The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWIM SMI AL IKRAM 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nusaibahmohamad95, 2021-11-30 22:05:03

MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWIM (Draf 4)

MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWIM SMI AL IKRAM 2021

KAKITANGAN SMI

Dari Kiri:
Barisan bawah: En Mohd Muhsien, En Mohd Shukur, En Ahma
En Fakhrullah
Barisan Tengah: En Hisyammuddin, En Md Razhi, Pn Badriyah,
Barisan Atas: Cik Nur ’Awatif, Pn Siti Nurhanisah, Pn Noor Hafiz
Hazwani, Cik Safina, Cik Syahida, Pn Huda, Pn Mashitoh, Cik Nu

I AL-IKRAM 2021

ad Alimuddin, En Luqman Hakeem, En Mohamad Naufal,
Pn Wardatul Iman Sidhu, Pn Noryafizatul Izwa
zah, Pn Rahimah, Cik Nusaibah, Pn Fazlul Huda, Pn Nur
ur Shahirah

JAWATANKUASA PENGURU

Dari Kiri:
En. Hisyammuddin (PK HEM), En Md Razhi (Pengetua), Pn Bad
Sidhu (PK Tarbiah), Pn Noryafizatul Izwa (PK Kokurikulum), Pn

USAN SMI AL-IKRAM 2021

driyah (PK Pentadbiran Dan Kurikulum), Pn Wardatul Iman
n Nur Hazwani (Setiausaha)

Sekapur Sireh Pengetua

Sekapur sireh seulas pinang,
Ramuan temurun ayah bonda,
Idea disusun wawasan dicanang,
Moga menjadi pedoman bersama.

Manual pengurusan disusun rapi,
Empat dara menjadi setiausaha,
Bersama membangun jiwa murabbi,
Menjana generasi rabbani menjadi cita.

Assalamualaikum wbt.

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya layak kita
panjatkan kepada Allah Azzawajalla dan setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah Azzawajalla atas
segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita terutamanya dengan nikmat Iman dan Islam ini. Selawat dan
salam kita utuskan buat junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan
seluruh pembawa Risalah Islam hingga ke akhir zaman.

Selamat tinggal 2020 yang telah membuktikan dengan nyata akan kesungguhan dan pengorbanan para
muallim dan muallimah SMI Al-Ikram. Sekalung ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi rakaman penghargaan
atas segala jasa dan pengorbanan, hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Selamat datang 2021 yang lebih mencabar! Insya-Allah dengan kegigihan semua muallim dan muallimah
kita berjaya menyiapkan Manual Pengurusan 2021 yang lebih komprehensif kali ini. Semoga dengan itu, segala
urusan kita pada tahun 2021 ini diharapkan akan lebih tersusun dan teratur. Diharapkan murid-murid kita akan
lebih bersemangat dan dapat menunjukkan kejayaan yang lebih cemerlang.

Sekali lagi, marilah sama-sama kita berdoa dengan bersungguh-sungguh agar usaha-usaha bersepadu
yang telah dan sedang kita laksanakan ini dapat kita teruskan lagi sehingga Allah izinkan semua hasrat pendidikan
IKRAM-MUSLEH berjaya kita penuhi terutamanya dalam aspek kemenjadian murid.

Membuka tirai tahun 2021 ini, buat para muallim dan muallimah, suka untuk sama-sama kita
diperingatkan semula berkaitan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang bermakna (meaningful) dan
berdaya fikir (thoughtful), perlu terus kita teroka sehingga kita berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menyeronokkan (learning is fun). Sebagai muallim dan muallimah kita perlu memiliki sekurang-kurangnya
tiga CINTA. Kita perlu cinta dan suka mengendalikan sesi PdPc, kita perlu cinta dan suka kepada semua murid
kita tanpa syarat dan ingin melihat mereka berjaya dan akhirnya sudah pasti kita sebagai muallim dan muallimah
perlu cinta untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri kita sendiri.

1

Sentiasa mengingatkan juga pada diri kita masing-masing bahawa kerja kita ini adalah IBADAH yang
besar, mendapat ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran di sisi-Nya serta diampunkan segala dosa-dosa kita. Dua
hadith buat renungan kita bersama:

)‫َم ْن أَ ْم َسى َكالاًّ ِم ْن َع َم ِل يَ ِد ِه أَ ْم َسى َم ْغفُ ْو ًرا َلهُ (رواه الطبراني‬
Barang siapa yang petang hari duduk kelelahan lantaran pekerjaan yang telah dilakukannya, maka ia akan
dapatkan petang hari tersebut dosa-dosanya diampuni oleh Allah SWT. (HR. Thabrani)

،ُ‫ لاَ تُ َكفِّ ُر َها ال َّصلاةُ َولاَ ال ِ ِّصياَ ُم َولاَ ا ْل َح ُج َولاَ ا ْلعُ ْم َرة‬،‫ِإ َّن ِم َن الذُّنُ ْو ِب َلذُنُ ْوبًا‬
)‫قَا َل َو َما تُ َك ِّف ُر َها يَا َر ُس ْو َل اللهِ؟ قاَ َل ا ْل ُه ُم ْو ُم ِف ْي َطلَ ِب ا ْل َم ِع ْي َش ِة (رواه الطبراني‬
‘Sesungguhnya antara dosa-dosa itu, terdapat satu dosa yang tidak dapat dihapuskan dengan solat,
puasa, haji dan umrah.’ Sahabat bertanya, ‘Apa yang dapat menghapuskannya wahai Rasulullah?’
Beliau menjawab, ‘Semangat dalam mencari rezeki.’ (HR. Thabrani)
Doa dan harapan kita akhirnya adalah, Allah mengampuni segala dosa kita dan dengan rahmatNya
menerima segala amalan kita dan memasukkan kita ke dalam golongan beruntung sebagaimana firman Allah
dalam surah Ali ‘Imran ayat 185 yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga, maka
sesungguhnya dia telah BERUNTUNG. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang
memperdayakan.” (Ali ‘Imran ; 3:185)
Semoga Allah makbulkan semua hasrat suci kita ini. Sesungguhnya walau kita telah berusaha merancang
dengan sebaiknya, akan tetapi taufik dan hidayah Allah jua yang akan menentukan kejayaannya. Tidak ada
sebarang daya dan kekuatan melainkan kekuatan dari Allah jua. Selamat bertugas semua !!! Luv U all...

