http://www.puo.edu.my JMSK_puo JMSK PUO +605-545 7622 JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) JALAN RAJA MUSA MAHADI 31400 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA CETAKAN KETIGA / THIRD PRINTING / 2023 HAK CIPTA POLITEKNIK UNGKU OMAR / COPYRIGHT POLITEKNIK UNGKU OMAR HAK CIPTA TERPELIHARA. TIADA BAHAGIAN DARIPADA E-BULETIN INI BOLEH DITEBITKAN SEMULA, DISIMPAN UNTUK PENGELUARAN ATAU DITUKARKAN KE DALAM SEBARANG BENTUK ATAU DENGAN SEBARANG ALAT JUGA PUN, SAMA ADA SECARA ELEKTRONIK, GAMBAR, SERTA RAKAMAN DAN SEBAGAINYA TANPA KEBENRAN BERTULIS DARIPADA JABATAN MATEMATIK. SAINS DAN KOMPUTER.
I S I K A N D U N G A N E BULETIN JMSK PUO . JILID KETIGA . NOV 2023 SIDANG RIDAKSI SEKAPUR SIRIH PENGGUNAAN LAMAN WEB YOUTUBE SEBAGAI TRANSFORMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN BAGI TOPIK ‘PRESENTATION’ DALAM KURSUS APLIKASI KOMPUTER (DBC20012) (FARAH HAYATI BINTI CHE LAH | NUR HIDAYAH BINTI OTHMAN | MAZIAH BINTI ABD MALIK) INOVASI PERMAINAN VIDEO 'MATHSPAC U-MIND’ SEBAGAI PENAMBAHBAIKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDPDT) PASCA COVID 19. (NOR AZIMAH BINTI ABDUL GHANI | DAHLIA BINTI DAHALAN | KHAZIDAH BINTI KHALID) PENGENALAN KEPADA SISTEM PLATFORM ALTITUD TINGGI (MOHD IZWANNI BIN SARIMAN | AIMAN BIN ZAINUL KERIF | SHANI GAPUR BIN MOHAMED) "UNLOCKING THE BENEFITS OF PROPROFS: STREAMLINING LEARNING AND KNOWLEDGE MANAGEMENT.“ (NITHYA PERIASAMY | MOHD ANWAR BIN DRIS) APLIKASI EM2 MATH UNTUK MATEMATIK KEJURUTERAAN 2 (MOHD SYAZWAN BIN MUSA | AIMAN BIN ZAINUL KERIF | ABDUL HADI BIN HASHIM) 1 2 4-9 10-15 16-20 21-25 26-30
I S I K A N D U N G A N E BULETIN JMSK PUO . JILID KETIGA . NOV 2023 “PROJEK RAK REZEKI” INISIATIF STAF JMSK BERSAMA VOLUNTEER I-CARE (VIC) PERAK (INTAN FARAH DINA BINTI ZAINE | NURIZATY BINTI MUHAMAD NOR | NUR HIDAYAH BINTI OTHMAN) BENGKEL KALKULATOR fx-570MS 2023 (JUNAIDATUL NADIA BINTI JAAFAR | NUURUL HUSNA BINTI HASAN | NOR LIAN BINTI MOHD NORDIN) SISTEM PENGURUSAN KUNCI ATAS TALIAN (NORASHIKIN BINTI SHARI | SITI HAWA BINTI AZIZ | ZULIANA BINTI ABDUL MUTALIB) SISTEM PENGURUSAN KECERGASAN STAF (SPKS) MELALUI APLIKASI STRAVA (Ts. ZULHIKMI BIN ZALI) INKUBATOR FROZEN FOOD - HATCHING BIG IDEAS-LET’S MOVE ON (JULIANA MOHD ARIFFIN) JMSK PUO MENYANTUNI ANAK-ANAK TAHFIZ MAHABBATUL UMMAH (SALILAH ARIS | NORBAINI BINTI MOHAMED | NURIZATY BINTI MOHAMED NOR) 32-35 36-42 43-46 47-50 51-56 57-59
I S I K A N D U N G A N E BULETIN JMSK PUO . JILID KETIGA . NOV 2023 KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR (KHALILULRAHIM BIN AHMAD) KEPENTINGAN STEM (NUR AMALINA BINTI MONTEL | NOR AQILAH BINTI MOHD MANSORI) KEPENTINGAN STEM DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (LIM YEONG CHYNG) NILAI-NILAI MURNI DALAM PEKERJAAN (NOR AZIMAH BINTI MUSTAFAR | SITI NORSHAFINAZ MOHD NOH) KENALI TUMBUH-TUMBUHAN DI SEKITAR PUO (SYAHIDA BINTI SAID) INCLUSIVE SCHOOL (LEW WAN CHUN) TAHNIAH JMSK PUO!!! PENCAPAIAN 2023 RENUNGAN KALAM 69-74 75-77 78-81 82-86 87-89 91-98 61-68 99-101
1 KETUA PENYUNTING & REKA BENTUK GRAFIK NUR HIDAYAH BINTI OTHMAN PENOLONG INOVASI, PENYELIDIKAN & PENERBITAN [email protected] PENYELARAS NITHYA A/P PERIASAMY KETUA INOVASI, PENYELIDIKAN & PENERBITAN [email protected] PENYUNTING & REKA BENTUK GRAFIK INTAN FARAH DINA BINTI ZAINE [email protected]
2 Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses penghasilan e-buletin ini. Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah dan kekuranganya dari pihak kami sendiri. Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat Maju Jaya. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Ahmad Rakimi bin Mohamad Ketua Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Premier. Sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinNya, maka e-buletin JMSK edisi ke-3 dapat di diterbitkan dengan jayanya. Terima kasih dan syabas kepada sidang ridaksi serta barisan penulis e-buletin JMSK kerana bertungkus-lumus menerbitkan e-buletin edisi ke-3 ini. Di harap agar tahun-tahun seterusnya seluruh warga JMSK akan dapat memberi lebih komitmen bagi memantapkan lagi e-buletin ini. Semoga e-buletin ini menjadi medium untuk penyebaran ilmu kepada warga Politeknik Ungku Omar.
