The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurathirahsahap, 2022-01-09 17:10:45

e-PROSIDING KAJIAN TINDAKAN SEMEKAR

e-PROSIDING_KT_SEMEKAR_2021_1.0 A

Keywords: KAJIAN TINDAKAN

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN
Dzulkifli & Mustafar. (2013). The influence of colour on memory performance: A review

Malaysia Journal of Medical Sciences, 20 (2),
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan Pengajaran
Berkesan. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn.Bhd.
Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang. (2011). Kemahiran Berfikir.
Selangor: Penerbit Multimedia.
Siti Azian Azrol Nasoha Bujang. (2013). Pembinaan Modul Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM Bio-Score) dan Kesannya Terhadap Pencapaian dan Pemikiran Kritis
Pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Ijazah Sarjana.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

91

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PENGGUNAAN PETA I-THINK DALAM PENDIDIKAN JASMANI BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGATAN 3 DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

Mohd Nazir Bin Abllah
Smk Keratong, Rompin, Pahang

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan Pdp saya dalam pengajaran tajuk Olahraga Asas
dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani tingkatan 3 Al-Bukhari dalam silibus KSSM. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan reka bentuk Kajian Tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran
seramai 10 orang murid pelajar Tingkatan 3 Al-Bukhari Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong
pada tahun 2021. Data yang dikumpulkan menggunakan kaedah pemerhatian dengan menggunakan
senarai semak dan analisis Ujian Penilaian 1 (UP1) dan Ujian 2 (UP2). Data pemerhatian dianalisis
secara manual menggunakan perbandingan peratus. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah
dirancang dalam kajian ini telah membantu guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas yang sebelum ini sering menimbulkan kesukaran kepada guru untuk
menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan berkesan kepada murid secara onine. Kajian ini
juga dapat membantu saya memahami proses pelaksaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
Selain itu juga, kajian ini dapat memberi pendedahan kepada saya menggenai Peta I-Think tentang
cara-cara penghasilan Peta I-think dan penggunaanya secara keseluruhannya.

KATA KUNCI : PdPR, KSSM, PJ, i-think

1. PENGENALAN

Dua tahun kebelakangan ini,penularan wabak Coronavirus atau Covid-19 telah memberi satu
impak yang besar kepada negara. Penularan wabak ini telah mengganggu kestabilan di dalam
pelbagai sektor, samada sektor ekonomi, perlancongan malah sektor Pendidikan juga tidak terlepas
terkena gangguan akibat daripada wabak covid-19. Justeru itu, sebagai seorang guru saya
bertanggungjawab untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan negara bukan hanya dalam
persekitaran persaingan global malah norma baharu dalam senario Pendidikan pasca covid-19.
Krisis global akibat penularan wabak covid-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan
pengajaran secara konvesional tidak dapat dilaksanakan, bahkan menjadi tugasan sebagai guru
semakin mencabar kerana perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu yang memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran (pdpc) dilaksanakan secara online atau e-pembelajaran (Radzi Jidin,
2020). Pada tahun ini, tema Hari Guru ialah ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu,
menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi
baru negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan
modal insan berkualiti (KPM 2020). Oleh itu, saya perlu melaksanakan perubahan besar dari segi
pedagogi bagi menzahirkan e-pembelajaran demi masa depan anak bangsa yang tercinta. Saya
perlu komited, kreatif dan celik digital agar objektif pdpc dapat dicapai dengan berjaya. Tanpa
keberanian mendalami teknologi terkini, perubahan yang diinginkan tidak akan menjadi kenyataan.

92

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran norma baharu Pendidikan yang
mencabar pemikiran mereka dengan menjadi teknologi sebagai teman setia alat bantu mengajar
dalam proses pdpc. Hakikatnya kini saya tidak boleh lagi berada di zon selesa dengan kaedah
tradisional.

Keputusan Ujian Penilaian 1 (UP1) bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani berada pada
tahap memuaskan bagi 10 orang pelajar kelas 3 Al-Bukhari. Keadaan ini menyebabkan tercetus
idea untuk membuat pemulihan atau intervensi kepada 10 orang murid 3 Al-Bukhari walaupun
sekarang berlaku proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). Perkara ini bagi saya perlu
dilakukan dengan segera kerana berdasarkan analisis item yang dibuat didapati murid tidak dapat
menjawab soalan berkaitan denga Olahraga Asas dengan baik. Selain itu, ketika mengulangkaji
tajuk ini, murid kelihatan tidak berminat mengikuti pembelajaran dan menunjukkan rasa bosan
terhadap tajuk ini. Hal ini kerana, mereka sukar memahami konsep lantaran sikap yang malas
membaca. Saya merasa terpanggil untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani yang dapat menarik perhatian murid semasa PDPR. Oleh itu, saya harus
bersedia meningkatkan kemahiran pedagogi dan kandungan matapelajaran bagi melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran dirumah. Keadaan ini selaras dengan matlamat Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2020 untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran
(pdp) yang berasaskan konstruktivisme dimana pelbagai kaedah pdp berpusatkan murid dapat
diaplikasikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilancarkan bagi meminimunkan
unsur-unsur latih tubi dan hafalan dalam kalangan guru dan murid (Noraini Idris, 2005). Selain itu,
kurikulum ini juga memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid melalui modul
kurikulum yang diperkenalkan (Kementerian Pendidikan Malayisa, 2013).

Lantaran itu, aktiviti pdpc haruslah menarik dan berkesan dengan mengambil kira
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui pengajaran berpsatkan murid (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Oleh itu, penggunaan modul Latihan salah satu teknik yang berkesan
(Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad, 2005) untuk memberi variasi dalam gaya pengajaran guru
(Amani Dahaman @ Dahlan,2014; Low, Chew, & Mazlina Jamaludn, 2013; Haspiah Basiran, 2006)
serta meningkatkan sahsiah diri dan prestasi akademik murid dari masa ke semasa (Rahil
Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar, 2009). Modul juga merupakan satu ciri aktiviti
yang pembelajaran yang dirancang secara sistematik (Muhammad Asri Madmor et al.,2016;
Hapiah Basiram, 2006) dan mampu bertindak sebagai pelengkap kepada kurikulum (Jamaludin
Ahmad, 2002). Manakal, e-leaning Module merupakan antara Teknik terbaik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 (Jose Mari, 2020).

Penerapan pelbagai alat berfikir dalam proses pembelajaran bermodul pula mampu
membantu murid berfikir, membuat penaklukan, menajamkan pemikiran dan melatih seseorang
berfikir dengan lebih baik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013; Rosnanaini Sulaiman,
Maimun Aziz & Mok Soon, 2011). Menerusi kaedah ini, idea-idea dapat disampaikan dengan lebih
jelas, tersusun dan mudah difahami (Muhamad Asri Madmor et al., 2016) serta menimbulkan
keseronokan untuk belajar (Yahya Othman & Azmey Othman, 2012) dalam kalangan murid. Kini,
peta pemikiran merupakan alat pemikiran yang popular dan digunakan oleh guru dalam
melaksanakan aktibiti KBAT (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Kaedah pengajaran guru
perlu berubah dengan memberi penekanan terhdap kemahiran berfikir dalam kalangan murid
melalui perbincangan dan komunikasi dalam usaha menggalakkan perkembangan kognitif mereka

93

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

(Gutiereez, 2006; Boaler, 2003). Dalam situasi ini, murid akan terlibat aktif untuk mencari
maklumat dan membincangkan jawapan bagi membina pengetahuan melalui komunikasi dan
tugasan yang diberi (Veerman, 2000).

