The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

full Manual Pendidikan Rekreasi Pelancongan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK MAYA LIB2U KKKL/KKKLCSG, 2023-03-20 02:07:22

full Manual Pendidikan Rekreasi Pelancongan

full Manual Pendidikan Rekreasi Pelancongan

86 o Terdapat juga harness yang diperbuat daripada sling. Cara penjagaan harness adalah sama seperti cara penjagaan kernmental, sling dan webbing tape. 5.5.9 Hand glove o Hand glove atau sarong tangan perlu digunakan ketika aktiviti tali tinggi bagi melindungi tangan daripada melecet dan tercedera. o Hand glove yang terbaik adalah diperbuat daripada lapisan material kulit kerana ia lebih tahan lama dan lebih selamat. o Hand glove selalunya tidak dipakai ketika aktiviti rock atau wall climbing kerana ia akan mengurangkan kesan cengkaman jari. 5.5.10 Safety helmet Safety helmet atau topi keselamatan adalah peralatan keselamatan yang penting ketika aktiviti tali tinggi. Ia berfungsi melindungi bahagian kepala daripada sebarang hentakkan yang boleh mendatangkan kecederaan serius. Safety helmet yang telah digunakan perlulah disimpan dengan baik di dalam stor.


87 5.6 Persediaan melakukan aktiviti tali tinggi a. Sebelum ✓ Pastikan semua peralatan untuk aktiviti tali tinggi adalah mencukupi dan selamat untuk digunakan dengan mengaplikasikan teknik-teknik memeriksa peralatan dengan betul. ✓ Pastikan jumlah peserta adalah mencukupi sebelum memberi taklimat/briefing kepada peserta supaya tidak ada seorang pun yang akan ketinggalan. ✓ Pastikan taklimat keselamatan disampaikan dengan jelas ✓ Jangan berdiri di bawah peserta yg sedang melakukan aktiviti kerana dikhuatiri akan ada objek yang terjatuh. ✓ Pastikan jurulatih adalah mencukupi bagi menjalankan semua tanggungjawab seperti belayer dan dispatcher b. Semasa ✓ Peserta dikehendaki patuh pada arahan yang diberikan oleh jurulatih. ✓ Peserta dikehendaki fokus dengan aktiviti yang akan dijalankan. ✓ Jurulatih perlu peka di atas segala aktiviti yang berlaku untuk mengelakkan sebarang risiko yang bakal terjadi. ✓ Peserta boleh memberikan galakkan kepada rakan peserta lain untuk melakukan aktiviti ini. c. Selepas ✓ Kumpulkan semua peserta untuk debriefing ✓ Pastikan peralatan dikumpulkan semula dengan berpandukan kepada arahan jurulatih ✓ Simpan semua peralatan dengan mengikuti prosedur yang telah disarankan bagi setiap peralatan. ✓ Jika ada peralatan yang perlu dibersihkan, sila ikut prosedur yang telah disarankan.


88 5.7 Sejarah Tali dan pembinaan tali Tali bermaksud untaian-untaian panjang yang dibuat dari berbagai bahan yang berfungsi untuk mengikat, menarik, menjerat, menambat, menggantung dsb. Secara etimologi, tali dapat diertikan sebagai segala sesuatu yang berkaitan dengan fungsi dan kegunaan tali. Tali pada mulanya berasal dari bahan alam semulajadi seperti dari akar-akar pohon. Namun mengikut perubahan masa tali kini boleh dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan sintetik dan kimia. Sejarah Pembuatan Tali ini pertama kali diperkenalkan oleh W.H. Carothers, seorang ahli kimia dan di hasilkan oleh E.I. du Pont de Memors and Co. syarikatnya pada tahun 1938. Tali dari bahan sintetik, khususnya nylon, pada awalnya hanya dihasilkan untuk kegunaan para pelaut. Namun kini tali berunsurkan nylon banyak digunakan untuk aktiviti rekreasi luar seperti aktiviti tali tinggi & rendah. 5.8 Jenis Jenis Tali • Kernmental Tali kernmental digunakan untuk aktiviti rekreasi luar. Ia merupakan gabungan bahan semulajadi dan sintetik. Wujud dlm 2 kategori iaitu low stretch rope & dynamic rope. Kernmental merupakan satu-satunya tali yang di sahkan oleh Union Internationale des Association d’Alpinisme (UIAA) yang menepati kehendak keselamatan bagi menjalankan aktiviti elemen tali. Ia terdiri daripada simpulan nylon bahagian dalam yang dikenali sebagai ‘kern’ dan lapisan luar yang turut terdiri dari anyaman nylon yg dikenali sebagai ‘mantle’. Tali kernmental adalah ringan dan boleh menambung berat sehingga 2 ton metrik.


