The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Iman Insyirah Binti Sohaimi
4 Farabi
PB190221
Homeroom Cikgu Father

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imaninsyirahsohaimi, 2022-06-11 01:38:26

Kajian 8 Novel Tingakatan 4 Iman Insyirah 4F

Iman Insyirah Binti Sohaimi
4 Farabi
PB190221
Homeroom Cikgu Father

melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar
antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah
kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili
ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
seorang perempuan.

Sinopsis Bab 13:
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari
Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih
awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung
bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya
akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh
bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk
menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan
fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili
memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang
Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi
terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid
akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Sinopsis Bab 14:
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa
bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di
rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu
Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan
sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang
untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat
matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya
masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah
dan ragam hidup.

Sinopsis Bab 15:
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong.
Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam
badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek
gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah
menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk
dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk
pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah
bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

51

Sinopsis Bab 16:
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk
dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel
muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada
nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-
apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman
kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama
bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang
ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya
bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili.
Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke
kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam
perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang
diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini
hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis
artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

Sinopsis Bab 17:
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan
secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman
pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri.
Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti
buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi
pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan,
pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh
menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang
pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Sinopsis Bab 18:
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi
dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah
yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat
diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati
Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli
minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki
bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel
memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

52

Sinopsis Bab 19:
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk
makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh
mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili
memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke
rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan
semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di
pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili
merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang
menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan
Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar
yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki
dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang
sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam
kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili.
Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-
dua anak lelaki Che Jah.

Sinopsis Bab 20:
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah
datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel
memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak
memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan
tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang
pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya
terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya
sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang
akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang
menimpa Lili.

Sinopsis Bab 21:
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari
masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus
bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah
mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat
persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup
malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang
diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan
menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk
mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq

53

dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian
semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon
kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas
faktor keselamatan.

Sinopsis Bab 22:
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah
oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan
yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan
Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan
disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq
teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi,
Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai,
tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq
menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga
perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang
apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah
memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang
menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah
hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Sinopsis Bab 23:
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain.
Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka
bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili
menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan
herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang
bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya,
tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan
buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-
anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa
tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah
mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.

Sinopsis Bab 24:
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa
kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah
Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa
terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan
penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid
didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan

54

Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid,
yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Sinopsis Bab 25:
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat
kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam
keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut
nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel
datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan
menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan
harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini.
Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga
bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga
barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa
kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah
menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat
kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan
gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu
lagi.

Sinopsis Bab 26:
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina
sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan
oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak
memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa
cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan
nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka
bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung
terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu
memperjuangkannya.

Sinopsis Bab 27:
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid.
Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa
nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga
menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke
rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja
sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang.
Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang
pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya
berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah
menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada

55

seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani
melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta
cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Sinopsis Bab 28:
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman
masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan
sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang
berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan
sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang
tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam
usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam
di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili,
Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan
rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak
Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh
pihak berkuasa.

Sinopsis Bab 29:
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga
yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan
Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan
membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi.
Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang
dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan
merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk
kampung.

Sinopsis Bab 30:
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak
pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha
untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju
dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah
setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Sinopsis Bab 31:
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan
masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang
tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila
mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah

56

menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga
menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan
keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che
Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Sinopsis Bab 32:
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang
wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah
yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan
dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada
kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua
penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan
lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba
untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan
Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan
surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Sinopsis Bab 33:
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan
pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat
pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah
melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah
biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke
pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan
polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan
Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah
suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung
di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq
dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Sinopsis Bab 34:
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju
perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan
tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat
melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh
pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk
terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan

57

urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin
memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan
mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya
banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Sinopsis Bab 35:
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa
Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan
sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Sinopsis Bab 36:
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba
ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk
menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman
menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang
terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman
komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan.
Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam
berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di
Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur
dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR
pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili
akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui
tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel
tentang pisang.

58

Sinopsis Novel

Sinopsis Songket berbenang Emas

Kesuluruhan:

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya,
Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental.
Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk
belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah
dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran
ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Setiap Bab:

Sinopsis Bab 1:
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan
enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai
kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi
telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang
lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang
bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan
akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga
memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.
Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.

