The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by official.jpnjohor, 2020-04-17 05:08:08

BINGKISAN SEKTOR JPN JOHOR

88
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL


1.PENDAHULUAN
Selaras dengan hasrat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan, Sektor Infrastruktur dan Pembangunan berusaha merealisasikan falsafah ini di dalam memacu prinsip kerja bagi memastikan sektor bergerak sejajar dengan perjuangan Pengarah Pendidikan Negeri. Penstrukturan di peringkat jabatan yang melibatkan pengurangan anggota dilihat sebagai peluang untuk sektor berdaya maju dengan lebih fokus di bawah prinsip DRONE.
Dengan prinsip ini, segala potensi yang ada akan dioptimumkan sekaligus memaksimumkan keberhasilan sektor. Prinsip DRONE juga dilihat akan memudahkan pelaksanaan fungsi sektor di samping dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan khususnya. Dalam merealisasikan perjuangan berpaksikan prinsip DRONE, tunggak utama nadi kejayaan pelaksanaannya terletak pada gerak kerja sebagai satu pasukan. Sehubungan itu, bagi tahun 2020, Sektor Infrastruktur dan Perolehan akan terus bersepadu dengan sektor- sektor di bawah jabatan sebagai satu pasukan untuk terus memperkasakan fungsi dan perkhidmatan dengan lebih cemerlang.
89


PRINSIP KERJA SEKTOR INFRASTUKTUR DAN PEROLEHAN (DRONE)
1. Data Driven (Berasaskan Data)
Bagi memastikan penyampaian dan perkongsian maklumat yang tepat dan sahih kepada pelanggan, Sektor Infrastruktur dan Perolehan (SIP) di dalam usaha penambahbaikan sumber maklumat dengan mewujudkan maklumat projek, aset (Alih/Tak Alih) termasuk tanah yang komprehensif untuk rujukan dan memudahkan tindaksusul dilaksanakan. Di samping itu, maklumat senarai permohonan/aduan berkaitan keperluan infra daripada PPD/Sekolah juga akan sentiasa dikemaskini mengikut keutamaan daripada yang paling kritikal kepada yang kurang kritikal. Kelancaran fungsi sektor akan disokong dengan penyediaan dan penyimpanan data rekod seperti berikut :
a) Data Aset termasuk Aset Alih dan Tidak Alih
b) Data Pengurusan Bajet – Kerja-kerja pembangunan, menaiktaraf
dan penyelenggaraan
c) Data Pengurusan Perolehan
90
2. Resilient (Daya Tahan)
SIP merupakan sektor yang sentiasa berhubung secara terus dan dekat dengan pemegang taruh (stakeholders). Demi memenuhi keperluan dan kebajikan semua pemegang taruh, sektor ini akan sedaya upaya mengamalkan daya tahan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan menangkis pandangan negatif pihak-pihak berkepentingan dengan membuahkan hasil kerja yang positif dan memberi manfaat kepada semua. Di samping itu, semua anggota yang menggunakan Sistem e- Perolehan dan iGFMAS juga telah diberikan amanah dan kepercayaan melaui surat kuasa yang diperakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Penekanan kepada nilai murni selaras dengan hala tuju Pengarah Pendidikan Negeri, semua warga SIP sentiasa berusaha memikul amanah dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan prinsip yang tepat dan betul berpandukan Peraturan-Peraturan dan Kelakuan Penjawat Awam 1993.


3. Outcome Oriented (Berorientasikan Keberhasilan)
Pendidikan holistik bukan sahaja fokus kepada aspek-aspek kurikulum semata-mata, tetapi juga aspek kebajikan para pelajar dan pendidik. SIP sentiasa komited dalam memastikan aktiviti di dalam fungsi teras sektor dirancang dan dilaksanakan mengikut keutamaan serta 'values for money' bagi menghasilkan suasana bekerja, pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang kondusif. SIP akan sedaya upaya memastikan bekalan perabot yang dibekalkan ke sekolah adalah berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak KPM dan sesuai dengan pembelajaran abad ke-21. Ini secara tidak langsung akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti PdP yang akan memberikan keberhasilan serta impak yang positif di dalam peningkatan pencapaian akademik pelajar. Selain itu juga, infrastruktur yang lengkap akan mewujudkan suasana yang selesa kepada pegawai dan AKP dalam melaksanakan tugas di pejabat.
4. Navigate (Navigasi – konsep bombing dan hala tuju)
Sistem sokongan sangat penting dalam Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sesuai dengan peranannya untuk memberikan didikan dan bimbingan kepada pemegang taruh yang memerlukan. Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan Malaysia, perubahan cara kerja diperlukan bagi memastikan semua tugasan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan teratur. SIP sentiasa mengamalkan semangat kerja berpasukan dan bukannya secara ‘silo’. Apa yang perlu ditingkatkan adalah perubahan minda dan cara berfikir kerana suasana kerja sudah tidak sama seperti dahulu lagi, di mana semua pegawai dan kakitangan perlu berpandangan jauh, berkomunikasi secara berkesan dan membimbing di antara satu sama lain. Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab SIP untuk meningkatkan kesedaran anggota dalam mematuhi segala prosedur dengan menyediakan latihan dan bimbingan bagi memastikan keberhasilan menjadi tanggungjawab semua.
91


