Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 92 GURU PELATIH DAN TAHAP KOMPETENSI DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK Mohd Shafian Shafiee1 , Wan Nor Asmah Arshad2 , Jafizah Jaafar3 , & Kam Lay Khuan4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3,4 Emel: [email protected] Abstrak Guru pelatih merupakan aset kepada sistem pendidikan negara. Guru yang dilatih perlu memiliki tahap kompetensi yang sepatutnya bagi membolehkan matlamat pendidikan negara dapat diteruskan. Tinjauan ini melibatkan pencarian dua pangkalan data iaitu Google Scholar dan Mendeley. Bagi memastikan tinjauan ini dijalankan secara sistematik, garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analysis (PRISMA) digunakan semasa tinjauan literatur ini. Sebanyak empat artikel berkaitan guru pelatih dan tahap kompetensi dalam pentaksiran bilik darjah telah dianalisis berdasarkan tujuan kajian ini. Dapatan tinjauan literatur hanyalah membincangkan beberapa instrumen yang digunakan bagi menguji kompetensi guru pelatih di dalam pentaksiran bilik darjah. Kata Kunci: Guru pelatih, tahap kompetensi, pentaksiran bilik darjah PENGENALAN Pentaksiran bilik darjah (PBD) sudah tidak asing lagi bagi guru-guru, sama ada di peringkat rendah atau menengah di Malaysia. Kaedah pentaksiran dan perekodan yang diguna pakai sekarang telah ditambah baik secara perlahan-lahan demi memastikan proses PBD berjalan lancar. PBD yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2011 dan diteruskan sehingga kini telah melalui pelbagai isu dan masalah, namun telah ditangani oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM secara khususnya, telah merangka pelbagai perancangan bagi memastikan matlamat dalam menjadikan PBD sebagai salah satu pentaksiran utama harus dipuji walaupun mempunyai pelbagai kekangan di peringkat pengurusan dan pelaksana. Pentaksiran merupakan satu elemen yang sangat penting di sekolah sekarang terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah menilai dan menetapkan Tahap Penguasaan (TP) memerlukan kemahiran yang harus dikuasai oleh seorang guru ketika di dalam kelas. Sebahagian besar masa juga perlu
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 93 diambil oleh seorang guru untuk melaksanakan aktiviti pentaksiran. Berbanding dahulu, peperiksaan adalah perkara terakhir bagi menguji murid sama ada dapat mencapai atau tidak objektif pembelajaran. Manakala bagi pentaksiran, TP adalah tahap penguasaan kemahiran yang harus dikuasai oleh murid. Oleh itu, pentaksiran adalah sesuatu yang sangat penting dan semestinya seorang guru perlu memiliki tahap kompetensi bagi memastikan ianya berkesan di dalam kelas. Foschi (2000) dalam Rosyafinaz Mohamat et al. (2022) menyatakan kompetensi guru adalah amat penting kerana ianya melibatkan kesan jangka panjang, pertimbangan dalam pelaksanaan tugas dan persepsi. Kenyataan Foschi (2000) merujuk kepada kepentingan kompetensi dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi. Kompetensi yang dimiliki oleh seorang guru seperti aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah perlu supaya menjadi lebih efektif (Muhd Khaizer Omar et al., 2019). Oleh, kompetensi adalah suatu yang sangat diperlukan oleh seorang guru bagi pelaksanaan PBD. Kesimpulannya, guru baru perlu dilatih dengan kaedah yang betul dan sepatutnya supaya mencapai kompetensi yang ditetapkan dan tidak terpesong daripada landasan untuk menjadi pendidik. Guru pelatih biasanya adalah guru yang sedang dilatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah adalah di Universiti Awam (UA). Walaupun begitu, terdapat juga kursus jangka pendek selama setahun di IPG dan UA bagi melatih guru baru yang telah mempunyai ijazah sarjana muda. Tujuan kajian tinjauan literatur sistematik ini adalah untuk menilai sama ada terdapat kajian-kajian yang telah dijalankan antara tahun 2019 hingga 2022 yang membincangkan mengenai isu guru pelatih dan perkaitannya dengan PBD. SOROTAN LITERATUR Kamus Dewan Edisi Keempat (2008) mendefinisikan kompetensi sebagai kecekapan manakala Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) pula mendefinisikannya sebagai kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap atau dengan jayanya. Mohammed Sani Ibrahim et al. (2015) dalam Norfarahin Mohd Zamri dan Mohd Isa Hamzah (2019) menyatakan kompetensi ialah piawaian yang menentukan prestasi pekerja perkhidmatan dalam melaksanakan tugas mereka. Kompetensi guru adalah standard yang ditetapkan untuk guru dalam menguasai pelbagai kompetensi pendidikan bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa dan meningkatkan kecekapan menjalankan penilaian (Norfarahin Mohd Zamri & Mohd Isa Hamzah, 2019). Kompetensi pada setiap guru pelatih terhadap PBD perlu ada sebelum bermulanya kerjaya sebagai guru sebenar. Norfarahin Mohd Zamri dan Mohd Isa Hamzah (2019) menambah bahawa kompetensi guru amat penting dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah yang berkesan bagi memenuhi objektif penilaian tersebut.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 94 Zahari Suppian et al. (2020) menyatakan PBD bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikuasai terutama oleh guru yang baru. Zahari Suppian et al. (2020) menegaskan terdapat pelbagai aspek perlu di teliti bagi memastikan ianya dapat dicapai dengan masih lagi banyak perkara yang masih menjadi perbincangan antara pakar dalam bidang pendidikan mengenai PBD. Pelbagai kajian menunjukkan pelaksanaan PBD masih di peringkat yang tidak memuaskan dengan tidak mengamalkan prosedur PBD yang sepatutnya atau sah (Arumugham, 2019), pelaksanaan bersifat hanya mematuhi arahan (Looi-Chin & Soubakeavathi, 2013), pentaksiran menggunakan kaedah tradisional (Varatharaj, 2015), tidak yakin dengan PBD (Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang, 2016) dan terdapat di kalangan guru sendiri menganggap PBD itu sendiri adalah proses yang membebankan (Siti Hayati Mohd Yusoff & Yeh, 2018). Pelbagai kajian terdahulu di dalam Zahari Suppian et al. (2021) telah dinyatakan beberapa perkara yang perlu dikuasai oleh seorang guru seperti perancangan PBD (Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar, 2008; Stiggins & Duke, 2008), pembinaan instrumen PBD (Stiggins, 1999; Alkharusi et al., 2012), pentadbiran PBD (Airasian & Russell, 2008; Gonzales & Fuggan, 2012), pentaksiran prestasi (Airasian & Russell, 2008), penskoran dan penggredan (Chen & Bonner, 2017), analisis statistik (Zhang & Burry-Stock, 2003; Alkharusi et al., 2012), penggunaan hasil PBD (Bookhart, 2011; Gonzales & Fuggan 2012; Suah, 2012), penggunaan teknologi dalam PBD (Airasian & Russell 2008), dan etika dalam PBD (Brookhart, 2011; Alkharusi et al., 2012). Walaupun begitu, Zahari Suppian et al. (2021) menegaskan, institut pengajian tinggi memberikan sedikit imej negatif yang dikatakan kurang berjaya melahirkan bakal guru yang berkemahiran tinggi kerana terdapat kajian (Suah & Ong, 2012; Suah et al., 2010) yang menunjukkan tahap pelaksanaan aktiviti pentaksiran guru masih diperingkat kurang memuaskan. Volante dan Fazio (2007) dalam Suppian et al. (2020) menyatakan program latihan perguruan dikatakan kurang memenuhi keperluan amalan pentaksiran guru yang sebenar, cakupan kandungan kursus yang tidak komprehensif dan berguna kepada para guru, serta tidak memberikan pemahaman yang mendalam dan mencukupi tentang penggunaan pelbagai pendekatan PBD. Berdasarkan kenyataan Volante dan Fazio (2007), IPTA secara khususnya telah mengalami kegagalan dalam menyediakan guru bagi memenuhi sistem pendidikan yang sebenar. METODOLOGI Pengenalpastian (Identification) Pemilihan beberapa kertas atau artikel yang bersesuaian dengan laporan ini adalah berdasarkan proses semakan sistematik yang terdiri daripada tiga fasa utama. Langkah pertama adalah mengesan kata kunci yang berhubung, istilah serupa berdasarkan tesaurus, kamus, ensiklopedia dan kajian
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 95 terdahulu. Selepas semua kata kunci yang berkaitan telah ditetapkan, rentetan carian dilakukan pada pengkalan data Google Scholar dan Mendeley (Jadual 1) telah dibuat. Pada langkah pertama proses semakan sistematik, sebanyak 183 kertas kajian dan penulisan artikel diperoleh daripada semua pengkalan data. Jadual 1 Rententan Carian Google Scholar Find articles with all of the words: “guru pelatih tahap kompetensi pentaksiran bilik darjah” Tarikh capaian: Mac 2023 Mendeley Sort by most relevant: “guru pelatih tahap kompetensi pentaksiran bilik darjah” Tarikh capaian: Mac 2023 Saringan (Screening) Pada langkah yang seterusnya, kesemua kertas kajian ini telah disaring berdasarkan beberapa kriteria kemasukan dan pengecualian yang telah dibina oleh penyelidik. Ini termasuk kajian berterusan, penyelidikan sistematik, semakan, meta-analisis, meta-sintesis, persidangan, prosiding, buku dan akhbar. Tahun yang dipilih untuk saringan adalah antara 2019 sehingga 2022. Pemilihan dikhaskan pada negara Malaysia sahaja. Secara keseluruhannya, 97 kertas kajian telah dikeluarkan mengikut kriteria saringan manakala 85 kertas kajian telah diterima. Kelayakan (Eligibility) Langkah ketiga adalah kelayakan dengan 85 artikel telah disediakan. Semua tajuk artikel dan kandungan utama telah disemak secara menyeluruh pada peringkat ini untuk memastikan keperluan kemasukan dipenuhi dan sesuai dengan matlamat penyelidikan semasa. Oleh itu, 80 artikel lagi dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat, manakala satu artikel telah dikeluarkan kerana ia berulang. Akhir sekali, 4 artikel tersedia untuk semakan (Jadual 2) dan carta alir carian literatur yang dicadangkan (Rajah 1). Jadual 2 Kriteria Pemilihan yang Dicari Kriteria Kemasukan Pengecualian Bahasa Bahasa Melayu Bukan Bahasa Melayu Garis Masa 2018 - 2022 < 2017 Jenis Literatur Jurnal (Artikel) Persidangan, Prosiding, Buku, Akhbar
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 96 Abstrak Data dan Analisis Rajah 1 Carta Alir Carian Literatur yang Dicadangkan Pengenalpastian Rekod dikecualikan Ikut kriteria; Alih keluar bukan Bahasa Melayu, < 2018, persidangan, prosiding, buku, akhbar. (n = 97) Pengenalpastian melalui pencarian Google Scholar Rekod selepas pengenalpastian Google Scholar (n = 182), Mendeley (n = 1), (Jumlah = 183) Pemeriksaan Akses artikel yang layak (n = 85) Pengenalpastian melalui pencarian Mendeley Teks penuh dikecualikan Teks penuh tidak memenuhi kriteria: • Bukan bidang • Tajuk tiada hubungan • Abstrak tidak signifikan • Objektif tidak sesuai Rekod dikeluarkan (n = 80) Saringan Rekod berulang dikeluarkan (n = 1) Terpilih Kajian termasuk dalam analisis kualitatif (n = 4)
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 97 DAPATAN Ringkasan Dapatan Bil Pengarang Reka Bentuk Negara Peringkat Tahap Kompetensi 1 Rosyafinaz Mohamat, Bambang Sumintono, & Harris Shah Abd Hamid (2022) Kuantitatif Malaysia Universiti / 2 Zahari Suppian & Jamil Ahmad (2018) Kuantitatif Malaysia Universiti / 3 Zahari Suppian, Nor Hasnida Che Md Ghazali, Nor Junainah Mohd Isa, & Priyalatha Govindasamy (2020) Kuantitatif Malaysia Universiti / 4 Zahari Suppian, Nor Junainah Mohd Isa, Priyalatha Govindasamy, & Nor Hasnida Che Md Ghazali (2021) Kuantitatif Malaysia Universiti / Latar Belakang Artikel Kajian Berdasarkan empat artikel yang telah dipilih, kesemuanya adalah diperoleh dari Malaysia dengan memfokuskan guru pelatih dan tahap kompetensi dalam PBD. Artikel Rosyafinaz Mohamat et al. (2022) menguji kesahan kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (IkomGuruPBD) dengan menggunakan analisis Model Rasch Pelbagai Faset (MRPF), artikel Zahari Suppian dan Jamil Ahmad (2018) adalah untuk mengukur sikap guru pelatih terhadap aspek pentaksiran pendidikan manakala kajian Zahari Suppian et al. (2020) adalah bagi mendapatkan penilaian kendiri guru pelatih terhadap tahap kemahiran mereka dalam melaksanakan PBD. Zahari Suppian et al. (2021) pula bagi mendapatkan eviden ciri-ciri psikometrik instrumen kemahiran guru pelatih dalam pentaksiran bilik darjah (PBD) menggunakan analisis faktor pengesahan. Tahun penerbitan artikel dipilih dari tahun 2018 ke 2022. Satu artikel dari tahun 2018 (Zahari Suppian & Jamil Ahmad, 2018), satu artikel dari tahun 2020 (Zahari Suppian et al., 2020), satu artikel dari tahun 2021 (Zahari Suppian et al., 2021) dan satu artikel dari tahun 2022 (Rosyafinaz Mohamat et al., 2022). Reka bentuk kajian yang terdapat pada keempat-empat artikel (Zahari Suppian & Jamil Ahmad, 2018; Zahari Suppian et al., 2020; Zahari Suppian et al., 2021; Rosyafinaz Mohamat et al., 2022) tersebut adalah kuantitatif.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 98 PERBINCANGAN Zahari Suppian et al. (2020) menyatakan guru pelatih lelaki mungkin menganggap bahawa kursus PBD lebih relevan dengan keperluan mereka dan disebabkan itu mereka lebih yakin dengan keupayaan masing-masing seterusnya menilai diri dengan skor yang lebih tinggi berbanding guru pelatih perempuan. Artikel (Zahari Suppian & Jamil Ahmad, 2018; Zahari Suppian et al., 2021; Rosyafinaz Mohamat et al., 2022) hanya menganalisis kandungan beberapa instrumen yang diperlukan bagi proses PBD yang melibatkan guru pelatih. KESIMPULAN Tinjauan sistematik ini membincangkan tentang guru pelatih dan tahap kompetensi dalam PBD berdasarkan artikel dari tahun 2019 sehingga 2022. Jumlah penerbitan artikel juga didapati tidak menunjukkan peningkatan. Pengkaji telah menggunakan pangkalan data Google Scholar dan Mendeley bagi mendapatkan artikel berkenaan. Berdasarkan dapatan, guru pelatih memerlukan kompetensi dalam PBD bagi membolehkan penilaian yang dilakukan terhadap murid dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. RUJUKAN Abu Bakar Nordin, & Bhasah Abu Bakar (2008). Penaksiran dalam pendidikan & sains sosial. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Airasian, P. W., & Russell, M. K. (2008). Classroom assessment: Concepts and application (6th ed.). New York: McGraw-Hill. Alkharusi, H. (2012). Self-perceived assessment skills of pre-service and inservice teachers. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2), 9–17. Alkharusi, H., Aldhafri, S., Alnabhani, H., & Alkalbani, M. (2012). Educational assessment attitudes, competence, knowledge, and practices : an exploratory study of Muscat teachers in the Sultanate of Oman. Journal of Education and Learning, 1(2), 217–232. Arumugham, K. (2019). Pentaksiran bilik darjah dan kemenjadian murid: pengukuran tahap perkembangan pembelajaran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Malay Language Teaching, Literature and Culture, 0-13. Brookhart, S. M. (2011). Educational assessment knowledge and skills for teachers. Educational Measurement: Issues and Practice, 30(1), 3–12. Chen, P. P., & Bonner, S. M. (2017). Teachers’ beliefs about grading practices and a constructivist approach to teaching. Educational Assessment, 22(1), 18–34. Fakhri Abdul Khalil, & Mohd Isha Awang (2016). Isu kesediaan guru dalam amalan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Journal of Social Science, 2, 1–7.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 99 Foschi, M. (2000). Double standards for competence: theory and research. Annual Review of Sociology, 26(1), 21–42. https://doi.org/10.1146 /annurev.soc.26.1.21 Gonzales, R. D., & Fuggan, C. G. (2012). Exploring the conceptual and psychometric properties of classroom assessment. The International Journal Of Educational Psychological Assessment, 9(2), 45-60. Kamus Dewan Edisi Keempat (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Looi-Chin, C. & Soubakeavathi, R. (2013). English language assessment in Malaysia: teachers’ practices in test preparation. Issues in Language Studies, 2(2), 24-39. Mohammed Sani Ibrahim, Ahmad Zabidi Abdul Razak, & Husaina Banu Kenayathulla (2015). Strategi implimentasi pelan pembangunan pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhd Khaizer Omar, Farah Nadia Zahar, & Abdullah Mat Rashid (2020). Knowledge, skills, and attitudes as predictors in determining teachers’ competency in Malaysian TVET institutions. Universal Journal of Educational Research, 8(3C), 95–104. https://doi.org/10.13189 /ujer.2020.081612 Rosyafinaz Mohamat, Sumintono Bambang, & Harris Shah Abd Hamid (2022). Analisis kesahan kandungan instrumen kompetensi guru untuk melaksanakan pentaksiran bilik darjah menggunakan model Rasch pelbagai faset. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 1-14. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2022-47.01-01 Siti Hayati Mohd Yusoff, & Yeh, L. H. (2018). Pengetahuan dan kesediaan guru PSV Hilir Perak dan Bagan Datuk dalam melaksanakan PBS dalam PdP. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 14, 122–142. Suah, See Ling (2012). Analisis literasi dan amalan pentaksiran guru sekolah serta kajian tentang jurang antara keduanya. [Tesis Doktor Falsafah]. Universiti Sains Malaysia. Suah, See Ling, & Ong Saw Lan (2012). Investigating assessment practices of inservice teachers. International Online Journal of Educational Sciences, 4(1), 91-106. Suah, See Ling, Ong Saw Lan, & Shuki Osman (2010). Pentaksiran pembelajaran pelajar: amalan guru-guru di Malaysia. Malaysian Education Deans’ Council Journal, 5, 68-83. Stiggins, R., & Duke, D. (2008). Effective instructional leadership requires assessment leadership. Phi Delta Kappan, 90(4), 285–291. Stiggins, R. J. (1999). Evaluating classroom assessment training in teacher education programs. Educational Measurement: Issues and Practice, 18(1), 23-27.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 100 Varatharaj, R. (2015). Amalan pentaksiran dalam PdP kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) di Sekolah Kluster. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 1–17. Volante, L. & Fazio, X. (2007). Exploring teacher candidates’ assessment literacy: implications for teacher education reform and professional development. Canadian Journal of Education, 30(3), 749‐770. Zahari Suppian, Nor Hasnida Che Md Ghazali, Nor Junainah Mohd Isa, & Govindasamy, P. (2020). Penilaian kendiri guru pelatih terhadap tahap kemahiran pentaksiran bilik darjah (PBD). Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 98-106. Zahari Suppian, Nor Junainah Mohd Isa, Govindasamy, P., & Nor Hasnida Che Md Ghazali (2021). Analisis faktor pengesahan instrumen kemahiran guru pelatih dalam pentaksiran bilik darjah (PBD). Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 1-9. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd /article/view/16362 Zhang, Z., & Burry-Stock, J. (2003). Classroom assessment practices and teachers’ self-perceived assessment skills. Applied Measurement in Education, 16(4), 323–34.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 101 PEMBENTUKAN INSAN KAMIL MELALUI PENDEKATAN PENDIDIKAN AL-HIKMAH: ANALISA AWAL PEMIKIRAN DR SIDDIQ FADZIL Adlan Saidin1 , Siti Maisarah Mohd Idris2 , Zairul Anwar Jamri3 & Ibrahim Fikri Abdullah4 Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang1 , Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang2,3,4 Emel: 1 [email protected] Abstrak Pendidikan merupakan satu bentuk medium untuk mencorak budaya sesebuah masyarakat, skop Pendidikan mencerminkan sikap dan kecenderungan yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan juga merupakan elemen terpenting dalam proses tumbesaran dan kematangan seseorang yang membentuk generasi yang mempunyai kemampanan jati diri dari aspek spiritual dan intelektual. Transformasi pendidikan yang lebih berhikmah dan bijaksana seharusnya dapat memenuhi keperluan dan objektif yang ingin disampaikan menepati kehendak golongan sasaran dengan lebih berkesan dan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Justeru, tokoh ilmuwan ulung Siddiq Fadzil telah menzahirkan falsafah Pendidikan al-hikmah sabagai satu wadah alternatif untuk dijadikan panduan dan urusan dalam membentuk dan melahirkan insan kamil yang dapat memenuhi aspirasi dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menterjemahkan pemikiran Siddiq Fadzil melalui Falsafah Pendidikan Al-Hikmah. Kata Kunci: Pendidikan, Pendidikan Al-Hikmah, insan kamil. PENDAHULUAN Sejarah telah melakarkan bahawa Pendidikan merupakan eleman terpenting dalam usaha pembangunan dan ketamadunan sesebuah masyarakat dan Negara. Begitu juga dengan Pendidikan berupaya untuk membentuk pertumbuhan sahsiah dan menyemai jatidiri seseorang individu (Ahmad Munawar & Noranizah, 2012). Justeru, menurut Siddiq (2014) menyatakan bahawa Pendidikan merupakan satu proses pembelajaran sepanjang masa yang meliputi proses pembinaan, pengukuhan, pemurnian dan pembaharuan iman yang berterusan agar matlamat Pendidikan itu dapat dicapai dan dilaksanakan dengan sempurna seterusnya mampu melahirkan insan kamil yang didambakan ummah sejagat. Begitu juga menurut Ahmad Munawar dan Noranizah (2012), Pendidikan merupakan satu proses dan usaha yang praktikal utuk menatijahkan sesuatu atau
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 102 perubahan cara fikir yang membawa kepada paradigma perubahan tingkah laku seseorang dan ianya diperoleh dari pengalaman, pemerhatian dan ilham yang berterusan untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan dan tidak hanya didapati dalam bentuk formal melalui sistem Pendidikan sahaja. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Hamid Reza (2008:5) menyatakan menurut pandangan Hills, bahawa Pendidikan adalah satu proses pembelajaran yang bertujuan untuk memperlengkapkan manusia dengan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka hidup dengan keselesaan. Islam telah hadir sejak 1400 tahun lalu untuk membina satu ketamadunan manusia melalui Pendidikan dan pembentukan akhlak Islam yang lebih menyeluruh dari aspek rohani dan jasmani untuk membentuk kesempurnaan individu muslim kearah mencapai kesempurnaan hidup dunia dan akhirat (Maziahtusima et al., 2018). Pengenalan Dunia hari ini semakin maju dan laju dalam segenap aspek kehidupan, begitu juga cabaran kepada golongan pendidik dalam mendepani pelbagai permasalahan, persoalan serta kepincangan dalam masyarakat yang semakin kompleks. Agama Islam sejak dahulu sudah memberi jawapan kepada setiap persoalan dan kecelaruan yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini. Namun demikian,kecelaruan dan persoalan ini amat bergantung kepada para pendidik yang mempunyai kebijaksanaan untuk menyebarluaskan pendidikan Islamiyyah sama ada di sekolah, organisasi, jabatan ataupun kalangan komuniti masyarakat. Sejarah telah melakarkan bahawa pendidikan merupakan elemen terpenting dalam usaha pembangunan dan ketamadunan sesebuah masyarakat dan negara. Begitu juga dengan pendidikan berupaya untuk membentuk pertumbuhan sahsiah dan menyemai jatidiri seseorang individu (Ahmad Munawar & Noranizah, 2012). Justeru, menurut Burhanuddin et al. (2018) para pendidik pada masa kini haruslah lebih bijak dan berhikmah dalam mengurus strategi dalam pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini sekaligus dapat menjadi sumber rujukan dalam penyelesaian masalah sosial yang timbul serta dapat membentuk umat Islam yang mantap dari segenap aspek merangkumi duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, pendidikan yang berhikmah memerlukan kaedah serta kreativiti pendidik untuk mengatasi segala kepincangan yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Pendidikan menurut Siddiq Fadzil (2014) merupakan satu proses dan usaha berterusan tanpa henti yang tidak terikat dengan sukatan dan pembelajaran formal sahaja. Justeru, Pendidikan al-hikmah hadir memberi satu jalan alternatif untuk diaplikasikan dan dijadikan satu pendekatan yang baru dalam pembentukan insan kamil yang lebih sejahtera. Untuk mencapai matlamat tersebut, pendidikan harus meliputi proses pembinaan, pengukuhan, pemurnian dan pembaharuan iman yang berterusan.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 103 Siddiq (2014) juga menyatakan Pendidikan merupakan satu proses pembudayaan dan pemberdayaan jangka panjang untuk membina watak bangsa dengan penerapan nilai-nilai murni yang memakan masa yang panjang dan berterusan. Dalam usaha merialisasikan acuan tersebut, Pendidikan adalah sangat penting untuk diaplikasikan untuk mengukuhkan pembinaan insan kamil (sempurna) mengikut landasan yang sewajarnya (Ahmad Munawar & Noranizah, 2012). Pernyataan Masalah Dunia hari ini semakin maju dan laju dalam segenap aspek kehidupan, begitu juga cabaran kepada golongan pendidik dalam mendepani pelbagai permasalahan, persoalan serta kepincangan dalam masyarakat yang semakin kompleks. Agama Islam sejak dahulu sudah memberi jawapan kepada setiap persoalan dan kecelaruan yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini. Namun demikian, kecelaruan dan persoalan ini amat bergantung kepada para pendidik yang mempunyai kebijaksanaan untuk menyebarluaskan pendidikan Islamiyyah sama ada di sekolah, organisasi, jabatan ataupun kalangan komuniti masyarakat. Mutakhir ini negara dan masyarakat sering digemparkan dengan gejala jenayah dan masalah sosial seperti membunuh ahli keluarga sendiri, sumbang mahram, pembuangan bayi serta gejala sosial lain yang amat membimbangkan dan semakin meruncing terutamanya jika dilihat kepada statistik jenayah ini juga dilakukan dalam kalangan remaja yang masih bersekolah (Basirah et al., 2018). Gejala sosial di Malaysia semakin merebak dan meningkat saban hari dan masyarakat akan terus menunding jari kepada pihak-pihak tertentu yang dirasakan bersalah dan perlu bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah, gejala sosial atau jenayah di persekitaran mereka (Baharom et al., 2008). Menurut Burhanuddin et al. (2018) para pendidik pada masa kini haruslah lebih bijak dan berhikmah dalam mengurus strategi dalam pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini sekaligus dapat menjadi sumber rujukan dalam penyelesaian masalah sosial yang timbul serta dapat membentuk umat Islam yang mantap dari segenap aspek merangkumi duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, pendidikan yang berhikmah memerlukan kaedah serta kreativiti pendidik untuk mengatasi segala kepincangan yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Gejala sosial yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini menzahirkan persoalan adakah sistem pendidikan pada hari ini hanya mementingkan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tanpa menerapkan nilai-nilai murni semasa proses pengajaran berlangsung yang akhirnya melahirkan insan yang cemerlang akademik yang ketandusan akhlak dan sahsiah terpuji (Baharom et al., 2008).
