20. SEAMPUH MAHAGURU
(Mana-mana yang menentang, akan dipancung...)
Biarpun kini aku dipancung
Dicampak pula ke dalam gaung
Oleh penggila kuasa dan pangkat
Bibirnya manis hati berulat
Bagai kotoran didalam cawat.
Telah banyak kali dibilang
Bila masuk ke tempat orang
Bawa otak dan bukan pisau
Ini bagaikan orang sasau
Pengamal sesat amalan pukau.
Bagi yang taat tak mahu menentang
Mulut disumbat bengkong dan sandang
Lahirlah ribuan Pendekar Bisu
Bertugas sebagai Si Tukang Ampu
Gah menggaya Harimau Pelangi Berchula Seribu.
Sampai hatimu lakukan begini
Kau sihir semua agar membenci
Anak buahku semua lari
Rakanku juga semua menjauhi
Hingga kini aku sendiri.
Mengapa kau sekejam itu
Mungkin terlebih baca Qulhu
Ayat Sembilan ulang beribu-ribu
Banyak sangat amalan diburu
Konon nak jadi seampuh Mahaguru.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (02.09.2017)
TEMA 3
(KEHIDUPAN)
21. EPISODE PERJALANANKU
(Sebuah catatan perjalanan yang panjang…)
Dengan bismillah aku melangkah
Mengutip azimat yang berkecai musnah
Moga ada cahaya yang cerah
Moga tak lagi tersungkur rebah.
1986 - 1998
Ku pernah harungi zaman sekolah
Zaman remaja segalanya indah
Tiada gundah tiada resah
Tekad dan azam ku genggam gagah.
1999 - 2002
Ku pernah lalui zaman Varsiti
Menuntut di UKM Bangi
Walau ujian terkadang mendatangi
Bekalku cukup untuk mengharungi.
2003
Kerjayaku bermula di MRSM Mersing
Sebuah daerah yang cukup asing
Ketabahan mula terconteng
Berjauhan keluarga membuatku rungsing.
2003 - 2008
Terima tugas di Bukit Jalil
Sekolah Sukan tempat dipanggil
Tahun pertama ku tenang gembira
Tak lagi berjauhan dengan keluarga.
2003 - 2008
Tahun kedua segalanya hilang
Awan hitam mulai datang
Alam yang cerah bertukar gelap
Kecelaruan datang bak racun berasap.
2009 - 2014
Bertukat ke Bandar Sultan Suleiman
Sekolah permai di Pelabuhan
Biar emosi tak ketentuan
Tugas dilaku tiada kesempurnaan.
2014 - 2017
Kembali ke Meru daerah tercinta
Awan kecelaruan tak henti menyiksa
Walau bertahun ku telah merana
Ku harung semua sekuat daya.
Detik ini
Aku diberi peluang lagi
Untuk merubah nasib diri.
Detik ini
Maafkan daku SMK Meru
Semua pentadbir dan juga guru
Telah ku cuba sekuat hati
Untuk menjadi yang diharapi
Kegagalan juga yang mendekati.
Perjalanan sebagai seorang guru
Akhirnya terpaksa dinokhtahkan
Mungkinkah ada cahaya kehidupan
Yang bersinar indah dihadapan
Mampukah mengukir kembali senyuman
Yang ribuan tahun telah tertanam.
Terima kasih buat semua
Izinkan aku habiskan masa
Meniti hidup yang entah apa
Janganlah dibalas dengan hina.
Hanya Allah tempat mengadu
Meluah segala siksa diriku
Aku mengharap kasih sayangMu
Juga petunjuk setiap laku.
Akhir sekali
Biarlah buruk nasib di dunia
Jangan buruk di akhirat sana.
Dunia ini hanya sementara
Tempat ujian buat manusia
Kampung akhirat kekal selamanya
Nikmat bahagia kekal ke akhirnya.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Khamis (08.06.2017)
22. BUKAN KERANA NAMA
(Hanya mencurah segala rasa yang tidak terzahir melalui kata...)
Bertahun mencatat perjalanan kehidupan
Terhenti seketika kerana ujian
Kini kembali melakar penulisan
Berbekal setitis ilmu dan pengalaman.
Menulis bukan kerana nama
Bukan menjual susunan kata
Hanya mencurah segala rasa
Yang tidak terzahir melalui kata.
Menghantar karya untuk dinilai
Kepada editor yang bijak dan pandai
Moga ada puisi yang sesuai
Boleh diterbit dan juga dipakai.
Banyak kisah terus dianyam
Warna kehidupan terus disulam
Terkadang pagi terkadang malam
Ilham Yang Esa tak pernah padam.
Kepada semua pembaca budiman
Terima kasih diatas sokongan
Sudi membaca semua nukilan
Walaupun kita belum berkenalan.
