The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 (2) (2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiah binti Ismail IPGKPP, 2023-07-31 07:12:13

JURNAL PENYELIDIKAN PENSYARAH VOL 11_2_2023

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 (2) (2023)

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 42 PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN SISWA GURU SAINS PENDIDIKAN RENDAH SEMASA PRAKTIKUM Hasnira binti Embong1 , Rohana binti Mahadzir2 , Noorhalizah binti Abdul Rahman3 , Nur’ Aadila binti Mohamad Razak4 , & Rahimawati binti Abd Rahim5 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3,4,5 Emel: [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan untuk meninjau jenis-jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang kerap digunakan siswa guru, kemahiran memilih dan mengaplikasi BBM, sikap terhadap penggunaan BBM dan masalah terhadap penggunaan BBM dalam kalangan siswa guru yang sedang menjalani praktikum. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 16 orang siswa guru pengkhususan Sains Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2019 di IPGK Pulau Pinang yang sedang menjalani Praktikum Fasa II bermula pada bulan Januari hingga April 2023. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik bagi mengumpul maklumat berkaitan demografi responden, jenisjenis BBM yang digunakan siswa guru semasa PdP, kemahiran dan aplikasi siswa guru terhadap penggunaan BBM dalam PdP, sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam PdP dan masalah-masalah yang dihadapi siswa guru melibatkan penggunaan BBM dalam PdP. Data dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan frekeunsi, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa siswa guru mempelbagaikan jenis BBM yang digunakan. Siswa guru juga mempunyai sikap yang positif, berkeyakinan, serta mempunyai kepercayaan dan motivasi yang tinggi terhadap penggunaan BBM. Walau bagaimanapun, mereka menghadapi beberapa masalah dalam penggunaan BBM seperti kurangnya tempat penyimpanan BBM, keterbatasan masa, pengurusan kelas, dan kekurangan sumber kewangan untuk membina BBM. Kajian lanjutan dicadangkan untuk meneroka lebih mendalam tentang permasalahan yang dihadapi oleh siswa guru agar penggunaan BBM dapat dimaksimumkan bagi menarik minat murid untuk belajar dan memberi impak terhadap peningkatan pemahaman dan prestasi murid. Kata kunci: Bahan bantu mengajar, siswa guru, praktikum PENDAHULUAN Pengenalan Praktikum adalah sebahagian komponen amalan profesional iaitu latihan mengajar yang wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada siswa guru untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di bilik darjah dan sekolah


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 43 (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2018). Struktur pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) memerlukan siswa guru melalui beberapa siri pengalaman berasaskan sekolah bermula dari semester dua hingga empat, sebelum menjalani praktikum di semester lima dan sembilan dan meneruskan latihan internship juga di Tahun 4 semester II. Semasa menjalani fasa praktikum siswa guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah serta menjalankan tugas-tugas lain sebagai seorang guru. Pensyarah penyelia dan guru pembimbing menyelia dan memberi bimbingan dalam beberapa aspek untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik (KPM, 2018). Penyelia yang terdiri daripada pensyarah dan guru pembimbing dari sekolah memainkan peranan penting dan mempengaruhi kualiti pengalaman latihan mengajar ini. Objektif utama amalan profesional adalah untuk membolehkan siswa guru menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP. Menurut Muhammad Zaki et al. (2013), pengajaran guru yang kreatif dianggap baik dan berkesan jika guru tersebut berupaya menguasai pelbagai kaedah pengajaran, menyediakan bahan bantu mengajar (BBM), dan dapat mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Maka keberkesanan pengajaran siswa guru turut bergantung kepada kemahiran guru dalam membuat pemilihan, penyediaan, pengurusan bahan sumber atau BBM yang sesuai, mencukupi dan selamat digunakan. Sumber BBM bukan sahaja penting dalam menjadikan proses PdP menarik dan memotivasikan murid, tetapi juga menggalakkan pembelajaran aktif, membantu penguasaan kemahiran serta penerapan sikap dan nilai yang dikehendaki (Bušljeta, 2013). Kajian menunjukkan penggunaan BBM dalam proses PdP penting dalam menarik minat murid dan juga memberi impak terhadap peningkatan pemahaman dan prestasi murid (Norfarizah & Mohd. Zazril, 2016; Bušljeta, 2013; Rabaah et al., 2021). Justeru, adalah perlu dalam kalangan siswa guru menguasai kemahiran memilih, menyedia dan menggunakan BBM dengan baik dan terancang semasa menjalani praktikum. Secara tidak langsung, penggunaan BBM dapat melahirkan daya cipta, inovasi dan kreativiti siswa guru selaras dengan objektif yang hendak dicapai dalam pelaksanaan amalan profesional di IPG (KPM, 2018). Pernyataan masalah Berdasarkan struktur kurikulum PISMP Sains Pendidikan Rendah, siswa guru didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai BBM dalam kursus Kemahiran Saintifik dan Pengurusan Makmal Sains (SCES3073) pada semester 3, kursus Pengajaran Sains abad ke-21 (SCES3093) dan kursus Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PRKA3012) pada semester 4. Kursus SCES3073 mendedahkan siswa guru dengan jenis-jenis BBM yang digunakan dalam PdP Sains. Kursus ini juga memberi pengetahuan dan kemahiran bagaimana menghasilkan sumber, mengubahsuai, menyedia,


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 44 mengulas dan memilih BBM dalam PdP Sains. Selain itu, siswa guru juga mengikuti dua kursus yang melibatkan penggunaan dan pemilihan BBM dalam PdP Sains iaitu kursus SCES3093 yang memberi pendedahan strategi mengintegrasikan bahan sumber PdP sains masa kini seperti sumber digital khususnya sumber teknologi maklumat dan komunikasi dalam persekitaran pembelajaran sains abad ke-21. Kursus PRKA3012 pula menyediakan siswa guru dengan kemahiran menyediakan rancangan pelajaran harian, di mana pemilihan dan penyediaan BBM dan penggunaannya dalam pengajaran makro merupakan antara komponen penting yang dititikberatkan. Selain itu, siswa guru juga didedahkan dengan penggunaan BBM oleh guru berpengalaman di sekolah melalui pemerhatian semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Walau bagaimanapun, timbul persoalan sama ada berlakunya pemindahan pelajaran yang menyeluruh seperti yang diharapkan selepas siswa guru disediakan dengan pelbagai ilmu dan pendedahan tentang PdP. Kemampuan siswa guru untuk mempelbagaikan penggunaan BBM selain daripada buku teks dan buku rujukan sahaja di sekolah turut dipersoalkan. Masalah juga mungkin timbul apabila siswa guru kurang berkemahiran memilih BBM yang sesuai serta menggunakan BBM tersebut dengan berkesan. Berdasarkan dapatan Subahan dan Syed Ismail (2016), antara masalah utama yang melibatkan siswa guru pelatih dalam program praktikum adalah untuk menyediakan alatan mengajar. Mereka juga didapati terikat dengan penggunaan buku teks sahaja sebagai BBM. Selain daripada itu, terdapat juga siswa guru yang mempunyai sikap sambil lewa dan kurang menitikberatkan penggunan BBM ini semasa latihan mengajar di sekolah. Ilias et al. (2013) berpendapat bahawa sikap memainkan peranan penting untuk memastikan keberkesanan pemilihan dan penggunaan BBM dalam kalangan guru. Guru harus mempunyai iltizam dan kesungguhan yang tinggi ketika menggunakan BBM. Selain itu guru-guru juga menghuraikan pelbagai halangan seperti kesuntukan masa, kekurangan peruntukan dan kurang kemahiran menggunakan teknologi terkini sebagai sebahagian faktor dan kekangan untuk mereka menggunakan bahan bantu. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk meninjau aspek-aspek penggunaan BBM semasa siswa guru menjalani praktikum, khususnya dalam mata pelajaran Sains. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau jenis-jenis BBM yang kerap digunakan siswa guru, kemahiran memilih dan mengaplikasi BBM, sikap terhadap penggunaan BBM dan masalah terhadap penggunaan BBM dalam kalangan siswa guru yang sedang menjalani praktikum. Soalan Kajian Berdasarkan objektif kajian di atas persoalan kajian ini ialah 1. Apakah jenis-jenis BBM yang kerap digunakan oleh siswa guru dalam proses PdP semasa praktikum?


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 45 2. Sejauh manakah kemahiran siswa guru dalam memilih dan mengaplikasikan BBM dalam proses PdP semasa praktikum? 3. Apakah sikap siswa guru terhadap penggunaan BBM semasa praktikum? 4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh siswa guru dalam menggunakan BBM semasa praktikum? Kepentingan Kajian Kajian ini amat penting untuk membantu siswa guru dalam memilih, mengaplikasi serta menyediakan BBM yang sesuai untuk setiap aktiviti pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran yang dirancang semasa menjalani praktikum. Kajian ini juga memberi kepentingan kepada pensyarah yang mengajar kursuskursus berkaitan agar memberi penekanan dan fokus terhadap menangani kelemahan siswa guru dalam memilih, mengaplikasi serta menyediakan BBM yang sesuai untuk setiap aktiviti pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran yang dirancang. Justeru semasa interaksi atau kuliah pensyarah seharusnya memastikan proses pembelajaran siswa guru berlangsung dengan lebih lancar bersesuaian dengan perkembangan pedagogi abad ke-21 serta bagi menyahut cabaran Education 4.0. Para pensyarah disarankan agar lebih peka terhadap perkembangan teknologi terkini agar pelbagai BBM dapat digunakan di dalam kelas bersesuaian dengan perkembangan dunia pendidikan kini yang tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan teknologi (Alizah & Zamri, 2019). Kajian ini juga penting dalam membantu pensyarah menyediakan tugasan kepada siswa guru yang berfokuskan kepada kelemahan siswa guru dalam memilih, mengaplikasi serta menyediakan BBM yang sesuai. Skop dan Batasan Kajian Kajian ini hanya memfokuskan kepada penggunaan BBM dalam praktikum Fasa II sahaja memandangkan Fasa I dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Responden kajian ini hanya terbatas kepada siswa guru pengkhususan Sains Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2019 di IPG Kampus Pulau Pinang sahaja. Justeru, kajian ini tidak bertujuan untuk membuat generalisasi terhadap kesemua siswa guru IPG yang menjalani praktikum. KAJIAN LITERATUR Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. BBM dalam konteks kajian ini merujuk kepada peralatan atau bahan yang digunakan oleh siswa guru dalam proses PdP semasa menjalani praktikum yang melibatkan peralatan atau bahan berinovasi seperti menggunakan peralatan komputer, multimedia, perisian, kad imbasan, buku teks dan sebagainya.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 46 Penggunaan BBM dalam PdP ini bertujuan meningkatkan perasaan ingin tahu, menarik dan lebih fokus belajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh siswa guru. Kajian Jasmi et al. (2011) mendapati BBM berfungsi sebagai pemudah cara untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Musa dan Mohamad (2014) menyatakan bahawa BBM boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan elektronik. Contoh BBM berbentuk elektronik adalah seperti radio, projektor dan slaid, televisyen, video dan alatan yang berbantukan komputer. Manakala majalah, model, kad imbasan, jurnal dan gambar yang berkaitan dengan PdP merupakan BBM jenis bukan elektronik. Penggunaan BBM oleh siswa guru perlu pelbagai dan meliputi BBM berbentuk elektronik dan bukan elektronik. Penggunaan BBM yang pelbagai ini meningkatkan kreativiti dan inovasi siswa guru dalam menarik minat murid semasa PdP Sains dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid. Dapatan kajian oleh Rabaah et al. (2021) menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada tahap pemahaman dan pengetahuan murid apabila menggunakan BBM dalam pengajaran. Siswa guru yang sedang menjalani praktikum sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik murid dengan sebaikbaiknya supaya murid dapat menguasai pembelajaran diajar oleh guru (Hamdan & Mohd Yasin, 2010). Pemilihan atau penyediaan BBM yang sesuai dan penggunaan BBM yang efektif adalah amat penting dalam proses PdP bagi menarik dan mengekalkan minat dan seterusnya meningkatkan prestasi murid. Mohd Faeez et al. (2016) juga menegaskan bahawa penggunaan BBM dalam kalangan guru di sekolah memberi kesan yang positif terhadap kecemerlangan akademik murid dan kaedah pengajaran guru itu sendiri. Penggunaan BBM oleh guru mampu membuatkan murid fokus kepada pengajaran sewaktu proses PdP. Penggunaan BBM oleh siswa guru juga dapat menjadikan strategi, kaedah, dan teknik pengajaran lebih konkrit dan pelbagai mengikut kepada keadaan dan situasi pengajaran. Justeru, siswa guru perlu bijak memilih, mengaplikasi, bahkan berupaya mencipta inovasi melalui BBM supaya memberi kesan kepada prestasi akademik dan minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Siswa guru juga perlu bijak dalam mempelbagaikan penggunaan BBM dalam PdP kerana ia juga amat penting bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Kajian oleh Rabaah et al. (2021) menunjukkan bahawa BBM berbentuk video, artikel ilmiah dan slaid perisian PowerPoint dapat menarik minat dan perhatian murid serta dapat membentuk pemikiran yang kritis. Justeru, siswa guru perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sebagai persediaan untuk berkhidmat sebagai guru sebenar. Menghasilkan BBM yang sesuai dan berkesan dalam PdP memerlukan siswa guru memiliki kemahiran