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 104 Mashitah dan Adibah (2011) berpandangan pendidikan merupakan alat yang berkesan untuk membangunkan intelektual manusia serta membentuk ketamadunan dan kemajuan sesuatu perkembangan manusia dari pelbagai sudut kehidupan. Pendidikan juga berperanan sangat penting dalam membentuk dan melahirkan insan yang berperibadi luhur serta dapat membenteng diri daripada terpengaruh dengan gejala sosial yang negatif di sekitarnya (Zakaria et al., 2012). Menurut Basirah et al. (2018) kepincangan yang melanda masyarakat pada hari ini adalah kerana para pendidik dan juga sistem pendidikan tidak mampu menjadi jambatan yang kukuh kepada pembentukan insan kamil generasi baru untuk mewarisi tradisi ilmu Islam yang betul berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Ancaman ideologi dan pemikiran baru yang semakin terpesong dari landasan agama juga menjadi satu ancaman besar kepada masyarakat terutama umat Islam pada hari ini (Mohd Aizam, 2012). Mohd Nasir (2015) menyatakan kecelaruan akidah yang melanda umat Islam pada hari ini menjadi pencetus kepada masalahmasalah sosial yang semakin menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Kecelaruan yang dialami seperti kesalahfahaman tentang agama, mudah terpengaruh dengan ajaran yang terpesong dan sesat, menyekutukan Allah SWT, mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah kerana lemahnya pemahaman serta tiadanya pengukuhan akidah umat Islam berpunca dari kesesatan ilmu, kerosakan hati serta dakyah barat yang semakin kian menular serta menyerang pemikiran umat Islam pada hari ini. Burhanuddin et al. (2018) menyatakan bahawa transformasi pendidikan yang lebih berhikmah dan bijaksana seharusnya dapat memenuhi keperluan dan objektif yang ingin disampaikan menepati kehendak golongan sasaran dengan lebih berkesan dan memberi impak yang besar kepada masyarakat. Kepelbagaian multi skill tanpa menjejaskan identiti sebagai seorang pendidik perlu ditingkatkan selari dengan peredaran masa kini yang semakin mencabar. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan pendidikan dalam agama Islam memainkan peranan yang sangat signifikan dalam masyarakat kerana melaui penghayatan dan penerapan agama Islam ianya berkeupayaan bertindak sebagai alat membina spiritual, moral dan sikap anggota masyarakat (Asmahwati, 2005). Lantaran pelbagai isu sosial yang semakin meruncing, tanggungjawab pendidik bukan sahaja terletak kepada tanggungjawab di sekolah sahaja bahkan tugas ini memerlukan para pendidik juga perlu lebih berhikmah dalam mendidik sambil berdakwah (Abd Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi, 2011). Tambahan pula menurut Abdullah (2011) pendidik juga sering dianggap sebagai role model dalam masyarakat kerana sumbangan dan peranannya sebagai pembimbing dalam membina kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 105 Menurut Siddiq Fadzil (2014) sistem pendidikan pada hari ini umumnya telah mengalami krisis yang diakibatkan oleh politik dan komersial yang berlebihan yang menyebabkan pendidikan kehilangan fungsinya dalam misi dan visi asal pendidikan. Selaras dengan itu, Falsafah Pendidikan Al-Hikmah yang dinukilkan oleh Siddiq Fadzil (2014) iaitu menjadikan pendidikan Islam sebagai penyempurnaan dan pembinaan insan mukmin yang berilmu, berketrampilan, beriltizam serta berhikmah berpandukan petunjuk wahyu dan berdasarkan syariat islamiyyah dalam misi mencapai reda Allah swt menjadi solusi terbaik dalam membendung penularan dan kecelaruan fikrah atau pemikiran yang melanda masyarakat pada hari ini Masyarakat pada hari ini juga telah dilambakkan dengan ideologi peninggalan penjajah yang telah meracuni pemikiran anak muda pada hari ini yang dilihat semakin parah terutama dalam pemikiran umat Islam seperti fahaman pluralisme, sosialisme, sekularisme dan pelbagai lagi pemikiran yang bercanggah dengan pendidikan yang dianjurkan dalam Islam (Mohd Nasir, 2015). Pengurusan dalam pendidikan yang masih bersifatkan konvensional serta kaedah penyampaian ilmu yang tidak menepati sasaran juga telah menyumbang kepada berlakunya kepincangan pemikiran ini (Burhanuddin, 2018). KAJIAN LITERATUR Pendidikan al-Hikmah menurut Siddiq (2014) dalam falsafahnya mendefinisikan bahawa satu proses pembinaan dan penyempurnaan insan mukmin yang berketrampilan, mempunyai ilmu pengetahuan, berhikmah, beriltizam dengan nilai-nilai murni serta menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan Khalifahnya. Ianya berbekalkan petunjuk wahyu ilahi berdasarkan akidah yang berteraskan tauhid untuk membentuk peribadi Rabbani yang kukuh, seimbang dan murni demi mencari keridaan Allah. Di dalam buku Pendidikan al-Hikmah dan Misi pencerahan: Himpunan Pidato Kependidikan karangan tokoh ilmuwan Siddiq Fadzil (2014) membahaskan tentang beberapa ciri-ciri penting pendidikan al-Hikmah yang perlu disemai dalam setiap diri muslim agar terpancar dan terlahirlah manusia yang sempurna dan seimbang dalam memcapai dalam mencari kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Kajian Ahmad Nurrohim dan Ihsan Nursidik (2019) pula membincangkan tentang Hikmah dalam Al-Quran: Studi Tematik terhadap Tafsir A-Mizan, kajian ini membincangkan dengan mendalam berkaitan maksud hikmah yang terdapat dalam Al-Quran menurut tafsir Mizan karangan Allamah Sayyid Muhammad Husain Thabathaba’i. Tokoh Mufassir ini telah menghuraikan pengertian lafaz alhikmah dalam dua aspek iaitu umum dan khusus. Pengertian umum bermaksud dari kata asal hakama iaitu menetapkan atau memutuskan, manakala pengertian
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 106 khusus hikmah adalah bermaksud ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kenabian, keadilan, falsafah dan Al-Quran al-karim. Pelbagai tema al-hikmah dibincangkan dalam kajian menurut pelbagai pendapat dari pelbagai tokoh agamawan ulung. Antara kajian lain berkaitan Pendidikan Al-Hikmah adalah hasil penulisan Mukhtar Yunus (2017) yang bertajuk Pendidikan Al-Hikmah dalam Al-Quran (Analisis Tafsir Maudhui) yang membicarakan berkaitan al-Hikmah dari perspektif Al-Quran serta implikasi Pendidikan al-Hikmah dalam kehidupan manusia. Kajian ini juga menerangkan tujuan Pendidikan Al-Hikmah dan matlamat Pendidikan Al-Hikmah ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian sekaligus mampu melahirkan dan membentuk insan kamil yang mampu menjadi insan yang mempunyai kekuatan rohani dan jasmani medepani cabaran semasa yang semakin mencabar. Ianya juga bertujuan untuk membimbing manusia untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dalam kehidupan untuk memperoleh manfaat di akhirat kelak. Selain itu, kecelaruan jiwa juga menjadi faktor penyumbang kepada kemerosotan akhlak dan kehakisan adab dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Menurut Mohd Nasir (2015) kelemahan dalam penerapan nilai dan penghayatan pendidikan Islam akan menatijahkan kecelaruan jiwa yang amat kritikal. Penyakit jiwa ini akan semakin membarah dan akan merosakkan akal serta jati diri manusia dan jika dibiarkan masalah ini akan membantutkan usaha untuk membangunkan generasi islam yang bebas daripada wabak penyakit hati antaranya sifat individualisme, pluralisme, kecelaruan jantina, kekosongan jiwa dan pelbagai lagi penyakit jiwa yang memerlukan pendekatan yang lebih berhikmah dalam menangani wabak penyakit ini di kalangan masyarakat. Ancaman ideologi dan pemikiran baru yang semakin terpesong dari landasan agama juga menjadi satu ancaman besar kepada masyarakat terutama umat Islam pada hari ini (Mohd Aizam, 2012). Mohd Nasir (2015) menyatakan kecelaruan akidah yang melanda umat Islam pada hari ini menjadi pencetus kepada masalahmasalah sosial yang semakin menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Kecelaruan yang dialami seperti kesalah fahaman tentang agama, mudah terpengaruh dengan ajaran yang terpesong dan sesat, menyekutukan Allah SWT, mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah kerana lemahnya pemahaman serta tiadanya pengukuhan akidah umat Islam berpunca dari kesesatan ilmu, kerosakan hati serta dakyah barat yang semakin kian menular serta menyerang pemikiran umat Islam pada hari ini. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan pendidikan dalam agama Islam memainkan peranan yang sangat signifikan dalam masyarakat kerana melaui penghayatan dan penerapan agama Islam ianya berkeupayaan bertindak sebagai alat membina spiritual, moral dan sikap anggota masyarakat (Asmahwati, 2005).