92
1. Efficient (kecekapan)
Dengan perjawatan yang semakin berkurang, tugas masih perlu dilaksanakan seperti biasa. SIP akan menggunakan kepakaran dan kekuatan masing - masing bagi membantu satu sama lain khasnya dan organisasi amnya untuk mencapai keberhasilan yang diperlukan. Kecekapan semua anggota memainkan peranan penting baik dari segi pengurusan projek, pengurusan aset, proses perolehan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Oleh itu, semua anggota perlu dibekalkan dengan latihan yang sesuai dengan kepakaran masing-masing bagi memastikan strategi dapat disusun untuk mencapai keberhasilan yang dihasratkan.


SP
SEKTOR PENGURUSAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


PENDAHULUAN
Seperti yang semua sedia maklum berikutan kelulusan penstrukturan baru organisasi di Kementerian Pendidikan Malaysia secara menyeluruh berkuatkuasa pertengahan tahun 2019 telah menyebabkan berlaku juga perubahan sruktur organisasi yang dipanjangkan sehingga peringkat Negeri, daerah dan sekolah di Malaysia. Di peringkat JPNJ Ibu Pejabat, terdapat 14 sektor dalam organisasi yang memikul amanah serta tanggungjawab bagi membawa peranan dan fungsi masing-masing ke arah merealisasikan falsafah dan misi pendidikan negara.
Di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, kami warga JPNJ didedahkan dengan prinsip kerja DRONE ke arah Pendidikan Holistik oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan selaras dengan peranan dan fungsi masing-masing. Sektor Pengurusan antara lain berperanan sebagai sistem sokongan kepada 13 lagi sektor di bawah JPNJ dalam menjayakan prinsip dan matlamat Jabatan yang berpaksikan nilai seperti sasaran mencapai matlamat Pembelajaran Abad 21, Korikulum Berimpak Tinggi, Pendidikan Kelestarian, Kepimpinan Abad 21, JSLC, Inspiring Teacher etc. Penulis seterusnya akan menumpukan penulisan selepas ini kepada peranan Sektor Pengurusan yang terdiri daripada pengurusan kewangan, akaun dan pentadbiran am yang menjadi sokongan kepada core business Jabatan dengan mengambil pendekatan DRONE.
Pertamanya, Data Driven iaitu Berasaskan Data bagi semua proses kerja yang dilaksanakan di peringkat Sektor Pengurusan. Data dan maklumat tepat adalah merupakan tunjang utama yang menjadi indikator penting dalam memastikan perancangan belanjawan dan perbelanjaan berkesan. Tanpa maklumat dan data yang tepat, sesuatu matlamat dan perancangan aktiviti dan program di Sektor Pengurusan akan terkeluar daripada landasan yang telah ditetapkan.
Keperluan kepada maklumat dan data yang tepat dan lengkap juga adalah penting dalam mengenal pasti sebarang permasalahan untuk tindakan pembetulan segera yang dikhuatiri bakal menjejaskan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada stake holders. Menerusi sumber data yang tepat dan komprehensif akan membolehkan perancangan dan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dapat dihasilkan. Sebagai contoh, maklumat data yang tepat mengenai keperluan peruntukan kewangan bagi sesuatu program adalah penting dan menjadi panduan untuk Jabatan membuat permohonan peruntukan kepada agensi Pusat bagi merealisasikan sasaran Jabatan ke arah mencapai matlamat dan aspirasi pendidikan negara.
Seterusnya, yang kedua Resilient iaitu Berdaya Tahan dimana semua warga Pengurusan perlulah menanamkan sikap atau budaya kerja yang berdaya tahan tinggi dalam menangani sebarang permasalahan serta kekangan yang
93
PERANAN SEKTOR PENGURUSAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT PRINSIP KERJA DRONE


