The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Iswan Basro, 2020-05-29 02:43:36

EBOOK 1 - AKU DI SINI (Iswan Basro)

EBOOK 1 - AKU DI SINI (Iswan Basro)

Keywords: Aku Di Sini

Penerbit
Mohamad Iswan bin Basro

Edisi eBook 2016
© Mohamad Iswan bin Basro 2016

QR CODE EBOOK
Semua hakcipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan
dalam bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar,
rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada
PENGARANG.
Design kulit buku :
Nik Mohd Iznan

www.grafikreatif.wordpress.com

Nombor ISBN :
ISBN 978-967-13431-1-1

AKU DI SINI

Kumpulan 100 Sajak Terbaik
Iswan Basro

“…golongan yang paling kuat menentang serta
menghina adalah dari golongan yang selama ini
menanti kemunculannya dan konon-konon mahu

berjuang bersamanya…”
IS-ONE

Ulasan Pakar…

“…membaca Antologi Puisi „AKU DI SINI‟ karya Iswan Basro
mengingatkan kita kepada pengalaman manusia meliputi „Kehidupan.
Perjuangan. KeTuhanan dan Kasih Sayang‟ bukan saja wajar diketahui
tetapi dimiliki setiap insan.

“…justeru atas semangat keberanian Iswan menghimpunkan dalam
sebuah karya amat dihargai dan usaha beliau menerbitkannya sendiri
adalah satu contoh teladan terutama kepada penyair/penulis muda yang
tidak seharusnya mengharap kasih diterbitkan oleh penerbit tertentu
sahaja.

“…selaku penyair/penulis muda usaha seperti ini adalah sesuai dalam
perkembangan sastera yang sedang meningkat walaupun jalan masih
jauh namun saya yakin usaha ini jika diteruskan Iswan akan menjadi
seorang penyair/penulis yang berjaya di masa depan kerana perjalanan
seribu batu bermula dari langkah yang pertama…”

Ismas Saring.

Kapar, Selangor, Malaysia | 23 Mei 2015

Penerima Anugerah Khas
Penulis Veteran,
Anugerah Buku Negara 2014.

Dari lidah

penulis…

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan keizinanNya
dapatlah saya megarang dan seterusnya menerbitkan sendiri buku ini.
Petunjuk dariNya saya mohon dalam setiap tutur bicara dan tindakkan.

Selawat dan salam serta Al-Fatihah buat junjungan besar baginda Nabi
Muhammad SAW. Kekasih Allah SWT dan pembawa rahmat seluruh
alam. Diri ini mengharapkan syafaat dari Baginda di akhirat nanti.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu kandung saya, Hamimah
binti Tioh yang telah melahirkan saya dan membesarkan serta mendidik
diri ini supaya menjadi insan yang berguna. Al-Fatihah buat bapa saya,
Basro bin Ibad yang telah dahulu pergi meninggalkan dunia ini. Semoga
roh bapa dicucuri rahmat dan tergolong didalam golongan orang-orang
yang beriman.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung didalam penerbitan buku ini. Khas buat isteri yang
tercinta, Jariah binti Amir. Buat keluarga, guru-guru rakan dan kenalan.
Pengalaman hidup bersama kalianlah sebagai sumber inspirasi sehingga
terhasilnya nukilan-nukilan dan buku saya ini.

Perjalanan menghasilkan buku ini sangat panjang. Bermula pada tahun
1999 iaitu hari pertama saya menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. Sehingga kini ratusan buah sajak telah saya hasilkan.
Namun didalam penghasilan buku yang sulung ini, saya tampilkan 100
buah sajak terbaik nukilan saya. Hanya yang berkualiti tinggi saya
persembahkan buat semua.

Saya telah pergi ke dua buah syarikat penerbitan yang terkemuka di
dalam Negara. Namun malangnya manuskrip saya telah ditolak dengan
pelbagai alasan. Saya tidak menyalahkan mereka kerana siapalah saya
untuk meminta belas ikhsan duduk berteduh di bawah syarikat
penerbitan yang ternama.

Saya hanya tunduk sebak dan memohon kepada Allah SWT agar diberi
petunjuk jalan yang terbaik. Serta memimpin setiap tindakan yang akan
saya lakukan. Saya berdoa agar karya-karya saya serta buku saya nanti
diberi keistimewaan dan diletakkan pada kemuncak agungnya sebuah
karya.

Maka dengan itu, saya mengambil langkah nekad untuk menerbitkan
karya saya sendiri. Terima kasih kepada saudara Nik Mohd Iznan diatas
bimbingan dan tunjuk ajar beliau sehingga terhasilnya buku ini.

Penghargaan buat sasterawan Ismas Saring yang sudi memberi ulasan
untuk diabadikan didalam buku ini. Hanya jauhari yang mengenal
manikam.