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 107 METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian kualitatif analisis kandungan mengenai Pendidikan al-Hikmah dalam proses pembentukan manusia yang sempurna (kamil). Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk menganalisis dan mengenalpasti terma-terma yang sesuai digunapakai dan diaplikasikan dalam sistem pendidikan pada hari ini. Dalam usaha mengumpul data dan maklimat yang diperlukan, pengkaji telah mencari dan mengumpulkan data-data yang diperlukan serta melakukan pencarian maklumat melalui penelitian terhadap dokumen-dokumen dan persejarahan berkaitan bidang yang di kaji merangkumi sumber primer dan sember sekunder bagi melengkapkan hasil kajian ini. Sumber utama yang akan digunakan oleh pengkaji ialah buku Islam Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan: Himpunan Pidato Kependidikan hasil karya Siddiq Fadzil. Pengkaji juga akan merujuk sumber-sumber sekunder seperti al-Quran, al-Hadis, bukubuku, jurnal, artikal yang menyokong kajian ini. Dalam menganalisis data kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa pendekatan, antaranya pendekatan analisis isi (content analysis) untuk menganalis sesuatu maklumat atau dapatan yang diperolehi. Ia melibatkan proses menganalisis isi yang terkandung dalam sumber rujukan utama terhadap buku bertajuk Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan Himpunan Pidato Kependidikan. Analisis terhadap bahan dokumen adalah perkara asas dalam menjalankan penyelidikan. Ia amat perlu dilakukan sama ada pada tahap mengenalpasti tajuk penyelidikan, permasalahan, metodologi dan sebagainya (Roshidah, 2016). PERBINCANGAN Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah akan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani. Oleh itu, adalah amat penting bagi seorang individu khasnya dan ahli masyarakat umumnya berusaha untuk membangunkan individu muslim yang bercirikan jati diri yang utuh, ilmu yang mantap, emosi yang terdidik serta pemikiran kreatif dan kritis, untuk merialisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Untuk mencapai matlamat ini Siddiq Fadzil dalam buku bertajuk Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan Himpunan Pidato Kependidikan telah menggariskan dan mencatatkan beberapa unsur-unsur penting yang perlu di terapkan kepada setiap individu, pelajar dan ahli masyarakat agar pembinaan insan kamil (sempurna) yang didambakan ummah akhir zaman pada hari ini dapat direalisasikan. Menurut Siddiq Fadzil (2014) diyatakan dalam falsafah Pendidikan al-hikmahnya bahawa Pendidikan Islam adalah satu proses penyempurnaan dan pembinaan insan mukmin yang berilmu, berhikmah, berketrampilan, beriltizam dengan nilai-
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 108 nilai kesalihan dan setia melaksanakan tanggungjawab pengabdian serta kebaktian sebagai hamba Allah dan Khalifahnya. Berpandukan petunjuk wahyu dan berlandaskan akidah Islamiah yang berteraskan tauhid, usaha ini bermatlamat membentuk peribadi Rabbani yang terpadu, seimbang dan murni demi mencapai keridaan Allah. Manakala menurut Musthafa Al-Maraghi mentakrifkan Alhikmah adalah ilmu yang bermanfaat yang keadaannya membekas pada diri, lalu ia beramal dengan ilmu bersesuaian dengan kecenderungan hati yang dapat mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.(Ahmad & Ihsan, 2019). Menurut Basirah et al. (2018) kepincangan yang melanda masyarakat pada hari ini adalah kerana para pendidik dan juga sistem pendidikan tidak mampu menjadi jambatan yang kukuh kepada generasi baru untuk mewarisi tradisi ilmu Islam yang betul berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, satu pendekatan atau modul pendidikan berhikmah yang berpaksikan manhaj al-Quran perlu dibangunkan agar dapat membantu para pendidik, ibu bapa, pendakwah dan masyarakat umumnya dalam usaha membendung dan menangani masalah ini dengan lebih berfokus dan berkesan (Basirah et al. 2018). Justeru, pendekatan dalam pendidikan yang lebih berhikmah memerlukan para pendidik yang bijak menyusun strategi dalam usaha mentrasformasikan dan mengubah cara penyampaian dan menyebaran ilmu dengan lebih berkesan selaras perubahan masa dan selera masyarakat umumnya pada masa kini. Pemikiran Siddiq Fadzil dalam memperincikan dan menghuraikan pendidikan Al-hikmah dalam karya penerbitannya menjadi satu penanda aras utama dalam kajian yang dilakukan oleh penulis. Ketokohan Siddiq Fadzil dalam mengetengahkan modul pendidikan al-hikmah dalam hasil karya dan penulisannya (Badlisham, 2008). Basirah et al. (2018) menegaskan bahawa penerokaan terhadap nas al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah dalam mencari ramuan terbaik pasti akan menghasilkan satu kaedah atau manhaj yang terbaik yang lebih sofistikated mengenai kaedah dan cara terbaik untuk pendidik mengaplikasiknya dalam sistem pendidikan pada hari ini. Justeru, kajian juga perlu dilakukan untuk memperkasakan peranan guru Pendidikan Islam kerana Islam telah mentakrifkan mencirikan guru yang berlandaskan Islam perlulah mempunyai sifat pembimbing yang mempunyai akhlak terpuji (murabbi) sebagai pembimbing ilmu pengetahuan (muallim) dan juga (mursyid) iaitu sebagai pembimbing dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan (Abdul Mukhsein, 2014). KESIMPULAN Islam adalah satu sistem atau cara hidup yang sempurna dan syumul (menyeluruh). Namun reality umat Islam hari ini sangat jauh meninggalkan sistem yang hebat ini dalam kehidupan seharian. Umat Islam hari ini hanya
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 109 mengamalkan Islam pada acara-acara tertentu seperti perkahwinan, sambutan perayaan dan perkara tertentu sahaja. Hal ini amat mendukacitakan dan satu langkah drastik perlu di ambil melalui pendekatan yang diberi nafas baru untuk mengembalikan keizzahan Islam dan keindahan islam itu dapat dirasai oleh setiap generasi dan diaplikasikan dalam kehidupan meliputi semua aspek terutama pendidikan, politik, budaya hidup dan sebagainya. Konsep Pendidikan al-Hikmah merupakan satu konsep Pendidikan yang sehingga kini ianya kurang dipopularkan,sedangkan Pendidikan yang dijulang pada hari ini adalah berkonsepkan Pendidikan karekter. Perbezaan keduanya amat ketara kerana Pendidikan al-Hikmah menggunakan pendekatan yang menyeluruh, holistic dan syumul merangkumi kepelbagaian bidang ilmu duniawi dan ukhrawi yang didasari oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah dan ianya bersifat pembelajaran sepanjang hayat. Berbeza dengan Pendidikan karekter yang ada sekarang lebih bersifat formal dan hanya memberi tumpuan kepada kecerdasan intelektual dengan meminggirkan kecerdasa spiritual. Oleh kerana itu, Pendidikan al-Hikmah amatlah sesuai dan relavan digunapakai pada zaman ini dan dijadikan sebagai satu satu Teknik atau pendekatan jua pedagogi hikmah yang lebih menjurus kearah melahirkan manusia yang sempurna atau insan kamil yang mampu mendepani dan memenuhi keperluan semasa di zaman yang penuh dengan cabaran dalaman dan luaran yang sering mengganggu gugat jati diri dan keteguhan individu muslim saat ini. Di harap melalui Pendidikan al-Hikmah ini akan melahirkan lebih ramai generasi yang mampu memberi kebaikan dan dapat menyubur dan memugar Kembali sistem Pendidikan sedia ada sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah bermaksud: Allah swt mengurniakan hikmah kepada sisiapa yang dikehendaki dan barangsiapa yang dianugerahi al-hikmah, ia benar-benar dianugerahi kebaikan yang banyak dan hanya orang-orang yang berakal sahaja yang mengambil pelajaran. (Al-Baqarah: ayat 269) Pada akhir kajian ini, dapat diketahui sejauh manakah Pendidikan al-Hikmah yang terdapat dalam buku bertajuk Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan Himpunan Pidato Kependidikan karangan tokoh ilmuwan Siddiq Fadzilini dapat diketengahkan dan diaplikasikan dalam sistem pendidikan sekaligus mampu melahirkan individu muslim yang kamil (sempurna). Kajian ini juga akan memberi satu ilmu baru kepada pendidikan di Malaysia khususnya mempelbagaikan kaedah dalam pedagogi pendidikan sedia ada.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 110 RUJUKAN Abdul Muhsein Sulaiman (2014). Peranan guru Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak murid dari aspek hubungan guru-murid berasaskan Abu Talib Al-Makki (w.386H/996M). [Tesis Ijazah Doktor Falsafah]. Universiti Malaya. Ab. Halim Tamuri, & Kamarul Azmi Jasmi (2009). Nilai, amalan dan sistem masyarakat Melayu Islam selepas penjajahan barat hingga kini. In Peradaban Arab-Islam dan Masyarakat Melayu (pp. 35-57). Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Nurrohim, & Ihsan Nursidik. (2019). Hikmah dalam Al-Quran: Studi tematik terhadap Tafsir Al-Mizan. Jurnal Studi Islam, 20(2), 179-189. http://dx.doi.org/10.23917/profetika.v20i2.9954 Ahmad Munawar Ismail, & Noranizah Yusuf. (2012). Sumbangan pendidikan dalam memperkasakan Tamadun Bangsa: Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5(1), 107-122. Badlihisham Mohd Nasir (2008). Ketokohan dan pemikiran dakwah Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Jurnal Usuluddin, 27, 61-80. https://ejournal.um.edu.my /index.php/JUD/article/view/6329 Baharom Mohamad, Ali Suradin, & Za’ba Helmi Khamisan (2008, Oktober 22- 23). Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan, Universiti Teknologi Malaysia. Basirah Abu Bakar, Mohd Yaakub@Zulkifli Mohd Yusoff, & Muhamad Alihanafiah Norasid (2018). Manhaj Al-Quran mengenai dakwah terhadap remaja: Satu Kajian Bibliomatrik, Jurnal ‘Ulwan, 3(1), 70-80. Burhanuddin Jalal, Amnah Saayah Ismail, & Sayuti Ab Ghani (2018). Dinamika pendakwah melaksana dakwah pelbagai etnik. Journal of Education and Sosial Sciences, 9(1), 45-51. Maziahtusima Ishak, Norhasni Zainal Abiddin, & Fathiyah Mohd Fakhruddin (2018). Eksplorasi peranan guru Pendidikan Islam sebagai agen perubahan masyarakat dari perspektif pendidikan Pengembangan, International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6), 214-230. Mohd Nasir (2015). Pemikiran Pendidikan Islam menurut Badiuzzaman Said Nursi dalam Risalah Al-Nur. [Tesis Ijazah Doktor Falsafah]. Universiti Sains Malaysia. Roshidah Ramli (2016). Pendidikan Al-Hikmah: Gagasan pemikiran Siddiq Fadzil. [Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Utara Malaysia. Siddiq Fadzil (2014). Pendidikan Al-Hikmah dan misi pencerahan Himpunan Pidato Kependidikan Siddiq Fadzil. Kajang: Kolej Dar al-Hikmah. Siddiq Fadzil ( 2012 ). Islam dan Melayu: Martabat umat dan daulat rakyat. Kajang: Kolej Dar al-Hikmah. Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, & Siti Aisyah Suhaimi (2012). Islam dan pembentukan jati diri Bangsa Melayu. Jurnal Hadhari, Specia, 143-154.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 111 AMALAN PENGAJARAN TARANNUM DI IPGK PULAU PINANG Zairul Anuwar Jamriy1 , Ahmad Rushaidi Abdul Majid2 , Mahani Shaari3 , & Siti Maisarah Mohd Idris4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3,4 Emel: 1 [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran dalam kalangan pensyarah tarannum berdasarkan subjek PIMK3113 Tarannum dan Hafazan alQuran. Kajian secara kualitatif di IPGK Pulau Pinang yang melibatkan temubual dan pemerhatian bersama dua pensyarah JAPIM. Amalam pengajaran Tarannum bersandarkan tiga tahap pengajaran iaitu permulaan, perkembangan dan penutup pengajaran. Hasil temubual itu ditadbir urus dengan program Atlas Ti untuk menghasilkan tema dan jadual matrik berkaitan amalan pengajaran tarannum. Soalan lisan pula digunakan untuk menganalisis, menilai dan menjana idea terhadap kaedah pengajaran secara kreatif dan kritis yang digunakan dalam pengajaran Tarannum. Dapatan kajian menunjukkan terdapat persamaan dan sedikit perbezaan kaedah yang digunakan dalam pengajaran tarannum di IPGK Pulau Pinang. Kajian menunjukkan beberapa kaedah digunakan dalam pengajaran pensyarah mengikut fasa permulaan (set induksi, fasa perkembangan dan fasa penutup. Pensyarah kerap menggunakan penggunaan audio dan visual menggunakan komputer riba atau telifon bimbit dari bacaan qori-qori yqng terkenal. Bagi fasa perkembangan pensyarah banyak menggunakan kaedah tikrar dan latih tubi manakala bagi fasa penutup pensyarah banyak menggunakan kaedah tasmik, sumbang saran dan perbincangan. Keseluruhan daripada kajian ini menunjukkan kepentingan untuk pensyarah yang mempunyai kepakaran dan pengkhususan dalam bidang tarannum agar pengajaran bukan sahaja melalui teoritikal tetapi lebih kepada praktikal. Kata kunci: Tarannum, kaedah tikrar, amalan pengajaran PENDAHULUAN Pengenalan Bidang tarannum merupakan bacaan al-Quran yang berlagu yang mendapat jalur bacaan dari Rasulullah SAW. Dalam pengajaran tarannum di IPG, subjek ini adalah salah satu subjek yang wajib dan dipadankan dengan hafazan al-Quran. Dalam bidang pendidikan, amalan bertarannum menjadi salah satu ilmu yang dipelajari dan dipraktikkan. Oleh yang demikian, IPGK Pulau Pinang telah menawarkan subjek PIMK3113 ini pada tahun ketiga yang melibatkan seramai 99 pelajar PISMP Pendidikan Islam ambilan 2020. Justeru, pengkaji ingin melihat
