspection (pemeriksaan tali) Sebelum memulakan aktiviti tali perlulah diperiksa terlebih dahulu. Setiap tali yang digunakan selalunya mempunyai tarikh bila ia mula digunakan yang boleh dilihat pada tag. Namun kekuatan tali bergantung kepada kekerapan tali itu digunakan, bukan hanya dengan melihat jangkamasa yang telah digunakan. Kebiasaannya jangka hayat tali kernmantel ialah 5 tahun dari ia dibuat. Pemeriksaan tali yg biasa dilakukan sebelum aktiviti adalah seperti berikut: • Lalukan tali tersebut melalui tapak tangan bagi mengenalpasti bonjolan atau rekahan yg terdapat pada tali. • Sambil itu perhatikan tali itu jika terdapat bendasing yang terlekat dan jika lapisan luar kermental sudah mula koyak atau terputus. • Log penggunaan tali juga amat digalakkan bagi mengenalpasti kekerapan penggunaan tali tersebut dan dalam keadaan bagaimana ia digunakan. 5.2.4 Cara Penyimpanan Tali Tali kermental hendaklah disimpan di dalam stor yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Tali kernmental digulung dan disimpan dengan cara: • Memasukkan ke dalam bag khas • Menggantungkannya
79 5.3 Teknik Gulungan tali Alpine coil & butterfly coil merupakan dua jenis teknik gulungan tali yang sering digunakan ketika aktiviti rekreasi tali. Teknik gulungan yang betul akan memastikan tali dalam keadaan kemas dan mudah untuk di bawa ke mana-mana. a. Alpine Coil b. Butterfly Coil
80 5.4 Terminologi Tali I. Knot Ikatan pada satu tali II. Bend Dua atau lebih tali yang mengikat satu sama lain III. Hitch Ikatan yang dibuat pada objek IV. Bight Lengkokan tali dimana tali tidak bertindih (180 turn) VI. Loop Satu bengkokan dimana tali bertindih antara satu sama lain (360 turn) V. Dressing Ketegangan dan laluan tali yang kemas apabila membuat ikatan VI. Elbow VII. Standing Part Sebahagian dari tali yang diikat VIII. 9Running End Hujung Tali yang bebas dan masih boleh digunakan
81 IX. Turn Sebahagian pusingan tali pada objek atau tali lain X. Round and Turn Satu pusingan lengkap pada objek atau tali yang lain XI. Cord and Rope Tali utama yang didigunakan untuk climbing XII. Rope / line Rope yang digunakan untuk safety line, kecemasan dan menyelamat 5.5 Peralatan dan Penjagaan 5.5.1 Karabiner Karabiner adalah lingkaran tertutup yang dibuat dari bahan aluminium alloy yang terdiri dari bahagian pin atau screw gate. Carabiner adalah alat yang digunakan untuk mengaitkan tali ke hanger, tali ke tali atau tali ke harness. dalam aktiviti tali tinggi carabiner sangat berperanan untuk sistem keselamatan pemanjat. Supaya carabiner sentiasa berfungsi dengan baik, jaga kebersihan carabiner, terutama dari pasir. Jika pintu carabiner tersekat, cuci dalam air suam dengan menggunakan sabun. Bilas secara menyeluruh dan letak pelincir di engsel, lubang pin dan screw. Jangan simpan carabiner pada udara yang mengandung garam dan udara yang lembab.Jangan sekali-kali menjatuhkan karabinar kerana karabinar yang terhentak akan mengalami keretakan dan mengurangkan had kemampuan daya tampung berat.
82 5.5.2 Figure of eight Figure of eight atau decender merupakan peralatan yg digunakan untuk mengawal kelajuan ketika peserta sedang turun dari abseiling. Ia di panggil figure of eight kerana rupa bentuknya. Peralatan ini sangat kuat & ringan. Setiap figure of eight boleh menampung maksimum 3000 kg. Cara pengjagaan sama seperti pengjagaan karabiner 5.5.3 Webbing Tape Webbing tape boleh digunakan sebagai harness yg diubah suai & penyambung kepada slings. Penggunaannya akan membantu bagi mengurangkan bebanan pada tali karamental dan mengurangkan kerosakan.Digunakan ketika situasi kecemasan dan ketika aktiviti menyelamat dijalankan.Cara penjagaan webbing tape adalah sama dengan cara penjagaan kernmental kerana ia berunsurkan nylon. Contoh webbing tape
83 5.5.4 Sling / lanyard Sling / lanyard adalah item peralatan mendaki yang terdiri daripada gelung yg diikat atau dijahit daripada webbing tape. Ia digunakan untuk melilit batang pokok atau batu bagi menyambungkan kepada bahagian-bahagian lain peralatan. Sling mempunyai had daya tampung maksimum sebanyak 22 kilonewton. Cara penjagaan sling pula adalah sama seperti penjagaan kernmental kerana sling juga berunsurkan nylon. 5.5.5 Belay device A) Gri-gri
84 B ) Air Traffic Controller ( ATC ) o Belay device terdiri daripada peralatan-peralatan yang digunakan ketika aktiviti belaying. o Peralatan ini banyak digunakan untuk membantu aktiviti memanjat seperti rockclimbing, rappelling, dan tree climbing o Ciri-ciri utamanya adalah ia membantu dalam brek ketika menerima henjutan bebanan. o Cara penjagaan peralatan-peralatan ini adalah sama seperti penjagaan karabinar. 5.5.6 Pulley o Pulley merupakan peralatan yang digunakan ketika memanjat seperti aktiviti wall climbing, rock climbing & tree climbing. o Peralatan ini mampu membantu belayer untuk mendapat lebih graviti di darat bagi membantu peserta memanjat. o Cara penjagaannya adalah sama seperti penjagaan karabiner
85 5.5.7 Tandem (double pulley) o Tandem mempunyai fungsi yang sama seperti pulley tetapi tindakan berganda. o Cara penjagaannya adalah sama dengan penjagaan karabinar 5.5.8 Harness o Cara pemakaian helmet & harness yg betul. Jangan berdiri di bawah peserta yg sedang melakukan aktiviti kerana dikhuatiri akan ada objek yang terjatuh. Pastikan taklimat keselamatan disampaikan dengan jelas seperti : o Cara pemakaian helmet & harness yg betul o Harness terdiri daripada material nylon yang dipakai pada badan untuk aktiviti tali tinggi. o Harness yang pakai siap terdiri daripada dua iaitu full body harness dan half body harness. o Full body harness adalah lebih sesuai untuk peserta kanak-kanak sebagai tujuan keselamatan.