SISTEM PENGURUSAN KUNCI ATAS TALIAN 46 3.0 IMPAK Perbezaan Pengurusan Kunci Konvensional dan Sistem Pengurusan Kunci Atas Talian JMSK
SISTEM PENGURUSAN KECERGASAN STAF (SPKS) MELALUI APLIKASI STRAVA PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: Ts. ZULHIKMI BIN ZALI KATEGORI II : PENGURUSAN & AKTIVITI JABATAN 47
SISTEM PENGURUSAN KECERGASAN STAF (SPKS) MELALUI APLIKASI STRAVA. 48 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Pada masa kini, tahap kesihatan dan kecergasan adalah satu faktor yang amat penting bagi semua lapisan masyarakat khususnya bagi kakitangan awam. “Ini adalah kerana untuk mencapai tahap proses kualiti perkhidmatan yang terbaik, setiap individu (staf) itu perlu mengekalkan tahap kecergasan melalui amalan gaya hidup yang sihat secara konsisten bagi berdaya saing dalam dunia pekerjaan”. Pakar Teknikal Bahagian Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Perundingan, Penyelidikan dan Pembangunan Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH), Siti Nurani Hassan. Di Pusat Pengajian Tinggi khususnya di Politeknik Ungku Omar, bagi mencapai Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan secara sistematik, terancang dan berkesan ianya mestilah memiliki faktor Kecergasan Staf (Pensyarah) yang sihat dan cergas, untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kuliah atau pun di makmal serta tugas-tugas hakiki yang lain. Pensyarah JMSK khususnya akan melalui purata jarak antara lokasinya 2 km dari pejabat serta berketinggian 25m dari paras laut untuk pengajar melalui durasi pengajaran dan pembelajaran 1 - 4 jam sehari. Tahap kecergasan akan mempengaruhi minda dan keseronokan staf bagi menyampaikan ilmu kepada pelajar. Faktor ini adalah penting bagi menghasilkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan mendapat maklumbalas positif dari pelajar minat didalam bidang yang dipelajari serta mewujudkan situasi pembelajaran yang harmoni untuk melahirkan graduan-graduan cemerlang Politeknik Ungku Omar serta membawa kejayaan pelajar di peringkat yang lebih tinggi.
SISTEM PENGURUSAN KECERGASAN STAF (SPKS) MELALUI APLIKASI STRAVA. 49 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Maka dengan ini, satu program pemantauan khas kecergasan melalui aplikasi Strava yang dilakukan secara Virtual telah dilaksanakan ke atas semua 40 orang Staf JMSK sebagai ‘Ujian Pilot’ . Tujuannya adalah untuk memastikan tahap kecergasan setiap staf di JMSK mencapai tahap kesihatan yang baik dan konsisten bagi meningkatkan pencapaian pelajar didalam bidang Matematik Sains dan Komputer. Aplikasi Pengukuran Kecergasan Staf ini boleh dipantau secara berpusat oleh Penyelia Program. Aplikasi Pengukuran ini juga dilengkapi dengan Sistem GPS yang membenarkan aktiviti kecergasan boleh dilakukan di mana-mana sahaja tempat yang terbuka secara berkumpulan mahupun secara individu dengan jarak 5km berlari atau berjalan kaki dan tempoh persediaan 2 minggu bagi mencapai kematangan pengalaman dan kecekapan penggunaan aplikasi ini untuk menghasilkan sasaran jarak sejauh 5km dengan kaedah ansur maju sehingga mencapai jarak 5 km dalam satu larian atau berjalan. Pendaftaran Online Pelaksanaan Kecergasan STRAVA Keputusan STRAVA Matlamat / Sasaran Rajah Kerangka kerja SPKS
SISTEM PENGURUSAN KECERGASAN STAF (SPKS) MELALUI APLIKASI STRAVA. 50 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Setelah aplikasi Strava dimuaturun kedalam telefon pintar melalui Aplikasi Playstore secara percuma dan staf kemudiannya perlu menyertai Kelab Strava JMSK sebagai ahli. Kesemua Staf berjaya mengekalkan kecergasan dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam pelaksanaan tugas hakiki dan sampingan di JMSK. Akhir kata, saya berharap kesemua staf JMSK dapat mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengekalkan kecergasan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik serta dapat meningkatkan kejayaan dan kecermelangan pelajar didalam bidang Matematik Sains dan Komputer.
INKUBATOR FROZEN FOOD - HATCHING BIG IDEAS-LET’S MOVE ON PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: JULIANA MOHD ARIFFIN KATEGORI II : PENGURUSAN & AKTIVITI JABATAN 51
INKUBATOR FROZEN FOOD - HATCHING BIG IDEAS-LET’S MOVE ON 52 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Frozen Food Incubator (FFI) merupakan inkubator yang ditubuhkan pada tahun 2020 menggunakan peruntukan warrant daripada pihak JPPKK. Pada awal perlaksanaan incubator ini terdapat 2 orang pensyarah yang telah dilantik sebagai penyelia bersama-sama dengan 30 orang pelajar, namun bilangan pelajar telah berkurangan kepada 10 orang. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang masih memberikan komited dan berminat dengan aktiviti penyediaan makanan sejuk beku ini. Para pelajar yang menyertai inkubator ini terdiri daripada semua jabatan akademik (JKA,JKM,JP dan JTMK) serta tidak kira jantina. Makanan sejuk beku yang dihasilkan sebelum ini adalah karipap, donut dan cucur badak. Namun pada kali ini, FFI bercadang untuk menghasilkan pengeluaran pelbagai produk yang berinovasi dari segi rasa dan penyediaan memandangkan sambutan terhadap makanan ini sangat menggalakkan serta penyediaannya yang lebih mudah dan cepat. Pusat Keusahawanan telah membuat perancangan supaya FFI dapat membuat come back dengan pengeluaran yang konsisten menghasilkan pelbagai jenis makanan sejuk beku pada semester ini. Perancangan untuk melibatkan pihak industri luar yang berperanan sebagai mentor atau tenaga pengajar kepada kumpulan pelajar ini juga bakal menyaksikan inovasi dalam penyediaan dan pengeluaran makanan sejuk-beku ini. Justeru, Pusat Keusahawanan telah bercadang mengadakan 5 siri pembelajaran ( setiap sesi 4 jam selama 5 minggu) dari Chef yang dilantik mengajar para pelajar dari inkubator ini sehingga mereka mahir mengeluarkan produk sendiri. Perancangan jangka panjangnya pula adalah untuk mengeluarkan produk makanan sejuk beku di bawah nama dan jenama Politeknik Ungku Omar sendiri.
