4 Jun 2022
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 & 5
DARI KEEMPAT-EMPAT ZON DI MALAYSIA
Nama Iman Insyirah Binti Sohaimi
Kelas 4 Farabi
No Maktab PB190221
Homeroom Cikgu Fateha
Cikgu Cikgu Haryani/Cikgu Shurdi/Cikgu Aisah
Isi Kandungan 00
02
1. Muka Hadapan 04
05
2. Isi Kandungan
20
3. Penghargaan
4. Pengenalan Setiap Novel
- Tingkatan 4
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
b) Disebalik Dinara karya Dayang Noor
c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
- Tingkatan 5
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya Ben Sabariah.
g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) Silir Daksina karya Nizar Parman
5. Sinopsis Setiap Novel
- Tingkatan 4
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
b) Disebalik Dinara karya Dayang Noor
c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
- Tingkatan 5
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya Ben Sabariah
g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) Silir Daksina karya Nizar Parman
2
Isi Kandungan 113
137
6. Senarai Kekuatan, Kekurangan dan Cadangan setiap novel
- Tingkatan 4
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
b) Disebalik Dinara karya Dayang Noor
c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
- Tingkatan 5
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya Ben Sabariah
g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
h) Silir Daksina karya Nizar Parman
7. Rujukan (Min. 15)
a) Untuk Novel
b) Link Laman Sesawang
3
Penghargaan
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kajian 8 Buah
Novel Tingkatan 4 dan 5 dari Keempat-empat Zon dengan jayanya. Insyaallah,
tugasan kerja kajian ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pembelajaran semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya, Iman Insyirah binti Sohaimi ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya
iaitu Cikgu Nor Haryani dan guru-guru bahasa melayu yang lain kerana tidak
jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat
kerja kajian mengikut kriteria yang ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu ayahanda Encik Sohaimi bin Sulong dan bonda Rohaizat binti
Othman yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa
sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini.
Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kajian ini memerlukan motivasi,
usaha, buah fikiran dan wang ringgit
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada rakan-rakan saya iaitu Miza Aleyya binti Mohamad Rizal, Nur
Dayana Fatini binti Arshad, Nur Alyaa binti Hasmardi, Nur Liyana binti
Sahirman dan Nur Liyana Zulaikha binti Mohd Zul Izzi yang sangat setia
dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang
utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta cadangan.
Saya juga mahu berterima kasih kepada Larry Page dan Sergey Brin kerana
telah menghasilkan google dan secara tidak langsung membantu saya membuat
kerja folio ini dengan membekalkan tempat untuk saya mencari rujukan dan
informasi yang diperlukan.
Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja
kajian ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.
4
Pengenalan Novel
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
- Ringkasan Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa mengisahkan keberaniandan keperwiraan seorang
anggota tenteraMelayu dalam mempertahankan tanah airdaripada dijajah oleh kuasa
asing. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak
kecil serta mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan
beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu,
termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu
adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa,
Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang
sehingga ke hujung nyawa.
- Biografi Penulis
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini
sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan
di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954
mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun
1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan
novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti
Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan,
Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri
Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama
Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala
novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera
Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan
Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad.
Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
5
- Kulit Hadapan dan Belakang Novel
6
Pengenalan Novel
Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
- Ringkasan Novel
mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima
Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan
Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila.
Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya
dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh
Karl iaitu Dinara.
- Biografi Penulis
Dayang Noor, nam betul Noor Azizah dilahirkan pada tahun
1947 di Kinta, Ipoh, Perak, merupakan anak kepada O.K.K
Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Seri Azizul
Hassan Bin Haji Abdul Rani yang merupakan seorang pegawai
kanan polis dan Orang Besar Jajahan Kinta
7
- Kulit Hadapan dan Belakang Novel
8
Pengenalan Novel
Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
- Ringkasan Novel
kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di
Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia
berusaha sedaya supaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang
kental.
Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak
mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya
untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus cuba membantu
mereka.
- Biografi Penulis
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota
Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah sepenuh masa hamba
Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan
Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus
kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah
syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di
Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh
masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun
2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini
ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki)
supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan
melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk
membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli
seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR
peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan
DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK,
sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang
dianjurkan setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara
santai Kupi & Snek Sastera Malaysia - sejak Oktober 2020.
