Seterusnya adalah isu mengenai penerimaan keluarga terhadap anak OKU dimana Ibubapa pada awalnya sukar menerima berita bahawa anak mereka merupakan anak istimewa selepas memasuki sekolah rendah. Hal ini telah memberi kesan kepada keluarga iaitu pengawalan dan pengurusan emosi ibubapa terganggu. Dimana sebagai ibubapa berasa amat sedih dan terkesan kerana merasakan bahawa selama ini anak mereka normal akan tetapi hanya lambat dan berbeza sedikit sahaja berbanding kanakkanak lain, namun selepas mendengar bahawa anak mereka sebenarnya anak istimewa mereka merasakan bahawa telah gagal sebagai ibubapa. Hal ini kerana mereka gagal mengenalpasti lebih awal simptom yang dialami oleh anak mereka dan merasakan situasi yang dialami oleh anak mereka adalah kesan kecuaian dan kelalaian mereka. Justeru itu, ahli keluarga telah mengambil tindakan yang pantas bagi mengatasi isu yang dialami dengan melibatkan diri dalam komuniti ibu bapa dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat memberikan sokongan emosi, sumber dan pertukaran pengalaman yang berharga. Selain itu, isu penerimaan masyarakat yang kurang memuaskan terhadap situasi anak istimewa turut berlaku dimana situasi tersebut disebabkan oleh masih terdapat masyarakat yang tidak prihatin dan tidak mengetahui jenis OKU selain daripada kecacatan fizikal seperti lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan pelbagai lagi. Maka disebabkan oleh itu masyarakat mempunyai kurang perasaan empati dan memahami terhadap komuniti OKU sehingga tanpa sedar telah memandang remeh dengan situasi yang dihadapi oleh mereka. Hal ini selain daripada meninggalkan kesan kepada individu OKU itu sendiri , ia turut telah meninggalkan kesan kepada keluarga iaitu masyarakat sekeliling sering mempersoalkan keadaan dan tingkah laku anak sehingga mengguris perasaan ibubapa dan menyebabkan ibubapa sering tertekan serta berasa risau dengan apa yang dikatakan atau tanggapan oleh masyarakat luar. Oleh itu, pihakpihak yang berkepentingan seperti pihak kerajaan,masyarakat dan keluarga perlulah memainkan peranan yang penting dalam menyeabrkan dan mengetahui lebih mendalam mengenai komuniti OKU itu sendiri iaitu antaranya dengan menekankan kebaikkan penggunaan media massa dan komunikasi dalam menyebarkan kesedaran kerana media turut memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi orang ramai. Melalui laporan serta penyebaran maklumat mengenai komuniti OKU, media boleh membantu menghapuskan stereotaip dan membina pemahaman yang lebih baik tentang kehidupan OKU.
ISU : HAK KOMUNITI OKU DISALAHGUNAKAN
Seterusnya, isu hak istimewa OKU disalahgunakan oleh masyarakat. Hal ini berlaku apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik terhadap hak istimewa yang dikhaskan kepada warganegara OKU dan tidak mengambil serious tentang hak komuniti ini. Kesannya, ahli keluarga warga OKU akan berasa marah dan kecewa menyaksikan ketidakadilan dan ketindasan kepada ahli keluarganya yang OKU. Selain itu, warga OKU akan kurang rasa percaya mereka terhadap sikap cakna masyarakat terhadap komuniti OKU. Warga OKU akan berasa disisihkan dan ditindas oleh masyarakat lain. Oleh itu, terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi isu ini. Kerajaan perlu meningkatkan perlindungan dan penguatkuasaan undang-undang. Kerajaan perlu memperkukuh rangka kerja undang-undang dan memastikan akibat yang pantas dan sesuai bagi mereka yang menyalahgunakan keistimewaan boleh menghalang kesalahan selanjutnya. Selain itu, kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran dan menggalakkan keterangkuman degan mendidik orang ramai tentang hak orang kurang upaya dan menggalakkan pemahaman dan penerimaan boleh membantu memerangi sikap diskriminasi. Akhir sekali, kerajaan perlu menyediakan sumber dan sokongan kepada orang kurang upaya untuk menyokong diri mereka sendiri dan melaporkan penyalahgunaan boleh memperkasakan mereka dan memastikan keperluan mereka dipenuhi.
ISU : KEKURANGAN INFRASTRUKTUR MESRA OKU DAN SIKAP SIVIK MASYARAKAT
Isu kemudahan dari segi Ramp (pengganti tangga untuk menaiki ke sesuatu tempat yang lebih tinggi) . Masih terdapat banyak kawasan yang tiada kemudahan seperti Ramp ini dan akan menyukarkan pergerakan bagi golongan OKU terutama yang berkerusi roda. Namun demikian, ada juga tempat yang menyediakan kemudahan Ramp ini, namun tahap ketinggian yang dibina tidak sesuai dan boleh mengundang bahaya kepada golongan OKU. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan di semua tempat mempunyai ramp serta memastikan tahap ketinggiannya selamat untuk digunakan. Ramp yang selamat Ramp tidak selamat
Selain itu, sikap masyarakat yang kurang bertanggangungjawab. Sebagai contohnya, sikap tidak menyusun selipar di tempat awam seperti masjid atau surau. Hal ini demikian kerana, ianya boleh menyekat pergerakan oku berkerusi roda serta boleh menyebabkan oku lain terjatuh disebabkan oleh selipar yang bertaburan itu. Oleh itu, sebagai masyarakat perlu cakna dengan isu seperti ini supaya dapat bersama-sama melindungi golongan orang kurang upaya (OKU) .