Bukan mahu diangkat nama
Apatah lagi ditabur permata
Cuma mohon bila dah tiada
Puisi terus difahami dibaca
Pahala menerangi kuburku yang gelita.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Khamis (17.08.2017)
23. WHATSAPP GROUP
(Pelbagai watak dan cerita didalamnya...)
Pagi ini WhatsApp berbunyi lagi
Smartphone dibuka untuk mengetahui
Pelbagai berita itu dan ini
Daripada pelbagai Group Sensasi.
Group Family
Platform bagi keluarga kami
Suka dan duka sama dikongsi
Ketika senang sama merasai
Ketika susah bantuan diberi.
Group Brayan
Group ini pasti ada
Group sahabat sama usia
Gurauan kalian mencuit hati
Kenangan lama terimbau kembali.
Group Sepengajian
Menghimpun rakan sama pengajian
Wajah terkini kita kongsikan
Ada yang masih maintain kehenseman
Ada yang borai perut ke depan.
Group Rakan Sekerja
Group ini juga menghiasi
Ada Group Wanita dan juga Group Lelaki
Membawa berita kerja hakiki
Juga berkongsi minat dan hobi.
Group Kejiranan
Inilah group jiran tetangga
Kita dapat bekongsi berita
Jemputan majlis-majlis gembira
Terkadang berita kematian pula.
Group Komuniti
Group ini ada juga
Komuniti minat dan sebagainya
Pertubuhan dan kelab antara yang ada
Perniagaan dan keagamaan tidak dilupa.
Group WhatsApp
Banyak cerita didalamnya
Banyak info yang berguna
Banyak berita menghiasinya
Jangan dikongsi berita dusta
Semoga bijak manfaatkannya.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Selasa (18.07.2017)
24. SAHABAT TERAKHIR
(Buat semua ahli Group '79...)
1979
Tahun ini kita dilahirkan
Pastinya dengan laungan tangisan
Ibu dan ayah mengukir senyuman
Syukur diatas sebuah pemberian
Putera dan Puteri tujuh puluh sembilan.
1985
Tahun ini kita TADIKA
Mengenal huruf dan suku kata
Membilang nombor bernama angka
Melukis gambar kemudian mewarna
Kita bermain bergurau senda.
1986 - 1991
Kita melangkah ke darjah satu
Mak ayah belikan buku baru
Tiga puluh sen duit saku
SKBK dan SKSB sekolah dituju
Juga sekolah sekitar Meru.
Petang pula sekolah agama
Kita belajar banyak perkara
Mula mengaji dan fahami makna
Solat dan doa belajar dibaca
Jasa Ustaz Ustazah tak akan dilupa.
Parit dan pangsun sama dirasa
Pancing haruan dan tangkap ikan laga
Gasing dan lastik teman setia
Terbangkan layang-layang ke awan sana
Guli dan konda-kondi mainan kita.
Kesatria Baja Hitam dan juga Gaban
Power Rangers dan juga Flashman
Kehebatannya sama kita saksikan
Knight Rider, Airwolf, Thundercats dan Voltron
Kita tak terlepas daripada menonton.
Ketika dua belas tahun kita UPSR
Kita tak anggapnya sesuatu yang besar
Tak timbul pun sedikit rasa gusar
Lepas ini alam kita kan bertukar
Kepada alam remaja yang penuh mencabar.
1992 - 1996
Kita masuk sekolah menengah
Terasa juga sedihnya berpisah
Kita harungi zaman pancaroba
Salah langkah akan binasa
Silap bertindak selamanya sengsara.
Lima tahun serba mendebarkan
Kita harungi dua peperiksaan
PMR dan SPM diberi tumpuan
Cikgu kata ia penentu masa depan
Kita pun berusaha penuh kesungguhan.
1997 - 1998
Kita menjauh mengejar masa
Ada yang mendirikan rumahtangga
Damai dan tenteram bersama pasangannya
Ada yang menyambung pengajiannya
Peringkat STPM atau Diploma pilihannya.
1999 - 2002
Masa bagaikan sudah mati
Peristiwa kita berhenti disini
Ada yang bahagia dengan anak isteri
Ada yang gembira disamping suami
Ada yang bujang menuntut di Varsiti.
2003 - 2016
Kita semua dialam pekerjaan
Pelbagai kerja kita lakukan
Ada yang ceburi bidang perniagaan
Pekerja swasta dan kakitangan kerajaan
Mencari rezeki menampung kehidupan.
2017
Kini kita ditemukan semula
Oleh kemajuan teknologi semasa
Group WhatsApp yang kita bina
Mengembalikan semula nostalgia lama.
