USIA
Perjalanan umur…
Sungai itu setia mengalir
Biar senja semakin hampir
Biar margas henti bersyair
Namun tugas tak pernah dimungkir.
Sungai itu terus mengalir
Tidak menghirau siapa yang hadir
Tidak menyapa siapa yang hampir
Taat mengira butiran sifir
Menunggu masa seruan takdir.
Mengalir terus sungai setia
Arus lembut disentuh dirasa
Deruan ganas dilalu ditimba
Semua disangka alur biasa.
Sungai bernilai pasti ke hujung
Tempat sunyi tanpa penaung
Suara sayu silih melaung
Menahan bisa azab tertanggung.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
35
AIMAN DAN ALEYA
Buat anak-anakku tersayang…
Terkenang saat kau dilahirkan
Memberi seribu satu sinaran
Cahaya seri kegembiraan
Menjadi impian setiap pasangan.
Aiman dan Aleya diberi nama
Nama ringkas yang penuh makna
Putera Puteri pasangan bahagia
Menjadi penyeri dikala duka.
Aleya kini telah pergi
Tinggalah Aiman kini sendiri
Buat penyeri hari yang sepi
Berteman duka yang tiada henti.
Selamat malam anakku sayang
Kehadiranmu kan terus dikenang
Kala terpisah terbayang-bayang
Rindu bertemu kembali pulang.
Duhai Aleya yang pergi dulu
Moga tabah kami menunggu
Menunggu semua untuk bertemu
Bersama Aiman, ayah dan ibu.
Oh Tuhan tabahkan hati kami
Hanya kau yang tahu pedihnya hati
Betapa sebak menghitung hari
Hanya derita teman kami.
36
Hidup yang indah bagai tak bererti
Ditambah perginya anak sendiri
Apalah malang nasib ini
Air mata mengalir tak henti-henti
Bila waktu kian menyepi.
Klang, Selangor, Malaysia – 2009
37
BUAT SEMUA MURID TERCINTA
Ujian ini mematangkan kita…
Dahulu kita ketawa bersama
Riang ceria tanpa derita
Kalian bagai sebuah keluarga
Damai tenang penuh bahagia.
Kini ujian sedang menimpa
Silaturrahim kita diduga
Semua bukan kehendak sesiapa
Kita semua diuji Yang Esa.
Ujian tanda kasihnya Pencipta
Agar tertebus segala dosa
Letakkan diri di tempat yang hina
Pasti kasih yang akan kau rasa.
Duhai semua murid tercinta
Hargailah semua yang kita ada
Ingatlah hidup tak selamanya
Suatu hari kita kan kesana
Al-Fatihah sahabat mengiring akhirnya.
Klang, Selangor, Malaysia – 2013
38
DAULAT TUANKU
Sembah taat setia seorang hamba…
Daulat Tuanku
Inilah sembah taat setia
Dari hamba pacal yang hina
Kebawah Duli ku serah segala
Harta benda bahkan nyawa.
Daulat Tuanku
Ku hanya ingin berbuat jasa
Pada nusa dan juga bangsa
Harap Tuanku tidak murka
Ampunkan segala kesalahan hamba.
Daulat Tuanku
Kedatangan Tun Perak merubah segala
Dari Klang dia berkelana
Menabur bakti kepada Raja
Menyatu semua yang dalam sengketa.
Daulat Tuanku
Sejarah ini berulang kembali
Nama Klang subur kembali
Hamba Klang menabur bakti
Kepadamu wahai ibu pertiwi.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
39
BUAT PEMIMPIN KAMI
Moga Allah memeliharamu…
Buat pemimpin yang kami sanjungi
Moga mendapat pimpinan Ilahi
Memerintah negara ini
Bagi menegakkan kalimah yang suci.
Terima kasih kami ucapkan
Diatas segala pengorbanan
Negara tercinta kan kami pertahankan
Dari ancaman segala dugaan.
Negara merdeka penuh bererti
Semua dari usahamu yang murni
Tak pernah jemu menabur bakti
Kepada bangsa dan juga pertiwi.
Doa kami buat dirimu
Berbuat mulia janganlah jemu
Dan akhlak terbaik yang engkau laku
Moga terhindar dari seteru
Moga kedamaian hakiki yang engkau temu.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
40
MARUAH MERDEKA
Ketika acara sambutan kemerdekaan…
Pejuang tabah di tengah kesukaran
Bergelut bersama seribu cabaran
Bukan berebut mahkota gelaran
Mahupun mahligai sebagai ganjaran.
Pejuang berjuang untuk sesuatu
Biar berbeza namun bersatu
Bersama yakin dan juga restu
Harapan tercapai di ambang pintu.
Penantian pejuang sudah selesai
Selamat maruah dari tergadai
Ikatan pencengkam sudah terlerai
Moga bangsa mampu menghurai.
Anak cucu bangsa harapan
Maruah merdeka pandailah simpan
Jangan sampai semua terkapan
Dipijak dihina tanpa sopan.
