Johor Studaents Leadership Council
(JSLC)
Pencapaian, kebolehan dan potensi murid merupakan satu asset tidak ternilai yang dimiliki oleh murid negeri Johor. Aspirasi murid ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 iaitu kemahiran memimpin mempunyai kesinambungan yang tepat dengan agenda pelaksanaan Johor Student Leaders Council (JSLC). JSLC ialah satu organisasi pemimpin pelajar tertinggi di dalam negeri Johor yang menghimpunkan pemimpin pelajar terbaik dari sekolah-sekolah menengah. Berpaksikan kemenjadian murid secara holistik potensi kepimpinan murid bukan setakat diasah di dalam kelas, malah juga dapat diasah di luar bilik darjah. Mengambil kira matlamat meningkatkan kualiti pendidikan khususnya dalam aspek kepimpinan, JSLC dijadikan salah satu daripada tujuh Showcase Jabatan Pendidikan Negeri Johor. JSLC merupakan satu- satunya program kepimpinan murid yang berpusat dan bersistematik di Malaysia. Dengan menekankan konsep by the students, for the students, program ini menggunakan tiga modul latihan eksklusif agar kemenjadian murid terutama dalam aspek kepimpinan dapat diketengahkan menerusi program khas ini.
Keperluan untuk memberi akses pendidikan menerusi program-program khas seperti ini merupakan strategi utama kepada semua murid telibat. Oleh yang demikian JPNJ telah memperluaskan program ini melalui program Badan Pemimpin Pelajar (Student Leaders Board, SLB). SLB berperanan untuk mengenalpasti, mengumpul, melatih serta menonjolkan pemimpin-pemimpin muda seawal peringkat menengah rendah untuk diketengahkan melalui modul latihan dan projek yang dirangka secara sistematik dan terkawal. Kumpulan pemimpin muda ini akan mengikuti latihan kepimpinan dan di akhir modul latihan ini, mereka perlu melaksanakan projek atau aktiviti mengikut idea mereka sendiri. Selaras dengan moto to serve and to excel, inisiatif ini merupakan satu replikasi JSLC di peringkat sekolah untuk memastikan kelangsungan agenda menyerlahkan dan memupuk kepimpinan murid dapat diperluaskan dengan lebih menyeluruh. Di peringkat akhir, ciri kepimpinan murid akan terserlah dan diharapkan bakal menjadi barisan pemimpin masa hadapan yang berwibawa.
45
Kokurikulum Impak Tinggi (KIT)
Kokurikulum Berimpak Tinggi (KIT) merupakan satu daripada inisiatif Johor Showcase yang telah bermula sejak tahun 2016 lagi. Ianya dibentuk bertujuan meningkatkan kesedaran warga pendidik bahawa kokurikulum adalah satu unsur pendidikan yang sangat penting untuk memenuhi enam aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, memperkasakan kokurikulum melalui aspek attitude, skill dan knowledge dan meningkatkan keyakinan warga pendidik bahawa pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang terancang membantu pencapaian sasaran kemenjadian murid di sekolah.
Menerusi gerak kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang baharu, KIT telah tersenarai dalam inisiatif holistik dan berterusan yang berpaksikan nilai. Dalam melaksanakan program-program KIT ini, penambahbaikan akan sentiasa diperhalusi sejajar dengan keperluan murid dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, akan merealisasikan hasrat ke arah mengoptimumkan potensi, memaksimumkan keberhasilan. Program–program KIT dirancang selari dengan hala tuju KPPM dan PPJ. Bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin, program Penggunaan 2 Modul Kembara Ilmu, Penataran dan Membina Kapasiti Modul KIT PGB Berkarya dan Pengiktirafan Sekolah Showcase KIT serta semua Sekolah Berwatak Kokurikulum akan diperkasa. Bagi memastikan penyertaan murid dalam koakademik STEM meningkat dan menyediakan pembelajaran murid (pengetahuan dan kemahiran kalis masa hadapan dan Pendidikan
digital) Johor STEM Day dan program JEWELs dirancang untuk dilaksanakan.
46
PEMANTAUAN
Pemantauan merupakan strategi utama bagi memastikan keseluruhan aktiviti berjaya dilaksanakan bagi menyokong pendidikan holistik ke arah kemenjadian murid. Konsep utama pemantauan yang dijalankan dalam Sektor Pembangunan Murid adalah berteraskan kunjung bantu. Terdapat dua jenis pemantauan dilaksanakan iaitu Pemantauan Lokasi dan Pemantauan Program.
Pemantauan Lokasi menjurus kepada pemantauan terhadap fizikal dan perkara-perkara yng menyokong pembangunan fizikal tersebut. Antara pemantauan fizikal yang wujud dalam sektor ini ialah pemantauan sekolah atau pengurusan sekolah, pemantauan pusat aktiviti dan pemantauan prasarana.
Pemantauan Program pula dilaksanakan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan benar-benar mematuhi keperluan dan garis panduan serta memberi impak terutamanya terhadap murid demi menyokong prinsip pendidikan holistik.
MEMPERKASA BIMBINGAN DAN SOKONGAN
PPD
Sektor Pembangunan Murid menyediakan garis panduan yang meliputi fokus utama, skop dan proses kerja yang berkaitan untuk pejabat Pendidikan Daerah melaksanakan fungsi dan peranan dalam melaksanakan bimbingan dan sokongan kepada sekolah dalam aspek pembangunan murid.
Bersesuaian dengan prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu DRONE, tentunya data-data yang diuruskan oleh sektor merupakan data yang relevan dan dapat digunakan dalam menyediakan inisiatif yang bertepatan dengan halatuju pendidikan negeri Johor.
Kejayaan memaksimunkan bimbingan dan sokongan terhadap PPD boleh mampu menzahirkan potensi mereka untuk menjadi pembimbing sekolah yang berkesan serta mampu membawa hala tuju pendidikan holistik ke landasan sebenar serta menepati keperluan aspirasi murid dan aspirasi pendidikan.
Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan rakan strategik Sektor Pembangunan Murid dan juga antara pemegang taruh dalam usaha mengoptimumkan potensi dan seterusnya memaksimumkan keberhasilan.
Kerjasama yang erat dalam aspek melaksanakan program yang meliputi keseluruhan aktiviti sama ada berkaitan hal ehwal murid mahupun kokurikulum dan sukan dengan tujuan agar dapat membantu sektor untuk lebih menampakkan impak kepada halatuju pendidikan negeri Johor.
RUMUSAN
Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan merupakan faktor utama bagi menghasilkan kemenjadian murid. Penentuan strategi dan aktiviti sokongan berlandaskan prinsip kerja DRONE oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, dilihat mampu mengawal kitaran penghasilan murid yang dikehendaki secara efektif seterusnya memacu halatuju pendidikan negeri Johor ke puncak kejayaan.
JALINAN KERJASAMA BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
47
SPI
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
48
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL
PENGENALAN
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor merupaka salah satu daripada 14 sektor dalam organisasi Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Ia terdiri daripada 9 orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan gred DG52/54, 2 orang Ketua Penolong Pengarah gred DG48/52 dan 6 orang Penolong Pengarah gred DG44/48 serta 3 orang pembantu tadbir. Sektor ini mengandungi 2 unit iaitu Unit Perancangan Dan Pembangunan Pendidikan Islam, dan Unit Pembangunan Adab Dan Nilai. Setiap unit diketuai oleh seorang KPP serta 3 orang PP. Di dalam merealisasikan semua fungsi sektor, setiap unit perlu memastikan bahawa tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan sentiasa mendokong hala tuju jabatan iaitu “Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan Potensi Dan Memaksimumkan Keberhasilan” serta memenuhi aspirasi dan prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor “DRONE” (Data Driven, Resilient, Outcome Oriented, Navigation dan Efficiency).
Unit Perancangan Dan Pembangunan Pendidikan Islam merupakan satu unit di bawah Sektor Pendidikan Islam. Ia mengandungi empat orang pegawai termasuk seorang Ketua Penolong Pengarah dan tiga orang Penolong Pengarah.
Terdapat enam peranan utama unit ini yang memberi penekanan terhadap Pengurusan Sekolah Agama serta Kurikulum Pendidikan Islam. Berikut merupakan bidang tugas dan peranan unit Perancangan Dan Pembangunan Pendidikan Islam:
UNIT PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM
49
1. PEMERKASAAN PENDIDIKAN ISLAM.
Kurikulum Pendidikan Islam merupakan teras utama kepada unit ini. Unit ini mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dalam memperkasakan Pendidikan Islam. Jika disebut Pendidikan Islam maka terdapat pelbagai kurikulum yang terdapat di dalamnya iaitu:
1. Pendidikan Islam Menengah
2. Pendidikan Islam Rendah
3. Elektif Pendidikan Islam – Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran
Dan As- Sunnah dan Tasawwur.
4. Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
5. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) atau TMUA
Unit ini berperanan dalam program-program penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mata pelajaran tersebut serta membuat penataran. Ia boleh berlaku secara pertemuan secara kursus , taklimat serta interaksi secara bersemuka seperti kunjung bantu. Selain itu unit ini juga memantau serta mengawal selia perjalanan kurikulum ini di setiap sekolah yang terdapat di bawahnya dengan kerjasama pihak nazir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.
