The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT EKONOMI KMP, 2021-02-25 03:05:35

BAB 3

bab 3

b) Hubungan antara Pendapatan boleh guna, Penggunaan dan Tabungan (rajah)

Penggunaan

Y=C

9000 C = 9000 + 0.75Yd
Pendapatan negara
36000
tabungan

S = -9000 + 0.25Yd

Pendapatan negara

36000

-9000

Penggunaan ( C ) merupakan perbelanjaan
yang di buat oleh sektor isi rumah ke atas
barang dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh sektor firma.

Besar atau kecilnya jumlah C yang dilakukan
oleh isi rumah sebenarnya bergantung kepada
tingkat pendapatan boleh guna sektor tersebut.

Bentuk hubungan yang wujud di antara
keduanya adalah bersifat positif.

Ini bermakna jika tingkat Yd masyarakat adalah
tinggi, maka jumlah C yang dilakukannya juga
adalah tinggi, begitulah sebaliknya.

Bentuk hubungan di antara keduanya boleh

ditulis sebagai : C = f ( Yd ) (1)

Jika diandaikan kesemua Yd masyarakat
dibelanjakan untuk C, maka bentuk hubungan

di antara keduanya boleh ditulis sebagai :

Yd = C (2)

Realitinya, keadaan di atas jarang - jarang
berlaku. Ini kerana bukan kesemua daripada Yd
tersebut akan dibelanjakan untuk C.

Sebaliknya sebahagian daripadanya
akan diketepikan atau disimpan sebagai
tabungan ( S ) oleh isi rumah.

Dengan hal yang demikian, maka Yd yang
diperolehi oleh sektor isi rumah sebenarnya

digunakan untuk dua tujuan utama iatu

penggunaan ( C ) dan juga tabungan ( S ).

Ringkasnya ia boleh ditulis sebagai berikut :

Yd = C + S (3)

Berdasarkan persamaan ( 3 ) di atas,
jelas menunjukkan bahawa:

C = Yd - S (4)
S = Yd - C (5)

Persamaan ( 4 ) menegaskan bahawa C
sebenarnya merupakan bahagian Yd yang tidak
ditabungkan.

Manakala persamaan ( 5 ) pula menjelaskan
bahawa S sebenarnya adalah bahagian Yd yang
diketepikan daripada tujuan penggunaan.

Sebagaimana C , besar atau kecilnya jumlah S
sebenarnya juga bergantung kepada tingkat Yd

Ini bermakna jika tingkat Yd masyarakat adalah
tinggi, maka jumlah S yang dilakukannya juga
adalah tinggi, dan begitulah sebaliknya.

Bentuk hubungan di antara keduanya boleh

ditulis sebagai : S = f ( Yd ) (6)

Dapat diperhatikan bahawa Y @ Yd mepunyai
hubungan langsung dengan C dan S.

Ini dapat dibuktikan dengan melihat
pertambahan yang berlaku dalam jumlah C dan
S apabila Yd meningkat.

Jika kita perhatikan pada setiap tingkat Yd,
% pertambahan dalam Yd sentiasa lebih besar
berbanding % pertambahan yang berlaku
dalam C.

Itulah sebabnya meskipun pada mulanya C >
Yd, namun bila tiba satu peringkat Yd tertentu,
jumlah C = Yddan akhirnya C < Yd.

Pada mulanya jumlah C melebihi jumlah Yd
berlaku pada tingkat Yd = RM 0 hingga
RM 3000.

Tetapi kemudiannya jumlah C menyamai
jumlah Yd.
Ini berlaku pada tingkat Yd = RM 36 000.

Seterusnya jumlah C menjadi lebih kecil
berbanding jumlah Yd.
Ini berlaku bermula pada tingkat Yd RM 42 000
hingga RM 60 000.

i). C > Yd
Dalam keadaan di mana C > Yd, kita dapat membuat
kesimpulan bahawa pengguna terpaksa
menampung lebihan dalam jumlah perbelanjaan
mereka.