2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan pdpc saya untuk
mengajar pelajar 3 Al-Bukhari dalam menguasai tajuk Olahraga Asas dengan menggunakan kaedah
PETA I-THINK Pendidikan Jasmani bagi pelajar tingaktan 3. Dalam kajian ini, saya memfokuskan
unit 6 iaitu Lari Berpagar, lempar cakera dan lompat kijang yang melibatkan beberapa fasa dalam
silibus mata pelajaran Pendidikan Jasmani tingkatan 3. Penguasaan yang baik dalam topik ini akan
meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep dalam tajuk olahraga asas yang melibatkan
lari berpagar, lompat kijang dan lempar cakera.

3. TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta i-think untuk
meningkatkan mutu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam kalangan
pelajar 3 Al-Bukhari. Kajian ini juga sebagai intervensi bagi pelajar tingkatan 3 Al-Bukhari untuk
meningkatkan skor markah dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani pada ujian Penilaian 2 (UP2)
seterusnya dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
4. SOALAN KAJIAN
Bagaimana saya dapat menambah baik amalan pdpc saya dalam menerangkan topik dalam
melakukan Kemahiran Asas Olahraga iaitu dalam acara lari berpagar, lompat kijang dan lempr
cakera yang terdiri daripada 10 orang pelajar tingkatan 3 Al-Bukhari yang mengunakan kaedah
PETA I-THINK.

5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 10 orang murid tingkatan 3 Al-Bukhari yang memperoleh markah sederhana
dalam Ujian Penilaian 1 (UP1) di SMK Keratong, Rompin Pahang. Pelajar tersebut terdiri 8 orang
pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan yang memperlihatkan markah sederhana dalam Ujian
Penilaian 1 (UP1).

6. KAEDAH KAJIAN
a. Reka Bentuk Kajian: Reka Bentuk Kajian Tindakan

94

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

b. Cara Mengumpul Data

Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini ialah pemerhatian dengan menggunakan senarai semak
dan analisis UP1 dan UP2. Data pemerhatian dianalisis secara manual dengan menggunakan pola
senarai semak dan data UP1 manakala data UP2 pula dianalisis secara manual menggunakan
perbandingan peratus. Kajian Tindakan melibatkan 4 fasa iaitu tinjauan masalah, fasa analisis
tinjauan masalah, fasa Tindakan dan fasa refleksi. Jadual 1 menunjukkan senarai semak
pemerhatian.

Jadual 1: Senarai Semak Pemerhatian

Arahan: Tandakan (/) “ya” dan (x) “tidak” sekiranya memenuhi keperluan murid

BIL Item Ya Tidak
1 Penerangan yang diberikan oleh guru
tidak dapat menarik minat pelajar.
2. Pelajar tidak memahami nota yang
diberikan oleh guru
3. Pelajar tidak mempunyai buku rujukan
tambahan selain buku teks
4. Pelajar lebih memahami nota ringkas,
menarik dan mudah dibawa
5. Buku teks tidak mampu untuk membantu
murid menguasai setiap topik
sepenuhnya.

c. Tinjauan masalah

Berdasarkan kepada pemerhatian saya, tinjauan awal adalah untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh pelajar dan selepas itu mengenalpasti punca pelajar gagal dalam menguasai topik
yang berkaitan dengan Asas Olahraga. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, pelajar-
pelajar 3 Al-Bukhari tidak mempunyai buku rujukan tambahan selain daripada buku teks. Mereka
hanya fokus kepada buku teks semata-mata. Selain itu juga, pelajar 3 Al-Bukhari tidak membuat

95

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

nota yang mudah difahami untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Mereka hanya membuat nota
sambal lewa. Selain itu juga, kebanyakan murid tidak menguasai kemahiran yang terdapat didalam
Olahraga Asas. Pelajar-pelajar juga tidak mampu untuk menguasai atau menceritakan Kembali
fasa-fasa pergerakan yang terdapat di dalam olahraga Asas seperti lari berpagar,lompat kijang dan
lempar cakera. Sikap murid yang kurang mengambil berat terhadap subjek Pendidikan jasmani
memandangkan subjek Pendidikan jasmani bukan subjek peperiksaan juga mempengaruhi murid
untuk tidak membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Berdasarkan senarai semak
pemerhatian, pelajar-pelajar kelas 3 Al-Bukhari ialah tidak memahami nota yang diberikan oleh
guru sepenuhnya.

Kebanyakkan pelajar hanya menggunakan buku teks untuk mengulangkaji pelajar sebelum
menghadapi peperiksaan. Keadaan ini memaksa pelajar untuk memerlukan nota yang ringkas,
mudah difahami dan menarik untuk meningkatkan kefahaman mereka. Rajah 2 menunjukkan
analisis pola senarai semak pemerhatian.

12345
Series1

Rajah 2 : Pola Semak Pemerhatian

Analisis Tinjaun Masalah
Berdasarkan peperiksaan Penilaian 1 (UP1) seramai 10 orang pelajar kelas 3 Al-Bukhari telah
memperolehi markah peperiksaan dalam lingkungan 58 ke bawah sehingga 45 markah.
Kebanyakkan daripada pelajar-pelajar tersebut tidak berjaya untuk menjawab soalan yang
berkaitan dengan Olahraga Asas. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelajar hanya menggunakan
nota yang diberikan oleh untuk guru sebelum menghadapi peperiksaan. Justeru itu, dengan
mengambil pendekatan dan kelebihan yang wujud bagi nota dan alat pemikiran ini, ia memberi
justifikasi untuk membina Peta I-think untuk membantu murid meningkatkan keupayaan mereka
dalam pembelajaran. Saya selaku guru amat yakin sekiranya pelajar dapat menguasai penggunaan
Peta i-Think ini, sekaligus dapat membantu pelajar-pelajar dapat pembelajaran sekaligus dapat
membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

96

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan analisis pemerhatian senarai semak dan laporan semakan Latihan murid yag
dinyatakan di atas, satu pendekatan telah diambil
Langkah 1: Guru meminta pelajar untuk memerhatikan dan membaca nota berdasarkan buku teks
dan buku nota pelajar yang sedia ada mengambil masa untuk pelajar memahami dan mengingati
topik ang dipelajari iaitu Olahraga Asas.
Langkah 2: Guru meminta pelajar untuk memerhatikan dan membaca peta i-think yang telah
dihasilkan ternyata pelajar hanya mengambil masa yang singkat untuk memahami dan mengingati
topik yang dipelajari iaitu Olahraga Asas iaitu di link
https://docs.google.com/presentation/d/1V-
X_8X_RDb9NsNZTLsvB0q7RHRdZvq3N/edit#slide=id.p1 melalui aplikasi google meet.
Tujuanya untuk memastikan 10 orang pelajar kelas 3 Al-Bukhari dapat memahami bagi topik
Olahraga Asas yang terdapatnya 3 jenis acara Olahraga Asas seperti lempar cakera, lompat kijang
dan lari berpagar.
Langkah 3: Murid menjawab soalan objektif yang berkaitan dengan Olahraga Asas seperti lempar
cakera, lompat kijang dan lari berpagar melalui google form-
https://forms.gle/eqRzCu5AGtV5HCC9A yang bertujuan untuk memastikan pelajar bersedia
sebelum menghadapi peperiksaan UP2.

