The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by official.jpnjohor, 2020-04-17 05:08:08

BINGKISAN SEKTOR JPN JOHOR



Isi
Kandungan
Isi
Kandungan
PRAKATA
1–4
5 – 11 12–21 22–33 34–47 48–57 58–62 63–67 68–74 75–80
8 1 – 87 88 – 92 93 – 95 96 – 99 100 – 104 104 – 106
SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR SEKTOR P E N U L I
PERANCANGAN & PENGURUSAN PPD PEMBELAJARAN
PENGURUSAN SEKOLAH PEMBANGUNAN MURID
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN KHAS
SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA INFRASTRUKTUR & PEROLEHAN PENGURUSAN
PSIKOLOGI & KAUNSELING INTEGRITI
S
i


Prakata
Pendidikan adalah bersifat dinamik, perubahan–perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah sesuatu yang perlu dan tidak dapat dielakkan. Sistem pendidikan sepuluh tahun lampau mungkin tidak lagi menepati kehendak pendidikan semasa. Kita seharusnya merasa khuatir sekiranya kaedah dan cara pemikiran lama sedia ada akan menjadi usang kepada pendidikan terkini. Aspek pedagogi, pengurusan dalam pendidikan perlu berkembang dan berubah mengikut situasi semasa. Kita harus kekal relevan dengan arus pendidikan semasa. Seharusnya kita menganalisis diri dan organisasi kita. Adakah cara kita berfikir dan bertindak sesuai dengan kehendak sistem atau pelanggan kita?
Untuk itu, saya menuntut agar semua komponen pendidikan sama ada kepimpinan, guru, termasuklah komuniti dan masyarakat untuk mengubah cara berfikir, cara bertindak dan cara bekerja agar selari dengan kehendak pendidikan semasa. Saya ingin memetik kata-kata Sir Winston Churcill “To Improve is to change, to be perfect is to change often”, betapa kita perlu berubah dalam semua aspek untuk memperbaiki apa yang telah kita capai selama ini. Tuan-puan, dewasa ini pendidikan kita mengalami perubahan dasar dan polisi yang lebih menyeluruh sifatnya. Ybhg. Dato’ KPPM memberi nafas baharu dalam wacana beliau Melangkah Ke Hadapan seterusnya Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Ini bukanlah hala tuju retorik, sebaliknya kita perlu menyambutnya dengan melakukan perubahan-perubahan di luar kebiasaan. Kita harus sedar bahawa Pembelajaran Berorientasikan Perkembangan (Growth Learned Oriented) perlu menjadi keutamaan dalam usaha kita mengoptimumkan potensi anak-anak kita. Buatlah refleksi diri dan sistem yang kita warisi. Adakah tumpuan usaha kita hanya kepada yang ada potensi cemerlang dalam akademik? Bukankah kita seharusnya membangunkan potensi setiap murid dan memberi peluang kepada semua murid memperagakan bakat yang pelbagai? Apakah kita lupa bahawa kita perlu memupuk nilai, akhlak dan adab dalam menyediakan ruang untuk mereka
membesar sebagai insan yang berhati mulia? 1


Di mana maruah dan harga diri anak-anak kita jika kemahiran minimum pun gagal kita berikan. Sewajarnya kita fikirkan.
Walau bagaimanapun, tahniah kepada semua lapisan warga pendidikan negeri Johor, kerana sentiasa memperbaharui tekad dan menilai keberkesanan usaha yang dibuat. Pendidikan di negeri Johor mempunyai hala tuju “way foward” yang jelas dan selari dengan dinamiknya pendidikan terkini. Kita bermula dengan One Step Ahead sehinggalah Johor Showcase g2. Kita sentiasa menilai dan memperbaiki hala tuju kita. Tuan-tuan telah melaksanakan tugas dengan baik. Kita tidak kalah di mata rakan–rakan pendidikan negeri lain. Kita telah mencapai kejayaan dalam pelbagai segmen. Momentum ini harus dikekalkan dan ditambah baik tanpa kita berhenti dan berpuas hati. Raikanlah kejayaan kita tetapi perkara yang lebih mustahak adalah untuk kita belajar daripada kegagalan atau kesilapan kita. Bagaimana kita menilai semula langkah kita untuk mencipta kejayaan yang lebih baik dari sebelumnya. Daya tahan dan semangat juang kita harus luhur. Ini kerana apa yang telah kita bina harus kita perbaiki sesuai dengan kehendak terkini. Ini adalah cabaran yang kita tidak boleh lari. Minda baharu dan perubahan cara bekerja adalah perlu. Kita sedar
keinginan pelanggan kita yang pelbagai dan tuntutan pasaran kerja yang sudah berubah. Kitalah yang harus menyedia dan melengkapkan anak-anak kita sebaiknya untuk masa depan sesuai zamannya. Ini sesuai dengan petikan dari kata-kata Saidina Ali Abi Talib, “Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya”. Iltizam JPN Johor adalah jelas untuk terus menerajui perubahan (To lead changes). Kita mempunyai hasrat yang besar untuk membangunkan potensi sumber manusia sebagai pemimpin masa hadapan “future leader” melalui strategi Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan. Nurturing future leader, to optimize potential. Untuk mencapai hasrat ini, Pendidikan Holistik akan menjadi acuan pendidikan negeri Johor dan ianya bersifat memacu ke
arah masa hadapan “future driven”.
2


MENGOPTIMUMKAN POTENSI, MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN
PEMIMPIN MASA HADAPAN
Mengembangkan seluruh dimensi manusia mencakupi aspek pengetahuan, emosi, spiritual dan keterampilan yang menyasarkan pemimpin masa hadapan yang dinamik, intelektual, daya kepimpinan yang jitu dan serba boleh selaras dengan keperluan masa hadapan.
ASAS GERAK KERJA
PENDIDIKAN JOHOR
❑Falsafah Pendidikan Kebangsaan ❑PPPM 2013 - 2025
❑Amanat YB Menteri Pendidikan ❑Naratif Baharu Amalan Pendidikan ❑Enam Teras Strategik JPN Johor
STRATEGI
PRINSIP
KERJA
D
Data Driven
(Berasaskan Data)
R
O
N
E
PENGARAH
Efficiency
Resilient
(Daya Tahan)
(Kecekapan)
Navigation
(Navigasi & Hala tuju)
Outcome Oriented
(Berorientasikan Keberhasilan)
MENGOPTIMUMKAN POTENSI, MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN
Mengoptimumkan potensi semua entiti dalam komuniti pendidikan bagi memaksimumkan keberhasilan kepada usaha dan tanggungjawab selaras dengan peranan masing-masing.
SASARAN INISIATIF
BERPAKSIKAN NILAI
Pembelajaran Abad Ke JSLC
Kokurikulum Berimpak Tinggi
Inspiring Teacher
SASARAN AKHIR
SEKOLAH BERKUALITI
KEMENJADIAN MURID
-
21
Pemimpin Pendidikan
Inspiring Teacher
(Guru yang Memberi Inspirasi)
Karakter MSSJ
KrMJ
)
Murid Johor (
Anggota Kumpulan Pelaksana
-
DTC
Murid
Pendidikan
Kepimpinan Abad Ke-21
Kelestarian
Komuniti
3


4


S4PD
SEKTOR PERANCANGAN & PENGURUSAN PPD JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


5
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL


s4pd
FUNGSI : s
• • •



Kompetensi individu yang baik Akses data yang baik
Sistem sokongan yang mantap
Kemahiran dan keupayaan terhad
Rakan strategik
Gesaan / Campur tangan luar
Sektor Baharu
• Kefahaman fungsi
• “Pembentukan” pasukan
• Penetapan fokus
Perancangan Strategik
OBB
Keperluan Unjurun
Pusat Sehenti Data
Projek Jangka Panjang
Keperluan Pembangunan o Program Utama
Komuniti
Audit t Kualiti dan Inovasi
Perhubungan
w
IMMEDIATE CONCERN
• • • •
Strategi :
Kolaboratif
Bina Upaya (Extending expertise) Open channel
Perkongsian Pintar
6


s4pd
Sebagai sebuah sektor yang baharu, S4PD perlu pantas mewujudkan “pasukan” dan mendalami fungsi agar dapat melaksanakan peranan yang ditetapkan secara berkesan. Berdasarkan analisis SWOT, antara cabaran utama sektor ini adalah keanggotaan S4PD, fungsi yang meluas dan masih belum difahami sepenuhnya serta penyesuaian di sektor baharu di samping memastikan fungsi di sektor lama tidak terabai. Situasi ini sedikit sebanyak mrmpengaruhi fokus pegawai dalam melaksanakan fungsi-fungsi baharu.
Namun demikian, kelebihan atau kekuatan S4PD adalah sektor ini dianggotai oleh pegawai yang mahir dalam bidang-bidang tertentu. Dengan keanggotaan yang agak terhad, kemahiran yang “terasing” ini perlu disepadukan agar fungsi-fungsi yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Aspek ini diberikan keutamaan dalam mengoperasikan S4PD agar wujud nilai kebersamaan dan keakraban sesama ahli dalam menyempurnakan fungsi-fungsi S4PD.
7


s4pd
1. KAEDAH
§ Perancangan Strategik § Pusat Data Sehenti
§ Program Utama
§ Kualiti dan Inovasi
2. MANUSIA
§ Keperluan Sumber Manusia § Komuniti
§ Audit
§ Perhubungan
3. FIZIKAL
§ Kewangan
§ Projek Baharu
§ Keperluan Pembangunan
KEBERHASILAN MAKSIMUM
TOOLS
STRATEGI SISTEM SOKONGAN
DATA
8


