The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurathirahsahap, 2022-01-09 17:10:45

e-PROSIDING KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR

e-PROSIDING_KT_SEMEKAR_2021_1.0 A

Keywords: KAJIAN TINDAKAN

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023
KEMENTERIAN PENDIDIDKAN MALAYSIA

SMK KERATONG

e-PROSIDING

“TRANSFORMASI PDP MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

1

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

AMALAN TERBAIK PDP TS25

e-PROSIDING AMALAN TERBAIK PDP TS25

Menghimpunkan Sebahagian besar Kajian Tindakan Oleh Guru Sepanjang Proses Pelaksanaan
PdPr 2021

SMK Keratong
Rompin, Pahang

MALAYSIA

i

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

KEMENTERIAN PENDIDIDKAN MALAYSIA
SMK KERATONG

AMALAN TERBAIK PDP TS25

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2021

TEMA

TRANSFORMASI PDP MELALUI KAJIAN TINDAKAN

ii

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Diterbitkan Oleh:
SMK Keratong
Jalan Sekolah Felda Keratong 2
26900 Bandar Tun Razak
Pahang Darul Makmur
Nol. Tel: 09-4457434
Emel: cea8018@[email protected]
Facebook: smk Keratong Keratong
Instagram: @amazingsemekar
Blog: https://semekar-smkk.blogspot.com/?m=1
Youtube: https://youtube.com/chanel/UC7EcWG_RkjjOPcAzsP2kOCA

@ SMK KERATONG ROMPIN
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana hasil penulisan artikel, ilustrasi dan
sebagainya yang terdapat di dalam e-Prosiding ini dicetak, diterbitkan semula dalam apa jua
bentuk dan menggunaka apa jua kaedah teknologi terkini tanpa kebenaran bertulis dari
Pengetua SMK Keratong
QR CODE

Terbitan Pertama 2021

iii

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

AMALAN TERBAIK PDP TS25
PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2021

e-PROSIDING

JAWATANKUASA PENERBITAN

PENASIHAT MOHD RIZAL BIN ATAN
PENGERUSI Pengetua
TIMBALAN PENGERUSI SMK Keratong

EDITOR KAMSANI TUAH BINTI MUJIR
GRAFIK GPK Kurikulum
SMK Keratong

CHE SAMSUDIN BIN CHE SMAIL
GPK Hal Ehwal Murid
SMK Keratong

ZULIHA BINTI DERAMAN
GPK Kokurikulum
SMK Keratong

NORLIZA BINTI ABD FATAH

NUR ATHIRAH BINTI SAHAP

iv

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PRAKATA
Prosiding Kajian Tindakan ini merupakan kompilasi penulisan kajian tindakan yang disediakan
oleh para guru yang dibentangkan sempena Perkongsian Amalan Terbaik PdP TS25 Peringkat
SMK Keratong yang dicetuskan oleh Tn. Pengetua SMK Keratong, En. Mohd. Rizal Bin Atan
pada 23 – 25 November 2021 secara atas talian. Program tersebut telah berjaya menghimpunkan
seramai lapan orang warga pendidik SMK Keratong melalui pembentangan video kajian tindakan.
Program yang julung kali diadakan ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari guru yang
terlibat. Sebanyak lapan kajian tindakan telah berjaya dikumpul dan dimurnikan hasil penulisan
peserta yang telah menyertai kolokium ini. Penulisan kajian tindakan tersebut telah
dipertandingkan melalui pembentangan secara video mengikut kreativiti masing-masing dan
diadili oleh barisan hakim yang dijemput khas.
Kompilasi penulisan kajian tindakan telah dikumpul dan dibukukan bagi menyediakan satu
wahana kepada pembaca untuk memahami amalan dan konteks sebenar pelaksanaan TS25 di
peringkat sekolah dan persekitaran pendidikan secara global. Penulisan kajian tindakan yang
dikumpulkan dalam jurnal Prosiding Kajian Tindakan ini memberikan tumpuan kepada aspek
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti sesuai dengan tema ‘Transformasi PDP Melalui Kajian
Tindakan’.
Jurnal Prosiding Kajian Tindakan ini telah disunting oleh jawatankuasa yang diamanahkan bagi
mengurus dan menjamin kualitinya. Ianya bukanlah kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia tetapi hanyalah merupakan kertas-kertas penulisan akademik bagi menambahbaik
amalan PDP guru di dalam bilik darjah.

Sidang Editor
e-Prosiding SMK Keratong
Tahun 2021

v

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

AMALAN TERBAIK PDP TS25 PERINGKATSEKOLAH
TRANSFORMASI PDP MELALUI KAJIAN TINDAKAN

PENGENALAN

Pembangunan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia merupakan agenda utama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), maka berdasarkan agenda penting ini guru merupakan golongan yang
terlibat secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan pengajaran untuk
meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil pembelajaran yang maksimum diperolehi
pelajar di sekolah. Hal ini kerana pendidikan yang terancang dan teratur serta berkualiti hanya
boleh terhasil apabila penggerak kepada pembangunan pendidikan itu, iaitu guru berada pada tahap
yang tinggi profesionalismenya dan berkesan. Hal ini bermaksud bahawa pendidikan itu sendiri
tidak dapat dibangunkan dan dikembangkan tanpa mempunyai guru-guru yang cemerlang dan
berkualiti. Juateru itu, amalan kajian tindakan dapat merealisasikan transformasi pengurusan
pengajaran guru di bilik darjah dengan mempamerkan tentang keupayaan para guru untuk
mengutamakan tentang amalan sendiri, berfikir secara kritikal, menekankan nilai
kesamarataan dan prinsip demokratik terhadap amalan masing-masing di bilik darjah.

RASIONAL

SMK Keratong merancang Kajian Tindakan peringkat sekolah adalah untuk menambahbaik
amalan PDP dalam kalangan guru tentang amalan kajian tindakan guru di SMK Keratong dan
menyuntik pengembangan emansipasi guru untuk melakukan transformasi pengurusan
pengajaran di bilik darjah.

OBJEKTIF
a) Menyediakan platform untuk guru-guru berkongsi pengalaman melalui kajian

tindakan dan inovasi yang telah dilaksanakan di sekolah dalam mendepani cabaran
Revolusi Industri 4.0 dan pandemik covid 19.
b) Menyediakan wahana untuk guru-guru berkongsi, berbual bicara dan
mempersembahkan idea-idea bernas dalam mendepani segala cabaran.
c) Menggalakkan budaya melaksanakan kajian tindakan dalam kalangan guru bagi
menyelesaikan masalah dan isu yang dihadapi dalam bilik darjah.
d) Membantu pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran dan menyelesaikan
masalah dan isu pembelajaran dalam bilik darjah.

vi

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

KATA ALUAN
PENGETUA SMK KERATONG

Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, e-Prosiding Kajian Tindakan ini telah
berjaya diterbitkan. Penerbitan e-Prosiding ini adalah suatu kesinambungan usaha penerokaan
ilmu dan kemahiran baharu dalam kalangan pendidik SMK Keratong bagi membolehkan ilmu
serta kemahiran tersebut disebar luas dan dikongsikan dengan semua yang berkepentingan.

Selaras dengan matlamat pendidikan masa kini yang memberi penekanan terhadap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi KEBOLEHPASARAN MURID sebagai persediaan
berdepan Revolusi Industri 4.0 dan 5.0, e-Prosiding ini memuatkan artikel berkaitan dengan
amalan guru untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pemudahcara (PdPc). Turut
dikongsikan inovasi dan intervensi dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) mata pelajaran
kemanusiaan seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) dan Pendidikan Islam. Tidak lupa
juga kaedah PdPc untuk anak-anak berkeperluan khas serta intervensi dalam mengekalkan
kumpulan minoriti Orang Asli (MOA) untuk terus mengikuti sistem persekolahan.

Fokus Kajian Tindakan yang dilaksanakan ini bukan sahaja semata-mata untuk meningkatkan
Kompetensi dan Profesionalisme guru namun, ia adalah sebagai satu langkah mewujudkan guru
yang berfikiran kritikal serta kreatif untuk menghasilkan inovasi serta sentiasa mengaplikasi
pedagogi terbaik bagi meningkatkan penguasaan murid khususnya dalam situasi pelaksanaan
PdPr dan Pandemik. Apakah ‘Best Practise’ yang guru boleh laksanakan dalam situasi tersebut
bagi memastikan kemahiran berfikir murid dapat ditingkatkan. Bagaimana usaha guru untuk
menerapkan kemahiran STEM dalam PdPc dan PdPr agar minat murid terhadap mata pelajaran
tersebut bercambah? Saya percaya untuk menghasilkan murid yang berfikiran kritikal dan kreatif,
maka guru terlebih dahulu perlu bersedia mempunyai pemikiran yang sebegitu dan tidak jumud.
Maka hasrat dan hala tuju sekolah untuk Memberdayakan KBAT murid Insya Allah akan dapat
dicapai.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada warga pendidik yang telah
menyumbangkan artikel yang berkualiti, serta tahniah dan syabas kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan e_Prosiding
Penyelidikan Pendidikan SMK Keratong bagi tahun 2021. Terima kasih.

Pemberdayaan KBAT Murid :
Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang

EN. MOHD RIZAL BIN ATAN
Pengetua SMK Keratong

vii

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

JawatanKuasa Penerbitan
Prakata
Pengenalan
Sekapur Sirih

KANDUNGAN

PROGRAM SeMOA#3P:
MENGEKAL KEBERADAAN MURID ORANG ASLI (MOA) DI BAWAH INISIATIF
#57 PPPM 2013-2025
Mohd Rizal Bin Atan,Che Samsudin Bin Che Ismail,Hanim Binti Mohammad dan
Zulikha Binti Kamaruzaman

PENGGUNAAN e-MiL PENDIDIKAN JASMANI BAGI MENINGKATKAN PRESTASI
MURID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
Norliza binti Abd Fatah

PENGGUNAAN APLIKASI PADLET UNTUK MENARIK MURID MENJADI
PEMBELAJAR AKTIF DALAM PDPR BAGI SUBJEK
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
Nur Athirah Binti Sahap

MENINGKATKAN PENGUASAAN TATABAHASA KOMUNIKASI BAHASA
INGGERIS DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH
PEMBELAJARAN MELALUI ‘KIT AiLEE TV’
Aina Mardihah binti Ab Malek

PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIK AKRONIM DALAM MENINGKATKAN
KEUPAYAAN MURID TINGKATAN
DUA UNTUK MENGINGAT FAKTA SEJARAH
Wan Nurul Najwa Binti Wan Jusoh

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN
‘TEKNIK BURGER”
Nurul Shahira Hassan

PENGGUNAAN TEKNIK BisaMePaSihMEMBANTU MURID MENGUASAI NOVEL
BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5
Arni Diana Binti Rosly

PENGGUNAAN PETA I-THINK DALAM PENDIDIKAN JASMANI BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGATAN 3 DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
Mohd Nazir Bin Abllah

viii

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DALAM MENINGKATKAN TAHAP
PERTUTURAN BAHASA INGGERIS DALAM PROSES PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
Maisarah Binti Mohd Rosdi
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM TOPIK JADUAL DAN GRAF
MENGGUNAKAN KAEDAH DEMONSTRASI /TUNJUK
Hasmi Bin Mat Salleh

ix

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PROGRAM SeMOA#3P:
MENGEKAL KEBERADAAN MURID ORANG ASLI (MOA) DI BAWAH

INISIATIF #57 PPPM 2013-2025

Mohd Rizal Bin Atan,Che Samsudin Bin Che Ismail,Hanim Binti Mohammad dan
Zulikha Binti Kamaruzaman

SMK Keratong, Rompin, Pahang
[email protected]

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk menambah baik Program Sekolah dalam mengekalkan
keberadaan MOA dalam sistem persekolahan dan mengatasi isu ketidakhadiran MOA di SMK
Keratong supaya tidak menjadi kelompok cicir dalam mendepani cabaran dan keperluan Revolusi
Industri (R.I) 4.0. Kajian ini dilaksana dalam tempoh pelaksanaan PdP secara bersemuka pada 5
April hingga 7 Mei 2021 dan memberi tumpuan kepada MOA dari Tingkatan 1 dan 2 terdiri
daripada 2 lelaki serta 3 perempuan yang memperlihatkan potensi keciciran dari sistem
persekolahan. Reka bentuk kajian menggunakan Model Kurt Lewin manakala, data diperolehi
melalui temubual tidak berstruktur dan secara berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen
(APDM). Sehubungan itu, melalui kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling satu program
intervensi yang berkonsep Pujuk, Pantau dan Puji (3P) iaitu Program ‘SeMOA#3P’’ dilaksana
untuk menangani isu secara berfokus. Hasil kajian mendapati tiga dari lima MOA memperlihatkan
minat dan keinginan untuk mengikuti persekolahan semula. Pengkaji menyarankan pada masa
akan datang intervensi ini perlu disesuaikan dengan situasi semasa bagi mengekalkan konsistensi
kehadiran murid ke sekolah.

