The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurathirahsahap, 2022-01-09 17:10:45

e-PROSIDING KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR

e-PROSIDING_KT_SEMEKAR_2021_1.0 A

Keywords: KAJIAN TINDAKAN

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

MENINGKATKAN PENGUASAAN TATABAHASA KOMUNIKASI
BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS

MASALAH PEMBELAJARAN MELALUI ‘KIT AiLEE TV’

Aina Mardihah binti Ab Malek
SMK Keratong, Rompin, Pahang

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc saya sebagai guru dalam pengajaran
Bahasa Inggeris. Penggunaan kaedah pengajaran menggunakan “Kit AiLee Tv” bertujuan
untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan “Kit AiLee Tv” dapat membantu murid
pendidikan khas mempertingkatkan minat, kerjasama dan membantu guru dalam pengajaran.
Kajian ini telah dijalankan di Program Pendidikan Khas Intergrasi(PPKI) Sekolah Menengah
Kebangsaan Keratong. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan
dengan sasaran kajian terdiridaripada empat orang murid PPKI SMK Keratong. Untuk melihat
keberkesanan dan kesesuaian “Kit AiLee Tv”, penilaian dibuat menggunakan data yang
dikumpulkan menggunakan kaedah pemerhatian dengan menggunakan senarai semak,
pemerhatian dan analisis dokumen sebelum dan selepas penggunakan “Kit AiLee Tv”. Saya
telah menyediakan sendiri senarai semak bagi proses saringan awal untuk menjawab soalan
kajian pertama. Pengumpulan data adalah melalui senarai semak, pemerhatian dan analisis
dokumen secara aktif bagi mengumpul sebanyak mungkin data deskriptif bagi membolehkan
saya melaporkan dapatan secara menyeluruh. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan
“Kit AiLee Tv” membantu dan mempengaruhi murid dalam penguasaan tatabahasa
komunikasi Bahasa Inggeris. Murid juga bermotivasi dalam proses PdPc dilaksanakan, respon
murid dalam penggunaan “Kit AiLee Tv” mendapat respon yang positif. Penggunaan “Kit
AiLee Tv” mempengaruhi pembelajaran yang positif dan meningkat perkembangan
pengetahuan murid dalam penguasaan tatabaha komunikasi Bahasa Inggeris. Dapatan kajian
mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu saya dalam
menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas.

KATA KUNCI : PdPc, Kit AiLee Tv, tatabahasa

1. PENGENALAN

Saya telah memulakan perkhidmatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong, Bandar Tun
Abdul Razak. Saya telah mengajar subjek Bahasa Melayu Komunikasi, Bahasa
Inggeris/English For Communication dan Asas Masakan bagi murid Pendidikan Khas.
Pengelasan murid-murid mengikut tahap perkembangan dan pencapaian murid. Majoriti ibu
bapa atau penjaga terdiri daripada golongan yang bekerja kampung seperti pekerja kilang,
pekerja ladang, bekerja sendiri dan sebagainya. Kebanyakan murid di sekolah ini berasal
daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan hanya sebilangan kecil sahaja yang

41

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

berpendapatan tinggi. Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting
dalam melahirkan insan yang cemerlang. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) merupakan salah satu elemen penting dalam merealisasikan matlamat
sekolah. Namun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Berdasarkan
pengalaman sepanjang menjadi pendidik di SMK Keratong, saya mendapati bahawa
penguasaan tatabahasa dalam komunikasi bagi subjek Bahasa Inggeris murid Pendidikan Khas
SMK Keratong berada pada tahap yang membimbangkan. Kebanyakkan murid sukar dalam
menguasai tatabahasa dan sebutan bagi proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Proses pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) bagi subjek Bahasa Inggeris tidak dilihat
sebagai mengajar subjek itu sahaja, cabaran semasa proses PdPc perlu dikenal pasti dengan
memastikan kemahiran sosial dan perkembangan kognitif setiap murid. Bagi proses
melaksanakan perkara tersebut, menjadi keutamaan saya sebagai guru memastikan penguasaan
tatabahasa murid dalam Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan dan murid menjadikan Bahasa
Inggeris bukan sebagai bahasa yang asing bagi mereka. Proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) hendaklah berasaskan interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses
interaksi ini akan membantu guru untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa murid dalam
komunikasi Bahasa Inggeris. Dalam pembelajaran tatabahasa, guru perlu memastikan tujuan
atau objektif setiap murid. Murid perlu berusaha untuk memahami pengajaran guru sama ada
menggunakan bahan maujud, verbal, audio, tayangan dan sebagainya. Usaha ini juga dapat
membantu murid dalam penguasaan pembelajaran. Bagi pengajaran seperti Bahasa Inggeris,
pendekatan kognitif mestilah diterapkan bagi kepentingan tertentu. Bahasa Inggeris
merupakan bahasa asing bagi murid terutama murid PPKI kerana tidak terbiasa dengan
penggunaan bahasa tersebut di rumah.

Murid hanya mengalami proses PdPc di sekolah sahaja serta kurang mengulangkaji
pembelajaran yang dinyatakan oleh guru. Pengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi
asas kepada setiap murid. Kefahaman tatabahasa dan penguasaan murid dalam tatabahasa
terutama komunikasi Bahasa Inggeris membolehkan murid bertutur dengan baik mengikut
tahap kognitif setiap murid, terang dan mudah difahami oleh guru dan rakan sekelas.
Kefahaman ini juga membolehkan murid dapat memahami dengan lebih jelas sesuatu
perkataan ataupun ayat. Melalui kefahaman dan penguasaan tatabahasa murid dapat
menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau salah.

Merujuk kepada Bernice Burnip dalam Louise Porter (2002), komunikasi ialah
perbuatan bertukar-tukar pendapat, idea, keperluan dan keinginan. Selain itu, beliau turut
mengatakan yang pertuturan dan bahasa adalah sebahagian dalam proses komunikasi murid.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa proses komunikasi melibatkan penyampai dan penerima.
Dengan adanya interaksi antara kedua-dua belah pihak berlaku pertukaran pendapat, idea dan
lain-lain. Di samping itu, melalui komunikasi juga seseorang itu boleh memenuhi keperluan
dan melahirkan keinginan. Melalui komunikasi juga, murid boleh meningkatkan keyakinan
dan membantu murid bergaul dengan rakan sekelas mereka. Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendefinisikan murid yang mengalami
Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh
diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kanak-kanak Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh

42

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses
pembelajaran. Kecatatan yang dialami boleh dikategori mengikut tahap kefungsian kanak-
kanak dalam kebolehan berikut iaitu Kebolehan Kognitif, Tingkah Laku Sosial/Perkembangan
Sosial, Penguasaan Bahasa (Lisan/Pertuturan, Kemahiran Perkembangan(Development Skills)
dan Kemahiran Matematik. Bagi masalah pembelajaran, pelbagai kategori dalam murid
masalah pembelajaran seperi Sindrom Down, Autisme, ADHD, Terencat Akal Minima,
Kurang Upaya Masalah Pembelajaran(Learning Disabities), Kurang Upaya Dalam
Pembelajaran Khusus contohnya Disleksia, Lembam (Kecacatan Otak, Autistik, Terencat Akal
Ringan, Terencat Akan Sederhana, Celebral Palsy, Epilepsi Pertuturan dan pelbagai lagi.

Bagi Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong,
kategori murid dapat dikelas kepada masalah pembelajaran. Terdapat perbagai jenis masalah
pembelajaran yang pada murid PPKI iaitu lembam, masalah intelektual, celebral palsy dan
juga autistik. Untuk mencapai hasrat ini, penggunaan “Kit AiLee Tv” membantu saya sebagai
guru dalam meningkatkan kreativiti murid serta memperkembangkan murid dalam melibatkan
diri murid dalam aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Penggunaan “Kit AiLee Tv”
juga membantu murid dalam berkomunikasi dua hala antara murid dan guru, murid dan murid
dalam aktiviti yang berkumpulan yang memerlukan murid berinteraksi dengan rakan sekelas.

2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan PdPc saya untuk
mengajar murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dalam menguasai tajuk menggunakan
“Kit AiLee Tv”. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) English
For Communication Form 1, 1.0 iaitu Listening and Speaking (Seeing and Signing Skills) :
Listen and use corrrect pronunciation, rhythm and intonation to communicate appropriate dan
dalam kajian ini saya memfokuskan topik 1.1 iaitu Personal Details dan Colours dalam silibus
mata pelajaran Bahasa Inggeris/English For Communication tingkatan satu. Penguasaan yang
baik dalam topik ini akan meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap dan meningkatkan
penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid pendidikan khas
masalah pembelajaran.

3. TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk menambah baik amalan PdPc saya dalam meningkatkan
penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid pendidikan khas
masalah pembelajaran melalui penggunaan “Kit AiLee Tv”.

4. SOALAN KAJIAN
Berdasarkan masalah dan tujuan kajian, maka persoalan kajian ini ialah bagaimana menambah
baik amalan PdPc saya dalam meningkatkan penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid pendidikan khas masalah pembelajaran melalui penggunaan
“Kit AiLee Tv”.

43

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid PPKI 1, Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
SMK Keratong, Rompin, Pahang yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki.
6. KAEDAH KAJIAN
Reka Bentuk Kajian: Reka Bentuk Kajian Tindakan

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

Cara Mengumpul Data
Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini ialah senarai semak bagi proses saringan awal,
pemerhatian analisis dokumen secara aktif bagi mengumpul sebanyak mungkin data deskriptif.
Kajian Tindakan ini melibatkan 4 fasa iaitu tinjauan masalah, fasa analisis tinjauan masalah,
fasa tindakan dan fasa refleksi. Jadual 1 menunjukkan instrumen saringan awal masalah
penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris.

44

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Jadual 1 : Instrumen Saringan Awal Masalah Penguasaan Tatabahasa Komunikasi Bahasa Inggeris

Nama : ____________________________
Tarikh : ____________________________ Umur : _________ Jantina : ___________
Masa : _____________________________

Pemerhatian : Tandakan (√) bagi Ya dan (X) bagi Tidak untuksetiap petunjuk.
Lakukan 3 kali pemerhatian.

BIL ITEM YA TIDAK

1 Murid tidak tahu perkataan yang ditutur dalam Bahasa
Inggeris

2 Murid sukar ingat perkataan yang dituturkan dalam Bahasa
Inggeris

3 Murid sukar menerangkan maksud perkataan jika
berkomunikas dalam Bahasa Inggeris

4 Murid menghadapi kesukaran dalam memahami Bahasa
Inggeris

5 Murid selalu menyuruh guru mengulangi arahan semasa
proses PdPc

SKOR

PENGUKURAN TAHAP

TAHAP 1-6 7 - 12 13 - 18 19 - 25
SKOR Ringan Sangat Teruk
(MILD) Sederhana Teruk
(Average) (Severe) (Profound)

45

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

CATATAN PEMERHATIAN
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Disediakan oleh : Tarikh : __________________
Tinjauan masalah

…………………………………………..............
()

46

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Tinjauan awal adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan seterusnya mengenal pasti punca murid gagal
dalam penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris bagi murid pendidikan khas
masalah pembelajaran. Kurangnya pengetahuan dalam penguasaan tatabahasa komunikasi
Bahasa Inggeris merupakan halangan dan kekangan terbesar yang perlu ditangani oleh penutur
bahasa kedua/asing (Alonso, 2013) di mana faktor faktor utama kepada kesukaran ini ialah
mengetahui dan mengingati makna perkataan tersebut, walaupun murid mampu menyebut
perkataan tersebut (Fresch, 2008). Pengetahuan bagi tatabahasa dan kosakata dalam
komunikasi Bahasa Inggeris adalah lemah disebabkan kegagalan untuk pembinaan
penguasaaan pengetahuan dalam kosakata merupakan proses yang sukar dan memerlukan
latihan yang serta komitmen yang tinggi. Penguasaan tatabahasa agak sukar untuk disampaikan
kepada murid. Murid kurang mahir dan sukar untuk menguasai pembelajaran tatabahasa.
Penggunaan tatabahasa yang tidak betul juga menyebabkan murid tidak dapat menulis ayat
dengan baik. Selain itu, murid juga hilang keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris disebabkan pengalaman buruk yang pernah dialami ketika berada didalam kelas
( Ziash Suleymanova 2012: Osama Yousif & Ishragaa Bashir, 2015)

47

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023
Jadual 2 : Jadual KekerapanSaringan Masalah Penguasaan Tatabahasa Komunikasi Bahasa Inggeris.