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 47 dalam banyak aspek pedagogi seperti kemahiran set induksi, kemahiran pengukuhan, kemahiran variasi rangsangan, kemahiran menggunakan ilustrasi dan kemahiran penyoalan. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan bagi meninjau jenis-jenis BBM yang digunakan, kemahiran memilih dan mengaplikasi serta sikap siswa guru terhadap penggunaan BBM dalam PdP Sains sewaktu menjalani praktikum. Responden kajian ini terdiri daripada 16 orang siswa guru pengkhususan Sains Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2019 di IPGK Pulau Pinang yang sedang menjalani Praktikum Fasa II. Kajian menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi memperoleh data kerana instrumen jenis ini mudah ditadbir dan dianalisis (Chua, 2006). Kesemua item dalam borang soal selidik ini dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan pada kesesuaian objektif kajian. Instrumen ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, bahagian D dan bahagian E. Bahagian A mengandungi dua item yang meliputi demografi responden. Bahagian B terdiri daripada 10 item yang berkaitan dengan jenis-jenis BBM yang digunakan siswa guru semasa PdP manakala Bahagian C pula terdiri daripada 4 item soalan yang berkaitan dengan kemahiran dan aplikasi siswa guru terhadap penggunaan BBM dalam PdP. Bahagian D mengandungi 10 item yang meninjau sikap guru terhadap penggunaan BBM dalam PdP manakala Bahagian E pula mengandungi 10 item yang berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi siswa guru dalam penggunaan BBM semasa praktikum. Item-item soal selidik bahagian B menggunakan skala Likert yang terdiri daripada 5 skala bermula dengan skor (1) tidak pernah digunakan, (2) sangat kurang digunakan, (3) kurang digunakan, (4) kerap dan (5) sangat kerap. Itemitem soal selidik bahagian C, D dan E menggunakan skala Likert yang terdiri 5 skala bermula dengan skor (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) kurang setuju, (4) setuju dan (5) sangat setuju. Data-data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan nilai-nilai frekunsi dan min bagi menjawab semua soalan kajian. Kajian Rintis Kajian rintis terhadap item-item kajian telah dijalankan untuk menguji kesahan instrumen yang dibina. Menurut Mohamad Najib (1999), sebelum melakukan kajian sebenar, kajian rintis perlu dilakukan dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji. Kajian rintis telah dilakukan kepada 20 orang siswa guru daripada pelbagai pengkhususan yang juga menjalani praktikum fasa II.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 48 Pemilihan sampel untuk kajian rintis ini dilakukan secara rawak bertujuan bagi memastikan instrumen kajian yang diguna pakai bersesuaian dengan responden dan mempunyai kesahan ujian. Sebanyak 20 borang soal selidik telah diisi dan dikembalikan, diproses dan dianalisis datanya menggunakan ‘Statistical Pakage for Social Science (SPSS) version 25’ bagi mendapatkan koefisyen Cronbach. Nilai ‘alpha cronbach’ bagi keseluruhan kajian ini ialah 0.8 yang menunjukkan item-item adalah sangat baik dalam mengukur konstruk yang dikaji (Mohamad Najib, 2000). DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian dibincangkan dalam lima bahagian berdasarkan objektif dan soalan kajian iaitu Latar Belakang dan Demografi Responden, Jenis-jenis BBM yang Kerap Digunakan, Kemahiran dan Aplikasi BBM, Sikap terhadap Penggunaan BBM, Masalah-masalah dihadapi dalam Menggunakan BBM. Latar Belakang dan Demografi Responden Responden kajian terdiri daripada 16 orang siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) opsyen Sains Pendidikan Rendah yang telah menjalani Praktikum Fasa II bermula daripada Januari 2023 hingga April 2023. Pecahan responden adalah seperti Jadual 1, iaitu 7 orang lelaki (43.8%) dan 9 orang perempuan (56.3%). Jadual 1 Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Jantina Jantina Bilangan Peratusan (%) Lelaki 7 43.8 Perempuan 9 56.3 Taburan responden berdasarkan mata pelajaran elektif teras pula adalah seperti di Jadual 2. Taburan siswa guru yang mengambil elektif teras Bahasa Melayu adalah seramai 8 orang (50.0%), elektif teras Bahasa Cina seramai 5 orang (31.3%), elektif teras Pendidikan Islam seramai 2 orang (12.5%) dan elektif teras Pendidikan Muzik seorang (6.2%).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 49 Jadual 2 Bilangan dan Peratusan Responden mengikut mata pelajaran Elektif Teras Mata Pelajaran Elektif Teras Bilangan Peratusan (%) Bahasa Melayu 8 50.0 Bahasa Cina 5 31.3 Pendidikan Islam 2 12.5 Muzik 1 6.2 Jenis-jenis BBM yang Digunakan 10 item soal selidik telah dijawab oleh responden bagi meninjau jenis-jenis BBM yang digunakan sepanjang menjalani praktikum. Min jenis-jenis BBM yang digunakan adalah seperti dalam Jadual 3 bagi menjawab soalan kajian 1 iaitu: Apakah jenis-jenis BBM yang kerap digunakan oleh siswa guru dalam proses PdP semasa praktikum? Berdasarkan Jadual 3 didapati terdapat kepelbagaian dalam penggunaan jenisjenis BBM yang digunakan oleh siswa guru sepanjang tempoh praktikum. BBM jenis gambar didapati mempunyai min yang tertinggi iaitu 4.88 diikuti dengan lembaran kerja (4.69) dan TMK dan bahan multimedia (4.56). Penggunaan TV menunjukkan nilai min terendah iaitu 2.44. Jadual 3 Jenis-jenis BBM yang Digunakan BBM Min Gambar 4.88 Lembaran Kerja 4.69 TMK dan Bahan Multimedia 4.56 Objek Sebenar 4.25 Kertas Mahjong/Kad Manila/Sugar Paper 4.00 Model 3.88 Buku Teks 3.81 Carta 3.44 Kad Imbasan 3.13 TV 2.44 Kemahiran dan Aplikasi BBM 4 item soal selidik telah dijawab oleh responden bagi meninjau kemahiran siswa guru dalam memilih dan mengaplikasikan BBM. Taburan frekuensi dan peratus


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 50 bagi item-item berkaitan aspek kemahiran dan aplikasi BBM adalah seperti dalam Jadual 4 bagi menjawab soalan kajian 2 iaitu: Sejauh manakah kemahiran siswa guru dalam memilih dan mengaplikasikan BBM dalam proses PdP semasa praktikum? Berdasarkan Jadual 4 didapati 93.8 peratus siswa guru bersetuju (43.8%) dan sangat bersetuju (50%) bahawa mereka telah menggunakan BBM yang sesuai dengan aktiviti PdP. Selain itu, 87.6 peratus siswa guru dapat menggunakan BBM yang tepat dan menepati isi kandungan berdasarkan topik yang diajar (43.8% sangat bersetuju dan 43.8% bersetuju). Dari aspek penggunaan BBM yang dapat membantu PdP pula 75 peratus siswa guru sangat bersetuju dan 18.8 peratus bersetuju bahawa mereka dapat memilih BBM yang dapat membantu aktiviti PdP mereka. Siswa guru juga berpendapat bahawa mereka dapat menyediakan BBM yang dapat membantu pembelajaran murid (93.8%). Dapatan-dapatan ini mencadangkan bahawa sebahagian besar siswa guru dapat memilih BBM yang sesuai dengan topik pembelajaran dan memastikan bahawa isi kandungannya relevan dengan keperluan murid-murid mereka. Mereka juga dapat menyesuaikan BBM dengan aktiviti yang digunakan bagi membantu PdP dan juga memenuhi keperluan pembelajaran murid. Jadual 4 Kemahiran Memilih dan Mengaplikasi BBM f (%) f (%) f (%) f (%) f (%) Bil Item Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 1 Saya menggunakan BBM yang disesuaikan dengan aktiviti PdP. 1 (6.3%) 7 (43.8%) 8 (50.0%) 2 Saya menggunakan BBM yang tepat dan isi kandungan relevan dengan topik. 2 (12.5%) 7 (43.8%) 7 (43.8%) 3 Saya menggunakan BBM yang dapat membantu aktiviti PdP. 1 (6.3%) 3 (18.8%) 12 (75.0%) 4 Saya menyediakan BBM yang dapat digunakan oleh murid-murid bagi membantu pembelajaran mereka. 1 (6.3%) 7 (43.8%) 8 (50.0%)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 51 Sikap terhadap Penggunaan BBM 10 item soal selidik telah ditadbir kepada responden untuk meninjau sikap siswa guru terhadap penggunaan BBM semasa praktikum. Frekuensi dan peratus telah dikira bagi menjawab soalan kajian 3 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Soalan 3: Apakah sikap siswa guru terhadap penggunaan BBM semasa praktikum? Berdasarkan dapatan dalam Jadual 5, siswa guru berpendapat BBM membantu memudahkan mereka dalam penyampaian PdP seperti yang ditunjukkan dalam item 1. Peratus bersetuju adalah 93.8 peratus (75% sangat bersetuju dan 18.8% bersetuju). Bagi item 2, 98.0 peratus bersetuju bahawa BBM membantu pembelajaran murid dalam memudahkan kefahaman konsep sesuatu topik pembelajaran murid (85.5% siswa guru sangat bersetuju dan 12.5% siswa guru bersetuju). Bagi item 3, semua (100%) siswa guru bersetuju bahawa BBM memotivasi murid-murid mereka dalam mempelajari sesuatu topik pembelajaran. Bagi item 4 dan 5, siswa guru bersetuju bahawa mereka telah menggunakan pelbagai jenis BBM dalam melaksanakan PdP (81.3%) dan juga dapat mempelbagaikan strategi dan teknik PdP mereka dengan menggunakan BBM (93.8%). 68.8 peratus siswa guru menyatakan bahawa mereka membina sendiri BBM yang digunakan seperti yang ditunjukkan dalam item 6. Siswa guru juga mempunyai sikap yang positif terhadap BBM di mana 50 peratus menyatakan bahawa mereka bersedia membuat inovasi dalam BBM untuk digunakan semasa PdP. Bagi item 8, 50.0 peratus siswa guru bersetuju bahawa mereka berminat dalam merekacipta BBM untuk PdP. Hanya 12.5 peratus siswa guru memilih bersetuju untuk item 9 yang menyatakan bahawa mereka hanya menggunakan papan tulis semasa melaksanakan PdP. Manakala 43.8 peratus siswa guru menyatakan bahawa mereka hanya melakukan perbincangan dan soal jawab semasa PdP. Berdasarkan dapatan diatas, sebahagian besar siswa guru didapati mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan BBM dalam PdP. Mereka mengakui bahawa BBM membantu memudahkan penyampaian, memotivasi murid-murid, dan membolehkan variasi dalam strategi dan teknik pembelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian kecil siswa guru yang masih menggunakan papan tulis, membuat perbincangan dan bersoal jawab sahaja semasa melaksanakan PdP.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 52 Jadual 5 Sikap terhadap Penggunaan BBM f(%) f(%) f(%) f(%) f(%) Bil Item Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 1 BBM membantu saya memudahkan penyampaian dalam PdP. 1 (6.3%) 3 (18.8) 12 (75.0%) 2 BBM memudahkan kefahaman konsep sesuatu topik bagi pembelajaran murid. 2 (12.5) 14 (85.5%) 3 BBM memotivasikan murid saya dalam mempelajari sesuatu topik pembelajaran. 3 (18.8) 13 (81.2%) 4 Saya menggunakan pelbagai jenis BBM untuk setiap PdP. 3 (18.8) 3 (18.8) 10 (62.5%) 5 Saya dapat mempelbagaikan strategi dan teknik PdP dengan menggunakan BBM. 3 (18.8%) 13 (81.2%) 6 Saya membina sendiri BBM yang digunakan semasa PdP. 5 (31.3%) 7 (43.8%) 4 (25.0%) 7 Saya bersedia membuat inovasi terhadap BBM untuk digunakan semasa PdP. 2 (12.5%) 6 (37.5%) 4 (25.0%) 4 (25.0%) 8 Saya berminat dalam mereka cipta BBM untuk PdP. 2 (12.5%) 6 (37.5%) 4 (25.0%) 4 (25.0%) 9 Saya hanya menggunakan papan tulis semasa menjalankan PdP. 5 (31.3%) 5 (31.3%) 4 (25.0%) 2 (12.5%) 10 Saya hanya membuat perbincangan dan bersoal jawab semasa menjalankan PdP. 3 (18.8%) 5 (31.3%) 4 (25.0%) 2 (12.5%) 5 (31.3%)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 53 Masalah-masalah dihadapi dalam Menggunakan BBM 10 item soal selidik telah dijawab oleh siswa guru untuk meninjau masalahmasalah dan kekangan yang mereka hadapi dalam mengaplikasikan BBM semasa PdP. Frekuensi dan peratus bagi setiap item berkaitan masalah dan kekangan dalam penggunaan BBM dipersembahkan dalam Jadual 6 bagi menjawab soalan kajian 5 iaitu: Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh siswa guru dalam menggunakan BBM semasa praktikum? Berdasarkan data dalam Jadual 6, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi oleh siswa guru dalam menggunakan BBM. Berdasarkan dapatan didapati masalah utama yang dihadapi oleh siswa guru berkaitan penggunaan BBM adalah sumber kewangan yang tidak mencukupi (75.1%) diikuti oleh tiada tempat sesuai untuk menyimpan BBM yang telah dibina (75.0%) dan kekurangan masa untuk menyediakan BBM (68.8%). Selain itu, 56.3 peratus siswa guru merasakan bahawa BBM yang sedia ada di sekolah tidak mencukupi. Masalah lain yang dihadapi termasuk kesulitan mengawal kelas ketika menggunakan BBM dengan 50 peratus siswa guru mengalaminya. Terdapat juga beberapa siswa guru (18.8%) yang menghadapi masalah seperti tidak mahir dalam menggunakan BBM dan tidak tahu bagaimana membuat atau mengubahsuai BBM untuk digunakan dalam PdP. Jadual 6 Masalah/Kekangan terhadap Penggunaan BBM f(%) f(%) f(%) f(%) f(%) Bil Item Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 1 BBM sedia ada disekolah tidak mencukupi. 1 (6.3%) 3 (18.8%) 3 (18.8%) 7 (43.8%) 2 (12.5%) 2 Kekurangan masa untuk menyediakan BBM untuk setiap kali PdP. 1 (6.3%) 1 (6.3%) 3 (18.8%) 5 (31.3%) 6 (37.5%) 3 Tiada tempat menyimpan BBM dengan sistematik. 1 (6.3%) 1 (6.3%) 2 (12.5%) 8 (50.0%) 4 (25.0%) 4 BBM tidak praktikal/tidak perlu/tidak berkesan untuk digunakan semasa PdP. 8 (50.0%) 2 (12.5%) 5 (31.3%) 1 (6.3%) 5 BBM yang sedia ada tidak sesuai dengan sukatan pelajaran. 4 (25.0%) 3 (18.8%) 7 (43.8%) 2 (12.5%) 6 Kurang mahir dalam menggunakan BBM. 4 (25.0%) 3 (18.8%) 6 (37.5%) 2 (12.5%) 1 (6.3%) 7 Tidak tahu bina/ubahsuai BBM. 3 (18.8%) 4 (25.0%) 6 (37.5%) 3 (18.8%)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 54 8 Tiada perkaitan antara kefahaman konsep dengan penggunaan BBM. 5 (31.3%) 3 (18.8%) 5 (31.3%) 3 (18.8%) 9 Sukar mengawal kelas apabila menggunakan BBM.. 3 (18.8%) 1 (6.3%) 4 (25.0%) 4 (25.0%) 4 (25.0%) 10 Sumber kewangan tidak mencukupi untuk menyediakan BBM. 1 (6.3%) 1 (6.3%) 2 (12.5%) 3 (18.8%) 9 (56.3%) PERBINCANGAN Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa siswa guru menggunakan pelbagai jenis BBM dalam melaksanakan PdP semasa praktikum. Jenis-jenis BBM yang digunakan merangkumi bahan elektronik dan bukan elektronik. Dapatan ini sejajar dengan kajian oleh Noor Azlan dan Nurdalina (2010) yang juga mendapati bahawa penggunaan BBM dalam kalangan guru pelatih adalah pelbagai. BBM dalam bentuk bukan elektronik yang paling kerap digunakan oleh siswa guru adalah gambar, lembaran kerja, objek sebenar dan kertas mahjong/kad manila . Manakala BBM dalam bentuk elektronik yang paling kerap digunakan adalah TMK dan bahan Multimedia. Menurut Alizah dan Zamri (2019), penggunaan bahan multimedia dapat menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam PdP. Kepelbagaian penggunaan BBM dalam sesi PdP juga dapat meningkatkan pemahaman dan menarik murid agar lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Analisis tentang keupayaan memilih dan mengaplikasi BBM menunjukkan bahawa siswa guru menggunakan BBM yang disesuaikan dan dapat membantu aktiviti PdP. Mereka juga menggunakan BBM yang sesuai dan mempunyai kandungan yang relevan dengan topik yang dibincangkan. Selain itu, mereka juga dapat menyediakan BBM yang membantu pembelajaran murid. Menurut Alizah dan Zamri (2019), kriteria pemilihan BBM yang baik adalah BBM perlu sesuai dengan aktiviti PdP, mempunyai kandungan yang tepat dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan. BBM yang digunakan seharusnya bukan sahaja dapat membantu guru memahamkan murid tetapi juga perlu disesuaikan dengan isi pelajaran supaya mencapai objektif pengajaran . Pemilihan dan penggunaan alat serta bahan yang sesuai juga mempengaruhi keberkesanan proses PdP (Mohd Faeez et al., 2013). Penggunaan BBM yang pelbagai adalah untuk memastikan murid merasa seronok dalam pembelajaran. Dalam konteks kajian ini, sikap merujuk kepada perbuatan atau pandangan siswa guru terhadap penggunaan BBM dalam melaksanakan PdP di sekolah. Sikap yang difokuskan dalam kajian ini termasuk keyakinan, kepercayaan dan motivasi. Analisis terhadap sikap siswa guru terhadap penggunaan BBM menunjukkan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 55 bahawa mereka yakin dan percaya bahawa penggunaan BBM dapat memudahkan penyampaian dalam PdP dan memotivasikan murid dalam mempelajari topik pembelajaran. Keyakinan dan kepercayaan ini diinferenskan melalui kesediaan siswa guru untuk menggunakan pelbagai jenis BBM. Mereka berkebolehan melaksanakan pelbagai strategi dan teknik PdP apabila menggunakan BBM. Kajian oleh Noorazman et al. (2018) juga mendapati bahawa responden mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap penggunaan BBM dalam PdP. Guru pelatih turut menunjukkan sikap dan motivasi yang positif terhadap penggunaan BBM dengan kesediaan untuk membina sendiri BBM, berinovasi dalam menyediakan dan menggunakan BBM dan berminat dalam merekacipta BBM untuk digunakan. Noorazman et al. (2018) mendapati bahawa majoriti responden berminat untuk menggunakan BBM dalam PdP kerana ia dapat memotivasikan murid untuk memahami topik yang telah dimuridi. Sikap keyakinan, kepercayaan, dan bermotivasi terhadap penggunaan BBM dalam PdP disokong oleh dapatan kajian di mana hanya sebahagian kecil siswa guru menggunakan papan tulis, menjalankan perbincangan dan bersoaljawab sahaja semasa melaksanakan PdP. Beberapa masalah utama yang dihadapi oleh siswa guru terhadap penggunaan BBM dalam PdP adalah ketiadaan tempat untuk menyimpan BBM dan kekurangan masa untuk menyediakan BBM setiap kali PdP. Dapatan ini sejajar dengan kajian oleh Mohd Faeez et al. (2013) yang mendapati bahawa halangan utama bagi guru-guru pendidikan Islam dalam menggunakan BBM adalah keterbatasan masa dan tempat penyimpanan. Didapati juga bahawa siswa guru menghadapi masalah dalam mengendalikan kelas semasa menggunakan BBM dan kekurangan sumber kewangan untuk menyediakan BBM. Faktor ini mungkin disebabkan oleh kurangnya pengalaman guru pelatih dalam mengendalikan kelas dan kekurangan sumber kewangan untuk keperluan seharian. Kajian oleh Abdull Sukor et al. (2016) juga mendapati bahawa salah satu halangan yang dihadapi oleh guru pelatih semasa praktikum adalah kos dan masa yang diperlukan untuk menyediakan BBM serta mengendalikan kelas. KESIMPULAN Kajian in mendapati bahawa siswa guru menggunakan pelbagai jenis BBM dalam melaksanakan proses PdP semasa praktikum. Mereka menggunakan BBM dalam bentuk elektronik dan bukan elektronik. Penggunaan BBM ini memberikan pelbagai manfaat, termasuk meningkatkan pemahaman dan motivasi murid dalam pembelajaran. Siswa guru menunjukkan sikap yang positif, keyakinan, kepercayaan, dan motivasi yang tinggi terhadap penggunaan BBM. Walau bagaimanapun, mereka menghadapi beberapa masalah seperti kurangnya tempat penyimpanan BBM, keterbatasan masa, pengurusan kelas, dan kekurangan sumber kewangan. Justeru, usaha dan kerjasama pelbagai pihak amat penting