INKUBATOR FROZEN FOOD - HATCHING BIG IDEAS-LET’S MOVE ON 53 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Hasil daripada perancangan Pusat Keusahawanan tersebut, maka pada sesi 2 2022/2023 ini Pusat Keusahawanan telah berjaya melaksanakan satu program yang dinamakan INKUBATOR FROZEN FOOD -HATCHING BIG IDEAS-LET’S MOVE ON. Beberapa siri kelas Frozen Food Incubator ini telah pun berjaya dilaksanakan sepanjang 13 Mei 2023 sehinggalah 20 Mei 2023. Siri kelas memasak ini telah dikelolakan oleh mentor Chef Azim bin Amran, seorang chef yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang masakan. Chef Azim telah pun dilantik oleh Pusat Keusahawanan PUO sebagai mentor atau tenaga pengajar kepada para pelajar FFI pada bulan Mac 2023. Kepakaran Chef Azim dalam menghasilkan kuih-muih tradisional dan produk makanan sejuk beku diharapkan dapat membantu menjayakan perlaksanaan program FFI ini. Manakala perlantikan baru Penyelaras FFI iaitu Pn. Juliana Binti Mohd Ariffin dan Pn. Noor Farazila Binti Radzi dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) juga turut membantu merealisasikan perlaksanaan program FFI ini. Pusat Keusahawanan dan FFI juga telah merekrut muka-muka baru terutamanya pelajar semester 1 dan semester-semester yang lain bagi menyambung legasi pelajar-pelajar semester 4 yang tidak lama lagi akan menamatkan pengajian mereka di sini. Hasil dari promosi yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar senior, seramai 15 orang pelajar baru telah mendaftar yang mana terdiri dari pelbagai semester dan jabatan iaitu pelajar-pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM),Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Penyertaan dari pelbagai jabatan ini membuktikan bahawa para pelajar ingin menceburi bidang baru dan berani untuk mencuba sesuatu diluar dari bidang akademik mereka.
INKUBATOR FROZEN FOOD - HATCHING BIG IDEAS-LET’S MOVE ON 54 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI OBJEKTIF: Mewujudkan minda keusahawanan serta memberi peluang pelajar melalui kelas pembuatan makanan sejuk beku ini. Memberi latihan dan pengalaman kepada para pelajar yang berminat menceburi diri dalam bidang penyediaan makanan sejuk beku ini. Melatih pelajar dengan ilmu pengurusan dan kemahiran komunikasi menerusi siri kelas yang dijalankan. Menambahkan sumber pendapatan pelajar serta dapat melengkapkan diri dengan ilmu penyediaan makanan sejuk beku ini apabila tamat pengajian nanti. SIRI II: PRODUK SOUVARY DONUT (INTI AYAM CENDAWAN & INTI PAI DAGING)
INKUBATOR FROZEN FOOD - HATCHING BIG IDEAS-LET’S MOVE ON 55 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Sepanjang siri kelas masakan yang telah dibimbing oleh Chef Azim, para pelajar telah diajar dan berjaya menghasilkan produk makanan sejuk beku seperti karipap pelbagai inti ( inti potato masala, inti ayam cendawan dan inti pai daging.), savoury donut dan dumpling pelbagai inti ( ayam dan daging). Chef Azim telah memberikan tunjuk ajar, tips penyediaan makanan, perkongsian resepi dan pengenalan bahan-bahan masakan dalam kelas masakan dengan pelajar-pelajar FFI. Para pelajar juga turut ditunjukkan tatacara penyediaan makanan sejuk beku dari penyediaan doh dan cara memasak inti-inti yang akan diletakkan dalam setiap doh yang disediakan. Para pelajar juga dapat belajar dan dilatih untuk memiliki kemahiran menguli, menimbang, kreativiti, amalan kebersihan dan amalan keselamatan sepanjang penyediaan makanan sejuk beku ini. Secara tidak langsung para pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, bekerjasama dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kendiri yang lain. Mereka juga didedahkan dengan ilmu keusahawanan seperti pengurusan sumber, pengiraan kos pembuatan, pengendalian makanan sejuk beku dari penghasilan produk sehinggalah pemasaran produk makanan sejuk beku. Melihat kepada perkembangan yang positif ini,Unit Keusahwanan dan FFI berharap dapat meneruskan proses pengeluaran dan memasarkan makanan sejuk beku ini dengan lebih konsisten pada semester-semester akan datang.
INKUBATOR FROZEN FOOD - HATCHING BIG IDEAS-LET’S MOVE ON 56 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI
JMSK PUO MENYANTUNI ANAK-ANAK TAHFIZ MAHABBATUL UMMAH PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: SALILAH ARIS NORBAINI BINTI MOHAMED NURIZATY BINTI MOHAMED NOR KATEGORI II : PENGURUSAN & AKTIVITI JABATAN 57
JMSK PUO MENYANTUNI ANAK-ANAK TAHFIZ MAHABBATUL UMMAH 58 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Pondok Mahabbatul Ummah yang terletak di no 39, Jalan Sri Kinta Kampung Sri Kinta 31650 Ipoh telah ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Shahibul Fadhilah Tuan Guru Ustaz Hj. Muhamad Nasiruddin bin Aziz Al-Bakri. Tujuan utama penubuhan pondok ini adalah untuk melahirkan murobbi professional yang mendalami ilmu-ilmu agama yang bersumberkan daripada AlQuran dan Al-Sunnah dan murobbi ini mampu menyampaikan dakwah kepada masyarakat.Para pelajar di sini yang terdiri daripada seramai 30 orang adalah para hafazan 30 juzuk Al Quran . Mereka meneruskan pengajian di sini selama 2 tahun untuk mendalami kitab feqah, tauhid,tasauf ,kitab turath Islam khususnya memperkasakan tulisan jawi dan Bahasa Arab. Sehingga sekarang pondok ini menyediakan pengajian percuma kepada 30 orang pelajar dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada golongan asnaf . Kos operasi termasuk makanan harian pelajar ,sewa pondok, bil elektrik dan air kebanyakannya adalah hasil sumbangan daripada individu-individu dan penduduk disekitar Ipoh.Para pelajar pondok juga menjana pendapatn mereka sendiri daripada persembahan Qasidah, bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat jika ada jemputan daripada orang ramai Rakan-rakan di JMSK PUO juga telah menyumbang “ayam goreng Muiz” dan makanan basah kepada pihak pondok. Semoga dengan sumbangan ini dan sumbangan seterusnya dapat membantu murobbi-murobbi yang akan menyebarkan agama Allah dan terjaga kebajikan mereka selama pengajian di pondok .
