Penerbit
Mohamad Iswan bin Basro
Edisi Pertama 2017
Mohamad Iswan bin Basro 2017
Cetakkan Pertama 2017
Semua hakcipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan
dalam bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar,
rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada PENGARANG
Design kulit buku :
Faizol Affandi Norihan
“Barangsiapa yang berjaya menguasai masa dan ruang,
mereka akan berjaya menguasai dunia…”
- ISWAN BASRO -
ISI KANDUNGAN
TEMA 1 :KENEGARAAN
1. NEGARAKU MALAYSIA
2. PM MALAYSIA R.A.H.M.A.N
3. MALAYSIA MERDEKA KE-60
4. NEGARAKU SELAPAR SEKENYANG
5. KL 2017 BANGKIT BERSAMA
6. MELAYU ITU BANGSA MULIA
7. BERLAKON FILEM PASAL BELACAN
8. MANGKATNYA SEORANG SULTAN
9. SATU MALAYSIA MEMBENTERAS DADAH
10. KEMATIAN SADIS WIRA NEGARA
TEMA 2 : PERJUANGAN
11. MASJID AL-AQSA DITAWAN LAGI
12. BUMI SAUDARAKU TERUS BERDARAH
13. DISINI GEMBIRA DISANA SENGSARA
14. GELOMBANG ISYARAT SEMUA FREKUENSI
15. KEMUNCULAN GLOBAL IS-ONE
16. BLOG RASMI GLOBAL IS-ONE
17. PERMIMPILAH SETINGGI LANGIT
18. PERMAINAN KAD ILLUMINATI
19. TERKORBAN SEBELUM BERPERANG
20. SEAMPUH MAHAGURU
TEMA 3 : KEHIDUPAN
21. EPISODE PERJALANANKU
22. BUKAN KERANA NAMA
23. WHATSAPP GROUP
24. SAHABAT TERAKHIR
25. REMAJA GEN Y
26. KOTAK KEHIDUPAN
27. DUHAI IBU DUHAI ANAK
28. BILA NAK KAHWIN BRO
29. LELAKI BINGUNG
30. PESTA MERENG
TEMA 4 : KETUHANAN
31. HENING SUBUH YANG DAMAI
32. PAGI HARI RAYA AIDILADHA
33. CINTA DUNIA TAKUT MATI
34. PENGADUAN KEPADA TUHAN
35. JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI
36. TITIS-TITIS DARI LANGIT
37. PERTAMA KALI
38. KAABAH YANG SUCI
39. SYUKURILAH NIKMAT TUHAN
40. LANGIT MENANGIS
TEMA 5 : KASIH SAYANG
41. KASIHNYA EMAK
42. KASIHNYA BAPAK
43. BUAT ISTERI YANG TERCINTA
44. NASIHAT AYAH
45. HARI MINGGU SEORANG AYAH I
46. HARI MINGGU SEORANG AYAH II
47. HARI MINGGU SEORANG AYAH III
48. HARI MINGGU SEORANG AYAH IV
49. RAGAM DRAMA KISAH CINTA
50. RAGAM BERKONGSI KASIH
TEMA 1
(KENEGARAAN)
1. NEGARAKU MALAYSIA
(Jatuh bangun kita tetap bersama...)
24 Ogos 1511
Kota Melaka roboh akhirnya
Portugis memijak kedaulatan kita
Ratusan tahun merasai derita
Kezaliman penjajah dan perang dunia.
31 Ogos 1957
Malay Union musnah binasa
Persekutuan Tanah Melayu terbina
Tanah air kita akhirnya merdeka
Kita menghalau penjajah durjana.
16 September 1963
Hari pembentukan negara Malaysia
Sabah dan Sarawak kini bersama
Singapura juga bersama kita
Semakin kuat semangat patriotisma.
7 Ogos 1965
Singapura terpisah daripada Malaysia
Mengelak daripada terjadi sengketa
Haluan dan cara kita berbeza
Kami doakan Singapura sejehtera.
1 Januari 2020
Tarikh dinanti rakyat Malaysia
Wawasan Tun M menjadi nyata
Negara diiktiraf oleh dunia
Menjadi maju aman sejahtera.
1 Januari 2050
Tarikh ditunggu rakyat Malaysia
TN50 mentransformasi negara
Cetusan DS Najib PM ke-6 kita
Semoga Malaysia makmur selamanya.
1 Januari 2080
TG80 singkatan namanya
Transformasi Global kita rencana
Menggoncang dunia seluruh semesta
Membina tamadun gagah perkasa
Al-Quran menjadi manual utama
Sunnah Rasulullah ikutan semua.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Khamis (24.08.2017)
2. PM MALAYSIA R.A.H.M.A.N
(Enam Perdana Menteri Malaysia...)
Telah dikhabarkan sekian lama
Susunan Perdana Menteri Malaysia
Adakah ramalan menjadi nyata
Atau takdir yang terlaksana
Menyusun puzzle rancangan mereka.
Telah tamat penantiannya
Selepas ini giliran siapa
Menyambung legasi parti pusaka
Membawa Malaysia ke puncak jaya
Atau sejarah kini dipenghujungnya.
Jika berebut harta dan kuasa
Caci dan maki sesama bangsa
Pancung-memancung leher saudara
Tikam-menikam depan belakangnya
Itulah petanda runtuhnya negara.