Urusan bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi
permohonan nombor ISBN sangat memuaskan dan terbaik. Kredit dan
tahniah kepada PNM diatas kualiti kerja yang ditunjukkan.

Bagi mencetak cetakan pertama saya terpaksa mencari pemberi
sumbangan dari syarikat, pertubuhan dan orang perseorangan. Semua ini
dilakukan kerana modal yang besar sangat diperlukan. Terutamanya
untuk urusan mencetak.

Alhamdulillah berkat sumbangan yang diberi akhirnya saya menghantar
karya-karya ini dalam bentuk buku untuk dicetak dan seterusnya
dipasarkan. Terima kasih semua. Hanya Allah yang mampu
membalasnya.

Mengapa buku ini perlu dimiliki setiap penduduk di
muka bumi ini?

Satu persoalan yang sengaja saya timbulkan. Ini kerana misi dan mesej
yang hendak disampaikan adalah untuk penduduk dunia seluruhnya.

Membawa misi keamanan global. Matlamat akhirnya untuk
menyaksikan seluruh umat manusia di jagat raya ini hidup dengan
berkasih sayang dan harmoni seperti yang diajarkan oleh baginda
Rasulullah SAW. Formula bawah sedarnya terkandung didalam buku
ini.

Satu kehilangan dan kerugian yang besar sekiranya anda terlepas dari
membaca dan menghayati setiap inci kandungan buku ini. Saya dengan
rasa yakin dan berdoa agar suatu hari nanti buku ini dapat diulang cetak
dan terjual dalam angka mencecah jutaan naskah dan mudah-mudahan ia
akan dialihbahasa dan diedar ke serata pelusuk ceruk rantau dunia.
Sehingga suatu hari nanti buku ini akan mendapat gelaran BUKU
PALING BANYAK DICETAK DALAM SEJARAH
KETAMADUNAN UMAT MANUSIA. InshaAllah..

Sekian.

ISWAN BASRO.

Meru, Klang, Selangor, Malaysia | 25 Mei 2015

“Barangsiapa yang berjaya menguasai masa dan ruang,
mereka akan berjaya menguasai dunia...”.
Iswan Basro

TAJUK

LIKU-LIKU KEHIDUPAN Mukasurat
Tajuk 1
1. Aku Di Sini 2
2. Hakikat Sebuah Kehidupan 3
3. Ayah dan Ibu 4
4. Wanita 5
5. Memburu Ilmu 6
6. Memburu Damai 7
7. Mahasiswa 8
8. Perjalanan Mahasiswa 10
9. Berakhirnya Secebis Perjuangan 11
10. Guru Sejati 12
11. Persahabatan 13
12. Duhai Teman 15
13. Teman 17
14. Mereka Dijulang Bukan Tempatnya 18
15. Kegelisahan 19
16. Ketentuan

LIKU-LIKU KEHIDUPAN Mukasurat
Tajuk 20
17. Tenang Di Hati 21
18. Ia Datang Lagi 22
19. Pertama Ini 23
20. Malam 24
21. Kisah Semalam 25
22. Kembara Puteri Resort 26
23. Kenangan Sungai Congkak 27
24. Nuang 2000 28
25. Alam Baru 29
26. Tak Seikhlas Dulu 30
27. Dugaan Bersulam Ujian 31
28. Aku Ingin Pergi 33
29. Sepi Sendiri 34
30. Pertemuan Ini Harapan Itu 35
31. Usia 36
32. Aiman Dan Aleya

LIKU-LIKU KEHIDUPAN Mukasurat
Tajuk 38
33. Buat Semua Murid Tercinta

PERJUANGAN Mukasurat
Tajuk 39
34. Daulat Tuanku 40
35. Buat Pemimpin Kami 41
36. Maruah Merdeka 42
37. Gagasan Tanah Melayu dan Tanah Jawa 43
38. RAHMAN dan NOTONOGORO 44
39. Panji Hitam VS. Freemason 45
40. Panji Hitam Dari Timur 47
41. Misteri Pasukan Panji Hitam 49
42. Langkah Keramat 50
43. Pusaka Berharga 52
44. Percakaran Itu 53
45. Anak-anak Gayong 54
46. Naga Sakti 55
47. Pencak Silat 2000 57
48. Cita Gayong UKM 2000 58
49. Kejohanan Silat Sekolah 2007

PERJUANGAN Mukasurat
Tajuk 59
50. Medan Itu 60
51. Medan Itu II 61
52. Warna 63
53. Panglima Derita 64
54. Amanah 65
55. Pentadbir Nan Gah 66
56. Tentera Panglima Gayong Siber 67
57. Kumbang Hitam 68
58. Guruku Yang Tabah 69
59. Kembali Berteguh 71
60. The New Mujaddid 72
61. The Hidden Muslim Hand 73
62. The Hidden Muslim Project 74
63. Armageddon 75
64. The Man From The East

