The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiah binti Ismail IPGKPP, 2023-02-22 20:05:02

Booklet B5_Jurnal IPG 10(2)-Full

Booklet B5_Jurnal IPG 10(2)-Full

i JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP Volum 10: 2022(2) ISSN: 2756-8806 e-ISSN: 2756-8814 Terbitan JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG Persiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe, 11700 Gelugor Pulau Pinang Di bawah Inisiatif PPPM #112 IPGM


ii JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP Volum 10: 2022(2) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ISSN: 2756-8806 e-ISSN: 2756-8814 Hak cipta © 2022 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Hak cipta terpelihara. Sebarang petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekali pun termasuk elektronik, rakaman, fotokopi dan sebagainya tanpa keizinan atau kebenaran bertulis daripada penerbit. September 2022 Penerbit Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Persiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe, 11700 Gelugor Pulau Pinang No. Telefon: 04-6603100 Tajaan Percetakan: Institut Pendidikan Guru Malaysia Di bawah Inisiatif PPPM #112 Pencetak: Vanda Dynamic Sdn Bhd


iii SIDANG EDITORIAL JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP Volum 10: 2022(2) Penaung Dr. Azman Bin Jusoh Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang Penyelaras Dr. Aneesha Binti Hamid Ketua Editor Dr. Norabiatul Adawiah Binti Abd Wahid Penasihat Sidang Pengarang Prof Dr Yeong Yik Sung Universiti Malaysia Terengganu Prof Madya Dr Ooi Boon Keat Management Science University Dr Ching Ting Ho Universiti Malaya Dr Nabisah binti Ibrahim Universiti Utara Malaysia


iv Editor Bersekutu Dr. Muhammad Raini Bin Mat Rahim Dr. Khoo Bee Lee Dr Teh Chiew Lan Dr Yeoh Poh Choo Dr Lina Lee Gay Wah Dr. Mohamad Faizel bin Ali Dr. Parvinder Singh a/l Amar Singh Dr Nor’Aziah binti Ahamad Shatar Editor Dr. Loh Siew Lee Dr. Noorashid Bin Din Noraini Binti Lapawi Faizul Hasmi Bin Abu Hasan Kam Lay Kuan Foo Lay Khuan Dr Suah See Ling Dr Mohanaraju a/l Annamalai Dr Tan Lay Koon Dr Lavaneesvari a/p Manogaran Jawatankuasa Penerbitan, Penataran dan Komersialisasi Susun Atur & Grafik Dr. Noorashid Bin Din Dr Hasnul Hisham Bin Hashim


iv KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Kata Alu-Aluan Pengarah vi 2. Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah vii 3. Sekapur Sirih viii 4. Pemanfaatan Kemahiran Digital Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar IPG Kampus Normi binti Mohd Dali Wan Roslina binti Wan Ismail, Ph.D Nafishah binti Jusoh Arfah binti Ahamad 1-12 5. Penerimaan Murid Terhadap Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Berasaskan STEM di Sekolah Rendah Suraya binti Bahrum Roslina binti Suratnu Haslinda binti Mohammad Saad Norsalawati binti Wahid 13-23 6. Pengujian Modul Pentaksiran Alternatif dalam Pengajaran Matematik Tahun Satu Mas Norbany binti Abu Samah , Ph.D Yuslaini binti Yunus , Ph.D Nur Ruzaini binti Che Mansor 24-31 7. Pelaksanaan Pengajaran Kaedah 4-Langkah di Kolej Vokasional Taiping : Cabaran dan Cadangan Penambahbaikan. Mohammad Hazrul bin Md Jori 32-43 8. Cabaran Pelajar Diploma Akuakultur, Politeknik Sandakan, Sabah Mengikuti Pembelajaran Secara Atas Talian: Suatu Pemerhatian Awal Siti Norisikin binti Abas Mohamad Azri bin Mohammad 44-49 9. Electric Colour Kit (ECK): Membantu Meningkatkan Tahap Pencapaian Murid Melalui Pendekatan Teknik Warna Noor Hafiza binti Md Omar Noor Shazwani binti Kamarrudin Nurul Wadiatul Asfah binti Puyad 50-56 10. Inovasi Digitajwid Dapat Meningkatkan Penguasaan Hukum Tajwid dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Sharifah Ummu Hakiimah Binti Syed Hamid Siti Hajar Binti Fauzidan Nur Aliya Binti Subahir Nur Dini Nasrihah Binti Che Hussin 57-72 11. Penggunaan Tetapan Bahasa Melayu dalam Permainan Digital : Impak Kepada Siswa Guru Mohd Azuwan bin Reji Ahmad Fauzan bin Ahmad Lasa 73-80


v 12. Penggunaan “Rumah Ajaib Digital” untuk Penguasaan Kemahiran Penambahan Masa dan Waktu bagi Murid Tahun Tiga Low Jia Yi Ong Sheue Wei Ng Kok How Kalaivani a/p Shanmugam 81-92 13. Kaedah Cross Line: Meningkatkan Kemahiran Mendarab dalam Kalangan Murid Tahun Empat See Ching Ying Saraswathy a/p Sinnasamy 93-102


KATA ALU-ALUAN vi Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, saya dapat menuliskan sepatah dua kata dalam jurnal penyelidikan yang diterbitkan sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi, Pulau Pinang (PINANG 2022) STEM Digital. Budaya penyelidikan dan penulisan akan dapat melonjakkan kecemerlangan Institut Pendidikan Guru (IPG) ke arah memenuhi matlamat transformasi IPG, iaitu menjadi Institut Pengajian Tinggi Utama untuk meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui latihan dan pembangunan pendidikan guru. Selain itu, keupayaan yang tinggi dalam penyelidikan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan berupaya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Justeru itu, penganjuran Seminar Penyelidikan dan Inovasi, Pulau Pinang (PINANG 2022) STEM Digital dan penerbitan jurnal penyelidikan ini adalah selaras dengan anjakan ke-4 Transformasi Profesion Keguruan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang, Jawatankuasa Penerbitan Jurnal dan semua pihak yang telah berkhidmat secara berpasukan bagi menjayakan penerbitan jurnal penyelidikan bagi tahun 2022. Sekian, terima kasih. “STEM Pemacu Pendidikan Era Digital Norma Baharu” DR. AZMAN BIN JUSOH DR. AZMAN BIN JUSOH PENGARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG


KATA ALU-ALUAN vii DR. MOHD AZHAR BIN BAHARI TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Institut Pendidikan Guru bertanggungjawab dan berperanan penting bagi memastikan warga pendidik memantapkan profesionalisme dengan meluaskan aspek pembacaan, penyelidikan dan inovasi untuk menjamin Transformasi Profesion Keguruan dapat terlaksana dengan jayanya. Selaras dengan itu para pensyarah, guru dan siswa guru perlu dilibatkan secara aktif terutamanya dalam menguasai aspek penyelidikan supaya pembudayaan aspek ini dapat disebatikan dalam kalangan warga pendidik. Sebagaimana yang kita sediamaklum bahawa dunia pendidikan adalah bersifat dinamik, sentiasa berubah dan akan terus berubah sejajar dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi pada masa kini. Oleh itu,sebagai warga pendidik sudah sewajarnya berasa terpanggil untuk mengikuti perubahan ini dan sentiasa mengamalkan kaedahkaedah yang bersesuaian untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia. Penerbitan Jurnal Penyelidikan Volum 10 sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi, Pulau Pinang (PINANG 2022) STEM Digital ini boleh dijadikan sebagai langkah membudayakan Penyelidikan & Inovasi dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pendidik. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menerbitkan jurnal ini. Segala jasa baik semua pihak dapat saya rakamkan dalam pantun berikut: Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung. Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik bagai nak junjung. Selamat Maju Jaya. “STEM Pemacu Pendidikan Era Digital Norma Baharu” DR. MOHD AZHAR BIN BAHARI


viii SEKAPUR SIREH KETUA JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI IPG KAMPUS PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selain daripada menghasilkan guru-guru permulaan, penghasilan kajian, inovasi dan penerbitan juga merupakan sebahagian tugas pensyarah. Hal ini sangat penting kerana kita bukan lagi pengguna pelbagai teori dan dapatan orang lain tetapi menjadi perintis dan pencipta pelbagai teori dan dapatan baharu. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penyelidik kerana telah berjaya berkongsi kajian dan dapatan kajian dalam Seminar Penyelidikan dan Inovasi, Pulau Pinang (PINANG 2022) STEM Digital. Semua artikel penyelidikan yang berkualiti dan terpilih dalam Seminar PINANG 2022 diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan Kampus Pulau Pinang. Saya juga percaya bahawa jurnal ini dapat dimanfaatkan dalam amalan perkongsian ilmu terutamanya dapatan dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan dengan STEM digital. Semoga jurnal penyelidikan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti warga pendidik dan sistem pendidikan negara. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang dan semua penyelidik yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan penerbitan Jurnal Penyelidikan, Volum 10, IPG Kampus Pulau Pinang. Sekian, terima kasih. DR. ANEESHA BINTI HAMID., PKT