KATA KUNCI : Keberadaan MOA, R.I 4.0 dan Program SeMOA#3P

1. PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah Inisiatif #57: Transformasi
Pendidikan Orang Asli dan Peribumi dilaksanakan bagi memastikan ekuiti, iaitu kesamarataan
akses pendidikan murid Orang Asli dan Peribumi seiring dengan pendidikan arus perdana dapat
direalisasikan dengan kesungguhan dan komitmen semua pihak (BPSH). Antara inisiatif tersebut
adalah melibatkan Pengurusan Transisi MOA dan Pribumi dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 serta
Pengurusan Kehadiran MOA dan Pribumi. Sehubungan itu, berdasarkan inisiatif tersebut serta
sejajar dengan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah (TS) 25.0 yang memberi tumpuan
terhadap Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti maka, menjadi tanggungjawab sekolah untuk
berperanan memastikan keberadaan dan kemenjadian MOA diberi perhatian sewajarnya di
samping menyediakan mereka dengan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang diperlukan dalam
berdepan R.1 4.0.

Bagi SMK Keratong, dua isu berkait yang menimbulkan kebimbangan pihak sekolah
apabila mendapati terdapat sebilangan kecil kumpulan rentan ini yang sepatutnya mendaftar masuk
ke Tingkatan Satu tidak berbuat demikian. Manakala, pada masa sama terdapat MOA sedia ada

1

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

memperlihatkan bilangan kehadiran yang amat rendah dalam dua minggu awal sesi persekolahan
bersemuka bulan April 2021. Walaupun tindakan awal telah dibuat dengan menghubungi ibu bapa
namun, respons yang diterima kurang memberi impak kepada keberadaan dan kehadiran MOA ke
sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah berasakan satu pendekatan yang lebih agresif perlu dibuat
selain menghubungi ibu bapa dan penjaga agar matlamat memastikan masyarakat Orang Asli
menerima Pendidikan yang setara dapat dijadikan kenyataan.

Hal ini kerana banyak kajian yang dibuat berkaitan keciciran anak-anak kumpulan rentan
ini dari arus perdana pendidikan. Menurut Doris (2012) kumpulan minoriti ini masih jauh
ketinggalan dan mempunyai kadar keciciran dalam pendidikan yang tinggi dalam semua peringkat
pendidikan bermula dari prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Manakala, menurut
kajian Zainal Abidin (2008) kadar keciciran pelajar Orang Asli lebih tinggi dalam kalangan pelajar
sekolah menengah berbanding sekolah rendah.

2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dilaksanakan berfokus kepada menambah baik pendekatan pihak sekolah untuk
memastikan Keberadaan MOA dalam sistem persekolahan di SMK Keratong. Oleh itu, Program
SeMOA berkonsep #3P dilaksanakan sebagai intervensi bagi mengatasi isu tersebut.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
Menambah baik pendekatan pihak sekolah dalam memastikan Keberadaan MOA dalam sistem
persekolahan di SMK Keratong

Objektif Khusus:
a. Menangani isu transisi MOA dalam sistem persekolahan
b. Meningkatkan kehadiran MOA ke sekolah melalui Program SeMOA

4. PERSOALAN KAJIAN
Bagaimana Pihak Pengurusan Sekolah dapat menambah baik pendekatan sedia ada dalam
mengekalkan keberadaan MOA melalui Program SeMOA #3P (PUJUK, PANTAU dan PUJI)

5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan MOA seramai 5 orang yang memperlihatkan potensi keciciran berdasarkan
data APDM dalam tempoh dua minggu sesi persekolahan bermula (April 2021). Peserta kajian ini
dikodkan dengan sebagai MOA1, MOA2, MOA3, MOA4 dan MOA5.

6. KAEDAH KAJIAN
a. Reka bentuk kajian: Berdasarkan Model Kurt Lewin (1946)
b. Kaedah pengumpulan data:

i. Data APDM untuk mengenal pasti murid dan Tingkatan yang terlibat (Jadual 1).

2

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Jadual 1: Peratus Kehadiran Sebelum Intervensi

MINGGU 1 MINGGU 2
JUM
BIL. MOA TING 5- 6- 7- 8- 9- JUM
Apr Apr Apr Apr Apr 12- 13- 14- 15- 16-
Apr Apr Apr Apr Apr

1 MOA 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1

4 MOA 2 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1

2 MOA 3 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1

3 MOA 4 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 2

5 MOA 5 2 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 1

ii. Temubual Tidak Berstruktur
Temubual Tidak bersrtuktur ini melibatkan pemimpin dalam kalangan masyarakat Orang
Asli iaitu Tok Batin Bukit Serok dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK)
Bukit Serok. Di samping mencari maklumat tujuan pihak sekolah adalah untuk membina
hubungan agar mempermudah mendapat kerjasama masyarakat untuk memastikan kehadiran
MOA ke sekolah. Pihak sekolah juga telah berkolaborasi Bersama Guru Besar, SK Bukit
serok bagi membina jaringan dalam menangani masalah MOA. Selain, itu Temubual Tidak
Berstruktur juga dilaksanakan terhadap beberapa orang MOA yang merupakan rakan kepada
Kumpulan Sasar. Tujuannya, adalah mendapatkan maklumat lebih tepat punca yang menjadi
keengganan rakan mereka untuk ke sekolah.

iii. Temubual Berstruktur,
Temubual Berstruktur pula melibatkan kumpulan sasar yang dilaksanakan selepas intervensi
berdasarkan tiga item soalan yang ringkas iaitu ‘Minat ke sekolah’, ‘Minat terhadap
pembelajaran’ dan ‘Sokongan Keluarga’.

iv. Pemerhatian
Pemerhatian dilaksanakan oleh Kaunselor terhadap kumpulan sasar sepanjang program
dilaksanakan. Pemerhatian akan dibuat ketika pelaksanaan Bimbingan Indidvidu dan
kelompok. Kaunselor akan membuat penilaian terhadap perubahan sikap secara professional
dengan menjadikan Model ABC dan Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) sebagai
panduan. Kaedah pengumpulan data melalui pemerhatian ini dilaksana secara tiga fasa, iaitu:

Fasa 1: Kaunselor menggunakan teknik kognitif (psikopendidikan) untuk membimbing
murid mengurangkan rasa malu dan tidak bersemangat untuk ke sekolah (membuang fikiran
negatif).

Fasa 2:Menggunakan Teknik Emotive (shame-attacking) khususnya bagi MOA 1 yang
berasa malu untuk ke sekolah kerana tiada kawan. Teknik ini berupaya membantu
meningkatkan rasa keyakinan murid dan membuang sifat malu yang sebelum ini dirasakan
negatif

Fasa 3:Menggunakan Teknik Tingkahlaku sebagai peneguhan iaitu melalui
penganugerahan Lencana Kehadiran bertujuan mewujudkan perasaan dihargai dan
disayangi oleh guru dan rakan.

3

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tempoh Pelaksanaan adalah selama satu bulan iaitu bermula 5 April hingga 7 Mei 2021.
(Jadual 2)

Jadual 2: Fasa Pelaksanaan Kajian Tindakan

Fasa Tindakan Tempoh
Minggu 1 (April)
Fasa 1: a. Memperolehi data awal
Merancang b. Kenal pasti isu dan responden Minggu 2, 3 dan 4:
c. Merancang Intervensi (April)
Fasa 2
Bertindak Melaksana intervensi Minggu 1 (Mei)

Fasa 3 a. Menilai Impak Intervesi (merujuk kepada
Memerhati peningkatan peratus kehadiran mingguan)
b. Penambahbaikan Intevensi Laporan
dan
Merefleksi

INTERVENSI YANG DIJALANKAN

Melalui Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Program intervensi SeMOA#3P telah
dilaksanakan. SeMOA adalah singkatan dari SeMEKAR (akronim SMK Keratong) dan Murid
Orang Asli (MOA). Konsep Program ini adalah PUJUK, PANTAU, PUJI (3P). Oleh itu, secara
ringkas program ini dinamakan PROGRAM SeMOA#3P. Melalui Program SeMOA#3P
beberapa tindakan telah dilaksanakan antaranya:

a.Tindakan 1: PUJUK
Pendekatan ‘Pujuk’ digunakan dalam memikat hati MOA untuk hadir ke sekolah melalui
pembinaan repo bersama keluarga murid dan pemimpin masyarakat. Melalui pendekatan ini pihak
sekolah dapat mengenalpasti punca utama keengganan murid ke sekolah dan berusaha mencari
solusi yang sesuai secara bersama (sekolah dan komunti) bagi memastikan murid mengikuti
pembelajaran di sekolah.

Pendekatan ini dilaksana secara ‘Strategi 2 Fasa’ kerana melibatkan dua kali kunjungan ke
Kawasan Masyarakat Asli di Perkampungan Bukit Serok. Kunjungan kali pertama dibuat oleh dua
kaunselor SMK Keratong manakala, kunjungan kedua oleh Pengetua bersama Penolong Kanan
HEM.

Kunjungan Fasa 1: 12 April 2021
Kunjungan Fasa 1 lebih mengkhusus kepada pengumpulan data dan maklumat seperti lokasi
tempat tinggal, mengenal pasti kedudukan ekonomi keluarga dan aktiviti sosial murid
(Lampiran 1).

Kunjungan Fasa 2: 15 April 2021
Kunjungan Fasa 2 dilaksanakan, dengan tumpuan terhadap dua perkara iaitu pertama, bertemu
pemimpin masyarakat serta berkolaborasi bersama kepimpinan SK Bukit Serok dan kedua,

4

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

bertemu secara peribadi dengan ibu bapa dan penjaga MOA berdasarkan data dan maklumat yang
diperolehi melalui tinjauan Fasa 1. Pertemuan bersama pemimpin masyarakat dan kolaborasi
bersama kepimpinan SK Bukit Serok bertujuan membina hubungan lebih akrab, berkongsi hala
tuju sekolah tentang Pendidikan anak MOA dan mencari solusi bersama berkaitan isu keberadaan
MOA dalam sistem persekolahan di SMK Keratong (Lampiran 2).

