KAU AKU DAN DIA
Antara yang tersayang, diri dan Yang Esa…
Kau muncul walau ada segala
Kau datang meragut semula
Kau mencabar untuk merana
Kau dicari walau dimana.
Aku usung hati mendamba
Aku umpama tertelan tuba
Aku terbiar terus meraba
Aku penunggu sesuatu yang tak pasti tiba.
Kau indah tapi mengapa
Kau buat hingga terlupa
Kau lalaikan tentang siapa
Kau bernilai tapi berapa.
Aku tak daya walau berkuasa
Aku lemah walau berbisa
Aku tertunduk walau perkasa
Aku tewas melawan rasa.
Dia... punca segala punca
Dia... pembaca segala pembaca
Dia... pencipta yang Maha Kuasa
Dia... miliki segala esok dan lusa.
Kau tak sehebat Dia
Cuba ku yakin sekuat daya
Namus tangkisan tak sehebat mana
Karana fitrah ini juga milikNya.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
85
KEKASIH
Apakah harga nilai seorang kekasih…
Kau dicari walau ada segala
Kau mendambar erti bahagia
Melamar indah penghapus duka
Tenang damai bertandang semula.
Sedang sepi mengetuk hati
Diri tak mampu terus menanti
Melawan arus fitrah sejati
Kerana semua ketentuan Ilahi.
Jika kesabaran jadi taruhan
Diri ini sanggup bertahan
Biar masa sederas zaman
Dirimu tetap jadi idaman.
Asing sendiri menjadi ingatan
Bahawa diri perlukan teman
Bagi mengisi secebis kekosongan
Semoga ia kan kesampaian.
Ketentuan Yang Esa jangan dilupa
Moga kau kenal dirimu siapa
Biarpun hati meronta segala
Jangan sampai terpesong hala
Kerana kuasaNya melebihi segala.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
86
NAMA ITU
Nama seorang insan istimewa…
Jalinan kasih mula tersemai
Aku mencari sebuah damai
Rangkulan rindu payah terlerai
Inilah apa yang mampu ku hurai
Agar sayangku mampu tertunai
Hingga jemari dihias inai.
Berilah sayang aku harapan
Terhadap dirimu sepanjang zaman
Engkau kan tetap aku idamkan.
Aduhai sayang kekasih hatiku
Marilah sambut salam rinduku
Isilah ia dengan kasih sayangmu
Rebah bersama belaian rindumu.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
87
SAJAK RINDU
Ketika merindui insan tersayang…
Pasti kau sedang tersenyum manis
Senyum yang pernah buatku menangis
Menahan rindu yang tak pernah terhakis
Memendam cinta yang tak pernah habis.
Sajak rindu buatmu di sana
Moga damai bahagia hendaknya
Bersama teman pengubat duka
Bersama tugas yang perlu dilaksana.
Kita telah disatukan
Dalam sebuah ikatan risikan
Selepas ini sebuah pertunangan
Kemudianya sebuah pernikahan.
Aku bersyukur pada Ilahi
Kerana pertemuan jodoh ini
Bertemu kekasih pujaan hati
Dalam ikatan yang bersih suci.
Doa kerinduan ku kirim bersama
Moga tenang engkau disana
Aku disini damai sentiasa
Cuma rindu mengusik jiwa.
Selamat ulang tahun ke 25
Sudah 4 tahun kita bersama
Berkongsi segala suka duka
Namun akhirnya bersama jua.
88
Sampai disini sajak rinduku
Untuk gadisku pujaan kalbu
Moga nanti kita bertemu
Janganlah lupa ukirkan senyummu
Kerana disitulah mulanya cintaku padamu.
Klang, Selangor, Malaysia – 2004
89
UNTUKNYA
Diawal kata-kata…
Alangkah indahnya
Ketika kita bersama
Umpama hilang segala sengsara.
Malam ini sepi sekali
Engkau tiada di sisi
Nyanyian bayu tekun menemani
Yang terus bertiup di malam hari
Aku dibiar kesepian
Yakinku pada sebuah kesetiaan
Adakah engkau juga merasakan
Nampak jelas sebuah keindahan
Ghairah kasih setiap pertemuan
Impian penyair sepanjang zaman.
Jalinan ini sudah diikat
Aku dan engkau bagaikan dekat
Rasa rindu terus terpalu
Ia indah bak angin lalu
Adakah engkau juga begitu
Harapan agar kita direstu.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2002
90
SCORPION
Gadis pertama…
Buatnya yang istimewa
Dalam satu keluarga
Sebuah warga
Scorpio diberi nama.