Sinopsis Bab 2:

59

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi
sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya
semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu
balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia
membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum
pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana
membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah
menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim
untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati
Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga
tidak mengenalinya menyeSinopsis Babkan Dahlia menangis. Tiba-tiba,
ayahnya Embong muncul dan bertanyakan seSinopsis Bab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba
memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah
kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya
supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih
jauh ke dalam kebun.

Sinopsis Bab 3:
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia
tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia
tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia
pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.
Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar
emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara
Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek
Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam
kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya
yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua
Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan
rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke
hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Sinopsis Bab 4:

60

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati
menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah
Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari
sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak
sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari
untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia
dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik
Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah
keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak
suka keluarga mereka diseSinopsis Babkan mereka hidup miskin tidak seperti
anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan
sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya
pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-
bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong
tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau
akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka
dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke
rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Sinopsis Bab 5:
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang
sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana
adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan
diri sendiri oleh seSinopsis Bab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari
rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah
berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju

61

ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan
meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada
janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang
akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia
dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu,
Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya
macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan
terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan
Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah
dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Sinopsis Bab 6:
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai.
Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek
Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah
dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang
gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek
Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu
dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang
lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores
pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk
rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak
percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan
Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk
mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh
seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya,
denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu
membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh
kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Sinopsis Bab 7:
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk
menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari
Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyeSinopsis Babkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati.

62

Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan
masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok
getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia,
beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim.
Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong
sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton.
Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah
kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada
petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-
kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-
anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau
ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu
Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyeSinopsis Babkan Embong
panik.

Sinopsis Bab 8:
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia
tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia
bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia
ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula
kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati
meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang
yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak
mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan
kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya
membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau
telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba
mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia
memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain
sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan

63

dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang
merupakan kawan Dahlia.

Sinopsis Bab 9:
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.
Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami
punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib
mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya
Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong
mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak
diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh
keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli.
Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu
yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .

Sinopsis Bab 10:
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar
dari asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia
hanya memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu
menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan
keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia
menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam,
guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam
telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke
rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus
dengan cemerlang dalam STPM.

Sinopsis Bab 11:
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap
dan suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah.
Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan
kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular
sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal
dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah
di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar
memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya
tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri.
Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong
tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk

64

meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka
berdua sangat baik dan suka membantunya.

Sinopsis Bab 12: A
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15
petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan
baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang
bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia
berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu
Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui
hal-hal yang menyeSinopsis Babkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya
di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu
bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui
punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi
Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip
hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh
Dahlia pergi dari situ.

Sinopsis Bab 13:
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu
oleh seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia.
Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan
keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya
keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak
mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar
akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu
abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar
sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor
kambing peliharaannya telah hilang.

Sinopsis Bab 14:
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa
apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa
kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing
peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu
kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang
lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali
pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat

65

sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-
rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin
merisiknya.

Sinopsis Bab 15:
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk
menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi
harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke
universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang
mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau
mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya.
Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik
diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan
solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di
pahanya.

Sinopsis Bab 16:
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa
ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan
keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat
menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah
berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak
dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang
pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan
Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat
salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak
ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar
kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah
juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di
kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Sinopsis Bab 17:
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan diseSinopsis Babkan dia kerap ponteng
sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang
dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk
membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik

66

adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital
Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk
bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga
Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar
sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.

Sinopsis Bab 18:
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital.
Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah
yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah
tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek
Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah
kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah
Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan
sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju
untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja
sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas
tersebut.

Sinopsis Bab 19 :
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum
menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke
sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan
penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang
mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak
tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul
pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyeSinopsis Babkan
Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu
Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap
sedia untuk berpindah.

Sinopsis Bab 20 :
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang
akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila

67

Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya
tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan
Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek
Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju
kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan
keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas
membantu demi kebaikan bersama-sama.

Sinopsis Bab 21:
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang
datang ke balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur
Rasul yang akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak
di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan
tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu.
Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji,
isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke
rumahnya. Kata-kata Aton telah menyeSinopsis Babkan Dahlia bersedih. Abu
Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-
hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk
Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu
Bakar juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri
kambing milik abahnya.