2020
Tahun itu kita empat puluhan
Begitu cepat masa dirasakan
Anak-anak yang dibesarkan
Makin remaja dialam persekolahan
Berilah bekal harungi cabaran.
2050
Tahun ini kita hadapi TN50
Tika itu umur kita tujuh puluh
Ramai yang telah pergi dahulu
Harungi hidup di alam baru
Alam barzah yang penuh sayu.
2080
Jika masih lagi bernyawa
Seratus tahunlah umur kita
Mungkin semua ahli telah tiada
Atau jika tinggal engkau sahaja
Sedekahkanlah Al-Fatihah untuk kami semua.
Al-Fatihah...
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Khamis (07.09.2017)
25. REMAJA GEN Y
(Nasihat buat warga masa depan...)
Kini giliran anda semua
Melalui zaman bernama remaja
Zaman yang penuh pancaroba
Mengharungi lautan penuh gelora.
Smartphone dan tablet peneman diri
Sering dibawa kesana-kemari
Segala maklumat dihujung jari
Media Sosial diupdate hari-hari.
Ada ujian yang tetap sama
Walau apapun zaman kita
Ia digelar perasaan cinta
Telah ada sejak Adam dan Hawa.
Rokok dan dadah masih ancaman
Vape dan Shisha datang menyusahkan
Ini adalah benih kesengsaraan
Merosak semua ekosistem kehidupan.
Rempit dan gangster jangan dekati
Kelak membinasakan diri sendiri
Mengecewakan orang yang disayangi
Usah turutkan kata hati.
Hormati ayah dan juga ibu
Mereka lelah penat menjagamu
Jangan kecewakan hatinya itu
Mintalah doa dan juga restu.
Remaja Unggul Gen Y
Isi masamu dengan kebaikan
Bijaklah didalam membuat penilaian
Perkara buruk jadikan iktibar
Perkara baik jadikan teladan.
Remaja Unggul Gen Y
Hanya satu perisai utama
Sebagai perlindungan dari bencana
Ia adalah ketaatan kepada agama
Kebahagiaan hakiki pasti dirasa
Rasa tenang hingga akhirnya.
SMK MERU, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Rabu (26.07.2017)
26. KOTAK KEHIDUPAN
(Televisyen...)
Semasa sebelum ciptaannya
Ramai pihak menyindir ketawa
Mana mungkin kotak dicipta
Dengan upaya menghiburkan manusia.
Pihak sinis juga berkata
Hanya yang gila kan melihatnya
Membuang masa melihat cerita
Daripada kotak yang tidak bernyawa.
Hari ini menjadi bukti
Kotak itu bagaikan misteri
Pengaruhi hidup sehari-hari
Tanpanya hidup terasa sunyi.
Terbahak-bahak pencipta ketawa
Lihatlah dunia siapa yang gila
Kotak dilihat setiap masa
Di setiap rumah wajib ada.
Peringkat tertinggi kemahiran berfikir
Mencipta sesuatu dengan mahir
Ciptaan bermanfaat hingga ke akhir
Tahu kebaikan sembunyi dan zahir.
Jika hari ini impianmu diketawakan
Impian untuk melakukan perubahan
Menggoncang dunia dengan kebijaksanaan
Sabar dan sandarkanlah kepada Tuhan.
Golongan sinis pasti datang
Memang kerjanya menghina orang
Tak boleh melihat orang senang
Menolak dirimu jatuh ke jurang.
Jika kini dirimu bejaya
Bersenang lenang menikmati harta
Tidur lena bertilamkan permata
Ingatlah hidupmu dijadikan cerita
Semua mata menyaksikannya
Semasa dibuat Tayangan Perdana
Di Padang Mahsyar tayangan bermula
Seluruh cerita kehidupan manusia.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (12.08.2017)
27. DUHAI IBU DUHAI ANAK
(Kasih ibumu membawa ke syurga...)
Negara dan warga dikejutkan
Satu video yang menggemparkan
Seorang remaja yang keterlaluan
Memukul kejam seorang perempuan
Yang telah mengandung dan melahirkan.
Meminta duit menjadi punca
Anak itu sanggup menyiksa
Terlalu mendesak sedemikian rupa
Hilang sifat kewarasan manusia
Jadi tontonan seluruh dunia.
Ibu sabar walaupun perit
Walaupun jasad terasa sakit
Hadapi episod hidup yang pahit
Tidak mengungkit sekalipun mencubit
Walau doamu terus ke langit.
Duhai anak yang masih muda
Hargailah ibumu selagi ada
Sebelum ibumu menutup mata
Mohonlah ampun segala dosa
Kasih ibumu membawa ke syurga.