PENULISAN KATEGORI I: STEM & INOVASI 3
PENGGUNAAN LAMAN WEB YOUTUBE SEBAGAI TRANSFORMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN BAGI TOPIK ‘PRESENTATION’ DALAM KURSUS APLIKASI KOMPUTER (DBC20012) PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: FARAH HAYATI BINTI CHE LAH NUR HIDAYAH BINTI OTHMAN MAZIAH BINTI ABD MALIK KATEGORI I: STEM & INOVASI 4
PENGGUNAAN LAMAN WEB YOUTUBE SEBAGAI TRANSFORMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN BAGI TOPIK ‘PRESENTATION’ DALAM KURSUS APLIKASI KOMPUTER (DBC20012) 5 Penutupan semua pusat pengajian tinggi yang bermula 18 Mac 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada wabak penularan Covid-19 telah memberi cabaran baharu kepada para pensyarah untuk memastikan pelajar – pelajar terus menerima pembelajaran seperti yang dirancang setiap awal semester. Sehubungan itu, para pensyarah khususnya pensyarah Politeknik mula mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian. Aplikasi laman web YouTube merupakan salah satu medium yang akan digunapakai dalam PdP secara atas talian bagi Topik 3 – ‘Presentation’ dalam kursus DBC20012 Aplikasi Komputer khususnya kepada pelajar – pelajar semester satu Jabatan Perdagangan, Politeknik Ungku Omar (PUO). Penggunaan laman web YouTube dalam PdP secara atas talian ini merupakan pilihan yang terbaik dalam meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat, pedagogi dan penilaian berterusan kerja kursus. Penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran pensyarah dalam usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat pelajar – pelajar dalam pembelajaran. Seiring dengan ini, kajian diwujudkan bagi melihat keberkesanan penggunaan aplikasi laman web YouTube dalam melaksanakan PdP secara atas talian. Secara tidak langsung, ianya membantu proses PdP berjalan dengan lancar walaupun pensyarah tidak bersemuka dengan pelajar secara langsung. Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), DBC20012, YouTube, video. PENGENALAN
PENGGUNAAN LAMAN WEB YOUTUBE SEBAGAI TRANSFORMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN BAGI TOPIK ‘PRESENTATION’ DALAM KURSUS APLIKASI KOMPUTER (DBC20012) 6 1.1 LATAR BELAKANG INOVASI Penggunaan laman web YouTube dalam PdPdT menjadi pilihan pengkaji dalam usaha memastikan proses PdP berlangsung mengikut perancangan mengajar. Penghasilan inovasi ini diwujudkan bagi melihat keberkesanan penggunaan laman web YouTube dalam melaksanakan PdPdT secara berkesan khususnya bagi DBC20012 Aplikasi Komputer dalam Topik 3 ‘Presentation’. 1.2 CETUSAN IDEA Projek inovasi ini tercetus apabila memperlihatkan keadaan masakini di mana teknologi terkini adalah penghubung terbaik antara pensyarah dan pelajar dalam proses PdP. Pelajar juga merupakan individu yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini. 1.3 PENYATAAN MASALAH Masalah dihadapi apabila PdP di dalam bilik kuliah tidak dapat dilaksanakan akibat wabak penularan virus Covid-19. Seraya itu, pengkaji mengambil inisiatif dan langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini.