JMSK PUO MENYANTUNI ANAK-ANAK TAHFIZ MAHABBATUL UMMAH 59 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI
PENULISAN KATEGORI III : ILMIAH & UMUM 60
KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: KHALILULRAHIM BIN AHMAD KATEGORI III : ILMIAH & UMUM 61
KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR 62 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Sektor industri sentiasa menjadi pengguna utama tenaga dan sumber utama pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan masalah alam sekitar. Kebimbangan tentang kesan industri terhadap alam sekitar telah menyebabkan industri mengubah atau menyesuaikan metodologi mereka agar lebih cekap dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera mengakibatkan pemanasan global, membawa kepada perubahan iklim dan sistem ekologi. Atas sebab ini, terdapat persetujuan antarabangsa yang telah diadakan pada tahun 1997 bagi bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas tersebut iaitu dikenali sebagai Protokol Kyoto. 10 tahun kemudian, masalah alam sekitar telah menjadi isu yang memerlukan tanggungjawab keduadua pihak kerajaan dan swasta untuk ditangani. Terutamanya berdasarkan laporan The Fourth Assessment Report (AR 4), yang dikeluarkan oleh IPCC (Intergovernmental Panel on Climate Change), telah menunjukkan bencana yang boleh berlaku di beberapa bahagian dunia, jika tiada langkah berkesan yang diambil yang boleh membawa kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau ABSTRAK PENGENALAN
KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR 63 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Rajah 1: Gas rumah hijau yang dikeluarkan daripada pelbagai sumber. Kajian telah mendapati bahawa sektor industri merupakan sumber utama gas rumah hijau dikeluarkan. Rajah 1 menunjukkan pelepasan gas rumah hijau daripada pelbagai sumber.
KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR 64 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI BIL PENERANGAN 1 Tidak termasuk kilang penapisan dan sebagainya, yang termasuk di bawah sektor industri. 2 Termasuk pengangkutan antarabangsa, tidak termasuk perikanan atau pengangkutan yang digunakan untuk pertanian atau perhutanan. 3 Termasuk penggunaan biojisim. 4 Termasuk kilang penapisan. 5 Termasuk pembakaran sisa pertanian dan ladang, tetapi tidak termasuk CO2dari ladang. 6 ermasuk pelepasan daripada penebangan hutan, penguraian biojisim daripada penebangan hutan dan kebakaran gambut bersama-sama dengan penguraian gambut kering. 7 Termasuk metana daripada air tercemar dan tapak pelupusan sampah, nitrus oksida dan karbon dioksida yang terhasil dari pembakaran sisa buangan.
KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR 65 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Gas rumah hijau yang terhasil daripada industri adalah hasil daripada pelbagai proses pembuatan dan penggunaan tenaga. Protokol Kyoto telah mengarahkan negara-negara yang telah tersenarai untuk bertanggungjawab bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau selaras dengan protokol tersebut, serta mencari kaedah untuk mengurangkan pelepasan tersebut, yang mana pendekatan utama untuk pengurangan adalah meningkatkan pengeluaran dan kecekapan tenaga. Kesedaran tentang isu perubahan iklim akibat daripada pelepasan gas rumah hijau juga telah meningkatkan kesedaran tentang isu alam s e k i t a r y a n g l a i n . Selain tanggungjawab terhadap alam sekitar, sektor industri juga menghadapi masalah tenaga iaitu menjadi punca utama pelepasan gas rumah hijau dan penyebab kenaikan harga tenaga, yang kedua-duanya telah mengakibatkan peningkatan k e p a d a k o s p e n g e l u a r a n . Secara amnya, apabila seseorang bercakap tentang kos pengeluaran, ia merujuk kepada kos bahan, buruh dan overhed, dengan kos tenaga dan alam sekitar termasuk dalam overhed, kerana kebanyakan industri tidak mempunyai bahagian yang besar daripada kos ini berbanding dengan dua bahagian lain. Walau bagaimanapun, memandangkan masalah tenaga dan alam sekitar telah menjadi isu global, kedua-dua kos ini akan memberi kesan yang ketara kepada kos pengeluaran, dan kemandirian industri. Bagi jurutera perindustrian, sebarang perubahan yang memberi kesan kepada operasi perindustrian perlu dikaji dan direka untuk meminimumkan masalah yang akan timbul kepada sektor industri. Perubahan sedemikian perlu dikaji supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi faedah kepada industri.
KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR 66 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Tenaga yang digunakan dalam industri berasal daripada elektrik dan bahan api, melalui pelbagai jenis peralatan yang menggunakan tenaga. Penggunaan tenaga elektrik boleh dicapai melalui peralatan yang menukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal seperti motor elektrik, kepada cahaya seperti mentol lampu, kepada haba dan sejuk seperti penghawa dingin, kepada tekanan seperti pemampat udara dan lain-lain. Penggunaan bahan api mungkin dicapai melalui peralatan yang menukar haba daripada pembakaran bahan api kepada tenaga wap, atau menggunakan haba untuk menghasilkan pelbagai bahan dan lain-lain. Pemerolehan dan penggunaan peralatan tersebut memerlukan pertimbangan kepada prestasi dan kecekapan tenaga. Untuk menentukan susun atur peralatan, selain pertimbangan untuk pergerakan pengeluaran yang berkesan, pertimbangan di mana untuk meletakkan peralatan yang menggunakan banyak tenaga perlu juga diberi keutamaan, kerana banyak jenis peralatan memerlukan pemasangan di tempat sejuk dan pengudaraan yang baik. Sebagai contoh, pemampat udara harus diletakkan di tempat yang terbuka supaya pengambilan udara tidak terlalu panas, kerana udara panas memerlukan lebih banyak tenaga untuk dimampatkan. Begitu juga, unit pemeluwapan penyaman udara tidak seharusnya berada di tempat yang terdapat cahaya matahari atau kekurangan pengudaraan. Selain peralatan yang telah disebutkan, jurutera industri juga harus berunding dengan jurutera yang menjaga peralatan supaya merancang pemasangan peralatan di tempat terbaik, untuk faedah kecekapan tenaga. PENGGUNAAN TENAGA DALAM INDUSTRI
KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR 67 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Begitu juga, unit pemeluwapan penyaman udara tidak seharusnya berada di tempat yang terdapat cahaya matahari atau kekurangan pengudaraan. Selain peralatan yang telah disebutkan, jurutera industri juga harus berunding dengan jurutera yang menjaga peralatan supaya merancang pemasangan peralatan di tempat terbaik, untuk faedah kecekapan tenaga. Pada masa ini, pelbagai jenis peralatan pengeluaran perindustrian telah dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan tenaga, tetapi pada kos yang lebih tinggi. Oleh itu, pemilihan peralatan memerlukan pertimbangan terhadap kos kitaran hayat peralatan, menghasilkan perbandingan jumlah kos penggunaan peralatan, bukan hanya harga. Selain itu, pemilihan peralatan hendaklah pada kapasiti yang membolehkan operasi pada prestasi penuhnya supaya ia akan menghasilkan kecekapan pengeluaran dan tenaga. Peralatan pengeluaran sentiasa mengalami kehilangan tenaga, jadi menggunakan peralatan pada kapasiti penuhnya meminimumkan kerugian tersebut. Perancangan pengeluaran, selain merancang dan mengawal untuk menghasilkan mengikut kuantiti dan kualiti yang diperlukan pelanggan, juga memerlukan pertimbangan kos untuk menjimatkan wang, terutamanya kadar elektrik yang berbeza bergantung pada masa penggunaan. Penyelenggaraan peralatan adalah satu faktor utama dalam mengekalkan pengeluaran dan kecekapan tenaga. Oleh itu, penjagaan peralatan yang betul diperlukan dalam pelan penyelenggaraan. Semasa penyelenggaraan, pemeriksaan kecekapan tenaga perlu dilakukan iaitu termasuk pertimbangan sewajarnya terhadap daya maju peralatan dan merancang untuk menggantikan peralatan apabila pengeluarannya tidak lagi berdaya maju dari segi kewangan.
KESAN SEKTOR INDUSTRI KE ATAS ALAM SEKITAR 68 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Selain itu, semakin tinggi harga tenaga semakin tinggi kos pengeluaran, jadi menukar jenis tenaga/bahan api mungkin menjadi pilihan untuk mengurangkan kos pengeluaran, tetapi ia juga memerlukan pertimbangan terhadap kesan alam sekitar. Sebagai contoh, peningkatan dalam kos petroleum telah mengakibatkan peningkatan dalam kos minyak bahan api, jadi menukar kepada arang batu adalah kos yang jauh lebih rendah, walaupun memerlukan penggantian peralatan, tetapi adalah pelaburan yang berbaloi. Walau bagaimanapun, perubahan sedemikian mengakibatkan lebih banyak gas rumah hijau dikeluarkan, serta abu yang terbang daripada arang batu yang terbakar yang perlu dikeluarkan. Masalah pelepasan gas rumah hijau telah mengakibatkan pemanasan global dan membawa kepada perubahan iklim dan ekologi. Ini telah menghasilkan pelbagai piawaian untuk mengurangkan pelepasan tersebut serta kesedaran untuk melindungi alam sekitar. Operasi perindustrian dan pengeluaran telah dilihat sebagai punca utama pelbagai masalah alam sekitar. Terdapat kempen untuk menggunakan produk mesra alam di pelbagai negara telah diadakan. Negara-negara yang disenaraikan dalam lampiran pertama Protokol Kyoto berkongsi tanggungjawab untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan industri. Kesedaran alam sekitar sedemikian boleh mengakibatkan sekatan perdagangan pada masa hadapan. Mencari pendekatan untuk industri mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar boleh membantu mengurangkan ancaman ini, malah boleh digunakan sebagai peluang pelaburan. KESAN KE ATAS ALAM SEKITAR
KEPENTINGAN STEM PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: NUR AMALINA BINTI MONTEL NOR AQILAH BINTI MOHD MANSORI KATEGORI III : ILMIAH & UMUM 69
KEPENTINGAN STEM 70 Kepentingan pendidikan STEM bukanlah menjadi suatu topik yang baharu pada masa kini, tetapi tanpa kita sedar masih ramai di kalangan kita sama ada ibu bapa ataupun guru-guru yang tidak tahu mengapa anak-anak atau pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan STEM sejak awal lagi. Justeru itu, sedikit kupasan mengenai kepentingan pendidikan STEM bagi memastikan ianya berjaya akan dibincangkan dalam artikel ini. STEM merupakan singkatan akronim perkataan di dalam Bahasa Inggeris iaitu Science, Technology, Engineering and Mathematics. STEM telah mula diperkenalkan pada tahun 2001 oleh US National Foundation (NFS). Pendidikan STEM atau pembelajaran STEM adalah pendekatan pendidikan yang melibatkan gabungan empat bidang iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Di Malaysia, ianya merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar. Pendidikan yang dibangunkan untuk membantu pelajar memperolehi kemahiran yang diperlukan untuk mendepani cabaran abad ke-21. Kemahiran ini merangkumi kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pembelajaran melalui pengalaman, kreativiti dan pelbagai lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan STEM? Apakah pendidikan STEM?