50
Unit ini juga berperanan dalam mempertingkatkan pencapaian akademik dalam mata pelajaran di atas. Antara tugas yang dilakukan ialah menganalisis data peperiksaan SPM, STAM, STPM serta peperiksaan dalaman, post mortem, dialog prestasi mata pelajaran seterusnya mengadakan program-program intervensi dan kecemerlangan. Kesemua tugas ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah, daerah dan negeri dalam pemerkasaan Pendidikan Islam. Ia bertepatan dengan hala tuju Jabatan Pendidikan Negeri Johor “Mengoptimumkan Potensi Dan Memaksimumkan Keberhasilan”.
2. PEMERKASAAN PROGRAM jQAF
Program jQAF telah di perkenalkan pada tahun 2005 di semua sekolah rendah secara berperingkat. Terdapat pelbagai objektif pelaksanaan antaranya membantu murid-murid dalam penguasaan Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Program ini dibantu dengan pewujudan guru-guru jQAF yang telah dilatih bagi sesi pembelajaran secara kolaboratif.
Unit ini diamanahkan untuk menyuburkan semula program jQAF ini seterusnya memastikan jQAF dapat diperkasakan. Bagi menyokong 6 prinsip kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor, unit ini sentiasa melaksanakan tugas menganalis data-data pelaporan, mengadakan pemantauan ke sekolah-sekolah rendah secara berfokus, mengadakan coaching and mentoring kepada pemimpin-pemimpin sekolah, merancang program-program intervensi dan lain-lain. Ia penting bagi memastikan keberhasilan murid dapat dimaksimumkan
Unit ini juga akan mengadakan jaringan dengan pihak Jabatan Agama Islam Johor dalam memastikan Kurikulum Sekolah Agama Kerajaan Johor dapat membantu pelajar-pelajar dalam penguasaan al-Quran khasnya dan program-program ibadah yang lain.
3. PEMERKASAAN KELAS ALIRAN
AGAMA
Kelas Aliran Agama merupakan antara aliran pilihan yang diwujudkan beserta waran perjawatan di sekolah menengah harian. Bahasa Arab merupakan mata pelajaran tambahan yang diajar kepada pelajar- pelajar yang mengikuti aliran ini di peringkat menengah rendah. Manakala di peringkat menengah atas, mata pelajaran Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah merupakan mata pelajaran yang perlu diambil selain Bahasa Arab.
Peranan yang dilaksanakan oleh unit ini dalam pemerkasaan KAA ialah memastikan Kelas Aliran Agama ini mendapat permintaan daripada pelajar dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Antara tugas yang dilaksanakan ialah penilaian terhadap Anggaran Belanja Mengurus (ABM) kelas bagi memastikan kelas aliran tersebut mendapat permintaan yang tinggi. Jika enrolmen pelajar berada ditahap yang rendah, maka unit ini akan menasihati Pejabat Pendidikan Daerah untuk melaksanakan program-program bagi menarik minat pelajar belajar di situ. Ini bertujuan agar kelas tersebut dapat beroperasi secara optimum.
51
4. PENGURUSAN SMKA DAN SABK
Terdapat 33 buah sekolah SMKA dan SABK di negeri Johor. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah agama yang diletakkan di bawah tanggungjawab Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam dalam aspek pengurusan. Antara perkara yang menjadi perhatian dan tanggungjawab unit ini ialah:
1. Mengurus cadangan lantikan Barisan Hadapan – Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran.
2. MenguruslatihanbagiBarisanHadapandanguru-gurudiSMKAdanSABK.
3. MenguruskenaikanpangkatBarisanHadapan.
4. Menguruspertukaranbarisanhadapan.
5. Mengurus hal-hal berkaitan cuti dan Permohonan Keluar Negara bagi Pengetua dan
Guru Besar.
6. MenguruskeperluanAnggotaKumpulanPelaksana.
7. MengurushalehwalberkaitanPenilaianBersepaduPegawaiPerkhidmatanPendidikan.
8. Menguruspelapisbarisanhadapan.
9. MenguruspendaftaranSABKbaharu.
10.Mengurus jalinan dan jaringan bersama pihak-pihak berkepentingan.
11.Mengurus mesyuarat antara JAINJ, MAINJ dan kerajaan negeri Johor.
12.Mengurus permohonan peruntukan daripada kerajaan Negeri bagi pembangunan
sekolah.
52
14. Memantau perjalanan kurikulum sekolah agama.
15. Mengurus program-program kecemerlangan sekolah agama. 16. Memantau kecemerlangan akademik dan peperiksaan
dalaman serta awam.
17. Mengurus perkara-perkara berkaitan peperiksaan awam
seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM.
18.Mengurus latihan dan kompetensi bagi guru-guru.
19. Bekerjasama dengan agensi luar dalam pembangunan
kompetensi guru
20.Bekerjasama dengan penyedia latihan seperti IAB, INTAN,
IPG dan lain-lain.
21.Mengurus peruntukan yang diturunkan kepada Lembaga
Pengelola sekolah.
22.Memantau penggunaan peruntukan khas.
23.Mengurus program-program berkaitan HEM termasuk asrama. 24.Mengawal selia dewan makan dan kantin sekolah. 25.Mengurus bantuan-bantuan kebajikan pelajar seperti KWAPM
dan lain-lain.
26.Mengurus serta mengawal selia peruntukan kepada sekolah-
sekolah agama lain seperti Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat dan
SAR-KAFA.
27.Mengurus hal-hal berkaitan kokurikulum.
13. Mengurus pakej mata pelajaran yang ditawarkan.
Kesemua tanggungjawab ini merupakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan satu daripada prinsip kerja Pengarah iaitu “efficiency” bagi memastikan bahawa sekolah-sekolah SMKA dan SABK dapat beroperasi dengan cemerlang .
5. PEMANTAUAN
Terdapat dua fokus pemantauan yang utama bagi unit Perancangan Dan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Islam iaitu Pemantauan jQAF dan Pemantauan Asrama.
Pegawai-pegawai unit ini akan bertindak memberi sokongan profesional kepada PPD dan sekolah agar pelaksanaan jQAF dapat dilaksana berpandukan navigasi yang betul . Ia dapat dilakukan melalui sesi-sesi pemantauan dan coaching and mentoring bertujuan memastikan perjalanan jQAF sentiasa menepati kehendak dan objektif yang telah digariskan oleh KPM. Setelah pemantauan sudah tentu pihak sekolah diharap dapat melaksanakan penambaikkan yang dicadangkan serta melaksanakan segala tanggungjawab mengikut arahan yang diberi.
Pemantauan asrama pula bertujuan memastikan semua asrama di SMKA dan SABK berada dalam kedaan yang kondusif. Pihak sekolah akan dibimbing bagi memastikan asrama sentiasa dalam keadaan yang baik, bersih dan dapat memberikan keselesaan kepada penghuni asrama. Asrama yang kondusif dapat memberikan kesan kepada peningkatan akademik penghuninya.
B. UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI
Unit Pembangunan Adab dan Nilai merupakan satu daripada dua unit terkandung dalam Sektor Pendidikan Islam. Unit ini secara umumnya merancang, menyelaras dan memantau program-program utama berkaitan Pendidikan Islam yang berkaitan dengan adab dan nilai di peringkat negeri Johor, yang dahulunya dikenali sebangai Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam. Di Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, terdapat 4 orang pegawai yang diberi amanah untuk melaksanakan tanggungjawab di bawah unit ini, iaitu seorang Ketua Penolong Pengarah dan 3 orang Penolong Pengarah. Dan 3 orang Penolong Pengarah ini dibahagikan kepada 3 tugasan utama, sepertimana yang ada di Pembangunan Program Adab dan Nilai, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Akidah dan Pemikiran, Kepimpinan Islam dan Akhlak dan Syiar Islam.
Ada 6 fokus utama Unit Pembangunan Adab dan Nilai yang disasarkan khususnya pada tahun 2020 ini, bagi memastikan ianya satu unit yang bergerak secara langsung dalam menjayakan hala tuju Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan berlandaskan Prinsip Kerja Pengarah iaitu Pendidikan Holistik: Mengoptimumkan Potensi Memaksimumkan Keberhasilan. 6 fokus utama tersebut ialah :
53
1. SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR):
Sahsiah Unggul Murid atau lebih dikenali sebagai SUMUR merupakan satu program yang telah dijalankan sejak beberapa tahun di negeri Johor ini, sebagai menyambut program yang dicetuskan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Bermula pelaksanaannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), kemudian diperluaskan ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan kemudiannya di beberapa sekolah harian biasa sebagai rintis, tahun 2020 ini pelaksanaan SUMUR diperluaskan ke semua Sekolah Menengah Harian Biasa. Bagi merealisasikan Prinsip Kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang ketiga iaitu Outcome Oriented, SUMUR ini bertujuan untuk menghasilkan murid-murid Johor mengamalkan cara hidup beragama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengamalan seharian.
Dan bagi memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan dan berimpak di negeri Johor, SUMUR-J telah dirancang untuk dilaksanakan mulai tahun 2020 dengan amalan dan pengahayatan yang lebih praktikal dan menyeluruh. SUMUR-J ini akan memberikan identiti tersendiri kepada murid-murid Negeri Johor dalam memastikan program dan aktiviti yang dilaksanakan di Negeri Johor ini berimpak.