WARGANEGARA EFEKTIF/ KEWARGANEGARAAN AKTIF
S U K A N Paralimpik Malaysia: Sukan Paralimpik Malaysia dianjurkan oleh (MPC) dan menjadi platform utama kepada atlet OKU Malaysia untuk bersaing dalam acara sukan serantau asia dan global. Dimana atlet OKU terlibat dalam Sukan Paralimpik Malaysia, mengambil bahagian dalam pelbagai sukan termasuk trek dan padang, renang, bola keranjang, dan sebagainya. Oleh itu, objektif bagi penganjuran paralimpik Malaysia bagi membolehkan atlet OKU bertanding di peringkat kebangsaan dan membawa pulang kegemilangan Malaysia di peringkat antarabangsa. Sekali gus, atlet-atlet komuniti OKU ini turut dapat membuktikan kebolehan mereka dalam mengejar kecemerlangan dan membanggakan negara. Program Sukan Inklusif: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, dengan kerjasama pertubuhan sukan dan Persatuan Sukan Orang Kurang Upaya Malaysia, melancarkan program sukan inklusif. Program ini bukan sahaja memberi akses kepada OKU untuk melibatkan diri dalam bidang sukan, malah menggalakkan persekitaran inklusif dan memastikan sukan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Maka, program ini bagi meningkatkan kebolehcapaian dan penglibatan OKU dalam sukan, menggalakkan gaya hidup aktif, dan mewujudkan persekitaran inklusif dalam bidang sukan. Justeru itu, melalui program Sukan Paralimpik Malaysia dan sukan inklusif, OKU di Malaysia berpeluang menzahirkan bakat mereka dalam sukan, mengatasi cabaran fizikal, dan mencapai tahap kecemerlangan. Selain itu, ini juga menimbulkan kesedaran orang ramai tentang usaha OKU mencapai pencapaian cemerlang dalam bidang sukan.
P E N D I D I K A N Pusat Pendidikan Khas: Pusat Pendidikan Khas di Malaysia diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pusat-pusat ini menawarkan kurikulum yang disesuaikan dan menyediakan sokongan untuk memastikan setiap pelajar komuniti OKU menerima pendidikan berkualiti. Dimana individu yang mengalami masalah fizikal, mental atau pembelajaran menerima pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan mereka di pusat pendidikan khas.. Program Latihan Kerja untuk OKU: Program latihan pekerjaan biasanya dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan agensi seperti Jabatan Kerja Malaysia. Program ini bertujuan memberi peluang latihan kepada OKU dalam pelbagai program latihan pekerjaan yang disesuaikan dengan kebolehan mereka supaya mereka memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan dan menyokong integrasi mereka ke dalam sektor pekerjaan biasa. Maka ini sekaligus dapat meningkatkan kemahiran kerja OKU, memudahkan integrasi mereka dalam pasaran kerja biasa, dan menyediakan peluang untuk kehidupan bebas dan berdikari Justeru itu, melalui Pusat Pendidikan Khas dan Program Latihan Kerja Tetap ini, OKU di Malaysia mempunyai akses kepada pendidikan dan latihan yang disesuaikan dengan keperluan mereka, membantu mereka mengembangkan potensi mereka dan mencapai kehidupan yang lebih bermakna.
S O S I A L Persatuan Orang Kurang Upaya Malaysia (POMA): POMA ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada advokasi dan sokongan kepada OKU di Malaysia. POMA menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk bengkel, seminar dan kempen untuk meningkatkan kesedaran dan mempertahankan hak OKU. Dimana individu OKU akan menjadi pakar dan terlibat dalam aktiviti yang disyorkan oleh POMA. Ini bagi mewakili kepentingan OKU, memberi sokongan, dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu yang dihadapi oleh OKU. Kempen Kesedaran Masyarakat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): JKM Malaysia kerap menjalankan kempen kesedaran awam untuk meningkatkan kefahaman tentang keperluan OKU. Maka, bagi meningkatkan kefahaman orang ramai tentang isu OKU dan mengurangkan stigma terhadapnya dengan kempen ini merangkumi aspek seperti kebolehcapaian, keterangkuman, dan kepentingan memahami keperluan OKU dalam masyarakat. Justeru itu, melalui penglibatan dalam Persatuan Orang Kurang Upaya Malaysia (POMA) dan kempen kesedaran masyarakat yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), masyarakat Malaysia boleh menjadi lebih peka terhadap isu OKU dan bekerjasama dalam mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang.
M O T I V A S I Penceramah Motivasi OKU: Dimana sebagai salah seorang individu OKU yang berjaya seperti Sukur Ibrahim pemilik Syarikat D Strike Solution Sdn. Bhd pemilik Syarikat D Strike Solution Sdn. Bhd sering dijemput sebagai penceramah motivasi untuk memberi inspirasi kepada OKU dan masyarakat umum. Meskipun cacat anggota tangan dan kaki, Sukur tetap cekal mengejar impian. Kini dia dah lapan tahun mengusahakan perniagaan pemasangan karpet melalui syarikat miliknya, D Strike Solution sejak tahun 2010 sehingga dia memenangi Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan). Dia turut mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari UKM. Beliau sering berkongsi pengalaman dan motivasi dalam sesi ceramah bagi memberi inspirasi kepada orang lain termasuk OKU untuk mengharungi cabaran dan mencapai matlamat mereka kerana jika dia boleh berjaya maka ridak mustahil untuk mereka turut berjaya. Program Pembangunan Peribadi oleh Gabungan Orang Kurang Upaya Malaysia (MCD): MCD merupakan sebuah organisasi yang aktif menyokong keperluan OKU di Malaysia. Mereka menganjurkan pelbagai program pembangunan diri bagi meningkatkan kualiti hidup, kemahiran kehidupan seharian OKU, kemahiran, keyakinan diri dan kesejahteraan OKU melalui program pembangunan diri. Program-program ini melibatkan latihan, bimbingan, dan kursus yang direka khusus untuk memenuhi keperluan individu OKU. Maka OKU terlibat dalam pelbagai program pembangunan diri seperti kursus latihan, seminar dan bimbingan kerjaya.