Akhukum fillah,

(MD RAZHI BIN HASSAN)
Pengetua
SMI AL-IKRAM 2021

2

Sekapur Sireh Pengerusi
JPS

Assalamualaikum wbt,
Semoga kita semua sentiasa diberi rahmat dan hidayah-Nya. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT atas
segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita, semoga kita dapat menghargai segala pemberian yang telah
diberikan.

Pertamanya, suka untuk saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Pengetua,
Guru-guru Penolong-penolong Kanan serta para guru dan kakitangan yang telah terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Islam
Al-Ikram ini. Sekalung tahniah kerana anda semua masih terus setia menabur bakti di sekolah ini.

Tahun 2020 telah meninggalkan banyak peristiwa dan kenangan yang menjadi sejarah kepada kita
semua. Ujian Covid-19 yang hadir serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pastinya telah mengubah
cara hidup kita. Kesannya telah dirasai oleh semua pihak samada di peringkat bawahan atau atasan, tua atau
muda. Guru-guru yang terlibat dengan pendidikan juga tidak terkecuali malah terpaksa berdepan dengan norma
baharu “pendidikan pasca pandemik Covid-19” ini. Kesungguhan para guru untuk memastikan pendidikan anak-
anak tidak terabai telah terbukti apabila semua guru sanggup berpenat lelah berusaha mengadakan kelas-kelas
secara atas talian dengan para pelajar meskipun wujudnya cabaran yang perlu dihadapi. Yakinlah, sesungguhnya
keikhlasan dan usaha murni para guru ini pasti akan dilipatgandakan lagi ganjaran dari Allah SWT.

Pada kesempatan ini juga saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan dan guru-
guru SMI Al-Ikram yang telah terlibat dalam menghasilkan Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah bagi sesi
2021. Satu usaha yang pastinya amat bermanfaat kepada semua dan maklumat-maklumat yang tercatat di
dalamnya dapat dijadikan rujukan dalam menjalankan kerja harian. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan akan
menjadi contoh kepada mereka di luar sana. Renungilah satu hadis dari Rasulullah SAW:

“Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka
akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan
mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan

3

yang buruk lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa
orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” (HR. Muslim – no. 1017)
Akhir kata, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah terus memberikan kekuatan untuk kita istiqamah
dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan pelajar-pelajar kita di SMI Al-Ikram selari dengan Visi Pusat
Pendidikan Al-Ikram Pulau Pinang (PPAIPP) iaitu “menjadi Institusi Pendidikan Integrasi Terunggul” yang dapat
melahirkan Insan Rabbani seperti yang tercatat di dalam Motto SMI Al-Ikram. Teruskan berusaha, SMI Al-Ikram
pasti boleh, insya-Allah.
Salam Ukhuwwah,

Hj Mohamad b Abdul Rahman
Pengerusi Jamaah Pengurusan Sekolah (JPS)

4

ISI KANDUNGAN

BIL PERIHAL MUKA
SURAT
i. Sekapur Sireh: Aluan Pengetua
ii. Sekapur Sireh : Aluan Pengerusi Jamaah Pengurusan Sekolah (JPS) 1
iii. Isi Kandungan 3
iv. Maklumat Peribadi Guru 5
v. Pelantikan Jawatan dan Tugas Guru 7
vi. Surat Aku Janji 9
10
vii. Panduan AM Pengurusan dan Pentadbiran 11
1.0 MAKLUMAT AM
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 25
1.1 Misi dan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia 25
1.2 Falsafah Pendidikan IKRAM-MUSLEH 26
1.3 Misi dan Visi IKRAM-MUSLEH 26
1.4 Visi dan Misi Sekolah 27
1.5 Panduan Lalu Lintas dan Pelan Kedudukan Bilik Dan Kelas 28
1.6 Maklumat Guru dan Staf Sokongan 30
1.7 Waktu Persekolahan 2021 33
1.8 Hari-hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang 2021 34
1.9 Kalender Penggal Persekolahan 2021 35
1.10 36
Kalender Tahun 2021
1.11 PENTADBIRAN 49
2.0 Carta Organisasi Pentadbiran & Pengurusan Sekolah 2021 50
Carta Organisasi Pengurusan Pentadbiran Sekolah Menengah Islam Al-Ikram 2021 51
2.1 JK Majlis Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 51
2.2 JK Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah 52
2.3 JK Pengurusan Aset dan Inventori Sekolah 52
2.4 JK Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 53
2.5 JK Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah 54
2.6 JK Pengurusan PIBK 54
2.7 JK Pengurusan Kualiti IKRAM MUSLEH (JaKIM) 55
2.8 JK Pengurusan Media dan Dokumentasi 56
2.9 57
3.0 JK Pengurusan Bilik Khas 57
JK Kelab Kebajikan dan staf 58
3.1 JK Pengurusan ICT
3.2 JK Pengurusan Kemenjadian Murid 60
3.3 PENGURUSAN KURIKULUM 71
3.4 Ketetapan Kurikulum 73
3.0 Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Pada Tahun 2021 74
3.1 Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum dan Kecemerlangan Akademik Sekolah 2021 76
3.2 JK Pengurusan Kurikulum dan Kecemerlangan Akademik 77
3.3 JK Induk Pengurusan Bidang Mata Pelajaran 78
3.4 JK Pengurusan Penilaian & Peperiksaan 79
3.5 80
3.6 JK Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
JK Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
3.7 JK Pengurusan Jadual Waktu
3.8
3.9