Secara umumnya, fungsi S4PD boleh dikelompokkan kepada tiga iaitu berfokus kepada kaedah, manusia dan komponen fizikal. Ketiga- tiga kelompok fokus ini memerlukan sentuhan dengan kemahiran dan perhatian yang sentiasa mengambil kira situasi dan perkembangan semasa, di samping menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai. Ini memerlukan pegawai yang sentiasa peka, proaktif, komited, bersifat positif dan pantas mengambil tindakan. Bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan, tugas dan fungsi S4PD akan dilaksanakan seiring dengan prinsip kerja PPJ agar hasrat pendidikan holistic, mengoptimumkan potensi memaksimumkan keberhasilan akan dapat dicapai.
9
s4pd


s4pd
D – Data Driven
S4PD akan menyelaraskan penyediaan data-data pendidikan (Data Repositori) yang akan digunakan oleh semua sektor dan PPD khususnya dalam membangunkan kualiti pendidikan, menyediakan perancangan dan menangani isu-isu yang timbul.
Data Repositori ini disediakan secara berkala dengan bantuan dan kerjasama pemegang data di semua sektor. S4PD juga akan menyediakan analisis data serta membantu membuat analisis tambahan mengikut keperluan sektor atau organisasi.
Data bukan sahaja merujuk kepada maklumat dalam bentuk angka, tetapi juga sebarang maklumat yang berkait dan relevan dengan fungsi pendidikan yang perlu dilaksanakan
R – Resilient
Sebagai sektor yang baharu, pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh S4PD. Situasi ini memerlukan anggota S4PD yang terdiri dari 9 pegawai dengan 4 AKP sentiasa bersifat adaptif, proaktif dan positif. Ke arah itu, S4PD akan sentiasa berusaha membangunkan kompetensi dan daya tahan anggota S4PD melalui pengamalan komunikasi professional yang terbuka (open channel), sentiasa berkolaboratif dan saling membantu, melaksana bina upaya dengan menghulurkan kepakaran (extending expertise) dan mewujudkan diskusi terbuka yang bercirikan PLC untuk menangani isu dan masalah. Akviti yang mewujudkan semangat kebersamaan ini diharapkan dapat mempertingkat daya tahan (resilient) setiap anggota S4PD.
10


s4pd
O - Outcome Oriented
Berfokuskan kepada 6 Matlamat Strategik JPNJ, segala perancangan S4PD akan berasaskan data dan maklumat yang tepat serta kemaskini. KPI akan ditetapkan untuk setiap inisiatif utama seiring dengan hasrat untuk mendapatkan keberhasilan yang maksimum. S4PD akan membantu sektor-sektor lain dalam membudayakan amalan perancangan menggunakan data dan maklumat yang tepat dan kemaskini.
N - Navigation
S4PD diterajui oleh seorang TPP yang bertanggungjawab secara langsung kepada 8 pegawai dan 4 AKP. Bersandarkan kepada perancangan yang berteraskan Matlamat Strategik JPN, TPP akan melaksanakan pemantauan untuk memastikan segala perancangan dan peranan yang dilaksanakan berada pada landasan yang betul dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
E - Efficiency
Kompetensi pegawai dalam merancang dan melaksanakan fungsi masing-masing merupakan kunci utama ke arah keberhasilan yang disertai kecekapan. Hasrat ini boleh direalisasikan dengan inisiatif berterusan membangunkan kompetensi pegawai dan AKP melalui kolaboratif, komunikasi terbuka serta amalan extending expertise dalam kalangan warga S4PD. Pendekatan yang sama juga boleh dan wajar diperluaskan di semua peringkat JPN dan PPD agar impak kecekapan (efficiency) dapat dimaksimumkan. Penglibatan agensi- agensi juga akan dipertingkat untuk mendapatkan hasil yang optimum. Ini adalah selaras dengan hasrat OBB (Outcome Based Budget).
11


SPJ
SEKTOR PEMBELAJARAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


12
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL


PENGENALAN
Pendidikan holistik bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja: model ini bertujuan memberikan pandangan secara menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Isu pendidikan persekolahan menjadi perdebatan umum sejak dari dahulu lagi. Sekumpulan pengkritik menegaskan bahawa pendidikan modal insan harus melibatkan lebih daripada sekadar membentuk mereka menjadi pekerja atau rakyat masa depan. Pelopor pendidikan progresif seperti Francis Parker dan John Dewey dan perintis seperti Maria Montessori dan Rudolf Steiner , antara lain, semua menekankan bahawa pendidikan perlu difahami sebagai seni memupuk dimensi moral , emosi , fizikal, psikologi dan pembangunan rohani kanak-kanak.
Holisme muncul pada tahun 70-an , apabila ahli dalam bidang sains, falsafah dan sejarah budaya memberi konsep dan perspektif menyeluruh untuk menggambarkan cara untuk memahami pendidikan. Satu cara pemikiran holistik adalah bertujuan untuk merangkumi dan mengintegrasikan pelbagai lapisan makna dan pengalaman dan bukannya menentukan kesempitan pemikiran. Setiap kanak-kanak adalah lebih daripada bakal penyumbang ekonomi dimasa akan datang; kepintaran dan keupayaan setiap orang adalah jauh lebih kompleks daripada keputusan peperiksaan yang diambil.
Pendidikan holistik adalah berdasarkan bagaimana seseorang itu memperolehi identiti, makna, dan tujuan hidup melalui hubungan masyarakat, alam semula jadi, dan nilai-nilai rohani seperti kasih sayang dan keamanan. Pendidikan holistik bertujuan untuk mengajak manusia menghormati kehidupan instrinsik dan cintakan pembelajaran. Ini dilakukan, bukan melalui "kurikulum" akademik yang meluwapkan duniawi ke dalam pakej pengajaran, tetapi melalui penglibatan secara langsung dengan persekitaran.
Pendidikan holistik memupuk rasa ghairah . Sebagai contoh , apabila Montessori bercakap mengenai pendidikan " kosmik" : ia membuat seseorang itu merasa seperti menjadi sebahagian daripada keutuhan alam semesta, dan membuat pembelajaran secara semulajadi menjadi terpesona dan teruja.
13


STRATEGI SEKTOR PEMBELAJARAN
Tidak ada satu cara terbaik untuk mencapai matlamat ini, terdapat banyak laluan pembelajaran dan seseorang pendidik yang holistik amat menghargai kesemuanya; apa yang sesuai untuk sesetengah keadaan, dalam beberapa konteks sejarah dan sosial , tidak boleh menjadi yang terbaik untuk orang lain. Seni pendidikan holistik terletak pada responsif kepada gaya pembelajaran yang pelbagai dan keperluan manusia yang sentiasa berubah.
Strategi Sektor Pembelajaran ialah dengan mengoptimumkan potensi pemain utama pembelajaran Negeri Johor yang terdiri dari kalangan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah khususnya yang terlibat dengan pembelajaran. Antaranya Senior Leader Team (SLT), Middle Leader Team (MLT) serta guru berkepakaran. Dengan menggunakan strategi yang telah digariskan melalui prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu DRONE.
14


1. Berkemahiran menganalisis data dalam merancang intervensi (D)
Data merupakan intipati penting bagi pemain utama pembelajaran Negeri Johor. Pengetahuan, pemahaman dan kemahiran menganalisis data sangat penting khususnya dalam merancang intervensi sesuai dengan keperluan memastikan perancangan dan tindakan tepat dapat dilaksanakan. Sesuai dengan peranan sebagai pemain utama pendidikan segala gerak kerja dan kerja buat harus berdasarkan kepada kehendak dan keperluan stake holder. Data harus menjadi sumber rujukan utama dalam memastikan perubahan tindakan yang menjurus kepada pencapaian dan perubahan tingkah laku khususnya dalam usaha menjadikan sekolah sebagai institusi yang berjaya ke arah peningkatan kualiti guru dan kemenjadian murid.
Seorang itu dikatakan mempunyai daya tahan apabila mampu menghadapi segala cabaran termasuklah perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Mereka yang mempunyai daya tahan menjadikan perubahan ini sebagai satu cabaran dan bukannya halangan atau satu masalah kepada mereka. Daya tahan berkembang dari semasa ke semasa dan kebolehan atau kapasiti yang muncul dalam individu adalah dalam bentuk kemahiran. Kemahiran ini akhirnya akan menjadi kekuatan yang berkekalan dan menjadi sebahagian daripada diri individu. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada daya tahan, sama
ada faktor individu atau faktor persekitaran. Antara faktor yang menyumbang kepada daya tahan pemain utama pendidikan adalah seperti kecerdasan emosi, kecerdasan sosial dan kecerdasan spritual. Seseorang yang dikatakan kurang daya tahan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik serta produktivitinya juga kurang dan ini seterusnya akan menjejaskan komitmen mereka. Selain itu kesan daya tahan yang rendah juga dapat mencetuskan tekanan dan "burnout" dalam kalangan pemain utama pendidikan.
Secara ringkasnya, daya tahan ini ialah keupayaan yang dimiliki oleh seseorang untuk menghadapi sesuatu situasi yang sukar. Daya tahan penting dalam sesebuah organiasasi kerana organisasi kini memerlukan individu yang berdaya tahan, individu yang cepat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan dan individu yang dapat mengubah haluan serta bangkit kembali selepas mengalami kejatuhan atau kegagalan (Maddi & Khoshaba, 2005).
Dalam soal ini pemain utama pendidikan bukan hanya melihat kepada bilangan pemantauan atau bimbingan sahaja tetapi juga perlu melihat kepada perubahan dari segi kaedah guru-guru sewaktu memberi input kepada murid-murid. Walaupun perubahan-perubahan ini perlu khususnya kearah peningkatan kualiti guru tetapi kemenjadian murid itu tetap menjadi fokus utama. Penilaian keberhasilan ini diukur dengan melihat peningkatan yang berlaku dalam aspek sama ada peratus kelulusan, peratus
15
2. Berdaya tahan tinggi dalam usaha membangunkan potensi sumber pendidikan (R)
3. Berfokuskan kepada keberhasilan dan tidak semata- mata kepada proses dan output (O)


