The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 (2) (2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiah binti Ismail IPGKPP, 2023-07-31 07:12:13

JURNAL PENYELIDIKAN PENSYARAH VOL 11_2_2023

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 (2) (2023)

2 0 2 3 ( 2 ) E D I S I P E N S Y A R A H P E N S Y A R A H


JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP (PENSYARAH) Volume 11: 2023 (2) ISSN: 2756-8806 e-ISSN: 2756-8814 Terbitan JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG Persiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe, 11700 Gelugor, Pulau Pinang


ii JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP (PELAJAR) Volum 11: 2023 (2) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ISSN: 2756-8806 e-ISSN: 2756-8814 Hak cipta © 2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Hak cipta terpelihara. Sebarang petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekali pun termasuk elektronik, rakaman, fotokopi dan sebagainya tanpa keizinan atau kebenaran bertulis daripada penerbit. Ogos 2023 Penerbit: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Persiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe, 11700 Gelugor Pulau Pinang No. Telefon: 04-6603100 Pencetak: Vanda Dynamic Sdn Bhd


iii SIDANG EDITORIAL JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP (PENSYARAH) Volum 11: 2023 (2) Penaung Dr. Azman Bin Jusoh Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang Penyelaras Dr. Aneesha binti Hamid Ketua Editor Dr. Lok Wai Foong Penasihat Sidang Pengarang Prof. Madya Dr. Thien Lei Mee Dr. Lim Chia Yean Ts. Dr. Irwan Mahazir bin Ismail Universiti Sains Malaysia Dr. Nanthini a/p Jayaram Dr. Kamalambal a/p Durairaj Dr. Jeyaletchumi Muthiah SEAMEO RECSAM Editor Dr. Loh Siew Lee Dr. Anpalakan Vadiappan Dr. Khoo Bee Lee Dr. Hafiah binti Ismail Noraini binti Lapawi Susun Atur & Grafik Dr. Lok Wai Foong Nurul Batrisyia binti Mat Sobri


iv KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Madani. Setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, IPG Kampus Pulau Pinang sekali lagi berjaya menggembleng tenaga para pensyarah dan para pelajar serta warganya bagi menerbitkan jurnal penyelidikan sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang (PINANG 2023). Ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPPI) IPG Kampus Pulau Pinang kerana telah berjaya menerbitkan jurnal penyelidikan ini pada tahun 2023. Usaha gigih seperti ini amat dialu-alukan dan amat dihargai agar segala kerja penyelidikan dalam bidang pendidikan dapat diteruskan dan dimantapkan, seterusnya menjadi satu budaya yang berkelangsungan dalam kalangan warga pendidik seluruhnya. Penerapan budaya penyelidikan dalam kalangan warga IPG Kampus Pulau Pinang amat penting bagi melahirkan warga yang kreatif dan inovatif yang seterusnya dapat memberi impak yang positif kepada IPGM khususnya. Saya amat berharap penerbitan jurnal ini tidak terhenti di sini sahaja malah akan terus melonjakkan budaya kerja yang kreatif dalam kalangan warga IPG, seterusnya melahirkan pelajar guru sebagai modal insan minda kelas pertama yang mampu berdaya saing dalam bidang penyelidikan. Justeru itu, para pensyarah dan pelajar IPG Kampus Pulau Pinang perlu berusaha bersama-sama untuk menjana idea melakukan perubahan dengan penglibatan secara aktif dalam bidang penyelidikan. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. “Transformasi Pendidikan Pemangkin Matlamat Pembangunan Mampan” DR. AZMAN BIN JUSOH Pengarah


v KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Madani. Institut Pendidikan Guru bertanggungjawab dan berperanan penting bagi memastikan warga pendidik memantapkan profesionalisme dengan meluaskan aspek pembacaan, penyelidikan dan inovasi untuk menjamin Transformasi Profesion Keguruan dapat terlaksana dengan jayanya. Selaras dengan itu para pensyarah, guru dan siswa guru perlu dilibatkan secara aktif terutamanya dalam menguasai aspek penyelidikan supaya pembudayaan aspek ini dapat disebatikan dalam kalangan warga pendidik. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dunia pendidikan adalah bersifat dinamik, sentiasa berubah dan akan terus berubah sejajar dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi pada masa kini. Oleh itu, sebagai warga pendidik sudah sewajarnya berasa terpanggil untuk mengikuti perubahan ini dan sentiasa mengamalkan kaedah- kaedah yang bersesuaian untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia. Penerbitan jurnal penyelidikan sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang (PINANG 2023) ini boleh dijadikan sebagai langkah membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pendidik. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menerbitkan jurnal ini. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. “Transformasi Pendidikan Pemangkin Matlamat Pembangunan Mampan” DR. MOHD AZHAR BIN BAHARI Timbalan Pengarah


vi SEKAPUR SIREH KETUA JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI IPG KAMPUS PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Madani. Selain daripada menghasilkan guru-guru permulaan, penghasilan kajian, inovasi dan penerbitan juga merupakan sebahagian tugas pensyarah. Hal ini sangat penting kerana kita bukan lagi pengguna pelbagai teori dan dapatan orang lain tetapi menjadi perintis dan pencipta pelbagai teori dan dapatan baharu. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penyelidik kerana telah berjaya berkongsi kajian dan dapatan kajian dalam Seminar Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang (PINANG 2023). Semua artikel penyelidikan yang berkualiti dan terpilih dalam Seminar PINANG 2023 diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Pulau Pinang. Saya juga percaya bahawa jurnal ini dapat dimanfaatkan dalam amalan perkongsian ilmu terutamanya dapatan dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan dengan STEM digital. Semoga jurnal penyelidikan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti warga pendidik dan sistem pendidikan negara. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang, dan semua penyelidik yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan penerbitan Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Pulau Pinang. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. “Transformasi Pendidikan Pemangkin Matlamat Pembangunan Mampan” DR. ANEESHA BINTI HAMID Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi


vii KANDUNGAN 1 PENGETAHUAN, PEMAHAMAN DAN KESEDIAAN SISWA GURU IPGKPP TERHADAP KEPENTINGAN ELEMEN STEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Muhd Rasul bin Ali, Zainal Abidin bin Hj. Abdul Hamid, Marsilah binti Mohamad Isa, Lok Wai Foong, & Azhar bin Zakaria 1 2 SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN WANITA BEKERJAYA KETIKA PENDAMIK COVID-19 Mohamad Faizel bin Ali & Jamilah binti Aziz 19 3 TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN SISWA GURU DENGAN KETERLIBATAN DALAM PROGRAM BINA INSAN GURU Saraswathy Sinnasamy & Mohanaraju Annamalai 28 4 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN SISWA GURU SAINS PENDIDIKAN RENDAH SEMASA PRAKTIKUM Hasnira binti Embong, Rohana binti Mahadzir, Noorhalizah binti Abdul Rahman, Nur’ Aadila binti Mohamad Razak, & Rahimawati binti Abd Rahim 42 5 STEM SEBAGAI ATRIBUT PUISI MODEN: ANALISIS KUMPULAN PUISI ‘PAYUNG YANG MEMBUNUH HUJAN’ Arbakyah binti Hassan & Izwanum binti Abul Wahid 58 6 CABARAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MELALUI AKTIVITI BERMAIN Norhailee Abdul Rasid, Hafiah Ismail, & Herniyanti Ismail 67 7 SATU KAJIAN LITARATUR SISTEMATIK TENTANG PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DAN CABARANNYA Mohd Shafian Shafiee, Wan Nor Asmah Arshad, Jafizah Jaafar, & Kam Lay Khuan 81 8 GURU PELATIH DAN TAHAP KOMPETENSI DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK Mohd Shafian Shafiee, Wan Nor Asmah Arshad, Jafizah Jaafar, & Kam Lay Khuan 92


viii 9 PEMBENTUKAN INSAN KAMIL MELALUI PENDEKATAN PENDIDIKAN AL-HIKMAH: ANALISA AWAL PEMIKIRAN DR SIDDIQ FADZIL Adlan Saidin, Siti Maisarah Mohd Idris, Zairul Anwar Jamri, & Ibrahim Fikri Abdullah 101 10 AMALAN PENGAJARAN TARANNUM DI IPGK PULAU PINANG Zairul Anuwar Jamriy, Ahmad Rushaidi Abdul Majidi, Mahani Shaari, & Siti Maisarah Mohd Idris 111 11 PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN VIDEO BAGI SUBJEK MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA: KAJIAN LITERATUR BERSISTEMATIK Mohd Shafian Shafiee & Lavaneesvari Manogaran 123


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 1 PENGETAHUAN, PEMAHAMAN DAN KESEDIAAN SISWA GURU IPGKPP TERHADAP KEPENTINGAN ELEMEN STEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Muhd Rasul bin Ali1 , Zainal Abidin bin Hj. Abdul Hamid2 , Marsilah binti Mohamad Isa3 , Lok Wai Foong4 , & Azhar bin Zakaria5 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3,4,5 Emel: [email protected] Abstrak Guru adalah agen perubahan yang mempunyai kesan yang besar terhadap pelaksanaan kurikulum baharu atau inovatif, termasuk pendidikan STEM. Malah, guru perlu memainkan peranan yang besar dalam memastikan pendidikan STEM disampaikan dengan lebih berkesan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) serta hubungan antara pengetahuan dengan kefahaman, pengetahuan dengan kesediaan, dan kefahaman dengan kesediaan siswa guru IPGKPP terhadap kepentingan elemen STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik berstruktur dalam talian. Seramai 80 siswa guru telah dipilih secara rawak untuk tinjauan. Analisis data menunjukkan bahawa siswa guru mempunyai tahap kefahaman terhadap STEM paling tinggi (4.74), diikuti dengan pengetahuan (4.22) dan kesediaan (3.96). Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang kuat dan positif antara pengetahuan dan kefahaman pelajar (r = 0.737, p = 0.01), dan juga kefahaman dan kesediaan pelajar (r = 0.666, p = 0.01) Manakala, hubungan yang sederhana dan positif ditunjukkan oleh hubungan antara pengetahuan dan kesediaan (r = 0.583, p = 0.01). Hasil kajian ini membolehkan pihak IPGM merangka pelan yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan, kebolehan, kemahiran, kefahaman, keyakinan dan kesediaan dalam melaksanakan PdPc STEM. Bagi memastikan siswa guru sentiasa didedahkan dengan inovasi dalam semua aspek berkaitan transformasi pendidikan, kursus atau latihan perlu disediakan secara berterusan kepada mereka sebelum atau selepas mereka ditempatkan di sekolah kelak. Kata Kunci: Pengetahuan, pemahaman, kesediaan, elemen STEM, PAK21 PENDAHULUAN Pengenalan Keprihatinan terhadap pendidikan STEM sentiasa berkembang serta bersifat dinamik kerana keperluannya untuk memenuhi cabaran dalam kehidupan harian dan keperluan memenuhi ekonomi semakin mendesak. Untuk terus melonjakkan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 2 daya saing negara terutamanya di peringkat global, pendidikan STEM perlu terus diterokai memandangkan Malaysia masih memerlukan ramai kepakaran dan yang berkemahiran berteraskan bidang STEM. Menurut Anggraini dan Huzaifah (2017), pendekatan STEM yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan melalui sekolah secara formal adalah untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi cabaran global dan keperluan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Namun, pendekatan STEM juga dilaksanakan untuk menangani isu sikap pelajar yang kurang berminat dengan pembelajaran subjek Sains dan Matematik melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional yang hanya melibatkan tiga aktiviti iaitu penyampaian pengajaran oleh guru, sesi soal jawab dan pelajar perlu membuat kerja yang diberikan dengan senyap (Fisher et al., 1996). Justeru, menurut English (2015), pendidikan STEM yang merangkumi pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan proses inkuiri, kerja berpasukan, proses membuat reka bentuk dan teras kejuruteraan perlu menjadi satu pendekatan yang baharu. Pendidikan STEM juga telah dinyatakan secara eksplisit di dalam dasar pendidikan negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan dalam menyediakan generasi muda bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu: 1. Gelombang 1 (2013-2015): Pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod. 2. Gelombang 2 (2016-2020): Kempen dan kerjasama dengan badan badan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM. 3. iii. Gelombang 3 (2021-2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi (Modul Pembangunan Kompetensi Guru STEM, 2020). Pelbagai jenis pendekatan STEM yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam proses PdP untuk menarik minat pelajar iaitu seperti pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran berasaskan projek (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Hal yang demikian, maka guru perlu memahami cara melaksanakan STEM dengan berkesan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik kepada pelajar. Pembelajaran dan pengajaran STEM yang aktif dan berkualiti dapat membantu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk pelajar (Chang & Park 2014). Pengetahuan, sikap dan kemahiran guru dalam STEM perlu dipertingkatkan kerana pendidikan STEM masih lagi baru di Malaysia dan guru kurang pendedahan kepada pelaksanaan pendidikan STEM (Bunyamin, 2015).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 3 Cabaran pendidikan masa kini melalui penggunaan strategi kemahiran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan menerapkan elemen STEM menjadikan sekolah perlu merancang secara lebih eksplisit dan holistik supaya Malaysia tidak ketinggalan jauh dengan negara lain. Cabaran tersebut menggalakkan guru supaya meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran STEM di sekolah sama ada secara formal, tidak formal dan bukan formal. Pernyataan Masalah Pendidikan STEM kini kelihatan semakin berjaya dan membuka banyak ruang pekerjaan kepada pelajar. Namun, pihak sekolah masih kurang berupaya menarik minat pelajar kepada kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Hal yang sedemikian menyebabkan sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menyasarkan peningkatan pelajar aliran sains kepada 60 peratus menjelang 2020 masih belum tercapai (Ruhaiza Rusmin, 2015). Menurut beliau lagi, penyusutan peratusan pelajar mengambil aliran sains bukan hanya berlaku di dalam negara malah turut berlaku di negara lain seperti Indonesia termasuk juga Amerika Syarikat. Kaji selidik Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat mendapati hanya 16 peratus pelajar berminat menguasai STEM. Carlgren (2013) menjelaskan bahawa faktor pendidik atau tenaga pengajar menjadi salah satu sebab mengapa pelajar lemah atau kurang memahami kemahiran seperti komunikasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah. Bagi menjayakan penerapan elemen STEM dalam kemahiran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, guru-guru mesti berpengetahuan dan berupaya (berkemahiran) dalam menyepadukan proses pembelajaran melalui STEM yang menekankan aspek pengunaan teknologi, kreativiti, pemikiran kritis, berkemampuan interpersonal dan kemampuan sosial yang sangat baik. Pembelajaran STEM merupakan pendekatan pengajaran yang menyepadukan empat disiplin ilmu secara bersepadu iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik merupakan salah satu jawapan terhadap pengetahuan dan kemahiran yang mesti dimiliki guru-guru dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 (Ceylan & Ozdilek, 2015). Bybee (2010) menyatakan bahawa STEM merupakan pengetahuan saintifik, teknologi, kejuruteraan, dan matematik, bentuk usaha manusia, bentuk dunia material, intelektual, dan kebudayaan, dan STEM sebagai pemikiran rakyat yang sentimental dan menyumbang dalam pendidikan. Oleh itu, guru-guru mesti memiliki kemahiran, sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang relevan dan praktikal dalam pembelajaran STEM. Sementara itu, kajian oleh Pearson and Pearson (2017), mendapati bahawa pengetahuan guru-guru dalam menyampaikan kandungan PdP masih kurang berkesan. Salah satu kesukaran yang juga dirasakan oleh guru-guru dalam