5

4.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 82
4.1 Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid 84
4.2 Carta Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021 85
4.3 JK Pengurusan Hal Ehwal Murid 87
4.4 JK Pengurusan Data & Maklumat Murid (APDM) 87
4.5 JK Pengurusan Kelas 89
4.6 JK Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 90
4.7 JK Pengurusan Disiplin & Pengawas 91
4.8 JK Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling 91
4.9 JK Pengurusan Keselamatan dan Kebajikan 92
4.10 JK Pengurusan Kesihatan dan Kantin Sekolah 93
4.11 JK Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan 94
97
4.12 JK Pengurusan Asrama
4.13 Jadual Guru Bertugas Mingguan 99
5.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM 111
5.1 Dasar Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum 112
5.2 Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum 2021 114
5.3 JK Pengurusan Kokurikulum 115
5.4 JK Pengurusan Pakaian Seragam 115
5.5 JK Pengurusan Peralatan 116
5.6 JK Pengurusan Pertandingan 117
5.7 JK Pengurusan Pengurusan Rumah Sukan 118
5.8 JK Pengurusan Kelab dan Persatuan 119
5.9 JK Pengurusan Sukan dan Permainan 120
121
5.10 JK Pengurusan Badan Beruniform 122
5.11 JK Pengurusan Pasukan Sekolah
5.12 JK Pengurusan Pelaporan PAJSK 125
5.13 Tarikh Perhimpunan Kokurikulum & Badan Beruniform 128
6.0 PENGURUSAN TARBIAH 129
6.1 Ketetapan Pengurusan Tarbiah 130
6.2 Carta Organisasi Pengurusan Tarbiah Sekolah 2021 130
6.3 JK Pengurusan Tarbiah 131
6.4 JK Pengurusan Majlis Nuqaba 132
6.5 JK Pengurusan PKPIM/ IQRA 132
6.6 JK Pengurusan Wasail Tarbiah 133
133
6.7 JK Pengurusan Program IKRAM-MUSLEH
6.8 JK Pengurusan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)/ Biah Solehah 135
6.9 JK Pengurusan Program Luar dan Latihan 155
6.10 JK Pengurusan Kerohanian (Surau)
7.0 TAKWIM SEKOLAH 158
7.1 Takwim Pengurusan SMI Al-Ikram 2021
7.2 Jawatankuasa Program dan Aktiviti Utama 6
8.0 ANALISIS TUGAS KHAS GURU 2021
8.1 Analisis Tugas Khas Guru SMI Al-Ikram 2021
9.0 MEMO

Nama: MAKLUMAT PERIBADI
No.KP:
Agama: Jawatan:
Alamat Kediaman: Tarikh Lahir:
Status Perkahwinan:

No. Telefon (R): No. Telefon Bimbit
Jantina Warganegara:
Bangsa: Agama:
Nama Pasangan: No.KP Pasangan:
Alamat Betugas Pasangan:
Jawatan: Kategori/ Gred:
Kelayakan Akademik: Opsyen:
Nama Institusi:
Tahun Lulus:

Tarikh Mula Berkhidmati: Tarikh Sah Jawatan:

SEJARAH TEMPAT BERKHIDMAT

Sekolah/ Institusi Dari Hingga Lama
Berkhidmat

Subjek Diajar Sekarang Jumlah Waktu Pengalaman Mengajar Subjek

7

PROFIL SEKOLAH

BIL PERKARA

1 Nama dan Alamat Sekolah:
Sekolah Menengah Islam Al-Ikram
Lot 4360, Mk.12, Jalan Pokok Machang
13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang

2 Kod Sekolah: 3. Lokasi :
PLAC 001 (KPM) Luar Bandar
PXM 2001 (JAIPP)

4 Kategori Sekolah (KPM): 5. Kategori Sekolah (JAKIM/ JAIPP):
Sekolah Menengah Islam (Swasta) Sekolah Menengah Agama Rakyat

6. Daerah Pentadbiran : 7. Jenis Murid:
Seberang Perai Utara Lelaki dan Perempuan

8 Maklumat Komunikasi:
No.Tel: 04-5732622
Email: [email protected]
Laman Web : https://www.stailsmart.edu.my

9 Nama Pengetua:
Encik Md Razhi bin Hassan

10 Luas Kawasan Sekolah: 11. Sesi Persekolahan:
130 x 74 x 4 tingkat = 38,480 kaki persegi Satu Sesi

12 Bilangan Guru: 13. Bilangan Staf Sokongan
20 orang 4 orang

14 Bilangan Murid: 15 Bilangan Kelas :
159 orang 5 kelas

16 Tingkatan :
Satu hingga Lima

8

9

SURAT AKU JANJI

Saya ____________________________________No. Kad Pengenalan ___________________

Beralamat di __________________________________________________________________

sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam
Skim: Panduan Perkhidmatan (Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik) SMI Al-Ikram, SRI Al-Ikram
dan Tadika Tahfiz Al-Islah dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya di sekolah ini.. Maka
dengan itu saya berjanji sebagaimana yang ditetapkan di dalam buku Manual Pengurusan dan Takwim
Sekolah ini, bahawa saya:

i. Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,
amanah dan bertanggungjawab.

ii. Tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya.
iii. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi

bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai kakitangan
sekolah.
iv. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah
bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi
sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai kakitangan sekolah.
v. Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai kakitangan sekolah bagi faedah diri saya
sendiri.
vi. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama
sekolah.
vii. Tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan saya atau kakitangan sekolah lain berhubung dengan sekolah.
viii. Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai
ingkar perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Skim
Perkhidmatan PPAIPP yang telah berkuat kuasa 1 April 2018.

…………………………………. .……………………………….
(Tandatangan Kakitangan) (Jawatan Kakitangan)

10

PANDUAN GURU DAN STAF
SMI AL-IKRAM

1. ARAHAN AM
• Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion

dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
• Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati muwasofat tarbiah serta

bekerja dalam suasana rahmah.
• Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah, Visi, Misi dan Matlamat Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (2013 -2025), Matlamat dan Falsafah PPAI, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan IKRAM-MUSLEH.
• Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan
murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
• Semu guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik
serta cekap menjalankan tugas.

2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN.
• Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.

(Isnin hingga Jumaat : 7.40 pagi – 4.00 petang).
• Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan

tugas rasmi di luar.

3. MASA TIBA DI SEKOLAH DAN BALIK
• Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sebelum 7.40 pagi dan balik selepas pukul 4.00

petang.
• Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.15 pagi dan berada di stesen masing-masing

untuk mengambil suhu murid dan mengawal disiplin mereka.
• Waktu balik bagi guru bertugas harian ialah jam 4.30 petang.
• Semua guru WAJIB merekodkan masa kehadiran datang dan balik dengan sistem thumb print yang

disediakan.
• Guru yang datang lewat perlu mendapatkan tandatangan Pengetua.
• Semua guru WAJIB mencatat suhu ketika tiba di sekolah.