Pencengkam durjana terus menyerang
Walau zahirnya sudah hilang
Namun ada senjata petualang
Hingga pencengkam kembali bersarang.
Pejuang sebak menahan hiba
Cucu harapan lalai terlupa
Bangkitlah berjuang sekuat daya
Sebelum diri hilang upaya.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
41
GAGASAN TANAH MELAYU DAN TANAH JAWA
Coretan impian..
Hanya sebuah coretan impian
Dari seorang pejuang kebenaran
Adakah akan menjadi kenyataan
Hanya Allah yang menentukan.
Piagam Tanah Melayu diperjuangkan
Piagam Tanah Jawa dicita-citakan
Piagam Madinah contoh teladan
Sekuat daya diperjuangkan.
Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua
Dikalangan Sultan dan Raja-raja
Juga dikalangan Raden Agong tercinta
Bukti daulatnya sebuah Negara.
Matawang Gagasan akan tercipta
Ringgit Gagasan diberi nama
Mengejutkan semua matawang dunia
Ekonomi dunia lumpuh seketika.
Sebuah negara baru terbina
Hasil gabungan dua negara
Sempadan negara terhapus semua
Bebas kita semua berkelana.
Sebuah negara ilham Yang Esa
Perundangan agama diperjuangkannya
Kalimah Allah ditegakkannya
Menjadi impian sebuah cita
Oleh segenap umat manusia.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
42
RAHMAN DAN NOTONOGORO
Suratan atau kebetulan…
RAHMAN
Enam pemimpin besar Malaysia
Sebuah ramalan
Atau suratan
Atau kebetulan
Kini kenyataan.
RAHMAN
Bermula dengan Tunku Abdul Rahman
Menyusul pula Tun Abdul Razak
Diganti dengan Tun Hussein Onn
Telah berjasa Dr. Mahathir
Berbakti kemudiannya Abdullah Ahmad Badawi
Kini Dato‟ Seri Najib Tun Razak mentadbir Negara.
NOTONOGORO
Lima pemimpin besar Indonesia
Akhiran hujung nama mereka
Mentadbir bukan sepenggal cuma
Masih sebuah misteri disana.
NOTONOGORO
Bermula dengan pimpinan SukarNO
Menyusul pula pimpinan SuharTO
Kini diganti dengan YudhoyoNO
GO dan RO masih tanda tanya
GO dan RO masih tanda tanya
GO dan RO masih tandatanya.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
43
PANJI HITAM VS. FREEMASON
Pertembungan sengit…
Adakah kalian masih sembunyi
Dengan semangat bakar berapi
Menanti saat muncul berbakti
Mengibar panji yang penuh sakti.
Perlukah kami terus menanti
Adakah hanya sebuah mimpi
Khabar dibawa hanya ilusi
Namun kami terus yakini
Kerana ianya hadis Nabi.
Panji Dari Timur
Siapa yang akan menjadi pencetus
Adakah dikalangan musuh yang rakus
Adakah yang bergerak di dalam halus
Gerakan Iluminati yang tekad menghapus.
Panji Hitam Dari Timur
Siapakah yang akan mengetuk pintunya
Hingga membakar musuh durjana
Adakah dari kalangan tentera
Atau jemaah yang cinta agama
Atau pesilat pembela negara
Atau bergabung kami semua
Yang bergerak didalam rahsia
Agar tersungkur Freemason akhirnya.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
44
PANJI HITAM DARI TIMUR
Panji yang sedang marak berkibar…
Semua sudah ketentuan Ilahi
Sebuah tamadun bangkit kembali
Mengibar gagah sebuah panji
Berjuang tekad menagih janji.
Telah dilafaz oleh Baginda
Dalam hadis berabad lamanya
Bagai kepingan besi waja
Datangnya langsung tidak diduga.
Setiap detik seratus tahun
Pasti datang seorang pembangun
Meletak Islam di tempat teragung
Silaturrahim hati terdorong.
Panji Hitam Dari Timur
Berkibar setelah Islam hancur
Setelah iman mula gugur
Taqwa tersemai hancur lebur.
Panji Hitam Dari Timur
Dirintis oleh seorang pemuda
Yang tetap sedia dan taat setia
Pada Raden, Sultan dan bangsa
Pada tanah air tercinta.
Panji Hitam Dari Timur
Akan berkibar ke serata dunia
Menghapus sistem ciptaan manusia
Diganti dengan sistem Yang Esa
Rahmat melimpah tidak terduga.
45
Panji Hitam Dari Timur
Akan diserah kepada Al-Mahdi
Penguasa timur dan barat sejati
Pemimpin yang telah lama dinanti
Nabi Isa kan muncul kembali
Janji Tuhan pasti terjadi.