Manakala,pertemuan bersama Murid dan Ibu bapa MOA dengan Kerjasama JKK Bukit
Serok bertujuan memujuk murid untuk hadir dan menjelaskan kepada ibu bapa tentang
kepentingan pendidikan, kemudahan pembelajaran dan peluang pendidikan masa depan anak-anak
MOA (Lampiran 3)

Refleksi Tindakan 1:
Dalam pelaksanaan Tindakan 1 ini, pengkaji menyedari bahawa kepemimpinan masyarakat Orang
Asli ini amat menitiberatkan soal pendidikan anak-anak buah mereka dan sedia memberikan
kerjsama dengan pihak sekolah. Begitu juga, ketika pertemuan bersama ibu bapa dan penjaga
kumpulan sasar MOA ini, kebanyakan ibu bapa mahu anak-anak ke sekolah. Namun, terdapat juga
ibu bapa yang kurang memberikan respons positif apabila pihak sekolah merayu agar menghantar
dan memastikan anak-anak mereka hadir pada minggu berikutnya. Sehubungan itu, pengkaji telah
meminta kepimpinan setempat untuk membantu memujuk ibu bapa MOA tersebut agar dapat
menghantar anak mereka dalam sesi persekolahan minggu berikutnya.

b.Tindakan 2: PANTAU Menggunakan kaedah SeMOACODE
Pemantuaan ini menggunakan Apllikasi ‘Datang Readers’ (boleh dimuat turun melalui Google
Play Store) dan Kod QR serta dinamakan sebagai SeMOACODE. Penggunaan SeMOACODE ini
adalah adaptasi dari intervensi CODE 8 oleh Mohd Azif dan Yanti Hartiny (2019).

Kaedah pelaksanaanya ialah setiap Kumpulan Sasar MOA dibekalkan dengan Kad ‘SeMOACode’
yang mempunyai Kod QR. Setiap kali MOA hadir, murid akan imbas SeMOACode di Pondok
Pengawal Keselamatan melalui telefon bimbit Pengawal Keselamatan menggunakan Aplikasi
‘Datang Reader’ (Rajah 1).

Maklumat keberadaan MOA ini akan terus sampai kepada Pengetua, GPK HEM dan Kaunselor
yang mempunyai akses kepada aplikasi ‘Datang Reader’ dalam kadar yang pantas dan efisen. Hal
ini mempermudah GPK HEM dan Kaunselor untuk mengesan MOA yang tidak hadir dan serta
merta mendapatkan respons segera dari ibu bapa dan Tok Batin berkaitan ketidakhadiran MOA
tersebut.

Melalui penggunaan SeMOACODE ini juga, mempermudah tugas Kaunselor untuk
menyelaras jadual pertemuan bagi Program Bimbingan bersama MOA. Selain itu, kaunselor akan
melekatkan ‘Lencana Kehadiran’ MOA pada ‘Board’ yang disediakan di bilik kaunseling untuk
tujuan memberi ganjaran kepada responden yang memperlihatkan kekerapan kehadiran ke sekolah
(Pengubah suaian dari kaedah T-Trace oleh Jenny Anak Michael Jemat dan Che Nazrah Yusof
(2016).

5

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Murid akan Scan SeMOACODE
Menggunakan Apps Datang Reader

Ganjaran Mingguan diberi Lencana Kehadiran • Warna Hijau merupakan
kepada MOA yang hadir dilekatkan pada ‘Board’ di MOA yang hadir pada hari
sekurang-kurangnya 3 hari bilik kaunseling oleh tersebut
seminggu Kaunselor setiap hari
• Kaunselor akan hubungi Ibu
bapa jika Murid Tidak Hadir

Rajah 1: Proses Penggunaan SeMOACODE sebagai Alat Pemantauan Kehadiran MOA

Refleksi Tindakan 2:
Dalam pelaksanaan intervensi PANTAU ini, pengkaji mendapati masih terdapat dua MOA yang
masih enggan untuk ke sekolah iaitu MOA2 dan MOA5. Sehubungan itu, pengkaji telah meminta
Kaunselor untuk membuat tindak susul dan antara tindakan segera yang telah dibuat ialah
mengunjungi semula keluarga MOA2 dan MOA5 serta meminta bantuan dari Tok Batin untuk
mengetahui isu sebenar murid. Hasil kunjungan tersebut, pengkaji mendapati bahawa MOA2 agak
kurang memberi kerjasama dan menyatakan kurang minat untuk belajar serta nekad untuk berhenti
sekolah. Ibu bapa MOA2 ini juga memperlihatkan sikap menyebelahi MOA2. Bagi kes MOA5,
murid telah tiada di rumah kerana bekerja di Kuantan, Pahang. Berdasarkan sesi temubual bersama
adik MOA5, didapati bahawa keluarga MOA5 akan mengahwinkan MOA5 dalam jangka masa
terdekat.

c.Tindakan 3: PUJI melalui Aktviti SeMOA HEBAT

Aktiviti ini merupakan aktiviti ‘Sembang Santai’. Dilaksana setiap hari Jumaat melibatkan semua
MOA. Fokus utamanya adalah untuk memberi penghargaan kepada MOA kumpulan sasaran
bertujuan meningkatkan perasaan dihargai. Manakala fokus sampingan adalah memberi dorongan
kepada semua MOA untuk meningkatkan kesungguhan terhadap pembelajaran dengan memberi
perhatian kepada konsistensi kehadiran ke sekolah.

SeMOA HEBAT ini mengaplikasi dua pendekatan. Pendekatan pertama adalah sesi
sembang santai bersama Pengetua dan Pendekatan Kedua adalah sesi Penganugerahan Ganjaran
kepada MOA sasaran. Menurut Mohd Azif dan Yanty (2019) berdasarkan teori tingkah laku,
pengukuhan menerusi ganjaran dan inisiatif adalah perlu untuk merangsang dan mempengaruhi
apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar (Lampiran 4)

6

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Refleksi Tindakan 3:
Pengkaji mendapati aktiviti dalam Tindakan 3 ini, memperlihatkan respons yang positif dari MOA.
Murid kelihatan seronok dan menunjukkan keyakinan diri apabila berupaya untuk berkomunikasi
secara dua hala bersama guru dan rakan serta mampu untuk menyatakan pandangan tentang
sesuatu isu yang pengkaji utarakan. Namun, pengkaji merasakan bahawa penganugerahan
ganjaran mungkin boleh diperluaskan bukan sahaja kepada MOA sasaran tetapi semua MOA yang
memperlihatkan prestasi kehadiran yang baik.

8. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

a. Analisis Data APDM

Jadual 3: Kekerapan MOA Hadir Ke Sekolah Sebelum dan Selepas Intervensi

BIL MOA TING MINGGU SEBELUM MINGGU SELEPAS BIL. HARI
. INTERVENSI INTERVENSI SEKOLAH
(24 HARI)
12 3 45

5/4-9/4 12/4-16/4 19/4-23/4 26/4-30/4 3/5-7/5

1 MOA 1 1 0 1 4 4 4 13

2 MOA 2 1 0 1 0 001

3 MOA 3 2 0 1 4 3 4 12

4 MOA 4 2 0 2 3 3 5 13

5 MOA 5 2 0 1 0 001

14 11 11

12
12

10

8

6

42

21 1 1 MOA4 1
0 MOA3 0
0
MOA1 MOA2 MOA5

2 minggu pertama 3 Minggu Akhir
(Sebelum Intervensi) (Semasa Intervensi)

Rajah 2: Graf Perbandingan Kekerapan MOA hadir Ke Sekolah Sebelum dan Selepas Intervensi

Merujuk kepada Jadual 3 dan Graf di atas di atas, pada minggu pertama dan kedua bulan April
2021 memperlihatkan kekerapan kehadiran MOA yang amat rendah bagi kelima-lima murid
tersebut. Sebilangan besar murid hanya hadir sekali dalam tempoh tersebut.

Selepas intervensi dilaksanakan kekerapan kehadiran murid memperlihatkan peningkatan iaitu

dari satu kali kehadiran perminggu kepada tiga dan empat kehadiran setiap minggu melainkan
7

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

MOA2 dan MOA5. Kekerapan kehadiran tertinggi dipamerkan oleh MOA4 berbanding yang lain.
Hal ini memperlihatkan bahawa Program SeMOA#3P ini telah berjaya mencetus kecenderungan
bagi MOA1, MOA3 dan MOA4 untuk berada dalam sistem persekolahan. Namun, bagi MOA2
dan MOA5 telah mengambil keputusan untuk keluar dari sistem persekolahan arus perdana atas
kehendak Penjaga.

b. Temubual berstruktur

Item MOA 1 MOA 3 MOA 4
“Sekarang boleh la, sebab
Motivasi ke sekolah boleh tukar kelas ada “Okey sikit, cikgu. Seronok “Kalau saya tak datang,
kawan. Satu lagi kalua boleh dapat hadiah” confirm saya kena kayu
Minat terhadap rajin datang cikgu bagi cikgu dengan mak saya”
Pembelajaran penghargaan” “Minat tu ada, tapi
kadang-kadang susah nak “Setakat ni okey la
Sokongan Ibu bapa “Subjek RBT saya suka faham cikgu ajar, subjek belajar boleh jumpa
atau penjaga cikgu” Matematik saya tak faham kawan”
langsung cikgu”
“Tok saya memang suruh “ Diaorang tak kisah pun “Mak yang selalu bising
saya sekolah. Memang hari kalau saya tak pergi bila saya ponteng cikgu”
tu bila saya tak gi sekolah sekolah, tapi lepas cikgu
hari-hari dia bising. Tu datang rumah hari tu, mak
yang saya lepak dengan sedara saya yang selalu
kawan-kawan” kejut saya pergi sekolah’

Berdasarkan data temu bual di atas, pengkaji merumuskan bahawa sikap murid terhadap
kepentingan untuk hadir ke sekolah memperlihatkan perubahan ke arah yang positif. Sebagai
contoh, item 1 memperlihatkan bahawa ketiga-tiga MOA telah mula menunjukkan motivasi untuk
ke sekolah dan berasa dihargai apabila menerima ganjaran kehadiran walaupun MOA 4
menyatakan bahawa beliau akan diambil tindakan oleh ibunya jika tidak ke sekolah. Begitu juga
bagi item 2, pernyataan MOA tersebut boleh ditafsirkan bahawa mereka mula peka terhadap
pembelajaran apabila mampu untuk berkongsi cerita berkaitan mata pelajaran yang mereka minat
dan kesukaran dalam memahami pembelajaran. Bagi item 3, jelas menunjukkan bahawa ibu bapa
dan penjaga MOA sememangnya cakna terhadap pendidikan anak jagaan mereka terutamanya
apabila pihak sekolah menunjukkan keprihatinan terhadap pendiidkan anak-anak mereka. Menurut
Beckert, Strom & Strom (2007), Kalil, Ziol-Guest & Coley,(2005) anak-anak juga mempunyai
ekspektasi tersendiri berkaitan dengan penglibatan ibu bapa mereka ketika di sekolah menengah.
Dalam usia meniti remaja, anak-anak sebenarnya memerlukan sokongan daripada keluarga dan
keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan memberikan kesan kepada perkembangan diri anak-anak.