71 Pendekatan STEM dalam pendidikan dapat memupuk kreativiti dan pemikiran yang ke peringkat yang berbeza. Ianya dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada golongan muda untuk menjana teknologi dan idea baharu. Dengan memfokuskan kepada latihan dan inovasi, pelajar dapat mempelajari ilmu melalui berasaskan pengalaman yang diperolehi. Pendidikan STEM bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan menggalakkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi. Justeru, matlamatnya adalah untuk membolehkan pelajar meneroka dan belajar melalui pengalaman sendiri. Pelajar bebas untuk melaksanakan apa yang telah dipelajari dan melakukan kesilapan dalam persekitaran yang bebas risiko. Pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah dapat membantu pelajar membentuk pemikiran ke peringkat yang lebih tinggi di mana ianya berteraskan fleksibiliti dan rasa ingin tahu. Ini akan melengkapkan pelajar untuk bertindak balas terhadap cabaran dunia sebenar dengan lebih matang. KEPENTINGAN STEM
72 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Pada masa kini, kebanyakan bidang pekerjaan memerlukan pengetahuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Walau bagaimanapun, para graduan kurang berkemahiran dan pasaran kerja memerlukan tenaga kerja mahir dalam industri. Inilah sebabnya mengapa pendidikan STEM adalah penting kepada pelajar untuk diterapkan sejak awal kerana ianya dapat membantu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mengisi peluang pekerjaan dan seterusnya digunakan di dalam kehidupan seharian. Mengapakah Pendidikan STEM penting? Kepentingan STEM Persiapan untuk Pasaran Kerjaya pada masa hadapan: Di dalam era kemajuan teknologi, bidang STEM menawarkan pelbagai peluang kerjaya di dalam pelbagai bidang. Dengan galakan penglibatan pelajar dalam pendidikan STEM sejak awal, kita dapat membekalkan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran kerja pada masa hadapan. Berdasarkan dapatan kajian-kajian terdahulu, permintaan bagi tenaga kerja profesional di dalam bidang STEM adalah sangat tinggi. Pendidikan STEM telah memupuk kemampuan pelajar untuk berfikir secara kritis, penyelesaian masalah, dan dapat menyesuaikan diri dengan pa jua keadaan semasa dengan mudah. Dengan asas pengetahuan dan Pendidikan STEM yang kukuh, pelajar dengan mudah dapat menempatkan diri di dalam kerjaya pilihan mereka di dalam pelbagai bidang seperti sektor kesihatan, teknologi pengkomputeran, kejuruteraan dan kecerdasan buatan. KEPENTINGAN STEM
73 Menggalakkan Inovasi dan Kreativiti: Pendidikan STEM dapat mendorong pelajar untuk berfikir secara kreatif dan pelajar bebas untuk meneroka penyelesaian bagi sesuatu masalah dengan lebih inovatif. Ia menanam pemikiran ingin tahu, bereksperiman dan lebih tekun dalam mendapatkan sesuatu maklumat atau penyelesaian masalah. Dengan penglibatan pelajar secara langsung sewaktu melaksanakan eksperimen, pelajar diterapkan dengan konsep pengetahuan, menguji hipotesis dan menganalisis data. Proses ini bukan sahaja meningkatkan pengetahun pelajar, tetapi mengembangkan kemampuan mereka untuk berfikir secara kritis dan logikal. Melalui Pendidikan STEM, pelajar didorong untuk bereksplorasi dan ianya dapat memupuk pembudayaan inovasi dan sekaligus mendorang kemajuan sosial. KEPENTINGAN STEM Memupuk Kemahiran Penting di dalam Kehidupan: Pendidikan STEM bukan sahaja menekankan kepada pengetahuan kemahiran teknikal tetapi juga pelbagai kemahiran di dalam kehidupan di dunia yang penuh cabaran. Kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemampuan untuk menyesuaikan diri adalah elemen penting yang diterapkan di dalam Pendidikan STEM. Pelajar terlibat tugasan bagi penyelesaian masalah secara berkumpulsn di mana pelajar akan belajar untuk berkomunikasi secara efektif, pembahagian tugas dan berbincang untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Malahan sewaktu melalui proses ujikaji atau eksperimen yang dijalankan, ianya dapat menbentuk pelajar menjadi seorang invididu yang berani, memupuk sikap belajar daripada kegagalan dan tidak mudah berputus asa. Ini dapat membantu mempersiapkan pelajar untuk menjadi individu yang berketrampilan dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
74 Pendidikan STEM bukan hanya sekadar mempelajari fakta dan rumus sains tetapi ianya adalah pendekatan transformasi dalam pendidikan yang dapat mengembangkan potensi diri bagi seseorang individu untuk menghadapai dunia yang semakin maju dan kompleks. Dengan memupuk pemikiran kritis dan kreatif, pendidikan STEM dapat mempersiapkan pelajar untuk pasaran kerja pada masa hadapan, melahirkan individu berfikiran innovator yang akan membentuk masa depan yang lebih cerah. Jelas bahawa pendidikan STEM amat penting untuk membina masa depan yang sejahtera dan lestari KEPENTINGAN STEM
KEPENTINGAN STEM DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: LIM YEONG CHYNG KATEGORI III : ILMIAH & UMUM 75
KEPENTINGAN STEM DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 76 Pendidikan STEM merupakan pendidikan yang melibatkan pembelajaran yang berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Pendidikan STEM boleh dijalankan secara formal berdasarkan kurikulum dan juga secara bukan formal melalui aktiviti kokurikulum. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memastikan pelajar dilengkapi kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia dengan mengaplikasikan STEM. Peluang pekerjaan dijangkakan memerlukan pengetahuan dan kemahiran berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan pendidikan teknik dan vokasional (TVET) dalam ekonomi digital. Pendidikan STEM dan TVET dapat melahirkan lebih ramai individu yang mahir dalam profesion teknikal. Tujuan pendidikan STEM dan TVET adalah untuk mengabungkan kemahiran teori dan praktikal bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja memiliki keupayaan melaksana tetapi juga menyelesaikan masalah teknikal. Gabungan STEM dan TVET merupakan pendekatan pendidikan baharu bagi membangunkan pelajar supaya dilengkapi dengan kemahiran berkaitan industri yang diperlukan untuk pasaran kerja pada masa akan datang. Pembelajaran TVET yang berasaskan latihan amali, mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menerapkan teori dan konsep yang telah dipelajari dari subjek STEM.