1 PEMANFAATAN KEMAHIRAN DIGITAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR IPG KAMPUS NORMI BINTI MOHD DALI1 , WAN ROSLINA BINTI WAN ISMAIL, Ph.D2 , NAFISHAH BINTI JUSOH3 , ARFAH BINTI AHAMAD4 IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM1,2,3,4 Abstrak Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, revolusi internet dan teknologi komunikasi telah berkembang dengan pesat dan menyebabkan kemunculan pelbagai rangkaian multimedia interaktif termasuklah pembelajaran digital. Kajian ini bertujuan mengkaji pemanfaatan kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPGK. Seramai 231 orang responden daripada pelajar PPISMP kursus Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajaranterhadap kemahiran digital dalam kalangan pelajar-pelajar IPGK. Kajian ini telah menggunakan kaedah campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif. Analisis dekskriptif telah digunakan untuk menguji tahap pemanfaatan digital. Sementara itu, kaedah pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan dalam kajian ini bagi meninjau bagaimana kemahiran digital digunakan oleh responden. Analisis kajian ini telah ditriangulasikan untuk mendapat dapatan yang sahih dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian mendapati responden kajian telah memanfaatkan kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, hasil kajian ini juga telah menunjukkan responden memiliki tahap kemahiran digital yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pemanfaatan digital telah menjadikan pengajaran dan pembelajaran pelajar lebih mantap dan dinamik. Hal ini selaras dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 bahawa penggunaan digital merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh golongan pelajar masa kini. Kata kunci: Pemanfaatan, digital, tahap, kemahiran dan penggunaan PENDAHULUAN Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, revolusi internet dan teknologi komunikasi telah berkembang dengan pesat dan menyebabkan kemunculan pelbagai rangkaian multimedia interaktif termasuklah pembelajaran digital. Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubah sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi Internet telah mencabar konsep dan teoripendidikan tradisional seperti konsep bilik darjah serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Konsep kemahiran digital dalam pendidikan tinggi di Malaysia bukanlah satu konsep yang baharu. Konsep ini telah lama dibincangkan dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Negara pada tahun 2013. Menurut Yoon dan Shim (2012), pembelajaran digital telah mula diperkenalkan pada tahun 1999 oleh Jay Cross. Berdasarkan perkembangan dan teknologi pada masa itu, pendidikan digital telah diklasifikasikan dengan pelbagaiterminologi yang berbeza termasuklah pembelajaran berasaskan internet, pembelajaran berasaskan web, pembelajaran atas talian dan pembelajaran jarak jauh. American Society of Training and Education (ASTD) mentakrifkan pembelajaran digital sebagai proses mengaplikasikan media digital ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Aplikasi ini merangkumipembelajaran berasaskan rangkaian, pembelajaran berasaskan komputer, bilik darjah maya dan kerjasama digital. Antilla, Valimaki, Hatonen, Luukkaala, dan Kaila (2012) menganggap pembelajaran digital sebagai satu kaedah mendapatkan bahan pengajaran digital untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian atau bersemuka dengan rangkaian wayar atau tanpa wayar. Pemanfaatan kemahiran digital sebagai satu kemahirandalam pembelajaran sudah mengalami pengembangan yang signifikan. Penggunaan digital dalam pengajaranini memberikan keragaman dalam inovasi pendidikan. Pembelajaran yang terjadi di era revolusi industi 4.0 dewasa ini, diharapkan dapat mengembangkan kemampuan pelajar. Konsep pembelajaran teradun dan penaiktarafan fasiliti digital di insitusi pendidikan telah digariskan dengan jelas. Pada tahun 2018 pula Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan garis panduan untuk pelaksanaan pendidikan berasaskan konsep revolusi industri keempat. Secara dasarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensasarkan objektif pendidikan nasional untuk menghasilkan pelajar yang lebih mahir dalam pembelajaran kendiri yang menggunakan sumber Web 2.0


2 sebagai sumber rujukan pembelajaran dan mampu menetapkan hala tuju proses pembelajaran mereka sendiri. Kementerian juga menggariskan bahawa pendidikan pada era revolusi industri keempat menggalakkan pensyarah di institusi pengajian tinggi menjalankan peranan sebagai fasilitor pembelajaran dan bukan lagi menjadi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun telah lama dibincangkan, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digital masih lagi eksklusif dalam kalangan golongan tertentu seperti pakar bidang. Tidak dinafikan setiap institusi pengajiantinggi telah menjalankan usaha-usaha yang signifikan dalam mempertingkatkan fasiliti dan kualiti pembelajaran secara digital. Penggunaan teknologi pemanfaatan kemahiran digital dalam pembelajaran akan menjadikan pelajar memiliki potensi untuk meningkatkan keterlibatan dalam proses pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan perlu dipertingkatkan terutama dalam penyampaian maklumat dalam sistem pembelajaran semasa kepada pelajar di Universiti Awam oleh para pendidik. Keperluan seperti ini penting untuk selaras dengan kemajuan era pada masa kini iaitu era digital yang di mana para pelajar cenderung untuk berfikiran lebih kreatif dan inovatif. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran ini juga dapatmeningkatkan hasil kerja para pelajar yang bahharu dan berkualiti. PENYATAAN MASALAH Kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat sangat diperlukan pada masa kini. Hal ini perlu kerana seiring dengan perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang semakin meningkat. Pengajaran dan pembelajaran tradisional yang hanya melibatkan penggunaan buku teks dan papan hitam sahaja sudah tidak relevan pada pada masa kini. Dalam pada itu, kecemerlangan akademik bukan sahaja boleh dicapai melalui minat pelajar terhadap penggunaan teknologi sahaja, malah secara tidak langsung turut melibatkan beberapa pembolehubah lain seperti persekitaran tempat belajar, motivasi dan sumber latar belakang diri pelajar. Justeru itu, faktor kemahiran atau kepakaran dalam pembelajaran atas talian berkonsepkan pembelajaran digital dapat menongkah arus perdana dengan begitu cemerlang. Namun, biasanya terdapat pelbagai kekangan kepada pelajar untuk cemerlang dalam bidang yang diceburi seperti latar belakang seseorang pelajar dan tahap pontensi individu sendiri. Dengan ini, yang dikenal pasti mempengaruhi pencapaian pelajar perlu ditangani supaya dapat menghasilkan graduan berkualiti dan menyumbang idea untuk memajukan masyarakat dan negara pada masa hadapan. Berdasarkan pembacaan pengkaji merasakan terdapat pengaruh daripada kemudahan teknologi dan telah meningkatkan motivasi pelajar yang akan membentuk kesedaran pelajar ke atas perlaksanaan pembelajaran digital. Oleh yang demikian kajian ini akan cuba meneroka bagaimana pemanfaatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan sikap mereka terhadap sesuatu kursus yang diikuti. Selain itu kajian-kajain mengenai pemanfaatan digital dalam Bahasa Melayu masih kurang dibincangkan oleh penyelidik-penyelidik masa kini. Objektif Kajian 1. Meninjau pemanfaatan kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalamkalangan pelajar IPG kampus. 2. Mengenal pastisikap pelajar terhadap kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPG kampus. Persoalan Kajian 1. Bagaimanakah pemanfaatan kemahiran digital serta pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalamkalangan pelajar IPG kampus? 2. Apakah sikap pelajar terhadap kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalamkalangan pelajar IPG kampus? Batasan Kajian


3 Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar PPISMP di salah sebuah kampus di Utara dan tidak boleh digenaralisasi untuk mewakili seluruh pelajar-pelajar IPGK lain. Hal ini kerana kajian hanya menggunakan sampel yang kecil dan hanya boleh digeneralisasi di IPGK kajian ini dilaksanakan. Kepentingan Kajian Diharapkan kajian dapat memberi maklum balas kepada pensyarah-pensyarah di kampus ini bahawa pemanfaatan digital dapat dilaksanakan dalam kalangan pelajar-pelajar. Selain itu dapatan kajian ini menjadi satu rangka rujuk kepada penyelidik-penyelidik lain untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam dan terperinci. Di samping dapat memberi maklum balas kepada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia bahawa pemanfataan digital dalam kalangan pelajar IPGK mampu mengubah landskap pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kuliah. KAJIAN LITERATUR Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan perlu dipertingkatkan terutama dalam penyampaian maklumatdalam sistem pembelajaran semasa kepada pelajar-pelajar di IPT. Hal ini penting untuk selaras dengan kemajuan era kini iaitu era digital yang pelajar-pelajarnya cenderung untuk berfikiran lebih kreatif dan inovatif.Penggunaan teknologi dalam pembelajaran ini juga dapat meningkatkan hasil kerja para pelajar yang berkualititinggi dan baharu. Menurut pandangan Kern (2006) teknologi berfungsi sebagai perantara antara guru denganpelajar. Noradilah Aziz dan Lai Wei Sieng (2019) menyatakan bahawa golongan remaja yang terdedah dengan teknologi maklumat lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam perkongsian maya melalui media sosial serta mempelajari tatabahasa dan perbendaharaan kata. Manakala Rader dan Wilhelm (2001) mendapati bahawa kaedah ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat yang dikehendaki dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik. E-pembelajaran adalah seperti Ifolio di mana bertujuan untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran seperti berkemampuan untuk menyimpan dan berkongsi maklumat di mana maklumat tersebut dapat disampaikan kepada semua penggunadalam masa yang sama serta kaedah ini juga dapat memfokuskan kepada pandangan yang lebih meluas berbanding kaedah pengajaran dan pemebelajaran yang tradisional. Kajian Kop (2011) menyatakan bahawa satu sumbangan terbesar teknologi internet dalam dunia pendidikan adalah dari segi penyebaran kandungan pembelajaran tanpa sempadan. Sheila Michael & Abdul Said Ambotang (2020) dalam kajiannya mendapati teknologi digital mempunyai pengaruh terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Manakala Johari Hassan dan Fazliana Rashida Abdul Rahman ( 2011) mendapati bahawa kemudahan ICT yang digunakan oleh para pendidik adalah tinggi tetapi kekerapan pendidik menggunakan kemudahan serta peralatan ICT yang telah disediakan dalam proses P&P adalah sederhana manakala sambungan internet mengalami gangguan merupakan kekangan utama terhadap keperluan serta penggunaan ICT dalam proses P&P. Zuraini, Fatimah, Hasmawati, dan Noresah (2006) menjelaskan penggunaan ICT memang diakui sebagai suatualatan yang berupaya membantu menambahbaikkan dan meningkatkan prestasi pelajar terutama pelajar jarak jauh. Qureshi, Morton, dan Antosz (2000) turut menyatakan pelajar pendidikan jarak jauh menggunakan mod pembelajaran kendiri, telesidang audio dan video, dan portal pengajaran dan pembelajaran digital mempunyai tahap motivasiyang kurang berbanding dengan tahap motivasi pelajar semasa dalam kampus. Dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian Parrott (1995) dan Wilis (2002) mendapati pelajar pendidikan jarak jauh mempunyai motivasi yang tinggi. Pembelajaran pendigitalan dikatakan berupaya meningkatkan motivasi pembelajaran. Kajian Theodoropoulos, Antoniou, dan Lepouras (2017) telah membuktikan permainan berbentuk digital dalam mempelajari pengaturcaraan komputer boleh diguna pakai sebagai persekitaran pembelajaran yang berkesan dan meningkatkan motivasi pelajar kerana dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang


4 berkualiti tinggi. Pada masa yang sama, Hosseini, Maxwell dan Mehrnaz (2019) turut menyatakan pembelajaran berasaskan digital atau teknologi telah menerima perhatian yang ketara dalam pedagogi pendidikan sebagai cara yang berkesan untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar di dalam kelas. Hal yang sama jugadibincangkan dengan kajian Dan Wang dan Mas Nida (2020) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran digital dalam subjek bahasa mempunyai pengaruh yang positif terhadap hasil pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di dalam kelas. METODOLOGI Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kaedah campuran iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab soalan kajian. Kaedah tinjauan digunakan untuk meninjau tahap pemanfaatan kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar PPISMP bahasa Melayu. Syed Arabi Idid (1992) menyatakan kaedah tinjauan merupakan satu kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk mengumpul data daripada satu populasi. Manakala kajian menggunakan pendekatan kualitatif untuk membuat pemerhatian terhadap pembentangan tugasanyang dibuat oleh pelajar yang memanfaatkan kemahiran digital. Selain itu, analisis dokumen juga dibuat terhadap kerja-kerja kursus yang dijalankan oleh pelajar-pelajar semasa mereka berada dalam Program Persediaan Ijazah Perguruan Malaysia (PPISMP). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan pemahaman dan penjelasan terperinci gambaran sebenar proses kecekapan penggunaanemahiran digital dalam kalangan pelajar. Data kuantitatif ialah daripada soal selidik serta data kualitatif daripada hasil pemerhatian dan analisis dokumen. Menurut Mohamad Najib (1999), pengukuran afektif boleh dilaksanakan melalui dua kaedah, iaitu cara pemerhatian dengan catatan menggunakan rekod atau senarai semak, dan cara ujian melalui kaedah tinjauan atau proses temu bual. Dari segi teknikal, data yang dimanipulasikan melalui ujian atau soal selidik mudah diuruskan setelah dibina dengan baik dan data juga senang diproses untuk dianalisis. Proses akhir sekali data-data ini telah ditriangulasikan untuk mendapatkan kesahihan maklumat dan gambaran yang lebih mendalam. Sampel Kajian Seramai 231 orang pelajar PPISMP dari kursus Bahasa Melayu Sekolah Rendah dipilih sebagai responden kajian. Mereka terdiri daripada 39 orang pelajar lelaki dan 192 orang pelajar perempuan. Rseponden kajian dipilih berdasarkan persampelan bertujuan kerana penggunaan persampelan ini adalah untuk membolehkan pengkajimenentukan responden yang sesuai dan khusus dengan tujuan kajiannya. Menurut Bailey (2006), bilangan yang dipilih untuk persampelan bertujuan sentiasa kecil, yang penting ialah peserta yang dipilih itu kaya dengan informasi untuk kajian yang sistematik. Instrumen Kajian Instrumen diadapatasikan berdasarkan kajian Norizan (2000) yang menyatakan bahawa teknologi maklumat membawa perubahan kepada PdP di bilik darjah. Namun begitu instrumen kajian ini diubahsuai mengikut keadaan, lokasi, sasaran dan kesesuaian kajian. Instrumen ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagianA mengenai latar belakang responden. Sementara bahagian B mengemukakan soalan mengenai penggunaan kemahiran digital yang dapat membantu pelajar-pelajar Pengajian Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran, manakala bahagian C menjawab soalan berkaitan penggunaan kemahiran digital meningkatkan sikap belajar pelajar. Instrumen ini ditadbirkan secara dalam talian kepada responden. Instrumen kajian telahmengemukakan 16 soalan kajian dengan menyertakan 5 skala Likert, iaitu sangat setuju, setuju, kurang setuju,tidak setuju dan sangat tidak setuju.


5 Jadual 1 Instrumen Kajian Penggunaan Digital Membantu Pelajar-Pelajar Pengajian Melayu Bil Soalan 1. Saya lebih berminat terhadap kursus yang diikuti. 2. Saya lebih memahami tajuk kandungan yang dipelajari 3. Penggunaan digital membantu interaksi saya dengan kawan-kawan lebih aktif dan spontan 4. Penggunaan digital menggalakkan aktiviti berpusatkan pelajar 5. Penggunaan digital membantu cara pembelajaran kendiri yang lebih efektif 6. Penggunaan digital membantu saya mengikuti sesi kuliah di mana sahaja. 7. Penggunaan digital membantu saya menguruskan urusan kuliah di luar waktu pengajaran di luar waktu kuliah. 8. Penggunaan digital telah meningkatkan peranan pensyarah sebagai instruktor atau fasilitator yang dapat membantu pelajar pada bila-bila masa. Jadual 2 Penggunaan Digital Meningkatkan Sikap Belajar Pelajar Bil Soalan 1. Saya berasa lebih positif apabila menggunakan kemahiran digital dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan kursus saya 2. Saya lebih memahami konsep dan prinsip sesuatu topik yang dipelajari. 3. Saya mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat digunakan dalam bidang-bidang lain 4. Saya berasa lebih bersemangat untuk meneroka ilmu-ilmu kebahasaan dengan lebih mendalam 5. Saya sentiasa menemui maklumat baharu dan bahan-bahan yang amat menarik mengenai kursus yang diikuti. 6. Saya seronok meneroka ilmu-ilmu baharu melalui digital. 7. Saya dapati penggunaan digital tidak membosankan untuk lebih berdaya kreativiti dan imaginasi dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti yang dicadangkan oleh pensyarah. 8. Saya berasa yakin apabila membentangkan sesuatu tajuk dengan menggunakan digital. Pemerhatian Kajian ini juga turut membuat pemerhatian terhadap kemahiran digital yang digunakan oleh pelajar semasa membentangkan kerja kursus yang dijalankan oleh mereka melalui video yang dihantarkan kepada pensyarah-pensyarah. Dua kerja kursus telah dipilih untuk dibuat pemerhatian iaitu, persembahan bagi kursus BMMB 1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan BMMB1094 Kemahiran Bahasa Melayu. Analisis Dokumen Analisis dokumen dijalankan ke atas tugasan kerja kursus yang dimuat naik dalam Google Classroom oleh responden untuk kedua-dua kursus. Selain itu mereka perlu memuatkan bahan tugasan mereka dalam Youtubeuntuk tatapan umum. Proses Pengumpulan Data Proses pengumpulan data kajian ini telah ditringulasikan berdasarkan bahan-bahan yang diperolehi oleh pengkaji-pengkaji. Sumber daripada soal selidik, hasil pemerhatian dan analisis dokumen telah ditringulasikansebaik sahaja proses pengumpulan data berlaku. Tringulasi ialah kombinasi beragam sumber data, tenaga pengkaji, teori, dan teknik metodologi dalam suatu pengkajian (Denzin,1978). Dalam kajian ini, empat orang pensyarah dipilih dan mendapat persetujuan daripada mereka untuk menjalankan kajian ini. Pensyarah-pensyarah tersebut dipilih berdasarkan dua kriteria, iaitu pensyarah yang