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 4 menjalankan PdP adalah membuat perkaitan yang bersesuaian antara elemenelemen STEM. Guru-guru juga perlu mempunyai kesediaan dalam melaksanakan pendidikan STEM di sekolah bagi mengukuhkan lagi asas pembelajaran murid dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Sains dan Matematik bagi memantapkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan membangunkan kemahiran aras tinggi (Muhamad Izzudin, 2018). Aspek kesediaan guru merupakan cabaran utama dalam melaksanakan PdP STEM (Aminah & Crispina, 2020). Rajendran Nagappan (2010) menyatakan kesediaan guru semasa proses PdP bergantung kepada aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dimiliki untuk mengajar. Faktor yang mempengaruhi keyakinan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar adalah penguasaan terhadap pengetahuan ilmu, pedagogi dan psikologi pembelajaran (Noor Azlan Ahmad Zanzali & Hasriani Asri Atjeng, 2001). Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengetahui tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan siswa guru IPGKPP terhadap kepentingan elemen STEM dalam PdP abad ke-21 (PAK 21). 2. Mengetahui hubungan antara pengetahuan dengan kefahaman, pengetahuan dengan kesediaan, dan kefahaman dengan kesediaan siswa guru IPGKPP terhadap kepentingan elemen STEM dalam PdP abad ke-21 (PAK 21). Soalan Kajian Soalan kajian ini adalah untuk: 1. Apakah tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan siswa guru IPGKPP terhadap kepentingan elemen STEM dalam PdP abad ke-21 (PAK 21)? 2. Apakah hubungan antara pengetahuan dengan kefahaman, pengetahuan dengan kesediaan, dan kefahaman dengan kesediaan siswa guru IPGKPP terhadap kepentingan elemen STEM dalam PdP abad ke-21 (PAK 21)? KAJIAN LITERATUR Kemerosotan bilangan pelajar yang berminat untuk menceburi aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) iaitu pengurangan purata kirakira 6,000 pelajar setiap tahun dilihat sebagai satu masalah yang membimbangkan pihak kerajaan Malaysia dan perlu diatasi dalam kadar segera bagi memastikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju berjaya (Kementerian Pendidikan Malaysia 2019). Pengurangan jumlah pelajar aliran STEM akan memberi implikasi terhadap daya tampung tenaga profesional bagi pembangunan negara pada masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia 2019).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 5 Beberapa kajian lepas seperti kajian Eroglu (2016), Pearson dan Pearson (2017), dan Kyriakides et al. (2009) mendapati beberapa isu dan cabaran dalam pembelajaran STEM berkaitan dengan kualiti guru-guru di sekolah menengah, iaitu pertama: guru-guru masih lemah dalam menyepadukan STEM dalam PdP, kedua: pengetahuan kandungan STEM daripada guru-guru adalah masih lemah dan ketiga: kesukaran guru-guru dalam membuat hubungan yang sesuai dalam PdP menggunakan STEM. Titik Rahayu et al. (2018) menyatakan terdapat tiga cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pendidikan STEM iaitu kelemahan dalam mengintegrasikan STEM, tahap pengetahuan STEM yang rendah dan kemahiran memilih kaedah pengajaran yang berkesan. Menurut beliau, tiga ciri guru STEM yang berkualiti adalah mempunyai gaya, kaedah dan strategi pengajaran yang mantap, pengetahuan STEM yang lengkap serta sikap mesra dan terbuka ketika menjalankan PdP. Beliau juga mencadangkan agar program peningkatan motivasi serta pementoran guru-guru berkaitan pendidikan STEM perlu dilaksanakan sebagai petunjuk kejayaan dalam pelaksanaan pendidikan STEM yang berkaitan dengan pengetahuan dan sikap guru terhadap STEM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengambil langkah bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja pada masa hadapan dengan berusaha mencapai dasar 60:40 aliran Sains/Teknikal : Sastera iaitu dengan mempertingkatkan penyertaan murid dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Bagi meningkatkan penyertaan murid dalam bidang STEM ini, empat inisiatif utama telah dirangka iaitu memperkukuhkan pendidikan STEM, memantap kemahiran dan keupayaan, mempopularkan pendidikan STEM serta insentif berkenaan STEM (Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM Terengganu, 2016). Siti Nur Diyana Mahmud et al. (2018) membincangkan perkembangan program yang melibatkan guru sains di Malaysia. Perbincangan ini merangkumi dasar, amalan dan isu yang timbul dalam pengajaran sains. Antara isu semasa yang kritikal dalam dunia pendidikan sains adalah tahap pelaksanaan STEM dalam PdP. Menurut pengkaji kebanyakan guru sains berusaha menjalankan PdP STEM tetapi kefahaman berkaitan kurikulum merentasi disiplin dalam STEM bersepadu masih pada tahap yang rendah. Kajian oleh Serafin (2016) pula mendapati hanya 15% murid merasa puas dengan kualiti guru dalam menyampaikan pengajaran sains dan hampir 60% melaporkan pengajaran mata pelajaran sains di sekolah tidak cukup menarik. Berdasarkan kajian tersebut di atas terlihat bahawa kualiti guru dan pembelajaran STEM pada ketika ini masih belum tercapai secara maksimum. Tambahan pula, guru yang bermotivasi dan mempunyai kesediaan yang tinggi akan lebih berkeyakinan dan cenderung untuk menerima tugas yang telah dipertanggungjawabkan (Boset dan Asmawi, 2020).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 6 METODOLOGI Rekabentuk Kajian Kajian ini mengunakan pendekatan kuantitatif. Rekabentuk kajian ialah deskriptif bagi memperoleh maklumat latar belakang pelajar dan aspek-aspek pengetahuan, pemahaman dan kesediaan siswa guru IPGKPP. Bentuk kajian deskriptif adalah kajian yang membolehkan maklumat mudah dikumpulkan (Mohd Najib Abdul Ghafar, 2006; Chua, 2011). Kaedah tinjauan dipilih kerana dapat mengukur subjek kajian yang luas dan mendapatkan maklumat berkaitan fakta, kepercayaan dan perasaan responden (Creswell, 2012). Kaedah soal selidik digunakan sebagai alat kajian disebabkan ia adalah suatu kaedah yang biasa digunakan untuk mengumpul data daripada sampel yang ramai (Mohd Majid Konting, 2000; Chua, 2011). Kajian ini menumpukan kepada kajian kekerapan, min, sisihan piawai dan peratusan sebagaimana dicadangkan oleh Mohd. Majid Konting (2000) dan Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Populasi dan Sampel Kajian Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perlu dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Dalam kajian ini, pelajar-pelajar PISMP merupakan sasaran kajian. Populasi kajian adalah terdiri daripada lima bidang pengkhususan iaitu seramai 280 pelajar. Pengkaji menggunakan kaedah pensampelan jenis rawak mudah untuk memudahkan kerja penyelidikan. Pensampelan jenis rawak mudah ialah proses mencabut sampel di mana uni-unit dipilih secara individu dan langsung melalui proses yang rawak (Chua, 2011). Instrumen Kajian Soal selidik dikendalikan kepada responden untuk memperolehi maklumat pandangan responden terhadap perkara yang dikaji (Mohd Najib, 2003). Soal selidik kajian ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A (Butiran demografi, 4 item) yang digunakan untuk mengumpul maklumat latar belakang pelajar seperti jantina, program pengajian dan bidang pengkhususan. Tiga bahagian lain adalah Bahagian B (Pengetahuan, 15 item), Bahagian C (Kefahaman, 10 item), dan Bahagian D (Kesediaan, 15 item). Item dalam Bahagian B, C dan D adalah item skala Likert, iaitu skala 5 (sangat setuju), skala 4 (setuju), skala 3 (kurang setuju), skala 2 (tidak setuju) dan skala 1 (sangat tidak setuju). Kajian Rintis Kajian rintis dilakukan ke atas setiap soal selidik yang akan digunakan dalam sesuatu kajian untuk melihat sama ada soal selidik tersebut berfungsi dengan betul atau tidak (Chua, 2011). Kesemua instrumen tersebut diberikan kepada responden yang mempunyai ciri yang sama dengan responden sebenar kajian.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 7 Sampel ini dipilih daripada mereka yang tidak dilibatkan sebagai respoden dalam kajian sebenar. Hasil kajian rintis dianalisis untuk memperbaiki kualiti soalan dan juga reka bentuk kajian. Kajian rintis ini dilakukan kepada 30 orang pelajar iaitu daripada pelbagai kursus PISMP. Jadual 1 Ujian Kebolehpercayaan Item dalam Soal Selidik Bahagian Bilangan item Cronbach’s alpha B: Pengetahuan 15 .98 C: Kefahaman 10 .96 D: Kesediaan 15 .94 Ujian kebolehpercayaan item dalam soal selidik melalui Cronbach’s alpha dilakukan dengan Statistical Package For Sosial Science Version 27.0 (SPSS). Menurut Mohd Majid Konting (1990), skor Cronbach’s alpha yang berada di antara 0.8 hingga 1.0 menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu diubah. Dalam Jadual 1, didapati ujian kebolehpercayaan item dalam soal selidik adalah dalam lingkungan .94 hingga .98. Ini menunjukkan bahawa soal selidik yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan dapat menghasilkan data yang boleh dipercayai. Prosedur Pengumpulan Data Penggunaan soal selidik akan digunakan untuk pengumpulan data. Soal selidik diedarkan kepada ketua kelas setiap kumpulan selepas pelajar selesai menjalani Bengkel Program STEM. Semua borang dikembalikan kepada pengkaji dalam tempoh seminggu. Prosedur Penganalisisan Data Data mengenai item-item dalam soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk menggambarkan taburan data (Mohd Najib, 2003; Chua, 2011). Penganalisisan data menggunakan SPSS versi 27.0 dengan tumpuan kepada min dan sisihan piawai dibuat berdasarkan objektif kajian. Manakala statistik inferensi pula digunakan bagi mengukur hubungan antara tiga pembolehubah dengan menggunakan analisis korelasi Pearson (r) melalui SPSS versi 27.0. Menurut Gay et al. (2014), nilai pekali korelasi dalam julat +0.65 hingga 1.00 dan -0.65 hingga -1.00 menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara dua pemboleh ubah. Nilai pekali korelasi dalam julat +0.35 hingga +0.65 dan -0.35 hingga -0.65 menunjukkan terdapat hubungan sederhana, manakala julat +0.35 hingga -0.35 menunjukkan terdapat hubungan lemah atau tiada hubungan antara dua pemboleh ubah.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 8 DAPATAN KAJIAN Butiran demogarafi siswa guru (N=80) yang mengambil bahagian dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 2. Seramai 64 orang pelajar perempuan (80%) dan 16 orang pelajar lelaki (20%) telah menjawab soal selidik yang diberikan. Dalam itu, 47 orang pelajar (58.8%) adalah pelajar PISMP ambilan Jun 2020 (tahun pengajian 3), 20 orang (25.0%) pelajar PISMP ambilan Jun 2019 (tahun pengajian 4) dan 13 orang (16.2%) PISMP ambilan Jun 2021 (tahun pengajian 1). Dari segi bidang pengkhususan, pelajar opsyen Matematik paling ramai (36 orang, 45%), diikuti Pendidikan Islam (20 orang, 25%), TESL (11 orang, 13.8%), Sains (7 orang, 8.8%) dan Pengajian Melayu (6 orang, 7.5%). Jadual 2 Butiran Demografi Siswa Guru Kategori Bilangan Peratus (%) Jantina Lelaki 16 20.0 Perempuan 64 80.0 Program pengajian PISMP Ambilan Jun 2019 20 25.0 PISMP Ambilan Jun 2020 47 58.8 PISMP Ambilan Jun 2021 13 16.2 Bidang pengkhususan Sains 7 8.8 Matematik 36 45.0 TESL 11 13.8 Pendidikan Islam 20 25.0 Pengajian Melayu 6 7.5 Min dan sisihan piawai bagi pengetahuan, sikap dan kesediaan siswa guru terhadap STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran abad ke-21 ditunjukkan dalam Jadual 3. Didapati min skor kefahaman siswa guru terhadap STEM paling tinggi (4.74), diikuti dengan pengetahuan (4.22) dan kesediaan (3.96). Jadual 3 Min dan Sisihan Piawai bagi Pengetahuan, Kefahaman dan Kesediaan Siswa Guru terhadap STEM Pengetahuan Kefahaman Kesediaan Min 4.22 4.74 3.96 Sisihan piawai 0.389 0.386 0.438 Min dan sisihan piawai bagi setiap item bagi pengetahuan, kefahaman dan kesediaan siswa guru terhadap STEM pula ditunjukkan dalam Jadual 4, 5 dan 6. Dari segi pengetahuan (Jadual 4), item “Saya tahu definisi pendidikan STEM” mempunyai min skor yang paling tinggi (4.36), manakala item “Saya tahu proses