R.A.H.M.A.N
Mungkin cukup hanya enam
Damai tenang kubur tertanam
Ditangisi semua siang dan malam
Meratapi kesakitan paling dalam
Bila PM ketujuh tak ucap salam
Tak lagi dari bangsa kebanggaan
Bukan penganut agama kebenaran.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Ahad (13.08.2017)
3. MALAYSIA MERDEKA KE-60
(Buat sambutan hari kemerdekaan ke-100 nanti...)
Sudah enam puluh kali
Kita menyambut merdeka ini
Tahun 1957 terus diingati
31 Ogos tersemat di hati.
Besarnya erti kemerdekaan
Pelbagai nikmat dirasakan
Bebas daripada belenggu penjajahan
Bebas memilih corak kehidupan.
Kita semua sering diingatkan
Agar bebas minda dan fikiran
Agar tak ikut budaya kebaratan
Juga budaya yang merosakkan.
Buat remaja dan golongan belia
Kalian mampu menggoncang dunia
Kalian pemuda harapan bangsa
Kalian pemudi tiang negara.
Terima kasih yang telah berjasa
Berkorban nyawa bahkan segala
Pengorbanan kalian sungguh berharga
Hantar Allah yang mampu membalasnya.
Merdeka ke-60 kami syukuri
Dengan cara yang tersendiri
Ada yang sujud kepada Ilahi
Ada yang berdoa mohon diberkati
Ada yang berazam baiki diri.
Ada yang melakar sebuah puisi
Agar dibaca suatu hari nanti
Pada sambutan hari kemerdekaaan ke-100 nanti.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Khamis (31.08.2017)
4. NEGARAKU SELAPAR SEKENYANG
(Saudara kita sudah makan ke belum...?)
Merdeka kali ini
Puluhan tahun telah dilalui
Pelbagai peristiwa mewarnai
Suka duka bersulam ganti
Kekal tersemat didalam hati.
Telah roboh Kota Melaka
Akibat dengki sesama kita
Kini kita bangunkan Putrajaya
Pasti akan roboh juga
Kiranya kita terus sengketa.
Apakah erti merdeka ini
Jika fikiran masih diracuni
Sistem penjajah dijulang tinggi
Generasi muda tak memahami
Generasi tua tidak mengerti.
Apakah erti harta kemewahan
Jika dinikmati orang atasan
Jika hanya milik orang berkedudukan
Sedangkan dibawah menahan kelaparan
Tidur malam berteman tangisan.
Sama-samalah berlapar sekarang
Sama-samalah merasa kenyang
Itulah bukti kasih dan sayang
Bekongsi sakit derita dan malang
Sehati sejiwa dapat disempurnakan.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Khamis (10.08.2017)
5. KL 2017 BANGKIT BERSAMA
(Sukan ini berjaya menyatukan...)
Wira Wirawati negara
Berjuang sekuat daya
Berjuang sehabis tenaga
Demi mencapai cita-cita
Demi Malaysia tercinta.
Dua sukan kini dianjurkan
Sukan Sea dan Sukan Para Asean
Pelbagai acara dipertandingkan
Ribuan atlet mengisi penyertaan
Jutaan pelancong datang menyaksikan
Bersama moto Bangkit Bersama
Bagaikan harimau keluarkan kukunya.
32 juta rakyat turut serta
Memberi sorakkan semangat waja
Memohon doa agar berjaya
Menjadi juara semua acara.
Kejayaan itu bukan percuma
Semua pihak ada peranannya
YB Khairi banyak tanggungjawabnya
Berkerja keras mencari penaja
Akhirnya melebihi jumlah sasarannya.
Atlet pula banyak pengorbanannya
Makan dan minum sentiasa dijaga
Latihan keras tak kira masa
Terkadang berjauhan dengan keluarga
Terkadang tak sempat untuk bercinta.
Sukan ini berjaya menyatukan
Manusia dari pelbagai kepercayaan
Rakyat pelbagai latar belakang
Disimpan bendera parti kegemaran
Hanya Jalur Gemilang dikibarkan.
KL 2017 telah membuktikan
Sebenarnya kita cintakan perdamaian
Semangat muhibah membawa keamanan
Api Nothing to Hide boleh dipadamkan
Dengan air mata tangisan kejayaan
Dengan perpaduan kasih dan sayang.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Jumaat (18.08.2017)
6. MELAYU ITU BANGSA MULIA
(The real story of Nothing To Hide 2.0...)
Melayu itu bangsa mulia
Terlindung dari sifat tercela.
Bila Tanah Melayu sipi-sipi tergadai
Melayu bersatu menentang badai
Bila Melayu dipijak dihina
Melayu bersatu hingga merdeka.
Namun bila damai sentosa
Mula makan daging bangsanya
Dengan memfitnah sepuas-puasnya
Mengumpat bagai tiada batasnya
Rakus memakan daging saudaranya.
Bila Bunga Raya dihulurkannya
Dilempar pula kerusi kepadanya
Mungkin konspirasi musuh durjana
Suka melihat kita sengketa
Suka melihat kita semua gila.
Tiada yang sempurna antara kita
Diri kita juga banyak silapnya
Mintalah petunjuk dari Yang Esa
Agar waras fikiran kita
Agar sopan tutur dan kata
Agar tindakkan tidak menyiksa
Tak makan daging saudara seagama.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Selasa (15.08.2017)
7. BERLAKON FILEM PASAL BELACAN
(Kan orang-orang berlakon filem...)
Aku saksikan kalian bertengkar
Bagai kucing saling bercakar
Sesama sendiri aib dibongkar
Bersilat berpencak sesama pendekar.
Yang satu itu keris dibawa
Wujud sebelum negara merdeka
Melayu kembalikan ketuanannya
Membawa Malaysia menuju jaya.