6 mengajar kursus tersebut dan pensyarah yang memiliki kepakaran dalam bidang bahasa Melayu. Oleh yang demikian, kajian ini telah menggunakan pelbagai teknik yang dianggap mampu untuk memberi peluang kepada proses pengesahan dapatan yang lebih baik dan boleh dipercayai. Selain itu, teknik ini dapat meningkatkan kesahan dan kesahihan dapatan kerana setiap data yang diperoleh daripada satu teknik dapat diperkuatkan lagi oleh teknik yang lain. Analisis Data Kebolehpercayaan Analisis data telah dijalankan berdasarkan proses pengumpulan yang telah ditetapkan berdasarkan kriteriakriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji-pengkaji. Berdasarkan analisis cronbach alpha didapati instrumen ini mempunyai kesahan yang sederhana iaitu 0.70. Hal inisejajar dengan cadangan Merriam (2001), bahawa kesahan berkaitan dengan bagaimana dapatan kajian sepadan dengan realiti sebenar. Manakala kebolehpercayaan merujuk kepada setakat mana dapatan kajian boleh diulang semula untuk memberikan hasilyang sama (Merriam 2001). Namun, dalam pendekatan kualitatif kebolehpercayaan boleh merujuk kepada sejauhmana sesuatu tingkah laku, perbuatan atau sesuatu peristiwa itu berulang. Sementara itu, Wiersma pula(2000), menyatakan bahawa pengulangan itu boleh berlaku melalui proses pemungut yang berterusan dan berulang dengan pelbagai cara. Demografi Soal selidik telah diedar kepada dua ratus empat puluh enam orang (246) orang responden tetapi hanya dua ratustiga puluh satu (231)responden yangmenjawab soalselidik yang diberi. Seramai 192 orang atau (83.1%) responden perempuan dan 39 orang responden lelaki. Hasil pengumpulan data Berdasarkan pengumpulan data daripada soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen yang telah ditringulasikan untuk menjawab soalan kajian. Langkah pertama yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji telah menjalankan sesi pemerhatian dan penilaian. Hasil pemerhatian dan penilaian, tersebut pengkaji-pengkaji mendapati hasil rakaman video telah dihasilkan oleh responden telah dibuat itu, sememangnya mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa Melayu. Penilaian telah dibuat berdasarkan kriteria-kriteria yang telahitetapkan dan pengkaji-pengkaji semasa meneliti hasil rakaman video. Proses seterusnya pengkajipengkaji meninjau hasil tugasan yang dihasilkan oleh responden berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dipilih. Antara kriteria yang jelas ditunjukkan oleh responden mendapati hasil tugasan menunjukkan responden boleh mengaplikasikan digital dengan menerapkan elemen-elemen kandungan yang mereka pelajari dalam kedua- dua kursus yang mereka ikuti. Mereka memahami elemen-elemen kandungan keduadua kursus dan pemanfatan digital memudahkan mereka menyampaikan semula elemen-elemen seperti sejarah, tokoh-tokoh,sumbangan dan kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam kedua-dua kursus. Analisis soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden. Sementara bahagian B mengemukakan soalan mengenai penggunaan kemahiran digital yang dapat membantupelajar-pelajar Pengajian Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran, manakala bahagian C menjawab soalanberkaitan penggunaan kemahiran digital meningkatkan sikap belajar pelajar Analisis data dibuat untuk menjawab soalan-soalan berikut : 1. Bagaimanakah pemanfaatan kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayudalam kalangan pelajar IPG kampus? Berdasarkan soalan pertama iaitu saya lebih berminat terhadap kursus yang diikuti menunjukkan 32.3% (74 orang) sangat setuju manakala 65.4% (151 orang) menunjukkan setuju, 2.2% ( 5 orang ) kurang setuju dan 0.4% seorang) tidak setuju. Dapatan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah.


7 Rajah 1 Saya Lebih Berminat Terhadap Kursus Yang Diikuti Seterusnya soalan kedua menunjukkan 22.7% (52 orang) sangat setuju mereka lebih memahami tajuk kandungan yang diberi. Manakala 70.3% ( 163 orang) setuju dan 6.5% ( 15 orang) kurang setuju dan 0.4% (seorang) tidak setuju. Dapatan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah. Rajah 2: Saya Lebih Memahami Tajuk Kandunan Yang Dipelajari Soalan ketiga mendapati 37.2% (86 orang) sangat setuju bahawa penggunaan digital membantu interaksi mereka dengan kawan-kawan lebih aktif dan spontan, manakala 57.6% (134 orang) setuju dan 4.8% ( 11 orang) kurang setuju. Soalan keempat pula menujukkan 32.8% (75 orang) sangat setuju bahawa penggunaan digital menggalakkanaktiviti berpusatkan pelajar, manakala 63.2% (146 orang) setuju dan 3.9% ( 9 orang) kurang setuju dan 0.4% (seorang ) tidak setuju. Soalan kelima pula menujukkan 39.7% (91 orang) sangat setuju bahawa penggunaan digital membantu carapembelajaran kendiri yang lebih efektif, manakala 57.6% (133 orang) setuju dan 3% ( seorang) kurang setuju.Soalan keenam mendapati 58% (134 orang) sangat setuju bahawa penggunaan digital membantu mereka mengikuti sesi kuliah di mana sahaja, manakala 38.1% (88 orang) setuju dan 3.9% ( seorang) kurang setuju. Soalan ketujuh mendapati 45.5% (105 orang) sangat setuju bahawa penggunaan digital membantu merekamengurus urusan kuliah dan di luar waktu kuliah, manakala 53.2% (123 orang) setuju dan 1.3% ( seorang)kurang setuju. Soalan kelapan mendapati 42.9% (99 orang) sangat setuju bahawa penggunaan kemahiran digital telah meningkatkan peranan pensyarah sebagai instruktor atau fasilitator yang dapat membantu pelajar pada bila-bila masa, manakala 53.7% (124 orang) setuju dan 3.5% ( 8 orang) kurang setuju. Dapatan ini ditunjukkan dalam rajah 3 di bawah. Berdasarkan 8 item yang dikemukakan, item keenam mendapati pelajar mendapat pemanfaatan digital sangatsetuju bahawa penggunaan digital membantu mereka mengikuti sesi kuliah di mana sahaja. Ini dikuti dengan item 7 bahawa penggunaan digital membantu mereka mengurus urusan kuliah dan di luar waktu kuliah. Seterusnya dikuti dengan item 8 iaitu penggunaan kemahiran digital meningkatkan peranan pensyarah sebagaiinstruktor atau fasilitator yang dapat membantu pelajar pada bila-bila masa. Diikuti dengan item 1 iaitu pelajarlebih berminat terhadap kursus yang diikuti. Saya lebih berminat terhadap kursus yang diikuti 200 150 100 50 0 Sangat setuju Setuju Kurang setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju peratus bil Saya lebih memahami tajuk kandungan yang dipelajari 200 150 100 50 0 Sangat setuju Setuju Kurang setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju peratus bil


8 Rajah 3: penggunaan kemahiran digital telah meningkatkan peranan pensyarah sebagai instruktor atau fasilitator yang membantu pelajar pada bila-bila masa 2. Apakah penggunaan digital meningkatkan sikap belajar dalam pengajarandan pembelajaran bahasaMelayu dalam kalangan pelajar IPG kampus? Soal selidik bahagian 3 item Penggunaan Digital Meningkatkan Sikap Belajar Pelajar pula mendapati: Soalan pertama iaitu Saya berasa lebih positif apabila menggunakan digital dalam menyelesaikanmasalahmasalah mengenai kursussaya menunjukkan 35.1% (81orang) sangatsetuju manakala 58.9% (136orang) setuju dan 6.1% ( 14 orang ) kurang setuju. oalan kedua iaitu saya lebih memahami konsep dan prinsip sesuatu topik yang dipelajari menunjukkan26.0% (60 orang) sangat setuju manakala 63.6% (147 orang) menunjukkan setuju dan 10.4% ( 24 orang ) kurang setuju. Soalan ketiga iaitu saya mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebihlama dan dapat digunakan dalam bidang-bidang lain menunjukkan 28.1% (65 orang) sangat setuju manakala 64.1% (148 orang) menunjukkan setuju, 6.9% ( 16 orang ) kurang setuju dan 0.9% (2 orang) tidak setuju. Soalan keempat iaitu saya berasa lebih bersemangat untuk meneroka ilmu-ilmu kebahasaan dengan lebih mendalam menunjukkan 31.2% (72 orang) sangat setuju manakala 65.8% (152 orang) menunjukkan setuju dan 3.1% ( 7orang ) kurang setuju. Dapatan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah. Rajah 4: Saya berasa lebih bersemangat untuk meneroka ilmu-ilmu kebahasaan dengan lebih mendalam Berdasarkan analisis yang dijalankan didapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap pemanfaatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar PPISMP. Sebanyak lapan itemtelah dikemukakan menunjukkan peratus yang bersetuju dan sangat setuju sangat tinggi. Hal ini menunjukkanitem-item yang digunakan untuk menguji penggunaan digital meningkat sikap pelajar terhadap pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu sewaktu kuliah. Penggunaan kemahiran digital telah meningkatkan peranan pensyarah sebagai instruktor atau fasilitator yang dapat membantu pelajar pada bilabila masa 150 100 50 0 Sangat setuju Setuju Kurang setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju peratus bil saya berasa lebih bersemangat untuk meneroka ilmu-ilmu kebahasaan dengan lebih mendalam 200 150 100 50 0 Sangat setuju Setuju Kurang Tidak setuju Sangat tidak setuju setuju peratus bil