kecermerlangan(semua A) dan GPMP kelas yang diajar oleh seseorang guru mata pelajaran. Untuk itu sebagai pemain utama pendidikan haruslah menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu untuk memastikan kita mampu memberikan input yang tepat kepada guru-guru kita di sekolah.
Kejayaan sesebuah organisasi, jabatan atau institusi dinilai dengan cara membuat ukuran pencapaian (performance measure/P.M) pada tugas atau aktiviti yang dilakukan. Petunjuk hasil utama (key performance indicators/K.P.I) menjelaskan hasil prestasi bagi tugas atau aktiviti yang telah dilakukan sama ada dalam bentuk perubahan tingkah laku atau peningkatan prestasi. Sesebuah organisasi dinilai sebagai berjaya jika tujuan dan matlamat yang disasarkan dapat dicapai. Maka diyakini organisasi berada pada landasan yang betul untuk mencapai matlamat. Analogi mudahnya ialah seumpama sebuah kereta yang menggunakan kelajuan dan gear yang sewajarnya akan diyakini untuk sampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan. Antara petunjuk yang dirujuk pada sebuah kereta ialah meter laju (speedometer). Begitu juga dalam sesebuah organisasi seperti sekolah seharusnya ada satu hala tuju yang jelas dalam penetapan sasaran agar ianya jelas menunjukkan keinginan organisasi untuk mencapai kejayaan.
Petunjuk pencapaian (performance indicators/P.I) pula merujuk pada tugas atau aktiviti yang menjadi penentu pada pencapaian atau kejayaan mencapai objektif atau sasaran yang ditetapkan. Justeru, petunjuk pencapaian utama (key performance indicators) merupakan satu set petunjuk pencapaian terpilih yang bersifat paling kritikal pada kejayaan organisasi masa sekarang dan masa
16
depan. Sebagai pemain utama pendidikan harus tahu dan faham serta jelas dengan KPI yang menjadi hala tuju organisasi.
4. Cekap dalam melaksanakan tugasan (E)
Sebagai pemain utama pendidikan seharusnya cekap dalam melaksanakan tugasan serta mampu mempamerkan tata kelakuan yang baik dan bertimbang rasa supaya segala tindakannya dalam melaksanakan tugas tidak menjejaskan imej dan reputasi organisasi, pejabat atau jabatan. Berkelakuan yang tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa dan memastikan segala tindakan yang dibuat semasa atau selepas bertugas adalah selaras dengan landasan undang-undang dan peraturan yang diguna pakai. Amanah dalam melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Integriti tinggi dengan mengamalkan nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keluhuran dalam semua urusan. Bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk faedah diri serta lain-lain pihak yang berkepentingan. Kecemerlangan dengan sentiasa berusaha meningkatkan keilmuan, daya kreatif dan inovasi serta semangat kerja berpasukan. Profesional untuk sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi menghasilkan perkhidmatan yang cekap, cepat dan tepat serta memiliki ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akauntabiliti.
3. Key Performance Indicator (KPI) sebagai panduan dan hala tuju organisasi yang tepat (N)


PENDEKATAN ATAU KAEDAH SEKTOR PEMBELAJARAN
Terdapat 4 kaedah yang digunapakai dalam memastikan kualiti guru ke arah kemenjadian murid. Satu analogi yang baik adalah yang digunakan oleh Proses Hoffman; diri kita disamakan dengan sebuah pedati, di pandu dan ditarik oleh kuda. Pemilik berada di dalam pedati, pemandu berada di bahagian hadapan dengan tampuk kuda di tangannya. Pemilik mewakili diri yang lebih tinggi (semangat); pedati (badan); pemandu (fikiran) dan kuda (emosi).
Sesuatu arahan itu harus ditetapkan oleh kemahuan dan keinginan semangat pemilik, dan bukan pemandu, minda. Setiap bahagian kemudian mempunyai fungsi yang jelas dalam memastikan pedati sampai ke destinasi. Dan hampir setiap masalah buatan manusia di dunia boleh dikesan kerana pemandu bebas dari kekangan. Masa untuk merubah dari tekanan.
Di sinilah perlunya peralihan untuk memastikan pendidikan holistik berjaya dilaksanakan. Kita tidak boleh dengan mudah menyerapkan teknik holistik kedalam pendidikan tradisional kerana seluruh tumpuan memerlukan peralihan. Untuk model holistik berjaya dilaksanakan, pendidikan perlu difikirkan semula dari asas. Dengan menggunakan analogi Hoffman sekali lagi, kita tidak boleh berpura-pura menganggap bahawa pemandu masih perlu merancang perjalanan, terutamanya jika kita telah berkomunikasi dengan pemilik untuk sekian lama.
Kaedah yang digunakan bagi mencapai keberhasilan iaitu;
1. Bimbingan - Satu usaha memberikan panduan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.
2. Pementoran - Pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional. Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran peribadi dan profesional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan.
3. Runding Cara - Perbincangan untuk mencapai kompromi
4. Konsultasi - Khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya.
17


Pembelajaran Abad Ke-21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21. Kelas abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak memberi impak-impak yang positif dalam diri murid. Dengan wujudnya kelas abad ke-21 ini, murid-murid akan dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang, seperti kemahiran komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan masalah berdasarkan realiti kehidupan. Selain itu, murid juga bersedia untuk menghadapi
18
peperiksaan, di mana peperiksaan kini diterapkan dengan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Ia tidak menjadi masalah bagi murid itu sendiri kerana pemikiran mereka sentiasa dicabar semasa sesi PdP di dalam kelas. Kelas abad ke-21 juga membantu murid untuk bersedia ke alam pekerjaan. Majikan kini amat mementingkan beberapa aspek, seperti kemahiran komunikasi, mampu menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif bagi membolehkan individu yang ditemuduga diterima bekerja di syarikat mereka. Impak-impak ini dilihat dapat memberi kesan positif terhadap diri murid itu sendiri, sekolah dan juga negara, seiring dengan hasrat untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan yang bertaraf dunia.


2. KrMJ (Karakter Murid Johor) bidang pendidikan bertujuan melahirkan murid yang mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali dimana sahaja di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Modul berfokuskan aspek penghayatan dan pengamalan KrMJ, daya kepimpinan Johor, amalan perpaduan pembangunan Johor, penghayatan sejarah Johor dan amalan seni budaya Johor. Modul digabungjalin dengan pengisian DSKP KSSM dan KSSR (Semakan 2017) bagi memaksimumkan keberhasilan.
3. Pendidikan Kelestarian di bawah Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2023 yang dibawa oleh JPNJ haruslah mendapat sokongan padu daripada setiap lapisan organisasi supaya ia dapat direalisasikan dan seterusnya melahirkan generasi baru yang bukan sahaja prihatin kepada penjagaan alam sekitar, malahan mengambil tindakan bagi mengekang kerosakan pada alam dan memulihara alam sekitar kita. Pelan Tindakan ini menggariskan lima strategi dan garis masa untuk membudayakan
kelestarian dalam kehidupan masyarakat sekolah dari pelajar, guru, pentadbir kepada ibu bapa.
Semua usaha pendidikan yang lebih drastik telah disusun sejak kebelakangan ini tanpa perlu menunggu sesuatu kejadian terhadap alam sekitar yang tidak diingini daripada berlaku. Namun proses pendidikan adalah satu usaha yang berpanjangan. Pulangan pelaburan (return of investment) dalam pendidikan bukan boleh dipetik dalam tempoh kurang daripada lima tahun, malahan sehingga 10 tahun atau satu generasi.
Pelan tindakan yang pertama seumpana ini merupakan komitmen daripada Kerajaan Negeri Johor bersama-sama agensi pendidikan dan bukan pendidikan bagi mencapai pembangunan lestari dan mampan di negeri Johor sesuai dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan UTM. Perancangan strategik yang tersusun ini bertujuan membudayakan kesedaran kelestarian melalui pendidikan untuk semua sekolah di negeri Johor dalam merealisasikan Dasar Kelestarian Negeri Johor.
19


JALINAN DAN JARINGAN PINTAR
Sektor Pembelajaran melalui Jalinan dan
Jaringan Pintar bersama GO dan NGO
antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat
Pendidikan Daerah serta Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Tun Hussien Onn dan
Kampus Temenggung Ibrahim. Selain itu,
kolaboratif antara universiti awam yang
terdapat sekitar negeri Johor juga banyak
membantu dalam melaksanakan kerjasama
pintar antaranya UTM dan UTHM. Jaringan
kerjasama dengan SWM, Johor Corporation,
Iskandar Malaysia, Yayasan Pelajaran Johor
serta Majlis Perbadaran dan Bandaraya mengukuhkan lagi usaha kearah peningkatan kualiti guru dan kemenjadian murid. Sederap dengan hala tuju pendidikan
negeri Johor yang diinspirasikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu “ Mengoptimumkan Potensi Memaksimumkan Keberhasilan”.
20


Keberhasilan : Guru Berkualiti
Pendidikan holistik melibatkan keseluruhan diri seseorang yang termasuklah fizikal, emosi, mental, rohani dan hubungan antara manusia. Pendidikan konvensional melibatkan pemikiran mental seperti lulus peperiksaan, memperolehi kelayakan dan ijazah; perkara-perkara yang melibatkan akal atau pengetahuan intelektual. Proses pemikiran dijana dan menjadi keutamaan hierarki pembelajaran. Dalam pembelajaran holistik, tumpuan dialihkan kepada kepentingan hubung kaitan diri. Jika terdapat satu hierarki dalam pembelajaran holistik, proses itu perlu dipimpin oleh keupayaan diri atau kerohanian diri.
Keberhasilan yang disasarkan oleh Sektor Pembelajaran dimana kita mampu melahirkan guru yang mampu menguasai dan mengaplikasikan proses PAK21 dalam PdP serta melaksanakan
PAK21 secara konsisten. Selain itu guru berkualiti yang kompeten memberi penyampaian berkesan serta berupaya menterjemahkan DSKP. Berkemahiran menganalisis data dalam merancang intervensi. Mampu menguasai SKPMg2 Standard 4 : Instrumen keberhasilan dan kualiti guru. Cekap dalam memastikan penggunaan sumber dan kemudahan secara optimum. Membangunkan kredibiliti guru berkualiti yang berintegriti & berdaya tahan. Meningkatkan tahap pemikiran guru terhadap pendidikan kontemporari melalui pembelajaran sepanjang hayat serta pembangunan profesional keguruan.
Memupuk kerjasama dan berkolaboratif (bukan untuk bersaing di dalam kelas), guru dapat membantu murid-murid merasa berada bersama melalui pengalaman kehidupan sebenar, peristiwa-peristiwa semasa, seni dramatik dan sumber pengetahuan lain menggantikan buku teks, guru boleh menyalakan cinta terhadap pembelajaran. Kaedah refleksi dan sesi soal-jawab bukannya hafalan "fakta yang pasif," pendidik menyemarakkan "api kecerdasan" yang melebihi kemahiran menyelesaikan masalah yang abstrak. Bagi menampung perbezaan dan dengan tidak melabelkan murid-murid, sebagai contoh "murid pembelajaran kurang upaya" atau " murid hiperaktif," pendidik menghadiahkan keunikan yang terkandung dalam semangat dan jiwa setiap murid-murid.
21