Duhai ibu yang cekal dan tabah
Kau tak tunjuk sifat amarah
Kau tak lafaz sebarang sumpah
Kau beri peluang anakmu berubah
Melindungi anakmu daripada musibah.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Khamis (28.09.2017)
28. BILA NAK KAHWIN BRO
(Buat kaum lelaki yang masih membujang...)
Soalan ini sering ditanya
Entah kali yang keberapa
Kau meluat nak beri jawabnya
Jawabnya tetap tiada makna
Esok lusa tanya semula.
Mungkin bajet tak cukup lagi
Nilai hantaran macam Ferrari
Memanglah si dia artis selebriti
Manis menawan bak bidadari
Mana boleh nak free-free.
Atau si dia tinggi kelulusan
Mungkin Degree bidang pendidikan
Mungkin Master bidang kejututeraan
Atau Doktor Falsafah bidang perundangan
Kau takut nanti disekolahkan.
Umur kau pula tak henti bertambah
Setiap hari uban bercambah
Rakan sebaya dah pangkat abah
Janganlah dikau sedih dan resah
Moga urusan jodohmu menjadi mudah.
Tidak kiralah siapa jadi pilihan
Dengan Mira Filzah pun engkau padan
Janna Nik pula sangat bersesuaian
Shakilla Khoriri pun manis menawan
Marsila Hassan pun comel senyuman
Neelofa masih belum berteman
Kepada Fazura jangan kau beri harapan
Kelak Fatah Amin menderita sepanjang zaman.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Isnin (24.07.2017)
29. LELAKI BINGUNG
(Buat lelaki yang ada pening sikit...)
Nabi tidak mengaku umat
Tak ada nilai apa kau buat
Segala amalan juga maksiat
Api neraka membakarmu lumat
Luka sakitmu tidak akan dirawat.
Mengapa merosak diri sendiri
Kaum sejenis yang kau cintai
Amalan hina kau bangga diri
Kaum Nabi Lut pernah lalui
Akhirnya azab yang dirasai.
Zaman pesat membangun maju
Media Sosial bagaikan pintu
Maklumat tesebar sungguh laju
Kau guna untuk puaskan nafsu
Lebih mulia kau dimakan ikan yu.
Umat tak henti-henti mengutuk
Geram macam nak bagi penumbuk
Kau selamba sahaja macam dah mabuk
Maklumlah dah lama jadi mangkuk
Akal dan hati lapok dan buruk.
Cuba istighfar dan lighter dibeli
Jika nafsu syaitan kacau lagi
Gunalah petua Ulama' beri
Bakar sahaja jari-jemari
Agar kau tahu panasnya api.
Kembalilah kepada fitrah kejadian
Kita adalah sebaik ciptaan
Makhluk sempurna ciptaan Tuhan
Laksanakanlah segala suruhan
Hindarilah dari segala larangan.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Isnin (24.07.2017)
30. PESTA MERENG
(Program anjuran manusia senget dan mereng...)
Pelbagai pesta dianjurkan
Sentuh anjing tanpa tujuan
Berpesta Gay bertepuk tangan
Kini arak pula dipestakan
Pesta Mereng insan kebingungan.
Ramai juga tokoh mempertahan
Konon negara berbilang fahaman
Nak jaga hati rakyat keseluruhan
Mari istighfar minta pimpinan
Batalkan sahaja Perjanjian Syaitan.
Sedaya upaya Islam dihina
Juga oleh rakyat biasa
City Car Sim meracau menggila
Banyak sangat upah diterima
Dajjal tertawa riang gembira.
Bulan Oktober bulan kebanggaan
Pesta Arak dijulang dianjurkan
250 jenama arak gah ditampilkan
43 kilang arak mengambil bahagian
DBKL bertindak menolak permohonan.
PDRM mengeluarkan amaran
Berdasarkan daripada pihak risikan
Terima isyarat dan juga ancaman
Berkaitan huru-hara dan kekacauan
Tugas PDRM menjaga keamanan.
Mari mengimbau satu zaman
Wahyu ketika arak diharamkan
Bekas simpanannya dipecahkan
Air Najis tersebut dilempar dibuangkan
Begitulah hebatnya ketebalan iman.
Tidak seperti yang kita lakukan
Membencinya sekadar dipinggiran
Cukai arak salah satu keuntungan
Sumber gaji beri anak isteri makan
Kerana itulah banyak kecelaruan
Pesta Mereng tak mampu dibinasakan.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Selasa (03.10.2017)
TEMA 4
(KETUHANAN)
31. HENING SUBUH YANG DAMAI
(Ketaatan itu jaminan kejayaan...)
5.35 pagi
Terjaga dari lena
Dari mimpi sementara
Hujan gerimis diluar sana
Dingin terasa menusuk jiwa.