2. PROGRAM BINA UPAYA GURU PENDIDIKAN ISLAM (PBUGPI) / TAFAQQUH FIDDIN:
Mula diperkenalkan dan dilaksanakan sejak tahun 2012, program ini menjadi satu ruang untuk Guru Pendidikan Islam (GPI) khususnya di negeri Johor ini diberikan input-input yang bermanfaat dan satu medan untuk menambah ilmu dan kemahiran mereka. Program ini dilaksanakan di peringkat negeri, daerah malah di sekolah- sekolah mengikut kesesuaian dalam memastikan kelima-lima Prinsip Kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor disambut dengan berkesan. Program ini dirancang dan dilaksana secara berkala dan fokus setiap kali dilaksanakan berpandukan data yang diperolehi berkaitan isu-isu melibatkan GPI negeri Johor bagi memastikan mereka berdaya tahan dalam menangani isu-isu pendidikan khususnya berkaitan Pendidikan Islam dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar ini. Program ini juga kadangkala berbentuk Coaching and Mentoring bagi memastikan GPI negeri Johor ini dipandu dengan kaedah dan kemahiran yang betul dalam ruang lingkup mereka. Perkongsian ilmu yang menjadi fokus utama pelaksanaan program ini diharapkan dalam menghasilkan kualiti yang baik dalam pendidikan negeri Johor. Program ini juga banyak melibatkan kerjasama dengan rakan-rakan strategik antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Agama Islam
Negeri Johor (JAINJ), Jabatan Mufti Johor, Johor Corporation, Bank Islam, Aman Palestine Berhad dan banyak lagi.
54
3. PEMANTAUAN DAKWAH:
Pemantauan Dakwah yang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Adab dan Nilai ini adalah bersifat kunjung bantu. Setiap pegawai di unit akan bergerak ke sekolah- sekolah tertentu dalam negeri Johor berdasarkan data yang diperolehi menerusi Unit Pendidikan Islam (UPI) di setiap daerah negeri Johor untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan berkaitan adab dan nilai di sekolah-sekolah negeri Johor berjalan lancar dan menghasilkan kualiti yang baik bagi iklim sekolah-sekolah tersebut. Setiap pegawai akan bergerak ke sekolah-sekolah tersebut, sekurang- kurang satu sekolah sebulan dengan menggunakan instrument yang telah diselaraskan di peringkat KPM. Dengan pemantauan yang berterusan ini,GPI negeri Johor dapat dipandu dengan betul dalam memastikan keberkesanan aktiviti yang dilasksanakan di sekolah bagi menghasilkan pencapaian yang cemerlang kepada sekolah dan seisi warganya.
4. ISU-ISU AKIDAH:
Ini antara cabaran besar dalam fokus Unit Pembangunan Adab dan Nilai ini. Namun begitu, cabaran ini perlu ditangani dengan baik agar dapat diselesaikan tanpa mengundang isu-isu berbangkit yang lebih besar. Sehubungan dengan itu, kesahihan data yang diperolehi sangat dititikberatkan, agar tindakan yang akan diambil bagi menangani isu-isu akidah ini dijalankan dengan betul. Kerjasama dan bantuan dari Jabatan Agama Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti Johor yang merupakan rakan strategik utama dalam fokus ini banyak membantu untuk menangani isu-isu akidah ini. Fokus kepada isu ini tidak hanya tertumpu kepada murid sahaja, malah melibatkan guru-guru dan warga sekolah seluruhnya.
5.PEMBANGUNAN BAKAT
MURID/PERTANDINGAN:
Antara fokus yang berteraskan Outcome Oriented, beberapa program bersifat pertandingan telah dirancang dan ditakwimkan agar murid-murid negeri Johor menghasilkan pencapaian yang cemerlang menerusi bakat-bakat yang mereka miliki sehingga ke peringkat tertinggi. Pertandingan-pertandingan yang dirancang ini merangkumi penguasaan murid menerusi Al Quran, Bahasa Arab, kandungan sukatan pelajaran berkaitan Pendidikan Islam Teras dan Elektif, Kesenian Islam, Kepemimpinan dan Ketokohan, Pengucapan Awam dan banyak lagi. Antara pertandingan yang menyerlahkan bakat murid ini ialah Mahrajan Al Quran Sekolah-Sekolah (MQSS), Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah- Sekolah (NKISS), Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah (FKISS), Mahrajan Lughawi Wa Qurani Sekolah-Sekolah (MALQUSS), Sayembara Penulisan Berteraskan Nilai dan Karnival Fitrah Orang Asli. Ini membuktikan bahawa, peluang murid untuk diasah dan menyerlangkan bakat dilaksanakan secara menyeluruh,bukan sahaja melibatkan murid-murid biasa di sekolah-sekolah rendah dan menengah, bahkan melibatkan sama murid-murid asli di negeri Johor. Malah bakat dan pencapaian murid orang asli (MOA) negeri Johor sangat cemerlang di peringkat kebangsaan dan telah muncul johan keseluruhan sebanyak 3 kali berturut-turut. Ini semua hanya dapat dihasilkan apabila semua yang terlibat melaksanakan apa yang dirancang ini dengan mengamalkan
prinsip-prisip kerja yang diterapkan dan dibudayakan dalam pelaksanaan
setiap program.
55
6. PEMERKASAAN PEKDIS:
Tidak hanya tertumpu kepada murid, Unit Pembangunan Adab dan Nilai juga memberi tumpuan kepada pembangunan GPI, menerusi pelbagai medan dan ruang. Melalui Pertubuhan Kegiatan Dakwah Sekolah-Sekolah (PEKDIS) Cawangan Johor dalam menggerakkan beberapa aktiviti dan program, GPI negeri Johor dapat mengembangkan bakat dan kemahiran serta menyumbang manfaat kepada bukan hanya warga sekolah, malahan masyarakat sekitar. Dengan jumlah keahlian yang sudah melebihi 90%, diharapkan ianya akan terus bertambah dan mencapai 100%. Pemerkasaan PEKDIS ini tidak hanya tertumpu kepada pertambahan jumlah keahlian sahaja, bahkan memberi tumpuan kepada keberkesana program dan aktiviti yang diatur agar impak positif yang terhasil memberi manfaat yang menyeluruh. Beberapa siri program Multaqa GPI diatur untuk perkongsian dan pertambahan ilmu di kalangan GPI selain program-program berbentuk bantuan-bantuan kemanusiaan yang melibatkan komuniti antarabangsa, antaranya Misi Korban, Akikah dan Bantuan Pendidikan Kemboja dan Vietnam yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010 dengan kerjasama Yayasan Ar Rahmah, Kemboja, serta Misi Bantuan Kemanusiaan Syria dengan kerjasama Aman Palestine Berhad. Program berbentuk bantuan-bantuan kemanusiaan ini juga akan diperkembangkan dengan bantuan kepada mangsa bencana alam dan juga bantuan persekolahan mengikut keperluan semasa. Kesemua aktiviti ini dijalankan berpandukan data semasa yang diperolehi dalam memastikan ianya dilaksanakan dan diagihkan dengan betul dan lancar. Secara tidak langsung menerusi misi-misi bantuan yang diatur ini, dapat mencetuskan daya tahan yang tinggi kepada GPI dalam mendepani zaman yang penuh mencabar ini. Selain itu, menerusi pemerkasaan PEKDIS ini juga, bakat GPI khususnya dalam bidang sukan dapat ditonjolkan. Menerusi Karnival Sukan GPI (KSGPI), para GPI dapat menunjukkan bakat dan kemahiran meraka dalam bidang sukan, seterusnya menolak tanggapan bahawa guru-guru Pendidikan Islam pasif dan tidak aktif dalam bidang ini. Buktinya, setelah 6 tahun diperkenalkan, negeri Johor telah muncul Juara Keseluruhan dalam KSGPI Kali ke-6 Tahun 2019 yang berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keterlibatan GPI negeri Johor juga ditonjolkan lagi dengan penglibatan mereka di peringkat antarabangsa dengan menyertai Seminar Antarabangsa Dakwah dan Akidah (SENADA), serta penglibatan dalam bidang penulisan menerusi Sayembara Penulisan Berteraskan Nilai Peringkat Kebangsaan. Dan untuk mengangkat dan memartabatkan keberhasilan serta pencapaian Guru Pendidikan Islam negeri Johor, beberapa nama calon GPI dihantar ke KPM sebagai wakil negeri Johor untuk dinobatkan dan Majlis Aresiasi Dakwah (MARWAH) Peringkat Kebangsaan. Antara kategori yang dicadangkan adalah seperti berikut:
56
i. Ikon MARWAH
ii. Inspirasi Marwah Anugerah Kepimpinan
iii. Inspirasi Marwah Anugerah Informatif
iv. Inspirasi Marwah Anugerah Responsif
v. Aspirasi Marwah Anugerah Tinta Emas
vi. Aspirasi Marwah Anugerah Orator
vii. Aspirasi Marwah Anugerah Kreatif
viii. Aspirasi Marwah Anugerah Inovatif
ix. Intensi Marwah Anugerah Pengurusan Terbilang
x. Intensi Marwah Anugerah Kejurulatihan dan Kehakiman
xi. Anugerah Khas (Jurulatih Dakwah Kebangsaan)
RUMUSAN :
Dengan 5 fokus utama Unit Perancangan Dan Pembangunan Pendidikan Islam dan 6 fokus utama yang disasarkan Unit Pembangunan Adab dan Nilai ini, diharapkan dapat menterjemahkan Hala Tuju Pendidikan Negeri Johor yang berpaksikan “Pendidikan Holistik ; Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan” serta dapat menyambut dan merealisasikan Prinsip Kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang memfokuskan kepada 5 elemen utama iaitu DRONE (Data Driven, Resilient, Outcome Oriented, Navigation dan Efficiency) seterusnya membantu memacu pendidikan negeri Johor ke mercu kejayaan dan kegemilangan.