timbul di peringkat Jabatan malahan berhadapan juga dengan cabaran dan isu-isu berbangkit di peringkat daerah, Pusat Tanggungjawab dan sekolah.
Yang ketiga ialah Outcome Oriented iaitu berorientasikan keberhasilan. Semua Warga Pengurusan adalah sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa bahawa pencapaian sesuatu sasaran atau matlamat kerja bukan setakat diukur menerusi pencapaian dalam output semata-mata. Apa yang paling utama pada masa ini setiap core business yang dicapai perlulah juga seiring dengan keberhasilan yang akhirnya hasil ini dapat dinikmati oleh semua pihak berkepentingan dalam skala yang lebih besar dan komprehensif. Sudah pastilah akhirnya kejayaan ini akan dinikmati pula menerusi kemenjadian murid iaitu anak bangsa selain warga pendidikan yang menjadi tunjang utama yang memberi ilmu dan pengetahuan.
Seterusnya, prinsip DRONE yang keempat ialah Navigate iaitu Pandu Arah. Susulan daripada penstrukturan semula organisasi di jabatan, semua fungsi dan peranan baru sektor telah dimantapkan dan diperkasakan menerusi fungsi baru masing-masing. Warga Pengurusan perlulah peka dalam menghadapi perubahan ini memandangkan fungsi dan peranan yang lebih dinamik adalah berpandu arahkan kepada pelbagai falsafah dan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Apabila pandu arah yang jelas didedahkan dan diterapkan kepada setiap amalan serta budaya kerja di kalangan warga JPNJ, sudah pastilah hasrat dan aspirasi Pengurusan Tertinggi dari peringkat KPM sehingga peringkat akar umbi akan menjadi kenyataan. Akhir sekali, prinsip kelima ialah Efficiency iaitu kecekapan di kalangan warga Pengurusan perlulah diterapkan dalam amalan seharian melaksanakan tanggungjawab dan amanah kerja.
94
Zero deffect atau kesilapan sifar adalah tidak mustahil dicapai sekiranya semua warga Pengurusan mempunyai inisiatif dan komitmen serta dedikasi tinggi. Ini adalah asas utama memandangkan sedikit kesilapan umpamanya dalam pembuatan keputusan berkaitan pengurusan kewangan atau pentadbiran boleh memberikan impak yang besar yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada Kerajaan yang turut memberikan imej dan reputasi tercalar kepada perkhidmatan awam.


KESIMPULAN
Akhir kata, berdasarkan kepada penulisan di atas, sukacita penulis ingin menekankan bahawa semua prinsip kerja Pengurusan Tertinggi JPNJ ini tidak akan berjaya direalisasikan tanpa penglibatan dan komitmen serius serta tidak berbelah bagi di kalangan warga Pengurusan khususnya dan warga JPNJ amnya. Setiap potensi yang ada pada semua warga Jabatan perlu digembelingkan bagi memaksimumkan keberhasilan dalam memastikan hala tuju dan matlamat serta falsafah dan dasar pendidikan negara mencapai matlamat serta destinasi paling maksimum ke arah kelestarian pendidikan sejagat dan kemenjadian anak bangsa di mata dunia.
95


SPsK
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


96
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL


Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) merupakan satu daripada empat belas sektor di Jabatan Pendidikan Negeri yang mendukung dasar dan polisi Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga memberi penekanan kepada aspek psikologi dan kaunseling. Sektor juga melaksanakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi berteraskan visi dan misi psikologi dan kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan dan Pembestarian Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Data Driven / Berasaskan Data
Data merupakan input yang penting di dalam sesebuah organisasi bagi membantu pihak pengurusan membuat sesuatu keputusan. Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) bertanggungjawab mentadbir urus pengurusan data maklumat perkhidmatan kaunseling psikologi di negeri Johor bagi memastikan objektif perkhidmatan kaunseling psikologi tercapai. Setiap data yang diproses akan menghasilkan maklumat, statistik dan perangkaan yang menterjemahkan
sesuatu trend seterusnya memberikan input yang berguna kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan. Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) juga bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pembangunan kompetensi dan kualiti Kaunselor Pendidikan di Negeri Johor dan memastikan Standard Perkhidmatan Kaunseling Psikologi dipatuhi oleh Kaunselor Pendidikan Daerah melalui kaedah pemantauan dan penyeliaan bagi mencapai objektif perkhidmatan kaunseling psikologi. SPsK terlibat secara tidak langsung di dalam menjayakan Anjakan Ke-11 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 : Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.
Resilient / Daya Tahan
Dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi dengan menjadikan aspek penerimaan tanpa syarat dan kongruen dalam menguruskan kes klien. Sehubungan itu, semua KPN dan KPD perlu mempunyai aspek tersebut dalam memberi dan melaksanakan khidmat kepakaran kaunseling/bimbingan/konsultasi/advokasi kepada warga JPN Johor bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kaunseling psikologi.
97