Klang, Selangor, Malaysia – 2007
46
MISTERI PASUKAN PANJI HITAM
Pasukan misteri yang bersiaga…
Kemunculan yang dinanti
Kemunculan yang digeruni
Kemunculan yang pasti
Kemunculan yang masih misteri.
Pasukan misteri yang siap siaga
Siang bagai kumpulan sang singa
Sedang malam merintih sengsara
Insafi akan kerdilnya jiwa.
Misteri Pasukan Panji Hitam
Diburu dan juga terus memburu
Membakar jiwa setiap seteru
Berbekal iman, amal dan ilmu
Agar mereka menjadi debu.
Misteri Pasukan Panji Hitam
Ramai yang cuba mencorakkannya
Dengan ribuan pelbagai cara
Bersih dan kotor tak hiraukannya
Penyucian jiwa bagai tiada.
Misteri Pasukan Panji Hitam
Siapakah sebenar yang akan mengibar
Pastinya dari yang berjiwa besar
Dengan semangat nyalaan berkobar
Musuh yang angkuh tersungkur ke dasar.
47
Misteri Pasukan Panji Hitam
Adakah kita hanya menanti
Apakah pula hanya memerhati
Sedang musuh terus menyakiti
Mana hilangnya peri simpati.
Duhai pemuda pemudi bangsa
Marilah julang kembali agama
Kembali sujud pada Yang Esa
Bersatu hati membuang sengketa.
Klang, Selangor, Malaysia – 2011
48
LANGKAH KERAMAT
Ketika kekecohan gerakan Reformasi…
Tika zaman masih muda
Ku lihat kau beradu tenaga
Yang satu taat pada baginda
Yang satu panas darah pemuda.
Dia mahukan secebis keadilan
Menghancur punah erti kezaliman
Tak kira sahabat mahupun teman
Dirimu pesalah pencatat zaman.
Engkau mahukan selaut kedamaian
Sanggup dianggap bahan mainan
Sanggup nyawamu jadi sasaran
Peganganmu hanya sebuah kesetiaan.
Masa beredar berputar berulang
Cucumu kini bersemangat juang
Segala keadilan ingin dijulang
Namun tertewas dihujung jurang.
Cucumu yang lain hanya melihat
Ingin diri untuk berbuat
Kembali menjurus langkah keramat
Namun kau mengingat sebelum terlambat.
Jika kebenaran milik yang benar
Cucumu ini sanggup bersabar
Ketaatan ini kan jadi dasar
Moga diri tak tersasar
Di dunia kejam yang penuh mencabar.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
49
PUSAKA BERHARGA
Keris ini milik siapa…
Seorang pengembara kesepian
Kehilangan harta peninggalan
Pusaka berharga nenek moyang
Pengembara sepi di titian jurang.
Pengembara sepi terpinga tak tahu
Apakah ia yang pelik itu
Diambil direnung setiap bucu
Inikah ia peninggalan itu.
Apa kuasa yang ada padanya
Hanya lengkokkan besi tua
Mampukah mencorak sebuah bangsa
Membina tamadun agung di dunia.
Pengembara sepi mencari
Siapa sahaja yang lebih mengerti
Menghurai segala kekusutan hati
Namun semua bagai tak pasti.
Harimau uzur lalu bersahaja
Lalu terhenti seketika
Sang Harimau berkata-kata
Itulah keris wahai pengembara
Tahukah ia milik siapa
Keris ini milikmu jua.
Harimau tua dekat menghampiri
Kembara sepi tidak mengerti
Carilah cucuku yang masih gagah
Hidup sendiri berteman resah.
50
Harimau tua menutup mata
Meninggal seribu tanda tanya
Ia tidur setelah berkata
Tidur buat selama-lamanya.
Pengembara sepi meratap tangis
Kesal sendiri menggenggam keris
Siapakah cucu Sang Rimau tua
Akan dicari walau di mana.
Pusaka berharga di tangan kembara
Namun tak tahu menghunuskannya
Cucu Sang Rimau tersenyum di sana
Moga kembara kan menemui dirinya
Pasti terbongkar segala rahsia.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2002
51
PENCAKARAN ITU
Sukan olahraga rebutan itu…
Pencetus kesombongan
Pengorak keangkuhan
Disangka sebuah kejayaan
Hanya terkandas di jurang kehancuran.
Teman menjadi lawan
Sahabat jadi taruhan
Tawa terkubur dilaman
Riang jadi tak karuan.
Guru diabai dipaling
Keikhlasan tak lagi hening
Ingatan tandus kering
Bagai tertebar selaut jaring.
Lupa sebuah kebahagiaan
Lalai sebuah ketenangan
Yang digapai sebuah keriangan
Namun semua tak kesampaian.
Ilmu tak lagi diburu
Hanya mencari cakaran seteru
Saban waktu ditawan keliru
Saban detik dihenyak keliru.