K E S E N I A N & K E B U D A Y A A N Program Seni oleh Persatuan Seni Cacat Penglihatan Malaysia (MAB): Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) menganjurkan program seni untuk melibatkan golongan cacat penglihatan dalam pelbagai bentuk seni. Program ini menyediakan platform untuk menzahirkan kreativiti dan bakat mereka melalui seni, di samping mempromosikan keterangkuman dalam bidang seni. Karnival Kesenian OKU Malaysia: Karnival Kesenian OKU Malaysia dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Karnival ini memberi peluang kepada OKU daripada pelbagai kategori untuk mempamerkan bakat seni mereka termasuk dalam bidang muzik, tarian dan karya visual. Ini membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bakat seni yang dimiliki oleh OKU di Malaysia. Melalui program seni oleh MAB dan Karnival Kesenian OKU Malaysia, OKU boleh mengekspresikan diri mereka melalui seni, mendapat pengiktirafan, dan merasai sokongan masyarakat terhadap bakat mereka. Rujukan disediakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan aktiviti dan inisiatif kesenian yang melibatkan OKU di Malaysia.
S O K O N G A N P S I K O S O S I A L 1.Program Sokongan Psikososial MMHA: Malaysian Mental Health Association (MMHA) merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berkomitmen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental dan menyediakan sokongan kepada individu yang memerlukan. 2.Keterlibatan OKU: Menyediakan perkhidmatan yang bersifat inklusif, merangkumi OKU untuk memastikan keperluan mereka dalam aspek kesejahteraan mental diberi perhatian. 3.Objektif Program: Objektif utama program ini adalah untuk memberikan sokongan psikososial kepada OKU, membantu mereka mengelakkan atau mengatasi masalah kesihatan mental, serta meningkatkan kualiti hidup mereka. Melalui program sokongan psikososial ini, OKU di Malaysia boleh mengakses bantuan profesional yang boleh membantu mereka mengatasi cabaran emosi dan mental, serta meningkatkan kesejahteraan keseluruhan mereka. Sokongan psikososial merupakan aspek penting dalam memastikan kesejahteraan mental dan emosi masyarakat OKU.
Penglibatan aktif sivik komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) memberi impak positif yang ketara kepada masyarakat secara keseluruhan. Ini mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif, meningkatkan kesedaran tentang keperluan dan sumbangan OKU, dan memberi peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Berikut adalah beberapa penjelasan lanjut mengenai kesan penglibatan aktif warganegara dalam komuniti OKU: Peningkatan Kesedaran dan Kefahaman Penglibatan masyarakat OKU secara aktif membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh OKU. Pemahaman yang lebih baik tentang kepelbagaian keperluan individu membantu memecahkan stereotaip dan mengurangkan stigma terhadap OKU. Ini secara tidak langsung turut mewujudkan kesedaran tentang kepelbagaian keupayaan dan sumbangan yang boleh diberikan oleh OKU Masyarakat Lebih Inklusif Dimana dengan penglibatan OKU dalam pelbagai sektor dalam pelbagai aspek kehidupan komuniti, masyarakat dapat membina diri menjadi lebih berdaya saing dan inklusif. Maka masyarakat biasa yang lebih inklusif akan memberi peluang sama rata kepada semua individu tanpa mengira kebolehan fizikal atau mental. Sebagai contoh, masyarakat yang lebih inklusif cenderung memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan penglibatan dalam kegiatan ekonomi kepada OKU. Maka penerimaan dan integrasi masyarakat terhadap komuniti OKU mengalakkan penglibatan aktif OKU dalam komuniti membawa kepada peningkatan kualiti hidup mereka. I M P A K K E P A D A M A S YA R A K A T
I M P A K K E P A D A M A S YA R A K A T Inspirasi dan Motivasi Kejayaan dan pencapaian Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pelbagai bidang memang merupakan sumber inspirasi yang kuat bagi rakyat biasa. Ini memberikan pesanan yang mendalam tentang daya ketahanan, keazaman, dan semangat untuk mengatasi cabaran. Hal ini kerana OKU seringkali menghadapi cabaran yang lebih besar daripada kebanyakan orang, dan kejayaan mereka menunjukkan keazaman dan semangat yang tidak kenal lelah serta kejayaan OKU juga sering kali menyiratkan ketahanan mental dan emosional yang tinggi, memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk menjaga kesejahteraan mental mereka dan mengatasi tekanan hidup. Justeru itu, kejayaan OKU bukan hanya kisah kejayaan peribadi mereka, tetapi juga mesej tentang kekuatan manusia untuk berkembang dan tumbuh walaupun dalam keadaan sukar. Masyarakat dapat mengambil inspirasi ini untuk mengejar impian dan matlamat mereka dengan penuh keazaman dan keyakinan. Penambahbaikan Kebolehcapaian Penglibatan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu kebolehcapaian. Ini membuka mata rakyat biasa terhadap keperluan untuk mencipta persekitaran yang lebih inklusif dan memastikan bahawa semua individu, termasuk OKU, dapat mengakses dan mengambil bahagian sepenuhnya dalam kehidupan masyarakat. Ini termasuk keboleh capaian fizikal, sosial dan teknologi.