Murid A,B,C, D dan E
Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3

Murid tidak tahu A:√ A:√ A:X
B:√ B:X B:X
perkataa yang C:√ C:√ C:√

dituturkan dalam D:√ D:√ D:X
E:√ E:√ E:X
Bahasa Inggeris.
A:√ A:√
Murid sukar ingat A:√ B:X B:X
perkataan yang B:√ C:√ C:√
dituturkan dalam C:√ D:√ D:X
Bahasa Inggeris. D:√ E:√ E:X
E:√

Murid sukar A:√ A:√ A:X
menerangkan maksud B:√ B:X B:X
perkataan C:√ C:√ C:X
berkomunikasi jika
Bahasa D:√ D:√ D:X

Inggeris. E:√ E:√ E:X

48

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Murid menhadapi A:√ A:√ A:√
kesukaran dalam B:√ B:X
memahami C:√ B:X C:√
Inggeris. Bahasa D:√ C:√ D:√
E:√ D:√ E:X
Murid selalu meminta E:√
guru mengulangi arahan A:√ A:√ A:X
semasa sesi PdPc. B:√ B:X
C:√ B:X C:X
D:√ C:√ D:X
D:√
E:√ E:X
E:√

Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan instrumen saringan awal masalah penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid pendidikan khas masalah pembelajaran, didapati seramai 5
orang murid PPKI 1 yang tidak menguasai tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris walapupun
pada tahap yang rendah. Kebanyakkan daripada mereka tidak tahu perkataan yang dituturkan
dalam Bahasa Inggeris. Murid juga sukar untuk ingat perkataan yang dituturkan dalam Bahasa
Inggeris walaupun guru kerap mengulangi perkataan tersebut semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Selain itu, saya mendapati murid sukar menerangkan maksud
perkataan jika berkomunikasi Bahasa Inggeris, murid tidak memahami sesi PdPc dan saya
perlu menerangkan semula kepada murid dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa yang difahami
mereka. Murid juga menghadapi kesukaran dalam memahami Bahasa Inggeris terutama dari
aspek tatabahasa, kosakata dan sebutan. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan murid
menyebabkan mereka akan selalu dan kerap meminta guru mengulangi arahan dan pengajaran
semasa sesi PdPc. Ini menunjukkan bahawa 5 orang murid PPKI 1 mengalami kesukaran
kerana pengetahuan mereka dalam penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris rendah
dan asing bagi mereka. Justeru itu, dengan mengambil kira cadangan dan kelebihan yang
wujud dalam membina inovasi bagi mengatasi masalah yang dialami oleh murid, ia memberi
justifikasi untuk membina “Kit AiLee Tv” untuk membantu murid PPKI 1 meningkatkan
keupayaan kognitif mereka dalam proses pembelajaran. Oleh itu, saya yakin sekiranya murid
dapat memahami konsep dengan menggunakan “Kit AiLee Tv”, maka pasti murid dapat
menguasai tatabahasa dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Seterusnya akan
meningkatkan keyakinan diri dan keseronokan murid memahami topik dan pengetahuan serta
peningkatan dalam penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris.

49

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Berdasarkan senarai semak bagi proses saringan awal, pemerhatian analisis dokumen secara
aktif bagi mengumpul sebanyak mungkin data deskriptif yang dinyatakan diatas, satu tindakan
telah dijalankan.

Langkah 1 : Guru membuat saringan awal kepada murid dengan melihat kepada sesi
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Saringan awal tanpa penggunaan “Kit AiLee Tv” dapat
dilhat sesi PdPc. Guru memerhatikan tahap penguasaan murid bagi setiap topik yang dipelajari.
Guru hanya menggunakan pendekatan buku teks, nota dan lembaran kerja sahaja sebagai bahan
bantu mengajar (BBM). Pendekatan ini dilihat sukar untuk murid memahami setiap topik yang
diajar oleh guru. Murid hanya bergantung kepada jawapan daripada guru jika berlaku sesi soal
jawab dan sesi memberi pendapat. Murid sukar untuk memberi pandangan mereka kerana tidak
memahami komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, guru mengambil insiatif untuk
menggunakan “Kit AiLee Tv” pada sesi PdPc yang seterusnya.

Langkah 2 : Murid yang terlibat telah diberi penerangan cara penggunaan sebelum
menggunakan “Kit AiLee Tv” melalui proses PdPc bersemuka. Tujuannya untuk memastikan
5 orang murid tadi dapat memahami topik PdPc yang akan dipelajari oleh murid. Guru
menerangkan topik berkaitan “colours”. Guru menerangkan definisi bagi setiap jenis “colours”
yang dipelajari. Guru juga meminta murid untuk mengingati setiap jenis “colours” . Guru
menyediakan soalan untuk dijawab bersama murid-murid. Guru membimbing murid semasa
sesi soal jawab bersama guru.

Langkah 3 : Murid perlu menjawab soalan subjektif dengan bantuan guru dan menyatakan
pandangan setiap murid. Murid juga tidak lagi segan dalam menyatakan jawapan bagi setiap
soalan yang dinyatakan oleh guru. Murid juga semakin berani dalam mencuba berkomunikasi
Bahasa Inggeris. Tujuannya untuk memastikan murid bersedia dan meningkat pengetahuan
murid dalam tatabahasa komunkasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

8. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas kelihatan bahawa penggunaan “Kit AiLee Tv” digunakan
sebagai intervensi yang digunakan dapat menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcara
(PdPc). Konsep penggunaan “Kit AiLee Tv” adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori
murid pendidikan khas. Kesemua murid PPKI ini dikategorikan sebagai murid bermasalah
pembelajaran. Keupayaan kognitif murid berbeza dalam memahami setiap proses PdPc yang
dilaksanakan oleh guru. Sehubungan dengan itu, penggunaan “Kit AiLee Tv” dapat membantu
murid pendidikan khas masalah pembelajaran dalam mencapai perkembangan mereka
terutama dalam penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris.

Proses PdPc menggunakan “Kit AiLee Tv” dapat membantu murid menguasai
pengetahuan baru untuk kegunaan murid pada masa akan datang.“Kit AiLee Tv” merupakan
kit pembelajaran yang dihasilkan oleh saya bagi meningkatkan lagi penguasaan tatabahasa
komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid pendidikan khas masalah pembelajaran.
Tujuan “Kit AiLee Tv” adalah menjadikan sesi PdPc saya menarik dan memberi pendedahan

50

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

kepada murid dalam subjek Bahasa Inggeris. “Kit AiLee Tv” juga dapat meningkat penguasaan
tatabahasa murid. Langkah penghasilan “Kit AiLee Tv” memerlukan idea dan inovasi yang
dapat menarik minat murid. Penyediaan bahan-bahan juga mengambil masa dan memerlukan
kos. Seterusnya bagi aspek penghasilan kreativiti juga diperlukan bagi menampakkan “Kit
AiLee Tv” menarik dan berkesan kepada murid. Saya juga menerangkan kepada murid cara
penggunaa “Kit AiLee Tv” kepada murid bagi memudahkan murid memahami konsep
penggunaan “Kit AiLee Tv”.

51

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023
Rajah 1 : Manual Penggunaan “Kit AiLee Tv”

“Kit AiLee Tv”

52

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Bahan yang diperlukan :

- Mounting Board
- Gunting
- Pisau
- Gam
- Gam Gajah
- Gam Uhu
- Lidi Berwarna
- Pinggan Kertas
- Kertas Warna
- Kertas Bergambar
- Kartun Sticker
- Salotep
- Kertas Pelekat

53

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Langkah Penghasilan
- Sediakan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan.
- Membentuk mounting board menjadi bentuk tv.
- Membentuk “Flash Card” mengikut topik pembelajaran.
- Saiz dan bentuk “Flash Card” perlu bersesuai dengan murid.

54

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Cara Penggunaan
• Murid diminta untuk duduk dan memegang “Flash Card” mengikut topik

pembelajaran guru.
• Guru meminta bantuan rakan sekelas memegang “Kt AiLee Tv” semasa murid

menggunakan “Kt AiLee Tv”.
• Membaca ayat menggunakan bantuan “Flash Card” yang disediakan oleh guru.
• Setiap murid diberi kebebasan untuk memilih “Flash Card” kegemaran mereka.

55

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Kekuatan
• Meningkatkan keyakinan diri dan keseronokan dalam diri murid untuk bercakap

dalam Bahasa Inggeris.
• Murid berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
• Membantu murid meningkatkan keupayaan kognitif murid.
• Membantu murid memahami topik dan pengetahuan serta peningkatan dalam

penguasaan topik yang dipelajari.

56

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Jadual 2 : Jadual Kekerapan Saringan Masalah Penguasaan Tatabahasa Komunikasi Bahasa
Inggeris.

Murid A,B,C, D dan E Pemerhatian 3
Pemerhatian 1 Pemerhatian 2
A:X
Murid tidak tahu A:√ A:√ B:X
perkataan yang B:√ B:X C:√
dituturkan dalam C:√ C:√
Bahasa Inggeris. D:X
D:√ D:√ E:X
Murid sukar E:√ E:√
perkataan A:√
dituturkan ingat A:√ A:√ B:X
Bahasa Inggeris. yang B:√ B:X C:√
dalam C:√ C:√
D:X
D:√ D:√ E:X
E:√ E:√

Murid sukar A:√ A:√ A:X
menerangkan maksud B:√ B:X B:X
perkataan C:√ C:√ C:X
berkomunikasi jika D:X
Bahasa D:√ D:√ E:X

Inggeris. E:√ E:√ A:√
B:X
Murid menhadapi A:√ A:√ C:√
kesukaran dalam B:√ B:X D:√
memahami Bahasa C:√ C:√ E:X
Inggeris.
D:√ D:√
E:√ E:√

57

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Murid selalu meminta A:√ A:√ A:X
guru mengulangi arahan B:√ B:X B:X
semasa sesi PdPc. C:√ C:√ C:X
D:√ D:√ D:X
E:√ E:√ E:X

Jadual 2 menunjukkan 4 orang daripada 5 orang murid telah mencapai peningkatan bagi
penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris. “Kit AiLee Tv” dibina sebagai satu usaha
untuk melaksanakan pembelajaran menarik bersama murid. Insterumen bagi saringan masalah
penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris melalui pemerhatian adalah murid tidak
tahu perkataan yang dituturkan dalam Bahasa Inggeris. Pada pemerhatian pertama, kesemua
murid tidak tahu perkataan yang mereka tuturkan. Pada sesi pengajaran dan pemudacaraan
(PdPc), murid hanya mendengar pembelajaran dari guru sahaja. Bagi pemerhatian kedua
selepas penggunaan “Kit AiLee Tv”, perubahan dan peningkatan ditunjukkan oleh murid B.
Murid B memahami dan mengetahui perkataan yang ditutur oleh guru dalam Bahasa Inggeris
semasa PdPc. Peningkatan juga ditunjukkan pada pemerhatian ketiga, hanya murid C sahaja
yang tidak menunjukkan peningkatan, manakala murid A, B, D dan E meningkat pengetahuan
mereka. Bagi murid C, berkemungkinan persekitaran dan penggunaan bahasa asing iaitu
Bahasa Inggeris menyukarkan murid C untuk menaakul sesi PdPc. Peribadi dan sikap murid C
yang agak pendiam dan bersendirian juga mempengaruhi proses PdPc.