KEPENTINGAN STEM DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 77 Keperluan dalam penyediaan pekerja mahir melibatkan kemahiran STEM adalah lebih tinggi berbanding bidang lain. Para pelajar diterapkan dengan pengetahuan STEM untuk membantu melahirkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada negara bagi memenuhi keperluan ekonomi negara yang pesat membangun ke arah ekonomi perindustrian. Pelajar perlu dilengkapkan dengan pendidikan STEM dan latihan yang kukuh. Pendekatan inkuri merupakan salah satu dalam pendidikan STEM. Dengan pendidikan STEM, dapat menjana kecekapan dan kemahiran pelajar untuk meneroka, membina penyelesaian masalah dan mereka bentuk. Apabila pelajar mampu menggabungkan dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada disiplin berkaitan dengan STEM, pelajar lebih bersedia untuk menangai masalahmasalah dunia dengan penyelesaian praktikal. Sebagai pelajar TVET, semaikan sikap ingin tahu dan berani bereksperimen dengan memulakan projek yang mengapliksikan sebarang teori dan konsep STEM. Secara keseluruhannya, teori yang dipelajari semasa di instutusi adalah berbeza daripada alam pekerjaan yang sebenar. Teori adalah sebagai asas untuk pengetahuan. Daripada teori sahaja tidak mencukupi untuk seseorang individu itu untuk dapat menjadi kompeten atau mahir dalam hands-on skills. Sebagai kesimpulannya, Pendidikan STEM dan Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah sangat penting untuk memacukan pendidikan pada masa kini. Gabungan daripada kedua-dua pendidikan ini mengutamakan kepada pembentukan para pekerja yang mahir dalam bidang teknikal dan kemahiran. Diharap gabungan daripada pendidikan ini dapat melahirkan modal insan yang lebih menyeluruh pada masa akan datang.
NILAI-NILAI MURNI DALAM PEKERJAAN PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: NOR AZIMAH BINTI MUSTAFAR SITI NORSHAFINAZ MOHD NOH KATEGORI III : ILMIAH & UMUM 78
NILAI-NILAI MURNI DALAM PEKERJAAN 79 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Alam pekerjaan adalah salah satu alam yang kebiasaannya dilalui oleh seorang manusia dewasa. Tak kira apa jenis pekerjaan yang dilakukan ianya adalah salah satu proses menjadi dewasa. Ada orang yang bermula awal dan ada orang yang bermula mungkin agak lewat. Garis masa setiap individu adalah berbeza-beza dan ia bukanlah satu perlumbaan. Setiap apa yang kita lakukan semasa bekerja haruslah kita menerapkan nilai-nilai murni dan etika yang baik. Perkara ini sangat penting dalam menjadikan kita manusia dewasa yang berkualiti untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Kemahiran berkomunikasi dengan baik sangat penting dalam alam pekerjaan. Tidak kira di tahap mana kita berada, kemahiran ini sangat penting selagi kita berurusan dengan namanya manusia. Ketua atau pekerja harus mempraktikkan kemahiran ini sebaiknya. Sebagai ketua, komunikasi yang berkesan akan menjadikan beliau ketua yang lebih disegani. Manakala sebagai pekerja, komunikasi yang baik akan menjadikan beliau lebih disantuni.
NILAI-NILAI MURNI DALAM PEKERJAAN 80 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran yang saintifik juga tidak kurang pentingnya untuk alam pekerjaan. Walaupun setiap pekerjaan ada garis panduan yang tercatat di manual-manual, ada ketika masalah yang datang tidak diduga. Sebagai pekerja, kemahiran ini sangat diperlukan agar masalah yang datang dapat ditangani dengan baik dan terurus. Jika tidak dapat ditangani dengan sempurna, sekurang-kurangnya ia dapat ditangani dengan mengurangkan risiko kerosakan yang lebih besar. Pekerja yang baik juga adalah pekerja yang dapat menguruskan maklumat dengan baik dan bersedia untuk menambah pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Pengurusan maklumat yang baik dapat meningkatkan mutu pekerjaan dan mengurangkan kerja yang berulang-ulang. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran sedia ada juga, dapat menjadikan pekerja semakin efisyen dan cekap dalam pekerjaan yang dilakukan. Selain daripada itu, pekerja yang baik juga harus memiliki kemahiran pengurusan waktu yang baik. Ini dapat memastikan setiap waktu yang diluangkan lebih seimbang tidak kira dalam menyiapkan tugasan hakiki atau untuk pengurusan diri sendiri. Dalam erti kata lain, wujudnya sifat akauntabiliti dalam diri setiap pekerja supaya tugas dan tanggungjawab berjalan lancar. Setiap diri pekerja sebaiknya mempunyai kemahiran menjadi ketua, setidak-tidaknya ketua untuk diri sendiri. Ini kerana kita perlu berlaku baik dengan diri sendiri dan juga rakan sekerja. Jika kita sebagai ketua, kemahiran menjadi ketua menjadi lebih penting lagi agar dapat mengkoordinasikan setiap pekerja yang diamanahkan dengan lebih teratur dan berhemah. Tidak semua orang dilahirkan untuk mempunyai kemahiran menjadi ketua, namun sekurang-kurangnya bila terpilih menjadi ketua, kita bersedia menambah kemahiran ini melalui kaedah pembacaan atau mendapatkan tunjuk ajar ketua yang lebih berpengalaman.
