The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDISI MURID_MODUL GEMILANG SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Surati Md Abdullah, 2020-08-19 03:06:44

EDISI MURID_MODUL GEMILANG SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 2020

EDISI MURID_MODUL GEMILANG SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 2020

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

___________________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, dengan izin dan inayah-Nya, Modul Gemilang SPM bagi
tahun 2020 telah dihasilkan. Rakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada
guru-guru yang sentiasa menghulurkan sokongan dan bantuan kepada Jabatan
Pendidikan Melaka dalam mengimplementasikan misi dan visi jabatan.

Bersama-samalah kita dengan prinsip open the new horizon, menilai dan
menganalisis strategi dan taktikal agar dapat melakukan penambahbaikan dalam
pendidikan. Prinsip ini menjadi batu loncatan dan motivasi untuk kita melakukan
inisiatif dan tindakan yang mencabar proses atau challenge the process. Guru
mesti mempunyai hasrat yang tinggi dan penuh keterujaan untuk melihat prestasi
pelajar maju secara holistik. Oleh itu, penghasilan Modul Gemilang SPM merupakan
salah satu strategi untuk membantu peningkatan pencapaian para pelajar negeri
Melaka yang berimpak tinggi dan selari dengan slogan kita “Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Dengan demikian, penerokaan ilmu dan
pengalaman serta sumber dihasilkan, dicipta dan digembleng bagi memastikan
aspirasi sistem bertambah maju dan menyumbang kepada pencapaian aspirasi
murid.

Pihak Jabatan Pendidikan Melaka dengan seikhlasnya merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru pakar yang
telah berusaha dengan begitu gigih untuk menghasilkan modul ini khususnya untuk
dimanfaatkan oleh kelompok sasaran agar pelajar menguasai kemahiran dengan
lebih efektif. Usaha gigih dan komitmen daripada semua yang terlibat
menggambarkan kualiti pendidik di Melaka berada pada tahap yang sungguh
cemerlang. Teruskanlah usaha murni dengan menyediakan modul-modul yang
berinovasi serta kompetitif yang memberi impak besar kepada kecemerlangan
pelajar di negeri Melaka.

Semoga matlamat dan hasrat murni ini dapat membantu para pelajar menggapai
cita-cita mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Insya-Allah.

Sekian, wassalam.

Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Melaka

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

i

___________________________________________________________________________________________

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, penghasilan
Modul Gemilang SPM bagi tahun 2020 dapat direalisasikan. Ini merupakan usaha
murni yang memerlukan kolaboratif akrab antara Jabatan Pendidikan Melaka (JPM)
khasnya Sektor Pembelajaran dengan guru-guru pakar negeri Melaka dalam
menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan dan
melahirkan para pelajar yang menguasai kemahiran serta kelayakan dalam
persaingan dunia realiti.
Bagi mengangkat martabat pendidikan negeri Melaka lebih cemerlang, Projek
Kemenjadian Murid Melaka @KM², telah digerakkan agar mencapai misi dan visi
yang telah disasarkan. Semua para pegawai di JPM, PPD dan pentadbir sekolah
serta warga pendidik akan sentiasa memastikan pelaksanaan pada peringkat
sekolah selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah
Jabatan Pendidikan Melaka iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara
Sejahtera.”
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pegawai Sektor
Pembelajaran serta ahli panel warga pendidik yang bergabung tenaga dan idea
dalam penghasilan modul ini. Sesungguhnya besar harapan kita semua agar Modul
Gemilang Bahasa Melayu SPM ini dapat dimanfaatkan oleh para guru dengan
sebaik-baik yang mungkin agar dapat memberikan kejayaan berimpak besar kepada
Kemenjadian Murid Melaka @KM², khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.
Sekian, terima kasih.

Haji Ismail bin Haji Alias
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Melaka

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

ii

___________________________________________________________________________________________

JAWATANKUASA PANEL MODUL BAHASA MELAYU
SPM 2020

Penasihat

Tuan Haji Ismail bin Haji Alias
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran

Mantan Penyelaras Projek Penyelaras Projek

Hajah Samiah binti Samari Hajah Rubaiya binti Abu Nawas
KPPK Unit Bahasa KPPK Unit Bahasa

Setiausaha Projek

Helmi bin Murid
PP Unit Bahasa

Panel Kawalan Mutu Panel Kawalan Mutu Panel Kawalan Mutu

Hajah Reny Azreena bt Abd Rahman Rosliza binti Basar Norasiah binti Ahmad
SISC+ PPD Jasin SISC+ PPD Melaka Tengah SISC+ PPD Alor Gajah

Panel Pakar Bahasa Melayu

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya
tahun 1989 dan Diploma Pendidikan Universiti Malaya. Mula
berkhidmat di SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis
pada Jun 1990. Kini berkhidmat di SMK Datuk Bendahara,
Jasin, Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Noraini binti Mohd Yusof Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam Bidang Ekonomi
Ismail bin Md Nor dan Antropologi dari Universiti Sains Malaysia dan Sijil Perguruan
dalam bidang Pengajian Melayu dari Institut Bahasa. Bertugas sebagai
GKMP Bahasa. Mantan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Pengalaman
sebagai JUK/JU MBMMBI, JUK/JU Literasi Bacaan Pembina Item
Bahasa Melayu peringkat negeri dan daerah, hakim Bahas Ala
Parlimen peringkat negeri dan kebangsaan, Ketua Pentaksir Kawasan
PT3 Bahasa Melayu dan berpengalaman mengajar BM lebih 30 tahun.
Berkhidmat di SMK Pulau Sebang, Melaka.

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, InsaniiTi erdidik, Negara Sejahtera”

___________________________________________________________________________________________

Abd. Samad bin Aziz Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Pertama di Universiti Putra Malaysia tahun 2001. Mula berkhidmat di
SMK Pulau Ketam, Selangor DE pada 1/12/1989 dan telah berpindah
ke Melaka setelah 4 tahun berkhidmat di sana. Sekarang bertugas
sebagai GKMP Bahasa di SMK Tun Syed Zahiruddin selama 6 tahun
dan telah mengajar di sana selama 9 tahun. Pernah memperoleh
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 2 kali iaitu 2002 dan
2015 dan juga menjadi penceramah BM 1 SPM.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan
dalam bidang Pengajian Kesusasteraan di Universiti Sains
Malaysia tahun 2007. Mula berkhidmat di SMK Seri Kampar
Perak pada 1 November 2007. Seterusnya berpindah ke SMJK
Notre Dame Convent Melaka pada tahun 2010 sehingga kini.

Muhammad Redzwan bin Abbas

Rugayah binti Yahya Berkelulusan Sijil Perguruan tahun 1989 di Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka (MPPM) dan Ijazah Pendidikan
(PBMP) dari Universiti Putra Malaysia tahun 2000. Mula
berkhidmat di SMK Gombak Setia pada 1 Disember 1989.
Berpindah ke SMK Ghafar Baba tahun pada Disember 1990 hingga
Februari 2017 seterusnya di SMK Hang Kasturi hingga kini.

Nur Daliza binti Che Daud Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan
USM pada tahun 1996 hingga 1999. Memulakan perkhidmatan
di Sekolah Tun Fatimah , Johor Bahru . Mendapat gelaran Guru
Cemerlang bermula tahun 2009 hingga kini. Kini berkhidmat
sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
Sains Muzaffar Syah , Melaka.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Kelas Pertama
Universiti Malaya dan mendapat Sijil Perguruan Asas di Maktab
Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada 1988. Sekarang
bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah.
Merupakan antara Guru Cemerlang Bahasa Melayu di Melaka.

Khamisah binti Baba

Khadijah binti Ahmad Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan
Pedagogi,UKM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan UKM.
Mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Kota
Bharu dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah. Beliau memulakan
perkhidmatan di SMK (P) Puterijaya, KL dan berpindah ke SMK Datuk
Bendahara, Jasin, Melaka pada tahun 2003. Berpengalaman 24 tahun
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, Beliau merupakan
Munsyi Dewan Bahasa dan kini memegang jawatan GKMP
Kemanusiaan di SM Tahfiz Al Quran Chenderah Jasin, Melaka sejak
2018.

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

iv

___________________________________________________________________________________________

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan,
USM pada tahun 1990 dalam bidang Geografi dan Kesusasteraan
Melayu). Mula berkhidmat pada tahun 1990 dan kini berkhidmat
di SMK Seri Pengkalan Alor Gajah.