KETUHANAN Mukasurat
Tajuk 77
65. Tuhanku 78
66. UntukMu Ya Allah 79
67. Air Mata Keinsafan 80
68. Ya Allah Engkau Cinta Agungku 81
69. Cahaya Ramadhan 83
70. Nur Taqwa 84
71. Kenali Malaikat

KASIH SAYANG Mukasurat
Tajuk 85
72. Kau Aku dan Dia 86
73. Kekasih 87
74. Nama Itu 88
75. Sajak Rindu 90
76. Untuknya 91
77. Scorpion 94
78. Rindu Ini Kian Membara 95
79. Terima Kasih Sayang 96
80. Maafkan Daku Sayang 97
81. Tahukah Engkau 98
82. Rindu Padamu 99
83. Rindu Padamu II 101
84. Hubungan Ini 105
85. Kecewa 109
86. Sayang Padamu 110
87. Ulang Tahun ke-4

KASIH SAYANG Mukasurat
Tajuk 112
88. Bagaimana Ia Bermula 114
89. Senyum Manismu 115
90. Lembaran Putih 116
91. Lambaian Sayang 117
92. Dihari Lahirmu 118
93. Hati Ini Tak Mampu Dibohongi 119
94. Merindu 120
95. Siapakah Dirimu 121
96. Dirimu Siapa 122
97. Lebaran Ini 123
98. Malam Pertunangan 126
99. Hari Hantaran Belanja 128
100. Isteriku

AKU DI SINI
Hari pertama sebagai mahasiswa UKM Bangi…

Aku di sini
Resah asing pertemuan awal
Perpisahan perit sangkaan kesal
Bicara ringkas penyulam bual
Iman Islam peneguh kawal.

Aku di sini
Jangkaan kenyataan pangkah bersilang
Ketakutan keberanian padu menyongsang
Perit sakit menerjah menyerang
Pautan tekad cengkam dipegang.

Aku di sini
Ingatan ibu bapa keluarga
Kasih rindu tidak terduga
Sebak pedih tanpa semua
Insafi tinggi nilai bersama.

Aku di sini
Menguak ketenangan di pintu resah
Mencarik kedamaian di pintu gelisah
Onak duri dirempuh diredah
Lautan berbisa ditunduk dikalah.

Aku di sini
Merempuh samudera luas gelombang
Menerjah angin gagah mencanang
Andai beribu panah mencancang
Genggaman ini tak mungkin hilang.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999

1

HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN
Inilah kehidupan…

Suara tangis bayi kecil
Lemah kuasa insan kerdil
Kasih ibu mula tercungkil
Kebesaran Yang Esa kian terpanggil.

Kanak-kanak dirimu gembira
Terdidik dari pelbagai cara
Terbuang rasa duka dan lara
Terhibur dirimu bersama suara.

Dirimu kini meningkat remaja
Benih kehidupan bersiram berbaja
Ayu puteri bak indah seroja
Senyum terukir beralun manja.

Masa mencabar dirimu dewasa
Hakikat kehidupan semakin kau rasa
Melamar dirimu supaya berjasa
Pada negara dan juga bangsa.

Warga tua pasti kau rasa
Masa kau rasa sedetik cuma
Sayu dan sepi kau rasa lama
Mula kau hitung pahala dan dosa.

Jasadmu kini kembali lemah
Masa kau kesal tak mungkin berubah
Yang kau damba setitis hikmah
Mengucap sayu dua kalimah
Kehidupan indah sudah bernokhtah.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

2

AYAH DAN IBU
Pengorbanan dirimu tidak terbalas…

Ayah
Terima kasih kami ucapkan
Di atas segala kasih didikan
Hanya itu yang mampu dilafazkan
Diharap ayah dalam kedamaian.

Ayah
Betapa dirimu begitu tabah
Melayan kami yang banyak karenah
Walau zahirnya semangatmu gagah
Namun tangisanmu sembunyi mencurah.

Ibu
Maafkan segala kesalahan kami
Dunia yang kejam kita diami
Ketaatan padamu kami zalimi
Sebaknya kami hanya Tuhan yang mengetahui.

Ibu
Syurga kami ditapak kakimu
Tiada yang pedih dan juga sayu
Selain dibakar api itu
Di dunia akhirat berteman pilu.

Duhai ayah dan juga ibu
Doa dari kami semua
Moga kedamaian yang kita rasa
Hanya keampunan yang kami pinta
Moga api itu kan padam akhirnya
Dengan keimanan dan air mata.

Klang, Selangor, Malaysia – 2012

3

WANITA
Buat wanita…

Rusuk kiri asal kejadian
Walau tinggi dirimu diagungkan
Walau kau mampu mencapai bulan
Dirimu tetap perlukan pimpinan.