14 November tarikhnya
5 November lahirnya
Segala bagai direncana
Sebuah misteri kisah cerita.
Sudah berpunya
Pastinya si dia
Tersenyum manja
Tawa nan ceria.
Masih menimba titisan ilmu
Yang pasti kadang bagai jemu
Tiada seteru
Indah tingkah dan laku.
Hanya sebuah cerita
Hanya singgahan sementara
Ia pasti buat isteri tercinta
Yang dulu selalu mengganggu lena.
Warga yang kadang ditekan
Oleh hidup yang menekan
Semua bagai tidak ketentuan
Masalah tiada jalan penyelesaian.
91
Malam menjadi teman
Lena menjadi kawan
Mimpi sahabat setia seharian
Gelap bagai terang gemerlapan.
Terkadang bagkit dari leka
Gagah berjuang sekuat daya
Segala bagai mampu diduga
Ombak lautan api segala.
Kenangan lalu mengusik jiwa
Pahit dan manis mainan rasa
Itulah ramuan hidup biasa
Hanya bekal dihari muka.
Hari esok tiada erti
Bagai telah lama ditempuhi
Kelam sayu tiada yang mengerti
Hanya kaku sepi sendiri.
Warga yang telah ditentukan
Pasrah dalam takdir Tuhan
Menunggu masa sebuah seruan
Nafas terakhir sebuah kehidupan.
Esok tugas sedia menanti
Segala tabah terus dilalui
Moga tertunai beban hakiki
Selamat sejahtera hai esok hari.
Warga menyimpan rahsia dihati
Mungkin dendam bawa ke mati
Kalau teman sahabat sejati
Andai musuh kukuh terpatri.
92
Senyum menggoda
Jiwa nan sepi terusik rasa
Namun semua manusia biasa
Terdapat batasan setiap daya.
Tekanan jiwa menekan
Tak tertanggung sebuah tanggungan
Sering tertewas dalam cobaan
Lemas dalam dunia kehidupan.
Bangkit dan tewas bagai rancangan
Semua menjadi diari ingatan
Tertulis dalam sajak coretan
Abadi kenangan sepanjang zaman.
Klang, Selangor, Malaysia – 2007
93
RINDU INI KIAN MEMBARA
Ketika menifestasi seni UKM…
Gelora rasa telah ku luah
Kasih padamu telah berbuah
Tercampak jauh jutaan resah
Gundah di hati terlempar musnah.
Tenang merentas lautan rasa
Ombak menghenyak mencabar kuasa
Namun rindu ku tetap terasa
Hebatnya mampu menghenti masa.
Suara rindu sering berkata
Agar bersama terus berdua
Tidak hiraukan sapa sahaja
Asalkan hati sama bahagia.
Rindu ini kian membara
Entah di mana nokhtah akhirnya
Mampukah terubat bila bersua
Adakah terluah bersama tawa.
Dalam merentas jalinan rindu
Hati diseru suara Yang Satu
Agar tindakan tidak melulu
Supaya rindu terus berpandu.
Dalam meniti rindu ini
Hati disemat kalimah Ilahi
Batasan tergaris jangan diingkari
Sempadan hukum jangan dicerobohi
Pastikan muncul „rindu‟ sejati
Yang akan kekal ke akhir nanti.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
94
TERIMA KASIH SAYANG
Penghargaan buat kekasih…
Terima kasih sayang
Duka yang lalu telah kau buang
Yang ada kini hati yang tenang.
Terima kasih sayang
Kerana memberi aku peluang
Meluah rasaku yang lama terpendam
Menzahir rinduku yang lama ku idam.
Terima kasih sayang
Kini kasih kembali pulang
Kerana keikhlasan yang engkau berikan
Menghargai segala yang aku curahkan.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
95
MAAFKAN DAKU SAYANG
Hanya kemaafan yang ku pinta…
Maafkan daku sayang
Andai hadirku tidak kau undang
Dan kasihku ini bagimu terlarang.
Maafkan daku sayang
Andaiku tak mampu membuat kau girang
Andai bicaraku buat kau terguris
Hingga hatimu terkadang terhiris.
Maafkan daku sayang
Atas kesilapan yang ku lakukan
Atas caraku yang kadang menekan
Atas sikapku yang keterlaluan.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
96
TAHUKAH ENGKAU
Adakah engkau mengetahuinya...
Tahukah engkau
Saat ini aku merindu
Senyuman manismu
Umpama madu.