Bukan disitu satu keikhlasan
Kembalilah kepada satu zaman
Zaman indah menewas dugaan
Zaman damai ukhwah dijalinkan
Mampukah ia jadi kenyataan
Hanya mereka yang akan menentukan.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
52
ANAK-ANAK GAYONG
Murid-murid Silat Seni Gayong…
Kekuatan kami ribuan cakar
Tangkas kami berbunga mekar
Darah kami darah pendekar
Warisan misteri kan kami bongkar.
Langkah kami langkah keramat
Diam kami dengan matlamat
Semangat lawan sudah tersemat
Firasat panglima sebagai alamat.
Tenang kami mencari hikmah
Sabar kami bukannya lemah
Bangkit kami bukan memusnah
Serangan bukan sumpah seranah.
Kami pewaris ilmu pusaka
Kami terdidik agar tak leka
Kami terasuh agar tak derhaka
Agar tak lupa hari berduka
Hari hitungan syurga neraka.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
53
NAGA SAKTI
Mahaguru Dato‟ Meor Abdul Rahman…
Bermula sebuah misteri langkah
Langkah berbisa sukar disanggah
Menjadi tautan pemuda gagah
Menjadi kekuatan pemudi resah.
Detik rahsia lahir kuasa
Satu keramat anugerah Yang Esa
Menjurus tenang di dalam rasa
Takkan dilupa sebagai jasa.
Si Naga Sakti nama terukir
Menjadi rahsia sedari lahir
Pahlawan sejati selaut mahir
Jasa dikenang hingga ke akhir.
„Gayong‟ berupa seruan pusaka
Si Naga Sakti menghentam leka
Agar bangsa bangun terjaga
Membela maruah yang tinggi berharga.
Anak cucu Si Naga sakti
Janji dan ikrar jangan mungkiri
Moga diri mampu berbakti
Dan mampu menunai wasiat sejati
Bersama restu dan redha Ilahi.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
54
PENCAK SILAT 2000
Hala tuju silat Melayu di alaf baru…
Tari disusun bukan baru
Seni diungkap sama ditiru
Langkah diatur ajaran guru
Bukan menjurus mencari seteru.
Gelanggang lama berubah rupa
Pemuda pemudi tetap serupa
Jasa Pak Guru tidak dilupa
Gagai kasih seorang bapa.
Denyutan misteri sebuah pencak
Sembunyi tenang di dalam gerak
Di tengah rahsia ribuan jarak
Walaupun zaman angkuh berkocak.
Ledakkan kemodenan satu cabaran
Mungkin juga sebuah caturan
Bagi pencak mencari haluan
Mengikut detik setiap zaman.
Anak moden itu hanya tergelak
Menyaksi pewaris menjurus pencak
Kerana pemikiran jatuh terjebak
Pak Guru tunduk menahan sebak.
Bukan salah guru mendidik
Bukan salah pewaris mengherdik
Tapi diri yang takut dan lembik
Namun sering angkuh mendabik.
55
Kejarlah ia buanglah leka
Kerana ia lautan pusaka
Menjadi saksi setia derhaka
Menjadi alat penyebuh luka.
Walau zaman seusia dua ribu
Tuntutlah pencak sebagai kubu
Menjadi benteng musuh yang beribu
Agar maruah tidak diserbu
Dan harga diri menjadi abu.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
56
CITA GAYONG UKM 2000
Cita-cita Silat Seni Gayong UKM tahun 2000…
Bisamu tak perlu dicabar
Rahsiamu gagah terbongkar
Kekuatan asli ribuan cakar
Benih semangatmu kian mekar.
Anak Gayongmu masih dahaga
Setitis ilmu untuk ditimba
Bagi menepis erti curiga
Sebagai pelindung jiwa dan raga.
Gayong UKM mencabar kalian
Agar keringat engkau tumpahkan
Agar perjuangan engkau zahirkan
Agar gelanggang engkau gegarkan.
Cita Gayong UKM dua ribu
Menyeru Mahasiswa agar menyerbu
Menggamit Mahasiswi agar memburu
Lautan Gayong sebagai kubu.
Ilmu Gayong adalah pusaka
Menghentam punah erti leka
Menjadi alat penyembuh luka
Menjadi sahabat ketika duka.
Ledakan kemodenan satu cabaran
Mungkin juga sebuah caturan
Bagi Gayong mencari haluan
Mengikut detik setiap zaman
Namun siapakah yang akan berperanan?
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
57
KEJOHANAN SILAT SEKOLAH 2007
Ketika pertandingan silat…
Hari pertama melangkah di sini
Sebuah dewan indah berseri
Berjuta wajah pendekar sejati
Ingin berjuang sekuat hati.
Pesilat dari TTDI Jaya
Doa diiring moga berjaya
Taat menuntut ilmu ditimba
Dan ku tak jemu mencurahkannya.
Semua kini sudah sedia
Mengatur langkah bagai panglima
Setiap detik penuh rasa
Setiap langkah penuh berbisa.
Sorak dan sorai dari penyokong
Bukti setia dari pendokong
Bukan hanya omong kosong
Gegak gempita suara meraung.