8

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

c. Pemerhatian: Penilaian Kaunselor melalui sesi Bimbingan Kelompok

MURID Pemerhatian Sesi Pemerhatian Sesi 2 Pemerhatian
Tarikh: Tarikh: Sesi 3
Tarikh:
20 April 2021 26 April 2021
5 Mei 2021

MOA 1 Sesi Kaunseling Individu : Sesi Bimbingan Individu : Sesi Kaunseling Kelompok :

Murid hadir ke sekolah buat kali Semasa sesi bimbingan Dalam sesi kali ini, murid
kedua setelah Pengetua, GPK dilaksanakan, murid kelihatan
HEM dan Kaunselor telah gembira kerana menurutnya, dia kelihatan ceria dan sangat
melaksanakan Ziarah Cakna ke berasa seronok kerana guru telah
rumah pada 13 dan 15 April menukarkan kelasnya dari kelas positif. Setiap pertanyaan
2021. 1 Bukhari ke 1 Ghazali. Di dalam
Murid masih takut dan malu kelas tersebut, murid mendapat daripada kaunselor, murid
untuk berinteraksi dengan rakan baik yang juga daripada
kaunselor (proses bina Bukit Serok. Selain itu, murid menjawab dengan baik dan
hubungan) juga rasa dihargai kerana
Kaunselor menerangkan kepada menerima hadiah daripada bersemangat. Ketika murid
murid berkaitan program #3P Pengetua dan GPK HEM
SeMOA dan murid kelihatan berikutan kehadiran yang baik ditanya tentang subjek
gembira dan bersetuju untuk (Program I’m Still Here)
bersama menjayakannya. Murid juga semakin selesa untuk kegemaran, murid dengan
Namun, murid masih lagi berinteraksi dengan kaunselor
mempunyai self-esteem yang semasa sesi dijalankan cerianya mengatakan subjek
rendah kerana merasakan
dirinya jauh ketinggalan dengan RBT. Ini telah menunjukkan
rakan-rakan. Murid juga
merasakan dirinya terpinggir murid semakin minat datang ke
serta tidak mempunyai rakan
baik yang terdiri daripada kaum sekolah terutama apabila
asli di dalam kelas tersebut.
Ziarah Cakna ke rumah murid melihat perkembangan
oleh Kaunselor
kehadiran murid yang semakin

positif.

Self esteem murid juga semakin

meningkat di mana murid

menyatakan dirinya telah dapat

berkawan baik dengan rakan-

rakan yang berketurunan

Melayu. Murid tidak hanya

bergantung kepada rakan dari

Bukit Serok.

MOA 2

Murid langsung tidak
menunjukkan minat terhadap
sekolah. Kaunselor mendapat
info daripada rakannya (murid
asli) bahawa murid muatnaik
status di whatsapp menyatakan ;
“Dah memg aku xnak sek,
kenapa cikgu nak datang pujuk
lg”
Kaunselor juga mendapat
maklumat daripada rakan-rakan
bahawa murid ini berasa bangga
apabila tidak bersekolah dan ibu
bapanya (walau pun bercerai)
selalu mengikut kemahuan
murid. Contohnya jika murid

9

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

MOA 3 mahu telefon bimbit Iphone, Sesi Kaunseling Kelompok : Sesi Kaunseling Kelompok :
bapanya akan usaha untuk
menyediakan untuknya.
Ayahnya turut memberitahu
kaunselor anaknya sakit, tetapi
apabila kaunselor melaksanakan
ziarah cakna ke rumahnya, di
dapati maklumat yang diterima
adalah tidak benar.
Sesi Bimbingan Kelompok :

MOA 4 Semasa sesi bimbingan Sesi kelompok dijalankan Sesi kelompok turut dijalankan
dijalankan, murid kelihatan bersama rakannya seorang lagi bersama MOA 1 dan MOA 4.
sangat pasif dan hanya (MOA 4) kerana murid agak Murid pada kali ini kelihatan
tersenyum. Tidak banyak malu jika jalani sesi kaunseling ceria apabila bercerita perihal
perkataan yang keluar daripada individu. Dalam pemerhatian dirinya. Namun, kadangkala
mulut murid. Apabila kaunselor kaunselor, murid agak kelihatan wajah murid sedikit
bertanya satu soalan, murid bersemangat dan ada muram apabila rakan MOA yang
hanya membalas dengan 1 patah perkembangan positif di mana lain menyatakan atok dan ibu
perkataan sahaja. Contohnya, murid mula memberikan respon mereka sangat mengambil berat
“Bagaimana hari awak hari yang lebih baik contohnya, tentang persekolahan mereka.
ini?”. Murid hanya menjawab “Bagaimana perjalanan awak ke Sedangkan keluarga murid tidak
“Baik”. sekolah hari ini?”, murid seperti itu. Namun, kaunselor
menjawab, “Okey sikit cikgu, menyatakan murid turut
Sesi Bimbingan Kelompok : mak sedara saya hantar kat bas beruntung kerana ibu saudara
cikgu.” Jika sebelum ini murid murid sangat mengambil berat
agak ragu-ragu dan takut untuk tentang dirinya.
bercakap, kali ini murid
memberikan respon lebih aktif. Sesi Kaunseling Kelompok :
Selain itu, pakaian murid juga
nampak lebih rapi dan kemas.
Selain itu, murid turut berasa
gembira buat pertama kali murid
mendapat hadiah dan
penghargaan daripada Tuan
Pengetua atas kehadiran yang
baik

Sesi Kaunseling Kelompok :

Sesi dijalankan bersama MOA 3. Sesi kaunseling kelompok pada Sesi dijalankan bersama MOA 1
kali ini turut dijalankan bersama dan MOA 3. Murid dengan
Bagi sesi pada kali ini, murid MOA 3. Seperti biasa, murid cerianya dan sambil tertawa
dapat memberikan respon yang menyatakan jika datang ke
lebih memberikan respon yang baik. Murid juga kelihatan lebih sekolah boleh berjumpa dengan
kemas dan rapi berbanding rakan-rakan lain. Jika di rumah,
banyak berbanding rakan MOA sebelum ini apabila kaunselor selalu dimarahi oleh ibunya.
memberitahu mereka pada sesi Lebih baik dia hadir ke sekolah
3. Ini kerana murid pernah sebelumnya, untuk lebih positif daripada mendengar ibunya
perlu menjaga ketrampilan. membebel. Namun, kaunselor
menjalani sesi kaunseling Murid juga rasa dihargai kerana membimbing murid dengan
diberikan hadiah dan menyatakan ibunya inginkan
individu dan kelompok bersama

kaunselor semasa di Tingkatan 1.

Murid juga tersenyum apabila

menyatakan jika dia tidak

sekolah, ibunya akan

memukulnya dengan batang

10

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

kayu. Murid masih rasa terpaksa penghargaan oleh GPK HEM yang terbaik buat dirinya dan
hadir ke sekolah. Kaunselor atas kehadiran yang baik ke keluarga. Murid mengakuinya
cuba membimbing murid untuk sekolah. dan berjanji untuk berubah.
ke arah yang lebih positif Kehadiran murid juga
berkaitan tujuan dirinya hadir ke bertambah baik dan lebih positif.
sekolah. Murid akhirnya
mengakui untuk berubah dan
berjaya, mesti memiliki ilmu.
Murid terharu kerana Pengetua
dan GPK HEM mencarinya
sampai ke rumah semata-mata
mahu dirinya berjaya

MOA 5 Kaunselor menjalankan Ziarah Kaunselor menjalankan sesi
Cakna ke rumah murid tetapi bimbingan bersama adik murid
mendapati murid tiada di rumah. (juga bersekolah di situ) dan
Hasil dapatan daripada kakak mendapat maklumat kakaknya
iparnya yang berada di rumah, tekad untuk berhenti sekolah dan
menyatakan murid telah berada bekerja sepenuh masa di
di Kuantan untuk bekerja. Kuantan. Kaunselor juga
mendapat tahu bahawa murid
MOA 5 ini akan berkahwin pada
masa yang terdekat.

Penilaian professional yang dibuat oleh Kaunselor secara pemerhatian ketika proses Bimbingan
Individu dan Kelompok menunjukkan bahawa sebahagian besar murid mempunyai Self Esteem
yang semakin tinggi. MOA 1, MOA 3 dan MOA 4 mula mempunyai sikap yakin diri, berupaya
untuk berkongsi cerita dan memperlihatkan kekemasan diri yang lebih baik beranding ketika pada
peringkat awal sesi bimbiingan. Mereka juga berasa dihargai apabila pihak sekolah menghargai
komitmen kehadiran mereka apabila diberikan ganjaran setiap minggu. Walau bagaimanapun,
usaha Kaunselor untuk membantu dua lagi MOA iaitu MOA 5 dan MOA 2 tidak berhasil kerana
komitmen ibu bapa yang rendah dan ada yang membuat keputusan untuk bekerja.

REFLEKSI DIRI

Sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji sedar bahawa sebagai seorang pemimpin
sekolah, kebertanggungjawaban untuk memastikan semua murid menerima akses pendidikan yang
sama adalah satu amanah yang wajib dilaksanakan. Adalah menjadi satu kekesalan kepada
pengkaji sekiranya, anak-anak ini tidak mendapat hak mereka dengan sempurna apatah lagi,
mereka merupakan aset kepada negara dan perlu membuat persediaan dari awal dalam
menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam berdepan cabaran
R.I 4.0

Selain itu, pengkaji juga sedar bahawa untuk memastikan sesuatu program itu memberi
impak kejayaan yang tinggi aspek perancangan yang teliti perlu dibuat berdasarkan data yang tepat.
Pada masa yang sama penggembelengan tenaga sumber juga perlu dimanfaat dan digerakkan
melalui pewujudan pasukan yang boleh bekerja atas prinsip kebersamaan. Hal ini kerana sesuatu
kejayaan itu tidak mungkin dicapai secara sendirian melainkan ada pasukan yang menjadi

11

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

tonggaknya. Sebagai seorang pemimpin, tindakan membentuk kepercayaan dan memberikan
peluang kepada ahli pasukan untuk menyampaikan dan merealisasikan idea bagi kejayaan program
adalah satu pengupayaan bagi membina generasi pelapis pemimpin yang strategis.

Pengkaji mendapati, melalui kajian tindakan ini juga memberi peluang untuk lebih
memahami isu dan keperluan masyarakat rentan ini, khususnya yang berkaitan dengan pendidikan
MOA. Pada hemat pengkaji MOA ini amat memerlukan perhatian yang lebih dari pihak sekolah
agar mereka tidak terpinggir dalam suasana pembelajaran di sekolah. Sesuatu yang menarik adalah
betapa MOA ini mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya dalam pelajaran dan
menyumbang kepada kecemerlangan pendiidkan di SMK Keratong ini.
9. RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Secara keseluruhannya, Program SeMOA#3P: Mengekal Keberadaan Murid Orang Asli (MOA)
Di Bawah Inisiatif #57 PPPM 2013-2025 telah berjaya membantu sebahagian besar kumpulan
sasar ini untuk meneruskan persekolahan mereka di SMK Keratong. Sehubungan itu, usaha
berterusan wajar dibuat agar MOA ini terus konsisten untuk hadir dan belajar pada hari-hari yang
seterusnya bagi memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
dalam berdepan cabaran R.I 4.0. Sebagai cadangan untuk kajian akan datang, pendekatan
PANTAU SeMOACODE mungkin boleh diaplikasikan dan diperluas penggunaannya dalam
mengatasi isu kehadiran bagi murid yang lain apabila sistem persekolahan secara bersemuka dapat
dilaksana semula.

