The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Iman Insyirah Binti Sohaimi
4 Farabi
PB190221
Homeroom Cikgu Father

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imaninsyirahsohaimi, 2022-06-11 01:38:26

Kajian 8 Novel Tingakatan 4 Iman Insyirah 4F

Iman Insyirah Binti Sohaimi
4 Farabi
PB190221
Homeroom Cikgu Father

untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya,
Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah
rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi
rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku.
Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan
mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku
menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering
membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada
Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan
meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan
di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai
Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang
penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling
ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya
sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di
dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun
Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai
Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk
mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik
untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang
mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak
mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa. ii
Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim
tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan
perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat
cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi
ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum
teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri
kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka
pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman.
Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima
tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering
membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang
tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk
membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku
menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar
dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan
perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang
akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi

101

popular. iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim
juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D”
Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat
JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai
satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua
bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin
jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan
ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim
bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang
dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang
dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk
sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-
tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah
lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri. iv Aku berasa amat gembira
apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang
akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di
dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku
puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka
membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu
mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00
petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang
dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara
mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat
latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut
nama Aiman di bibirnya, V Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak.
Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling
gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang
Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-
muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca
puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-
anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih
berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa
itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku
tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A.
Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru
yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan
beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika
dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara
spontan yang melucukan. Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat

102

malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku
masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak
berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki
sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan
mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang
kasih akan Ai Ling vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling
bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak
aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi
penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan
sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan
sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan
hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin
D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul
kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB
Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada
pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional
Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula
mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk
menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak
muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja
ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup. vii Ai Ling sudah
berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku
kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan
penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah
terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung
ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke
situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang
seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu
aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung
keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan
program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum
sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan
semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh
menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu.
Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku

103

program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan
kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan
kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli
Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai
Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang
pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan
menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling
bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang
sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk
Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung
Puisi.. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan
program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan
pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di
dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam
keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .

Sinopsis Bab 4:
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah
Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah
Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan.
Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu.
Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal
benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui
Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca
manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah
tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara
yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang
menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang
diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang
penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan
ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan
negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan
kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada
kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk
berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya
tentang ayahnya.

Sinopsis Bab 5:

104

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang
dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-
beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah
orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal
tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin.
Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian
uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad
untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan
alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang
terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya
untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak
membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang
menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang
walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah
kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu
kepada umi.

Sinopsis Bab 6:
Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang
akan nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan
pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan
pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka
punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap ayah Haikal
seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa
mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah
Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung
halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut
apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada
bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca
perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi
membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan
merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal
apabila tinggal di sana nanti

Sinopsis Bab 7:
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana
khuatir tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar
dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu..
Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel akan
Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.

105

Sinopsis Bab 8:
Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan
solat subuh berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk
ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa
Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh memberitahu Haikal mereka sudah
sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar. Debaran makin
kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh
membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya. Mereka tiba di
sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai
melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui
Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti canai
sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah
ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak
Menah. Haikal tertanya-tanya sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti
yang digambarkan oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya. Ketika Haikal
menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke warung
memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat mesra
dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah
anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke
rumah arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk
dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke kampung itu. Di rumah
arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong
Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat
sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah
menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan
bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang
bergantungan di dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih
hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak mengenangkan sikap umi
yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat sekeping
gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang
menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara. Setelah puas menatap
gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari
sesuatu.

Sinopsis Bab 9:
Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan
tengah hari di pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal
yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam
perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia akan
menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal
diberitahu oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya,
Tauke Lim diberi amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit,

106

kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas
kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas
sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan
Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak. Swee Hwa
memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah
ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita
Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji
kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih
berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna
yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak
kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal
bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee
Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin
Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa
ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan
tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati
penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus menyatakan minat
Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra
dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah
member gambaran tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan
SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu.
Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya mengadu jika ada masalah.
Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi
itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

Sinopsis Bab 10:
Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada
Haikal untuk kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah
diberitahu tentang lokasi pusara arwah ayahnya di kawasan perkuburan
kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum beredar Haikal
terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa
satu getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa. Sampai di kawasan
perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang
diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok kembja yang berada di sebelah
kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat nama
Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan
ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus
menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal
bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang
beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya namun
dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi. Haikal
membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari
pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran

107

sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam
kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja
yang diapnggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda
kampung. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal.
Seorang yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya
orang yang baik begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak
Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap arwah ayah
Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat
arwah ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga
dia masih terbayang-bayang wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke
rumah Pak Cik Bakar kerana banyak perkara yang dia perlu tahu tentang
bapanya daripada Pak Cik Bakar. Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah
di masjid kampung untuk berkenal- kenalan dengan penduduk kampung..
Selesai solat isyak dia terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk
mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya tentang perancangan Haikal
selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada Mak Menah,
Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak kampung
itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding
semasa ayahnya aktif menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak
ada anak-anak muda yang berfoya-foya di tepi jalan di kampung itu. Mendengar
kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja untuk menyelami kisah hidup arwah
ayahnya. Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik Bakar menepuk
belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan
kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa
kampung itu sudah lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali
lagi dia memberitahu Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat
kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa kehadirannya
menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah
ayahnya. Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila
dua jemaah masjid Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas
menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar memperkenal mereka kepada
Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun sekarang, menurut
Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak
pernah mendengar lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam
manuskrip teragak-agak menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya
dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal mendapat tahu kumpulan zapin
kampung itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila seorang demi
seorang ahlinya meninggal dunia termasuk ayahnya. Pak Cik Bakar terus
bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik
Bakar setelah bersantai di warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk
berbual di dalam rumah mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah
ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga pukul 2 atau
3 pagi. Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama

108

ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri
Purnama tetapi tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan
tenang. Haikal mengakui bahawa tidak banyak yang dia ketahui tentang
ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak hatinya datang ke
kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang
dideritai oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa
yang tahu penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar
Haikal menyebut nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah
Haikal lalu tersenyum. Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan
diri Haikal dalam diri Swee Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya mengubati luka
hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin Haikal akan dapat merasa ada sesuatu
yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia selami.
Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda bersetuju. Malam semakin lewat
sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat gembira jika Haikal
mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia membayangkan itulah keinginan
arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal
bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama jika
segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu keputusan
STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal terus menetap di
Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong
sambil ketawa. Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal
meminta izin untuk pulang kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa
Haikal untuk bertamu di rumahnya jika ada kelapangan.