PENGGUNAAN LAMAN WEB YOUTUBE SEBAGAI TRANSFORMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN BAGI TOPIK ‘PRESENTATION’ DALAM KURSUS APLIKASI KOMPUTER (DBC20012) 7 1.5 IMPAK INOVASI 1.5.1 KELEBIHAN ➢ Proses PdP antara pensyarah dan pelajar lebih mudah. ➢ Pelajar lebih mudah mengakses bahan pembelajaran pada bila – bila masa dan tempat. ➢ Kemahiran penggunaan teknologi terkini dapat dipertingkatkan . ➢ Laman web YouTube adalah aplikasi percuma atas talian yang boleh digunakan oleh semua orang. Dengan hanya memuatnaik video PdP dalam YouTube secara percuma, pelajar dapat melihat video tersebut secara langsung ataupun memuat turun video tersebut. Dengan itu mereka boleh menonton video PdP berulang kali. 1.5.2 KELEBIHAN
PENGGUNAAN LAMAN WEB YOUTUBE SEBAGAI TRANSFORMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN BAGI TOPIK ‘PRESENTATION’ DALAM KURSUS APLIKASI KOMPUTER (DBC20012) 8 1.5 IMPAK INOVASI 1.5.3 SEBARLUAS INOVASI ➢ Penghasilan inovasi ini tidak terhad kepada pelajar politeknik sahaja, malah boleh disebarluas kepada semua pengguna YouTube di serata dunia. 1.6 GAMBAR INOVASI Gambar - gambar ini menunjukkan video - video yang telah dimuatnaik ke dalam YouTube melalui Channel PUO.JMSK.DBC 1.6 GAMBAR INOVASI
PENGGUNAAN LAMAN WEB YOUTUBE SEBAGAI TRANSFORMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN BAGI TOPIK ‘PRESENTATION’ DALAM KURSUS APLIKASI KOMPUTER (DBC20012) 9 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI KESIMPULAN
INOVASI PERMAINAN VIDEO 'MATHSPAC U-MIND’ SEBAGAI PENAMBAHBAIKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDPDT) PASCA COVID 19. 10 PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: NOR AZIMAH BINTI ABDUL GHANI DAHLIA BINTI DAHALAN KHAZIDAH BINTI KHALID KATEGORI I: STEM & INOVASI
INOVASI PERMAINAN VIDEO 'MATHSPAC U-MIND’ SEBAGAI PENAMBAHBAIKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDPDT) PASCA COVID 19. 11 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) bukanlah suatu kebiasaan baru dan ianya bukan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang asing bagi warga Politeknik Malaysia. Bermula daripada tuntutan Transformasi Politeknik pada tahun 2010, konsep e-Pembelajaran telah mula diterapkan dalam PdP di politeknik seluruh Malaysia. Curriculum Information Document Online System (CIDOS) pula merupakan suatu portal pembelajaran yang dibangunkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) bagi kegunaan pendidik, pentadbir dan pelajar Politeknik Malaysia sebagai pengguna yang berdaftar dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran dalam ruang peribadi. Melalui CIDOS, pengguna berdaftar dapat mengakses maklumat, memuat naik serta memuat turun fail yang diperlukan, terlibat dalam forum dan membuat penilaian (tugasan, kuiz, ujian dan lain-lain) kepada kurikulum yang digunakan di politeknik. Selain daripada portal CIDOS, pensyarah politeknik juga mempunyai beberapa alternatif lain seperti Google Classroom dan Padlet. PENGENALAN Pelaksanaan e-Pembelajaran ini membolehkan PdP dijalankan secara lebih fleksibel di mana maklumat dan bahan pembelajaran boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-.bila masa.
INOVASI PERMAINAN VIDEO 'MATHSPAC U-MIND’ SEBAGAI PENAMBAHBAIKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDPDT) PASCA COVID 19. 12 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Penggunaan teknologi maklumat sebagai medium penyampaian P&P sangat menjadi ikutan kerana ia dilihat lebih menarik berbanding medium tradisional. Antara elemen teknologi persembahan yang paling kerap digunakan ialah persembahan powerpoint. Namun begitu bagi menghasilkan pengajaran yang lebih menarik, medium persembahan perlu diperhalusi lagi. Prezi adalah sesuatu yang baru dan kelihatan lebih canggih dan ia dilihat lebih mencuri daya fokus pelajar. Namun begitu, ia masih lagi belum mampu mengekalkan perhatian para pelajar sehingga ke hujung sesi kuliah tambahan pula kelas atas talian (PdPDT). Oleh itu, pendekatan seperti permaianan video dipilih bagi merangsang gaya pembelajaran yang santai dan menceriakan suasana PdPDT ini. Permainan video merupakan salah satu medium sangat menarik perhatian dialaf ini. Permainan video bukan sahaja mengurangkan tekanan dan kebimbangan, tetapi dapat merangsang minda untuk menumpukan sepenuh perhatian dan menaruh minat terhadap pengajaran pensyarah. Rentetan daripada itu, pendekatan permainan video 'MathsPac U-Mind’ telah dibangunkan untuk digunakan dan ditambahbaik lagi bagi menarik minat pelajar mengikuti proses PdPDT. Permainan 'MathsPac U-Mind’ telah ditambahbaik dengan memasukkan elemen-elemen soalan matematik kejuruteraan 1 dan 3. Permaianan 'MathsPac U-Mind’ adalah sebagai satu cara menimbulkan keseronakan kepada pelajar untuk terlibat sepenuhnya dalam proses PdPDT. Pembelajaran yang diperolehi akan lebih bermakna dan berkesan sekiranya pelajar-pelajar sendiri yang terlibat secara aktif dalam proses PdPDT ini. Para pelajar akan lebih bersemangat untuk mempelajari isi kandungan pelajaran kerana menyedari perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukanan di dalam permainan video tersebut. Dengan ini, tanpa dipaksa pelajar akan terlibat dalam proses PdPDT dimana mereka akan merasa kecewa jika tidak dapat menyelesaiakan permainan video tersebut.