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 56 dalam memastikan siswa guru mendapat pendedahan yang mencukupi dan sokongan dalam aspek infrastruktur, latihan, masa dan akses kepada sumber kewangan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan BBM. Secara keseluruhan, penggunaan BBM yang pelbagai oleh siswa guru memberikan sumbangan yang positif dalam PdP, tetapi perlu menghadapi cabaran untuk mencapai matlamat pembelajaran yang diinginkan. RUJUKAN Abdull Sukor, S., Mohd Izam, G., Nurahimah, M.Y., & Mohd Isha, A. (2016, Oktober 25-27). Guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan murid semasa praktikum. International Seminar on Generating Knowledge Through Research UUM-UMSIDA, Universiti Utara Malaysia, Malaysia, pp. 599-608. Alizah, L., & Zamri, M. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 43(33), 78-94. Bušljeta, R. (2013). Effective use of teaching and learning resources. CzechPolish Historical and Pedagogical Journal, 5(2), 55-70 Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: McGrawHill (Malaysia) Sdn. Bhd. Hamdan, A.R., & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/id/eprint/10879/ Ilias, M. F., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2013, April 6-7). Faktor dorongan dan halangan penggunaan bahan bBantu mengajar oleh guru Pendidikan Islam di Sekolah Bestari (Motivation factors and obstacles use of teaching aids by the Islamic Education teacher in smart school). 3 rd International Conference on Islamic Education 2013 [ICIED2013], EPF Institute, Kajang, Selangor, Malaysia. Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H., & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74. http://journalarticle.ukm.my/2370/1 /25.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Transformasi Praktikum IPG. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia. Mohd. Faeez, I., Kalthom, H., Mohd Amin, M. N., Zetty Nurzuliana, R., & Murihah, A. (2016). Sumber bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari. eAcademia Journal UiTMT, 5(2), 106-114.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 57 Muhamad Zaki, S., Razali, H., Azman, H., & Mohd As’ed, S. (2013, November). Amalan kreativiti guru dalam pengajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Technology, Education, and Science International Conference (TESIC2013), Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia. https: //doi.org/10.13140/2.1.4265.2161 Musa, N.E., & Mohamad, M.H. (2014). Keberkesanan penggunaan alat bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan kursus Sains Kejuruteraan di kalangan murid Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah. Prosiding PTBS. Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah. Noorazman, A. S., Wan Mohd Rashid, W. A., Hairuddin, H., Mohd Hasril, A., Suhaizal, H., & Faizah, J. (2018). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Online Journal for TVET Practitioners (Special Issues: Multidisciplinary Research in Education), 152- 161. Norfarizah, M. B. & Mohd Zazril, I. Z. (2016, September 26-27). Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan papan pelbagai sentuh untuk pembelajaran Sains tahun tiga.. 2 nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA), Pulau Pinang, Malaysia. Rabaah, A., Wan Noorlizawati, W.A., & Adnan, J. (2021). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam subjek tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada abad ke-19”. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 13(1), 1-13. Subahan, M. M., & Syed Ismail, S. M. (2016). Bimbingan, isu dan tips dalam praktikum: Pendekatan untuk latihan mengajar. Sasbadi Sdn.Bhd.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 58 STEM SEBAGAI ATRIBUT PUISI MODEN: ANALISIS KUMPULAN PUISI ‘PAYUNG YANG MEMBUNUH HUJAN’ Arbakyah binti Hassan1 & Izwanum binti Abul Wahid2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2 Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan elemen STEM dalam puisi moden terpilih iaitu dari kumpulan puisi Payung Yang Membunuh Hujan nukilan Ibnu Din Assingkiri terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan puisi yang diterbitkan pada tahun 2022 ini memiliki kelainan dari aspek kandungannya yang banyak berfokus kepada unsur sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dan bersifat malar segar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian keperpustakaan dengan menganalisis 70 buah puisi sebagai teks. Penggunaan elemen STEM dalam puisi-puisi yang dikaji merupakan suatu usaha ke arah melestarikan alam sekitar dan penghuninya dengan elemen-eleman yang diguna pakai dalam kehidupan harian. Hasil kajian mendapati bahawa STEM dan kesusasteraan mampu bergerak sealiran sejajar dengan perkembangan teknologi abad ke-21 yang menjadi tunjang atau atribut kepada generasi baharu. Kata Kunci: STEM, sains, teknologi, kejuruteraan, matematik, puisi moden PENDAHULUAN Pengenalan STEM merupakan akronim kepada Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sajak dikenali sebagai puisi moden atau baharu dan sifatnya bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan. Puisi Melayu moden juga dikenali sebagai sebuah seni penulisan kontemporari yang mengarang diksi dengan susunan yang indah untuk menyampaikan maksud-maksud tertentu. Puisi Melayu moden ini menyimpang dari puisi Melayu tradisional segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya juga tidak terikat dengan bentuk tradisional. Pendidikan STEM ialah pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang meneroka antara salah satu atau lebih elemen STEM atau juga antara disiplin ilmu lain dengan satu elemen STEM (Becker & Park, 2011). Hal ini menunjukkan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 59 pendidikan STEM merupakan satu bentuk kurikulum bersepadu iaitu mengintegrasikan subjek-subjek akademik berdasarkan unit tema-unit tema dan kemahiran tertentu. Penerapan elemen STEM dalam kesusasteraan Melayu secara menyeluruh adalah rasional memandangkan dasar kerajaan sendiri yang ingin merealisasikan potensi rakyat di samping memacu generasi yang mempunyai daya saing yang tinggi dalam membuat keputusan berasaskan kemahiran berfikir. Oleh yang demikian, fokus kajian ini adalah membincangkan penerapan elemen STEM dalam bidang kesusasteraan Melayu terutamanya puisi moden. Pernyataan masalah Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini, elemen STEM dilihat sangat releven dalam semua aspek kehidupan. Oleh yang demikian bidang kesusasteraan juga seharusnya berkembang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini. Kesusasteraan Melayu yang menjadikan bahasa sebagai alat perpaduan dan wahana kepada rakyat yang berbilang kaum tidak boleh dipinggirkan atau ketinggalan di bawah arus perdana. Untuk melestarikan kesusasteraan Melayu terutamanya puisi moden, para penulis hendaklah cakna dengan perubahan semasa dan berusaha mendidik pembaca dengan ilmu sains dan teknologi terkini. Kajian ini ingin melihat sejauh manakah kesusasteraan Melayu terutamanya puisi moden dapat diadun dengan baik menerusi elemen STEM. Kajian ini juga ingin membuktikan bahawa elemen sastera Melayu ini tetap memiliki nilai estetika walaupun diterapkan ilmu sains dan teknologi yang terkandung dalam STEM. Akhirnya, kajian ini juga cuba membuktikan bahawa elemen STEM mampu manarik minat khalayak pembaca untuk terus mengikuti bacaan sehingga tamat. Untuk memenuhi aspirasi kajian ini, penulis telah memilih sebuah kumpulan puisi nukilan Ibnu Din Assangkiri yang berjudul Payung Yang membunuh Hujan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2022. Antara persoalan kajian yang dikemukakan ialah: 1. Bagaimanakah elemen STEM berjaya diterapkan dalam puisi moden? 2. Sejauh manakah elemen STEM dapat mengekalkan nilai estetika dalam puisi moden? 3. Adakah elemen STEM berjaya menarik minat pembaca? Walaupun advokasi STEM muncul lebih lewat daripada gagasan KOMSAS, namun daya keterlihatan STEM nampaknya jauh lebih bersinar. Pelan halatuju pendidikan STEM ini diperakui oleh kabinet hingga menubuhkan pusat STEM negara mampu merangsang aktiviti sastera dan budaya berteraskan STEM. Oleh yang demikian, gerak kerja untuk menghasilkan bahan kesusasteraan perlu berlandaskan elemen STEM yang lebih bersifat fakta dan tindakan serta kata-kata yang bersifat pragmatis.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 60 STEM membuka peluang kepada generasi muda untuk menghasilkan produk berkualiti termasuklah dalam bidang kesusasteraan. Dalam mendepani cabaran industri 4.0 ini, generasi muda hendaklah cakna dan menguasai bidang STEM bagi melahirkan modal insan yang mahir dalam semua bidang. Bidang kesusasteraan juga telah berdarah daging dengan masyarakat Malaysia baik dalam bidang prosa seperti cerpen dan novel mahupun dalam bidang puisi tradisional dan moden seperti pantun, syair dan sajak. Sejajar dengan perkembangan arus perdana, perjuangan memartabatkan bidang kesusasteraan juga perlu diteruskan dengan memasukkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik sebagai ilmu yang bermanfaat. KAJIAN LITERATUR Selaras dengan perkembangan terknologi terkini, elemen STEM merupakan atribut dalam mana-mana bidang ilmu dan kemahiran di negara kita. Gelombang ini turut menyerap ke dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan. Selain unsur alam yang mendominasi kesusasteraan, elemen teknologi, kejuruteraan dan matematik juga menjadi pilihan penulis dalam menghasilkan diksi-diksi yang menarik. Penulis kumpulan puisi Payung Yang membunuh Hujan iaitu Ibnu Din Assingkiri yang berkelulusan dalam bidang automatif sememangnya tidak asing lagi dengan diksi-diksi yang berunsurkan STEM. Penulis juga mendapati beberapa kajian berkaitan elemen STEM dan kesusasteraan dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Antaranya kajian oleh Rosanita Kartini dan Abdul Halim berkenaan Keberkesanan Penerapan Eleman Sastera Melayu Dalam Pendidikan STEM Sekolah Rendah yang dibentangkan dalam International Conference on Sosical Science, Technology, Educational and Management (ICOSTEM2022), September 2022. Kajian ini mengupas berkenaan elemen kesusasteraan dalam subjek-subjek yang berkaitan dengan sains dan teknologi serta keberkesanannya terhadap dunia pendidikan. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh SN Dr Zurinah Hassan dalam buku Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden (2010) terbitan UKM, Bangi. Kajian ini memfokuskan unsur alam yang dekat dengan elemen sains seperti tumbuhtumbuhan, haiwan, laut dan unsur waktu yang berkait dengan elemen matematik. Objek-objek alam seperti laut, sungai, alam flora dan fauna menjadi medium untuk menyampaikan mesej tersebut. Semua ini merupakan alam fizikal yang dapat dilihat, didengar, disentuh dan dirasai melalui pancaindera manusia. Alam fizikal juga merupakan satu lapisan daripada seluruh kosmo ciptaan Tuhan yang dikaji oleh para saintis.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 61 METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian keperpustakaan dengan menganalisis teks. Untuk memenuhi aspirasi kajian ini, penulis telah memilih sebuah kumpulan puisi nukilan Ibnu Din Assangkiri yang berjudul Payung Yang Membunuh Hujan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2022. Kumpulan puisi ini terdiri daripada 70 buah puisi moden dengan pelbagai tema, bentuk, gaya bahasa, nada serta aliran penulisan yang beragam serta amat relevan dengan situasi semasa. Secara umumnya, proses kajian ini terdiri daripada tiga peringkat iaitu, kajian peringkat awal, pengumpulan data dan analisis data serta pelaporan dapatan kajian. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam ketiga-tiga peringkat ini termasuklah pemilihan sumber data dan analisis data premier. DAPATAN KAJIAN STEM merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Antologi puisi ‘Payung Yang membunuh Hujan’ karya Ibnu Din Assangkiri terdiri daripada pelbagai bentuk, gaya bahsa, laras bahasa, nada serta aliran penulisan dalam menyampaikan pesan, ajakan dan amanat kepada sasaran dan pesona dalam setiap puisinya. Elemen Sains Kumpulan puisi ini bukan hanya menggunakan istilah saintifik bahkan pemilihan diksi, gaya bahasa dan perlambangan serta metaforanya sarat dengan ilmu sains berkenaan. Dalam banyak hal, bahasa sains dalam puisi-puisi ini menguasai ranah bahasa puitis sehingga kita seolah-olah membaca teks sains. Elemen sains juga dapat dipecahkan kepada fauna, flora dan fenomena alam. Contoh penggunaan fauna ialah seperti berikut: Fauna Halaman kutu 2 jentayu 4 plankton 7 nyamuk 7 cenderawasih 12 arapaima 27


