The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wei Wern Chew, 2021-01-08 03:43:39

eBuletin PPATM 2020

eBuletin PPATM 2020

Keywords: Norma Baharu,eBuletin PPATM 2020

1

2

3

4

5

6

7

Sambuatan Hari Ulang Tahun PPATM Ke-62

Oleh: Lt M (Dr) Nurul Aqilah binti Salim

KUALA LUMPUR: Majlis bacaan tahlil telah diadakan sempena sambutan Hari Ulang
Tahun Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) yang ke-62.
PPATM telah ditubuhkan pada 1 Oktober
1958 dengan tujuan memberikan rawatan
pergigian khusus bagi anggota-anggota
tentera dan juga ahli keluarga demi
memastikan tahap kesihatan dan
kesiapsiagaan anggota sentiasa dalam
keadaan yang terbaik.

Sambutan HUT PPATM ke-62 telah
diadakan di Poliklinik Pergigian Hospital
Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM)
dan telah dihadiri oleh para pegawai dan
anggota dari sekitar Lembah Klang.
Sambutan pada tahun ini diadakan secara
sederhana sesuai dengan dasar pematuhan
SOP PKP yang telah ditetapkan oleh
kerajaan bagi membendung wabak
pandemik COVID-19 yang sedang melanda
negara sejak awal tahun lagi.Penjarakan
fizikal dan pemakaian pelitup muka tiga lapis
diwajibkan bagi semua pegawai dan anggota
yang hadir pada hari itu.

Majlis bacaan tahlil ini dirasmikan oleh Brig Jen Dato’ (Dr) Zulkifli bin Zainal Abidin
selaku Ketua Jabatan Poliklinik Pergigian HATTM. Beliau menekankan tentang
pematuhan SOP semasa menjalankan rawatan pergigian kepada pesakit dan
menggalakkan warga PPATM untuk bergiat aktif untuk meningkatkan prestasi
Perkhidmatan Pergigian dalam setiap aspek. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah
Yaasin dan tahlil yang diketuai oleh Kapt (Dr) Muhammad Khiratti Mat Zainal dan
kemudian disertai dengan acara pemotongan kek dan pulut kuning oleh pegawai-
pegawai kanan.

8
Majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada Kol (Dr) Normah binti Samsuri
selaku Kolonel Pergigian Bahagian Pengurusan Kesihatan. Diharapkan agar PPATM
terus cemerlang pada tahun yang akan datang.

Kapt (Dr) Muhammad Khiratti bin Mat Zainal (kiri)
mengetuai majlis bacaan yasin dan tahlil.

Majlis bacaan yasin dan tahlil sempena HUT
PPATM ke 62.

9

10

Misi MALBATT 850-7

Oleh: Kapt (Dr) Muhammad Amar bin Adam

Sejak Tahun 1960, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah terlibat dalam misi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia dengan pelbagai jenis
operasi iaitu pemerhati, pengaman dan pemantau. Mulai tahun 2007 ATM telah diberi
mandat PBB untuk melaksanakan misi pengaman di Selatan Lubnan yang dikenali
sebagai United Nation Interim Forces in Lebanon (UNIFIL).

Bermula daripada MALCON, ATM sehingga kini
telah terlibat sebanyak 15 misi. Pencapaian dan
kejayaan pasukan ATM dalam misi UNIFIL telah
menyebabkan PBB memberi mandat baru untuk
menubuhkan MALBATT 850 mulai 2013. Misi ini
diberi kawasan tanggungjawab di bahagian
Sektor Barat, Selatan Lubnan. Kecemerlangan
dan kejayaan ATM khasnya MALBATT telah
memberi keyakinan kepada masyarakat Lubnan
dan PBB untuk ATM meneruskan mandat dan
operasi pengaman di UNIFIL.

11

Penugasan utama MALBATT 850 adalah melaksanakan operasi pengaman dan
komposisi MALBATT 850 ini, terdiri daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga
perkhidmatan ATM, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan pegawai kewangan
KEMENTAH. Tempoh penugasan bagi setiap MALBATT 850 mulai 2013 adalah untuk

tempoh setahun.

Peperangan antara Pejuang Bersenjata
Hezbollah dengan Israel Defence Force
(IDF) yang berlaku selama 34 hari
mulai 13 Julai hingga 14 Ogos 06 telah
berakhir melalui Resolusi 1701 Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) bertarikh 11
Ogos 06.

Salah satu perkara utama Resolusi
1701 Majlis Keselamatan PBB adalah
seperti berikut, PBB akan menghantar
pasukan pengaman berkekuatan
15,000 anggota di kawasan antara sempadan negara Lubnan dengan negara Israel
yang dikenali sebagai Blue Line dengan Sungai Litani yang meliputi kawasan seluas
1,100 kilometer persegi bagi memisahkan IDF dengan Pejuang Bersenjata
Hezbollah. Lebanese Armed Forces (LAF) dikehendaki mengaturgerakkan anggotanya
di kawasan berkenaan bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan wilayah Lubnan.

Elemen Perubatan Dan Pergigian

Penglibatan elemen perubatan dan pergigian
di dalam MALBATT sudah sinonim dengan
misi UNIFIL sejak penubuhannya.
Berkekuatan seramai 4 pegawai perubatan, 1
pegawai pergigian dan 26 anggota lain-lain
pangkat, elemen ini berupaya untuk
beroperasi dan memberikan rawatan kepada
anggota MALBATT dan juga kepada orang
awam agar sentiasa siap sedia dalam segala
rintangan sepanjang menjalani tempoh misi
selama 1 tahun di bumi Lubnan.

Bertempat di hospital medan, elemen
perubatan mampu untuk beroperasi pada
tahap Level 1+ Field Hospital dengan
merangkumi wad pesakit yang mampu
menempatkan 6 pesakit, bilik isolasi, farmasi, bilik rawatan, higin dan pergigian.