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 9 pentaksiran PBD dalam pendidikan STEM” mempunyai min skor yang paling rendah (4.09). Dalam kefahaman siswa guru terhaap STEM (Jadual 5), item bagi min skor yang paling tinggi adalah “Pendidikan STEM memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21” (4.40), dan item yang min skornya paling rendah adalah “Saya sentiasa berbincang dengan rakan lain bagi mengatasi kelemahan dalam proses pengajaran yang dikaitkan dengan STEM.” (4.11). Bagi kesediaan siswa guru terhadap STEM (Jadual 6), item “Saya memberi peluang kepada rakan saya untuk turut serta menyumbang kepada keberhasilan objektif pembelajaran STEM” mempunyai min skor yang paling tinggi (4.19), manakala item “Saya berpendapat aktiviti STEM tidak praktikal untuk dilaksanakan dalam pengajaran masa kini” mempunyai min skor yang paling rendah (3.36). Jadual 4 Min dan Sisihan Piawian bagi Pengetahuan STEM dalam Kalangan Siswa Guru Min Sisihan piawai 1 Saya tahu definisi pendidikan STEM. 4.36 0.509 2 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM bersifat kesepaduan. 4.16 0.561 3 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM menghubungkaitkan disiplin yang dipelajari dengan dunia sebenar. 4.24 0.457 4 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM pembelajaran berasaskan inkuiri. 4.28 0.527 5 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM pembelajaran berasaskan masalah. 4.26 0.497 6 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM pelajar berkolaborasi dalam kumpulan kecil. 4.35 0.480 7 Saya tahu ciri-ciri pendidikan STEM yang mana guru adalah sebagai fasilitator. 4.29 0.532 8 Saya tahu teori-teori berkaitan pendidikan STEM. 4.11 0.503 9 Saya tahu Model Inkuiri 5E. 4.01 0.626 10 Saya tahu kepentingan melaksanakan pendidikan STEM. 4.28 0.477 11 Saya tahu kelebihan melaksanakan pendidikan STEM. 4.30 0.461 12 Saya tahu kaedah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan STEM yang dikait dengan bidang saya. 4.21 0.469 13 Saya tahu proses penilaian pengajaran dan pembelajaran pendidikan STEM. 4.16 0.561


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 10 14 Saya tahu proses pentaksiran PBD dalam pendidikan STEM. 4.09 0.578 15 Saya tahu peranan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan STEM. 4.20 0.488 Jadual 5 Min dan Sisihan Piawian bagi Kefahaman Siswa Guru terhadap Pendidikan STEM Min Sisihan piawai 1 Pendidikan STEM memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. 4.40 0.518 2 Pendidikan STEM meningkatkan pencapaian saya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. 4.27 0.551 3 Pendidikan STEM melibatkan saya secara aktif dalam proses pembelajaran. 4.26 0.470 4 Pendidikan STEM menjadikan pembelajaran saya lebih terkait dan relevan dengan kehidupan. 4.25 0.490 5 Pendidikan STEM sangat efektif dalam melatih berfikir di luar kotak. 4.31 0.518 6 Pendidikan STEM diyakini mampu menarik minat terhadap bidang berkaitan STEM. 4.24 0.509 7 Pendidikan STEM dapat meningkatkan kualiti pengalaman pembelajaran saya. 4.25 0.464 8 Saya berminat membuat inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian topik yang diajar dengan bertemakan STEM. 4.19 0.506 9 Saya sentiasa berbincang dengan rakan lain bagi mengatasi kelemahan dalam proses pengajaran yang dikaitkan dengan STEM. 4.11 0.503 10 Saya bersedia berkerjasama dengan pensyarah STEM bagi menjayakan pelaksanaan pendidikan STEM / inovasi STEM. 4.24 0.484


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 11 Jadual 6 Min dan Sisihan Piawain bagi Kesediaan Siswa Guru terhadap Pendidikan STEM Min Sisihan piawai 1 Saya bersedia untuk mempraktikkan pengajaran elemen STEM di dalam kelas saya. 4.10 0.565 2 Saya memberi peluang kepada rakan saya untuk turut serta menyumbang kepada keberhasilan objektif pembelajaran STEM. 4.19 0.530 3 Saya berpendapat pembinaan asas elemen STEM amat sesuai dijalankan di sekolah rendah. 4.15 0.480 4 Saya sudah bersedia untuk mencuba kaedah dan strategi baru dalam aktiviti pengajaran STEM. 4.04 0.561 5 Saya risau untuk mempraktikkan pengajaran STEM dalam aktiviti pembelajaran kelas saya. 3.72 0.954 6 Saya mencari peluang-peluang untuk membuat perubahan dalam pengajaran STEM. 4.11 0.503 7 Saya berpendapat aktiviti STEM hanya menambahkan beban tugas saya. 3.54 1.055 8 Saya menggalakkan rakan kelas untuk berinteraksi secara aktif ketika melaksanakan aktiviti STEM. 4.16 0.514 9 Saya selesa dengan pengajaran yang tidak dikaitkan dengan aktiviti STEM. 3.72 0.886 10 Saya berpendapat aktiviti STEM tidak praktikal untuk dilaksanakan dalam pengajaran masa kini. 3.36 1.082 11 Saya sentiasa mencari peluang untuk memantapkan kaedah/strategi pelaksanaan pengajaran STEM bagi kelas saya. 4.09 0.532 12 Saya sedia untuk mengikuti kursus/bengkel yang boleh menambah kemahiran saya berkaitan STEM. 4.06 0.603 13 Saya bersedia meluangkan lebih masa untuk meraikan aktiviti pembentangan projek rakan saya yang berkaitan STEM. 4.01 0.606 14 Saya bersedia dengan apa sahaja pendekatan yang digunakan dalam pengajaran STEM asalkan dapat memahami apa yang disampaikan. 4.11 0.450 15 Saya bersedia dengan pengajaran dan pembelajaran STEM bagi menghadapi cabaran negara dalam Revolusi Industri 5.0. 4.02 0.616


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 12 Jadual 7 menunjukkan korelasi antara pemboleh ubah pengetahuan, kefahman dan kesediaan siswa guru terhadap STEM dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Didapati terdapat hubungan yang kuat antara pengetahuan dan kefahman pelajar (r = 0.737), dan juga kefahaman dan kesediaan pelajar (r = 0.666). Hubungan ini adalah positif dan signifikan iaitu nilai aras keyakinan ialah 0.00 kurang daripada aras keyakinan yang ditetapkan iaitu 0.01. Manakala, nilai pekali korelasi bagi pengetahuan dengan kesediaan terhadap STEM ialah 0.583. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana, di mana hubungan ini adalah positif dan signifikan iaitu nilai aras keyakinan ialah 0.00 kurang daripada aras keyakinan yang ditetapkan iaitu 0.01. Jadual 7 Korelasi bagi Pengetahuan, Kefahaman dan Kesediaan Siswa Guru terhadap STEM Pengetahuan Kefahaman Kesediaan Pengetahuan - 0.737 0.583 Kefahaman 0.737 - 0.666 Kesediaan 0.583 0.666 - PERBINCANGAN Berdasarkan analisis kajian menunjukkan bahawa siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) mempunyai tahap kefahaman terhadap STEM yang paling tinggi, diikuti oleh pengetahuan dan kesediaan. Hal ini menunjukkan bahawa siswa guru memiliki pemahaman yang baik tentang konsep-konsep STEM, tetapi perlu lebih diberi penekanan terhadap pengetahuan dan kesediaan mereka yang terkait dengan STEM. Manakala persoalan berkaitan hubungan antara pengetahuan dengan kefahaman, pengetahuan dengan kesediaan, dan kefahaman dengan kesediaan siswa guru IPGKPP terhadap kepentingan elemen STEM dalam PdP abad ke-21 (PAK 21) dapat dihuraikan seperti berikut: Hubungan antara Pengetahuan dengan Kefahaman Siswa Guru terhadap Kepentingan Elemen STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran abad ke21 Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan guru tentang pendidikan STEM dengan kefahaman guru melaksanakan pendidikan STEM. Data menunjukkan wujud hubungan yang kuat dan bersifat positif (r = 0.737, p = 0.01). Ini menandakan bahawa semakin tinggi pengetahuan guru berkaitan pendidikan STEM, semakin tinggi kefahaman guru tentang pendidikan STEM. Menurut Habib (2004), antara faktor dalam


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 13 meningkatkan tahap kemampuan guru dalam melaksanakan inovasi pembelajaran ialah pengetahuan dan kemahiran. Dapatan kajian Pearson dan Pearson (2017) menunjukkan bahawa pengetahuan kandungan guru merupakan faktor yang boleh membatasi keberkesanan guru STEM dalam pendidikan STEM, lebih-lebih lagi jika guru tersebut megambil opsyen di luar bidang STEM. Di dalam kajian ini, pengetahuan tentang STEM adalah merujuk kepada konsep pendidikan asas STEM yang merangkumi definisi, ciri, teori, kepentingan, kelebihan, pendekatan pengajaran, teknik penilaian pengajaran dan peranan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM. Pengetahuan guru dititikberatkan sebagai faktor terpenting untuk memastikan pengajaran berkesan (Gitomer & Zisk, 2015). Oleh itu, dari semasa ke semasa, guru perlu menambah nilai dan menaik taraf pengetahuan mereka agar selaras dengan pembaharuan kurikulum yang direka dan dibangunkan oleh KPM. Seorang guru perlu menguasai tiga jenis ilmu utama iaitu pengetahuan kandungan, asas pengetahuan pedagogi dan pengetahuan pedagogi kandungan (Shulman, 1987). Pedagogi pengetahuan ialah pengetahuan khusus tentang perancangan dan penyampaian kaedah yang berkesan dalam pengajaran dan sesi pembelajaran (Guerriero, 2017). Dengan cara yang sama, pendidikan STEM akan menjadi lebih cekap dan berkesan sekiranya guru-guru yang merupakan agen penyampaian ilmu dilengkapi dan menguasai kedua-dua pedagogi dan pengetahuan kandungan yang akan mereka ajar (Eckman et al., 2016). Hubungan antara Kefahaman dengan Kesediaan Siswa Guru terhadap Kepentingan Elemen STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran abad ke21 Melalui analisis korelasi Pearson, dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman siswa guru terhadap pendidikan STEM dengan kesediaan siswa guru melaksanakan pendidikan STEM. Data menunjukkan hubungan wujud yang kuat dan positif (r = 0.666, p = 0.01). Ini menggambarkan bagaimana siswa guru berupaya untuk mengembangkan secara meluas pendidikan STEM apabila mereka ditempatkan di sekolah masingmasing. Tahap kesediaan guru juga akan meningkat sekiranya guru mempunyai sikap positif terhadap aktiviti STEM. Mengubah asas pengetahuan guru berhubung dengan pendidikan STEM, menurut Al Salami et al. (2017), memerlukan perubahan pendekatan pengajaran guru. Tahap kesediaan guru dan keupayaan untuk melaksanakan perubahan kurikulum ditentukan oleh pengetahuan dan kemahiran guru; dan juga keupayaan menangani cabaran berkaitan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan IR 4.0 (Othman & Awang, 2018). Tiga aspek utama yang mendorong kesediaan guru untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah persepsi; kemahiran; dan sikap guru terhadap perubahan (Siti Hajar Halili & Suguneswary, 2016). Semasa dalam