SPS
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


22
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL


PENGENALAN
Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting selepas kualiti guru dalam menentukan keberhasilan murid. Beberapa kajian antara bangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua dan guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada kepimpinan pengajaran dan bukannya kepimpinan pentadbiran semata-mata, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan yang diamalkan pada masa ini, sebahagian besarnya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan kepimpinan. Tambahan lagi, 55% daripada semua pengetua dan guru besar yang ada pada masa ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai pengetua dan guru besar. Hal ini bermakna mereka mungkin menjalankan tugas sebagai pengetua dan guru besar dalam keadaan kurang bersedia. Dengan bilangan 40% pengetua dan guru besar yang akan bersara dalam tempoh lima tahun akan datang, maka wujud peluang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan kualiti bakal pemimpin sekolah ini.
Setiap sekolah akan mempunyai pengetua dan guru besar berprestasi tinggi yang sentiasa gigih dalam matlamatnya untuk meningkatkan keberhasilan murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Pengetua dan guru besar cemerlang akan diberikan insentif untuk berkhidmat di sekolah berprestasi rendah dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti yang lebih luas. Seterusnya asas kepimpinan di setiap sekolah akan diperkukuh iaitu dengan membangunkan dan menjadikan barisan Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia sebagai pemimpin pengajaran di dalam kelas. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (PPPM) 2013-2025, KPM akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.
Setiap pengetua dan guru besar juga dikehendaki mendapatkan Sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan Bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum boleh dilantik sebagai pengetua atau guru besar. Penetapan syarat ini dijangka menyebabkan purata umur pengetua dan guru besar menurun dan membolehkan mereka berkhidmat dalam tempoh yang lebih lama di setiap sekolah dan dalam sistem pendidikan secara keseluruhannya. KPM juga akan memperkenalkan proses perancangan penggantian yang mengenal pasti dan melatih individu berpotensi tinggi bagi memastikan terdapat kelompok calon yang bersedia untuk berkhidmat apabila dipanggil sebaik sahaja terdapat kekosongan jawatan. Setelah mekanisma ini dilaksanakan, KPM akan memperluas fokus perancangan mencakupi guru penolong kanan, ketua bidang dan juga ketua panitia.
23


Kualiti kepimpinan dalam era globalisasi pendidikan yang menjurus kepada kompetensi pengetua dan guru besar sebenarnya masih lagi didapati relevan dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah (Hallinger, 2005) Jabatan Perdana Menteri (2010). Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, KPM telah merancang untuk memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi sistem pendidikan dapat berjalan dengan lancar dan salah satu tujuan utama pelan ini adalah untuk mengurangkan beban pentadbiran supaya pengetua dan guru besar boleh fokus kepada amalan kepimpinan pengajaran (Jamelaa Bibi, 2012). Di dalam pelan ini, pengetua dan guru besar telah diberikan bimbingan dan dipandu menerusi jalinan kerjasama profesionalisme bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang fokus kepada penambahbaikan sekolah serta membina keupayaan staf sekolah.
Sehubungan itu, pengetua dan guru besar dikehendaki menjadi pemimpin sekolah yang cemerlang dan bertindak sebagai agen perubahan kerana mereka dapat menggerakkan organisasi sekolah supaya maju dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Secara teori, corak kepimpinan pengetua dan guru besar yang efektif akan mempengaruhi profesionalisme guru dan pencapaian akademik murid (Sergiovanni, 2001). Justeru, pengetua dan guru besar perlu menjalankan peranan sebagai pentadbir dan pemimpin pengajaran dengan melakukan penambahbaikan dan pemantauan terhadap perkembangan
sesebuah sekolah secara berterusan.
Kajian perbandingan antara sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan juga mendapati pemimpin di sekolah berkesan mengamalkan kepimpinan pengajaran sepenuhnya berbanding sekolah kurang berkesan (Nor Asikin, 2006). Kajian terdahulu juga telah mendapati bahawa pengetua dan guru besar sebagai pemimpin pengajaran adalah penentu kejayaan sesebuah sekolah (Hallinger & Murphy,
1985;2008). Alimuddin (2010) turut bersetuju bahawa pencapaian murid di sekolah adalah dipengaruhi oleh pengetua dan guru besar sepenuhnya. Kajian kepimpinan pendidikan oleh Hallinger (2008) telah mendapati bahawa kepimpinan pengajaran pengetua dan guru besar yang berkesan sangat diperlukan bagi menentukan kejayaan sesebuah sekolah supaya dapat mempengaruhi pencapaian akademik muridnya.
Secara realitinya, situasi di sekolah kini ialah pengetua dan guru besar tidak dapat menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin pengajaran ekoran pelbagai halangan yang dihadapi. Tugas mereka umumnya banyak dihabiskan dengan urusan pentadbiran di pejabat, masalah disiplin, urusan kertas kerja, komunikasi menerusi telefon atau internet dan sebagainya yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan pengajaran guru (Azlin, 2006). Majoriti pengetua dan guru besar turut gagal mengamalkan fungsi utama mereka iaitu membantu pengajaran guru di bilik darjah disebabkan banyak masa terpaksa dihabiskan untuk menguruskan hal-hal pentadbiran dan pengurusan sekolah yang bersifat lebih umum (Maimunah, 2005).
24


Ia sejajar dengan anjakan 5 dalam PPPM (2013-2025) di mana semua pemimpin sekolah akan dipersiapkan supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya keluwesan membuat keputusan yang diperuntukkan kepada mereka. Keluwesan ini termasuklah perkara yang melibatkan kepimpinan instruksional seperti perancangan peningkatan sekolah, perancangan kurikulum dan kokurikulum dan juga hal berkaitan kepimpinan pentadbiran, agihan peruntukan sekolah. Seperti mana guru, aspirasi bagi pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya kecemerlangan profesional pimpinan teladan rakan setugas. Pemimpin sekolah membimbing satu sama lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan sama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional.
Pengetua dan guru besar yang mengalami kesukaran dalam mencapai standard minimum akan diberikan bimbingan tambahan, manakala pengetua dan guru besar yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum, walaupun telah diberikan bimbingan tambahan akan ditugaskan semula ke jawatan guru di sekolah lain. Pengetua dan guru besar juga akan menerima lebih sokongan bagi membantu mereka mencapai potensi penuh seterusnya memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan keberhasilan murid yang lebih tinggi. Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik akan mendapat manfaat daripada satu program induksi baru yang memerlukan mereka mengikuti program pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan berpindah atau bersara.
Mereka juga akan mengikuti suatu tempoh bimbingan dan pementoran dari pengetua atau guru besar berpengalaman atau rakan peningkatan sekolah (SIPartner+) daerah sebaik sahaja mereka memulakan tugas baharu sebagai pengetua dan guru besar secara rasmi. Peluang mengikuti CPD tidak terhenti pada tahun pertama perkhidmatan sebagai pengetua dan guru besar. Malah, CPD ini akan terus menjadi sumber bagi membolehkan setiap pengetua dan guru besar memperbaharui tahap profesionalisme masing-masing. Pihak IAB juga akan memastikan peluang CPD yang sama disediakan Untuk Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia.
Oleh kerana keadaan sesebuah sekolah itu unik, masa peletakkan pengetua dan guru besar yang mempunyai kecekapan yang tinggi amatlah diperlukan. Peletakkan pengetua dan guru besar yang sesuai di sesebuah sekolah nampaknya begitu sinonim dengan kehendak Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika amanat telah disia- siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (BUKHARI – 6015)
25


Dengan erti kata yang lain, jika kita salah meletakkan pengetua atau guru besar yang tidak kompeten di dalam sesebuah sekolah maka sekolah tersebut akan tidak dapat mencapai kejayaan dan kemenjadian murid tidak dapat dicapai sepenuhnya.
Umpama bidalan orang tua-tua,
Yang pekak pelepas bedil, Yang buta pengembus lesung, Yang bisu pengera ayam, Yang lumpuh penghuni rumah.
Bidalan ini secara khusus menceritakan tentang perlunya kita meletakkan seseorang mengikut kepakarannya. Tumpuan kepada "orang yang tepat di tempat yang tepat" tidak dapat dielakkan menyebabkan lebih banyak perhatian diberikan kepada keperluan organisasi berbanding pekerja. Sekiranya pendekatan meletakkan pengetua dan guru besar adalah berdasarkan keperluan kakitangan dan bukannya keperluan fungsi, maka ini akan menyebabkan sasaran akhir terhadap keberhasilan pendidikan di Malaysia untuk mencapai sekolah berkualiti dan kemenjadian murid tidak dapat dicapai sepenuhnya.
Menurut CIPD (2005) mempunyai orang yang tepat, di tempat yang tepat, pada masa yang tepat sangat penting untuk prestasi organisasi. Itu sebabnya pengambilan dan pemilihan pekerja yang sesuai sangat penting. Proses perekrutan adalah mengenai menentukan sama ada terdapat keperluan pekerjaan tertentu sebelum mereka diletakkan di dalamnya. Proses pengambilan dan pemilihan adalah amalan
penting untuk pengurusan sumber manusia dan penting dalam menjayakan kejayaan organisasi (Jovanovic; 2004). Untuk mencapai sasaran akhir di dalam pendidikan holistik di JPN Johor, Sektor Pengurusan Sekolah perlu memberi tumpuan kepada keputusan utama yang perlu diambil dalam menguruskan proses pengambilan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakannya dengan keberkesanan, kecekapan dan keadilan yang maksimum di dalam penyediaan pengetua dan guru besar berkualiti.
26