89 • Nylon Nylon ialah merupakan sejenis tali yang diperbuat dari polimer sintetik yang dikenali sebagai polyamid. Nylon adalah merupakan jenis tali yang paling mudah di temui dipasaran. Tali Nylon boleh ditemui didalam bentuk sling utk kegunaan memanjat, tali pancing dan tangsi yang digunakan untuk reket badminton. • Polyester Polyester merupakan tali kategori polimer. Polyester turut dikenali melalui nama saintifiknya iaitu polyethylene terephthalate ( PET ). Polyester adalah kukuh dan tidak terurai walaupun terdedah kepada alam (aren't biodegradable). Polyester banyak digunakan di dalam pembinaan tayar, tali, fabrik untuk tali pinggang keledar dan tali konvayer (conveyor belts) • Hemp Hemp adalah merupakan tali yang diperbuat dari fiber-fiber tumbuhan yang dipintal. Fiber-fiber tumbuhan adalah seperti dari pokok kapas, pokok jut, sabut kelapa, pokok manila hemp, pokok papyrus dan sebagainya. Tali hemp banyak digunakan sebagai tali sauh dan ia akan menjadi lebih kuat jika dalam keadaan basah.


90 • Hawser laid Hawser laid merupakan tali-tali kecil yang dipintal untuk menjadikan satu tali yang kukuh. Kebanyakan tali hawser lain terdiri daripada hasilan 3 tali yang dipintal. Kebanyakan tali ini dipintal dari sebelah kanan dengan menggunakan mesin khas. Terdapat juga tali yang terdiri daripada 4 pintalan tali kecil yg dikenali sebagai shroud laid. 5.9 Teknik Ikatan, simpulan dan sambungan tali Teknik Ikatan (knots) sering digunakan untuk mengikat pada sesuatu kayu, pokok atau palang. Teknik simpulan (hitches) sering digunakan sebagai anchoring dengan menjadikannya loop dan ia tidak mudah lurut. Teknik sambungan (bends) digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz atau tidak sama saiz.


91 5.9.1 Teknik Ikatan (Knots) a. Bowline ❖ Digunakan untuk membuat tajul yang tidak boleh mencerut. ❖ Ia juga digunakan untuk aktiviti menyelamat. b. Figure of Eight ❖ Digunakan untuk menandakan tali yang habis/penghujung tali.


92 c. Double Figure of Eight ❖ Digunakan untuk mengangkat barang,tali keselamatan atau mengikat khemah d. Figure of Eight on the bight ❖ Menyangkut tanjul di pancang ❖ Ikatan sementara dipinggang semasa memanjat e. Overhand knot/end knot / thump knot ❖ Menandakan hose yang pecah atau bocor ❖ Menandakan sebagai penghujung tali


93 5.9.2 Jenis-jenis simpulan (Hitches) a. Clove Hitches ❖ Mengikat tali kepada balak atau tiang ❖ Memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. b. Italian Hitch / Munter Hitch


94 ❖ Sebagai ganti alatan belay device 5.9.3 Jenis-Jenis sambungan (bend) a. Sheet Bend ❖ Menyambung dua hujung tali yang tak sama saiz dan licin b. Fisherman’s Bend ❖ Menyambung tali yang sama saiz dan licin c. Double Fisherman’s Bend


95 ❖ Menyambung tali yang sama saiz dan licin d. Hunter Bend / Zeppelin ❖ Menyambung tali yang sama saiz e. Reef knot / square ❖ Digunakan untuk menyambung tali yang sama saiz. ❖ Digunakan untuk balutan kain anduh.