Ini boleh dilakukan dengan cara ‘makan tabungan’.

Makan tabungan atau memakan tabungan
merujuk kepada tiga perkara atau perbuatan
berikut:

1. Menggunakan tabungan masa lampau.
2. Meminjam dari pelbagai sumber ( kawan,

saudara - mara , institusi kewangan dsb. )
3. Menjual sebarang bentuk harta kekayaan

yang dimiliki.

Ketika ini, tabungan pengguna menjadi negatif.
Ini kerana mereka pada hakikatnya mereka
sedang mengeluarkan wang dari tabungan
yang telah mereka lakukan sebelum ini.

ii) C = Yd
Dalam keadaan di mana Yd = C atau jumlah C
menyamai jumlah Yd, aktiviti memakan
tabungan tidak lagi berlaku.
Ini bermakna pengguna tidak lagi melakukan
tiga perkara yang telah disebutkan di atas.

Pada ketika ini jumlah tabungan yang mereka
lakukan tidak lagi negatif tetapi sifar atau
kosong.

Ini menunjukkan bahawa pengguna kini tidak
lagi menggunakan atau mengeluarkan
tabungan masa lampaunya bagi membiayai
perbelanjaannya meskipun dalam masa yang
sama belum lagi membuat tabungan baru.

Iii). C < Yd
Dalam keadaan di mana jumlah C < Yd atau
jumlah Yd > C, pengguna kini dikatakan
mempunyai lebihan dalam jumlah pendapatan
mereka.

Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum
ini diketahui bahawa Y = C + S, maka jumlah
lebihan pendapatan tadi sebenarnya akan
ditabungkan oleh isi rumah tersebut.

Itulah sebabnya pada ketika itu tabungan
pengguna kini menjadi nilai - nilai yang positif.

Tabungan positif membawa maksud bahawa
pengguna kini benar - benar telah membuat
tabungan atau melakukan simpanannya.

Pada tingkat pendapatan negara @ pendapatan
boleh guna sifar, penggunaan tetap wujud.

Ini menunjukkan bahawa meskipun pengguna
tidak mempunyai sebarang pendapatan,
mereka tetap membuat perbelanjaan tertentu
demi kelangsungan atau kesinambungan hidup
mereka.

Ini membawa maksud bahawa penggunaan
pada ketika ini tidak dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan negara @ Yd tadi.

Penggunaan yang tidak dipengaruhi oleh
tingkat pendapatan negara dipanggil sebagai
penggunaan autonomi.
Ianya disimbolkan dengan huruf ‘ a ’.

Penggunaan autonomi juga merujuk kepada
tingkat penggunaan isi rumah ketika
pendapatan negara adalah sifar.

Kita juga dapat melihat bahawa pada tingkat
pendapatan negara sifar, tabungan juga wujud,
iaitu tabungan negatif. Ini menunjukkan
bahawa tingkat tabungan ini juga tidak
dipengaruhi oleh jumlah pendapatan negara.

Tabungan yang tidak dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan negara dipanggil sebagai tabungan
autonomi. Ianya disimbolkan dengan huruf ‘ –
a ’.

KONSEP PELABURAN

Pelaburan merupakan perbelanjaan yang dibuat oleh
sektor firma ke atas barang modal untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Dalam kajian makroekonomi, pelaburan yang dibuat
oleh sektor firma antara lainnya meliputi :

( i ) Perbelanjaan ke atas pembinaan bangunan
kilang, pejabat dan rumah kediaman pekerja.

( ii ) Perbelanjaan ke atas barang - barang modal
seperti jentera dan perkakasan.

( iii ) Perubahan dalam stok atau inventori samada
berupa bahan - bahan mentah, barang- barang

separa siap mahupun barang - barang akhir.

Perbezaan pelaburan bersih dan pelaburan kasar.

Pelaburan bersih ialah perbelanjaan ke atas pembelian barang -
barang modal yang tidak meliputi peruntukan perbelanjaan ke atas
susut nilai barang modal tersebut.