Penglibatan aktif sivik masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU) mampu memberi impak positif yang ketara, bukan sahaja kepada komuniti OKU itu sendiri, malah kepada masyarakat keseluruhannya. Berikut adalah penjelasan penuh tentang kesan penglibatan aktif dalam kewarganegaraan komuniti OKU: Pemerkasaan & Penglibatan Pemerkasaan dan penglibatan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pelbagai sektor masyarakat adalah langkah yang penting untuk mencipta persekitaran yang lebih inklusif dan menyediakan peluang yang adil bagi semua. Hal ini bagi memberi peluang kepada OKU untuk merasa diterima dan memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat. Dimana mereka boleh merasa lebih berkuasa dan mempunyai peranan aktif dalam pembangunan komuniti.Sebagai contoh melibatkan OKU dalam proses pembangunan polisi dan program memastikan bahawa keperluan mereka diambil kira. Jadi ini merangsang keadilan dan kesetaraan, serta mengekalkan kepelbagaian dalam penyediaan perkhidmatan dan faedah masyarakat. Justeru itu, melalui penglibatan yang aktif dan pemerkasaan, OKU dapat merasa diterima, dihormati, dan mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat. Peningkatan Kesejahteraan Sosial & Emosi Peningkatan kesejahteraan sosial dan emosi melalui sokongan sosial dan program psikososial adalah aspek penting dalam menyokong komuniti Orang K Upaya (OKU). Inisiatif-inisiatif ini membantu membentuk persekitaran yang menyokong dan memahami keperluan psikososial OKU. Sebagai contoh, pembentukan kumpulan sokongan khas untuk OKU menghimpunkan mereka dengan individu yang berkongsi pengalaman yang sama. Melalui interaksi dalam kumpulan ini, mereka boleh berkongsi perasaan, menyelesaikan masalah bersama-sama, dan membina sokongan sosial yang kuat. Oleh itu, gabungan sokongan sosial dan program psikososial holistik, OKU dapat merasa lebih dihargai, diterima, dan mampu menghadapi cabaran hidup dengan lebih baik. Meningkatkan kesejahteraan sosial dan emosi mereka membawa impak positif kepada kehidupan seharian dan sumbangan mereka kepada masyarakat. I M P A K K E P A D A K O M U N I T I O K U
Peluang Pendidikan & Pekerjaan Menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan langkah penting untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan menyokong kemerdekaan ekonomi. Inisiatif ini bukan sahaja membuka pintu kepada keupayaan dan potensi OKU, malah turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih inklusif. Sebagai contoh, program pendidikan khas membantu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keperluan individu OKU.Maka, ini membuka peluang untuk perkembangan kebolehan akademik dan intelek mereka. Justeru itu, penglibatan dalam bidang pendidikan dan pekerjaan bukan sahaja memberi peluang kepada OKU untuk melibatkan diri dalam masyarakat dengan lebih aktif, malah memastikan potensi dan kebolehan mereka diiktiraf dan dimanfaatkan. Dengan mewujudkan peluang-peluang ini, masyarakat boleh menerima sumbangan berharga daripada OKU dan pada masa yang sama, mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan adil. Perubahan dalam Pandangan Kendiri Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti khususnya yang mementingkan keupayaan dan kebolehan mampu membawa perubahan positif terhadap pandangan diri golongan orang kelainan upaya (OKU). Inisiatif ini bukan sahaja mempengaruhi keyakinan diri mereka, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan konsep kendiri mereka. Sebagai contoh, penglibatan OKU sebagai role model dalam pelbagai kapasiti membuktikan mereka mampu menjadi penyumbang dan pemimpin yang berjaya. Justeru itu, melalui pengalaman positif ini, OKU dapat memupuk pandangan kendiri yang lebih positif, memupuk rasa harga diri, dan membina keyakinan diri. Perubahan ini bukan sahaja menguntungkan mereka secara peribadi, malah merangsang perubahan positif dalam persepsi masyarakat terhadap OKU secara keseluruhan. Peningkatan Kualiti Hidup Peningkatan akses kepada pelbagai aktiviti dan perkhidmatan memberi sumbangan besar kepada peningkatan kualiti hidup Orang Kurang Upaya (OKU). Inisiatif ini bukan sahaja membuka pintu kepada peluang, tetapi juga mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan memahami keperluan mereka seperti pendidikan mesra OKU membuka pintu kepada pembelajaran yang lebih inklusif. Justeru itu, dengan meningkatkan akses kepada inisiatif dan perkhidmatan ini, OKU boleh menikmati kehidupan yang lebih bermakna, aktif dan mengambil bahagian. Meningkatkan kualiti hidup mereka bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka secara peribadi, tetapi juga membawa kepada pembentukan masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin terhadap kepelbagaian individu. I M P A K K E P A D A K O M U N I T I O K U
KEHIDUPAN SIVIK WARGA OKU
Konsep "kehidupan sivik" boleh ditakrifkan sebagai kehidupan yang tertumpu kepada kewarganegaraan, tanggungjawab sosial, dan penyertaan dalam masyarakat. Kehidupan sivik melibatkan pengiktirafan hak dan kewajipan sebagai warganegara serta keprihatinan terhadap kebajikan bersama.
Menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran luar. Untuk melatih mereka supaya berdikari dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu agar mereka mendapat lebih peluang bekerja di pasaran yang lebih terbuk Bengkel Daya diurus dan beroperasi mengikut KaedahKaedah Worksyop Terlindung 1979. Bengkel Daya menyediakan peluang pekerjaan di Unit Kerja (Bengkel Perusahaan) kepada pekerja OKU seperti jahitan, sulaman, roti dan pastri, dobi, peruncitan dan bistro (restoran). PERKHIDMATAN INSTITUSI BENGKEL DAYA
Memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan kepada OKU keutamaannya kategori fizikal. Terdapat beberapa kursus yang telah disediakan: Kursus vokasional seperti Kursus Pengurusan Pejabat (SKM Tahap 2), Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 3), Kursus Pemasangan Elektrik (Satu Fasa), dan Kursus Prostetik dan Ortotik Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda). Kursus pra-vokasional turut disediakan seperti: Kursus Seni Lukis dan Kursus Teknologi Batik. PLPP Berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi OKU keutamaannya kategori fizikal yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan dan sukan para, ke arah mendayaupayakan OKU ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja. PERKHIDMATAN INSTITUSI PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP)
Job Coach adalah individu yang dilatih mempunyai berpengalaman dan profesional dalam memberi sokongan kepada OKU. PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES pada fasa yang pertama merupakan projek kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Japan International Cooperation Agency Japan (JICA) yang bermula pada 1 September 2009 hingga 31 Ogos 2012. Perjanjian persefahaman ini telah ditandatangani pada 4 Mac 2009. Fasa ini memberi fokus kepada Sokongan Pekerjaan “Job Coach” dan Disability Equality Training (DET). Tujuan projek ini adalah untuk menggalakkan penyertaan OKU di dalam masyarakat melalui Sokongan Pekerjaan. Fasa ini merupakan fasa pembangunan dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada agensi dan kakitangan di sekitar Lembah Klang mengenai ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan kepada OKU. PROGRAM PERKHIDMATAN JOB COACH Melihat kepada keperluan, projek kerjasama ini diteruskan dengan projek yang sama iaitu PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES [PHASE II] pada 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2015. Fasa kedua merupakan fasa pelaksanaan dengan memperluaskan kesedaran mengenai ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan di seluruh Malaysia.
PERANAN JOB COACH JOB COACH Penilaian OKU: Membuat penilaian dan memahami keadaan OKU Penilaian Tempat Kerja: Membuat penilaian persekitaran tempat kerja Job Matching: Mengubah keadaan kerja dan menyusun semula tugastugas yang bersesuaian dengan OKU atas kebenaran majikan Sokongan Intensif: Menyediakan sokongan untuk OKU dan majikan di tempat kerja Natural Support: Mewujudkan sokongan rakan sekerja OKU untuk mengurangkan sokongan Job Coach secara beransur- ansur. Follow-up: Sokongan berkala untuk mengekalkan OKU dalam pekerjaan.
PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa. PDK juga merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Terdapat beberapa konsep yang digunakan dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti seperti konsep PDK ‘one stop centre’ dan juga PDKNet. Melalui PDK "One Stop Centre'' , perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Secara umumnya PDKNet ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.
Program Independent Living Centre (ILC) Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC) merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan OKU. Selain memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat kendiri, kemahiran Independent Living (IL) diberikan agar OKU lebih bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari. ILC terbuka kepada semua OKU terutama yang tinggal berhampiran dan dalam kalangan OKU yang mengalami kecacatan / kurang upaya tahap teruk (severe impairment). Pusat ini juga mensasarkan OKU yang ingin memulakan kehidupan secara berdikari, yang telah lama berada dalam sesebuah institusi atau di bawah jagaan ahli keluarga. Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di ILC. Di setiap ILC perlu menyediakan perkhidmatan Kaunseling Rakan Sebaya (KRS) diketuai OKU. Selain itu, terdapat Program Khidmat Berdikari yang dijalankan. Program ini perlu dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang mempunyai pengalaman di dalam menempuhi liku-liku kehidupan untuk menyokong dan memberi semangat kepada OKU lain untuk terus hidup berdikari. Seterusnya, Perkhidmatan Pembantu Peribadi (PA) merupakan perkhidmatan yang penting untuk mendorong dan menyokong kehidupan berdikari bagi OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Akhir sekali, Perkhidmatan Sokongan, Informasi Dan Advokasi. ILC juga adalah pusat di mana OKU boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan bantuan, pekerjaan, akta dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan OKU serta khidmat nasihat untuk berurusan dengan agensi kerajaan.
ASPEK KEHIDUPAN SIVIK BAGI KOMUNITI OKU
ASPEK KEHIDUPAN SIVIK BAGI KOMUNITI OKU Aspek kehidupan sivik ini sangat penting bagi masyarakat OKU (orang kurang upaya) kerana ia melibatkan penglibatan mereka dalam kehidupan masyarakat, penyertaan dalam membuat keputusan, dan penerimaan dari persekitaran sekitar. Ia mewujudkan kemasukan sosial dan menguatkan hak mereka untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan masyarakat. Oleh itu terdapat beberapa kepentingan komuniti OKU ini dalam kehidupan sivik.