Sinopsis Bab 11:
Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang
simpanan ayah Haikal telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun
Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa kedatangannya bukan untuk menuntut
harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong menegaskan tindakannya
itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta Haikal
menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika
ada masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus
menguruskannya kerana tiada pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh
Tauke Ong. Sebaliknya meminta Haikal belajar mengurus harta peninggalan
ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya kerana sikap
abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji
kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal
menguruskan kebunnya jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti.
Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh di warung Wak Min
setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka berdua yang
menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang
tentang pengurusan dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan
Tauke Ong adalah lebih baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin

109

dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak
mahal. Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa
orang remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima
kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama
pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang
menunggu keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja
sambilan di kilang tekstil di Batu Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan
semasa menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti
mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-
minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke
kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan
menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah
ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu
menghabiskan malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak
di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan Lazim. Ayah
Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia
bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa
yang pada pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak
berbual-bual. Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah
ayahnya. Sambil berbual- bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak
riang berbasikal.. Haikal menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi
Lazim berpendapat orang kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar.
Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya
pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat
menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal
yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi semangat agar
Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun
Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan
uminya. Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu
bapanya . Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang.
Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal
sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke
arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa
Lazim makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan
Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal
telah masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi
masuk ke dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan
membawa Haikal ke situ keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu
diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah
peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak
rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah
Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah
ayah Haikal ke Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya

110

ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian
zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah rendah. Tetapi
tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana
langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat
kepada Haikal agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan
hasratnya. Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang
kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia
tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup
ayahnya. Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke
subuh. Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga
rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya tentang
Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh.
Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke
pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan
untuk bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat
dengan arwah ayahnya akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan
Swee Hwa mengakui dialah tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya
kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak layak mengambil tempat Haikal.
Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya pernah bercerita
tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee
Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

Sinopsis Bab 12
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat
keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam
balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini,
balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang
menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa
buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ.
Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar
ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui
bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya
ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri
Purnama.

Sinopsis Bab 13
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri
Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut
kepada See Hwa dan Tauke Ong.

111

Sinopsis Bab 14
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk
bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
Sinopsis Bab 15
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
Sinopsis Bab 16
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di seuah universiti yang terletak di
Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah
apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke
Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian
zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita
akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

112

Analisis Novel

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
Kekuatan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat didapati. Antaranya adalah
bagaimana watak di dalam novel bersikap terbuka dan tidak mempunyai fikiran sempit
seperti bagaimana seorang watak yang menghatar watak utama ke sekolah inggeris walaupun
perlu bertentang dengan orang kampung kerana berpendapat yang pelajaran sistem inggeris
lebih bagus daripada sistem pembelajaran melayu biasa.

Kekuatan kedua merupakan bagaimana penulis menunjukkan nilai positif seperti
silaturrahim keluarga yang erat. Sebagai contoh, bagaimana seorang watak sanggup bersusah
payah menolong watak utama ke sekolah inggeris hanya kerana dia mahu watak utama
mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Kekuatan ketiga pula, penulis memberikan novel ini untuk mempunyai semangat
patriotisme yang semarak dengan kuat. Sebagai contoh, semangat leftenan Adnan sebagai
seorang pahlawan askar dalam menentang tentera jepun yang menakutkan.

Kekuatan yang keempat pula adalah bagaimana novel ini mempunyai plot yang
sangat teratur dan kemas. Dengan ini pembaca dapat menghayati kisah sejarah yang ditulis
oleh penulis dengan lebih pemahaman tentang cerita watak utama dari mula sehinggalah
tamat novel.

Kekuatan yang terakhir adalah novel ini mempunyai pengajaran yang sangat menarik.
Seperti sifat keberanian yang dimiliki watak utama dapat memberi impak postif kepada
pelajar dan pembaca malah menolong orag disekeliling mereka tanpa diduga.

113

Analisis Novel

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
Kelemahan Novel

Tiada kelemahan yang dapat dijumpai di dalam novel ini. Antara sebabnya adalah
novel ini merupakan sebuah cerita sebenar berunsur fakta tentang sejarah seorang askar
melayu yang telah berjuang dan mengorbankan dirinya untuk tanah melayu. Tiada kelemahan
yang dapat ditemukan.

114

Analisis Novel

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
Cadangan Penambahbaikan Novel

Di dalam novel ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk
meningkatkan kualiti novel ini. Cadangan pertama adalah dengan menukarkulit novel
menjadi lebih menarik untuk mencuri perhatian pelajar dan pembeli dengan meletakkan
gambar leftenan adnan lebih besar di atas kulit novel

Cadangan kedua pula ialah membuat supaya kulit buku lebih mengikut trend semasa
dan seiring dengan peredaran masa agar masyarakat pada zaman sekarang lebih tertarik untuk
membeli dan membaca novel yang telak dikarang ini.