Tahukah engkau
Betapa aku sayang
Kepadamu
Kasihku bersatu
Bertemu.
Tahukah engkau
Betapa aku tak mampu
Menahan semua rasaku
Terhadapmu
Kekasih hatiku.
Tahukah engkau
Betapa aku tak tahu
Mengapa engkau terus dirindu
Dan tahukah engkau
Hanya engkau
Seorang
Sayangku.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
97
RINDU PADAMU
Hanya ini yang ku rasa…
Ketenteraman entah di mana
Terkadang ada terkadang tiada
Sunyi ini bagaikan lama
Menanti kasihmu secebis cuma.
Rindu padamu kini terasa
Halus seninya penuh kuasa
Tusukan tajamnya penuh berbisa
Damai indahnya membunuh masa.
Rindu padamu
Rindu padamu
Rindu padamu.
Hanya untukmu sepanjang zaman
Aduhai dara gadis idaman.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
98
RINDU PADAMU II
Rindu lagi…
Rindu lagi
Hidup kini kian teruji
Rindu, kasih, sayang di hati
Semua mengajar kehidupan hakiki.
Rindu padamu
Hanya dirimu.
Rindu padamu
Dambakan ucapan
Pertemuan.
Belaian
Kasih dan sayang.
Rindu padamu kian semarak
Hakikat diri yang semakin sebak.
Rindu padamu
Penawarnya jauh di sana
Kerana ia milikmu jua.
Rindu padamu
Berilah aku penawar itu
Walau hanya sedetik waktu.
Penawar rindu
Semua tersirat dibibir manismu
Tengukir senyuman semanis madu.
99
Rindu padamu
Ditengah perit derita perjuangan
Engkau tetap aku rindukan
Menjanji secebis sisa ketenangan.
Rindu ini
Membuat aku sepi sendiri
Sunyinya menanggung rindu dihati
Terhadap kekasih yang aku ingati.
Duhai sayang yang sering ku rindu
Sambutlah sayang salam kasihku
Sembuhkan dengan senyum bibirmu.
Sayangku
Aku rindu padamu
Maafkan segala salah silapku
Terima kasih atas kesabaranmu
Tabah menanti detik indah itu
Sedang rindu terus terpalu
Untukmu gadis kekasih hatiku.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
100
HUBUNGAN INI
Hakikat hubungan aku dan dia…
Hubungan ini sukar diungkap
Tiada bicara yang mampu menangkap
Tiada kata yang mampu menyingkap
Bagai bahagia di dalam dakap.
Hubungan ini bagai mimpi
Duka derita sayu sepi
Gembira tawa senyum dihati
Ia tentu kekal tak pasti.
Hubungan ini bagai cerita
Susun atur cetusan pendita
Bagai pahlawan menghunus senjata
Rebah bangun mencurah berita.
Hubungan ini bak cindai putih
Jua umpama air yang jernih
Kitalah pastikan ianya bersih
Jika kandas kitakan tersisih.
Hubungan ini bagai pemburu
Mencari buruan yang kadang keliru
Tusukan cabaran kan datang berderu
Semangat sakti kan gagah menyeru.
Hubungan ini kadang bahagia
Segala cerita kongsi bersama
Detik dilalu sengsara lama
Mungkin sejati ini yang pertama.
101
Hubungan ini kan lama begini
Kerana masa belum ditemui
Belum tercapai apa dihajati
Turutkan hati pastikan mati.
Hubungan ini sama dipertahankan
Jangan punah hancur berserakkan
Akan musnahlah segunung harapan
Sepilah rindu masa hadapan.
Hubungan ini terkadang sengsara
Sakit bagai menggenggam bara
Karana rindu kian lara
Sedang kebenaran membataskan cara.
Hubungan ini kadang damai
Tika bersama kasih tersemai
Mencurah kasih agar terurai
Menyimpul ikatan tanpa terlerai.
Hubungan ini kadang tersiksa
Tercabar gagah genggaman kuasa
Bila tak jumpa tanpa bersua
Sakit merindu senyum dan tawa.
Hubungan ini berbagai tajuk
Senyum di hati bila kau merajuk
Bila diri terasing terpupuk
Pandai pula senyummu memujuk.
Hubungan ini satu pengalaman
Pasti kan kekal dalam ingatan
Putaran beredar sederas zaman
Pasti menyemat seribu kekuatan.
102
Hubungan ini sulam berkisar
Paduan sayang lembut dan kasar
Seni sulaman pukulan pendekar
Lembut dan kasar kuak terbongkar.