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 112 penggunaan kaedah yang digunakan dalam pengajaran tarannum demi melahirkan guru pelatih yang kompeten dan berkemahiran dalam bidang tarannum. Pernyataan Masalah Institut Pendidikan Guru Malaysia berusah dalam melatih dan melahirkan guru yang berjiwa pendidik pada masa hadapan. Oleh yang demikian, terdapat pebagai kursus yang ditawarkan termasuklah Program Ijazah Sarjana Muda pendidikan (PISMP). Sepanjang kursus Pengajian Islam, guru pelatih perlu menjalani subjek elektif pengajian Tarannum al-Quran dan Qiraat. Bidang seni lagu ini meliputi tujuh buah lagu yang biasa digunakan bagi qori-qori di Malaysia. Antara yang lagu yang diajar kepada guru pelatih semester 1 adalah Bayati, Soba dan Ras. Seterusnya pada semester 5 PISMP, guru pelatih akan mempelajari empat buah lagu iaitu Nahwand, Hijazie, Sikah dan Jiharkah. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat sebelum ini, banyak kajian lebih menumpukan kepada kajian konsep, peranan tarannum, biografi qari-qori di Malaysia dan luar negara. Dalam bidang pendidikan pula, kajian banyak memberi fokus pengajaran tarannum di sekolah menengah melalui kajian Kelas Khas Kemahiran al-Quran, namun kajian di IPG yang melahirkan bakal guru masih belum dikaji secara khusus. Justeru, pengkaji memilih kajian ini agar amalan pengajaran Tarannum di IPGK Pulau Pinang menjadi satu aras dan panduan untuk meneliti pensyarah-pensyarah berpengalaman ini menggunakan kaedah yang terbaik dalam amalan pengajaran tarannum di IPGK Pulau Pinang khususnya. KAJIAN LITERATUR Secara lazimnya, pengajian Tarannum banyak dikaitkan dengan pembelajaran secara pengulangan dan pembetulan melalui pembelajaran secara talaqqi Musyafahah bersama pensyarah Tarannum sahaja. Namun begitu, bagi memahirkan dan mempersedapkan mutu bacaan dan mengenakan lagu-lagu yang betul dan sesuai memerlukan kepada tahap pemikiran yang optimum. Menurut pandangan (al-Qabisi, 1955) berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Untuk itu, pemilihan kaedah yang kreatif dan kreatif memerlukan kefahaman yang mendalam di kalangan pensyarah dan pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Untuk itu, menerusi konteks kajian ini penganalisaan amalan pengajaran pensyarah ditentukan kepada tiga komponen iaitu permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran dengan setiap komponen di perincian dalam pengajaran Tarannum. Pensyarah yang mempunyai kemahiran pedagogi bukan sahaja berupaya mendorong dan merangsang pemikiran pelajar malah mampu meningkatkan keyakinan diri dan pelajarnya daripada bersifat
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 113 pasif atau pendiam kepada pembelajaran yang lebih aktif (Ashraf, 2014; Mohd Anuar, 2014). Menurut Brookhart (2012), adalah penting untuk memulakan pengajaran dengan asas kemahiran berfikir agar dapat melihat perspektif yang berbeza apabila cuba menyelesaikan masalah. Ini dilakukan melalui penggunaan penerokaan dan penyoalan iaitu kebolehan menggunakan potensi minda untuk menghadapi cabaran baharu. Ini memerlukan seseorang yang memahami, menterjemah, menganalisis, mentafsir dan memanipulasi maklumat (Onosko & Newmann, 1994). Kepelbagaian dalam pengajaran adalah penting untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana menggunakan teknik pengajaran yang berkesan dapat memotivasikan dan merangsang pemikiran pelajar. Menguasai proses pengajaran secara keseluruhan merupakan salah satu cara yang dibincangkan sebagai teknik pengajaran yang berkesan berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (Brookhart, 2012; Muhammad Sofwan & Roslinda, 2015). Antara teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tarannuam yang biasa gunakan ialah: 1. Proses penyebutan huruf cermat dan meyakinkan supaya tajwid dan sifat huruf al-Quran tidak rosak. 2. Kemahiran menguasai teknik-teknik suara seperti burdah-burdah (bungabunga) asli dan sina’ie seperti bunga suara halus, kecil, kasar, cepat, jarang, banyak, berkelompok, meletup dan menegak. 3. Mementingkan bunga-bunga suara yang digubah oleh Qari mengikut burdahburdah qari-qari Mesir yang muktabar dan diiktiraf. 4. Mengaplikasikan kaedah sulalim nazil dan su’ ud (suara menurun dan menaik) bagi memastikan bacaan al-Quran hidup dengan fungsi-fungsi suara dimaksimunkan penggunaan dalam bacaan al-Quran 5. Sebelum pengajaran bermula, setiap murid akan diajar dengan asas penguasaan suara gaya kearaban terlebih dahulu. 6. Setiap alunan ayat al-Quran disusun supaya dipenuhi dengan burdah-burdah lagu yang bersesuaian dengan kehendak ayat al-Quran. 7. Kepentingan dan penekanan kepada gubahan tarannum yang sesuai dengan maksud ayat. 8. Menekan kepada unsur-unsur kepelbagaian suara seperti wuslah, qit’ah, mahattah, ikhtilal al-lahn dan takrir lagu sekiranya bersesuaian dengan kehendak maksud ayat al-Quran. 9. Cermat dalam menjaga hukum tajwid berpandukan wakaf dan ibtida. 10. Memastikan setiap murid yang diajar beliau mahir asas-asas tarannum bayyati dan rast terlebih dahulu sebelum berpindah kepada tarannum lain. 11. Sesi pengajian akan dimulakan dengan syarahan secara teori terlebih dahulu disusuli dengan contoh-contoh dari ayat al-Quran.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 114 Permulaan pengajaran berdasarkan teori yang dibangunkan oleh Al-Qabisi dan Robert Glaser adalah merangkumi elemen perancangan pengajaran, objektif pengajaran dan pelaksanaan set induksi. Berdasarkan pandangan (Mohd Aderi et al, 2014) mencadangkan agar guru memilih pendekatan menyoal pada peringkat awal pengajaran yang berperanan mencetuskan kefahaman awal di kalangan pelajar malahan berkemampuan memberi impak kepada nilai penghayatan pelajar. Kaedah ini juga mampu membantu pelajar untuk memberi tumpuan, mengingat, mengekalkan ingatan dan mengaplikasikan dalam amalan seharian (Mohd Anuar, 2015). Berdasarkan dapatan (Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010) strategi perancangan pengajaran adalah penting untuk membina dan mengukuhkan minat pelajar-pelajar terhadap pembelajaran melalui teknik soal jawab serta membimbing mereka supaya bersedia untuk meneruskannya secara kendiri. Perancangan yang baik memerlukan jalinan yang seiring dengan pembentukan objektif yang jelas, tepat dan menyeluruh. Menerusi pandangan (al-Qabisi, 1955) menunjukkan ketegasan dengan meletakkan suatu kecuaian kepada pensyarah yang tidak meletakkan objektif yang rapi dalam tugasan pengajaran. Untuk amalan pengajaran yang berkesan, pensyarah tarannum seharusnya memilih objektif yang bersesuian kerana tiada satu objektif yang bertepatan bagi seseorang pelajar di sebabkan beberapa faktor disebabkan wujudkan kepelbagaian tahap kognitf pelajar namun pensyarah seharusnya menetapkan berdasarkan objektif yang berkeupayaan dicapai sekurang-kurangnya 80% pelajar di dalam PdP yang dilaksanakan (Syofia Ulfah et al., 2013). Objektif jelas dan menyeluruh menetapkan keperluan kaedah penyoalan perlu dihasilkan dengan kemampuan pelajar untuk memahami, menyusun, menstruktur, mengaplikasi dan mensintesis idea seperti bagaimana hendak keimanan kepada Allah, Rasul,terus, penyoalan secara kumpulan, penyoalan proses dan penyoalan penilaian (Brookhart, 2012; Muhammad Sofwan & Roslinda, 2015). Untuk itu, menerusi konteks kajian ini penganalisaan amalan pengajaran pensyarah ditentukan kepada tiga komponen iaitu permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran dengan setiap komponen di perincian bagaimana elemen penyoalan dapat dilaksanakan. Seterusnya di akhir kajian, perbincangan adalah berfokuskan kepada dapatan daripada penyelidikan dengan berfokuskan kepada sejauh mana pelaksanaan penyoalan yang berdasarkan KBAT dapat diaplikasi di kalangan pensyarah pendidikan Islam. Proses perkembangan pengajaran bersandarkan teori daripada Robert Glaser (1983), dan al-Qabisi dan Abu Hassan Ali Muhammad Khalaf (1955) yang membahagikan perkembangan pengajaran kepada tiga elemen iaitu penyampaian isi pengajaran, pengayaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Proses
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 115 perkembangan pengajaran ini perlu diselarikan dengan teknik pengajaran yang merangsang amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Proses perkembangan pengajaran merupakan kompenen terpenting di dalam pengajaran yang menentukan hala tuju sama ada ianya ke arah keberkesanan atau kegagalan pengetahuan dan kefahaman untuk disampaikan. Menurut (Edward, 2008; Ashraf M. Zedan, 2014) terdapat tiga kaedah penyoalan di dalam mata pelajaran pendidikan Islam yang berkesan dan boleh diaplikasikan menerusi proses perkembangan pengajaran guru/pensyarah iaitu: 1. penyoalan semasa pengajaran, pensyarah perlu memberikan soalan dengan jelas dan bersesuaian dengan tahap umur pelajar. 2. pensyarah memberi contoh bagaimana jawapan kepada persoalan yang dapat membentuk kefahaman berkaitan tajuk yang diajar. 3. pensyarah membina soalan yang dapat mengaitkan jawapan yang akan diberikan menerusi amalan kehidupan pelajar tersebut. Kesinambungan proses perkembangan ini, diteruskan menerusi pelaksanaan fasa penutup yang mengandungi elemen-elemen pengajaran yang berteraskan pemantapan melalui pengulangan secara berterusan. Proses ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti merumuskan isi pengajaran dan menilai kefahaman pelajar. Proses penutup pengajaran bersandarkan teori daripada Robert Glaser (1983), dan al-Qabisi dan Abu Hassan Ali Muhammad Khalaf (1955) yang membahagikan penutup pengajaran kepada dua elemen iaitu merumuskan isi pengajaran dan menilai kefahaman pelajar. Proses penutup pengajaran ini perlu diselarikan dengan mengingatkan kembali ritma dan lagu melalui proses pengulangan secara berterusan. Pada peringkat penutup pengajaran, teknik pengajaran dapat membantu pelajar berfikir secara kritis dengan menentukan lagu dan aras suara berasaskan jenis tarannum yang dilagukan. Semasa soalan yang teratur dan berstrukutur, pelajar akan memperlahankan proses pemikiran mereka dan meneliti proses tersebut berasaskan keseluruhan kandungan pengajaran yang telah disampaikan (Robert Glaser, 1983; Zamri Mahmod et al, 2015). Penyoalan yang berfikrah dan teratur di dalam kelas berupaya mencapai matlamat akhir pengajaran dan pembelajaran (PdP). Secara keseluruhannya, kaedah penutup pengajaran yang bersandarkan amalan inkuiri dan mampu mendorong penghasilan pembelajaran secara aktif dan berpusatkan pelajar. Oleh itu penutup pengajaran yang berkesan akan membantu pelajar membina pengetahuan, membentuk kemahiran menyelesaikan masalah dan meningkatkan ingatan pengetahuan dalam jangka masa panjang.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 116 METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan dilaksanakan secara kaedah kajian tinjauan. Kaedah ini dipilih berdasarkan kepada kefahaman bahawa dapatan kajian yang diperolehi akan lebih jelas dan tepat bersandarkan proses pengaplikasian amalan pengajaran di dalam kelas (Yin, 2003). Untuk memperolehi maklumat secara terus dari peserta kajian, penentuan kajian lapangan menggunakan teknik analisis pemerhatian dan temubual dilaksanakan. Teknik pemerhatian yang digunakan adalah untuk mendapat maklumat secara mendalam berkaitan dengan tempat kajian, aktiviti dan ahli di tempat kajian serta makna kepada perkara yang diperhatikan dari perspektif peserta kajian (Patton, 1990; Johnson & Christensen, 2000). Pengkaji tidak akan melibatkan secara sepenuhnya di dalam semua aktiviti di dalam kelas supaya mendapat gambaran yang sebenar. Hal ini juga penting agar pensyarah peserta kajian tidak terganggu dari segi profesionalisme dan amalan pengajaran sebagai seorang pensyarah (Marohaini, 2004). Data yang diperoleh semasa pemerhatian diperkukuhkan melalui temu bual. Daripada temu bual, segala maklumat yang kurang jelas dan sukar didapati akan diperolehi. Ini kerana soalan yang dikemukakan semasa temu bual ialah soalan susulan untuk mencungkil penjelasan lanjut daripada peserta kajian tentang perlakuan yang ditunjukkan. Selain itu melalui temu bual pengkaji akan mendapat gambaran yang lebih mendalam tentang apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan peserta kajian. Ini jelas kerana menurut (Patton, 1990; Yin, 2003), temu bual kualitatif membenarkan pengkaji untuk mencungkil maklumat secara mendalam dari peserta kajian dan untuk memperolehi kefahaman mengenai sesuatu perkara dari sudut perspektif peserta kajian. Dua orang peserta kajian dipilih berdasarkan kriteria yang ketat. Justifikasi kriteria yang ditetapkan ialah pengalaman mengajar subjek Pendidikan Islam melebihi dua puluh lima tahun (meliputi pengalaman mengajar di sekolah dan di IPGK Pulau Pinang) dan bersandarkan beberapa kajian lepas yang mempunyai kesamaan dari aspek konsep dengan kajian ini. Selain itu, penetapan pensyarah di pilih adalah terdiri daripada pensyarah yang mengajar sepenuhnya mata pelajaran pendidikan Islam. Bagi justifikasi kenapa peserta-peserta ini dipilih adalah berdasarkan kepada kemampuan peserta untuk membekalkan maklumat yang diperlukan. Bagi proses penganalisaan data, data telah di analisis melalui dua peringkat iaitu semasa kajian lapangan dan analisis kandungan selepas selesai kajian lapangan. Seterusnya proses penganalisaan data menerusi pemerhatian dan temu bual dilaksanakan menggunakan Atlas Ti, di sini penyelidik dapat menentukan domain, tema, subtema. Kesemua tema ini menunjukkan konsisten di antara setiap peserta dan ditetapkan sebagai interpretasi data yang merupakan dapatan bagi kajian ini (Creswell, 2012).