9
- Kulit Hadapan dan Belakang Novel
10
Pengenalan Novel
Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
- Ringkasan Novel
Anak perempuan tunggal Raiha itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih
iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan,
suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu
melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain
diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti
Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa
kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia.
Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah
yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu
berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang
marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha
yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya
itu..
- Biografi Penulis
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia.
Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah
Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah
dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke
Sabah dan menetap di sana.
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an,
iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam
bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati
penulisan sajak, cerpen dan novel.
- Kulit Hadapan dan Belakang(tidak dijumpai) Novel
11
Pengenalan Novel
Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
- Ringkasan Novel
Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun tabah menghadapi dugaan hidupnya apabila
menghadapi masalah kesihatan ibu. Emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan
dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan pemulihan. Masalah kesihatan ibunya ini
menyebabkan Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik
dan keperluan rumah.
- Biografi Penulis
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di
Kampung Jelutong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan
adik beradik. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya
seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau
mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada
tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM
Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980,
Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam
di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada
tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus
dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu
di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985,
Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai
Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I
di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran
dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden
dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau
bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai
School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah
Petaling Perdana, Selangor.
12
- Kulit Hadapan dan Belakang Novel
13
Pengenalan Novel
Novel Tirani karya Beb Sabariah
- Ringkasan Novel
Waheeda obses terhadap kecantikan dan berjaya melakukan pembedahan plastik
tetapi akhirnya kerana beliau cantik, Zahid cemburu buta terhadap Waheeda sehingga
menceraikan Waheeda. Namun waheda tabah membesarkan anaknya dan
perniagaannya sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
- Biografi Penulis
Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya
Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa,
Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge
dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat
pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun
1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana
kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb
Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah
Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
Berikut adalah Sinopsis dan Ulasan Novel Tirani yang ditulis oleh Rosani Hiplee
yang boleh dijadikan rujukan untuk mengupas keseluruhan intipati novel Tirani
14
- Kulit Hadapan dan Belakang Novel
15
Pengenalan Novel
Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
- Ringkasan Novel
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang
untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa
yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar
TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.
- Biografi Penulis
Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita
dari Malaysia.
Pada 31 Oktober 2011, dalam majlis penyampaian
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2010
(HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut
apabila karyanya Bima Sakti Menari diumumkan sebagai
pemenang tempat pertama. Sebagai pemenang, Sri
Rahayu membawa pulang wang tunai berjumlah
RM7,000 dan hadiah iringan.HSKU kali ke-26 ini
dianjurkan sejak 1985 dan ia juga merupakan antara
acara sempena program Sastera Utusan 2011 yang turut
memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011.
16
- Kulit Hadapan dan Belakang Novel
17
Pengenalan Novel
Novel Silir Daksina karya Azmah Nordin
- Ringkasan Novel
Pengorbanan Abdullah Bin Kayan ialah beliau sanggup berpisah dengan isteri dan
anaknya kerana kecintaannya terhadap sastera dan warisan budaya iaitu tarian zapin
yang ada di kampungnya iaitu Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor. Semasa di
Batu Pahat, Johor, Abdullah Bin Kayan telah berusaha untuk mengembangkan seni
tarian zapin. Beliau telah menghidupkan semula kumpulan zapin jincat D’Purnama.
Beliau juga telah menubuhkan Aksara di Kampung Seri Purnama untuk
mengembangkan kesusasteraan dalam kalangan masyarakat Kampung Seri Purnama.
Pengorbanan Abdullah Bin Kayan ialah beliau sanggup berpisah dengan isteri dan
anaknya kerana kecintaannya terhadap sastera dan warisan budaya iaitu tarian zapin
yang ada di kampungnya iaitu Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor. Semasa di
Batu Pahat, Johor, Abdullah Bin Kayan telah berusaha untuk mengembangkan seni
tarian zapin. Beliau telah menghidupkan semula kumpulan zapin jincat D’Purnama.
Beliau juga telah menubuhkan Aksara di Kampung Seri Purnama untuk
mengembangkan kesusasteraan dalam kalangan masyarakat Kampung Seri Purnama.
- Biografi Penulis
Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1973. Nizar Parman mendapat pendidikan sekolah
rendah di SK Seri Paya, Parit Raja dan bersekolah menengah di SMK Dato' Menteri,
Ayer Hitam. Guru Bahasa Melayu di SK Seri Lalang, Kluang, Johor. Selain itu, telah
dilantik sebagai Jurulatih Utama Bahasa Melayu Negeri Johor mulai tahun 2002.