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 14 peringkat menyesuaikan diri dengan inovasi baharu, guru mula menunjukkan positif atau perasaan negatif terhadap perubahan melalui pendapat positif atau negatif mereka. Perasaan ini adalah dilihat dari sudut positif dan negatif. Keyakinan dan inovasi adalah perasaan positif guru manakala rasa tidak selesa dan tidak percaya adalah perasaan negatif (Parasuraman & Colby, 2015). Justeru, guru perlu mempunyai beberapa kemahiran khusus untuk melaksanakan perubahan kurikulum atau inovasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru yang bermotivasi dan mempunyai tahap kesediaan yang tinggi akan lebih berkeyakinan dan cenderung menerima tugas yang diberikan kepada mereka (Boset & Asmawi, 2020). Dalam konteks kajian ini, guru kesediaan adalah diutamakan dalam melaksanakan kurikulum STEM. Penerimaan guru terhadap perkara ini inovasi kurikulum merupakan teras utama kajian ini. Oleh itu, siswa guru perlu diberikan asas pengukuhan yang maksimum dalam pendidikan STEM untuk memahami konsep pendidikan STEM dan sentiasa bersedia dalam melaksanakan amanah ini kepada anak murid mereka kelak. Hubungan antara Pengetahuan dengan Kesediaan Siswa Guru terhadap Kepentingan Elemen STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran abad ke21 Hasil analisis Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan siswa guru tentang pendidikan STEM dengan pengajaran pendidikan STEM. Data menunjukkan hubungan yang sederhana dan positif (r = 0.583, p = 0.01). Asghar et al. (2012) menyatakan bahawa cabaran utama bagi guru yang melaksanakan pendidikan berfokuskan STEM ialah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memasukkan elemen STEM ke dalam pelajaran harian mereka. Justeru, bagi membolehkan seseorang guru mengambil bahagian dalam penyemakan kurikulum yang sedang berjalan, pengetahuan dan keyakinan guru perlu ditingkatkan melalui latihan sesi pembangunan guru profesional dari satu generasi ke generasi seterusnya (König et al., 2013). Ia juga boleh memastikan bahawa pelajar seorang guru belajar lebih banyak daripada mereka (Gitomer & Zisk, 2015). Menurut Guerriero (2017), pengetahuan khusus yang digunakan untuk memimpin dan menjalankan sesi PdP ialah pengetahuan berkaitan pendidikan STEM. Maka, siswa guru perlu berusaha dalam menerokai secara mendalam untuk mengukuhkan kesediaan dan keyakinan mereka terhadap kepentingan elemen STEM dalam PAK21. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa min skor kefahaman siswa guru terhadap STEM paling tinggi (4.74), diikuti dengan pengetahuan (4.22) dan kesediaan (3.96). Kajian juga mendapati bahawa hubungan yang kuat dan positif antara pengetahuan dan kefahman siswa guru (r = 0.737), dan juga kefahaman dan kesediaan siswa guru (r = 0.666) manakala korelasi bagi pengetahuan dengan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 15 kesediaan terhadap STEM ialah 0.583. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana, di mana hubungan ini adalah positif. Ini bermakna pengetahuan, kefahaman dan kesediaan terhadap kepentingan elemen STEM dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 oleh siswa guru IPGKPP adalah sejajar. Oleh itu, siswa guru perlu melengkapkan diri masing-masing dalam aspek pengetahuan, kemahiran, kefahaman terhadap elemen STEM dan sentiasa bersedia dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka di sekolah kelak. KESIMPULAN Pendidikan STEM menuntut persiapan Malaysia bagi menghadapi gelombang era Revolusi Industri 4.0 setanding dengan negara-negara maju yang lain. Pelbagai bentuk cabaran yang perlu ditangani bersama bukan sahaja melibatkan aspek kemudahan fasiliti, kemudahan rangkaian dan sumber maklumat sematamata tetapi memerlukan peningkatan aspek latihan yang komprehensif serta berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru. Usaha seperti menyediakan kursus atau latihan yang berterusan kepada siswa guru sebelum atau selepas mereka ditempatkan di sekolah dapat memastikan mereka selalu terdedah pada inovasi dalam semua aspek yang berkaitan dengan transformasi pendidikan. Dengan memperkukuhkan elemen pengetahuan, kefahaman dan kesediaan siswa guru terhadap STEM, diharapkan mereka akan mampu melaksanakan pengajaran yang lebih efektif dan relevan dengan mengintergrasikan antara bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik dalam pengajaran mereka. Ini akan membantu mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi tuntutan dunia yang semakin berkembang dan kompleks dalam era teknologi digital dan inovasi. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan para pengkaji pada masa akan datang berkaitan STEM. Selain itu, kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan dan penggubal dasar mengambil tindakan segera dan bersepadu terhadap resolusi yang diperolehi dalam mengaplikasi STEM dalam PdPc terutamanya di sekolah luar bandar dan pinggir bandar. RUJUKAN Aminah Jekri, & Crispina Gregory K Han (2020), Pembinaan dan pengesahan instrumen pengetahuan, afektif dan motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran STEM. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 5(34), 79-89. Bunyamin, M. A. H. (2015). Pendidikan STEM bersepadu: Perspektif global, perkembangan semasa di Malaysia, dan langkah kehadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, 25(1), 1-6.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 16 Bybee, R. (2010). Advancing STEM education: A 2020 vision. Technology and Engineering Teacher, 70(1), 30–35. English, L. D. (2015). STEM: Challenges and opportunities for mathematics education. Proceedings of the 39th Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, 4–18. Chang, Y., & Park, S. W. (2014). Exploring students’ perspectives of college STEM: An analysis of course rating websites. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 26(1), 90–101. Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan (Edisi 2). Kuala Lumpur: McGraw-Hill Sdn Bhd. Creswell, J.W. (2012). Educational reseach: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Boston: M.A. Pearson. Carlgren. T. (2013). Communication, critical thinking, problem solving: A suggested for all high school students in the 21st century. Interchange, 44, 63-81. Ceylan, S., & Ozdilek, Z. (2015). Improving a sample lesson plan for secondary science courses within the STEM education. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 177, 223–228. https://doi:10.1016 /j.sbspro.2015.02.395 Eckman, E. W., Williams, M. A. & Silver-Thorn, M. B. (2016). An integrated model for STEM teacher preparation: The value of a teaching cooperative educational experience. Journal of STEM Teacher Education, 51(1), 71- 82. Fisher, C., Dwyer, D. C., & Yocam, K. (1996). Education and technology: Reflections on computing in classrooms. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2014). Educational research: Competencies for analysis and applications (10th ed.). London: Pearson Education. Gitomer, D. H. & Zisk, R. C. (2015). Knowing what teachers know. Review of Research in Education, 39(1), 1-53. Ghazali, D., & Sufean, H. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Guerriero, S. (2017). Pedagogical knowledge and the changing nature of the teaching profession. Paris: OECD Publishing. Kyriakides, L., Creemers, B. P. M., & Antoniou, P. (2009). Teacher behaviour and student outcomes: Suggestions for research on teacher training and professional development. Teaching and Teacher Education, 25(1), 12– 23. https://doi.org/10.1016/j.tate.2008.06.001. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Info media: Menjana maklumat pendidikan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bil. 2, 2019, Edisi Mac – Apr. https://www.moe.gov.my/penerbitan /2301-infomedia-bil-02-mac-april-2019/file


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 17 Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM Terengganu (2016). Resolusi KKPSTEM Terengganu 2016: Inisiatif, isu dan pelan tindakan. Universiti Malaysia Terengganu, 28 Mei 2016. Pusat Pembangunan Latihan (2020). Modul pembangunan kompetensi guru STEM. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pearson, G., & Pearson, G. (2017). National academies piece on integrated STEM. Journal of Educational Research, 110(3), 224–226. https: //doi:10.1080/00220671.2017.1289781. Rajendran Nagappan (2010). Teaching thinking skills at institutions of higher learning: Lessons learned. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 18, 1–14. Ruhaiza Rusmin (2017, Januari 30). Ubah persepsi terhadap STEM. Berita Harian. Titik Rahayu, Syafrimen Syafril, Agus Pahrudin, Ibdal Satar, Kamisah Osman, Lilia Halim, & Nova Erlina Yaumas (2018). Mini review. Solusi untuk mempertingkatkan kualiti guru dalam pembelajaran STEM di sekolah menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhamad Izzudin (2018). Kesedaran dan kepentingan pengajaran STEM di sekolah. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Azlan Ahmad Zanzali & Hasriani Asri Atjeng (2001). Faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. http://eprints.utm.my /id/eprint/10814/1/Faktor.pdf Othman, R. & Awang, M. I. (2018). Analisis pentaksiran kemahiran insaniah menggunakan rubrik terhadap amalan pensyarah: Satu kajian rintis. eJurnal Penyelidikan dan Inovasi, 5(1), 140-158. Parasuraman, A., & Colby, C. L. (2015). An updated and streamlined Technology Readiness Index: TRI 2.0. Journal of Service Research, 18(1), 59–74. https://doi.org/10.1177/1094670514539730 Siti Nur Diyana Mahmud, Nurfaradilla Mohamad Nasri, Mohd Ali Samsudin, & Lilia Halim (2018). Science teacher education in Malaysia: Challenge and way forward. Asia Pacific Science Education, 4, 8. https: //doi.org/10.1186 /s41029-018-0026-3 Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of new reforms. Harvard Educational Review, 57(1), 1-21. Serafin, C. (2016). The reconceptualization of cooperative learning in an inquiry oriented teaching. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 217, 201- 207. Siti Hajar, H., & Suguneswary, S. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan model TAM dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 31-41.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 18 Wearmouth, J., Edwards, G., & Richmond, R. (2000). Teachers’ professional development to support inclusive practices. Journal of In-Service Education, 26, 37-48.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 19 SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN WANITA BEKERJAYA KETIKA PENDAMIK COVID-19 Mohamad Faizel bin Ali1 & Jamilah binti Aziz2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1 , Universiti Sultan Azlan Shah2 Emel: [email protected] Abstrak Pendamik Covid-19 memberi impak yang besar terutamanya dalam dunia pekerjaan sehingga ramai terpaksa diberhentikan. Situasi Work from Home (WFH) telah menjadi norma baharu dalam masyarakat sebagai usaha mengekang penularan penyakit ini. Kajian ini memberi perhatian berkaitan tahap sokongan sosial dalam kalangan wanita bekerjaya ketika pendamik Covid-19. Sokongan sosial sangat diperlukan oleh setiap golongan supaya mereka dapat meneruskan dan komited dalam menjalankan pekerjaan. Terdapat dua objektif yang telah ditetapkan dalam kajian ini iaitu mengukur tahap tahap sokongon sosial semasa pandemik Covid-19 dalam kalangan wanita bekerja di Kuala Kangsar, Perak dan mengukur perbezaan sokongan sokongan sosial berdasarkan status perkahwinan. Seramai 145 sampel kajian terlibat dalam kajian ini dengan menjawab Soal selidik sokongan sosial diasaskan oleh Barrera et al. (1990). Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap sokongan sosial sampel kajian berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, hasil dapatan kajian turut menunjukkan terdapat perbezaan signifikan sokongan sosial berdasarkan status perkahwinan antara bujang dan berkahwin dengan nilai p < 0.05. Kesimpulannya, kajian ini dilihat penting kepada pihak majikan agar dapat menyediakan sistem sokongan sosial yang secukupnya kepada wanita bekerjaya supaya dapat mencapai prestasi kerja yang terbaik sepanjang dalam perkhidmatan Kata Kunci: sokongan sosial, wanita bekerjaya, pretasi perkhidmatan PENDAHULUAN Pengenalan Dalam era pandemik Covid-19 ramai individu yang bekerja telah kehilangan pekerjaan. Hal ini telah dinyatakan dalam akhbar Berita Harian iaitu sebanyak 140,606 individu yang telah kehilangan pekerjaan semenjak Covid-19 melanda negara Malaysia. Walau bagaimanapun, setiap individu sama ada lelaki atau wanita perlu terus membanting tulang untuk mencari rezeki supaya dapat meneruskan kehidupan walaupun keadaan dunia yang tidak mengizinkan. Dalam kajian yang akan dilakukan ini adalah untuk mengkaji golongan wanita yang