57
SPK
SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
58
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL
PERANAN SEKTOR PENDIDIKAN KHAS (SPK)
Sektor Pendidikan Khas telah melakarkan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas atau Pelan Strategik bagi tempoh 3 tahun (2020 – 2022) dalam memenuhi aspirasi Melangkah Ke Hadapan dan Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Pelan Strategik ini menekankan Pembelajaran Berorientasikan Pertumbuhan atau Pengembangan (Growth Oriented) yang sememangnya adalah keutamaan bagi menyantuni Murid Berkeperluan Khas (MBK). Kebanyakan umur hayat dan umur akal MBK adalah tidak sama. Kebarangkalian seorang MBK yang umur hayatnya 12 tahun tetapi umur akal dan kemampuannya seperti murid berumur 6 tahun.
Inisiatif #34 iaitu Peningkatan Akses dan Kualiti Pendidikan Murid Berkeperluan Khas dalam Anjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dipertanggungjawabkan kepada Sektor Pendidikan Khas. Bagi tujuan itu, Dasar Penolakan Sifar (Zero Reject Policy) dan Dasar Pendidikan Inklusif diperkukuhkan. Menggunakan dasar-dasar ini sebagai Garis Panduan umum dalam pengurusan program dan aktiviti, Sektor Pendidikan Khas telah merumuskan 5 Teras Strategik, 12 Strategi dan 31 inisiatif bagi tujuan jangka pendek dan jangka panjang dalam Pelan Strategik.
Teras Strategik 1 berusaha memantapkan pemimpin sekolah dengan pengetahuan dan kemahiran pendidikan khas. Dengan ilmu dan kemahiran asas ini, pemimpin boleh mengurus sekolah dengan menentukan apa yang hendak mereka sasarkan dan bekerja ke arah mencapai sasaran itu. Konsep bottom-up dalam pengurusan ini memberi autonomi kepada sekolah melaksanakan intervensi dan apa yang difikirkan munasabah berdasarkan budaya dan cara kerja.
Dalam usaha mengoptimumkan potensi anak-anak MBK, kita berusaha menggembeleng segala sumber yang ada dalam memberi peluang kepada MBK memperagakan bakat dan kebolehan mereka dalam suasana pembelajaran yag kondusif dan mesra OKU. Kita mahu MBK menyedari potensi diri, dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat . Di samping itu, pemupukan nilai, akhlak dan adab tidak akan bermain di bibir sahaja tetapi dipraktikkan dalam segala ruang pembelajaran seperti menjaga kebersihan, hormat-menghormati dan tolong- menolong antara satu sama lain.
Pemantapan sumber manusia dalam Teras Strategik 1 turut menekankan kepada peranan guru. Tenaga Pengajar Pendidikan Khas perlu mempunyai daya tahan, semangat juang yang luhur dan kesabaran yang tinggi bagi menangani dan membangun potensi MBK . Ditambah pula dengan tuntutan Era Digital dan IR 4.0, guru perlu kreatif dalam pemilihan kaedah pedagogi bersesuaian dengan kemampuan murid dan kehendak terkini. Sektor Pendidikan Khas merancang pelbagai latihan bagi mencakupi semua kategori MBK agar mereka menerima akses pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka.
59
Teras Strategik 2
Pemantapan PdP,
Pengembangan Potensi dalam semua aspek. Pengembangan potensi MBK bukan sahaja terikat dalam aspek kurikulum iaitu akademik dan kemahiran di bilik darjah, di sekitar sekolah dan di luar sekolah, tetapi juga dalam bidang kokurikulum seperti olahraga dan sukan, kesenian dan tilawah quran, hafazan dan nasyid.
Dalam bidang akademik, guru pendidikan khas dilatih untuk memahami konsep unpack the Curriculum bagi menyesuaikan kurikulum sedia ada berdasarkan kekuatan murid. Penyesuaian ini yang disebut sebagai Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dibuat bersama ibu bapa bagi mencungkil potensi dan memandu MBK ke tahap optimum. Kepada MBK yang memerlukan sokongan minimum, guru bertindak untuk membantu mereka ditempatkan dalam Program Pendidikan Inklusif di mana mereka akan berada
bersama murid lain di aliran perdana.
60
Bidang kemahiran adalah penting kepada kehidupan berdikari dan bermakna kepada MBK. Sektor Pendidikan Khas merancang memberi latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada semua guru pendidikan khas secara berperingkat. Ini melayakkan guru untuk mendapat petauliahan mengajar SKM Penuh atau SKM berbentuk modular kepada MBK. Hasilnya murid mendapat sijil kemahiran yang diiktiraf apabila mereka tamat sekolah. Di samping itu, Sektor Pendidikan Khas juga merancang untuk menjadikan satu sekolah di setiap daerah sebagai Pusat Pertauliahan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah-sekolah lain di daerah boleh menjadikan sekolah ini sebagai penanda aras di daerah masing-masing.
Bagi peningkatan pembangunan profesionalisme, program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai satu mekanisma digunakan dalam siri latihan pembangunan kapasiti guru. Guru boleh mempelajari sesuatu secara lebih
bermakna dalam sessi perkongsian dan kolaboratif bersama rakan guru dari sekolah sendiri mahupun dari sekolah lain selain dari kepakaran luar yang diundang untuk memberi tunjukajar.
Teras Strategik 3 menfokuskan kepada penambaikan aksesibiliti dan mobiliti. Selaras dengan 12 inisiatif untuk sekolah yang bermula pada 2019, inisiatif ke 10 iaitu Ke Arah menjadikan sektor pendidikan ‘OKU friendly’, urusan ubahsuai naiktaraf kelas-kelas pendidikan khas diteruskan bagi memberi keselesaan kepada MBK. Sebanyak 4.2 juta telah diperuntukkan kepada 81 buah sekolah bagi tahun 2019 untuk membaiki tandas ke arah Mesra OKU, susur landai, susur tangan, parkir OKU, lantai berjubin dan grill. Usaha ini diteruskan bagi tahun 2020 dan sehingga semua Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di seluruh Johor mempunyai prasarana mesra OKU yang sesuai dan bilik darjah yang kondusif. Untuk jangka panjang, Sektor Pendidikan Khas merancang hanya maksimum 50 MBK bagi setiap PPKI dengan 8 buah kelas. Bagi setiap 2 sekolah mempunyai 1 PPKI bagi tujuan aksesibiliti dan mobility.
menfokuskan kepada Ko-Kurikulum dan
Sektor Pendidikan Khas juga merancang untuk melengkapkan PPKI secara berperingkat dengan bilik bengkel dan peralatan untuk mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah. Pembekalan perabot Mesra OKU dan pembekalan Bahan Pembelajaran dan Peralatan Khas kepada MBK juga diteruskan kepada MBK masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Bahan-bahan pembelajaran lain bagi meransang sensori MBK kategori lain juga diperlukan seperti alatan permainan selain dari bilik sensori dan bilik terapi lainnya.
Teras Strategik 4 menfokuskan kepada Penambahbaikan Sistem Sokongan. Bagi membangunkan potensi MBK, usaha menyeluruh semua pihak : pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan lain, agensi swasta dan NGO perlu digembeling dan dioptimumkan. Kerjasama silang antara semua pihak ini dapat membantu MBK untuk berdikari dan menyesuaikan diri dalam masyarakat. Ibubapa yang berkelayakan dan difikirkan sesuai bagi membantu MBK boleh terlibat dalam Program Sukarelawan dalam kelas (SDK).
Pelbagai strategi dan inisiatif telah dirancang untuk membantu PPKI dan MBK bagi Teras Strategik 4. Bagi memantapkan Pengesanan Perkhidmatan Sokongan dan Intervensi, 3 inisiatif diperkenalkan. Dengan keberadaan Pegawai Bidang Khusus Terapi CaraKerja dan Terapi Pertuturan di bawah kawalan JPN, akan memudahkan perancangan bagi pelaksanaan Program Saringan Perkembangan Kanak-kanak. Inisiatif ini akan bermula di peringkat prasekolah lagi. Inisiatif ini akan memperluaskan peluang kemasukan MBK ke Prasekolah. Sektor Pendidikan Khas juga merancang MBK Disleksia ditempatkan secara Inklusif. Bagi tujuan ini, satu perkiraan nisbah guru-murid PPKI perlu dikira semula agar guru tidak terbeban dengan bilangan murid yang ramai dengan pendekatan pedagogi yang berbeza.
