The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT EKONOMI KMP, 2021-02-25 03:05:35

BAB 3

bab 3

BAB 3

PENENTUAN KESEIMBANGAN
PENDAPATAN NEGARA

Objektif Pengajaran

Menerangkan aliran pusingan pendapatan
ekonomi dua , tiga dan empat sektor.
Menerangkan komponen utama perbelanjaan
agregat.
Menganalisis keseimbangan pendapatan
negara dalam ekonomi dua sektor dan tiga
sektor.
Menjelaskan kesan perubahan perbelanjaan
agregat terhadap tingkat kegiatan ekonomi.
Menerangkan ciri-ciri keluk AE = AS dan
penentu perkembangan AE = AS.

Penentuan keseimbangan
pendapatan negara

1. Konsep keseimbangan pendapatan negara

2. Penentuan keseimbangan pendapatan negara
ekonomi 2 sektor

3. Penentuan keseimbangan pendapatan negara
ekonomi 3 sektor

4. Penentuan keseimbangan pendapatan negara
AD-AS

Konsep keseimbangan
pendapatan negara

Maksud keseimbangan pendapatan
negara

Satu keadaan ekonomi apabila perbelanjaan
agreggat (AE) sama dengan penawaran agreggat

(AS) atau pendapatan negara (Y) iaitu AE = AS

PENENTUAN KESEIMBANGAN
PENDAPATAN NEGARA EKONOMI DUA SEKTOR

Aktiviti ekonomi dua sektor
a) Konsep pendapatan boleh guna, penggunaan, tabungan dan

pelaburan
b) Faktor yang mempengaruhi Penggunaan (C) dan Tabungan (S)
c) Faktor yang mempengaruhi Pelaburan (I) termasuk konsep MEI
d) Fungsi penggunaan, tabungan dan pelaburan

secara jadual, rumus dan rajah

ALIRAN PUSINGAN
PENDAPATAN NEGARA

Aliran pusingan pendapatan direkabentuk bagi
menunjukkan aliran aktiviti ekonomi dalam
sesebuah negara.

Jadi aliran pusingan pendapatan ialah aliran-
aliran pendapatan yang wujud antara sektor-
sektor ekonomi yang ada.

 Aliran Fizikal (aliran faktor dan aliran barang)
 Aliran Wang / Pendapatan

Aliran Pusingan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor

(1) buruh, tanah, modal & usahawan

(2) upah/gaji, sewa, bunga & untung

Isi Rumah (3) pebelanjaan Firma
penggunaan
Tabungan (S) Pelaburan(I)
{bocoran} (4) barang/ {suntikan}
perkhidmatan

Institusi kewangan pinjaman Usahawan

Penentuan keseimbangan
pendapatan negara

Komponen penentuan keseimbangan pendapatan negara
a) Perbelanjaan Agregat (AE) dan Penawaran Agregat (AS)
b) Bocoran (W) dan Suntikan (J)

Syarat umum :
keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan
a) AE-AS
b) J-W

KONSEP DALAM UNIT ISI RUMAH
1. KONSEP PENDAPATAN BOLEH GUNA

Pendapatan boleh guna ( Yd )
Pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh individu untuk
membeli barang-barang keperluan dan membayar segala
bentuk perkhidmatan yang mereka gunakan.

Sebahagian daripada pendapatan persendirian digunakan
untuk membayar cukai pendapatan persendirian, maka
pendapatan boleh guna sebenarnya merupakan bahagian
pendapatan persendirian ( PP ) setelah ditolak cukai
pendapatan persendirian ( CPP ).

Secara simbol, ianya boleh ditulis sebagai:
Yd = Y - T

Dalam ekonomi dua sektor, disebabkan tiadanya
peranan kerajaan dalam ekonomi, maka tiada cukai

yang akan dikenakan kepada masyarakat.
Dengan sebab itu dalam ekonomi dua sektor,

wujud keadaan di mana :

Yd = Y – cukai
Yd = Y - 0

Yd = Y

2. KONSEP PENGGUNAAN (C)

• Penggunaan ( C ) ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor
isi rumah ke atas barang-barang akhir dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh sektor firma menggunakan pendapatan yang
mereka perolehi.

• Penggunaan juga boleh ditakrifkan sebagai bahagian daripada
pendapatan boleh guna yang tidak ditabungkan oleh isi rumah.

• Tingkat penggunaan ( C ) umumnya dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan boleh guna seseorang individu. Semakin tinggi tingkat
pendapatan boleh guna, semakin tinggi jumlah penggunaannya
dalam ekonomi.