12

Tim Pergigian MALBATT 850-7 dalam Misi UNIFIL

Kehadiran Tim Pergigian dalam MALBATT antara keunikan setiap misi luar negara
terutamanya dalam misi UNIFIL. Hal ini kerana, antara negara Battalion atau Troop
Countributing Countries (TCC) yang terlibat dalam misi ini dari 45 (TCC), hanya

Malaysia, Indonesia, Korea, Ghana, dan India
sahaja yang mampu memberikan rawatan
pergigian kepada anggota tentera, staf-staf
United Nation (UN) dan juga orang awam. Ini
menjadi satu kebanggaan kepada Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) khususnya dan
Malaysia secara amnya kerana mampu
memberikan khidmat nasihat dan rawatan
pergigian walaupun berada di bumi asing. Ini
terbukti dengan penerimaan orang awam
dengan kehadiran tim pergigian dalam
penglibatan Civilian Military Coordination
(CIMIC) programme yang mengalu-alukan
tim pergigian yang diadakan seminggu sekali kepada penduduk kampung dan daerah
dalam Kawasan Tanggung Jawab (KTJ) MALBATT.

Tim ini terdiri daripada satu pegawai pergigian dan dibantu oleh penyelia pergigian,
pembantu pegawai pergigian dan juruteknik pergigian. Diketuai oleh Kapt (Dr)
Muhammad Amar bin Adam, walaupun mempunyai keanggotan tim yang kecil, ini tidak
menjadi penghalang untuk memberikan rawatan pergigian yang terbaik kepada pesakit
yang memerlukan rawatan.

Hospital Medan MALBATT 850 juga dilengkapi dengan bilik rawatan yang tersendiri
mampu untuk memberi pelbagai jenis rawatan termasuk tampalan, cabutan, rawatan
kanal akar, pembedahan kecil, gigi palsu, penskaleran, intra-oral X-ray dan nasihat
penjagaan gigi. Selain itu, tim pergigian MALBATT juga dilengkapi dengan dua buah
Mobile Dental Chair yang sering digunakan untuk program CIMIC dan Active Dental
Support (ADS) di Kem Tibnine.

13

Winning Hearts and Minds

Untuk mencapai matlamat Winning Hearts and
Minds, pendekatan interaksi sosial terhadap
penduduk setempat dilaksanakan dengan
perancangan aktiviti yang tersusun melalui Key
Leader Engagement (KLE), program perubatan dan
pergigian, sukan dan sosial, aktiviti kemasyarakat
dan foot market walks.

Bagi program perubatan dan pergigian, sebanyak
21 aktiviti yang telah dilaksanakan di luar kem
seperti di municipality, rumah sakit dan rumah
pesakit (home visit). Melalui program ini, ia secara
tidak langsung memberi sedikit sebanyak
pengalaman manis buat anggota perubatan dan
pergigian semasa menjalani program misi
pengaman. Pendekatan secara pemberian rawatan
dan perubatan secara percuma kepada warga
Lubnan sangat-sangat dihargai oleh penduduk

sekitar.

Manakan tidak, faktor sosio ekonomi yang lemah
dan kos rawatan perubatan yang mahal diambil
peluang oleh penduduk tempatan untuk
mendapatkan rawatan sebaik-baiknya yang
diberikan oleh tim perubatan dan pergigian
MALBATT.

14

15

16

Misi Op-Starlight 5

Oleh: Kapt (Dr) Chew Wei Wern

Pertubuhan Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar

Sejak November 2017, Hospital Medan Malaysia (HMM) telah ditubuhkan bagi
menampung keperluan rawatan kesihatan kepada ratusan ribu pelarian etnik
Rohingya yang cuba mendapatkan perlindungan di kem pelarian di Cox Bazar,
Bangladesh, akibat konflik dan tindakan keras tentera Myanmar di Rakhine terhadap
mereka.

17

Misi kemanusiaan ini bermula

dengan penglibatan sepasukan

60 orang pegawai perubatan

daripada Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM)

dengan kerjasama daripada

beberapa agensi lain seperti

Angkatan Tentera Malaysia

(ATM), Majlis Keselamatan

Negara (MKN) dan

sukarelawan.

HMM ini berada kira-kira 10
hingga 15 minit dari kem pelarian wilayah Cox's Bazar, Bangladesh, dan
menyediakan perkhidmatan Tahap 3 dengan dilengkapi bilik bedah, bilik surgeri
pergigian, x-ray, unit rawatan rapi/ Intensive Care Unit (ICU), bilik kecemasan dan
bilik bersalin dengan kapasiti maksimum 100 katil. Antara perkhidmatan yang
disediakan adalah pembedahan am, ortopedik, obstetrik dan ginekologi, bius dan
rawatan utama lain seperti kesihatan keluarga, kecemasan, pergigian, radiologi serta
makmal.

Kesungguhan kerajaan dan komitmen tinggi pasukan petugas perubatan di HMM
membolehkannya mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia/ World
Health Organisation (WHO) sebagai Hospital Medan Tahap 3 terbaik, terlengkap serta
paling dipercayai dan seterusnya menjadi hospital rujukan di daerah berkenaan.

Bantuan Perkhidmatan Daripada Agensi Lain

Tahap perkhidmatan perubatan dan kesihatan
yang baik mendorong ramai pelarian Rohingya
dan penduduk tempatan Bangladesh untuk
mendapatkan rawatan di HMM. Terdapat juga
penambahan enam hospital medan di dalam
kawasan kem pelarian kendalian kerajaan
Turki dan Pertubuhan Bukan Kerajaan/ Non
Goverment Organisation (NGO) antarabangsa
lain seperti Medecines Sans Frontieres (MSF),
HOPE Foundation, MSF Spain, Bangladesh
Red Crescent Society dan Friendship sejak
pertubuhan HMM.

Pertambahan bilangan hospital medan ini
telah memberi lebih banyak pilihan dan akses
perkhidmatan rawatan kepada pelarian
Rohingya.

18

Jabatan Pergigian di Hospital Medan Malaysia,
Cox’s Bazar

Perkhidmatan pergigian HMM di Kem Pelarian
Rohingya amat dihargai kerana HMM adalah satu-
satunya hospital medan yang menyediakan
rawatan pergigian di Kem Pelarian Rohingya
sehingga November 2019, di mana Hospital Medan
Turki turut membawa masuk perkhidmatan
pergigian yang lengkap dalam kawasan tersebut.

Jabatan Pergigian HMM terdiri daripada seorang
pegawai pergigian, penyelia pergigian dan
juruteknik pergigian. Bilik surgeri pergigian dibina
dengan sebuah kontena yang dilengkapi dengan
sebuah kerusi pergigian dan peralatan pergigian
asas, di mana tim pergigian mampu memberi
rawatan harian dengan sempurna.

Bahasa yang digunakan tidak menjadi halangan
kerana Tim Pergigian selalu dibantu oleh
penterjemah daripada staf tempatan yang juga banyak membantu dari segi pentadbiran
selain daripada menterjemah bahasa Rohingya dan Bangla kepada petugas HMM.