Syukur kepada Yang Esa
Pagi ini masih bernyawa
Setelah mati seketika
Kini dapat bangun semula.
Pagi ini sekolah cuti
Berehat dari tugas hakiki
Masa terluang bolehlah diisi
Untuk melayan anak dan isteri.
5.55 pagi
Sayup-sayup azan kedengaran
Daripada surau taman perumahan
Menyeru umat laksana suruhan
Solat subuh mari tunaikan
Ketaatan itu jaminan kejayaan.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (26.08.2017)
32. PAGI HARI RAYA AIDILADHA
(Mari syukuri setiap pemberian, agar selamanya nikmat
dirasakan...)
Sebuah anugerah perayaan
Anugerah istimewa dari Tuhan
Mari syukuri setiap pemberian
Agar selamanya nikmat dirasakan.
Sebuah kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim diuji ketaatan
Nabi Ismail diuji keimanan
Kisah seribu satu pengajaran.
Hari ini korban digantikan
Dengan peliharaan yang ditetapkan
Ramai saudara yang berkemampuan
Jumlah korban diagih-agihkan.
Bukan melihat darah sembelihan
Bukan mengira daging di timbangan
Namun menilai sudut ketaqwaan
Begitulah Allah membuat penilaian.
Hari ini kita gembira
Kita berkumpul di rumah bonda
Merapat ukhwah kaum keluarga
Makan minum bergurau senda
Nikmat Allah tiada batasnya.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Jumaat (01.09.2017)
33. CINTA DUNIA TAKUT MATI
(Penyakit Umat Akhir Zaman…)
Rasulullah telah mengkhabarkan
Terdapat penyakit akhir zaman
Umat Islam adalah sasaran
Disebut sebagai penyakit Wahn.
Rasulullah menerangkan lagi
Maksud bagi penyakit ini
Cinta dunia dan takut mati
Ujian yang akan kita lalui.
Pelbagai golongan akan merasa
Ulama' Sanjungan dan Ketua Negara
Para Cendiakawan dan Orang Kaya
Semakin hebat penyakit menimpa.
Tidak terkecuali golongan berilmu
Para Ustaz dan Kalangan Guru
Bidang akademik dan juga agama
Juga persilatan yang penuh ranjaunya.
Kerana penyakit takutkan mati
Menyampai kebenaran tidak berani
Semboyan Panji Hitam tidak dipeduli
CIA dan MOSSAD disanjung tinggi
Menyembah Dajjal mentaati Yahudi.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Rabu (04.10.2017)
34. PENGADUAN KEPADA TUHAN
(Janganlah aku Engkau sesatkan, anugerahkan aku dengan
kejayaan...)
Engkau Tuhan yang menciptakan
Engkau wujudkan segala kehidupan
Engkau mengetahui segala kejadian
Engkau permulaan Engkau pengakhiran.
Sekian lama aku mengadu
Memohon petunjuk segala laku
Entah apakah bisikan mengganggu
Menyeru membuat ini dan itu.
Sujudku juga meminta panduan
Jika ini bisikan halus syaitan
Hentikanlah segala kudrat kemampuan
Agar tak sesat dan menyesatkan.
Namun bisikan menjadi-jadi
Semakin jauh langkah ini
Segala bisikan tersebar kini
Dibaca semua penduduk bumi.
Biarlah tulisan dibaca semua
Ramai disana dahsyat kasyafnya
Mampu membuka hijab rahsia
Melihat masa depan dunia.
Bomoh kata "Kau Jangan Perasaan"
Team Darul S kata "Itu Kembaran"
Kiyai kata "Itu Jin dan Syaitan"
Ustaz kata "Para Wali Allah Beri Perkhabaran".
Aku lemah dan tiada kekuatan
Hanya kepadaMu ku mohon pimpinan
Kiranya ini bisikanMu Tuhan
Mudahkan aku laksana suruhan
Janganlah aku Engkau sesatkan
Anugerahkan aku dengan kejayaan
Bangunkan tamadun yang dijanjikan
Kebangkitan kedua kerajaan Nabi Sulaiman.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Jumaat (08.09.2017)
35. JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI
(Bersama terus kita mengharapkan, berdoa meminta segala
kebaikan...)
Hari ini Nabi Adam dicipta
Hidup bahagia didalam syurga
Memohon diberi pasangan bercinta
Dengan mengambil tulang rusuknya
Terciptalah isteri bernama Hawa.
Hari ini Adam dicampak ke dunia
Bersama dengan isterinya Hawa
Hilanglah semua kesenangan syurga
Kerana memakan Khuldi larangan
Allah murka dan beri hukuman.
Hari ini juga Adam wafat
Seumur hidup berdoa taubat
Memohon kebaikan seluruh umat
Moga anak cucu tidak sesat
Moga Allah memberi rahmat.