Bagi instrumen kedua pula iaitu murid sukar ingat perkataan yang dituturkan dalam
Bahasa Inggeris. Pemerhatian pertama bagi setiap murid A, B, C, D dan E, saya mendapati
kesemua murid sukar untuk mengingati setiap perkataan yang dituturkan. Bagi mereka setiap
perkataan adalah asing dan sebutan mereka juga perlu diperbetulkan. Namun begitu, setelah
penggunaan “Kit AiLee Tv , perubahan dan peningkatan dapat dilihat menerusi murid B. Bagi
murid A, C, D dan E, kesemuanya sukar untuk proses mengingati setiap perkataan yang
dituturkan. Bagi pemerhatian ketiga pula, hanya murid A dan C sahaja yang sukar mengingati
perkataan yang dituturkan dalam Bahasa Inggeris. Murid B, D dan E menunjukkan peningkatan
yang baik dalam sesi PdPc. Instrumen ketiga iaitu murid sukar menerangkan maksud perkataan
jika berkomunikasi Bahasa Inggeris. Masalah ini ketara dilihat semasa pemerhatian pertama.
Jika saya hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris, murid hanya diam kerana tidak memahami
kerana kurangnya penguasaan dalam Bahasa Inggeris. Pembelajaran menjadi berpusatkan guru,
pembelajaran yang berkesan adalah berpusatkan murid. Murid aktif dalam sesi PdPc yang
dilaksanakan oleh guru. Bagi pemerhatian pertama, kesemua murid A, B, C, D dan E sukar
dalam menerangkan maksud perkataan jika berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

58

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Pemerhatian kedua pula hanya murid B sahaja yang menunjukkan peningkatan. Murid lain
masih sukar dalam peringkat menerangkan maksud perkataan. Seterusnya bagi pemerhatian
ketiga, kesemua murid menunjukkan peningkatan dan penguasaan dalam memahami maksud
perkataan Bahasa Inggeris semasa berkomunikasi.

Instrumen keempat adalah murid menghadapi kesukaran dalam memahami Bahasa
Inggeris, instrumen keempat ini tertumpu kepada penguasaan murid dalam memahami topik
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Terdapat persamaan antara instumen ketiga dan
keempat. Pemerhatian pertama mendapati kesemua murid menghadapi masalah dalam
penguasaan dan kefahaman Bahasa Inggeris. Bagi mereka, subjek Bahasa Inggeris merupakan
subjek yang sukar dan menjadi punca mereka tidak berminat untuk mempelajari. Saya sebagai
guru perlu berusaha untuk menjadi pengajaran menarik serta menjadikan murid berminat dalam
mempelajari Bahasa Inggeris. Bagi pemerhatian pertama, kesemua murid tidak menunjukkan
peningkatan, bagi pemerhatian kedua adalah hanya murid B sahaja yang menunjukkan
peningkatan. Setelah penggunaan “Kit AiLee Tv” yang berterusan hanya murid B dan E sahaja
yang menunjukan peningkatan, manakala murid berada pada tahap yang sama.

Instrumen terakhir adalah murid selalu meminta guru mengulangi arahan semasa sesi
PdPc. Isu ini dapat dilihat apabila guru melaksanakan sesi PdPc, pengajaran guru menjadi
tergendala dan objektif serta kriteria kejayaan sukar dicapai kerana murid memerlukan tumpuan
sepenuhnya dari saya apabila melibat subjek Bahasa Inggeris. Saya perlu menerangkan topik
berulang kali bagi memberi kefahaman kepada murid. Menerusi pemerhatian pertama, masalah
ini jelas apabila kesemua murid akan kerap untuk meminta guru mengulangi arahan semasa sesi
PdPc. Begitu juga pada pemerhatian kedua, kesemua murid kecuali murid B menunjukkan
masalah atau isu yang sama. Namun pada pemerhatian ketiga, kesemua murid berjaya untuk
mengatasi masalah tersebut.

Kekuatan dan keberkesanan penggunaan “Kit AiLee Tv” dapat dilihat apabila keyakinan
diri dan keseronakan dalam diri murid untuk bercakap dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Aspek keyakinan diri merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seseorang untuk memastikan
mereka terus komited dan berusaha dalam membina kemahiran penguasaan asing yang
dipelajari. Oleh itu dalam memastikan proses pembelajaran dapat dipelajari dengan lebih
berkesan, penambahbaikkan kualiti pendidikan perlu dilakukan melalui pembinaan keyakinan
diri, nilai diri serta menghormati diri sendiri. Penggunaan “Kit AiLee Tv” juga meningkat usaha
murid dalam bertutur atau berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan “Kit AiLee Tv”
ini membantu murid meningkatkan keupayaan kognitif murid. Keupayaan kognitif murid dapat
dilhat melalui penguasaan tatabahasa murid. Murid bersedia bagi setiap pembelajaran baru
terutama bagi subjek Bahasa Inggeris. Penggunaan “Kit AiLee Tv” membantu murid
memahami topik dan pengetahuan serta peningkatan dalam penguasaan topik yang dipelajari.

Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan “Kit AiLee Tv” membantu dan
mempengaruhi murid dalam penguasaan tatabahasa komunikasi Bahasa Inggeris. Murid juga
bermotivasi dalam proses PdPc dilaksanakan, respon murid dalam penggunaan “Kit AiLee Tv”
mendapat respon yang positif. Penggunaan “Kit AiLee Tv” mempengaruhi pembelajaran yang
positif dan meningkat perkembangan pengetahuan murid dalam penguasaan tatabaha
komunikasi Bahasa Inggeris. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam
kajian ini telah membantu saya dalam menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) di dalam kelas yang sebelum ini sering menimbulkan kesukaran kepada guru untuk

59

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan berkesan kepada murid-murid. Kajian ini juga
dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
9. RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa murid-murid PPKI 1 memerlukan
pendekatan kreatif dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam
pembelajaran. Oleh yang demikian saya perlu kreatif dan inovatif sewaktu merangka dan
melaksanakan PdPc agar menyuntik minat murid-murid dalam mempelajari topik yang akan
dipelajari pada pembelajaran seterusnya. Penggunaan “Kit AiLee Tv” semasa sesi PdPc oleh
saya berkesan dalam meningkatkan proses dan penguasaan tatabahasa komunikasi dalam
Bahasa Inggeris dalam kalangan murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Murid boleh
dilatih untuk menjawab soalan dan mereka lebih berminat untuk sama-sama terlibat dalam sesi
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kaedah penggunaan “Kit AiLee Tv” berbeza dengan
kaedah pengajaran formal. Hasilnya, ia dapat membantu murid mengatasi masalah penguasaan
tatabahasa murid dalam komunikasi Bahasa Inggeris.

Kajian ini juga boleh diperluaskan untuk kumpulan murid lebih besar dan dijadikan
panduan oleh guru-guru mata pelajaran lain dalam melaksanakan tindakan intervensi bagi
kajian akan datang. Saya percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu menarik minat
murid. Pengalaman dalam melaksanakan kajian ini juga dapat membantu saya dalam
memperbaiki amalan baik saya dalam PdPc mata pelajaran Bahasa Inggeris/English For
Communication.

\

60

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN
Amirul Mukminin Mohamad, Zamri Mahamus. (2019). Penguasaan Kosa Kata dan

Pembinaan Keyakinan Pelajar Antarabangsa dalam Komunikasi Bahasa Melayu
melalui Kaedah Tanya-Jawan Dua hala. Pusat Citra Universiti/Fakulti Pendidikan :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norfishah Mat Rabi, Grace Annamal Ghana Piragasam. (2018). Instrumen Saringan dan
Pengesanan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Read Resources Sdn Bhd : Petaling
Jaya, Selangor.
Sandiyao Sebestian (2007). Pengesanan Kanak-Kanak dengan keperluan Khas. Penerbit
Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Ismail Kailani dan Mohd Suhaidy bin Rohani (2006). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran
Bermodul ( KPM ) Bagi Matapelajaran Matematik (Sudut Dongak dan Sudut Tunduk)
Tingkatan Empat Di Dua Buah Sekolah Menengah di Daerah Pontian, Johor . Fakulti
Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia..
Nihada Delibegovic Dzanic dan Alisa Pejic (2016). The Effect Using Songs On Young
Learners and Their Motivation For Learning English. Article in Netsol New Trends in
Social and Liberal Sciences. University Of Tuzla.
Mohd Zuri Ghani. Aznan Che Ahmad (2013). Pengantar Pendidikan Khas. Universiti Sains
Malaysia. Malaysia.
Mohd Zuri Ghani. (2014). Pendidikan Kanak-Kanak Bekeperluan Khas. Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-pendidikan-khas

61

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

KAEDAH MNEMONIK AKRONIM DALAM MENINGKATKAN
KEUPAYAAN MURID TINGKATAN DUA UNTUK MENGINGAT

FAKTA SEJARAH

Wan Nurul Najwa Binti Wan Jusoh
SMK Keratong, Rompin, Pahang
[email protected]

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) saya dalam meningkatkan keupayaan murid tingkatan 2 bagi mengingat fakta
sejarah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran
Sejarah KSSM melalui keberkesanan penggunaan kaedah mnemonik akronim. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 4 orang
murid tingkatan 2. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah pemerhatian
dan semakan dokumen yang dianalisis secara deskriptif. Penilaian dibuat melalui tindakan
intervensi iaitu ujian diagnostik yang akan menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian mendapati kaedah akronim membantu murid dalam
ujian diagnostik iaitu meningkatkan markah murid berbanding markah sebelumnya iaitu 4 orang
murid telah mencapai gred B hingga gred C berbanding markah UP2 murid mendapat gred E dan
F. Ini menunjukkan penggunaan kaedah akronim berkesan untuk digunakan bagi mata pelajaran
sejarah tingkatan 2 kerana berlaku peningkatan terhadap pencapaian murid. di masa akan datang,
diharapkan penggunaan kaedah ini dapat diperluaskan kepada kumpulan murid yang lebih ramai
serta dikongsikan kepada guru mata pelajaran lain agar lebih ramai murid dapat manfaat daripda
kaedah akronim.