NILAI-NILAI MURNI DALAM PEKERJAAN 81 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Yang baik kita ikut, yang kurang baik, kita tambahbaik. Kerja berpasukan antara ketua dan pekerja adalah kunci kejayaan dalam alam pekerjaan. Nilai murni dan sikap yang bertanggungjawab semasa bekerja perlu diamalkan oleh setiap pekerja tidak kira bidang apa yang kita ceburi. Kita perlulah mengamalkan sikap yang profesional dalam alam pekerjaan. Setiap pekerja seharusnya mempamerkan tatakelakuan yang baik dalam melaksanakan tugas agar memberi impak yang baik terhadap imej dan reputasi jabatan. Elemen kecemerlangan perlu ada dalam diri setiap individu yang bergelar pekerja. Kecemerlangan bukan diukur bilangan A di atas kertas semata-mata, namun kecemerlangan demi meningkatkan mutu kerja supaya sentiasa berdaya kreatif dan inovasi dalam tugas. Secara keseluruhannya, nilai-nilai murni dalam pekerjaan bukan merupakan checklist yang tertera di atas kertas yang perlu dilengkapkan oleh pekerja. Namun, ia adalah proses kehidupan dan peralihan fasa supaya pekerja menerapkan sifat-sifat murni dalam memberikan perkhidmatan yang baik dalam melaksanakan tugas.
KENALI TUMBUH-TUMBUHAN DI SEKITAR PUO PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: SYAHIDA BINTI SAID KATEGORI III : ILMIAH & UMUM 82
KENALI TUMBUH-TUMBUHAN DI SEKITAR PUO 83 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Sedia tahu Politeknik Ungku Omar yang terletak di Lembah Kinta mempunyai tanah yang sangat subur. Terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan telah ditanam di sekitar PUO. Mari kita kenali tumbuhtumbuhan tersebut. NAMA PENERANGAN SIFAT Bonglai Penjagaan kesihatan menggunakan herba sering diamalkan oleh lapisan masyarakat. Ilmu turun temurun tentang di kalangan orang tua tentang khasiat yang ada dalam pokok herba menjadikan ia sebagai pilihan untuk tujuan rawatan kesihatan. Pokok bonglai juga mempunyai banyak manfaat kesihatan antaranya melegakan sakit sendi, merawat buasir, merawat kayap. Klasifikasi Family : Zingiberaceae Genus : Zingiber Species : Montanum (J.Koenig) Link ex A.Dietr Nama Saintifik: Zingiber Montanum (J.Koenig) Link ex A.Dietr Nama Lain : Bohlai (Terengganu Perak, Pahang) Bonglai (Johor, Terengganu, Perak, Pahang) Habitat : Sering dijumpai ditanam di kawasan kampung Tumbuh secara menegak dan mempunyai rizom yang berwarna jingga muda di bahagian dalam dan beraroma kuat. Batangnya mempunyai panjang sekitar 1.2-1.5 m. Jenis daun ada sesil, tumbuh seara rapat dan padat. Daun runcing hingga ke bahagian hujung daun dan lebar pada bahagian pangkal, ligul berbulu dan pelepah daun glabrus. Jambak bunga berbentuk silinder-ovat, akut, berwarna hijau keperangan dengan tepi berwarna pucat.
KENALI TUMBUH-TUMBUHAN DI SEKITAR PUO 84 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI NAMA PENERANGAN SIFAT Lidah Jin Lebih dikenali sebagai pokok lidah mak mentua. Tanaman yang berasal dari benua Afrika itu sejenis tanaman yang sangat mudah membiak, berketahanan tinggi dan sukar untuk dihapuskan. Tanaman ini juga didakwa menyerap gas berbahaya di rumah. Pokok ini sebenarnya beracun dan berbahaya. Ini kerana ia mengandungi bahan aktif saponin yang boleh mengakibatkan gejala-gejala ringan kepada manusia terutamanya kanak-kanak seperti ciritbirit, muntah-muntah dan ruam. Klasifikasi Family: Asparagaceae Genus: Sansevieria Species: Trifasciata Nama Saintifik: Sansevieria Trifasciata Habitat :Di Semenanjung Malaysia, tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan dan dipercayai diperkenalkan dari negara luar. Herba yang tumbuh melalui rizom yang menjalar di atas tanah dan di bawah tanah dan membentuk rumpun yang padat. Daun tumbuh daripada rizom, menegak, bersifat sukulen dan keras, berbentuk linear lanseolat, hujung daun tajam, daun berwarna hijau bertompok putih manakala bahagian tepi daun mempunyai warna kuning. Jambak bunga pada terminal bunga berwarna putih, kuning putih atau putih kehijaun. Buah jenis beri, berbentuk globos atau ovoid, berwarna hijau dan bertukar ke jingga cerah apabila matang, dan mengandungi dua biji benih berwarna coklat pucat.
KENALI TUMBUH-TUMBUHAN DI SEKITAR PUO 85 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI NAMA PENERANGAN SIFAT Samak Selalunya ditanam di kawasan kampung. Bahagian pucuk mempunyai banyak khasiat antaranya ialah untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol, cirit-birit, demam, kudis, bisul, gout dan awet muda. Hasil dapatan kajian yang dijalankan, daun serai kayu mempunyai nilai teraputik dalam rawatan antaranya antidiabetic, antihipertensive, anti microbial, anti oksidan, anti kancer, anti tumor, anti diarrheal, pencegah pembentukan plak gigi. Kandungan aktif berdasarkan laporan penyelidikan menemui kehadiran tannins, alkaloids, steroids, triterpenoids, dan flavonoid. Klasifikasi Family: Myrtaceae Genus: Syzygium Species: Polyanthum Nama Saintifik: Syzygium polyanthum Nama Lain: Serai kayu (Kedah,Kelantan, Terengganu), salam (Johor), samak (Kedah, Kelantan), semamak (Kedah), kelat putih, kelat merah, kelat samak, jambu hutan. Habitat :Biasanya ditemui tumbuh di kawasan hutan tanah pamah atau kawasan kampung. Pokok serai kayu adalah sederhana besar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 25 m. Batangnya lurus, berdahan banyak. Daunnya berbentuk eliptik-lanseolat, hujung daun berbentuk akuminat, pangkal daun akut, daun kering berbau wangi. Jambak bunganya pada aksilari. Bunga berwarna putih, kaliks bunga berwarna merah susu dan bertukar merah apabila matang, dan bunga berbau wangi. Buah bersaiz kecil, jenis beri, berwarna merah dan bertukar coklat apabila matang sepenuhnya.