Hari ini doa diperbanyakkan
Masa tertentu doa dimakbulkan
Masih didalam rahsia Tuhan
Bersama terus kita mengharapkan
Berdoa meminta segala kebaikan.
Hari ini adalah Hari Raya
Buat Umat Muslim semua
Hari kebesaran penuh mulia
Hari terbaik penuh makna
Anugerah Allah keatas hambaNya.
Hari ini Perang Badar berlaku
Perang pertama menjadi penentu
Tiga satu tiga lawan seribu
Musuh yang banyak ditumpaskan
Keimanan ketaqwaan kunci kejayaan.
Hari ini kiamat terjadi
Detik waktunya rahsia Ilahi
Hari kemusnahan yang ditakuti
Langit runtuh musnahlah bumi
Semua manusia akhirnya mati.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Jumaat (15.09.2017)
36. TITIS-TITIS DARI LANGIT
(Itulah hujan pemberianNya, rahmat nikmat hadir bersama...)
Tanah ini sedang dibasahi
Titisan dari langit tinggi
Sayup-sayup guruh menemani
Tenang damai dingin dirasai.
Titisan air jatuh sederhana
Bagaikan irama lagu cinta
Itulah hujan pemberianNya
Rahmat nikmat hadir bersama.
Ada manusia berduka sedikit
Terbatas usaha mencari duit
Ada manusia girang gembira
Tanaman disirami subur hendaknya.
Kalam syukur mari lafazkan
Buat Tuhan yang menciptakan
Yang lebih tahu segala kejadian
Segala takdir dan juga ketentuan.
Mari panjatkan doa harapan
Hujan ini janganlah memudaratkan
Jangan menjadi banjir dan kebinasaan
Kesejahteraan dariMu yang kami harapkan
Terima dan perkenankanlah segala permohonan.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Isnin (25.09.2017)
37. PERTAMA KALI
(Betapa indahnya nama dan sifatMu...)
Pertama kali
Ku kenalkan diriMu
Betapa indahnya
Nama dan sifatMu.
Pertama kali
Ku rapatkan denganMu
Baruku tahu
Kau amat bermakna padaku.
Aku tahu Kau Tuhan Yang Esa
Tapi ku sering lalai dan juga leka
Hingga kini nikmatMu Kau beri
Mengapa sikit sahaja yang ku syukuri.
Mengapa kini Kau terus memberi
Aku disini sedayanya mentaati.
Puasku doa puas meminta
Kau tetap kabulkan dan terus bersama
Waktu Kau suruh aku lalai leka
Bila ku kecewa Kau beri cahaya.
Pertama kali
Ku kenalkan diriMu
Betapa indahnya
Nama dan sifatMu.
Aku tahu ku bukan kekasihMu
Tapi ku tahu ku hanya hamba Kamu.
Pertama kali
Aku mengenali.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Ahad (03.10.2017)
38. KAABAH YANG SUCI
(Lakaran puisi menginsafi diri…)
Berat untuk melakar puisi
Puisi bertajuk semulia ini
Tajuk Kaabah yang sungguh suci
Merakam kehidupan para Nabi.
Nabi Ibrahim yang membinanya
Nabi kepercayaan pelbagai agama
Semua mengaku Baginda mulia
Wajib kita beriman kepadanya.
Seluruh umat mendatanginya
Berbekal iman secumit cuma
Takut amalan tak diterima
Kerana banyak lakukan dosa.
Ketika mata ini memandang
Hati akan menjadi tenang
Rasa ingin pergi bertandang
Bila disana tak mahu pulang.
Rukun Islam yang kelima
Tunaikan Haji sekali sahaja
Moga diberi keberkatan usia
Agar dapat beramal kesana
Kemuncak ketaatan kepada Yang Esa.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Khamis (02.11.2017)
39. SYUKURILAH NIKMAT TUHAN
(Alhamdulillah syukur Ya Allah..)
Kalam dilafaz alhamdulillah
Kalam syukur kepada Allah
Nikmat diberi melimpah ruah
Dapat hidup di bumi bertuah.
Nikmat diberi tidak terhingga
Berupa keamanan sebuah negara
Sejahtera damai juga merdeka
Bebas mengamal ajaran agama.
Terkadang terlintas didalam hati
Mengeluh tak dapat itu dan ini
Melihat orang lain terasa iri
Kejayaan orang mula didengki.
Orang tua ada berkata
Lihatlah orang sedang sengsara
Selami sakit derita mereka
Kesyukuran pasti timbul semula.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Jumaat (01.12.2017)
40. LANGIT MENANGIS
(Tangis sayu dari langit tinggi…)
Langit menangis lagi
Seperti sebelum ini
Ujian getir bagi penghuni
Cabaran besar akan menanti.