• Hubungan antara keduanya ini dapat ditulis sebagai:

C = f ( Yd )

3. KONSEP TABUNGAN (S)

Tabungan ( S ) ialah bahagian daripada pendapatan boleh guna
yang tidak dibelanjakan.
Tabungan bergantung kepada tingkat Yd .
Ini bermakna jika tingkat Yd masyarakat tinggi, maka jumlah S
yang dilakukannya juga tinggi, begitulah sebaliknya.

Hubungan antara keduanya ini dapat ditulis sebagai:
S = f ( Yd )

d) Fungsi Penggunaan,
Tabungan dan
Pelaburan

Secara Jadual, Rumus & Rajah

a) Jadual Pendapatan boleh guna,
Penggunaan dan Tabungan
(Secara Jadual)

(1) (2) (3)
Y=Ydb C S
-9000
0 9000
6000 -7500
12000 13500
18000
24000 18000 -6000
30000
36000 22500 -4500
42000
48000 27000 -3000
54000
60000 31500 -1500

36000 0

40500 1500

45000 3000

49500 4500

54000 6000

FUNGSI PENGGUNAAN

Fungsi penggunaan merupakan satu keluk atau satu garis
yang menunjukkan hubungan di antara tingkat
penggunaan isi rumah dan tingkat pendapatan negara.

Dengan kata lain ianya menunjukkan tingkat penggunaan
isi rumah pada pelbagai tingkat pendapatan negara.

Fungsi penggunaan bermula dari paksi menegak
(paksi penggunaan ) dan tidak bermula pada titik
asalan.

Ianya mencerun ke atas secara linear serta
memotong garis 450 ( garis Y = C ).

Ketika fungsi penggunaan memotong garis 450,
fungsi tabungan sebenarnya sedang memotong
paksi mendatar ( paksi pendapatan negara).

Secara Rajah/Keluk: FUNGSI PENGGUNAAN
2 sektor Y = Yd

Penggunaan ( C ) Y=C
9000
C = a + bYd
ΔC
ΔYd

Pendapatan

0 36000 negara/Yd

Ciri-ciri penggunaan ialah:

1. Apabila pendapatan negara atau pendapatan boleh
guna kurang daripada perbelanjaan (Yd < C) isi rumah
akan membiayai perbelanjaannya dengan tabungan masa
lalu .

Tindakan ini dikenali sebagai makan tabungan.

Ciri-ciri penggunaan ialah:

2. Apabila pendapatan boleh guna sifar isi rumah masih
perlu melakukan perbelanjaan untuk terus hidup.

Perbelanjaan penggunan pada tingkat pendapatan
negara sifar dinamakan penggunaan autonomi.

Perbelanjaan autonomi ialah perbelanjaan penggunaan
yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.

3. Apabila pendapatan negara atau pendapatan
boleh guna lebih besar daripada perbelanjaan
penggunaan (Yd > C) isi rumah tidak akan
membelanjakan kesemua pendapatan boleh guna.

Pendapatan yang tidak dibelanjakan akan
ditabungkan.

4. Apabila pendapatan boleh guna sama dengan
perbelanjaan penggunan (Yd = C) isi rumah tidak
akan melakukan tabungan (S = 0)

Fungsi penggunaan dapat ditulis sebagai:

C = a + bYd

Di mana :
C = perbelanjaan penggunaan
a = penggunaan autonomi
b = kecenderungan mengguna sut (MPC)
Yd = pendapatan boleh guna.

FUNGSI TABUNGAN

Fungsi tabungan ialah satu keluk atau satu garis
yang menunjukkan hubungan antara tingkat
tabungan dengan tingkat pendapatan boleh guna.

Fungsi tabungan bermula dari paksi menegak (
paksi tabungan ) di bahagian negatif paksi
tersebut.

Fungsi tabungan akan hanya bermula di bawah dari
titik asalan.

Tabungan ( S )

S = - a + (1 - b) Yd

ΔS
ΔY

0 36000 Pendapatan negara
- 9000

Fungsi tabungan mencerun ke atas secara linear dan
akan memotong paksi mendatar ( paksi pendapatan
negara ) pada satu tingkat pendapatan negara
tertentu.

Pada ketika itu jumlah tabungan adalah sifar.

Pada titik pemotongan tersebut jumlah penggunaan
menyamai jumlah pendapatan negara.

Ciri-ciri tabungan isi rumah:

1. Apabila pendapatan boleh guna sama dengan sifar (Yd = 0),
tabungan adalah negatif(makan tabungan).
kerana sektor isi rumah terpaksa menggunakan tabungan masa
lampau bagi membiayai perbelanjaannya.

Tabungan negatif pada pendapatan boleh guna sifar dikenali
sebagai tabungan autonomi.