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 62 Penggunaan flora juga memenuhi kebanyakan hasil karya beliau. Antaranya ialah: Flora Muka surat tulip 3 dedalu 4, 37 plankton 7 mulberi 18 pohon susu nabi 30 mawar 18 Begitu juga dengan unsur alam seperti fenomena dan kejadian alam yang disentuh dengan gaya yang bersahaja. Antaranya ialah: Fenomena alam Muka surat bianglala 4 mega 4 pawana 6 gerimis 8 metamorfosis 39 angin timur 41 Elemen Teknologi Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang ingin disentuh ialah berkenaan penggunaan istilah teknologi yang diadun dalam puisi ‘Payung Yang Membunuh Hujan’. Hal ini menunjukkan teknologi dan puisi saling berkait rapat dan manusia pada abad ke21 ini hidup bersama-sama dengan teknologi. Penggunaan istilah teknologi yang ketara termasuklah seperti contoh berikut: Elemen teknologi Muka surat wilmana 4 gedung 6 neon 4 lampu jalan 17 pesawat MI 353 36 hipokamus 44 Elemen Kejuruteraan Cabang kejuruteraan ini berkaitan dengan penyelidikan, reka bentuk, pembangunan, pembinaan, ujian, sains dan teknologi pesawat. Kita juga boleh menemui kejuruteraan astronautik, memberi tumpuan kepada kapal angkasa dan keadaan ruang angkasa yang lebih mendalam. Penggunaan istilah-istilah dalam


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 63 puisi ‘Payung Yang Membunuh Hujan’ membuktikan bahawa elemen kejuruteraan turut mewarnai karya puisi moden pada zaman mutakhir ini. Antara elemen yang bersifat kejuruteraan ialah: Perkataan Muka surat pesawat MI 353 36 neon 14 panggung 24 lebuh raya 27 binaan kristal 27 rumah agam 28 pangsapuri 28 Elemen Matematik Puisi Melayu moden merupakan sebuah seni penulisan kontemporari yang mengarang kata dengan susunan yang indah untuk menyampaikan maksudmaksud tertentu. Penggunaan elemen matematik yang melibatkan data dan angka dapat menambah perisa kepada nilai estetika dalam puisi. Berikut merupakan contoh penggunaan alat matematik dalam karya sastera: Perkataan Muka surat berkoyan 1 berzaman 1 lima belas detik 3 dua puluh dua puluh 7 dekad 7 dasawarsa 40 Berdasarkan dapatan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa elemen sains mendominasi antologi ‘Payung Yang Membunuh Hujan’. Penggunaan elemen teknologi, kejuruteraan dan matematik mempunyai bilangan yang hampir sama. Hal ini boleh ditunjukkan menerusi Rajah 1.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 64 Rajah 1 Perbandingan Penggunaan Elemen STEM dalam Antologi ‘Payung Yang Membunuh Hujan’ PERBINCANGAN Penggunaan elemen STEM dalam karya berbentuk puisi dapat dibuktikan penggunaannya berdasarkan kepuitisan elemen tersebut yang digunakan secara terancang. Contohnya; Bersendirian, kami hanya kutu kecil merengsa cuma liang halus di kepala (halaman 2) Penulis membuat perbandingan dirinya persis kutu kecil yang pada hakikatnya kelihatan halus tetapi mampu membuatkan pihak lawannya resah akibat serangan yang mereka lakukan. Begitu juga dengan bait-bait berikut; Pabila mega sembunyi bianglala pohon mendung lama memayung (halaman 4) Penggunaan bianglala yang membawa maksud ‘pelangi’ menghasilkan unsur yang puitis dan memberi nafas baharu dalam berpuisi. Hal ini menjawab kepada persoalan kedua iaitu sejauhmanakah elemen STEM dapat mengekalkan nilai estetika dalam puisi moden. Contoh di bawah dapat membuktikan nilai estetika yang terpahat dalam kalimat yang puitis. Aku melangkah jambatan masa binaan kristal bertingkat-tingkat (halaman 27) Elemen STEM Sains Teknologi Kejuruteraan Matematik


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 65 Penulis berjaya menunjukkan nilai estetika dalam dua frasa yang menarik iaitu ‘jambatan masa’ yang melambangkan perhubungan secara analogi dan ‘binaan kristal’ yang merujuk kepada perkembangan urbanisasi masa kini. Begitu juga dengan penggunaan bahasa teknologi yang menyokong hujah-hujah penyair seperti, Sayap pesawat MI 353 menguak angin Bayan Lepas (halaman 36) Penulis menamakan pesawat tersebut MI 353 bagi menunjukkan destinasi pesawat tersebut berlepas iaitu dari Pulau Pinang dan mendarat di Singapura. Penulis juga merakam pengalamannya yang menakutkan beliau ketika menaiki pesawat tersebut. Seterusnya, pengkaji memilih salah satu puisi berjudul ‘Dua Puluh Dua Puluh’ yang mampu menarik minat pembaca untuk menghayatinya hingga keakhirnya. Dekad lalu melangkah longlai tinggalkan wawasan di jejak pasir terhapus oleh debur ombak masa bersama harapan angin timur terbawa ke antah berantah Dekad ini diluncur sebagai tukun ke laut yang meratapi kematian karang hidupan terhimpit di tanah dan di air saban hari diancam lapar nan tegar laut tercarak; kehabisan plankton (halaman 7) Puisi di atas sarat dengan elemen STEM seperti ‘dekad’, ‘pasir’, ‘ombak’, ‘laut’, ‘karang’, ‘tanah’, ‘ait’, ‘plankton’ dan mempunyai makna tersirat yang perlu dikupas dengan teliti dan berhat-hati. Penulis bijak menjadikan unsur alam sebagai analogi dalam naratif yang hendak dipersembahkan. KESIMPULAN Kajian ini berjaya membuktikan bahawa kesusasteraan Melayu terutamanya puisi moden dapat diadun dengan baik menerusi elemen STEM. Berdasarkan dapatan yang diperoleh jelas membuktikan bahawa elemen sastera Melayu ini tetap memiliki nilai estetika walaupun diterapkan ilmu sains dan teknologi yang terkandung dalam STEM. Akhirnya, kajian ini berupaya membuktikan bahawa elemen STEM mampu manarik minat khalayak pembaca untuk terus mengikuti bacaan sehingga tamat.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 66 RUJUKAN Adenan Ayob (2009). Bahasa Kebangsaan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Awang Sariyan (2015). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Becker, K., & Park, K. (2011). Effect of integrative approaches among science, technology, engeneering,and mathematics (STEM) subjects on students’ learning: A preliminary meta analysis. Journal of STEM Education, 12(5&6), 23-37 Ibnu Din Assingkiri (2022). Payung Yang Membunuh Hujan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairudin Mohamad, Maridah Alias, & Faiziah Hj. Sulaiman (2012). Bahasa Melayu Komunikatif. Penerbitan Selagor: Multimedia Sdn. Bhd. Kamus Dewan (2007). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nathisan, S. (2001). Makna dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rosanita Kartini, & Abdul Halim (2022) Keberkesanan penerapan elemen sastera Melayu dalam pendidikan STEM sekolah rendah. International Conference on Science, Technology, Educational and Management (ICOSTEM2022). Za’ba (1962). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zurinah Hassan (2010). Unsur alam dalam puisi Melayu moden. Bangi: Penerbit UKM.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 67 CABARAN GURU PRASEKOLAH TERHADAP PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MELALUI AKTIVITI BERMAIN Norhailee Abdul Rasid¹, Hafiah Ismail², &Herniyanti Ismail³ SK Bayan Lepas 21 , Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang2,3 E-mel: 1 [email protected] Abstrak Kanak-kanak dan aktiviti bermain tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Bermain bukan sahaja dapat memberi keseronokan, kebebasan dan membantu perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tetapi bermain juga dapat merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada generasi cilik ini. Pengaplikasian KBAT secara eksplisit dalam kalangan kanak-kanak prasekolah juga telah termaktub di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017. Oleh itu guru-guru prasekolah perlu memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan penerapan KBAT ini melalui pendekatan bermain yang tidak boleh dipisahkan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dunia kanak-kanak. Kajian ini mengenal pasti persepsi guru-guru prasekolah mengenai aktiviti bermain bagi penerapan KBAT dan kekangan yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam melaksanakan KBAT melalui aktiviti bermain yang dijalankan dalam PdPC Sains Awal. Peserta kajian adalah melibatkan tiga orang guru prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Kaedah penyelidikan berbentuk kajian kes kualitatif melalui kaedah pemerhatian dan temubual separa berstruktur diaplikasikan. Konklusinya, guru-guru bersetuju penerapan KBAT melalui aktiviti bermain direalisasikan dalam PdPc kanak-kanak prasekolah. Walau bagaimanapun cabaran dari aspek pengetahuan, kemahiran, sumber, kekangan masa, modul dan garis panduan amat dititikberatkan bagi keberkesanan KBAT bagi generasi abad ke-21 ini. Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), bermain, guru prasekolah, pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). PENDAHULUAN Kanak-kanak dan aktiviti bermain tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Bermain bukan sahaja dapat memberi keseronokan, kebebasan dan membantu perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tetapi bermain juga dapat merangsang Kemahiran