96 5.10 Melaksanakan teknik aktiviti pengendalian tali tinggi 5.10.1 Belaying Belaying merupakan teknik yg akan memastikan pergerakan seseorang menggunakan tali adalah selamat. Ia merupakan aktiviti pengawalan tali (yg terikat pada peserta yg sedang bergerak turun) yg dikawal oleh seorang belayer & pada masa yg sama perlu menggunakan peralatan belay. Terdapat 3 teknik belaying iaitu: • Self belay • Top belay • Bottom belay Top belay • Belayer berada di sebelah atas untuk mengawal pendaki turun. Bottom Bellay • Belayer berada di sebelah bawah untuk mengawal pendaki turun. Self Belay


97 • Pendaki yang tidak mempunyai belayer. Pendaki jenis ini mengawal segala pergerakan turun sendiri. 5.10.2 Dispathcer Dispatcher merupakan seseorang yang bertanggungjawab untuk mengawal pelepasan peserta untuk aktiviti abseiling & flying fox. Dispatcher akan memastikan segala peralatan adalah terpasang dengan betul & beliau juga akan memasang bahagian yang terakhir sebelum melepaskan anda membuat abseiling atau flying fox. 5.10.3 Anchoring Anchoring ialah teknik untuk memastikan pendaki tergantung pada tali yang di ikat pada sesuatu yang kukuh dan kuat seperti batang pokok, batu, tiang dan sebagainya. Tujuan anchoring adalah untuk memastikan pendaki tergantung dengan selamat sehinggalah sampai ke bawah. Teknik anchoring dibahagikan kepada 3 iaitu: • One-point anchor


98 • Two-point self equalizing anchor • Three-point self equalizing anchor


99 5.10.4 Melaksanakan teknik aktiviti abseiling, flying fox, climbing dengan berpandukan prosedur yang betul. I. Abseiling Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah dengan menggunakan peralatan tali tinggi. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan tali tinggi. II. Flying Fox Flying Fox juga dikenali sebagai Zip Line, adalah aktiviti pengembaraan yang terkenal untuk keseronokan. Anda diikat dan dilekatkan pada tali dawai dengan bantuan takal di hujung yang lebih tinggi dan kemudian luncurkan jatuh bebas pada tali dawai itu ke tempat yang lebih rendah.


100 III. Wall Climbing Mendaki adalah aktiviti menggunakan tangan, kaki, atau bahagian tubuh yang lain untuk menaiki objek topografi yang curam. Wall climbing dirujuk sebagai aktiviti mendaki dinding batu. Wall climbing boleh dilakukan di pusat-pusat kecergasan khas yang dilengkapi dengan batu tertutup. Wall climbing lazimnya dilakukan sebagai indoor game (permainan dalam) dan kini banyak dibuat sebagai outdoor game.


101 BAB 6 AKTIVIT KRAF PERKHEMAHAN


102 6.0 Aktiviti Kraf Perkhemahan Aktiviti perkhemahan, adalah merupakan tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas. Kraft perkhemahan juga melibatkan pembuatan gajet-gajet daripada bahan-bahan yang terdapat disekeliling perkhemahan tanpa merosakkan alam sekitar. Modul ini melengkapkan anda dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti perkhemahan dengan teknik dan langkah keselamatan yang betul. 1. Menerangkan persediaan asas aktiviti perkhemahan 2. Menghasilkan semula kemahiran rekreasi yang telah dipelajari berpandukan aspek keselamatan yang berkesan 3. Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan dan tanggungjawab sebagai seorang penggiat rekreasi dalam bidang pelancongan 6.1 Pengenalan aktiviti perkhemahan Kraft perkhemahan membawa erti kerja-kerja kemahiran tangan yang diperlukan dalam aktiviti perkhemahan. Kraft perkhemahan juga melibatkan pembuatan gajet-gajet daripada bahanbahan yang terdapat disekeliling perkhemahan tanpa merosakkan alam sekitar. Tujuan aktiviti perkhemahan Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad. Menguji keupayaan seseorang dan kebolehan menghasilkan kraft yang berkualiti. Menanamkan semangat kerjasama dalam sesebuah kumpulan. Menimbulkan keseronokan dan minat terhadap aktiviti luar. Menimbulkan kesedaran tentang alam sekitar dan kebersihan. Mengajar peserta supaya tidak membazirkan masa. Mewujudkan perpaduan di dalam kumpulan. Meluaskan daya kreativiti seseorang.