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 20 bekerja semasa pandemik Covid-19. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan tenaga kerja wanita pada suku akhir 2021 ialah sebanyak 39.2 peratus yang mewakili 6.15 juta wanita yang bekerja di Malaysia. Antara elemen yang perlu diberi perhatian dalam kalangan wanita yang bekerjaya adalah sokongan sosial. Sokongan sosial merupakan satu bentuk interaksi atau pertolongan daripada orang sekeliling dalam jaringan sosial yang melibatkan emosi dengan bertujuan untuk mendapatkan keselesaan dan kepuasan daripada setiap pihak yang terlibat. Menurut Saltzman et al. (2020), sokongan sosial sangat diperlukan dan sangat penting dalam kesejahteraan dan merupakan salah satu untuk mengurangkan tekanan semasa pandemik Covid-19. Tanggapan individu terhadap sokongan sosial di tempat kerja menggunakan konsep yang sama iaitu memerlukan dua rangkaian yang positif menerusi pertukaran emosi, maklumat dan kebendaan. Hal ini telah dinyatakan oleh Hochwarter et al. (2006) dalam kajiannya iaitu kejelasan dalam berinteraksi dan berkomunikasi antara pekerja dan majikan dalam sesebuah organisasi perlu berlaku secara optimum bagi mengelakkan salah faham berlaku antara kedua hubungan tersebut. Hal ini jelas kerana salah faham antara majikan dan pekerja akan menyebabkan keburukan kepada kesihatan mental yang dan menjejaskan pekerja untuk bekerja dengan komitmen yang baik. Sokongan sosial meruapakan elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguruskan stres bagi mendapatkan kesihatan mental yang baik (Mohamad Faizel & Nor Shafrin, 2020) Pernyataan Masalah Pandemik Covid-19 membawa pelbagai norma baharu dalam kehidupan masyarakat kini. Walaubagaimanapun, dalam keadaan ini setiap keluarga perlu teruskan pencarian rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup yakni dengan melakukan sebarang pekerjaan yang boleh memberi rezeki untuk hari-hari seterusnya dalam kehidupan setiap individu sama ada lelaki atau wanita. Menurut Thuaibah@Suaibah et al. (2020) menyatakan setiap wanita perlu bersaing untuk membuktikan kemampuan diri sekaligus memperbaiki atau mempertingkatkan nilai dan taraf kehidupan walaupun mempunyai pelbagai cabaran dan persaingan dalam kalangan wanita yang bekerja. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang sokongan sosial yang diperlukan oleh setiap golongan wanita bekerja semasa pandemik Covid-19 ini. Sokongan sosial sangat diperlukan oleh setiap golongan supaya mereka dapat meneruskan dan terus komited dalam menjalankan pekerjaan. Tambahan pula semasa pandemik Covid-19 kebanyakan pekerja diarah untuk bekerja dari rumah. Keadaan ini menyebabkan tugas-tugas mereka bertambah selain daripada fokus untuk bekerja dan juga menguruskan perihal rumah tangga. Adalah menjadi suatu cabaran kepada golongan wanita yang bekerjaya ini mendapatkan kepuasan bekerja sekiranya pekerjaan yang mereka perlu jalankan adalah dari rumah.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 21 Kebiasaannya pekerja tidak akan mencampurkan kerja rumah dan pekerjaannya, akan tetapi disebabkan oleh pandemik mereka perlu melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Hal ini demikian, sokongan sosial amat penting dalam dunia pekerjaan walaupun ianya hanya dorongan untuk mendapatkan kepuasan pekerjaan tetapi turut penting supaya kesihatan mental wanita dapat dijaga dengan sebaiknya. Jika sokongan sosial tidak diterima oleh pekerja ianya menyebabkan mereka akan kurang fokus terhadap pekerjaan mereka. Hal ini akan menyebabkan pekerja akan kurang memberi komitmen dan melakukan kerja serta mengurangkan produktiviti. Hal ini juga akan menyebabkan pekerja mengambil jalan mudah dan berputus asa dengan kerjanya sehingga mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan status sokongan sosial pekerja wanita. Hal ini kerana setiap individu memerlukan sokongan sosial yang secukupnya daripada orang sekeliling atau orang yang dipercayai supaya kepuasan pekerjaan dapat dicapai. Sokongan sosial sememangnya sangat diperlukan oleh setiap pekerja supaya kerja yang dilakukan lebih produktif dan dapat memberi perkhidmatan yang sebaiknya sepanjang mereka berkhidmat dalam pekerjaan. Oleh yang demikian, sokongan sosial sangat diperlukan sepanjang perkhidmatan dalam sesebuah organisasi dan perlu diberi perhatian yang serius. Kepentingan Kajian Hasil dapatan kajian ini dijangka dapat membantu beberapa pihak, antaranya: 1. Status Kesihatan Mental Wanita Bekerjaya: Hasil kajian ini dapat membantu pihak majikan serta pekerja sendiri untuk meningkatkan kesedaran terhadap aspek kesihatan mental para pekerja wanita. 2. Majikan: Sokongan sosial merupakan suatu sistem yang melibatkan beberapa pihak yang mempunyai kepentingan terhadap pekerja wanita dan perlu diberi perhatian yang serius. Dengan mengetahui tahap sokongan sosial yang diterima oleh pekerja, pihak majikan boleh merancang pelan jangka panjang bagi memastikan pekerja wanita berada pada tahap yang terbaik tanpa mengabaikan kesejahteraan emosi dan sihatan menta mereka. 3. Kaunselor & Pegawai Sumber Manusia: Hasil dapatan kajian ini dapat memberi maklumat tambahan kepada para kaunselor dan dan pegawai sumber manusia untuk mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diberi perhatian dalam proses sesi kaunseling dan pembangunan sumber manusia dalam organisasi.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 22 TINJAUAN LITERATUR Banyak kajian dijalankan bagi mengkaji peranan sokongan sosial dalam kehidupan seseorang pekerja wanita. Sehubungan itu, Azlina et.al menjalankan kajian pada tahun 2020 untuk mengetahui hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial dan penghargaan kendiri yang dialami oleh mahasiswa berada di tahap yang sederhana manakala tahap kemurungan menujukkan keputusan majoriti responden berada pada tahap yang normal. Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor pengurangan kemurungan adalah disebabkan oleh sokongan sosial dan penghargaan kendiri yang di terima oleh setiap responden. Selain itu, dalam kajian yang dijalankan oleh Saltzman et al. (2020) mendapati sokongan sosial merupakan peranan yang sangat penting dalam kesejahteraan mental dalam membantu seseorang untuk menjalani aktiviti harian semasa pandemik Covid-19. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sokongan sosial ketika pandemik Covid-19 terhadap kesunyian dan pengasingan yang berlaku dalam diri individu. Hasil kajian ini mendapati bahawa setiap individu memerlukan sokongan sosial untuk memastikan seseorang itu kurang menghadapi masalah kesihatan mental yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan pengasingan diri dan juga kesunyian. Hal ini menunjukkan sokongan sosial dalam kajian ini sangat diperlukan oleh setiap individu dan dapat mengurangkan berlakunya masalah kesihatan mental. Dalam pada itu, Thuaibah@Suaibah et al. (2020) menyatakan bahawa wanita pada masa kini dilihat lebih banyak mencabar diri dalam pelbagai penglibatan dalam kerjaya yang mereka ceburi. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan sokongan sosial terhadap kesihatan mental golongan wanita bekerjaya. Kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu pengkaji menyelidik kajian-kajian lepas. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini dapat membuktikan sokongan sosial sangat diperlukan dalam sesebuah organisasi dan wajar diterapkan dalam setiap organisasi syarikat. Selain itu, persekitaran yang sihat dapat mewujudkan prestasi kerja yang baik. Oleh itu, sokongan sosial sangat diperlukan dalam pekerjaan supaya kesihatan mental dapat dijaga dengan baik. METODOLOGI KAJIAN Objektif Kajian Dalam kajian yang dilakukan ini, terdapat beberapa objektif yang ditekankan dalam kajian ini antaranya ialah: 1. Mengukur tahap sokongon sosial semasa pandemik Covid-19 dalam kalangan wanita bekerja di Kuala Kangsar, Perak. 2. Mengukur perbezaan sokongan sokongan sosial berdasarkan status perkahwinan.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 23 Soalan Kajian Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab soalan kajian berikut: 1. Apakah tahap sokongon sosial semasa pandemik Covid-19 dalam kalangan wanita bekerja di Kuala Kangsar, Perak? 2. Adakah terdapat perbezaan sokongan sosial berdasarkan status perkahwinan? Reka Bentuk Kajian Pendekatan kajian yang digunakan ialah secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Seramai 145 orang telah di pilih dari populasi sebenar kajian berdasarkan saiz sampel yang telah dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpulkan jawapan terus dari subjek kajian kerana data dapat dikutip dengan cepat dan keupayaan keputusan kajian untuk digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan (Chua, 2014). Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 25 untuk mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan dan kekerapan. Tempat dan Populasi Kajian Bagi menjalankan kajian penyelidikan secara berkesan, populasi kajian perlu dikenal pasti dengan tepat dan jelas (Mastura Mahfar, 2012). Justeru, populasi kajian terdiri daripada pekerja wanita di sekitar Kuala Kangsar, Perak tanpa mengira sektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan bagi memilih sampel kajian dari keseluruhan populasi kajian. Jumlah keseluruhan responden kajian ini adalah 145 orang. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soal selidik. Terdapat 12 item soalan dalam alat ujian sokongan sosial. Penskoran alat ujian sokongan sosial ini terbahagi kepada 7 bahagian iaitu sangat-sangat tidak setuju, sangat tidak setuju, sedikit tidak setuju, tidak pasti, sedikit setuju, sangat setuju dan sangat-sangat setuju. Soal selidik ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu nilai kesahan soal selidik 0.91 dan kebolehpercayaan bagi alat ujian sokongan sosial yang dinilai berdasarkan alfa Cronbach iaitu sebanyak 0.947. DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan kajian dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu berdasarkan taburan demografi responden, analisis tahap sosial dan analisis perbezaan sokongan sosial berdasarkan status perkhawinan. Analisis Taburan Demografi Responden berdasarkan Status Perkahwinan Data menunjukkan semua responden seramai 145 orang telah memberikan maklum balas pada bahagian ini, demografi responden dianalisis menggunakan frekuensi dan peratusan.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 24 Jadual 1 Analisis Taburan Demografi Responden berdasarkan Status Perkahwinan Status perkahwinan Frekuensi Peratusan (%) Bujang 60 41.4 Berkahwin 85 58.6 Jumlah 145 100 Jadual 1 menunjukkan taburan demografi responden berdasarkan status perkahwinan. Dapatan analisis merekodkan seramai 60 (41.4%) responden adalah bujang dan seramai 85 (58.6%) responden adalah berkahwin. Analisis Tahap Sokongan Sosial Jadual 2 Analisis Tahap Sokongan Sosial Tahap sokongan sosial Frekuensi Peratusan (%) Tahap rendah 2 1.4 Tahap sederhana 22 15.2 Tahap tinggi 121 83.4 Jumlah 145 100 Jadual 2 menunjukkan tahap sokongan sosial berdasarkan frekuensi dan peratusan. Tahap sokongan sosial dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Data di atas menunjukkan majoriti wanita bekerjaya yang mempunyai tahap sokongan sosial yang tinggi iaitu 83.4% (N = 121) dan diikuti oleh tahap sederhana iaitu 15.2% (N = 22). Hanya 1.4% (N = 2) responden kajian yang mempunyai tahap sokongan sosial yang rendah. Analisis Perbezaan Sokongan Sosial berdasarkan Status Perkahwinan Jadual 3 Analisis Perbezaan Sokongan Sosial berdasarkan Status Perkahwinan Status perkahwinan N Min S.P. D.K. Nilai T Tahap signifikan Bujang 60 65.916 10.669 143 -2.600 1.660 Berkahwin 85 70.235 9.229 115.2 -2.536 1.702