Cadangan yang ketiga adalah penerbit novel ini boleh membuat novel versi translasi
inggeris bagi meluaskan target audien novel. Ini kerana novel ini sangatlah bagus dan patut di
baca oleh orang selain dari orang melayu

Cadangan keempat meminta penulis untuk memanjangkan cerita novel. Ini
diperkatakan demikian kerana novel yang sangat menarik ini meninggalkan pembaca untuk
mahukan lebih lagi. Jadi eloklah kalauu novel ini mempunyai sambungan kepada kisah
leftenan Adnan.

Akhir sekali, secara umum, penulis hendaklah menulis dengan lebih unsur deskriptif
kerana pembaca mahu mengetahui setiap inci dengan teliti apa yang sedang dan telah terjadi
kepada watak utam dan watak-watak simpangan kerana plot cerita yang mencuri tumpuan
pembaca.

115

Analisis Novel

Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Kekuatan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat didapati. Antaranya adalah
noovel ini memberikan pendedahan dengan penggunaan teknologi seperti alat penetrator
yang diberi oleh watak di dalam novel dengan tujuan memasuki ruang minda watak lain.

Kekuatan kedua merupakan bagaimana penulis memberikan kebijaksanaan kepada
kebanyakan watak di dalam novel. Terutamanya, bagaimana penulis memberi watak wanita
di dalam novel mempunyai minda yang bijak dan tidak diberi karakteristik stereotipikal
watak wanita yang berfikiran yang lemah.

Kekuatan ketiga pula, penulis membuatkan novel di isi dengan nilai-nilai murni yang
sesuai untuk dibuat aplikasi dalam kehidupan seharian. Ia jugak mampu menolong
memberikan impak positif kepada pembaca dan pelajar yang mengambil novel ini sebagai
contoh teladan.

Kekuatan yang keempat pula adalah penulis dapat memberikan pengajaran yang
menarik sehingga dapat membuka mata pembaca tentang betapa pentingnya untuk sentiasa
menjaga diri sendiri dan untuk tidak mempercayai orang dengan senang.

Kekuatan yang terakhir adalah pengutaraan tema novel yang sangat menarik perhatian
pembaca. Novel yang bertemakan sains fiksyen ini memberikan kelainan daripada novel lain.
Dan walaupun novel ini menggunakan tema teknologi, ia tidaklah klise, sehingga
memberikan selitan-selitan tentang info-info teknologi

116

Analisis Novel

Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Kelemahan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kelemahan yang dapat didapati. Antaranya
adalah terdapat risiko pembaca menjadi obses dengan penggunaan teknologi dana tentang
godaman sehingga mencuba menggodam sesuatu yang bahaya.

Kelemahan kedua merupakan bagaimana penulis menutup novel dengan pengakhiran
yang mengecewakan dan sedih kerana watak di dalam novel meninggal dunia tanpa dapat
meminta maaf kepada rakannya.

Kelemahan ketiga pula, penulis membuatkan salah seorang watak di dalam novel
memiliki sikap yang teruk dan tidak patut dicontohi. Sikap sombong, angkuh dan tidak sedar
diri juga obses dengan kehebatan diri sendiri sehingga melupakan sifat lain sebagai manusia.

Kelemahan yang keempat pula adalah bagaimana jalan cerita novel sangatlah
mengelirukan dan tidak masuk akal.

Kelemahan yang terakhir adalah novel ini mengadungi terlalu banyak dialog yang
membosankan dan tiada motif yang kukuh menyebakan pembaca susah untuk memahami
plot cerita dan keliru demgan sambungan plot.

117

Analisis Novel

Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Cadangan Penambahbaikan Novel

Di dalam novel ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk
meningkatkan kualiti novel ini. Cadangan pertama adalah dengan mengurangkan adegan
yang tidak menyenangkang untuk dibaca kerana takut aksi itu diikuti oleh oleh orang lain
kerana terpengaruh

Cadangan kedua pula ialah membuat kulti buku novel menjadi lebih menarik
perhatian pembeli dan pelajar.

Cadangan yang ketiga adalah dengan menambah nilai positif ke dalam karakteristik
watak-watak di dalam novel supaya dapat menjadi teladan baru untuk pembaca.

Cadangan keempat meminta penulis untuk mengurangkan ujian dan masalah yang
tidak mempunyai penyelesaian untuk watak utama. Dengan ini pembaca tidak ditinggalkan
dengan rasa geram yang tidak akan reda.

Akhir sekali, secara umum, penulis hendaklah memberi penyelesaian untuk masalah
yang dihadapi watak utama dan tidak hanya memberi masalah sahaja.

118

Analisis Novel

Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
Kekuatan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat didapati. Antaranya adalah
novel ini membuat pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku dan meneruskan pembaca
untuk membaca dari awal sehingga akhir.

Kekuatan kedua merupakan bagaimana penulis menggunakan teknik plot monolog
dengan bagus untuk tulis penceritaan novel. Ia menarik hati pembaca kerana cara penulisan
yang serba boleh.

Kekuatan ketiga pula, penulis mempunyai jalan cerita dengan teknik plot imbas
kembali dengan sesuai untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang telah terjadi atau pun
ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku.

Kekuatan yang keempat pula adalah menulis amaun dialog yang sesuai untuk
mengekalkan pembaca daripada bosan tetapi tidak mempunya dialog yang terlalu banyak dan
tidak bermotif. Dialog-dialog yang ditulis juga mempunyai pelbagai info yang berguna

Kekuatan yang terakhir adalah ia mempunyai banyak pengajaran yang boleh
diamalkan dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, kecekalan,keberanian dan kebijaksanaan
watak utama dan sifat menolong watak-watak lain. Pelbagai sifat yang boleh dibuat sebagai
teladan di dalam setiap watak di dalam novel

119

Analisis Novel

Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin

Kelemahan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kelemahan yang dapat didapati. Antaranya
adalah penceritaan rahsia dan misteri yang mengecewakan. Ini diperkatakan demikian kerana,
daripada awal novel lagi, penuls telah membuat pembaca faham yang maksud jendela dia
rumah datuk watak utama yang kerap disebut merupakan rahisa yang akan kelak pembaca
tahu tetapi di hujung novel bahagian pembukaan misteri, penulis tidak menceritakan tentang
rahisa yang dinanti-nantikan pembaca dengan dalam dan hanya memberi beberapa baris
penceritaan yang tidak menarik. Membuatkan pembaca rasa tidak puas hati.