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 68 Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada generasi cilik ini. Pengaplikasian KBAT secara eksplisit dalam kalangan kanak-kanak prasekolah juga telah termaktub di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017. Sehubungan itu guru-guru prasekolah perlu memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan penerapan KBAT melalui pendekatan bermain yang tidak boleh dipisahkan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dunia kanak-kanak. Walau bagaimanapun cabaran-cabaran bagi melaksanakan aktiviti penerapan KBAT melalui aktiviti bermain ini, akan diterokai secara lebih terperinci. Pengenalan Dunia pendidikan kanak-kanak amat berbeza dengan golongan dewasa. Jika orang dewasa menimba ilmu pengetahuan melalui pembelajaran dan pembacaan, tetapi kanak-kanak menjana pengetahuan mereka melalui aktiviti bermain. Main diibaratkan sebagai sumber terkaya dalam proses pembelajaran kanak-kanak (Barbara Bilewicz-kuźnia, 2016). Main juga merupakan dunia pendidikan dan penerokaan yang membantu kanak-kanak memperluaskan pengetahuan yang bermakna. Main dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Menurut Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2012), main merupakan fitrah dalam kehidupan generasi cilik ini. Sejak bayi lagi, kanak-kanak sudah menunjukkan reaksi bermain. Imam al-Syafie menyarankan agar anak-anak yang berusia 0 hingga 7 tahun digalakkan bermain bersama ibu bapa dan ahli keluarga mereka. Melalui bermain, secara tidak langsung, ia membantu dalam penerapan ilmu pengetahuan dan membentuk pendidikan yang bermakna kepada mereka. Bermain bukan sahaja dapat mendatangkan keseronokkan dan kegembiraan kepada kanak-kanak, malahan main juga dapat membantu menyuburkan tubuh badan dan menguatkan otot-otot mereka (Azizah Lebai Din, 2002). Melalui aktiviti bermain juga, proses perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) kanak-kanak dapat dirangsang (Mohd Fuad et al., 2013). Begitu juga dengan aktiviti bermain. Berdasarkan kajian yang lalu, aktiviti bermain dikatakan dapat merangsang dan membentuk perkembangan diri dan melengkapkan fitrah semulajadi kanak-kanak (Tahir, 2001; John Chong, 2011; Norfaezah et al., 2017); membantu mengoptimumkan perkembangan otak kanakkanak (Burdette & Whittaker, 2005); membantu perkembangan kehidupan mereka (Megan A. Moreno, 2016) serta memberi faedah terhadap fizikal, emosi, kognitif dan kemahiran sosial kanak-kanak (Fatimah et al., 2008; Ramlah, 2016). Rentetan dari kepentingan bermain terhadap generasi kanak-kanak ini, maka Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017, telah meningkatkan pertambahan masa bermain iaitu dari 80 minit seminggu (kurikulum sebelumnya) kepada 120 minit seminggu (KSPK semakan).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 69 Manakala elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga turut diberi penekanan dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) kanak-kanak prasekolah ini. Pernyataan Masalah Bermain bukan sahaja memberi keseronokkan kepada kanak-kanak tetapi turut mampu menjana kemahiran berfikir atau perkembangan kognitif dalam kalangan mereka (Syariza Hani & Aliza, 2013). Sehubungan itu, tidak hairanlah jika elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan strategi pengajaran melalui aktiviti bermain merupakan dua elemen yang turut diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017. Rentetan dari kepentingan KBAT dan aktiviti bermain ini, maka guru-guru prasekolah memainkan peranan utama bagi menitikberatkan elemen ini dalam PdPc seharian sebagai persediaan kanak-kanak prasekolah terhadap pendidikan formal pada masa akan datang (Siti Haliza & Faridah, 2017). Walau bagaimanapun, guru dikatakan masih kurang memberi penekanan dan kurang merealisasikan pendekatan bermain dalam PdPc, seperti yang termaktub dalam kurikulum prasekolah (Aliza Ali & Zamri Mahamod, 2015; Samni Suraji et al., 2015). Hasil kajian mendapati bahawa guru lebih memberi fokus terhadap proses pengajaran secara langsung (Aliza Ali et al., 2013). Wujud juga proses perancangan pengajaran PdPc yang direalisasikan dengan baik tetapi dari segi pelaksanaan PdPc bermainnya amat mengecewakan (Barbara Bilewicz-Kuźnia, 2016). Begitu juga dengan pengaplikasian KBAT dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian Nee dan Faridah Yunus (2017) menunjukkan guruguru tadika memperoleh skor min pada tahap yang rendah bagi aspek kemahiran pelaksanaan KBAT. Dapatan ini selari dengan Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 21 November 2011, Perunding Kestrel Education (UK) dan 21st Century Schools, iaitu guru-guru di Malaysia masih mempunyai KBAT pada tahap yang rendah (KPM, 2013a). Permasalahan berkaitan pelaksanaan KBAT ini juga, dikatakan berpunca daripada guru yang tidak mendapat pendedahan dan tidak jelas mengenai penerapan dan pelaksanaan KBAT dalam PdPc seharian (Peng & Shashipriya Nadaraja, 2014; Arni Yuzie, 2016). Manakala berdasarkan dapatan kajian Nor et al. (2016), permasalahan ini disebabkan oleh guru-guru kekurangan latihan, bengkel dan bahan-bahan pengajaran yang berkaitan dengan KBAT. Maka berdasarkan permasalahan berkaitan KBAT dan bermain yang dikemukakan ini, maka kajian ingin meneroka secara lebih mendalam mengenai cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah terhadap pelaksanaan KBAT melalui aktiviti bermain yang direalisasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah ini.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 70 Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah terhadap pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Persoalan bagi kajian ini ialah: 1. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah terhadap pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak? KAJIAN LITERATUR Meskipun aktiviti bermain dipersetujui dan disokong oleh guru-guru prasekolah kearah pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, namun kajian menunjukkan bahawa guru-guru kurang memberi penekanan dan mengabaikan pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdPc seharian (Samni Suraji et al., 2015). Begitu juga dengan kajian yang direalisasikan ke atas 10 orang guru di bawah KPM, dapatan menunjukkan kebanyakan guru tidak mengutamakan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pemudahcaraan kanak-kanak (Aliza Ali & Zamri Mahamod, 2015). Begitu juga kajian ke atas 12 orang guru prasekolah di Hulu Langat Selangor. Hasil dapatan menunjukkan bahawa 83% daripada peserta kajian telah memilih kaedah pengajaran secara tradisi berbanding pendekatan bermain (Aliza Ali et al., 2013). Meskipun pada masa kini, terdapat banyak kajian berkaitan KBAT dalam bidang pendidikan seperti kajian Haswani Dzul (2017); Marzni (2018); Mohamad Zaidir & Kamisah (2019); dan Bernard et al. (2021). Namun kajian KBAT dalam pendidikan prasekolah di Malaysia, masih berada pada tahap yang minimum (Nur Athirah & Faridah Yunus, 2017) terutama berkaitan pelaksanaan KBAT melalui aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. generasi pemikir yang disasarkan dalam PPPM 2013-2025. Namun dapatan kajian Mohamad Zaid et al. (2018), guru-guru memberi skor yang sederhana terhadap pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru. Sehubungan itu, kajian akan meneroka pula pandangan guru terhadap pelaksanaan KBAT melalui aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. METODOLOGI KAJIAN Menurut Yin (2011), dan Creswell dan Poth (2018), pemilihan sesuatu reka bentuk kajian perlulah disesuaikan dengan persoalan kajian yang dikemukakan dalam penyelidikan. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran guru prasekolah terhadap pelaksanaan KBAT melalui aktiviti bermain. Maka reka bentuk kajian kes kualitatif adalah lebih bersesuaian dan bertepatan bagi menjelaskan secara terperinci dan mendalam kajian yang dilaksanakan (Othman Lebar, 2017; Silverman, 2013). Tambahan pula menurut Merriam (2009), penyelidikan berbentuk kajian kes kualitatif merupakan satu proses induktif yang


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 71 sesuai bagi membentuk penerokaan secara lebih mendalam, serta dapat mengetengahkan suara atau pandangan informan secara lebih menarik dan berkesan. Berdasarkan kajian kes kualitatif, pengumpulan data direalisasikan melalui proses pemerhatian dan temubual separa berstruktur diaplikasikan. Data dianalisis menggunakan perisian Atlas-ti Versi 8.0. Informan kajian yang dipilih pula adalah menjurus kepada kaedah persampelan bertujuan atau dikenali juga sebagai judgement sampling (Noraini Idris, 2013). Penggunaan teknik persampelan bertujuan, dapat membantu pengkaji memperoleh data yang kaya kerana individu yang terpilih diandaikan sebagai pakar dan memiliki informasi yang bermakna terhadap isu yang dikaji (Merriam, 2009). Sehubungan itu beberapa kreteria persampelan bertujuan telah dikemukakan kepada Ketua Sektor Unit Prasekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP) bagi mencadangkan informan yang memenuhi kreteria berikut: 1. Guru-guru prasekolah yang berkhidmat di bawah KPM dengan pengalaman mengajar kanak-kanak prasekolah melebih 10 tahun; 2. Guru memperoleh tahap pendidikan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda; 3. Guru mengaplikasikan KBAT dan aktiviti bermain dalam PdPc seharian; 4. Guru bersetuju menjadi informan kajian. Kreteria ini adalah menepati etika kajian yang ditetapkan. Maka berdasarkan kreteria yang dikemukakan, seramai tiga orang informan dari prasekolah, daerah Negeri Pulau Pinang telah dicadangkan oleh Ketua Unit Prasekolah JPNPP. Menurut Spencer dan Spencer (1993), cadangan informan ini boleh diterima kerana penyelidikan kualitatif boleh mendapatkan maklumat peserta kajian yang tepat dengan merujuk kepada cadangan majikannya. Oleh itu profil informan kajian dinyatakan seperti berikut: Jadual 1 Profil Peserta Kajian Kod informan Umur Tahap pendidikan Pengamalan mengajar (tahun) GPra1 41 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah 11 GPra2 37 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah 11 GPra3 37 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Prasekolah 13 Sumber: JPN, Pulau Pinang (2016)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 72 DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan menunjukkan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru bagi melaksanakan KBAT melalui aktiviti bermain dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Namun cabaran utama yang diketengahkan dalam kajian ini adalah melibatkan tiga faktor utama iaitu i) guru itu sendiri; ii) kanak-kanak prasekolah dan iii) sumber PdPc. Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru prasekolah ini menghadapi lima cabaran utama yang dikeutarakan dari analisis temubual yang dijalankan, GPra1, GPra2 dan GPra3 mengemukakan bahawa mereka kurang kesediaan pengetahuan dan kemahiran, masalah perancangan PdPc yang berkaitan KBAT, beban tugas guru yang bertambah dan masalah pengawalan murid (Rajah 1). Cabaran menyediakan rancangan pengajaran dikemukakan oleh GPra1 dan GPra3 seperti berikut: “Macam saya kata tadi, kita perlu ada perancangan yang panjang sikit. Kalau nak membuat lesson plan sekadar nak buat rancangan pengajaran tu tak ada masalah. Cumanya langkah sebelum kita nak buat rancangan pengajaran kita tu, kita perlu ada plan yang lebih lagi”. D5:149 GPra1T2 11.4.2019 “Ok yang ni memang adalah…Cabaran tu, memang semua ada cabaran. Yang macam saya ni pun, jenuh jugaklah nak memikirkan, kita sambil tu kena google internet dan tengok cara orang luar negara buat macamana. Cikgu-cikgu ni buat macamana. Kita cuba ubahsuai, tengok sesuai tak dengan budak kita. Tengok bagaimana nak masukkan elemen KBAT dalam bermain tu, boleh tak kita masukkan, macamana nak masukkan? Elemen KBAT tu di mana kita nak masukkan….?” D17:45 GPra3T2 16.7.2019 GPra2 juga turut mengemukakan cabaran beliau untuk merancang dan menghasilkan aktiviti bagi merangsang kanak-kanak berfikir. Beliau mengemukakan”, “Untuk merangsang kemahiran berfikir ni, nak cari idea macamana nak buat murid berfikir. Nak menjana kemahiran berfikir tu. Kita nak create aktiviti tu, bahan yang macamana kita nak sedia, supaya murid memang berfikir tu. Kalau tidak, cikgu semua spoon feeding saja…ha tu cabaran dia”. D21:62 GPra2T2 9.4.2019 Guru prasekolah juga turut meluahkan bahawa bebas tugas mereka menjadi halangan kepada mereka merealisasikan KBAT melalui aktiviti bermain, seperti kenyataan GPra2 dan GPra3 berikut.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 73 Satu masalah, tugas sampingan guru itu sendirilah. Maknanya saya kena buat tugas lain jugak selain tugas mengajar” D22:53 GPra2T3 29.4.2019 “Cikgu prasekolah. Jadi saya fahamlah….Yang akan membebankan pemikiran tu banyaklah….” D1:224 Gpra3T3 21.8.2019 Menurut GPra1 pula, pengurusan masa bukan sahaja terjejas berpunca daripada penyediaan bahan-bahan pengajaran bermain bagi pelaksanaan KBAT, malah cabaran timbul apabila wujudnya beberapa masalah sampingan yang melibatkan kanak-kanak semasa proses PdPc dijalankan (D11:109 GPra1T3 11.7.2019). Contohnya, situasi yang mungkin berlaku semasa aktiviti bermain dijalankan, berlaku pergaduhan kecil, kanak-kanak kurang kawalan, emosi kanak-kanak tidak stabil dan sebagainya. Cabaran dalam pengurusan masa juga turut dinyatakan oleh guru prasekolah apabila mereka terpaksa menghadapi kanakkanak yang lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini menimbulkan masalah bagi pengawalan kelas, terutama ketika melaksanakan aktiviti pelaksanaan KBAT melalui aktiviti bermain. Rajah 1 Cabaran Faktor Guru Selain itu, kanak-kanak prasekolah juga merupakan faktor penting yang memberi cabaran kepada guru dalam mengaplikasikan KBAT ini. Peserta kajian menghadapi cabaran apabila kanak-kanak prasekolah di kelas mereka