Mula berkecimpung dalam penulisan kreatif pada tahun 1995. Memenangi tempat
pertama Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995, tempat
ketiga Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP
18
- Kulit Hadapan dan Belakang Novel
19
Sinopsis Novel
Sinopsis Novel Leftenan Adnan
Kesuluruhan:
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu
Adnan. Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan
Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,
Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan.
Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya
sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu
Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak
Saidi.
Sewaktu masih kecil, Adnan merupakan anak yang rajin membantu keluarganya
dan taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah untuk membantu orang
tuanya menoreh getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah bendang.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana
moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang
mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi
amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau
senantiasa menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini
dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-orang
Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya
mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazamanan yang tinggi terhadap
masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah tanah air
dikagumi oleh penduduk kampungnya.
Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan
terbaik untuk anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada
agama, bangsa, dan tanah air. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan
sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak
20
suka orang- orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat
mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah
aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat
kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama
Kristian, dan seterusnya menjadi murtad.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi
oleh teman- teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita- citanya
untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, dia diterima menjadi guru
pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang perguruan
bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar.
Adnan terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson.
Adnan berkahwin dengan Sophia.
Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan
terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila
mendengar berita Jepun akan menyerang Singapura.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.
Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar
menuju ke Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal
pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal
pembinasa sedang menuju ke Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat
yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai
Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat,
mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India
British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang
Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak
askar terkorban. Askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan
pendaratan askar Jepun. Namun begitu, pada hari yang ketiga, Askar Melayu
yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar Jepun akhirnya
berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera
Jepun akan mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya
berkubu di sepanjang pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang,
iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.
21
Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya
ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze.
Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali
gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah
Inggeris yakin bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi
oleh askar Jepun. Dalam pertempuran di Kelantan dan di Singapura, askar
Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat.
Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu yang
dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar
Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau
bersama-sama 42 orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah
yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura
setelah berlaku pertempuran yang hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah
kalah kepada Jepun.
Setiap Bab:
Sinopsis Bab 1:
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih
kecil) bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan
tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama
Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di
Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah
pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana
sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika
itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka.
Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah
Melayu.
Sinopsis Bab 2:
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan
Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia
bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke
angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung.
Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang
terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun
getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.
Sinopsis Bab 3:
22
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan
bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya
disambut oleh anak-anaknya yang sedang berlatih silat di halaman rumah.
Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu dia
kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang
olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab
walau ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya
tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu,
Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
Sinopsis Bab 4:
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah
Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi
Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah
Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung
menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan
buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal
usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan
bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British.
Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak
Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik
sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan
bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang
Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui
politik.
Sinopsis Bab 5:
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu
malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya.
Adanan menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai
kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris
tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di
sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama
ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan
orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman
sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang
setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan
anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka
menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak
Pak Saidi.
23
Sinopsis Bab 6:
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk
kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan
menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-
anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah,
Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan
Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah
bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya
mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh
dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya
yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan
apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Sinopsis Bab 7:
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi
menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung
tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada
Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di
sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil.
Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik
sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan
penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya
Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini.
Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Sinopsis Bab 8:
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong
hasil jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua
supaya mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar
di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan
diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim
juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah
Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang
berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun
dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak
Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu
untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju.
Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian
dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan
Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar
24
pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak
disenangi oleh Lebai Pian.
Sinopsis Bab 9:
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah
Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar
Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan
ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama.
Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah
belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji
dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang
cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat
mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka
didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi
dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang yang
mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu
isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam
tempoh hari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian
atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang
dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Sinopsis Bab 10:
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai.
Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-
rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya
berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan
bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas
dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari
yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Sinopsis Bab 11:
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan
bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri
memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan
Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk
mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana
syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang
ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak
Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-
rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan
25
bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada
hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong
mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Sinopsis Bab 12:
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu
menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan
tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab.
Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda
kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan
yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak
dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan
menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan
Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar
berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa
mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar
pesan ayahnya.
Sinopsis Bab 13:
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih
mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai
guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada
peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita
kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi
askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu
telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru.
Sinopsis Bab 14:
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan
mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat
keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai
Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan
mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke
dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin
Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka
Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras
ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya
ibu Adnan mengalah.