Rehat sebentar menjamu selera
Mengalas perut bagai adanya
Kantin disinggah sedetik cuma
Melepas lelah penat segala.
Esok dan lusa bersua lagi
Pastinya lebih lagi bererti
Kenangan abadi tersemat dihati
Buat pedoman sehari-hari
Pastinya kekal ke akhir nanti.
Shah Alam, Selangor, Malaysia – 2007
58
MEDAN ITU
Gelanggang silat di SMK Meru…
Medan itu tetap setia
Walau lembah tak lagi ceria
Genggaman umpama tiada daya
Penghuni setia sudah tiada.
Medan itu pernah berjasa
Mendidik pencak penuh berbisa
Memimpin roh erti kuasa
Semua misteri didalam rasa.
Medan itu sebuah saksi
Perit indah perjuangan penghuni
Semua tersulam mula di sini
Membilang detik di laman hari.
Medan itu
Medan itu
Medan itu.
Klang, Selangor, Malaysia – 1999
59
MEDAN ITU II
Gelanggang Silat Seni Gayong SMK Meru kini…
Aku kembali
Dengan segunung harapan
Kemenangan hakiki yang ku harapkan
Agar medan itu aku gegarkan.
Langkah gagah
Anak murid menagih ilmu
Ratusan dahaga ilmu gayongmu
Tekad teguh petir terpalu.
Medan itu
Kau belum mampu beraksi
Kerana ada yang masih benci
Menentang keras kebangkitan misteri.
Medan itu
Inilah janji keramatku
Lidah jahilnya akan terpaku
Keangkuhan dirinya akan terkaku.
Medan itu
Niat ini moga kan nyata
Pedih melihat gelanggang derita.
Medan itu
Jika mereka ingin mencabar
Kekuatan sakti seorang pendekar
Akan ku pastikan roh Gayong kan mekar
Medan itu kan kembali bergegar.
Klang, Selangor, Malaysia – 2001
60
WARNA
Bengkong Silat Seni Gayong Malaysia…
Asas
Mulanya disini.
Tak mengerti
Tercari-cari
Kekuatan hakiki.
Putih
Lambang hati yang bersih
Semangat yang hilang kembali pulih
Pencetus jalan dalam perjuangan
Masih mentah menentu kehidupan.
Hijau
Menggenggam tekad untuk mara
Gerbang kehidupan kuak dibuka
Mengenal erti kekuatannya.
Merah
Panas membara
Tak ku hirau siapa sahaja
Isi dunia bak mampu diduga
Ngauman berapi dari Sang Naga
Bagai tercapai segala cita.
Kuning
Tunduk membisu seribu cerita
Pengalaman luas menjadi pelita
Tutur bicara tersirat rahsia
Gerak langkah pukulan rasa
Dalam misteri sebuah derita.
61
Hitam
Di sinilah nokhtahnya
Segalanya bukan lagi rahsia
Tersenyum puas seorang perwira
Bagi yang jujur dan taat setia
Karam dalam perjuangan berbisa
Terus hanyut lemas tak punya apa-apa
Bagi yang tewas mencari kebenarannya.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2002
62
PANGLIMA DERITA
Buat Dato‟ Majid Mat Isa…
Pernah diluka suatu ketika
Kerana dengki khianat semata
Tuduhan tanpa usul periksa
Akhirnya kau pergi membawa sengsara.
Panglima Melayu yang taat setia
Kehandalannya bukan lagi rahsia
Pernah menentang musuh di sana
Dengan bekalan ilmu Panglima.
Semasa Mahaguru masih bernyawa
Engkau sebagai Gurulatih Utama
Kiranya engkau panglima biasa
Tak mungkin disitu kau diletakkannya.
Kini usia mencabar diri
Derita belum juga diubati
Penyatuan Gayong belum realiti
Moga cita kan jaya nanti.
Panglima Derita yang gagah perkasa
Jangan menyepi dihujung dunia
Curahlah ilmu yang ada didada
Cucumu ini masih dahaga
Memburu lautan ilmu rahsia.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
63
AMANAH
Buat Dato‟ Wan Fauzi…
Dari Negeri bernama Terengganu
Aku melangkah mencari ilmu
Tekun menuntut tanpa jemu
Onak dan duri ku redah dan lalu
Walau besar dugaan mendatang
Aku merantau pagi dan petang
Negeri ke Negeri akhirnya ku pulang
Aku dibeban satu amanah
Harapan agar bakti ku curah
Moga semua kembali gagah
Agar bangkit setelah rebah
Dan menjunjung Islam, mendaulatkan Raja dan juga maruah
Fahaman kita mungkin berbeza
Aku hanya mampu berusaha
Untuk menyatu yang dalam sengketa
Zaman gemilang agar dirasa
Itulah amanah yang akanku laksana.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
64
PENTADBIR NAN GAGAH
Buat Dato‟ Adiwijaya…
Dari Negeri bernama Kedah
Seorang Panglima lahir nan gagah
Menyahut seruan bakti dicurah
Agar mentadbir pertubuhan yang gah.