103 6.2 Peralatan aktiviti perkhemahan Khemah Camping Bag Messtin Pisau Lampu suluh Baju hujan / poncho Cook stove First Aid Kit Sleeping Bag Parang


104 6.2.1 Jenis-Jenis Khemah Definisi Khemah Khemah merupakan alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain yang boleh dan mudah digerakkan. Khemah merupakan tempat perlindungan sementara yg selamat, selesa dan mempunyai kemudahan yg minimum. Khemah merupakan peralatan utama untuk aktiviti perkhemahan. Tanpa khemah anda tidak boleh menjalankan aktiviti perkhemahan. RIDGE TENT Khemah ini mempunyai palang yang melintang dan dua tiang yang menyokong palang tersebut. Diperbuat dari material nylon yang ringan. Khemah jenis ini boleh menempatkan ramai orang namun bergantung kepada saiznya. Khemah jenis ini berbumbung tinggi dan sesuai dijadikan khemah utama/pengurusan Google image FRAME TENT Ia merupakan jenis khemah yang berangka besar. Kurang sesuai untuk aktiviti outdoor secara individu kerana ia berat. Namun ia sesuai digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kemudian baru dipasang material atau kanvas. Khemah jenis ini ada kalanya mempunyai ruang-ruang yang terbahagi di dalamnya. Google image


105 DOME TENT Merupakan jenis khemah yang paling popular untuk aktiviti perkhemahan. Amat sesuai untuk perkhemahan secara solo atau berdua. Mudah dipasang ringan dan sangat sesuai untuk aktiviti outdoor. Berbentuk menggelembung, mempunyai material yang fleksibel dan amat mudah dipasang. Google image BELL TENT Khemah jenis ini mempunyai tiang di tengah-tengah yang menjadikannya kukuh dan disokong dengan tali yg ditarik tegang disekelilingnya. Ia menyerupai khemah kaum orang asli red Indian di Amerika. Kurang popular di Malaysia. Namun khemah jenis ini banyak ditemui di karnival-karnival. Google image


106 6.3 Prosedur melakukan aktiviti perkhemahan Persediaan Aktiviti Perkhemahan Sebelum • Membuat perancangan perkhemahan secara menyeluruh dengan menyediakan kertas kerja. • Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak institusi, dan sebagainya. • Melantik jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah mengikuti aktiviti perkhemahan • Menyediakan senarai semak peralatan yang diperlukan. • Menghantar surat makluman kepada pihak polis daerah mengenai perkhemahan tersebut. • Mendapatkan insuran berkelompok kepada peserta • Menyediakan borang akaun kesihatan kepada peserta dan memastikan peserta sihat untuk melakukan aktiviti perkhemahan • Menyediakan borang pelan pengurusan risiko • Pastikan semua peralatan berada di dalam keadaan baik • Pastikan peralatan yg diperlukan adalah lengkap. • Membuat tinjauan awal terhadap sesuatu lokasi perkhemahan bagi menentukan kesuaian dari semua aspek • Pastikan khemah didirikan ditempat & lokasi yang sesuai • Memberi taklimat dan arahan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh peserta perkhemahan. Semasa • Sentiasa memastikan khemah yg didirikan adalah kemas & tidak mudah roboh. • Pintu khemah perlu sentiasa ditutup agar tidak dimasuki binatang & serangga. • Mengikuti aktiviti-aktiviti perkhemahan yang telah dirancang dengan bersungguhsungguh. • Memastikan peraturan perkhemahan sentiasa dipatuhi • Memastikan peserta sentiasa mematuhi arahan jurulatih dari masa kesemasa • Mempunyai aktiviti kawalan mengikut giliran pada waktu malam. Selepas • Khemah diturunkan, dibersihkan dengan cara yang betul dan disimpan dengan elok. Pastikan semua peralatan khemah adalah lengkap sebelum ia disimpan di dalam bag.