2. Apabila pendapatan boleh guna meningkat jumlah tabungan
juga akan meningkat.

3. Pada ketika penggunaan sama dengan pendapatan boleh
guna (Yd =C), tabungan adalah sifar.
Kerana Yd = C + S

Fungsi tabungan dapat ditulis sebagai :

S = - a + ( 1- b ) Yd

Yang mana:
- a = tabungan autonomi
1 - b = Kecenderungan menabung sut (MPS)
Yd = pendapatan boleh guna.

Fungsi tabungan wujud dalam bentuk yang sedemikian kerana :

Sebagaimana yang diketahui:

Yd = C + S 1
S = Yd - C 2

Juga diketahui bahawa fungsi penggunaan di tulis sebagai C = a + bYd

Jika digantikan persamaan C = a + bYd ke dalam persamaan di atas,
maka

S = Yd- C
S = Yd - [ a + bYd ]
S = Yd - a – bYd
S = - a + Yd – bYd
S = - a + (1 – b) Yd

Penggunaan ( C )

Y=C
C = a + bYd

a Pendapatan
0 36 000 negara
Tabungan ( S )
S = -a + ( 1 – bYd)
0 Pendapatan
36 000 negara

-a

b)Faktor yang mempengaruhi
Penggunaan (C) dan Tabungan (S)

1 PENDAPATAN ISI RUMAH
MPC DAN MPS
FAKTOR – FAKTOR 2
YANG 3 AGIHAN PENDAPATAN
4 KADAR BUNGA
MEMPENGARUHI 5
PENGGUNAAN DAN PEMILIKAN HARTA
KEKAYAAN
TABUNGAN
DASAR KERAJAAN
6

1

PENDAPATAN ISI RUMAH

Semakin tinggi tingkat pendapatan boleh guna,
semakin tinggi keupayaan masyarakat untuk
berbelanja ( C ) dan menabung ( S ); dan sebaliknya.

Yd C dan S

Yd C dan S

2

MPC DAN MPS

Semakin besar nilai mpc, semakin tinggi keupayaan
masyarakat untuk berbelanja ( C ) manakala semakin
besar nilai mps, semakin besar bahagian pendapatan
yang akan ditabungkan. Begitulah sebaliknya.

MPC C MPS S

MPC C MPS S

3

AGIHAN PENDAPATAN

Sekiranya agihan pendapatan dikalangan
masyarakat tertumpu di kalangan orang-orang kaya,
maka tambahan dalam perbelanjaan yang wujud
dalam ekonomi tersebut adalah kecil apabila
pendapatan golongan tersebut meningkat.

Ini kerana keperluan ke atas barang dan
perkhidmatan yang diperlukan oleh mereka hampir
dapat dipenuhi keseluruhannya. Dengan kata lain
nilai mpc dikalangan orang-orang kaya adalah
rendah berbanding orang-orang miskin.

Keadaan sebaliknya pula berlaku jika agihan
pendapatan dalam ekonomi tersebut lebih memihak
kepada orang-orang miskin.

Ini kerana bagi golongan miskin, sebahagian besar
daripada tambahan pendapatan yang mereka terima
akan dibelanjakan berikutan kebayakan daripada
keperluan mereka belum dapat dipenuhi
sepenuhnya.

4

KADAR BUNGA

Jika kadar bunga di pasaran tinggi, maka jumlah
penggunaan ( C ) akan jatuh, sebaliknya bagi jumlah
tabungan ( S ) yang akan meningkat berikutan
keghairahan orang ramai untuk menangguhkan
penggunaan dan mengejar keuntungan daripada
kadar bunga simpanan yang lebih tinggi.

r C ,S

r C ,S

5

PEMILIKAN HARTA KEKAYAAN

Isi rumah yang berharta terdorong untuk berbelanja
lebih. Dengan hal yang demikian jumlah penggunaan
( C ) di kalangan mereka akan meningkat.

Sebaliknya bagi golongan yang tidak berharta,
dimana mereka lebih terdorong untuk menabung
agar mereka juga akan memiliki harta kekayaan pada
masa depan.

6

DASAR KERAJAAN

Cukai yang dikenakan oleh kerajaan akan
mempengaruhi pendapatan boleh guna isi rumah.
Apabila jumlah pendapatan boleh guna mereka jatuh,
maka jumlah C dan S akan turut mengalami
kejatuhan.