Outcome Oriented / Berorientasikan Keberhasilan
Setiap data dan maklumat yang diperolehi akan memberi ruang kepada sektor psikologi dan kaunseling untuk merancang strategik pengurusan dan pentadbiran bagi memastikan perkhidmatan kaunseling psikologi dapat dilaksanakan dengan berkesan di negeri Johor. Di samping itu, sektor juga merancang operasi penyampaian perkhidmatan kaunseling dan psikologi dalam aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi (3Pi) bagi memastikan objektif yang ditetapkan tercapai di negeri Johor. Impak daripada program yang dibuat akan membantu mengurangkan kes yang tidak diurus mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan mengurangkan kes-kes yang tertunggak dalam jangka masa yang lama tanpa diurus dengan betul. Di samping itu, pembelajaran secara berterusan akan meningkatkan kepakaran dalam perkhidmatan kaunseling dan psikologi.
Navigation / Hala Tuju
Program pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi (3Pi) yang dilaksanakan kepada pemimpin pendidikan dalam mengemudi sesebuah organisasi. Melalui perkongsian tersebut akan memberi khidmat nasihat kepada pemimpin organisasi negeri dan daerah dalam mengoptimumkan potensi ke arah memaksimumkan keberhasilan dan memberi khidmat kepakaran dalam mensejahterakan psikologi organisasi.
98


Efficiency / Kecekapan
Penstrukturan baharu merupakan cabaran kepada sektor psikologi dan kaunseling untuk memberikan hasil kerja berprestasi tinggi. Keadaan ini membuka ruang kepada KPN dan KPD untuk meningkatkan kepakaran dengan pertambahan jawatan baharu di JPN dan dan PPD bagi memastikan KPN dan KPD cekap dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada warga pendidikan di negeri Johor.
99


SI
SEKTOR INTEGRITI
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


100
OPMT
ONE PAGE MANAGEMENT TOOL


Pendahuluan
Menghargai titik persamaan, merapatkan jurang perbezaan. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah memperkenalkan satu model prinsip kerja untuk diharmonikan dalam sistem kerja warga pendidikan Negeri Johor bagi mencapai matlamat pendidikan holistik. Gerak kerja sebagai satu pasukan adalah amat penting untuk mengoptimumkan potensi dan memaksimumkan keberhasilan. Selaras dengan usaha ini, Sektor Integriti menyokong secara total pelaksanaan prinsip kerja yang diperkenalkan. Prinsip kerja ini akan dijadikan pemangkin untuk penambahbaikan sebarang kekurangan semasa bagi kesiapsiagaan pegawai dan kakitangan Sektor Integriti untuk menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini.
Latar Belakang Sektor Integriti
Dalam memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan nilai moral dan etika yang kukuh, Kerajaan telah mengambil langkah untuk mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam). Penubuhan Unit Integriti ini adalah sebagai focal point kepada isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam dengan mengamalkan enam fungsi teras iaitu Tadbir Urus, Pengukuhan Integriti, Pengesanan dan Pengesahan, Pengurusan Aduan, Pematuhan dan Tatatertib seperti Rajah 1.
Data Driven (Berasaskan Data)
Ibarat irama dan lagu. Begitulah hubungkait di antara data dengan organisasi di mana rekod merupakan keperluan untuk membuat apa-apa jua perancangan, melaksanakan intervensi, mencari apa jua isu atau kelemahan, pengubahsuaian, membuat keputusan dan juga proses POLC (Planning, Organizing, Leading, Controlling).
Justeru, berdasarkan fungsi teras Sektor Integriti, konsep ini diaplikasikan dalam penyediaan dan penyimpanan rekod-rekod berikut:
Data Kes Tatatertib;
Data Permohonan Pekerjaan Luar;
Data Permohonan Penglibatan Bergiat Aktif dalam Politik;
Data Permohonan Memiliki Tanah Kerajaan/Saham/Syarikat Perniagaan Persendirian; dan Data Pengesanan dan Pengesahan
Resilient (Daya Tahan)
Tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972, semua warga Sektor Integriti telah diingatkan agar menjaga kerahsiaan dalam pengurusan aduan dan kes-kes tatatertib dengan tidak merakamkan, menyiarkan atau menyampaikan kepada orang lain berkenaan suratan atau maklumat yang dikira menjadi berguna secara langsung atau tidak langsung kepada orang luar.
101