Yang satu itu berlogo bulan
Islam menjadi paksi perjuangan
Al-Quran dan Sunnah jadi panduan
Peraturan Islam dijadikan perundangan.
Yang satu itu macam mata satu
Mungkin hanya kebetulan disitu
Keadilan dijulang dipasak dipaku
Konspirasi dahulu telah berlalu.
Yang satu ini bawa bunga raya
Lima kelopak merah menyala
Bumiputera Bersatu gelaran namanya
Siap siaga hadapi pilihanraya.
Yang satu ini berwarna jingga
Seiras piramid dan segitiga
Menjunjung amanah rakyat semua
Yang tidak amanah mungkin tak suka.
Yang lain tidak rercapai daya
Naik roket menuju angkasa
Takut meletup sebelum ke udara
Hancur berkecai musnah segala.
Betul apa yang Sudin kata
Pasal belacan kenapa sengketa
Sanggup pancung kaum keluarga
Itu sikap manusia durjana.
Ramlee berkata dengan bijaksana
Ini hanya berlakon sahaja
Walau ganas memancung keluarga
Namun inilah jalan ceritanya
Skrip dan kostum telah tersedia.
SMK Meru, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Rabu (02.08.2017)
8. MANGKATNYA SEORANG SULTAN
(Moga tenang Tuanku disana, giliran hamba kan tiba juga...)
Hari ini berita diterima
Tersebar pantas dialam maya
WhatsApp Facebook dan sebagainya
Namun ditunggu kesahihannya
Berita Jam 8 mengesahkannya.
Perginya seorang Baginda Sultan
Hanya Al-Fatihah mampu dihadiahkan
Seluruh kerabat meratapi pemergian
Seluruh rakyat diselimuti kesedihan
Semoga Tuanku dirahmati Tuhan.
Kita berkabung tujuh hari
Hitam dan putih mewarnai
Bentuk hiburan semua terhenti
Rancangan TV banyak mengaji
Kibaran bendera sedikit dibatasi.
Sultan adalah Ketua Agama
Juga Ketua Angkatan Tentera
Tempat tertinggi didalam negara
Lambang perpaduan semua warga
Lambang kedaulatan negara Malaysia.
Terima kasih duhai Tuanku
Ampun maaf tutur dan laku
Andai bahasa tidak sempurna
Tak ikut laras bahasa Istana
Hamba hanyalah rakyat biasa.
Kepada Allah kami meminta
Moga tenang Tuanku disana
Giliran hamba kan tiba juga
Kembali bertemu Allah Yang Esa
Dihitung dihisab pahala dan dosa.
Al-Fatihah.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Isnin (11.09.2017)
9. SATU MALAYSIA MEMBENTERAS DADAH
(Kita semua berperanan...)
Telah dikhabarkan sekian lama
Dadah adalah musuh negara
Merosak jasad dan akal manusia
Mampu menghancur negara bangsa
Mampu meranap tamadun dunia.
Membenteras dadah tugas bersama
Tanggungjawab kita Satu Malaysia
Biarpun daripada berbagai bangsa
Latar belakang dan juga agama
Setiap kita ada peranannya.
Bermula dengan Ibu dan bapa
Awasilah anak-anak remaja
Guru memberi didikan berguna
Media massa menyampaikan berita
Agensi Dadah Kebangsaan pergiat fungsinya.
Pasukan keselamatan dan badan kehakiman
Undang-undang sentiasa didaulatkan
Perlu tegas didalam penguatkuasaan
Pecah amanah wajib hindarkan
Najis dadah dibenteras habis-habisan.
Satu Malaysia membenteras dadah
Dadah durjana pasti kan musnah
Pasti kan punah dan rebah
Dadah durjana pasti kan hancur
Pasti kan lebur dan terkubur.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Selasa (05.09.2017)
10. KEMATIAN SADIS WIRA NEGARA
(Mungkin kerana tiada peperangan, kemahiran tak tahu nak
dilepaskan...)
Sekejam sekeras hati Umar
Namun lembut selepas mendengar
Surah Toha yang dikhabarkankan
Moga dijadikan sebagai amalan.
Kita sering bongkak berkata
Negara kita aman sejahtera
Kitalah tebaik semua perkara
Kita angkuh mendabik dada.
Tersentak dengan berita semasa
Kematian sadis Wira Negara
Jasad dirinya dibantai disiksa
Ingatkan dibunuh Zionis durjana
Rupanya maut ditangan saudara.
Mungkin kerana tiada peperangan
Kemahiran tak tahu nak dilepaskan
Tak ada musuh untuk dihabiskan
Atau hilang sifat kemanusiaan
Oleh latihan yang keterlaluan.
Bukan ini kali pertama
Pengajian Tingga juga sama
Sekolah pula cerita biasa
Menjadi amalan dan budaya
Binatang pun pelik melihatnya.
Masih ada jalan keinsafan
Perteguh akhlak dan keimanan
Jika tetap dengan kezaliman
Kita akan terima kekalahan
Kita akan terima kehinaan
Semasa peperang yang dijanjikan
Peperangan Sabil Akhir Zaman.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (14.10.2017)
TEMA 2
(PERJUANGAN)
11. MASJID AL-AQSA DITAWAN LAGI
(Ayuh habiskan dan ranapkan kezaliman itu...)
Ketika puisi ini dicipta
Masjid Al-Aqsa terima bencana
Islam Palestine dilarang memasukinya
Apa pula tindakkan kita
Berkonon membenci Israel durjana.