KEPENTINGAN KOMUNITI OKU DALAM KEHIDUPAN SIVIK Komuniti OKU memberikan sumbangan positif kepada pendapatan negara melalui pelbagai sektor ekonomi. Contoh sumbangan masyarakat OKU di Malaysia termasuk: Penyertaan dalam pasaran buruh Melibatkan orang kurang upaya dalam pasaran buruh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Contohnya, pekerjaan di pusat panggilan, menulis kandungan web, atau mengekalkan data yang sesuai dengan kemampuan mereka. Keusahawanan OKU Menggalakkan usahawan OKU untuk mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Sebagai contoh, usahawan kurang upaya dalam bidang pemasaran digital, perkhidmatan perundingan Kebolehcapaian, atau kedai konsep inklusif. 1.Menyumbang kepada pendapatan negara
Pelancongan mesra OKU Menyediakan infrastruktur pelancongan mesra OKU meningkatkan pendapatan negara. Destinasi pelancongan, penginapan, dan kemudahan lain yang memenuhi standard aksesibiliti boleh menarik pelancong dari kalangan OKU dan menyumbang kepada industri pelancongan. Industri kreatif Komuniti kurang upaya dalam bidang seni dan kreatif menyumbang kepada kekayaan budaya negara. Contohnya, pameran seni oleh seniman kurang upaya, penulis atau penulis skrip yang berkebolehan, dan penyertaan mereka dalam produksi kreatif. KEPENTINGAN KOMUNITI OKU DALAM KEHIDUPAN SIVIK
Sudah tentu, masyarakat OKU mempunyai keupayaan untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai warganegara penuh. Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama seperti warganegara lain dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk : Penyertaan dalam proses Demokratik Komuniti OKU mempunyai hak untuk mengundi dan mengambil bahagian dalam proses Demokratik seperti pilihan raya, supaya suara mereka dapat diiktiraf dan diwakili dalam membuat keputusan politik. Liabiliti cukai komuniti OKU juga mempunyai kewajipan untuk membayar cukai mengikut peraturan dan dasar yang berkuat kuasa di negara mereka. Cukai menjadi sumber pendapatan negara untuk pembangunan negara. 2. Dapat menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara sepenuhnya KEPENTINGAN KOMUNITI OKU DALAM KEHIDUPAN SIVIK
Pendidikan dan pembangunan diri Masyarakat OKU mempunyai hak untuk mengakses pendidikan dan latihan untuk membangunkan potensi dan kemahiran mereka, yang seterusnya dapat menyokong sumbangan positif mereka kepada masyarakat. Kerjasama sosial Penyertaan dalam aktiviti sosial dan kerjasama dengan sesama warga adalah tanggungjawab bersama. Komunitas OKU boleh terlibat dalam aktiviti amal, bantuan bersama, atau projek sosial yang mengukuhkan ikatan sosial dalam masyarakat. Pematuhan undang-undang Komuniti OKU, seperti mana-mana warganegara lain, dijangka mematuhi undangundang dan peraturan yang berkenaan. Ini termasuk menghormati hak orang lain dan mengekalkan keamanan dalam masyarakat. KEPENTINGAN KOMUNITI OKU DALAM KEHIDUPAN SIVIK
Komuniti OKU juga mempunyai potensi besar dalam menjadikan negara ini bangga di pentas Dunia melalui pelbagai cara, seperti: Pencapaian dalam Sukan Antarabangsa Atlet OKU yang mencapai pencapaian tinggi dalam pertandingan sukan antarabangsa boleh menjadi sumber kebanggaan dan meningkatkan imej positif negara di mata dunia. Penglibatan dalam seni dan budaya Sumbangan seniman OKU dalam seni, muzik, atau budaya dapat menarik perhatian antarabangsa dan meningkatkan penghargaan terhadap kekayaan seni dan budaya negara. 3. Mengharumkan nama negara KEPENTINGAN KOMUNITI OKU DALAM KEHIDUPAN SIVIK
Inovasi dan kerja saintifik Penyertaan OKU dalam penyelidikan, inovasi dan pencapaian saintifik yang cemerlang dapat meningkatkan reputasi negara sebagai pusat kecemerlangan di lapangan. Aktiviti kemanusiaan dan kerja sosial Masyarakat OKU yang terlibat secara aktif dalam tindakan kemanusiaan dan kerja sosial di peringkat antarabangsa dapat meningkatkan imej negara sebagai entiti penyayang dan inklusif. KEPENTINGAN KOMUNITI OKU DALAM KEHIDUPAN SIVIK
Peranan OKU dalam advokasi hak asasi manusia, terutamanya melalui penyertaan dalam Persidangan Antarabangsa dan forum global, dapat meningkatkan peranan negara sebagai penyokong prinsip kemanusiaan melalui beberapa cara iaitu : Disability Equality Training (DET) Matlamat utama program ini adalah untuk mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu ketidakupayaan (disability) disamping dapat mengenalpasti puncanya. Independent Living Centre (ILC) Selain memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat kendiri, kemahiran Independent Living (IL) diberikan agar OKU lebih bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari. 4. Advokasi Hak Asasi Manusia KEPENTINGAN KOMUNITI OKU DALAM KEHIDUPAN SIVIK
Program Perkhidmatan Job Coach Menggalakkan penyertaan OKU di dalam masyarakat melalui Sokongan Pekerjaan. Melibatkan masyarakat OKU secara positif dan mempromosikan pencapaian mereka di peringkat antarabangsa bukan sahaja membina imej positif negara tetapi juga mencerminkan semangat kemasukan dan keadilan. KEPENTINGAN KOMUNITI OKU DALAM KEHIDUPAN SIVIK
Faktor Yang Mempengaruhi Kehidupan Sivik Komuniti OKU
Faktor Yang Mempengaruhi Kehidupan Sivik Komuniti OKU Kehidupan sivik orang kurang upaya (OKU) merujuk kepada bagaimana masyarakat atau masyarakat secara umum memudahkan dan menyokong penyertaan dan sumbangan OKU dalam kehidupan seharian. faktorfaktor yang mempengaruhi kehidupan sivik masyarakat kurang upaya (OKU) di Malaysia mempunyai kepentingan penting dalam mencapai kemasukan dan kesejahteraan.