INOVASI PERMAINAN VIDEO 'MATHSPAC U-MIND’ SEBAGAI PENAMBAHBAIKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDPDT) PASCA COVID 19. 13 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Hasil gabungan Ms Power Point , gabungan soalan disamping penggunaaan elemen permainan telah mewujudkan satu platform inovasi yang terbaharu dalam sistem pembelajaran. Untuk meningkatkan mood pelajar dalam sesi pebelajaran di atas talian, penggunaan elemen permainan Pac Man dimasukan ke dalam inovasi ini. Melalui proses ini, emoji Pac Man akan memakan buah yang ada disetiap blok yang tersekat. Setelah emoji Pac Man memakan buah tersebut, soalan akan terpapar dengan sendirinya dan 4 jawapan turut dinyatakan untuk pelajar membuat pilihan. Sekiranya jawapan yang pelajar pilih itu betul, sekatan blok akan terbuka dan emoji Pac Man akan meneruskan perjalanan sehingga ke garisan penamat. Akan tetapi, sekiranya jawapan yang dipilih oleh pelajar itu salah, sekatan blok tidak akan terbuka. Pelajar akan diberi 3 cubaan untuk menjawab soalan tersebut. Sekiranya dalam tempoh cubaan tersebut pelajar tidak dapat menjawab, pelajar tersebut dianggap gagal untuk ke peringkat yang seterusnya. Oleh itu melalui inovasi yang dihasilkan ini dilihat mampu memberikan suasana pembelajaran yang berlainan disamping dalam masa yang sama dapat merehatkan minda pelajar di samping bersemangat dalam menjawab soalan. PENERANGAN HASIL INOVASI: Rajah 1: Cara menyediakan permaianan video 'MathsPac UinMind’ menggunakan Microsoft power point
INOVASI PERMAINAN VIDEO 'MATHSPAC U-MIND’ SEBAGAI PENAMBAHBAIKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDPDT) PASCA COVID 19. 14 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI HASIL INOVASI: Rajah 2: Sebahagian dari slide power point permainan video 'MathsPac UinMind’ Rajah 3: Permaianan video 'MathsPac U-inMind’ dan pautan google drive soal selidik yang dimuat naik ke platform CIDOS
INOVASI PERMAINAN VIDEO 'MATHSPAC U-MIND’ SEBAGAI PENAMBAHBAIKAN PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (PDPDT) PASCA COVID 19. 15 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Tujuan Memudahkan proses Pembelajaran dan Pengajaran atas talian (PdPDT) dengan menyediakan permaianan video 'MathsPac UinMd’ dalam mic power point. Kumpulan sasar Pelajar semester 1 dan semester 3 yang mengambil kod DBM (Matematics EngIneering ) di Politeknik Ungku Omar. Memberi satu semanagat baru kepada pelajar untuk belajar lebih serius lagi walaupun secara PdPDT (atas talian) di mana kemahiran ini sangat penting bagi setiap individu menerapkan pembelajaran sepanjang hayat dan bukan hanya secara formal tetapi secara tidak formal juga. Melalui kajiselidik menggunakan aplikasi Google Form, ke atas pelajar yang mengambil kod DBM 10013 dan DBM 30033 data di bawah didapati; IMPAK DAN KEBERKESANAN: Rajah 4: Graf Menunjukkan Maklum Balas Soal Selidik Pelajar Terhadap Inovasi 'Mathspac U-Mind’ Dalam Penambahbaikan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Pasca Covid 19
PENGENALAN KEPADA SISTEM PLATFORM ALTITUD TINGGI PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: MOHD IZWANNI BIN SARIMAN AIMAN BIN ZAINUL KERIF SHANI GAPUR BIN MOHAMED KATEGORI I: STEM & INOVASI 16
PENGENALAN KEPADA SISTEM PLATFORM ALTITUD TINGGI 17 Stesen Platform Altitud Tinggi atau dikenali sebagai High Altitude Platform Station (HAPS). Platform Station (HAPS) ialah sebuah pesawat kuasi-pegun atau belon udara yang digunakan untuk memberi perkhidmatan komunikasi kepada satu kawasan yang luas berada pada ketinggian beribu kaki dari aras laut untuk tempoh masa yang panjang. HAPS juga dikenali sebagai Platform Stratosfera iaitu sebuah objek yang dicipta dan memperkenalkan kaedah baru penghantaran tanpa wayar di mana ianya merupakan pencambahan idea untuk meletakkan sesuatu objek seumpama fungsi satelit yang bersifat sebagai stesen penghantar dan penerima pada lokasi ketinggian yang lebih rendah berbanding lokasi satelit iaitu di lapisan stratosfera pada ketinggian disyorkan iaitu di antara 17 km ke 22 km dari aras laut. Secara amnya, sistem komunikasi HAPS ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu segmen angkasa dan segmen daratan. Segmen angkasa ini mencakupi platform udara seperti kapal udara atau belon udara serta muatan komunikasi dalam kapal udara tersebut. Kapal udara ini juga dikategorikan sebagai pesawat berpemandu dan pesawat tanpa pemandu. Pesawat tersebut mestilah berupaya untuk melakukan penerbangan di sekitar kawasan liputan dan berada seolah-olah pegun dengan lokasi daratan. Muatan komunikasi yang berada dalam HAPS biasanya terdiri daripada sistem bekalan kuasa (panel solar), antena penerima dan memancar, satu rangkaian pemproses yang berfungsi untuk menghantar, menerima, mensuis dan memultiplekkan isyarat.