Selain itu, dalam pada menjalankan fungsi pengesanan dan pengesahan dan fungsi tatatertib, semua warga Sektor Integriti selalu diingatkan agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan prinsip yang tepat dan betul tanpa dipengaruhi oleh mana -mana pihak. Elakkan menerima sebarang bentuk tawaran yang niat dan matlamatnya adalah untuk mengubah sesuatu keputusan.
Outcome Oriented (Berorientasikan
Keberhasilan)
Jika dilihat dari segi peningkatan kes tatatertib yang dilaporkan, kita boleh menjangka bahawa setakat ini, telah tingginya kesedaran dan pengetahuan Ketua Jabatan terhadap tugas untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib berdasarkan Peraturan 3C, P.U.A 395.
Namun, soalan pertama Y.Bhg Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia kepada saya semasa lawatan kerja beliau pada 2 Oktober 2019 yang lalu adalah, APA ITU INTEGRITI?
(Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang baik yang perlu ada dalam diri individu dan organisasi). Justeru, menjadi sasaran Sektor Integriti agar semua warga jabatan menghayati
102
maksud integiriti serta patuh pada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.A 395. Melalui pematuhan dan penghayatan kepada perkara ini, diharapkan agar nilai integriti dapat diterapkan dalam diri semua warga jabatan dan berlakunya pengurangan terhadap aduan dan kes-kes perlanggaran tatakelakuan. Bermula tahun 2020, promosi berkaitan integriti akan dibuat melalui program, artikel dan input bahan-bahan bacaan.
Navigation (Navigasi & Hala tuju)
Sektor Integriti akan melaksanakan gerak kerja berlandaskan kepada enam fungsi yang telah ditetapkan. Setiap fungsi mempunyai garis panduan, prosedur kerja dan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa yang perlu dirujuk dan dipatuhi antaranya adalah:
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.A 395;
Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 1 Tahun 1999 : Penglibatan Pegawai dan Kakitangan di bawah kementerian Pendidikan dalam Pekerjaan Luar;
Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 1 Tahun 2006: Garis Panduan Kelulusan Melakukan Pekerjaan Luar sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga Pengajar Sambilan;


Pekeliling Pekhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010: Permohonan Mengambil Bahagian dalam Aktiviti Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang Bertugas di Institusi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM);
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1996: Permohonan oleh Pegawai-Pegawai Awam untuk Mengambil Bahagian dalam Aktiviti Politik;
Walaupun tertakluk kepada garis panduan, prosedur kerja dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa, Sektor Integriti melihat beberapa isu dan dasar perlu dikaji semula di peringkat KPM agar sesuai dan selari dengan data terkini dan situasi semasa ekonomi. Sebagai contoh, isu warga jabatan yang melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran atau mematuhi pekeliling semasa yang berkuatkuasa. Mengapa hal ini terjadi?
Selain itu, Sektor Integriti melihat pentingnya jaringan kerjasama (networking) yang erat diantara jabatan ini dengan (cawangan) pihak berwajib yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mahkamah, Jabatan Agama Islam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas berkaitan satu-satu kes yang sedang disiasat. Selain itu juga, jalinan kerjasama yang erat ini akan memudahkan pihak jabatan mengakses dan mendapatkan dokumen-dokumen siasatan untuk penyediaan kertas pertimbangan tatatertib.
Networking di antara Sektor Integriti dengan 13 Sektor di JPN Johor dan 11 Pejabat Pendidikan Daerah juga adalah diperlukan dalam merangka strategi kerja untuk pelaksanaan fungsi teras sektor ini. Justeru, Sektor Integriti akan mengadakan sesi engagement dengan pegawai yang mengendalikan urusan berkaitan aduan dan tatatertib di setiap lokasi. Sesi kolaboratif di antara Sektor Integriti dengan program-program anjuran Sektor Psikologi dan Kauseling juga dilihat boleh menjadi medan untuk menyebarluaskan promosi-promosi pengukuhan integriti dan pengendalian kes-kes tatataertib.
103