KATA KUNCI: KSSM, PdP, kaedah mnemonik akronim

1. PENGENALAN

Menurut Soenjono Dardjowidjojo (2007), memori merupakan bahagian integral daripada eksitensi
manusia. Kewujudan memori bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Ada sebahagian individu
mampu menyimpan dan mengingati sesuatu perkara dalam jangka masa yang panjang manakala
sebahagian lainnya hanya mempunyai penyimpanan memori jangka masa yang pendek. Dengan
adanya keupayaan memori, manusia mampu untuk mempelajari sesuatu apabila segala maklumat
dapat disimpan dengan sebaiknya. Oleh hal demikian, satu kaedah/teknik/inovasi perlu diterapkan
agar seseorang individu terutamanya golongan murid dapat mengingati sesuatu maklumat dengan
baik. Kaedah tersebut dikenali sebagai kaedah mnemonik. Berdasarkan pemerhatian, murid dilihat
sangat lemah untuk mengingat sesuatu topik atau subtopik sehingga pencapaian dalam ujian
peperiksaan kurang memberangsangkan. Kajian oleh Riner (2000) juga, membuktikan bahawa
masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid berpencapaian rendah adalah mereka sukar untuk
mengingat kembali maklumat yang penting. Bermula daripada permasalahan tersebut, banyak
kajian telah dijalankan dari semasa ke semasa dengan menggunakan pendekatan, kaedah, teknik
dan strategi yang pelbagai bagi tujuan meningkatkan kefahaman, penguasaan, ingatan dan
pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sejarah.

62

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Kesukaran murid dalam mengingat pelbagai konsep dan, fakta sejarah menyebabkan mereka
menganggap mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran yang sukar dipelajari. Saya merasakan
bahawa persepsi murid terhadap mata pelajaran ini perlu diubah kepada yang lebih baik agar murid
lebih berdaya saing dan mampu menunjukkan minat yang mendalam terhadap mata pelajaran
Sejarah. Mnemonik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menjadikan proses mengingat
sesuatu dengan lebih mudah dan praktikal. Perkataan mnemonik ini berasal daripada bahasa Greek
‘mnēmonikos’, daripada perkataan ‘mnēmōn’ yang bermaksud ‘mindfulness’, atau ‘mimnēskesthai’
bermaksud ‘to remember’ iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda (mind).
Kaedah mnemonik mempunyai beberapa jenis dan ianya bergantung kepada cara seseorang untuk
mengingat sesuatu maklumat. Apa yang penting ialah setiap orang perlu menggunakan kaedah
mnemonik yang bersesuaian dengan mereka dan dapat berperanan dengan baik. Antara teknik
mnemonik yang biasa digunakan ialah kaedah loci, sistem kata kunci, chunking, teknik akronim
dan teknik akrostik. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teknik akronim sebagai pilihan untuk
diaplikasikan kepada murid tingkatan dua.

Pemilihan teknik akronim dalam kajian ini adalah kerana teknik ini mudah untuk dikuasai
oleh murid. Teknik ini merupakan satu kata yang terhasil daripada huruf pertama dari serangkaian
kata. Akronim sering digunakan ketika proses penghafalan sesuatu perkataan dalam susunan
tertentu. Akronim juga sangat umum dan terpakai dalam banyak bahasa dan bidang. Secara
kesimpulannya, kajian ini dijalankan bagi membantu murid-murid mengingat kembali fakta-fakta
yang agak sukar untuk diingati. Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengkaji sejauh mana
kaedah mnemonik akronim boleh membantu dalam mengingat fakta sejarah dan peningkatan
prestasi seta minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan untuk menambah baik amalan PdP saya untuk
mengajar murid tingkatan 2 Al-Bukhari melalui penggunaan kaedah mnemonik akronim agar dapat
meningkatkan keupayaan mereka mengingat fakta serta minat murid terhadap mata pelajaran
Sejarah. Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan Bab 5 iaitu Kesultanan Melayu Melaka yang
merupakan salah satu silibus bagi mata pelajaran Sejarah tingkatan 2 Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM).

3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:

Menambah baik amalan PdP saya dalam penyampaian sesuatu pengetahuan bagi murid tingkatan
2 Al-Bukhari untuk menguasai dan mengingat fakta sejarah.

Objektif Khusus:

a. Mendedahkan murid dengan amalan penggunaan serta pendekatan kaedah/teknik/inovasi
mnemonik akronim agar murid berupaya untuk mengingat fakta sejarah

b. Meningkatkan minat dan pestasi murid terhadap mata pelajaran Sejarah melalui keberkesanan
penggunaan kaedah mnemonik akronim.

63

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

4. SOALAN KAJIAN
Bagaimana saya menambah baik amalan PdP saya dalam mengetengahkan keberkesanan
penggunaan kaedah/teknik mnemonik akronim bagi murid tingkatan 2 Al-Bukhari untuk
mengingat fakta sejarah dan menimbulkan minat serta meningkatkan prestasi mereka dalam mata
pelajaran Sejarah.

5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 4 orang murid tingkatan 2 Al-Bukhari dari SMK Keratong, Rompin,
Pahang yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.

6. KAEDAH KAJIAN
1. Reka Bentuk Kajian Tindakan:

Berdasarkan Model Kurt Lewin (1946), terdapat beberapa kitaran fasa tindakan. Antaranya
ialah fasa membuat perancangan. Dalam kajian ini, saya telah mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid iaitu kesukaran untuk mengingat fakta sejarah dan menunjukkan prestasi
yang kurang memberangsangkan di dalam ujian peperiksaan. Berdasarkan masalah berkenaan,
saya membuat perancangan serta melaksanakan tindakan yang bersesuaian iaitu tindakan
intervensi bagi membantu murid dalam mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, saya membuat
pemerhatian terhadap proses yang berlaku sepanjang kajian dijalankan. Fasa terakhir bagi
kajian ini ialah fasa refleksi. Saya memberikan penekanan terhadap penambahbaikan intervensi
sekiranya ada serta menganalisis data yang diperoleh bagi melihat keberkesanan penggunaan
kaedah/teknik/inovasi mnemonik akronim yang dilaksanakan.

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin 1946

2. Cara Mengumpul Data:
a. Pemerhatian

Pemerhatian dilaksanakan berdasarkan keterlibatan murid dalam sesi PdP yang dijalankan oleh
saya dan ianya menunjukkan kesukaran murid untuk mengingat fakta sejarah bagi sesuatu topik
atau subtopik yang telah dipelajari amatlah jelas. Hal ini demikian kerana, saya telah meneliti

64

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

kelemahan murid apabila saya melakukan sesi soal jawab bagi sesuatu topik atau subtopik,
murid tidak dapat menjawab dengan betul. Selain itu, murid juga menunjukkan kekeliruan
terhadap jawapan yang mereka berikan sepanjang sesi soal jawab, kuiz, perbincangan dan
sebagainya.

b. Semakan Dokumen

Semakan dokumen dilaksanakan oleh saya berdasarkan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian
2 (UP2) yang diperoleh oleh murid dalam kajian ini menunjukkan prestasi bagi mata pelajaran
Sejarah kurang memberangsangkan. Di samping itu, didapati pengetahuan murid dalam
menghuraikan fakta sejarah kurang tepat bagi setiap soalan yang disediakan. Murid
memperoleh skor kurang daripada 50% diikuti dengan gred E. Berikut adalah keputusan yang
diperolehi (jadual 1) :

Jadual 1 : Markah Peperiksaan UP2 Murid Yang Terlibat Dengan Kajian Tindakan
MARKAH

BIL NAMA MURID
DIPEROLEH

1. DELYVIA BINTI MUHAMMAD STAVLY 47 %

2. MOHAMAD FARHAN IMAN BIN MOHD FARDI 48 %

3. MUHAMMAD HAIQAL BIN SUHAIZAD 48 %
4. NUR DARNILA SOFIA BINTI SAMIL 47 %

3. Cara Menganalisis Data:

Kedua-dua cara pengumpulan data yang digunakan adalah merupakan kaedah kualitatif iaitu
pemerhatian dan semakan dokumen yang dianalisis secara desriptif.

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Teknik mnemonik akronim merupakan satu kaedah pembelajaran berteraskan strategi kognitif yang
tidak mendapat pendedahan secara meluas di sekolah pada masa kini ekoran penggunaan
Information And Communication Technology (ICT) yang lebih tinggi dan sentiasa diberikan
keutamaan. Menurut kajian daripada Amiryousefi dan Ketabi (2011), kaedah mnemonik dapat
membantu murid dari pelbagai peringkat sama ada peringkat pra sekolah, sekolah rendah,
menengah dan pengajian tinggi dalam mengukuhkan ingatan untuk lebih cepat mengingati semua
maklumat yang sering digunakan. Kemahiran mengingat merupakan salah satu aspek kemahiran
belajar dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan kaedah mnemonik
akronim. Berdasarkan analisis pemerhatian dan semakan dokumen yang dilaksanakan oleh saya
melalui aktiviti kuiz, soal jawab semasa PdPc, dan peperiksaan UP2 seperti yang dinyatakan di
atas, satu intervensi telah dijalankan.

Langkah 1 : Pendedahan Tentang Kaedah Mnemonik Akronim

65

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Langkah 1 dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan awal kepada murid tentang isi
kandungan dan langkah-langkah penggunaan kaedah mnemonik akronim untuk mengingat fakta
sejarah dan menimbulkan minat serta mampu meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran
Sejarah. Guru meminta murid bersedia di ruangan Google Meet bagi memahami dan memberi
tumpuan terhadap perkongsian yang diberikan. Hasil pemerhatian, didapati murid kelihatan sangat
berminat dengan teknik yang cuba diperkenalkan oleh guru kerana masing-masing merasakan
iainya satu kaedah yang baharu diketahui dan tidak pernah diamalkan dalam kehidupan.

Langkah 2 : Demonstrasi Penggunaan Kaedah Mnemonik Akronim

Murid yang terlibat diberikan demonstrasi untuk mengaplikasikan kaedah mnemonik akronim bagi
sesuatu topik atau subtopik. Ia bertujuan untuk memastikan 4 orang murid yang terlibat dapat
memahami cara yang betul dalam menggunakan kaedah ini untuk mengingat fakta sejarah. Murid
diberikan contoh akronim yang dihasilkan melalui idea dan kreativiti sendiri bagi memudahkan
fakta-fakta sejarah diingati dengan baik. Hasil pemerhatian menunjukkan murid berasa teruja dan
berkeyakinan di dalam kelas apabila disoal oleh guru, mereka dapat menjawab dengan tepat
berkaitan cara menggunakan kaedah akronim.

Langkah 3 : Penghasilan Mnemonik Akronim Mengikut Kreativiti Dan Idea Tersendiri

Murid diberikan tempoh masa untuk menghasilkan sendiri akronim yang bersesuaian bagi topik
yang dipilih oleh guru iaitu Bab 5 tentang Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana,
guru akan melakukan ujian diagnostik bagi melihat keupayaan murid dalam mengaplikasikan
kaedah mnemonik akronim yang telah dihasilkan sama ada berkesan atau tidak berkesan dalam
mengingat fakta sejarah dengan sebaiknya. Hasil pemerhatian mendapati, murid dapat memberi
kerjasama yang sangat baik dan mereka diberikan tempoh 3 hari sebelum ujian diagnostik
dilaksanakan, mereka kelihatan lebih bersifat terbuka apabila disoal oleh guru.

Langkah 4 : Ujian Diagnostik

Murid yang terlibat telah diberikan ujian diagnostik. Hal ini demikian kerana, guru ingin melihat
keberkesanan kaedah mnemonik akronim ke atas diri murid sama ada prestasi bagi mata pelajaran
sejarah dapat ditingkatkan atau sebaliknya. Guru menyediakan ujian mengikut format ujian yang
mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian A (objektif), Bahagian B (struktur) dan Bahagaian C
(esei) yang berkenaan dengan Bab 5, Kesultanan Melayu Melaka. Hasil pemerhatian mendapati,
murid dapat menjawab ujian yang diberikan dengan baik di samping adanya akronim yang
tersendiri bagi menjawab setiap soalan yang diberikan.