Menurut Costello (2006) pengambilan pekerja digambarkan sebagai satu set aktiviti dan proses yang digunakan secara sah untuk mendapatkan bilangan orang yang layak di sisi undang-undang di tempat dan masa yang tepat supaya orang dan organisasi dapat memilih antara satu sama lain dengan kepentingan jangka pendek dan jangka panjang mereka sendiri. Perekrutan adalah proses menarik calon berpotensi dari dalam dan luar organisasi. Ia adalah sejenis aktiviti positif dalam memasuki pasaran buruh yang menyampaikan peluang dan maklumat dan menimbulkan minat. Pilihan melibatkan mengenal pasti memilih calon yang paling sesuai untuk organisasi.
2. PERANAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
Dalam melahirkan pemimpin sekolah yang cekap, kompeten dan berkualiti, Sektor Pengurus Sekolah telah melaksanakan tugasan tersebut mengikut fungsi sektor yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dari tujuh fungsi utama itu, hanya fungsi ke-empat dan ke-lima berkait rapat dalam menyediakan kepimpinan yang berkualiti. Fungsi ke-empat tersebut adalah menyelaras latihan bagi kepimpinan sekolah dengan penyedia latihan professional manakala fungsi ke-lima pula adalah penempatan dan pertukaran guru dan pemimpin sekolah dalam negeri melalui Jawatankuasa Penempatan Dan Pertukaran Negeri.
Dalam pemilihan calon pengetua dan guru besar, terdapat beberapa proses yang harus diikuti iaitu proses pemilihan, latihan dan penempatan. Institut Aminuddin Baki (IAB) telah melaksanakan kursus pentaksiran kepada bakal pengetua dan guru besar bertujuan memilih calon calon yang benar benar berpotensi untuk di lantik sebagai pemimpin dan pengurus sekolah. Mulai tahun 2014 Kursus Profesional Kepengetuaan atau sinonim dengan Nasional Professional Qualification for Education Leaders @ NPQEL telah di wajibkan sebagai pra syarat untuk menjadi pengetua atau guru besar. Calon calon yang layak perlu mengisi borang permohononan secara online dengan sokongan Ketua Jabatan masing masing.
Bagi mereka yang memegang jawatan Guru Kanan atau Pegawai pegawai KPM, JPN dan PPD Gred DG48 adalah layak memohon mengikuti kursus di IAB. Calon calon yang memenuhi kriteria akan di panggil menjalani pentaksiran untuk di temuduga oleh Panel yang di lantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri sebelum di terima mengikuti kursus NPQEL di IAB.
Pengetua dan guru besar cemerlang tidak boleh dilahirkan tetapi ianya boleh dilatih. Untuk itu satu program yang dinamakan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan NPQEL VERSI 2018 telah diperkenalkan oleh Institut Aminuddin Baki. Barisan bakal pengetua dan guru besar ini akan dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
27


manakala latihan pula akan dikendalikan sepenuhnya oleh Institut Aminuddin Baki. Program latihan khusus ini dinamakan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Ia merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan yang bertujuan untuk membentuk kumpulan pemimpin pelapis yang bakal menerajui sekolah di seluruh Malaysia. NPQEL adalah kesinambungan daripada kursus Kelayakan Profesional Pemimpin Sekolah (NPQH).
Bagi tujuan memastikan keselarasan dalam pendokumentasian, Mesyuarat Lembaga Pengajian bertarikh 23 Januari 2018 telah menetapkan bahawa nama program NPQEL dikekalkan dengan nama sedia ada walaupun pendekatan latihan adalah berbeza. Bakal pengetua dan guru besar yang terpilih ini akan menjalani pembangunan profesional pemimpin secara berterusan berasaskan kepada penyampaian latihan futuristik dan pentaksiran berpusatkan peserta. Kurikulum NPQEL versi 2018 ini dibentuk khusus untuk menyediakan pengetua dan guru besar novis yang berprestasi tinggi. Kaedah penyampaian latihan pula adalah berdasarkan kepada kaedah penyampaian latihan 70 : 20 : 10 iaitu 70% Pembelajaran Berasaskan Pengalaman, 20%
Pembelajaran Sosial Dan 10% Pembelajaran Formal.
28
Semua aktiviti ini bertujuan untuk membangunkan penguasaan 10 kompetensi iaitu berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi. Dalam struktur kepimpinan sekolah, pemimpin pertengahan sekolah merupakan kelompok pemimpin yang melaksanakan peranan antara pengurusan kanan dengan guru bagi menjamin pembelajaran berkesan (Gurr & Drysdale, 2013). Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) merupakan kursus yang di anjur untuk membangun kompetensi pemimpin pertengahan di sekolah.
LCML diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin pertengahan sekolah melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Pemimpin pertengahan memainkan peranan penting dalam membantu pengurusan tertinggi sekolah membangunkan sekolah. Justeru, pemimpin pertengahan di sekolah mesti mempunyai kompetensi tertentu seperti berfikir secara strategik dan proaktif dalam melaksanakan tindakan. Dalam usaha memantapkan pengurusan dan kepimpinan sekolah, pemimpin pertengahan juga harus dibimbing untuk merealisasikan hasrat yang ingin dicapai. Peserta NPQEL ini akan dikenal pasti, ditaksir, dibangunkan dan dilantik sebagai pengetua guru besar novis yang berprestasi tinggi di sekolah setelah selesai menjalani kursus tersebut.
Peserta yang lulus dan telah dilantik sebagai pengetua dan guru besar akan mengikuti program Immersion. Seterusnya, peserta akan diberi kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kompetensi sebagai pengetua guru besar. Institut Aminuddin Baki menganjurkan kursus dalam perkhidmatan sepanjang tahun seperti Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Pengurusan Kewangan Pengurusan Teknologi Maklumat Coaching dan Mentoring dan Kajian Tindakan.


3. PEMANTAPAN KOMPETENSI PENGETUA DAN GURU BESAR
Dalam memperkatakan tentang kepimpinan sekolah sama ada guru besaratau pengetua maka aspek kompetensi mereka perlu diberi fokus yang utama agar kualiti pendidikan dapat dijamin. Konsep kepengetuaan kini lebih dinamik, kompleks dan menagih sesuatu yang lebih tinggi. Antara ciri kepengetuaan yang dicadangkan adalah aspek pendidikan, kepimpinan, pengurusan dan kejiwaan. Di Malaysia, Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) telah menggariskan dengan jelas sembilan bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah yang mesti dikuasai oleh mana-mana pengetua dan guru besar di negara ini (Buku Panduan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, 2006).
Sembilan bidang yang dimaksudkan itu ialah Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi; Pengurusan Kurikulum; Pengurusan Kokurikulum; Pengurusan Hal Ehwal Murid; Pengurusan Kewangan; Pengurusan Pentadbiran Pejabat; Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal; Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; dan Pengurusan Perhubungan Luar. Bidang-bidang ini bukan sahaja perlu diketahui, dikuasai, tetapi diimplementasikan secara meluas dalam tugasan kepimpinan mereka seharian. Merujuk kepada tugasan-tugasan yang mencabar ini, maka merupakan satu keperluan bagi mereka memiliki daya kepimpinan yang baik sebagaimana Amanat Menteri Pendidikan (2001) menyatakan bahawa dalam banyak kes, kecemerlangan sesebuah sekolah baik dari segi prestasi akademik mahupun kejayaan dalam kokurikulum amat bergantung pada daya kepimpinan guru besar atau pengetuanya.
Dalam memastikan kompetensi pengetua dan guru besar di negeri Johor sentiasa berada dalam tahap yang baik, satu mekanisme perlu diwujudkan. Mekanisme ini akan menjurus kepada 2 faktor utama iaitu barisan pengetua dan guru besar sedia ada dan faktor kedua iaitu bakal pengetua dan guru besar. Bagi faktor pertama iaitu barisan pengetua dan guru besar sedia ada, Sektor Pengurusan Sekolah merancang akan menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Ke 2 (SKPMg2) sebagai instrumen pengukur kompetensi pengetua dan guru besar berdasarkan penskoran di Standard 1 iaitu elemen kepimpinan di sekolah. SKPMg2 dipilih kerana ia merupakan piawai yang digunakan oleh jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan yang mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. SKPMg2 adalah standard yang mengukur kerjabuat pengetua dan guru besar di sekolah.
29