Kelemahan kedua merupakan bagaimana penulis enggan memberi umur seorang
karakter atau ayat yang dapat memberi idea kepada pembaca tentang umur mereka. Sebagai
contoh, Lili dikatakan di dalam novel baru menamatkan pengajian di sekolah menengahnya
dan Geetha pula baru sahaja memulakan universiti, Danel pula diberi bayangan bahawa dia
sebaya dengan Lili, tetapi Danel telahpun memilik lesen memandu kereta yang digunakan
untuk membawa Lili ke pekan. Walau bagaimanapun, Danel berkata yang dia bersekolah dan
belajar bersama haziq dan rafiq sebelum ketagihan mereka dahulu tetapi pada hujung novel,
mereka berdua menjawab pmr semula dan bukan pula spm.

Kelemahan ketiga pula, penulis membuat penggambaran objek yang tidak realistik. Di
dalam novel, terdapat konflik yang seseorang telah mencuri sebuah kubah surau. Suspek yang
disyaki merupakan 2 orang kanak-kanak bawah umur tetapi pelaku sebenar adalah seorang
lelaki berumur 30-40an. Tidak kiralah sesiapa pun yang mencurinya, ia sangatlah tidak
realistik untuk seseorang mencuri kubah surau berseorangan tanpa dilihat orang kampung dan
tanpa pertolongan. Adakah kubah itu sebesar sebuah motor sehingga seorang lelaki tua
mampu mencurinya tanpa dijejak?

Kelemahan yang keempat pula adalah plot utama ditukarkan dengan jalan cerita yang
lain di tengah-tengah novel. Di bahagaian awal novel, pembaca didehkan dengan plot
pertama iaitu tentang misteri sejarah jendela yang menghadap jalan yang berada di rumah
datuk watak utama tetapi pada pertengahan novel, plot cerita ditukar dengan konflik tentang
kubah surau dan siapa yang mencurinya. Ini meninggalkan pembaca dengan penuh
kekecewaan kerana saspen misteri yang ditunggu-tunggukan hilang dari fokus utama

Kelemahan yang terakhir adalah walaupun penulis membuat dua plot, misteri dan
konflik, bada bahagian terakhir novel kedua-dua plot ini ditutup tanpa penerang yang
mempunyai motif yang kukuh. Daripada penerangan yang lebih dalam,pembaca diberi latar
belakang orang tua watak utama yang tiada kaitan dengan plot yang diceritakandan juga lebih
panjang dari penerangan plot. Sebab plot ditutup dengan cara ala kadar, pembaca terasa sia-
sia kerana penyelesaian konflik yang tidak memuaskan.

120

Analisis Novel

Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
Cadangan Penambahbaikan Novel

Di dalam novel ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk
meningkatkan kualiti novel ini. Cadangan pertama adalah dengan menulis peristiwa di dalam
novel dengan lebih terperinci supaya jalan cerita yang elah dimulakan tidak terganntung dan
tidak meninggalkan pembaca tertanya-tanya.

Cadangan kedua pula ialah membuat objek dan aksi di dalam novel lebih realistik
bagi pembaca lebih senang untuk proses dan memahami. Ini membuat pembaca dapat
menyuarakan pendapat yang sama dan memberi pembincangan yang dapat diterima dengan
pembanca lain.

Cadangan yang ketiga adalah penulis memberi ayat yang dapat memberi pembaca
mengetahui umur karakter dengan lebih tepat. Ini dapat mengurangkan kekeliruan antara
pembaca-pembaca lain dengan umur watak yang membantu pemahaman plot utama.

Cadangan keempat meminta penulis untuk fokus dalam menghabiskan plot pertama
yang telah diberikan kepada pembaca dahulu sebelum memulakan plot yang kedua atau plot
yang lain untuk mengelakkan pembaca menghabiskan novel dengan rasa tidak puas hati. Dan
jika penulis mahu membuat dua plot cerita pada masa yang sama, patutlak penulis menutup
kedua-dua plot dengan baik dan tidak secara ala kadar.

Akhir sekali, secara umum, penulis hendaklah menambah baik cara pengakhiran
novel dan plot dan tidak meberikan penutup serta penerangan hanya dengan satu perenggan
di dalam novel supaya tidak lagi memaksa pembaca menghabiskan novel dengan rasa kosong
dan tidak cukup di dalam hati.

121

Analisis Novel

Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Kekuatan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat didapati. Antaranya adalah
Bagaimana novel ini mempunyai klimaks yang tidak meninggalkan pembaca menjadi bosan
kerana plot novel yang semakin lama semakin naik

Kekuatan kedua merupakan bagaimana penulis mengamalkan teknik plot pemerian
kerana di dalam beberapa bahagian di dalm novel, pembaca dapat merasa tenang mempelajari
kisah-kisah tentang sejarak lokasi di sekeliling watak utama

Kekuatan ketiga pula, penulis membuat jalan cerita yang penuh saspen dan membuat
pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku dan meneruskan pembaca untuk membaca
dari awal sehingga akhir

Kekuatan yang keempat pula adalah novel ini mempunyai pembukaan yang menarik
perhatian pembaca dan menjadikan pembaca lapar dengan sambungan plot novel kerana
dipenuhi dengan konflik dan misteri

Kekuatan yang terakhir adalah novel ini memberikan elemen kejutan kepada pembaca
dengan pembongkaran rahisa dengan secara tiba-tiba dan tanpa amaran. Membuatkan
pembaca tidak sangka dengan dengan pembukaan rahsia dan apa yang sedang berlaku di
dalam novel.