Sinopsis Bab 22:
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-
kawannya yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu
dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi
sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa
kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi
jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini
menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga
mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong
tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.

68

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya
atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia
telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun
begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Sinopsis Bab 23:
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira
oleh kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu
berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya
menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya
telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga
ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah
neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan
Dahlia juga tidak disahutnya.

Sinopsis Bab 24:
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua
hari. Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan
Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman
langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu
Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula
mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli
keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman,
banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Sinopsis Bab 25:
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak
Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan
Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual
itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman
telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau
menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan
prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk
kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu
keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf
dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan
wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk

69

kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa
dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.
Sinopsis Bab 26:
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM
menjelang. Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi
membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30
Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya menurut
sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari
pengalaman.
Sinopsis Bab 27:
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun
selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan
Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan.
Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti
Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan
mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun.
Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.

70

Sinopsis Bab 28 :
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin
rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala
Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka
kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan
Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis
pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi
rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya
menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira
17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan
memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak
ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan
sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari
juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta
Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana
pun.

71

Sinopsis Novel

Sinopsis Tirani

Kesuluruhan:

Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat
dengan penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan
warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak.
Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih
watak utamanya, Waheeda dalam mempromosikan industri pelancongan negeri
Sarawak di mata dunia.

Lumrahnya, kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan
semasa, terutama dalam skema hubungan interpersonal, seperti persahabatan,
rumah tangga, ukhuwah, agama dan kekeluargaan. Watak-watak dalam novel
Tirani nyata tidak terkecuali mengutarakan persoalan seumpama itu. Malah,
pengarangnya bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi membangkitkan inti
pati penceritaannya walaupun dengan menggunakan frasa daerah dan istilah
saintifik yang sesuai.

Membaca novel Tirani juga persis menaakul dunia kehidupan manusia yang
agak luas. Justeru pengarangnya berupaya membawa pembaca melangkau batas
geografi dan budaya setempat.

Setiap Bab:

Sinopsis Bab 1:
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang
tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan
sifatnya yang terlalu obsess dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan
hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti
Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan
itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah
perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan
lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah,
Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada

72

keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat
Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang
galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat
tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke
dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan
kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di
situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay
itu.

Sinopsis Bab 2:
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2
lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang
Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan
barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan indentiti
budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas
penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya,
Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana bercanggah
dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam
kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib
malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka
Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan
yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda
dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Sinopsis Bab 3:
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani
oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan
empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan
sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk
memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak
lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh
tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak
berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak
menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah

73

jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga
sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar
Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.
Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan.
Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju
kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal
bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre,
Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Sinopsis Bab 4:
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan
kebersihan bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak
berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka
kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada
itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia
sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual
mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda
telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya
Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang
sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan
dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Sinopsis Bab 5:
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang
akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil
masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak
dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas.

74

Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ
untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang
ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya
supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya.
Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan
ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya.
Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen
mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya
dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian
Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi
kecantikan wajahnya.

Sinopsis Bab 6:
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen
dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda
sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya.
Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya
yang menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari
SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya
berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah
wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di
rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan
oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau
Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Sinopsis Bab 7:
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut.
Kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel
tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga

75

menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay
kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin
rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi
pengalaman dan pandangan.

Sinopsis Bab 8:
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa
kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani
menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan
yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita
yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang
Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan
bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah
menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan
Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda
teringat semula akan chalet ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding
dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet
Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri
satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda
telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Ketrampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir
mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Sinopsis Bab 9:
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di
Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan
keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staff di situ
seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima
bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda
makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan

76

Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid
setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan
Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari
melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mugkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil
keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang
agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan
budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat
akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit,
Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway
datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway
telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan
ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda
terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway
memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus
berbunga.

Sinopsis Bab 10:
Datuk Yasser berkunjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort
dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari
Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam
akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan
sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk
Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak
beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri
Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-
rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.

77

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi
oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya
Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak
kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.
Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya
dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi
idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu
Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia
tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan
mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Sinopsis Bab 11:
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak
kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira
mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati
kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu
hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi.
Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah.
Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad
jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan
Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di
Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda.
Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis
pertunangan itu nanti.