Kau berhadapan hina mulia
Kerana disangka tidak berdaya
Kerana disangka tak mampu berjaya
Namun kau sendiri yang menentukannya.

Usia mencabar kau jadi isteri
Sikap penyayang menjadi penyeri
Dambakan kasih setiap hari
Dari seorang suami sejati.

Usia mencabar kau jadi ibu
Jasamu tinggi nilai beribu
Mendidik anak erti keliru
Mengasuh umpama seorang guru.

Wahai wanita kau sangat berharga
Lorong yang gersang jangan kau duga
Kelak dirimu akan binasa
Mengira sayu butiran dosa.

Ingatlah kamu duhai wanita
Pesanan dari seorang pecinta
Dari apakah engkau dicipta
Dan jika berdepan seribu derita
Cahaya Yang Esa jadikan pelita.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

4

MEMBURU ILMU
Ketika sedang mencari ilmu…

Pencarian getir tak pernah padam
Harga bernilai sedari silam
Diburu siang mahupun malam
Biar usia semakin suram.

Apakah nilai setitis ilmu
Yang dikejar tanpa jemu
Mampukah dicari dengan melulu
Adakah hilang bak angin lalu.

Senjata ilmu adalah guru
Gagah menepis erti keliru
Sikap dan akhlak sering ditiru
Jasanya tinggi selaut berderu.

Ilmu bertahta walau di mana
Biar terang mahupun gerhana
Jumlah dan nilai tidak terkira
Datang dan pergi berbagai cara.

Tapi di mana asalnya ia
Adalah di bawah kuasa indera
Adakah dibawah akal manusia
Mungkinkah hanya pencetus rasa.

Sedarlah kamu wahai pemburu
Yang kamu buru milik Yang Satu
Jangan sampai dirimu tertipu
Sebelum kamu pula diburu
Dihitung hisab amalan dirimu.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

5

MEMBURU DAMAI
Damai hakiki…

Ku temui sebuah kunci
Temui pancing kailnya sekali
Sebagai senjata buatku tempuhi
Jalan menuju damai abadi.

Kini diriku memburu damai
Benih sucinya kini ku semai
Simpul talinya takkan terlerai
Segala kusutan akan ku hurai.

Selamat tinggal ribuan derita
Yang dulu ku tanggung penuh siksa
Jangan sekali kau datang menjelma
Menyiksa diri batinku semula.

Cahaya bahagia bagai bersinar
Melambai-lambai menghilang gentar
Sebuah harapan akan ku gegar
Bagai Sang Putera datang melamar.

Selamat datang sinar bahagia
Moga kita terus bersama
Menyulam kasih cinta berdua
Kekal abadi hingga akhirnya
Pastinya bersama restu Yang Esa.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2007

6

MAHASISWA
Terusungkah bebanmu sebagai mahasiswa…

Kanan kirimu duri cabaran
Racun ganas ada bertaburan
Bisa durjana berputar bertebaran
Dan engkaulah sebagai sasaran.

Kau berhadapan seribu beban
Melontar dirimu supaya berkorban
Biarpun keinginan terpaksa kau simpan
Namun tugas tak mungkin dilupakan.

Gelaranmu tinggi dijulang
Kau harapan bagi pejuang
Kejayaanmu diharap kan pulang
Menebar jasa di kampung halaman.

Mahasiswa harapan bangsa
Kau diharap agar berjasa
Pemimipin negara esok dan lusa
Dan ilmumu itu sebagai kuasa.

Terusungkah semua cabaran itu
Sekiranya engkau tidak bersatu
Hanya bercakar di tengah pintu
Akalmu pula dibiar buntu
Dan lupa pula janji Yang Satu.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

7

PERJALANAN MAHASISWA
Pengalaman mengajar erti kehidupan…

Langkah mulanya ragu tak pasti
Apakah yang akan berakhir nanti
Tewaskah diri ditengah titi
Bekal dibawa hanya seinci.

Perkenalan ini satu keperitan
Bagai lemas ditengah lautan
Dahulu pondokku usang dihutan
Sedang engkaulah menara di atas awan.

Isimu ada pelbagai ragam
Mata dan hati sentak tergamam
Kejutan hampir membawa ke curam
Hampir mengalah terjum ke jeram.

Persahabatan di sini bukan mainan
Tersimpul mati sebuah ikatan
Kerana tawa adik tak lagi kedengaran
Ibu bapa tersayang pula kini berjauhan.

Selaut ilmu tekun ditimba
Menilai setiap peluang yang ada
Inilah bekal yang akan dibawa
Menjulang diri tinggi berharga.

Usia pula pencabar rasa
Fitrah kasih datang menerpa
Disini juga rindunya bermula
Disini juga sayangnya berbunga.