Kita hanya berkonon-konon
Mencari bulat kata sepakat
Didalam hotel bermesyuarat
Kepala NGO dan pemimpin berpakat
Behimpun menentang Yahudi keparat
Dihadapan kedutaan Amerika Syarikat.
Adakah semangat ini suci
Sedangkan tengah hari makan KFC
Tak kisahlah Original atau Hot and Spicy
Petang pula nak makan di McD
Barulah kenyang untuk solat asar nanti.
Ulama' selalu memberi ingatan
KFC dan McD wajib dihindarkan
Boikot dicanang laku semalaman
Esok dah ok kembali ditelan
Daging saudara kembali dimakan.
Ulama' yang lain memberi kiasan
Berjuta-juta dollar nilai keuntungan
Disalurkan untuk membeli kelengkapan
Untuk membantai saudaramu Tuan.
Kenapa jahat hati kita
Bagai memberi jutaan derma
Kepada Zionis dengan rela
Untuk membunuh saudara kita
Lepastu sibuk berdemo disini sana.
Ada orang gila berkata
Berpunca dari makanan kita
Juga daripada asal sumbernya
Dikononkan daripada kerja mulia
Mari kita menyiasatnya.
Mari dengar nasihat Si Gila
Hasil negara daripada cukai
Pelbagai cukai punca pelbagai
Paling "bersih" cukai arak nan bingai
Juga cukai rokok yang memberi "damai".
Si Gila itu berkata lagi
Hasil tadi untuk bayar gaji
Dari yang bertahta hingga pentadbir negeri
Dari pentadbir negara hingga kerani
Juga gaji Ulama' pewaris Nabi.
Si Gila terus bermadah
Gaji itu buat beli makan
Untuk Si Pemakan Duit Kerajaan
Juga untuk anak-anak dan isteri-isteri kesayangan
Membeli tempat tinggal dan juga pakaian.
Si Gila terus memberi isyarat
Tahukah berapa jumlah kelahiran
Berstatus tidak sah taraf diberikan
Ratusan ribu dalam setahun jumlah dilaporkan
Kalangan cendiakawan tak jumpa jalan.
Si Gila ingin menasihati
Bila tiba satu masa
Anakmu berada di alam cinta
Retuilah dan nikahkanlah mereka
Jangan takut mati tak makan
Yakinlah rezeki dijamin Tuhan.
Si Gila berpesan kepada selebriti
Tak kira pelawak atau pelakon sensasi
Juga Ustaz program realiti TV
Jangan terima lamaran Iluminati
Biar apa pun yang terjadi
Walau nyawa jadi galang ganti.
Si Gila pun santun memberi pesan
Buat Ulama' yang alim beriman
Hukum dan fatwa ditegakkan
Jangan ada yang berkepentingan
Jangan takut dilucut jawatan.
Menonton Majlis Santapan DiRaja
Ketika meraikan kenaikan tahta
Ada yang menonton penuh hiba
Malam ini ada yang menitiskan air mata
Makan nasi putih berlauk garam sahaja.
Si Gila santun berbicara
Buat pemimpin negara Malaysia
Tahniah diatas segala jasa
Namun ada diantara kita
Tidur ketika lapar dan dahaga.
Si Gila menyapa Pak Jokowi
Pemimpin Indonesia yang disegani
Impian Pak Sukarno mari selesaikan
Nusantara Raya jadikan kenyataan
Bangunkan kembali kerajaan Nabi Sulaiman.
Si Gila mengenang kelompok ini
Kedudukan mulia dan darjatnya tinggi
Majlis Profesor Negara mereka disini
Menyalak bukit setengah mati
Bukit tetap utuh berdiri.
Si Gila mengetuk pintu hati
Hati seluruh pasukan keselamatan
Ketumbukan ATM dan Ketumbukan TNI
Pasukan PDRM dan Pasukan POLRI
Semoga Allah SWT melindungi.
Si Gila menyapa angkatan ini
Angkatan Silat seluruh Nusantara
Lapisan ketiga pertahanan negara
Bila masanya telah tiba
Seorang Panglima yang bijaksana
Mampu meranap seribu musuh disana.
Si Gila menegur sebuah pasukan
Pasukan tempur Panji Hitam
Pasukan sabil Negara Islam
Hentikan segala kecelaruan
Belum masanya Panji dikibarkan
Belum masanya melakukan amokkan
Isyarat langit belum dipancarkan.
Jadikan Al-Anfal sebagai panduan
Peperangan kita beradap dan berperaturan
Ranting pokok pun haram dipatahkan
Tidak boleh lakukan penyiksaan
Kepada kanak-kanak dan yang tak berkeupayaan
Dari kalangan orang tua dan tentera tawanan
Pantang sekali menodai perempuan.
Tidak kira walau kalian diperguna
Dimanipulasi siapa sahaja
Agar Islam terus sengketa
Namun akalmu kan masih ada
Keganasan itu hentikan segera
Berhenti mengikut pemimpin yang buta
Semoga Allah megampuni dosa.
Jika semuanya telah sempurna
Tentera langit kan turun segera
Jumlahnya banyak tidak terkira
Mereka adalah malaikat yang mulia
Ciptaan Allah daripada cahaya.
Pasukan Tentera Nabi Sulaiman
Kalangan Bangsa Jin dan Bangsa Haiwan
Ketumbukan gergasi tak terbayangkan
Bagaikan naga yang direhatkan
Bangunnya nanti musuh bertempiaran
Tercirit-tercirit menggigil ketakutan.
