The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AHLI KUMPULAN:
-NISREEN BINTI DAHLAN (211135)
-MAHIRA HANIS ISHAK (212820)
-MUHAMMAD NOR ASYRAF BIN -NORSALIHIN (210427)
-NISA SAYIDAH BINTI SAMSURI (212670)
-SHUHAINA BINTI SUID (213093)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisreendahlan12, 2023-12-25 00:08:44

LHE 3306_FLIPBOOK KOMUNITI OKU

AHLI KUMPULAN:
-NISREEN BINTI DAHLAN (211135)
-MAHIRA HANIS ISHAK (212820)
-MUHAMMAD NOR ASYRAF BIN -NORSALIHIN (210427)
-NISA SAYIDAH BINTI SAMSURI (212670)
-SHUHAINA BINTI SUID (213093)

RESPONDEN 5 (WARGA OKU) NAMA : MUHAMMAD ARIS NAUFAL UMUR : 9 TAHUN STATUS KECACATAN : DELAY DEVELOPMENT (SOFT SINDROM) TAHAP PENDIDIKAN : MASIH BERSEKOLAH ANAK KE BERAPA : ANAK KEDUA DARI 3 BERADIK Masyarakat menerima Aris seperti masyarakat biasa iaitu dengan memberi layanan seperti biasa, akan tetapi ada juga yang memandang serong terhadap tingkah laku Aris iaitu bagi mereka yang tidak mempunyai kesedaran tentang golongan OKU. Aris bersekolah di SK Bandar Tenggara dalam kelas Pemulihan Khas (PPKI) Aris telah menerima keistimewaan yang diberi oleh negara serta kad OKU (4 tahun) Aris mempunyai isu perkembangan dari segi komunikasi, kognitif, sosial dan emosi. Isu berlaku sewaktu Ibu Aris mengandung iaitu air ketumban kandungan yang tidak mencukupi.

RESPONDEN 6 (KELUARGA BAGI WARGA OKU) NAMA : NUR SYAHIDAH BINTI MOHD YUSUF HUBUNGAN : IBU UMUR : 35 TAHUN Sebagai ibu kepada Aris pada permulaannya adalah sukar menerima hakikat bahawa anak kami mempunyai keperluan khas. Akan tetapi lama-kelamaan, kami belajar untuk menerima dan menyayanginya seadanya. Setiap hari, dia mengajar kami erti ketabahan dan kekuatan yang sebenar. Maka secara tidak langsung, kian hari belajar erti cekalnya menjadi seorang ibu kepada anak yang istimewa, saya turut tetap menanamkan keazaman yang kuat untuk melihat anak saya membesar dan mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap hari adalah cabaran, tetapi setiap sedikit kemajuan adalah kemenangan besar bagi kami. Kami tahu bahawa bersama-sama, kami boleh mengatasi sebarang halangan. Justeru itu, kami juga tidak pernah berasa keseorangan dalam perjalanan ini. Terlibat dalam komuniti ibu bapa dengan kanak-kanak berkeperluan khas memberikan turut kami sokongan emosi, sumber dan pertukaran pengalaman yang berharga. Walaupun masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami situasi Aris disebabkan oleh mereka yang tidak mempunyai kesedaran tentang golongan OKU. Namun, kami masih tidak patah semangat dan berusaha memberikan sokongan yang diperlukan untuk membantu Aris menjalani kehidupan yang penuh kebahagiaan.

RESPONDEN 7 (KELUARGA BAGI WARGA OKU) NAMA : ROSHILA BINTI AHMAD HUBUNGAN : ANAK PEREMPUAN UMUR : 45 TAHUN Arwah Puan Maznah merupakan seorang OKU yang mengalami kecacatan fizikal, tuli dan bisu. Arwah Puan Maznah sering kali terlibat dengan aktiviti sosial seperti merewang serta menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara iaitu mengundi. Masyarakat setempat dapat menerima keistimewaan arwah Puan Maznah yang dimana jiran tetangga dapat memahami serta berkomunikasi dengannya menggunakan bahasa isyarat. Sebagai seorang anak, cabaran yang dihadapi Puan Roshila ialah pengurusan emosi arwah ibunya. Hal ini demikian kerana Puan Maznah sering kali mempunyai masalah baran. Apabila Puan Maznah menghadapi sebarang masalah, Puan Maznah lebih cenderung untuk melampiaskan amarahnya kepada orang sekeliling ataupun barangan yang ada disekitarnya. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat Puan Roshila dalam menjaga ibunya sehingga akhir hayat ibunya.

RESPONDEN 8 (KELUARGA BAGI WARGA OKU) NAMA : NURUL ISLAH MOHD SHAH UMUR : 25 TAHUN STATUS KECACATAN: CANSER SURVIVOR (Medulloblastoma) Nurul Islah telah menghidap kanser medulloblastoma tahap 4 ketika berusia 9 tahun dan menyebabkan beliau menjadi OKU. Beliau sukar untuk berjalan dan menstabilkan badan dan tahap kognitif kurang berbanding orang normal. Seorang yang aktif dalam aktiviti sukarelwan. Seorang yang sangat tekal dan bertimbang rasa dalam menolong orang yang senasib dengan dirinya. Islah juga mempunyai pelajaran seperti orang lain dan telah melanjutkan pelajaran di PLPP Bangi

RESPONDEN 8 (KELUARGA BAGI WARGA OKU) NAMA : NURUL HANAN MOHD SHAH UMUR : 21 TAHUN HUBUNGAN : ADIK PEREMPUAN Pada pandangan Hanan, keluaga nya tidak menggangap islah mempunyai kekurangan. Hal ini kerana kelaurganya telah mengajar untuk menjadi seorang yang berdikari dan Islah juga merupakan seorang yang sangat berdikari terhadap kehidupannya sendiri. Islah juga belajar seperti orang lain, mampu nutuk membeli barang keperluannya sendiri dan juga menceburi perniagaan atas talian untuk mendapatkan duit perbelanjaan. Ibu bapanya juga berpegang kepada prinsip tersendiri dalam mendidik Anak nya yang mempunyai kekurangan.

Keluarga memainkan peranan penting dalam menyokong dan memahami keperluan anggota keluarga yang berkeperluan khas, menyediakan sokongan emosional, fizikal, dan psikologi yang esensial untuk meningkatkan kualiti hidup OKU. Seiring dengan itu, masyarakat juga memiliki tanggungjawab untuk memupuk persefahaman dan penerimaan terhadap keperluan serta potensi OKU, serta memastikan inklusi sosial dan peluang yang saksama bagi mereka. Dalam konteks pendidikan sivik, kesedaran masyarakat tentang hak, tanggungjawab, dan keperluan OKU perlu dipromosikan. Program pendidikan sivik seharusnya berfokus pada menggalakkan sikap inklusif, menjana kepekaan, dan mengurangkan stereotaip terhadap OKU. Oleh itu, hubungan kerjasama di pelbagai peringkat masyarakat amat penting bagi mencipta persekitaran yang inklusif, memastikan kesetaraan peluang, dan memberikan sokongan menyeluruh kepada setiap individu, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas. KESIMPULAN

Click to View FlipBook Version