8

Perjalanan di sini belum bernokhtah
Masih ada yang perlu diredah
Tak kan diri tertunduk kalah
Selagi tangan tak menggenggam gagah
Segulung maruah bernama Ijazah.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001

9

BERAKHIRNYA SECEBIS PERJUANGAN
Berakhir tahun satu di UKM…

Perjuangan itu sudah selesai
Segala cabaran sudah terlerai
Kesucian pejuang sudah terhurai
Masa digapai sudah tercapai.

Segala telah menjadi saksi
Nilai berharga keluarga disisi
Ibu dan bapa hanya dihati
Damba titisan kasih bererti.

Berjuang bersama teman dan rakan
Bersama susah walau tertekan
Terkadang gembira terbuang tangisan
Terkadang duka pesan berpesan.

Gunung ilmuan sama didaki
Menagih kuderat kekuatan hakiki
Hakikat segala tidak bertepi
Bagai merentas lautan berapi.

Secebis perjuangan sudah berakhir
Teruji sudah batin dan zahir
Namun perjuangan belum ke hilir
Duri tajam masih mengalir
Hujan beracun tetap akan hadir.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

10

GURU SEJATI
Buat seorang guru yang disanjungi…

Ketika usia masih mentah
Takut risau bersilang gelisah
Dirimu mendidik supaya tabah
Dan bangkit bangun walaupun rebah.

Sekali lagi kita bersua
Senyum ikhlas bersama tawa
Terasa hidup penuh bahagia
Berjumpa guru yang telah berjasa.

Aku kini sudah dewasa
Terasa masa sedetik cuma
Dan kau pula tetap sama
Bergelar Cikgu setiap masa.

Pertemuan itu sungguh berharga
Membuat aku kembali dahaga
Mengemis ilmu penepis curiga
Kau pula mencurah tanpa bangga.

Terima kasih guru sejati
Kauakan ku kenang sampai ke mati
Kerana ilmumu sungguh bererti
Mengingat aku supaya berbakti
Dan berjuang gagah sekuat hati.

Klang, Selangor, Malaysia – 2000

11

PERSAHABATAN
Buat sahabat yang telah kembali…

Persahabatan itu sukar dilupa
Aku sering bertanya kenapa
Kerana kau tiada sama
Walau seiras tetap berbeza.

Waktu sunyi datang menyapa
Wajahmu datang bersama rupa
Tetapi aku tidak berdaya
Masa berlalu sedetik cuma.

Kau menasihatiku erti kehidupan
Aku mengingatkanmu erti perjuangan
Semua bagai satu rancangan
Tersulam seni bersama kenangan.

Kita sering juga bercanggah
Cuba bertahan tak mahu disanggah
Kau tetap begitu walau ditegah
Dan kita bersama senang dan susah.

Kini kau tiada lagi
Menyambut seru panggilan Ilahi
Doa persahabatan sering ku iringi
Terkadang malam terkadang pagi.

Sesingkat itu persahabatan kita
Sayu pilu tidak terkata
Kau tak mungkin ku temu di alam nyata
Namun ku harap kita kan bersua
Di alam yang indah bersama tawa.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999

12

DUHAI TEMAN
Buat teman-teman yang tertewas…

Aduhai teman seperjuangan
Dahulu kita satu aliran
Menagih ilmu kabur tujuan
Demi sebuah masa hadapan.

Dahulu kita pernah berikrar
Kesetiaan sejati takkan diingkar
Tak mahu diri tersilap sasar
Namun kini semua terbongkar.

Kini kita sudah dewasa
Detik remaja sudah dirasa
Walau perit dan penuh bisa
Semua berlalu mengiring usia.

Ku lihat kau kini tertewas
Hujah durjana tak mampu kau bidas
Ombak itu membuat kau lemas
Mahkota berhargamu pula dirampas.

Aduhai teman mengapa begini
Mana hilangnya harimau berani
Yang dulu beraja didalam hati
Yang mampu menghenyak racun belati.

Aduhai teman mangapa begitu
Bukankah kau umpama ratu
Ayu dirimu umpama salju
Tapi kau silap menghala tuju.

13

Wahai teman yang aku sayang
Usah dilalu lorong yang gersang
Usah biarkan dirimu melayang
Marilah maruah kita julang
Sebelum jasad kembali pulang.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

14

TEMAN
Buat teman-teman Silat Seni Gayong UKM…

Teman
Gelanggang ini menjadi bukti
Pertemuan indah persahabatan sejati
Bersulam sayang roh dan hati
Moga kan kekal sehingga mati.

Teman
Jangan diduga lautan yang dalam
Kelak siangmu menjadi malam
Kelak wajahmu kabur dan suram
Kelak mahkotamu lemas dan karam.

Teman
Sedang dirimu membongkar kekuatan
Mencari kuderat sebagai rebutan
Jangan dilupa janji Tuhan
Jangan dipaling setiap suruhan.