12

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN

Beckert, T. E., Strom, P.S., & Strom, P. D. (2007). Adolescent perception of mothers’
parenting strengths and needs: A cross cultural approach to curriculum development
for education. Adolescence. 42(167), 487 – 500.

Doris Padmini Selvaratnam, Abdul Hamid Jaafar, Norlida Hanim Mohd Salleh, Redzuan
Othman, Siti Hajar Idris (2012) Transformasi Modal Insan melalui Peningkatan
Pendidikan: Kajian Kes Komuniti Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang.
Prosiding Perkem VII, Jilid 2, pp.1215 – 1224. ISSN: 2231 – 962X

Jenny Anak Michael Jemat, Che Nazrah Yusof (2016), T-Trace: Meningkatkan Kehadiran
Ke Sekolah Dalam Kalangan Murid Tahun 4. Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 167-
176 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through
Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia,
Malaysia

Kalil, A., Ziol-Guest, K. M., & Coley, R. L. (2005). Perceptions of father involvement
patterns in teenage-mother families: Predictors and links to mothers’ psychological
adjustment. Family Relations. 54(2), 197 – 211.

Mohd Azif bin Shukor, Yanti Hartiny binti Hamidon (2019), Code 8: Satu Program Untuk
Meningkatkan Sahsiah Dan Disiplin Murid. Prosiding Amalan Terbaik Disiplin
Kebangsaan 2018

Zainal Abidin Ali (2008) Peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dalam
Pembangunan Masyarakat Orang Asli. In: Ma’rof Redzuan dan Sarjit S. Gill (eds)
Orang Asli: Isu, Transfromasi dan Cabaran. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

BIODATA:

Mohd Rizal bin Atan adalah seorang Pengetua di SMK Keratong dan telah bertugas di sekolah ini
bermula November 2019. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan bersama-sama GPK Hem En.
Che Samsudin bin Che Ismail dan dua kaunselor sekolah iaitu Pn. Hanim binti Mohamad serta Cik
Zulikha binti Kamaruzzaman. Selain kajian tindakan ini beliau pernah menghantar artikel Jurnal
ke BPPPD dan menyertai Pembentangan dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan 2013 anjuran
Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands.

13

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Lampiran 1:

Tindakan 1: #3P PUJUK _Fasa 1- Menjejaki Murid

Gambar Temu bual

Temu bual Rakan MOA:

“Diaorang selalu lepak cikgu, kalu cikgu datang biasanya
dia lepak dengan budak habis sekolah”
“ Si MOA1 tu dia tinggal dengan mak dengan atok
dia…ayah dia tak tahu kat mana…”
“ Diaorang ada yang naik moto ke tempat tunggu
bas….tapi bila bas sampai diaorang tak naik….saya tak
tau diaorang gi mana….biasa diaorang melepak je…”

Sesi mendapatkan maklumat berkaitan MOA
Sasaran

Temu bual MOA1:

“Saya malu cikgu, dalam kelas saya sorang je tak de
kawan…kawan saya semua kelas lain…..”

Ditemui melepak bersama rakan yang tidak
bersekolah

Temu bual bersama Ibu MOA2:

“Saya kejut dia gi sekolah cikgu, tapi ye la kita ni mak ayah
pagi-pagi kena gerak cepat pergi kerja”

Ke rumah MOA 2

14

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Lampiran 2 dan 3
Tindakan 1: #3P PUJUK_Fasa 2-Pertemuan bersama Pemimpin Setempat dan Ibu bapa

Gambar Temu bual

“Murid-murid ni, memang kita benarkan diaorang letak
motosikal di sini, biasa jam 6.00 pagi tu diaorang dah
sampai sini, sebab bas datang ambil kat 6.45 lebih kurang
gitu”….wakil JAKOA

15/4/2021: 9.30 am:Pertemuan awal bersama
wakil pihak JAKOA

“Anak-anak saya, memang saya pastikan habis sekolah.

Paling kurang mesti ada SPM senang nak cari kerja. Sekarang

semua dah habis sekolah, tapi dulu sekolah saya hantar
diaorang duduk asrama….yelah kadang-kadang kita kerja

keluar pagi, kalau tinggal diaorang urus sendiri takut tak
pergi sekolah…tu yang saya masukkan diaorang ke
asrama”…..Pengerusi JKK Bukit Serok

15/4/2021: 9:45 am:Pertemua awal bersama
Pengerusi JKK (Mantan) Bukit Serok

“sini ibu bapa keluar kerja awal pagi, macam-macam kerja
ada yang noreh getah…ada yang kerja kilang sawit, chop
buah, kerja-kerja kampung…anak-anak kalau lambat bangun

tido tak de moto nak pergi sendiri ke tempat tunggu bas, tapi
ada juga yang mak ayah hantar sampai diaorang naik bas”

15/4/2021:10:30am:Sesi pertemuan bersama “Terima kasih la pada sekolah, sebab ambil berat pasal
Pengerusi JKK Bukit Serok (mantan), Wakil budak-budak ni….kadang-kadang diaorang ni mak ayah tak

Pegawai JAKOA dan Tok Batin kisah. Sini banyak mak ayah yang tak tahu mana
pergi…..diaorang ada yang terpaksa duduk dengan tok, mak
sedara”…Pengerusi JKKK Bukit Serok

15

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

15/4/2021:Penglibatan Bersama “Saya pun tak tahulah diaorang ni, ada mak ayah bila anak
Guru Besar SK Bukit Serok tak mau sekolah, dia biarkan je. Saya tahu kerajaan bagi
banyak bantuan kat orang asli. Senang cerita semua free
la….tapi tu la bila kita cuba tegur-tegur ada yang marah….
Tak suka”…. Tok Batin

“Kita sedia bantu sekolah, kalau boleh biarlah diaorang ni
habis sekolah…jangan sampai kita tak sekolah nanti orang
senang tipu. Sekurang-kurangnya tahu macamana nak naik
bas nak pergi mana-mana…boeh baca boleh, tahu nombor tak
la sesat nanti”

16

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Lampiran 3

Gambar dan Temu bual

MOA1 MOA2
“Saya tak nak sekolah, tak nak sekolahla”
“Puas saya suruh gi sekolah cikgu, dia start motor terus
keluar….saya pun malas nak ambik tau…saya ni tok dia je,
mak dia ada.Kalau ikut panas hati saya memang nak balun

je dengan kayu….Tak pe nanti saya cuba pujuk dia
lagi….kalau minggu depan dia tak nak ke sekolah….saya

suruh dia berenti je”

MOA5 MOA4
“ nanti saya pergi sekolah, cikgu….” “Saya tak bangun tido cikgu”

17

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Lampiran 4:

Tindakan 3: #3P PUJI
Pendekatan 1: Sembang Santai

Khamis: 22/4/2021 Jumaat: 30/4/2021 Jumaat: 7/5/2021

Pendekatan 2: Pemberian Ganjaran

Jumaat: 30/4/2021
18

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Jumaat: 7/5/2021

19

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PENGGUNAAN e-MiL PENDIDIKAN JASMANI BAGI MENINGKATKAN
PRESTASI MURID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Norliza binti Abd Fatah
SMK Keratong, Rompin, Pahang
[email protected]

Abstrak

Modul merupakan satu siri aktiviti pembelajaran yang dirancang secara sistematik.
Penggunaan modul merupakan satu daripada teknik untuk memberi variasi dalam gaya pengajaran
guru untuk meningkatkan prestasi akademik murid. Modul boleh dihasilkan dalam bentuk maujud
atau digital. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan e-MiL, iaitu
modul berbentuk flipbook untuk meningkatkan mutu dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 KSSM. Kajian yang dijalankan menggunakan reka bentuk kajian
tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 12 orang murid Tingkatan 4. Data dikumpul
menggunakan kaedah pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan analisis Ujian
Penilaian 1 (UP1) dan Ujian Penilaian 2 (UP2). Data pemerhatian dianalisis secara manual dengan
menggunakan pola dan data UP1 dan UP2 pula dianalisis secara manual menggunakan
perbandingan peratus. Dapatan kajian mendapati penggunaan teknik e-MiL membantu
peningkatan markah murid dalam UP2 iaitu 11 orang murid telah mencapai gred C hingga gred A
berbanding 12 orang murid mendapat gred E dalam UP1. Ini menunjukkan penggunaan modul
digital e-MiL berkesan untuk digunakan bagi mengajar subjek Pendidikan Jasmani Tingkatan 4
kerana berlaku peningkatan pencapaian murid. Pada masa akan datang, diharapkan penggunaan
modul digital e-MiL ini dapat diperluaskan untuk kumpulan murid yang lebih ramai dan
dikongsikan kepada guru mata pelajaran lain agar lebih ramai murid mendapat manfaat dari
penggunaan e-MiL.

KATA KUNCI : e-MiL, PdPR, KSSM, PJ, flipbook

1. PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan penularan wabak Covid-19 telah memberi impak besar kepada bidang
pendidikan. Justeru sebagai seorang guru saya bertanggungjawab untuk merealisasikan aspirasi
pendidikan negara bukan hanya dalam persekitaran persaingan global malah norma baharu dalam
senario pendidikan pasca Covid -19. Krisis global akibat penularan wabak Covid-19 bukan sahaja
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tidak dapat dilaksanakan, bahkan
menjadikan tugasan sebagai guru semakin mencabar kerana perlu menyesuaikan diri dengan
norma baharu yang memerlukan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan
secara dalam talian atau e-pembelajaran (Radzi Jidin, 2020). Bersesuaian dengan tema Hari Guru
pada tahun ini 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu', menyentuh peranan guru dalam
memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan modal insan berkualiti

20

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

(KPM, 2020). Oleh itu, saya perlu melaksanakan perubahan besar dari segi pedagogi bagi
menzahirkan e-pembelajaran demi masa depan anak bangsa yang tercinta. Saya perlu komited,
kreatif dan celik digital agar objektif PdPc dapat dicapai dengan jayanya. Tanpa keberanian
mendalami teknologi terkini, perubahan yang diinginkan tidak akan menjadi kenyataan. Murid
perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran norma baharu pendidikan yang mencabar
pemikiran mereka dengan menjadikan teknologi sebagai teman setia alat bantu mengajar dalam
proses PdPc. Hakikatnya kini saya tidak boleh lagi berada di zon selesa dengan kaedah tradisional.