Jadual 2 : Perbandingan markah UP1 dan UP2

97

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PERBANDINGAN PERATUSAN MARKAH UP1 DAN UP2

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
AFIQ AMIR AIDIL AMAR HAIKAL FARIS HAZIQ SAFWAN ASYIKIN LIYANA

UP1 UP2

Rajah 3: Perbandingan Peratusan Markah UP1 Dan UP2

Rajah 3 menunjukkan terdapat peningkatan didalam peperiksaan penilaian UP2 berbanding
penilaian UP1. Keadaan ini menunjukkan keberkesanan penggunaan peta i-think di dalam subjek
Pendidikan jasmani terutama di dalam topik Olahraga Asas. Kita sedia maklum bahawa pelajar-
pelajar sukar untuk menguasai pergerakan badan Ketika melakukan beberapa fasa pergerakan
dalam acara lompat kijang, lari berpagar dan lempar cakera. Guru juga harus lebih proaktif lagi
dalam pengunaan peta i-think dalam memberi kefahaman kepada pelajar. Di dapati bahawa para
pelajar mudah untuk memahami topik yang sukar apabila pengunaan peta i-think di laksanakan.
Guru seharusnya menguasai kesemua 8 jenis peta i-thik bagi menarik minat pelajar terutamanya
topik-topik yang sukar difahami oleh pelajar. Penggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran i-Think
juga mampu melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Selain itu, ianya juga
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Anderson, Howe,Soden & Low (2001) menyatakan bahawa manusia belajar berdasarkan
cara bagaimana dia mengamati dan memproses sesuatu. (Abdul Rahim Saad,2001), menyatakan
bahawa aktiviti pengajaran bagi murid yang suka abstrak adalah tergolong dalam ‘field independent’
adalah mudah. Namun yang demikian, bagi murid yang belajar secara konkrit ianya tergolong
dalam ‘field dependent’mereka akan mudah memahami beberapa konsep, prinsip, peraturan dan
hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Rajah 1
menunjukkan jenis-jenis Peta Pemikiran i-Think. Aplikasi penggunaan teknik i-Think ini
membolehkan guru mengambil peluang untuk melaksanakan pembelajaran kolaboratif dalam bilik
darjah. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru berinteraksi antara dua hala
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, ini akan mewujudkan hubungan kerja
berpasukan di kalangan murid di samping dapat memperkukuhkan serta memantapkan kemahiran
berkomunikasi di kalangan murid. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian teknik peta
pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai satu
pendekatan atau pemudah cara bagi murid untuk menyelesaikan permasalahan atau membuat
perkaitan antara sesuatu topik yang telah dipelajari. Selain itu, murid juga akan terlibat dalam

98

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

suasana pembelajaran yang aktif serta dapat memperbaiki kemahiran komunikasi antara murid.
Corak pembelajaran seperti ini adalah berbentuk pembelajaran koperatif. Scriven & Paul (2004),
juga menegaskan melalui perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara guru dan murid.
8. RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa pencapaian pelajar kelas 3 Al-Bukhari telah
mengalami perubahan ke arah positif setelah pengaplikasian peta i-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran.peningkatan markah dalam peperiksaan UP1 dan UP2 yang berlaku menunjukkan
bahawa penggunaan peta i-Think sebagai satu kaedah pengajaran yang amat sesuai dipraktikan
dalam kalangan guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Bahan pengajaran perlu mempengaruhi
celik akal dan daya pemikiran murid. Murid mempunyai kemahiran inkuari dan belajar cara untuk
terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat. Dengan menggunakan peta i-Think sebagai alat
bahan bantu mengajar, murid-murid akan didorong kepada proses pembelajaran yang aktif dan
akan dapat membangkitkan serta mengekalkan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani.

99

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN
Anderson, T., Howe, C., Soden & Low, J. (2001). Peer interaction and learning of critical

thinking skills in futher education students. Instructions Science, 29(1)
Cavallo, A.M.L., Rozaman, M. Dan Potter, W.H, (2004). Gender Differences in Learning

Constructs, Shift in Learning Cinstruct and Their Relationships to Course Achievement in
a Structrual Inquiry, Yearlong College Physics; 104(6), 288-300.
Radzi Jidin (2020). Hala Tuju Normal Baharu Pendidikan. Agenda Awani. Astro
Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Low, G.S.,Chew,L.W & Mazlina Jamaludin. (2013). Perbandingan Kesan Pengajaran dan
Pembelajaran Menggunakan Komputer (PPBK) dan Kaedah Tradisional di Kalangan
Pelajar Bermasalah Pendengaran. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Hijau &
Program eko-Lestari.
Abd. Aziz Abd. Talib. 2007. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Kaedah. Edisi
4. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md. Sabil (2017), Penggunaan Peta
Pemikiran I-Think dalam Pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

100

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PENGGUNAAN KAEDAH DEMONSTRASI DALAM MENINGKATKAN
TAHAP PERTUTURAN BAHASA INGGERIS DALAM PROSES
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

Maisarah Binti Mohd Rosdi
SMK Keratong, Rompin Pahang

[email protected]

ABSTRAK

Bahasa Inggeris merupakan antara salah satu subjek yang terpenting bagi murid-murid di sekolah
sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Bagi memastikan para pelajar menguasai
bahasa Inggeris, pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap individu perlu memenuhi
keperluan empat komponen tersebut. Namun begitu, bagi komponen pertuturan dan pendengaran,
para pelajar masih belum mampu menguasai sepenuhnya disebabkan oleh kekurangan masa yang
digunakan untuk melatih mereka. Semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran, ini
didapati bahawa para pelajar mengalami kesukaran untuk menguasai komponen pertuturan kerana
ia memerlukan mereka untuk bercakap dan melalui percakapan ianya memerlukan keberanian.
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPr saya dalam pengajaran tajuk 1.2 iaitu
perkongsian maklumat melalui komunikasi, idea, pendapat dan perasaan terhadap topik-topik
berkaitan silabus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk tingkatan satu menggunakan kaedah
demonstrasi. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang
melibatkan kumpulan sasaran seramai 10 orang murid tingkatan satu SMK Keratong pada tahun
2021. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah aktiviti demonstrasi dan
pembentangan bersama murid. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam
kajian ini telah meningkatkan kualiti pertuturan para pelajar. Kajian ini juga dapat membantu saya
memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.

KATA KUNCI : Pertuturan, PdPr, Komunikasi

1. PENGENALAN

Bahasa Inggeris merupakan antara salah satu subjek yang terpenting bagi murid-murid di sekolah
sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Ansari (dipetik dari Kashinathan & Azlina
Abdul Aziz, 2021) menyatakan bahawa di Malaysia, Bahasa Inggeris telah dianggap sebagai
bahasa kedua dan ianya perlu dikuasai oleh para pelajar sekurang-kurangnya selama 11 tahun
mereka berada di sekolah. Kashinathan dan Azlina Abdul Aziz (2021) turut menambah bahawa
antara aspek yang jelas yang perlu dikuasai dalam Bahasa Inggeris adalah pertuturan, penulisan,
membaca dan pendengaran. Terkini, ujian bahasa Inggeris telah dibahagikan kepada empat
komponen iaitu ujian pendengaran, ujian pertuturan, ujian membaca dan ujian menulis.

Bagi memastikan para pelajar menguasai bahasa Inggeris, pihak kerajaan telah menetapkan
bahawa setiap individu perlu memenuhi keperluan empat komponen tersebut. Untuk komponen
pembacaan dan penulisan, ianya telah diperkenalkan sejak dari awal lagi dan komponen-komponen
ini telah digunakan di dalam ujian para pelajar sejak dari mereka sekolah rendah lagi. Walaupun
terdapat pelbagai perubahan di dalam sistem pembelajaran di Malaysia namun, komponen
pembacaan dan penulisan tidak pernah disingkirkan. Tambahan lagi, menurut Christopher (2016)
sesi pengajaran hanya memfokuskan kepada kemahiran menulis dan membaca sahaja bagi

101

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

peringkat sekolah rendah kerana Bahasa Inggeris dianggap sebagai subjek yang perlu lulus untuk
peperiksaan kerana dua kemahiran ini sahaja yang terdapat di dalam soalan peperiksaan.