Hubungan ini bukan mainan
Bukan juga selingkar caturan
Bagai sudah tertulis ditakdirkan
Izin Ilahi yang akan menentukan.
Hubungan ini jangan cemarkan
Oleh tindakan yang keterlaluan
Bila cemburu memberi tusukan
Pasti amarah menjadi taruhan.
Hubungan ini kini diduga
Oleh cabaran yang tidak terkata
Terpisah jauh antara kita
Namun rindu tetap bertahta.
Hubungan ini bukan gurauan
Bukan pula ikutan perasaan
Ia mencorak masa hadapan
Baik buruknya kan kekal diingatan.
Hubungan ini telah terbina
Walau cuaca beri bencana
Walau malam kadang gerhana
Namun halanya terus ke sana.
Hubungan ini jangan dicemar
Kelak sepi sepasang camar
Sesal sendiri di sudut kamar
Cahaya redha bagaikan samar.
103
Hubungan ini ada batasan
Membeza tingginya kedudukan insan
Menilai makhluk di sisi Tuhan
Segala laku disusul balasan.
Hubungan ini terlalu berharga
Bagai musafir sedang dahaga
Tersua air di dalam telaga
Melempar haus bersama bangga.
Hubungan ini penuh kenangan
Yang berlalu bagai bayangan
Tak kan kembali bagai ulangan
Rindu dan sayang jadi pegangan.
Hubungan ini pastikan kekal
Andai berpaksi semangat yang cekal
Andai kejujuran menjadi bekal
Andai dipimpin kewarasan akal.
Hubungan ini
Tiada lagi yang mampu ku ucapkan
Hanya ini sebagai pegangan
Dan sematlah ia dalam ingatan.
Jika semua merestukan
Jika segala cita menjadi kenyataan
Jika takdir mengizinkan
Akan ku lamar kau menjadi teman
Buat hidupku sepanjang zaman
InshaAllah.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2001
104
KECEWA
Kesal sikap sahabat…
Sekali lagi aku diperdaya
Oleh makhluk bernama hawa
Hingga hilang keikhlasan tawa
Yang datang hanya seribu kecewa
Rupanya aku sebagai bahan
Bahan percaturan sebagai teman
Bagi menepis setiap cemuhan
Duka laranya aku yang menahan
Mengapa dirimu sekejam itu
Membuat diriku hampir keliru
Tersalah nilai tentang dirimu
Tersusuk perit menikam kalbu
Duka ini engkau coretkan
Tahukah dirimu aku berperasaan
Aku juga seorang insan
Yang dibekal hati dan perasaan
Inikah nilai seorang sahabat
Sanggup membuang kekuatan kuderat
Sanggup menelan dendam kesumat
Demi ikatan yang kuat tererat
Hati kecilku terlalu pedih
Ku bawa diri bagai tersisih
Mengharap sayang seorang kekasih
Yang datang pula lautan sedih
105
Terima kasih duhai sahabat
Yang mengajar erti tersurat.
Dalam rindu dan amarah
Cuba ku buang segala resah
Sedang aku terbiar rebah
Menelan pahit segala gundah.
Jika ini yang engkau pinta
Dari seorang sahabat setia
Aku akur pada segala
Agar dirimu berbahagia.
Telah lelah aku mencuba
Membohongi hati yang kian hiba
Namun aku tidak terdaya
Walau diriku pahlawan waja.
Ketabahanku tak sampai ke mana
Kerana aku manusia biasa
Tak mampu lari dari derita
Dan menagih sayu kesucian cinta.
Demi sebuah kasih sejati
Barlah aku mengundur diri
Mengharung derita sepi sendiri
Moga kau bahagia aku begini.
Kini sahabat kembali asal
Biar aku sedih dan kesal
Sekali aku terlanjur menyayangi
Ke akhir hayat aku merindui.
Mengapa dirimu begitu kejam,
Membunuh hatiku bagai direjam
Tidak wujudkah padamu simpati
106
Sebagai sematan di dalam hati
Kepada seorang sahabat sejati
Yang dihormati hingga ke mati.
Pada siapa ingin ku luahkan
Derita ini yang makin menekan
Berilah aku secebis kekuatan
Agarku kembali pada perjuangan
Mengharung segala onak dugaan
Memburu setia selaut ketenangan.
Oh Tuhan Yang Maha Esa
Duka hatiku perit terasa
Pedih sakitnya penuh berbisa
Berbisa, berbisa, berbisa.
Mengapa kesedihan terus bertandang
Pada hatiku yang makin usang
Pergilah duka jauh terbuang
Pergilah kesedihan jauh terusang.