Hjh NorAzlina binti Mat Said

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera, UKM (1992) dan

Diploma Pendidikan, UKM (1993). Mula berkhidmat sebagai

pendidik di SMKA Segamat, Segamat Baru, Johor pada tahun
1993. Kini, berkhidmat di SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub,

Merlimau Melaka sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa.

Habibah binti Akob

Zamzarina binti Misnan Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan
Melayu (Major)/ Bahasa Melayu (Minor) daripada UPSI. Mula
berkhidmat sebagai pendidik di SMK Dato Abdul Rahman
Yassin (SDARY) Johor Bahru pada tahun 2010 dan sekarang
berkhidmat di SMK Nyalas, Asahan Melaka sebagai guru Bahasa
Melayu.

Lis Quraisin binti Dolhalit Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian, UPM
dalam bidang Pengajian Melayu. Memperoleh Sijil Perguruan Asas
daripada Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Berpengalaman mengajar
selama 26 tahun dan pernah menjadi Guru Cemerlang BM 2014 - 2016
Kini beliau bertugas sebagai GKMP Bahasa di SMK Seri Tanjong,
Melaka.

Roslan bin Kasim Berkelulusan Ijazah Pertama dari Universiti Malaya dalam
bidang Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan di Institut
Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa Melayu/ Sejarah). Bergerak
aktif sebagai hakim dalam pertandingan koakademik Bahasa
Melayu peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan
Pengerusi Teknik Pertandingan Forum Remaja Daerah
Jasin.Kini,bertugas sebagai GKMP Bahasa SMK Tinggi
Perempuan Melaka.

Ariffin bin Mokhtar Berkelulusan Ijazah Pertama Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu
Pertama) dan Sijil Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Sri
Pinang, Pulau Pinang. Berpengalaman mengajar mulai 1990 hingga
sekarang. Bergerak aktif sebagai hakim pertandingan koakademik
Peringkat Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka dan Penceramah
Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 dan Kesusasteraan
Melayu SPM serta Pembina Item Bahasa Melayu SPM peringkat
Daerah Alor Gajah.

Syahiful Kamariah binti Mohamad Mendapat pendidikan awal di Ipoh dan di Kuala Lumpur.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Rancangan Bahasa Melayu
Universiti Malaya 1999, Beliau memperoleh Diploma Pendidikan
melalui pengajian KPLI di Institut Bahasa Melayu Malaysia
2000. Mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2001. Bertugas
di SM Tahfiz Al-Qur'an Chenderah sejak 2014 hingga sekarang.

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

v

KANDUNGAN MODUL BM KERTAS 2

BIL TAJUK M.S TARIKH MARKAH CATATAN
1 SOALAN 1 :RUMUSAN
1
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
10
AKTIVITI PENGUKUHAN 11
Latihan 1
Latihan 2 14

2 SOALAN 2 PEMAHAMAN
Panduan Pemarkahan

3 SOALAN 2 (a): PETIKAN UMUM 15
17
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
Contoh Soalan lengkap 19
21
AKTIVITI PENGUKUHAN 23
Latihan 1
Latihan 2 25
Latihan 3 26

4 PEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS

Analisis soalan Komsas
Teknik Menulis Jawapan: Pemahaman
Antologi Komsas

5 SOALAN 2(b) :PETIKAN PROSA MODEN

STRATEGI MENJAWAB SOALAN 27

AKTIVITI PENGUKUHAN 29
Latihan 1: Drama 31
Latihan 2: Drama 33
Latihan 3: Drama 35
Latihan 4: Cerpen 37
Latihan 5: Cerpen
Latihan 6: Cerpen

BIL TAJUK M.S TARIKH MARKAH CATATAN
6 SOALAN 2(c): PETIKAN PROSA
TRADISIONAL 41

STRATEGI MENJAWAB SOALAN 44
46
AKTIVITI PENGUKUHAN 48
Latihan 1 : Prosa Tradisional
Latihan 2: Prosa Tradisional 50
Latihan 3: Prosa Tradisional
54
7 SOALAN 2(d) :PETIKAN PUISI 56
TRADISIONAL 58
60
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
63
AKTIVITI PENGUKUHAN 65
Latihan 1: Gurindam 67
Latihan 2: Gurindam 68
Latihan 3: Gurindam 70
71
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
PUISI MODEN 74

AKTIVITI PENGUKUHAN 76
Latihan 4: Sajak
Latihan 5 (i): Sajak 79
Latihan 5 (ii): Sajak 79
Latihan 6 (i): Sajak 80
Latihan 6 (ii) Sajak
Latihan 7 (i): Sajak 81
Latihan 7 (ii): Sajak 82
83
8 SOALAN 3 :PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN BAHASA
Analisis Lengkap Soalan 3

9 SOALAN 3 (a) :MORFOLOGI
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

AKTIVITI PENEGUHAN
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3

AKTIVITI PENGUKUHAN
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3

vi

BIL TAJUK M.S TARIKH MARKAH CATATAN
10 SOALAN 3(b) :SINTAKSIS
84
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
85
AKTIVITI PENEGUHAN 86
86
Peneguhan 1: JENIS-JENIS AYAT 87
89
Peneguhan 2: SUBJEK/PREDIKAT & 90
POLA AYAT 92
Peneguhan 3: AYAT BIASA & AYAT 93
SONGSANG
Peneguhan 4: AYAT BIASA & AYAT
SONGSANG
PeneguhaN 5: AYAT AKTIF & AYAT
PASIF
Peneguhan 6: AYAT BIASA & AYAT
SONGSANG
Peneguhan 7: CAKAP AJUK DAN
CAKAP PINDAH
Peneguhan 8: CAKAP AJUK DAN
CAKAP PINDAH

AKTIVITI PENGUKUHAN 94
95
Latihan 1 96
Latihan 2
Latihan 3

11 SOALAN 3(c) :KESALAHAN EJAAN DAN 97
IMBUHAN
STRATEGI MENJAWAB SOALAN 101

12 SOALAN 3(d) :KESALAHAN KATA / 106
ISTILAH DAN TATABAHASA
STRATEGI MENJAWAB SOALAN 110
111
13 SOALAN 3(e) :PERIBAHASA 113

STRATEGI MENJAWAB SOALAN

AKTIVITI PENGUKUHAN
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3

14 SOALAN 4 : NOVEL 115
STRATEGI MENJAWAB SOALAN 116

ANALISIS SOALAN 116
117
AKTIVITI PENEGUHAN vii
Teknik Memahami Soalan
Membuat Rangka Jawapan Novel

CONTOH JAWAPAN CALON SPM 118
PENGGUNAAN KATA KUNCI YANG 119
BETUL
120
AKTIVITI PENGUKUHAN NOVEL 122
125
Latihan 1 126
Latihan 2 128
Latihan 3 130
Latihan 4 132
Latihan 5
Latihan 6 138
Latihan 7 139
139
MUDAHNYA BELAJAR NOVEL

Aktiviti Pengukuhan 1
Aktiviti Pengukuhan 2
Aktiviti Pengukuhan 3

# RUANGAN DI ATAS PERLU DIISI OLEH GURU / MURID UNTUK TUJUAN
PEMANTAUAN.

viii

SOALAN 1: RUMUSAN

Soalan 1: (30 markah)

STRATEGI MENJAWAB SOALAN

i) Jawapan setakat 120 perkataan sahaja.

ii) Tulis dalam 4 perenggan.

iii) Jika isi tersirat ada dalam isi tersurat tidak diterima.

- Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

- Jika bahasa kurang memuaskan, tolak 1 markah.

- Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan akan diberi 0

markah.
iv) Jangan tulis dalam bentuk poin – kerana walaupun markah isi penuh

tetapi markah bahasa ditolak

v) Markah bahasa ½ (50%) daripada markah biasa.

- Contoh: I - 12

B - 3 (6 – 50%)

------

15

------

vi) Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]
Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
- nama khas
- perkataan berulang
- penggunaan kata depan di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

BAHAGIAN MARKAH MARKAH
(i) Pendahuluan
(ii) Isi Tersurat 2
(iii) Isi Tersirat
(iv) Penutup / Kesimpulan 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

12 11 10 9 8 7 6 5 4

2

Jumlah Markah 20

1

(b) Bahasa (10 markah)
(i) Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada ½ markah isi.
(ii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan,ayat demi ayat
walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan,
berikan 0 markah untuk bahasa.