Keputusan Ujian Penilaian 1 (UP1) bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani sangat
mengecewakan bagi murid-murid kelas 4 Al-Kindi menyebabkan tercetus idea untuk membuat
pemulihan atau intervensi kepada murid-murid saya walaupun sekarang berlaku proses pengajaran
dan pembelajaran di rumah (PdPR). Perkara ini bagi saya perlu dilakukan dengan segera.
Berdasarkan analisis item yang dibuat, didapati murid tidak dapat menjawab soalan topik
melakukan senaman kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan-kapasiti aerobik dengan baik. Selain
itu ketika mengulangkaji tajuk ini, murid kelihatan tidak berminat mengikuti pembelajaran dan
menunjukkan rasa bosan. Hal ini kerana mereka sukar memahami konsep lantaran sikap yang
malas membaca. Saya merasa terpanggil untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani yang dapat menarik perhatian murid semasa PdPR. Oleh itu, saya harus
bersedia meningkatkan kemahiran pedagogi dan kandungan mata pelajaran bagi melancarkan
proses pengajaran di rumah. Ini adalah selaras dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
berasaskan konstruktivisme di mana pelbagai kaedah PdP berpusatkan murid dapat diaplikasikan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilancarkan bagi meminimumkan unsur-unsur
latih tubi dan hafalan dalam kalangan guru dan murid (Noraini Idris, 2005). Selain itu, kurikulum
ini juga memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid melalui modul kurikulum yang
diperkenalkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Lantaran itu, aktiviti PdPc haruslah menarik dan berkesan dengan mengambil kira
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pengajaran berpusatkan murid (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Oleh itu, penggunaan modul latihan merupakan salah satu teknik
yang berkesan (Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad, 2005) untuk memberikan variasi dalam
gaya pengajaran guru (Amani Dahaman@Dahlan, 2014; Low, Chew, & Mazlina Jamaludin, 2013;
Haspiah Basiran, 2006) serta meningkatkan sahsiah diri dan prestasi akademik murid dari masa ke
semasa (Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar, 2009). Modul juga merupakan
satu siri aktiviti pembelajaran yang dirancang secara sistematik (Muhammad Asri Madmor et al.,
2016 ; Haspiah Basiran, 2006) dan mampu bertindak sebagai pelengkap kepada kurikulum
(Jamaludin Ahmad, 2002). Manakala, e-Learning Module merupakan antara teknik terbaik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21(Jose Mari, 2020).

Penerapan pelbagai alat berfikir dalam proses pembelajaran bermodul pula mampu
membantu murid untuk berfikir, membuat penaakulan, menajamkan pemikiran dan melatih
seseorang berfikir dengan lebih baik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013; Rosnanaini
Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang, 2011). Menerusi kaedah ini, idea-idea dapat
disampaikan dengan lebih jelas, tersusun dan mudah di fahami (Muhammad Asri Madmor et al.,
2016) serta menimbulkan keseronokan untuk belajar (Yahya Othman & Azmey Othman, 2012)

21

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

dalam kalangan murid. Kini, peta pemikiran merupakan alat pemikiran yang popular dan
digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti KBAT (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2012). Kaedah pengajaran guru perlu berubah dengan memberi penekanan terhadap kemahiran
berfikir dalam kalangan murid melalui perbincangan dan komunikasi dalam usaha menggalakkan
perkembangan kognitif mereka (Gutiereez, 2006; Boaler, 2003). Dalam situasi ini, murid akan
terlibat aktif untuk mencari maklumat dan membincangkan jawapan bagi membina pengetahuan
melalui komunikasi dan tugasan yang diberi (Veerman, 2000).

2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan PdPc saya untuk
mengajar murid 4 Al-Kindi dalam menguasai tajuk kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan
menggunakan kaedah e-Modul i-Think Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 (e-MiL). Dalam kajian
ini saya memfokuskan subtopik 3.1 iaitu Melakukan Senaman Kecergasan Fizikal Berdasarkan
Kesihatan-Kapasiti Aerobik dalam silibus mata pelajaran Pendidikan Jasmani tingkatan empat.
Penguasaan yang baik dalam topik ini akan meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap
konsep dalam tajuk kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan berlandaskan perlakuan motor.

3. TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan e-MiL iaitu modul i-
Think berbentuk flipbook untuk meningkatkan mutu dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Kajian ini juga sebagai intervensi bagi murid 4 Al-Kindi untuk meningkatkan
skor markah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani pada Ujian Penilaian 2 (UP2)
4. SOALAN KAJIAN
Bagaimana saya dapat menambah baik amalan PdPc saya dalam menerangkan topik melakukan
senaman kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan-Kapasiti Aerobik murid tingkatan empat
menggunakan teknik e-MiL.

5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 12 orang murid tingkatan 4 Al-Kindi SMK Keratong, Rompin,
Pahang yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.

6. KAEDAH KAJIAN
1. Reka Bentuk Kajian: Reka Bentuk Kajian Tindakan

22

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

2. Cara Mengumpul Data

Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini ialah pemerhatian dengan
menggunakan senarai semak dan analisis UP1 dan UP2. Data pemerhatian
dianalisis secara manual dengan menggunakan pola senarai semak dan data UP1
dan UP2 pula dianalisis secara manual menggunakan perbandingan peratus. Kajian
Tindakan ini melibatkan 4 fasa iaitu tinjauan masalah, fasa analisis tinjauan
masalah, fasa tindakan dan fasa refleksi. Jadual 1 menunjukkan senarai semak
pemerhatian.

Jadual 1 : Senarai Semak Pemerhatian

Arahan : Tandakan ( / ) “Ya” dan ( X ) “Tidak” sekiranya memenuhi keperluan

pembelajaran murid.

Bil. Item Ya Tidak

1. Murid membaca buku teks sahaja untuk
mengulangkaji

2. Murid mempunyai buku nota dan latihan
yang lengkap

3. Murid mengharapkan nota daripada guru
untuk mengulangkaji.

4. Murid lebih memahami nota yang ringkas,
menarik dan mudah dibawa.

5. Penggunaan modul dapat membantu murid
lebih memahami topik.

23

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Tinjauan masalah

Tinjauan awal adalah untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid dan seterusnya mengenal pasti punca murid gagal dalam penguasaan
konsep dalam topik melakukan senaman kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan-
kapasiti aerobik. Pemerhatian senarai semak dilihat terhadap keperluan murid
ketika proses PdPR dan kesediaan murid untuk mengulangkaji. Kebanyakkan
murid tidak memahami maksud konsep dalam topik seperti kapasiti aerobik. Murid
dilihat mempunyai pengetahuan yang terhad terhadap topik. Hal ini
berkemungkinan lantaran sikap mereka yang kurang membaca dan kurang
berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sikap murid yang kurang
mengambil berat terhadap subjek PJ memandangkan PJ bukan subjek peperiksaan
juga mempengaruhi murid untuk tidak membuat persediaan sebelum peperiksaan.
Berdasarkan senarai semak pemerhatian, murid-murid 4 Al-Kindi tidak
mempunyai buku nota dan latihan yang lengkap. Kebanyakkan murid hanya
membaca buku teks untuk mengulangkaji. Justeru itu murid memerlukan nota yang
ringkas, mudah difahami dan menarik untuk meningkatkan kefahaman mereka.
Rajah 2 menunjukkan analisis pola senarai semak pemerhatian.

POLA SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

12

10

8

6

4

2

0 No. 2 No. 3 No. 4 No. 5
No. 1

Pola Senarai Semak

Rajah 2 : Pola Senarai Semak Pemerhatian

Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan UP1 didapati seramai 12 orang murid tingkatan 4 Al-Kindi mendapat
markah dalam lingkungan 30 hingga 48 markah dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Kebanyakkan daripada mereka gagal untuk menjawab soalan tajuk
kecergasan fizikal. Ini menunjukkan bahawa murid hanya menggunakan buku teks
sebagai sumber rujukan sebelum peperiksaan. Justeru itu, dengan mengambil kira
cadangan dan kelebihan yang wujud bagi modul dan alat pemikiran ini, ia memberi
justifikasi untuk membina e-MiL untuk membantu murid meningkatkan keupayaan

24

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

mereka dalam pembelajaran. Oleh itu, saya yakin sekiranya murid dapat memahami
konsep dengan menggunakan teknik e-MiL ini, maka pasti murid dapat menjawab
dengan baik. Seterusnya akan meningkatkan keyakinan dan keseronokan murid
memahami konsep kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan-kapasiti aerobik dan
meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan analisis pemerhatian senarai semak dan laporan semakan latihan murid yang
dinyatakan di atas, satu tindakan telah dijalankan.
Langkah 1 : Guru meminta murid membaca berkaitan topik dari buku nota dan buku teks berkaitan
tajuk. Hasil pemerhatian, didapati murid mengambil masa yang singkat untuk membaca, rasa
bosan dan kurang memahami konsep.
Langkah 2 : Pelajar yang terlibat telah diberi penerangan mengenai isi kandungan dan cara
penggunaan sebelum menggunakan e-Modul i-Think Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 (e-MiL) -
https://online.anyflip.com/celck/wyyl/mobile/index.html melalui aplikasi Google Meet.
Tujuannya untuk memastikan 12 orang murid tadi dapat memahami konsep bagi tajuk melakukan
senaman kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan-kapasiti aerobik. Selain itu, murid-murid juga
diperkenalkan dengan kata kunci yang berfungsi sebagai panduan kepada murid untuk memahami
konsep dan jenis senaman. Selain itu, e-MiL ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya bagi
memudahkan murid untuk belajar secara kendiri (Siti Azian Azrol Nasoha Bujang, 2013).
Langkah 3 : Murid menjawab soalan objektif dan soalan struktur berkaitan topik 3.1 Kecergasan
Fizikal Berlandaskan Kesihatan-Kapasiti Aerobik melalui Google Form –
https://forms.gle/ZyyXvL7bS2aNGWbu8. Tujuannya untuk memastikan murid bersedia sebelum
UP2 diadakan.

8. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan UP2 dalam jadual 2, ini menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan
dapat menambah baik amalan saya mengajar konsep-konsep fizikal berlandaskan kesihatan dan
berlandaskan perlakuan motor dengan menggunakan teknik e-MiL.

25

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Jadual 2 : Perbandingan Markah UP1 dan UP2

PERBANDINGAN PERATUS MARKAH UP1 DAN UP2

80
70
60
50
40
30
20
10

0

UP1 UP2
Rajah 3 : Perbandingan Peratus Markah UP1 dan UP2

Rajah 3 menunjukkan 11 orang daripada 12 orang murid telah mencapai peningkatan bagi
subjek Pendidikan Jasmani dalam UP2. e-MiL dibina sebagai satu usaha untuk melaksanakan
pembelajaran secara alternatif bagi tajuk melakukan senaman kecergasan fizikal berdasarkan
kesihatan-kapasiti aerobik dengan menggunakan peta pemikiran (i-Think). Secara tidak langsung,
melalui e-MiL ini murid-murid dan guru dapat meningkatkan kemahiran mengaplikasi peta

26

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

pemikiran dalam subjek Pendidikan Jasmani. Ini adalah selari dengan dapatan kajian yang
dijalankan oleh Keller (2010) mendapati bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sangat
mempengaruhi motivasi murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Justeru itu, dengan mengambil
kira cadangan dan kelebihan yang wujud bagi modul dan alat pemikiran ini memberi justifikasi
untuk membina satu e-modul berteraskan alat berfikir iaitu i-Think untuk membantu murid
meningkatkan keupayaan mereka. Secara tidak langsung diharap kajian ini juga dapat membantu
guru dalam mempelbagaikan bahan pembelajaran sedia ada bagi mengatasi masalah pemahaman
konsep dalam tajuk melakukan senaman kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan-kapasiti
aerobik dalam kalangan murid-murid tingkatan empat di SMK Keratong. Penggabungjalinan
antara strategi pembelajaran bermodul dengan persekitaran i-Think di dalam proses pembelajaran
murid-murid adalah bertepatan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
melahirkan murid yang lebih berdaya saing dan membudayakan proses penaakulan dalam sesi
pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Lantaran itu, modul yang merupakan
satu sumber lengkap dengan pelbagai aktiviti terancang, mampu meningkatkan kemahiran
berfikir, motivasi, minat dan prestasi murid (Amani Dahaman@Dahlan, 2014; Swank,
Christianson, Prows, West, & Warren, 2001) telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di
bawah PPPM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Murid yang mengalami masalah
pembelajaran dan mengambil sikap sambil lewa semasa membuat latihan akan lebih berminat
untuk membaca dan menjawab soalan kerana e-MiL ini bersifat mudah diakses, mudah difahami,
bergambar dan berwarna-warni.