Biar aku kembali tenang
Agar hidupku embali damai
Dan benih kekuatan terus tersemai
Dan buah kemenangan mampu ku tuai.
Selamat malam sahabat tersayang
Biarlah takdir yang menentukan
Kiranya datang suatu ketika
Seruan azimat dari Yang Esa
Yang menyeru agar kita bersama,
Memadu kasih yang ku idam lama.
107
Maka tika itu aku berkata
Suatu kata yang pasti ku kota
Hanya dirimu yang aku cinta
Hanya hatimu yang mampu bertahta
Di dalam hatiku yang penuh cerita..
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
108
SAYANG PADAMU
Aku sering merasakannya…
Hanya itu mampuku luah
Moga sayangku terus berbuah
Benihnya pula terus bercambah
Untuk gadisku sayangku Jariah.
Diriku terlalu menyayangimu
Diriku terlalu sayang padamu.
Sematlah sayang kalimah ini
Genggamlah ia penuh berani
Kerana semuanya ada di sini
Hakikat rasaku memang begini.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
109
ULANG TAHUN KE-4
Ulang tahun detik bersejarah itu…
4 tahun sudah berlalu
27 September terpahat padu
Dua jiwa meluah rindu
Kasih dan sayang yang lama terbuku.
Kini kita makin dewasa
Suka dan duka telah dirasa
Mengajar hakikat sebuah cinta
Yang penuh indah tidak terkata.
Jodoh kita tak sampai lagi
Tahun hadapan seperti dijanji
Siksa menunggu tidak terperi
Moga tertunai hasrat dihati.
Ku lihat dirimu makin menawan
Senyum manis bak pueri kayangan
Membuat jantungku gugur bertaburan
Menatap senyuman gadis pujaan.
Tarikh ini menjadi ingatan
Tika pertama kali aku meluahkan
Kita bagai tidak keruan
Apakan daya engkau ku dambakan.
Maafkan diriku duhai sayang
Segala derita jangan dikenang
Segala bahagia moga kan berulang
Moga gembira dibawa pulang.
110
Terima kasih gadis pujaan
Atas segala yang kau lakukan
Atas setiap yang engkau korbankan
Demi mempertahan sebuah perhubungan.
Salam sayang buat dirimu
Ulang bulan ke-5 ku tunggu-tunggu
Tika itu kau menjadi isteriku
Itulah hajatku sedari dahulu
Sejak pertama kali terpandang wajahmu.
Klang, Selangor, Malaysia – 2004
111
BAGAIMANA IA BERMULA
Disini ia bermula…
Berdetik hatiku pandangan pertama
Ingin rasanya berdua bersama
Biarpun hanya sedetik cuma
Tinggi harganya bagaikan lama.
Terlihat dirimu sungguh ceria
Tawa riangmu menggamit bahagia
Namun wajahmu tersirat cerita
Menyimpan lautan rahsia derita.
Ku lihat kau tak banyak bicara
Tak pandai pula berpura-pura
Namun tak pandai menyembunyikannya
Bila marahmu bakar membara.
Melihat tingkahmu terkadang tegas
Melontar sikap yang sukar di bidas
Namun hatimu lembut dan ikhlas
Hinggakan dirimu terkorban dan lemas.
Melihat semua lakuan itu
Terdetik hatiku mendekatimu
Mungkinkah aku sudah bertemu
Dengan gadis idamanku.
Cubaku rapat dekat mengenali
Hanya sebagai sahabat disisi
Mungkinkah engkau wanita sejati
Untuk menjadi kekasih hati.
112
Sekian lamanya aku mengkaji
Kesabaran ku pula kian teruji
27 September segalanya terbukti
Sayangku padamu ku luahkan ke hati.
Tertunduk dirimu bagai merpati
Senyum terukir penuh bererti
Kita menyimpul sebuah bukti
Mengikat padu sebuah janji
Moga mendapat keredhaan Ilahi.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
113
SENYUM MANISMU
Penawar rindu…
Engkau sering mengukirkannya
Aku sering mendambakannya
Kerana ia penuh berharga
Menjadi penawar duka dan lara.
Tiap kali kita bertemu
Aku merindu senyum manismu
Akan ku tatap tanpa jemu
Akan ku semat di dalam kalbu.
Senyumlah selalu duhai sayangku
Hanya itulah penawar rinduku.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
114
LEMBARAN PUTIH
Kertas putih hadiah buatmu…
Malam itu milik kita
Terlempar jauh segala derita
Hujan yang turun membawa cerita
Riwayat agung kesucian cinta.