PERINGKAT MARKAH MARKAH HURAIAN
Baik ISI BAHASA
− Kesinambungan isi baik
18 – 20 9 - 10 − Struktur ayat/tatabahasa baik
15 – 17 7-9 − Kosa kata luas
− Tanda baca/ejaan betul
Sederhana 12 – 14 6-7 − Kesinambungan isi masih baik
8 – 11 4-6 − Struktur ayat/tatabahasa masih

Lemah 1–7 1-4 memuaskan
− Kosa kata masih memuaskan
− Tanda baca / ejaan juga memuaskan
− Pada keseluruhannya dalam serba

kekurangan/tidak memuaskan.

PENDAHULUAN RUMUSAN

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN (P)

Punca-punca Faktor-faktor, sebab-sebab

Masalah-masalah Kekangan, halangan, kesulitan, kerumitan, rintangan

Kesan-kesan/kesan buruk Akibat, implikasi, natijah, impak

Langkah-langkah Cara-cara, usaha-usaha, pendekatan, tindakan, strategi,
mekanisme, kaedah, penyumbang

Kepentingan/kesan baik Faedah, manfaat, kebaikan, keistimewaan, kelebihan

Peranan Tugas, tanggungjawab, fungsi, kewajipan

Ciri-ciri Kriteria, sifat, keperluan

Persediaan-persediaan Persiapan, langkah-langkah, usaha, tindakan, kesiapsiagaan,
keperluan

a) Mengenal pasti kata kunci (FOKUS 1) dalam soalan: cara-cara
b) Senaraikan kata sinonim kepada kata kunci: sebab, faktor, penyumbang
c) Mengenal pasti kata kunci (ISU) dalam soalan: cara-cara menangani lumba

haram
d) Mengenal pasti kata kunci (FOKUS 2) dalam soalan: kekangannya

2

CONTOH KATA YANG SESUAI / SEERTI UNTUK PENDAHULUAN

Peranan Industri Kecil dan Sumbangan / kepentingan / fungsi / tugas /
Sederhana dalam tanggungjawab
pembangunan ekonomi usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah /
negara. pendekatan / strategi / tindakan
Kekangan / kesulitan / kerumitan / hambatan
Langkah-langkah untuk Langkah-langkah / kaedah-kaedah / usaha-
meningkatkan kesedaran usaha / pendekatan / strategi
moral masyarakat. Faedah / manfaat / kepentingan / kebaikan /
keberkesanan / kemaslahatan
Masalah yang dihadapi oleh Faedah-faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan
sektor perubatan awam dan
cara mengatasi. Manfaat / kepentingan / kebaikan / kelebihan

Cara-cara mengurus tekanan Faktor-faktor / sebab-sebab
dan kepentingan pengurusan
tekanan kepada individu. Implikasi / impak / akibat / keburukan / natijah

Kelebihan kerja berpasukan Faedah / manfaat / kelebihan / kebaikan
dan cara-cara pemimpin
membentuk kerja berpasukan. Kriteria / sifat

Kepentingan terumbu karang Punca-punca / sebab-sebab
di Malaysia dan kaedah
pemuliharaannya. Faedah / manfaat / kepentingan / kelebihan /
keberkesanan / kemaslahatan
Faedah membaca dan cara-
cara menggalakkan budaya 3
membaca dalam kalangan
masyarakat.

Punca-punca keracunan
makanan dan kesan-kesan
keracunan makanan.

Kesan pemanasan global dan
sebab-sebab masyarakat
kurang mengambil berat
terhadap fenomena ini.

Kepentingan berpeluh kepada
manusia dan cara-cara
menggalakkan masyarakat
melibatkan diri dalam aktiviti
yang mengeluarkan peluh.

Ciri-ciri perunding yang
berkesan dan usaha-usaha
untuk meningkatkan
kemahiran berunding.

Faktor-faktor berkurangnya
bekalan air bersih dan cara-
cara menyedarkan masyarakat
supaya berhemat dalam
penggunaan air.

Kebaikan hutan bandar dan
cara-cara mengekalkan hutan
bandar.

Tindakan mengatasi masalah Usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah /
disiplin murid di sekolah dan pendekatan / strategi / langkah-langkah
kesan masalah itu kepada
negara.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN KARANGAN

Soalan 1: (30 markah)
TAJUK: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN UMUM

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menangani lumba haram dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fenomena lumba haram ada di mana-mana pelosok di negara ini tidak kira di
bandar besar mahupun di pekan kecil. Jika di Kuala Lumpur, kawasan tumpuan
sebagai litar lumba haram ialah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan
Jalan Bangsar.

S1Tindakan pegawai kanan polis menyamar sebagai mat rempit dianggap
taktik berkesan untuk mendekati kumpulan remaja bermotosikal yang suka
menyertai lumba haram. Langkah ini ternyata berkesan apabila berjaya menahan
kira-kira 160 daripada ratusan remaja yang berkumpul untuk menyertai lumba haram
di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut. Kita percaya kaedah itu dapat
mengesan ramai pelumba haram yang kebanyakannya remaja atau pelajar sekolah
menengah,institusi pengajian tinggi selain belia yang sudah bekerja.

Selain itu S2penggunaan helikopter dalam sesuatu operasi sebagai
kaedah terbaharu disifatkan langkah terbaik untuk membanteras lumba haram.
Dengan kaedah ini, polis dapat membuat pemantauan menerusi ruang udara
dengan lebih menyeluruh terhadap lokasi tumpuan pelumba haram berkenaan.
Natijahnya, percubaan kali pertama ini yang turut menggunakan 8 buah kenderaan
awam seperti trailer, lori dan bas kilang memudahkan sekatan dibuat dan sekali gus
menghalang pelumba haram itu melarikan diri.

Hakikatnya S3undang-undang sedia ada ialah pelengkap untuk
mengekang perbuatan pesalah berkenaan. Mengikut Seksyen 42 Akta
Pengangkutan Jalan(APJ) 1987, mereka yang melakukan kesalahan pertama lumba
haram boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 5 tahun dan denda maksimum
RM 15,000 atau kedua-duanya. Di samping itu, S4Kementerian Pengangkutan juga
mewujudkan subseksyen baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi
membolehkan penaja atau penonton lumba haram dikenakan tindakan.
S5Kementerian juga akan meminda Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)
berkenaan iaitu mereka yang menaja lumba haram boleh dikenakan tindakan
lebih keras.

Langkah S6Kelab Permotoran Malaysia menganjurkan perlumbaan
motosikal di tengah ibu kota merupakan program khas untuk menangani gejala

4

lumba haram. Langkah ini amat relevan dan menjadi alternatif untuk menggalakkan
golongan muda menyertai kegiatan itu secara sihat. Statistik pada tahun 2005
menunjukkan bahawa penunggang motosikal mencatat 67.9 peratus daripada
keseluruhan jumlah kematian diikuti pemandu kenderaan (23 peratus) dan pejalan
kaki (9.1 peratus).

Lantaran itu kerajaan mengambil langkah proaktif untuk menangani isu
berkenaan. Dalam hal ini S7Majlis Keselamatan Jalan Raya diberi tanggungjawab
untuk menyediakan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) di
sekolah. Bagi mengukuhkan pelaksanaan program tersebut,S8 Kelab Keselamatan
Jalan Raya diwujudkan di sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum.

Oleh itu, pendidikan keselamatan jalan raya yang diajar sejak peringkat awal
lagi ialah senjata terbaik yang dapat memupuk kesedaran dan menanamkan disiplin
diri yang tinggi kepada generasi sekarang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pendidikan Strategi Awal
Tangani Lumba Haram oleh Jami‟ah Shukri, Berita Harian)

Contoh Keterangan / Pelengkap dalam Pendahuluan 1

Keterangan Tempat Di negara kita / di negara ini
(di mana?) Di Malaysia
Di sekolah-sekolah
Keterangan Masa
(bila ?) Kini
Pada masa ini
Keterangan Kelompok Pada zaman ini
(siapa?)
Dalam kalangan murid
Dalam kalangan ibu bapa
Dalam kalangan masyarakat

CONTOH PENDAHULUAN 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menangani lumba haram dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

- Petikan membincangkan _________________ SINONIM F1 + ISU + KETERANGAN @
PELENGKAP)

- PENDAHULUAN LENGKAP
Petikan membincangkan langkah-langkah menangani / membanteras lumba haram
dalam kalangan remaja.