19

HMM Semasa Pencetusan Pandemik COVID-19 di Bangladesh

Kes pertama COVID-19 di Bangladesh telah didapati pada 8 Mac 2020.

Gusar dengan penularan wabak ini, Tim Op Starlight 5 memandang serius dalam isu ini
dengan memulakan langkah-langkah teliti mengikuti Standard Operational Procedure
(SOP) pencegahan penularan jangkitan penyakit COVID-19 yang ketat.

Sebuah khemah telah didirikan di hadapan
halaman HMM untuk tujuan saringan
COVID-19. Selain pemeriksaan suhu
badan dan gejala dengan lebih teliti,
semua pesakit dikehendaki mengisi borang
deklarasi yang berkaitan dengan COVID-
19. Urusan farmasi juga telah dialih ke
bawah khemah saringan untuk
mengurangkan kesesakan di dalam
hospital.

Semua petugas di kawasan saringan wajib
memakai peralatan perlindungan diri/
Personel Protection Equipment (PPE)
lengkap. Perjarakan sosial antara pesakit dan tempat duduk turut diamalkan untuk
mengurangkan kontak rapat antara pesakit. Cecair pembasmi kuman turut diletakkan di
setiap penjuru HMM untuk kegunaan semua petugas di HMM.

Evakuasi Anggota Semasa Pandemik COVID-19

Susulan isu penularan wabak COVID-19 di Bangladesh, kerajaan Bangladesh telah
mengisytiharkan perintah berkurung sepenuhnya, dan seterusnya mengumumkan
perancangan sekatan penerbangan terhadap sepuluh negara termasuk India, Turki,
Singapura, Kuwait dan Malaysia.

Dengan mengambil kira situasi semasa, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan
pantas bagi memastikan setiap rakyatnya selamat dievakuasi pada 26 Mac 2020.

Kepulangan petugas perubatan HMM ke tanah air membolehkan pengoperasian penuh
Hospital Angkatan Tentera (HAT) di seluruh negara dalam sebahagian daripada usaha
keseluruhan kerajaan untuk menangani penularan pandemik COVID-19 yang ketika ini
sedang menunjukkan trend peningkatan semula.

20

Penutupan Hospital Medan Malaysia

Kini, Kerajaan Malaysia telah memutuskan operasi Hospital Medan Malaysia (HMM) di
Cox's Bazar, Bangladesh ditamatkan lebih awal iaitu pada tahun 2020 berbanding
mandat operasi sehingga
Disember 2021.

Dijangkakan seawal 2021,
proses pengunduran HMM akan
bermula. Setelah semuanya
selesai, Tim OSL akan ditutup
pengoperasiannya secara rasmi.

Kami berharap segala

sumbangan yang diberikan oleh

Kerajaan Malaysia dan bantuan-

bantuan aset dari negara-negara

OIC yang lain seperti UAE, Arab

Saudi dan Brunei akan tetap

terpahat dalam ingatan

Bangladesh amnya, dan pelarian

Rohingya khususnya.

“KHIDMAT DIUTAMAKAN”

21

22

Penglibatan PPATM Dalam Usaha Menangani COVID-19

Oleh: Lt Kol (Dr) Atina Najhan binti Mohd Idris
Diterjmah: Kapt (Dr) Wan Mohamad Firwan bin Wan Mohamad Fauzi
Sejak Disember 2019, dunia digemparkan dengan kewujudan virus baru yang
dinamakan COVID-19. Penularan virus ini merebak dengan pantas dan agresif
menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19
sebagai darurat kesihatan dunia. Penularan ini merentas benua dan mula memasuki
negara kita Malaysia akhir Februari 2020. Pada 11 Mac 2020, WHO mengisytiharkan
COVID-19 ini sebagai pandemik setelah sebanyak 114 negara terkesan, 118,000 orang
dijangkiti dan 4000 orang maut dalam masa tiga bulan.
Setelah mengambil kira kes COVID-19 di Malaysia saban hari makin meningkat pada
awal Mac 2020, kerajaan Malaysia mengambil langkah pantas dengan melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac 2020 bagi mengekang
penularan COVID-19. Kali ini, anggota keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi barisan hadapan dari aspek keselamatan
dan sekatan jalan raya, dan badan-badan lain yang terlibat secara langsung dan tidak

23

langsung. Tidak ketinggalan, tim daripada Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera
Malaysia (PPATM) juga dipanggil bagi membantu menentang virus ini.

Dari klinik pergigian tentera yang selesa berhawa dingin, ke medan lapangan
berbumbungkan langit dan hangat matahari, misinya tetap sama, menentang musuh
halus. Tim PPATM terdiri daripada Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan anggota
Lain-Lain Pangkat.

Taklimat Dan Latihan

Sebelum misi bermula, tim PPATM diberi
taklimat dan latihan mengambil sampel oleh
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
(MKAK) dan Crisis Preparedness and
Response Centre (CPRC) di Airport
Management Centre (AMC), KLIA. Tatacara
pemakaian peralatan perlindungan peribadi
(PPE) yang tepat dan selamat adalah
perkara utama. Cara menguruskan sampel-
sampel juga penting agar tiada sampel yang
tersalah maklumat dan data.

Tempat pertama tim PPATM ditugaskan di
Balai Ketibaan, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2. Para penumpang yang baru tiba di KLIA
perlu disaring tahap kesihatan mereka. Bagi warga emas dan mempunyai masalah
kesihatan, mereka perlu diambil sampel kerana mereka adalah golongan berisiko tinggi.

Dan bagi yang bergejala, akan
diperiksa oleh pegawai perubatan
terlebih dahulu sebelum diambil
sampel. Bagi yang lain, akan terus ke
pintu keluar KLIA dan menaiki bas
untuk pergi ke pusat kuarantin yang
dikhaskan.

24

Tidak sampai seminggu di KLIA, tim PPATM diarahkan untuk bertukar tempat ke

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL) dan

diletakkan di bawah Pejabat Kesihatan

Daerah Kepong (PKD Kepong) bagi

membantu mengambil sampel kawasan-

kawasan yang berisiko dan rekod jangkitan

yang tinggi. Salah satu tempatnya adalah

Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL),

seramai 15,000 penduduk, dan sampel

telah diambil dalam masa lima hari, sebaik

sahaja Menteri Kanan Keselamatan Majlis

Keselamatan Negara (MKN)

mengumumkan PKP Diperketatkan (PKPD).