KENALI TUMBUH-TUMBUHAN DI SEKITAR PUO 86 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI NAMA PENERANGAN SIFAT Pokok Pecah Beling Daunnya mempunyai bahan yang bersifat anti oksidan seperti katekin, tannin dan kafeina. Ia berkesan untuk membunuh sel kanser, merencatkan sel kanser dan juga mengaruh sel kanser bagi menjalani apoptosis ( mati secara semula jadi ). Kandungan flavanoid yang tinggi meningkatkan sistem pertahanan badan. Ekstrak daun mampu memadam gen yang menyebabkan kanser. Fitosterol mampu menurunkan aras kolesterol darah, boleh mengurangkan risiko bagi sakit jantung. Air daun yang diestrak mempunyai fungsi sebagai agen antidiabetis. Ia mampu menurunkan glukosa bagi yang normal dan mempunyai penyakit kencing manis. Turut berkesan mencegah ulser gastrik. Klasifikasi Family: Acanthaceae Genus: Strobilanthes Species: Crispus Nama Saintifik: Strobilanthes crispus Nama Lain: Bayam karang, pecah kaca, keji beling (Pahang), pecah batu (Negeri Sembilan) dan jin batu Habitat: Pokok pecah beling tumbuh subur di kawasan belukar. Tumbuh secara menegak dan mempunyai ukur lilit batang antara 0.2-0.7 cm. Pokok herba yang bersaiz sederhana dan ketinggiannya boleh mencapai sekitar 2.0m. Ia menghasilkan banyak dahan dan tumbuh secara merimbun. Bunganya bersaiz kecil, bewarna kuning dan terdiri daripada 5 kelopak bunga.Batangnya bewarna sedikit ungu dan boleh berubah menjadi warna gelap apabila menjadi tua. Ia amat mudah membiak. Daunnya mempunyai ukuran normal daun di antara 6.0 – 8.0 cm.Daunnya juga berbulu dan mempunyai bahagian tepi daun yang sedikit bergerigi. Permukaan daun agak kesat di mana strukturnya berbentuk bujur meruncing dan garis cetek tidak lurus.
INCLUSIVE SCHOOL PENULISAN EBULETIN JMSK 2023 OLEH: LEW WAN CHUN KATEGORI III : ILMIAH & UMUM 87
INCLUSIVE SCHOOL 88 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI An inclusive school is a learning environment that accommodates the needs of all students, regardless of their abilities, backgrounds, or identities. It is a place where every student feels valued, supported, and empowered to achieve their full potential. Inclusive schools provide an opportunity for all students to learn, grow, and thrive together in a diverse community. Inclusive schools aim to create a welcoming and accepting environment that embraces diversity and promotes equality. This means that students with disabilities, English language learners, and those from different cultural and socioeconomic backgrounds are not only accepted but also provided with the necessary support to succeed academically and socially. One of the key benefits of inclusive schools is that they foster a sense of community and belonging. When all students are included in the learning environment, they are more likely to build friendships, develop empathy and understanding for others, and feel a sense of pride in their school. This can lead to increased motivation, engagement, and academic success. Inclusive schools also provide opportunities for all students to learn from one another. By sharing their experiences, perspectives, and ideas, students can develop a deeper understanding of the world around them and learn to appreciate and celebrate diversity. This can help students become more tolerant, accepting, and respectful of others, which is a vital skill for success in today's globalized society. Inclusive schools prioritize the use of universal design for learning (UDL) approaches to teaching, which means that lessons are designed to accommodate the needs of all students. This can include providing multiple means of representation, expression, and engagement that allow students to access the curriculum in ways that work best for them. Inclusive schools also provide additional support, such as assistive technology, individualized learning plans, and accommodations, to ensure that all students can participate fully in the learning process.
INCLUSIVE SCHOOL 89 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Inclusive schools also recognize that academic success is only part of the equation. They also focus on developing students' social and emotional skills, such as empathy, self-awareness, and relationshipbuilding. Inclusive schools provide opportunities for students to collaborate, communicate, and problem-solve with one another, which can lead to improved social skills, self-esteem, and overall well-being. In conclusion, an inclusive school is a place where all students are valued, supported, and empowered to learn and grow together. Inclusive schools prioritize diversity, equality, and acceptance and provide the necessary resources and support to ensure that every student can succeed academically and socially. By creating an inclusive learning environment, schools can help prepare students for success in a diverse and complex world.
90 TAHNIAH JMSK PUO!!! PENCAPAIAN 2023
91 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Penganjuran STEM Webinar Antarabangsa yang bertajuk ‘Design Thinking in Education’ anjuran Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam.
92 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Tahniah kepada Pn Nur Hidayah, Pn Dahlia dan Pn Norazimah staf JMSK PUO kerana telah mendapat PINGAT SILVER Kategori Tenaga Pengajar bagi Pertandingan Inovasi PnP Peringkat Kebangsaan secara Dalam Talian kali ke-2 tahun 2023 anjuran ICBE Publication.
93 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Tahniah kepada En Izwanni, Pn Intan dan Pn Syahida staf JMSK PUO kerana telah mendapat PINGAT BRONZE Kategori Tenaga Pengajar bagi Pertandingan Inovasi PnP Peringkat Kebangsaan secara Dalam Talian kali ke-2 tahun 2023 anjuran ICBE Publication.
94 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Tahniah kepada En Syazwan, En Aiman En Hadi staf JMSK PUO kerana telah mendapat PINGAT BRONZE Kategori Tenaga Pengajar bagi Pertandingan Inovasi PnP Peringkat Kebangsaan secara Dalam Talian kali ke-2 tahun 2023 anjuran ICBE Publication.
95 1.5 IMPAK INOVASI 1.6 GAMBAR INOVASI Tahniah kepada Pn Syahida staf JMSK PUO kerana telah mendapat SILVER MEDAL Class H: Teaching and Learning bagi International Innovation and Invention Competition 2023.