Teman
Sedang dirimu mencari ilmu
Tuntutlah ia jangan kau jemu
Titik kebenaran pasti kau temu
Menjadi pedoman sepanjang hidupmu.

Teman,
Sedang dirimu mencari teman
Agar bahagia sepanjang zaman
Ingatlah batas setiap tindakan
Agar tak kandas di persimpangan.

15

Teman
Sedang dirimu ramah berbicara
Awasi diri meninggi suara
Kelak nanti ada yang lara
Menahan marah yang bakar membara.
Teman
Sedang dirimu sepi sendiri
Renunglah kembali hakikat diri
Apa sebenar yang engkau cari
Dan engkau buru setiap hari.
Teman
Sedang dirimu dalam sengketa
Berdepan dengan seribu derita
Jangan kau buang semangat berbisa
Jangan kau tewas melawan rasa
Kerana perjuangan menagih kuasa
Kuasa yang mampu melebur dosa
Kuasa keramat anugerah Yang Esa.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

16

MEREKA DIJULANG BUKAN TEMPATNYA
Buat penghibur…
Mereka bawa tawa
Mereka iringi penawar duka
Rasa gundah cuba dibuka
Mungkinkah mampu menyembuh luka.
Kita merentas sebuah kekalutan
Atas nama sebuah kemajuan
Atas dasar secebis kemodenan
Kerana tak mahu diri ketinggalan.
Mereka dijulang bukan tempatnya
Pernahkah diri cuba bertanya
Adakah ia benar miliknya
Atau tersilap meletakkannya.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999

17

KEGELISAHAN
Ketika gelisah datang menerpa…

Malam indah muncul tersenyum
Membawa riang berbaur harum
Bersama damai yang makin ranum
Disulam tawa padu terangkum.

Sedang indah melamar diri
Gelisah menerpa di hujung sepi
Meragut kejam sang indah berseri
Kini bertahta kocakkan berduri.

Indah lari mencari haluan
Gelisah merobek hati tertawan
Segalanya kabur tanpa tujuan
Meniti hari tak kesudahan.

Indah bahagia cuba beraja
Merampas kembali si hati waja
Namun gelisah menawan semula
Hati yang parah berdarah terluka.

Di mana kekuatan kuasa sang indah
Hingga tak mampu untuk singgah
Di hati ini yang kian gundah
Dan makin perit menahan resah.

Kuasa keramat menyeru sedaya
Kuasa yang agung dari Yang Esa
Sepi sang indah kembali menyapa
Melamar kasih hati serupa
Kini sang indah kembali bertahta.

Klang, Selangor, Malaysia – 1999

18

KETENTUAN
Ketentuan bagi sebuah harapan…

Sunyi damai melamar sayu
Dalam deruan secebis kayu
Kebahagiaan damai diseru rayu
Sering muncul harapan layu.

Harapan kekecewaan satu sulaman
Bagai kasih seorang teman
Bertaut padu di anjung laman
Walau ianya bukan idaman.

Harapan indah satu caturan
Berpaut tenang bersama kedamaian
Bergabung satu bersama kebahagiaan
Mungkinkah semua kan kesampaian.

Kecewa pedih muncul menerpa
Di hati usang tanpa diduga
Parut luka kembali berbisa
Hingga terasing mencari hala.

Harapan kekecewaan bukanlah lawan.
Semua tercatat dalam ketentuan
Di bawah kuderat kuasa Tuhan
Yang ada hanya secebis permintaan
Moga harapan kan kesampaian.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999

19

TENANG DI HATI
Indahnya sebuah kedamaian…

Tenang di hati
Ini yang ku rasa
Duka danlara entah dimana
Tiada teman bicara
Aku sendirian cuma.

Kenangan lalu mengusik jiwa
Kadang tangis kadang tawa
Melayar hidup yang entah apa
Kadang perit kadang bahagia.

Tenang di hati
Itu yang ku cari
Itu yang ku impi.

Kadang menjadi nyata
Gembira di depan mata.

Tenang dihati.

Klang, Selangor Malaysia – 2007

20

IA DATANG LAGI
Ujian memimpin kekasih hati…

Ia datang lagi
Telah puas ku pohon pimpinan
Telah puas ku pohon ketenangan
Sudah puas ku lempar keinginan
Sudah puas ku lempar kenangan
Namun ini yang jadi ulangan.

Ia datang lagi
Sekali lagi aku tertewas
Sekali lagi aku terlemas
Diriku kini kembali terhempas
Diriku teruji di lautan luas.

Ia datang lagi
Ku rasa diri belum matang
Memikul beban pagi dan petang
Berkokok gagah dengan lantang
Semua bagai tak mampu tertantang.

Ia datang lagi
Pimpinan Yang Esa ku puhon jua
Redha dari-Nya yang akan ku bawa
Bukan gelak dan juga tawa
Kerana ujian itu mencabar wibawa
Untuk memimpin si kaum hawa.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

21

PERTAMA INI
Hari pertama pratikal di SMK Bukit Kuda…

Degupan kencang
Fikiran bergelombang
Kekuatan hilang
Ketabahan pulang.