PENGENALAN KEPADA SISTEM PLATFORM ALTITUD TINGGI 18 Contoh platform udara yang telah dijalankan kajian adalah seperti HALO, HeliNet, HeliPlat, Sky Station, Sky Tower, StratSat, CAPANINA, HAPCOS dan Japanese HAPS. Segmen daratan pula terdiri daripada semua sistem rangkaian telekomunikasi daratan yang sedia ada. Rajah 1 Senibina Rangkaian Asas HAPS Sumber : QUCOMHAPS 2010 Dari segi aplikasi atau penggunaan, HAPS boleh digunakan dalam banyak aplikasi seperti capaian tanpa wayar 3G/4G, internet, penyiaran (televisyen atau radio), video interaktif, pengawasan, penderiaan jauh (remote sensing), pencerapan bumi, navigasi, pemantauan pencemaran, pengurusan dan pertanian serta perkhidmatan komunikasi di waktu kecemasan. Seperkara yang menarik tentang HAPS adalah ianya merupakan sebuah kapal udara yang mudah untuk digerakkan ke zon tertentu sekiranya berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh, tsunami dan seumpamanya. Sekiranya berlaku bencana yang menyebabkan prasarana telekomunikasi daratan musnah, maka HAPS akan digerakkan ke zon bencana bagi memberikan perkhidmatan kecemasan serta memulihkan sistem telekomunikasi yang telah lumpuh. Para pengguna perkhidmatan sistem telekomunikasi masih boleh menggunakan perkhidmatan pada ketika keadaan kritikal tersebut.
PENGENALAN KEPADA SISTEM PLATFORM ALTITUD TINGGI 19 Rajah 2 HAPS bersifat mudah gerak yang sesuai untuk memberikan perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan. Sumber : 7th ASTAP HAPS-EG 2003 Menurut International Telecommunication Union (ITU) pada tahun 2007, secara asasnya, jalur frekuensi yang ditetapkan khusus untuk operasi HAPS dibahagikan kepada 3 kategori utama, iaitu; i. Frekuensi 47/48 GHz diperuntukkan untuk kegunaan perkhidmatan komunikasi berasaskan HAPS di seluruh dunia. Frekuensi ini akan digunakan sebagai gerbang laluan utama untuk perkhidmatan jalur lebar tetap bagi sistem penghantaran data, suara dan video. Frekuensi ini juga diperuntukkan untuk perkongsian dengan satelit sedia ada. ii. Frekuensi 27/28 GHz dan 31GHz digunakan untuk perkhidmatan jalur lebar tetap ke rangkaian pengguna. Frekuensi ditetapkan untuk perkongsian di antara satelit sedia ada dan juga stesen komunikasi daratan.
PENGENALAN KEPADA SISTEM PLATFORM ALTITUD TINGGI 20 iii. Frekuensi 2.1 GHz (IMT-2000) digunakan untuk mobil 3G yang memberikan perkhidmatan data, suara dan video kepada rangkaian pengguna. Penggunaan frekuensi ini memberikan pilihan hubung terus ke menara komunikasi daratan. Dengan ini, pengguna 3G juga boleh dihubungkan terus dengan sistem HAPS dengan menggunakan frekuensi ini. Pemilihan HAPS sebagai platform komunikasi sangat ekonomik kerana ianya mempunyai kawasan liputan yang besar sekiranya dibandingkan dengan sistem komunikasi daratan dan HAPS juga murah untuk dilancarkan serta mudah untuk diselenggarakan berbanding sistem satelit. Oleh itu, perlaksanaan sistem HAPS ini akan memberikan impak yang sangat besar dan sebagai pelengkap kepada sistem komunikasi sedia ada bagi melancarkan sistem penghantar data berskala besar dan berkelajuan tinggi pada masa hadapan. Rujukan ➢ Andrews, J.G., Ghosh, A. & Muhamed, R. 2007. Fundamentals of WiMAX. New Jersey: Prentice Hall. ➢ Avdikos, G., Papadakis, G. & Dimitriou, N. 2008. Overview of the application of Altitude Platform (HAP) systems in future telecommunication networks. 10th International Workshop on Signal Processing for Space Communications, hlm. 1 – 6. ➢ Iskandar & Putro, D.R. 2008. Performance evaluation of broadband WiMAX services over High Altitude Platforms (HAPs) communication channel. The 4 th International Conference on Wireless and Mobile Communications, hlm. 55 – 59. ➢ QucomHaps. 2007. HAPS Concept – Communication Delivery. http://www.qucomhaps.net/01hapsconcept_04commdlvr.htm Struzak, R. 2003. Mobile Telecommunications viaStratosphere. http://www.intercomms.net/AUG03/content/struzak1.php
"UNLOCKING THE BENEFITS OF PROPROFS: STREAMLINING LEARNING AND KNOWLEDGE MANAGEMENT." PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: NITHYA PERIASAMY MOHD ANWAR BIN DRIS KATEGORI I: STEM & INOVASI 21
"UNLOCKING THE BENEFITS OF PROPROFS: STREAMLINING LEARNING AND KNOWLEDGE MANAGEMENT." 22 WHAT Is PROPROFs? Proprofs Quiz Maker is a web-based application that allows users to create and deliver interctive quizzes, assessments and surveys. With ProProfs, users can create customized quizzes using a variety of question types, icluding multiple-choice, fill- in-the-blank, and essay questions. The application offers various options for customization, including the ability to add images, videos, and audio files to questions and answers. Users can also set time limits for quizzes, randomize questions, and track student performance with detailed reports. ProProfs quiz maker is a versatile tool that can be used in a variety of settings, including education, training and business. It allows users to create engaging and interctive quizzes that can be easily shared with others via email, social media or website embeds. Overall, proProfs Quiz Maker is a powerful tool that can help educators and trainers create effective and engaging asessments that facilitate learning and improve student outcomes.