Walaubagaimanapun, pada masa kini pihak kerajaan telah menambah dua lagi komponen
iaitu komponen pendengaran dan pertuturan bagi memastikan para pelajar menguasai bahasa
Inggeris sepenuhnya. Disebabkan oleh itu, para guru telah bertungkus-lumus bagi membantu para
pelajar menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya dan mampu menguasai empat komponen tersebut.
Namun begitu, bagi komponen pertuturan dan pendengaran, para pelajar masih belum mampu
menguasai sepenuhnya disebabkan oleh kekurangan masa yang digunakan untuk melatih mereka.
Dalam pada itu, para pelajar juga susah untuk menguasai dua komponen tersebut kerana
persekitaran mereka yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Oleh itu
mereka mengalami kesukaran untuk meningkatkan penguasaan mereka terhadap dua komponen ini
terutamanya komponen pertuturan. Marhaini Kamaruddin dan Amree Ahmad (dipetik dari Nor
Fadila Mohd Amin & Adibah Abd. Rahim, 2010) turut menyokong bahawa pelajar Melayu sangat
lemah dalam penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris di dalam pertuturan dan komunikasi.

Semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran, ini didapati bahawa para pelajar
mengalami kesukaran untuk menguasai komponen pertuturan kerana ia memerlukan mereka untuk
bercakap dan melalui percakapan ianya memerlukan keberanian. Tidak ramai pelajar yang berani
mengutarakan apa yang mereka inginkan di dalam Bahasa Inggeris kerana kemungkinan mereka
takut untuk melakukan kesalahan dan mungkin akan menyebabkan para pelajar lain mengejek
mereka. Shanthi et al. (2019) turut menyatakan bahawa kemahiran pertuturan Bahasa Inggeris bagi
pelajar sekolah menengah di Malaysia sangat tidak memberansangkan. Oleh itu, bagi mengatasi
masalah yang dialami oleh para pelajar semasa di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
subjek bahasa Inggeris terutamanya untuk komponen peraturan, guru bahasa Inggeris telah
bercadang untuk menggunakan kaedah demokrasi bagi membantu mereka meningkatkan
keyakinan diri dan seterusnya membantu mereka untuk mengeluarkan pertuturan yang lebih baik.
Kaedah demonstrasi adalah dimana ianya dilakukan secara berhadapan dengan murid-murid dan
menunjukkan cara yang betul di hadapan murid-murid. Untuk pertuturan Bahasa Inggeris, guru
subjek akan menunjukkan petikan dari mana-mana muka surat di dalam buku teks ataupun artikel-
artikel di Internet dan menunjukkan cara menyebut dengan betul.

Tambahan lagi, dengan penularan virus COVID-19 murid-murid makin kurang mendapat
perhatian dalam menjalankan aktiviti pertuturan semasa kelas di atas talian. Oleh itu, dengan
melakukan teknik demonstrasi menerusi artikel-artikel atas talian, ianya membantu murid-murid
untuk menggunakan pertuturan bahasa Inggeris dengan lebih tepat dan betul.

2. FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan PdPr saya untuk
mengajar murid tingkatan satu dalam menguasai kemahiran pertuturan Bahasa Inggeris untuk
subjek Bahasa Inggeris menggunakan kaedah demonstrasi. Dalam kajian ini saya memfokuskan
subtopik 1.2 iaitu perkongsian maklumat melalui komunikasi, idea, pendapat dan perasaan terhadap
topik-topik berkaitan silabus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk tingkatan satu. Kajian ini akan
membantu murid-murid yang lemah dalam bertutur menggunakan Bahasa Inggeris untuk bertutur
dengan lebih yakin dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

102

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

3. TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk saya menambah baik amalan PdPr saya dalam menerangkan
kemahiran pertuturan menggunakan sebutan yang betul untuk murid tingkatan satu menggunakan
teknik demonstrasi.
4. SOALAN KAJIAN
Bagaimana saya menambah baik amalan PdPr saya dalam menerangkan konsep kemahiran
pertuturan menggunakan sebutan yang betul untuk murid tingkatan satu menggunakan teknik
demonstrasi.
5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid tingkatan satu SMK Keratong yang terdiri daripada
lima orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan.
6. KAEDAH KAJIAN

a. Reka Bentuk Kajian: Reka Bentuk Kajian Tindakan

MERANCANG

MEREFLEK Satu kitaran BERTINDAK
kajian

MEMERHATI

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

Bagi menjalankan kajian ini, satu model kajian tindakan telah dipilih iaitu model kajian tindakan
Kurt Lewin (1946 ). Di dalam model ini terdapat empat proses yang ditunjukkan iaitu merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek. Pemilihan model kajian tindakan ini bersesuaian dengan kajian
tindakan yang dilakukan kerana ianya bertujuan untuk melihat sebarang kelemahan yang terdapat
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan mutu kelemahan
tersebut.

b. Cara Mengumpul Data:

Bagi menjalankan proses penyiasatan, terdapat satu kaedah yang digunakan oleh saya bagi
mendapatkan data yang diperlukan untuk menganalisis kajian ini. Kaedah tersebut adalah melalui

103

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bersama dengan murid-murid tingkatan
1.

Jadual 1: Contoh Jadual Pemerhatian Murid

Pelajar Jantina Pemerhatian

1. L

2. L

3. L

4. L

5. L

6. P

7. P

8. P

9. P

10. P

c. Cara Menganalisis Data:

Setelah data diperolehi, ianya akan diterangkan secara deskriptif iaitu dalam bentuk penceritaan
dan juga melalui sokongan dapatan kajian yang diperolehi oleh kajian-kajian yang telah dijalankan
oleh para pengkaji sebelum ini.

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dari sudut perspektif pendidikan, demonstrasi dilihat sebagai salah satu cara mengajar guru-guru
dalam memberikan ilmu kepada murid-murid mereka dan cara ini adalah melalui cara yang
ditunjukkan oleh guru-guru terhadap murid-murid. Menurut Roestiyah (dipetik dari Antep Anom
Sadewa, 2015), “Demonstrasi/peragaan merupakan salah satu strategi mengajar dimana guru

104

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

memperlihatkan suatu benda asli, benda tiruan, atau suatu proses dari materi yang diajarkan kepada
seluruh siswa” (p. 16). Dengan melakukan demonstrasi terhadap murid-murid mereka, guru-guru
dapat mendedahkan para pelajar dengan ilmu yang boleh dilaksanakan oleh mereka berdasarkan
aktiviti yang dijalankan mengikut kaedah demonstrasi. Pusat Perkembangan Kurikulum
menyatakan bahawa dengan melakukan penglibatan secara peribadi ataupun aktiviti hands-on,
ianya mampu membantu kebanyakan para pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan dan
memberikan mereka peluang untuk penemuan kendiri (Bani Hidayat Mohd Shafie et al., 2010).

Aktiviti 1: Demonstrasi berdasarkan artikel keratan akhbar yang terkini

Semasa melakukan aktiviti ini, guru akan menunjukkan sebuah artikel dari keratan akhbar di atas
talian dan akan memberikan sedikit masa kepada para pelajar untuk melihat pada artikel tersebut.
Kemudian, guru akan membacakan artikel tersebut sambil diikuti oleh para pelajar. Dalam pada
itu, artikel yang digunakan adalah artikel yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan menggunakan
bahasa yang mudah. Seterusnya, selepas membacanya bersama dengan anak-anak murid yang lain,
guru akan memilih secara spontan Lima orang pelajar dan meminta mereka untuk membacakannya
di hadapan rakan-rakan yang lain. Disebabkan ini adalah kelas atas talian, maka para pelajar akan
melihat rakan-rakan menyebut sebutan Bahasa Inggeris tersebut melalui video menerusi aplikasi
Google Meet.