Puluhan ribu dipindahkan
Berteduh cari perlindungan
Rumah kukuh ditenggelamkan
Rumah usang dihanyutkan.
Penyelamat atur gerakkan
Membantu yang kesempitan
Bersama para sukarelawan
Terima kasih wirawati wirawan.
Langit masih menangis
Tidak henti terus menitis
Tiada tanda akan habis
Makin deras lapis berlapis.
Setiap tahun makin menyiksa
Usah ditanya salah siapa
Sudah dikhabar sekian lama
Kerosakan hasil tangan manusia.
Kepada Allah kita meminta
Suruhan dariNya mari laksana
Larangan dariNya hindari semua
Tadbirlah alam dengan bijaksana.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Rabu (29.11.2017)
TEMA 5
(KASIH SAYANG)
41. KASIHNYA EMAK
(Emak semakin dimamah usia, hentikan melukai hati kecilnya...)
Emak masih ada disini
Di alam dunia yang fana ini
Terlalu banyak emak lalui
Suka duka bersilih ganti
Pahit dan manis semua dirasai.
Hidup berteman tangis syahdu
Dua belas anak bermacam laku
Cucu cicit pun juga begitu
Emak bagaikan seorang guru
Mengajar mendidik tanpa jemu.
Emak semakin dimamah usia
Hentikan melukai hati kecilnya
Marilah semua menziarahinya
Agar terhibur sedikit dirinya
Doakan semoga Emak sejahtera.
Emak tak minta sebarang balasan
Diatas segala yang dikorbankan
Diatas segala kasih curahan
Hanya kasih sayang Emak impikan
Kita tamatkan segala perselisihan.
Wahai Allah yang Maha Esa
Dosa Emakku ampunkan semua
Hentikan tangis dan deritanya
Hindarkan kami daripada derhaka
Kepada Emak yang kami cinta.
Marilah Emak kita ziarahi
Sebelum Emak melangkah pergi
Menyahut seru panggilan ilahi
Ketika itu tak guna menysesali
Tak guna meratap dan menangisi
Masa tak akan berulang kembali.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (21.10.2017)
42. KASIHNYA BAPAK
(Kasih bapak tiada batasnya, hanya Allah mampu
membalasnya...)
Bapak tersayang telah pergi
Tinggalkan alam dunia ini
Sendu terasa sebaknya hati
Bapak tak akan kembali lagi.
Basikal balok menyimpan kenangan
Hanya itulah menjadi kenderaan
Pergi ke kebun dipenuhi tanaman
Pokok nenas memenuhi pemandangan
Pokok getah dipenuhi dahan
Rumput untuk kambing ternakkan.
Zaman kanak-kanak indah sekali
Bersama bapak kesana kemari
Basikal balok juga yang menemani
Potong rambut sebulan sekali
Ke warung mamak kedai kopi
Teh ais mee rebus sedap sekali
Bapak seorang yang baik sekali.
Ketika masih kanak-kanak lagi
Bapak bawa ke pasar Jumaat pagi
Banyak mainan dijual disini
Ada satu yang lama ku hajati
Game Boy itu aku inginkan.
RM25 harga yang ditetapkan
Bapak tak marah terus belikan
Dengan perlahan bapak bisikkan
"Belajar pandai-pandai yer..."
Satu peristiwa yang sering dikenang
Bapak dikejarkan ke Hospital Klang
Keadaan bapak sungguh menyedihkan
Ketika itulah bapak mewasiatkan.
Setelah bapak sudah tiada
Setiap malam Jumaat tiba
Surah Yasin minta dibaca
Sedekahkan bapak berkat pahalanya.
Ketika kecil aku meminta
Belikan mainan mahal harganya
Kasih bapak tiada batasnya
Hanya Allah mampu membalasnya.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Isnin (09.10.2017)
43. BUAT ISTERI YANG TERCINTA
(Terima kasih kerana sentiasa sabar ketika susah dan senang...)
Malam berlabuh semakin sunyi
Suasana hening kian sepi
Telahpun lena pujaan hati
Dialah kekasih bergelar isteri
Dialah teman secantik bidadari.
Dua belas tahun kita bersama
Meredah lautan alam rumahtangga
Ketika kanda hilang segalanya
Jatuh tersungkur dicaci dihina
Dinda tetap mahu bersama.
Kita telah dianugerahkan Tuhan
Empat orang putera kesayangan
Seorang puteri sebentar dipinjamkan
Pemergiannya sungguh menyedihkan
Kita redha dengan segala ketentuan.
Ujian datang bersilih ganti
Kanan kiri kaca dan duri
Bilakah siksaan akan berhenti
Namun Allah Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk dilalui.