Langkah 5 :Banding Bezakan Markah Yang Diperoleh Dalam UP2 Dan Ujian Diagnostik

Guru membuat perbandingan keputusan UP2 dengan Ujian Diagnostik yang diperoleh oleh 4 orang
murid dalam kajian ini. Keputusan bagi Ujian Diagnostik menunjukkan berlakunya peningkatan
prestasi dari segi markah yang dikumpul untuk ketiga-tiga bahagian. Murid juga menunjukkan
penggunaan kaedah mnemonim akronim dalam setiap soalan dimana mereka menconteng di tepi
kertas soalan dengan mengeluarkan akronim yang telah dibina mengikut idea dan kreativiti

66

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

tersendiri agar mereka faham dan ingat fakta sejarah. Hasil pemerhatian mendapati, murid dapat
menerima baik penggunaan kaedah mnemonik akronim ini dengan penggunaan yang optimum
sehingga mampu memberi kesan yang positif kepada ujian yang dijalankan oleh guru. Menurut
Hassan, Sulaiman dan Abidin (2009), pembelajaran akan lebih diminati sekiranya murid
didedahkan dengan kaedah yang sesuai dan praktikal. Kaedah mnemonik dicipta untuk menarik
minat disamping meningkatkan kemahiran mengingat individu.

8. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan ujian diagnostik yang dijalankan oleh saya dalam jadual 2, ia menunjukkan
bahawa intervensi yang dilakukan mampu menambah baik amalan PdPc saya melalui topik sejarah
yang diketengahkan iaitu Bab 5, Kesultanan Melayu Melaka. Saya berpendapat bahawa kaedah
yang cuba diperkenalkan dalam kalangan murid ini dapat membantu mereka untuk mengingat fakta
sejarah serta meningkatkan minat dan prestasi mereka terhadap mata pelajaran Sejarah.

a. Analisis Ujian Jadual 2 : Skor Ujian Diagnostik Murid SKOR UJIAN
NAMA MURID DIAGNOSTIK
BIL. A BC

1 DELYVIA BINTI MUHAMMAD STAVLY 19 24 30

2 MOHAMAD FARHAN IMAN BIN MOHD FARDI 20 17 28

3 MUHAMMAD HAIQAL BIN SUHAIZAD 18 22 26

4 NUR DARNILA SOFIA BINTI SAMIL 18 18 35

67

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PERBANDINGAN MARKAH UP2 DAN UJIAN DIAGNOSTIK MURID
BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH

80 C C B
65 71
B 66 E
F E
70 20 4 47
8
73

60

50 E
40 47

30
20
10

0 FARHAN HAIQAL SOFIA
DELYVIA

UP 2 UJIAN DIAGNOSTIK

Rajah 2 : Perbandingan Markah UP2 dan Ujian Diagnostik Murid

Berdasarkan dapatan ujian diagnostik yang diperoleh menunjukkan bahawa intervensi yang
digunakan dapat menambah baik amalan PdP saya dalam mengajar mata pelajaran Sejarah Bab
5, Kesultanan Melayu Melaka melalui penggunaan kaedah mnemonik akronim. Hal ini adalah
selari dengan dapatan kajian Hashim dan Ismail, 2003 yang menyatakan bahawa gaya
pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan objektif pembelajaran dan
matlamat pelajaran tercapai dengan jayanya.

Merujuk kepada Rajah 2, kesemua murid yang terlibat dalam kajian ini telah mencapai
peningkatan bagi mata pelajaran Sejarah melalui Ujian Diagnostik yang dijalankan oleh guru
sebaga intervensi bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah mnemonik akronim dalam
kalangan murid. Hasil kajian juga mendapati tahap minat murid melalui penggunaan kaedah
mnemonik akronim adalah tinggi. Hal ini demikian kerana, kaedah ini adalah mudah untuk
dipraktikkan, dan mampu memupuk minat serta dapat meningkatkan prestasi murid terhadap mata
pelajaran Sejarah agar lebih berdaya saing. Bukan itu sahaja, pendedahan tentang kaedah
mnemonik akronim ini dikenalpasti mampu mendorong murid menjawab soalan dengan pantas
tetapi memerlukan kecenderungan yang baik dalam menjelmakan idea secara kreatif dan kritis
kerana banyak fakta-fakta sejarah bagi sesebuah topik atau subtopik yang mempunyai tahap
kesukaran yang berbeza-beza sehingga mampu mengubah tumpuan terhadap minat murid.

Pembelajaran yang aktif didapati dapat menimbulkan sifat ingin tahu dan suasana
persaingan yang sihat sesama pelajar serta menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna. Guru
juga perlu memainkan peranan yang amat penting dalam mengamalkan nilai sikap semasa proses
pengajaran dan pembelajaran supaya dengan sikap yang baik dari pembelajaran akan mewujudkan
banyak impak positif dalam kehidupan seharian agar lebih berkesan. Antara amalan sikap yang
boleh diberi penekanan adalah nilai murni kerjasama, bertanggungjawab, berdisiplin, dan kreatif
(Razak, 2014). Penerapan nilai murni seperti berhemah tinggi, rajin, kebersihan fizikal dan mental,
kejujuran, kerjasama dan berdikari juga penting semasa menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran amali di makmal (Ghafar, 2004)

68

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

b. Refleksi Intervensi ( Guru & Murid) :

Sebagai seorang guru bagi mata pelajaran Sejarah menengah rendah, saya berasa lebih
bersemangat dan teruja untuk mengamalkan kaedah ini kepada murid lainnya kerana inovasi
yang dilaksanakan melalui kajian tindakan ini dapat membantu saya menambah baik lagi
amalan PdP saya di dalam kelas. Selain itu juga, saya berasa bangga terhadap pencapaian
yang positif dalam kalangan murid saya yang terlibat dengan kajian ini kerana melalui
penggunaan kaedah mnemonik akronim ini, saya dapat membantu mereka menguasai kaedah
belajar yang mudah dalam mata pelajaran Sejarah, serta sedikit sebanyak dapat mengubah
pandangan mereka bahawa Sejarah adalah mudah sekiranya mempunyai amalan serta teknik
pembelajaran yang tepat dan bersesuaian dengan tahap kebolehan seseorang. Manakala, dari
sudut pandangan murid pula, mereka didapati lebih bersemangat untuk belajar mata pelajaran
Sejarah dan berasa sangat teruja, gembira dan lebih berkeyakinan dalam menghuraikan fakta
sejarah.

9. RUMUSAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa murid-murid tingkatan 2 Al-Bukhari
memerlukan pendedahan tentang kaedah pembelajaran yang bersesuaian terutamanya dalam
mengingat fakta sejarah bagi sesebuah topik atau subtopik. Melalui pendekatan yang diperkenalkan
tentang penggunaan kaedah mnemonik akronim ini, ia menunjukkan bahawa kaedah ini
memberikan kesan yang baik seperti diharapkan kerana perbandingan antara keputusan ujian
penilaian 2 (UP2) dan ujian diagnostik menunjukkan peningkatan prestasi yang diharapkan selepas
penggunaan kaedah yang diperkenalkan. Namun begitu, murid kelihatan masih keliru dengan
kaedah menjawab berdasarkan fakta (F), huraian (H) dan contoh (C). murid dapat memahami dan
mengingati fakta sejarah dengan baik mengikut keupayaan masing-masing. Oleh hal demikian,
saya perlu kreatif dan inovatif sewaktu merangka dan melaksanakan PdPc supaya dapat
menggalakkan lagi minat murid untuk mengingati fakta-fakta sejarah melalui kaedah mnemonik
akronim dengan jayanya. Bukan itu sahaja, kaedah ini juga sesuai diaplikasikan bagi mata pelajaran
lainnya seperti Geografi, Bahasa Melayu dan sebagainya. Secara umumnya, kajian yang dijalankan
ini telah berjaya mengetengahkan kaedah pembelajaran iaitu kaedah mnemonik akronim sebagai
satu pendekatan bagi mengingat fakta sejarah dalam kalangan murid. Kajian ini boleh ditambah
baik dengan menerapkan elemen lain yang turut ada dalam kaedah mnemonik seperti kaedah loci,
sistem kata kunci, chunking, dan teknik akrostik. Ia bertujuan bagi meningkatkan kemahiran serta
keupayaan murid dalam memahami proses dan hubungan yang wujud dalam mengembangkan
kemahiran pemikiran yang lebih tinggi (Noor Diyana Adilah Adni, 2012).

Selain itu, dapatan kajian lepas juga mencadangkan agar menggunakan kaedah pembinaan
akronim secara lebih kreatif melalui penggunaan media serta boleh dipertingkatkan selaras dengan
era ledakan teknologi ICT masa kini. Implikasi penggunaan kaedah mnemonik akronim dilihat
memberi ruang positif di kalangan murid-murid antaranya mereka dapat memiliki lebih banyak
kemahiran berfikir yang dijana melalui pembinaan akronim mengikut kreativiti masing-masing
dalam menguasai sesuatu topik pelajaran agar lebih cepat dan mudah selain dapat mewujudkan
suasana belajar yang lebih santai dan menyeronokkan. Perkara ini secara tidak langsung membantu
guru untuk mempelbagaikan lagi kaedah PdPc dengan mengetengahkan penggunaan kaedah

69

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

mnemonik akronim dalam penyampaian isi kandungan pelajaran kepada murid supaya PdP guru
lebih berkesan dan murid juga lebih terbiasa serta mudah untuk mempraktikkannya dalam
mengingat fakta sejarah. Hal ini mampu menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk
menguasai sesuatu topik dengan lebih cepat. Kajian ini juga dapat membantu saya memahami
proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.

Konklusinya, kajian ini juga boleh diperluaskan untuk digunakan oleh kumpulan murid
yang lebih besar dan boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru mata pelajaran lain dalam
melaksanakan tindakan intervensi bagi kajian akan datang. Saya percaya, pendedahan serta galakan
yang pelbagai dalam menghasilkan kaedah intervensi yang menarik akan mendatangkan hasil yang
positif kepada murid terutamanya dari aspek proses pembelajaran murid yang akan selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melahirkan murid yang lebih berdaya
saing dan membudayakan proses penaakulan dalam sesi pembelajaran (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Pengalaman dalam melaksanakan kajian ini juga sedikit sebanyak dapat
membantu saya dalam memperbaiki dan menambahbaik lagi amalan baik saya dalam PdPc mata
pelajaran Sejarah.