Bangsa Jin banyak kelebihan
Mampu mengawal darat dan lautan
Membina mahligai semalaman
Namun taat dan juga beriman
Patuh kepada suruhan Tuhan
Namun ada yang tiada ketaatan
Moga Allah mengampunkan
Memberi hidayah dan juga pimpinan.
Bangsa Haiwan juga mulia
Tak pernah berhenti memuji Yang Esa.
Sekecil semut dan unggas di taman
Segarang harimau dan singa di hutan
Sebesar gajah didalam kurungan
Setiap burung dan serangga yang berterbangan
Semuanya taat kepada Tuhan
Sedia membantu tentera akhir zaman.
Si Gila menyusup memerhati
Golongan yang aneh lagi misteri
Berputar pintal lidahnya menari
Hari ini memuja esok pula mengeji
Kecam mengecam sesama sendiri
Kanak-kanak Tua sedang bergusti
Merebut jawatan Perdana Menteri.
Si Gila mengusik pihak berkaitan
Merupakan Media Arus Perdana
Radio dan TV Media Massa
Pengaruh kalian cukup berbisa
Mampu meranap seluruh dunia.
Si Gila mengajak kita menyingkap
Sistem perbankan dipenuhi riba'
Harta Si Kaya makin melambak
Poket Si Miskin semakin sesak.
Siapa berani lakukan format
Keatas sistem yang makin tenat
Si Kaya gelisah takut bertindak
Takut harta kekayaan hilang mendadak
Si Miskin ketawa terbahak-bahak
Akaun bank kosong dipenuhi angka
Sudahkah anda bersiap sedia.
Setelah membaca luahan Si Gila
Apa solusi yang kita ada
Bagi membela Masjid Al-Aqsa
Nampaknya kita tetap tak berdaya
Kerana Vape dan Rokok dihisap mesra.
Kita tetap takkan berjaya
Walaupun berusaha sekuat daya
Kerana kita senang di zon selesa
Di papan catur Iluminati berlegar kita
Penyakit Wahn terus meracuni
Penyakit cinta dunia dan takut mati
Harta dan tahta syok dinikmati
Wanita pula dijadikan koleksi
Sengsara orang tidak dipeduli
Yang penting perut kenyang berisi.
Ketika puisi ini dibaca
Ada yang maki-maki bak orang gila
Ada yang marah dan membencinya
Membuat kecaman dan juga menghina
Jangan terkejut anda pun begitu juga.
Yang bijak pandai bertanya formula
Mencabar supaya membuktikannya
Si Gila telah mempersiapkannya
Hidden Toifah sedang mendominasi dunia
Global IS-ONE diberi nama
"Eleven Protocol" telah tersedia
Formula reset dan total reformat
Sistem jahat akan hancur lumat
Diganti sistem dipenuhi rahmat
Selamat sejahtera dunia dan akhirat.
Perang dunia kedua menceritakan
Peristiwa Holocaust menjadi sebutan
Berjuta bangsamu dibantai habis-habisan
Kalian dibunuh beramai-ramai
Oleh tentera Nazi tanpa kasihan
Adolf Hitler yang beri arahan
Disisakan sedikit buat pengajaran
Sebagai bukti di masa hadapan
Bahawa Zionis bangsa yang jahat
Bangsa yang tiada rasa hormat
Bila dapat senjata dan jadi kuat
Tanah Palestine kalian rembat
Yang menentangmu semua kau sebat.
Ingatan buat kaum Muslim
Jangat sibuk memuja Hitler
Dipuja puji bak adiwira
Konon dialah penyelamat dunia
Melayan Yahudi bagaikan hamba.
Tenang dulu saudara semua
Mari berfikir diluar kotak
Menilai sesuatu berlapis banyak
Rasulullah juga pernah berkuasa
Ketika pembukaan Kota Mekah
Ketika memimpin Kota Madinah
Rasulullah bertindak dengan bijaksana
Meletakkan sesuatu pada tempatnya
Tidak membantai Yahudi mengikut suka
Bahkan melayan dengan kasih mesra
Bukalah kitab riwayat Baginda
Kisah Rasulullah dan Pengemis Buta
Pengemis Yahudi yang telah tua
Hari-hari memaki hamun Baginda
Ditengah pasar tumpuan manusia
Rasulullah sabar dan menyuap makan
Kedalam mulut Yahudi berkenaan
Indahnya akhlak Rasul junjungan
Kisah ini jadikan tauladan
Kerana Rasulullah adalah ikutan
Insan terbaik sepanjang zaman.
Buat Bangsa Israel di sana
Sejarah telah membuktikannya
Hanya saudara yang tahu kelemahan saudaranya
Hanya saudara yang mampu membunuh saudaranya
Peristiwa berulang dan mengulanginya.
Duhai bangsa yang bijak pandai
Terpecah kita kepada dua belas puak
Sebelas puak sedang merosak
Mengganas bagai mabuk arak
Perangaimu membuat orang muak.
Kajian kau buat malam dan siang
Eksperimen genetik banyak kau lakukan
Keatas kaum hebat juga kaum kebanyakkan
Sample darah dijadikan bahan
Melihat perbandingan dan kesaksamaan
Mencari puakmu yang hilang tiada kesan.
Dari susur galur Nabi Ibrahim yang mulia
Melalui Keturah salah satu isterinya
Bermula apabila anak mereka
Diperintahkan ke timur hujung dunia
Menuju Land of Promised yang sejahtera.
