The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AHLI KUMPULAN:
-NISREEN BINTI DAHLAN (211135)
-MAHIRA HANIS ISHAK (212820)
-MUHAMMAD NOR ASYRAF BIN -NORSALIHIN (210427)
-NISA SAYIDAH BINTI SAMSURI (212670)
-SHUHAINA BINTI SUID (213093)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisreendahlan12, 2023-12-25 00:08:44

LHE 3306_FLIPBOOK KOMUNITI OKU

AHLI KUMPULAN:
-NISREEN BINTI DAHLAN (211135)
-MAHIRA HANIS ISHAK (212820)
-MUHAMMAD NOR ASYRAF BIN -NORSALIHIN (210427)
-NISA SAYIDAH BINTI SAMSURI (212670)
-SHUHAINA BINTI SUID (213093)

KOMUNITI OKU DITULIS OLEH : KUMPULAN 2 CETAKAN EDISI KEDUA 2023

MAHIRA HANIS ISHAK 212820 NISREEN DAHLAN 211135 MUHAMMAD NOR ASYRAF BIN NORSALIHIN 210427 AHLI PANEL PENULIS NISA SAYIDAH BINTI SAMSURI 212670 SHUHAINA BINTI SUID 213093

PENGENALAN KOMUNITI OKU Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan seseorang yang tidak mempunyai keupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera apabila berhadapan dengan pelbagai halangan dan tidak mampu untuk terlibat sepenuhnya secara efektif dalam masyarakat. Namun begitu, golongan ini mempunyai hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti masyarakat lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan warga golongan OKU.

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)

OKU FIZIKAL Orang kurang upaya fizikal mengalami ketidakupayaan anggota badan seperti kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian daripada anggota badan. Contoh: kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. OKU PENGLIHATAN Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan yang terhad sama ada di sebelah mata atau di kedua-dua belah mata.

OKU PENDENGARAN Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. OKU PERTUTURAN Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi masih boleh mendengar.

OKU PELBAGAI Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dalam masa yang sama dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai. OKU PEMBELAJARAN Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Contoh kategori :Lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay)

OKU MENTAL Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Contoh penyakit mental: Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

KAD PENGENALAN WARGANEGARA (OKU)

KAD OKU Dokumen Pengenalan Sementara OKU ialah dokumen yang dikeluarkan setelah permohonan pendaftaran OKU diluluskan. Dokumen ini dikeluarkan atas permintaan OKU/ waris yang memerlukan dan sah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sementara Kad OKU dicetak. Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak Permohonan pendaftaran OKU boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan atau secara dalam talian Pemohon mestilah warganegara Malaysia, Telah disahkan oleh pakar perubatan/pegawai perubatan Kerajaan atau swasta Pemegang kad OKU layak menerima keistimewaan dan kemudahan yang di beri oleh JKM.

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN OKU BERDAFTAR

PUSAT KOMUNITI OKU

PUSAT KOMUNITI OKU Terdapat beberapa pusat komuniti dan kemudahan yang disediakan untuk Warga Orang Kurang Upaya (OKU), termasuk pusat jagaan orang tua dan taska khas untuk kanak-kanak kurang upaya. Walau bagaimanapun, perincian khusus mengenai setiap pusat mungkin berbeza mengikut lokasi dan inisiatif pihak berkuasa tempatan. Pusat Komuniti OKU biasanya menyediakan pelbagai perkhidmatan dan sokongan untuk memenuhi keperluan OKU, termasuk kanak-kanak seperti program pembangunan, terapi, bimbingan, dan aktiviti sosial.

TASKA KOMUNITI OKU

PERKHIDMATAN INSTITUSI TAMAN SINAR HARAPAN (THS) Institusi ini memberi penjagaan, perlindungan, pemulihan dan latihan kepada OKU Kategori Pembelajaran mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan yang teruk. Penghuni ditempatkan di TSH bagi tempoh tiga (3) tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun. Dalam tempoh tersebut penghuni akan diberi penjagaan, perlindungan dan pemulihan yang sewajarnya mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977. Taman Sinar Harapan juga merupakan Tempat Selamat untuk perlindungan khususnya kepada kanak-kanak OKU Kategori Pembelajaran di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Terdapat tujuh (7) buah TSH di seluruh negara iaitu TSH Kuala Kubu Bharu (Selangor), TSH Cheras (Selangor), TSH Tengku Ampuan Najihah (Negeri Sembilan), TSH Jitra (Kedah), TSH Tampoi (Johor), TSH Jubli (Johor) dan TSH Kuala Terengganu (Terengganu).