Sinopsis Bab 15:
26
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk
pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan
kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban
ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan
oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Sinopsis Bab 16:
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan
fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan
menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga
terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar
Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai
upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala
Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama
seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing
terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Sinopsis Bab 17:
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah
menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang
sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di
London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi
seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Sinopsis Bab 18:
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan
kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak
perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun
1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya
bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan
yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Sinopsis Bab 19:
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah
Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke
kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan
Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang
ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat
berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.
Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar
27
Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah.
Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir
Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.
Sinopsis Bab 20:
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama
Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan
agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan
menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di
sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun
berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ
ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan
supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu
Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka
tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat
ialah memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung.
Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan
bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar
British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan.
Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Sinopsis Bab 21:
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang.
Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah
Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka
akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun
akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C.
Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah
pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit
Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan
yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung
yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua
lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan
salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Bab 22:
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat
pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang
akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka
ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah
hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai Penerbangan Ramshaw
28
melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka
berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca
kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan
Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak
musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-
jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya
mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan
Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia
begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23:
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun
akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak
menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung
Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu
berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang
anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan
tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar
Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun
ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering
mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang
supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis Bab 24:
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan
meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut
sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka.
Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula
menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai
digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di
pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya,
Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan
musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen
Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti
bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami
terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat
mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan
serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan
yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat
29
mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa
pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai
terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban
yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan,
pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra.
Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Sinopsis Bab 25:
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan
Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan
bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-
besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh
Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan
mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun mendarat di
Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya
memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya
membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat
menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya
tentera Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal
pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang
ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai
Petani.
Sinopsis Bab 21:
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang.
Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah
Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka
akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun
akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C.
Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah
pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit
Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan
yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung
yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua
30
lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan
salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Bab 22:
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat
pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang
akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka
ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah
hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai Penerbangan Ramshaw
melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka
berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca
kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan
Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak
musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-
jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya
mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan
Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia
begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23:
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun
akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak
menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung
Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu
berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang
anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan
tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar
Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun
ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering
mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang
supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis Bab 24:
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan
meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut
sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka.
Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula
menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai
digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di
31
pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya,
Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan
musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen
Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti
bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami
terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat
mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan
serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan
yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat
mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa
pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai
terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban
yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan,
pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra.
Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Sinopsis Bab 25:
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan
Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan
bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-
besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh
Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan
mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun mendarat di
Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya
memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya
membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat
menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya
tentera Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal
pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang
ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai
Petani.
Sinopsis Bab 26:
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera
Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut.
32
Kapal perang kebanggaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse
meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun
pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah
kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya
ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E.
Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di
Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera
Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah
pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera
Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan
kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion
Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan.
Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah
terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia
dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis
Bab 27 :
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera
Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan
berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera
Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini
memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling
kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh,
Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung
Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir
meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha
menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun
memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun
telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan
mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana
tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 28 :
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan.
Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan
pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral
Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak
di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula menyerang
33
Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun
dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British
terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke
Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera
Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh
mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat
untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat
juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Advertisements
Sinopsis Bab 29 :
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan.
Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu
Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu
pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka
mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan
menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut
Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita
berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita
pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan
menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan,
akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh
tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah
lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir
Panjang.
Sinopsis
Bab 30 :
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas
solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana
hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah
datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun
menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti
dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu
mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat
juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya
34
mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun.
Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu
akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh
yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal
itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan
menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Sinopsis Bab 31 :
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang
tersebut hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat
dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka
pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan
mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun
menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban.
Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten
Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan
oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan
supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji
Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.
Bab 32 :
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan
senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur
dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal
bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya
untuk bertahan bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana
keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya
menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu
pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah
pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam
tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet.
Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Sinopsis Bab 33 :
35
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British
menyerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang
tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka
menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat
askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang
terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal
Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga
ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-
mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Advertisements
Sinopsis Bab 34:
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,
Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung
telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka
menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan
menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun.
Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang
pendudukan Jepun di tanah Melayu
Sinopsis
Bab 35:
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh
menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih
Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat
demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah
Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan
kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian.
Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya.
Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah
ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas
di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka
berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas
empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan
menghidap penyakit leukimia.
36
Sinopsis Novel
Sinopsis Di Sebalik Dinara
Kesuluruhan:
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan
untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat
memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang
pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida.
Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman
bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah
projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan
Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu
seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima
anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha
dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk
menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan
sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka
manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi
Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia
berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah
berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka
Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara
tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah
persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang
ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu
mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun
37
tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai
dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena
serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh
Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia
dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah,
Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya
dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid
dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran
Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan
mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr.
Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan
Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun
Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh
mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin
kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy)
telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida
namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula,
Shida berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan
supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan
diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke
Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan
kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa
dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan
agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman
dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila
Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai
menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri
Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris
memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak
38
dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus
dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn
(Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn
(Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida)
dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk
berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir
tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan
abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida
yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih
berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn.
Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan
Akeem, Aqram terus terdiam.
Setiap Bab:
Sinopsis Bab 1:
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru
sahaja selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang
Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk
bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam
tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik
peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi
apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa
menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan
JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur
awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance.
Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan
minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama
dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
Sinopsis Bab 2:
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah
simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan
Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan,
sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh
robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young
menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga
Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan
keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya.
Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan
penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang
39
dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam
ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk
dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Sinopsis Bab 3:
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu
projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju
membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang
yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun
dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan
Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk
membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk
melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju oleh Karl
terhenti kerana dia sakit.
Sinopsis Bab 4:
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft
Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu
janji dengan Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi
oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan
dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang
canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki
pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di
sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan
Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa yang sama
Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan
mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft
Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga
sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk
memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam
tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa
ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan
mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.
Sinopsis Bab 5:
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa
oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia
tentang semua kod program yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang
Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl
yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara
40
sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu
virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang
ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu
membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara.
Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat
bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan
projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada
perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat
memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat
berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data
pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga
menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada
perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama
Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di
Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk
membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi
ngeri sehingga dia terlambat bangun.
Sinopsis Bab 6:
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia
menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia
telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi
dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha
untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran
perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa
ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang
diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan
persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di
Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya
di Arkib.
Sinopsis Bab 7:
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured
Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab.
Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah
terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak
dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka
diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari
kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured
Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang
serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas
kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan malam di
rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua
41
anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia
mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat
mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya.
Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.
Sinopsis Bab 8:
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar,
tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital.
Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah
menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang
sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke
hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa
Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit
Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
Sinopsis Bab 9:
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu
menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza.
Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip yang
membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini
sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30
petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah
dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun
Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak
angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan
terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan
itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan
Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan
maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh
WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha
lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha
menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu
bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak
memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor
memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam
badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha
yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara
itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal
dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan
tempat Farisha.
42
Sinopsis Bab 10:
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik
bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu
pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak
diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha
dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi
Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini
akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak
sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai
mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan
dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh
mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan
mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya
lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu
kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli.
Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih
hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik
Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos
mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau
kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak
mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar
yang ketakutan.
Sinopsis Bab 11:
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan
daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua
yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak
menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai
menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga
keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan
bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital
menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju
mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh.
Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida.
Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl
mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam
Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi
ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan
Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam
perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa
yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui
Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis
43
yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar
sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita
sehingga menjadi cacat.
Sinopsis Bab 12:
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban
membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat
dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu
Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida
dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl
kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina.
Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan
ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20
tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di
dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram
bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya
ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan
arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju
ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu
oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan
bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun
Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya
dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya
Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida
menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia
mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat
tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi
sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas
suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka
juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya
selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak
Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha,
menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas
dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu.
Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.
Sinopsis Bab 13:
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau
menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus
menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl
melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak melalui komputer
44
berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima
oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu.
Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama
Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar.
Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup
mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah
mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan
akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha.
Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada
keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa
Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.
Sinopsis Bab 14:
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang
insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata.
Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang
ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan Aqram,
Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha
mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat
pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka.
Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-
cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.
Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl.
Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk
menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan
berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.