Keputusan eksperimen telah membuktikannya
Bangsa Nusantara paling tinggi peratusan
Memiliki tinggi genetik kesamaan
Itu tidaklah menghairankan
Kaum keduanya ada sisi kebaikan
Juga sisi kejahatan dan kegelapan.
Seburuk-buruk perilakuan di sana
Bayi sendiri mereka tak siksa
Anak sendiri dilindungi dipelihara
Sedangkan disini kejelekkan berleluasa
Bayi lahir tong sampah tempatnya
Mangkuk tandas pilihan kedua
Apa dibangga pada bangsa
Rokok dan Vape lebih berharga.
Bangsa Arab ada kisahnya
Rasulullah semulia-mulia manusia
Namun ada seorang yang hina
Dijanjikan neraka dan kutukan dunia
Al-Quran tercatat nama dirinya
Surah Al-Masad bukti segalanya
Dari bangsa apakah dia
Bapa saudara kepada siapa.
Wahai bangsa Nabi Isa
The Land of Zion Promise of The Lord
L sembunyi disebalik Z
Jika begiti Lion jadinya
Bahasa Melayu berbunyi Singa
Tanah yang mana itu agaknya
Selatan Johor negara apa
Jangan "pura-pura" tak tahu pula.
Malaysia pula apa peranannya
Cuba kita sama mengeja
Dieja songsang apa bunyinya
Aisyalam itulah hasilnya
Silalah siasat apa maknanya
Jurusalem dan Aisyalam apa kaitannya
Puzzle yang pecah kita susun semula.
Indonesia pula apa rahsianya
Tersimpan rapi berkurun lamanya
Sejak Damar Wulan menjejakkan kakinya
Sejak Sabdo Palon melafaz sumpahannya
Sejak Wali Song menyampaikan dakwahnya
Sejak Srivijaya memasak tapaknya
Wujud bangsa yang bijaksana
Membangun tamadun serata dunia
Bukan hanya di darat sahaja
Dasar lautan dibangun juga
Bangsa ini miliki dan mewarisi
Genetik para Rasul dan juga Nabi
Juga miliki kecerdasan yang tinggi
Menguasai ilmu dan teknologi
Telah mencipta gerbang galaksi
Meneroka lapisan langit dan bumi.
Raja Kediri pernah mengkhabarkan
Bangsa ini akan menyatukan
Umat manusia dengan satu ikatan
Menata negara (NOTONOGORO) mengikut panduan
Mengkut manual kitab suci Al-Quran
Mencontohi akhlak Nabi junjungan.
Bangsa ini akan diketuai
Oleh seorang kesatria sakti
Kesatria yang sedang bersembunyi
Kesatria taat kepada Ilahi
Satrio Piningit gelaran diberi.
Bukan sibuk rebut kuasa
Juga tak sibuk nak naik tahta
Beliau hanya menyusun negara
Meletakkan sesuatu pada tempatnya
Dengan adil dan bijaksana.
Pancasila santun dan difahami
Semua warga wanita dan lelaki
Dicipta agar kalian tak berkelahi
Tidak bergaduh sesama sendiri
Agar tamadun yang runtuh ini
Dapat kita bangunkan kembali
Kekayaan Saba' dizahir kembali.
Terdapat harta perbendaharaan
Peninggalan Kerajaan Nabi Sulaiman
Ia selamat dalam persembunyian
Tak dapat dilihat dengan pengelihatan
Walaupun dengan satelit dan pemancaran
Dijaga rapi oleh Bangsa Jin yang beriman
Khazanah ini akan dikembalikan
Kepada kerajaan akhir zaman
Kerajaan Al-Mahdi yang dinantikan
Memakmurkan dunia di era keemasan.
Ada satu lagi rahsia
Tentang bangsa yang satu itu
Bangsa itu asalnya satu
Kemudian pecah kepada dua belas
Yang sebelas itu digelar Jews
Juga digelar sebagai Jewish
Yang satu itu digelar Java
Juga digelar sebagai Javanese.
Bangsa Jews sibuk merebut Jurusalem
Bangsa Java tenang membangun Nusantara.
Duhai bangsa yang pernah dimuliakan
Ada darah Nabi Musa di tubuh kalian
Ada kebijaksanaan Nabi Sulaiman pada akal dan tindakkan
Semua kemuliaan atau kehinaan
Kalian sendiri yang menentukan
Jangalah anggap bangsa lain adalah haiwan
Jika kalian tidak hentikan kezaliman
Kalian akan terima balasan
Azab dunia tak terlepaskan
Neraka Jahanam selamanya menyiksakan.
Iman itu bukan warisan
Iman itu bukan keturunan
Bangsa bukanlah satu jaminan
Bukan penentu tahap keimanan
Jadikan ianya pengajaran
Juga pedoman meniti zaman
Agar tak sesat di perjalanan.
Allah selamatkan Masjid Al-Aqsa
Allah lindungi Masjid Al-Aqsa.
"Alam a'had ilaikum yaa bani adama a'lla ta'budus syaiton, innahu
lakum a' duwwummubin..."
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Jumaat (21.07.2017)
12. BUMI SAUDARAKU TERUS BERDARAH
(Kaum Muslimin dibantai jasadnya, Kaum Muslimat dirosak
maruahnya...)
Rasulullah pernah bersabda
Jika Si Kufar mendapat kuasa
Mentadbir negara dan miliki senjata
Kaum muslimin dibantai jasadnya
Kaum muslimat dirosak maruahnya.
Si Kufar laknatullah tersenyum riang
Menyiksa membunuh dengan girang
Umat Islam tak akan bangkit
Hanya memaki-maki menyalak bukit
Bukit tak runtuh tekak yang sakit.