Terima didikan dari Mahaguru
Beliau pernah berpesan dahulu
Mentadbir pertubuhan janganlah jemu
Biar beribu ujian menderu.
Ambillah tanggungjawab dan tugas ini
Dengan jiwa yang suci murni
Ingatlah janji jangan dimungkiri
Warisan berharga jangan dicemari.
Jawatan dan amanah telah diberi
Ambillah dengan sepenuh hati
Yakinlah pada diri sendiri
Akhirnya dirimu kan berjaya nanti.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
65
TENTERA PANGLIMA GAYONG SIBER
Buat Mejar Fitri…
Inginkan penyatuan sebuah perpecahan
Dengan tekad dalam genggaman
Berbekal ilmu rahsia ketenteraan
Berpangkat Mejar dalam ketumbukan.
Di alam siber terus berjuang
Mendaulat Gayong agama dijulang
Menghancur khianat setiap petualang
Agar kesatuan kembali pulang.
Curahan idea dikongsi bersama
Guru Gayong Bersatu pasukan dibina
Semua Guru bersatu kita
Di alam maya dan juga nyata.
Tentera Siber yang tenang dan sabar
Kehalusan bicara menjadi dasar
Agar menang yang hak dan benar
Teruskan langkahmu pejuang yang pakar
Moga perjuangan kita tidak tersasar.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
66
KUMBANG HITAM
Buat Cikgu Radhuan KHTC…
Sebuah gelaran
Yang menggerunkan
Ada pencemuh membencikan
Ada yang tabik beri penghormatan.
Ngauman bak halilintar
Jika dicuba pasti dilempar
Atau tersungkur jatuh terdampar
Sebagai didikan bagi pencabar.
Rentak membuat semua tersentak
Bukan omong kosong tin retak
Berdesing bunyi membuak-buak
Namun tak beri secebis impak.
Siapa kan mengerti
Hari-hari derita yang dilalui
Cemuhan menguatkan hati
Moga tabah Panglima sejati
Perjuanganmu kan kekal diingati.
Klang, Selangor, Malaysia – 2013
67
GURUKU YANG TABAH
Buat Cikgu Mohd Yusni dan Cikgu Idris Shafiee PLKU…
Cikgu Mohd Yusni
Di Meru Klang kita berjumpa
Guru pertama yang aku jumpa
Mengajar agar aku waspada
Dalam setiap laku dan cara.
Cikgu Mohd Yusni
Jasamu tinggi tidak terbalas
Memberi ilmu tanpa batas
Menyeru melihat dunia yang luas
Agar tak karam dek arus yang deras.
Cikgu Idris Shafiee
Guru kedua yang aku temu
Di UKM Bangi ku tuntut ilmu
Kau mengajar agar tak keliru
Agar tidak ditipu seteru.
Cikgu Idris Shafiee
Jasamu sangat menggunung tinggi
Biar terkadang usahamu dibenci
Namun yang mengerti kan tetap mengerti
Teruskan usahamu guru sejati.
Cikgu Yusni dan Cikgu Idris
Maafkan kesilapan yang ku lakukan
Terima kasih diatas segala didikan
Juga diatas rahsia bekalan
Moga ilmu dalam keberkatan
Bahagia hendaknya keakhir zaman.
Klang, Selangor, Malaysia – 2014
68
KEMBALI BERTEGUH
Gayong Bersepadu…
Gayong Malaysia
Asalnya kita bertapak disini
Disini persaudaraan mula bersemi
Betapa gagahnya pemuda berbakti
Juga beraksi pejuang srikandi.
Gayong Pusaka
Tercetus dari fitnah semata
Betapa pedih menahan siksa
Hingga kini masih dirasa
Guru tua menahan hiba.
Gayong Warisan
Wasiat Dato‟ perlu dilaksana
Waris perlu laksana tugasnya
Bukan kerana tamakkan kuasa
Namun mencari sebuah bahagia.
Gayong Serantau
Waris Mutlak menjadi taruhan
Membawa arus mendahului zaman
Niat menyatu sebuah perpecahan
Moga cita menjadi kenyataan.
Gayong Pasak
Mengasing bukan kerana terluka
Bukan kerana asingan kuasa
Tapi berpisah kita akhirnya
Bila terpisahnya Singapura.
69
Angkatan Gayong Malaysia
Mungkinkah ini yang dijanjikan
Unit Khas Kementerian Pertahanan
Yang Dipertuan Agong paksi ketuanan
Kerana Gayong bukan mainan
Atau sebuah barang murahan
Berteguh kita didalam ketaqwaan.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
70
THE NEW MUJADDID
Mujaddid baru…
Seratus tahun
Kini tiba
Seperti yang dijanjikan
Bukan satu pembohongan.