Dalam masa yang sama, tim PPATM juga

berpeluang mengambil sampel di Dewan

Komuniti Batu Muda, Selayang yang

berskala kecil.

Pada 20 April 2020, tim PPATM mula bertugas di kawasan PKPD PBKL untuk
mengambil sampel berskala besar. Kawasan PKPD ini dipagari kawat berduri, anggota
tentera dan polis sentiasa membuat rondaan, kedai-kedai dan pejabat-pejabat semua
ditutup, macam tempat perang gayanya.

Dalam menjayakan misi ini, pasukan bantuan dari negeri-negeri lain seperti Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,

badan bukan kerajaan (NGO) seperti
MERCY, IMARET dan ada juga yang
datang atas kapasiti persendirian turut
menyertai dalam pengambilan sampel.
Badan-badan kerajaan seperti Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM),
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
pula banyak membantu dari segi logistik
seperti mendirikan khemah, mengagihkan
makanan dan sumbangan kepada
penduduk, menguruskan sampah-sampah
dan sebagainya. Ketika ini, pangkat dan
jawatan, dari agensi mana, bukanlah suatu isu. Semua pihak menggembleng tenaga
dan keringat untuk melandaikan lengkungan COVID-19.

25

Tugasan Mopping

Setelah lima hari menyaring

penduduk PBKL, tim PPATM

terlibat dengan tugasan

mopping. Tugasan ini

memerlukan pasukan-pasukan

kecil untuk membuat lawatan

rumah ke rumah setiap

penduduk di PBKL. Tujuannya

adalah memastikan semua

penduduk sudah disaring dan

memakai gelang merah jambu

serta tidak keluar rumah tanpa

urusan yang penting seperti

yang diarahkan KKM.

Setelah selesai, tim PPATM membantu PKD Kepong dalam mendokumentasikan data-
data dan keputusan penduduk PBKL ke dalam sistem komputer bagi memudahkan
rujukan kelak.

Panas Dan Dahaga Ibarat Sauna Atau Ketuhar Bergerak

Selesai tugasan di PKPD PBKL hampir dua minggu, tim PPATM digerakkan pula ke
Chow Kit pada 5 May 2020. Tugasan yang sama cuma cabarannya kali ini adalah
cuaca yang agak panas dikelilingi bangunan-bangunan tinggi. Bahangnya amat terasa,
apatah lagi apabila menyarungkan PPE lengkap. Dan lebih menduga adalah ianya
bulan Ramadan. Ada yang dehidrasi dan terpaksa berbuka puasa mengambil kira faktor
kesihatan dan nyawa seperti pandangan daripada Mufti dan Menteri Agama. Begitulah
hemahnya agama Islam.

26

Tim PPATM bukan sekadar mengambil
sampel sahaja, malah berpeluang untuk
melaksanakan tugas Active Case
Detection (ACD) dengan pergi rumah ke
rumah dan mengajak penduduk hadir
untuk membuat saringan, seolah-olah
kempen kesedaran.

Di ambang pengakhiran tugasan, tim
PPATM diberi kesempatan untuk membuat
saringan di Istana Negara, untuk
menyaring petugas-petugas yang bekerja
dalam kawasan Istana Negara sendiri.

Penugasan Saringan COVID-19 Terakhir

18 Mei 2020 adalah tarikh akhir tim
PPATM bertugas sebagai pasukan
bantuan COVID-19. Tempat tugasan
terakhir adalah di Pudu Plaza untuk
menyaring hampir 1300 sampel selama
dua hari.

Menentang musuh yang tidak kelihatan ini
bukanlah suatu perkara yang mudah.
Apatah lagi ianya merebak dengan agresif.
Ianya perlukan kerjasama pelbagai pihak
daripada peringkat kerajaan hinggalah
peringkat rakyat. Terima kasih kepada
semua agensi yang banyak membantu
dalam menghadapi pandemik COVID-
19 ini, dan kami bersyukur rakyat
kerana memberi kerjasama dan
kepercayaan dalam menghadapi
pandemik ini.

Terima Kasih, Barisan Hadapan!

27

28

Du’a Time PPATM

Oleh: Kapt (Dr) Muhammad Umar Imarah Bin Murtadza

Pada 6 November 20, program Du’a Time PPATM telah dilaksanakan secara maya
yang melibatkan seluruh warga
Perkhidmatan Pegigian Angkatan
Tentera (PPATM). Program ini
telah diadakan julung kali oleh
PPATM, dan antara tujuan
dilaksanakan adalah bagi
memohon perlindungan dan
keselamatan organisasi Kor
Kesihatan Diraja (KKD) secara
umumnya dan Perkhidmatan
Pergigian Angkatan Tentera
khususnya.

Selain itu, rentetan daripada
keadaan semasa kes virus
COVID-19 yang semakin
meningkat, kesembuhan dan
pencegahan turut dipanjatkan
agar keadaan kembali seperti
biasa. Turut hadir bersama
termasuk beberapa bekas
pengarah PPATM iaitu Mej Jen
Dato’ (Dr) Roshidah Binti Ishak
(Bersara), Mej Jen Dato’ (Dr) Sukri Bin Hussin (Bersara) dan Mej Jen Dato’ (Dr) Termizi
bin Junaidi (Bersara) dan beberapa orang veteran KKD.

Majlis bermula pada jam 1430 dan dimulakan dengan kata- kata aluan dari Kapt (Dr)
Mohammad Abu Bakar bin Mohd Razali, seterusnya bacaan doa oleh Kapt (Dr)
Muhammad Umar Imarah bin Murtadza, dan selesai pada jam 1500 dengan sempurna.
Semoga program seperti ini dapat dijadikan program berkala bagi warga PPATM agar
dapat mengukuhkan silaturahim dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

29

30

E-Taring 2020:
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Oleh : Lt Kol (Dr) Sophia Ann Murray
binti Jefry

Penularan wabak COVID-19 telah
menyebabkan banyak perancangan aktiviti
Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera
Malaysia (PPATM) bagi tahun 2020
tergendala. Malangnya antara aktiviti yang
terpaksa ditangguhkan adalah eksesais
tahunan PPATM yang selalu dinanti-
nantikan oleh seluruh warga PPATM iaitu
EksTaring edisi yang ke-28.

Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Pihak Ahli Jawatankuasa EksTaring ke-28 telah bertungkus lumus merancang
perlaksanaan eksesais seawal bulan Februari 2020 lagi. Pelbagai pengisian aktiviti
telah dirancang dan tempahan lokasi di CREaTE, Alor Gajah, Melaka juga telah dibuat.
Namun, gelombang ketiga COVID-19 telah menyebabkan pihak pengurusan PPATM
membuat ketetapan untuk menangguhkan dahulu eksesais tersebut bagi menjaga
kesihatan dan keselamatan warga PPATM.

Walaubagaimanapun, penangguhan EksTaring ini tidak memudarkan semangat AJK
untuk meneruskan seminar yang telahdirancang. Berbekalkan semangat Ikhtiar Tetap
Ada, pihak AJK, dengan persetujuan Pengarah Pergigian telah memutuskan untuk
menjadikan Eks Taring tahun 2020 ini satu kenyataan dengan mengadakannya secara
maya (virtual). If you cannot come to Ex Taring, we will bring Ex Taring to you. Maka
dengan itu, wujudlah idea untuk menganjurkan satu webinar bersiri yang diberi nama
eTaring 2020.

31

Sejarah Tercipta

Alhamdullillah, buat julung-julung kalinya, eTaring 2020 telah berjaya dilancarkan

bermula daripada 12 November 2020. eTaring 2020 telah dibawakan secara terus atas

talian kepada seluruh warga

PPATM di dalam dan luar

negara melalui aplikasi

Zoom PPATM. Program ini

dibahagikan kepada lima

siri webinar pada setiap

Khamis petang dengan

meliputi 8 topik berbeza.

Topik-topik yang dipilih

adalah berdasarkan

keperluan semasa dan yang

relevan kepada semua

warga PPATM dan

merupakan sebahagian

daripada topik seminar asal

EksTaring ke-28. Setelah

lima minggu bersiaran,

eTraing 2020 berakhir

secara rasminya pada 10

Disember 2020.

eTaring 2020 telah berjaya menarik penyertaan hampir 200 peserta setiap minggu
meliputi warga PPATM di dalam dan luar negara. Jumlah ini jauh melebihi bilangan
peserta yang dapat mengikuti EksTaring jika seminar dilakukan secara bersemuka.
eTaring 2020 juga telah membolehkan warga PPATM bersuamuka dan berkenalan
secara maya melalui video conferencing dengan penyeragaman user name baik secara
berkumpulan ataupun individu. Selain itu, sesi dialog bersama Pengarah Pergigian
yang menjadi amalan di setiap Eks Taring juga telah dapat diteruskan secara maya
pada hari penutup.

32

Hikmah Yang Tersembunyi

Penangguhan Eks Taring ke-28 sememangnya merupakan sesuatu yang amat
mendukacitakan. Namun, terdapat banyak hikmah di sebalik dugaan tersebut. Rahmat
yang paling utama adalah peluang untuk mengukuhkan ukwah dan persahabatan
dengan selamat tatkala berada di dalam suasana pandemik sekarang. eTaring 2020
juga telah membolehkan sesi pembelajaran secara berpusat diteruskan dengan
penglibatan peserta yang maksima tanpa mengira sempadan. Selain itu, perlaksanaan
eTaring 2020 telah secara tidak langsung membolehkan setiap pasukan naungan
PPATM mengenalpasti kemampuan sistem teknologi maklumat mereka, baik dari segi
peralatan (komputer, webcam dan mikrofon) atau connectivity masing-masing melalui
mindefnet sebagai persediaan untuk aktiviti-aktiviti PPATM yang dijalankan secara
maya pada masa hadapan.

33

Apa Yang Penting? KERJASAMA!

Walaupun dicabar dengan kekangan mengadakan perjumpaan secara bersemuka,
PPATM telah membuktikan bahawatiada yang mustahil sekiranya kita tekad melakukan
sesuatu. Semangat tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai
kesempurnaan merupakan antara sebab eTaring 2020 berjaya dilakukan di bawah
naungan Penasihat, Brigadier Jeneral Datin (Dr) Roza Anon bte Mohd Ramlee,
Pengarah EksTaring, Kol (Dr) Mohd Mizalazrin bin Madzlan dan tim AJK Seminar yang
diketuai oleh Lt Kol (Dr) Sophia Ann Murray. AJK Seminar dibantu oleh tim SIAP
PPATM dan tim AJK Webinar PPATM telah bertungkus-lumus mengadakan mesyuarat
di atas talian dua kali setiap minggu selama 5 minggu berturut-turut. Tim-tim inilah yang
sentiasa memberikan input dan cadangan penambahbaikan serta sentiasa
bekerjasama memastikan eTaring berjalan dengan lancar.

Kejayaan eTaring 2020 bukanlah kejayaan AJK sahaja, tetapi merupakan kejayaan

bagi seluruh warga PPATM. Tanpa sokongan dan maklum balas berterusan dari

segenap lapisan warga PPATM, eTaring 2020 tentulah hanya akan menjadi satu impian

sahaja. Justeru itu, seluruh AJK

EksTaring ke-28 amnya dan

eTaring 2020 khasnya ingin

mengucapkan setinggi

penghargaan kepada seluruh

warga PPATM yang terlibat

secara langsung ataupun tidak

kerana merealisasikan idea

eTaring 2020 ini. Sesungguhnya

penyertaan dan maklumbalas

setiap pegawai dan anggota

telah banyak membantu untuk

menjayakan perlaksanaan

eTaring 2020 ini.

Perjuangan Yang BelumSelesai

Berlabuhnya tirai eTaring2020 pada 10 Disember 2020 yang lalu tidak bermakna tugas
AJK EksTaring ke-28 telah selesai.Mandat yang baru telah diterima untuk meneruskan
perancangan bagi mengadakan Eks Taring secara fizikal pada tahun 2021. Bersama-
samalah semua warga PPATM mematuhi amalan norma-norma baru pandemik COVID-
19, dan berdoa agar pandemik ini akan berakhir, supaya EksTaring secara bersemuka
dapat direalisasikan pada tahun 2021 nanti.