Di dalam standard 1: Kepimpinan ini, pengetua / guru besar akan berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Di dalam standard ini, pengetua dan guru besar akan bertindak sebagai Peneraju, Pembimbing dan sebagai Pendorong. Untuk itu, satu profiling pengetua dan guru besar yang menjurus kepada standard 1- kepimpinan mereka di sekolah, tahap psikometrik shasiah berdasarkan psikologi & kaunseling dan analisis keperluan latihan akan diwujudkan. Tiga elemen ini akan dikumpulkan mengikut setiap pengetua dan guru besar. Berdasarkan profiling ini, pencapaian 3 elemen akan dikumpulkan dan dianalisis. Dapatan dari data tersebut, 3 kategori pengetua dan guru besar akan dikategorikan kepada cemerlang, baik dan lemah. Pengetua dan guru besar yang berada di kelompok lemah ini akan diklusterkan dan akan dilaksanakan
30
satu program kolaborasi bersama dengan penyedia latihan. Penyedia latihan terdiri dari Institut Aminuddin Baki, Teach For Malaysia (TFM), Yayasan Amir, SIPartners +, INTAN, SPRM dan banyak lagi. Penyedia latihan akan membantu mereka meningkatkan kompetensi melalui beberapa kaedah seperti Komuniti Pembelajaran Professional atau Profesional Learning Community (PLC) dan Pembangunan Prodesional Berterusan atau Continuing Professional Development (CPD). Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional bermakna pengetua dan guru besar akan berkongsi, berbincang tentang amalan pengajaran mereka demi meningkatkan pemerolehan ilmu dalam kalangan mereka. Pengetua dan guru besar juga berkongsi kuasa dengan guru-gurunya. Ini bermakna fokus sekolah berganjak daripada berpusatkan pengajaran iaitu bagaimana guru menyampaikan pengajaran, pedagogi dan aktiviti- aktiviti dalam bilik darjah, kepada pembelajaran iaitu bagaimana aktiviti dalam bilik darjah mempromosikan pembelajaran.
Dengan kata lain, komuniti dalam konteks ini menjurus kepada pengetua dan guru besar. Budaya sekolah adalah budaya belajar dan peningkatan profesinalisme mereka sendiri (Rahimah Hj Ahmad ,2008). Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah merupakan suatu komuniti, tidak kira besar atau kecil, yang boleh berfungsi secara efektif untuk berkolaborasi, menimba pengalaman dan mengumpul serta berkongsi hasil pembelajaran sesama ahli-ahli dalam komuniti keseluruhannya dan mengaplikasikan pembelajaran baru untuk membaikpulih komuniti dan ahli- ahlinya ( DuFour dan Eaker ,1998).
Pewujudan Pembangunan Profesional Berterusan / Continuing Professional Development (CPD) merupakan usaha bersepadu bagi memastikan profesion pemimpin sekolah dapat melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta amalan profesional berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya.
Pendekatan ini amat penting kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini yang memerlukan para profesion pendidik dan pemimpin sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan yang dicapai supaya dapat memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid.


Di dalam kolaborasi bersama penyedia latihan ini, pengetua dan guru besar akan menggunakan kaedah VUCA untuk mengenalpasti punca dan tindakan penambaikan supaya jalan penyelesaian kearah peningkatan kompetensi mereka akan dapat dicapai. Guru, pendidik dan pemimpin pendidikan diminta untuk bersiap sedia menghadapi cabaran-cabaran Kemeruapan/ Ketidakstabilan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity) dan Kekaburan (Ambiguity) di dunia pendidikan yang mencabar ini. Adalah penting bagi pendidik untuk terlebih dahulu menetapkan fikiran mereka, mencakupi keupayaan masing-masing dan menyediakan diri mereka untuk persekitaran yang sentiasa berubah-ubah yang dicirikan oleh VUCA. Di dalam dunia VUCA, pengetua dan guru besar mesti bijak dan proaktif dalam menangani banyak halangan dan memastikan setiap intervensi yang dipilih akan dilaksanakan dan dioptimumkan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Para pengetua dan guru besar mesti berada di barisan hadapan dengan berfikir tentang apa yang klien mereka suka, bukan apa yang mereka fikirkan tentang apa yang mereka suka. Pendidikan adalah merupakan satu keperluan terpenting untuk memajukan tamaduan manusia. Ia merupakan salah satu tiang penting tamadun untuk evolusi, kewujudan dan kelangsungan hidup. Kadar di mana campur tangan teknologi telah membuahkan perbezaan dengan industri lain dan objektifnya adalah untuk merangkul dan mengadaptasi teknologi dengan cara yang paling berkesan dan bermakna demi memastikan sebarang masalah yang timbul dapat diatasi. Setelah melaksanakan intervensi bersama dengan penyedia latihan, reality checking akan diambilkira semula supaya semua intervensi yang telah dilaksanakan akan dapat dibuktikan keberkesannnya. Reality checking ini
Reality checking ini bertujuan untuk melihat keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan oleh pengetua dan guru besar di dalam menangani permasalahan yang berlaku supaya kompetensi mereka sebagai pemimpin sekolah meningkat. Reality checking ini akan menjurus kepada penskoran SKPMg2 – Standard 1. Adakah terdapat peningkatan pada skor SKPMg2 di dalam standard 1. Dengan merujuk kepada data penskoran standard 1 – SKPMg2 ini ia akan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan pengetua dan guru besar di dalam menyelesaikan sebarang masalah kompetensi mereka sebagai pemimpin sekolah.
Untuk faktor yang kedua iaitu bakal pengetua dan guru besar, mereka ini adalah terdiri dari barisan pemimpin pertengahan iaitu guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran. Untuk barisan pemimpin pelapis ini, kompetensi mereka akan dinilai berdasarkan kepada profiling yang akan dibentuk. Profiling ini akan menjurus kepada kecenderungan mereka sama ada cenderung ke arah kurikulum, ko kurikulum ataupun hal ehwal murid. Profiling ini terdiri dari penskoran psikometrik dari psikologi dan kaunseling yang mengukur 9 kompetensi. Dapatan dari penskoran ini akan dikelompokkan mengikut tahap lemah, baik dan cemerlang. Lanjutan dari analisis ini, rumusan profiling pemimpin pelapis akan dibentuk dengan kecenderungan 9 kompetensi tersebut. Mereka yang berada di tahap cemerlang akan dibentuk, diacu dan dimodelkan menjadi pemimpin pelapis untuk dihantar ke program NPQEL versi 2018.
31


4. SASARAN AKHIR MENCAPAI SEKOLAH KUALITI DAN KEMENJADIAN MURID
Pada sasaran akhir ini, dua elemen utama yang ingin dicapai ialah sekolah kualiti dan kemenjadian murid. Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan mereka tanpa mengira latar belakang. Murid sakan belajar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif dan akan merasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Murid akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi dan berupaya bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain. Murid akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar dan semua murid boleh berjaya. Murid akan mempunyai pembelajaran yang kaya dari segi akademik dan bukan akademik supaya mereka boleh berjaya dalam kehidupan. Murid akan mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman belajar mereka.
Penentuan kualiti sekolah perlu mempunyai satu sumber rujukan sahaja ('single point of reference') yang dijadikan standard tanpa mengira latar belakang sekolah. Instrumen yang akan mengukur kualiti sekolah ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 atau dikenal sebagai SKPMg2. Pelaksanaan peningkatan kualiti sekolah perlu dilakukan secara holistik, termasuklah dengan mengambil kira komponen kemenjadian murid seperti yang terkandung dalam SKPMg2. Pendekatan holistik ini adalah satu satu cara untuk menghubungkan titik ('connecting the dots') pelbagai item di sekolah. Penekanan sepatutnya ditumpukan kepada membangunkan pengetahuan asas ataupun 'growth oriented development'.
32
Bagi melakukan 'growth oriented development', semua pihak yang terlibat wajib sedaya upaya menekankan kepada pembinaan kemahiran dan sahsiah murid serta tidak menjadikan peperiksaan sebagai 'high stake'. 'Growth oriented development' ini perlu dipastikan berlangsung sehingga tingkatan tiga sebelum pelajar disalurkan kepada aliran yang bersesuaian dengan kecenderungan mereka di tingkatan empat. Pelajar akan dilihat kecenderungan mereka sama ada ke aliran vokasional mahupun aliran akademik. Penjurusan tingkatan lima adalah akademik yang dinilai menerusi SPM. Peperiksaan SPM adalah hasil daripada aplikasi segala penguasaan kemahiran 'growth oriented development' terdahulu.


5. RUMUSAN
Menyentuh mengenai pencapaian pelaksanaan PPPM, perancangan Gelombang 2 adalah memacu peningkatan sistem secara keseluruhan. Bagi memastikan transformasi berlaku seperti yang dirancang, KPM telah memperkenalkan Program Transformasi Daerah (DTP) yang antara tunjang utamanya adalah pengupayaan kepimpinan di JPN dan PPD. PPD dan JPN seharusnya memberi fokus kepada sokongan profesional kepada sekolah dalam bentuk bimbingan dan pementoran. PPD dan JPN perlu memberi sokongan kepada guru mengenai cara bagaimana untuk meningkatkan kualiti pengajaran, serta meningkatkan kemahiran pengetua dan guru besar dalam pengurusan sekolah dan murid. Penstrukturan semula yang akan berlaku adalah untuk membantu semua sekolah menjadi sekolah yang cemerlang.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada peranan dan kompetensi pemimpin sekolahnya. Selaku pemimpin sekolah, mereka perlu bertindak sebagai pengetua dan guru besar berprestasi tinggi bagi memastikan perjalanan pengurusan sekolah berjalan lancar. Oleh itu pengetua guru besar seharusnya mempunyai kompetensi sebagai pemimpin pembelajaran yang mampu membangunkan kapasiti serta membina jaringan dan jalinan. Sebagai pemimpin pembelajaran, pengetua dan guru besar perlu memiliki beberapa ciri
utama seperti celik IT, pemimpin instruksional, penyelia dan pembimbing pembelajaran dan pengajaran guru, mewujudkan persekitaran yang kondusif dan membangunkan kepimpinan guru (Sufean 2014). Sebagai pemimpin pembelajaran, pengetua dan guru besar seharusnya berupaya bertindak sebagai suri teladan, jurulatih dan pembimbing pengurusan pembelajaran futuristik seperti pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) abad ke 21.
Untuk merealisasikan impian dan hasrat murni ini seharusnya peletakkan mereka yang ‘ahli’ di tempatnya tidak boleh dipandang enteng. Menurut CIPD (2005) kejayaan sesebuah organisasi sebenarnya bergantung kepada kompetensi subordinatnya. Walau bagaimanapun, sehebat mana kompetensi subordinat itu tetapi jika ditempatkan di posisi yang tidak tepat, ianya tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Peletakkan subordinat ditempat yang sesuai amatlah penting dan ianya secara langsung akan mempengaruhi tahap kepuasan bekerja subordinat tersebut. Tahap kepuasan yang tinggi akan memotivasikan subordinat untuk bekerja dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh
33