11

4. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS
• Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan

kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua.
• Guru yang mendapat arahan JPN/PPD/JAIPP/MUSLEH dll mesti memaklumkan kepada Pengetua

terlebih dahulu.
• Guru dan staf sokongan juga dikehendaki mengisi Buku Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan

Pengetua/Guru Penolong Kanan dan mencatat waktu keluar dan waktu kembali semula ke sekolah.
• Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas yang ditinggalkan dan

hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan.
• Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan

kecemasan.

5. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS

• Sewaktu bertugas di Bilik Darjah/Berkursus/Mesyuarat
(a) Guru-guru lelaki
(i) Seluar panjang, berbaju kemeja (dimasukkan ke dalam). Baju hendaklah
dimasukkan ke dalam.
(ii) Kasut kulit bertutup atau kasut lain yang sejenis dengannya dan memakai sarung
kaki.

(b) Guru-guru Perempuan
(i) Baju kurung dan jubah.
(ii) Tudung labuh yang menutup aurat.
(iii) Memakai sarung kaki.
(iv) Memakai sarung tangan bagi baju yang tidak mempunyai kaf tangan.
(v) Solekan pada muka adalah minimum.
(vi) Pakaian ketat dan mencolok mata adalah tidak boleh dipakai.

• Sewaktu bertugas di luar bilik darjah (ketika menjalankan Pendidikan Jasmani dan Sukan) Lelaki dan
Perempuan.
a) Pakaian trek, seluar panjang yang sesuai, kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan
pakaian lain yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerak-geri dan gerak kerja
tersebut.
b) Guru perempuan perlu memakai baju T labuh dan tidak mencolok mata.

12

6. CATATAN KEHADIRAN GURU (THUMB PRINT)

• Catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat penilaian Prestasi
Tahunan.

• Guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas tambahan juga dikehendaki menandatangani buku
kehadiran kokurikulum/ kelas tambahan.

• Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab
yang munasabah kepada Pengetua secepat mungkin. Jika ia berlarutan, Pengetua akan meminta guru
mengemukakan surat tunjuk sebab.

• Guru yang datang lewat perlu mendapatkan tandatangan Pengetua.

7. TUGAS

• Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, tarbiah dan
pentadbiran. Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

• Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat, ke PPD,
JPN, JHEAIPP atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan
tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Guru yang mewakili
sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, hendaklah mengemukakan minit curai
kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas ada di pejabat sekolah.

• Guru yang menghadiri kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah menjalankan kursus dalaman
kepada guru lain dan dimaklumkan kepada Pengetua tentang tarikh dan masa pelaksanaannya.

• Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menukar jadual waktu dengan guru lain dan
dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan.

8. KEHADIRAN MESYUARAT/TAKLIMAT/PROGRAM RASMI SEKOLAH/KURSUS DALAMAN

• Guru wajib hadir semua mesyuarat program rasmi sekolah
• Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan permohonan secara

rasmi. Bukti tidak dapat hadir hendaklah disertakan.
• Guru yang tidak hadir perlu berjumpa Pengetua untuk mendapatkan maklumat berkaitan

mesyuarat/taklimat/program rasmi/kursus dalaman sebaik kembali bertugas.

13

9. KEGIATAN KOKURIKULUM

• Semua guru merupakan guru kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap.
• Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum.
• Guru hendaklah memastikan buku laporan kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan laporan

tersebut.
• Buku laporan tersebut dihantar kepada PK Kokurikulum setiap minggu untuk disemak.

10. MELAKUKAN KERJA LUAR

• Guru tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi perintah berikut:
a) Tidak menjejaskan tanggungjawab di sekolah sebagai guru
b) Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan sekolah.

11. JADUAL WAKTU

• Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas masing-
masing.

• Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran pihak pengurusan.

12. REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR

• Rekod Persediaan Mengajar adalah dokumen rasmi dan harta sekolah. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap di dalam sistem online (ASIS).

• Rekod ini hendaklah dilengkapkan dan akan disemak serta ditandatangani oleh Pengetua /Guru
Penolong Kanan/ Ketua Bidang pada setiap minggu.

• Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu: Biodata Diri, DSKP, RPT,
Jadual Waktu Kelas dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Senarai Nama Murid, Markah Ujian,
Headcount dan PBD (disimpan dalam bentuk salinan bercetak) di dalam fail MyPdPc.

• Format terkini KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran.
• Rekod PdPc adalah dokumen yang membantu dalam menyedia dan melaksanakan Sasaran

Keberhasilan.
• Jika seseorang guru bercuti, rekod tersebut akan menjadi rujukan guru pengganti.

14

13. WAKTU MENGAJAR
• Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan.
• Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya kelas adalah seperti berikut:

a) Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif.
b) Bersih dan kemas.
c) Bilangan murid akur dengan kehadiran.
• Guru hendaklah menggunakan masa instruksional di dalam kelas untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran tanpa gangguan.
• Jikalau ada dua orang atau lebih guru di dalam satu kelas pada satu masa, guru-guru perlu berada di
kelas pada masa yang ditetapkan. Amalan ganti-ganti tugas adalah tidak dibenarkan.
• Guru-guru diingatkan bahawa waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period) itu adalah masa bekerja.
Guru-guru perlu menggunakan masa itu untuk:
a) Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan membuat

nota mengajar, menyediakan alatan mengajar dan sebagainya.
b) Memeriksa buku latihan murid.
c) Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
d) Menyediakan aktiviti-aktiviti gerak kerja kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan tarbiyah.

14. BUKU LATIHAN / BUKU AKTIVITI/ BUKU REKOD HAFAZAN/ BUKU PKPIM/ BUKU NILAM/ BUKU
LOG/ BUKU PAJSK

• Buku berkenaan hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti.
• Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada murid atau disimpan oleh guru
• Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku/ nota yang telah diperiksa.
• Guru perlu merancang penggunaan buku latihan dan buku aktiviti.
• Pengetua/ Guru-guru Penolong Kanan akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual.