Ketibaan seorang Mujaddid
Pembaharu agama
Mengikut zaman dan masa
Digeruni musuh di sana.
Dimana dikau sembunyi
Mungkinkah di sudut hujung dunia
Atau di hadapan mata
Walau di mana kami kan sedia.
Bilakah dikau akan muncul
Adakah setelah semua hancur
Atau setelah kami bersatu
Dan kau memimpin agar berpadu.
Ketibaan Mujaddid baru
Pasti berita gembira buat semua
Setelah perit derita sengsara
Ditindas musuh durjana
Kami kan sambut dirimu
Pimpinlah umat yang sedang keliru.
Klang, Selangor, Malaysia – 2011
71
THE HIDDEN MUSLIM HAND
Tangan muslim yang tersembunyi…
Tangan yang tersembunyi
Dahulu mereka yang ciptakannya
Namun akhirnya dunia kalut
Tiada ketenangan dan kedamaian.
Dahulu mereka cuba membina empayar
Mereka hampir berjaya
Namun Tuhan kan hancurkannya
Kerana itu janji dariNya.
Kini giliran kami
Sebuah tangan muslim
Yang tersembunyi tanpa diketahui
Namun menyemarak bahangnya.
Tangan ini lebih berbisa
Kerana di bawah pimpinan Yang Esa
Bukan bersandar keangkuhan semata
Atau benci dan dendam.
Tangan muslim sedang mengarah
Agar Islam kembali gagah
Tangan ini tak kan menyerah
Tangan yang akan menggegar dunia
Menggetar musuh dan musuh tewas.
Klang, Selangor, Malaysia – 2011
72
THE HIDDEN MUSLIM PROJECT
Projek rahsia muslim…
Dunia dalam sengketa
Dunia memerlukan kita
Bangun semua jangan leka
Rancangan mereka pasti binasa.
Rancangan ini bukan mainan
Tersembunyi di dalam terang
Terzahir di dalam gelap
Yang faham akan mengerti.
Serangan balas
Serangan hendap yang mematah
Senjata tak dapat dilihat
Oleh mata yang jahat.
The Hidden Muslim Project
Membina sebuah tamadun
Menzahir kekuatan yang hilang
Menyatu umat yang berpecah.
Projek rahsia
Mereka merencana
Kita merencana
Tiada daya dan upaya
Melainkan dengan izin Yang Esa.
Klang, Selangor, Malaysia – 2011
73
ARMAGEDDON
Perang akhir zaman…
Perang akhir zaman
Melibatkan satu dunia
Melibatkan kita semua
Bersediakah kita.
Pertempuran yang sengit
Tak pasti senjata yang diguna
Mungkin moden
Atau sebagaimana tamadun awal manusia.
Armageddon
Jangan kita mulakan
Jangan limpahi dunia dengan kehancuran
Nanti kita akan menyesal.
Armageddon
Lupakan perang ini
Ia takkan terjadi
Jika dunia ingin bersatu
Membina dunia yang sejahtera
Tanpa batas agama mahupun bangsa.
Piece No War
Piece No War
Piece No War.
Klang, Selangor, Malaysia – 2011
74
THE MAN FROM THE EAST
Pemimpin dari Timur yang dijanjikan…
Tercetus dari ramalan manusia
Bangkitnya seorang yang akan berkuasa
Mengegar setiap penjuru dunia
Mengejut dunia yang sedang lena.
The Man From The East
Munculnya dari sebelah Timur
Pertembungan 3 lautan nan makmur
Nama kan gah pastinya tersohor
Mengubah dunia yang kelam dan kabur.
The Man From The East
Serban biru imej dibawa
Sunnah dari Nabi tercinta
Membawa sistem ekonomi Yang Esa
Mengubah seluruh sistem manusia.
The Man From The East
Kemunculannya terus dinanti
Oleh dunia sehari hari
Bagi seorang pejuang sejati
Inilah saat yang dinanti.
The Man From The East
Mungkinkah beliau dari MALAYSIA
Atau mungkinkah dari INDONESIA
Pemimpin agung yang dinanti dunia
Mengegar seluruh alam semesta
Moga dari golongan agama.
75
The Man From The East
Dunia menanti kemunculanmu
Bagi merubah yang bercelaru
Di dunia kejam yang penuh seteru
Kahabarkanlah kemunculanmu
Agar dapat kami berjuang bersamamu.
Klang, Selangor, Malaysia – 2009
76
TUHANKU
Rintihan seorang hamba…
Malam kembali lagi
Siang muncul berganti
Aku tetap di sini
Mengharap redhaMu Ilahi.
Tanganku masih mampu menggengam
Suaraku belum lagi tenggelam
Pandangan mataku tiada kelam
Namun malamku tetap malam.
Cuba ku hitung nafasku
Cuba ku bilang nadiku
Hingga aku sedar sesuatu
Tiadapun hartaku adalah milikku.