34

35

CDE Menerusi Maya : Cabaran Baharu

Oleh : Brig Jen Datin (Dr) Roza Anon
binti Mohd Ramlee, Kapt (Dr)
Muhammad Khiratti bin Mat Zainal

Pandemik COVID-19 yang sedang
menular di Malaysia dan amat
membimbangkan. Kesannya, aktiviti
pengumpulan mata CPD yang merupakan
suatu tanggungjawab oleh pengamal
pergigian pada setiap tahun mengalami
kekangan ketika ini. Sekreteriat CPD
PPATM, Kapt (Dr) Muhammad Khiratti bin
Mat Zainal telah berkongsi pandangan
serta buah fikiran Pengerusi Sekreteriat
CPD PPATM, Brig Jen Datin (Dr) Roza
Anon binti Mohd Ramlee, mengenai
manfaat serta cabaran e-pembelajaran
yang akan dijadikan kebiasaan kehidupan
baharu bagi warga PPATM selepas ini.

Di Malaysia, pandemik COVID-19 ini telah memberikan impak yang sangat besar

kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan negara. Malah, ia

telah mengakibatkan operasi pelbagai sektor terjejas, termasuk hospital angkatan

tentera serta pusat pergigian angkatan tentera di seluruh Malaysia. Natijahnya, antara

hikmah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat (PKPB),

adalah warga PPATM harus

menyesuaikan diri dengan norma

kehidupan dan kebiasaan baharu

bertujuan untuk memutuskan

rantaian wabak dengan

memanfaatkan teknologi dan

aplikasi pembelajaran dan

komunikasi dalam talian.

Berdasarkan senario ini,

Sekreteriat CPD PPATM

disokong kuat oleh Sekreteriat

SIAP PPATM telah mengambil

inisiatif baharu dengan

menganjurkan sesi pembelajaran

berterusan melalui platform atas

36

talian menggunakan

aplikasi Zoom untuk

semua warga PPATM.

Sesi webinar yang

pertama ini telah

dilaksanakan pada tarikh

22 Oktober 20, di mana

pegawai yang terlibat

pada ketika itu ialah Mej

(Dr) Aminah binti Jalil

(selaku moderator

majlis), Mej (Dr) Nur

Awanis binti Mohamed

Alang (selaku pembentang pertama) dan Kapt (Dr) Muhammad Khiratti bin Mat Zainal

(selaku pembentang kedua). Bagi memaksimumkan matlamat ini, Sekreteriat SIAP

PPATM telah berusaha melanggan sendiri aplikasi Zoom demi menyediakan platform

yang boleh diakses secara percuma dan mengikut keselesaan oleh seluruh warga

PPATM. Rentetan peristiwa itu, penggunaan platform atas talian semakin meningkat

menerusi perlaksanaan beberapa siri webinar e-taring yang bermula pada tarikh 12

November 20 sehingga 10 Disember 20. Sambutan webinar tersebut amat

menggalakkan dalam kalangan warga PPATM. Usaha ini harus dilihat dari sudut

pandangan yang positif sebagai dorongan bagi pembelajaran berterusan dan

pemerkasaan kemahiran warga PPATM supaya dapat terus memberikan perkhidmatan

terbaik kepada seluruh warga ATM khususnya.

Manfaat Menerusi Pembelajaran Berterusan Menerusi Dunia Maya

Sememangnya pembelajaran berterusan menerusi dunia maya memberikan pelbagai

manfaat kepada seluruh warga PPATM. Antaranya ialah, maklumat yang diperoleh

lebih cepat, mudah dan dapat

menjimatkan masa. Proses

berinteraksi berupaya

dilaksanakan pada jarak yang

tiada sempadan, berdasarkan

prinsip ‘anywhere, anytime,

anyone’.

Seterusnya, pendekatan ini

membolehkan mana-mana

warga PPATM

mengendalikan webinar yang

dapat dilakukan di lokasi yang

berbeza tanpa melibatkan kos

yang tinggi.

37

Secara tidak langsung, kos perbelanjaan dan penginapan dapat dijimatkan. Di samping
tu, kita berupaya untuk berkongsi atau memuat turun bahan digital tambahan pada bila-
bila masa semasa webinar sedang dilangsungkan. Malah, kandungan webinar tersebut
boleh disimpan untuk kemudahan penilaian pada masa hadapan.

Cabaran Menerusi Pembelajaran Menerusi Dunia Maya

Kekangan seperti masalah capaian internet, kemudahan infrastruktur termasuk
ketiadaan atau kerosakan alat peranti digital pintar di sesetengah PGAT dan tidak

semua warga PPATM celik
teknologi maklumat terutamanya
golongan yang dikategorikan
sebagai ’orang lama’ dalah antara
cabaran yang dapat diatasi.
Sekreteriat CPD PPATM dibantu
Sekreteriat SIAP PPATM telah
mengenal pasti pendekatan yang
lebih holistik demi memastikan
proses pembelajaran berterusan
dalam talian berjalan lancar pada
hari mendatang. Antaranya,
penggantian komputer yang
mengalami kerosakan di setiap
PGAT, mempertingkatkan akses
capaian internet dan jalur lebar,
terutama PGAT di kawasan luar bandar, memberikan latihan kepada warga PPATM
bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan dan pengendalian
pembelajaran atau persidangan secara maya, dan memperkasakan pasukan teknikal
webinar yang berkebolehan untuk memastikan semua sistem berfungsi setiap masa
sepanjang pengendalian pembelajaran atau persidangan secara maya.

Persediaan PPATM Untuk Berhadapan Dengan Revolusi Industri 4.0

Semua warga PPATM perlu berlapang dada, meningkatkan ilmu pengetahuan,
efisiensi, kemahiran, perubahan sikap yang positif dan kesiapsiagaan dalam menerima
normal baharu pembelajaran berterusan atas talian ini, kerana kita harus sedar jika
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kesiapsiagaan ini akan dapat dizahirkan apabila setiap formasi di dalam PPATM
mampu menganjurkan sendiri webinar atau telesidang untuk dikongsikan dengan
seluruh warga PPATM. Hal ini penting dalam menyiapkan warga PPATM bagi

38

menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan seterusnya bersedia menjadi generasi
celik digital agar tidak ketinggalan ditelan arus permodenan.

Umum mengetahui, setiap perubahan yang hendak dilakukan tidak mampu berlaku
dalam sekelip mata. Tuntasnya, ia memerlukan strategi yang rapi, masa, sokongan dan
dorongan yang kuat daripada pelbagai pihak. Justeru itu, perancangan yang rapi telah
dibuat oleh Sekreteriat CPD bagi memastikan sesi pembelajaran berterusan dalam
talian menggunakan aplikasi Zoom dapat diteruskan sepanjang tahun 2021 ini. Sebagai
contoh, sesi webinar pada tahun 2021 telah disusun mengikut bidang kepakaran
masing-masing dan ia akan dilaksanakan pada setiap hari khamis sekurang-kurangnya
dua kali sebulan. Pemantauan berterusan akan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan
pembelajaran dalam talian dapat diteruskan seperti yang dirancang. Selain itu, bagi
mengoptimumkan penggunaan aplikasi Zoom ini,kami juga menggalakkan seluruh
warga PPATM di setiap formasi pasukan untuk menganjurkan mensyuarat dalam talian
seberapa yang kerap. Semoga pembelajaran berterusan dan komunikasi menerusi
dunia maya ini dapat disesuaikan menjadi amalan harian, dan memberikan impak yang
positif kepada seluruh warga PPATM. InsyaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada
jalan.

39

40

Perkembangan Sistem Informasi Automasi Perigigan (SIAP)

Oleh: Lt (Dr) Taasvinie a/p Nahenthran
Sejak 10 Ogos 2020, Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM)
telah menganjurkan kursus Sistem Informasi Automasi Pergigian (SIAP) Refresher
Course bagi seluruh warga PPATM yang berlangsung selama 2 bulan. Ia telah
diagihkan kepada 5 kumpulan, bermula dengan Train the Trainer.
Train the Trainer disertai oleh 12 pegawai pergigian yang telah dilatih seminggu
sebelum memulakan kursus SIAP Refresher Course untuk berkongsi ilmu mereka
dengan pegawai pergigian dan anggota
yang lain.
SIAP Refresher Course ini telah dijalankan
secara empat siri dan disertai 58 orang
pegawai dan Lain-lain Pangkat. Perkara-
perkara yang merangkumi kursus ini terdiri
daripada penggunaan semua aplikasi di
dalam sistem SIAP ini.

41

Sistem SIAP mempunyai 12 aplikasi untuk penggunaan harian PPATM, iaitu

 Dental Readiness Management System (DRMS)
 DRMS Specialist Module
 Queue Calling
 Picture Archiving & Computer System (PACs)
 Sistem Pengurusan Material (SPerM)
 Sistem Pengurusan Aset Pergigian (SPAG)
 Office Management System (OMS)
 Document Management System (DMS)
 WebMail DSMAF
 Administrative Service Performance Intergrated Reporting (ASPIRe)
 Continuing Professional Development (CPD)
 Portal

Sepanjang kursus ini, setiap aplikasi diajar secara terperinci untuk memudahkan
pemahaman dan pengendalian bagi pegawai dan anggota yang terlibat di unit mereka
tersendiri. Aplikasi DRMS pula telah diajar mengikut spesifikasi pesakit iaitu golongan
askar, awam (dewasa) dan awam (kanak-akanak).

Sepanjang dua bulan ini, pelbagai soalan telah dikemukakan kepada fasilitator dan
soalan-soalan tersebut telah dijawab secara teliti dan terperinci untuk mengurangkan
kekeliruan yang dialami sepanjang penggunaan sistem ini. Pada hari terakhir pula, satu
ujian telah dijalankan untuk mengasah balik apa yang telah dipelajari sepanjang minggu
tersebut. Dengan itu, kursus tersebut ditamatkan dengan jayanya.

Sejarah Sistem SIAP

Sistem SIAP ini telah diwujudkan sejak

tahun 1997 yang dinamakan Trident. Ia

merupakan sistem online pergigian

yang pertama diwujudkan di seluruh

Malaysia. Setelah beberapa siri

peningkatan taraf dan

penyelenggaraan oleh syarikat BIT

Group Sdn Bhd, ia kini mempunyai

aplikasi-aplikasi yang tersendiri di

mana informasi setiap pegawai dan

anggota dapat diintegrasikan dengan

HRMIS, MLHR dan juga antara aplikasi SIAP sesama sendiri. Sistem ini juga

mempunyai aplikasi di mana dokumen-dokumen terkini boleh disimpan secara

persendirian atau boleh disimpan untuk pengaksesan yang lain. Perkara-perkara

42

tersebut merupakan beberapa pencapaian PPATM dalam bidang informasi teknologi
ini.

Sistem ini masih dalam proses pembaikan dan pemulihan. Senggaraan sistem ini akan
dilakukan mengikut peringkat untuk memudahkan lagi penggunaan aplikasi-aplikasi
baru yang telah diwujudkan. Sistem SIAP ini boleh mendatangkan banyak kebaikan
kepada semua warga PPATM pada masa yang akan datang, secara tidak langsung
mengundang ke arah masa hadapan “GO GREEN, GO PAPERLESS”.

43

44

Jelajah International Caries Detection And Assestment System
(ICDAS)

Oleh: Kapt (Dr) Muizzuddin bin Hj Ab Rahman

KEM TERENDAK: International Caries Detection And Assestment (ICDAS) merupakan
sistem pengesanan dan pengkelasan karies yang terkini dan telah diperkenalkan sejak
tahun 2002. Sistem ni akan diguna oleh semua Pakar dan Pegawai Pergigian
Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) bagi menggantikan
sistem pengesanan karies gigi yang terdahulu.
Pada 10 dan 11 Mac 20, jawatankuasa ICDAS PPATM telah menganjurkan Jelajah
ICDAS 2020 Siri 1/2020 bertempat di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera
(INSAN AT) dan di Pusat Pergigian Angkatan Tentera Terendak, Kem Terendak
Melaka. Peserta Jelajah ICDAS ini terdiri daripada 10 pegawai termasuk Pakar dan
Pegawai Pergigian PPATM dari Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) di bawah
naungan Divisyen Ketiga Infantri Malaysia.

45

Program selama dua hari ini
melibatkan beberapa sesi
syarahan bertajuk Caries
Etiopathology, A New Paradigm in
Caries Detection & Assestment
dan ICDAS. Syarahan ini
bertujuan untuk memberi
pengenalan kepada penyakit
karies gigi dan pengenalan kepada
sistem ICDAS. Beberapa siri
bengkel juga telah diadakan,
melibatkan bengkel pra-klinikal
iaitu latihan mengenalpasti dan pengelasan tahap-tahap karies gigi mengikut
pengelasan ICDAS yang terkini menggunakan model dari gigi sebenar yang telah
dicabut akibat kerosakan karies gigi. Bengkel secara klinikal, iaitu pemeriksaan karies
gigi secara langsung terhadap pesakit turut diadakan bagi memberi kefahaman yang
lebih mendalam kepada peserta. Semua peserta diminta untuk membuat pemeriksaan
karies gigi terhadap gigi pesakit bagi menguji tahap kefahaman peserta dan
kemudiannya perbincangan kes diadakan bagi membincangkan penemuan dan

pengelasan yang dibuat.

Pengesanan karies gigi

seawal akan membantu

dalam membuat

perancangan rawatan yang

sesuai. Oleh hal demikian,

ICDAS telah diperkenalkan

bagi membantu para

pegawai pergigian dalam

mengenalpasti dan

merekodkan tahap

penyakit karies gigi dengan lebih spesifik. Sistem ini merupakan sistem skor yang

menggunakan kod untuk merekodkan tahap severity dan klasifikasi karies gigi seawal

perubahan visual pada gigi sehingga terbentuknya kaviti. Sistem ini dapat membantu

para pegawai pergigian dalam merancang jenis-jenis rawatan sama ada secara

preventif ataupun conservatif yang bersesuaian dengan tahap kerosakan pada gigi

pesakit.

Program Jelajah ICDAS yang dianjurkan oleh PPATM ini dibuat secara berperingkat
dan hanya melibatkan kumpulan kecil Pegawai Pergigian PPATM dalam satu-satu
masa. Aktiviti program yang dijalankan termasuklah sesi syarahan, bengkel pra-klinikal,

46

bengkel klinikal dan perbincangan secara terbuka antara pakar dan pegawai pergigian
sangat membantu dalam memahami sistem ICDAS dengan lebih jelas dan menyeluruh.

Diharapkan agar peserta akan dapat mempraktikkan dan memahirkan diri dalam
menggunakan sistem ICDAS ini di pasukan masing-masing selaras dengan persetujuan
PPATM, Kementerian Kesihatan dan Fakulti Pergigian di seluruh Universiti Malaysia
untuk menggunakan sistem ICDAS ini secara menyeluruh bermula pada tahun 2022.

47

48

Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri 90/2020

Oleh: Lt M (Dr) Ahmad Hazim bin Nazri

Pada 14 September 2020 hingga 25 Oktober 2020, Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri
90/2020 telah berlangsung di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT),
Kem Terendak Melaka. Seramai 33 orang penuntut telah terpilih untuk menghadiri
kursus. Pecahan penuntut terdiri daripada 24 orang Pegawai Perubatan, tiga orang
Pegawai Pergigian, seorang Pegawai Farmasi dan lima orang Pegawai Tugas Am.

Majoriti penuntut kursus ini telah menjalani latihan ketenteraan di Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM) dan juga di AkademiTentera Darat (ATD). Hal ini memberi
cabaran kepada saya untuk menyesuaikan diri dengan penuntut lain yang mempunyai
latihan asas ketenteraan. Saya menyedari bahawa banyak perkara yang perlu saya
pelajari daripada para penuntut yang lebih berpengalaman terutamanya dari segi aspek
rejimental. Suasana kursus semasa negara berhadapan dengan ancaman Pandemik
COVID-19 turut memberi pengalaman baru kepada saya dan penuntut-penuntut lain.

49

Sepanjang kursus berlangsung,

penuntut telah banyak mempelajari

tentang sistem pentadbiran dalam

Perkhidmatan Kesihatan Angkatan

Tentera (PKAT). Penuntut turut

didedahkan tentang peranan PKAT

semasa peperangan yang

menjelaskan tentang aturgerak

Batalion Perubatan ketika peperangan

yang merangkumi empat tahap

penjagaan kesihatan kepada anggota

tentera yang terlibat dengan

peperangan.

Kursus ini turut menerapkan aspek disiplin sebagai seorang pegawai yang penuh
dengan nilai regimental. Kami telah dilatih untuk hidup secara berkumpulan dan
membuang sikap mementingkan diri sendiri. Selain itu, kursus ini turut menerapkan
latihan fizikal dan jasmani bagi mengekalkan kecergasan sebagai seorang pegawai
tentera. Saya secara individu berasa amat teruja mengikuti latihan fizikal dan jasmani
yang dilaksanakan terutamanya latihan dan ujian berjalan laju sejauh 12 Kilometer.
Aktiviti seperti ini menguji tahap kerjasama sepasukan antara penuntut-penuntut
kursus. Kami juga diarahkan untuk berbaris pada jam 0630 setiap hari untuk latihan
fizikal sebelum ke kelas akademik.

Selama empat hari, semua penuntut kursus telah menyertai Kursus Jurulatih Asas

Pertolongan Cemas dan Kursus Asas Bantuan Trauma. Kami didedahkan tentang cara-

cara melaksanakan

pertolongan cemas bagi

pesakit yang mengalami

serangan jantung,

tercekik dan juga lemas.

Selain itu, kursus ini

turut mendedahkan

tentang cara-cara

menyelamatkan kasualti

semasa peperangan

mengikut jenis

kecederaan dan

keutamaan. Kami turut

diberi ujian secara teori

dan pratikal bagi kedua-

dua kursus ini.

50

Di samping itu, setiap penuntut ditugaskan untuk menyiapkan penulisan Kertas Koman
berdasarkan tajuk yang diberikan iaitu berkaitan dengan isu perubatan ketenteraan.
Saya sebagai Pegawai Pergigian, telah diberikan tajuk ‘Peranan Perkhidmatan
Pergigian Semasa Operasi’. Bagi saya tajuk ini menarik untuk dikupas dan merupakan
satu ilmu yang baru untuk saya pelajari. Setiap penuntut turut dikehendaki untuk
membentangkan tajuk Kertas Koman masing-masing kepada para juri yang turut
dihadiri oleh Kol (Dr) Mohd Izwan bin Hussin, Komandan INSAN AT.

Majlis penutup kursus ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan
AngkatanTentera, Lt Jen Dato Pahlawan (Dr) Hj Md Amin bin Muslan. Beliau telah
menyaksikan persembahan simulasi peperangan di mana penuntut menyelamat
kasualti yang tercedera semasa peperangan, beliau telah memuji tahap kesiapsiagaan
yang telah ditunjuk oleh semua penuntut.

Secara keseluruhan, Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri 90/2020 merupakan satu
pengalaman yang amat bermakna dan telah banyak memberi pengajaran kepada
semua penuntut untuk digunakan sebagai seorang Pegawai Muda KKD.


Click to View FlipBook Version