SPM
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


34
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL


PENDAHULUAN
Sektor Pembangunan Murid merupakan satu daripada empat belas sektor yang diwujudkan di bawah naungan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Secara khususnya sektor ini berperanan dalam pengurusan keseluruhan aktiviti, kebajikan dan pembangunan sahsiah murid sekolah aliran perdana di bawah skim sekolah bantuan penuh kerajaan demi. Sektor ini terdiri daripada dua unit iaitu Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Pembangunan Bakat Murid yang diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid).
Setiap unit diterajui oleh seorang Ketua Penolong Pengarah dengan dibantu dan diperkasa oleh lapan belas Penolong Pengarah (DG44/48) serta 3 orang Pembantu Tadbir bagi Unit Hal Ehwal Murid dan enam belas Penolong Pengarah (DG44/48) serta 4 orang Pembantu Tadbir dan seorang Ketua Pembantu Tadbir. Setiap kakitangan diperlukan untuk menetapkan keberhasilan ke arah Kemenjadian Murid melalui “Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan Potensi Dan Memaksimumkan Keberhasilan” berlandaskan prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu DRONE (Data Driven, Resilient, Outcome Oriented, Navigation dan Efficiency).
Fungsi Sektor Pembangunan Murid
Pengoperasian dan gerak kerja Sektor Pembangunan Murid adalah berdasarkan struktur fungsian terkini merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Merancang dan memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar dan program utama KPM.
2. Merangka pelan tindakan pembangunan hal ehwal murid berdasarkan kepada keperluan dan kesesuaian sekolah di bawah kawalan JPN (termasuk swasta dan pendidikan khas) dengan kerjasama pelbagai agensi.
3. Merancang, memantau, dan menilai keberkesanan pelaksanaan pengurusan kesihatan dan keselamatan murid.
4. Merancang, memantau, dan menilai keberkesanan pelaksanaan bantuan pendidikan dan kebajikan murid.
5. Merancang, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan pengurusan disiplin dan pembangunan sahsiah murid.
6. Merancang, memantau dan menilai keberkesanan pelan kecemerlangan pendidikan negeri yang meliputi pembangunan bakat murid dalam bidang kokurikulum, kesenian dan sukan.
7. Mengupaya PPD dalam memberi bimbingan dan sokongan kepada sekolah dalam aspek pembangunan sahsiah dan bakat murid.
8. Merancang dan melaksana kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam mengoptimumkan potensi diri murid.
9. Menyemak dan menentusahkan data pengurusan murid.
35


UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)
Unit HEM diberi peranan untuk memperkasa dan membangunkan sahsiah diri murid melalui program-program yang dirancang secara bersepadu dengan meletakkan penerapan nilai dan kebajikan murid sebagai inisiatif sokongan utama pembangunan potensi diri.
Bagi memastikan keberkesanan Unit HEM secara efektif berdasarkan prinsip kerja DRONE oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, 7 sub unit diwujudkan dengan mengambil kira fungsi dalam carta fungsi Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
1. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan pengurusan HEM di peringkat negeri.
2. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai kemenjadian murid serta pengurusan kualiti asrama di bawah kawalan JPN (termasuk pendidikan khas khususnya kepada pengurusan kualiti asrama).
3. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai pengurusan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.
4. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai pengurusan bantuan pendidikan dan kebajikan murid.
36
5. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan pengurusan:-
a) disiplin;
b) kepemimpinan;
c) pembangunan sahsiah murid; dan
d) bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid.
6. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan pengurusan intervensi dan pendidikan pencegahan dadah.
7. Menyelaras urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data murid.


Sub Unit Sahsiah dan
Disiplin
Sub unit ini berperanan dalam memastikan semua murid terdidik dengan nilai murni dan jati diri yang ampuh. Pengoperasian data melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan e-Kehadiran menjadi penentu ukur dan fokus utama agar inisiatif yang dijalankan selaras dengan keperluan aspirasi murid sebagaimana termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. . Pencapaian dinilai melalui peningkatan peratus kehadiran murid, peningkatan peratus pengisian data SSDM termasuk data amalan baik melalui pelaksanaan program disiplin dan pembangunan sahsiah murid, pengurusan data sahsiah murid, pengurusan aduan disiplin murid serta program pemantapan kompetensi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru disiplin.
Sub Unit PPDa berperanan memastikan semua sekolah di negeri Johor melaksanakan program
PPDa agar semua murid menerima mesej bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV sepanjang tahun. Strategi pelaksanaan program dan aktiviti dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu pencegahan dan intervensi. Program-program pencegahan dikhususkan untuk semua murid sementara program intervensi khusus untuk murid berisiko terlibat dadah.
Strategi pengurusan pula dibahagikan kepada 4 aspek iaitu Kepimpinan dan Pengurusan,
Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah. Melalui strategi ini, aktiviti PPDa akan berlansung secara menyeluruh dengan tujuan menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat. Secara tidak langsung akan menggalakkan proses pendidikan holistik dan seterusnya menyokong kemenjadian murid yang bebas dari pengaruh dadah.
Sub Unit Bimbingan Dan Kaunseling berperanan dalam membimbing murid membina keterampilan kendiri positif, mencegah murid daripada terlibat kes salah laku disiplin dan anti sosial, murid tahu hala tuju dan kerjaya masa hadapan, serta membentuk murid yang sihat pemikirannya. Bagi memastikan keberkesanan peranan unit Bimbingan dan kaunseling di sekolah, maka pemantauan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akan dilakukan melalui dashboard e-rekod kaunseling yang merangkumi bidang Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah (PPS),
Peningkatan Disiplin Diri Murid (PPDM), Pendidikan Kerjaya Murid (PKM) dan Psikososial dan Kesejehtraan Mental (PKM) akan menentukan tahap impak yang telah berjaya dicapai dalam melahirkan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran berfikir serta mengamalkan etika kerohanian dalam kehidupan.
37
Sub Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Sub Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya


Sub Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Bagi memperkasa dan menyokong Pendidikan Holistik, Sub Unit SPBT berperanan memastikan semua murid warganegara memperoleh buku teks melalui perancangan aktiviti pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat negeri yang cekap iaitu dengan melaksanakan taklimat, verifikasi dan pengedaran buku teks peringkat PPD dan sekolah.
Pengoperasian adalah berasaskan kepada data buku maklumat stok, data APDM yang tepat dan pengisian data E-SPBT yang bebas ralat. Untuk itu,
pengoperasian SPBT memerlukan komitmen semua pihak bermula dari pengurusan SPBT di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor hingga ke peringkat pengagihan buku kepada murid di sekolah.
Bagi memastikan kesahan data, bengkel verifikasi peringkat JPN dan pemantauan pengurusan SPBT di sekolah dilaksanakan. Justeru, gerak kerja DRONE yang dibawa oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor perlu dihayati demi memastikan hasil kerja yang efektif.
3 8
Sub Unit Bantuan, Kebajikan dan 3K
Bantuan umum ialah bantuan yang diperuntukkan oleh KPM dan disalurkan ke akaun sekolah berdasarkan enrolmen murid yang berstatus warganegara dan bersekolah di sekolah kerajaan atau di sekolah Bantuan Kerajaan.
Bantuan khusus pula dipilih berdasarkan kelayakan yang ditetapkan iaitu mengikut paras garis kemiskinan (PGK Nasional 2016) . Peruntukan disalurkan ke akaun sekolah melalui JPN atau ke akaun bank murid.
Biasiswa KPM pula disalurkan kepada murid- murid yang dipilih berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah melalui sistem aplikasi Pengurusan Bantuan.
Data murid berkelayakan diperolehi dari E-Kasih , APDM ,Jabatan Kemajuan Orang Asli dan aplikasi Pengurusan Bantuan. Adalah menjadi harapan agar bantuan yang disalurkan menepati sasaran murid yang tinggi nilai kemenjadiannya dan sekaligus akan menjadi pendorong kepada murid untuk mencapai sahsiah yang terdidik.


Sub Unit Kesihatan
Matlamat program Sub Unit Kesihatan adalah memastikan semua murid di negeri Johor dapat menjalani proses pembelajaran secara sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental. Selain itu, Sub Unit Kesihatan juga merupakan ejen utama yang perlu peka terhadap isu-isu kesihatan semasa bagi memastikan persekitaran pembelajaran adalah selamat dan sihat bagi menjana kemenjadian murid melalui pendidikan holistik.
Kebanyakan program kesihatan di sekolah memerlukan khidmat rakan strategik dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Demi memastikan murid sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk terus membangunkan potensi diri secara sihat sebagaimana teras Pendidikan Holistik Negeri Johor iaitu mengoptimumkan potensi untuk menghasilkan keberhasilan yang maksima). Program kesihatan yang dijalankan akan menjadi penyokong utama sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan murid dalam pengurusan diri dan seterusnya mampu mendorong murid meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri secara sihat.
Sub Unit Asrama
Sub Unit Asrama berperanan merancang dan mengurus keseluruhan operasi dan prasarana asrama sekolah harian biasa seluruh negeri Johor. Bagi menjadikan asrama sebagai alternatif penginapan murid yang kondusif, Sub Unit Asrama perlu memastikan semua arahan, peraturan dan peruntukan dipatuhi.
Bagi memenuhi keperluan dan menjaga hak pendidikan murid, penempatan di asrama dilihat mampu membantu ke arah kemenjadian murid dan pendidikan holistik. Prasarana yang disediakan akan meningkatkan kualiti murid asrama melalui Program Transformasi Sekolah Harian iaitu berfokus kepada pengurusan pentadbiran asrama, penjanaan kejayaan sahsiah dan disiplin, penjanaan kejayaan akademik dan penjanaan kejayaan kokurikulum sukan.
Strategi utama dalam hal ini adalah memastikan semua Penyelia Asrama layak dan mampu mengurus asrama dengan cekap dan sempurna. Pentadbir pula berperanan membangun sahsiah diri murid melalui penerapan nilai murni dan pengurusan diri yang baik serta menyediakan aktiviti yang mampu menjadikan murid meningkatkan dan menyerlahkan potensi diri secara proaktif.
39


UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
Unit Pembangunan Bakat Murid merupakan unit yang bertanggung jawab dalam mengendalikan banyak aktiviti yang mampu mencungkil dan memupuk potensi diri. Pengurusan dan bimbingan disusun dengan cekap selain pematuhan terhadap dasar KPM membolehkan semua murid berhak mengupaya bakat, kebolehan dan kemampuan diri.
Bagi memastikan aktiviti murid berjalan berterusan selaras dengan gerak kerja Resilien dalam DRONE Pengarah Pendidikan Negeri Johor, unit ini dibahagikan kepada 3 sub unit iaitu Sub Unit Kokurikulum, Sub Unit Sukan dan Sub Unit Pusat Kokurikulum. Berikut di bawah merupakan fungsi yang digariskan oleh pihak KPM bagi Unit Pembangunan Bakat Murid:
1. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberhasilan pembangunan bakat dan kepemimpinan murid.
2. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai:
a) aktiviti sukan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan;
b) kursus-kursus yang berkaitan sukan kepada guru-guru; dan
c) kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan.
40
3. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai:
a) Aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan;
b) Kursus-kursus yang berkaitan kegiatan kokurikulum dan kesenian
kepada guru-guru; dan
c) Kerjasama agensi lain dalam aktiviti kokurikulum dan kesenian.
4. Menyelaras urusan pengemaskinian dan penyelenggaraan pangkalan data murid.
5. Menyelaras pengambilan atlit dan jurulatih bagi Sekolah Sukan Negeri
6. Merancang, menyelaras dan menyediakan kemudahan tempat latihan dan kejurulatihan kepada guru dan murid berkaitan aktiviti pendidikan
luar.
7. Memberi latihan, khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru
berhubung aktiviti pendidikan luar.


Sub Unit Kokurikulum
Sub Unit Kokurikulum berperanan untuk merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan, koakademik dan kesenian di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bagi memastikan bakat dan potensi diri murid mampu digilap dan diketengahkan bagi melengkapkan pendidikan secara holistik. Selain mengurus aktiviti berbentuk pertandingan, Sub Unit juga berperanan merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program peningkatan profesionalisme dalam pengurusan kokurikulum peringkat sekolah menerusi program kursus dan bengkel yang berkaitan kegiatan kokurikulum untuk GPK Kokurikulum, Setiausaha Kokurikulum dan guru- guru penasihat kokurikulum sekolah.
Bagi memastikan kecekapan dan keberkasanan program kokurikulum yang dijalankan, pemantauan pelaksanaan program kokurikulum dilaksanakan. Pengurusan data berkaitan penglibatan murid pula diterjemahkan dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK). Data ini menjadi penanda aras atau rujukan murid dan pentadbir sekolah untuk proses bimbingan potensi diri. Pada akhir persekolahan, murid sekurang-kurangnya telah menjalani proses pendidikan lengkap akdemik dan koakademik.
Sub Unit Sukan
Sub Unit Sukan bertanggungjawab dalam memastikan perancangan, pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti – aktiviti sukan dipelbagai peringkat sama ada di peringkat daerah dan negeri dapat ditadbir urus dengan baik berdasarkan gerak kerja DRONE Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Prinsip utama sub unit ini adalah penglibatan semua murid dalam aktiviti sukan tidak mengira peringkat terutamanya melalui Program 1 Murid 1 Sukan. Bermula penglibatan murid diperingkat rumah sukan, pengesanan bakat dijalankan dan bimbingan diberi kepada murid agar potensi diri tidak terbiar. Program-program berkaitan pembangunan dan peningkatan kemahiran guru seperti kursus–kursus kejurulatihan dan kepegawaian, taklimat dan bengkel juga dijalankan bagi memastikan pencapaian maksimum dalam semua acara, pertandingan dan perlawanan. Selain bakat murid, sokongan jurulatih dan pegawai amat penting bagi memastikan kemenangan atau kejuaraan sentiasa diraih dan mampu dipertahankan setiap tahun.
Bagi memastikan negeri Johor berada di barisan hadapan dalam pencapaian sukan, pelbagai inisiatif dilaksanakan agar semua program pembangunan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Data-data berkaitan pencapaian dan infrastruktur dianalisis untuk menyokong usaha pembangunan sukan negeri. Setiap program yang dilaksanakan akan dipantau dan dinilai supaya bersesuaian dengan Halatuju Pendidikan Negeri Johor. 41


Sub Unit Pusat Kokurikulum
Sub unit ini berperanan melaksanakan program luar bilik darjah secara selamat dan menyeronokkan. Ia penting bagi perkembangan murid ke arah kemenjadian yang positif serta mampu membina keyakinan diri. Bagi tujuan tersebut, Sub Unit Pusat Kokurikulum menetapkan 4 perkara utama sebagai strategi iaitu pengurusan program murid, pengurusan kejurulatihan, pengurusan asset dan infrastruktur dan pengurusan kewangan.
Program-program yang dijalankan mempunyai penerapan unsur jati diri dan mampu menjadi satu alternatif aktiviti sihat bagi murid. Kecekapan jurulatih menjadi faktor utama merealisasikan hasrat pendidikan holistik kerana jurulatih merupakan personalia yang bertanggungjawab terhadap semua perjalan aktiviti bersama murid.
Sebagai Pusat Kokurikulum dengan pengurusan dan prasarana terbaik di Malaysia, adalah diharapkan sasaran penggunaannya dapat dimaksimumkan selaras dengan anjakan 10 PPPM, iaitu memaksimumkan keberhasilan bagi setiap ringgit yang dilaburkan. Keupayaan jurulatih memupuk nilai murni dalam melaksanakan aktiviti pula mampu mendukung anjakan 3 PPPM iaitu melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
42
JOHOR SHOWCASE
Johor Showcase merupakan satu inisiatif yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai pandu arah sasaran tahun semasa. Bagi tahun 2020, Sektor Pembangunan Murid dipertanggungjawabkan menerajui 4 inisiatif utama Johor Showcase sebagaimana berikut:
1. Karakter Murid Johor (KrMJ)
2. Kolaborasi MSSJ-JDT
3. Kokurikulum Impak Tinggi
4. Johor Students Leader Council (JSLC)
Karakter Murid Johor (KrMJ)
Karakter Murid Johor (KrMJ) merupakan satu inisiatif yang menyokong kepada ekosistem sosial yang positif bagi membentuk pembangunan sahsiah murid secara holistik. Ia merupakan satu usaha untuk menyediakan modal insan Johor yang berketrampilan dan berkebolehan memimpin, berkarakter positif yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan mudah dikenali.


Program KrMJ yang digarap secara terancang dan tersusun berlandaskan kepada 6 Aspirasi Murid sebagaimana yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Unit Hal Ehwal Murid di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Pembangunan Murid telah diberi tugas untuk mengurus dan menyelaraskan program KrMJ ini. Di sekolah, ciri-ciri dan inisiatif KrMJ akan digerakkan melalui beberapa bidang berkaitan, seperti Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Sukan, Seni Budaya, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya.
Semua aktiviti dan inisiatif ini bertujuan menyediakan modal insan berketrampilan dan berkebolehan memimpin, mengendalikan program dan mampu memainkan peranan penting di sekolah, institusi serta masyarakat. Secara langsung program KrMJ telah mewujudkan ekosistem sosial positif yang menyokong kepada Anjakan ke 3 daripada 11 Anjakan dalam PPPM iaitu ‘Membangunkan Rakyat Malaysia Yang Dipacu Nilai Murni.
KrMJ mengorak langkah dengan menerapkan budaya serta memperluaskan amalan budaya ke dalam kepimpinan murid. Matlamat KrMJ kini adalah untuk mewujudkan pemimpin yang berkaliber serta berketrampilan yang disegani dan disanjungi di mana sahaja murid Johor berada. Apabila amalan telah sebati dalam kepimpinan murid Johor, maka murid akan mampu menonjolkan potensi diri dan menjadi satu nilai tambah positif untuk diri mereka.
Program KrMJ yang ingin disemarakkan oleh JPN Johor diharapkan akan melahirkan murid yang sentiasa berperilaku dan bertindak positif sekaligus dapat mewujudkan ekosistem pembelajaran dan pendidikan yang kondusif dan akhirnya dapat menyokong kepada pencapaian akademik dan peningkatan akhlak terpuji. Impak yang diharapkan dari program KrMJ ini adalah agar murid Johor dapat menonjolkan karakter positif yang terserlah, disanjung dan dipandang tinggi.
43


MSSJ-JDT
MSSJ – JDT merupakan program kolaboratif Bola Sepak di antara Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim. Program yang telah dimulakan pada tahun 2016 ini mempunyai dua komponen utama iaitu ;
i. Akademi Bola Sepak JDT
ii. Program DTC-JDT
Akademi Bola Sepak JDT ini menempatkan pelatih berusia seawal 12 hingga 17 tahun yang telah dikenalpasti bakat dalam sukan bola sepak untuk berada dalam program latihan yang berpusat dan menjalani latihan yang terancang. Kini Akademi Bola Sepak JDT terletak di Kolej Puan Seri Endon di Universiti Teknologi Malaysia.
Program DTC-JDT pula merupakan Pusat Latihan Daerah Bola Sepak yang menyediakan penempatan dan latihan di sebuah sekolah yang terpilih dalam satu daerah. Kini sebanyak tiga belas (13) buah sekolah telah dilantik dan menjalankan fungsi sebagai DTC-JDT.
Matlamat utama kolaboratif ini adalah untuk menyediakan platform yang tersusun dan berfokus dalam usaha memaksimumkan potensi yang ada bagi sukan bola sepak dikalangan murid – murid negeri Johor dan seterusnya dapat melahirkan pemain bola sepak profesional atau personel lain seperti jurulatih, pengadil dan sebagainya di masa hadapan.
Program yang telah memasuki usia lima tahun ini telah memberikan impak dalam aspek pencapaian Pasukan Bola Sepak MSS Johor dengan berjaya muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Bola Sepak MSSM tahun 2018 di Pulau Pinang serta beberapa kejayaan lain di peringkat antarabangsa.
44


Click to View FlipBook Version