107 • Pastikan tapak perkhemahan dibersihkan sebelum meninggalkannya. • Semua peralatan perkhemahan perlulah dikira semula sebelum membuat penyimpanan di stor. • Menyerahkan borang maklum balas kepada peserta 6.4 Do’s and don’t aktiviti perkhemahan • Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk elakkan dari sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih) • Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan. • Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di belakang khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat menjaga jangkamasa khemah) • Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan. • Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat. • Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah (supaya percikkan api tidak sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah). • Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan perkhemahan. • Adakah senaman sebelum memulakan aktiviti. 6.5 Prinsip LNT (Leave No Trace) Konservasi Pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi ke¬rosakan (kemusnahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat) 6.5.1 Prinsip LNT (Leave No Trace) Prinsip ini bertujuan untuk memastikan tempat yang dkunjungi sentiasa terjaga dan terus berkekalan, pada masa yang sama melatih kaki/peminat outdoor supaya berdisiplin dan menghormati alam semulajadi termasuk keseluruhan yang ada di dalamnya. Kepada kaki / peminat ourdoor, lebih-lebih lagi kepada peserta Riadah Santai, sila patuhi Prinsip LNT ini supaya aktiviti riadah yang bakal dijalankan menjadi sebuah aktiviti riadah yang sihat dan diminati serta diikuti oleh peminat-peminat outdoor yang lain. Berikut di sertakan Prinsip 'Leave No Trace' berkaitan dengan rekreasi luar sebagai rujukan serta panduan kepada kaki outdoor / peminat outdoor sewaktu berekreasi luar.


108 6.5.2 Rancang dan sentiasa bersedia • Tahu mengenai peraturan kawasan yang akan dilawati • Bersedia untuk menghadapi cuaca yang ekstrim, kemalangan dan kecemasan • Rancang jadual lawatan anda bagi mengelakkan peak season • Bungkus semula makanan bagi mengurangkan pembaziran • Lawat dalam kumpulan kecil. Bahagikan kumpulan besar kepada kumpulan yang lebih kecil antara 4-6 orang. 6.5.3 Bergerak dan berkhemah di atas permukaan yang tahan lasak • Permukaan yang tahan termasuk rentis dan tapak perkhemahan yang sedia ada • Lindungi kawasan tebing sungai dengan mendirikan khemah sekurang-kurangnya 200 kaki dari tasik dan sungai • Di kawasan yang popular, gunakan rentis dan kawasan perkhemahan yang sedia ada • Jalan dalam sebaris di bahagian tengah rentis, walaupun ianya basah atau berlumpur • Hadkan keluasan kawasan perkhemahan. Tumpukan aktiviti di kawasan yang tidak mempunyai tumbuhan. • Elakkan kawasan yang baru menunjukkan kesan negatif 6.5.4 Buang sisa makanan dan manusia dengan betul • Bawa keluar apa yang dibawa masuk. Periksa kawasan perkhemahan dan rehat bagi memastikan tiada sampah atau sisa-sisa makanan berteraburan. • Najis manusia hendaklah dibuang dalam lubang sedalam antara 6-8 inci dan sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air, khemah dan rentis. Timbus semula lubang tersebut apabila selesai digunakan. • Bawa keluar tisu tandas dan barang kegunaan sendiri seperti sabun dsb. • Untuk membasuh pinggan, lakukannya sekurang-kurangnya 200 kaki daripada punca air dan gunakan jumlah kecil sabun “biodegradable”. Tapis dan siramkan air yang telah digunakan. 6.5.6 Jangan ambil atau ganggu tumbuhan atau binatang atau benda benda lain • Kekalkan alam semulajadi. Lihat tetapi jangan sentuh bahan-bahan yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan, sejarah dan sebagainya. • Biarkan batu, tumbuhan atau bahan-bahan semulajadi yang lain seperti yang anda temui • Jangan bawa masuk spesies luar ke dalam kawasan • Jangan dirikan sebarang struktur binaan atau menggali parit