Selamat malam buat isteriku
Tidurlah lena hilangkan lelahmu
Terima kasih diatas jasamu
Sentiasa sabar dan tidak jemu
Menjaga dan juga melayaniku.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (02.09.2017)
44. NASIHAT AYAH
(Lakaran puisi buat Ammar dan Amsyar...)
Anak-anakku
Tika dirimu belum diciptakan
Ayah berdoa kepada Tuhan
Memohon kurnia zuriat keturunan
Dianugerahkan Putera kuat pegangan
Juga Puteri yang menjaga suruhan.
Ketika dirimu didalam kandungan
Ibumu menahan banyak ujian
Pelbagai beban terpaksa ditanggungkan
Namun terkadang terukir senyuman
Bakal hadirmu pelengkap kehidupan.
Detik lahirmu tak dilupakan
Azan dan Iqamat ayah bisikkan
Tidak lupa doa dipanjatkan
Tanda syukur diatas pemberian
Putera kembar kurniaan Tuhan.
Hampir dua bulan dilalui
Walaupun kau belum mengerti
Ayah ingin menasihati
Moga bila dewasa nanti
Kau akan membaca puisi ini.
Setelah dirimu minum susu
Tidurlah lena duhai anakku
Jangan diganggu lena ibumu
Ibumu lelah menjagamu
Sabar menjaga tak pernah jemu.
Moga anak ayah hentikan tangisan
Jangan menangis kesedihan
Mari sini ayah dodoikan
Dengan zikir santun alunan
Zikir memuji kebesaran Tuhan.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Rabu (12.07.2017)
45. HARI MINGGU SEORANG AYAH I
(Catatan Sabtu pagi hingga Sabtu tengah hari...)
Sabtu dan Ahad
Hari yang dihargai setiap saat
Pada asasnya hari berehat
Lupakan sejenak kerja pejabat
Walau kerja pulun dibuat
Tak akan habis walau seabad.
Hari ini dinanti-nanti
Oleh guru setiap hari
Tugas mengajar mencabar diri
Juga tugasan itu dan ini
Tetap tunaikan apa dijanji.
Ketika ini waktu tengah hari
Tangan kanan magarang puisi
Menggunakan Tab percuma ini
Menggunakan sebuah aplikasi
Segalanya kini dihujung jari.
Masih duduk di atas kerusi
Tangan kiri memdodoi baby
Tidurkan si kecil permata hati
Malam tadi tangismu tak henti
Bayi pula kembar lelaki
Malam nanti janganlah buat lagi.
Sejak pagi belum kemana
Kemaskan mainan abang-abangnya
Mainan bertabur disini sana
Ayah masih lagi berdaya
Biar ayah kutip semuanya
Ayah letak ke tempat asalnya.
Lepas itu vakum dan mop lantai
Pakaian dibasuh kemudian disidai
Kini semua sudah selesai
Baby masih lena dibuai.
Sarapan lempeng diatas meja
Sambal sardin untuk cicahnya
Isteri tercinta menyiapkannya
Sarapan dimakan apa adanya
Mensyukuri rezeki dan pemberianNya.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (22.07.2017)
46. HARI MINGGU SEORANG AYAH II
(Catatan Sabtu tengah hari hingga Sabtu lewat malam...)
11.19 malam
Waktu puisi ini dilakarkan
Menyambung puisi yang dicatatkan
Sambil berehat TV di hadapan
Anak-anak sama menyaksikan.
Sempat lena diwaktu petang
Mendapatkan kembali tenaga yang hilang
Ke dapur pula menggoreng ayam
Untuk santapan menunggu malam.
Malam pula pergi ke pekan
MPV Alza sebagai kenderaan
Pergi sekeluarga mencari makan
Makanan dibeli minta bungkuskan.
Sampai rumah makan bersama
Rezeki ini pemberian Yang Maha Esa
Sambil menonton TV dan cerita
Eye In The Sky kisah tentera.
Sempat menonton rancangan sukan
Sebuah racangan yang menghiburkan
Atlit Sukan dan Pelawak disatukan
Temasya Sukan Ke Laut jadi tontonan.
Anak lelaki sulung pula tukar siaran
Oh My English cerita disaksikan.
Kini sudah 11.55 malam
Bernama News Channel telah dipenghujung
Nasional 12 pula memulakan siaran
Bersiaran dari TV1 RTM
Menyiar berita menyampai maklumat
Biar Media Sosial tunjuk kuat
Media Arus Perdana tetap hebat.
Hari Sabtu telah pergi
Pelbagai kisah telah dilalui
Kenangan ini kan kekal abadi
Ahad datang untuk mengganti
Menyediakan masa untuk diisi.
Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (22.07.2017)