Efficiency (Kecekapan)
Pemahaman terhadap enam fungsi teras Unit Integriti merupakan titik asas kepada kecekapan pengurusan kerja di Sektor Integriti. Semua warga kerja di Sektor Integriti akan menerima latihan serta kursus yang berterusan bagi meningkatkan tahap kecekapan terhadap bidang tugas masing-masing. Bagi tahun 2020, Sektor Integriti berhasrat untuk lebih proaktif dalam memberi khidmat nasihat kepada Ketua Jabatan dalam pengurusan tatatertib.
Selain itu juga, bersandarkan kepada data dan rekod kes-kes tatatertib sedia ada, Sektor Integriti akan membuat analisis penilaian punca (root-cause analysis) terhadap setiap kategori kes tatatertib. Kajian kepincangan tingkahlaku mampu digunapakai bagi mencegah berlakunya isu-isu integriti di peringkat awal. ‘Prevention is better than cure’.
PENUTUP
Johor, Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah-sekolah di bawah seliannya.
104
Pelaburan kerajaan terhadap sektor pendidikan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah amat tinggi bagi membiayai program pendidikan dan menyediakan prasarana pendidikan berkualiti. Sebagai rekod, KPM telah menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2020 iaitu sebanyak RM64.1Bilion berbanding sebanyak RM60.2Bilion pada Belanjawan tahun ini. Sekolah dilihat berperanan bukan sahaja sebagai institusi pendidikan akademik malah dilihat sebagai tempat untuk membangunkan modal insan di kalangan anak- anak daripada aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri anak-anak pelajar.
Justeru, dalam rancaknya kita untuk mensasarkan kemenjadian murid, seharusnya ia juga seiring dengan aspek kemenjadian para pendidik secara khusus dan kemenjadian warga JPN Johor secara amnya, terutama dari aspek pengukuhan nilai integriti dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Seperti kata pepatah, “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. InshaAllah, prinsip kerja D.R.O.N.E. Pengarah Pendidikan Johor akan berhasil melalui permuafakatan semua peringkat warga kerja JPN