Pelaburan kasar ialah perbelanjaan ke atas pembelian barang -
barang modal termasuk di dalamnya perbelanjaan penggantian
atau perbelanjaan ke atas susut nilai modal tersebut.

Dalam kajian ekonomi, pelaburan juga boleh dibahagikan
kepada dua bentuk pelaburan.

( i ) Pelaburan teraruh

( ii ) Pelaburan autonomi

PELABURAN TERARUH

Pelaburan teraruh ialah pelaburan yang dipengaruhi
oleh tingkat pendapatan negara, di mana tingkat
pendapatan negara dan jumlah pelaburan
mempunyai hubungan secara langsung.

Semakin tinggi jumlah pendapatan negara, semakin
tinggi jumlah pelaburan yang dilakukan,dan
begitulah sebaliknya.

PELABURAN AUTONOMI

Pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak dipengaruhi oleh
tingkat pendapatan negara.

Ia dipengaruhi oleh faktor kadar bunga, jangkaan pulangan pada
masa hadapan, kemajuan teknologi dan kos pengeluaran.
Contoh :
Semakin rendah kadar bunga semakin tinggi jumlah pelaburan
dan begitulah sebaliknya.

Jika pengusaha menjangkakan pulangan ke atas pelaburan
mereka adalah besar dan menguntungkan, maka jumlah pelaburan
yang dilakukan akan meningkat dan begitulah sebaliknya.

Apabila berlaku perkembangan dalam teknologi dan penurunan
dalam kos pengeluaran pelaburan akan meningkat.

c) Faktor yang mempengaruhi Pelaburan (I)
termasuk konsep MEI

1 PENDAPATAN NEGARA

2 KADAR BUNGA

FAKTOR – FAKTOR 3 KADAR PULANGAN
YANG 4 MODAL ( MEI )
5
MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
PELABURAN TEKNOLOGI

6 KOS PENGELUARAN
7
JANGKAAN EKONOMI
PADA MASA DEPAN

DASAR KERAJAAN

1

PENDAPATAN NEGARA
Semakin tinggi tingkat pendapatan negara semakin
besar jumlah pelaburan teraruh.

YI

YI

2

KADAR BUNGA

Kadar bunga kos peminjaman Pelaburan
Kadar bunga kos peminjaman Pelaburan

3

KADAR PULANGAN
MODAL ( MEI )

Kadar pulangan modal adalah peratusan keuntungan
yang diperoleh oleh pengusaha daripada pelaburan
yang dilakukannya dalam masa setahun

Pengusaha akan membuat keputusan tentang
pelaburan dengan membandingkan di antara kadar
pulangan modal ( MEI ) dan kadar pinjaman ( kadar
bunga @ r )

Pengusaha akan mengambil keputusan untuk
membuat atau menambah pelaburan jika MEI > r. Jika
sebaliknya berlaku, pengusaha tidak akan membuat
pelaburan kerana ianya tidak akan mendatangkan
keuntungan.

Kadar bunga MEI Kadar pinjaman dan kadar
Pelaburan pulangan pelaburan pada
r0 mulanya diandaikan pada
r1 kadar r1.
0 I0 I1
Jika kadar pinjaman
meningkat ke r0, manakala
kadar pulangan pelaburan
masih pada kadar r1, maka
kadar pinjaman kini
melebihi kadar pulangan
pelaburan.

Dengan hal yang
demikian, tingkat
pelaburan akan jatuh ke I1

4

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Perkembangan teknologi akan meninggikan daya
pengeluaran firma. Keadaan ini seterusnya
menyebabkan kecekapan modal sut firma
bertambah. Kenaikan kecekapan modal sut firma ini
menyebabkan jumlah pelaburan firma meningkat.

Kenaikan kecekapan modal sut firma dicerminkan
dengan peralihan keluk MEI ke kanan.