15. KELAS ATAS TALIAN
• Kelas akan dilaksanakan apabila pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan.
• Guru perlu menjalankan PdPc mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dan perlu mencari kaedah

yang bersesuaian agar murid seronok dengan sesi tersebut.
• Guru perlu berusaha untuk memiliki peralatan yang bersesuaian agar guru boleh melaksanakan

pembelajaran secara atas talian.
• Latihan yang diberi secara atas talian perlu disemak mengikut kaedah yang bersesuaian.

15

16. GURU GANTI
• Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan.
• Guru perlu menjalankan sesi PdPc/aktiviti yang bersesuaian apabila menggantikan kelas.

17. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN TARBIAH
• Semua guru SMI Al-Ikram adalah guru disiplin dan guru tarbiah. Guru-guru hendaklah sentiasa

memberikan bimbingan kepada murid dan mengamalkan budaya sekolah rahmah. Buku Peraturan
Sekolah menjadi panduan untuk menguruskan murid-murid.

18. PENCERAPAN GURU
• Semua guru akan dicerap bagi membantu meningkatkan kualiti PdPc.
• Pencerapan akan dijalankan secara berkala oleh Jawatankuasa Unit Kurikulum.

19. TARBIAH GURU
• Semua guru perlu mengikuti semua wasail tarbiah yang ditetapkan oleh sekolah, Jawatankuasa

Pendidikan Ikram Negeri dan IKRAM-MUSLEH.
• Semua guru perlu terlibat secara langsung dalam pentarbiahan murid sebagai murabbi.

20. KESELAMATAN MURID
• Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan

sekolah.
• Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, guru bertugas diminta segera memaklumkan kepada

Pengetua atau Guru-guru Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan dengan
kadar segera.
• Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
• Latihan kebakaran wajib diadakan dua kali setahun.

21. JADUAL KEDATANGAN MURID
• Kedatangan murid perlu direkodkan ke dalam sistem ASIS pada setiap hari oleh Guru Kelas pada

waktu pertama. Jika Guru Kelas tidak hadir, Jadual Kedatangan Kelas diurus oleh Penyelaras Kelas.
• Murid yang tidak hadir hendaklah dihubungi oleh guru kelas.
• Murid yang tidak hadir tiga hari berturut-turut atau berselang-seli selama 10 hari dalam satu bulan,

ibu bapa/penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis. Salinan surat tersebut perlu dimasukkan
ke dalam fail.
• Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Penolong Kanan HEM.

16

22. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
• Semua guru dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda

sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.
• Guru Penolong Kanan/ Ketua Bidang hendaklah memastikan terdapat peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal dan bengkel dan lain-lain.
• Peralatan sekolah adalah harta sekolah. Penggunaan untuk tujuan peribadi adalah dilarang. Semua
peralatan yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran Penolong Kanan dengan mengisi borang
pinjaman atau buku log penggunaan. Alat yang digunakan hendaklah dikembalikan semula dengan
menandatangani buku pinjaman.
• Penggunaan bilik/ ruang mesti mendapat kebenaran daripada penyelaras bilik-bilik khas atau penyelaras
inventori dan direkodkan.
• Kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta.

23. KEBERSIHAN
• Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran murid hendaklah disediakan

oleh Guru Kelas masing-masing. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan
dengan rapi dan selamat.
• Guru yang mempunyai bilik/ruang khas seperti bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.
• Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab warga sekolah.

24. SURAT RASMI
• Semua surat rasmi kepada pihak luar hendaklah melalui Pengetua.

25. PELAWAT
• Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua terlebih dahulu.
• Penjual/pengedar tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru tanpa kebenaran Pengetua.
• Promosi atau mengiklan sesuatu barangan di sekolah untuk pelajar adalah dilarang kecuali mendapat

kebenaran Pengetua.

26. TANDA NAMA
• Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi sama ada di

sekolah atau di luar sekolah.

17

27. KEAHLIAN KELAB GURU & STAF/PIBG
• Semua guru menjadi ahli kelab guru & staf dan PIBG sekolah
• Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru & staf.

28. TELEFON
• Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah hendaklah

menggunakan telefon bimbit sendiri untuk urusan peribadi.
• Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc untuk urusan peribadi di dalam bilik darjah

kecuali kecemasan.

29. KUNCI
• Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku

Rekod Peminjaman dan Pemulangan.
• Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada

Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

30. BILIK GURU
• Kebersihan, keceriaan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
• Murid tidak digalakkan berada di pejabat guru.
• Pelawat tidak dibenarkan menggunakan Bilik Guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.

31. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN
• Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik.

32. CUTI
• Cuti Penggal

(Sumber: Pekeliling Kementerian Pelajaran KP PP 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993)

Guru-guru layak mendapat cuti penggal persekolahan seperti yang diputuskan Kementerian Pendidikan,
bagi menggantikan cuti tahunan. Akan tetapi guru-guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak
melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada
mengajar.

18

• Cuti Tahunan

Permohonan cuti bagi Pengetua diluluskan oleh Pengerusi JPS.
Permohonan cuti bagi guru diluluskan oleh Pengetua atau wakil yang diberi kuasa oleh Pengetua.
Permohonan cuti bagi staf sokongan diluluskan oleh Pengurus/Eksekutif atau wakil yang diberi kuasa.

Guru

Cuti tahunan bagi guru adalah mengikut cuti penggal persekolahan sebagaimana diwartakan
oleh JPS seperti mana dijadualkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun pihak JPS atau Pengetua berhak untuk memanggil guru untuk bertugas atau
menghadirkan diri bagi tujuan lain semasa cuti penggal dan kakitangan akademik wajib untuk
menghadirkan diri tidak lebih dari sepertiga (1/3) dari tempoh cuti sekolah bagi satu-satu cuti
penggal persekolahan.

Staf Sokongan

Bagi staf sokongan, cuti tahunan adalah seperti berikut bergantung kepada tahun

perkhidmatan:-

0 – 5 tahun perkhidmatan 20 hari

Lebih dari 5 tahun perkhidmatan 25 hari

Lebih dari 10 tahun perkhidmatan 30 hari

Kontrak 15 hari

Kakitangan digalakkan menghabiskan cuti tahunannya. Hanya 7 hari sahaja baki cuti yang
boleh dibawa ke hadapan.
Jumlah cuti terkumpul tidak boleh melebihi 80 hari. Cuti terkumpul melebihi 80 hari dianggap
terbatal.

