The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Terbitan Bersiri: eBuletin JMSK PUO JILID 3_NOV2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayah.nurr, 2023-11-02 00:23:17

eBuletin JMSK PUO JILID 3_NOV2023

Terbitan Bersiri: eBuletin JMSK PUO JILID 3_NOV2023

Keywords: eBuletin,JMSK,PUO,POLITEKNIK UNGKU OMAR,JABATAN MATEMATIK SAINS DAN KOMPUTER

96 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Tahniah kepada Pn Syahida staf JMSK PUO kerana telah mendapat SILVER MEDAL Class H: Teaching and Learning bagi International Innovation and Invention Competition 2023.


97 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI () Seramai 28 pelajar dari Politeknik Ungku Omar(PUO) telah menyertai MathsChamp 4.0 (secara online) dan seramai 9 pelajar (3 kumpulan) menyertai Explorace Comquiz yang diadakan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) pada 11 Oktober 2023 di bawah seliaan PN NITHYA PERIASAMY staf JMSK PUO. Berikut adalah peserta yang berjaya mengharumkan nama PUO iaitu : MATHS CHAMP 4.0 JUARA (KATEGORI POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI) NUR ILLAH BINTI AHMAD – JKM (BMS 3A) PERTANDINGAN BEST SELFIE MATHS CHAMP 4.0 1. ABDURRAHMAN ATIQULLAH BIN MOHD MAHYILDDIN – JKA (BCT 3A) 2. NAJJA HANIENA BINTI HADINI – JKM (BMS 3B) EXPLORACE COMQUIZ THE MOST ENERGETIC GROUP 1. MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZAINI – JKA (BCT 3B) 2. MUHAMMAD THALHA BIN HAMDAN – JKA (BCT 3A) 3. NURUL HUDA AFIQAH BINTI ZAMBRI – JKA (BCT 3B)


98 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI iTeCC PUO eDOLA X1 Tahniah berjaya merangkul tempat ke2 yang diterajui Innovator Kreatif PN NOR AQILAH BINTI MOHD MANSORI dari JMSK PUO dan tahniah juga kepada finalist kumpulan iFLAGSHIP PUO eDOLA X1. MAJLIS ANUGERAH eDOLA XI 2023 berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


99 KISAH UBI DAN KAMBING Di sebuah pondok yang sederhana cantiknya tinggallah seorang guru tua bersama isterinya. Guru ini telah berpuluh tahun mengajar di sebuah sekolah berdekatan dengan rumahnya. Beliau sangat dihormati di kalangan murid-muridnya kerana sikapnya yang baik hati dan sentiasa memberi kata-kata nasihat dan semangat untuk berjaya. Suatu hari, seorang bekas pelajarnya telah datang ke rumah guru tua ini. Dia membawa 3 ikat UBI sebagai buah tangan untuk gurunya yang dikirimkan ayahnya sebagai tanda ingatan dan terima kasih kerana telah mengajar dan mendidik anaknya dengan ilmu pelajaran. “Guruku yang dikasihi, hanya ini sahaja yang mampu aku beri kepadamu atas tanda terima kasihku kerana penat lelahmu mengajarku selama ini. Ubi ini juga kiriman dari ayahku di kampung untuk membalas kebaikanmu.” Guru itu sangat tersentuh dengan pemberian anak muridnya itu sambil berkata, “Wahai anak muridku, tidak perlu bersusah payah kamu ke mari membawa hadiah untukku. Sudah pasti kamu penat dari jauh datang ke rumahku. Kamu berehatlah dahulu ya sementara aku ke dapur membuat minuman. Guru itu kemudiannya terus ke dapur menemui isterinya sambil membawa hadiah kiriman anak muridnya.


100 “Isteriku, apa yang kita ada ya untuk diberikan kepada anak muridku? Dia datang dari jauh berjalan kaki membawa 3 ikat ubi buat kita sebagai tanda hadiah disebabkan aku telah mengajarnya.” Isterinya melihat di sekeliling dapur namun tiada apa yang boleh diberikan selain kelengkapan dapur dan air minuman. “Kita tidak mempunyai apa-apa suamiku untuk diberikan kepadanya kecuali seekor kambing peliharaan kita.” “Baiklah isteriku, kamu sediakan minuman buatnya. Ubi ini kamu simpan buat makan tengah hari kita. Aku akan memberinya kambing yang kita pelihara ini.” Maka pulanglah anak muridnya itu dengan gembira kerana gurunya telah menghadiahkannya seekor kambing. Tiba di pertengahan jalan, murid ini bertemu dengan rakannya maka diceritakan hal pertemuannya bersama bekas guru mereka serta hadiah yang diperolehinya. Mendengarkan cerita itu, rakannya pulang memberitahu kepada ayahnya akan kisah hadiah kambing itu. “Wah, mungkin kalau kamu membawa hadiah kambing kepada gurumu sudah tentu dia akan menghadiahkan kita seekor lembu.” Maka murid ini bergegas ke rumah gurunya sambil membawa seekor kambing sebagai hadiah untuk gurunya seperti yang diminta ayahnya. Guru itu sangat terkejut kerana muridnya yang kedua telah menghadiahkannya kambing bagi menggantikan kambingnya tadi. Guru itu sangat bersyukur atas pemberian yang diberi oleh Allah ini atas tanda keikhlasannya. Maka dengan pantasnya dia ke dapur mengambil 3 ikat ubi yang diberi oleh anak muridnya yang pertama itu lalu diberikan kepada anak muridnya yang kedua ini sambil mengucapkan terima kasih. Melihatkan ubi itu, membuatkan murid kedua ini terkejut tapi dia tetap memberikan senyuman kepada gurunya lantas pulang dengan perasaan yang kecewa. Maka pulanglah dia ke rumah sambil membawa 3 ikat ubi, bukannya seekor lembu seperti yang diharapkannya.


101 Demikianlah SAHABAT….. ➢ Bekerjalah kita dengan penuh KEIKHLASAN tanpa mengharapkan GANJARAN yang LEBIH BAIK. ➢ Jangan berhenti saat kamu letih, tetapi berhenti bila kamu telah selesai. ➢ Jangan bandingkan hidupmu dengan orang lain seperti tiada bandingannya antara matahari dan bulan kerana mereka akan tetap bersinar bila tiba waktunya. “Jangan mencari yang SEMPURNA, kerana dalam kamu mencari KESEMPURNAAN, kamu mungkin akan hilang yang TERBAIK”


Click to View FlipBook Version