Pembelajaran menggunakan modul sama ada sebahagian atau keseluruhan boleh
dilaksanakan dengan kehadiran pengajar atau sebaliknya (Abdul Razak Mohd Zain, 2005). Selain
itu, pembelajaran bermodul ini juga dapat menggalakkan interaksi dan komunikasi antara murid
(Haspiah Basiran, 2006). Ini sekali gus dapat memberikan variasi dalam PdP guru, menggalakkan
pembelajaran kolaboratif dan dapat meningkatkan minat serta motivasi murid (Sidek Mohd Noah
& Jamaludin Ahmad, 2005). Untuk itu, penggunaan alat berfikir merupakan kaedah terkini bagi
memacu kemahiran yang lebih luas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Penggunaan dan
penerapan alat berfikir dalam modul latihan merupakan penambahbaikan yang berupaya
menajamkan pemikiran (Rosnanaini Sulaiman et al, 2011). Ini kerana alat berfikir telah dikenal
pasti sebagai instrumen yang dapat membantu seseorang menggunakan minda dengan lebih
sistematik dan berkesan (Suhaimi Zakaria@Othman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohammed,
Norasykin Mohd Zaid & Zaleha Abdullah, 2014).

9. RUMUSAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa murid-murid tingkatan 4 Al-Kindi
memerlukan pendekatan kreatif dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan
dalam pembelajaran. Oleh yang demikian saya perlu kreatif dan inovatif sewaktu merangka dan
melaksanakan PdPc agar menyuntik minat murid-murid dalam mempelajari konsep asas dalam
tajuk kecergasan fizikal dapat dipupuk dengan jayanya. Secara umumnya, kajian yang dijalankan
ini berjaya membangunkan sebuah modul multimedia bagi topik melakukan senaman kecergasan
fizikal berdasarkan kesihatan-kapasiti aerobik dengan pengaplikasian peta pemikiran i-Think.

27

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Kajian ini boleh ditambah baik dengan menerapkan semua 8 jenis peta pemikiran. Selain
itu, dapatan kajian lepas juga mencadangkan agar pembangunan modul pada masa akan datang
perlu melibatkan 8 jenis peta pemikiran sebagai penambahbaikan (Annaletchumy, 2009). Ini bagi
meningkatkan keupayaan murid memahami konsep, proses dan hubungan yang wujud dalam
mengembangkan kemahiran pemikiran yang lebih tinggi (Noor Diyana Adilah Adni, 2012).
Penggunaan alat berfikir yang dipersembahkan dalam bentuk lapan peta pemikiran secara visual
ini dapat membantu guru menyampaikan kurikulum dengan lebih bermakna di samping
melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mampu berfikir pada aras tinggi
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Kajian ini juga boleh diperluaskan untuk kumpulan murid lebih besar dan dijadikan
panduan oleh guru-guru mata pelajaran lain dalam melaksanakan tindakan intervensi bagi kajian
akan datang. Saya percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu menarik minat murid.
Pengalaman dalam melaksanakan kajian ini juga dapat membantu saya dalam memperbaiki
amalan baik saya dalam PdPc mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

28

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN

Abdul Razak Mohd Zain. (2005). Keberkesanan Pengajaran Bermodul (PB)
Matapelajaran Fizik KBSM Tajuk Tenaga dikalangan Murid Pelbagai Gaya Kognitif pada
Peringkat Tingkatan Empat. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Amani Dahaman@Dahlan. (2014). Pembangunan Modul m-Pembelajaran Bahasa Arab
di Institut Pendidikan Guru. PhD Tesis, Universiti Malaya.

Annaletchumy,A. (2009). Pembinaan Modul Pembelajaran Isi padu Cecair dengan
menggunakan Internet bagi Pengembangan Nilai untuk murid Tahun Empat. Kuala lumpur:
Universiti Malaya.

Gutiereez, A.,& Boero,P. (2006). Handbook of Research on The Psycology of
Mathematics Education Past, Present and Future. PME: Sense Publishers.

Haspiah Basiran. (2006). Pembangunan dan Penilaian Modul Pengajaran dan
Pembelajaran Menggunakan Kalkulator grafik dalam Pengajaran Persamaan Kuadratik.
Tesis Ijazah Sarjana,UTM.

http://www.moe.gov.my/

Jamaludin Ahmad. (2002). Kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul
Program maju diri ke atas motivasi pencapaian di kalangan pelajar-pelajar sekolah
menengah negeri Selangor. Tesis PhD yang tidak diterbitkan.Universiti Putra Malaysia.

Jose Mari M. Calamlam. (2020). The Development of 21st-Century e-Learning Module
Assessment Tool. Sage Journals.

Keller, J. (2002). Teacher's As-Life Learners: Designing A Theory For Professional
Development.Retrieved from
http://www.indiana.edu/~istb/conference/2002/IST_conf_2002_keller.pdf.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Low, G.S.,Chew,L.W & Mazlina Jamaludin. (2013). Perbandingan Kesan Pengajaran dan
Pembelajaran Menggunakan Komputer (PPBK) dan Kaedah Tradisional di Kalangan
Pelajar Bermasalah Pendengaran. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Hijau &
Program eko-Lestari.

Muhammad Asri Madmor, Tee T.K, Mohamed Nor Azhari Azman, Ridzwan Che Rus,
Zaliza Hanapi, Jailani Md.Yunos et al. (2016). Modul Peta Minda Buzan dan pencapaian
pelajar pendidikan asas vokasional di Malaysia : Satu kajian keberkesanan. Malaysian
Journal of Society and Space, 12(3), 139-144.
29

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publicatons & Distributors.

Noor Diyana Adilah Adni. (2012). Pemikiran Algebra melalalui pembelajaran kolaboratif
atas talian. Tesis Ijazah Sarjana.Universiti Teknologi Malaysia.

Radzi Jidin (2020). Hala Tuju Normal Baharu Pendidikan. Agenda Awani. Astro
Kuala Lumpur.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan Pengajaran
Berkesan. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn.Bhd.

Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang. (2011). Kemahiran Berfikir.
Selangor: Penerbit Multimedia.

Sidek Mohd Noah. (2005). Pengujian dan Penilaian Dalam Kaunseling. Selangor:
Universiti Putra Malaysia.

Siti Azian Azrol Nasoha Bujang. (2013). Pembinaan Modul Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM Bio-Score) dan Kesannya Terhadap Pencapaian dan Pemikiran Kritis
Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Ijazah Sarjana.

Suhaimi Zakaria@Othman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohammed, Norasykin Mohd Zaid
& Zaleha Abdullah. (2014). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Model
Stesen Rotasi Pelbagai Mod. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik. (11-13 Ogos 2014).
Universiti Teknologi Malaysia.

Veerman, A.L. (2000). Computer-Supported Collaborative Learning Through
Argumentation. Doctoral Dissertation. Enschede:Print Partners Ipskamp.

Yahya Othman & Azmey Othman. (2012). Keberkesanan Penggunaan Peta Minda dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Argumentif di Sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2, 32-45.

30

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PENGGUNAAN APLIKASI PADLET UNTUK MENARIK MURID
MENJADI PEMBELAJAR AKTIF DALAM PDPR BAGI SUBJEK

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

Nur Athirah Binti Sahap
SMK Keratong, Rompin, Pahang

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pengajaran Pendidikan Islam
dengan menarik murid menjadi pembelajar aktif dalam memberi respon terhadap pelajaran. Kajian
ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan
sasaran seramai 3 orang murid terpilih Kelas Pendidikan Islam tingkatan 1 di SMK Keratong
sepanjang sesi PdPR yang berlangsung sepanjang September dan Oktober 2021. Tinjauan awal
telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan rakaman video. Pemerhatian awal
menunjukkan perasaan negatif yang ketara seperti takut dan kurang yakin diri dalam diri murid.
Murid juga tidak memberi apa-apa respon terhadap pengajaran guru. Reka bentuk kajian ini
menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946), manakala data diperolehi melalui
pemerhatian, analisis dokumen(padlet), temubual serta refleksi guru dan murid. Sehubungan itu,
intervensi penggunaan padlet bagi mendapatkan maklum balas dari murid dilaksanakan bagi
menangani isu secara berfokus. Hasil kajian mendapati 3 murid memperlihatkan keberanian dan
keyakinan diri dalam melontarkan pandangan melalui padlet. Pengkaji menyarankan pada masa
akan datang intervensi ini perlu ditambah baik dengan situasi semasa bagi mengekalkan minat
murid dalam proses PdP.

KATA KUNCI: Respon, Padlet, Pembelajar aktif

1. PENGENALAN

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 ataupun SKPMg2 merupakan penggubalan
semula SKPM 2010 dengan penambahbaikan dan peningkatan kualiti pada beberapa standard
seperti aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal
ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan serta kemenjadian murid.Bagi mencapai sesi
Pembelajaran dan pemudahcaraan yang berkesan dalam memperkembangkan potensi murid, salah
satu komponen yang terdapat dalam Standard 4 SKPMg2 ialah aspek 4.6 Murid sebagai
pembelajar aktif di mana murid perlu memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti
secara kolaboratif, berfikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah
dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran secara aktif, yakin
dan berhemah.

Sejak penutupan sekolah akibat PKP dilaksanakan, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) memperkenalkan program pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR). Bagi murid
kelas Pendidikan Islam yang diajar oleh saya, satu isu yang menimbulkan kebimbangan kepada
saya apabila mendapati murid tidak terlibat secara aktif dan tidak memberi respon dalam PdPR.

31

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Murid sekadar menyertai kelas yang dijalankan secara atas talian, namun tidak memberikan respon
apabila disoal guru tentang isi pembelajaran dalam sesi PdPR. Hal ini sedikit sebanyak memberi
kesukaran kepada guru untuk membuat penilaian sekiranya kaedah penilaian yang digunakan
menggunakan lisan.

Hal ini kerana terdapat kajian yang dibuat berkaitan respon murid dalam PdP yang tidak
memberansangkan. Menurut Yohan Kurniawan (2012) di mana beliau mendapati bahawa pelajar
sedar akan pentingnya bertanya soalan di dalam bilik kuliah, tetapi mereka merasa malu walaupun
pensyarah menggalakkan mereka untuk bertanya semasa kuliah. Mahasiswa terlibat mahu
bertanya, tetapi mereka tidak tahu apa yang harus ditanyakan, dan mereka bimbang jika rakan-
rakan mereka berfikir bahawa mereka cuba menunjuk- nunjuk. Manakala menurut Kamarul Azmi
Jasmi (2012) berkenaan ciri guru dalam pengajaran yang berkesan iaitu dengan menggalakkan
pembelajaran aktif, menjalankan demonstrasi yang berkesan, penggunaan soal jawab dalam
pengajaran, cara menjawab pertanyaan pelajar, cara bertanya soalan kepada pelajar, menggalakkan
perbincangan dalam kelas dan mewujudkan peluang untuk pembelajaran koperatif.

Justeru, saya cuba menggunakan aplikasi Padlet dalam menarik murid untuk memberi
respon dan idea mereka dalam sesi PdPR. Padlet merupakan suatu aplikasi atas talian dan
digunakan untuk mengekalkan interaksi dan komunikasi untuk pembelajaran kolaboratif.
Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses PdP merupakan satu alternatif dalam meningkatkan
pencapaian dan prestasi pelajar. Padlet dahulunya dikenali sebagai Wallwisher merupakan salah
satu jenis aplikasi papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai
virtual wall (dinding maya) berfungsi sebagai ruang yang membolehkan murid dan guru berkongsi
maklumat seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara muka. semua ahli kumpulan
akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada dinding dan saling bertukar idea dalam
kumpulan mereka.