• Cuti Bersalin (Bagi kakitangan Wanita)

Kakitangan wanita berstatus tetap dan kontrak dan berkahwin layak untuk mendapat cuti
bersalin dengan gaji penuh selama 60 hari (termasuk hari minggu dan cuti kelepasan am)
dengan had jumlah 5 kelahiran dalam tempoh perkhidmatan. Untuk kelahiran seterusnya,
kakitangan diminta untuk mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh kelahiran tersebut.

19

Cuti ini hanya diberikan selepas 22 minggu kehamilan kecuali dalam kes-kes kelahiran tidak
cukup bulan (premature birth). Sekiranya sakit atau mengalami keguguran, kakitangan hanya
layak untuk cuti sakit, tertakluk kepada pengesahan doktor.

Cuti bersalin boleh bermula sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh bersalin yang
dijangkakan bergantung kepada keadaan pekerja dan nasihat dari pegawai perubatan.
Kakitangan tidak digalakkan bertugas dalam tempoh tersebut kecuali kakitangan benar-benar
sihat dan mampu untuk menjalan tugas dengan baik.

Permohonan cuti hendaklah dibuat secara bertulis, 2 bulan sebelum cuti bermula. Hal ini
adalah untuk membolehkan pihak JPS mendapatkan kakitangan pengganti bagi tempoh cuti
ini.

• Cuti Kerana Isteri Bersalin (Bagi Kakitangan Lelaki)

Semua kakitangan (samada tetap atau kontrak) layak mendapat cuti selama 7 hari (termasuk
cuti minggu dan cuti kelepasan am) untuk isteri yang melahirkan anak. Cuti bermula dari
tarikh kelahiran. Tiada cuti gantian diberikan sekiranya cuti tidak diambil sebaik sahaja
kelahiran.

Permohonan cuti hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak sekolah.

• Cuti Sakit

Setiap kakitangan layak mendapat cuti sakit seperti berikut:-

1. 22 hari bekerja setahun sekiranya tidak dimasukkan ke hospital.

2. Sekiranya dimasukkan ke hospital, jumlah peruntukan adalah sebanyak 60 hari cuti sakit bergaji.
Sekiranya melebihi 60 hari, maka dikira cuti tanpa gaji. Walau bagaimanapun tertakluk kepada
pertimbangan pihak JPS.

3. Sekiranya kakitangan terpaksa mengambil cuti sakit berpanjangan melebihi 22 hari setahun, cuti
tersebut dikira cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

20

• Cuti Tanpa Rekod

Cuti Tanpa Rekod ialah cuti yang diambil atas sebab-sebab panggilan tugas oleh pihak
kerajaan atau pihak tertentu atau Pertubuhan IKRAM atau pihak IKRAM- Musleh di waktu
persekolahan atau tugasan lain yang diarahkan oleh pihak berwajib. Cuti ini dianggap sebagai
cuti menjalankan tugas rasmi.

• Cuti Ehsan

Kakitangan akademik boleh memohon untuk mengambil cuti ehsan sebanyak 7 hari setahun.
Asas pemberian cuti ehsan adalah seperti contoh di bawah : -

1. Kes kecemasan atau kemalangan seperti kebakaran, bencana alam dan sebagainya.
2. Sakit atau kematian keluarga yang terdiri dari isteri/suami, anak, ibubapa, ibubapa mertua, saudara

kandung sendiri atau saudara kandung suami/isteri (dalam kes kematian melibatkan ibu bapa, ibu
bapa mertua, isteri/suami atau anak sahaja , cuti sebanyak 3 hari berturut diberikan tanpa
menolak jumlah cuti ehsan).
3. Majlis konvokesyen bagi kakitangan atau ahli keluarga terdekat.
4. Mendaftar anak ke IPT atau sekolah asrama.
5. Menjaga anak yang sakit.
6. Atau apa-apa yang munasabah.

Kelulusan untuk cuti ehsan atas sebab-sebab lain adalah di atas budi bicara Pengetua.
Permohonan cuti hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak sekolah.

• Cuti Tanpa Gaji

Cuti tanpa gaji adalah di bawah budi bicara dan kelulusan Jamaah Pengurusan Sekolah (JPS). Surat
permohonan hendaklah dimajukan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum cuti diambil (kecuali kes-kes
kecemasan).

Cuti ini layak untuk kakitangan berstatus tetap sahaja.

Cuti tanpa gaji boleh diberikan setelah cuti tahunan dan lain-lain peruntukan cuti telah habis digunakan.

21

• Cuti Haji

Cuti menunaikan haji diberikan sekali seumur hidup hanya kepada kakitangan tetap sahaja.

Permohonan bertulis perlu dimajukan kepada JPS selewat-lewatnya 1 bulan sebelum tarikh
berangkat kecuali dalam kes-kes yang tertentu seperti makluman tarikh lambat diketahui.

Cuti haji adalah terhad kepada tempoh sebenar pergi balik dan ditambah 1 hari sebelum penerbangan
dan 1 hari selepas ketibaan di Malaysia tertakluk kepada had maksimum 45 hari termasuk hujung minggu
dan cuti umum.

• Cuti Belajar /Peperiksaan

Kakitangan tetap dan sedang mengambil kursus/belajar di mana-mana pusat pengajian yang
diiktiraf perlu mendapatkan kelulusan meneruskan pengajian terlebih dahulu dari pihak JPS
bagi membolehkan beliau memohon cuti belajar (tanpa gaji) dalam tempoh tertentu atau
menghadiri peperiksaan tertakluk kepada kelulusan JPS. Tempoh cuti akan ditentukan oleh
pihak JPS selagi mana cuti tersebut tidak mengganggu tugasnya atau menyusahkan pihak
pengurusan sekolah.

Adalah dinasihatkan agar kakitangan tersebut mendapatkan kelulusan terlebih dahulu
daripada JPS sebelum memulakan pengajian.