Kadar bunga

Pada tingkat kadar bunga

yang sama, apabila

kecekapan modal sut

bertambah, maka jumlah

r1 pelaburan firma meningkat
dari I0 ke I1

MEI1
MEI

0 I0 I1 Pelaburan

5

KOS PENGELUARAN

Kenaikan kos pengeluaran akan menyebabkan
kejatuhan dalam jumlah keuntungan. Keadaan ini
seterusnya menyebabkan berlakunya penurunan
dalam jumlah pelaburan.

Sebaliknya jika tidak berlaku sebarang kenaikan
dalam jumlah kos pengeluaran atau berlaku sedikit
sahaja kenaikan dalam jumlah kos pengeluaran dan
dalam masa yang sama diikuti pula oleh peningkatan
dalam daya pengeluaran firma, maka jumlah
pelaburan firma mungkin akan bertambah.

6

JANGKAAN EKONOMI
PADA MASA HADAPAN

Jika para pelabur menjangkakan keadaan ekonomi
pada masa hadapan adalah baik, maka mereka akan
menambahkan jumlah pelaburan mereka. Jika
keadaan ekonomi sebaliknya, maka mereka kurang
yakin terhadap pulangan pelaburan yang bakal
mereka perolehi. Dengan hal yang demikian mereka
kurang berminat untuk menambahkan pelaburan.

7

DASAR KERAJAAN

Pengurangan kadar cukai koporat oleh kerajaan akan
meninggikan jumlah keuntungan firma. Keadaan ini
memboleh dan menggalakkan firma terus menambah
pelaburan mereka.

Pelaksanaan dasar belanjawan kurangan akan
menambahkan jumlah permintaan agregat. Keadaan
ini mendorong para pelabur meningkatkan jumlah
pelaburan dalam ekonomi.

FUNGSI PELABURAN TERARUH

Pelaburan teraruh merupakan bentuk pelaburan
yang dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.

YI
YI

Fungsi pelaburan teraruh bersifat mencerun ke atas
dari kiri ke kanan.
Ianya ditunjukkan sebagaimana rajah berikut

FUNGSI PELABURAN AUTONOMI

Pelaburan autonomi merupakan bentuk pelaburan
yang dipengaruhi oleh faktor-faktor selain dari
tingkat pendapatan negara. Contoh : kadar bunga,
dasar kerajaan, jangkaan pelabur

Ini bermakna sebarang perubahan yang berlaku ke
atas tingkat pendapatan negara tidak akan
mengubah atau mempengaruhi jumlah pelaburan
autonomi.

YI

YI

FUNGSI PELABURAN AUTONOMI

Pelaburan

I0 I

0 Y2 Y0 Y1 Pendapatan
Negara

Tingkat pendapatan negara asal = 0Y0 dan Jumlah
pelaburan yang asal = 0I0.

Apabila tingkat pendapatan negara meningkat ke 0Y1,
Jumlah pelaburan tetap kekal pada jumlah 0I0 .

Begitu juga apabila tingkat pendapatan negara jatuh
ke 0Y2, jumlah pelaburan masih lagi kekal pada
jumlah 0I0

Proses Keseimbangan Pendapatan Negara menggunakan :

a) Pendekatan penawaran agregat (AS)-perbelanjaan
agregat (AE)
AS = AE
Y=C+I

b) Pendekatan Bocoran(W) – Suntikan(J)
Bocoran = Suntikan
S= I

KONSEP KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

Keseimbangan pendapatan negara atau keseimbangan
ekonomi negara adalah suatu keadaan di mana jumlah seluruh

perbelanjaan dalam suatu ekonomi ke atas barang - barang
dan perkhidmatan ( AE ) menyamai jumlah seluruh penawaran

barang - barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
ekonomi tersebut ( AS ).