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 74 mempunyai perbezaan dari aspek umur dan perkembangan yang tidak sama. Mereka mempunyai kanak-kanak yang berumur lima tahun dan enam tahun dalam satu kelas. Perbezaan ini menyebabkan mereka perlu merancang dan melaksanakan aktiviti bermain yang bersesuaian untuk ke dua-dua peringkat umur dan perkembangan. Perkara yang lebih menimbulkan cabaran kepada guru, ialah mereka terpaksa menghadapi kanak-kanak yang kurang upaya yang turut ditempatkan di dalam kelas yang sama. Menurut GPra2, beliau mempunyai kanak-kanak yang autism, masalah pembelajaran, hyperactive dan ADHD di dalam kelas yang sama. Pengakuan peserta kajian ini dikemukakan oleh mereka dalam proses temubual dan dianalisis dalam perisian Atlas-ti Versi 8 dan dipaparkan melalui Rajah 2. Rajah 2 Cabaran Kanak-kanak Prasekolah Seterusnya, faktor sumber pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Sumber PdPc merupakan wadah penting bagi membantu proses PdPc ke arah penerapan KBAT melalui aktiviti bermai. Pemilihan sumber PdPc yang berkesan dapat membantu ke arah penerapan KBAT yang berkualiti dan memberi impak yang positif dalam pemerolehan ilmu dan kemahiran KBAT. Tambahan pula apabila KBAT diterapkan melalui aktiviti-aktiviti bermain dalam komponen Sains Awal. Maka pemilihan sumber-sumber yang kreatif dan inovatif perlu diberi penekanan dalam mewujudkan PdPc yang berkesan. Namun kekurangan sumber-sumber pengajaran, telah mewujudkan cabaran dan dilema kepada guru-guru prasekolah. Cabaran-cabaran yang dihadapi berkaitan sumber pengajaran ialah masalah


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 75 penyediaan BBM, masalah penulisan elemen KBAT dalam RPH, tiada kursus penerapan KBAT, kurang kemudahan teknologi maklumat (TMK) dan tiada garis panduan atau modul berkaitan KBAT sebagai panduan guru-guru prasekolah. Luahan peserta kajian dapat digambarkan melalui analisis perisian Atlas-ti versi 8 melalui Rajah 3. Rajah 3 Faktor Sumber Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) PERBINCANGAN Cabaran yang dikemukakan dalam dapatan kajian ini melibatkan kurang kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru, masalah perancangan pengajaran, masalah pengurusan masa, masalah pengawalan kanak-kanak dan beban tugas guru. Faktor pengetahuan dan kemahiran guru sering menjadi cabaran utama dalam melaksanakan kajian berkaitan KBAT dan PdPc seharian. Begitu juga dengan kajian berkaitan amalan penerapan KBAT melalui aktiviti bermain ini. Guru dikatakan kurang kesediaan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pedagogi KBAT, aktiviti bermain dan komponen Sains Awal. Rentetan dari cabaran yang dikemukakan ini maka guru-guru perlulah berusaha menyediakan diri bagi memenuhi keperluan dan tuntutan pengetahuan dan kemahiran tersebut dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan tahap perkembangan murid dan memenuhi agenda dan aspirasi pendidikan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Kesediaan guru dalam memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran yang luas, bukan sahaja berkaitan pedagogi KBAT, bermain dan Sains Awal sahaja, namun bidang yang berkaitan dengan kanak-kanak dan tututan pendidikan kini dapat mambantu memberi impak terhadap kualiti amalan pedagogi guru (Abdul Halim Masnan,


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 76 2014). Pihak-pihak berwajib pula perlulah berusaha mengisi kelompangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini kepada para guru seterusnya menawarkan kursus-kursus jangka pendek, jangka panjang dan kursus yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan pengetahuan dan kemahiran pendidikan kini khususnya berkaitan penerapan KBAT dan pengaplikasiannya dalam PAK21. Selain aspek pengetahuan dan kemahiran guru, penyediaan RPH turut menjadi cabaran kepada para peserta kajian. Para peserta kajian menjelaskan bahawa mereka tidak diberi penekanan dan pendedahan yang jelas bagi membuat RPH yang berfokus pada elemen KBAT dan aktiviti bermain. RPH yang dihasilkan adalah terlalu ringkas sahaja sehingga tiada elemen KBAT dan bermain dicatit dalam RPH yang disediakan oleh guru-guru sebelum mengajar. Namun dari data pemerhatian yang dijalankan, aktiviti bermain dan penerapan KBAT ada dilaksanakan. Faktor masa yang menjadi cabaran kepada peserta kajian dalam penyelidikan ini, bukanlah merupakan cabaran baharu dalam dunia pendidikan. Ini kerana berdasarkan kajian-kajian lalu, faktor masa turut diusulkan sebagai salah satu daripada cabaran yang sering dihadapi oleh guru-guru dalam merealisasikan PdPc KBAT dan aktiviti bermain yang dijalankan. Cabaran bebanan tugas guru yang kian bertambah dan membebani tugas-tugas hakiki yang sepatutnya direalisasikan oleh guru, turut menjadi halangan dan kekangan kepada peserta kajian bagi merealisasikan penerapan KBAT melalui aktiviti bermain ini. Pembahagian tugas ini perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan sekolah agar guru-guru dapat mengaplikasikan pedagogi yang berkesan ke arah melahirkan generasi pemikir yang disasarkan dalam PPPM 2013-2025. Perbincangan kajian turut memfokuskan kepada cabaran guru bagi menghadapi perbezaan perkembangan, perbezaan umur dan masalah kanak-kanak kurang upaya (OKU) yang diletakkan secara bersama di dalam satu kelas atau satu bilik darjah prasekolah. Guru terpaksa membahagikan masa untuk memberi tumpuan kepada murid autisme, mengawal murid hiperaktif, merangsang murid masalah pembelajaran dan pada masa yang sama melaksanakan PdPc ke atas 22 orang kanak-kanak prasekolah yang lain. Bebanan tugas, tanggungjawab dan keletihan guru untuk memberi tumpuan terhadap kanak-kanak istimewa dan pelbagai tahap perkembangan ini jelas kelihatan sepanjang PdPc yang dilaksanakan bermula 7.30 pagi sehingga tamat sesi persekolahan 12.30 tengah hari. Majoriti peserta kajian yang mengalami situasi yang sama telah mengakui bahawa mereka menghadapi cabaran dengan kanak-kanak yang bermasalah ini. Tambahan pula guru-guru prasekolah tidak pernah diberi pendedahan dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi mengendalikan kanak-kanak OKU ini. Situasi sebegini bukan sahaja menjadi cabaran dalam melaksanakan KBAT melalui aktiviti bermain, tetapi turut menjadi cabaran guru dalam proses PdPc seharian.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 77 Dapatan juga menunjukkan kanak-kanak prasekolah yang ditempatkan di sesebuah kelas terdiri daripada tiga peringkat umur yang berbeza iaitu empat, lima dan enam tahun. Gabungan tiga peringkat umur yang berbeza ini amat menyukarkan guru-guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti PdPc seharian mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Cabaran ini adalah disebabkan peringkat umur dan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang turut berbeza. Begitu juga ketika hendak membuat RPH, guru terpaksa membahagikan penulisan RPH untuk kanak-kanak berusia 4+ dan 5+. Objektif yang hendak disasarkan dan kesediaan BBM yang hendak disediakan juga, perlu disediakan mengikut kesesuaian aras perkembangan kanak-kanak tersebut. Seterusnya, sumber PdPc iaitu masalah penyediaan BBM, masalah penulisan KBAT dalam RPH, tiada kursus penerapan KBAT, kemudahan TMK dan tiada garis panduan atau modul berkaitan KBAT melalui aktiviti bermain merupakan beberapa cabaran yang turut dikemukakan dalam dapatan kajian. Majoriti peserta kajian mengemukakan isu berkaitan sumber PdPc KBAT yang terhad, masalah penyediaan BBM yang menarik, kreatif dan dapat menarik minat murid bagi mengikuti PdPc yang dilaksanakan dan pelbagai perkara berkaitan dengan sumber PdPc guru. Sumber-sumber BBM yang dikemukakan turut melibatkan kemudahankemudahan teknologi multimedia dan komunikasi serta rangkaian Internet untuk memudahkan guru untuk melayari maklumat berkaitan KBAT dan aktivitiaktiviti permainan serta pedagogi Sains Awal yang relevan untuk diberi pendedahan KBAT kepada kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian yang diperoleh, hanya dua buah sekolah daripada tujuh orang peserta kajian, yang dilengkapi dengan kemudahan LCD Smartboard yang moden, besar dan sesuai untuk kanak-kanak prasekolah. Selebihnya para peserta kajian hanya menggunakan inisiatif mereka menggunakan komputer riba sendiri untuk menayangkan sumber PdPc kepada kanak-kanak prasekolah. Walau bagaimanapun kanak-kanak kelihatan berebut-rebut untuk melihat ke skrin komputer riba yang kecil itu dalam jarak yang lebih dekat. Situasi ini memberi cabaran kepada guru untuk kawalan kelas dan tingkah laku kanak-kanak. Berdasarkan pemerhatian, komputer meja (desktop) turut ada di bekalkan di setiap kelas prasekolah, namun jenis komputer yang dibekalkan sudah terlalu lama, ada yang sudah rosak dan tidak diganti, ada yang tidak boleh berfungsi sepenuhnya dan ketidaksesuaian kelas yang sempit menyebabkan penggunaan desktop tersebut kurang sesuai bagi menampung bilangan murid seramai 25 orang. Cabaran yang turut diutarakan dalam kajian ini ialah guru-guru tidak diberi pededahan kursus, bengkel, seminar atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan amalan penerapan KBAT dalam KSPK Semakan 2017 yang diperkenalkan kepada mereka pada Januari 2017. Mereka memperoleh maklumat berkaitan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 78 KBAT hanya melalui usaha dan inisiatif sendiri untuk memahami dan mendalami KBAT yang termaktub secara eksplisit dalam kurikulum prasekolah. Namun ada peserta kajian yang bernasib baik, mereka mengikuti kursus KBAT dengan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh pihak sekolah kepada guru-guru diperingkat arus perdana. Tetapi kursus atau bengkel KBAT yang khusus untuk pendidikan prasekolah tidak pernah ditawarkan kepada mereka. Dapatan kajian mengemukakan rungutan guru yang disarankan mengajar KBAT dalam PdPc seharian tetapi tidak dihantar bagi mengikuti bengkel, kursus atau taklimat berkaitan pedagogi KBAT. Bagi menjayakan amalan ini, guru-guru sepatutnya perlu diberi kursus, bengkel atau seminar yang khusus bagi pedagogi penerapan KBAT dalam pendidikan prasekolah. Tambahan pula, elemen KBAT ini telah dikuatkuasakan dalam KSPK Semakan 2017. Perkara yang lebih mengecewakan ialah guru-guru juga tidak dibekalkan dengan garis panduan dan modul yang lengkap bagi mereka merealisasikan KBAT. Tanpa pembekalan modul dan garis panduan yang jelas ini, maka menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah juga tidak mempunyai satu panduan yang standard bagi merealisasikan KBAT secara eksplisit dalam PdPc kanak-kanak prasekolah. Oleh itu, tidak mustahillah apabila guru-guru didapati kurang berpengetahuan dan kemahiran bagi mengaplikasikan KBAT dalam PdPc kanak-kanak, kerana mereka sendiri tidak dibekalkan dengan modul dan garis panduan yang khusus untuk menerapkan KBAT dalam PdPc seharian serta tidak mengikuti sebarang kursus atau bengkel khusus berkaitan KBAT di peringkat prasekolah. KESIMPULAN Berdasarkan dapatan temu bual yang diperoleh, maka jelas menunjukkan bahawa masalah guru berkaitan pengetahuan dan kemahiran, kekangan masa, beban tugas guru, masalah perancangan pengajaran, masalah murid yang berbeza umur, perkembangan dan masalah keupayaan serta kekangan sumber PdPc merupakan cabaran yang diutarakan oleh peserta kajian bagi melaksanakan KBAT melalui aktiviti bermain. Cabaran ini turut disusuli dengan keadaan fizikal kelas yang agak terhad bagi aktiviti pergerakan bermain yang hendak diaplikasikan. Walau bagaimanapun, pengkaji amat kagum dengan amanah dan tanggungjawab yang dipamerkan oleh guru-guru prasekolah ini. Walaupun terdapat pelbagai cabaran, namun mereka masih berusaha dan mencari jalan penyelesaian bagi terus mengaplikasikan KBAT melalui bermain. Guru berusaha mengoptimumkan permasalahan dan kekangan yang dilalui agar kanak-kanak prasekolah dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran KBAT dengan lebih berkesan sepanjang PdPc dilaksanakan. Sehubungan itu, pihak-pihak berwajib dan berkepentingan seperti Bahagian Pembangunan Guru (BPG), Guru Besar, pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 79 dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) hendaklah memainkan peranan penting bagi membantu meminimakan cabaran ini agar dapat memartabatkan sistem pendidikan prasekolah yang lebih teratur dan berkesan ke arah mengaplikasikan KBAT melalui aktiviti bermain. RUJUKAN Abdul Halim Masnan (2014). Amalan pedagogi guru prasekolah permulaan. Pulau Pinang. [Tesis Doktor Falsafah]. Universiti Sains Malaysia.. Aliza Ali, Sharifah Nor Puteh, & Zamri Mahamod (2013, Mei). Isu dan kekangan melaksanakan pendekatan melalui bermain dalam pengajaran bahasa bagi kanak-kanak prasekolah. Prosiding Seminar Internasional Pendidikan ke-6. Kualiti dan Kecemerlangan dalam Pendidikan. Dewan Rafflesia, NIOSH, Selangor. Bilewicz-Kuźnia. B. (2016). Places, toys and activities observed in the course of children’s free play in preschool. The New Educational Review, 257-269. https://doi.org/10.15804/tner.2016.44.2.21 Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohamad Zaidir Zainal Abidin, & Kamisah Osman (2017). Tahap pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan pelaksanan guru Sains terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Journal of Advance Research in Social and Behavioural Sciences, 8(1), 97–113. www.akademiabaru.com/arsbs.html Mohd Fuad Sam, Marina Majid, Afrah Salwni Jusoh, & Mohd Zain Kosnon (2013). Murid dan alam belajar. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Norfaezah Mohd Hamidin, Siti Nurhajariah Md Isa, Awatif Abdul Rahman, & Idi Hamdi (2017). Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia: Kajian literatur. https://www.coursehero.com/file/30278680/26-DRNORFAEZAH pdf/ Samni Suraji, Abdul Razaq Ahmad, & Mohd Mahzan Awang (2015). Literasi Sejarah dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah: Satu analisis keperluan terhadap modul pengajaran dan pembelajaran tunjang kemanusiaan berasaskan pendekatan belajar melalui bermain. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education, 1, 447- 456. Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan bermain bagi aspek pekembangan bahasa dan literasi murid prasekolah. Journal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 141- 159. Spencer, L., & Spencer, S. (1993). Competence at work model for superior performance. Wiley India Pvt. Syariza Hani Shair, & Aliza Ali (2013). Aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran sains awal di prasekolah (hal. 840–846). https:


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 80 //seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/96-syariza-hanishair.pdf Yin, R. K. (2011). Qualitative research from start to finish. New York: The Guilford Press. Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2015). Qualitative research: A guide to design and implementation (4th ed.). New Jersey: John Wiley & Sons.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 81 SATU KAJIAN LITARATUR SISTEMATIK TENTANG PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DAN CABARANNYA Mohd Shafian Shafiee1 , Wan Nor Asmah Arshad2 , Jafizah Jaafar3 , & Kam Lay Khuan4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3,4 Emel: [email protected] Abstrak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Pentaksiran menjadi sesuatu yang sangat penting dengan pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh guru bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan sepatutnya. Tinjauan ini melibatkan pencarian dua pangkalan data iaitu Google Scholar dan Mendeley. Bagi memastikan tinjauan ini dijalankan secara sistematik, garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analysis (PRISMA) digunakan semasa tinjauan literatur ini. Sebanyak 15 artikel berkaitan pentaksiran bilik darjah telah dianalisis berdasarkan tujuan kajian ini. Dapatan tinjauan literatur mendapati beberapa perkara yang menjadi cabaran kepada pelaksanaan PBD seperti aspek kandungan kurikulum, pengajaran dan pemudahcaraan, pedagogi, pentaksiran dan penilaian, guru sebagai pelaksana serta tekanan yang dihadapi oleh guru daripada segi bebanan kerja, disiplin murid, pengiktirafan profesional, pengajaran guru dan hubungan interpersonal. Implikasi daripada tinjauan literatur ini dapat memberi panduan kepada semua yang terlibat dengan pentaksiran bilik darjah dan cabaran yang perlu dihadapi pada masa akan datang. Kata Kunci: Pentaksiran bilik darjah, cabaran PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima antara peruntukan terbesar oleh Kerajaan Malaysia iaitu sebanyak RM55.2 bilion dalam Belanjawan 2023 (The Sun Daily, 2023). Peruntukan itu adalah seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Kenyataan The Sun Daily (2023) juga menyebut bahawa KPM perlu menggalas tugas dan beban dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, terutama dalam pendidikan digital. Selari dengan arus pemodenan, KPM menyatakan keperluan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 82 pengajaran dan pembelajaran guru perlu beradaptasi dengan teknologi dalam meningkatkan keupayaan digital di sekolah (The Sun Daily, 2023). Pelbagai perkara telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan bagi mengubah kurikulum persekolahan yang sedia ada melibatkan perubahan strategi, kandungan, bahan, kaedah pentaksiran dan sebagainya. Guru perlu berubah bagi memastikan sistem pendidikan terus selari mengikut perkembangan semasa. Pentaksiran telah dijadikan satu elemen yang penting di dalam bilik darjah apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) diperkenalkan. Melalui standard kandungan dan standard pembelajaran, murid dinilai bagi mengukur tahap penguasaan di dalam kelas. Guru, bertindak sebagai pengajar dan pentaksir yang sentiasa memerhati serta menyediakan latihan yang bersesuaian supaya memberi kesan dan impak yang positif. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan dan ditambah baik selama bertahun-tahun dengan tujuan untuk mengurangkan tekanan peperiksaan dan sistem gred serta membudayakan pembelajaran yang lebih menyeronokkan di sekolah terutama di peringkat rendah. Murid juga akan dinilai secara holistik seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang adil kepada semua murid. Murid tidak akan diuji hanya pada ujian atau peperiksaan akhir seperti yang telah dilakukan selama ini. PBD menjadi salah satu alat pengukuran untuk mengukur prestasi murid setelah pemansuhan peperiksaan murid tahap satu (Tan & Kenayathulla, 2020). Reformasi yang telah berlaku dalam sistem pendidikan melalui PBD telah menyebabkan guru mempunyai cabaran baru dan tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan hasrat dan matlamat KPM tercapai. Norazilawati Abdullah et al. (2015) dalam tulisannya menyatakan perlunya guru-guru untuk terus yakin dan bersedia untuk berubah mengikut keperluan dalam sistem pendidikan. Peranan guru dalam menjalankan pentaksiran yang tepat akan memberikan hasil dalam memperbaharui sistem pendidikan (Norazilawati Abdullah et al., 2015). Oleh itu, satu kajian literatur berkaitan PBD dan cabaran kepada semua guru ketika transformasi akan ditulis bagi melihat beberapa perkara yang telah dilalui melalui kajian-kajian yang telah dilaksanakan sepanjang 2019 sehingga 2022. SOROTAN LITERATUR Cabaran awal dalam PBD adalah untuk melaksanakannya secara betul dan tepat mengikut garis yang telah ditetapkan. Pillai dan Mydin (2022) menyatakan sikap guru dalam melaksanakannya secara praktikal masih bermasalah. Sikap guru berkemungkinan berpunca daripada pendekatan, kaedah yang digunakan bagi mentaksir dan juga tahap penguasaan yang diberikan. Pendekatan yang digunakan oleh setiap guru di dalam kelas adalah sangat berbeza (Arumugham, 2019). Pillai dan Mydin (2022) menambah guru biasanya mempunyai sikap yang


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 83 tersendiri dalam melaksanakan pentaksiran. Kebiasaan yang dilakukan guru di dalam kelas ketika PBD belum bermula telah menyebabkan sikap tersebut terbawa-bawa sehingga mendatangkan masalah. Penyediaan soalan yang bersifat peperiksaan dan tidak seragam juga menjadi tanda tanya. Primus dan Mosin (2021) mempersoalkan tentang strategi yang diguna pakai ketika di dalam kelas dan juga mempertikaikan tentang Tahap Penguasaan (TP) jika murid tersebut berada di kawasan pedalaman atau pun murid tersebut adalah murid inklusif. Primus dan Mosin (2021) dalam kajiannya mendapati TP bagi kebanyakan murid di kawasan berkenaan berada pada tahap yang minimum. Mohd Amir Shaukhi Hj Ahmad et al. (2022) menyatakan guru seharusnya mempunyai kebolehan untuk melaksanakan PBD dengan menggunakan teknologi kerana ianya adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah penggunaan teknologi menjadi titik awal kerana kemahiran dalam perekodan PBD juga memerlukan asas dalam menggunakan komputer dengan ditambah pula dengan kesan daripada pandemik Covid-19. Mohd Amir Shaukhi Hj Ahmad et al. (2022) menambah, peranan pemimpin pertengahan amatlah diperlukan dalam situasi ini dengan pemimpin pertengahan ditakrifkan sebagai seorang individu yang bertanggung jawab terhadap keduadua pihak iaitu pemimpin atasan dan guru. Pemimpin pertengahan di sekolah biasanya adalah terdiri daripada Guru Kanan Bidang di sekolah menengah dengan tanggungjawab dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Scott (2020) menyatakan pemimpin perlu memastikan guru memahami dengan mendalam konsep dan dasar PBD yang diperkenalkan agar kebolehan seseorang guru untuk melaksanakan perubahan yang telah diperkenalkan turut meningkat. Kemungkinan halangan yang berlaku sekarang adalah kurangnya kefahaman daripada pemimpin pertengahan yang membolehkan PBD dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Arumugham (2020) dalam kajiannya mendapati guru-guru tidak menampilkan kreativiti terhadap kepelbagaian mentaksir tetapi masih melaksanakan PBD berpandukan garis panduan yang telah diberikan. Permasalahan ini dinyatakan oleh Mohd Amir Shaukhi Hj Ahmad et al. (2022) dalam penulisannya sebagai guru kurang mahir dalam mengendalikan PBD seperti yang dijangkakan. Sharifah Khaliqah Syed Hasbullah et al. (2022) menyatakan kemahiran guru merupakan antara faktor yang penting dalam melaksanakan pentaksiran yang berkesan serta berkualiti kerana dapat memberi gambaran yang tepat tentang tahap pencapaian murid yang sebenar. Kajian tinjauan literatur sistematik ini adalah untuk membuat analisis berkaitan PBD dan cabaran-cabarannya atau masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakannya. Kajian yang di analisis juga adalah daripada Malaysia antara tahun 2019 sehingga tahun 2022.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 84 METODOLOGI Pengenalpastian (Identification) Pemilihan beberapa kertas atau artikel yang bersesuaian dengan laporan ini adalah berdasarkan proses semakan sistematik yang terdiri daripada tiga fasa utama. Langkah pertama adalah mengesan kata kunci yang berhubung, istilah serupa berdasarkan tesaurus, kamus, ensiklopedia dan kajian terdahulu. Selepas semua kata kunci yang berkaitan telah ditetapkan, rentetan carian dilakukan pada pengkalan data Google Scholar dan Mendeley (Jadual 1) telah dibuat. Pada langkah pertama proses semakan sistematik, sebanyak 136 kertas kajian dan penulisan artikel diperoleh daripada semua pengkalan data. Jadual 1 Rententan Carian Google Scholar With all of the words: “Malaysia” AND “pentaksiran bilik darjah” AND “cabaran” Tarikh capaian: Februari 2023 Mendeley Sort by most relevant: “Malaysia pentaksiran bilik darjah cabaran” Tarikh capaian: Februari 2023 Saringan (Screening) Pada langkah yang seterusnya, kesemua kertas kajian ini telah disaring berdasarkan beberapa kriteria kemasukan dan pengecualian yang telah dibina oleh penyelidik. Ini termasuk kajian berterusan, penyelidikan sistematik, semakan, meta-analisis, meta-sintesis, persidangan, prosiding, buku dan akhbar. Tahun yang dipilih untuk saringan adalah antara 2019 sehingga 2022. Pemilihan dikhaskan pada negara Malaysia sahaja. Secara keseluruhannya, 103 kertas kajian telah dikeluarkan mengikut kriteria saringan manakala 33 kertas kajian telah diterima. Kelayakan (Eligibility) Langkah ketiga adalah kelayakan dengan 33 artikel telah disediakan. Semua tajuk artikel dan kandungan utama telah disemak secara menyeluruh pada peringkat ini untuk memastikan keperluan kemasukan dipenuhi dan sesuai dengan matlamat penyelidikan semasa. Oleh itu, 14 artikel lagi dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat, manakala dua artikel telah dikeluarkan kerana ia berulang Akhir sekali, 17 artikel tersedia untuk semakan (Jadual 2) dan carta alir carian literatur yang dicadangkan (Rajah 1).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 85 Abstrak Data dan Analisis Rajah 1 Carta Alir Carian Literatur yang Dicadangkan Pengenalpastian Rekod dikecualikan Ikut kriteria; Alih keluar bukan Bahasa Melayu, < 2018, persidangan, prosiding, buku, akhbar. (n = 103) Pengenalpastian melalui pencarian Google Scholar Rekod selepas pengenalpastian Google Scholar (n = 133), Mendeley (n = 3), (Jumlah = 136) Pemeriksaan Akses artikel yang layak (n = 33) Pengenalpastian melalui pencarian Mendeley Teks penuh dikecualikan Teks penuh tidak memenuhi kriteria: • Bukan bidang • Tajuk tiada hubungan • Abstrak tidak signifikan • Objektif tidak sesuai Rekod dikeluarkan (n = 16) Saringan Rekod berulang dikeluarkan (n = 2) Terpilih Kajian termasuk dalam analisis kualitatif (n = 15)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 86 Jadual 2 Kriteria Pemilihan yang Dicari Kriteria Kemasukan Pengecualian Bahasa Bahasa Melayu Bukan Bahasa Melayu Garis Masa 2019 - 2022 < 2018 Jenis Literatur Jurnal (Artikel) Persidangan, Prosiding, Buku, Akhbar. DAPATAN Ringkasan Dapatan Bil Pengarang Reka Bentuk Negara Peringkat Pentaksiran Bilik Darjah 1 Abdul Said Ambotang, Christina Andin, & Norhamimah Minduru (2021) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 2 Ashma Said, Darayani Johari, Noor Marina Yunus, & Nurhidayah Mat Husin (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 3 Azurawati Wok Zaki, Ramiaida Darmi, & Suzanah Selamat (2022) - Malaysia Sekolah Rendah & Sekolah Menengah / 4 Kalai Selvan Arumugham (2020) Kualitatif Malaysia Sekolah Rendah / 5 Kausalya a/p Gopala Pilai & Faridah Mydin Kutty (2022) Kualitatif Malaysia Sekolah Rendah / 6 Kogindran Solumuthu & Nadarajan Thambu (2022) - Malaysia Sekolah Rendah & Sekolah Menengah / 7 Kumaran Gengatharan, & Azali Rahmat (2019) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 8 Lionad Lius & Zamri Mahamod (2021) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah /


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 87 9 Lee Hoi Yeh (2021) Kualitatif Malaysia Sekolah Rendah & Sekolah Menengah / 10 Mohd Amir Shaukhi Ahmad, Kalai Selvan Arumugham, & Azhan Anuar (2021) Kuantitatif Malaysia Sekolah Menengah / 11 Nadiah Abdul Kadir & Khairul Azhar Jamaludin (2022) - Malaysia Sekolah Rendah & Sekolah Menengah / 12 Tan Jia Yuh & Husaina Banu Kenayathulla (2020) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 13 Rosnah@Nining Sidek & Bustam Daman (2022) Kualitatif Malaysia Institut Pendidikan Guru / 14 Sharifah Khaliqah Syed Hasbullah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mohd Isa Hamzah (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 15 Velerie Wheelervon Primus & Musirin Mosin (2022) Kualitatif Malaysia Sekolah Rendah & Sekolah Menengah / Latar Belakang Artikel Kajian Berdasarkan 15 artikel yang telah dipilih, kesemuanya adalah diperoleh dari Malaysia dengan memfokuskan kepada PBD dan cabaran yang perlu dilalui oleh setiap guru dan murid dalam subjek masing-masing. Tahun penerbitan artikel dipilih dari tahun 2019 ke 2022. Satu artikel dari tahun 2019 (Gengatharan & Azali Rahmat, 2019), dua artikel dari tahun 2022 (Arumugam, 2020; Tan & Kenayathulla, 2020), empat artikel dari tahun 2021 (Abdul Said Ambotang et al., 2021; Lius & Zamri Mahamod, 2021; Yeh, 2021; Mohd Amir Shaukhi Ahmad et al., 2021) dan lapan artikel dari tahun 2022 (Ashma Said et al., 2022; Azurawati Wok Zaki et al., 2022; Gopala & Mydin, 2022; Solumuthu & Thambu, 2022; Nadiah Abdul Kadir & Khairul Azhar Jamaludin, 2022; Rosnah@Nining Sidek & Bustam Daman, 2022; Sharifah Khaliqah Syed Hasbullah et al., 2022; Primus & Mosin, 2022). Reka bentuk kajian yang terdapat pada 13 artikel tersebut adalah kuantitatif dan kualitatif. Tujuh artikel menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif (Abdul Said Ambotang et al., 2021; Ashma Said et al., 2022; Gengatharan & Azali Rahmat,


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 88 2019; Lius & Zamri Mahamod, 2021; Mohd Amir Shaukhi Ahmad et al., 2021; Tan & Kenayathulla, 2020; Sharifah Khaliqah Syed Hasbullah et al., 2022), lima artikel menggunakan reka bentuk kajian kualitatif (Arumugam, 2020; Gopala & Mydin, 2022; Yeh, 2021; Rosnah@Nining Sidek & Bustam Daman, 2022; Primus & Mosin, 2022) dan tiga tidak menyatakan reka bentuk kajian masingmasing (Azurawati Wok Zaki et al., 2022; Solumuthu & Thambu, 2022; Nadiah Abdul Kadir & Khairul Azhar Jamaludin, 2022). PERBINCANGAN Pengetahuan, Pemahaman dan Kemahiran Guru terhadap Pelaksanaan PBD Abdul Said Ambotang et al. (2021) menjelaskan betapa pentingnya pengetahuan dan kemahiran guru dalam pelaksanaan PBD di peringkat sekolah. Abdul Said Ambotang et al. (2021) menyenaraikan beberapa item di dalam soal selidik yang menunjukkan masalah yang dihadapi oleh guru seperti masalah murid tidak hadir ke sekolah, sukatan pelajaran yang tidak selesai setelah ulangan pengajaran dan pembelajaran berlaku apabila Tahap Penguasaan (TP) tidak diperoleh seperti sepatutnya, kekangan masa, jumlah murid yang ramai, tugas lain di sekolah, sukar menyimpan evidens, sukar melaksanakan aktiviti PBD dan sebagainya. Walaupun terdapat pelbagai masalah yang telah dinyatakan, keputusan kajian Abdul Said Ambotang et al. (2021) menunjukkan kepentingan yang diperlukan antara pengetahuan dan kemahiran guru ketika menjalankan proses pentaksiran. Ashma Said et al. (2022) pula menilai pemahaman dan integriti guru ketika melaksanakan PBD terhadap guru yang mengajar Bahasa Melayu, di Sabah. Keputusan soal selidik kajian (Ashma Said et al., 2022) secara keseluruhannya menjelaskan tahap pemahaman guru bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD berada pada tahap tinggi tanpa ada perbezaan antara guru yang berada di bandar atau luar bandar. Soal selidik juga menunjukkan kebanyakan guru faham untuk melaksanakan PBD terhadap murid-murid sekolah rendah. Cabaran dalam Melaksanakan PBD Solumuthu dan Thambu (2022) menyatakan beberapa perkara yang menjadi cabaran kepada pelaksanaan PBD seperti aspek kandungan kurikulum, pengajaran dan pemudahcaraan, pedagogi, pentaksiran dan penilaian serta guru sebagai pelaksana terhadap subjek Pendidikan Moral. Kandungan kurikulum perlu sejajar dengan pedagogi yang direncanakan oleh guru bagi memastikan matlamat dalam pendidikan dapat dicapai. Solumuthu dan Thambu (2022) juga menyatakan bahawa terdapat kekangan dalam melaksanakan bengkel bagi memantapkan pedagogi guru di sekolah. Penilaian formatif dilihat lebih sesuai dalam menilai mata pelajaran yang subjektif seperti mata pelajaran Pendidikan Moral. Oleh itu, proses transformasi pentaksiran yang lebih relevan adalah dengan melakukan perubahan daripada penilaian sumatif ke penilaian formatif. Lius dan Zamri Mahamod (2021) telah menjalankan kajian bagi tahap tekanan guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terhadap


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 89 pelaksanaan PBD. Lius dan Zamri Mahamod (2021) telah menyenaraikan lima tekanan terhadap guru Bahasa Melayu berdasarkan bebanan kerja, disiplin murid, pengiktirafan profesional, pengajaran guru dan hubungan interpersonal. Kelimalima tahap menunjukkan bahawa guru perlu melalui cabaran yang sangat besar bagi menghadapi proses pelaksanaan PBD. PBD dianggap sebagai bebanan kerja kerana penambahan tugas di sebaliknya berbanding peperiksaan yang prosesnya hanya berlaku sebanyak empat kali setahun sahaja. Aspek disiplin murid pula menunjukkan bahawa PBD menjadikan kawalan guru menjadi lebih sukar. Sama ada proses pembelajaran itu yang memerlukan murid lebih berinteraksi, memberi pandangan, bekerja dalam kumpulan dan sebagainya atau kaedah pengajaran guru yang perlu diubah sesuai dengan penerapan PBD ini. Keadaan kurang galakan dan sokongan membina daripada pihak pentadbir menyebabkan tahap tekanan guru juga meningkat. Guru yang menerima sokongan dan galakan sosial positif yang tinggi akan mengalami tahap tekanan yang paling rendah. Yeh (2021) pula menjelaskan cabaran-cabaran yang perlu di hadapi oleh guru yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) dengan sampel yang dipilih adalah daripada guru-guru di sekolah rendah Hilir Perak. Aspek yang dinilai dalam kajian Yeh (2021) adalah terdiri daripada penerimaan dan kesediaan, pengetahuan, proses, strategi dan sikap terhadap PBD. Daripada aspek penerimaan dan persediaan serta pengetahuan menunjukkan 50% guru yang menghadiri kursus berpendapat masih kurang bersedia dalam melaksanakan PBD dan sebahagian besar responden kurang memahami prosedur dan strategi yang sesuai serta berkesan untuk melaksanakan pentaksiran. Dapatan bagi proses dan strategi apabila melaksanakan PBD pula adalah seperti kurangnya aktiviti pemantauan proses pelaksanaan untuk mata pelajaran PSV, guru yang dilantik dan dipertanggungjawab menguruskan proses PBD secara lisan sahaja, guru bukan opsyen tidak merujuk instrumen yang disediakan kerana tidak faham konsep dalam PSV dan menekankan peniruan serta demonstrasi untuk membolehkan murid menghasilkan karya atau produk seni yang ditunjukkan di hadapan kelas. Sikap Guru terhadap PBD Yeh (2021) telah menyatakan sikap kebanyakan guru PSV adalah tidak mempunyai komitmen yang tinggi. Namun begitu, dapatan kajian Gopala dan Mydin (2022) adalah sebaliknya. Aspek sikap yang dinilai dalam kajian Gopala dan Mydin (2022) adalah pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dan peningkatan pembelajaran murid, kesesuaian pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dengan perkembangan murid, pemahaman prestasi murid, keberkesanan pentaksiran bilik darjah dan profesionalisme guru, beban pelaksanaan pentaksiran bilik darjah, perasaan murid terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah, motivasi pentaksiran bilik darjah untuk guru, pentaksiran bilik darjah dan usaha guru meningkatkan pengetahuan berkenaan ilmu pentaksiran dan justifikasi keperluan kursus demi keyakinan dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Dapatan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 90 kajian Gopala dan Mydin (2022) menunjukkan keputusan yang positif bagi setiap aspek yang dinyatakan di atas. KESIMPULAN Tinjauan sistematik ini membincangkan tentang pentaksiran bilik darjah dan cabarannya berdasarkan artikel dari tahun 2019 sehingga 2022. Jumlah penerbitan artikel juga menunjukkan peningkatan yang ketara terutama pada tahun 2022. Pengkaji telah menggunakan pangkalan data Google Scholar dan Mendeley bagi mendapatkan artikel berkenaan. Berdasarkan dapatan, PBD mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh guru ketika melaksanakannya dengan proses itu sendiri telah membezakannya berbanding peperiksaan. RUJUKAN Abdul Said Ambotang, Christina Andin, & Norhamimah Minduru (2021). Sumbangan pengetahuan dan kemahiran guru sekolah rendah terhadap amalan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di Kota Kinabalu. Jurnal Kesidang. 6, 107-119. Arumugham, K. S. (2019). Pentaksiran bilik darjah dan kemenjadian murid: pengukuran tahap perkembangan pembelajaran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Malay Language Teaching, Literature and Culture, 0-13. Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal, 3(1), 152-161. Ashma Said, Darayani Johari, Noor Marina Yunus, & Nurhidayah Mat Husin (2022). Tahap pemahaman dan integriti guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(2), 118-124. Azurawati Wok Zaki , Ramiaida Darmi, & Suzanah Selamat (2022). Meneroka pentaksiran bilik darjah dan kepentingannya dalam pembelajaran abad ke-21. Sains Insani, 7(2), 84-91. Belanjawan 2023: KPM galas tanggungjawab besar kepada pembangunan pendidikan negara. The Sun Daily. https://www.thesundaily.my/cerita /berita/belanjawan-2023-kpm-galas-tanggungjawab-besar-kepadapembangunan-pendidikan-negara-LP10683228 Gengatharan, K., & Azali Rahmat (2019). Keperluan modul pentaksiran pendidikan kesihatan untuk guru tahap satu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 8(2), 19–27.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 91 Gopala P., K., & Mydin K., F. (2022). Sikap guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(5), e001522. Lius, L., & Mahamod, Z. (2021). Tahap tekanan guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 361-373. Mohd Amir Shaukhi Ahmad, Arumugham, K. S., & Azhan Anuar (2022). Pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam norma baharu: Pemimpin pertengahan dalam mengupayakan pelaksanaan PBD berasaskan teknologi. Sains Insani, 7(1), 37-43. Nadiah Abdul Kadir & Khairul Azhar Jamaludin (2022). Cabaran guru dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun dalam konteks sekolah di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(12), e001998. Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Rosnidar Mansor, Abdul Talib Mohamed Hashim, & Teck, W. K. (2015). Penilaian pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains (Evaluation of school based assessment (PBS) among science teachers). Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 5(1), 89- 102. Primus, V., & Mosin, M. (2021). Pengurusan pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif di sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(8), 59-68. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.903 Primus, V., & Mosin, M. (2021). Strategi pengurusan evidens pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program inklusif sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(9), 282-293. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1026 Rosnah@Nining Sidek, & Bustam Daman (2022). Pelaksanaan PBD dalam PdPR: Suatu cabaran buat guru. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 20(2). Scott, G. (2020). Change matters: Making a difference in education and training. Routledge. Solumuthu, K., & Thambu, N. (2022). Susur galur, isu dan cabaran Pendidikan Moral di Malaysia: Satu sorotan kajian. Asian Pendidikan, 2(2), 1-13. Sharifah Khaliqah Syed Hasbullah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mohd Isa Hamzah (2022). Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah Bahasa Arab secara dalam talian di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 309-320. Tan, J. Y., & Kenayathulla, H. B. (2020). Pentaksiran bilik darjah dan prestasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 53–64. Yeh, L. H. (2021). Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah Daerah Hilir Perak. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 9(1), 46-57.


Click to View FlipBook Version