122

Analisis Novel

Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Kelemahan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kelemahan yang dapat didapati. Antaranya
adalah adegan imbas kembali yang diberi secara tiba-tiba dan secar sekerat-kerat. Imbas
kembali yang diberi tanpa amaran merosakkan aliran bacaan pembaca dan tidak
menyebabkan pembaca bingung mana peristiwa dahulu dan peristiwa sekarang

Kelemahan kedua merupakan bagaimana penulis terlalu kerap menukar sudut
pandangan dari karakter pertam ke karakter lain tanpa penanda menyebabkan pembaca keliru
dan tidak dabat membaca dengan fokus kerana perlu membetulkan fokus bacaan mereka ke
karakter baru

Kelemahan ketiga pula, penulis membuat novel ini terlalu penuh dengan moral-moral
yang tidak patut dibaca oleh kanak-kanak bawah umur. Target audien untuk novel ini
merupakan remaja dalam kalangan 13-17 dan novel ini rata-rata digunakan dalam sistem
pendidikan menengah Malaysia tetapi penuh dengan teladan yang tidak patut diconothi
pelajar dan tidak sesuai untuk dibincang dalam sesi pembelajaran di kelas bersama guru.

Kelemahan yang keempat pula adalah penulis menyediakan watak antagonis yang
tidak mempunyai motif yang kuat untuk menjadi sebuah watak jahat. Doktor Sadiz, seorang
watak antagonis di dalam novel ini diberikan perana sebagai orang jahat tapi kenapa? Di
dalam novel, tidak disertakan cerita latar belakang Doktor Sadiz yang menyebabkan dia
membenci watak utama. Dia juga walau berkata dengan penuh konfiden membenci Raiha
tetapi tetap mengahwini dia. Ini membuat pembaca pelik kerana sudah terang mereka perlu
membenci Doktor Sadiz sebagai watak antagonis tetapi mereka masih tidak lagi mengetahui
motif dia sehingga berbuat demikian.

Kelemahan yang terakhir adalah misteri novel yang hanya diterangkan dengan
beberapa baris. Di dalam novel, penulis telah membuat misteri sesebuah peristiwa bernama
peristiwa hitam sebagai plot novel. Tetapi pada bahagian hujung novel dimana peristiwa
hitam tersebut patut diterangkan, penulis hanya memberikan beberapa penerangan sebelum
habis novel. Pembaca ditinggalkan dengan rasa kecewa kerana memberi jangkaan yang
misteri tersebut membawa maksud yang lebih panjang dan dalam.

123

Analisis Novel

Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Cadangan Penambahbaikan Novel

Di dalam novel ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk
meningkatkan kualiti novel ini. Cadangan pertama adalah dengan mengurangkan timbulnya
lebih banyak persoalan daripada penyelesaian di dalam novel. Di dalam novel ini, ia terlalu
padat dengan pelbagai jalan cerita berlainian yang membuatkan terlalu banyak persoalan
yang meninggalkan pembaca tertanya-tanya kerana ia tiada penutup.

Cadangan kedua pula ialah membuat novel lebih penuh dengan nilai yang
mendorongkan kepentingan masyarakat terlebih dahulu daripada kepentingan diri bagi
membantu pelajar-pelajar yang membuat kajian tentang novel ini

Cadangan yang ketiga adalah menjadikan novel lebih mengikut matlamat untuk
digunakan sebagai sebuah komponen sastera (KOMSAS) di sekoloh dan bukan untuk
menepati cita rasa orang luar dengan unusur-unsur yang poular sahaja.

Cadangan keempat meminta penulis untuk menambah unsur nilai dan moral yang
lebih positif supaya menjadi lebih sesuai untuk dibincangkan dengan pelajar-pelajar dan guru
dalam sesi pembelajaran sekolah menengah di Malaysia.

Akhir sekali, secara umum, penulis hendaklah mengurangkan perkataan-perkataan
dan aksi lucah di dalm novel yang sangatlah tidak diperlukan. Selepas beberapa pemerhatian,
plot novel tidak akan berubah walaupun jika unsur lucah dipadamkan

124

Analisis Novel

Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Kekuatan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat didapati. Antaranya adalah
terdapat pelbagai nival yang dipelajari di dalam novel ini. Sangat sesuai untuk dibincangkang
di dalam sesi pembelajaran bersama guru dan pelajar.

Kekuatan kedua merupakan bagaimana penulis memberikan jalan cerita yang
sangatlah menarik. Membuatka pembaca tidak mahu berhenti membaca kerana plot yang
tersusun dan senang dibaca.

Kekuatan ketiga pula, penulis membuat watak di dalam novel mempunyai sifat-sifat
yang boleh dijadikan teladan untuk pembaca-pembaca lain dan patut docontohi oleh pelajar
yang mengaji novel ini.

Kekuatan yang keempat pula adalah penulis telah menulis cerita dengan meletakkan
unsur silaturrahim keluarga dengan kuat. Unsur ini dapat mebakar semangat kekeluargaan
pembaca novel ini.

Kekuatan yang terakhir adalah penulis telah memberikan pembaca watak utama
wanita yang memiliki sifat-sifat yang dapat dijadikan pegangan teguh dalam mebantu pelajar
dan pembaca perempuan di seluruh dunia berasa konfiiden dengan diri mereka.

125

Analisis Novel

Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Kelemahan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kelemahan yang dapat didapati. Antaranya
adalah cara penceritaan novel yang sangat perlahan dan senang membuat pembaca hilang
fokus kerana tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian. Sehingga susah untuk pembaca
menyambung membaca novel.