"UNLOCKING THE BENEFITS OF PROPROFS: STREAMLINING LEARNING AND KNOWLEDGE MANAGEMENT." 23 PROPROFs! vs Target Audience: Targets businesses, educators and trainers Target Audiece: Primarily designed for K-12 classrooms Learning Formats: Proprofs offers a broad range of learning formats, including online courses, assessments, quizzes and surveys Learning Formats: Kahoot focuses on interactive games and quizzes. Features: Proprofs provides advanced features like survey creatio, course authoring and comprehensive reports. Features: Kahoot is more geared towards fun and interactive learning with features like gamification, live polls and leaderboards. Pricing: Proprofs offers more flexible pricing options, including both free and paid plans. Pricing: Kahoot only offers a free plan with limited features and requires a paid subscription for more advanced features. If an educator is looking for a platform that offers a broad range of learning formats, including online courses, assessments, quizzes, and surveys, then ProProfs may be a better choice. ProProfs provides advanced features like course authoring, survey creation, and detailed reporting which can help educators design comprehensive learningexperiences.
"UNLOCKING THE BENEFITS OF PROPROFS: STREAMLINING LEARNING AND KNOWLEDGE MANAGEMENT." 24 BENEFTITS OF PROPROFS FOR EDUCATORS Enhanced Student Engagement: The interactive features of Proprofs, including multimedia options and feedback, can increase student engagement and motivation. Educators can also use gamification strategies to make learningmore fun and competitive forstudents. Streamlined Content Creation: ProProfs provides a user friendly interface for creating and delivering content, including quizzes, surveys and assessments. Educators can easily create and customize their own quizzes or use pre existing templates to save time.
"UNLOCKING THE BENEFITS OF PROPROFS: STREAMLINING LEARNING AND KNOWLEDGE MANAGEMENT." 25 BENEFTITS OF PROPROFS FOR EDUCATORS Flexible learning: Proprofs supports a variety of learning styles, with options for self-paced learning, group learning, and instructor-led learning. Educators can use ProProfs to offer flexible learning options that suit the needs of all students. Comprehensive Tracking and Reporting: ProProfs provides detailed tracking and reporting on student performance, including time spent on each activity, scores and completion rates. This data can help educators identify areas where studets may be struggling and adjust their teaching accordingly.
APLIKASI EM2 MATH UNTUK MATEMATIK KEJURUTERAAN 2 PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: MOHD SYAZWAN BIN MUSA AIMAN BIN ZAINUL KERIF ABDUL HADI BIN HASHIM KATEGORI I : STEM & INOVASI 26
APLIKASI EM2 MATH UNTUK MATEMATIK KEJURUTERAAN 2 27 1. EM2 MATH APP Aplikasi dalam peranti mudah alih telah menjadi kemestian dalam kehidupan harian manusia pada masa kini terutamanya kepada kepada pelajar bagi membantu mereka dalam urusan pembelajaran. Penggunaan aplikasi untuk peranti mudah alih telah berkembang dengan pesat dalam kalangan para pelajar dan boleh menjadi alat membantu pelajar mengakses maklumat seperti nota dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi merealisasikan harapan kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan maka seramai tiga orang pensyarah dari Jabatan Matematik Sains Komputer telah berkerjasama bagi membina sebuah aplikasi bagi membantu para pelajar Politeknik Ungku Omar mempelajari mata pelajaran Matematik Kejuruteraan 2 DBM20023 dengan lebih cekap dan mudah. Aplikasi ini dinamakan sebagai EM2 Math sempena nama subjek Engineering Mathematics 2 (DBM20023). Para pelajar boleh memuat turun aplikasi EM2 Math ini di google play store. Aplikasi EM2 Math mengandungi nota, video dan quiz mengikut tiga (3) topik yang terdapat dalam subjek ini iaitu Indices & Logaritma, Differentiation dan Integration. Demi mengikuti perkembangan terkini di mana penggunaan aplikasi sangat popular dalam dunia masa kini maka terciptalah aplikasi yang dinamakan sebagai EM2 Math. Semoga aplikasi ini dapat membantu para pelajar Politeknik Ungku Omar mempelajari subjek DBM20023 dengan lebih mudah dan berkesan Aplikasi EM2 Math
APLIKASI EM2 MATH UNTUK MATEMATIK KEJURUTERAAN 2 28 2. ANDROID STUDIO Aplikasi ini dibina dengan menggunakan Android Studio, di mana Android Studio adalah sebuah Integrated Development Environment (IDE) yang digunakan khas untuk membangunkan sebuah aplikasi android. Terdapat dua (2) jenis pengaturcaraan yang digunakan untuk membina aplikasi ini iaitu Kotlin dan Java. Walaubagaimanapun, untuk membina aplikasi EM2 Math ini pengaturcaraan Java telah digunakan Terdapat dua (2) jenis fail yang digunakan dalam Android Studio iaitu fail Java dan html. Di mana fail Java digunakan untuk membangunkan sistem kawalan sebuah aplikasi dan berfungsi seperti otak kepada kepada aplikasi yang akan dibina. Seperti namanya iaitu fail Java maka bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Java. Manakala fail html digunakan untuk membuat Graphical User Interface (GUI) bagi sebuah aplikasi. Untuk membina GUI, pengaturcara boleh menggunakan dua (2) kaedah sama ada menulis bahasa pengaturcaraan html atau drag & drop. Fail Java
APLIKASI EM2 MATH UNTUK MATEMATIK KEJURUTERAAN 2 29 3. PEMBINAAN APLIKASI EM2 MATH Aplikasi ini direkabentuk dengan menggunakan Navigation Drawer (ND) dimana para pelajar boleh mengakses aplikasi dengan menggunakan cara akses ergonomic ke destinasi dalam API. Cara ND ini berfungsi adalah apabila pengguna menekan butang ND maka menu navigasi akan meluncur keluar dari kiri ke kanan dan kemudian pengguna boleh memilih mana-mana menu navigasi untuk mereka akses Fail HTML Rekabentuk Navigation Drawer
APLIKASI EM2 MATH UNTUK MATEMATIK KEJURUTERAAN 2 30 4. KANDUNGAN APLIKASI EM2 MATH Aplikasi EM2 Math mengandungi beberapa menu seperti home, notes, video differentiation, video integration and quiz. Para pelajar boleh membuka nota dari menu notes dimana terdapat 3 topik iaitu: i. Topik 1 Indices and Logarithm ii. Topik 2 Differentiation iii. Topik 3 Integration Para pelajar juga boleh mempelajari matematik kejuruteraan 2 melalui rakaman video melalui menu Video Differentiation dan Video Integration. Video ini diambil dari youtube channel Syazwan Musa dimana ia diajar dan dirakam sendiri oleh beliau dan beliau juga merupakan pembina aplikasi EM2 Math ini. Yang terakhir, para pelajar juga boleh menguji sejauh mana tahap penguasaan para pelajar terhadap subjek matematik kejuruteraan 2 dengan melayari menu quiz.