Pertama ini
Berilah kekuatan
Berilah ketabahan.

Minta pada siapa
Pada pengalaman
Pada kekuatan
Pada keberanian.

Siapa empunya
Yang Maha Kuat
Yang Maha Berani
Allahurobbi, Allah Tuhanku.

Sesungguhnya selepas kesukaran
Akan ada kesenangan.

Klang, Selangor, Malaysia – 2001

22

MALAM
Ketika malam datang menyapa…

Berlabuh malam membuang siang
Tanpa cengkam sebuah bayang
Tanpa mentari menyinar terang
Bersama hari yang makin usang.

Kehadiran malam kalanya ditunggu
Perginya malam sering diragu
Kerana malam sebuah tugu
Mengalun irama sebuah lagu.

Muncul malam adalah sahabat
Bagi insan mengharap taubat
Di situlah penawar segala ubat
Mencari restu bersulam berkat.

Datang malam juga diharap
Bagi manusia lalai diserap
Menyusur laluan beracun berasap
Panggilan durjana ditiru digarap.

Malam setia muncul tanpa rehat
Menjadi bukti saksi pencatat
Insan taat beroleh rahmat
Manusia durjana menunggu alamat
Janji Yang Esa pasti tersemat.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999

23

KISAH SEMALAM
Kenangan yang telah berlalu pergi…

Semalam itu berlalu pergi
Yang tinggal hanya ingatan di hati
Indah nan damai sebuah keperitan
Panduan bererti pejuang kesepian.

Semalam itu mungkinkah berulang
Di satu daerah sepi dan gersang
Tiada teman melepas derita
Tanpa kekasih mencurah cinta.

Semalam itu
Menyimpan sebuah kemenangan.

Semalam itu
Menyimpan seribu kenangan.

Semalam itu
Tak mungkin hilang dari ingatan.

Semalam itu berkata-kata
Menyedarkan diri yang leka.

Hari ini yang sepi jangan dibiar suram
Kerana hari ini adalah semalam.

Apabila mentari esok menyinar terang
Kenangan hari ini pula tak kan berulang
Dan kesepian hari ini kan jadi kenangan.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2002

24

KEMBARA PUTERI RESORT
Pengalaman di Ayer Keroh, Melaka…

Berterusan lagi
Kembara ini
Bagi mencari
Kebahagiaan abadi.

Indahnya sebuah kembara
Di sebuah alam bernama dunia
Mencari bekal hidup di sana
Mengisi masa ruang cerita.

Terlena seketika dimalam hari
Dibuai indah sebuah mimpi
Bagai tercapai hasrat di hati
Bagai tercapai segala dinanti.

Teman sahabat jadi taruhan
Berkongsi sebuah cinta idaman
Yang selama ini beri gegaran
Ia kan kekal sepanjang zaman.

Puteri Resort dalam kenangan
Terus tersemat dalam ingatan
Bukti kembara dalam kehidupan
Sebelum sampai ke sebuah taman
Itulah ia syurga idaman.

Ayer Keroh, Melaka, Malaysia – 2007

25

KENANGAN SUNGAI CONGKAK
Ketika berkursus disini…

Rasa gusar menerjah diri
Namun langkah terus ku pergi
Kerana diri kian teruji
Buat menunai wasiat sejati.

Damai angin sayup beralun
Deruan air turun mencerun
Semua berseni indah tersusun
Anugerah Ilahi yang paling agung.

Perit tidaklah segetir dulu
Dan tak mudah bak angin lalu
Namun ujian tetap meluru
Getaran batin getar berderu.

Terkadang diri ini bertanya
Dimana letaknya nokhtah derita
Pahit sakitnya tidak terkata
Terkunci mati disulam cerita
Tuhan Yang Esa hamba-Mu terseksa
Berilah kembali genggaman berbisa.

Sungai Congkak, Selangor, Malaysia – 2001

26

NUANG 2000
Ekspidisi mendaki Gunung Nuang…
Wajah ceria mengalun rasa
Alam anugerah seribu jasa
Pemberian bernilai dari Yang Esa
Gunung nuang mencabar kuasa.
Perit dan sakit tidak diduga
Memeras keringat jiwa dan raga
Sahabat dinilai mengiring harga
Sulam simpati bergelut tega.
Pagi hening langkah bermula
Dihayun tekad mencari hala
Restu Yang Esa tidak dilupa
Moga cita kan jadi nyata
Perit sakit digagahi juga
Gunung Nuang kini milik kita.