Pelaksanaan skim pencen mendorong orang ramai
berbelanja dan kurang menabung. Ini menyebabkan
jumlah C meningkat, mankala jumlah S akan
berkurangan.

konsep Kecenderungan Mengguna Sut (MPC),
Kecenderungan Menabung Sut (MPS), Kecenderungan

Mengguna Purata (APC)
Dan Kecenderungan Menabung Purata (APS)

a) Hubungan antara MPC dan MPS, APC dan APS
Secara rumus sahaja

b) Hubungan antara Pendapatan boleh guna,
penggunaan dan tabungan

Secara jadual, rajah dan rumus

a) Hubungan antara MPC dan MPS,
APC dan APS

KECENDERUNGAN MENGGUNA SUT ( MPC )

Ditakrifkan sebagai satu ukuran perubahan penggunaan isi rumah
kesan daripada perubahan pendapatan boleh guna.

nisbah di antara
Δ penggunaan terhadap Δ pendapatan boleh guna

MPC boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut :

MPC = ΔC

----
ΔYd

Nilai MPC adalah sama pada setiap tingkat pendapatan boleh guna.

KECENDERUNGAN MENABUNG SUT ( MPS )

Ditakrifkan sebagai satu ukuran perubahan tabungan isirumah
kesan daripada perubahan pendapatan boleh guna.

MPS boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut :

MPS = ΔS

----
ΔYd

Nilai MPS adalah sama pada setiap tingkat pendapatan boleh guna.

Bila kita menjumlahkan nilai MPC dan MPS
pada setiap tingkat pendapatan boleh guna,
nilainya akan menyamai satu.

MPC + MPS = 1

Ini dapat dibuktikan menerusi persamaan
berikut :

Sebagaimana yang kita ketahui, pendapatan
boleh guna akan digunakan oleh pengguna
untuk dua tujuan berikut iaitu untuk tujuan
penggunaan dan tabungan.

atau ringkasnya :
Yd = C + S

Bila berlaku perubahan dalam pendapatan
boleh guna ( ΔYd ), maka akan berlaku jugalah
perubahan dalam jumlah penggunaan ( ΔC )
dan jumlah tabungan ( ΔS ).
Ini dapat ditunjukkan menerusi persamaan
berikut :

Yd = C + S
ΔYd = ΔC + ΔS

Bila persamaan di atas dibahagikan dengan
ΔYd, maka :

ΔYd = ΔC ΔS
------ ----- + -------

ΔYd ΔYd ΔYd

1 = MPC + MPS

KECENDERUNGAN MENGGUNA PURATA
( APC )

Ditakrifkan sebagai satu ukuran jumlah penggunaan isi rumah
terhadap jumlah pendapatan boleh guna

Ianya merupakan nisbah antara
jumlah penggunaan dengan jumlah pendapatan boleh guna

APC boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut :

APC = C
---
Yd

Nilai APC berbeza pada setiap tingkat pendapatan boleh guna.

KECENDERUNGAN MENABUNG PURATA
( APS )

Ditakrifkan sebagai satu ukuran jumlah tabungan isi rumah terhadap
jumlah pendapatan boleh guna

Ianya merupakan nisbah antara jumlah tabungan dengan jumlah
pendapatan boleh guna

APS boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut :

APS = S
---
Yd

Nilai APS berbeza pada setiap tingkat pendapatan boleh
guna.

Bila kita menjumlahkan nilai APC dan APS
pada setiap tingkat pendapatan boleh guna,
nilainya akan menyamai satu.

APC + APS = 1

Ini dapat dibuktikan menerusi persamaan
berikut :

a) Hubungan antara Pendapatan boleh guna,
Penggunaan dan Tabungan (jadual)

(1) (2) (3)
Y=Ydb C S

0 9000 -9000

6000 13500 -7500

12000 18000 -6000

18000 22500 -4500

24000 27000 -3000

30000 31500 -1500

36000 36000 0

42000 40500 1500

48000 45000 3000

54000 49500 4500

60000 54000 6000

Fungsi penggunaan
(Bentuk persamaan)

C = a + bYd

Di mana :

C = perbelanjaan penggunaan
a = penggunaan autonomi
b = kecenderungan mengguna sut (MPC)
Yd = pendapatan boleh guna.

Penggunaan autonomi adalah perbelanjaan pada Yd=0 jadi

a = 9 000

MPC = Perubahan C = 4 500 = 0.75
Perubahan Yd 6 000

Oleh itu C = 9 000 + 0.75Yd

Fungsi Tabungan
(Bentuk persamaan)

S = -a + (1- b)Yd

Di mana :

S = tabungan
-a = tabungan pada pendapatan negara sifar
(1- b) = kecenderungan menabung sut (MPS)

Yd = pendapatan boleh guna.

-a = - 9 000

MPS = Perubahan S = 1 500 = 0.25
Perubahan Yd 6 000

Atau 1 – b = 1 – 0.75 = 0.25

Oleh itu S = - 9 000 + 0.25Yd


Click to View FlipBook Version