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 117 Bagi penentuan kesahan dan kebolehpercayaan, pendekatan triangulasi antara setiap unit digunakan di dalam penyimpulan dan pengumpulan data melibatkan sembilan kali pemerhatian dan temu bual, pengesahan peserta kajian, nota lapangan dan memo serta etika kerja. Dapatan kajian ini bersifat komprehensif, holistik dan deskriptif (Othman, 2007; Creswell, 2012) tetapi ia tidak boleh digeneralisasikan kepada konteks, peserta dan tempat kajian yang lain disebabkan pendekatan kualitatif yang digunakan. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian yang dibentangkan ialah data yang diperolehi daripada kajian kes dua orang pensyarah iaitu Pensyarah A (peserta kajian 1) dan Pensyarah B (peserta kajian 2). Analisis dapatan kajian tidak membandingkan antara Pensyarah A dan Pensyarah B tetapi mengabungkan kedua-dua analisis data untuk memperkayakan kefahaman atas tujuan memahami fenomena kajian dengan lebih mendalam. Latar belakang pensyarah peserta kajian dibincangkan terlebih dahulu sebelum membuat pembentangan analisis data dan perbincangan berkaitan aras penyoalan di dalam pengajaran. Latar Belakang Pensyarah Pensyarah A berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar Mesir dan Sarjana Bahasa Moden dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman mengajar pendidikan Islam selama tiga puluh tahun. Pensyarah A pernah mendapat Pensyarah Cemerlang dengan kepakara dalam Bahasa Arab. Beliau juga telah mengikuti kursus Taranum selama tiga minggu. Pensyarah B merupakan salah seorang Pensyarah IPGK Pulau Pinang dan pernah menyandang jawatan sebagai Penyelia Pendidikan Islam di PPD Timur Laut. Pensyarah B berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Muhammad V, Rabat, Maghribi dan Sarjana Pengajian Bahasa Moden dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman mengajar subjek Pendidikan Islam selama tiga puluh satu tahun. Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab merupakan bidang kepakaran beliau. Beliau telah mengikuti kursus sebanyak 10 kali dalam bidang tarannum. Permulaan Pengajaran Pada peringkat permulaan pengajaran, kedua-dua pensyarah menggunakan set induksi yang hampir sama iaitu menggunakan audio. Pensyarah A memperkenalkan bacaan surah al-Fatihah mengikut tarannum yang diajar serta menggunakan tahshin melalui komputer riba atau telifon bimbit. Manakala bagi pensyarah B agak aktif menyoal pelajar pada peringkat permulaan proses pengajaran dan adakalanya memanggil nama pelajar untuk menjawab soalansoalan tersebut. Pensyarah B lebih gemar menyelitkan soalan di awal pengajaran semasa pelaksanaan set induksi selain memperdengarkan rakaman Qori yang terkenal kepada para pelajar dalam bentuk audio dan secara visual.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 118 Bagi kaedah yang kerap digunakan dalam set induksi, pensyarah A menggunakan kaedah tikrar iaitu aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali. Kaedah ini diadaptaasi dalam lirik tarannum Hijazie dan Nahawand berpandukan beberapa ayat contoh. Bagi pensyarah B, beliau kerap menekankan soal jawab dan tayangan video bacaan alQuran kerana ianya boleh menarik minat pelajar disamping membangkitkan rasa ingin tahu. Selain itu, kaedah yang kurang digunakan dalam set induksi pengajaran tarannum bagi pensyarah A adalah menggunakan kaedah eksplorasi kerana ingin mengurangkan gerakan. Pensyarah B pula kurang menngunakan kaedah bercerita kerana kaedah ini mengambil masa yang agak lama dan kurang kaitan dengan kemahiran tarannum. Perkembangan Pengajaran Pada peringkat perkembangan pengajaran, pensyarah A banyak memberi latihan dan pengulangan secara berterusan iaitu tikrar secara berkumpulan manakala bagi pensyarah B banyak menggunakan kaedah latih tubi dan main peranan. Bagi kaedah yang kerap digunakan dalam fasa pekembangan, pensyarah A meminta pelajar-pelajar mendengar contoh bacaan dan mengulang-ulang dalam kumpulan kemudian memperdengarkan kepada pensyarah secara individu dan berkumpulan. Pensyarah B kerap menggunakan kaedah latih tubi secara individu dan main peranan dalam kumpulan. Selain itu, kaedah yang kurang digunakan dalam pekembangan pengajaran tarannum bagi pensyarah A adalah menggunakan kaedah pemerhatian dan eksplorasi kerana pelajar tidak dapat mencapai matlamat kemahiran bertaranum sebaliknya hanya mengumpulkan maklumat sahaja. Pensyarah B pula kurang menngunakan kaedah bercerita kerana kaedah ini tiada kaitan dengan kemahiran tarannum. Penutup Pengajaran Pada peringkat penutup, Pensyarah A menumpukan kepada kaedah tasmik bagi memperkukuhkan bacaan tarannum pelajar di samping memperbetul beberapa bacaan yang tidak tepat dari irama lagu. Bagi pensyarah B pula menggunakan kaedah perbincangan dan sumbang saran dalam bacaan. Bagi kaedah yang paling kerap digunakan ketika fasa penutup juga berbeza bagi pensyarah B kerana beliau sangat menekankan kaedah sumbang saran kerana menurut beliau pelajar perlu menyumbang bacaan mereka dan berbincang bagaimana dapat menambah baik bacaan mereka. Bagi kaedah yang paling kurang digunakan dalam fasa penutup ialah pensyarah A kurang menggunakan kaedah bercerita kerana menurut beliau kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah dalam tarannum manakala pensyarah B
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 119 kurang menggunakan kaedah perbahasan kerana ianya tiada kaitan dengan tarannum dan tidak sesuai untuk penutup. PERBINCANGAN Berdasarkan dapatan yang diperolehi, kedua-dua pensyarah menunjukkan amalan pengajaran berasaskan tikrar, tasmik, soal jawab dan latih tubi dalam pengajaran tarannum. Menurut Zahiah Haris (2012) kaedah tikrar dalam tarannum mempunyai objektif iaitu pelajar dapat menyebut huruf dan kalimah dengan betul fasih sekali gus mengasah bakat mengalunkan ayat-ayat al-Quran. Saidah (2018) menjelaskan bahawa kaedah tikrar ini mempunyai kekuatan kerana pensyarah dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh guru pelatih, meningkatkan keyakinan mereka selain dapat mengingat semula irama lagu yang bersesuaian dengan ayat suci al-Quran. Kedua-dua pensyarah percaya bahawa penggunaan pelbagai kaedah pengajaran berbantukan audio dan visual menjadikan proses pengajaran mereka lebih menarik dan mampu meningkatkan pembelajaran pelajar (Ab Halim, 2011; Zamri Mahmod et al, 2015). Amalan kedua-dua pensyarah di dalam penggunaan tasmik dan tikrar menunjukkan asas pengajara tarannum bagi membolehkan pelajar dapat membiasakan ritma dan rentak tarannum dihafal dan dikuasai sepenuhnya berdasarkan keperluan pelajar dan objektif pembelajaran. Ini kerana tikrar dimulakan sebagai asas permulaan sesi pengajaran dan diikuti tasmik bagi memperbetulkan bacaan pada pertengahan dan peneguhan melalui kaedah sumbang saran pada fasa penutup pengajaran. Sumbang saran juga boleh dijadikan panduan memulakan aktiviti pengajaran (Brookhart, 2012; Ashraf, 2014). Rajah 1 menjelaskan Tema pengajaran tarannum di IPGK Pulau Pinang yang diubah suai menurut al-Qabisi dan Robert Glaser berbantukan Atlas-Ti.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 120 Rajah 1 Tema Pengajaran Tarannum di IPGK Pulau Pinang yang diubah suai menurut al-Qabisi dan Abu Hassan Ali Muhammad Khalaf, dan Robert Glaser Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan pengajaran tarannum di IPGK Pulau Pinang seperti disarankan oleh pensyarah A iaitu pensyarah yang mengajar hendaklah diberi kursus sehingga menguasai kemahiran tarannum. Pensyarah B memaklumkan agar IPGM dapat menyediakan pensyarah yang mahir dalam bidang tarannum. Beliau turut mencadangkan IPGM membuat pemilihan pelajar yang bakal mengikuti kursus PISMP Pendidikan Islam agar mempunyai latar belakang kelas Al-Quran yang mantap serta menyediakan sukatan yang lebih mantap dan tersusun. Terdapat juga beberapa isu pengajaran tarannum di IPGK Pulau Pinang seperti yang diusulkan oleh kedua-dua pensyarah tersebut iaitu kurangnya pensyarah yang berkemahiran dalam bidang tarannum menyebabkan pelajar tidak benarbenar dapat menguasai kemahiran ini. Selain itu, pensyarah B juga menyatakan
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 121 kekurangan pelajar yang berminat dalam bidang tarannum serta kurang berkemampuan untuk membaca secara bertarannum. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman pelajar dalam bidang tarannum pada skala sederhana sahaja kerana tarannum adalah kemahiran yang wajib diberikan oleh pensyarah yang berkemahiran tinggi menyebabkan pelajar lebih menguasai ilmu pada aspek teori sahaja. Selain itu, pensyarah B juga bersetuju bahawa tahap pemahaman pelajar pada tahap sederhana sahaja kerana pelajar yang sedia ada latar belakang pelajar yang mempunyai kemahiran tarannum ketika di sekolah menengah agak kurang. KESIMPULAN Keseluruhan kajian ini menggambarkan amalan pengajaran tarannum yang dipraktikkan dalam subjek PIMK3113 di IPGK Pulau Pinang menggunakan kaedah yang lebih tertumpu dari aspek tasmik dan latih tubi pengajaran pensyarah. Kepelbagaian tahap pemahaman pelajar dalam kandungan subjek tarannum telah diperkukuhkan menggunakan kaedah sumbang saran dan rakaman tokoh qori yang berkemahiran tinggi. Secara praktikalnya, beberapa siri pemantapan tarannum turut diberikan dengan menjemput pensyarah tarannum dari IPGK Bainun yang mempunyai kepakaran dan pengkhususan bidang tarannum bagi membantu pemahaman pelajar melalui bengkel-bengkel yang dijalankan. Dengan penyediaan pensyarah yang mempunyai kepakaran dan pengkhususan bidang tarannum maka ianya berupaya memperdalamkan kefahaman pelajar dan mengupayakan pelajar untuk memahami bidang tarannum seterusnya mengaplikasikannya dalam bilik darjah apabila sudah bergelar guru. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri, & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff (2011). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Al-Qabisi, & Abu Hassan Ali Muhammad Khalaf (1955). Al-risalah almufassalahlilahwal al muta’alimin wa ahkam wa muta’alimin. Kaherah: Dar Ehya’ al-Kutub al-Arabiyyah. Anuar bin Hasin, & Zulkifli Mohd Yusoff (2014). Tathawwur Fann al-Tarannum fi Malizia: Dirasah Tarikhiyyah wa ‘Ilmiyyah. Jurnal Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah. 9. Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies, 15(10), 180-202. Ashraf M. Zedan (2015). An innovative teaching method in Islamic Studies: The use of PowerPoint in University of Malaya as case study. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 182, 543-549. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2010). Pendidikan di Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Brookhart, S. M. (2012). Expending views about formative classroom assessment: A review of the literature. In J. H. McMillan (Ed.), Formative classroom