70

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN
Soenjono Dardjowidjojo, 2007, Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa,

Selangor: PTS Professional Publishing Snd. Bhd.
Ahmad, A. R., & Awang, M. M. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Mata

Pelajaran Sejarah: Perlaksanaandan Cabaran. In Proceeding 7th International
Seminar on Regional Education (Vol. 1, pp. 435-445).
Amiryousefi, M., & Ketabi, S. (2011). Mnemonic instruction: A way to boost vocabulary
learning and recall. Journal of Language Teaching and Research, 2(1), 178-182.
Hassan, A., Sulaiman, T., & Abiddin, N. Z. (2009). The requirement of grouping technique
in English lesson in meeting the demand of philosophy of education in malaysia.
The Journal of International Social Research, 2(6), 294-306.
Razak, S. (2014). Masalah Akademik Yang Dihadapi Pelajar-Pelajar Pendidikan Khas
Solehahfpend.Blogspot.
Ghafar, M. N. A. (2004). Dinamika sistem pendidikan tinggi. Penerbit UTM.
Noor Diyana Adilah Adni. (2012). Pemikiran Algebra melalalui pembelajaran kolaboratif
atas talian. Tesis Ijazah Sarjana.Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

71

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN
MENGGUNAKAN ‘TEKNIK BURGER”

Nurul Shahira Hassan
SMK Keratong, rompin, Pahang
[email protected]

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran
supaya murid dapat menghasilkan sebuah penulisan yang baik dengan mencetuskan idea yang
kritis.penggunaan ‘Teknik Burger” dalam penulisan sebuah karangan merupakan satu siri aktiviti
pembelajaran yang dirancang secara sistematik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
keberkesanan dalam penulisan menggunakan teknik ini untuk meningkatkan kemahiran menulis
karangan mengikut format penulisan yang sebenar. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh pdpr
secara dalam talian bermula pada 10 september hingga 30 october 2021. Reka bentuk kajian
menggunakan model Kurt Lewin, ujian pertengahan tahun (UP 2) dan senarai semak yang
melibatkan kumpulan sasaran seramai 3 orang murid Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, satu
intervensi dilaksanakan menggunakan teknik “BURGER” dalam penulisan karangan untuk
mengatasi masalah penulisan karangan yang tidak menepati format penulisan yang lengkap. Pada
masa akan datang, diharapkan penggunaan “Teknik Burger” dalam penulisan dapat diperluaskan
untuk kumpulan murid yang lebih ramai dan dikongsikan kepada semua kelas untuk memanfaatkan
penggunaan teknik tersebut.

KATA KUNCI : teknik BURGER, penulisan karangan,format penulisan

1. PENGENALAN

Membaca dan menulis satu asas yang penting dalam mempelajari sesuatu perkara. Tanpa bacaan,
seseorang itu tidak akan mendapat sesuatu maklumat dan akan menyebabkan daya fikiran otak
mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Sementara itu, kemahiran menulis juga merupakan satu
aspek penting dalam pembelajaran bahasa. Kemahiran menulis dan membaca tidak dapat
dipisahkan kerana kemahiran ini merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi. Menurut
pengkaji, satu isu yang membimbangkan guru apabila mendapati sebilangan kecil murid tidak
dapat menguasai penulisan karangan dengan menggunakan teknik penulisan yang tepat.

Menurut Faizah Jaapar (2017) menyatakan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan
penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan
sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Manakala sesuatu pengurusan dalam
pengajaran adalah amat dititik beratkan. Pengurusan P&P yang dinamis dan sistematik mampu
mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif,
pembangunan potensi manusia yang lebih mampan serta penyebaran maklumat (Jantan, 2016).
kepentingan kaedah penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses pdpc adalah untuk
memberikan kefahaman yang lebih jelas serta dapat membantu murid dalam penguasaan topik
semasa PdPc.

72

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dilaksanakan berfokus kepada menambah baik amalan pdpr guru untuk mengajar
murid 4 Al-kindi untuk memastikan murid dipilih dapat memahami dan menguasai penulisan
karangan dengan terancang mengikut format penulisan karangan. Oleh itu, teknik “BURGER”
dalam penulisan karangan dilaksanakan sebagai intervensi bagi mengatasi isu tersebut.
3. OBJEKTIF KAJIAN
1. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan penggunaan teknik yang sesuai

mudah dan betul.
2. Bagaimanakah teknik burger dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menghurai isi

karangan.
Bagaimanakah teknik burger membantu murid mengembangkan isi atau fakta.
4. SOALAN KAJIAN
Bagaimanakah guru menggunakan teknik “BURGER” bagi memastikan murid dapat menghasilkan
sebuah penulisan yang cemerlang menepati format penulisan karangan mengikut format SPM.
5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 3 orang murid yang memperlihatkan penulisan karangan sangat tidak
memuaskan dan lemah dalam mengembangkan ayat. Peserta kajian direkodkan dengan sebagai
peserta kajian A, peserta kajian B , peserta kajian C.
6. KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa model dalam kajian tindakan yang boleh digunakan dalam membuat kajian.
Namun saya telah memilih model kajian tindakan Lewin dalam kajian saya. Menurut Lewin (1946),
kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran
kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan
mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang
semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.

73

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

a. Reka bentuk kajian

Berdasarkan model Kurt Lewin (1946) yang melibatkan beberapa fasa tindakan iaitu bermula
dengan mengenal pasti isu dan membuat perancangan. Dalam kajian ini, isu yang dikenalpasti
adalah masalah penulisan karangan yang tidak mengikut format penulisan. Berdasarkan isu tersebut,
pengkaji membuat perancangan serta tindakan intervensi di samping membuat pemerhatian
terhadap proses yang berlaku.

b. Kaedah pengumpulan data

i. Ujian Penilaian 2 (UP2)

Pengkaji melihat hasil daripada ujian penilaian 2 (UP2) yang dilaksanakan pada bulan 6. Ujian ini
dilaksanakan oleh semua murid untuk mengukur tahap pencapaian murid dalam penulisan
karangan selama pdpc dilaksanakan. Namun hasil daripada ujian ini mendapati tahap penulisan
karangan murid sangat lemah dari segi pengembangkan ayat, unsur bahasa tidak menarik dan ayat
kurang gramatis serta tidak menepati format penulisan yang sebenar. Rajah 1 di bawah
menunjukkan markah yang diperolehi oleh peserta kajian dalam ujian penilaian 2 (UP2).

MARKAH UJIAN PENILAIAN 2 (UP2)
60

55

50

40
40

30
30

20

10

0 Peserta kajian B Peserta kajian C
Peserta kajian A

Rajah 1: Graf Markah Diperolehi Peserta Kajian Sebelum Intervensi

74

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

ii. Senarai semak pemerhatian

Tinjauan awal dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Saya juga telah membuat semakan hasil daripada latihan yang diberikan, saya melihat ke semua
peserta kajian masih tidak boleh menghasilkan karangan yang gramatis yang mengikut format
penulisan yang sebenar.

Arahan : Tandakan (/) “Ya dan (X) “Tidak” sekiranya memenuhi keperluan pembelajaran murid.

Bil Item Ya Tidak

1. Murid memahami dan menguasai soalan
serta arahan dengan baik

2. Murid dapat menyatakan idea utama dan idea
sokongan dengan tepat

3. Murid mengemukakan contoh berdasarkan
fakta dengan tepat

4. Murid mengembangkan idea dengan baik
serta penggunaan ayat gramtis

5. Murid menghasilkan penulisan yang lengkap
menggunakan ayat gramatis.

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tempoh pelaksanaan adalah selama 1 bulan iaitu bermula 10 september hingga 30 oktober 2021.

Jadual 1 : Fasa Pelaksanaan Kajian Tindakan

Fasa Tindakan Tempoh
Fasa 1 :
Merancang a) Memperolehi data awal Minggu 2

Fasa 2: b) Kenal pasti isu dan responden (September)
Bertindak
c) Merancang intervensi

Melaksanakan intervensi Minggu 3

(September)

Fasa 3: a. Menilai impak intervensi Minggu 2
Memerhati dan merefleksi (Oktober)
b. Penambahbaikkan intervensi
dan membuat laporan

Intervensi yang dijalankan
Aktiviti menulis perenggan tersebut memerlukan murid menulis karangan berpandukan bahan
rangsangan yang diberikan oleh guru. Sebelum menulis karangan guru memberikan maklumat
berkaitan dengan kaedah menulis karangan berpandukan tip-tip penulisan yang ditunjukkan

75

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

menggunakan “teknik burger’. Guru juga menerangkan teknik menulis karangan teknik menulis
karangan dengan menunjukkan “teknik burger” .

Aktiviti 1 - Memperkenalkan Teknik Burger
Berdasarkan kepada hasil semakan ujian pertengahan yang telah dijalankan oleh pihak sekolah
yang lalu, saya telah mencari satu teknik untuk membantu murid menguasai kemahiran menulis
karangan mengikut format penulisan dengan tepat. Teknik ini telah saya perkenalkan pada murid-
murid sewaktu pdpr dengan menunjukkan gambar sebiji “burger”.
Langkah 1:
Guru memberikan penerangan jenis-jenis domain yang terdapat dalam penulisan sebuah karangan.
guru mengaitkan isu yang dipaparkan dengan topik karangan yang akan dibincangkan.
Langkah 2:
guru memberikan soalan karangan sebagai fokus perbincangan. Guru memberikan panduan
menulis karangan mengikut format yang telah ditetapkan dan menunjukkan contoh karangan
mengikut topik yang diberikan berpandukan teknik burger.
Langkah 3:
murid menyatakan idea-idea utama serta mengembangkan idea dengan memberikan contoh yang
tepat dengan merujuk kaedah teknik burger. Guru menjelaskan kaedah mengembangkan idea
kepada murid.

76

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Langkah 4:

Murid diminta untuk menghasilkan sebuah pendahuluan lengkap sebagai pemantapan pelajar
terhadap penulisan karangan mengikut format karangan yang disampaikan. Murid membuat
tugasan yang diberikan berpandukan kaedah teknik burger.
Langkah 5:

guru memberikan penegasan terhadap penulisan karangan yang baik di samping memberikan
beberapa penanda wacana, contoh peribahasa, ayat mengembangkan idea sebagai panduan kepada
murid.

Aktiviti 2 : Ujian Diagnostik

Setelah selesai sesi penerangan dan soal jawab secara lisan melalui google meet, saya meminta
murid bersedia untuk melaksanakan ujian diagnostik iaitu topik karangan bertajuk Langkah-
langkah mengatasi masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. Saya memberikan tumpuan
sepenuhnya kepada 3 orang mrid tersebut dijadikan kumpulan sasaran.

Sepanjang ujian dilaksanakan secara dalam talian, ketiga-tiga murid kerap bertanyakan
beberapa soalan yang masih keliru untuk menghasilkan sebuah penulisan yang lengkap dan
menepati format penulisan sebenar. Saya juga menguji tahap kefahaman mereka dengan
bertanyakan beberapa soalan bagi mamastikan mereka dapat memberikan contoh yang tepat.
Sebelum memulakan penulisan saya memastikan murid membina lakaran sebiji burger untuk
memberikan gambaran yang jelas sebelum memulakan penulisan.

Setelah masa yang diberikan tamat, saya meminta murid menghantar penulisan melalui
“tangkapan gambar” dan menghantar kepada saya melalui telegram untuk tujuan semakan. Saya
mendapati hasil penulisan kumpulan sasar ini menunjukkan peningkatan yang ketara daripada ujian
penilaian 2 (UP2) yang dilaksanakan sebelum ini. Hasil ujian diagnostik ini menunjukkan mereka
berjaya menguasai sepenuhnya penulisan karangan yang lengkap menepati format penulisan,
karangan dengan baik serta menghasilkan penulisan yang mengandungi ayat gramatis.
8. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

a. Analisis markah ujian

77

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Markah Ujian Diagnostik

65 65

55

PESERTA KAJIAN A PESERTA KAJIAN B PESERTA KAJIAN C
peserta kajian

Rajah 2: Graf Markah Diperolehi Peserta Kajian Selepas Intervensi

Keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas.
Keputusan menunjukkan murid telah berjaya menghasilkan sebuah penulisan karangan dengan
mengikut format penulisan yang tepat serta pengembangan idea sangat menepati kehendak format
penulisan sebenar. Hasil daripada ujian diagnostik selepas intrvensi dilaksanakan, peserta kajian
menunjukkan peningkatan yang ketara dalam menghasilkan sebuah karangan. Peserta kajian juga
dapat memahami dengan lebih jelas.
9. RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan ke atas murid, kaedah yang dilaksanakan dalam pengajaran
dan pembelajaran itu telah memberikan impak yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara
meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan bersesuaian dan berkesan. Murid semakin
yakin untuk membina penulisan karangan yang gramatis. Daripada tinjauan yang dibuat murid
tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan sebuah karangan. Sebagai seorang guru, saya
merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya melihat peningkatan skor dan cara penulisan
karangan. Pada pandangan saya, murid ini mampu melakukan sesuatu dengan baik, asalkan mereka
mendapat panduan dan teknik penulisan yang betul untuk mengarang sebuah karangan. Saya juga
dapat membaiki kelemahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran.