Bagi Strategi 2 dalam Teras 4 untuk memperluaskan Peluang dalam Aliran Kemahiran/Vokasional, satu inisiatif bagi mewujudkan pengiktirafan khusus bagi MBK dalam pelbagai bidang kemahiran akan diusahakan. Begitu juga dalam Strategi Meningkatkan Hubungan dalam Pembangunan Industri/Peluang Pekerjaan dan Latihan. Sektor Pendidikan Khas akan terus menjalin Perkongsian Pintar bersama sektor awam dan swasta dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Bagi Strategi Memantapkan Kesedaran Warga Institusi, Masyarakat dan Pihak Korporat, Sektor Pendidikan Khas merancang untuk melaksanakan program peningkatan kesedaran berkaitan OKU di pelbagai peringkat.
61
Teras Strategik 5 adalah mengenai Penambahbaikan Pengurusan Data yang merupakan tunjang kepada segala penyelesaian masalah pendidikan dan menjadi asas kepada kewujudan sesuatu pelaksanaan program. Sektor Pendidikan Khas mengambil inisiatif untuk memantapkan pengurusan Pengkalan Data Raya (Big Data) berkaitan Pendidikan Khas.
Segala Strategi dan Inisiatif yang dilakar akan dicerakinkan ke dalam Pelan Taktikal dan Pelan Operasi bagi tempoh 3 tahun. Program-program jangka pendek dan jangka panjang dirancang bagi mengoptimumkan potensi MBK agar keberhasilan dapat dilihat dan diukur akhirnya dalam Pendidikan Holistik kita.
62
SSTP
SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
63
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL
PENGENALAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Sehubungan itu, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) yang dahulu dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) menjadi satu entiti baru Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor di bawah Anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 bertanggungjawab memacu peningkatan sistem terutamanya melibatkan perancangan dan pelaksanaan bimbingan terhadap bahan, aplikasi dan sumber pendidikan berpaksikan teknologi masa kini sesuai dengan kepesatan kemajuan perkakasan, bahan bantu mengajar serta kemahiran teknologi instruksional Pendidikan Abad ke 21 (PAK21).
LATAR BELAKANG SSTP
Secara amnya, teknologi pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang dipraktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai.[1] Suatu masa dahulu, konsep penubuhan SSTP berfokus kepada pendemokrasian pendidikan yang mana memberi peluang pendidikan bermutu dinikmati oleh segenap lapisan demografi masyarakat terutama di luar bandar. Untuk konteks ini, pendemokrasian pendidikan dapat dicapai apabila sekolah-sekolah menikmati akses meningkatkan mutu PdP di samping peluang yang setara tanpa jurang perbezaan pendidikan.
Pada hari ini, fungsi SSTP setelah pelaksanaan Penstrukturan Baharu KPM bertanggungjawab terhadap empat (4) fungsi teras iaitu Aplikasi Media Pendidikan, Integrasi Teknologi Pendidikan, Latihan dan Kompetensi serta Sumber Pendidikan seperti Rajah 1.
64
PRINSIP KERJA PENGARAH - D.R.O.N.E
Berpandukan kepada asas gerak kerja Pendidikan Johor digabungkan bersama dengan Strategi Pendidikan Digital 2020 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), langkah SSTP, JPN Johor disusun berlandaskan Data Driven, Resilient, Outcome-oriented, Navigation dan Efficiency. Setiap langkah dihuraikan seperti berikut :
(i) Berasaskan Data (Data Driven)
Mengambil kira Model Kitaran Deming iaitu Plan, Do, Check dan Act (PDCA) sebagai wadah kitaran pengurusan pendidikan SSTP, penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS) dan Index Quality Pusat Sumber Sekolah (IQ-PSS) menjadi indikator utama proses pembudayaan teknologi pendidikan berlangsung di sekolah-sekolah KPM ke arah Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid. Penanda aras SSQS dan IQ-PSS melibatkan lima (5) kluster utama penarafan iaitu Pembangunan Profesionalisme, Kepimpinan Berwawasan, Keupayaan Persekitaran, Kerangka Kurikulum dan Penilaian serta Pembelajaran Berasaskan Murid.
(ii) Daya Tahan (Resilient)
Naratif Baharu Amalan Pendidikan mengubah cara bekerja dan berfikir untuk perancangan dan pelaksanaan berasaskan Bottom-Up.
65
Sehubungan itu, Anjakan ke 9 PPPM 2013-2025 menggalakkan ibubapa, komuniti dan sektor swasta turut serta secara langsung dalam pendidikan di Malaysia. Daya tahan terhadap Program Usahasama bersama agensi kerajaan, Perkongsian Pintar dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan serta meluaskan Rakan Sinergi membuka lebih banyak peluang sumber teknologi pendidikan secara meluas sehingga penglibatan ke peringkat antarabangsa. Inovasi sumber dan teknologi pendidikan menjadi produk utama kualiti warga pendidikan dan kemenjadian murid.
(iii) Berorientasikan Keberhasilan (Outcome-oriented)
Proses bimbingan pembudayaan sumber dan teknologi pendidikan di samping penghasilan inovasi serta peningkatan kemahiran instruksional memberikan impak yang sangat besar kepada sekolah-sekolah KPM dalam proses penarafan kendiri SSQS dan IQ-PSS. Bagi kemenjadian murid, pencapaian Digital Competency Score (DCS) menunjukkan peningkatan bilangan murid khususnya di negeri Johor mencapai tahap tertinggi keupayaan kognitif, kewarganegaraan digital dan penerapan nilai sahsiah. Keberhasilan guru dibuktikan melalui pensijilan digital yang diterima hasil dari pembelajaran kendiri untuk meningkatkan kompetensi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di samping meluaskan kemahiran tersebut kepada rakan-rakan guru yang lain.
(iv) Hala Tuju (Navigation)
Dengan kemahiran dan pengalaman mengendalikan khidmat bimbingan, SSTP mensasarkan peningkatan pencapaian akademik menerusi proses PdP yang selari dengan perkembangan teknologi di samping kepelbagaian aktiviti ko-kurikulum yang mampu diupayakan menerusi TMK serta peningkatan sahsiah dan kesedaran murid terhadap kewarganegaraan digital di alam siber. Hala tuju ini disokong oleh sumber manusia sama ada warga pendidik, murid dan ibubapa yang mengamalkan prinsip 2K2P iaitu Kepakaran, Komunikasi, Pengetahuan dan Potensi. Navigasi yang jelas berupaya membina metafora pendidikan yang kondusif untuk menyokong pelaksanaan PAK21 di sekolah.
(v) Kecekapan (Efficiency)
Lima (5) bidang utama keperluan kecekapan disenaraikan sebagai keutamaan mendukung empat (4) fungsi SSTP iaitu Jaringan dan Jalinan, Struktur Entiti dan Kumpulan Sokongan, Dasar dan Kualiti, Pentadbiran Cekap serta Perubahan Minda. Kesemua bidang keperluan kecekapan ini mampu merealisasikan harapan dan impian Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan. Gerak kerja khidmat bimbingan dan kepakaran sumber dan teknologi pendidikan berupaya meningkatkan produktiviti keberhasilan sumber manusia sama ada dalam kalangan guru dan murid selaras dengan Strategi Pendidikan Digital 2020 - 2025 yang mana produk sumber manusia terdidik hari ini mampu menyokong Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) di samping mengekalkan keharmonian sosial.
66
KESIMPULAN
Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan adalah suatu usaha berterusan bagi warga pendidikan negeri Johor ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Matlamat Pembangunan Kelestarian (Sustainable Development Goals) yang dipersetujui oleh semua negara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti telah berjaya dilaksanakan khususnya di negeri Johor. Sebagai ejen Pendidikan Holistik yang sedang memacu sistem pendidikan pada Gelombang Kedua PPPM 2013 - 2025, SSTP komited dan bertekad untuk memberikan khidmat bantu dan bimbingan kepada semua 100% sekolah-sekolah di negeri Johor.
Penanda aras terhadap semua sekolah mampu menghasilkan inovasi sumber dan teknologi pendidikan bagi tujuan PdP dengan bimbingan boleh menghasilkan impak yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran sosial secara bersama. Melalui gerak kerja SSTP JPN Johor, martabat guru diangkat sebaris selebriti
antarabangsa dengan penetapan sasaran pensijilan pembangunan profesional terhadap aplikasi dan media pendidikan. Proses kelestarian Sekolah Bestari bagi mendidik jiwa dan minda ditambah baik dari semasa ke semasa bersesuaian dengan kepesatan teknologi masa kini. Sokongan IR 4.0 memastikan Malaysia kekal berada di landasan negara maju penghasilan produk harta intelek yang mampu menjana pendapatan berasaskan ekonomi berpengetahuan (k-economy).
67
SPP
SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
68
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL
Semua entiti pendidikan yang bernaung di bawah kepimpinan Pengarah Pendidikan Negeri Johor seharusnya memainkan peranan mengikut fungsi tugas masing-masing dalam menjayakan hala tuju pembangunan pendidikan yang memerlukan perubahan minda dan cara kerja yang lebih pantas dan cekap. Amalan-amalan lapuk yang telah menjadi kebiasaan perlu diganti dengan usaha-usaha yang lebih proaktif, sesuai dengan perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan yang sentiasa dinamik.