Senyum bibirmu bagaikan penawar
Bagai sang teruna datang melamar
Bagai si dara tersipu di kamar
Bahagia bagai sepasang camar.
Ku utus secebis lembaran putih
Tanda niatku yang suci bersih
Tanda sayangku yang kian jernih
Hanya untukmu duhai kekasih.
Lembaran putih ku utus buatmu
Walau tak seindah mawar di situ
Walaupun itu bukan mahumu
Namun niatku tetap satu
Meluah rinduku yang kian terbuku
Menzahir sayangku di dalam kalbu.
Terimalah lembaran putih itu
Hanya itu yang aku mampu
Ia bukanlah bernilai beribu
Kerana kasihku bukanlah di situ.
Hujan ini semakin lebat
Bagai sayangku yang makin hebat
Hanya satu menjadi hajat
Senyumlah sayang walau sesaat
Moga rinduku akan terubat.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
115
LAMBAIAN SAYANG
Detik luahan hatiku padamu…
Malam bagai tersenyum riang
Melihat insan memadu sayang
Duka sayu jauh terbuang
Pedih dan pilu sembunyi hilang.
Rasa ini bukan mainan
Bukan tercipta dalam ciptaan
Hanya batin yang mampu menghuraikan
Sembunyi tenang dalam kocakan.
Hasrat tertutup sekian lama
Detik yang lalu bagaikan bisa
Kini hampir terluah segala
Rupanya rasa dirasa jua.
Sayang hampir ke puncak nyata
Namun hati mula berkata
Mengapa terkunci dalam cerita
Walau hati sudah bertahta.
Moga bahagia duhai hati
Malam ini bagaikan bukti
Inilah dia kasih sejati
Anugerah Tuhan yang penuh bererti
Harap kan kekal hingga ke mati.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
116
DIHARI LAHIRMU
Buat sahabat teristimewa…
Selamat hari lahir
Ucapan ikhlas yang mampu ku ukir
Meluah rasa agar terzahir
Terdambar sayang hingga ke akhir.
Aliran masa sembunyi sesuatu
Bagai tersusun menjadi satu
Mencabar hati supaya berseru
Melamar sayang di dalam kalbu.
Apakah Tuhan menguji lagi
Setelah sengsara terusung pergi
Memanah batin tersiksa sendiri
Sakit pedihnya tak terperi.
Mungkinkah ini nokhtah derita
Yang hebat tertanggung sekian lama
Apa ku pinta secebis cuma
Moga Yang Esa memimpin segala
Bahagia tersulam hingga ke akhirnya.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
117
HATI INI TAK MAMPU DIBOHONGI
Kenyataan didalam hati…
Diri mampu mendusta semua
Sembunyi resah didalam tawa
Sembunyi syahdu segala kecewa
Hanya diri yang tahu segala.
Siapakah dirimu duhai wanita
Senyum bibirmu tersirat cerita
Sayu matamu melamar derita
Gemersik suaramu menggugat jiwa.
Mengapa sayang muncul kembali
Ditengah gagah perjuangan ini
Mengapa rindu bertandang begini
Hingga menggugat kekuatan diri.
Berat sungguh bebanan ini
Beban menanggung cinta sejati
Kerana hati tak mampu dibohongi
Yang tinggal hanya kecewa sendiri.
Oh Tuhan berilah kekuatan
Untukku rempuh lautan dugaan
Melawan bisikan nafsu dan syaitan
Agarku kembali kepada perjuangan
Perjuangan memburu redha-Mu Tuhan.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 2000
118
MERINDU
Ketika diri ini terlalu rindu…
Segalanya mungkin
Kehidupan tidak mudah dijangka
Perjuangan tak indah diharap
Rindu derita sayang terusap.
Kita mampu mendusta semua
Terlindung sayu bersuram tawa
Apa terasing sendiri kecewa
Gundah sangsi sama terbawa.
Terbayang indah senyuman manis
Sayang hanya bayangan habis
Nyata tertulis hanya tangis
Terumbang lemah di atas garis.
Damba sua tentang bersama
Tenang detik sedetik cuma
Lafaz sepi sesayu nama
Sangsi masa bertapak lama.
Ucapan asing sunyi sendiri
Satu kata bercerai hari
Pantas pintu di hujung tari
Di atas tinggi asing jemari.
Rasa malang seorang merindu
Dirindu tenang terjual sendu
Seorang membeli melangit padu
Di sana jauh kecil rindu terpandu.