PERKHIDMATAN INSTITUSI BENGKEL DAYA Menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran luar. Untuk melatih mereka supaya berdikari dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu agar mereka mendapat lebih peluang bekerja di pasaran yang lebih terbuk Bengkel Daya diurus dan beroperasi mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979. Bengkel Daya menyediakan peluang pekerjaan di Unit Kerja (Bengkel Perusahaan) kepada pekerja OKU seperti jahitan, sulaman, roti dan pastri, dobi, peruncitan dan bistro (restoran).

PERKHIDMATAN INSTITUSI PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP) Memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan kepada OKU keutamaannya kategori fizikal. Terdapat beberapa kursus yang telah disediakan: Kursus vokasional seperti Kursus Pengurusan Pejabat (SKM Tahap 2), Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 3), Kursus Pemasangan Elektrik (Satu Fasa), dan Kursus Prostetik dan Ortotik Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda). Kursus pra-vokasional turut disediakan seperti: Kursus Seni Lukis dan Kursus Teknologi Batik. PLPP Berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi OKU keutamaannya kategori fizikal yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan dan sukan para, ke arah mendayaupayakan OKU ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.

SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

MAKSUD SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Perkataan "sivik" merujuk kepada perkara yang melibatkan warga sesebuah komuniti atau negeri, terutamanya yang berkaitan dengan kerajaan atau kebajikan masyarakat. Ia merangkumi hak dan kewajipan warganegara, pengetahuan dan pemahaman tentang cara kerajaan beroperasi, peranan rakyat dalam mengambil bahagian dalam komuniti mereka, dan tanggungjawab individu untuk menegakkan prinsip demokrasi. Sivik Kewarganegaraan merujuk kepada kedudukan atau status sebagai warganegara sesuatu negara. Ia adalah memberikan hak dan kewajipan tertentu kepada individu, seperti hak untuk mengundi, memegang jawatan, dan tinggal di negara ini, dan kewajipan untuk mematuhi undang-undang dan membayar cukai. Kewarganegaraan juga membayangkan status kebebasan dengan tanggungjawab yang disertakan. Di Malaysia, individu yang lahir di negara ini sejak tarikh tersebut menerima kerakyatan Malaysia semasa lahir sekiranya sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa mereka adalah warganegara. Kewarganegaraan

MAKSUD SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN DARI PERSPEKTIF OKU Sivik, dari perspektif orang kurang upaya (OKU) ialah hak, tanggungjawab, dan penyertaan penuh individu kurang upaya dalam kehidupan sivik. Ia menekankan kepentingan memastikan kerajaan, komuniti dan institusi boleh diakses dan inklusif, membolehkan individu kurang upaya melibatkan diri secara bermakna dalam proses membuat keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka. Sivik Kewarganegaraan, dari perspektif orang kurang upaya, merangkumi hak, tanggungjawab, dan penyertaan penuh dan sama rata bagi individu kurang upaya dalam semua aspek masyarakat. Ia menekankan hak mereka untuk dilayan dengan maruah, penghormatan, dan kesaksamaan, dan menikmati peluang dan faedah yang sama seperti semua rakyat. Kewarganegaraan

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DAN INTEGRASI Program Pendidikan Khas Dan Integrasi merupakan suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang hanya dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Program ini adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan. Program ini adalah untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum (LRE). Murid PPKI ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir. Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Bidang kurikulum yang ditawarkan adalah seperti kemahiran masakan, jahitan, mendobi dan juga perkebunan

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DAN INTEGRASI Fungsi Program: Memperluas peluang pendidikan dan menilai keberkesanan Program Pendidikan Khas. Membentuk sahsiah dan mempertingkatkan potensi murid berkepeluan khas. Mempertingkatkan kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang sesuai dan relevan bagi murid berkeperluan khas. Waktu Pembelajaran Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah adalah pada pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari manakalah tempoh pembelajaran bagi Sekolah Menengah: 7.30 pagi hingga 1.00 petang.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Individu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Ia memupuk pemikiran kritis, komunikasi, dan kemahiran membuat keputusan, membolehkan individu mengambil bahagian secara aktif dalam kehidupan sivik dan mempengaruhi proses membuat keputusan. Komunikasi yang berkesan membolehkan individu menyatakan perspektif mereka dan terlibat dalam memberikan dialog yang membina, dan menyokong kepercayaan mereka di dalam konteks politik negara. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga memupuk individu yang berpemikiran kritis dalam membentuk pertimbangan bebas di dalam isu sivik di negara kita termasuk warganegara OKU yang juga tidak terkecuali untuk terlibat dalam menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu sivik di negara kita.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Masyarakat Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan menggalakkan individu untuk mengambil bahagian secara aktif dalam kehidupan masyarakat melalui inisiatif sukarela dan pembangunan sivik komuniti. Ini mengukuhkan modal sosial dan menyumbang kepada perubahan sosial yang positif. Ia juga menggalakkan persefahaman dan penghormatan terhadap pelbagai perspektif dan nilai. Ini membantu membina masyarakat yang lebih inklusif dan bersatu padu di mana orang ramai boleh hidup bersama secara aman dan produktif. Di dalam komuniti di Malaysia, ia juga memperkasakan individu untuk mencabar ketidaksamaan, menyokong kumpulan terpinggir, dan menggalakkan masyarakat yang lebih adil dan saksama. Hal ini membawa maksud bahawa semua pelosok masyarakat termausk warganegara OKU tidak terkecuali untuk mendapatkan hak sebagai warganegara seperti warganegara biasa yang lain.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Negara Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan menggalakkan nilai bersama dan identiti nasional, memupuk perpaduan dan kestabilan dalam masyarakat yang pelbagai. Ini mewujudkan asas yang kukuh untuk pembangunan dan kemajuan negara. ia juga memupuk peningkatan nilai demokrasi seperti penyertaan, toleransi, menghormati kedaulatan undang-undang, dan komitmen terhadap kebaikan bersama. Ia juga menggalakkan penyertaan rakyat yang aktif dan penelitian pegawai kerajaan. Hal Ini akan menjadikan pemimpin bertanggungjawab dan menyumbang kepada tadbir urus yang baik dan ketelusan. Warganegara oku juga dapat terlibat dalam hal tadbir urus politik negara akibat pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan sivik bagi semua komuniti di Malaysia. Generasi baharu juga akan terpupuk untuk menjadi warganegara yang bermaklumat dan bertanggungjawab di dalam politik negara.

KELEBIHAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memupuk individu dengan pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab sivik mereka, memupuk pemikiran kritis dan kemahiran membuat keputusan. Ini memberi kuasa kepada mereka untuk mengambil bahagian secara aktif dalam kehidupan sivik dan mempertanggungjawabkan pemimpin. Ia juga melengkapkan individu dengan kemahiran komunikasi yang berkesan untuk mengenal pasti dan menangani isu sosial seperti kemiskinan, ketidaksamaan, dan kemerosotan alam sekitar. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga menekankan nilai bersama seperti hormat-menghormati, toleransi dan persefahaman masyarakat yang pelbagai termasuk komuniti OKU yang boleh menyumbang kepada masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni. Ia memupuk identiti dan kebanggaan nasional, menggalakkan kerjasama dan perpaduan dalam negara berbilang budaya seperti Malaysia.

LIMITASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bergantung pada faktor seperti latihan guru, reka bentuk kurikulum dan peruntukan sumber yang terhad. Malaysia menghadapi cabaran dalam memastikan kualiti dan keterangkuman yang konsisten dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan terutamanya untuk komuniti terpinggir. Selain itu, terdapat potensi risiko Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan digunakan untuk mempromosikan ideologi atau naratif politik tertentu. Walaupun Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan boleh memupuk persefahaman dan toleransi sosial, ia mungkin tidak mencukupi untuk menangani isu yang berakar umbi seperti ketegangan kaum atau rungutan sejarah. Pendekatan pelbagai serampang yang melibatkan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik mungkin diperlukan untuk menangani cabaran ini.

KEWARGANEGARAAN KOMUNITI DALAM DEMOKRASI

PENGLIBATAN KOMUNITI OKU DALAM PILIHAN RAYA Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia mempunyai tanggungjawab sivil yang sama dengan warganegara normal termasuk mengundi pemilihan raya dan aktiviti sosial masyarakat. Tanggungjawab ini melibatkan kewajiban untuk turut serta dalam pembangunan masyarakat secara positif dan patuh terhadap peraturan. Terdapat beberapa inisiatif untuk memastikan aksesibiliti dan kemudahan bagi mereka yang memerlukan sokongan khas

PROSES PILIHAN RAYA BAGI WARGA OKU Warga OKU perlu mendaftar sebagai pengundi melalui proses yang sama seperti warga lain iaitu secara dalam talian melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui kaunter SPR di tempat-tempat yang ditetapkan. Pusat mengundi akan dipilih dan disediakan dengan mengambil kira aksesibiliti untuk OKU. OKU yang memerlukan bantuan boleh membawa serta seorang pembantu untuk membantu mereka dalam proses mengundi. Bagi OKU yang menghadapi kesukaran untuk mengundi secara fizikal, undi pos adalah pilihan yang disediakan. Pihak berkuasa perlu memantau dan memperbaiki sebarang isu aksesibiliti atau keperluan khas OKU pada setiap pilihan raya.

Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685): Akta ini memberikan definisi dan peruntukan lebih lanjut mengenai OKU di Malaysia. Merangkumi hak-hak OKU dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pekerjaan, pendidikan, kemudahan dan lain-lain. Menetapkan standard pembinaan bagi bangunan dan fasiliti umum untuk memastikan aksesibiliti OKU.