Pentaksiran boleh ditakrifkan sebagai proses mengumpul dan mentafsir maklumat atau memberi nilai kepada maklumat tersebut dan seterusnya membuat keputusan berdasarkan kepada interpretasi yang dibuat ke atas maklumat tersebut. Pentaksiran merupakan gabungan penilaian dan pengukuran. Penilaian adalah proses mendapatkan maklumat secara sistematik tentang sesuatu dan memberi nilai kepada maklumat tersebut. Pengukuran dan pengujian tergolong dalam kaedah-kaedah bagaimana sesuatu penilaian itu dibuat. Pengukuran bersifat kuantitatif yang boleh dijalankan dengan atau tanpa menggunakan instrumen (alat pengukuran). Hasil akhir suatu pengukuran ialah maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah, peratus, persentil, agregat, pangkat atau band.
Contoh-contoh pengukuran yang dibuat dengan menggunakan instrumen ialah peperiksaan, ujian, kuiz, soal selidik dan senarai semak. Hasil yang diperolehi melalui pengukuran jenis ini lebih dipercayai kerana menggunakan instrumen dan kaedah yang telah dipiawaikan. Pengukuran yang dibuat tanpa menggunakan instrumen mungkin berbentuk anggaran, tafsiran, taakulan atau pemerhatian. Pengukuran jenis ini kurang tepat dan kurang dipercayai kerana hasilnya sering berubah-ubah dan dipengaruhi oleh terlalu banyak faktor dan ralat. Berat badan seorang pelajar yang dianggarkan tanpa menggunakan penimbang sudah tentu akan berbeza-baza mengikut siapa yang membuat anggaran tersebut. Gred C yang diberikan oleh seorang guru Bahasa Inggeris melalui pemerhatian semata-mata kepada karya seni yang dihasilkan oleh seorang pelajar sudah tentu sangat boleh diragui.
69
Kaitan atau perbezaan antara penilaian, pengukuran dan pengujin lebih mudah difahami melalui contoh-contoh berikut :
PENGUJIAN
PENGUKURAN
PENILAIAN
Ashraff menduduki peperiksaan bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Ashraff memperolehi markah 91 dan diberikan gred A
CEMERLANG
Ariff menduduki ujian MUET bagi kemasukan ke IPTA
Ariff mendapat skor 222 dan diberikan Band 5
PROFICIENT USER (LAYAK KE IPTA)
Siti menjalani ujian mata di Klinik Kesihatan
Siti diberikan skor 55/60
PENGLIHATAN NORMAL
Romly menghadiri temuduga bagi jawatan Pembantu Sambilan Harian
Romly hanya dapat memberikan jawapan yang tepat kepada 2 daripada 10 soalan yang dikemukakan
GAGAL SESI TEMUDUGA
Dokumen tuntutan seorang Pengawas Peperiksaan SPM disemak di SPP
3 item dalam senarai semak tidak disertakan
DOKUMEN TIDAK LENGKAP
70
FUNGSI DAN PERANAN SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN (SPP)
Rajah di atas secara ringkas memaparkan enam fungsi SPP dalam penstrukturan baharu yang dilaksana sejak Jun 2019. Fungsi-fungsi ini amat bersesuaian dengan SPP yang merupakan sektor yang merancang, mengurus dan mengendalikan pelbagai bentuk pentaksiran serta melaporkan hasil dapatan penilaian yang telah dijalankan. Analisis dan laporan yang dijana pula akan menjadi modal kepada sektor-sektor lain yang berkepentingan bagi penambahbaikan kaedah urus-tadbir dan menjalankan program- program intervensi yang akan meningkatkan lagi tahap kemenjadian murid dari segi pencapaian akademik.
Fungsi pertama membolehkan SPP merangka dan melaksana pelan tindakan yang
terperinci bagi mengurus dan mengendalikan setiap bentuk pentaksiran yang
dipertanggungjawabkan. Pelan tindakan ini akan menjadi panduan dan penunjuk arah,
bukan sahaja kepada Pegawai Meja Pentaksiran tersebut di SPP malah kepada kumpulan
Pegawai Pentaksiran dan Peperiksaan di peringkat Pejabat - pejabat Pendidikan Daerah
dan petugas-petugas pentaksiran, khasnya Penyelia-penyelia Kawasan yang menguruskan bilik-bilik kebal dan kertas soalan serta Ketua-ketua Pengawas yang mengendalikan peperiksaan di pusat-pusat peperiksaan. Apabila digabungkan dengan mesyuarat pengurusan, taklimat keselamatan dan pengendalian pentaksiran, pemantauan pengendalian pentaksiran, kunjung bantu dan bimbingan yang diberikan kepada petugas-petugas pentaksiran, maka fungsi ini akan selari dengan Prinsip Kerja Pengarah (PKP) yang keempat iaitu Navigation.
Antara fungsi SPP yang paling mencabar adalah fungsi yang kedua iaitu penerimaan, penyerahan, penyimpanan dan pengumpulan Kertas Peperiksaan yang wajib mematuhi semua Standard Operational Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh dua badan induk yang mengelola pentaksiran di peringkat kebangsaan iaitu Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
71
Cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam menjalankan operasi-operasi penerimaan dan pengedaran kertas peperiksaan dapat ditempuhi dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Selain dari itu, pihak Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam juga sentiasa bersedia untuk membantu bagi kes-kes kritikal yang melibatkan kertas peperiksaan. Pengendalian pentaksiran bagi calon-calon di Hospital, Penjara/Pusat Tahanan dan Pusat-pusat Kebajikan juga dapat dilaksana dengan bantuan Pejabat Kesihatan, Jabatan Penjara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan tenaga dan khidmat nasihat yang diberikan oleh pihak dari luar dunia pendidikan ini memberikan daya tahan (Resilient) dan semangat yang tinggi bagi petugas-petugas pentaksiran menjalankan tugas dengan lebih cekap.
Urusan-urusan yang melibatkan bilik kebal seperti penyelenggaraan dan servis tombol pintu bilik kebal secara berkala akan membuahkan keberhasilan (Outcome Oriented) yang tinggi bagi aktiviti penyimpanan dan pengedaran kertas peperiksaan. Tugas penting ini akan menghalang masalah atau kecacatan yang mungkin akan menyebabkan kertas peperiksaan tidak sampai ke atas meja calon pada hari peperiksaan.
72
Melalui fungsi Pendaftaran, SPP dapat menyelaras, menyemak dan menentusah bilangan calon dan pusat peperiksaan, membina inden kertas soalan dan melantik petugas pentaksiran yang mencukupi. Semua tugas di atas adalah berasaskan data (Data Driven) yang diperolehi melalui proses pendaftaran yang dijalankan oleh Setiausaha-setiausaha Peperiksaan di sekolah. Data pendaftaran calon menjadi asas kepada jaminan SPP bahawa setiap calon yang berdaftar akan memperolehi kertas soalan yang betul pada hari peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Adalah tepat jika dibuat kesimpulan awal bahawa kerja-kerja berasaskan data akan memastikan kecekapan (Efficiency) dalam pengurusan pentaksiran.
Fungsi keempat merupakan core business bagi SPP. Kecekapan dalam mengendalikan pentaksiran dan peperiksaan bermula dari persiapan bahan/alat tulis, penyediaan bahan taklimat kepada petugas, pengendalian taklimat keselamatan dan pengendalian serta pemantauan ke pusat-pusat peperiksaan bagi memastikan semua SOP dipatuhi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh pegawai- pegawai di SPP dapat mengoptimumkan potensi yang ada pada sistem, prosedur dan petugas-petugas pentaksiran yang merupakan kumpulan guru yang berilmu dan berdedikasi. Keberhasilan dalam pengendalian pentaksiran dapat dimaksimumkan melalui pematuhan kepada arahan, panduan, latihan dan prosedur yang telah disusun rapi.
Semua pihak yang terlibat dengan pentaksiran, khasnya calon, ibu bapanya dan guru sudah pasti ternanti-nantikan keputusan hasil penilaian yang dibuat melalui pentaksiran. SPP bertanggungjawab bagi menganalisis data keputusan semua bentuk pentaksiran dan mengeluarkan laporan berkaitannya. Sistem Analisis Peperiksaan yang dibina dan diselenggara oleh SPP mampu memproses data keputusan pentaksiran dan menghasilkan laporan terperinci bagi pencapaian setiap mata pelajaran, calon dan sekolah sama ada di peringkat daerah atau negeri. Sebagai contoh, Sistem Analisis Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mampu mencetak laporan lengkap melebihi 8,000 halaman yang akan memberikan maklumat keseluruhan pencapaian calon.
Selain dari itu, Sistem Pelantikan Petugas Peperiksaan dan Sistem Tuntutan Elaun Petugas Peperiksaan yang dibangun dan digunakan oleh SPP juga dapat membekalkan data dan maklumat berkaitan bilangan guru yang terlibat sebagai petugas pentaksiran dan perbelanjaan bagi mengendalikan pentaksiran. Maklumat ini akan berubah semula menjadi data bagi membuat unjuran pelantikan petugas pentaksiran dan permohonan anggaran perbelanjaan pengurusan dan pengendalian pentaksiran bagi tahun-tahun berikutnya. Keputusan dan tindakan susulan yang dibuat berasaskan data dan maklumat ini juga dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan pentaksiran di masa hadapan.