109 • Jangan memetik dan mematahkan anak pokok, dahan atau tunas tanpa tujuan dan keperluan 6.5.7 Kurangkan kesan unggun api • Unggun api mendatangkan kesan yang berkekalan ke atas alam semulajadi. Gunakan dapur ringan untuk memasak dan lilin untuk cahaya pada waktu malam. • Gunakan kawasan unggun api yang sedia ada sekiranya boleh berbuat demikian • Pastikan api kecil. Gunakan hanya kayu-kayu mati di atas tanah yang boleh dipatahkan dengan tangan • Bakar semua kayu dan arang sehingga menjadi abu. Padamkan unggun api dan taburkan abu yang telah sejuk. 6.5.6 Hormati hidupan liar • Perhatikan hidupan liar dari jarak jauh. Jangan ikut atau menghampirinya. • Jangan memberi makanan kepada hidupan liar. Ini akan merosakkan kesihatan mereka, mengubahsuai lakuan semulajadi dan mendedahkan mereka kepada bahaya seperti pemangsa dan bahaya lain. • Lindungi hidupan liar dan makanan anda dengan menyimpan makanan dengan selamat • Kawal binatang peliharaan setiap masa atau jangan bawa bersama anda • Elakkan daripada hidupan liar pada waktu-waktu yang sensitif seperti musim mengawan, bersarang atau beranak dan jangan mengikut denai laluan. 6.6 Aktiviti perkhemahan dengan mengamalkan prosedur keselamatan dengan betul 1. Pemilihan Tapak Khemah • Mempunyai kawasan tanah yang mendatar dan lapang. • Berdekatan dengan sumber air bersih spt sungai. Tetapi pastikan tidak terlalu hampir kerana sumber air selalunya menarik perhatian haiwan liar untuk minum. • Mempunyai banyak bahan-bahan yang boleh dibakar untuk tujuan memasak (jika kawasan tersebut membenarkan unggun api dinyalakan.) • Berdekatan dengan jalan keluar yang boleh digunakan jika berlaku kecemasan. • Pastikan bukan bekas kawasan yang pernah atau mudah banjir. • Pastikan kawasan tersebut bebas dari batu-batu tajam yang boleh merosakkan khemah dan pokok-pokok tua yg berkemungkinan tumbang atau patah dahannya. • Pastikan kawasan tersebut tidak terdapat lubang di tanah atau semak kerana ia mungkin sarang semut, serangga atau haiwan lain seperti ular.


110 • Pastikan kawasan tersebut bukan bekas tapak tempat tinggal haiwan liar kerana dikhuatiri akan ada hama atau kutu haiwan tersebut. • Pastikan juga ia bukan kawasan laluan haiwan. • Jika dikawasan berbukit pastikan tiada batu yang longgar yg berkemungkinan akan menimpa khemah. • Pastikan anda mendapat kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab untuk memasang khemah di kawasan pilihan 2 Susun atur kawasan perkhemahan • Kawasan perkhemahan lelaki dan perempuan perlulah diasingkan. • Kedudukan susunan khemah boleh dirapatkan tetapi pastikan bahagian pintu khemah tidak dihalang. • Pastikan laluan keluar dari kawasan perkhemahan tidak terhalang. • Tandas sementara lelaki & wanita seelok-eloknya diasingkan. • Tempat mandi dan persalinan pakaian lelaki dan perempuan wajib diasingkan. • Khemah jurulatih lelaki perlu berada di dalam kawasan khemah peserta lelaki dan begitu juga dengan khemah jurulatih wanita perlu berada di dalam kawasan khemah wanita. • Kawasan untuk memasak perlu berada jauh sedikit dari kawasan perkhemahan kerana dikhuatiri sisa makanan akan mengundang semut dan bahan api yg digunakan boleh menyebabkan khemah terbakar. • Perlu mempunyai kawasan berbumbungkan kanvas untuk berkumpul, membuat aktiviti, makan dan untuk solat. • Khemah khas untuk kecemasan dan perubatan perlu terletak berhampiran dengan kedua-dua kawasan khemah lelaki dan wanita. • Perlu ada tempat khas untuk menyidai tuala & pakaian basah. 3 Pemasangan Khemah Cara atau teknik pemasangan khemah adalah bergantung kepada jenis khemah yang digunakan. Secara asasnya pastikan dahulu perkara berikut: • Tentukan jenis khemah yang hendak digunakan. • Periksa khemah tersebut, pastikan ia tidak rosak dan setiap bahagian adalah lengkap. • Bentangkan khemah di kawasan yang telah dikenalpasti.


111 Rujukan Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan, Md Amin Md Taif,ed. Ke 3 ISBN 978-983-3759-79-8 https://www.rei.com/learn/expert-advice/getting-started-kayaking.html https://dokumen.tips/documents/definisi-tali.html https://www.rei.com/learn/expert-advice/getting-started-kayaking.html


Click to View FlipBook Version