Sinopsis Bab 12:
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya
setelar digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja
menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk
acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya.
Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

78

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid
berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan
Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang
dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang
ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan
kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon.
Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda
menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan.
Selepas bersin berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh
lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.

Sinopsis Bab 13:
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak
dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel
dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa
keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan
Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah,
isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi
Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu
Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman.
Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi
majlis kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir
dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini
disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di
SMCuntuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan
untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir
marah kepada isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada
Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya

79

Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di
masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses
tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah
selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda
dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin
menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami
selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Sinopsis Bab 14:
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas.
Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak.
Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000
orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi
tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris, Jepun dan
lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan
penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating
ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk
paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas
menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad
nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin
diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis
perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua
kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis sambutan yang
serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang
bersatu itu sungguh gembira

Sinopsis Bab 15:
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan
sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas
hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh
zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga
memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib
yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan
untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi
kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa

80

berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh
mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta
dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup
ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh
antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina
kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

Sinopsis Bab 16:
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert
banyak member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda
muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur
tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas
bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak
nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia
jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector
pelancongan. Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam
sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR
merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah
Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama,
zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri
gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan
masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki
itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu
datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap
isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi
milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu
yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul
Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin

81

bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin
berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya.
Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik
berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki
oleh ayahnya.

Sinopsis Bab 17:
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan
membayangkan dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan
menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin
berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda
sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya
biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini
mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya.
Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang
berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari,
Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun
ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia
perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin
Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap
Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur
dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid
mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di
SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading.
Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam
kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya
menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa
keresahan dan sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

82

Sinopsis Bab 18:
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah
hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda
bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid.
Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway
bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan
yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of
Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi.
Malam itu zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk
menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan
Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak
peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya
perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu
cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin
menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil,
waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang
dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating
bersama team BRP bagi menyisat kes seorang menteri kanan yang dituduh
rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan
bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital
Normah tanpa kehadiran Zahid.

Sinopsis Bab 19:
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif
Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga

83

pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya
berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat
akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan
banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku.
Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu
anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi
meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang
bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego
Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang
ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel
rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA
yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca
berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan
Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama
dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah
dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid
telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah
terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-
kawannya telah menenangkkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya
untuk menambahkan luka dihati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan
yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid
menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat
diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan
pakar perubatan dan kaunseling.

Sinopsis Bab 20:
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais
menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa
saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan

84

bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan
kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak
Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan,
Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum
beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan
nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk
bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah
menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap
suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah
mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan
abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin
berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda
ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di
Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais
dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-
Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Sinopsis Bab 21:
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu
akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang
pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz
menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang
dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk
membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku
dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda
menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia
ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri
Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan
keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang
berjaya.

Sinopsis Bab 22:
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya
berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya
dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan
gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus
berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan
wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya

85

mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa
kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan
otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan
Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada
Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan
Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati
mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat
Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di
chalet itu.

Sinopsis Bab 23:
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani.
Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid
menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas
isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung
serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan
isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid
juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana
pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang
menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat
mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat
para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka
menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak
Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu
mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka
banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu,
Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais
dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di
hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun.
Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan
anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan
kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA
tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan
raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan
bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendenagar
terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan

86

Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo
Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di
kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak
berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia
teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama
Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik
dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.

Sinopsis Bab 24:
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat
fikirannya.Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung
pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu
mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya
dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi
petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat
lagi.Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih,
dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang
selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan
perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan
meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-
olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia
jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.

87

Sinopsis Novel

Sinopsis Bima Sakti Menari

Keseluruhan:

Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris
3. Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru
pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat
pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti Jordan dan hari itu
merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.

Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya
menjadi judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak
kepada Maryam @ Marion Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang
telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek
Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.

Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji
Yassir (bapa Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan
Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor)
dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).
Konflik / pergolakan bermula dengan kemunculan watak penentang (antagonis),
iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan
pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal
lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa. Projek Nurul
Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman besar
perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga orang
samseng.

Mangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah
tayar keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang dipasang
bersama besi tajam) yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri
diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk
mendapatkan semula Muhammad Taufik. Akhirnya pihak polis berjaya
menggempur tempat Muhammad Taufik disembunyikan.

Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah yang
tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham.

88

Malah, Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul
Hafsa yang diterima dengan senang hati.