45
Sinopsis Novel
Sinopsis Jendela Menghadap Jalan
Kesuluruhan:
ada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan
nenek kerana mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam
persekolahan menengahnya bersama-sama dengan rakan-rakannya. Akan tetapi,
demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke kampung.
Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan
Danel, dua orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai
destinasi tujuan yang sama. Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu
membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah kehidupan penduduk kampung
sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya.
Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan
jendela serta pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili
meneka sendiri-sendiri dan teruja untuk mencari jawapannya. Dia mendapati
dirinya mulai tertarik dengan suasana kampung yang amat bertentangan dengan
gaya kehidupan masyarakat di bandar.
Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan
semula pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel. Ini disebabkan ibu Geetha,
iaitu Letchumi telah lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat
penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga dengan ayah Danel, iaitu William.
Pertemuan semula ini telah membuka lebih banyak peluang buat Lili untuk
bertahan lebih lama lagi di kampung datuk dan nenek. Melaui pertemuan
semula dengan Danel Lili mengetahui Danel menulis artikel tentang pisang
yang terkandung dalam buku Segalanya Tentang Pisang.
Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu memasang kubah surau
dan pembinaan masjid, isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai
pandangannya yang tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran
sifatnya yang agak pendiam. Disamping itu juga, Lili mendengar dan melihat
isu anak-anak Che Jah yang menjadi musuh masyarakat kerana perangai buruk
mereka yang terlibat dengan pengambilan najis dadah serta gemar mencuri.
46
Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel telah membakar semangat
Lili untuk memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat
penduduk Kampung Sentosa, namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya.
Setiap kali Lili menyuarakannya kepada nenek, neneknya selalu memintanya
agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, ia tidak menghalang
Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi apabila Geetha
dan Danel mempunyai buah fikiran yang serupa.
Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan
Haziq, iaitu dua orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan
oleh Danel. Lili tidak marah tetapi sebaliknya bersimpati dan memutuskan
mahu membantu keluarga Che Jah, yang pada hematnya menjadi mangsa
keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang oleh datuk dan nenek tetapi
lama-kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang
selama ini bersikap tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling.
Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima oleh datuk dan
orang dewasa kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah mendapat
pengadilan dari segi undang-undang dan menyelesaikah isu pemasangan kubah
di surau.
Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan
menikmati suasana matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili
berasa berat untuk pulang kerana dia berasa cutinya di kampung pada kali ini
amat bermakna dan menggembirakan ekoran perubahan sikap datuk yang pada
mulai bercerita dan meluahkan. Begitu juga dengan neneknya yang mulai
bercerita tantang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar
surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang
pisang yang ditulisnya.
Setiap Bab:
Sinopsis Bab 1:
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk
menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun,
Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke
kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
Sinopsis Bab 2:
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres
dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu
kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya
mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk
membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-
47
buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan
Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah
yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia
sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
Sinopsis Bab 3:
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan
Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang.
Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal
buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama,
tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid
untuk pulang.
Sinopsis Bab 4:
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah
bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu
bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan
gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan
masyarakat kampung.
Sinopsis Bab 5:
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang
malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang
dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat
tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung
dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga
menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan
dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Sinopsis Bab 6:
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua
cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk
terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih
pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau
wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan
menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba
pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan
datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan
serta sumber rujukan.
Sinopsis Bab 7:
48
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan
Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab
dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia
mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya
menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika
ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha
menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan
tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa
bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu
pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa
dengannya.
Sinopsis Bab 8:
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk
selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak
mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu
keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak
ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu
agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara,
menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya.
Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan
yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke
rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William
cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai
pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi
tujuan membina rumah sewa.
Sinopsis Bab 9:
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan
isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan
kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina
sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan
penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding membina
sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel
telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan
rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains
perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk,
walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan
tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana
semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya
penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel
terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
49
Sinopsis Bab 10:
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana
masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu
Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel,
walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya.
Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima
penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh
diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah
Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah
mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William
pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-
penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama
ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Sinopsis Bab 11:
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun
sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan
tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan
linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam
mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih
tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan
secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan
terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan
ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin
keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta
Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan
soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia
hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Sinopsis Bab 12:
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk
kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama
telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas
ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini,
juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama
ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana
bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut
pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada
alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek,
dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi
mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik
ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul
sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka
50