Seluruh Pimpinan Dunia tangan terikat
Oleh "Perjanjian Dajjal" yang jahat
Perlukan "Mandat Dajjal" untuk bertindak
Senjata api dan segala peledak
Perlukan "Izin Dajjal" untuk meledak.
Tinggal hanya pejuang dipinggiran
Mahu bangkit menentang kezaliman
Namun Rokok tak mahu dilepaskan
Andai dah sampai medan pertempuran
Takut Vape dan Shisha putus bekalan.
Tinggallah hanya selemah iman
Hanya Allah tempat pergantungan
Berdoa terus mohon pertolongan
Menyampai mesej era kebangkitan
Membakar semangat seluruh angkatan
Angkatan Tentera Sabil akhir zaman.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Rabu (06.09.2017)
13. DISINI GEMBIRA DISANA SENGSARA
(Semuanya berlaku di Asean...)
Puluhan ribu datang menyaksikan
Berhimpun di Stadium Nasional untuk meraikan
Gilang-gemilang sebuah Majlis Perasmian
Sukan Sea dan juga Sukan Para Asean.
Majlis bermula dengan perarakan
Sebelas kontingen mengambil bahagian
Membawa imej pakaian kebangsaan
Mengibar bendera melempar senyuman.
Ucapan perasmian dilafazkan Baginda
Yang Dipertuan Agong negara Malaysia
Lafaz suci bismillah kalam dibaca
Majlis dinanti kini bermula.
Ucapan Pengerusi MOM Malaysia
Menteri KBS berucap pula
Kepuasan terpancar diwajah mereka
Impian kini menjadi nyata.
Persembahan perasmian dimulakan
Berkisar tentang sejarah Asean
Pelbagai budaya dan bangsa ditampilkan
Pelbagai etnik dan corak kehidupan.
Obor kejohanan pun dihidupkan
Simbolik kepada permulaan sukan
Api menjulang membakar perasaan
Atlet untuk meraih kejuaraan.
Tahniah dan syabas buat semua
Inilah semangat Asean kita
Kita boleh hidup bersama
Tak kira agama ataupun bangsa
Hentikan menyiksa etnik tertentu
Hentikan membantai umat itu.
Apa guna ketawa di sini
Bertepuk tangan sambil menari
Sahabat Asean disana menangis meratapi
Dibunuh tanpa rasa simpati
Tak kira wanita ataupun lelaki
Tak kira orang tua ataupun bayi.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Ahad (20.08.2017)
14. GELOMBANG ISYARAT SEMUA FRIKUENSI
(Dihantar untuk membangkitkan kecerdasan...)
Suis Utama telah dihidupkan
Semua jentera diaktifkan
Bagai nuklear yang dilancarkan
Letupan dan radiasi tak dapat dihentikan.
Gelombang Isyarat buat semua
Dihantar ke setiap frikuensi berbeza
Semua terima getaran yang sama
Sinar menyebar ke jagat raya.
Jejak ini sengaja ditinggalkan
Memang itu Si Mata Satu mahukan
Meniru Teknologi dan Zat Tuhan
Namun kejahatan dijanjikan kekalahan.
Manual telah disediakan
Bagi menghadapi fitnah akhir zaman
Al-Quran dan Sunnah jadikan pegangan
Surah Al-Kahfi perisai pertahanan.
Kami dijanji dua kejayaan
Hidup mulia meraih kemenangan
Atau Syahid menemui Tuhan
Dianugerahkan Syurga idaman
Itulah akhir episod kehidupan...
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (15.04.2017)
15. KEMUNCULAN GLOBAL IS-ONE
(The Great Future Toifah - From Zero to Infinity...)
Semua bermula dengan dagang
Asing dan pelik dilihat orang
Tiada siapa sudi memandang
Namun ketibaan tak dapat dihalang
Bagaikan letupan bernama Big Bang.
The Great Nusantara Raya
Sebuah Tatanan Baharu Dunia
2020 sasaran pertama
2040 sasaran kedua
Daulah Khilafah bangkit semula.
Eleven Protocol jadi SOP
Bagai segenggam benih suci
Disemai disiram dan dibajai
Menjadi pohon rendang memayungi
Buahnya manis sama dinikmati.
Sembilan persepuluh sebagai senjata
Menjenamakan semula perniagaan dunia
Semua industri terlibat sama
Kekayaan buat umat manusia
Melimpah ruah tiada batasnya.
Alternatif baru perundangan negara
Piagam Madinah contoh sempurna
Negara berbilang agama dan bangsa
Hidup harmoni dan aman sejahtera
Meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Pasukan polis dan juga tentera
Semua unit sembunyi dan nyata
Setiap lapisan pertahanan negara
Perjanjian durjana batalkan segera
Kesengsaraan umat wajib dibela.
Formula dicipta dan kini sedia
Siap untuk menawan dunia
Format dan reset sistem durjana
Diganti dengan sistem Yang Esa
Semua manusia hidup bahagia
Nikmati syurga sebelum syurga.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Isnin (07.08.2017)
16. BLOG RASMI GLOBAL IS-ONE
(GLOBAL IS-ONE Dot Blogspot Dot Com...)
Salam sejahtera buat semua
Terima kasih sudi membaca
Puisi tentang hebahan semasa
Maklumat blog dikongsi bersama.
GLOBAL IS-ONE diberi nama
Memberi isyarat kepada dunia
Menyampai berita dan mesej rahsia
Buat semua umat manusia.