Pemerhatian Aktiviti 1:

Berdasarkan pemerhatian guru terhadap aktiviti ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di
atas talian, guru mendapati bahawa murid-murid dapat mengikuti sebutan yang diberikan oleh guru
mereka. Bahkan ianya membantu mereka untuk menambahkan bilangan kosa kata untuk Bahasa
Inggeris mereka walaupun ia memerlukan beberapa percubaan bagi mereka untuk menyebut
beberapa sebutan yang dianggap susah di dalam sebutan bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan apa
yang ditemui oleh Rina Puji Utami (2018) di dalam kajian beliau dimana beliau merumuskan
bahawa kaedah demonstrasi boleh diaplikasikan semasa pembelajaran perbendaharaan kata kerana
ianya membantu memotivasikan pelajar dan meningkatkan prestasi kursus perbendaharaan kata.
Turut dijelaskan bahawa keadaan ini membantu pelajar untuk mengaplikasikan perbendaharaan
kata tersebut untuk keempat-empat komponen Bahasa Inggeris yang lain.

Aktiviti 2: Pembentangan pelajar

Semasa aktiviti dilakukan, para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan dan
mereka dikehendaki untuk mencari satu tajuk yang berkaitan dengan resipi untuk tujuan
pembentangan. Selepas itu, mereka akan diberikan masa oleh guru mereka selama 15 minit bagi
tujuan pengumpulan maklumat.

Disebabkan ini adalah melalui kelas atas talian, jadi para pelajar akan diminta untuk bergilir-gilir
membentangkan cara-cara melakukan resipi tersebut melalui perkongsian video di Google Meet.
semasa menjalankan pembentangan, guru-guru akan menilai sebutan sebutan pertuturan bahasa
Inggeris para pelajar dan akan memberikan komen pada akhir pembentangan tersebut.

105

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat menggunakan sepenuhnya pengetahuan mereka mengenai
sebutan Bahasa Inggeris dalam sebutan yang betul dan memberanikan diri dalam melakukan
pembentangan.

Pemerhatian Aktiviti 2:

Berdasarkan pemerhatian saya semasa menjalankan aktiviti ini bersama murid-murid, saya
mendapati bahawa mereka masih lagi belum dapat menggunakan pertuturan Bahasa Inggeris
dengan sebutan yang betul dan mereka banyak melakukan pengulangan ayat yang sama.
Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa enam daripada sepuluh pelajar tersebut mampu
melakukan pembentangan tanpa kelihatan gugup dan empat pelajar lagi mampu melakukan
pembentangan tersebut walaupun ada ketikanya mereka gagap.

Ini bertentangan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Helmy Sahirul Alim dan Nurir Rohmah
(2018) menyatakan bahawa melalui pembentangan prosedur ianya mampu meningkatkan
pertuturan para pelajar terutamanya pertambahan kosa kata Ketika mereka menggunakan Bahasa
Inggeris.

8. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
A. Refleksi Aktiviti (Guru & Murid)

Jadual 2: Hasil Pemerhatian Demonstrasi

Pelajar Jantina Pemerhatian

1. L Masih memerlukan pemerhatian dari guru.

2. L Memerlukan bantuan guru untuk menyebut beberapa perkatan yang
sering digunakan di dalam kelas.

3. L Berani bertutur dan mampu bertutur dengan baik

4. L Mampu menggunakan pertuturan yang mudah.

5. L Memerlukan bantuan untuk menggunakan pertuturan yang betul

6. P Memerlukan bantuan guru untuk memberanikan diri untuk bercakap.

7. P Mampu mengucapkan perkatan-perkataan yang lebih susah dan berani
bertutur.

106

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

8. P Boleh menyebut perkatan-perkataan mudah yang sering digunakan di
dalam kelas. Tetapi masih memerlukan Latihan untuk perkataan yang
lebih susah.

9. P Memerlukan bantuan guru untuk menyebut perkataan.

10. P Mampu bertutur dengan baik

Semasa menjalankan aktiviti bersama para pelajar, saya mendapati bahawa jenis jantina tidak
mempengaruhi peningkatan kemahiran bertutur semasa menggunakan kaedah demonstrasi.
Walaubagaimanapun, saya berbesar hati apabila melihat kedua-dua jantina baik pelajar perempuan
mahupun pelajar lelaki mampu memberikan kerjasama semasa menjalankan aktiviti bersama-sama.
Walaupun pada awalnya, mereka mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan-perkataan
bahasa Inggeris dengan menggunakan sebutan yang betul, namun setelah melakukannya beberapa
kali, para pelajar mampu mengungkapkan sebutan sebutan Bahasa Inggeris dengan lancar dan
mampu memberikan maksud yang sebenar mengikut perkataan yang telah diberikan.

9. RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa murid-murid tingkatan satu memerlukan
pendekatan yang kreatif dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam
pembelajaran. Oleh demikian saya perlu kreatif dan inovatif sewaktu merangka dan melaksanakan
sesi PdPr agar minat murid-murid dalam mempelajari kemahiran pertuturan dapat dipupuk dengan
jayanya. Kajian ini boleh ditambah baik dengan menggunakan lebih ramai para pelajar sebagai
peserta kajianBerdasarkan kepada hasil akt. iviti yang dijalankan oleh guru bersama-sama dengan
murid-murid tingkatan satu, ianya didapati bahawa menerusi demonstrasi, ianya membantu murid-
murid untuk meningkatkan lagi kualiti pertuturan mereka. Ini bersesuaian dengan hasil kajian yang
telah dijalankan oleh Ade Muhamad Ismail Marzuqi et al. (2019) yang menyimpulkan bahawa
dengan menggunakan demonstrasi semasa mengajar menggunakan teks prosedur, ianya mampu
meningkatkan kemahiran bercakap untuk pelajar. Ini bersesuaian dengan kajian yang telah
dijalankan oleh Nur Qarirah Arifin (2018) yang menunjukkan bahawa penggunaan demokrasi
secara terus adalah lebih efektif dalam meningkatkan kemahiran pertuturan para pelajar
terutamanya dari aspek kelancaran dan kosa kata.

Waliyani dan Sri Yuliani (2018) juga bersetuju bahawa pengaplikasian demonstrasi mampu
meningkatkan kemahiran bercakap apabila data daripada kajian yang dijalankan ke atas para pelajar
SMA Muhammadiyah 1 Palembang menunjukkan bahawa ianyanya mampu meningkatkan
pertuturan Bahasa Inggeris mereka. Muhammad Husnu (2018) Turut melakukan kajian ke atas 64
orang para pelajar dari universiti untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik demonstrasi
dalam pengajaran pertuturan. hasil dari siasatan, mendapati bahawa penggunaan teknik ini secara
signifikan efektif dalam pengajaran pertuturan terutamanya dalam meningkatkan prestasi
tatabahasa dan kosa kata bagi pelajar EFL. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru
lain dalam melaksanakan tindakan intervensi bagi kajian akan datang. Saya percaya, penerapan

107

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

pelbagai kaedah intervensi mampu menarik minat murid. Pengalaman dalam melaksanakan kajian
ini juga dapat membantu saya dalam memperbaiki amalan baik saya dalam PdPr mata pelajaran
Bahasa Inggeris.

108

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN

Ade Muhamad Ismail Marzuqi, Debi Firdaus, & Acep Haryudin. (2019). The Use Of
Demonstration Technique In Improving Learners’ Speaking Ability. Project (Professional
Journal Of English Education), 2(6), 896-903.