PENULISAN KATEGORI II : PENGURUSAN & AKTIVITI JABATAN 31
“PROJEK RAK REZEKI” INISIATIF STAF JMSK BERSAMA VOLUNTEER ICARE (VIC) PERAK PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: INTAN FARAH DINA BINTI ZAINE NURIZATY BINTI MUHAMAD NOR NUR HIDAYAH BINTI OTHMAN KATEGORI II : PENGURUSAN & AKTIVITI JABATAN 32
“PROJEK RAK REZEKI” INISIATIF STAF JMSK BERSAMA VOLUNTEER I-CARE (VIC) PERAK 33 Politeknik Ungku Omar (PUO) sentiasa menitikberatkan kebajikan warganya dan sentiasa komited menjalinkan hubungan yang baik terutamanya dengan para pelajar. Jabatan Matematik Sains & Komputer (JMSK) telah memulakan untuk pelajar PUO sejak tahun 2019. Namun ianya terhenti sementara disebabkan wabak Covid yang melanda negara kita menyebabkan kita terpaksa melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada MAC 2020 - JAN 2021. Setelah hampir 3 tahun terhenti, kini Jmsk Puo melaksanakan semula berikutan kadar kemasukan pelajar ke Politeknik Ungku Omar yang kian meningkat. Inisiatif ini merupakan bukti komitmen warga PUO dalam melestarikan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan. Melalui projek ini, kita menyediakan bekalan makanan di tempat yang dikhaskan dan boleh didapati oleh semua pelajar tidak kira agama dan bangsa pada setiap hari Isnin. Lokasi tersebut berada di hadapan bilik Pensyarah 2 Jmsk Puo .
“PROJEK RAK REZEKI” INISIATIF STAF JMSK BERSAMA VOLUNTEER I-CARE (VIC) PERAK 34 Di samping itu juga, pada setiap hari Jumaat ini diteruskan melalui pemberian ‘lunch pack’ kepada 42 orang pelajar-pelajar Asnaf yang terpilih terdiri dari pelbagai jabatan. Ia dikendalikan oleh Puan Roslina Zainal Adnan yang merupakan Sukarelawan dari Volunteer I-Care (VIC) ini mendapat sumbangan daripada warga PUO, Volunteer I-Care (VIC) Perak dan juga orang awam. Sehubungan dengan itu, amatlah dialualukan sekiranya ada pihak yang ingin berkongsi rezeki bersama pelajar bolehlah menghubungi kami. Diharapkan program ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pelajar malah dapat menjalinkan ukhuwah silaturrahim serta menyemai dan mendidik amalan bersedekah dan berkongsi rezeki di kalangan masyarakat sekaligus membentuk peribadi mereka yang baik. Terima Kasih kepada semua penyumbang budiman. Moga usaha kecil kita semua diberi ganjaran yang mulia di sisi Allah " , "
“PROJEK RAK REZEKI” INISIATIF STAF JMSK BERSAMA VOLUNTEER I-CARE (VIC) PERAK 35 " , "
BENGKEL KALKULATOR fx-570MS 2023 PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: JUNAIDATUL NADIA BINTI JAAFAR NUURUL HUSNA BINTI HASAN NOR LIAN BINTI MOHD NORDIN KATEGORI II : PENGURUSAN & AKTIVITI JABATAN 36
BENGKEL KALKULATOR fx-570MS 2023 37 Kalkulator merupakan alat teknologi mudah yang dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Kalkulator bukan sahaja digunakan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi, malah penggunaannya telah diperluaskan ke peringkat sekolah. Kalkulator saintifik juga merupakan salah satu alat teknologi yang telah dinaik taraf dengan adanya lebih banyak fungsi di dalamnya. Terdapat banyak model kalkulator saintifik yang dapat digunakan oleh pelajar dan bengkel ini akan fokus kepada penggunaan Kalkulator Saintifik fx-570MS. Namun, wujud sebilangan pelajar yang masih lemah dalam penggunaan kalkulator saintifik ini. Justeru, bengkel ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mahir menggunakan kalkulator saintifik dalam menjawab soalan Matematik
BENGKEL KALKULATOR fx-570MS 2023 38
BENGKEL KALKULATOR fx-570MS 2023 39 PERJALANAN BENGKEL Bengkel dimulakan dengan sesi menjawab soalan ujian pra berdasarkan pengetahuan sedia ada. Soalan diberi menerusi kod QR dan peserta menjawab di dalam telefon bimbit masing-masing dalam tempoh 10 minit. Seterusnya para peserta didedahkan kepada kemahiran asas penggunaan kalkulator saintifik bagi menjawab beberapa soalan berkaitan Matematik. Antara tajuk yang dibincangkan adalah penggunaan kalkulator saintifik bagi soalan melibatkan pecahan, kuasa, punca kuasa, fungsi-fungsi trigonometri, logarithm dan eksponen serta penyelesaian persamaan kuadratik. Di akhir proram, peserta sekali lagi perlu menjawab soalan ujian pos bagi menguji tahap kefahaman mereka terhadap isi kandungan bengkel. Soalan juga diberi menerusi kod QR dan peserta menjawab di dalam telefon bimbit masing-masing dalam tempoh 10 minit.