Seruan dariMu meyedar leka
Seruan berupa seruan pusaka
Mengingat insan hari terluka
Hari hitungan syurga neraka.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
77
UNTUKMU YA ALLAH
Untuk Yang Maha Mengetahui…
Syukur pada-Mu Tuhan
Kuderat pusaka yang Engkau berikan
Hingga jasadku diberi kekuatan
Melaksana setiap yang Engkau wajibkan.
Allah Tuhan Yang Maha Agong
Pedih azab-Mu tidak tertanggung
Ampunilah kejahilan yang aku lanjurkan
Berilah daku petunjuk pimpinan.
Tuhan
Lisan ini telah berkata
Mencegah kemungkaran didepan mata
Walau berat menanggung sakitnya
Tetap ku tuju gagahi jua.
Ya Allah
Semua ini untukMu ya Allah.
Ya Allah
Teruslah beri aku pimpinan
Ku terus tagih segunung keampunan
Demi mencari redhaMu Tuhan
Mencium bau syurga idaman.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
78
AIR MATA KEINSAFAN
Hadiah hamba buat Tuhannya…
Tuhanku
Aku datang lagi
Dengan tangisan ini
Ampunkanlah dosaku.
Tuhanku
Air mata ini menitis
Menghitung usia yang makin habis
Mengira dosaku yang tak mampu dihakis.
Tuhanku
Sempurnakanlah kehidupanku
Jadikanku hamba bertaqwa
Itulah yang aku minta
Walau aku hamba yang hina
Kotor dan jijik dihadapanMu Yang Esa.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
79
YA ALLAH ENGKAU CINTA AGUNGKU
Cinta tertinggi…
Ya Allah Engkau cinta agungku
Engkaulah pelindung diriku
Engkaulah penyelamat diriku
Engkau kekasih agungku.
Ya Allah Engkau adalah segalanya
Segala milikku Engkau yang punya
Kekuatan dariku Engkaulah puncanya
TanpaMu hidupku terasa sunyinya.
Ya Allah hambaMu ini lemah
Sering tertewas didalam resah
PadaMu jua kupohon barakah
Agar perjuanganku kembali gagah.
Ya Allah cinta agungku adalah diriMu
Tika ku jahil Engkau berikan ilmu
Makan minumku ihsan dariMu
Kau mengampun dan memberi tanpa jemu.
Terimalah cintaku Ya Allah
Pimpinlah diriku yang sering salah
Kasih sayangku milikMu jualah
Didepan musuhku janganlah aku kalah
Berjihad dijalanMu janganlah aku lelah.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
80
CAHAYA RAMADHAN
Ketika bulan Ramadhan…
Sinaran purnama muncul lagi
Sinaran suci anugerah Ilahi
Anugerah berharga penuh bererti
Menyeru insan supaya berbakti.
Cahaya ramadhan sungguh berharga
Sumber kekuatan pejuang dahaga
Menutup rapat pintu neraka
Meguak luas pintu syurga.
Lambaian ketenangan satu jaminan
Bersama munculnya kesucian ramadhan
Muslimin pasrah memohon ampunan
Muslimah redha mengharap keberkatan.
Isilah ramadhan dengan ibadah,
Zikir dan tasbih basahkan di lidah
Solat dan amal bersulam indah
Quran suci pengubat gundah.
Kawallah diri dari dosa
Jangan memburu lautan rasa
Yang muncul nanti hanyalah sisa.
Kembalilah pada tautan Yang Esa,
Sebelum ramadhan di hujung masa
Sebelum diri hilang kuasa,
Sebelum tiba azab dan siksa.
81
Kesucian ramadhan jangan dileka
Kerana ia penyembuh luka
Luka sisa dari sang derhaka
Sebelum tiba hari berduka
Hari hitungan syurga neraka.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
82
NUR TAQWA
Cahaya keimanan…
Taqwa
Nilai hamba disisi Tuhannya.
Nur taqwa
Petunjuk restu redha Tuhan
Yang Esa
Yang Satu
Yang Agung.
Cahaya Taqwa
Cahaya Ilahi
Cahaya kebenaran.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
83
KENALI MALAIKAT
Sepuluh malaikat yang mulia…
Tercipta daripada cahaya
Taat dengan perintah Allah Yang Esa
Beratus ribu banyak bilangannya
Wajib kita beriman kepadanya
Jibril menyampai wahyu kepada Nabi
Mikail pula memberi rezeki
Israfil meniup sangkakala
Izrail pula mencabut nyawa
Mungkar dan Nangkir bertugas bersama
Si mati dikubur disoal ditanya
Rokib „Atid mencatat amalan
Yang kita lakukan sehari-harian
Ridhuan penjaga pintu syurga
Malik penjaga pintu neraka
Itulah sepuluh malaikat yang mulia
Mari kita kenalinya
Agar iman kita sempurna.
Klang, Selangor, Malaysia – 2012
84