Penulis
Sektor Perancangan & Pengurusan PPD
Sektor Pengurusan Sekolah
20. MOHD SYAHIDAN BIN ZAINAL ABIDIN PENOLONG PENGARAH 21. AERMA NURAZALINA BINTI MUSA PENOLONG PENGARAH 22. MOHD FADZLI BIN RIPIN PEGAWAI PENYELIA
Sektor Pendidikan Islam
1. SHAHILON BIN ABD. HALIM
2. IZEEDIN BIN MOHD YUSOF
3. MOHAMAD KHAIRUL NIZAM BIN
ABU HASSAN
4. MUSLEHA BINTI MOHD GHOZALI.
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN KETUA PENOLONG PENGARAH
KETUA PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
1. AB. RAHIM BIN LAMIN
2. MOHD ROSLI BIN MOHD OTHMAN 3. KHAIRUL ANNUAR BIN ABD AZIZ
4. ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN 5. MOHD RADZIF BIN YUSOF
6. MOHD FIRDAUS BIN ARIS
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN PENOLONG PENGARAH
PENOLONG PENGARAH
PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
1. OMAR BIN SALLEH
2. ZAIMIE BIN MUHAMMAD
3. KHAIRIL ANNUAR BIN ABDUL KADIR
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN KETUA PENOLONG PENGARAH
KETUA PENOLONG PENGARAH
Sektor Pembelajaran
Sektor Pembangunan Murid
Sektor Sumber Manusia
1. SALLINA BINTI HUSSAIN.
2. KAMARUDIN BIN ABU
3. ROKIAH BINTI AHMAD
4. HJ AMIRUDDIN BIN ABD MANAF
5. VIJAYAN A/L RAMASAMY
6. MUHAMAD KHAIR BIN MOHAIDIN
7. HJ. KAMARUDZAMAN BIN ABDUL
MUBIN
8. ASHA’ARI BIN OMAR
9. HJ. ZULKAPLI BIN AYOB
10. NOOR AZAM BIN YUSOFF
11. HJ. JAMALLUDIN BIN MOHD
ZAKARIA
12. HESAM BIN MOHD KASRON
13. MOHD MUNIR BIN BAHAROM
14. MOHD HAIRIL BIN MOHD KHAMBALI
15. HASLINDA BINTI HASSAN
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN
1. HJ OMAR BIN SALLEH
2. MOHD KAMARUDIN BIN TAHIR 3. YAZID BIN MD SAID
4. MOHD AFIAN BIN RAMLAN
5. NORASHUHA BINTI TAJUDDIN 6. TAN MENG LEE VINCENT
7. SUHANA BINTI SARDAN
8. MOHD ROSNI BIN MOHD RASIP 9. HAZRUL NIZAM BIN MOHMAD
SAHIBEK
10. ROZAINI BIN A. RANI
11. NUR ANIDA BINTI ISMAIL 12. SHAHRUNIZAM BIN MASKAN 13. SAIFULLAH BIN AHMAD
14. RASHIDAH BINTI ABU
15. MOHD FAIZAL BIN SARMAN 16. MOHD HANAFI BIN ALI
17. HJ AZMI BIN ABU
18. MOHD AZHAR BIN MOHTAR 19. ABDUL RAZAK BIN YACOB
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
1. NOORMAZURA BINTI MAT NAWI 2. AISYAH BINTI MAIDIN
3. HARLINA LAILI BINTI SHUKUR 4. DECCAINI A/P THANGARAJAH
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN PENOLONG PENGARAH
PENOLONG PENGARAH
PENOLONG PENGARAH
KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH
KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAJ
PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
KANAN KANAN KANAN KANAN
Sektor Pengurusan
1. LILIS SASLINDA BINTI PORNOMO KERUA PENOLONG PENGARAH KANAN 2. SUHAILI BIN SULAIMAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR
Sektor Infrastruktur & Perolehan
1. ROSANI BINTI BAHARI PENOLONG PENGARAH 2. MOHAMMAD AZREE BIN KAMRI PENOLONG PENGARAH
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
1. KHAIRUL ANNUAR ARIDASH BIN
ABDULLAH PENOLONG PENGARAH
105


Sektor Pendidikan Khas
Sektor Pengurusan Maklumat ICT
Susun atur
1. ASHA’ARI BIN OMAR
2. NORZALINAWATI BINTI DAHLAN 3. HASLINDA BINTI HASAN
4. MUHAMAD NAZERY BIN MAT NOR 5. MUHAMMAD HAFIZAL JOHARI BIN
ABD WAHAB
Pereka Grafik
1 . MOHD NASRUL HISYAM BIN ZAUKAFALI
1. NORBIHA BINTI BUANG
2. NOOR HUDAH BINTI JAMAL
3. HJ YAHYA BIN ALI
4. ARIEF WIRAJAYA BIN MOHD
SHARIPUDIN
5. MOHD ASRUL BIN AHMAD
6. NURFARAHIN BINTI BAHSRUL’ULUM
7. IZZATIE BINTI MOHAMED KHIRI
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN KETUA PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
1. NORZALINAWATI BINTI DAHLAN
2. MOHD FIRDAUS MAD SHAH
3. MOHD NASRUL HISYAM BIN ZAUKAFALI
4. MARINA BINTI YUSOF
5. MUHAMMAD HAFIZAL JOHARI BIN
ABD WAHAB
KETUA PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN P. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
P. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
KETUA PENOLONG PENGARAH KETUA PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
P. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Sektor Psikologi dan Kaunseling
1. MAZLIZAM BIN MOHD KETUA PENOLONG PENGARAH
Sektor Pendidikan Khas
1. AZIZAN BIN A.RAZAK
2. MOHD RIZAL BIN ABU SAMAH
3. NOREMEY BIN RASIP
4. MOHD HAIRIL FITRI BIN JA’AFAR 5. MUHAMAD NAZERY BIN MAT NOR 6. ANIS ISNAIZAH BINTI MD HAIRIRI 7. MOHD FARUZE BIN IBERAHIM
Sektor Integriti
1. IZLIN BINTI IDRIS 2. RUSMI BINTI RASUL
106
KETUA PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH
KETUA PENOLONG PENGARAH PENOLONG PENGARAH


HAK CIPTA TERPELIHARA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR 2020


Click to View FlipBook Version