AS = AE

Dalam konteks ekonomi dua sektor, jumlah seluruh
perbelanjaan dalam ekonomi atau lebih dikenali
sebagai perbelanjaan agregat ( AE ) meliputi
penggunaan isi rumah ( C ) dan pelaburan ( I ).
Ringkasnya ia dapat ditulis seperti berikut :

AE = C + I

Manakala jumlah seluruh penawaran barang - barang
dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai
penawaran agregat ( AS ), adalah merupakan jumlah
keluaran negara ( Y ) bagi ekonomi tersebut.
Ringkasnya ia dapat ditulis seperti berikut :

AS = Y

Disebabkan keseimbangan pendapatan negara
berlaku bila jumlah seluruh perbelanjaan menyamai
seluruh penawaran dalam ekonomi tersebut, maka ia
boleh juga ditulis sebagai :

AS = AE

Dengan hal yang demikian, syarat keseimbangan
pendapatan negara boleh juga ditulis seperti berikut :

AS = AE
Y = C+I

Sebagaimana yang kita ketahui, dalam ekonomi dua
sektor, pendapatan negara sebenarnya juga merupakan
pendapatan yang diperolehi oleh sektor isi rumah.

Kita juga menyedari bahawa isi rumah akan menggunakan
pendapatan tersebut untuk dua tujuan iaitu untuk
penggunaan ( C ) dan tabungan ( S ). Ringkasnya dapat
ia ditulis seperti berikut :

Y=C+S

Jika kita gantikan Y = C + S ke dalam persamaan
Y = C + I, maka ia boleh ditulis semula seperti
berikut :

Y = C+I
C+S = C+I

Dengan hal yang demikian, keseimbangan
pendapatan boleh juga ditulis sebagai :

S=I

Kesimpulannya:

Ekonomi dua sektor akan mencapai keseimbangan
apabila :

1 AS = AE PENDEKATAN
PERBELANJAAN

AGREGAT

2 S=I PENDEKATAN
BOCORAN & SUNTIKAN

PROSES KESEIMBANGAN KAEDAH JADUAL

(1) (2) (3) (4) (5) (6)

Y=Yd C S I C+I KESAN
( AS ) ( AE ) ATAS PN
9000 -9000 1500
0 13500 -7500 1500 10500 Yd<AE

6000 15000 Yd<AE

12000 18000 -6000 1500 19500 Yd<AE

18000 22500 -4500 1500 24000 Yd<AE

24000 27000 -3000 1500 28500 Yd<AE

30000 31500 -1500 1500 33000 Yd<AE

36000 36000 0 1500 37500 Yd<AE

42000 40500 1500 1500 42000 Yd=AE
48000 45000 3000 1500 46500 Yd>AE
54000 49500 4500 1500 51000 Yd>AE

60000 54000 6000 1500 55500 Yd>AE

KAEDAH RUMUS

PENDEKATAN
PERBELANJAAN AGREGAT

AS = AE
Y =C+I
Y = 9000 + 0.75Yd + 1500
Y = 9000 + 0.75Y +1500
Y = 10500 + 0.75Y
Y - 0.75Y = 10500

0.25Y = 10500
Y = 10 500
0.25
Y = RM 42 000

KAEDAH RUMUS

PENDEKATAN
B0CORAN - SUNTIKAN

Bocoran = Suntikan
S=I

- 9000 + 0.25Yd = 1500
- 9000 + 0.25Y = 1500
- 9000 + 0.25 Y = 1500

0.25Y = 10500
Y = RM 42,000

KAEDAH RAJAH

PENDEKATAN
PERBELANJAAN

AGREGAT

Perbelanjaan agregat (AE)
RM

Y = AE
AE = C + I = 10 500 + 0.75Y

E

10 500

0 Y (RM)

42 000

KAEDAH RAJAH

PENDEKATAN
BOCORAN - SUNTIKAN

S, I S = - 9000 + 0.25Yd
EI
1500
0 Y

- 9000 42 000

Proses keseimbangan

AE Y= AE

AE>AS C+ I =AE
E
10 500
AE<AS

0 36 000 42 000 48 000 Y = AS

kesan perubahan
pelaburan autonomi terhadap
perbelanjaan agregat dan keseimbangan
secara jadual, rumus dan rajah

PELABURAN AUTONOMI BERTAMBAH
SEBANYAK RM 1500
@ I1 = RM 3000


Click to View FlipBook Version