9 Rajah 4 Saya Berasa Lebih Bersemangat Untuk Meneroka Ilmu-Ilmu Kebahasaan Dengan Lebih Mendalam oalan kelima iaitu saya sentiasa menemui maklumat baharu dan bahan-bahan yang amat menarik mengenai kursus yang diikuti menunjukkan 41.1% (95 orang) sangat setuju manakala 55.4% (128 orang) menunjukkan setuju, 2.6% ( 6 orang ) kurang setuju dan 0.4% (seorang) tidak setuju.Soalan keenam iaitu saya seronok meneroka ilmu-ilmu baharu melalui digital menunjukkan 42.0% (97 orang) sangat setuju manakala 55.8% (129 orang) menunjukkan setuju dan 2.2% ( 5 orang ) kurang setuju. Soalan ketujuh iaitu saya dapati penggunaan digital tidak membosankan untuk lebih berdaya kreativitidan imaginasi dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti yang dicadangkan oleh pensyarah mendapati 43.3%(100 orang) menyatakan sangat setuju manakala 55.4% (128 orang) menunjukkan setuju dan 0.9% (2 orang) kurang setuju. Soalan kelapan iaitu saya berasa yakin apabila membentangkan sesuatu tajuk dengan menggunakan digital mendapati 42.0% (97 orang) sangat setuju manakala 55.4% (128 orang) menunjukkan setuju dan 2.2% (5 orang) kurang setuju. Berdasarkan analisis yang dijalankan didapati pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap pemanfaatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar PPISMP. Sebanyak lapan yang dikemukakan analisis menunjukkan pelajar bersetuju dengan item-item yang dikemukakan. Respons mereka untuk bersetuju dan sangat berssetuju adalah tinggiseperti item kelima iaitu mereka sentiasa menemui maklumat baharu dan bahan-bahan menarik mengenai kursus yang diikuti. Hal yang sama juga ditunjukkan dengan item ketujuh yang mendapati penggunaan digital tidak membosankan untuk lebih berdaya kreativiti dan imagiasi dalam menyelesaikan sesuatu akitiviti yang dicadangkan oleh pensyarah. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemanfataan digital pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar PPISMP telah menunjukkan penggunaan digital membantu mereka mengikuti sesi kuliah di mana sahaja, Kajian ini bersetuju dengan kajian Zuraini, Fatimah, Hasmawati, dan Noresah (2006) menjelaskan penggunaan ICT memang diakui sebagai suatu alatan yang berupaya membantu menambahbaikkan dan meningkatkan prestasi pelajar terutama pelajar jarak jauh. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja tanpa sempadan waktu dan tempatnya.Pelajar bolehmengawal selia proses pembelajaran semasa belajar secara atas talian. Selain itu kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sangat bersetuju bahawa penggunaan digital membantu mereka mengurus urusan kuliah dan di luar waktu kuliah, Peratus penggunaan yang paling tinggi yang dikemukakan oleh pelajar. Hal ini juga ditunjukkan semasa mereka menjalankan tugasan yang menggunakan digital. Mereka dilihat mampu menguruskan maklumat dalam bentuk digital dengan begitu berkesan dan baikkualiti penghasilannya. Oleh yang demikian kajian ini menyokong kajian Rader & Wilhelm (2001) yang mendapati kaedah ini pelajar mendapatkan maklumat yang dikehendaki dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik melalui penggunaan digital. Kajian mereka mendapati E-pembelajaran adalah sepertiE-folio dapat untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian saya berasa lebih bersemangat untuk meneroka ilmu-ilmu kebahasaan dengan lebih mendalam 200 150 100 50 0 Sangat setuju Setuju Kurang setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju peratus bil


10 ini menunjukkan pelajar juga didapati berkemampuan untuk menyimpan dan berkongsi maklumat dengan masyarakat umum melalui Youtube yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Perkongsian ini sudah tentu dapat meningkatkan perkembangan ilmu kepada masyarakat. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan kemahiran digital telah meningkatkan peranan pensyarahsebagai instruktor dan fasilitator yang dapat membantu pelajar pada bila-bila masa. Hal ini telah memberi ruang dan peluang kepada pensyarah untuk memantapkan pengetahuan dan penggunaan digital dalam penyebaran maklumat. Dapatan kajian ini bukan sahaja menunjukkan pensyarah mampu membantu pelajar- pelajar secara dalam talian tanpa bersemuka. Keadaan ini sudah tentu menjimatkan masa konsultansi pensyarah. Kajian ini selari dengan kajian Johari Hassan danFazliana Rashida Abdul Rahman ( 2011dalam kajiannya mendapati bahawa kemudahan ICT yang digunakan oleh para pendidik adalah tinggi tetapi kekerapan pendidik menggunakan kemudahan serta peralatan ICT yang telah disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan pensyarah selaku faslitator bersedia dan melengkapkan diri dengan segala kemahiran digital. Seterusnya dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pemanfaatan digital membentuk sikap pelajar untukmeneroka ilmu-ilmu baharu melalui digital. Kebanyakan responden bersetuju akan hal ini. Peluang mereka untuk meneroka ilmu-ilmu baharu terbentang luas, sebagai pelajar mereka harus meneroka untuk mencari sendiri maklumat yang perlu dilengkapkan dalam tugasan mereka. Penemuan mereka sudah tentu akan meningkat lagi motivasi belajar dan minat mereka untuk belajar. Kajian ini selari dengan kajian Dan Wang dan Mas Nida (2020) yang mendapati bahawa penggunaan kaedah pembelajaran digital dalam subjek bahasa mempunyai pengaruh yang positif terhadap hasil pembelajaran bahasa. Hal ini membolehkan pelajar mempelajari pengaturcaraan komputer boleh diguna pakai sebagai persekitaran pembelajaran yang berkesan dan meningkatkan motivasi pelajar kerana ianya menyediakan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi Selain itu, dapatan kajian mendapati mereka seronok meneroka ilmu-ilmu baharu melalui digital, hal ini mereka mampu meneroka lebih jauh lagi . Kajian ini selari dengan kajian Juriah et. al (2001) perbincangan secara elektronik yang dijalankan melalui digital secara tidak langsung memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan yang dapat dipenuhi. Pelajar-pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajari sesuatu mengikut keperluan sendiri dari segi masa Teknik juga dalam keadaan tidak formal. Kajian menunjukkan penggunaan digital tidak membosankan untuk lebih berdaya kreativiti dan imaginasi dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti yang dicadangkan oleh pensyarah. Kajian ini bercanggah dengan dapatankajian Sheila Michael & Abdul Said Ambotang (2020) dalam kajiannya yang mendapati teknologi digital mempunyai pengaruh terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sahaja. Secara khususnya kajian ini telah dapat menunjukkan bahawa penggunaan digital membantu mengubah sikap pelajar yang selama ini bersikap pendiam kepada lebih mesra kerana mereka berpeluang berhubung dengan lebih ramai orang dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif lagi. Dapatan kajian ini juga bersetuju dengan dapatan Zamri Mahamod (2014) yang menyatakan penggunaan teknologi maklumat memberi kesan kepada pelajar daripada segi minat dan sikap .Kajian ini menunjukkan pelajar lebih positif apabila menggunakan digital dalam menyelesaikan masalah- masalah mengenai kursus dengan baik. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap dirinya dan berupaya menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Pemusatan belajar dengan berpusat pelajar telah menyebabkan berlaku perubahan dari segi sikap pelajar agar lebih peka kepada kehendak pengajaran dan pembelajaran mereka dalam kursus Bahasa Melayu. Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan Kajian ini mencadangkan agar kajian-kajian seterusnya akan mempelbagaikan cara analisis data. Selain itu, turut dicadangkan agar penyelidikan seterusnya boleh hanya menumpukan kepada kaedah kuantitatif sahaja dengan menggunakan analisis korelasi, Anova atau Ujian T untuk melihat perbezaan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap kemahiran digital. Penyelidik-penyelidik pada masa hadapan juga boleh


11 menumpukan kajian perbandingan antara pelajar kursus Bahasa Melayu dengan pelajar kursus Bahasa Inggeris terhadap pemanfaatan digital dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kuliah. KESIMPULAN Hasil kajian mendapati sampel kajian telah memanfaatkan kemahiran digital dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, hasil kajian ini juga telah menunjukkan responden memiliki tahap kemahiran digital yang tinggi terhadap PdP bahasa Melayu. Pemaafaatan digital telah menjadikan pengajaran dan pembelajaran pelajar lebih mantap dan dinamik. Hal ini selaras dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 bahawa penggunaan digital merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh golongan pelajar masa kini Ilmu dipelajari tanpa sempadan dan masa. Ilmu boleh digali dan boleh dikongsi secara bersama-sama dengan seluruh masyarakat tanpa sekatan dan batasan. Hal ini secara tidak langsung membentuksikap pelajar dalam pemanfaatan digital semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya pemanfaatan digital ini mampu memberi nilai tambah kepada siswa guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid agar lebih mudah untuk di fahami. Di samping itu siswa guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai pemanfaatan digital ini melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pembelajaran tersebut. RUJUKAN Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar, & Norziah Othman. (2016). E-pembelajaran dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Proceeding of the 3rd International Conference on Management & Muamalah, 1(1), 74-82 Hadi Hosseini, Maxwell, H., & Mehrnaz Mostafapour (2019). Learning is child’s play: gamebased learning incomputer science education. ACM Transactions on Computing Education (TOCE), 19(3), 1-18. Johari Bin Hassan & Fazliana Rashida Binti Abdul Rahman ( 2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Juriah Long, Nik Mohd Rahim Nik Yusoff,Raja Mohd Fauzi & Siti Fatimah Mohd Yassin.(2021). Kesediaan guru-guru Bahasa menyediakan persekitaran pembelajaran untuk kepelbagaian pelajar melalui computer dalam TMK” Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan, 119-130. Kop, R. 2011. The Challenges to Connectivist Learning on Open Online Networks : Learning Experiences during a Massive Open Online Course. Merriam, S. B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco, CA: Jossey-Bass Mohd. Majid Konting(1990) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Nandang Hidayat& Husnul Khotimah (2019). Pemanfaatan Teknologi Digital dalam Kegiatan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan & Pengajaran Guru Sekolah Dasar, 10-15 Noradilah Binti Aziz & Lai Wei Sieng (2019). Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap PeningkatanPrestasi Pelajar di UKM, Jurnal Personalia Pelajar 22(1): 69-75 Nur Syarafina binti Abdul Rahman & Yih Leh Lian (2020). Kepentingan Kemudahan Teknologi dan MotivasiMembentuk Kesedaran Pelajar dalam Pembelajaran Digital Qureshi, E., Morton, L. L.&Antosz. E.(2000). An Interesting Profile-University Students whoTake Distance Education Courses Show Weaker Motivation Than On-Campus Students. Canada. Online Journal of Distance Learning Administration, 5(4). Siti Masayu & Rosliah Abdul Rashid (2016). Keupayaan ICT dalam meningkatkan pencapaian usahawan wanita: Satu kajian kes usahawan luar bandar di Malaysia. Journal Of Social Sciences And Humanities,11(2), 78-103