Faktor Yang Mempengaruhi Kehidupan Sivik Komuniti OKU Kebolehcapaian tempat kerja Ketersediaan kemudahan dan kebolehcapaian tempat kerja boleh menjejaskan penyertaan OKU dalam dunia kerja. Tempat kerja yang mesra OKU dengan kemudahan akses seperti lif, tanjakan, dan tandas yang boleh diakses dapat meningkatkan penyertaan mereka. Ketersediaan peluang pekerjaan Peluang pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran dan kebolehan OKU adalah penting untuk menyediakan mereka akses yang sama dalam dunia kerja. Penciptaan pekerjaan yang inklusif boleh meningkatkan tahap pekerjaan di kalangan masyarakat OKU. 1. Jaminan Pekerjaan
Faktor Yang Mempengaruhi Kehidupan Sivik Komuniti OKU Kesihatan dan kesejahteraan Pekerjaan yang mempertimbangkan kesihatan dan kesejahteraan orang kurang upaya, seperti waktu kerja yang fleksibel atau kemudahan kesihatan yang mencukupi, dapat menyediakan persekitaran kerja yang menyokong. Budaya korporat inklusif Pelaksanaan budaya korporat inklusif dan penghormatan terhadap kepelbagaian boleh mewujudkan persekitaran kerja yang positif untuk OKU. Ini boleh termasuk dasar kemasukan, latihan kakitangan, dan kesedaran tentang keperluan OKU. Kemahiran dan pendidikan Sokongan untuk pembangunan kemahiran dan pendidikan yang sesuai dengan keperluan OKU dapat membantu mereka mencapai kemerdekaan ekonomi. Pendidikan dan latihan inklusif dapat meningkatkan kelayakan mereka di pasaran pekerjaan.
Pengangkutan mesra orang kurang upaya Akses pengangkutan ke tempat kerja juga memainkan peranan penting. Pengangkutan awam yang mesra orang kurang upaya dan kemudahan tempat letak kenderaan yang sesuai dapat meningkatkan mobiliti mereka. Pemerkasaan diri dan sokongan psikososial Kerja yang membolehkan pemerkasaan diri dan menyediakan sokongan psikososial boleh membantu OKU berasa dihargai dan bermotivasi dalam persekitaran kerja. Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, organisasi dan kerajaan boleh mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong kemasukan dan sumbangan positif masyarakat OKU Faktor Yang Mempengaruhi Kehidupan Sivik Komuniti OKU
Penyertaan dalam keputusan komuniti yang mempengaruhi kehidupan sivik masyarakat OKU adalah penting untuk memastikan kemasukan dan pengiktirafan hak mereka. Beberapa aspek utama penyertaan ini melibatkan: Penyertaan dalam perancangan Melibatkan ahli komuniti OKU dalam proses perancangan pembangunan, di peringkat tempatan dan nasional, membolehkan mereka memberikan input dan perspektif tersendiri mengenai keperluan dan aspirasi mereka. Perwakilan dalam badan membuat keputusan Memberi peluang kepada ahli komuniti OKU untuk diwakili dalam badan membuat keputusan tempatan atau kebangsaan memastikan suara mereka diiktiraf dan diwakili secara langsung dalam dasar dan program yang dicipta. 2. Penyertaan dalam keputusan komuniti Faktor Yang Mempengaruhi Kehidupan Sivik Komuniti OKU
Kemudahan komunikasi Menyediakan cara komunikasi yang boleh diakses oleh semua ahli komuniti, termasuk OKU, seperti kemudahan komunikasi alternatif atau sokongan teknologi yang sesuai. Latihan dan pemerkasaan Menyediakan latihan dan sokongan yang diperlukan kepada komuniti OKU supaya mereka boleh mengambil bahagian secara aktif dalam proses membuat keputusan dan menjadi agen perubahan dalam komuniti mereka. Dengan meningkatkan tahap penyertaan masyarakat kurang upaya dalam membuat keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan sivik mereka, kita boleh membina masyarakat yang lebih inklusif dan saksama. Faktor Yang Mempengaruhi Kehidupan Sivik Komuniti OKU
Faktor Yang Mempengaruhi Kehidupan Sivik Komuniti OKU Masyarakat OKU sangat menitik beratkan soal keperluan sosial apabila mereka menceburi sebarang kerjaya. Mereka menganggap bahawa dengan memiliki ramai kenalan terdiri dari rakan senasib atau orang biasa, mereka merasa lebih seronok untuk bekerja tanpa rasa jemu dan bosan. Melalui pekerjaan membolehkan mereka bergaul dan mendekati masyarakat. Pergaulan di tempat kerja membolehkan mereka memberi sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan. Walaupun mereka merupakan golongan kurang upaya, mereka masih berkeinginan dan mampu memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat. 3. Keperluan Sosial
SESI BERSAMA WARGA OKU