Penjaminan Kualiti merupakan fungsi keenam bagi SPP. Melalui pemantauan penjaminan kualiti pentaksiran, skor yang diperolehi dalam sebarang bentuk pentaksiran dapat disahkan dan boleh dipercayai. Bagi komponen peperiksaan dan ujian bertulis, pemantauan dijalankan oleh pegawai-pegawai dari LP, MPM, JPNJ, SPP, PPD dan Penyelia-penyelia Kawasan yang mahir dan terlatih melalui taklimat-taklimat pengurusan dan pengendalian pentaksiran bagi memastikan semua prosedur pengendalian pentaksiran telah dipatuhi oleh Ketua-ketua Pengawas dan Pengawas. Bagi komponen pentaksiran yang lain (khasnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)), selain dari pegawai-pegawai dari agensi-agensi pusat, negeri dan daerah, pemantauan juga dijalankan oleh Pentadbir Sekolah, Jurulatih Utama, Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kawasan. Instrumen pemantauan yang digunakan adalah terperinci dan dapat menggambarkan secara keseluruhan bagaimana pentaksiran dilaksana di peringkat pusat peperiksaan dan sekolah.
73
PENUTUP
Berdasarkan kepada huraian fungsi-fungsi SPP di atas, adalah jelas bahawa kerja buat dan bidang tugas SPP mematuhi Prinsip Kerja Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Pelbagai potensi yang ada seperti sumber kewangan dari LP dan MPM, penggunaan teknologi maklumat, kemahiran dan kecekapan pegawai dan petugas pentaksiran serta kemantapan prosedur-prosedur pentaksiran dapat dioptimumkan bagi memaksimumkan keberhasilan yang menjadi matlamat utama dalam fungsi SPP iaitu pengendalian pentaksiran di bawah pentadbiran LP dan MPM yang cekap dan zero defect.
74
SPM ICT
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
75
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT
PRINSIP KERJA SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT
Data Driven Resilient
•
•
Data/Maklumat/laporan/statistik
• Interim internet
• Aset ICT
• Penggunaan rangkaian
• Ancaman siber
Bersifat terbuka dan positif di dalam berkomunikasi sewaktu berurusan dengan pemegang taruh mengikut dasar sedia ada.
Mengurangkan insiden-insiden keselamatan ICT
Meningkatkan tahap penyampaian secara interconnected dan interaktif antara pelanggan melalui media sosial
Menyediakan pelan tindakan bagi pengurusan rangkaian dan penyelenggaraan ICT
Memberikan bimbingan dan khidmat nasihat dari asepek pematuhan polisi keselamatan siber dan pelaksanaan ICT.
Memastikan penggunaan aplikasi, rangkaian dan peralatan ICT digunakan secara optimum
• Outcome •
Oriented Navigation
Efficiency
• •
•
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL
PENGENALAN
Sektor Pengurusan Maklumat (SPM) merupakan satu daripada empat belas sektor di Jabatan Pendidikan Negeri yang mendukung dasar dan polisi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai sektor yang menjurus kepada aspek teknikal, SPM turut serta berperanan di dalam memastikan semua aspirasi dan projek KPM/JPN dapat dilaksanakan dengan sempurna.
76
Data Driven / Berasaskan Data
Data merupakan input yang penting di dalam sesebuah organisasi bagi membantu pihak pengurusan membuat sesuatu keputusan. Setiap data yang diproses akan menghasilkan maklumat, statistik dan perangkaan yang menterjemahkan sesuatu trend seterusnya memberikan input yang berguna kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan. SPM terlibat secara langsung di dalam menjayakan Anjakan Ke-7 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Bagi tujuan tersebut data-data yang melibatkan penggunaan internet di JPN, PPD dan sekolah dikumpulkan untuk dianalisis untuk menghasilkan output yang dapat menilai keberkesanan penggunaan internet agar digunakan secara optimum. Begitu juga dengan data berkaitan perkakasan ICT yang perlu dianalisis untuk memastikan perkakasan ICT sentiasa berada di dalam keadaan yang optimum dan diselenggara mengikut jadual yang sepatutnya. Penggunaan ICT yang digunakan secara meluas memerlukan kepada aspek keselamatan untuk melindungi perkakasan ICT dan maklumat KPM daripada digodam dan diceroboh. Untuk itu, sistem keselamatan yang dapat memberikan statistik ancaman yang diterima digunakan untuk memastikan tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan bagi melindungi aset ICT KPM.
77
RESILIENT / DAYA TAHAN
Di dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi dengan tenang. Kesulitan dan kesukaran sewaktu berurusan dengan pemegang taruh perlu ditangani dengan bersifat terbuka dan positif di dalam berkomunikasi dengan mereka. Setiap arahan yang diterima dari KPM untuk disampaikan dan dilaksanakan di peringkat sekolah memerlukan kerjasama dengan pihak PPD. Setiap rintihan, kesulitan dan cabaran di peringkat PPD dan sekolah perlu dibincangkan di dalam memastikan arahan yang diteirma dapat dilaksanakan. Sifat terbuka dan positif akan menyemai suasana yang harmoni di dalam situasi tegang seterusnya membolehkan idea-idea penyelesaian dapat dibuat secara kolektif.
78
79
Outcome Oriented / Berorientasikan Keberhasilan
Setiap data dan maklumat yang diperolehi akan dapat membantu pihak pengurusan membuat keputusan serta menghasilkan Pelan Tindakan Pengurusan ICT. Pelan ini digunakan untuk memastikan penggunaan ICT dapat dimanfaatkan di setiap lapisan untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pembelajaran. Dari aspek keselamatan ICT, pelan ini akan mengurangkan insiden-insiden keselamatan ICT melalui tindakan pembaikan dan pencegahan setelah mengetahui root cause sesuatu isu.
Keberhasilan ini juga dapat dinilai melalui tahap kefahaman pemegang taruh terhadap penyampaian dasar-dasar KPM. Setiap dasar-dasar yang diterima dan difahami oleh pemegang taruh akan memudahkan sesuatu inisiatif KPM, JPN dan PPD untuk digerakkan. Bagi tujuan tersebut, kemudahan media sosial dimanfaatkan sepenuhnya agar penyampaian antara JPN dan pemegang taruh dapat dibuat secara interconnected dan interaktif. Pengurusan kandungan yang terkini di media sosial dan portal jabatan melalui gerak kerja yang tersusun dari semua sektor akan mewujudkan komunikasi berbentuk dua hala dengan pemegang taruh.
Navigation / Hala Tuju
Pelan sokongan yang berstruktur dan berterusan akan memastikan pendidikan negara bergerak mengikut acuan dan hala tuju yang dirancang. Dari aspek ICT, SPM akan memberikan bimbingan dan khidmat nasihat dalam pelaksanaan ICT dan pematuhan polisi keselamatan siber.
Perancangan perolehan ICT akan dinilai dari aspek teknikal untuk memastikan aset ICT tersebut dapat digunakan bagi tempoh jangka masa panjang dan memenuhi keperluan warga pendidikan. Pematuhan polisi keselamatan siber Pula akan menjamin pelaksanaan ICT di dalam persekitaran yang selamat.
Efficiency / Kecekapan
Penstrukturan baharu merupakan cabaran kepada setiap sektor untuk memberikan hasil kerja yang sama dengan sumber manusia yang berkurang. Cabaran ini mewujudkan kepada pengurusan kerja bersifat automasi seiring dengan Revolusi industri 4.0. Bagi tujuan tersebut, setiap penggunaan aplikasi, rangkaian dan peralatan ICT perlu digunakan secara optimum. Infrastuktur ICT yang ada akan dimaksimakan penggunaannya di dalam memberikan impak
Yang besar dalam pengoperasian pendidikan Negeri Johor.
80
SSM
SEKTOR SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
81
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL
Dalam mendepani cabaran dan perubahan landskap pendidikan negara, kita tidak boleh terus berada dalam posisi yang selesa kerana perubahan kepada pelaksanaan kerja perlu dilakukan seiring dengan perubahan dan keperluan semasa. Bagi mencapai hasrat dan hala tuju pendidikan Pengarah Pendidikan Johor berdasarkan strategi Mengoptimumkan Potensi dan Memaksimumkan Keberhasilan, pengurusan sumber manusia perlu dipertingkatkan melalui keberkesanan pengurusan berkaitan perkhidmatan, latihan, urusan kenaikan pangkat dan kompetensi. Konsep pengurusan sumber manusia menyarankan
satu pendekatan baru dalam pengurusan tenaga kerja. Di antara sifat utama konsep ini ialah penekanan kepada satu pendekatan yang strategik. Ini bererti amalan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi hendaklah memenuhi kehendak strategi organisasi. Secara umumnya prinsip pengurusan sumber manusia adalah melibatkan perkara-perkara berikut:
i. Untuk membekalkan pegawai gunasama dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) kepada Jabatan,Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah dengan jumlah yang mencukupi dan mempunyai kemahiran yang bersesuaian. Proses ini meliputi perancangan, pemantauan dan permohonan kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Walau bagaimanapun, urusan memastikan semua waran perjawatan diisi sepenuhnya ini adalah amat bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana bekalan pegawai dan AKP adalah daripada pihak kementerian . Selain dari mendapatkan pengisisan dari Kementerian Pendidikan, bagi mengurangkan masalah yang timbul akibat kekurangan AKP, penempatan AKP diselaraskan untuk memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang kritikal khususnya yang mempunyai enrolmen pelajar yang tinggi, termasuk juga sekolah-sekolah yang berada dalam kategori sekolah khas seperti Sekolah Amanah dan sebagainya.
ii. Untuk membantu meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja dengan menyediakan program- program latihan dan pengembangan, bantuan pendidikan kepada semua warga pendidikan yang memenuhi syarat dan kelayakan, pertukaran dan pengurusan kerjaya.
iii. Untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan keberkesanan melalui program insentif, penilaian prestasi dan kualiti kerja.
