The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK 2 - NEGARAKU MALAYSIA (Iswan Basro)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Iswan Basro, 2020-05-29 02:47:24

EBOOK 2 - NEGARAKU MALAYSIA (Iswan Basro)

EBOOK 2 - NEGARAKU MALAYSIA (Iswan Basro)

Keywords: Negaraku Malaysia

47. HARI MINGGU SEORANG AYAH III
(Catatan Ahad pagi...)

8.26 pagi
Baru pulang dari Pasar Raya
Bahan masakkan dibeli disana
Mee hoon goreng menu utama
Isteri di dapur sedang memasaknya.

Anak-anak masih tidur lena
Anak lelaki empat semuanya
11 dan 4 tahun umurnya
Dua lagi baru 2 bulan usianya
Semua sejahtera dan hensem belaka.

Pagi ini ada jamuan aidilfitri
Anjuran daripada Persatuan Alumni
Bekas pelajar sekolah ini
Hajat ingin datang menyertai.

Terima komen daripada sahabat
Tentang nukilan puisi yang dibuat
Ucapan tahniah dilafazkan
Ucapan syabas diberikan
Menjadikan diri terharu kesyukuran.

Saudara tersebut guru KAFA
Ustaz pula adalah gelarannya
Sebagai Ketua Guru di sekolahnya
Sama taraf dengan Pengetua
Guru Besar pun sama juga.

Katanya dia tiada idea
Untuk menulis dan juga berkarya
Sedangkan diri ini memandangnya mulia
Ingin menjadi seperti dirinya
Tinggi ilmu bidang agama
Juga cemerlang didalam kerjaya.

9.37 pagi
Sarapan dimasak telah dihidang
Air minuman telah dituang
Syukur diatas rezeki Tuhan
Tetap memberi minum dan makan
Moga semua ini ada keberkatan.

Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Ahad (23.07.2017)

48. HARI MINGGU SEORANG AYAH IV
(Catatan Ahad malam...)

8.01 malam
Masa berjalan terlalu cepat
Ini adalah episod keempat
Episod akhir sebagai penamat
Moga ada cebisan manfaat
Buat insan seluruh umat.

Sedang menonton Buletin Utama
Siaran berita daripada TV3
Berita dalam dan luar negara
Pelbagai lakonan watak manusia
Dirakam kemudian ditayang semula.

TV1 juga sedang bersiaran
National 8 sedang menyampaikan
Wabak Rabies kini bekeliaran
Operasi PATI sedang digiatkan
Kongsi Gelap dibenteras habis-habisan.

8.38 malam
Begitulah rutin seorang ayah
Lalui hari minggu yang indah
Walau terkadang letih dan lemah
Namun hati rasa gembira
Lalui hidup bersama keluarga.

Selamat tinggal hari minggu
Hadirmu bagaikan angin lalu
Esok Isnin pula bertamu
Mencari rezeki menyampai ilmu
Hari bekerja seorang guru.

Begitulah rutin yang dilalui
Minggu depan begini lagi
Semuanya tabah dan tenang dilalui
Walaupun kesibukkan sering menemani
Syukur dianugerahkan ketenangan hati.

Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Ahad (23.07.2017)

49. RAGAM DRAMA KISAH CINTA
(Jadi ikutan anak-anak muda, jadi tumpuan semua manusia...)

Ketika ini Kamal Adli bahagia
Emma Maembong bersamanya
Zizan Razak berbahagia hendaknya
Mira Filzah menjadi pilihannya.

Fattah Amin makin segak bergaya
Hadiahkan Fazura jambangan bunga
Berikan Janna Nick kucupan tak kena
Perintah Michael Ang wajib dilaksana.

Lakonan Redza Rosli tak sia-sia
Ayda Jebat tertawan akhirnya
Neelofa tak tau pilih yang mana
Siapakah jejaka yang memahaminya.
Begitulah ragam kisah cinta
Kalangan artis negara kita
Jadi ikutan anak-anak muda
Jadi tumpuan semua manusia.

Jangan lakonkan aksi tercela
Cucu cicitmu akan menirunya
Kau pula akan terima sahamnya
Diazab dikubur yang gelap gelita
Dibakar jasadmu dengan api neraka.

Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Ahad (01.10.2017)

50. RAGAM BERKONGSI KASIH
(Pelbagai ragam insan berpoligami...)

Ada yang umur sudah senja
Sebulan lagi akan bersara
Bilangan isteri ada tiga
Bukan suatu yang luar biasa
Kerana gaji begitu banyaknya
Berjawatan rasmi sebagai Pengetua.

Ada yang tinggalkan isteri pertama
Kerana tak dapat cahaya mata
Berkahwin dengan isteri kedua
Masih tak dapat zuriat juga
Tak perlu ketiga dan seterusnya
Kerana mungkin engkau puncanya.

Ada yang hanya bekerja sendiri
Namun miliki tiga orang isteri
Ketiga-tiganya berjawatan tinggi
Ketika susah dan bajet lari
Pinjam sedikit duit isteri tadi
Membeli rokok kebanggaan lelaki.

Ada yang sedang sibuk berusaha
Bagi penuhi quota yang ada
Media Sosial jadi jambatannya
Akhirnya isteri dapat tahu juga
Rumahtangga jadi porak peranda
Runtuhlah Istana Cinta Pertama.

Taman Seri Mewah, Meru, Klang, Selangor, Malaysia
Sabtu (14.10.2017)


Click to View FlipBook Version