5

CONTOH PENDAHULUAN 2:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menangani lumba haram dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

(Ayat pendahulan diambil daripada AYAT ARAHAN PERTAMA SOALAN, SINONIM,
dan SALIN KATA KUNCI ARAHAN SOALAN 2(a)(ii)
- Petikan membincangkan .___________________________ SINONIM F1 + ISU dan

SALIN KATA KUNCI ARAHAN SOALAN 2(a)(ii)
- PENDAHULUAN LENGKAP

Petikan membincangkan langkah-langkah menangani / membanteras lumba haram
dan langkah-langkah menangani / membanteras lumba haram.

CONTOH PENDAHULUAN 3:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menangani lumba haram dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

- Rumusan membincangkan _________________________ SINONIM F1 + ISU dan
SALIN ARAHAN ISI TERSIRAT-F2)

- PENDAHULUAN LENGKAP
Rumusan membincangkan langkah-langkah menangani / membanteras lumba
haram dan kekangannya.

#CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN PENDAHULUAN 3 KETIKA MENULIS
JAWAPAN RUMUSAN:

Rumusan membincangkan __________________________________________
SINONIM F1 + ISU dan SALIN ARAHAN ISI TERSIRAT-F2)

6

ISI TERSURAT RUMUSAN

TEKNIK MENCARI ISI TERSURAT(S)

 Fokus pertama dalam soalan.
 Isi tersirat dibina berdasarkan FOKUS 1 soalan.
 Kata tugas untuk FOKUS 1 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi

tersurat.
 Gariskan fokus soalan.
 Cari isi tersurat sebanyak yang mungkin.
 Biasanya terdapat 8 hingga 10 isi tersurat dalam petikan.
 Tulis 7-8 isi tersurat.
 Contoh tidak perlu.
 Huraian tidak perlu.
 Bina ayat yang lengkap.
 Pastikan ayat ada subjek dan predikat.
 Jangan olah isi.
 Tulis isi tersurat dalam perenggan kedua.

CONTOH JAWAPAN ISI TERSURAT

Isi Tersurat (Cara-cara menangani lumba haram)

S1Tindakan pegawai kanan polis S5Kementerian juga akan meminda Seksyen

menyamar sebagai mat rempit 81 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) berkenaan

iaitu mereka yang menaja lumba haram boleh

dikenakan tindakan lebih keras.

S2Penggunaan helikopter dalam sesuatu S6Kelab Permotoran Malaysia menganjurkan

operasi sebagai kaedah terbaharu perlumbaan motosikal di tengah ibu kota

S3Undang-undang sedia ada ialah S7Majlis Keselamatan Jalan Raya diberi

pelengkap untuk mengekang perbuatan tanggungjawab untuk menyediakan Program

pesalah berkenaan. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR)

di sekolah.

S4Kementerian Pengangkutan juga S8Kelab Keselamatan Jalan Raya diwujudkan di

mewujudkan subseksyen baru di bawah sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum

Akta Pengangkutan Jalan 1987

Antara cara menangani lumba haram ialah __________(S1)__________,
__________(S2)__________, dan __________(S3)__________. Selain itu,
__________(S4)__________, __________(S5)__________, dan
__________(S6)__________.

7

ISI TERSIRAT RUMUSAN

TEKNIK MENCARI ISI TERSIRAT(T)
 Fokus kedua dalam soalan.
 Isi tersirat dibina berdasarkan FOKUS 2 soalan.
 Kata tugas untuk FOKUS 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi

tersirat.
 Biasanya: masalah, cadangan, kebaikan, keburukan, kekangan, cara-cara

menangani.
 Berikan 3 atau 4 isi.
 Tulis isi tersirat dalam perenggan ketiga.
 Berikan pendapat yang logis.
 Jangan ambil isi yang ada dalam petikan.
 Tiada markah isi sekiranya isi tersebut diambil daripada petikan.
 Ayat tersebut perlu gramatis dan lengkap dan boleh menggunakan ayat majmuk.

CONTOH JAWAPAN ISI TERSIRAT

Isi Tersirat (Kekangan menangani lumba haram)
T1Kekurangan kakitangan untuk menjalankan operasi.
T2Kurang kerjasama daripada pelbagai pihak.
T3Operasi menangani lumba haram diadakan secara bermusim.
T4Petugas yang membuat operasi terdedah kepada bahaya.
T5Ada pemberi maklumat dalam kalangan pelumba menggagalkan operasi yang diadakan.

Antara kekangannya ialah __________(T1)__________, __________(T2)__________,
dan __________(T3)__________.

8

KESIMPULAN

TEKNIK MENULIS KESIMPULAN
Mengandungi CADANGAN + HARAPAN / SYOR / LANGKAH-LANGKAH

(Siapa?) & (?)

1 2 3 DAN 4 5 6
(HARAPAN)
(CADANGAN) hendaklah (ISU) supaya
perlulah agar
- Kerajaan haruslah bekerjasama / bekerjasama / demi
- Rakyat mestilah berganding bahu / berganding bahu untuk
- Semua pihak / menggembleng
- Setiap individu menggembleng kerana
- Masyarakat tenaga tenaga
- Pihak polis
- Pihak ++

berkuasa ISU (+) ISU (-)
- Pihak sekolah
- Ibu bapa mengamalkan menangani

memajukan membanteras

menggalakkan mengelakkan

meningkatkan menjauhi

memartabatkan

memperkasakan

membudayakan

CONTOH JAWAPAN MENULIS KESIMPULAN

1 2 3 DAN 4 gejala 5 6
(CADANGAN) (ISU) lumba (HARAPAN)
hendaklah haram supaya
- Kerajaan perlulah bekerjasama / agar kes lumba haram
- Semua pihak haruslah berganding bahu / demi dalam kalangan
- Masyarakat mestilah
- Pihak menggembleng remaja dapat
tenaga diatasi/
berkuasa +
dikurangkan.
menangani/
membanteras

9

AKTIVITI PENGUKUHAN RUMUSAN

AKTIVITI PENGUKUHAN 1 (PENDAHULUAN)
KATA YANG SESUAI / SEERTI UNTUK PENDAHULUAN

BIL SKOP SOALAN KATA YANG SESUAI UNTUK
PENDAHULUAN
1 Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan
teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan
kerajaan dan kesannya.

2 Faedah penubuhan badan khas bagi membantu
pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.

3 Faktor-faktor yang menyebabkan penyakit kencing
manis dan cara-cara untuk mengelakkannya.

4 Kesan pemanasan global dan sebab-sebab
masyarakat kurang mengambil berat terhadap
fenomena ini.

5 Peranan media massa dan langkah menyekat
penerbitan bahan yang negatif.

6 Manfaat proses kitar semula dan masalah-masalah
pelaksanaannya di Malaysia.

7 Kekangan dalam usaha mewujudkan semangat
patriotik dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan
usaha tersebut.

8 Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara
pemimpin membentuk kerja berpasukan.

9 Sebab-sebab dadah mesti diperangi dan
rintangannya.

10 Kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara
mengatasi masalah sukar tidur.

11 Masalah untuk menghapuskan gejala rasuah dan
kesan rasuah terhadap pembangunan negara.

12 Kesan bahan bacaan picisan terhadap generasi
muda dan langkah-langkah membendung
penyebarannya.

13 Faedah-faedah menderma darah dan sebab-sebab
orang ramai tidak suka menderma darah.

14 Cara-cara menguruskan kewangan dan peranan
pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya
berbelanja secara berhemat.

15 Punca-punca remaja terlibat dengan budaya
hedonisme dan langkah-langkah kerajaan
membendungnya.

10

AKTIVITI PENGUKUHAN 2 (PENDAHULUAN)

RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-
kesan negatif penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung
penyalahgunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Pendahuluan:-
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah
keupayaannya memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet
membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat
dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi
maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi.
Perubahan cara komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek
keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan
dalam pelbagai isu. Penyebaran bahan imperialisme yang dapat
meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas
menunjukkan bahawa Internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara
yang kurang menyenangkan. Internet merupakan media yang
membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat
dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan
kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baru ini.
Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan
Internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral
secara talian terus.

Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan
pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah,
penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta
yang banyak dilakukan dalam Internet. SeIain itu, rangkaian ini juga
digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh
media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti
mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanak-kanak. Kebebasan
penyebaran maklumat menyebabkan Internet digunakan untuk
menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi
tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam
undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

Beberapa terbitan Ensyclopedia World Wide telah disebarkan

11

melalui Internet tanpa izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut
memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku dalam
ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut tertumpu
terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian
terus. Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet
sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak
negara berusaha mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi
memerangi penyalahgunaan Internet.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang
“Internet dan Cabarannya”, Berita Harian, 22 Ogos 2015)

CONTOH UNTUK MENGHASILKAN JAWAPAN RUMUSAN

(CARA MENGISI PENDAHULUAN, ISI TERSURAT, ISI TERSIRAT, DAN
KESIMPULAN BERDASARKAN PETIKAN RUMUSAN)

Rumusan membincangkan _____________F1(sinonim)-isu_____________,
dan _____________(F2)_____________ (2 markah).

Antara ______________________(F1)_______________________________
ialah _____________________________(S1)______________________________,
dan ______________________________(S2)______________________________.
Selain itu, ________________________(S3)______________________________,
dan ______________________________(S4)______________________________.
Seterusnya, _______________________(S5)______________________________,
dan ______________________________(S2)______________________________.

Antara ______________________(F2)_______________________________
ialah _____________________________(T1)______________________________ .
Di samping itu, _____________________(T2)______________________________.

Kesimpulannya, ____________________(pihak terlibat) (cadangan)-

kaitkan dengan

isu__________________________________________________________ supaya

___________________________(harapan)________________ (2 markah).

(Jumlah patah perkataan)

12

RUMUSAN LENGKAP

(LENGKAPKAN PENDAHULUAN, ISI TERSURAT, ISI TERSIRAT, DAN
KESIMPULAN BERDASARKAN PETIKAN RUMUSAN)

____________ membincangkan (F1)________________________________
dan (F2)___________________________________________________ (2 markah).

Antara (F1)_____________________________________________________
ialah ______________________________________________________________,
dan _______________________________________________________________.
Selain itu, _________________________________________________________,
dan _______________________________________________________________.
Seterusnya, ________________________________________________________,
dan _______________________________________________________________.

Antara (F2) ____________________________________________________
ialah ______________________________________________________________.
Di samping itu,
_______________________________________________________.

Kesimpulannya,

_________________________________________________ supaya

____________________________________________________ (2 markah).

(____ patah perkataan)

Pelajar digalakkan supaya menulis rumusan dalam empat perenggan seperti

cadangan berikut:

a) Pemerengganan 1 – Pendahuluan
b) Pemerengganan 2 – Isi-isi tersurat (S)
c) Pemerengganan 3 – Isi-isi tersirat (T)
d) Pemerengganan 4 – Penutup (Kesimpulan)

13

SOALAN 2: PEMAHAMAN

Soalan 2: (35 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Bahagian ini mengandungi 4 soalan iaitu:
a) Petikan Pemahaman Rumusan (9 markah)
b) Petikan Pemahaman Prosa Moden (9 markah)
c) Petikan Pemahaman Prosa Tradisional (8 markah)
d) Petikan Pemahaman Puisi Tradisional (9 markah)

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap /sempurna
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)

daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN PEMAHAMAN MARKAH
2
1. Soalan 2 markah: 1
DESKRIPSI 1
Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 0
Jawapan tepat tetapi ayat tidak gramatis
Jawapan kurang tepat /isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
Jawapan tidak tepat/ salah

2. Soalan 3 markah: MARKAH
3
DESKRIPSI 2
Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis 1
Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis 0
Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
Isi tidak betul/ tidak releven dengan tugasan, ayat gramatis

3. Soalan 4 markah: MARKAH
4
DESKRIPSI 3
Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugas dan ayat gramatis 2
Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis 1
Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 0
Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
Isi tidak betul/tidak releven dengan tugasan, ayat gramatis

14

SOALAN 2(a) : PETIKAN UMUM

Soalan 2(a): (9 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Soalan 2(a): Petikan Umum (9 markah) 2 markah
(i) Pemahaman Teks (Maksud rangkai kata) 3 markah
(ii) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks) 4 markah
(iii) KBKK (Pendapat)

Kemahiran yang perlu dikuasai
 Memberi Maksud Rangkai Kata
 Mencari Jawapan Berdasarkan Petikan (Aspek Pengetahuan Teks /Petikan)

TEKNIK MENULIS JAWAPAN

PEMAHAMAN 2(a): PETIKAN UMUM

 Baca soalan dengan teliti untuk mendapat gambaran akan kehendak soalan.
 Soalan terbahagi kepada tiga iaitu:

a) Soalan maksud rangkai kata - 2 markah
b) Soalan pemahaman petikan - 3 markah
c) Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)) - 4 markah.
 Jawapan perlu menggunakan ayat yang lengkap.
 Untuk soalan(ii) jawapan mesti diambil daripada petikan. Anda perlu menyalin bulat-
bulat daripada petikan.
 Pastikan jumlah markah yang diberikan. Jika soalan itu, tiga markah, anda
dicadangkan agar memberikan 3 isi.
 Untuk soalan 4 markah, anda dicadangkan untuk menghuraikan isi anda. (Isi +
Huraian). Sekiranya tiada huraian anda dicadangkan untuk menulis 4 isi.
 Berikan pendapat yang logik.

CONTOH PEMAHAMAN UMUM 2(a)(iii) KBAT

(iii) Negara kita telah beberapa kali menghadapi krisis bekalan air.

Huraikan pendapat anda tentang cara yang berkesan bagi menangani krisis

tersebut. [4 markah]

- Membina lebih banyak empangan untuk menakung / menampung bekalan.
- Mencari sumber air alternatif/penyulingan air laut supaya bekalan air bersih

tidak terputus.
- Dasar pengagihan bekalan air / mengawal bekalan agar bekalan air bersih

dapat diterima sama rata kepada penduduk.

15

Jawapan Lengkap:

Pada pendapat saya, cara yang berkesan bagi menangani krisis bekalan air ialah kerajaan
perlulah membina lebih banyak empangan (isi1) untuk menakung air (H1) dan mencari
sumber air alternatif (isi 2) supaya bekalan air bersih tidak terputus(H2). Selain itu,
kerajaan juga perlu melaksanakan dasar pengagihan bekalan air (isi 3) agar dapat
diterima sama rata oleh semua penduduk (H3).

Contoh Soalan 2(a)

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata taktik berkesan. [2 markah]

(ii) Apakah kesan penggunaan helikopter oleh pihak polis dalam

membantu menangani lumba haram? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam usaha untuk

membendung gejala lumba haram? [4 markah]

Contoh cara menjawab soalan 2(a)

(i) Padankan perkataan berikut dengan maksud yang sesuai berdasarkan

konteks ayat dalam petikan.

Taktik *strategi

*penipuan

Berkesan *efektif

*terkini

Maksud rangkai kata taktik berkesan ialah _____________________________________.

(ii) - dapat membuat pemantauan menerusi ruang udara dengan lebih
menyeluruh.

- penggunaan kenderaan awam dapat memudahkan tugas sekatan dibuat.
- menghalang pelumba haram itu melarikan diri.

Kesan penggunaan helikopter oleh pihak polis dalam membantu menangani lumba haram
ialah ________________________________, ________________________________, dan
________________________________.

Peranan ibu bapa:
- menasihati anak-anak agar tidak melibatkan diri dalam lumba haram.
- mengawasi pergerakan anak-anak.
- memberikan pendidikan agama secukupnya.
- mengehadkan kebebasan anak-anak

Pada pendapat saya,peranan ibu bapa dalam usaha untuk membendung gejala sosial
lumba haram ialah___________________________, ___________________________,
dan ___________________________,

16

CONTOH SOALAN LENGKAP RUMUSAN DAN PEMAHAMAN

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
peranan pusat sumber sekolah dalam membentuk pelajar berpengetahuan dan
cara-cara pelaksanaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak
mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung
ilmu dan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan
merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat
pengumpulan bahan-bahan Alat Pandang Dengar (APD), sekarang kedua-dua
tempat ini diintegrasikan untuk menjadi Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Pusat Sumber Sekolah ialah suatu tempat berlakunya segala kegiatan yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Konsep PSS ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden
iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian,
setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi
memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri.

PSS seharusnya dapat membantu, membaiki kualiti pendidikan negara agar
dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan
yang akan mengganggap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian
daripada kemahiran hidupnya. Pada hari ini, golongan pendidik dan masyarakat
umum menyatakan bahawa kita perlu menitikberatkan minat dan kecenderungan
serta kebolehan pelajar demi menghasilkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu,
PSS dapat disifatkan sebagai satu tempat yang dibina di sekolah yang dilengkapi
dengan alat bahan, dan kemudahan sebagai bantuan sokongan kepada tugas
pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum, bagi
tujuan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk
individu atau kumpulan.