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 25 Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan terdapat perbezaan signifikan sokongan sosial berdasarkan status perkahwinan antara bujang dan berkahwin. Hasil kajian menunjukkan (T = -2.600, ef = 143, p < 0.05) status berkahwin lebih tinggi sokongan sosial secara signifikan berbanding status bujang. PERBINCANGAN Hasil dapatan kajian ini dapat memberi beberapa maklumat penting dalam mengenalpasti tren semasa sokongan sosial dalam kalangan wanita bekerjaya. Hasil dapatan kajian bagi objektif yang pertama adalah menujukkan tahap sokongan sosial yang diterima oleh wanita yang bekerjaya semasa pandemik covid-19 adalah berada di tahap yang tinggi dengan nilai peratus sebanyak 83.4% dengan jumlah 121 responden. Seterusnya diikuti oleh tahap sokongan sosial yang sederhana dengan nilai peratus sebanyak 15.2% dengan jumlah responden seramai 22 orang. Akhir sekali ialah tahap sokongan sosial yang rendah dengan jumlah 1.4% dengan jumlah responden seramai 2 orang sahaja. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa sepanjang pandemik covid-19 wanita yang bekerja menerima sokongan sosial yang sangat tinggi. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Azlina Mohd Khir et al. (2020) dimana kajiannya menunjukkan faktor pengurangan kemurungan adalah disebabkan oleh sokongan sosial yang tinggi diperolehi oleh setiap diri responden. Selain itu, hasil dapatan kajian bagi objektif yang kedua berkaitan perbezaan sokongan sosial berdasarkan status perkahwinan menunjukkan status perkahwinan bujang dengan nilai T adalah sebanyak -2.600 dengan tahap signifikan 1.660 berbanding status perkahwinan berkahwin yang lebih tinggi iaitu nilai T sebanyak -2.536 dengan tahap signifikan 1.702. Hasil keputusan ini dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan signifikan sokongan sosial berdasarkan status perkahwinan di mana berkahwin lebih tinggi sokongan sosial secara signifikan berbanding bujang. Dapatan kajian ini dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Rosmary Urai Wilson dan Mydin Kutty (2021) di mana kajian yang dijalankan olehnya yang bertajuk sokongan sosial dan daya tahan antara guru pra sekolah mempunyai hubungan yang signifikan antara sokongan sosial dan jantina dan tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lain. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kajian mengenai sokongan sosial dalam kalangan wanita bekerjaya di Kuala Kangsar, Perak menunjukkan bahawa sememangnya setiap wanita bekerjaya memerlukan sokongan sosial yang tinggi dalam kerjaya yang mereka ceburi. Hal ini bermaksud sokongan sosial yang diterima oleh wanita bekerjaya amat penting tambahan pula dalam era pandemik covid-19 ini yang akan membantu mereka dari segi emosi, pemikiran dan sebagainya. Hasil daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa sememangnya pekerja wanita yang


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 26 bekerjaya memerlukan sokongan sosial yang baik dari persekitaran untuk meningkatkan kepuasan kerja. Maka kajian ini boleh menjadi rujukan kepada pelbagai pihak menerusi data dan hasil dapatan yang diperolehi. Pertama sekali kajian ini memberi implikasi kepada para wanita yang bekerjaya supaya dapat menyediakan dan mendapatkan sokongan sosial daripada persekitaran tempat kerja mahupun di rumah dengan secukupnya. Hal ini adalah salah satu usaha untuk menambahbaikan dalam memenuhi kepuasan kerja sepanjang mereka berkhidmat dalam kerjaya mereka sendiri. Selain itu, kajian ini dilihat penting kepada pihak majikan agar dapat memberi perhatian khusus terhadap aspek sokongan sosial yang baik di setiap tempat kerja dan menambahbaik persekitaran kerja yang baik untuk semua golongan wanita. Tambahan pula, golongan wanita yang bekerjaya sama ada bujang atau berkahwin perlu memenuhi sistem sokongan yang secukupnya agar dapat mencapai prestasi kerja yang terbaik mereka sepanjang dalam perkhidmatan. Kajian ini juga memberikan kesedaran kepada pekerja wanita tanpa mengira status perkahwinan dimana setiap individu itu memerlukan sokongan sosial daripada keluarga, rakan sekerja, persekitaran kerja dan sebagainya agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta sekali gus meningkatkan produktiviti tanpa menjejaskan kesejahteraan diri. RUJUKAN Azlina Mohd Khir, Nor Aina Syahira Rodzuwan, Amna Md. Noor, Wan Munira Wan Jaafar, & Mohammad Mujaheed Hassan (2020). Sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa universiti. Malaysian Journal of Social Sciences And Humanities, 5(11), 33-42. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.547 Chua, Y. P. (2014). Kaedah Penyelidikan (Edisi ketiga). McGrew-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Fahmy A. Rosly (2021, 29 September). 140,608 hilang kerja akibat Covid-19. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021 /09/870290/140608-hilang-kerja-akibat-covid-19 Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. Manuel Barerra, I. N. (1990). Preliminary development of a scale of social support: Studies on collage students. American Journal of Community Psycology, 435-227. Mastura Mahfar (2011). Kesan modul pendidikan dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh di Johor, Malaysia. [Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia. Mohamad Faizel Ali, & Nor Shafrin Ahmad (2020). Stres dan strategi daya tindak dalam kalangan pelajar Program Transformasi Diri (PTD) di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Asia Pacific Journal


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 27 of Educators and Education, 35(2), 77–87. https://doi.org/10.21315 /apjee2020.35.2.5 Krecjie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychologycal Measurement, 30, 607-610. Saltzman, L. Y., Hansel, T. C., & Bordnick, P. S. (2020). Loneliness, isolation, and social support factors in post-COVID-19 mental health. Psychological Trauma: Theory, Research, Practice, and Policy, 12(S1), S55–S57. https://doi.org/10.1037/tra0000703 Thuaibah@Suaibah A.B., Siti Aisyah Panatik, Azlah Md. Ali, Maisarah Saat, Nor Shela Saleh, & Sakinah Ab. Rahim (2020). Sokongan sosial di tempat kerja dan kesihatan mental wanita bekerjaya. Jurnal Kemanusiaan, 18(1), 105-110. Wayne A., & Hochwarter, D. C. (2006). The interaction of social skill and organizational support on job performance. Journal of Applied Psychology, 482-489.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 28 TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN SISWA GURU DENGAN KETERLIBATAN DALAM PROGRAM BINA INSAN GURU Saraswathy Sinnasamy1 & Mohanaraju Annamalai2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2 Emel: 1 [email protected] Abstrak Institut Pendidikan Guru (IPG) sentiasa komited dalam melahirkan bakal guru yang berketrampilan dan berakhlak terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang sedemikian, IPG telah berinisiatif untuk menerapkan Kemahiran Insaniah (KI) dalam kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi mencapai pembelajaran secara holistik dan seimbang. Kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah oleh siswa guru yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru (BIG) di IPG Kampus Pulau Pinang. Sampel kajian terdiri daripada 33 siswa guru Semester I PISMP ambilan Jun 2022 yang menjawab instrument kemahiran insaniah atas talian bagi tiga aspek kemahiran insaniah: kemahiran kognitif (KKG), kemahiran komunikasi (KIK) dan kemahiran kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab (KAT). Dapatan kajian menunjukkan min bagi kemahiran kognitif (KKG) adalah 3.97, kemahiran komunikasi (KIK) sebanyak 3.77 dan min bagi kemahiran kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab (KAT) adalah 4.01. Ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran insaniah siswa guru yang terlibat dalam Program BIG bagi ketiga-tiga aspek secara keseluruhannya adalah tinggi. Dapatan kajian ini boleh digunakan dalam penyemakan kurikulum atau penambahbaikan program BIG itu sendiri di masa hadapan. Kata Kunci: Kemahiran insaniah, siswa guru, kognitif, komunikasi, kepimpinan PENDAHULUAN Dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, siswa guru merupakan agen pelaksana yang bakal menentukan keberhasilan pendidikan bertaraf dunia yang dirancang oleh KPM. Sebagai organisasi yang melahirkan bakal guru, Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu sentiasa bersedia daripada pelbagai aspek ke arah pembentukan siswa guru yang berkebolehan bukan sahaja dari aspek kognitif malah mempunyai nilai tambah selaras dengan Falsafah Pendidika Negara. Berketerampilan dari segi pencapaian akademik sahaja tidak menjamin seseorang untuk menjadi guru berkualiti secara menyeluruh, maka mereka juga perlu memiliki atau menguasai Kemahiran Insaniah (KI) yang holistik dan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 29 seimbang yang diperlukan dalam pasaran global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Justeru itu, Institut Pendidikan Guru Malaysia telah berinisiatif untuk sentiasa menyemak semula kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dari masa ke semasa dan menerapkan komponen kemahiran insaniah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus yang ditawarkan dan ditaksir berdasarkan Buku Panduan Kemahiran Insaniah Kemas Kini 2022, Institut Pendidikan Guru Malaysia (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2022). Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kemahiran insaniah juga diterapkan melalui aktiviti dan program yang dianjurkan di IPG serta praktikum di sekolah. Siswa guru juga dapat menguasai kemahiran insaniah melalui kursus luar kuliah seperti kokurikulum yang ditawarkan di IPG mengikut struktur pengajian PISMP. Keterlibatan siswa guru dalam aktiviti luar kuliah adalah amat penting dan mampu meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta minat mereka dalam menguasai bidang akademik, koakademik dan kokurikulum. Keterlibatan mereka dalam pelbagai aktiviti ini mempunyai kaitan dengan pembangunan diri mereka terutamanya kemahiran insaniah seperti kemahiran berfikir kreatif kritis, kemahiran dalam menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, berinisiatif dan budaya belajar sepanjang hayat. Pendekatan kemahiran insaniah menekankan kepada perkembangan modal insan secara holistik yang dapat melahirkan pelajar berketerampilan selain menjadikan mereka bakal guru yang serba boleh, berfikiran kritis dan inovatif serta mempunyai kecemerlangan akhlak dalam membimbing anak murid di sekolah nanti (Supian, 2010). Pernyataan Masalah Dengan perkembangan globalisasi yang begitu pesat dan berubah-ubah, pendidikan negara mesti dipertingkatkan secara berterusan. Menurut Mohammad Firros (2018), kegagalan murid di sekolah menguasai kemahiran insaniah menjadi persoalan utama dalam dunia pendidikan nasional pada masa kini. Kemampuan murid dari aspek berfikir, memberi pendapat dan mengemukakan cadangan yang bernas untuk menyelesaikan suatu masalah tidak akan mencapai tahap kecemerlangan yang sepatutnya (Hazilah et al., 2013). Ini menyebabkan timbulnya persoalan sekiranya guru yang mengajar dan membimbing muridmurid ini, turut menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Ini kerana dalam bidang pendidikan, penguasaan kemahiran insaniah penting bagi seorang guru kerana ia menjadikan pengajaran guru dalam bilik darjah menarik dan dapat memberi impak positif kepada pelajar. Sebagai organisasi yang melahirkan bakal guru yang akan menyampaikan agenda kurikulum di sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mempunyai tanggungjawab besar untuk menyediakan siswa guru yang mempunyai kemahiran insaniah ini. Menurut Maklumat kursus (MK) Institut Pendidikan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 30 Guru, kemahiran ini dapat diterapkan melalui pelbagai kursus yang ditawarkan bagi siswa guru yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Walaupun siswa guru sering menumpukan pembelajaran mereka pada kursus yang bersifat pro-akademik, namun begitu mereka turut didedahkan dengan kemahiran ini menerusi program luar kuliah kerana siswa guru yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi akan sentiasa mencerminkan personaliti guru yang berwibawa, mahir berkomunikasi, mampu menyelesaikan sesuatu masalah dan kepimpinan yang cemerlang. Kursus Bina Insan Guru (BIG) (MPU 3212) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan siswa guru yang benar-benar komited, cemerlang dan serba boleh seperti yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus dalam semester pertama pengajian pelajar PISMP di IPGM. Rasional program ini adalah, siswa guru dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan degan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki sahsiah yang mantap, kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru ambilan Jun 2022 yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru. Secara khusus, objektif kajian adalah untuk: 1. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran kognitif (KKG) oleh siswa guru dengan keterlibatan dalam BIG. 2. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi (KMK) oleh siswa guru dengan keterlibatan dalam BIG. 3. Mengenalpasti tahap penguasaan kepimpinan, autonomi & tanggungjawab (KAT) oleh siswa guru dengan keterlibatan dalam BIG. KAJIAN LITERATUR Keterlibatan tingkah laku dan keterlibatan kognitif merupakan aspek atau domain yang mengukur keterlibatan individu dalam sesuatu aktiviti (Anisa Saleha, 2015). Ia merujuk kepada penyertaan siswa guru menerusi aktiviti pembelajaran akademik dan luar akademik yang mencerminkan usaha dan ketekunan mereka. Keterlibatan kognitif pula merujuk kepada penguasaan siswa guru dalam merancang, menilai kandungan yang dipelajari, memahami idea serta menguasai kemahiran yang kompleks. Siswa guru yang menunjukkan kesediaan untuk