Kelemahan kedua merupakan bagaimana penulis membina plot cerita yang terlalu
panjang walaupun boleh ditulis secara pendek dan mampu membawa maksud yang sama.
Membuat pembaca terpaksa melangkau halaman ketika membaca untuk tidak jatuh bosan
membaca kata-kata pengisi

Kelemahan ketiga pula, penulis menulis dialog yang terlalu bosan dan tiada motif. Di
dalam novel, terdapat terlalu banyak dialog kosong dan tidak berhala tuju yang lebih baik
ditukarkan dengan dialog yang boleh mendalamkan plot utama yang lebih penting

Kelemahan yang keempat pula adalah penduduk di dalam novel yang hanya tahu
untuk memikirkan diri sendiri sehingga tidak mahu membantu orang yang di dalam susah.
Sebagai contoh, ketika keluarga watak utama dalam kesusahan akibat banjir, tiada seorang
penduduk pun menawarkan diri untuk menolong

Kelemahan yang terakhir adalah sikap penduduk yang sombong yang tidak patut
dicontohi pembaca dan para pelajar. Dengan harapan untuk sikap seperti ini tidak
dinormalisasikan oleh kalangan masyarakat di serata tempat.

126

Analisis Novel

Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Cadangan Penambahbaikan Novel

Di dalam novel ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk
meningkatkan kualiti novel ini. Cadangan pertama adalah dengan memendekkan cara
penceritaan plot yang patut dipendekkan. Penulis juga patut mengelakkan daripada
menngunakan ayat-ayat pengisi semata-mata pemanjangan cerita.

Cadangan kedua pula ialah menerapkan lebih banyak sifat dan contoh-contoh teladan
positif untuk pelajar dan pembaca berbanding sifat-sifat negatif yang ada kemungkinan akan
dinormalisasikan oleh pembaca dan pelajar

Cadangan yang ketiga adalah menggunakan watak sampingan untuk benda yang lebih
bermanfaat dan tidak memberikan mereka sikap negatif yang tidak membawa motif dan
tujuan di dalam plot utama

Cadangan keempat meminta penulis untuk mempercepatkan dan meringkaskan
penulisan novel yang perlahan. Ini dapat membantu pembaca ynag senang hilang fokus untuk
menghabiskan novel ini

Akhir sekali, secara umum, penulis hendaklah menggunakan penggunaan dialog
dengan lebih cermat dan tidak menggunakannya tanpa motif dan tujuan. Sepatutnya ia
digunakan untuk mendalamkan penerangan plot.

127

Analisis Novel

Novel Tirani karya Beb Sabariah
Kekuatan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat didapati. Antaranya adalah
novel ini mempunyai binaan plot yang menarik dan mencuri perhatian pembaca dengan
pembangunan yang skala dan plot yang teratur dan tidak bersepah.

Kekuatan kedua merupakan bagaimana penulis telah mengarang beberapa bahagian
saspen yang menarik. Ini telah membuat pembaca tertanya-tanya apakah yang akan belaku
selepas itu.

Kekuatan ketiga pula, penulis membuat penutupan cerita yang menginsafkan dan
membuat pembaca sebak. Ini dapat memberi pembaca iktibar untuk bersama-sama
menerapkan sifat ini di dalam diri sama seperti watak di dalam novel.

Kekuatan yang keempat pula adalah novel ini juga mengajar pembaca unutuk juga
mengamalkan sikap bersyukur kerana telah diceritakan di dalam novel, apa itu erti syukur
dan kenapa kita perlu besryukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh tuhan.

Kekuatan yang terakhir adalah kejutan yang telah membuat pembaca teruja kerana
tidak menyangkakan akan kejutan tersebut di dalam novel.

128

Analisis Novel

Novel Tirani karya Beb Sabariah

Kelemahan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kelemahan yang dapat didapati. Antaranya
adalah jalan ceritanya yang terlalu kerap menyimpang dari plot utama. Ini menyebabkan plot
novel dipanjangkan dengan isi cerita novele yang tiada kaitan dengan jalan cerita utama.
Membuatkan pembaca jatuh bosan ketika membaca novel.

Kelemahan kedua merupakan bagaimana penulis menggunakan bahasa yang tidak
kosisten dan tidak sesuai menjadi buku komponen sastera (KOMSAS) melayu kerana
penggunaan banyak bahasa Indonesia pada bahagain awal novel. Ini menjadikan pemabaca
dan pelajar yang rata-rata orang berdarah melayu bingung ketika membaca kerana tidak dapat
memahami konteks dialog di dalam novel.

Kelemahan ketiga pula, penulis membuat penutup cerita yang sangat tidak
memuaskan dan jugak mengecewakan pembaca. Bagaimana watak seorang suami di dalam
novel ini meminta cerai hanya atas sebab cemburu dan sehingga mencaci rupa anaknya
sendiri tetapi isteri watak dengan senang memaafi suami di hujung novel tanpa apa-apa
balasan yang terjadi kepada suami tersebut. Ini membuat pembaca rasa lebih marah dengan
watak isteri di dalam novel daripada suaminya kerana menerima maaf dengan senang.

Kelemahan yang keempat pula adalah bagaimana personaliti watak yang tiada
perubahan daripada awal novel sehinggalah penutup novel. Watak utama yang naif dan
lemah sehingga sanggup meaafkan suami yang teruk dengan sekilas rayuan sahaja.
Personaliti watak juga sering bertukar-tukar tanpa motif dan sebab, menjukkan yang penulis
tidak menulis secara konsisten.

Kelemahan yang terakhir adalah apabila penulis asyik memberi fokus kepada
peristiwa yang tidak penting. Hanya beberapa bahagian novel digunakan untuk memberi
penerangan dan cerita plot utama, selainnya digunakan untuk persisan plot kosong. Pembaca
dapat merasakn yanpenulis tidak mahu berusaha sehabis boleh ketika menulis novel

129

Analisis Novel

Novel Tirani karya Beb Sabariah
Cadangan Penambahbaikan Novel

Di dalam novel ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk
meningkatkan kualiti novel ini. Cadangan pertama adalah supaya penulis menutup bahgain
akhir novel dengan lebih elok bagi tidak meninggalkan pembaca yang betul-betul teruja
membaca, dalam perasaan kekecewaan dan rasa tidak puas hati

Cadangan kedua pula ialah membuat personaliti watak dan karakter di dalam novel
mempuyai pembinaan karakter dan sifat. Penulis juga patutlah tidak menggunaka stereotaip
untuk watak wanita yang mereka senang memaafkan walaupun sekeji-keji mana orang
tersayang lakukan kepada mereka.