Antep Anom Sadewa. (2015). Metode Pembelajaran Demonstrasi Untuk meningkatkan
Kreativitas Dan Hasil Belajar Musik Ansambel Pada Siswa Kelas Vii H Di Smp Negeri 27
Semarang [Tesis Sarjana Pendidikan]. Universitas Negeri Semarang.

Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib, Mohd. Huzairi Awang@ Husain,
Hajarul Bahti Zakaria, Nabiroh Kassim, & Ab. Halim Tamuri. (2010). Strategi Teknik
Demonstrasi Dan Pemerhatian Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Ibadat Pendidikan Islam Kbsm Di Surau Sekolah. [International Conference On Learner
Diversity]. Equatorial Hotel, Bangi, Malaysia.

Christopher, A. A. (2016). Overcoming Impediments To Learning The Four Language
Skills Using Note Books. Advances In Language And Literary Studies, 7(1), 161-167.

Helmy Sahirul Alim, & Nurir Rohmah. (2018). Improving Student Speaking Ability
Through The Integrated English Lesson Method: Demonstrative Presentation. Inovis
Journal, 3(2), 192-198.

Kashinathan, S., & Azlina Abdul Aziz. (2021). Esl Learners’ Challenges In Speaking
English In Malaysian Classroom. International Journal Of Academic Research In
Progressive Education And Development, 10(2), 983–991.

Muhammad Husnu. (2018). Demonstration Technique To Improve Vocabulary And
Grammar Element In Teaching Speaking At Efl Learners. English Language Teaching,
11(2), 26-30.

Nor Fadila Mohd Amin, & Adibah Abd. Rahim. (2010). Tahap Penguasaan Bahasa
Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal
Dan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository, 1-10.

Nur Qarirah Arifin. (2018). Using Demonstration Method To Improve Students’ Speaking
Ability [Tesis Ijazah Sarjana]. Makassar Muhammadiyah University.

Rina Puji Utami. (2018). Peningkatan Penguasaan Kosakata Bahasa Inggris Pada
Mahasiswa Prodi Bahasa Inggris Melalui Metode Demonstrasi. Jurnal Riset Dan
Konseptual, 3(3), 338-344.

Shanthi, A., Thayalan, X., Zainon, I., & De Mello, G. (2019). Developing Student’s Oral
And Reading Skills Through Reader’s Theatre [The 2nd Annual International Conference
On Language And Literature (AICLL 2019)]. Medan, Indonesia.

Waliyani, & Sri Yuliani. (2018). Improving Students’ Speaking Skills Through
Demonstration Method Of The Class Xi Ips 1 Students Of Sma Muhammadiyah 1
Palembang. English Community Journal, 2(2), 262-268.

109

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM TOPIK JADUAL DAN
GRAF MENGGUNAKAN KAEDAH DEMONSTRASI /TUNJUK

Hasmi Bin Mat Salleh
SMK Keratong, Rompin, Pahang

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc saya dalam pengajaran tajuk jadual dan
graf pelajaran Geografi Tingkatan 3 silibus KSSM menggunakan Kaedah Demonstrasi/Tunjuk
Cara. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan
kumpulan sasaran seramai 10 orang murid tahun/tingkatan 3 Al-Ghazali SMK Keratong, Pahang.
Pada tahun 2021, Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian,
semakan dokumen dan temu bual yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati
aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu guru dalam menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang sebelum ini sering menimbulkan kesukaran
kepada guru untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan berkesan kepada murid-murid.
Kajian ini juga dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.

KATA KUNCI : graf, PdPc

1. PENGENALAN

Subjek geografi merupakan subjek yang mana kandungannya adalah berdasarkan fakta. Hal ini
menyebabkan murid sukar untuk memahami subjek geografi dengan baik dan memberi penumpuan
di dalam kelas. Ini juga mengakibatkan murid kurang berminat untuk mempelajari subjek geografi
serta beranggapan bahawa subjek geografi memang susah untuk dipelajari dan difahami. Persepsi
sebegini membuatkan murid hilang semangat dan motivasi dalam pembelajaran.

Masalah ini merupakan satu cabaran besar kepada guru yang mengajar mata pelajaran
geografi di samping menarik minat murid mempelajari subjek tersebut. Ia memerlukan usaha dan
melibatkan pemikiran teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta mempelbagaikan teknik
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana lebih berfokus kepada teknik pengajaran
yang berpusatkan murid. Melalui teknik tersebut, murid dapat menjalankan proses pembelajaran
sendiri, menemukan sendiri, secara berkelompok seperti bermain, maka menjadi senang, sehingga
tumbuhlah minat untuk belajar, khususnya dalam belajar mata pelajaran geografi.

Penggunaan kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah syarahan
didapati tidak dapat menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
topik ‘Kemahiran Geografi’ terutama dalam bab Jadual dan Graf. Oleh itu, satu kaedah yang dapat
menarik perhatian murid untuk bergiat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik
ini perlu dilaksanakan. Bahan pengajaran yang melibatkan penyertaan murid secara langsung perlu
diperbanyakkan kerana biasanya aktiviti secara fizikal dan dipraktikkan sendiri lebih mudah
diingati. Guru juga perlu memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat sebagai pemangkin bagi
menarik minat pelajar dan mempermudahkan proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc).

110

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Dalam kajian ini, saya memilih Model Lingkaran Kemmis dan McTaggart sebagai panduan
di mana model ini mengandungi empat elemen utama iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian,
dan refleksi. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik dan
ujian diagnostik.
2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk menambah baik amalan Pdc saya untuk mengajar
murid 3 Al-Ghazali dalam bahagian Kemahiran Geografi topik jadual dan graf menggunakan
kaedah demondtrasi/Tunjuk Cara. Dalam kajian ini saya memfokuskan subtopik 1.4 Langkah-
langkah Membina Graf Bar Mudah silibus mata pelajaran Geografi tingkatan 3.
3. TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk saya menambah baik amalan PdP saya dalam menerangkan
kemahiran teknik pengajaran berpusatkan murid tingkatan 3 Al-Ghazali menggunakan kaedah
Demonstrasi/Tunjuk Cara.
4. SOALAN KAJIAN
Bagaimana saya menambah baik amalan PdPc saya dalam menerangkan konsep / kemahiran
menguasai pembelajaran jadual dan graf murid tingkatan 3 Al-Ghazali menggunakan kaedah
kaedah demonstrasi/tunjuk cara.
5. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid tingkatan Al-Ghazali SMK Keratong, Rompin yang
terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan.
6. KAEDAH KAJIAN

a. Reka Bentuk Kajian: Reka Bentuk Kajian Tindakan
Saya telah memilih Model Lingkaran dan Mc Taggart (1988) dalam melaksanakan
kajian saya seperti berikut :

Rajah 1 : Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart, 1988

111

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

b. Cara Mengumpul Data
Saya menggunakan 4 kaedah untuk mengumpul data dalam kajian ini. Kaedah
tersebut ialah Perancangan (Plan), Tindakan (action), Pemerhatian (Observe) dan
Refleksi (Reflect).

c. Cara Menganalisis Data:
Ketiga-tiga cara yang digunakan iaitu temu bual, pemerhatian dan semakan
dokumen dianalisis secara desriptif.

7. TINDAKAN YANG DIJALANKAN/ INTERVENSI
Merancang: Dalam proses merancang aktiviti, sumbang saran wajar dilakukan terhadap jenis
aktiviti PdPc, alat bantu mengajar, persediaan guru, strategi pelaksanaan, peraturan pelaksanaan,
latihan yang disediakan, langkah-langkah pemerhatian dan alat mengutip data.