Kakitangan tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan yang akan diberikan dalam surat
kelulusan dalam setiap kes. Syarat-syarat ini akan ditentukan oleh Jemaah Pengurusan
Sekolah samada kursus/pengajian tersebut memberi manfaat atau tidak kepada pihak
sekolah.

Kakitangan yang diluluskan cuti belajar disyaratkan terikat dengan sekolah bagi tempoh yang
akan ditetapkan oleh JPS.

22

33. Polisi Disiplin

Tindakan disiplin boleh diambil oleh pihak JPS ke atas kakitangan sekiranya perlu. Sekiranya
kakitangan dikenakan tindakan disiplin, beberapa proses akan diambil :-

1. Salah laku terlibat akan disiasat secara teliti.
2. Kakitangan diminta untuk memberi surat tunjuk sebab atas salah laku yang dibuat.
3. Kakitangan akan dipanggil untuk membela diri atas kesalahan yang disabitkan
4. Sekiranya disabitkan kesalahan, surat amaran akan diberikan .
5. Dalam tempoh tertentu, sekiranya tiada perubahan dibuat, prosedur tatatertib akan

diteruskan.
6. Dalam tempoh 14 hari penyiasatan, kakitangan berkenaan akan diminta bercuti

tanpa gaji dengan dibayar 50% dari gaji pokok. Jika tempoh siasatan berlarutan
sehingga lebih 14 hari, gaji penuh hendaklah dibayar kepada kakitangan.

34. TINDAKAN DISIPLIN

Sekiranya pihak JPS mendapati tindakan disiplin perlu diambil bagi mana-mana kakitangan yang telah
melakukan kesalahan, proses tatatertib akan dijalankan oleh Jawatankuasa Tatatertib JPS. Tindakan
disiplin mungkin berbentuk amaran, penangguhan gaji, pengurangan gaji, penggantungan kerja atau
penamatan perkhidmatan.
35. PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN
Laporan dimajukan kepada Pengerusi JPS.
Semakan dan siasatan dalaman akan dijalankan oleh jawatankuasa khas yang dilantik oleh Pengerusi
JPS
Semua dokumen termasuk surat tunjuk sebab dari pihak pengurusan sekolah akan disemak.
Sekiranya ada kes, satu sesi soal siasat akan diadakan yang akan dianggotai oleh tiga orang
jawatankuasa JPS selaku panel sesi soal siasat.
Setelah sesi berakhir, keputusan akan dibuat oleh panel jawatankuasa tersebut berkaitan tindakan ke
atas kakitangan yang terlibat.

23

24

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

VISI

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

MISI

“Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

25

FALSAFAH PENDIDIKAN IKRAM-MUSLEH

Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di
dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran
dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan
membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu
peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

VISI

“Memperkasa Pendidikan Islam”

MISI

Memperkasa sistem pendidikan Islam peringkat rendah dan
menengah untuk menjana generasi rabbani melalui pendidikan

holistik dan pengurusan profesional.

26

PUSAT PENDIDIKAN AL-IKRAM

VISI

Institusi Pendidikan Integrasi Terunggul

MISI

▪ Membentuk para pelajar soleh serta menguasai ilmu yang
seimbang, berkemahiran dan berketrampilan

▪ Membangun staf kerja yang berjiwa murabbi, budaya juang
tinggi, dan mendokong aspirasi pendidikan IKRAM-MUSLEH

▪ Mengamalkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan
berkesan

MOTO

Generasi Rabbani

27



28



29

MAKLUMAT GURU DA

BIL. NAMA KELULUSAN AKADEMIK

1. Md Razhi bin Hassan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Universiti

Kepujian (Matematik) - BSc(Hons)

2. Badriyah binti Idris Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti

(Kepujian) Malaysia

3. Hisyammuddin bin Ijazah Sarjana Muda Syariah Al-Azhar,
Mohd Islamiah (Kepujian)

4. Noryafizatul Izwa Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) Universiti

binti Shahrom Kepujian

5. Wardatul Iman Sidhu Diploma ESL & Diploma Early Universiti

binti Abdulllah Childhood Education

6. Nur Hazwani Binti Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Universiti
Abdul Hamid Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Universiti

Dengan Pengajian Islam

(Mikrobiologi) Kepujian

7. Nor Shahirah binti Ijazah Sarjana Muda Dengan Universiti

Zainuddin Kepujian Usuluddin Dan Falsafah

8. Rahimah binti Ahmad Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Kolej Univ
Dengan Kepujian

9. Safina binti Samat Ijazah Sarjana Muda Sejarah Universiti

10. Noor Hafizah binti Ijazah Sarjana Muda Dengan Kolej Univ

Othman Kepujian Usuluddin

11. Siti Nurhanisah binti Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Universiti

Ishak Bahasa Inggeris Kesusasteraan Malaysia

(Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Bahasa

Inggeris dan Kesusasteraan

(Kepujian)

AN STAF SOKONGAN

UNIVERSITI TARIKH MULA NO TELEFON NO TELEFON
Sains Malaysia BERKHIDMAT (KECEMASAN)

01/12/2019 019-2669285 019-2699285

Islam Antarabangsa 01/03/2007 013-4820973 013-4886468

Kaherah Mesir 01/08/2004 019-7908581 019-7918581

Sains Malaysia 01/01/2015 013-4535443 013-4687892

Malaya 01/01/2000 019-4651655 013-4881601

Terbuka Malaysia 01/01/2015 016-7836978 017-5628535
Malaya

Kebangsaan Malaysia 17/08/2020 014-8295450 017-4179035

versiti Insaniah 14/05/2015 013-4454035 011-21314813

Malaya 22/12/2015 019-5466364 011-53575422
versiti Insaniah 14/07/2014 019-4481821 019-4481821

Islam Antarabangsa 16/12/2019 013-2876741 013-4001681

30

12. Fazlul Huda bt Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Universiti

Makhtar (Fizik Perubatan) dengan Kepujian

13. Mashitoh binti Abu Ijazah Sarjana Muda Sains Universiti
Seman Matematik (Kepujian) Malaysia

14. Mohd Shukur bin Ijazah Sarjana Muda Syariah Kolej Univ

Othman dengan Kepujian

15. Mohd Muhsien bin A Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Universiti

Wahab Pendidikan (Kepujian) - Biologi &
Kimia

16. Nur 'Awatif binti Ijazah Sarjana Muda Sains Universiti

Zainal Abidin Komputer (Sistem Komputer)