Selain itu PSS dapat memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada guru-
guru mata pelajaran dalam menjalankan tugas seharian mereka. PSS juga harus
mampu memberikan pimpinan dan bimbingan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
penggunaan bahan-bahan yang sesuai serta menghasilkan bahan-bahan yang
mudah dan murah tetapi berkesan kepada pelanggannya.

Kita percaya bahawa proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai
apabila dilakukan dengan melibatkan pelbagai pancaindera manusia dengan cara
yang sebaik mungkin. Jadi, PSS disediakan bertujuan untuk memajukan sumber
pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar. Di samping itu, PSS juga dapat

17

membantu guru-guru memilih dan menilai alat dan bahan pengajaran yang
dihasilkan oleh guru sendiri atau dibeli daripada pembekal swasta.

Justeru, dapatlah dikatakan bahawa PSS merupakan satu organisasi yang
berfungsi untuk mengumpul, menyusun, dan menyebarkan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran secara aktif. Di samping memupuk minat gemar membaca dan
membuat penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan PSS,
mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, matang, berdisiplin, dan dapat
mengembangkan bakat serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan
kecenderungan masing-masing.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada,
“PSS Membentuk Pelajar Berpengetahuan”, Pendidik Bil 18 2014)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata gedung ilmu. [2 markah]

______________________________________________________________

(ii) Apakah kelebihan sekiranya seseorang pelajar itu gemar membaca dan

membuat penyelidikan di Pusat Sumber Sekolah? [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan minat

pelajar menggunakan Pusat Sumber Sekolah? [4 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

18

AKTIVITI PENGUKUHAN

LATIHAN 1: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan pendermaan organ di negara kita dan halangan untuk menderma
organ. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penderitaan adik Teh Hui Yee, 14 tahun yang bergantung hidup
menggunakan jantung mekanikal sejak setahun lalu sedikit sebanyak mula
menyedarkan masyarakat tentang perlunya penderma organ. Penderitaannya
mendorong sebuah keluarga yang baru kematian anak akibat kemalangan jalan
raya, secara ikhlas mendermakan jantung anak mereka kepada adik Teh Hui Yee.
Sumbangan ini suatu ikhtiar perubatan moden yang dapat menghilangkan
penderitaan yang ditanggung pesakit. Menurut laporan Kementerian Kesihatan,
sejak 1997 seramai 108,501 orang telah mendaftar untuk menderma organ,
bagaimanapun hanya 180 kes pendermaan organ dapat disempurnakan selepas
kematian penderma. Dengan adanya pemindahan organ ini, para doktor dapat
menyelesaikan masalah perubatan pesakit.

Pemindahan organ bermakna memindahkan sebahagian ataupun seluruh
organ daripada tubuh seseorang kepada individu lain yang memerlukannya. Organ
biasanya diambil daripada penderma yang telah meninggal dunia. Prosedurnya ialah
organ penerima yang gagal berfungsi digantikan dengan organ penderma. Hasilnya
membolehkan sistem badan pesakit dapat berfungsi secara normal. Namun begitu,
bukan perkara mudah untuk mendapatkan penderma organ walaupun pendermaan
organ merupakan satu kaedah perubatan paling berkesan untuk membantu pesakit
kerana tidak semua orang sanggup melakukannya. Bagi melaksanakan amalan
mulia ini sebagai amal jariah, pakar perubatan perlu mendapatkan kebenaran ahli
keluarga atau waris terdekat penderma terlebih dahulu. Selain itu, organ yang
dipindahkan tidak boleh dijadikan barang dagangan untuk urusan jual beli.
Pembedahan yang berjaya akan memberikan harapan baru kepada pesakit untuk
terus hidup.

Namun begitu, terdapat juga pembedahan yang gagal. Hal ini berpunca
daripada penolakan organ penderma oleh sistem imun tubuh penerima organ.
Kesan sampingan ubat bagi menghalang proses penolakan organ juga merupakan
masalah bagi proses pemindahan organ. Oleh itu, pemilihan penderma dan pesakit
yang tepat seharusnya diutamakan agar kegagalan pemindahan organ dapat
dielakkan. Dengan adanya sumbangan organ daripada orang ramai, kewujudan
bank organ dapat direalisasikan di negara ini. Pesakit pula tidak perlu menunggu
begitu lama untuk menjalani pembedahan.

Pemindahan organ dapat mengurangkan risiko kematian awal yang selama
ini menghantui pesakit. Keluarga penderma tidak perlu gusar kerana pemebedahan

19

pemindahan organ itu disempurnakan dengan penuh rasa hormat dan
tanggungjawab. Masyarakat pula perlu sedar jika tiada penderma maka ramai
pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ akan berhadapan dengan risiko
kematian. Pendermaan organ akan membawa kepada pembedahan pemindahan
organ. Pembedahan yang berjaya akan dapat mengiktiraf kualiti dan kecekapan
pakar perubatan tempatan. Sesungguhnya, kesanggupan kita menderma organ
membuktikan betapa tingginya nilai kemanusiaan yang ada pada diri kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pendermaan Organ oleh Siti Balkis Sudin,
Dewan Masyarakat, Disember 2012)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berhadapan dengan risiko. [2 markah]
______________________________________________________________

(ii) Nyatakan tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh pakar bedah organ semasa

melakukan pembedahan. [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Mengikut pendapat anda, jelaskan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan

untuk menyedarkan rakyat agar menderma organ. [4 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

20

LATIHAN 2: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-
usaha untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan dan
kesan-kesannya kepada negara Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan masih kekal sebagai penyumbang utama kepada
ekonomi dari segi pendapatan tukaran asing. Pelbagai usaha dan strategi dilakukan
oleh kerajaan bagi meningkatkan kemajuan sektor pelancongan di negara ini.
Nampaknya, usaha mempromosikan sumber baru pertumbuhan dalam pelancongan
kesihatan telah berjaya meningkatkan bilangan pelancong yang mendapat rawatan
di negara ini. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta,
Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negara-negara lain yang telah
mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini. Malaysia sebenarnya
mempunyai banyak kelebihan untuk mengembangkan industri pelancongan
kesihatan kerana memiliki kepakaran dan peralatan yang tinggi untuk ditawarkan,
selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran wang asing.

Keindahan yang dimiliki oleh negara ini menjadi penyumbang utama terhadap
perkembangan dan peningkatan sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini,
beberapa pihak swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian
Pelancongan dan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar
sebagai satu usaha untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan negara.
Pelbagai langkah dilakukan untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan
kesihatan. Antaranya, menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaras
tawaran hospital dan hotel serta membentuk rangkaian rujukan antarabangsa.
Selain itu, hospital-hospital digalakkan mendapat akreditasi antarabangsa dan
mengadakan hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia.
Kerajaan juga menggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional
Malaysia oleh pihak swasta sebagai usaha meningkatkan sumbangan dalam sektor
ini. Syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit turut
dilonggarkan selain menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk
membina kecemerlangan klinikal.

Kerajaan juga sentiasa menyokong dan mengalu-ngalukan usaha pihak
swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-
hospital swasta tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2004 Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran
penubuhan Medical Services Coordination International Sdn. Bhd. (MSCI) yang
menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negara ini.
Sememangnya pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi
menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing
melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang

21

berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di
bawah Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya
menjadi galakan kepada perkembangan industri ini di Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Sektor Pelancongan Kesihatan dan
Produk Perkhidmatan Kesihatan Pilihan yang berkualiti,
oleh: Hj. Samat bin Buang, Fokus, Julai, 2013)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai prasarana kukuh. [2 markah]
______________________________________________________________

(ii) Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia dalam mengembangkan sektor

pelancongan kesihatan negara? [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Industri pelancongan negara semakin berkembang pesat.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh
kerajaan bagi mengembangkan lagi industri pelancongan negara? [4
markah]
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

22

LATIHAN 3: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-
ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara dan
langkah-langkah membentuk modal insan cemerlang Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Negara kita yang tercinta sudah setengah abad mencapai kemerdekaan.
Sepanjang tempoh tersebut, kita telah membuktikan bahawa kita berjaya
mentadbirkan dan mengurus negara kita dengan cara kita sendiri tanpa bergantung
kepada pemimpin dan negara luar. Kejayaan ini perlu diinsafi oleh generasi muda
kita kerana merekalah yang menjadi harapan negara untuk memastikan
kemerdekaan terus kita kecapi. Oleh hal yang demikian, kita berharap agar generasi
muda kita akan menjadi modal insan yang cemerlang bagi menggalas
tanggungjawab dan amanah ini.