Dalam kajian ini, guru akan menjalankan satu ujian pra kepada murid tingkatan 3 Al-
Ghazali untuk menguji kefahaman awal mereka tentang topik Kemahiran Geografi. Melalui
keputusan ujian yang diterima, guru dapat mengenalpasti bahawa murid-murid dalam kelas
masih lemah dalam menguasai bab-bab dalam topik kemahiran geografi terutama dalam bab
Jadual dan Graf. Ini mungkin diakibatkan oleh bab ini lebih berbentuk matematik dan banyak
bermain nombor. Seperti yang diketahui, murid-murid dari kelas 3 Al-Ghazali ini adalah di
kalangan murid yang sederhana dalam menguasai sesuatu pembelajaran berdasarkan keputusan
UPSR mereka yang sederhana.

Tindakan: Setelah aktiviti PdPC dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah ‘bertindak’
iaitu melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data
yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui
proses 'cuba-cuba' (trial and error). Ini bermakna, masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki.
Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu
diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya. Proses cuba-cuba
dilaksanakan berterusan sehingga berlaku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap
yang lebih baik daripada masa lepas.

Dalam kajian ini, guru akan menggunakan kaedah demonstrasi atau tunjuk cara dalam
membantu pelajar dalam menguasai bab Jadual dan Graf ini.

112

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

LANGKAH 1

• Sebagai permulaan, guru memberikan • Bilangan Murid
contoh bagaimana untuk membuat
graf berdasarkan maklumat yang telah •
diberikan. Maklumat dikumpul •
berdasarkan murid 3 Al-Ghazali •
sendiri. Ini membolehkan mereka •
faham kerana graf yang ingin mereka •
bina adalah berdasarkan diri mereka
sendiri.Cara Pelajar Datang Ke
Sekolah

• Kereta

• Bas Sekolah

• Motosikal

• Van

• Jalan Kaki

Jadual 1: Cara Murid 3 Al-Ghazali Datang Ke Sekolah

Berdasarkan jadual yang telah diberikan seperti di atas, guru akan memulakan sesi pengumpulan
maklumat dengan bertanya kepada murid cara-cara mereka datang ke sekolah. Kaedah
pengumpulan data seperti ini juga tersenarai dalam buku teks di mana terdapat juga kaedah-
kaedah lain seperti:

1.Temubual

2. Soal selidik

3. Rujukan perpustakaan

4. Melawat ke tempat kajian

5. Pemerhatian

Guru meminta murid mengangkat tangan bagi sesiapa yang pergi ke sekolah mengikut urutan
seperti yang telah disediakan dalam jadual bermula dari murid yang menggunakan kereta, bas
sekolah, motosikal, jalan kaki.

113

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

LANGKAH 2

Apabila data sudah lengkap dikumpul, guru menjelaskan kepada murid bahawa data yang telah
lengkap tadi sudah bersedia untuk dijadikan bahan untuk membuat graf. Dalam kes ini, graf bar
mudah akan digunakan mengikut sukatan pelajaran tingkatan tiga.

Proses seterusnya adalah penghasilan graf. Guru menerangkan kepada murid bahawa
untuk menghasilkan sesuatu graf, beberapa perkara penting perlu dilakukan terlebih dahulu.
Antara yang perlu diambil perhatian adalah tajuk graf, paksi X dan paksi Y, skala dan petunjuk.
Keempat-empat perkara ini perlu ada dalam graf untuk membolehkan graf difahami oleh murid
sendiri atau orang lain.

Dengan berpandukan data yang telah diperolehi, graf yang terhasil adalah seperti berikut:

Cara Murid 3 Al-Ghazali Datang Ke Sekolah

20

19

18

17

16

15

14

13 Kereta
12
11 Bas Sekolah

10 Motosikal

9 Van
8

7 Jalan Kaki

6

5

4

3

2

1

0

Rajah 2 : Cara Murid 3 Al-Ghazali Datang Ke Sekolah

Merujuk kepada graf 1 seperti yang ditunjukkan di atas, skala yang digunakan adalah 1cm = 1
orang murid. Terdapat 5 bar yang dilukis dalam graf yang mana setiap bar mewakili cara murid
datang ke sekolah.

Bar berwarna biru adalah cara murid datang dengan menaiki kereta sama ada dihantar
oleh keluarga atau kawan, bar berwarna merah mewakili murid yang menggunakan bas sekolah,
bar berwarna hijau mewakili murid yang dihantar menggunakan motosikal, bar berwarna ungu
mewakili murid yang datang menggunakan van dan bar berwarna biru muda mewakili murid
yang berjalan kaki yang terdiri daripada murid yang tinggal berdekatan dengan sekolah.
Kesemua bar-bar ini dijelaskan melalui petunjuk yang telah diberikan.

Paksi Y di sebelah kiri graf berperanan sebagai tempat nombor untuk menunjukkan

114

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

jumlah murid manakala paksi X di sebelah bawah graf berperanan sebagai tapak untuk melukis
bar-bar mengikut pembolehubah yang dikehendaki.

LANGKAH 3
Seterusnya, guru akan memadam graf yang telah dilukis tadi dan mengarahkan murid untuk
membuatnya sendiri. Murid diminta datang ke hadapan kelas untuk melukis graf di papan putih
berpandukan data yang telah sedia ada (jadual 2).

Dengan cara ini, murid akan berusaha untuk membuat graf dengan cara seperti yang
ditunjukkan oleh guru. Melalui kaedah ini, ia akan menjelaskan sama ada prinsip “saya buat saya
faham” dapat dibuktikan keberkesanannya.

Hampir kesemua murid berjaya membuat kembali graf seperti yang telah guru tunjukkan
kepada mereka. Walau bagaimanapun, berkemungkinan besar murid menghafal bentuk
gambaran graf yang telah guru lukiskan pada langkah 1. Untuk mengetahui sama ada murid
benar-benar faham untuk membina graf, guru telah membuat langkah yang yang seterusnya.

LANGKAH 4
Dengan mengubahsuai sedikit data dalam jadual 2, guru mengarahkan murid-murid seramai 10
orang tadi untuk mencuba membuat graf berdasarkan data baru yang guru berikan. Guru
memberikan masa selama 30 minit untuk 10 orang murid tadi bagi menyiapkan graf berpandukan
data dalam jadual 3 yang diberikan. Sewaktu murid sedang membuat tugasan yang diberi, guru
memulakan pula kitaran ketiga iaitu pemerhatian.

Pemerhatian: Pada peringkat pemerhatian, penyelidik sebenarnya mengutip data. Data adalah
sangat penting dalam mana-mana kajian kerana sesuatu rumusan atau kenyataan tentang sesuatu
situasi berhubung dengan kajian hanya boleh dibuat dengan berlandaskan data. Penyelidikan
dilakukan untuk mencari kebenaran. Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian.
Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian.
Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang
terlibat atau rakan guru. Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya
proses mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar.
Tentukan cara dan alat mengutip data sebelum pemerhatian dilakukan. Pada peringkat ini, guru
akan mengumpul data dan menganalisis maklumat hasil daripada tindakan yang dilaksanakan.
Guru membuat pemerhatian ketika mana murid-murid sedang cuba untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru kepada mereka. Guru memberikan tunjuk ajar secara bayangan atau
‘hint’ kepada murid yang menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan tersebut.

9. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Pemerhatian Awal

Melalui pemerhatian awal yang dijalankan oleh guru, 70% daripada kesemua sampel murid 3 Al-
Ghazali yang diarah membuat graf dari data baru ini adalah faham dan dapat mengikuti cara seperti
yang telah guru tunjukkan dalam sesi demonstrasi pada awal pengajaran. Guru memerhati secara

115

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

rambang dari seorang murid ke seorang murid sewaktu mereka sedang membuat latihan yang
diberikan.
Pemerhatian Akhir Dan Dapatan Kajian
Rajah di bawah ini menunjukkan ringkasan pemerhatian yang telah guru lakukan terhadap 10
orang murid sasaran setelah tempoh masa selama 30 minit yang diberikan tamat.

M1 : Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X
mengikut cara guru
membuat graf X
membuat graf sendiri
Mengaplikasi X
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

116

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M2 Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X X
mengikut cara guru X
membuat graf
membuat graf sendiri
Mengaplikasi
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

117

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M3 Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X X
mengikut cara guru X
membuat graf
membuat graf sendiri
Mengaplikasi
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

118

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M4 Lemah Sederhana Baik
Perkara X X
X
mengikut cara guru X
membuat graf
membuat graf sendiri
Mengaplikasi
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

119

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M5 Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X
mengikut cara guru
membuat graf X
membuat graf sendiri
Mengaplikasi X
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

120

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M6 Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X
mengikut cara guru
membuat graf X
membuat graf sendiri
Mengaplikasi X
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

121

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M7 Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X X
mengikut cara guru X
membuat graf
membuat graf sendiri
Mengaplikasi
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

122

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M8 Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X
mengikut cara guru
membuat graf X
membuat graf sendiri
Mengaplikasi X
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

123

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M9 Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X
mengikut cara guru
membuat graf X
membuat graf sendiri
Mengaplikasi X
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

124

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

M10 Lemah Sederhana Baik
Perkara X
X
mengikut cara guru
membuat graf X
membuat graf sendiri
Mengaplikasi X
demonstrasi yang
ditunjukkan dengan
latihan yang diberikan
penguasaan topik
sepenuhnya

125

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

10. RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Melalui kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang dilabelkan lemah
dalam pembelajaran seharusnya diberikan pendekatan yang berlainan dalam mengajar mereka.
Mereka juga ingin menjadi yang terbaik sama seperti rakan-rakan mereka di kelas yang pertama.
Tidak mustahil bagi mereka untuk menyaingi rakan mereka di kelas pertama apabila pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat diberikan oleh guru matapelajaran kepada mereka.
Melalui kaedah yang digunakan dalam kajian ini seperti demonstrasi atau tunjuk cara dan
menggalakan murid untuk terlibat sama seperti melukis graf di hadapan kelas dan memberikan
pendapat akan dapat menghilangkan rasa malu dalam diri murid itu sendiri seterusnya mereka akan
lebih meminati sesuatu mata pelajaran yang guru ajarkan sebagai contoh matapelajaran Geografi
ini.

126

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

RUJUKAN
Eee Ah Ming. 1997. Strategi Pengajaran Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Esah Sulaiman, 2004. Pengenalan Pedagogi. Universiti Teknologi Malaysia
Lomax, P. 1994. Change and Educational Innovation: The Case for Action Research. Ucapan

keynote yang disampaikan semasa International Conference on Innovation in Education:
Universiti Sains Malaysia.
Mc Niff, J. 1998. Action research: Principles and Practices. Second Edition. London: Mac Millan
Publisher Ltd.
Piara Singh, 2009. Geografi SPM, Esensi: Panduan Revisi untuk Sukses. Pearson Longman
Rollo, M.C. 2002. Teaching Students To Think. Oxford: Basil Blackwell
Kertas Cadangan Kajian Tindakan: Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Matapelajaran
Dengan Menggunakan Teknik Permainan (Geo Dam)
http://www.scribd.com/doc/15974282/Kertas-Cadangan-Kajian-Tindakan- Group-250509

127

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Lampiran
JADUAL CARA MURID 3 AL-GHAZALI SMK KERATONG DATANG KE SEKOLAH

Cara murid datang ke sekolah Bilangan Murid
Kereta 4
2
Bas Sekolah 16
Motosikal 1
4
Van
Jalan Kaki 27

Jumlah

Cara Murid 3 Al-Ghazali Datang Ke Sekolah
16
15
14
13
12
11
10

9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

SKALA: 1CM = 1 ORANG

KERETA VAN MOTOSIKAL
BASIKAL JALAN KAKI
128

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Lampiran

Merancang Aktiviti
Dalam proses merancang aktiviti, sumbang saran wajar dilakukan terhadap jenis
aktiviti PdPc, alat bantu mengajar, persediaan guru, strategi pelaksanaan, peraturan
pelaksanaan, latihan yang disediakan, langkah-langkah pemerhatian dan alat mengutip
data. Jawapan kepada pertanyaan yang dikemukan semasa sumbang saran hendaklah
dikaitkan dengan analisis data. Sumbang saran membantu guru memahami mengapa
sesuatu keputusan dibuat. Antara perkara yang boleh diberi perhatian apabila
merancang aktiviti PdPc ialah:

• Aktiviti boleh dilaksanakan oleh guru dan murid di bilik darjah.

• Penyelidik mempunyai otoriti atau bidang kuasa untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti
tersebut.

• Elak aktiviti yang bertujuan untuk mengubah amalan pihak lain yang berada di luar bilik
darjah.

• Rancang aktiviti yang boleh melibatkan murid sepenuhnya.



Bertindak
Setelah aktiviti PdPc dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah bertindak iaitu
melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan
analisis data yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti
dijalankan melalui proses 'cuba-cuba' (try and error). Ini bermakna bahawa masih
terdapat ruang yang boleh diperbaiki.

Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu
perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya. Proses
cuba-cuba dilaksanakan berterusan sehingga berlaku perubahan iaitu pencapaian murid
meningkat ke tahap yang lebih baik daripada masa lepas.

Murid adalah pihak yang turut terlibat secara aktif dalam kajian. Mereka bukan sahaja
melaksanakan aktiviti tetapi juga membantu guru mengutip data tentang
perkembangan proses PdPc berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Dalam
konteks ini adalah wajar bagi guru memaklumkan kepada murid tentang kajian itu
supaya mereka dapat memainkan peranan untuk bersama- sama menjayakan
penyelidikan itu.

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

Pemerhatian

Apakah yang dimaksudkan dengan pemerhatian dan apa pula perkara-perkara yang
diperhati? Pada peringkat pemerhatian penyelidik sebenarnya mengutip data. Data
adalah sangat penting dalam mana-mana kajian kerana sesuatu rumusan atau kenyataan
tentang sesuatu situasi berhubung dengan kajian hanya boleh dibuat dengan
berlandaskan data. Penyelidikan dilakukan untuk mencari kebenaran. Data adalah bukti
kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat
tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara
berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau
rakan guru.

Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses
mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang
sebenar. Tentukan cara dan alat mengutip data sebelum pemerhatian dilakukan.
Maklumkan juga kepada pihak yang terlibat dalam mengutip data iaitu murid dan rakan
guru, perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa mengutip data

Merenung

Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau
dipelajari tentang proses PdPc berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa
merenung penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh
segala aspek berkaitan dengan permasalahan PdPc serta reaksi penyelidik dan murid
semasa kajian dilakukan. Selain daripada menghuraikan proses PdPc, gurujuga boleh
menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan,
keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian.

PEMBERDAYAAN KBAT MURID : Transformasi Ke Arah Semekar Cemerlang 2023

PENGHARGAAN

e-PROSIDING

PPD ROMPIN
PENGETUA SMK KERATONG
EN. KATHIRESAN MOORTHY- PAKAR RUJUK

JEMAAH HAKIM
PANEL JEMPUTAN
SEMUA GURU TERLIBAT


Click to View FlipBook Version