BENGKEL KALKULATOR fx-570MS 2023 40 HASIL/IMPAK BENGKEL 0 10 20 30 40 50 60 1 - 5 6 - 10 11 - 15 PERBANDINGAN HASIL UJIAN PRA DAN UJIAN POS PRE POST Jika diperhatikan daripada graf perbandingan hasil ujian pra dan ujian pos, dapat dilihat terdapat peningkatan markah bagi para pelajar yang menyertai bengkel ini. Semasa ujian pra, seramai 23 orang pelajar (36.51%) mendapat markah rendah (1–5 markah) berbanding markah tinggi (11-15 markah) iaitu hanya 9 orang pelajar (14.29%). Peningkatan ditunjukkan semasa ujian pos yang dilaksanakan selepas bengkel, yang mana hanya seorang pelajar mendapat markah rendah (1-5 markah) dan sebanyak 50% iaitu 50 orang pelajar berjaya memperoleh markah tinggi (11-15 markah). Secara keseluruhannya, objektif bengkel ini dapat dicapai dan dilaksanakan dengan teratur. Ini dapat diperhatikan daripada peningkatan markah para pelajar daripada ujian pra dan ujian pos. Bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan kalkulator saintifik dalam kalangan pelajar PUO. Selain itu, bengkel ini juga dapat membantu para pelajar dari segi peningkatan kefahaman dan keyakinan diri ketika menjawab soalan serta membantu pelajar dari segi pengurusan masa semasa menjawab soalan penilaian bagi subjek Matematik.
BENGKEL KALKULATOR fx-570MS 2023 41 GAMBAR SEPANJANG BENGKEL
BENGKEL KALKULATOR fx-570MS 2023 42 GAMBAR SEPANJANG BENGKEL
SISTEM PENGURUSAN KUNCI ATAS TALIAN PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: NORASHIKIN BINTI SHARI SITI HAWA BINTI AZIZ ZULIANA BINTI ABDUL MUTALIB KATEGORI II : PENGURUSAN & AKTIVITI JABATAN 43
SISTEM PENGURUSAN KUNCI ATAS TALIAN 44 1.0 PELAN TINDAKAN DAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN LEAN BIL STRATEGI PROGRAM/AKTIVITI SASARAN PELAKSANAA N PELAKSANA KUMPULAN SASARAN 1. Pembangunan dan penambahbaikan sistem pengurusan kunci di jabatan JMSK Sistem Pengurusan Kunci Atas Talian JMSK Berterusan Pegawai Pengurusan Pejabat, JMSK Staf JMSK 2.0 PERLAKSANAAN PROGRAM/AKTIVITI PENGURUSAN LEAN Program: Sistem Pengurusan Kunci Atas Talian JMSK Objektif Program: • Merekodkan pergerakan kunci berlabel di 9 lokasi di bawah seliaan JMSK seperti pejabat, bilik pensyarah, makmal, bilik mesyuarat dan bilik perbincangan JMSK. • Mewujudkan capaian borang atas talian untuk diisi oleh staf yang membuka/menutup lokasi berkenaan atas tujuan meningkatkan keselamatan. • Pemantauan atas talian bagi memastikan program ini berjalan lancar dan dipatuhi oleh semua staf. Anjuran dan Kerjasama semua staf JMSK: Program yang dilaksanakan ini adalah melibatkan kerjasama dari semua staf akademik dan staf sokongan jabatan.
SISTEM PENGURUSAN KUNCI ATAS TALIAN 45 Carta alir sebelum dan selepas program/aktiviti: Perlaksanaan program/aktiviti: Satu sistem pengurusan kunci telah dilaksanakan untuk tujan menambahbaik sistem pergerakan kunci di mana sebelum ini jabatan menggunakan buku untuk merekod tanpa pemantauan. Sistem atas talian ini dapat meningkatkan kualiti keselamatan melalui proses merekod dan memantau pergerakan kunci di 9 lokasi di bawah seliaan JMSK.Selain itu juga, ia dapat menggalakkan jabatan ke arah “Go Green” iaitu meminimakan degradasi kualiti persekitaran serta penggunaan kertas/buku di jabatan.