2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan PdP saya untuk
mengajar murid kelas Pendidikan Islam 1 Al-Bukhari dalam melontarkan pandangan dan respon
murid dalam sesi soal jawab dalam PdPR. Dalam kajian ini, saya memfokuskan beberapa topik
silibus mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1.

3. TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk saya menambah baik amalan PdP saya dalam menjadikan murid
sebagai pembelajar aktif dalam PdP Pendidikan Islam bagi murid 1 Al-Bukhari melalui aplikasi
Padlet.

4. SOALAN KAJIAN

Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan murid dalam melontarkan persoalan dan idea
dalam soal jawab semasa PdPR melalui penggunaan aplikasi Padlet?

32

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 3 orang murid Islam Tingkatan 1 Al-Bukhari SMK Keratong yang
terdiri daripada 1 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang konsisten menyertai PdPR.
6. KAEDAH KAJIAN

a. Reka bentuk kajian:
Saya telah memilih Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) (Lihat Rajah1)
dalam melaksanakan kajian saya seperti berikut:

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

b. Cara mengumpul data:
Saya menggunakan 3 kaedah untuk mengumpul data dalam kajian ini. Kaedah tersebut
ialah:
i. Pemerhatian tidak berstruktur iaitu membuat pemerhatian kepada murid berdasarkan
pertanyaan guru dan respon murid ketika disoal guru dalam sesi PdPR secara Google
Meet dan Telegram Video Chat.
ii. Temubual tidak berstruktur iaitu temubual melibatkan 3 murid daripada kumpulan
sasaran.
iii. Analisis Dokumen

c. Cara menganalisis data
Ketiga-tiga kaedah yang digunakan iaitu Pemerhatian, analisis dokumen(Padlet) dan
Temubual dianalisis secara deskriptif.

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tempoh pelaksanaan adalah selama 2 minggu iaitu bermula akhir September hingga Oktober
(jadual 1)

33

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Jadual 1: Fasa Pelaksanaan Kajian Tindakan

Fasa Tindakan Tempoh

Fasa 1 • Memperolehi data awal. September
(merancang) • Mengenal pasti isu dan responden. Oktober
• Merancang intervensi Oktober
Fasa 2
(bertindak) Melaksanakan intervensi

Fasa 3 Menilai impak intervensi(merujuk kepada respon
(menganalisis data dan menilai) murid dalam Padlet terhadap pembelajaran)

INTERVENSI YANG DIJALANKAN
Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan, saya laksanakan aktiviti /intervensi
seperti berikut:

Aktiviti 1: Maklumat berkaitan topik pembelajaran

Langkah 1:
Guru menyampaikan maklumat berkaitan topik pembelajaran melalui dinding padlet.

Langkah 2:
Murid mudah untuk baca dan memahami arahan.

Refleksi Aktiviti 1:
Murid- murid dapat membaca maklumat berkaitan topik pembelajaran dalam masa yang
ditetapkan.

Aktiviti 2: Soal jawab dan Perbincangan

Langkah 1:
Guru bertanya dan meminta murid memberi sumbang saran berkaitan topik pembelajaran pada
dinding padlet.

Langkah 2:
Murid menjawab pertanyaan guru dan memberi sumbang saran pada nota yang tercatat nama
murid. Setiap murid wajib menulis pada ruang nota yang terdapat nama murid.

Refleksi Aktiviti 2:

Murid- murid sangat berkeyakinan dalam menjawab pertanyaan guru dan memberi sumbang saran
melalui penulisan. Jawapan daripada murid tidak lari daripada fokus soalan kerana murid dapat
membaca soalan pada dinding berulang kali.

34

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Aktiviti 3: Latihan/Penilaian

Langkah 1:
Soalan penilaian ditulis pada dinding padlet.

Langkah 2:
Murid menulis jawapan mereka pada ruang nota padlet masing- masing.

Langkah 3:
Guru menyemak jawapan murid dan memberi bintang penghargaan kepada murid.

Refleksi Aktiviti 3:
Murid- murid gembira dan teruja mendapat bintang penghargaan melalui jawapan yang diberi
mereka dalam aktiviti penilaian.

8. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian dapat dikumpulkan melalui 4 kaedah iaitu analisis pemerhatian melalui pelakuan
murid dalam rakaman video PdPR, analisis dokumen iaitu respon murid pada dinding Padlet,
temubual dan analisis refleksi guru dan murid secara deskriptif.

a. Analisis Pemerhatian(rakaman video):

Berdasarkan pemerhatian guru terhadap rakaman pembelajaran menunjukkan bahawa intervensi
yang digunakan dapat menambah baik amalan saya mengajar kemahiran dalam menggunakan
aplikasi Padlet . Murid 1, 2, dan 3 menjadi antara murid yang terawal menjawab pertanyaan guru
dengan memberi respon secara bertulis melalui dinding Padlet. Murid menjadi lebih berani dan
berkeyakinan dalam menyampaikan idea dan menjawab soalan. Murid juga dilihat teruja dan
gembira apabila mendapat penghargaan daripada guru atas perkongsian mereka dalam padlet
melalui bintang penghargaan atau markah yang diberi guru. Hal ini selari dengan dapatan kajian
Nahla(2021) menunjukkan bahawa penggunaan padlet dalam pembelajaran dapat meningkatkan
penglibatan murid dan memupuk pembelajaran aktif dalam kalangan murid. Hal ini kerana ciri
padlet itu sendiri yang menyokong murid untuk bekerjasama serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang positif.

b. Analisis Dokumen(Padlet):

Berdasarkan semakan dokumen iaitu respon murid melalui penulisan pada dinding padlet, didapati
murid dapat memberi respon secara aktif terhadap soalan guru. Respon murid terhadap pertanyaan
guru dalam PdPR boleh dilihat melalui jadual 2 dan dinding padlet murid pada rajah 2 ,3 dan 4 di
bawah.

Jadual 2: Respon Murid pada Dinding Padlet

Respon Murid Murid 1 Murid 2 Murid 3

Aktiviti 1 √ √ √
Aktiviti 2 √ √ √
Aktiviti 3 √ √ √

35

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023
Rajah 2: Maklumat berkaitan topik pembelajaran
Rajah 3: Respon murid dalam sesi Soal jawab dan Perbincangan

36

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Rajah 4: Respon murid dalam sesi Latihan/Penilaian

c. Analisis Temu bual

Berdasarkan analisis temu bual bersama murid kumpulan sasaran, pengkaji mendapati murid lebih
selesa dan teruja untuk menulis berbanding memberi respon secara lisan. Temu bual mendapati
murid lebih minat untuk menulis berbanding berkomunikasi secara lisan dan memerlukan masa
untuk berfikir dahulu sebelum menjawab pertanyaan guru atau melontarkan persoalan kepada guru.
Selain itu, murid juga berasa seronok sekiranya mendapat penghargaan daripada guru dan rakan-
rakan. Respon murid terhadap pertanyaan guru dalam PdPR boleh dilihat melalui transkripsi
temubual pada jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Transkripsi Temu bual respon murid dalam PdPR

Murid Soalan Respons murid Kod
1
Murid Apa perasaan kamu Saya rasa okay sahaja sebab saya lebih suka menulis berbanding 2
1 apabila guru meminta bercakap. Lagipun kalau saya jawab soalan Ustazah masa
kamu respon terhadap Ustazah tanya lepas itu jawapan saya salah, saya akan malu. 1
Murid pertanyaan guru dalam Kalau guna Padlet kadang- kadang tak perlu tulis nama sebab 2
2 PdPR melalui Padlet? ‘’anonymous’’, jadi saya tak malu sangat. Lepas tu kalau jawapan
saya betul Ustazah bagi markah dan bintang. Saya jadi seronok.

Lepas guna Padlet ni saya rasa yang Padlet lagi okay sebab saya
dapat fikir dulu apa yang saya nak tulis nanti. Kalau secara lisan,
susah sikit sebab saya kena jawab lebih cepat. Lagi satu saya suka
Ustazah bagi bintang kalau saya jawab betul.

Murid Saya lebih ‘prefer’ Ustazah guna padlet sebab senang saya nak 1
3 jawab kalau Ustazah tanya. Kalau Ustazah tanya secara lisan, 2
susah sikit saya nak jawab sebab ‘line’ dekat rumah saya tak laju,
jadi saya tak dapat nak dengar soalan Ustazah betul- betul sebelum
jawab. Jadi, bila saya dapat jawab apa yang Ustazah tanya, saya

37

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

jadi seronok sikit sebab dapat berkongsi jawapan dengan kawan-
kawan dan tengok jawapan mereka juga.

Penentuan Kod:
1. Faktor peribadi
- Murid lebih minat menulis.
- Murid memerlukan masa untuk berfikir.
2. Penghargaan
- Murid mendapat penghargaan daripada guru.
- Murid dapat berkongsi jawapan dengan rakan-rakan.

9. RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Kajian ini banyak memberi impak yang positif kepada kumpulan sasaran dan diri saya sendiri.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa murid Tingkatan 1 Al-Bukhari
memerlukan pendekatan yang kreatif dan selesa supaya dapat menarik minat murid untuk lebih
aktif dalam PdP. Oleh demikian saya perlu kreatif dan inovatif sewaktu merangka dan
melaksanakan sesi PdP agar pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan serta murid
mencapai aspek 4.6 murid sebagai pembelajar aktif.

Hasil daripada kajian ini pengkaji mencadangkan untuk terus menggunakan aplikasi padlet
sebagai alat dalam membantu pengajaran dan pemudahcaraan menjadi lebih berkesan. Kaedah ini
juga boleh ditambah baik dengan penggunaan intervensi yang hampir sama seperti ‘parking lot’
dan carta KWL dalam PdP secara bersemuka.

Pengkaji juga akan terus berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang supaya dapat menarik minat pelajar untuk kekal aktif di
dalam PdP.

Kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh guru- guru lain dalam melaksanakan tindakan
intervensi bagi kajian akan datang. Saya percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu
menarik minat murid. Pengalaman dalam melaksanakan kajian ini juga dapat membantu saya
dalam memperbaiki amalan baik saya dalam PdP mata pelajaran Pendidikan Islam pada masa akan
datang.

38

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN
Yohan Kurniawan, Thana Abdullah, Khuzaiton Zakaria, Wan Muhamad Wan Abdullah (2012).

Mengapa Pelajar Takut Bertanya dalam Kuliah ?: Sebuah Kajian di Universiti
Malaysia Kelantan. Diambil 28 Oktober 2021, darihttp://www.ukm.my/personalia/wp-
content/uploads/2015/06/Jurnal-2.pdf
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias(2012), Gaya Pengajaran Guru dalam dan Pembelajaran
Pendidikan Islam, diambil pada 26 Oktober 2021, dari
file:///C:/Users/User/Downloads/GAYAPENGAJARANGURUDALAMPDP.pdf
Nahla Helmy Nadeem(2021), Students' Perceptions About the Impact of Using Padlet on Class
Engagement: An Exploratory Case Study.

39

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Lampiran

Rakaman video Pdpr

Pautan video: https://youtu.be/6a-iVpKMS8w
40


Click to View FlipBook Version