UKM Bangi, Selangor, Malaysia – 1999
119
SIAPAKAH DIRIMU
Buat seorang gadis misteri…
Sekilas pandang sayu indah
Hati tenang kembali gundah
Rasa teralir menuju resah
Aku yang damai kini gelisah.
Siapakah dirimu duhai insan
Ayu dirimu bak permata hiasan
Manis bibirmu umpama manisan
Sayu matamu bak indah titisan.
Siapakah dirimu gadis remaja
Cara gayamu begitu manja
Mungkin ramai yang ingin memuja
Hingga tergugur pahlawan waja.
Siapakah dirimu wahai dara
Hingga aku sendiri lara
Inginku dakap bicara suara
Biarpun terpaksa ku genggam bara.
Mengapa sedetik kita bersua
Belum pun sempat ku tanya siapa
Belum pun puas ku tatap rupa
Namun kau takkan ku lupa
Dan akan ku buru walau kau siapa.
Klang, Selangor, Malaysia – 2000
120
DIRIMU SIAPA
Masih untuk gadis itu…
Laman itu menjadi saksi
Terukir dirimu dalam puisi
Tapi kau tiada di sisi
Ruang ini tidak kau isi.
Mengapa kau terus dipuji
Sedang segala tak pernah berjanji
Gagah genggam semakin teruji
Gugur musnah erti benci.
Kau ku damba setiap masa
Panahan wajahmu sungguh berbisa
Gerak senyummu sangat berkuasa
Hingga ku tewas menepis rasa.
Mungkinkah kau bisa ku temu
Ingin benar bersua denganmu
Akan ku tatap tanpa jemu
Akan ku hurai siapa dirimu.
Selamat malam gadis ayu
Moga salamku dibawa bayu
Dihitung hari yang makin layu
Ditengah masa yang sering sayu
Hanya untukmu gadis Melayu.
Klang, Selangor, Malaysia – 2000
121
LEBARAN INI
Hari raya tahun ini…
Lebaran ini
Bukan yang seperti ku lalui
Kerana kasihku telah kau hargai.
Lebaran ini
Diri tidak lagi sendiri
Kerana hatiku sudah kau miliki.
Lebaran ini
Ingin sekali bersamamu gembira
Agar terbuang duka dan lara.
Lebaran ini
Ku pohonkan kemaafan
Di atas segala yang ku lakukan.
Lebaran ini
Ku pohonkan kepada Tuhan
Semoga dirimu diberi ketenangan
Bahagia menyambut cahaya lebaran
Biarpun kita terpaksa berjauhan
Dan janganlah itu kau kesalkan
Semoga kau dan aku akhirnya disatukan.
Klang, Selangor, Malaysia – 2000
122
MALAM PERTUNANGAN
Malam indah pertunangan kita…
Ku ingin lelapkan mata
Menamatkan hari-hari biasa
Melupakan alam nyata
Mengharung alam mimpi sementara.
Namun hati terdetik
Bagai ada yang mengusik
Suara entah dari mana berbisik
Merenung dulang yang berlapik.
Ku renung satu persatu
Bagai mimpi yang selalu mengganggu
Pada malam yang telah lalu
Bila terjaga hati kan sayu.
Ku renung lagi
Bahan kain untuk pernikahan nanti
Warna lembut pilihan hati
Detik itu satu yang pasti.
Selandang lembut menghias dulang
Tuala biru dilipat berulang
Sejadah suci teman sembahyang
Telekung putih ke jalan pulang.
Buah-buahan berbagai warna
Kuih manisan pemanis rasa
Kek pertunangan untuk semua
Setepak sireh sempurna adatnya.
123
Sebentuk cincin permata berlian
Untuk si dia gadis idaman
Menunggu masa untuk disarungkan
Alangkah indahnya sebuah pertunangan.
Aku masih mengelamun sendirian
Inikah yang selama ini aku nantikan
Mimpi yang kini jadi kenyataan
Disatukan dengan gadis pujaan.
Esok aku akan ke sana
Bersama kedua ibu dan bapa
Bersama juga sanak saudara
Membawa hantaran sebagai tanda.
Selepas ini lebih bererti
Hubungan ini sudah direstui
Moga bahagia kan menyelubungi
Hingga akhir masanya nanti.
Esok dan lusa akan berlalu
Ku nanti detik senyum manismu
Yang jadi penawar kegelisahanku
Penjadi azimat buat diriku.
Tidak semastinya semua indah
Kadang sayu terkadang gundah
Cabaran hidup bukannya mudah
Kerana kita hambaNya yang lemah.