12 Sheila Michael, Abdul Said Ambotang ( 2020 ). Pengaruh Teknologi Digital Terhadap Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah Syed Arabi Idid (1992). Penyelidikann Komunikasi dan Sais Sosial: DBP, Kuala Lumpur Yoon, J., Kwon, S., & Shim, J. E. (2012). Present status and issues of school nutrition programs in Korea. AsiaPacific Journal of Clinical Nutrition, 21(1), 128-133 Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan bahasa Melayu.Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.


13 PENERIMAAN MURID TERHADAP PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL BERASASKAN STEM DI SEKOLAH RENDAH SURAYA BINTI BAHRUM1 , ROSLINA BINTI SURATNU2 , HASLINDA BINTI MOHAMMAD SAAD3 , NORSALAWATI BINTI WAHID4 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu1,2,3,4 Abstrak Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penerimaan murid terhadap Pendidikan STEM dan Pendidikan Seni Visual (PSV) melalui sebuah modul pembelajaran di sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran PSV secara konvensional menggambarkan permasalahan murid yang kurang pengetahuan serta tidak berkemahiran dalam pendekatan gabung jalin terutamanya STEM yang menjadi keperluan sebagai sebuah negara maju. Kajian ini meneroka kefahaman dan kemahiran STEM dalam kalangan murid. Kajian kualitatif ini melibatkan partisipan kajian yang terdiri daripada 3 orang guru dan 30 orang murid dari tiga buah sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesahan dan kebolehpercayaan modul diperoleh melalui Teknik Delphi dari lapan orang pakar dan modul telah dirintis selama seminggu. Analisis data dilakukan melalui penghuraian, pentafsiran dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, sub tema dan soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan murid dapat menguasai kemahiran STEM dan bekerjasama secara aktif dalam kumpulan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan pendekatan STEM secara modular telah dapat membantu murid menguasai pengetahuan asas tentang STEM. Kajian yang lebih komprehensif perlu dijalankan dari aspek pengintegrasian STEM dengan mata pelajaran lain mahupun menggunakan medium yang berbeza bagi melihat potensi murid terhadap penggabungjalinan Pendidikan STEM. Kata Kunci: Pendidikan Seni Visual, Pendidikan STEM, Modul Pembelajaran, Sekolah Rendah PENGENALAN Sistem pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunan sesebuah negara manakala persaingan dan pekerjaan pada masa akan datang sangat berlainan dengan masa kini. Perkara ini menekankan kepada kemahiran-kemahiran abad ke-21 seperti bekerjasama, menyelesaikan masalah, berfikir kritis dan inovatif, berkomunikasi, memiliki kreativiti yang tinggi dan kemahiran analitik (Khusnidar, 2019). Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke21. Salah satu daripada pembaharuan itu ialah pendekatan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics). Istilah STEM ini bermula pada awal tahun 90-an di Amerika Syarikat dalam banyak polisi kerajaan Amerika Syarikat (Koehler, Binns & Bloom, 2016). Pemupukan dan amalan STEM di peringkat sekolah sangat penting untuk memastikan pelajar minat dan seronok belajar dan dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian seterusnya di peringkat tertiari serta kerjaya pada masa depan agar dapat bersaing di arena global (Shariza Shahari, 2020). Pendidikan STEM telah dianggap sebagai sesuatu yang perlu diajarkan dan dikuasai oleh pelajar terutama dimulai pada peringkat awal bagi mempersiapkan generasi dalam menghadapi persaingan abad ke-21 (Mc Clure et al., 2017). STEM adalah elemen penting dalam kemahiran sains abad ke-21 (Ceylan & Ozdilek, 2015). STEM merupakan pendekatan pengajaran yang menyepadukan empat disiplin ilmu secara bersamaan, iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Pembelajaran STEM di sekolah mesti diajarkan secara bersepadu (Menurut Bybee, 2011). Ini kerana STEM merupakan pengetahuan saintifik, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Kedua, STEM juga adalah bentuk usaha manusia. Ketiga, STEM dalam bentuk dunia material, intelektual dan kebudayaan. Akhir sekali, STEM juga sebagai pemikiran rakyat yang sentimental dan menyumbang dalam pendidikan (Bybee, 2011).


14 Pengajaran PSV di Malaysia masih menggunakan kaedah pengajaran konvensional yang berbentuk monodisiplin (Soffie, 2013). Kaedah pengajaran konvensional adalah berbentuk monodisiplin yang mana setiap mata pelajaran diajar secara terpisah-pisah. Pembelajaran seumpama ini menjadikan murid hanya menguasai satu bidang sahaja pada satu-satu masa dan ini tidak menarik minat murid. Sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih kreatif dan dinamik, iaitu ilmu yang merentas disiplin atau berbentuk multi disiplin dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa (Suraya & Nasir, 2018). Perkara ini selari dengan Salmi dan Noor Shuhada (2017) yang menyatakan kebanyakan pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Hal ini selari dengan PPPM 2013-2025 yang mengkehendaki pelajar agar dapat menguasai bidang pilihan, mampu menghubung, memanfaat dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari serta mampu menghargai kebudayaan, kesenian serta sains, teknologi kejuruteraan dan matematik (STEM). Dalam analisis keperluan yang dijalankan oleh pengkaji, mendapati guru PSV kebanyakannya tidak sedar, kurang pengetahuan dan tidak berkemahiran dalam menggunakan pendekatan multidisiplin ini atau gabung jalin pengajaran dengan mata pelajaran yang lain adalah antara faktor menyumbang kepada pembelajaran monodisiplin (Suraya et al., 2017). Kurangnya penguasaan ilmu kandungan guru PSV juga mengakibatkan murid tidak dapat menguasai sepenuhnya ilmu dan kemahiran praktik dalam mata pelajaran PSV (Roslina, et al., 2019). Selain itu, berasaskan analisis keperluan yang didapati daripada tinjauan awal oleh pengkaji, menunjukkan kelemahan guru dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam menggabung jalin serta masalah kekurangan modul pengajaran. Kekurangan sumber rujukan adalah antara faktor utama yang telah dikenal pasti, guru tidak berkemahiran, kurang pengetahuan dan adakalanya tidak sedar sedang menjalankan pendekatan gabung jalin dalam pengajaran (Suraya et al., 2017). Hakikatnya, pembelajaran monodisiplin akan berhadapan situasi berbagai-bagai kelemahan antaranya menurut Soffie (2013), murid tidak mampu mengembangkan daya persepsi visual dan daya imaginasi dalam menghasilkan karya yang inovatif dan kreatif, murid menjadi tidak holistik. Justeru kajian ini dihasilkan kerana kesedaran peri pentingnya mengukuhkan kefahaman dan kemahiran murid terhadap Pendidikan STEM. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggabungjalinan Pendidikan STEM dan PSV melalui sebuah Modul Pembelajaran berasaskan STEM, iaitu Modul Integrasi “steAm” untuk PdP PSV. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerimaan murid terhadap Modul Integrasi “steAm” semasa pembelajaran PSV selain menjadikan modul ini sebagai alternatif untuk pelbagai aktiviti yang mencabar kreativiti murid selari dengan harapan merealisasikan pendidikan abad ke-21 dalam pendidikan di sekolah rendah. KAJIAN LITERATUR Kajian Henriksen (2014), penyelidik dari Michigan State University yang berfokus kepada kreativiti dan transdiciplinary thinking tentang kemahiran mengajar secara kreatif dalam kalangan guru pakar, telah menemukan beberapa dapatan utama. Kajian menunjukkan pengajaran penggabungjalinan seni memberikan lebih motivasi, penglibatan yang aktif dan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran berasaskan STEM. Pencapaian murid lebih meningkat melalui amalan-amalan berasaskan seni. Perkara yang lebih penting bagi murid bukan mengukuhkan pembelajaran dalam disiplin mereka sahaja tetapi meneroka disiplin-disiplin lain serta membina hubungan antara seni, muzik, matematik, sains dan banyak lagi (Henriksen, 2011; Henriksen & Misra, 2012). Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa penggabungjalinan antara mata pelajaran lain membawa kesan yang sangat positif terutamanya gabung jalin antara seni dan STEM. Hal ini menjadikan pelajar lebih kreatif dan pada masa yang sama dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka terhadap disiplindisiplin dalam STEM. Oleh yang demikian, dengan melihat kepada perkembangan dunia pendidikan kini, maka pengkaji mendapati implementasi gabungan seni dalam STEM pastinya akan menjadi lebih bermanfaat dan bakal meningkatkan pelbagai kemahiran murid dalam sesi pembelajaran. Paradigma integrasi seni dan STEM ini hakikatnya juga menekankan kepentingan pendidikan STEM, tapi dalam masa mengangkat bahawa seni mempunyai kemampuan untuk membuka cara baharu untuk melihat, berfikir dan belajar. Kajian ini memegang