AKTA LAIN MELINDUNGI KOMUNITI OKU Akta Pekerjaan 1955: Bagi memastikan keadilan dalam pekerjaan, beberapa ketetapan di bawah Akta Pekerjaan menyediakan perlindungan khas untuk pekerja OKU. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Menetapkan peruntukan bagi memastikan aksesibiliti dan pendidikan yang setara untuk pelajar OK

AKTA LAIN MELINDUNGI KOMUNITI OKU Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172): Merangkumi peruntukan untuk pembangunan bersepadu dan pembinaan bandar yang mesra OKU. Akta Hak Asasi Manusia Suhakam 1999 (Akta 597): Memberikan Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) tanggungjawab untuk memantau dan melaporkan pelanggaran hak asasi manusia, termasuk hak-hak OKU.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi utama yang bertanggungjawab untuk melindungi dan memperjuangkan kebajikan Warga Orang Kurang Upaya (OKU) serta komuniti lain yang memerlukan sokongan. Jabatan ini terletak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuannya adalah untuk menyelaras, melaksanakan, dan memantau pelaksanaan program dan inisiatif yang berhubungan dengan kebajikan sosial, termasuk OKU. Layari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php? r=portal/submenu&id=QWFkTUtUU2s0T0tKWDhUcHd3Y mdVZz09

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi utama yang bertanggungjawab untuk melindungi dan memperjuangkan kebajikan Warga Orang Kurang Upaya (OKU) serta komuniti lain yang memerlukan sokongan. Jabatan ini terletak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuannya adalah untuk menyelaras, melaksanakan, dan memantau pelaksanaan program dan inisiatif yang berhubungan dengan kebajikan sosial, termasuk OKU. Layari : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php? r=portal/submenu&id=QWFkTUtUU2s0T0tKWDhUcHd3 YmdVZz09

ISU DALAM KEHIDUPAN SIVIK KOMUNITI OKU

ISU : SIKAP MASYARAKAT YANG MEMANDANG SINIS DAN BERI KATA KATA BERUNSUR NEGATIF

KESAN KEPADA WARGA OKU : Warga OKU berasa disisihkan dan berasa tidak diterima oleh masyarakat umum yang boleh menjurus kepada kurang yakin diri,stres dan sedih. Susah dalam berkomunikasi atau terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial. KESAN KEPADA KELUARGA WARGA OKU : Boleh menyebabkan stres dan sedih yang tinggi kerana wujud perasaan ketidakpastian, ketakutan kepada perlakuan diskriminatif, dan risau tentang masa depan anggota keluarga OKU. TINDAKAN : Penglibatan Media Massa untuk memberi kesedaran tentang warga OKU . Mengadakan program inklusif di supaya memberi pendedahan betapa pentingnya untuk menghormati perbezaan.

ISU : BANTUAN KEWANGAN TIDAK MENCUKUPI UNTUK WARGA OKU

Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk warga OKU kerana warga OKU mempunyai keterbatasan dalam sesetengah pekerjaan dan ada yang mempunyai tanggungan yang ramai. KESAN KEPADA WARGA OKU : Keterbatasan bantuan kewangan dapat memperberat beban tanggungan keluarga. TINDAKAN : Kerajaan perlu cakna dan meningkatkan kewangan bagi warga ini. Meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan khas untuk warga OKU dan kemampuan mereka

ISU : CABARAN EMOSI DALAM MENGURUSKAN AHLI KELUARGA YANG MEMPUNYAI MASALAH OKU

KESAN KEPADA KELUARGA : Emosi warga OKU yang sukar dijangka dan tidak terkawal memberikan tekanan kepada ahli keluarga. Sikap baran serta degil yang dialami oleh warga OKU menjadi cabaran kepada ahli keluarga dalam menguruskan mereka setiap masa TINDAKAN : Bantuan psiko-emosi kepada ahli keluarga yang warga OKU khidmat kaunseling boleh dijalankan bersama kaunselor yang profesional bagimembantu ahli keluarga warga OKU menguruskan emosi mereka sepanjang penjjagaan warga OKU tersebut. .

KESAN KEPADA KELUARGA : Emosi warga OKU yang sukar dijangka dan tidak terkawal memberikan tekanan kepada ahli keluarga. Sikap baran serta degil yang dialami oleh warga OKU menjadi cabaran kepada ahli keluarga dalam menguruskan mereka setiap masa TINDAKAN : Bantuan psiko-emosi kepada ahli keluarga yang warga OKU khidmat kaunseling boleh dijalankan bersama kaunselor yang profesional bagimembantu ahli keluarga warga OKU menguruskan emosi mereka sepanjang penjjagaan warga OKU tersebut. . ISU : Cabaran emosi dalam menguruskan ahli keluarga yang mempunyai masalah OKU.

ISU : PENERIMAAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP MASYARAKAT OKU.

Click to View FlipBook Version