82
Pengurusan Latihan
Bagi menyediakan pendidikan holistik seperti mana yang dinyatakan dalam hala tuju pendidikan Pengarah Pendidikan Johor, pengurusan sumber manusia berkait secara langsung dalam membangunkan modal insan yang mempunyai kompetensi yang bersesuaian dikalangan pegawai, guru dan staf sokongan . Ini bagi memastikan ‘pemain-pemain’ dalam bidang pendidikan dapat memberikan kemahiran dan perkhidmatan yang terbaik kepada stakeholder yang pada akhirnya akan memberikan manfaat kepada agenda pendidikan Negara. Kemahiran dan pengetahuan warga pendidikan akan terus dipertingkatkan melalui pelaksanaan kursus dan bengkel yang berterusan berdasarkan keperluan latihan yang dirangka melalui Pelan Operasi Latihan. Dalam hal ini, Sektor Sumber Manusia bertindak seiring dengan kehendak di peringkat kementerian yang telah menetapkan sekurang- kurangnya lima hari berkursus setahun bagi semua warga pendidikan. Pelaksanaan bengkel dan kursus dilaksanakan dan pemantauan rapi dibuat di semua peringkat, sekolah dan PPD bagi memastikan agenda memperkasakan modal insan melalui latihan berterusan dapat dilaksanakan sepenuhnya melibatkan seluruh warga pendidikan negeri Johor. Kecemerlangan jabatan, PPD dan sekolah adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan warganya melaksanakan tugasan dan peranan dalam skop masing-masing. Menyentuh berkaitan urusan perkhidmatan di sekolah, jabatan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi panduan dan informasi kepada staf sokongan yang bertugas di sekolah dan PPD agar pelaksanaan berkaitan perkhidmatan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
83
Urusan Kenaikan Pangkat
Urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan AKP secara Time Based dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan ianya teratur dan tepat serta mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak KPM. Permohonan kenaikan pangkat dan pemangkuan PPP serta AKP bagi laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang akan dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima. Pengurusan yang teratur dan berintegriti adalah amat penting bagi memastikan kebajikan dan motivasi warga pendidik kekal terjaga melalui kenaikan pangkat yang sepatutnya diterima kerana perkara ini sekaligus memberikan kesan kepada perkhidmatan yang diberikan oleh warga pendidik kepada pelanggan khususnya anak-anak di sekolah. Kes keciciran berkaitan urusan memproses dokumen kenaikan pangkat adalah perlu diatasi seratus peratus bagi mengelakkan sebarang implikasi negatif kepada Jabatan secara amnya dan juga kepada pegawai terlibat. Begitu juga dengan urusan berkaitan penyerahan Arahan Penempatan (AP) kenaikan pangkat dan tanggung kerja, perlu diuruskan secara sistematik dan pantas bagi memastikan pegawai menerima arahan penempatan dalam tempoh yang ditetapkan dan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan segera mengikut tarikh surat yang diterima.
84
Kompetensi
Elemen penilaian berterusan terhadap warga pendidikan bagi menentukan tahap penyampaian perkhidmatan masing-masing dilaksanakan setiap tahun melalui Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG 54 dan ke bawah serta PPP Gred Khas C dan Khas B, manakala Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pula dilaksanakan ke atas penilaian skim perkhidmatan bukan guru. Pelaksanaan penilaian dibuat mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSM, KPM) bagi memastikan pencapaiannya adalah seratus peratus (100%). Dalam pengurusan PBPPP, Unit Pengurusan Bakat bertanggungjawab memastikan semua warga pendidik skim perkhidmatan PPP adalah memahami dengan jelas kaedah pelaksanaan PBPPP mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelakkan aduan dan ketidakpuasan hati dalam kalangan PPP yang dinilai tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Impak dari taklimat PBPPP serta pemeriksaan Borang B: Semakan Fail Pengurusan PBPPP hasil dari pemantauan dan kunjung bantu secara berterusan sepanjang tahun mengikut perancangan dapat memastikan pengurusan dan pelaksanaan PBPPP di setiap entiti jawatankuasa PBPPP sekolah dan PPD teratur seperti yang digariskan dalam SOP. Dari tahun
permulaan pelaksanaan PBPPP pada tahun 2015 sehingga 2019,
85
jumlah aduan yang diterima dan telah disiasat menurun menunjukkan bahawa barisan pentadbir sekolah khususnya semakin memahami prosedur dan pelaksanaannya. Selain pengurusan berkaitan penilaian terhadap warga pendidikan, Unit Pengurusan Bakat juga mengendalikan Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) bagi subjek Jabatan anjuran Jabatan KPM serta turut memantau pendaftaran calon Subjek Umum anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai salah satu syarat wajib dalam pengesahan jawatan bagi lima (5) skim perkhidmatan iaitu Pembantu Makmal, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Penyelia Asrama, Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah/Pendidikan Khas/Asrama) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Ianya adalah selaras dengan Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Berdasarkan P.U.(A)1/2012 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan), Peraturan 50 (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), Yang DiPertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan pada pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan semasa tempoh percubaan, sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan. Pengurusan peperiksaan berkaitan lokasi dan fasiliti mengikut bilangan calon yang akan mengambil peperiksaan perlu diselaraskan bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
PERJAWATAN
Jabatan Pendidikan Negeri Johor menguruskan pegawai gunasama dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) di Jabatan termasuk di 11 Pejabat Pendidikan Daerah dan 1,193 buah sekolah di seluruh Negeri Johor. JPNJ menguruskan lebih daripada 57,000 kakitangan secara keseluruhan.
Data pegawai gunasama dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah sentiasa dikemaskini setiap bulan. Melalui data perjawatan yang tepat, Sektor Sumber Manusia dapat merancang, mengurus dan memantau pengisian kekosongan sedia ada terutamanya bagi golongan AKP kerana masalah kekurangan tenaga kumpulan sokongan akan merencatkan proses kerja di sesebuah organisasi tersebut. Sektor Sumber Manusia dapat membuat permohonan kepada
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengisi kekosongan yang sedia ada untuk melancarkan gerak kerja organisasi terutamanya di sekolah sekolah dan juga dapat mengurangkan beban tugas guru yang sentiasa disebut oleh Menteri Pendidikan Malaysia Selain itu, penempatan diselaraskan dengan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang kritikal khususnya yang mempunyai enrolmen pelajar yang tinggi, termasuk juga sekolah-sekolah yang berada dalam kategori sekolah khas seperti Sekolah Amanah dan sebagainya. Justeru urusan pengisian dan pertukaran dibuat secara sukuan tahun melalui permohonan yang dihantar melalui sistem e-Tukar Bukan Guru (ETBG). Pengesahan permohonan pertukaran ini dipanelkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengesah yang melibatkan semua PPD bagi memastikan pertukaran yang dibuat adalah telus dan berintegriti serta dilaksanakan demi kepentingan perkhidmatan. Sektor Sumber Manusia mengambil berat dalam memastikan data perjawatan dalam sistem e-Operasi dan juga HRMIS sentiasa teratur dan dikemaskini agar data-data tersebut bukan sahaja menjadi rujukan sektor malah boleh digunapakai sepenuhnya oleh semua warga pendidikan. Berdasarkan piagam pelanggan Jabatan, proses penempatan bukan guru akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Manakala proses pengisian kekosongan perjawatan kanan di JPN/PPD/sekolah dapat diuruskan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan.
86
PERKHIDMATAN
Sektor Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menguruskan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan pegawai Pendidikan dan AKP yang tepat, lengkap dan terkini mengikut peraturan dan prosedur yang sedang berkuatkuasa dapat membantu perkhidmatan penyampaian pendidikan di sekolah dan pejabat Pendidikan Daerah berjalan dengan lancar. Dengan itu, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan tugas dari segi mental dan fizikal kerana para pegawai dapat memberikan fokus 100% kepada para murid.
Di antara urusan perkhidmatan yang dilaksanakan adalah seperti urusan pengesahan dalam perkhidmatan, kelulusan cuti, tuntutan elaun, tuntutan kemudahan rawatan dan perubatan, pemberian taraf berpencen dan sebagainya. Berdasarkan piagam pelanggan Jabatan, segala urusan dan penyelesaian masalah berkaitan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh borang lengkap diterima. Manakala bagi proses penyediaan dan penghantaran dokumen persaraan wajib ke Jabatan Perkhidmatan Awam adalah 120 hari (4 bulan) sebelum tarikh persaraan pegawai atau anggota kumpulan pelaksana. Berkenaan tuntutan bayaran, permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Secara keseluruhan, Sektor Sumber Manusia memainkan peranan yang sangat penting kerana pengurusan sumber manusia adalah nadi utama dalam sesebuah organisasi agar dapat berjalan dengan lancar.
87
SIP
SEKTOR INFRASTRUKTUR & PEROLEHAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR