The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wei Wern Chew, 2021-01-08 03:43:39

eBuletin PPATM 2020

eBuletin PPATM 2020

Keywords: Norma Baharu,eBuletin PPATM 2020

51

52

Majlis Pelancaran Program KOSPEN PERWIRA

Oleh: Pbt Mohammad Fikri bin Matlib

INSAN AT, 7 Dis 2020: Program Komuniti
Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Perwira
telah dilancarkan bertempat di ruang legar
Bangunan Akademik, Institut Latihan
Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN AT)
yang telah disempurnakan oleh Komandan
INSAN AT. Antara Objektif program ini
adalah untuk memberi kesedaran kepada
semua peringkat anggota di institut ini
mengenai kepentingan pemantauan tahap
kesihatan secara berkala bagi memastikan
kesiapsiagaan anggota tentera sentiasa
berada di tahap maksima.

Pertandingan Reka Cipta Poster bersempena dengan Program KOSPEN PERWIRA
juga telah berlangsung pada hari yang sama. Pertandingan ini melibatkan semua staf
dan penuntut akademik INSAN AT. Ia merupakan salah satu aktiviti minggu ketenteraan
program diploma INSAN AT sesi Julai 2020, dan pertandingan mencipta poster ini
bertemakan kesedaran kesihatan dalam kalangan anggota mahupun orang lain.
Tempoh masa selama dua minggu telah diberikan untuk peserta menyiapkan poster.

Terdapat 13 penyertaan yang hanya melibatkan penuntut program diploma sahaja, dan
markah diberi mengikut hasil persembahan poster dan cara penyampaian kepada para
pengunjung.

Tempat Keempat telah dimenangi oleh Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian Siri
4/2017 (Kumpulan B) dengan poster bertajuk “Cara Penggunaan Flos Pergigian”.
Manakala Tempat Kedua dimenangi oleh Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian
Siri 3/2017 (Kumpulan C) yang bertajuk “Teknik Memberus Gigi Dengan Berkesan”, dan
Tempat Pertama dimenangi oleh Diploma Pembantu Pembedahan Pergigian Siri
4/2017 yang bertajuk “Rawatan Ortodontik”.

53

Tempat Pertama dimenangi oleh Diploma
Pembantu Pembedahan Pergigian Siri
4/2017 yang bertajuk “Rawatan Ortodontik”

Tempat Kedua dimenangi oleh Diploma
Pembantu Pembedahan Pergigian Siri
3/2017 (Kumpulan C) yang bertajuk “Teknik
Memberus Gigi Dengan Berkesan”

54

55

Kursus Penyelia KKD Siri 8/2020

Oleh: Kpl Sri Abd Manan bin Misran
(Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Penyelia KKD Siri 8/2020)

Kursus Penyelia Kor Kesihatan Diraja Siri 8/2020 telah dijalankan pada 14 September

2020 sehingga 18 Oktober 2020 dengan seramai 66 orang penuntut daripada pelbagai

tred dan pasukan di Institut Latihan

Kesihatan (INSAN) AT, Kem Terendak

Melaka. Kursus ini dilaksanakan selama

empat minggu dan diberikan pelajaran

dan penekanan terhadap mental dan

fizikal. Selain itu penuntut diuji pelbagai

bentuk latihan intensif yang merangkumi

pembelajaran secara syarahan dan

praktikal berkenaan aspek pentabiran

perubatan, pentadbiran logistik,

pengurusan sumber manusia dan aspek

rejimental seperti kawad kaki, kawad

tongkat ordeli, kawad senjata Colt M4 dan

kawad senjata Colt M16.

56

Antara aspek-aspek yang mendorong kejayaan saya adalah percaya, tumpuan,
pergaulan, hubungan baik dengan jurulatih, istiqamah, sanggup bekorban dan akhir
sekali, agama.

Saya percaya pada diri sendiri bahawa saya boleh
melaksanakan tugasan dan arahan yang telah
disampaikan oleh jurulatih. Dan saya juga
meletakkan kepercayaan yang ada pada seseorang
itu untuk menerima tugasan dan arahan yang saya
sampaikan. Dan saya tidak pernah ragu-ragu
dengan kemampuan saya mahupun setiap rakan-
rakan saya semasa melakukan apa sahaja dan
sanggup bekorban untuk berjaya. Dengan percaya
itu, saya menganggap bahawa apa sahaja akan
dapat mencapai visi dan misi dalam kehidupan
mahupun kursus.

Dalam kursus yang saya hadiri ini, saya
memberikan tumpuan yang tinggi. Setiap pelajaran
yang disampaikan oleh jurulatih saya akan
menumpukan perhatian dan mendengar dengan
sebaik mungkin. Saya memberi fokus yang tinggi pada setiap perkataan dan pelajaran
yang jurulatih sampaikan.

Dalam pergaulan saya dan penuntut yang lain tiada masalah dan sentiasa memberi dan
menerima segala idea dan nasihat secara berbincang berkumpulan. Dengan cara itu
saya berpendapat yang kami boleh bekerjasama dalam satu kumpulan. Alhamdulillah
hubungan baik saya dan rakan-rakan kursus membuatkan saya lebih rasa bersemangat
dan melicinkan perjalanan kursus.

Seterusnya hubungan baik dengan jurulatih amat-amatlah penting. Ini kerana tugasan
dan arahan yang disampaikan lebih faham dan mengikut kehendak JL. Pada saya kita
tidak perlu segan atau takut pada seseorang jurulatih. Sesuatu ilmu yang kita mahukan
perlulah berusaha dengan cara mendekati Jurulatih. Dengan kata lain “Bukan Senang
Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah”. Ini lah resepi yang berkesan pada saya kerana
impaknya sangat besar.

Dalam apa jua saya laksanakan saya sentiasa istiqamah atau konsisten. Walaupun
saya buat sedikit tetapi berterusan seperti berbaris mengikut masa ditetapkan,
kebersihan kawasan, kebersihan diri dan disiplin diri. Seperti mana yang telah RSM
KOR KKD selalu sebut “fokus”. Dengan itu saya fokus dengan istiqamah yang saya
lakukan.

57

Selain itu saya sanggup bekorban apa jua sekalipun untuk saya berjaya di dalam

kursus ini contohnya bersengkang mata, tahan lapar, berjauhan dengan keluarga dan

meletakkan komitmen diri sendiri sebagai kepentingan nombor dua. Manakala di dalam
kursus adalah kepentingan nombor satu. Dengan cogan kata 10 Bgd Para “Tiada Misi

Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar”.

Terakhir sekali adalah agama. Sesibuk mana
skalipun saya akan luangkan masa utk
menunaikan kewajipan saya sebagai seorang
muslim dan melaksanakan kehendak dalam
agama islam. Dengan itu saya sntiasa berdoa dan
mohon kepada Allah SWT supaya cita-cita saya
untuk berjaya dimakbulkan. Semuanya dari-Nya.

Alhamdulillah segala usaha dan doa saya telah
pun saya kecapi kini saya mendapat Anugerah
Penuntut Keseluruhan Terbaik, manakala rakan
seperjuangan Kpl Muhamad Fahmi bin Amran
telah mendapat Anugerah Penuntut Akademik
Terbaik dalam Kursus Penyelia Kor Kesihatan

Diraja Siri 8/2020 ini.

“KHIDMAT DIUTAMAKAN”

58

Kpl Muhamad Fahmi bin Amran
Menerima Anugerah Penuntut
Akademik Terbaik Kursus Penyelia
KKD Siri 8/2020

59

60

Kursus Paramedik Kelas 1 Siri 88/2020

Oleh: Pbt Salnani binti Mohamed
(Penuntut Akademik Terbaik Kursus Paramedik Kelas 1 Siri 88/2020)

Kursus Paramedik Kelas 1 Siri 88/2020 telah dirasmikan oleh Komandan INSAN AT,
Kol (Dr) Mohd Izwan bin Hussin, bermula dari 13 Jul sehingga 01 Nov 2020. Seramai
45 orang penuntut dari pelbagai unit telah hadir dan tiga orang penuntut adalah dari
Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PPATM).

Kursus tersebut telah memberikan pendedahan kepada saya dan yang lain tentang
keadaan sebenar dalam mengendalikan kes-kes kecemasan, perubatan, pembedahan
dan dokumentasi perubatan. Walaupun saya adalah pembantu pergigian tetapi saya
rasa apa yang saya belajar sedikit sebanyak berkait dengan persekitaran kerja saya
seperti kawalan penyakit berjangkit yang saya boleh pratikkan di tempat saya bekerja.

Sepanjang tempoh empat bulan, saya diberikan kemudahan bantuan belajar yang baik
dari para pengajar dan menjalani latihan klinikal di HAT Tuanku mizan. Banyak ilmu
tentang kesihatan dan penyakit telah saya perolehi dengan baik. Selain dari ilmu
kesihatan, kami juga menjalani latihan fizikal setiap pagi sebelum bermulanya kelas.

61

Semasa di dalam kelas, saya memberikan
tumpuan sepenuh kepada pengajar. Saya tidak
suka membuat nota tetapi saya suka membuat
latihan soalan tentang tajuk apa yang saya
pelajari pada minggu tersebut. Jika tidak
faham, saya akan rujuk soalan tersebut kepada
pengajar yang mengajar tajuk itu ataupun saya
bertanya kepada rakan sebilik yang merupakan
rakan sekelas saya juga. Saya bukanlah
seorang yang gemar membaca buku
sebenarnya. Jika mahu mengulang kaji, saya
akan meminta bantuan rakan saya untuk
menyoal saya dengan cara itu saya lebih
mudah mengingati apa yang saya belajar.

Penutup Kursus Paramedik Kelas 1 Siri
88/2020 telah dirasmikan pada 28 Ogos 2020,
Saya sangat bersyukur sekali dapat menjadi
Penuntut Akademik Terbaik. Bertemu dengan
kawan-kawan terbaik yang terpilih menjadi
penuntut kursus yang berasal dari pasukan
yang berlainan adalah sesuatu yang
menyenangkan. Kami dapat saling bertukar
pengetahuan dan pengalaman yang kami miliki
dari kursus yang sebelumnya. Berasal dari latar
belakang pendidikan yang berbeza. Dari 45
penuntut yang ada, masing-masing memiliki
keunikan dan karakter yang berbeza-beza. Hal
itulah yang menjadikan masa-masa belajar
begitu bersaing hebat serta sihat.

Demikianlah, kisah singkat tentang diri saya. Semoga melalui penulisan ini, dapat
menaikkan semangat para pembaca yang merasakan bahawakurang keyakinan untuk
berjaya. Ingat tanpa usaha, kita tidak akan berjaya.

62

Program Jiwa Murni di

63

Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Gerik

Oleh: PW II Munsi Fairus bin Khasbollah

KUALA LUMPUR: Program Jiwa Murni (PJM) yang menyantuni masyarakat Orang Asli
di Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Gerik, Perak telah diadakan pada 25 Sep 20.

Seramai 2 orang pegawai dan 3 orang anggota lain-lain pangkat PPATM terbabit dalam
program berkenaan yang turut disertai Cawangan Risik Markas 2 Briged, 4 Rejimen
Sempadan serta 621 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) yang merupakan
anjuran Cawangan Risik Markas 4 Divisyen.

Pelbagai program dianjurkan termasuk
khidmat pemeriksaan kesihatan dan
pergigian, ceramah agama dan motivasi.
Tujuan pelaksanaan PJM ini adalah
untuk pelan tindakan 4 Divisyen bagi
memenuhi keperluan Tonggak Kelima
Perintah Ulung Panglima Tentera Darat
Ke-28.

64

Program Jiwa Murni Sempena
Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-87 Peringkat Negeri Sabah

Oleh: Kapt (Dr) Chew Wei Wern
SABAH: Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat (TDM) dengan 29 buah pelbagai
jenis kenderaan Tentera Darat telah dilaksanakan bertujuan mempamerkan
ketumbukan TDM di Sabah melalui jelajah “Battle Group” ke hampir semua bandar
utama di negeri Sabah, sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat (HUTTD)
ke-87 yang akan diraikan pada 1 Mac setiap tahun. Pelbagai acara menarik telah
diadakan ketika persinggahan di setiap daerah berkenaan seperti pameran aset
ketenteraan, pengambilan perajurit muda, dan pertunjukan pancaragam.

Membawa tema “Tentera Darat Bersama
Rakyat Sedia Sebilang Masa”, pelbagai acara
menarik telah diatur dengan pembabitan TDM
bersama rakyat serta pemimpin tertinggi negeri
bermula pada 18 Jan 20 di Tawau, sehingga
acara kemuncak pada 1 Mac 20 depan di
Stadium Likas, Kota Kinabalu.

65

Program Jiwa Murni (PJM) telah berjaya
dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih dengan
kerjasama anggota ATM khususnya Pasukan
Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera
Malaysia (PPATM) dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) di Tawau, Semporna,
Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.
Antara perkhidmatan pergigian yang disalurkan
kepada orang awam adalah pemeriksaan dan
rawatan pergigian, saringan kanser mulut,
ceramah kesihatan pergigian dan sebagainya.
Antara objektif PJM ini adalah untuk
menyebarkan kesedaran dan menperdalam
pengetahuan orang ramai mengenai kesihatan
mulut, kanser mulut dan cara pencegahannya.

66

Program Jiwa Murni Sempena
Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-87 Peringkat Negeri Melaka

Oleh: Lt (Dr) Nuraisyah Liyana binti Yaacob

Sambutan Hari Ulang

Tahun Tentera Darat ke-

87 yang telah diadakan

pada 29 Februari 2020

hingga 1 Mac 2020 di

Padang Pavillion Kem

Terendak telah

dirasmikan oleh

Panglima 3 Divisyen iaitu
Mej Jen Dato’ Tengku

Muhammad Fauzi bin

Tengku Ibrahim.

Pelbagai aktiviti telah

diadakan contohnya dari

Markas Ketiga Divisyen

dengan kerjasama

Markas 10 Briged

(PARA) dan Grup Gerak Khas (GGK) telah menganjurkan Hari Terbuka Kem Terendak.

Program ini mempamerkan aset-aset tempur Tentera Darat (TD) serta kepakaran

pasukan-pasukan TD di Negeri Melaka. Antara aset-aset tempur yang dipamerkan

adalah PENDEKAR, GEMPITA dan Meriam 155mm. Pengunjung berkesempatan untuk

bergambar dan menaiki aset-aset tersebut bagi menimba pengalaman baru.

Selain itu, demonstrasi dan persembahan padang turut diadakan dengan menampilkan
kepakaran pasukan-pasukan berdekatan antaranya adalahTempur Tanpa Senjata,
Tindak Meriam dan persembahan Brass band Gabungan 3 Divisyen dan 10 Bgd
(PARA).

Pengunjung turut berpeluang untuk melihat sendiri Hospital Medan dan membuat
pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang telah dianjurkan oleh Hospital Tentera
Darat, Kem Syed Sirajuddin dan 605 Pusat Pergigian Angkatan Tentera Kem Terendak.
Pemeriksaan pergigian telah dilakukan oleh Lt Kol (Dr) Marissa binti Baharom dan Lt
(Dr) Nuraisyah Liyana binti Yaacob dan dibantu oleh beberapa anggota. Selain
pemeriksaan pergigian, pengunjung juga berpeluang merasai prosedur seperti
perskaleran, tampalan gigi dan cabutan gigi juga dilakukan dengan mengunakan kerusi
pergigian medan (CAT). Unit mudah alih ini telah digunapakai di lokasi-lokasi seperti
kem dan pangkalan Tentera Darat, Laut dan Udara untuk memberi rawatan pergigian

67

kepada anggota tentera dan keluarga tentera. Ini termasuk di kawasan operasi
ketenteraan termasuk di pos-pos operasi Rejimen Sempadan, penempatan Rumah
Keluarga Angkatan Tentera, projek bersama masyarakat di kawasan luar bandar,
asrama anak-anak yatim dan tidak ketinggalan di sebuah Istana Diraja.

Pameran seperti ini telah berjaya menarik minat dalam kalangan masyarakat setempat
dan seterusnya membuka mata berkenaan penugasan dan keupayaan Tentera Darat.

68

69

Pemeriksaan Dan Rawatan Berkala Di Istana Negara

Oleh: Kol (Dr) Ahmad Fahmi bin Mohamad Bustaman

Pada 3 Nov 2020, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah perkenan untuk menerima kunjungan daripada
Pasukan Rawatan Pergigian Perkhidmatan Pergigian ATM (PPATM) yang telah diketuai
oleh Mej Jen Dato’ (Dr) Mohd Ilham bin Hj Haron ke istana negara bagi pemeriksaan
dan rawatan pergigian berkala.

Pasukan yang terdiri daripada dua orang Pakar Pergigian Klinikal PPATM, seorang
Pembantu Pergigian dan seorang Juruteknologi Pergigian telah membuat pemeriksaan
dan rawatan pergigian di Klinik Pergigian di Istana Negara. Ia merupakan sesi berkala
yang telah dijadualkan oleh pihak Istana Negara. Klinik Pergigian di Istana Negara
dilengkapi dengan sebuah kerusi pergigian beserta X-ray merupakan sebahagian
daripada kemudahan yang telah disediakan di Istana Negara.

Sesi pemeriksaan dan rawatan pergigian tersebut telah mengambil masa selama 45
minit. Selepas rawatan, DYMM Tuanku meluangkan masa untuk mendengar taklimat

70

rawatan pergigian serta pendidikan pergigian yang telah diberikan oleh Pakar Pergigian
Klinikal yang bertugas. Demonstrasi penjagaan pergigian menggunakan disclosing
tablet juga telah dilakukan bagi memberikan penerangan yang lebih baik kepada DYMM
Tuanku. Baginda menzahirkan rasa puas hati kepada pemeriksaan dan rawatan yang
telah diterima.

71

72

Tapak Makam Lama Lot 1597 Teluk Chempedak, Kuantan Pahang

Oleh: PW I Najib bin Hashim

Makam Lama lot 1597 Teluk

Chempedak, Kuantan Pahang

merupakan satu projek inovasi

pembangunan bersama

Angkatan Tentera Malaysia

(ATM) menerusi Tim Forensik

ATM dan agensi-agensi

berkaitan seperti Agensi Nuklear

Negara (ANM) serta Majlis

Ugama Islam dan Adat Resam

Melayu Pahang (MUIP) bagi

mengindahkan tanah perkuburan

lama yang diuruskan MUIP.

Sebagai permulaan, Tanah

Perkuburan Islam ini mempunyai

35 buah kubur yang telah diketahui dan akan diletakkan nombor rujukan tersendiri

secara teratur dan sistematik samada berwaris atau tidak berwaris.

Sebelum ini persepsi orang ramai berkenaan tanah perkuburan adalah menakutkan dan
suram, maka dengan projek kenaikan taraf ini diharap agar pandangan berkenaan
dapat dihapuskan dan membolehkan tanah perkuburan ini menerima kunjungan waris-
waris dengan hati yang tenang dan damai. Projek Makam Lama Lot 1597 Teluk
Chempedak ini telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan merupakan projek
pertama di Negeri Pahang seumpamanya dan diharapkan ia dapat menjadi perintis
kepada tanah perkuburan lain.

Pintu masuk ke Makam Lama Lot
1597

73
Projek ini bertujuan bagi memberikan keindahan kepada Makam Lama lot 1597 Teluk
Chempedak, Kuantan Pahang yang sebelum ini agak tidak sesuai dari segi keadaan
persekitaran dan memberi perspektif negatif kepada orang ramai tentang tanah
perkuburan.
Tapak pengkebumian ini bakal dibahagikan mengikut blok-blok yang dipisahkan dengan
siar kaki dan dihiasi dengan pokok-pokok renek. Manakala lampu hanya disediakan di
jalan utama yang di premix. Keindahan landskap pula dari pokok-pokok yang kurang
penyelenggaraan, berbau harum, daun berwarna dan rendang seperti Cempaka Hutan,
Melor, Bunga China, Cempaka Putih, Kemboja, Craton dan pokok-pokok lain yang
sesuai.
MUIP sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha penambahbaikan dan
menaiktaraf Makam Lama lot 1597 Teluk Chempedak, Kuantan Pahang. Budaya
inovatif dan kreatif menjadi agenda utama MUIP bagi menghasilkan sesuatu yang baru
atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada
peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada penduduk negeri Pahang.

Gambar Rajah Menunjukkan Kawasan Perkuburan

74

75

Ceramah Kesihatan Pergigian
Kepada Anggota ATM

Oleh: Kapt (Dr) Tengku Natasha Eleena binti Tengku Ahmad Noor

KUCHING: Mengikut Perintah Pentadbiran Kesihatan dan Teknikal Angkatan Tentera
Malaysia (AFMATI) Edisi IV 2016, tugas seorang pegawai pergigian adalah
bertanggungjawab untuk memberikan pelajaran asas kepada trup dan keluarganya.
Seringkali kita terlepas pandang bahawa memberi rawatan kesihatan gigi pesakit serta
seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia adalah dengan memberi edukasi kepada
mereka tentang kepentingan dan cara mengekalkan kesihatan gigi mereka.

Pada 24 Ogos 2020, satu ceramah telah diberikan tentang kesihatan gigi kepada warga
Tentera Udara di Pangkalan Udara Kuching. Ceramah tersebut merangkumi penyakit
yang sering kali dilihat di PGAT dan rawatan pergigian yang disediakan di PGAT. Di

76

akhir sesi ceramah tersebut, sesi kuiz dan soal jawab telah dilakukan bagi melihat
pengetahuan peserta setelah
mendengar ceramah pergigian.

Selama sesi soal jawab dilakukan,
terdetik di hati saya bahawa masih
ramai yang mempunyai kurang ilmu
pengetahuan tentang kesihatan gigi
walaupun ia merupakan asas
kehidupan kita dan sesuatu yang boleh
diketik dalam Google. Saya pasti,
setiap orang mempunyai kemudahan
akses internet yang mudah, jadi adakah ia merupakan salah kita sebagai Pegawai
Pergigian yang gagal memberikan mereka edukasi atau mereka yang tidak rajin dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan mereka tentang gigi?

Sesungguhnya ubat yang terbaik terhadap sesuatu
penyakit adalah dengan mencegah seperti kalimat
yang sering kita dengarkan, ‘mencegah lebih baik
daripada mengubati’. Beban tugas sebagai Pegawai
Pergigian juga dapat diringankan jika masalah
pergigian dikurangkan dalam kalangan warga tentera
seterusnya dapat membantu meningkatkan kekuatan
Angkatan Tentera Malaysia seiring dengan matlamat
PPATM dalam meningkatkan angka ‘zero decay’.
Dengan itu, saya menyeru agar seluruhwarga
PPATM mengutamakan pemberian edukasi dan
membantu dalam pencegahan penyakit gigi dan
mulut dalam kalangan tentera dan keluarga.

77

Majlis Penutup Hari Kesihatan Pergigian Sedunia (WOHD) 2020

Oleh: Kapt (Dr) Chew Wei Wern
KELANA JAYA: Hari Kesihatan Pergigian Sedunia (WOHD) disambut setiap tahun
pada 20 Mac. Ini adalah satu hari antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran di
seluruh dunia mengenai isu-isu tentang kesihatan mulut dan kepentingan menjaga
kebersihan mulut untuk setiap lapisan rakyat di dunia ini.
Tahun ini beberapa rancangan WOHD 2020
tidak dapat direalisasikan disebabkan oleh
wabak COVD-19 yang melanda sedunia ini,
maka ia tidak menghalang Upacara Majlis
Penutup WOHD 2020 tetap disambut dengan
cara yang ringkas pada 19 Sep 20 di Wisma
Persatuan Doktor Pergigian Malaysia/
Malaysian Dental Assocation (MDA).
Kehadiran PPATM telah diwakili oleh Brig Jen
Datin (Dr) Roza Anon binti Mohamad Ramlee
yang mewakili Pengarah Perkhidmatan
Pergigian Angkatan Tentera Malaysia.

78
Majlis penutup tersebut boleh ditonton secara langsung melalui platform Facebook
Malaysian Dental Students Association. Sesi penyampaian hadiah untuk pemenang
pertandingan Fotografi WOHD 2020 juga telah dilaksanakan dan pegawai PPATM,
Kapt (Dr) Chew Wei Wern telah memenangi tempat keempat dalam kategori Dental
practitioners and Graduates Awaiting Posting.
Antara aktiviti promosi dan kempen lain yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini
termasuk aktiviti promosi melalui radio, TV dan aktiviti kemasyarakatan di Projek
Perumahan Rakyat Tempatan, sesi webinar dan bengkel berkaitan kesihatan pergigian
sewaktu pandemik COVID-19.
Adalah dijadikan harapan agar tema Hari Kesihatan Pergigian Sedunia pada tahun ini
iaitu ‘Say Ahh: Unite for Mouth Health’ dapat mencapai matlamat dan objektifnya dalam
menyampaikan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pergigian yang baik bukan
sahaja dalam kalangan anggota kesihatan pergigian malahan kepada seluruh rakyat
Malaysia.

Gambar pemenang Tempat Keempat dalam Pertandingan Fotografi WHO 2020

79

Jasamu Dikenang 80

Mej (Dr) Muhammad Hilmi bin Mohd Ghazali (Bersara)
Klinik Pergigian Prodenta, Pulau Pinang.

Saya telah berkhidmat selama 10 tahun dalam PPATM dan tamat perkhidmatan secara
rasmi pada 2 Julai 20. Unit pertama saya adalah Elemen Pergigian Batalion Kedua
Perubatan, PU Butterworth (2010-2016). Seterusnya saya bertugas di bumi Lubnan
PBB - UNIFIL (2016-2017), 631 PGAT
(ESSCOM) pada 2017-2018, dan akhir sekali
di 622 PGAT Alor Setar pada 2019-2020.

Semasa berkhidmat, Yang Berbahagia
Pengarah PPATM selalu mengingatkan dan
menekankan perkara Gerak/Latih (Klinikal),
Pengurusan dan Lojistik (GAQ) dalam sistem
pengurusan klinik seharian. Perkara ini saya
adaptasikan ke dalam sistem pengurusan
klinik pergigian swasta setelah menceburkan
diri dalam bidang keusahawanan.

Pelbagai pengalaman telah saya tempuhi sepanjang 10 tahun perkhidmatan dalam
PPATM, ada yang manis, dan ada yang pahit. Walau bagaimanapun, pengalaman
tersebut mematangkan saya dalam mengharungi hidup sebagai seorang Pegawai
Tentera dan Doktor Pergigian. Yang penting terus berusaha dan jangan putus asa.
Selamat maju jaya kepada semua warga PPATM, terus relevan dan cemerlang
khususnya dalam perkhidmatan KKD dan menyumbang khidmat kepada ATM.

81

Mej (Dr) Siti Fairuz binti Ab Ghani (Bersara)

Klinik Pergigian Kausar, Melaka

Alhamdulillah, sudah hampir dua tahun
beroperasi sejak 3 Januari 2019. Memang
berbeza sekarang semasa membuat
rawatan, terutamanya tiada lagi uniform
hijau! Hihi (just jokes!)

Kini, semua peraturan kerja dan hidup
perlu ditetapkan dan dipatuhi sendiri. Tiada
lagi arahan daripada pihak atasan.
Sekiranya tidak patuh dengan peraturan
sendiri, alamatnya terbabaslah dari
landasan. Yang paling penting, lepas
bersara semua keputusan dalam semua
perkara, kita yg tentukan sendiri.

Saya sangat merindui PPATM.
Terutamanya suasana kerja harian di
PGAT, staf yang bekerja bersama, aktiviti seperti jiwa murni, Eks Taring, aktiviti
bersama unit lain dalam kem seperti Pasak Bumi dan lain-lain. Kekadang apabila
teringat kenangan-kenangan tersebut, saya akan ceritakan pada staf saya. Mereka
seronok dengar pengalaman saya semasa dalam tentera.

Akhir kata, bagi yang masih berkhidmat, teruskan khidmat anda dengan sepenuh hati.
Kerja yang kita buat jika ikhlas dari hati, akan sampai ke hati juga. Jika ada cita-cita lain
atau perancangan lain pada masa hadapan, perlu rancang sebaiknya, selidik, dan buat
hingga berjaya di samping doa dan usaha berterusan. InsyaAllah di mana-mana pun
boleh berjaya. Seperti tagline PPATM:

PPATM SENTIASA DIHATIKU

82

Mej (Dr) Nurul Hidayah Farha binti Khairuddin (Bersara)

Klinik Pergigian Kajang Prima,
Selangor

Saya ingin mengucapkan terima
kasih atas segala pengalaman dan
pengajaran yang telah saya kutip
sepanjang 10 tahun perkhidmatan
saya bersama PPATM.

Terima kasih kerana telah
mendidik saya menjadi seorang
insan yang mempunyai jati diri
yang tinggi dan mengajar saya
untuk menjadi pemimpin kepada
insan di sekeliling saya.

Mej (Dr) D’Noor Liyana binti Tajudin (Bersara)

Klinik Pergigian Dr Dnoor, Pinggiran Batu Caves,
Selangor

Gembira dan syukur kerana pernah menjadi sebahagian
daripada warga Perkhidmatan Pergigian Angkatan
Tentera Malaysia (PPATM)

Semoga warga PPATM sentiasa diberikan kesihatan
yang baik dan PPATM terus cemerlang.

83

Mej (Dr) Syakirah binti Abdul Rahman
(Bersara)
Klinik Pergigian Nusrah Caw Batu
Berendam, Melaka
IG: @gigi.by.dr.shaky

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera..
Terima kasih tidak terhingga kepada semua
warga PPATM terutama sekali kepada
pegawai & anggota yang pernah bekerjasama
dengan saya di HTD Gemas, MALBATT 850-
2, INSAN AT & PGAT Terendak.
Semoga PPATM terus maju jaya.

PPATM tetap di hati

84

Mej (Dr) Ilaina San binti Mohammad Drais (Bersara)
Klinik Pergigian Dr. Leen, Kajang, Selangor

Melalui peluang keemasaan ini,
ingin saya merakamkan jutaan
terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada PPATM
kerana memberi saya peluang
untuk saya memulakan karier saya
sebagai Pegawai Pergigian,
mematangkan saya serta membuka
banyak peluang berharga dan
pengalaman yang tidak dapat
dilupakan sepanjang 10 tahun
perkhidmatan.

Kini permulaan saya untuk
membantu lebih ramai masyarakat
di luar ini serta dapat mempelajari
ilmu perniagaan sebagai ilmu yang
baru di samping dapat memberi
fokus yang lebih kepada keluarga dan anak-anak.

85

86

87


Click to View FlipBook Version