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 122 assessment: Theory into practice (pp. 43-62). New York: Teachers College Press. Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitave and qualitative Research (4th ed). Boston: Pearson Education In. Edward de Bono (2008). Frames for thinking about information. Thinking iIn teachers and students: Diverse perspectives. Forth Worth: Harcourt Brace College Publishers. Johnson, R. B., & Christensen, L. B. (2000). Educational research: Quantitative and qualitative approaches. Boston: Allyn and Bacon. Marohaini Yusoff (2004). Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja kajian lapangan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohd Anuar Mamat (2014). Teknik soal-jawab dalam Pengajaran Imam Abu Hanifah (M.150H/767M): Suatu analisis terhadap Kitab Al-'Alim Wa AlMuta'allim. Online Journal of Islamic Education. https: //oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/13896 Muhammad Sofwan Mahmud, & Roslinda Rosli (2015). Penyoalan lisan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Kajian kes dua orang pensyarah sekolah rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara kali ke-5. Onosko, J. J., & Newmann, F. M. (1994). Creating more thoughtful learning environment. In J. Mangieri & C. C. Blocks (Eds.), Creating powerful thinking in teachers and students diverse perspectives (pp. 27-49). Forth Worth: Harcourt Brace College Publishers. Othman Lebar (2007). Penyelidikan kualitatif, pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Patton, M. Q. (1990). Qualitative evaluation and research method. Thousand, Osaka, CA: Sage. Robert Glaser (1983). Cognitive and motivational aspects of instruction: Selected international congress papers. Amsterdam: Elsevier. Rosnnaini Sulaiman, Maimun Aziz, & Mok Soon Sang (2011). Kemahiran berfikir. Selangor: Penerbitan Multimedia. Saidah Haris (2018). Pengajian Taranum al-Quran di Institut Pendidikan Guru Malaysia: Kajian aplikasi kaedah Pengajaran Qari di Malaysia. [Tesis Kedoktoran]. Universiti Malaya.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 123 PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN VIDEO BAGI SUBJEK MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA: KAJIAN LITERATUR BERSISTEMATIK Mohd Shafian Shafiee1 & Lavaneesvari Manogaran2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2 Emel: [email protected] Abstrak Permainan video sering dianggap sesuatu yang boleh menyebabkan kelekaan dan tidak membantu dalam bidang pendidikan suatu ketika dulu. Namun begitu, perkembangan teknologi yang semakin pesat menyebabkan permainan video boleh dijadikan salah satu alternatif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tinjauan ini melibatkan pencarian dua pangkalan data iaitu Google Scholar dan Semantic Scholar. Bagi memastikan tinjauan ini dijalankan secara sistematik, garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Review and MetaAnalysis (PRISMA) digunakan semasa tinjauan literatur ini. Sebanyak 11 artikel berkaitan permainan video bagi subjek Matematik telah dianalisis berdasarkan tujuan kajian ini. Dapatan kajian telah menunjukkan penggunaan permainan video melalui efek yang pelbagai telah memberikan kesan positif ketika di dalam kelas. Kata Kunci: Pembelajaran berasaskan permainan video, matematik, sekolah rendah PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik di sekolah rendah sepatutnya lebih menyeronokkan dan menggembirakan. Pendidikan Matematik merupakan asas kepada penguasaan dan kecemerlangan kepada negara untuk maju ke hadapan. Kini, generasi yang dilahirkan dengan persekitaran digital yang canggih menyebabkan pemikiran dan gaya pembelajaran sangat berbeza dengan zaman terdahulu. Kemajuan daripada segi sains dan teknologi juga telah mengubah kaedah guru mengajar dan murid belajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru perlu selari supaya pandangan murid terhadap subjek Matematik dapat diubah. Perubahan ini menyebabkan tuntutan kepada guru untuk menyedari kepelbagaian murid yang tidak dapat lagi dibendung. Inovasi berterusan dalam kandungan dan pedagogi sangat ditagih daripada guru bagi memberikan motivasi yang tinggi kepada murid untuk lebih berusaha dalam subjek Matematik.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 124 Antara kaedah yang menggalakkan penyertaan murid yang aktif adalah pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan video. Melalui pembelajaran berasaskan permainan video, grafik dan bunyi memainkan peranan yang penting dan menjadikan murid lebih tertarik untuk mengikutinya. Pada masa sekarang, komputer dan telefon pintar adalah sesuatu yang sangat diminati. Walaupun komputer mungkin boleh dianggap sebagai alat teknologi tradisional berbanding telefon pintar, namun pengaruhnya masih kuat kepada manusia. Seperti yang kita tahu, permainan video yang menggunakan komputer dan telefon pintar sebagai medium juga telah berkembang dengan pesatnya sekarang terutama permainan di dalam talian. Filsecker dan Hickey (2014) dalam kajiannya menunjukkan sejauh mana permainan video dapat meningkatkan tahap penglibatan murid dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Ke (2014) menyatakan penggunaan permainan video sebagai satu alat pembelajaran di sekolah telah berkembang sejak kebelakangan ini dan disokong oleh Lester et al. (2014) yang menekankan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam pencapaian murid bagi subjek Matematik apabila menggunakan permainan video. Permainan video tertentu sebenarnya boleh menyumbang bagi mengaktifkan kemahiran yang berkaitan dengan hujah dan menyelesaikan masalah saintifik.Selain itu, kesan yang positif dapat dilihat apabila ianya digunakan di dalam kelas. Robertson dan Miller (2009) bersetuju dengan kesan yang amat positif dapat dilihat apabila guru menggunakan alat permainan video ketika di dalam kelas. Kajian yang pelbagai (Hamari et al., 2016; Ke, 2014; Wouters & van Oostendorp, 2013) menunjukkan bahawa kaedah inovasi melalui permainan video dalam pembelajaran berkemungkinan besar akan memberi rangsangan ketika menyelesaikan soalan latihan dan meningkatkan semangat murid. Oleh itu, adalah penting untuk mengkaji sama ada pembelajaran berasaskan permainan video boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi guru ketika di dalam kelas sambil menarik minat murid untuk terus belajar. Permainan video juga boleh menjadi suatu alat untuk mempelbagaikan kaedah dalam memberikan soalan atau bagi menyelesaikan persoalan yang masalah aritmetik. Tinjauan literatur bersistematik ini ditulis bagi menganalisis berkaitan penulisan dan kajian dalam pembelajaran berasaskan permainan video bagi subjek Matematik di sekolah rendah yang dilaksanakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. SOROTAN LITERATUR Amira Mohd Ishak dan Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2021) menyatakan permainan mudah alih mempunyai kualiti dan visualisasi yang cukup canggih kerana disokong oleh teknologi yang maju sehingga pemain lebih saling interaktif dan terasa hidup dalam permainan tersebut. Kajian Amira Mohd Ishak dan Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2021) terhadap permainan mudah alih Matematik
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 125 bertajuk sifir run adalah bagi topik darab. Walaupun permainan mudah alih sifir run ini masih diperingkat pembangunan, maklum balas telah diperoleh melalui responden awal yang terdiri daripada murid, guru dan ibubapa yang terlibat. Aplikasi permainan mudah alih sifir run ini telah mendapat reaksi yang agak positif dikalangan murid dan ibu bapa (Amira Mohd Ishak & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, 2021). Nur Syazwi Che Mohd Sukri dan Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2022) pula telah menggunakan permainan berkomputer dalam subjek Matematik bagi tajuk operasi asas. Sampel yang digunakan dalam kajian Nur Syazwi Che Mohd Sukri dan Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2022) adalah murid tahun dua. Pembangunan kepada permainan adalah menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop CS6, Adobe Illustrator CS6 dan juga Scratch 3.0 (Nur Syazwi Che Mohd Sukri & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, 2022). Nur Syazwi Che Mohd Sukri dan Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2022) melalui dapatan yang diperoleh, telah menganalisis dan menyatakan beberapa perkara yang perlu ditambah baik seperti: (a) maklumat yang disediakan perlu merangkumi keseluruhan subjek Matematik tahun dua dan tidak terhad kepada satu topik sahaja, (b) membangunkan permainan yang lebih menarik dan mencabar minda murid, dan (c) memperbanyakkan soalan pada kuiz dengan tahap tidak hanya terhad kepada enam soalan sahaja. Aqila Zahirah Zulfikri dan Abdul Halim Masnan (2022) mengkaji permainan interaktif yang akan digunakan terhadap pembelajaran kanak-kanak dengan membina buku interaktif untuk penghasilan imej hologram. Aqila Zahirah Zulfikri dan Abdul Halim Masnan (2022) menggunakan interaksi antara persekitaran sebenar dan dunia maya pada buku interaktif menggunakan aplikasi QR (quick response) code. Menariknya, Aqila Zahirah Zulfikri dan Abdul Halim Masnan (2022) menyatakan imbasan QR scanner membolehkan imej tiga dimensi (3D), atau lebih dikenali sebagai proses holografi menyebabkan cahaya akan disebar dan membina objek dalam posisi yang sama. Rafiee Jamian dan Hafsah Taha (2020) telah menganalisis sama ada terdapat hubungan antara aplikasi mudah alih dan sikap, minat serta pengetahuan asas matematik bagi murid tahun empat. Dapatan analisis Rafiee Jamian dan Hafsah Taha (2020) menunjukkan tarikan awal dan keseronokan yang terdapat pada aplikasi mudah alih telah menarik minat murid, namun begitu pencapaian dalam sesuatu topik itu meningkat adalah disebabkan latihan yang diselesaikan di dalamnya secara latih tubi.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 126 METODOLOGI Pengenalpastian (Identification) Pemilihan beberapa kertas atau artikel yang bersesuaian dengan laporan ini adalah berdasarkan proses semakan sistematik yang terdiri daripada tiga fasa utama. Langkah pertama adalah mengesan kata kunci yang berhubung, istilah serupa berdasarkan tesaurus, kamus, ensiklopedia dan kajian terdahulu. Selepas semua kata kunci yang berkaitan telah ditetapkan, rentetan carian dilakukan pada pengkalan data Google Scholar dan Semantic Scholar (Jadual 1) telah dibuat. Pada langkah pertama proses semakan sistematik, sebanyak 747 kertas kajian dan penulisan artikel diperoleh daripada semua pengkalan data. Jadual 1 Rententan Carian Google Scholar Anywhere in title: “pembelajaran berasaskan permainan video bagi subjek Matematik di Malaysia” Tarikh capaian: Mac 2023 Semantic Scholar Search: “pembelajaran berasaskan permainan video bagi subjek Matematik di Malaysia” Tarikh capaian: Mac 2023 Saringan (Screening) Pada langkah yang seterusnya, kesemua kertas kajian ini telah disaring berdasarkan beberapa kriteria kemasukan dan pengecualian yang telah dibina oleh penyelidik. Ini termasuk kajian berterusan, penyelidikan sistematik, semakan, meta-analisis, meta-sintesis, persidangan, prosiding, buku dan akhbar. Tahun yang dipilih untuk saringan adalah antara 2020 sehingga 2022. Pemilihan dikhaskan pada negara Malaysia sahaja. Secara keseluruhannya, 541 kertas kajian telah dikeluarkan mengikut kriteria saringan manakala 206 kertas kajian telah diterima. Kelayakan (Eligibility) Langkah ketiga adalah kelayakan dengan 206 artikel telah disediakan. Semua tajuk artikel dan kandungan utama telah disemak secara menyeluruh pada peringkat ini untuk memastikan keperluan kemasukan dipenuhi dan sesuai dengan matlamat penyelidikan semasa. Oleh itu, 193 artikel lagi dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat, manakala dua artikel telah dikeluarkan kerana ia berulang. Akhir sekali, 11 artikel tersedia untuk semakan (Jadual 2) dan carta alir carian literatur yang dicadangkan (Rajah 1).