78

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) di Sekolah.
Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Mohd Amin Mohd Noh, Zetty Nurzuliana Rashed, &

Murihah Abdullah. (2016). Sumber bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam Sekolah Bestari.
http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com

79

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PENGGUNAAN TEKNIK BisaMePaSih MEMBANTU MURID
MENGUASAI NOVEL BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

Arni Diana Binti Rosly
SMK Keratong, Rompin, Pahang

[email protected]

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc saya dalam membantu
murid-murid mengingat kronologi cerita dan menguasai novel Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 menggunakan Teknik BisaMePaSih. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran murid Program 5P seramai 11 orang
dari Tingkatan 5 Al-Khawarizmi SMK Keratong, Rompin, Pahang. Reka bentuk kajian tindakan
ini mengaplikasi Teknik Peta Pemikiran (i-Think) bagi tujuan merangsang pemikiran murid untuk
merangsang minda dan mengingat maklumat atau sesuatu peristiwa. Teknik ini berkeupayaan
untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Pada tahun 2021, data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian,
semakan kertas perperiksaan/ujian dan perbincangan di dalam kelas yang dianalisis secara
deskriptif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu
guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang sebelum ini
sering menimbulkan kesukaran kepada guru untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan
berkesan kepada murid-murid. Kajian ini juga dapat membantu guru memahami proses
pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.

KATA KUNCI : Teknik BisaMePasih, Peta i-Think, PdPc

1. PENGENALAN
Idea ini tercetus berdasarkan pemerhatian saya ke atas maklum balas murid dalam soalan-soalan
novel yang dikemukakan, dibiarkan kosong tidak berjawab. Ada juga murid yang berusaha untuk
menjawab, tetapi isi jawapannya tidak tepat dan tidak mampu untuk memperoleh markah yang
maksimum. Masalah ini berlaku disebabkan sebahagian besar murid tidak memahami kehendak
soalan dan mereka juga tidak berminat membaca novel Pantai Kasih (T4) dan Bimasakti Menari
(T5).

Paparan maklumat dalam Teknik BisaMePasih ini menekankan kepada perkongsian
beberapa peristiwa novel yang diringkaskan dengan unsur-unsur yang dikaji dalam pembelajaran
novel. Penggunaan warna-warni pada paparan dan pemilihan Peta Buih (Peta I-Think) dipercayai
dapat merangsang minda dan membantu murid mengingat dengan mudah. Murid perlu dirangsang
minatnya, sebelum mereka terus fokus kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Manakala,
tindakan mereka perlu dibimbing agar objektif pembelajaran tercapai. Guru perlu memerhati tahap
pencapaian murid melalui ujian atau latihan bertulis bagi memastikan refleksi yang terbaik terhasil.

80

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Lantaran itu, aktiviti PdPc haruslah menarik dan berkesan dengan mengambil kira
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pengajaran berpusatkan murid (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Oleh itu, penggunaan modul latihan merupakan salah satu teknik yang
berkesan (Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad, 2005) untuk memberikan variasi dalam gaya
pengajaran guru (Amani Dahaman@Dahlan, 2014; Low, Chew, & Mazlina Jamaludin, 2013;
Haspiah Basiran, 2006) serta meningkatkan sahsiah diri dan prestasi akademik murid dari masa ke
semasa (Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar, 2009). Modul juga merupakan
satu siri aktiviti pembelajaran yang dirancang secara sistematik (Muhammad Asri Madmor et al.,
2016 ; Haspiah Basiran, 2006) dan mampu bertindak sebagai pelengkap kepada kurikulum
(Jamaludin Ahmad, 2002). Manakala, e-Learning Module merupakan antara teknik terbaik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21(Jose Mari, 2020).

Penerapan pelbagai alat berfikir dalam proses pembelajaran bermodul pula mampu
membantu murid untuk berfikir, membuat penaakulan, menajamkan pemikiran dan melatih
seseorang berfikir dengan lebih baik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013; Rosnanaini
Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang, 2011). Menerusi kaedah ini, idea-idea dapat
disampaikan dengan lebih jelas, tersusun dan mudah di fahami (Muhammad Asri Madmor et al.,
2016) serta menimbulkan keseronokan untuk belajar (Yahya Othman & Azmey Othman, 2012)
dalam kalangan murid. Kini, peta pemikiran merupakan alat pemikiran yang popular dan
digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti KBAT (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2012). Kaedah pengajaran guru perlu berubah dengan memberi penekanan terhadap kemahiran
berfikir dalam kalangan murid melalui perbincangan dan komunikasi dalam usaha menggalakkan
perkembangan kognitif mereka (Gutiereez, 2006; Boaler, 2003). Dalam situasi ini, murid akan
terlibat aktif untuk mencari maklumat dan membincangkan jawapan bagi membina pengetahuan
melalui komunikasi dan tugasan yang diberi (Veerman, 2000).

2. FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan PdPc saya untuk
mengajar murid Program 5P dari 5 Al-Khawarizmi dalam menguasai kronologi cerita novel yang
dipelajari sekali gus membantu mereka menjawab soalan novel (Kertas 2 : Soalan 8) dengan lebih
baik dan berfokus menggunakan Teknik BisaMePaSih. Dalam kajian ini saya memfokuskan
kepada keupayaan murid untuk mengingat hanya beberapa contoh peristiwa novel yang boleh
diaplikasi untuk semua unsur dalam pembelajaran novel (Tema, Persoalan, Atak dan Perwatakan,
Latar Masyarakat, Nilai dan Pengajaran).

Reka Bentuk Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart (1988) dijadikan
panduan dalam melaksanakan kajian ini. Pendekatan model ini dipilih untuk digunakan dalam
kajian ini kerana pelaksanaan kajian ini akan melalui beberapa fasa atau kitaran sebelum hasilnya
dikira berjaya . Asas pemeringkatan 4 fasa atau kitaran yang dicadangkan bersesuaian dengan
konteks dan struktur pengajaran reflektif yang dijalankan.

3. TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk saya menambah baik amalan PdPc saya dalam usaha
memperkenalkan teknik mengingat yang mudah sekali gus membantu mengukuhkan kemahiran

81

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

menjawab soalan novel murid 5 Al-Khawarizmi (murid Program 5P) menggunakan teknik
BisaMePasih. Kajian ini juga sebagai intervensi bagi membantu meningkatkan skor markah bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu pada Peperiksaan Percubaan SPM.
4. SOALAN KAJIAN
Bagaimana saya dapat menambah baik amalan PdPc saya dalam usaha memperkenalkan teknik
mengingat yang mudah, sekali gus membantu mengukuhkan kemahiran menjawab soalan novel
murid 5 Al-Khawarizmi menggunakan teknik BisaMePasih.
5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 11 orang murid 5 Al-Khawarizmi SMK Keratong yang terdiri
daripada murid Program 5P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Mereka terdiri daripada 8 orang
murid lelaki dan 3 orang murid perempuan.
6. KAEDAH KAJIAN
1. Reka Bentuk Kajian Tindakan
Saya telah memilih Reka Bentuk Kajian Tindakan Lewin (1946). Menurut Lewin (1946), setiap
kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran
kajian tindakan mempunyai empat Langkah iaitu merancang (planning), bertindak (action),
memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya
yang melibatkan merancang semula, bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran
baharu. Model Kajian Tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Lewin (1946)

2. Kaedah Mengumpul Data
i. Pemerhatian

Saya telah mengenal pasti masalah yang berlaku dalam PdPc khususnya ketika mengajar novel
setelah membuat pemerhatian dan melakukan refleksi terhadap amalan PdPc yang dilakukan dalam

82

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

bilik darjah. Dalam mengenal pasti masalah yang timbul tiga perkara yang menjadi fokus utama
saya :

a) Apakah yang sedang berlaku ?
b) Bagaimanakah keadaan sesuatu masalah/situasi itu wujud ?
c) Apakah yang boleh saya lakukan ?

Sebagai contohnya, guru telah mengenal pasti masalah yang berlaku sepanjang proses PdPc
dilakukan di mana murid tidak dapat menceritakan semula salah satu novel yang diminta. Ditambah
lagi. apabila menjawab soalan berkaitan novel, murid membiarkan kosong tidak berjawab. Keadaan
ini jelas menunjukkan bahawa murid tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan kerana tidak
membaca novel tersebut.

Selain itu, kaedah pengumpulan data lain dalam kajian ini ialah pemerhatian dengan
menggunakan senarai semak dan analisis UP1 dan UP2. Data pemerhatian dianalisis secara manual
dengan menggunakan pola senarai semak dan data UP1 dan UP2 pula dianalisis secara manual
menggunakan perbandingan peratus. Jadual 1 menunjukkan senarai semak pemerhatian.

Arahan : Tandakan ( / ) “Ya” dan ( X ) “Tidak” sekiranya memenuhi keperluan
pembelajaran murid.

Bil. Item Ya Tidak

1. Murid membaca buku teks sahaja untuk
mengulangkaji

2. Murid mempunyai buku nota dan latihan
yang lengkap

3. Murid mengharapkan nota daripada guru
untuk mengulangkaji.

4. Murid lebih memahami nota yang ringkas,
menarik dan mudah dibawa.

5. Penggunaan modul dapat membantu murid
lebih memahami topik.

Jadual 1 : Senarai Semak Pemerhatian

Tinjauan masalah

Tinjauan awal adalah untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan
seterusnya mengenal pasti punca murid gagal dalam menguasai penceritaan novel, sekali gus gagal
menjawab soalan. Pemerhatian senarai semak dilihat terhadap keperluan murid ketika proses
pengajaran dan kesediaan murid untuk mengulangkaji. Murid dilihat mempunyai pengetahuan
yang terhad terhadap topik. Hal ini berkemungkinan sikap mereka yang kurang membaca dan tidak
minat membaca. Sikap murid yang kurang mengambil berat terhadap soalan novel tersebut ekoran
peruntukan markah yang sedikit juga mempengaruhi murid untuk tidak membuat persediaan
sebelum peperiksaan. Berdasarkan senarai semak pemerhatian, murid-murid Program 5P kelas
Khawarizmi tidak mempunyai buku nota dan latihan yang lengkap. Kebanyakan murid hanya
membaca buku teks untuk mengulangkaji. Justeru itu murid memerlukan nota yang ringkas, mudah

83

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

difahami dan menarik untuk meningkatkan kefahaman mereka. Rajah 2 menunjukkan analisis pola
senarai semak pemerhatian.