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 31 menerima cabaran, rasional ketika menyelesaikan masalah dan mampu memberikan justifikasi akan membuat persediaan hidup untuk masa hadapan (Hanita & Norzaini, 2018). Kemahiran insaniah merupakan kemahiran tertentu tentang kualiti, kebolehan dan ciri yang perlu dimiliki oleh seseorang dan ianya boleh berkembang melalui beberapa proses seperti tumbesaran, kematangan dan juga penuaan (Norazila et al., 2017). Malah melibatkan kemahiran kognitif yang berkaitan dengan keupayaan seseorang individu memberi sumbangan secara berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, berkomunikasi, berfikiran kreatif dan kritis serta bertindak sebagai anggota kerja berpasukan yang berkesan. Selain itu, kemahiran insaniah juga merupakan kemahiran umum yang mampu membantu seseorang individu meningkatkan keberkesanan bekerja, menyelesaikan masalah dengan baik dan bekerjasama dalam pasukan (Mohd Hasimi et al., 2017). Dalam konteks ini, kemahiran insaniah amat penting kepada para siswa guru untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi alam pekerjaan. Bahkan, kemahiran insaniah sering digunakan dalam kehidupan seharian tetapi lazimnya individu itu tidak akan menyedari bahawa dirinya telah mengamalkan dan menerapkan kemahiran tersebut di dalam kehidupan mereka. Di Malaysia, kemahiran insaniah telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Geografi, Sejarah dan juga di sekolah bestari serta program Sekolah ke Kerjaya (Zainudin Hassan et al., 2005). Penerapan kemahiran insaniah dalam sistem pendidikan negara adalah untuk keperluan industri yang memerlukan pekerja ilmu untuk menghadapi cabaran globalisasi ekonomi industri (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Kemahiran insaniah yang boleh didapati dalam pendidikan adalah seperti kemahiran menyelesai masalah, kemahiran berfikir secara kritikal, komunikasi berkesan, kerja kumpulan dan tatasusila. Kemahiran-kemahiran ini tidak dapat menggantikan kepada kemahiran spesifik disiplin tetapi dapat memastikan murid memperoleh kemahiran teknikal dan pengetahuan profesional. Contohnya, pembelajaran menjadi lebih mudah apabila belajar dalam kumpulan dan menggunakan otak untuk berfikir serta menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan cara ini maka murid akan mendapat ilmu yang dipelajarinya (Dodrige, 1999). Di samping itu, kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah juga menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan murid. Dalam Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006), penerapan kemahiran insaniah juga dilakukan melalui kursus-kursus kokurikulum. Kokurikulum merupakan pelengkap kepada kitaran pendidikan yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor di mana aktiviti kokurikulum merupakan satu landasan yang sesuai untuk menerapkan kemahiran insaniah ini. Di peringkat IPG, selain kemahiran pedagogi, siswa guru juga dilatih untuk menguasai


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 32 kemahiran insaniah. Dalam kajian ini, definisi kemahiran insaniah adalah berdasarkan panduan yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan digunapakai oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (2022). Terdapat sembilan aspek dalam konstruk kemahiran insaniah yang dimurnikan dalam kurikulum PISMP sejajar dengan domain hasil pembelajaran MQF yang telah disusun semula (Insitut Pendidikan Guru Malaysia, 2022). Aspek yang pertama iaitu kemahiran kognitif, memerlukan siswa guru untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta membuat perkaitan berasaskan maklumat yang didapati. Mereka juga seharusnya mampu untuk menaakul dan membuat keputusan berasaskan bukti yang kukuh. Menerusi kemahiran ini juga mereka akan membuat analisis reflektif dan menilai semula tindakan penyelesaian masalah untuk penambahbaikan masa hadapan. Kemahiran Interpesonal (KMI) pula merujuk kepada sifat siswa guru yang berketrampilan dalam berkomunikasi mengamalkan tingkah laku positif, mempunyai kesedaran emosi,menujukkan empati terhadap kesusahan orang lain serta boleh dipercayai oleh orang lain untuk menghasilkan sesuatu. Aspek ketiga adalah kemahiran Komunikasi (KMK) iaitu kemahiran yang memerlukan siswa guru untuk berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan. Kemahiran ini memerlukan mereka untuk mendengar pandangan orang lain, memberi pendapat dan berunding secara berhemah menggunakan laras bahasa yang bersesuaian. Mereka juga harus mampu untuk menyampaikan idea dan pendapat mereka dengan jelas, yakin dan menyakinkan dengan bukti yang kukuh. Kemahiran keempat adalah Kemahiran Digital (KMD) yang merupakan keupayaan siswa guru untuk memperoleh pelbagai kemahiran digital dsecara optimum, berkebolehan untuk berkolaboratif untuk berkongsi ilmu pengetahuan pada peringkat tempatan dan global. Seterusnya adalah Kemahiran Numerasi (KMN), iaitu memperoleh kemahiran numerasi dalam pelbagai konteks serta menganalisis data numerasi termasuk menginterpretasi,menilai dan membuat kesimpulan. Elemen yang keenam adalah Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab (KAT) dimana siswa guru seharusnya berupaya untuk membina hubungan dan berinteraksi dalam satu pasukan, memimpin tugasan dalam pasukan dan menunjukkan autonomi dalam membuat pilihan dan keputusan berasaskan pertimbangan jiwa pendidik. Kemahiran Personal (KMP), pula menekankan proses pembelajaran seseorang secara berterusan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membangunkan kerjaya hingga ke peringkat global manakala Elemen Kemahiran Keusahawanan (KMU) merupakan minda dan kemahiran siswa guru yang mempunyai wawasan berinovasi bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar. Kemahiran yang terakhir adalah Kemahiran Etika, Nilai dan Profesionalisme (KEP) yang mengutamakan kesedaran dan sikap menghormati perbezaan dan isu-isu etika, sosial dan budaya dalam melaksanakan kemahiran dan tanggungjawab profesional.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 33 Tinjauan literatur mengenai kemahiran insaniah berhubung rapat dengan isu pengangguran graduan keluaran universiti. Siswa universiti di Malaysia kurang menguasai dan menghayati kemahiran insaniah disebabkan teknik hafalan dalam pembelajaran untuk mendapat pencapaian yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia yang berfokuskan peperiksaan. Kajian Tang et al. (2015) yang melibatkan guru pemulaan menyimpulkan bahawa enam daripada tujuh aspek kemahiran insaniah dalam edisi sebelum ini adalah penting dan relevan dengan tugas mengajar. Seterusnya, Parmjit et al. (2014) mendapati kemahiran komunikasi serta nilai integriti dan etika profesional merupakan dua aspek yang disenaraikan paling tinggi manakala aspek keusahawanan dan kepimpinan merupakan dua aspek yang disenaraikan pada tahap paling rendah. Dalam bidang latihan guru, kajian Tang dan Tan (2015) yang melibatkan guru permulaan dari lima universiti tempatan mendapati bahawa kemahiran keusahawanan merupakan kemahiran yang kurang diperlukan di tempat kerja dan kurang diperoleh dalam latihan perguruan jika dibandingkan dengan kemahiran lain dalam konstruk kemahiran insaniah. Dan dalam bidang latihan perguruan pula, Syed Ismail Syed Mustapa et al. (2018) mendapati siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas berada pada tahap sederhana tinggi bagi aspek sikap dan sahsiah, kemahiran kepimpinan, kemahiran pengurusan maklumat, kemahiran komunikasi, daya saing dan integriti tetapi berada pada tahap sederhana rendah bagi kemahiran penyelesaian masalah. Seterusnya kajian terhadap persepsi siswa guru tentang kemahiran insaniah oleh IPG Kampus Ipoh pula menujukkan pada tahap sederhana (Mooi et al., 2021). METODOLOGI Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Borang soal selidik digunakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan serta pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah oleh siswa guru dengan keterlibatan dalam BIG. Peserta yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada siswa guru PISMP ambilan Jun 2022 di IPG Kampus Pulau Pinang yang dipilih secara persampelan bertujuan. Kajian disertai oleh siswa guru dengan cara menjawab borang soal selidik secara atas talian melalui pautan ke Google Form dan seramai 30 orang siswa guru telah menjadi responden kajian ini. Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A mengandungi maklumat demografi responden, bahagian B mengandungi 15 soalan berkaitan persepsi siswa guru terhadap kemahiran komunikasi, bahagian C mengandungi 15 soalan berkaitan persepsi siswa guru terhadap kemahiran kepimpinan dan bahagian D mengandungi 15 soalan berkaitan persepsi siswa guru terhadap pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Soal


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 34 selidik yang digunakan diubahsuai dari soal selidik yang direkabentuk oleh Mohanaraju (2012). Data-data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 28.0. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan untuk memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini juga telah menggunakan skala Likert lima mata yang dikodkan mengikut skala yang sesuai untuk melihat setiap aspek dalam item yang dikemukakan. Jadual 1 menunjukkan min skala lima Likert. Jadual 1 Min Skala Lima Likert mengikut Lima Tahap Nilai Min Interpretasi 1.00 – 1.80 Sangat Rendah 1.81 – 2.60 Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana 3.41 – 4.20 Tinggi 4.21 – 5.00 Sangat Tinggi Sumber: Tschannen-Moran dan Garies (2004) DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN Berdasarkan dapatan, seramai 33 orang responden mengambil bahagian dalam kajian ini dengan majoriti responden merupakan perempuan, iaitu seramai 27 orang (81.8%) berbanding lelaki seramai 6 orang (18.2%). Selain itu, kajian ini menunjukkan responden berbangsa Melayu adalah sebanyak 25 orang (75.8%), berbangsa India seramai 7 orang ( 21.2%) dan Lain-lain seramai 1 orang (3.0%). Bagi opsyen PISMP oleh siswa guru pula, sebahagian besar di antara responden kajian merupakan siswa guru opsyen Matematik iaitu seramai 29 orang (87.9 %) dan 4 orang (12.1 %) dari opsyen Sains.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 35 Jadual 2 Data Demografi Responden Kategori Kekerapan Peratus (%) Jantina Lelaki Perempuan 6 27 18.2 81.8 Bangsa Melayu India Lain-lain 25 7 1 75.8 21.2 3.0 Opsyen Matematik Sains 29 4 87.9 12.1 Tahap penguasaan kemahiran kognitif (KKG) oleh siswa guru dengan keterlibatan dalam Bina Insan Guru (BIG) Jadual 3 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran kognitif oleh siswa guru PISMP ambilan Jun 2022 dalam penglibatan Bina Insan Guru. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan kemahiran kognitif oleh siswa guru berada pada tahap tinggi (min = 3.97 dan sisihan piawai = 0.654). Item 5, iaitu “Anda akan berfikir secara rasional sebelum bertindak” mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu min = 4.33 dan sisihan piawai = 0.540. 20 orang responden (60.6%) menyatakan mereka bersetuju dengan item ini, manakala 12 orang (36.4%) menyatakan sangat bersetuju. Item 10, “Anda menyelesaikan masalah dengan memahami dan mengambil kira faktor-faktor persekitaran” juga mempunyai tahap min yang sangat tinggi iaitu min = 4.24 dan sisihan piawai = 0.614. Item 1, iaitu “Anda boleh menjangka keputusan sebelum sesuatu tindakan diambil” mempunyai nilai min yang terendah dengan min = 3.73 dan sisihan piawai = 0.761. 21 orang responden (63.6%) menyatakan mereka bersetuju dengan item ini, manakala 9 orang (27.3%) menyatakan kadang-kadang bersetuju. Lain-lain item berada tahap min tinggi. Kesimpulannya, tahap penguasaan kemahiran kognitif oleh siswa guru dalam BIG adalah tinggi. Jadual 3 Tahap Penguasaan Kemahiran Kognitif oleh Siswa Guru dengan Keterlibatan dalam BIG Bil Item Penguasaan Min Sisihan Piawai Tahap Min 1 Anda boleh menjangka keputusan sebelum sesuatu tindakan diambil. 3.73 0.761 Tinggi 2 Anda boleh mencari idea dan penyelesaian alternatif. 3.91 0.631 Tinggi