RESPONDEN 1 (WARGA OKU) NAMA : MUHAMMAD ZAID BIN DAHLAN UMUR : 12 TAHUN STATUS KECACATAN : MASALAH PEMBELAJARAN (AUSTISM) TAHAP PENDIDIKAN : MASIH BERSEKOLAH ANAK KE BERAPA : ANAK BONGSU DARI 4 BERADIK Masyarakat berpendapat Zaid normal dan melayani seperti orang normal tetapi tingkahlaku Zaid akan menyebabkan masyarakat keliru dengan Zaid. Zaid bersekolah di SK Bukit China dalam kelas Pemulihan Khas (PPKI) Zaid boleh melakukan apa yang disuruh orang ramai tapi Zaid tidak tahu sama ada itu baik atau buruk. Zaid menerima keistimewaan yang diberi oleh negara dan mempunyai kad OKU Masyarakat hanya memahami apabila maklum dengan keadaan Zaid
RESPONDEN 1 (KELUARGA WARGA OKU) NAMA : DAHLAN BIN SURAMIN HUBUNGAN : BAPA UMUR : 51 TAHUN Sebagai ayah kepada Zaid, saya akui banyak cabaran yang kami jalani sepanjang Zaid bergelar warga OKU tetapi ia tidak mematahkan semangat kami. Zaid adalah anugerah Allah dan alhamdulillah masyarakat yang maklum dengan keadaan Zaid, dapat menerima Zaid dengan baik. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak faham, ada meletakkan stigma terhadap kami sekeluarga ketika melayani tantrum Zaid. Zaid anak yang mendengar kata dan boleh melakukan beberapa perkara yang disuruh dengan baik. Inisiatif dan program yang dijalankan oleh kerajaan sangat membantu kami sekeluarga dalam menguruskan anak syurga kami. Proses membuat kad OKU Zaid juga sangat mudah dan cepat. Kami juga banyak belajar dalam melayani kerenah Zaid dan masyarakat juga banyak menunjukkan empati dengan memberikan Zaid sumbangan dan hadiah-hadiah yang disukainya.
RESPONDEN 2 (WARGA OKU) NAMA : AHMAD FAWWAZ HAYYAN BIN AHMAD JAMSARI UMUR : 6 TAHUN STATUS KECACATAN : MASALAH PEMBELAJARAN (AUSTISM) TAHAP PENDIDIKAN : MASIH BERSEKOLAH ANAK KE BERAPA : ANAK BONGSU DARI 5 BERADIK Fawwaz merupakan kanak-kanak austim (hyper) dan keadaan ini menyebabkan terdapat segelintir masyarakat memandang serong terhadapnya. Fawwaz bersekolah di Tadika Al Baroqah (Duyung, Melaka) yang menempatkan kanak-kanak istimewa. Keistimewaan yang diberi oleh negara sangat membantu Fawwaz sekeluarga. Masyarakat hanya memahami apabila maklum dengan keadaan Fawwaz.
RESPONDEN 2 (KELUARGA WARGA OKU) NAMA : ERLIND BINTI ABU HASAN HUBUNGAN : IBU UMUR : 46 TAHUN Sebagai ibu kepada Fawwaz, membesarkan anak istimewa bukanlah satu perkara yang mudah. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Fawwaz adalah kanak-kanak hyperactive dan selalu menjerit apabila teruja. Kami pernah dilayan dengan baik semasa di kedai makan oleh pengunjung yang memahami , sebaliknya pernah juga pada kebanyakkan kalinya mendapat layanan yang kurang menyenangkan bahkan pernah menerima teguran atau respon yang negatif dan mengguris perasaan kami. Secara umumnya penerimaan masyarakat kita di Malaysia terhadap OKU masih berada ditahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara yang lain . Namun , melalui media sosial yang berkembang dan info pelbagai bentuk dan pendekatan yang dijalankan oleh pihak berwajib, sebahagian daripada masyarakat kita semakin memahami dan menormalisasikan interaksi mereka dengan golongan ini .
RESPONDEN 2 (WARGA OKU) NAMA : MD DAUD BIN SAHRI UMUR : 47TAHUN STATUS KECACATAN : CACAT FIZIKAL (KAKI) TAHAP PENDIDIKAN : DIPLOMA, BEKERJA SENDIRI STATUS : DUDA En Daud mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah dan keadaan fizikalnya membataskan dalam melakukan sesetengah pekerjaan. Terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Berpendapat bahawa kerajaan perlu menambahkan jumlah wang bantuan yang diberikan mengikut kemampuan seseorang individu OKU Masyarakat menerima dan memahami keadaan En Daud Hanya menggunakan keistimewaan OKU dalam waktu tertentu sahaja kerana berpendapat ada yang lebih memerlukan
RESPONDEN 4 (WARGA OKU) NAMA : SHAFIQ WAFIY BIN ZAINOL ARIFFIN UMUR : 6 TAHUN STATUS KECACATAN : FIZIKAL DAN MASALAH PERCAKAPAN (BISU) TAHAP PENDIDIKAN : BELAJAR DI PDK ANAK KE BERAPA : ANAK BONGSU DARI 4 BERADIK Warga OKU rajin terlibat dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan terutama sekali yang dianjurkan oleh pihak PDK. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti masyarakat yang melibatkan komuniti OKU. Mereka bukan sahaja menyumbang dari sudut tenaga, malah mereka juga memberi sumbangan terhadap sesuatu perkara. Masih ada masyarakat yang belum menerima sepenuhnya kehadiran komuniti OKU. Penerimaan masyarakat semakin baik semenjak adanya kempen-kempen kesedaran biarpun masih ada yang belum menerima kehadiran komuniti OKU dalam masyarakat.