Setiap Bab:

Sinopsis Bab 1:
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui
hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada
kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya,
Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada
malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut.
Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam
azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya,
Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah
bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit,
hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria
kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat
oleh deria.

Sinopsis Bab 2:
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir
sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu
kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat
oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa.
Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan
namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial
menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka.
Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut

89

Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan
Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra
alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Sinopsis Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang
kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana
tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal
tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang
melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji
Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-
mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan
melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut
hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu.
Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu
jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh
mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi
bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik
persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip
serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka.
Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan
sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak
fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah
dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Sinopsis Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti
yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari
bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman
bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai
cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah
Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah.

90

Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji
falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala
Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada
di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya
lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor
belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus
tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

Sinopsis Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan
kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya
Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali
kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang
kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang
terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air
muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam
telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya
ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang
dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri
Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan
zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

Sinopsis Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai
Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang
tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun
demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang
tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam
sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari
Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak
dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan
Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh
dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan

91

abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal
yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan
membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku.
Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain.
Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman
pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang
dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-
buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala
Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Sinopsis Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan
berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki
berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya,
Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip,
Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-
kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba
mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya.
Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil
lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama
ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam
masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang
menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api
yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati
populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di
jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari
kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa
ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan
meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul
Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik
kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

92

Sinopsis Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu
mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang
mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar
penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat
tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang
dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia
ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara
terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong
oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju
dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad
Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu
Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala
Selangor.

Sinopsis Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor
satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang
amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip.
Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing.
Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa
usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang
manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

Sinopsis Bab 10:
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia
selalu didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil
kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya
setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan
dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin,
Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala

93

Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan
pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik
kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga
tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul
Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus
sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat
kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan,
Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di
jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

Sinopsis Bab 11:
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan
pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk
membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti
setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa,
keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip
yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu
tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu
gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran
Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan
Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju
dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan
pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.

Sinopsis Bab 12:
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan
pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut,
Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat
56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan
menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara
ini.

Sinopsis Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar

94

terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan
berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan
tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita
yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan
terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir
bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap
berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Sinopsis Bab 14:
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek
yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya
bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh
pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah
membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada
Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan
dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri
Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam
kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto
bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Sinopsis Bab 15:
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju
ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak
pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang
melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong
rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita
Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu
dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian
rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital
Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun
penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah

95

kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
berada dalam keadaan stabil.

Sinopsis Bab 16:
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk
melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat
ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang
kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual
dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas
itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka
mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik
walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari
kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada
rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu
masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa
tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

Sinopsis Bab 17:
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas
isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua
Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa
kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi
memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan
tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah
seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan
dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin
melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap.

Sinopsis Bab 18:
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka
terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja
tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan
oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun
untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba
Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di
tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak

96

susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz
lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

Sinopsis Bab 19:
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut
ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut
selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam
jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30
pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang
yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya,
dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya.
Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung
sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya
disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-
apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Sinopsis Bab 20:
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul
Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang
jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang.
Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri
daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri,
dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran
Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan
meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah.
Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua
stesen televisyen tempatan.

Sinopsis Bab 21:
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang
digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan
tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan
kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak
mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.

97

Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan
perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman
Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad
taufik berjaya diselamatkan.
Sinopsis Bab 22:
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan
pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri
Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari
pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman
orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas
daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

98

Sinopsis Novel

Sinopsis Silir Daksina

Keseluruhan:

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia
hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah
manuskrip lama yang didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada
uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu.
Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya
kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan
hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang
perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang
sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai
arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga
seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung
Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat
persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat
terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan.
Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang
ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

99

Setiap Bab:

Sinopsis Bab 1:
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58
muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya
Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia
seperti berada dalam alam Abdullah Kayan Fikiran Haiqal menerawang pada
masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika Uminya membuka rahsia
tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal
mereka. Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan

Sinopsis Bab 2:
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu
Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas
tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya.
Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu
keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa
dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di
pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-
tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu.
Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu
kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang
manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

Sinopsis Bab 3:
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba
mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai
Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di
kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai
Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya
Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku
latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau
cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran
dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah
ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan
motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah
berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang
yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan

100


Click to View FlipBook Version