Cadangan yang ketiga adalah bagi penulis tidak menggunakan fokus kepada
peristiwa-peristiwa yang tidak penting yang tidak mempunyai motif dan tujuan dalam
penerangan dan penceritaan plot utama.

Cadangan keempat meminta penulis untuk tidak menyimpang dari plot utama dan
sebaliknya mengambil fokus kepada plot dan mengelakkan diri daripada memanjangkan plot
yang memang pendek sedia ada.

Akhir sekali, secara umum, penulis hendaklah konsisten dalam penggunaan bahasa
dan menahan diri daripada memamasukkan penggunanan bahasa slang Indonesia supaya
tidak mengelirukan pembaca dan pelajar yang berbahasa melayu.

130

Analisis Novel

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kekuatan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat didapati. Antaranya adalah
novel ini mempunyai tema novel yang menarik kerana bagaimana ia berbeza dari topik
kebiasaan. Walaupun tema pencemaran selalu digunakan, penecemaran cahay tidaklah lagi
dapot menjadi norma tema pencemaran,

Kekuatan kedua merupakan bagaimana penulis mempunyai pemikiran yang sangatlah
hebat ketikak penulisan novel ini kerana watak-watak yang amat mudah mendapatkan
perhatian pembaca. Sebagai contoh, akhirnya oembaca dapat berjumpa watak yang
memenpati janji.

Kekuatan ketiga pula, penulis membuat pembaca dapat mempelejari banyak cerita
dan info tentang haiwan,serangga dan tentang pencemaran cahya yang tidak terkenal dalam
kalangan-kalangan jenis pencemaran. Sekaligus menarik pembaca untuk sambung membaca
dan mempelajari fakta-fakta lain

Kekuatan yang keempat pula adalah novel ini memunyai watak yang berani
memulihkan situasi dan keadaan apabila diperlukan. Sebagai contoh, di dalam novel, Kuala
Selangor tidak dapat menjadi kawasan yang berfungsi sehinggalah kedatang watak-watak
utama novel. Mereka membantu Kuala Selangor dengan memulihkan dan memberi
kecantikan bandar itu semula seperi bintang yang bersinar pada waktu malam.

Kekuatan yang terakhir adalah sikap watak yang dicoret oleh penulis dapat dijadikan
teladan dalam kehiduoan pelajar dan pembaca, seperti sifat berani mereka dan bagaimana
merka mampu memulihkan keaddan dan situasi yang keruh dengan tidak kira dari segi sikap
atau aksi.

131

Analisis Novel

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kelemahan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kelemahan yang dapat didapati. Antaranya
adalah penceritaan oleh penulis yang tidak spesifik. Sebagai contoh penulis enggan
menceritakan plot dengan lebih mendalam dan sebaliknya memberikan ayat yang samar-
samar. Sperti bagaimana penulis memberitahu pembaca yang watak utama sudah dibebaskan
tetapi tidak memberitahu di mana watak dibebaskan.

Kelemahan kedua merupakan bagaimana penulis tidak berfikiran dengan luas. Penulis
menggunakan perkembangan teknologi pada masa kini untuk membantu plot menjadi lebih
menarik dan senang untuk diberi konklusi yang bervariasi.

Kelemahan ketiga pula, penulis mewujudkan watak yang berdendam kesumat dengan
watak lain tetapi dendam itu tiada penyelesaian ddan tidak mempunyai kesudahan. Ini
membuatkan pembaca rasa sia-sia kerana membaca tentang konflik seorang watak tanpa
penutup yang lengkap.

Kelemahan yang keempat pula adalah sikap salah seorang watak yang sangat tidak
patut dicontohi atau ditunjuk kepada generasi muda. Penulis sepatutnya mengelakkan dari
menggunakan sikap sukar ceroboh dan tdak memikirkan balasan sebuah aksi kepada sorang
watak

Kelemahan yang terakhir adalah bagaimana tiadanya bahagiian watak sesama watak
memaafkan dan meminta maaf kepada mangsa dan/atau watak yang dianiaya.

132

Analisis Novel

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Cadangan Penambahbaikan Novel

Di dalam novel ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk
meningkatkan kualiti novel ini. Cadangan pertama adalah dengan menceritakan plot dengan
lebih terperinici dan menambah penerangan yang berkaitan dengan plot utama supaya
pembaca tidak lagi keliru.

Cadangan kedua pula ialah membuat watak di dalam novel mempunyai sekurang-
kurangnya satu atau lebih nilai positif di dalam mereka agar ia dapat dijadikan teladan kepada
pembaca dan pelajar.

Cadangan yang ketiga adalah supaya penulis menerapkan lebih banyak bahagian
peristiwa di dalam plot yang menggunakan teknologi masa kini untuk membuat penceritaan
lebih menark dan membuat pembaca lebih teruja.

Cadangan keempat meminta penulis untuk menambah nilai yang boleh dicontohi oleh
pembaca dan peljar ke dalam novel. Sebagai contoh nila kemaafan, nilai simpati dan lain-
lain. Ini dapat menolong perbincangan novel ini menjadi lebih lancar dan senang.

Akhir sekali, secara umum, penulis hendaklah menuntup konflik watak di dalm novel
dengan lebih elok dan lengkap supaya pelajar dan pembaca tidak ditinggalkan dengan rasa
tidak puas hati dan sia-sia kerana konflik yang tidak ditutupdan dihabiskan.

133

Analisis Novel

Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
Kekuatan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kekuatan yang dapat didapati. Antaranya adalah
penulis dapat menceritakan plot novel dengan bagus dan apa yang mahu diceritakan dapat
disampaikan dengan sempurna. Di dalam bahagian akhir novel ini, penulis berjaya menutup
plot dan tidak meninggalkan pembaca tergantung dan tertanya-tanya kerana pembaca dapat
penutup plot yang memuaskan hati.