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 127 Abstrak Data dan Analisis Rajah 1 Carta Alir Carian Literatur yang Dicadangkan Pengenalpastian Rekod dikecualikan Ikut kriteria; Alih keluar bukan Bahasa Melayu, < 2018, persidangan, prosiding, buku, akhbar. (n = 541) Pengenalpastian melalui pencarian Google Scholar Rekod selepas pengenalpastian Google Scholar (n = 722), Semantic Scholar (n = 25), (Jumlah = 747) Pemeriksaan Akses artikel yang layak (n = 206) Pengenalpastian melalui pencarian Semantic Scholar Teks penuh dikecualikan Teks penuh tidak memenuhi kriteria: • Bukan bidang • Tajuk tiada hubungan • Abstrak tidak signifikan • Objektif tidak sesuai Rekod dikeluarkan (n = 193) Saringan Rekod berulang dikeluarkan (n = 2) Terpilih Kajian termasuk dalam analisis kualitatif (n = 11)
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 128 Jadual 2 Kriteria Pemilihan yang Dicari Kriteria Kemasukan Pengecualian Bahasa Bahasa Melayu Bukan Bahasa Melayu Subjek Matematik Bukan Matematik Garis Masa 2020 - 2022 < 2019 Jenis Literatur Jurnal (Artikel) Persidangan, Prosiding, Buku, Akhbar. DAPATAN Ringkasan Dapatan Bil Pengarang Reka bentuk Negara Peringkat Pembelajaran berasaskan permainan video 1 Amira Mohd Ishak & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2021) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 2 Aqila Zahirah Zulfikri & Abdul Halim Masnan (2022) - Malaysia Pra Sekolah / 3 Azita Ali, Lutfiah Natrah Abbas & Azrina Mohmad Sabiri (2021) Kuantitatif Malaysia Universiti / 4 Connie Cassy Ompok & Alley Emison (2021) Kualitatif Malaysia Pra Sekolah / 5 Gayathiri A/P Subramaniam & Muhammad Sofwan Mahmud (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 6 Nur Syazwi Che Mohd Sukri & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 7 Mohd Adam Mohd Yusof & Siti Mistima Maat (2022) Kualitatif Malaysia Sekolah Rendah / 8 Rafiee Jamian & Hafsah Taha (2020) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah & Sekolah Menengah / 9 Rayner Tangkui (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah /
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 129 10 Siti Shahida Rasdi, Abdul Halim Masnan, Mahizer Hamzah, & Munirah Ghazali (2021) Kuantitatif & Kualitatif Malaysia Pra Sekolah / 11 Yong Faezah Rahim, Norfifah Bachok, Muhammad Asyraf Asbullah, Siti Hasana Sapar, Norihan Md Arifin, Ahmad Nazri Mohamad Som, Mohammad Hasan Abdul Sathar, Nor Fadzillah Mohd Mokhtar, Ezad Hafidz Hafidzuddin, & Mohammad Aidil Mohamat Johari (2020) Kuantitatif Malaysia Sekolah Menengah / Latar Belakang Artikel Kajian Berdasarkan 11 artikel yang telah dipilih, kesemuanya adalah diperoleh dari Malaysia dengan membincangkan beberapa jenis permainan video yang direka bentuk bagi meningkatkan kefahaman dalam subjek Matematik. Amira Mohd Ishak dan Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2021) telah menghasilkan aplikasi permainan mudah alih yang bertemakan pembelajaran sifir dengan diberi nama Sifir Run. Aplikasi ini aplikasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menghafal sifir dalam kalangan murid sekolah rendah. Aqila Zahirah Zulfikri dan Abdul Halim Masnan (2022) menjalankan kajian menggunakan permainan interaktif (hologram) yang merupakan kaedah belajar melalui bermain yang dapat memberikan pengalaman yang berbeza, unik dan menarik kepada kanak-kanak serta guru manakala Azita Ali et al. (2021) pula menggunakan sampel pelajar di peringkat universiti bagi menguji keberkesanan gamifikasi dalam pembelajaran. Ompok dan Emison (2021), dan Siti Shahida Rasdi et al. (2021) menumpukan kepada murid pra sekolah dengan menggunakan permainan berbentuk konkrit seperti Animal Spots Game, Game Board dan sebagainya. Subramaniam dan Muhammad Sofwan Mahmud (2022) menggunakan aplikasi Jamboard yang terdapat di dalam aplikasi Google bagi membentuk persekitaran konstruktivisme. Nur Syazwi Che Mohd Sukri dan Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2022) pula menegaskan bahawa melalui permainan atau aplikasi menarik, ianya akan menjadikan Matematik sebagai subjek yang memberi keseronokan kepada murid. Minecraft pada masa sekarang merupakan antara permainan video yang paling banyak dimuat turun dan dimainkan sepanjang zaman. Berdasarkan kepada kenyataan di atas, Tangkui (2022) telah
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 130 menghasilkan satu permainan asas bagi menguji tahap pencapaian dan motivasi murid tahun 5 pada topik perimeter dan luas. Artikel Rafiee Jamian dan Hafsah Taha (2020) pula hanya untuk mengenal pasti keperluan dan spesifikasi aplikasi mudah alih berdasarkan pendekatan bermain dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan murid sekolah rendah. Yong Faezah Rahim et al. (2020) juga mengkaji kesan dan persepsi murid terhadap penggunaan permainan Matematik terhadap 250 orang murid tingkatan dua di Selangor. Tahun penerbitan artikel dipilih dari tahun 2020 ke 2022. Dua artikel dari tahun 2020 (Rafiee Jamian & Hafsah Taha, 2020; Siti Sahida Rasdi et al., 2020), empat artikel dari tahun 2021 (Amira Mohd Ishak & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, 2021; Azita Ali et al., 2021; Connie & Emison, 2021; Yong et al., 2021) dan enam artikel dari tahun 2022 (Aqila Zahirah Zulfikri & Abdul Halim Masnan, 2022; Subramaniam & Muhammad Sofwan Mahmud, 2022; Nur Syazwi Che Mohd Sukri & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, 2022; Mohd Adam Mohd Yusof & Siti Mistima Maat, 2022; Mohd Adam Mohd Yusof & Siti Mistima Maat, 2022; Tangkui, 2022). Reka bentuk kajian yang terdapat pada 11 artikel tersebut adalah kuantitatif dan kualitatif. Tujuh artikel menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif (Amira Mohd Ishak & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, 2021; Azita Ali et al., 2021; Subramaniam & Muhammad Sofwan Mahmud, 2022; Nur Syazwi Che Mohd Sukri & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, 2022; Rafiee Jamian & Hafsah Taha, 2020; Tangkui, 2022; Yong et al., 2021), dua artikel menggunakan reka bentuk kajian kualitatif (Connie & Emison, 2021; Mohd Adam Mohd Yusof & Siti Mistima Maat, 2022), satu artikel yang menggunakan kedua-dua reka bentuk kajian iaitu kuantitatif dan kualitatif adalah hanya satu artikel (Siti Sahida Rasdi et al., 2020) dan satu artikel (Aqila Zahirah Zulfikri & Abdul Halim Masnan, 2022) tidak dinyatakan reka bentuk kajian yang digunakan. PERBINCANGAN Pembangunan Permainan Mudah Alih Beberapa artikel (Amira Mohd Ishak & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, 2022; Aqila Zahirah Zulfikri & Abdul Halim Masnan, 2022; Azita Ali et al., 2021; Nur Syazwi Che Mohd Sukri & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman, 2022; Tangkui, 2022) menyatakan bahawa melalui penggunaan permainan video yang menggunakan warna terang dan bunyi yang bersesuaian, ianya dapat menarik minat dan memberi impak positif kepada murid. Pembinaan model yang menggunakan ruang yang tidak terhingga juga dapat menjimatkan kos kepada guru dan tenaga pengajar yang lain.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 131 Permainan Interaktif Secara Gabungan Kajian yang dilakukan menggunakan interaktif secara hologram seperti di dalam kajian Ompok dan Emison (2021) semestinya boleh dianggap sebagai luar daripada kebiasaan namun memerlukan latihan yang berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan. Yong et al. (2020) juga menyatakan respon yang diberikan dan penglibatan murid adalah sangat memberansangkan. KESIMPULAN Tinjauan sistematik ini membincangkan tentang pembelajaran berasaskan permainan video bagi subjek Matematik sekolah rendah di Malaysia berdasarkan artikel dari tahun 2020 sehingga 2022. Jumlah penerbitan artikel pada setiap tahun menunjukkan peningkatan dan ini membuktikan bahawa kaedah permainan video boleh diterima sebagai salah satu alternatif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengkaji telah menggunakan pangkalan data Google Scholar dan Semantic Scholar bagi mendapatkan artikel berkenaan. Berdasarkan dapatan, permainan video boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah bagi meningkatkan pencapaian murid terutama melibatkan latihan di dalam kelas. RUJUKAN Amira Mohd Ishak, & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2021). Pembangunan permainan mudah alih matematik ’sifir run’ untuk pembelajaran topik darab bagi murid sekolah rendah. Journal of Engineering, Technology, and Applied Science, 3(3), 114-127. Aqila Zahirah Zulfikri, & Abdul Halim Masnan (2022). Penggunaan permainan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak: suatu inovasi. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 11(2), 48- 54. https://doi.org/10.37134/jpak.vol11.2.5.2022 Azita Ali, Lutfiah Natrah Abbas, & Azrina Mohmad Sabiri (2021). Keberkesanan pembelajaran gamifikasi dalam pencapaian pelajar bagi topik nombor kompleks. Online Journal for TVET Practitioners. 6(2), 108-122. Ompok, C. C., & Emison, A. (2021). Permainan Matematik untuk kanak-kanak Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(11), 181-189. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1155 Filsecker, M., & Hickey, D. T. (2014). A multilevel analysis of the effects of external rewards on elementary students’ motivation, engagement and learning in an educational game. Computers & Education, 75, 136-148. Hamari, J., Shernoff, D. J., Rowe, E., Coller, B., Asbell-Clarke, J., & Edwards, T. (2016). Challenging games help students learn: An empirical study on engagement, flow and immersion in game-based learning. Computers in Human Behavior, 54, 170-179. Ke, F. (2014). An implementation of design-based learning through creating educational computer games: A case study on mathematics learning during design and computing. Computers & Education, 73, 26-39.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.2 (2023) 132 Lester, J. C., Spires, H. A., Nietfeld, J. L., Minogue, J., Mott, B. W., & Lobene, E. V. (2014). Designing game-based learning environments for elementary science education: A narrative-centered learning perspective. Information Sciences, 264, 4-18. Mohd Adam Mohd Yusof & Siti Mistima Maat. (2022). Kesediaan murid tahun satu dalam mengikuti pembelajaran matematik secara kelas berbalik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(7), e001635. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i7.1635 Nur Syazwi Che Mohd Sukri, & Mohd Hishamuddin Abdul Rahman (2022). Permainan berkomputer mata pelajaran Matematik dalam tajuk operasi asas. Journal of Engineering, Technology and Applied Science, 4(2), 55- 66. https://doi.org/10.36079/lamintang.jetas-0402.378 Rafiee Jamian, & Hafsah Taha (2020). Analisis keperluan kebolehgunaan aplikasi mudah alih terhadap sikap, minat dan pengetahuan asas matematik tahun empat. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 10(1), 2232-0393. Siti Shahida Rasdi, Abdul Halim Masnan, Mahizer Hamzah, & Munirah Ghazali. (2021). Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan Game Board dalam pembelajaran operasi nombor kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 71-84. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.7.2021 Robertson, D., & Miller, D. (2009). Learning gains from using games consoles in primary classrooms: a randomized controlled study. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 1(1), 1641-1644. Subramaniam, G. & Muhammad Sofwan Mahmud (2022). Pelaksanaan pendekatan sosial konstruktivisme menggunakan Google Jamboard dalam PdP matematik terhadap pelajar tahun 4. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(11), e001923. https://doi.org /10.47405/mjssh.v7i11.1923 Tangkui, R. (2021). Kesan penggunaan Minecraft terhadap pencapaian dan motivasi murid tahun 5 dalam perimeter dan luas. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 12(2), 51–66. https://doi.org/10.37134 /jpsmm.vol12.2.4.2022 Wouters, P., & van Oostendorp, H. (2013). A meta-analytic review of the role of instructional support in game-based learning. Computers & Education, 60(1), 412-425. Yong Faezah Rahim, Norfifah Bachok, Muhammad Asyraf Asbullah, Siti Hasana Sapar, Norihan Md Arifin, Ahmad Nazri Mohamad Som, Mohammad Hasan Abdul Sathar, Nor Fadzillah Mohd Mokhtar, Ezad Hafidz Hafidzuddin, & Mohammad Aidil Mohamat Johari (2020). Kesan dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan permainan matematik melalui program ‘Jelajah Matematik’. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 5(37), 184-195.