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 36 3 Anda meluangkan masa untuk mengatur strategi ketika berhadapan dengan masalah. 4.00 0.791 Tinggi 4 Anda membuat kesimpulan sebelum menyelesaikan masalah. 3.70 0.905 Tinggi 5 Anda akan berfikir secara rasional sebelum bertindak. 4.33 0.540 Sangat Tinggi 6 Anda yakin dapat menangani masalah apabila berdepan dengannya. 3.88 0.610 Tinggi 7 Anda boleh menyesuaikan diri dengan budaya kerja yang baru. 3.97 0.684 Tinggi 8 Anda yakin dengan kebolehan anda sendiri untuk menyelesaikan masalah. 3.94 0.788 Tinggi 9 Anda akan berfikir sehingga ketandusan idea bagi mendapatkan sebanyak langkah penyelesaian yang mungkin. 3.82 0.882 Tinggi 10 Anda menyelesaikan masalah dengan memahami dan mengambil kira faktorfaktor persekitaran. 4.24 0.614 Sangat Tinggi 11 Anda akan berfikir untuk mendapatkan segala pendekatan bagi menyelesaikan sebarang masalah. 4.12 0.696 Tinggi 12 Anda dapat mentafsirkan maksud yang tersirat dalam sesebuah perbincangan. 4.00 0.672 Tinggi 13 Anda boleh mengenal pasti masalah dan membuat penilaian yang berjustifikasi. 3.94 0.716 Tinggi 14 Anda dapat disiplinkan pemikiran anda dalam mencari sesuatu penyelesaian. 3.88 0.660 Tinggi 15 Anda yakin dalam pemikiran anda untuk menyelesaikan sebarang tugasan. 4.00 0.622 Tinggi 16 Anda dapat membuat pertimbangan sebelum mengambil tindakan. 3.91 0.588 Tinggi 17 Anda akan menyelesaikan masalah secara rasional. 4.09 0.530 Tinggi 18 Anda akan memberi keutamaan kepada penyelesaian yang berkualiti daripada pelaksanaan yang berkualiti. 3.78 0.659 Tinggi 19 Anda akan mencari punca masalah sebelum menyelesaikannya. 4.19 0.644 Tinggi 20 Anda tidak akan berputus asa sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut. 3.97 0.782 Tinggi Min Keseluruhan 3.97 0.654 Tinggi


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 37 Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, tahap penguasaan kemahiran kognitif oleh siswa guru dengan kerlibatan dalam Bina Insan Guru berada pada tahap yang tinggi. Soal selidik yang dijalankan terhadap siswa guru PISMP ambilan Jun 2022 menunjukkan siswa guru kebolehan membuat perkaitan dan menganalisis; berupaya membuat keputusan; membina pengetahuan baharu dan menerapkannya dalam dunia sebenar. Apabila berdepan dengan masalah, mereka berupaya mengenalpasti masalah yang dihadapai dengan mentafsirkan maksud yang tersirat melalui perbincangan bersama rakan-rakan dan pihak yang berkaitan. Melalui perbincangan ini, siswa guru dapat mengenal pasti punca permasalahan sebelum membuat pertimbangan dan merangka langkah penyelesaian secara yakin dan rasional. Ini menyokong dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Irwan Fariza et al. (2020) iaitu penglibatan murid dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat interpretasi, mengenal pasti maklumat yang berkaitan, membuat formulasi, menganalisis sumber dan membuat penilaian untuk menyelesaikan masalah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa siswa guru meluangkan masa untuk mendapatkan idea, dan berfikir sebanyak mungkin langkah penyelesaian yang bersesuaian. Bukan itu sahaja, dengan keterlibatan dalam aktiviti berunsurkan sukan yang dirancang dalam BIG, siswa guru juga dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dengan berfikir secara rasional dan mengambil kira faktor-faktor persekitaran untuk membuat sebarang kesimpulan atau keputusan. Dapatan ini disokong oleh kajian oleh Quah et al. (2018) yang menyatakan bahawa melalui aktiviti sukan, kemahiran menyelesaikan masalah dapat dipupuk kerana kebanyakan aktiviti memerlukan murid berfikir secara kritikal strategi yang terbaik untuk memperoleh kemenangan. Di samping itu, kajian lepas telah menunjukkan bahawa aspek pembangunan diri juga perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan, berfikiran kreatif dan kritis, berinisiatif, beretika dan disemaikan budaya belajar sepanjang hayat, berdaya tahan tinggi, optimis, berfikiran positif dan bertindak cepat (Ruth Novianti et al., 2019). Dalam kajian ini, siswa guru menunjukkan bahawa dengan melibatkan diri dalam BIG, mereka mampu menjangka keputusan setiap tindakan yang diambil, dan kemudiannya memberi keutamaan kepada penyelesaian yang berkualiti dengan penuh keyakinan. Selain itu, siswa guru juga akan berusaha tanpa putus asa sehingga masalah tersebut diselesaikan. Justeru, sokongan pembelajaran daripada aktiviti BIG ini mampu mengubah interpersonal seseorang murid kerana mereka dimotivasikan untuk menggunakan strategi serta mengatur pemikiran sejajar dengan tindakan (Azmiza Ahmad et al., 2014). Tahap penguasaan kemahiran komunikasi (KMK) oleh siswa guru dengan keterlibatan dalam Bina Insan Guru (BIG) Jadual 4 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran komunikasi oleh siswa guru PISMP ambilan Jun 2022 dengan keterlibatan dalam BIG. Secara


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 38 keseluruhannya, menunjukkan tahap penguasaan kemahiran komunikasi oleh siswa guru berada pada tahap tinggi (min = 3.77 dan sisihan piawai = 0.655). Item 6, iaitu “Anda senang memahami sesuatu daripada sudut pandangan orang lain” mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu min = 4.25 dan sisihan piawai = 0.718. 18 orang responden (54.5%) menyatakan mereka bersetuju dengan item ini, manakala 13 orang (39.4%) menyatakan sangat bersetuju. Interpretasi skor pada item ini adalah berada pada tahap sangat tinggi. Item 1, iaitu “Anda boleh meramalkan apa yang hendak dikatakan oleh penyampai” pula mempunyai nilai min yang terendah pada bahagian soal selidik ini iaitu min = 3.44 dan sisihan piawai = 0.914. 13 orang responden (39.4%) menyatakan mereka bersetuju dengan item ini namun terdapat juga 13 orang responden (39.4%) yang kadangkadang bersetuju serta 4 orang responden (12.1%) menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju. Jadual 4 Tahap Penguasaan Kemahiran Komunikasi oleh Siswa Guru dengan Keterlibatan dalam BIG Bil Item Penguasaan Min Sisihan Piawai Tahap Min 1 Anda boleh meramalkan apa yang hendak dikatakan oleh penyampai. 3.44 0.914 Tinggi 2 Anda boleh menyampaikan pendapat secara konkrit dan berfokus dengan menggunakan teknologi terkini. 3.63 0.793 Tinggi 3 Anda akan memberi respon yang membina kepada penyampai. 3.84 0.723 Tinggi 4 Anda boleh menggunakan bahasa badan dengan berkesan semasa bercakap. 3.75 0.916 Tinggi 5 Anda boleh membuat rumusan secara bertulis dengan tepat. 3.72 0.683 Tinggi 6 Anda senang memahami sesuatu daripada sudut pandangan orang lain. 4.25 0.718 Sangat Tinggi Min Keseluruhan 3.77 0.791 Tinggi KESIMPULAN Kajian ini mengenalpasti tahap tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru yang telah terlibat dalam Program Bina Insan Guru. Dapatan menunjukkan tahap penguasaan kemahiran Kognitif (KKG), Kemahiran Komunikasi (KIK) dan Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab (KAT) oleh siswa guru berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa keterlibatan siswa guru menerusi aktiviti pembelajaran luar kuliah ini dapat


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 39 meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Siswa guru perlu aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran luar kuliah ini agar mereka dapat meningkatkan penguasaan pengetahuan, meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan pembelajaran mereka. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa ketika mengambil bahagian dalam Program Bina Insan Guru, siswa guru perlu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek keterlibatan, tingkah laku dan emosi. Dalam pada itu, pensyarah juga perlu menjadi pembimbing dan memberi motivasi agar dapat mempengaruhi sikap siswa guru untuk meningkatkan keterlibatan mereka secara menyeluruh dalam program ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif sepenuhnya dengan melibatkan siswa guru dari IPG Pulau Pinang. Kajian lanjutan boleh dibuat secara kualitatif bagi tujuan penambahbaikan dan mendapatkan maklumat secara terperinci berkaitan isu yang dibincangkan. RUJUKAN Anisa Saleha (2015). Keterlibatan, sokongan pembelajaran dan pencapaian pelajar berdasarkan gender peringkat persekolahan dan lokasi. [Tesis Doktor Falsafah]. Universiti Kebangsaan Malaysia. Azmiza Ahmad, Saemah Rahman, & Ruslin Amir (2014). Keberkesanan modul idea-i terhadap kemahiran daya tindak dan kemenjadian murid. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014, 9 - 10 Jun 2014, Kota Kinabalu, Sabah. Dodrige, M. (1999). Generic skill requirement for engineer in the 21st century. Frontiers in Education Conference, 3, 13a9-9. Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam Books. Hanita Mohd Yusoff, & Norzaini Azman (2018). Pencapaian akademik murid lelaki dan perempuan: peranan sokongan pembelajaran dan keterlibatan murid. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(2), 257–287. Hazilah Mohd Amin, Johari Jaafar, Zaihosnita Hooda, Saidah Saada, & Hamizah Mohd Amina (2013). Kemahiran insaniah pelajar prasiswazah: Analisis perbezaan jantina. Jurnal Teknologi (Social Sciences), 61(1), 19–25. Institut Pendidikan Guru Malaysia (2022). Buku panduan kemahiran insaniah (kemas kini 2022). Kementerian Pendidikan Malaysia. Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang, & Abd Razaq Ahmad (2020). Keterlibatan pelajar dan hubungannya dengan kemahiran insaniah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 68-74. http://dx.doi.org/10.17576 /JPEN-2020-45.01SI-09 Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). https://www.mohe.gov.my /muatturun/awam/penerbitan/pppm-2015-2025-pt/3-pelan-pembangunanpendidikan-malaysia-2015-2025-pendidikan-tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk institusi pengajian tinggi Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 40 Mahdum (2014). Pembangunan dan penilaian keberkesanan CIRCOM ke atas motivasi, pemikiran kritis, kemahiran sosial dan pencapaian bahasa inggeris pelajar SMP Pekan Baru, Riau. [Tesis Doktor Falsafah]. Universiti Kebangsaan Malaysia Maslow, A. H. (1970), Motivation and personality (2nd ed.). New York: Harper Collin. Mohammad Firros Rosool Gani (2018). Keberkesanan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam matematik melalui kaedah pembelajaran luar bilik darjah. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 10(1), 80-90. Mohanaraju Annamalai (2012). Pengaruh penglibatan dalam kokurikulum sekolah terhadap kemahiran insaniah: Peranan sokongan keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Universiti Sains Malaysia. Mohd Ali bin Jemali (2011). Kesediaan keterampilan sosial dalam kalangan guru-guru pelatih di institut pendidikan gGuru (IPG) dengan budaya kerja sekolah: Kertas cadangan Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mooi, O. Y., Kim, L. L., Lee, T. A., Yuan, O. S., Tai, L. S., & Hoo, K. B. (2021). Tahap kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi,18(2), 116–131. https: //myjms.mohe.gov.my/index.php/jd/article/view/12246 Norhiza Mohd Salleh, Faridah Nazir, & Farah Mukhtar (2014). Pemupukan kemahiran insaniah melalui kursus bina insan guru dalam kalangan siswa guru di institut pendidikan guru. Jurnal Personalia Pelajar, 17, 9-17. Parmjit Singh, Rosalind Xaviour Thambusamy, & Mohd Adlan Ramly (2014). Fit or unfit? Perspectives of employers and university instructors of graduates’ generic skills. Procedia Social Behavioral Science, 123, 315- 324. Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah menengah [Edisi Penyesuaian]. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Quah, W. B., Thalaha, A., Silim, A. Z., & Ahmad, A. L. (2018). Penerapan kemahiran insaniah menerusi sukan Petanque dalam kalangan pemain di IPTA dan IPTS: Inculcation of soft skills in players at IPTA and IPTS through Petanque sport. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 7(2), 12–21. https://doi.org/10.37134/jsspj.vol7.2.2.2018 Ruth Novianti Sidabalok, Winida Marpaung, & Yulinda Septiani Manurun (2019). Optimisme dan self-esteem pada pelajar sekolah menengah atas. Philanthrophy Journal of Psychology, 3(1), 1- 74. Supian Hashim (2010). Amalan kepimpinan lestari dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang menerima tawaran baru di daerah Segamat. [Tesis Sarjana]. Universiti Teknologi Malaysia.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 41 Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan, Ahmad Subki Miskon, & Endahan Ismail (2018). Tahap kefahaman serta pencapain kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru di IPG Kampus Ilmu Khas. Jurnal Penyelidikan Tempawan, XXXV, 145-153 Tang, K. N., Hashimah Mohd Yunus, & Nor Hashimah Hashim (2015). Soft skills integration in teaching profesional training: Novice teachers’ perspectives. Procedia Social and Behavioral Science, 186, 835–840. Tschannen-Moran, M. & Garies, C. R. (2004). Principals’ sense of efficacy: Assessing a promising construct. Journal of Educational Administration, 42(5), 573-585. Zainudin Hassan, Mohd Anuar Abdul Rahman, Mohd Najib Abdul Ghafar, & Kamariah Zakaria (2005). Penerapan kemahiran generik dalam pengajaran kejuruteraan di sekolah menengah teknik di Terengganu. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.


Click to View FlipBook Version