Kemerdekaan negara dan bangsa Malaysia akan lebih terjamin sekiranya
generasi muda dapat menjadi modal insan yang berilmu dan berpengetahuan. Ilmu
pengetahuan, khususnya dalam bidang sains dan teknologi yang dikuasai oleh
generasi muda akan membolehkan mereka menjanakan pelbagai kemajuan demi
bangsa dan negara. Generasi muda yang menjadi modal insan yang berilmu dan
berpengetahuan akan lebih kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Ciri-ciri
generasi muda yang sedemikian mampu mencipta sesuatu yang baharu dan
bermanfaat serta mengelakkan negara dan bangsa daripada terus bergantung pada
negara-negara luar dalam usaha memakmurkan negara.

Dalam usaha menjamin kemerdekaan dan keharmonian hidup dalam negara
tercinta ini, sikap tolak ansur sesama kaum hendaklah menjadi amalan dalam
kalangan generasi muda negara. Sikap bertolak ansur atau toleransi ini akan
memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terbina tanpa mengira agama,
bangsa, bahasa dan adat resam. Perpaduan yang berasaskan sikap tolak ansur ini
akan memudahkan pelaksanaan segala dasar yang dibentuk atau melancarkan
segala program pembangunan yang dirancang. Oleh itu, generasi muda yang terdiri
daripada pelbagai kaum perlu memahami ciri-ciri pembentukan negara dan bangsa
yang telah termeterai dalam kontrak sosial harus dijadikan teladan. Cara ini mampu
mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga melahirkan pertikaian sesama sendiri,
lantas menggugat kemerdekaan negara dan keharmonian hidup. Prinsip-prinsip
Rukun Negara seperti Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara, Kedaulatan Undang-Undang, Keluhuran Perlembagaan, serta Kesopanan
dan Kesusilaan harus menjadi pedoman dan pegangan remaja kini. Dengan
berpegang pada prinsip-prinsip ini, para remaja dapat dipastikan menjadi modal
insan yang mempunyai asas-asas yang kukuh dalam menghadapi segala perbezaan
pendapat dan pemikiran serta cabaran hidup dalam dunia serba moden.

23

Kita akur dengan perkembangan dunia hari ini yang dilatari konsep liberalisari
ekonomi, konsep dunia tanpa sempadan atau globalisasi dan sebagainya.
Seharusnya generasi muda dapat memahami konsep-konsep baharu dalam
perkembangan dunia terkini secara tersurat dan tersirat. Justeru, generasi muda hari
ini perlu melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu dalam arus menerokai
dunia globalisasi itu. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mempunyai
semangat daya saing serta daya ketahanan yang tinggi terhadap segala cabaran.
Generasi muda seharusnya mampu mengelakkan negara dan bangsa tercinta
daripada terjajah dalam konteks penjajahan bentuk baharu seperti penjajahan minda
dan penjajahan ekonomi.

Tegasnya, generasi muda amatlah diharapkan oleh pemimpin dan
masyarakat supaya menjadi modal insan yang benar-benar cemerlang. Oleh itu,
etos, sikap, pemikiran dan tingkah laku yang murni dan baik hendaklah dijadikan ciri-
ciri penting yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini bagi memastikan
kemerdekaan Malaysia terus terjamin kekal dan utuh di persada dunia.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Perutusan SPBY Dipertuan Agong,
sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-50,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Ogos 2013).

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata termeterai dalam kontrak sosial.
[2 markah]

______________________________________________________________

(ii) Mengapakah perbezaan pendapat dalam kalangan rakyat mesti ditangani

dengan sebaik mungkin? [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri remaja yang mempunyai daya saing dan

daya ketahanan yang tinggi. [4 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

24

PEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS (2a,2b dan 2d)
PEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS

ANALISIS TAJUK KOMSAS

TAJUK TAHUN TAJUK TAHUN
Cerpen Tingkatan 4 2017 (U)
1. Kaduk, Ayam dan Raja 2019 (N) Cerpen Tingkatan 5 2019 (U)
2. Munsyi 1. Cinta A Mutawakil 2018 (N)
3. Jaket Kulit Kijang Dari 2018 (U) 2. Hipertensi 2016 (N)
2016 (N) 3. Gerhana Manusia
Istanbul 2018 (N)
Drama Tingkatan 4 2019 (U) Drama Tingkatan 5 2017 (N)
1. Berkhidmat untuk Negara 2019 (U) 1. Bukan Gila
Prosa Tradisional Tkn 4
1. Kepimpinan Melalui Teladan 2017 (N) ProsaTradisional Tkn 5
2019 (N)
Puisi Tradisional Tkn 4 2018 (J) 1. Burung Terbang 2017 (U) (N)
1. Syair Bidasari Dipipiskan Lada 2018 (U)
2. Gurindam Dua Belas 2019 (N)

(Fasal yang ketiga) Puisi Tradisional Tkn 5 2016 (N)
Puisi Moden Tkn 4 1. Beberapa Petua Hidup
1. Sang Gembala Kuda
2. Aku Membaca Lagi 2. Berbuat Istana Zaman 2018 (N)
3. www.sibermerdekacom.my Dahulu
4. Gelanggang
Puisi Moden Tkn 5 2017 (U)
1. Sejadah Rindu
2. Pesan Lelaki Kecil kepada

Gadis Kampus

3. Erti Hidup Bererti

4. Kudup Perang

25

TEKNIK MENULIS JAWAPAN PEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS
(PROSA MODEN, PUISI DAN PROSA TRADISIONAL) –SECARA UMUM
1. Terdapat empat jenis soalan pemahaman yang dikemukakan dalam soalan:

a) Menganalisis petikan
i) Jawapan ada dalam petikan
ii) Elakkan menggunakan pendapat sendiri

b) Maksud rangkai kata
i) Seboleh-bolehnya jangan ambil satu pun perkataan yang diuji.
ii) Uji semula maksud yang diberi ke dalam petikan asal.

c) Unsur-unsur sastera
i) Soalan berkaitan dengan tema, persoalan, latar, nilai, pengajaran dan

perwatakan.
ii) Calon perlu memahami teks dan puisi yang diberi dan membaca nota-

nota berkaitan teks tersebut.

d) Pendapat (KBAT)
i) Jawapan yang diberi mesti berasaskan idea sendiri.
ii) Jangan ambil isi daripada petikan.

2. Jawapan perlu ditulis dalam ayat yang lengkap, iaitu dengan mengambil
sebahagian daripada perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan
jawapan anda.

SOALAN (2b): PETIKAN PROSA MODEN

Soalan 2(b): (9 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Soalan 2(b) : Petikan Prosa Moden (9 markah) 2 markah
i) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks / maksud rangkai kata) 3 markah
ii) KBKK (pendapat) 4 markah
iii) Komsas

26

PANDUAN MENJAWAB SOALAN
PEMAHAMAN 2(b): PROSA MODEN

FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2(b)i, 2(b)ii, dan 2(b)iii,
SAMA SEPERTI KETENTUAN DI BAWAH:-

BIL KRITERIA SOALAN / KEHENDAK MARKAH ISI
SOALAN

1 Soalan berdasarkan petikan cerpen / 2 markah Pastikan anda menjawab
drama. Jawapan ada dalam petikan yang berdasarkan kehendak
diberikan. soalan

2 Soalan berdasarkan pendapat anda. 3 markah Isi minimum 2 tetapi
Pastikan pendapat anda logik dan boleh senaraikan 3 isi.
diterima.

3 Soalan berdasarkan kajian komsas; (tema, 4 markah Isi minimum 2 tetapi jawab

persoalan, gaya bahasa, nilai, dan 3 isi sebagai langkah

pengajaran) selamat

Analisis Soalan Petikan Prosa Moden SPM 2016 – 2019

TAHUN PETIKAN TAJUK CERPEN / DRAMA
2016 Cerpen Tkn 5 Gerhana Manusia
2017 Drama Tkn 5 Bukan Gila
2018 Cerpen Tkn 5 Hipertensi
2019 Cerpen Tkn 4
2020 Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
? ?