Kekuatan kedua merupakan bagaimana penulis watak utama yang kuat dan tidak
mudah berputus asa. Ini membuatkan jalan cerita novel lebih menarik kepada mata pembaca
kerana watak utama yang tidak pesimis walaupun pemisahan dia dengan ibu bapanya yang
dibuat oleh penulis.

Kekuatan ketiga pula, penulis telah membuat novel ditutup dengan pengajaran yang
menarik minat pembaca kerana selepas cerita yang sangat hebat yang ditulis oleh penulis
untuk dibaca oleh pembaca, penulis memberikan peluang kepada pembaca untuk mentafsir
pengajaran sendiri berdasarkan apa yang pembaca dapat selepas membaca novel ini

Kekuatan yang keempat pula adalah bagaimana penulis memberitahu latar belakang
setiap watak yang diperlukan pada masa dan situasi yang sesuai. Dengan ini pembaca tidak
mudah tertukar sejarah latar belakang sesebuah watak dengan watak yang lain. Apabila
pembaca tau latar belakang watak, pembaca dapat memahami apa yang ingini disampaikan
oleh penulis dengan lebih tepat.

Kekuatan yang terakhir adalah penulis mampu menanam perasaan sebak dan sedih di
dalam baca kerana penulisan dan penceritaan yang sangat jelas dan visualistik terutama pada
bahagaian tentang bapa sebenar watak utama dan reaksi sedih oleh emak watak utama.

134

Analisis Novel

Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
Kelemahan Novel

Di dalam novel ini terdapat beberapa kelemahan yang dapat didapati. Antaranya
adalah kurang menarik dari segi penceritaan plot, meninggalkan pembaca dengan rasa bosan
sehingga tidak mampu menghabiskan novel

Kelemahan kedua merupakan bagaimana penulis tidak memberikan gambaran situasi
yang teliti. Ini tidak mebantu pembaca membayangkan sitausi atau penceritaanhanya dari segi
dialog dan monolog seseorang watak. Menyebakan pembaca susah untuk memahami plot
cerita dan keliru dengan sambungan plot.

Kelemahan ketiga pula, penulis membuat watak yang tidak tahu untuk berfikir apakah
akibat aksinya kepada keluarga watak. Ini menjdaikan pembaca dan pelajar berasa marah dan
tidak mahu membaca kerana mengadungi watak yang membahayakan orang disekelilingnya

Kelemahan yang keempat pula adalah tiada penerapan nilai-nilai yang positif dalam
skala banyak. Sebagai novel yang digunakan dalam sistem pembelajaran bahagain menengah
Malaysia, novel ini patutlah memberikan contoh dan pengajaran yang dapat dijadikan contoh
teladan kepada target audien.

Kelemahan yang terakhir adalah bagaimana watak ditulis dengan sifat mementingkan
diri sendiri. Watak tersebut juga tidak menebus kesilapan dan cacat celanya meninggalkan
pembaca dengan rasa geram kepada watak yang sewenang-wenangnya membuat apa-apa
yang dia mahu tanpa menghadap balasan.

135

Analisis Novel

Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
Cadangan Penambahbaikan Novel

Di dalam novel ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat untuk
meningkatkan kualiti novel ini. Cadangan pertama adalah dengan memantapkan cara
penceritaan di dalam novel supaya pembaca tidak jatuh bosan ketika membaca.

Cadangan kedua pula ialah membuat watak yang tidak mengisahkan apa yang berlaku
kepada orang sekelilingya mendapat pengajaran dan dapat membesar kepada karakter yang
lebih baik dan dapat dicontohi oleh orang lain.

Cadangan yang ketiga adalah supaya penulis tindak menggunaka ayat-ayat dan
barisan pengisi hanya untuk memanjangkan plot yang sepaptutunya pendek. Ini mengunda
pembaca untuk berasa mengantuk ketika membaca dan melangkau muka surat yang
kemungkinan mempunyai info penting.

Cadangan keempat meminta penulis untuk menulis gambarandan visualiasi yang lebih
spesifik dan teliti supaya pembaca mendapat idea yang lebih tepat tentant sitausi yang sedang
berlaku.

Akhir sekali, secara umum, penulis hendaklah menerapkan lebih banyak lagi nilai
positif ke dalam novel dan tidak memenuhi novel dengan watak yang mempunyai sifat
negatif dan meninggalkan mereka tanpa plot balasan atau tebusan seolah-olah mereka tiada
penutup tersendiri.

136

Rujukan

Rujukan Novel

- Leftenan Adan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
- Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
- Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
- Pantai Kasih karya Azmah Nordin
- Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Avip
- Tirani karya Ben Sabariah
- Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
- Silir Daksina karya Nizar Parman

Rujukan Website

- https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/#Sinopsis_Novel_Jendela_Menghadap_Jalan
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-jendela-menghadap-jalan-komsas.html
- https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/#Sinopsis_Novel_Di_Sebalik_Dinara
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
- https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/#Sinopsis_Novel_Leftenan_Adnan_Wira_Bangsa
- https://www.bumigemilang.com/novel-leftenan-adnan-wira-bangsa-k4-komsas-tingkatan-4/
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html
- https://www.bumigemilang.com/novel-songket-berbenang-emas-k6-komsas-tingkatan-5/
- https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
- https://karangan.net/novel-pantai-kasih/
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-pantai-kasih-komsas-tingkatan-4.html
- https://pts.com.my/penulis/abdul_latip_bin_talib
- http://ruhaini-matdarin.blogspot.com/2015/11/biodata-ruhaini-matdarin-dan-buku-yang.html
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Noor_Azizah
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Azmah_Nordin
- http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-tirani-komsas-tingkatan-5.html
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
- https://www.blogger.com/profile/03417861860653232558

137


Click to View FlipBook Version