Gunung Nuang,, Selangor, Malaysia – 2000

27

ALAM BARU
Suatu Masa…
Segala kenangan akan abadi
Kekal di dalam hati ini
Amalan baik bekalan diri
Buat teman temui Ilahi.
Ucapan keramat selamat tinggal
Moga hati ini kan cekal
Jangan bersulam hati yang sesal
Jangan bersulam segala kesal.
Alam baru pasti kan tiba
Membuat hatiku jadi gembira
Janji Yang Esa pasti menjelma
Buat insan yang taat setia
Bahagia terasa hingga akhirnya.

Klang, Selangor, Malaysia – 2007

28

TAK SEIKHLAS DULU
Buat teman-teman silat itu…

Langkah tak seikhlas dulu
Pencak lebih melulu
Hilang pula tabir malu
Ketawa riang palsu terpalu.

Medan tak lagi meriah
Hanya hening bersulam gundah
Semuanya hanyut sudah
Sepi sayu tanpa penyudah.

Mereka lalai untuk berbakti
Demi bangsa yang mungkin mati
Kerana mencari mahligai bererti
Tapi tak bernilai melembut hati.

Aku memerhati lakuan semua
Mengapa ini terjadi jua
Namun guru pernah berkata
Semua ini kan pasti nyata.

Senyummu tak seikhlas dulu
Tuturmu tak seindah dulu
Keikhlasanmu tak sebening dulu
Perjuanganmu tak segagah dulu
Apa sebenar yang kau buru?

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999

29

DUGAAN BERSULAM UJIAN
Teruji tika menuntut ilmu…

Ujian itu datang menerpa
Sedang aku hampir terlupa
Ujian itu datang serupa
Kini aku kembali hampa.

Menyanjung guru satu ikrar
Pegangan kuat seorang pendekar
Walau diri hangus terbakar
Di situlah punca kekuatan mekar.
Tetapi ujian muncul pula
Entah dimana ia bermula
Membuat diri tersasar hala
Tersesat hingga menuju kuala.

Dengki dan benci tapak bertandang
Membuat diri hampir terbuang
Namun aku tak kan hanya memandang
Akan ku hunus kesaktian sundang
Hingga ujian gugur kecundang.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000

30

AKU INGIN PERGI
Semua bagai tak dihargai…

Teman
Kita bagai tak sehaluan
Walau dalam satu tujuan.

Teman
Terkilan sungguh aku rasakan
Bila usaha tak dihiraukan
Hanya angkuh dengan kedudukan
Emas permata bak barang murahan.

Teman
Aku ingin pergi
Biarpun jauh dihujung bumi
Mencari insan yang lebih mengerti
Agar permata sanjung dihargai.

Teman
Aku pastikan pergi
Moga engkau kan bahagia di sini.

Teman
Pergilah buka pintu dunia
Pergi mendengar pelbagai cerita
Engkau pasti akan merasa
Betapa tingginya nilai permata.

Teman
Sampai di sini sahaja
Untuk kita bersama
Kerana esok aku pergi jua
Kerana aku di sini bagai tak punya.

31

Moga di sana aku kan bersua
Ketenangan, kedamaian dan bahagia
Lena bersama taburan permata.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2002

32

SEPI SENDIRI
Ketika sepi dan bekalan elektrik terputus…

Kini sepi muncul lagi
Hiruk keliru sudah pergi
Yang ada kini sunyi sendiri
Menghitung bahagia yang sering lari.

Hening damai gelap gelita
Berteman setia lilin derita
Menyimpan berjuta rahsia cerita
Menjadi kiasan Puteri Jelita.

Masa disusur terkadang kabur
Tercari hala berteman obor
Terkadang jatuh sungkur terhambur
Terkadang bangkit gagah nan subur.

Sepi mengetuk lembaran yang lepas
Kenangan sederu tebal terimbas
Detik perit diri tertewas
Detik pahit diri tertumpas.

Sepi membuka helaian kini
Diri gagah bangkit berani
Menjulang tinggi perjuangan murni
Hingga ketika hormat disegani.

Sepi menguak masa hadapan
Segunung suci lautan harapan
Moga maruah lebih disopan
Moga perjuangan genggam bertahan
Bersama redha dariMu Tuhan.

Klang, Selangor, Malaysia – 2000

33

PERTEMUAN INI HARAPAN ITU
Semoga lebih baik…
Pertemuan ini harapan itu
Ragu pasti yakin semadi
Berpadu kisar tanpa sudi
Semua berkata mesti terjadi
Moga indera mampu berbakti.
Pertemuan ini harapan itu,
Ukhwah bersulam pertemuan dulu
Ikhsan ikhlas bertandang berlalu
Detik menghilang bak angin lalu
Mampukah ia kembali bertalu.
Pertemuan ini harapan itu
Masa penentu muncul kembali
Harapan sempuna bertali-temali
Genggaman erat digenggam berani
Minta yang dulu sehebat ini.

UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999

34


Click to View FlipBook Version