Contoh Soalan Petikan Drama dan Jawapan

Soalan SPM 2017
Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PELAKON III : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada
IBU Azmir mungkin juga berpunca dari kurangnya perhatian dan
ARIF kasih sayang.

PELAKON I : Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran
hingga dia masuk ke universiti.

: Betul mak cik tetapi…masuk ke universiti saja belum menjamin
seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam
rasa bersalah)

: Pak cik, mak cik…marilah kita sama-sama membantu Azmir.
Dia amat memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan

27

PELAKON II cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan semangat dan
ARIF perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman.

: Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan
yang tak tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan
hanya menyebabkan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah.

: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir
di hospital dengan segera sebelum terlambat. Dia amat
memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi pak cik dan mak cik.
Kami minta diri dulu.
“Dipetik daripada drama „Bukan Gila‟
Oleh Sharif Shaary
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.”

(i) Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

Azmir menderita. Kemukakan faktor-faktor tersebut. [2 markah]

Faktor-faktor yang menyebabkan Azmir menderita adalah kurang perhatian

dan kasih sayang serta mendapat cemuhan dan penghinaan.

[Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii) Andaikan rakan anda menghadapi masalah tekanan emosi.

Sebagai rakan sebaya, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda ambil

untuk membantu rakan anda itu. [3 markah]

Tindakan-tindakan yang saya akan ambil untuk membantu rakan saya yang

menghadapi masalah tekanan emosi adalah dengan menceritakan

masalahnya kepada kedua ibu bapanya dan membawanya berjumpa

dengan doktor pakar psikologi.

[Isi cukup 2 – 3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni
lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah nilai bertanggungjawab.
Contohnya Arif dan para pelakon bertanggungjawab menyampaikan
khabar Azmir kepada kedua-dua ibu bapanya.
[1+1] markah

Satu nilai murni daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam
petikan ialah nilai kasih sayang. Contohnya bapa sayang akan Azmir dan
menziarahinya di wad.

[1+1] markah
[maksimum 4 markah]

28

AKTIVITI PENGUKUHAN

LATIHAN 1: DRAMA

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEMUA PELAJAR : Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.
CIKGU DAHARI
NORA : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh
CIKGU DAHARI duduk. Semua dah baca berita tentang murid yang terpilih
SUNDARANI dan penempatan untuk PLKN?
CIKGU DAHARI
: Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja
AH TIAU untuk menyertainya. Tak Sabar rasanya.
CIKGU DAHARI
: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja
seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun
nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib
bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di
Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah
diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk
perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-
mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara
Malaysia.

: Apakah objektifnya, cikgu?

: Tiga objektif yang digariskan iaitu yang pertama, menanam
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau
remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan
kaum serta integrasi nasional dan yang ketiga membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

(Dipetik daripada drama „Berkhidmat Untuk Negara‟
Oleh Affiz Zulkarnean Adam

Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

29

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah objektif Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN). [2 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan latihan bagi mereka
yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia.

Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah untuk memastikan remaja

terus berminat menyertai PLKN? [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran
yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

30

LATIHAN 2: DRAMA

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AH TIAU : Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya terpilih untuk
masuk Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat Selangor.
SUNDARANI Seronoknya. Dapat juga saya tengok kawasan lain.

AH TIAU : Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri
SUNDARANI Sembilan
AH TIAU
AIMAN : Awak pula Aiman, kem mana?
: Dia dapat masuk Kem Majidi.
SYUHADA : Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?
SUNDARAN: : Boleh tak kita cerita tentang perkara lain, bosan aku dengan
SYUHADA
cerita PLKN. Baik kau bagi tahu aku keputusan perlawanan
SUNDARANI bolasepak malam tadi. Aku terlepas, terlelap sampai pagi.
SYUHADA : Aiman…. Kita dapat kem yang sama.
: Kem mana?
AIMAN : : Dari jauh aku tengok kau asyik bercerita dengan Aiman, tak bagi
tahu kem mana yang dia akan masuk untuk PLKN nanti?
SYUHADA : : Kem Majidi kata dia.
: Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama
Aiman tersenarai di Kem Teluk Sari, Mersing,
Mersing? Hmmm.
Kenapa? Kan bagus tempat itu. Kawasannya di tepi pantai
menghadap Laut China Selatan lagi.

(Dipetik daripada drama „Berkhidmat Untuk Negara‟
Oleh Affiz Zulkarnean Adam

Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

31

(i) Nyatakan lokasi penempatan kem yang bakal disertai oleh Aiman dan rakan-

rakannya. [2 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang akan diperoleh oleh seseorang
remaja yang berpeluang mengikuti PLKN di luar kawasan asalnya?

Nyatakan tiga kelebihan tersebut. [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan drama di atas dan satu

perwatakan Aiman berdasarkan keseluruhan drama. [4 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

32

LATIHAN 3: DRAMA

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH : Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran
Aiman ayam masak asam pedas.

AIMAN : Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah.

Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum
lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik.

Saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH : Nek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada

telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak
tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk,

malam baru dia pulang.

AIMAN : Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam

rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.

NEK SINAH : Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting

AIMAN : Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau

saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan
perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.

(NENEK SINAH meninggalkan AIMAN dengan rasa kesal. Kesal

dengan sikap AIMAN yang tidak menghormatinya dan ahli keluarga
tersebut hanya mementingkan wang ringgit)

(Dipetik daripada drama „Berkhidmat Untuk Negara‟
Oleh Affiz Zulkarnean Adam

Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

33

(i) Berdasarkan petikan drama, nyatakan dua alasan Aiman menolak pelawaan

Nek Sinah apabila diajak makan. [2 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(ii) Kesibukan kerjaya salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berasa
diabaikan kerana ibu bapa kurang meluangkan masa bersama anak-anak
mereka.

Pada pendapat anda apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu
Aiman bagi memastikan Aiman tidak berasa diabaikan oleh ahli keluarganya?

[3 markah]
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai

kemanusiaan yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat

dalam petikan. [4 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

34

LATIHAN 4: CERPEN

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita Bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab lama
bertulisan Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah
ini. Saya pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak
generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya
ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta
akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini.
Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan
nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit demi sedikit mula terhakis di
atas tanah sendiri.

“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman
perjuangan menentang musuh kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan
milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama
rata. Sejarah lama tidak perlu penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang
mengejar harta, pangkat dan k dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya
dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang
menahan rasa sebelum bersuara., “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru
yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam
tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus
mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau.
Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

35

(i) Nyatakan kebaikan yang diperoleh oleh bangsa yang mengkaji sejarah.
[2 markah]

______________________________________________________________
______________________________________________________________

(ii) Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda boleh dipupuk melalui
pembelajaran Sejarah baik pada peringkat sekolah mahupun institusi
pengajian tinggi.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menyemai semangat

patriotik dalam jiwa remaja di negara ini? [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu

pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam

petikan. [4 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

36

LATIHAN 5: CERPEN

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya
sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya
sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari
kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan
kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan
hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib
menyaksikan adengan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang
tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-
anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap
dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak ketawa dalam loghat yang
direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap
patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai
istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya
jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa
saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

37

(i) Apakah sikap anak-anak muda di kota yang membuatkan “saya” berasa aib

dan malu? [2 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(ii) Remaja pada masa ini gemar mencampuradukkan pelbagai bahasa dalam
percakapan harian.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat cinta

akan bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja? [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan

satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam

petikan. [4 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

38

LATIHAN 6: CERPEN

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu,
keadaan sudah kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan
rumah-rumah kayu usang. Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana
sekitar yang dipanaskan dengan demontrasi penduduk membantah pencerobohan
itu.

Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang
dihadiahkan oleh bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi
terkedu melihat puluhan buku ini ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya
rumah Munsyi dihentam taring-taring jentera berat yang melanggar dan meredah
apa-apa saja. Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang
khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab
milik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing
yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini.

Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun
kelibatnya langsung tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana
perginya gerangan orang tua itu, namun tiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa
ibunda itu menghilangkan diri.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

39

(i) Berikan dua sebab “saya” menitiskan air mata kesedihan? [2 markah]
______________________________________________________________
______________________________________________________________

(ii) Pembangunan di bandar menyebabkan penduduk kehilangan tanah dan
rumah.

Pada pendapat anda, selain kehilangan tanah dan rumah, apakah kesan-

kesan pembangunan pesat di bandar? [3 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(iii) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan

satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat

dalam petikan. [4 markah]

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

40


Click to View FlipBook Version