Terima kasih diatas kesudian
Menerima Kanda sebagai teman
Buat menemani secebis kesepian
Buat mengisi ruang kekosongan.
124
Maafkan Kanda diatas kesilapan
Sepanjang kita dalam perkenalan
Moga esok kita kan lebih sefahaman
Dalam meniti alam pertunangan.
27 September telah kita lalui
Akan ku kenang hingga ke mati
28 November kini dirasai
Hari gembira penuh bererti.
29 Mei ku nanti-nanti
Untuk ku tunai segala janji
Moga Tuhan merestui
Berdua kita sama melayari
Alam indah bersamamu bidadari.
Klang, Selangor, Malaysia – 2004
125
HARI HANTARAN BELANJA
Hari yang berbahagia…
Pagi ini burung di laman menyanyi riang
Cuaca damai hening dan tenang
Merai hari ikatan cinta dan sayang
Diri yang satu kan kembali pulang.
Dulang tembaga pelapik hantaran
Tersusun rapi segala barangan
Album berisi terkota perjanjian
Kemuncak rasa alam percintaan.
Duhai sayang yang aku rindukan
Dirimu tetap jadi pujaan
Walau dugaan kejam menekan
Namun tak mampu menghalang tujuan.
Senyuman darimu pengubat duka
Mengisi ruang jiwa tersiksa
Kerananya jua aku gembira
Kerana segala bermula darinya.
Enam puluh lapan hari
Hari-hari yang akan dilalui
Sebelum sempurna ikatan janji
Moga sabar sama menanti.
Rombongan ketiga kan pasti tiba
Tertunai sudah segala cinta
Moga kebahagiaan menemani semua
Nikmat cinta dirasai selamanya.
126
Salam sayang buat dirimu,
Terima kasih sabar menunggu,
Melayan kerenah tanpa jemu,
Maaf segala salah silapku,
Moga kita bertemu lagi,
Belaian kasihmu ku tanam dihati,
Moga kan subur terus dibajai,
Dan indah berbunga sehari hari,
Mekar dan harum keakhir nanti…
Klang, Selangor, Malaysia – 2005
127
ISTERIKU
Buat isteriku tersayang…
Malam ini kau sedang lena
Mungkin letih seharian bekerja
Namun aku masih terjaga
Melayan hati yang entah apa.
Rindu padamu terus terasa
Biarpun telah lama kita bersama
Menongkah arus hidup bahagia
Terus menebal perasaan cinta.
Ingin terasa memelukmu
Agar hilang rasa rinduku
Namun kau tak bisa ku ganggu
Ku semat rinduku di dalam kalbu.
Terima kasih aku ucapkan
Diatas segala pengorbanan
Diatas segala yang kau curahkan
Kasih dan sayang rindu berpanjangan.
Malam kian belabuh pergi
Rindu padamu menebal dihati
Moga esok kan jumpa lagi
Menyemai benih kasih sejati
Menjadi sebuah kenangan abadi.
Klang, Selangor. Malaysia – 2007
128
BALASAN KASIH
Berikut adalah senarai penyumbang kepada penerbitan
buku ini yang terdiri daripada syarikat-syarikat
pertubuhan dan orang perseorangan.
6-1, Jalan Seksyen 2/15,
Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor.
Tel/Fax: 03 8926 3806
Mobile 1: 012 321 5468 (Cikgu Idris)
Mobile 2: 012 213 4846 (Cikgu Rasyidah)
Binajago Martial Arts and Sport
Lot 2122, Km 10.5, JalanMeru, 41050, Klang, Selangor.
Tel :019-2447888
INFITAH TRAINING & CONSULTANCY
D’VIEDA HEALTH & BEAUTY SHOP
( Fbidafarida )
No 1, JalanRia 1 Taman Gembira, 73400 Gemas
NegeriSembilan :011-10718384
PERSATUAN BELIA WAJA WATAN
KHIDMAT DOBI AZIROCH LAUNDRY
Perkhidmatan Dobi Aziroch
Lot 1874, Batu 7, KampungMeru
41050 Klang
Selangor
SENARAI NAMMA PENAJA INDIVIDU
HARRY LORD
Ahli Group Facebook Pewaris Keramat
ACHIK GHAZI
Ahli Group Facebook Pewaris Keramat
KHAERUL AZZAM
Ahli Group Facebook Pewaris Keramat
MUHAMAD HASRI
Pelabuhan Klang, Selangor
HAZ MASKULIN
KLIA, Kuala Lumpur