2017 hingga 2019
Sepanjang tiga tahun ini
Mesej disebar secara tersembunyi
Melalui pelbagai platform terkini
Media sosial dan juga blog rasmi.
2017 hingga 2019
Tiga tahun bayangan ini
Tiada sebarang borang ahli
Tiada yuran buat membiayai
Tiada mesyuarat untuk dihadiri.
1 Januari 2020
Suis utama akan ditekan
Sistem dunia alami renjatan
Ekonomi global hilang keupayaan
Politik dan sosial alami kecelaruan.
1 Januari 2020 @ 1 Januari 2040
GLOBAL IS-ONE mengambil peranan
Eleven Protocol akan dilancarkan
Menjamin keamanan dan kedamaian
Kebahagiaan dirasai semua hidupan
Nikmat dikecapi sepanjang zaman.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Rabu (23.08.2017)
17. BERMIMPILAH SETINGGI LANGIT
(Perlu azam tawakkal dan doa, pasti mendapat keberkatanNya...)
Kita semua biasa bermimpi
Untuk menggapai langit tinggi
Ingin mencapai yang dihajati
Segala yang ada ingin dimiliki.
Itu bukanlah satu kesalahan
Kerana kejayaan perlukan impian
Bersulam dengan angan-angan
Berakhir dengan kemenangan.
Usaha perlulah sekuat daya
Untuk mencapai segala cita
Perlu azam tawakkal dan doa
Pasti mendapat keberkatanNya.
Ada yang terus diganggu suara
Gegarkan seluruh negara benua
Diseru untuk menggoncang dunia
Menukar sistem yang menyiksa.
3 tahun (2017 - 2019) secara sembunyi
20 tahun (2020 - 2040) muncul berbakti
Pelik dan dagang dicaci dimaki
Gelaran Si Gila sesuatu yang pasti.
Sabar dan tenang duhai sahabat
Dulu ada insan dibenci dimeluat
Pelik duduk di gua gelap pekat
Mendapat ujian yang sangat berat.
Baginda ialah Nabi Muhammad
Rasul ikutan seluruh umat
Insan sempurna paling hebat
Memberi syafaat dihari kiamat.
Islam datang dengan dagang
Kembali dagang asing terbuang
Jika Abang Long Fadhil 2 ramai ke wayang
Jika Ceramah Hebat Tuan ramai yang datang
Namun Pesakit Mental disisih orang
Duduk sakit di wad tak sapa bertandang
Takkan tak faham isyarat disampaikan
Mintalah hidayah petunjuk daripada Tuhan.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor
Isnin (02.10.2017)
18. PERMAINAN KAD ILLUMINATI
(Adakah ramalan atau kebetulan, konspirasi jahat yang
disembunyikan...)
Hendak dicerita panjang kisahnya
Cukup sekadar gambarkan asasnya
Jika berhajat untuk fahaminya
Tak perlu susah Googlekan sahaja
Pasti terbuka segala rahsia.
Tahun 1983 ianya dicipta
Hanyalah kad permainan sahaja
Terdapat 330 keping jumlahnya
Gambar didalamnya penuh tandatanya
Bagaikan ramalan yang wajib terlaksana.
Gambar-gambar yang ditunjukkan
Sama dengan peristiwa terkemudian
Adakah ramalan atau kebetulan
Konspirasi jahat yang disembunyikan.
Kad Illuminati ini bergetar lagi
Bila Lady Gaga tampil beraksi
Tiup semboyan sebar radiasi
Agar "Gun Control" menguasai.
Apabila dunia semakin celaru
Kad Illuminati lain memberi tahu
Era "Martial Law" dikuatkuasakan
Dunia dikawal Peraturan Kententeraan.
Semua plot cerita telah disusun
Sejak puluhan dan ratusan tahun
Telah ditentukan siapa pelakon
Lakonkan watak berkonon-konon.
Bagi pastikan usaha berjaya
Mereka melamar sesiapa sahaja
Sasaran utama adalah Public Figure
Sesiapa sahaja dikalangan kita
Termasuk anda yang sedang membaca
Jika tak mahu akur arahan mereka
Segala kemasyhuran akan binasa
Kuasa dan tahta diragut semuanya
Harta kekayaan jadi tak berguna
Kesilapan dan aibmu akan dibuka
Engkau akan dicemuh dan dicela.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor
Rabu (04.10.2017)
19. SATU MALAYSIA MEMBENTERAS DADAH
(Kita semua berperanan...)
Telah dikhabarkan sekian lama
Dadah adalah musuh negara
Merosak jasad dan akal manusia
Mampu menghancur negara bangsa
Mampu meranap tamadun dunia.
Membenteras dadah tugas bersama
Tanggungjawab kita Satu Malaysia
Biarpun daripada berbagai bangsa
Latar belakang dan juga agama
Setiap kita ada peranannya.
Bermula dengan Ibu dan bapa
Awasilah anak-anak remaja
Guru memberi didikan berguna
Media massa menyampaikan berita
Agensi Dadah Kebangsaan pergiat fungsinya.
Pasukan keselamatan dan badan kehakiman
Undang-undang sentiasa didaulatkan
Perlu tegas didalam penguatkuasaan
Pecah amanah wajib hindarkan
Najis dadah dibenteras habis-habisan.
Satu Malaysia membenteras dadah
Dadah durjana pasti kan musnah
Dadah pasti punah dan rebah
Dadah durjana pasti hancur
Dadah pasti lebur dan terkubur.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Selasa (05.09.2017)