15 pernyataan bahawa gabungan STEM dan seni berfungsi lebih baik jika bergabung berbanding digunakan secara tunggal. Walau bagaimanapun, di satu sudut yang lain, implementasi pendidikan STEM di Malaysia juga berhadapan dengan masalah. Antaranya, berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh English & King (2015) di dalam Shahali et al. (2017), kebanyakan kajian tentang impak pengintegrasian STEM dijalankan di peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Kesan daripada itu, ia menunjukkan bahawa pendedahan yang kurang tentang aktiviti STEM dalam kalangan pelajar di peringkat rendah. Hal ini secara langsung menyumbang kepada kurangnya pengetahuan, kesedaran dan minat terhadap pembelajaran STEM apabila mereka dewasa. Perkara ini disokong oleh dapatan yang diperoleh dalam kajian Subrahmanyan & Bozonie yang dinyatakan dalam Shahali et al. (2017), iaitu salah satu ciri-ciri kurikulum sains yang efektif adalah pendedahan di peringkat awal dan juga proses intervensi. Manakala kajian Khusnidar (2019) menunjukkan bahawa terdapat kekangan dan cabaran utama dalam melaksanakan pendidikan STEM, iaitu didapati guru kurang menguasai pedagogi dalam konteks pengajaran sains dan kekurangan bahan dalam menjalankan projek. Selari dengan itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri di Amerika telah meningkatkan usaha dalam pendidikan STEM sejak sedekad yang lalu. Sebagai contoh, Jabatan Pendidikan Maryland membentuk sebuah pasukan khas STEM yang mencadangkan beberapa cadangan mengenai pendidikan STEM pada tahun 2009, termasuklah “amalan pengajaran yang memerlukan pelajar untuk menerapkan idea daripada disiplin berbeza untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dan tidak terancang;” (Maryland STEM Task Force, 2009). Kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pemahaman yang lebih dalam mengenai subjek sekiranya konsep yang diajar melangkai batasan kandungan kurikulum (Sanders et al., 2009). Pengkaji juga mendapati melalui Asbury dan Rich (2008) bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan kajian dalam neurosains menunjukkan bahawa manusia mempunyai keupayaan untuk belajar melalui visual, auditori dan kinestetik isyarat. Proses inkuri dalam artistik menggalakkan ketegasan dan kreativiti di samping membolehkan pengajar untuk mengajar dalam pelbagai cara yang seterusnya mewujudkan lebih banyak hubungan dengan saraf di bahagian otak dan kebarangkalian yang lebih tinggi dalam mengekalkan pengetahuan. Kajian ini adalah berdasarkan bahawa murid mampu membina pemahaman dan kemahiran dalam pendekatan STEM jika mereka terlibat secara langsung dalam melaksanakan projek melalui modul “steAm”. Kajian ini dibuat berlandaskan teori konstruktivisme sosial Vygotsky (1978). Walaupun Piaget adalah pengasas teori konstruktivisme kognitif tetapi dalam kajian ini, teori Vygotsky adalah lebih relevan kerana aktiviti pembelajaran STEM dilakukan dalam suasana bekerjasama dalam kumpulan dan bukannya secara individu. Konsep ini selaras dengan pandangan Vygotsky bahawa murid membina pengetahuan dan pemahaman melalui interaksi sosial (dengan individu yang lebih banyak pengetahuan atau more knowledgeable others [MKO]), bimbingan guru (scaffolding) dan pendedahan kepada pengalaman di luar dari zon perkembangan proksimal (ZPD) mereka (DeVries & Zan, 1995; Hendricks, 1997; Katz, 1993). Dalam teori konstruktivis sosial Vygotsky, guru adalah ko-konstruktor dan bertindak sebagai MKO iaitu more knowledgeable others atau individu yang lebih banyak pengetahuan kepada murid. Guru memberi peluang kepada murid berinteraksi sama ada untuk bertanya soalan mengenai apa yang mereka ingin tahu atau mengeluarkan idea dan membimbing mengenai reka cipta yang mereka ingin hasilkan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengambil peluang untuk mengkaji kebolehlaksanaan Integrasi Pendidikan STEM dan PSV melalui penghasilan sebuah Modul PSV berasaskan STEM bagi PdP PSV terhadap murid sekolah rendah. Kajian ini meneroka kefahaman dan pengetahuan guru terhadap gabung jalin STEM dengan isi kandungan PSV di samping mengenal pasti potensi pendidikan STEM terhadap peningkatan pengetahuan pedagogi guru dan kemahiran STEM dalam kalangan murid. Kajian ini akan dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual dan pemerhatian sebagai metod utama. Maka diharapkan penghasilan sebuah modul pembelajaran berasaskan ‘STEM’ dalam pengajaran PSV oleh pengkaji yang dibangunkan menggunakan Model Dick dan Carey (1990) akan dapat menambah baik amalan pengajaran guru dalam menggabungjalinkan STEM dalam PSV dan menjadikan murid lebih holistik dan berdaya saing dalam arus pendidikan abad ke-21 ini.


16 METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini mengadaptasi kerangka reka bentuk kajian yang dikemukakan oleh Creswell (2009) kerana didapati menyeluruh dan dapat menunjukkan perkaitan yang jelas antara falsafah, pendekatan dan kaedah kajian. Pendekatan penyelidikan adalah jenis kualitatif. Reka bentuk kajian ini pula adalah kajian kes manakala kaedah pengumpulan data pula adalah temu bual yang mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Prosedur Pengumpulan Data Pelaksanaan Modul Integrasi “steAm” ini telah melibatkan tiga buah sekolah rendah kerajaan dan juga tiga orang guru PSV yang berbeza usia dan latar belakang pendidikan serta bukan major dalam PSV sebagai partisipan. Modul Pembelajaran Integrasi “steAm” ini digunakan bagi murid tahun empat sekolah kebangsaan. Rasional pemilihan murid tahun empat ialah peringkat murid pada usia ini merupakan tahap operasi konkrit menurut Piaget di dalam Boeree (2007). Pada tahap ini, murid dapat melakukan operasi dan penalaran logik menggantikan pemikiran intuitif sejauh pemikiran dapat diterapkan ke dalam contoh-contoh yang spesifik atau konkrit. Pada tahap ini murid juga sudah mampu menganalisis permasalahan daripada pelbagai segi. Oleh sebab itu, murid tahun empat ini sangat bersesuaian melakukan aktiviti inkuiri berasaskan projek dengan integrasi STEM. Tambahan pula kandungan kurikulum berkaitan STEM untuk murid tahun empat mengandungi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi selain Sains yang mana mata pelajaran ini sangat membantu untuk mengintegrasikan STEM dalam Pendidikan Seni Visual. Pemilihan sampel penyelidikan perlu dilakukan secara terperinci. Menurut Yin (1994), kaedah pemilihan tersebut perlu dilakukan semasa mereka bentuk penyelidikan yang ingin dijalankan. Pemilihan sampel bagi kajian kes tidak memerlukan pemilihan secara rawak. Sampel yang dipilih adalah kecil, namun sampel untuk kajian ini dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Peserta kajian yang terlibat adalah seramai tiga orang guru PSV, iaitu Kes 1, Guru Lavender (GL), Kes 2, Guru Sikamat (GS) dan Guru Pilah Kes 3, (GP) dan 30 orang murid dari tiga buah sekolah rendah dari kes 1, 2 dan 3 dari sekitar Negeri Sembilan. Demografi sekolah adalah pelbagai. Ada dari kawasan bandar dan juga luar bandar serta perbezaan tahap kognitif. Begitu juga dengan pemilihan guru adalah terdiri daripada guru yang berbeza pengalaman mengajar. Oleh sebab kajian ini melibatkan kanak-kanak, kebenaran (consent) ibu bapa telah diperoleh. Melalui surat kebenaran, penyelidik telah menerangkan kepada ibu bapa kesan dan akibat daripada penyertaan dalam kajian ini. Kesemua ibu bapa telah menandatangani borang kebenaran, membenarkan anak-anak mereka terlibat dalam kajian ini. Pelaksanaan Modul “steAm” di semua sekolah bermula selama lima bulan. Dalam tempoh tersebut, guru diminta melaksanakan kesemua aktiviti dalam Modul “steAm” yang dibina. Namun demikian, oleh kerana pelbagai kekangan terutama kekangan masa, tidak semua aktiviti dapat dijalankan di setiap sekolah. Walau bagaimanapun,setiap aktiviti dalam modul dapat dijalankan. Setiap guru telah dibekalkan dengan Modul Integrasi “steAm” lebih awal bagi tujuan pemahaman yang lebih jelas sebelum projek dimulakan. Latihan profesional untuk guru terlibat juga telah dijalankan selama satu hari (8 jam) di salah sebuah sekolah terlibat di Negeri Sembilan. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan: (i) Borang senarai semak pemerhatian untuk pemerhatian semasa guru mengajar dan murid semasa menjalankan aktiviti. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian separa berstruktur yang mana data yang diperoleh oleh pengkaji daripada senarai semak dan borang pemerhatian yang kemudiannya akan dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk naratif, iaitu dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat dalam kajian lapangan. Pemerhatian seumpama ini memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data yang melibatkan tingkah laku, keadaan interaksi murid dan guru serta pelaksanaan Modul ‘steAm’. Hal ini disebabkan pengkaji mungkin terleka dengan sesuatu atau hilang tumpuan atau fokus semasa membuat pemerhatian, maka dengan adanya senarai semak dalam borang pemerhatian menjadikan pengkaji lebih terbimbing. Kajian ini menggunakan