POLA SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

12

10

8

6

4

2

0 No. 2 Pola SenNaor.a3i Semak No. 4 No. 5
No. 1

Rajah 2 : Pola Senarai Semak Pemerhatian

Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan OBT dan UP1 didapati seramai 11 orang murid program 5P kelas 5 Al-khawarizmi
ini tidak menjawab soalan novel yang ada. Walaupun ada yang cuba untuk menjawab, malangnya
jawapan diberi salah. Kebanyakan daripada mereka gagal menguasai keseluruhan soalan
pemahaman novel.Justeru, dengan mengambil kira cadangan dan kelebihan yang wujud daripada
galakan penggunaan Peta Pemikiran i-Think, maka ia memberi justifikasi untuk saya membentuk
Teknik BisaMePasih bagi membantu murid-murid saya meningkatkan keupayaan mereka dalam
pembelajaran di samping menambah baik pencapaian mereka. Oleh itu, saya yakin sekiranya murid
dapat memahami Teknik BisaMePasih ini, maka sudah pasti murid dapat menjawab dengan baik.

ii. Semakan Dokumen

Semakan dokumen merujuk kepada dapatan yang diperolehi daripada skrip jawapan peperiksaan
dan ujian yang dilaksanakan oleh murid. Hasil dapatan daripada semakan dokumen ini, dapat
dilihat terdapat peningkatan pencapaian murid selepas didedahkan dengan Teknik BisaMePasih.
Nota ringkas dan warna membantu murid mengingat sekali gus membantu murid menjawab soalan
yang dikemukakan.

84

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Skrip jawapan UP1 dan UP2

Kertas jawapan Ujian 1 dan Ujian 2
7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan analisis pemerhatian dan semakan dokumen murid yang dinyatakan di atas, satu
tindakan telah dijalankan.
Langkah 1 :
Guru meminta murid membaca novel dari lembaran nota dan buku teks berkaitan tajuk. Hasil
pemerhatian, didapati murid mengambil masa yang singkat untuk membaca, rasa bosan dan kurang
memahami kronologi cerita.

85

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Langkah 2 :
Pelajar yang terlibat telah diberi penerangan mengenai isi kandungan Teknik BisaMePasih melalui
paparan slaid di dalam kelas.Tujuannya untuk memastikan 11 orang murid yang disasarkan dapat
memahami teknik yang diguna pakai. Selain itu, murid-murid juga diperkenalkan dengan kata
kunci yang berfungsi sebagai panduan kepada mereka untuk memahami dan mengingat fakta
keseluruhan.
Langkah 3 :
Murid diberikan beberapa set soalan novel (Kertas 2 : Soalan 8) sebagai pengukuhan untuk
meningkatkan pemahaman mereka. Tujuan lain adalah untuk memastikan murid bersedia sebelum
Peperiksaan Percubaan SPM diadakan pada masa akan datang.

8. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan OBT, UP1 dan UP2 yang diperoleh menunjukkan bahawa intervensi yang
digunakan dapat menambah baik amalan PdPc saya mengajar novel menggunakan Teknik
BisaMePasih. Hal ini adalah selari dengan dapatan kajian Baiq Sri Handayani dan Corebima (2016)
yang menyatakan pengajaran lebih banyak melakukan aktiviti pembelajaran akan menghubung
lebih banyak saraf di otak. Otak mempelajari isi baharu dengan menghantar maklumat yang
diperoleh dari pancaindera ke thalamus hinggalah seterusnya untuk ingatan jangka panjang. Justeru
guru dapat mewujudkan sistem pembelajaran yang menyeronokkan berdasarkan sistem otak.
Manakala penggunaan warna dalam Teknik BisaMePasih ini adalah disebabkan warna berupaya
menimbulkan minat, rangsangan serta keinginan murid untuk mengikuti proses pembelajaran, pada
masa yang sama penggunaan warna memudahkan murid untuk mengingati sesuatu yang dipelajari.
Sehubungan itu, penggunaan warna amat membantu dalam pembelajaran murid. Hal ini sejajar
dengan kenyataan Dzulkifli & Mustafar (2013) bahawa warna dapat membantu murid untuk
meningkatkan tahap perhatian mereka terhadap sesuatu maklumat, iaitu maklumat dapat
dipindahkan sama ada melalui ingatan jangka pendek atau panjang. Justeru, ia menambah peluang
kepada mereka untuk mengingati maklumat tersebut.

86

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Rajah 3 : Peta Pemikiran (i-Think) Dalam Teknik BisaMePasih

Teori pembelajaran yang dapat dikaitkan dalam kajian ini ialah teori pemprosesan maklumat
Gagne yang mana menurut teori ini individu berdepan dengan persekitaran yang diberikan
rangsangan yang berbeza. Rangsangan ini akan diproses melalui sistem saraf untuk dikenali.
Selepas dikenali, maklumat tersebut akan disimpan ke dalam stor ingatan jangka pendek. Teori
pembelajaran Gagne yang berkaitan pemprosesan maklumat perlu dibuat kajian secara mendalam
dan terperinci bagi membolehkan intervensi dilakukan secara lebih sistematik.

87

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

i. Analisis Peperiksaan

Ujian yang dilakukan kepada murid-murid program 5P kelas 5 Al-Khawarizmi menunjukkan
perubahan skor markah yang ketara kepada 10 orang murid. Namun terdapat kekangan di mana
seorang murid yang jarang datang ke sekolah, tidak dapat dinilai keseluruhan pencapaiannya.
Walau bagaimanapun, masalah tersebut tidak melunturkan semangat saya untuk meneruskan
kajian ini. Pengalaman dalam menjalankan kajian ini ialah guru perlu lebih kreatif dalam
merancang intervensi supaya tiada murid yang tercicir. Justeru pendekatan yang pelbagai perlu
dilakukan agar murid terus menunjukkan minat untuk mengikuti pembelajaran, sekali gus berusaha
meningkatkan pencapaian mereka ke arah yang lebih baik.

Jadual 2 : Perbandingan Markah Peperiksaan Murid 5P

BIL NAMA L/P TOV ETR OBT UP1 UP2
MG MG
MGM G M G 28 G 21 G
31 G 33 G
1 AZIMAN HAKIM BIN AZMAN L 52 C 62 B 24 G 26 G 50 C
35 G TH TH
2 DAYANA ANABELLA A/P HASRIM P 44 E 63 B 7 G 32 G 36 G
37 G 64 B
3 ELISSHA A/P HONG SIANG P 81 A 60 B 41 E 23 G TH TH

4 HASMIEROL AIZAM A/L ABU L 38 G 64 B TH TH 23 G 23 G

5 ISHAHROL RISLAN BIN SAPRIE L 48 D 63 B 17 G 24 G 43 E
23 G TH TH
6 MASRU NAJAR BIN RUZANE L 54 C 64 B 55 C+ 36 G 42 E

7 MOHAMMAD ZULKARNAIN BIN L 43 E 56 C+ TH TH
MOHD ROSDAN L 27 G 56 C+ TH TH
L 50 C 57 C+ 22 G
8 MUHAMMAD AMIERUL ASHRAF
BIN DZAHIR

9 MUHAMMAD AZAM FITRY BIN
YATIMI

10 MUHAMMAD RUZAIMI BIN RASIP L 29 G 56 C+ TH TH

11 NUR AMYLIA NATASYA BINTI MD P 41 E 64 B 10 G
RUSNI

88

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

90
80
70
60
50
40
30
20
10

0

TOV ETR OBT UP1 UP2
Rajah 4 : Perbandingan Markah Peperiksaan Murid 5P

ii. Analisis Ujian
Berdasarkan dapatan ujian berfokus kepada soalan Pemahaman Novel yang diperoleh
menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan dapat menambah baik amalan saya mengajar
kemahiran menjawab soalan novel (Kertas 2 : Soalan 8) menggunakan Teknik BisaMePasih. Hal
ini adalah selari dengan dapatan kajian Hashim dan Ismail (2003) yang menyatakan bahawa gaya
pembelajaran memainkan peranan penting dalam memastikan objektif dan matlamat pengajaran
tercapai dengan jayanya.

120
100

80
60
40
20

0

OBT UP1 UP2 UJI 1 UJI 2
Rajah 5 : Graf Perbandingan Pencapaian Murid Berfokus Kepada Soalan Pemahaman Novel

89
AMYLIA NATASYA
RUZAIMI
AZAM FITRY
AMIERUL ASHRAF
ZULKARNAIN
MASRU NAJAR
ISHAHROL
HASMIEROL
ELISSHA
DAYANA
AZIMAN

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Rajah 5 jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara selepas murid-murid
mengaplikasi Teknik BisaMePasih dalam menjawab Soalan Pemahaman Novel. Ini dibuktikan
berdasarkan kepada dapatan kajian di mana seramai 10 daripada 11 orang murid telah berjaya
meningkatkan pencapaian mereka daripada meninggalkan soalan tanpa jawapan sehingga mampu
menjawab soalan dengan baik. Teknik BisaMePasih ini telah membantu murid-murid mengimbas
kembali kronologi cerita novel Pantai Kasih Tingkatan 4 dan Bimasakti Menari Tingkatan 5.

Selain itu, teknik ini telah meningkatkan kemahiran mengaplikasi peta pemikiran murid-
murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini adalah selari dengan dapatan kajian yang
dijalankan oleh Keller (2010), beliau mendapati bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru
sangat mempengaruhi motivasi murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Justeru, dengan mengambil
kira cadangan dan kelebihan yang wujud daripada pelbagai pilihan peta pemikiran memberi
justifikasi kepada saya untuk membina satu satu alat berfikir iaitu i-Think untuk membantu murid
meningkatkan keupayaan mereka. Secara tidak langsung diharap kajian ini juga dapat membantu
guru dalam mempelbagaikan bahan pembelajaran sedia ada.

Penggabungjalinan antara kaedah pembelajaran berasaskan buku teks dengan persekitaran
i-Think di dalam proses pembelajaran murid-murid adalah bertepatan dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan murid yang lebih berdaya saing dan
membudayakan proses penaakulan dalam sesi pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Lantaran itu, kaedah PdPc yang terbaik dan dapat membantu murid merupakan satu sumber
lengkap dengan pelbagai aktiviti terancang, sekali gus meningkatkan kemahiran berfikir, motivasi,
minat dan prestasi murid (Amani Dahaman@Dahlan, 2014; Swank, Christianson, Prows, West, &
Warren, 2001) telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di bawah PPPM (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013).

9. RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa murid-murid tingkatan 5 Al-Khawarizmi,
memerlukan pendekatan yang kreatif dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak
diterapkan semasa pembelajaran. Oleh yang demikian saya perlu kreatif dan inovatif sewaktu
merangka dan melaksanakan sesi PdPc agar minat murid-murid dalam mempelajari novel Bahasa
Melayu dapat disampaikan dengan jayanya.

Kajian ini boleh ditambah baik dengan memberi peluang kepada murid sendiri untuk
melengkapkan Peta I-Think dalam menzahirkan idea mereka hasil daripada pembacaan yang
dilakukan. Ini membolehkan murid tersebut menjadi Guru Muda dan dapat membimbing rakan-
rakan lain yang masih belum menguasai unsur-unsur dalam novel.

Kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru lain dalam melaksanakan tindakan
intervensi bagi kajian akan datang. Saya percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu
menarik minat murid (Neo & Rafi, 2007), walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan
kekangan. Pengalaman dalam melaksanakan kajian ini dapat membantu saya memperbaiki amalan
baik saya dalam PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu.

90


Click to View FlipBook Version