17. Luqman Hakeem bin Ijazah Sarjana Muda Pengajian Universiti

Dzulkafli Bahasa Arab dengan Kepujian

18. Mohamad Naufal b Ijazah Sarjana Muda Sains Universiti
Zainal Abidin (Kepujian) (Matematik)

19. Nusaibah bt Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu dan Universiti

Mohamad Warisan Islam (Fiqh dan Usul Fiqh) Malaysia

Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh Universiti

dan Usul Fiqh)

20. Nur Syahida bt Ijazah Sarjana Kaunseling, Kolej Univ

Muhammat Pazil Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab

Sains Malaysia 20/07/2016 013-4465676 012-5298152
Islam Antarabangsa 01/07/2015 013-9705809 013-4980514
versiti Insaniah 14/04/2018 013-5224809 011-32213843
Sains Malaysia 30/04/2018 013-4677493 013-3034945

Putra Malaysia 16/12/2019 011-10959304 019-4885299
Sultan Zainal Abidin 01/01/2021 013-4937079 019-4612321
Sains Malaysia 04/01/2021 017-4161097 013-4019304
Islam Antarabangsa 07/01/2020 019-2342240 04-5756422
Mutah Jordan
versiti Insaniah 26/12/2015 013-4432629 04-5212391

31

STAF SOK

BIL NAMA KELULUSAN Pembant
Warden L
1. Nurul Huda bt Institut Latihan Perindustrian, ILP, Warden L
Ghazali Nibong Tebal, Pulau Pinang Warden P
SPM, SMI Al-Ikram, Tasek Gelugor,
2. Fakhrullah bin Rusli Pulau Pinang
STAM, SMATarbiah Diniah
3. Ahmad Alimuddin
bin Ahmad Zuki Diploma Ekonomi, Pra U

4. Raja Nurul Atikaa bt
Raja Othman

KONGAN TARIKH MULA NO.TEL NO.TEL
BERKHIDMAT (KECEMASAN)
JAWATAN
tu Tadbir 01/01/2011 010-2775664 017-6512166
Lelaki
Lelaki 01/01/2017 018-4672614 010-9590405
Perempuan
01/10/2020 011-27445227 019-4481821

18/12/2018 019-6027482 05-3773729

32

WAKTU PERSEKOLAHAN 2021

KELAS HARI MASA
Ting.1,2,3,4,5 Isnin, Selasa, Khamis 7.30 pagi – 4.00 petang
Rabu (Kokurikulum) 7.30 pagi - 5.00 petang
7.30 pagi – 12.05 petang
Jumaat

JADUAL WAKTU KESELURUHAN 2021

MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
7.35-7.45 DOA DOA DOA DOA DOA
7.45-8.15 28 40 54
8.15-8.45 1 Perhimpunan 29 41 55
8.45-9.15 2 15 30 42 56
9.15-9.45 3 16 31 43 57
9.45-10.15 4 17
10.15-10.45 Liqa Hafazan
10.45-11.15 Hafazan Hafazan Hafazan
11.15-11.45 REHAT REHAT
11.45-12.15 REHAT REHAT 33 45 58
12.15-12.45 6 19 REHAT 46 59
12.45-1.15 7 20 47 -
1.15-2.00 8 21 34 48 -
2.00-2.30 9 22 35 -
2.30-3.00 36 REHAT -
3.00-3.30 REHAT REHAT REHAT 50 -
3.30-4.00 11 24 38 51 -
4.00-4.30 12 25 39 52 -
4.30-5.00 13 26 53 -
14 27 Kokurikulum - -
- - -
- - Solat Asar

33

HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI PULAU
PINANG 2021

Hari-Hari Kelepasan Am (Persekutuan)

i. Tahun Baru Cina (2 hari) 12 dan 13 Februari Jumaat dan Sabtu
ii. Hari Pekerja 1 Mei
iii. Hari Raya Puasa (2 hari)* Sabtu
13 dan 14 Mei
iv. Hari Wesak Khamis dan
v. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di- 26 Mei Jumaat
7 Jun
Pertuan Agong Rabu
vi. Hari Raya Haji*
vii. Awal Muharam (Maal Hijrah) Isnin
viii. Hari Malaysia
ix. Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W 20 Julai Selasa
10 Ogos Selasa
(Maulidur Rasul) 16 September Khamis
x. Hari Deepavali* 19 Oktober Selasa
xi. Hari Krismas
4 November Khamis
25 Disember Sabtu

Hari-Hari Kelepasan Am (Negeri)

i. Tahun Baru 2021 1 Januari Jumaat
28 Januari Khamis
ii. Hari Thaipusam Khamis
29 April Rabu
iii. Hari Nuzul Al-Quran 7 Julai
Sabtu
iv. Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan 10 Julai
Dunia

v. Hari Jadi Tuan Terutama Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang

Catatan:

(*) Tertakluk kepada perubahan

Peringatan:

1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari
yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah
sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari
kelepasan am.

2. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan
hari kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain

34

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021

35

JANUAR

Sunday Monday Tuesday Wedne

3456

Cuti Sekolah

10 11 12 13

17 18 19 20

24 25 26 27

31

RI 2021

esday Thursday Friday Saturday

1 2

Sambutan Awal
Tahun

7 89

14 15 16

21 22 23

28 29 30

Cuti Thaipusam

36

FEBRUAR

Sunday Monday Tuesday Wedne

1 2 3

7 8 9 10

14 15 16 17

Cuti Tahun Baru Cina

21 22 23 24

28

RI 2021

esday Thursday Friday Saturday

4 5 6

11 12 13

Cuti Tahun Baru Cina Cuti Tahun Baru Cina

18 19 20

25 26 27

37

MAC

Sunday Monday Tuesday Wedne

1 2 3

7 8 9 10

14 15 16 17

21 22 23 24

28 29 30 31

Cuti Pertengahan Penggal Cuti Pertengahan Penggal Cuti Pertengaha

Pertama Pertama Pertama


Click to View FlipBook Version