17 kaedah pemerhatian pemerhati ikut serta iaitu, pengkaji memainkan peranan sebagai pemerhati, namun mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa guru menjalankan sesi pembelajaran serta memerhati perkembangan aktiviti pembelajaran murid. Pemerhatian jenis ini akan memudahkan pengkaji untuk berinteraksi dengan peserta kajian dan dapat melihat dengan lebih dekat permasalahan yang dihadapi semasa menjalankan modul. Pengkaji juga dapat membantu dan memberi penjelasan kepada murid dan guru jika terdapat ketidakfahaman atau ketidakjelasan berkenaan aktiviti dalam modul. Sehinggalah kedua-dua pihak, iaitu peserta kajian dan pengkaji mendapat kefahaman sepenuhnya. (ii) Protokol temu bual guru dan murid yang berkaitan dengan pengetahuan dan pemahaman tentang gabung jalin STEM dan PSV. Dalam kajian ini penyelidik memilih kaedah temu bual separa berstruktur dan juga temu bual terbuka. Temu bual terbuka ini akan dijalankan di awal kajian untuk mendapatkan gambaran awal tentang pandangan guru, kemahiran guru, pengetahuan sedia ada guru tentang STEM dan keperluan guru untuk Modul Integrasi “steAm”. Kaedah temu bual soalan terbuka (open-ended questions) akan digunakan dalam mendapatkan pandangan mereka yang terlibat. Selain temu bual terbuka, pengkaji juga menggunakan temu bual semi struktur yang pada asasnya juga menggabungkan ciri-ciri fleksibiliti temu bual terbuka atau tidak berstruktur dengan ciri-ciri mengarah dan seragam temu bual berstruktur. Pengkaji akan menyediakan terlebih dahulu soalan dalam temu bual semi struktur tetapi jawapan kepada soalan tersebut adalah terbuka. Temu bual dalam kajian ini dijalankan terhadap guru dan murid. Temu bual dilaksanakan dengan menggunakan alat perakam bagi mengelakkan berlaku keciciran maklumat jika penyelidik tidak sempat untuk mencatat jawapan semasa temu bual dijalankan. Temu bual sebelum menggunakan modul ini lebih berfokus kepada usaha untuk mendapatkan maklumat tentang i) kesedaran; ii) pengetahuan; dan iii) kefahaman guru tentang gabung jalin dan integrasi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Temu bual setelah menggunakan modul pula bertujuan i) mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap kebolehgunaan modul; ii) mengetahui kemahiran guru mengaplikasikan integrasi STEM menggunakan pendekatan inkuiri berasakan projek; dan iii) mengetahui kemahiran STEM murid. (iii) Analisis dokumen dalam kajian ini pada awalnya adalah untuk membantu pengkaji untuk merangka modul yang bersesuaian dengan keperluan guru dan murid. Dokumen-dokumen seperti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), modul-modul dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), buku perancangan mengajar guru, portfolio murid, jurnal guru serta buku catatan penyelidik sendiri telah dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan untuk disesuaikan dengan rekod pengumpulan data dan pemerhatian yang dijalankan. Analisis dokumen membantu penyelidik untuk memantapkan lagi proses menganalisis data secara deskriptif dan menyemak kesahihan pengumpulan data. Pembangunan Modul “steAm” Modul “steAm” ini dibina menggunakan adaptasi daripada kaedah Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Projek (PIP). Terdapat enam fasa pembelajaran dalam kaedah ini: Fasa Integrasi, Fasa Inkuiri, Fasa Penerokaan, Fasa Reka Cipta, Fasa Apresiasi dan Refleksi serta Fasa Penilaian. Aktiviti yang dilaksanakan bagi projek dalam Modul Integrasi “steAm” ini perlu dijalankan dalam bentuk kumpulan dan mereka perlu berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah. Fasa Integrasi adalah fasa yang memerlukan guru memahami gabung jalin daripada beberapa mata pelajaran STEM dengan mata pelajaran PSV. Guru hendaklah memahami cara mengintegrasi dan menguasai terlebih dahulu hasil pembelajaran daripada setiap mata pelajaran dan hasil pembelajaran dalam setiap projek. Pada fasa Inkuiri pula guru mencetuskan masalah dan merangsang murid untuk berfikir dan mencari penyelesaian kepada masalah. Murid akan bertanya mengenai masalah tersebut dan Guru membina peta iTHINK: (i) pengetahuan sedia ada murid tentang projek; dan (ii) apa yang mereka ingin tahu mengenai projek tersebut. Fasa Penerokaan pula ialah fasa murid membuat proses penerokaan daripada pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai projek yang akan dihasilkan, mengumpul dan menyediakan alat dan bahan sesuai yang diperlukan dalam projek serta meneroka kaedah dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan satusatu projek. Pada fasa ini juga murid merangcang proses untuk menyelesaikan masalah, membuat desain untuk projek dan persediaan-persediaan lain yang diperlukan. Guru bertindak sebagai pembimbing atau pemudah cara yang sentiasa mencetus rangsangan untuk murid untuk berfikir menyelesaikan masalah bagi melahirkan idea yang kreatif.


18 Seterusnya, pada fasa Reka Cipta ini murid-murid membina hasil karya mereka secara kreatif dan menjawab persoalan yang mereka tanyakan pada fasa Inkuiri. Murid-murid hendaklah sentiasa bekerjasama dalam kumpulan sejak dari fasa Inkuiri hingga fasa Reka Cipta. Dalam fasa ini, murid menghasilkan reka cipta untuk karya mereka, kemudian membuat eksperimen hasil reka cipta untuk menentukan hasil projek dapat berfungsi dan dapat menyelesaikan masalah yang cuba diselesaikan. Murid memanipulasi alat, bahan dan teknologi serta kaedah dan teknik tertentu untuk menghasilkan reka cipta. Fasa berikutnya adalah fasa Refleksi dan Apresiasi. Dalam fasa ini, murid membuat apresiasi terhadap hasil karya masing-masing dan saling menghayati karya rakan-rakan yang lain, dengan cara memberi pujian dan komen untuk penambahbaikkan hasil karya rakan. Seterusnya murid melengkapkan lampiran “steAm Chart Challenge” (SCC) untuk membuat refleksi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dari awal hingga selesai projek serta memikirkan apa yang boleh dilakukan bagi memperbaiki hasil ciptaan tersebut pada masa hadapan. Akhir sekali adalah fasa Penilaian. Pada fasa ini guru akan menilai menggunakan rubrik yang telah disediakan di dalam modul dan markah akan diberikan kepada hasil karya murid. Berdasarkan semua fasa ini, lima buah Modul “steAm” telah berjaya dihasilkan yang mempunyai kesahan kandungan dan kesahan muka yang tinggi. Jadual 1 menunjukkan lima aktiviti dalam PSV yang merangkumi empat bidang dalam PSV dan konsep-konsep STEM yang berkaitan dalam Modul PSV berasaskan STEM. Jadual 1: Modul PSV Berasaskan STEM Penganalisisian Data Analisis data telah dijalankan secara kualitatif yang melibatkan huraian yang deskriptif (Merriem, 1998). Peserta kajian adalah entiti penting yang diberi fokus dalam kajian ini bagi pengkaji untuk melakukan interpretasi. Semua rekod data dan dokumen-dokumen yang telah dikumpul melalui pemerhatian, sesi temu bual, analisis dokumen serta rakaman video disusun secara sistematik. Analisis kajian telah bermula semasa proses pengumpulan data pada fasa pertama kajian ini, iaitu analisis keperluan lagi. Sebarang kekeliruan atau ketidakjelasan yang terdapat pada data telah pun ditambah baik dengan menghubungi semula dan berbincang dengan peserta kajian. Dalam kajian kualitatif ini, pengkaji menganalisis data semasa dan selepas mengumpul data. Analisis bagi pemerhatian dan temu bual dilakukan dalam dua peringkat, iaitu semasa mengumpul data, penyelidik telah meneliti data dan membandingkan data yang diperoleh. Manakala analisis selepas pengumpulan data telah dilakukan dengan membuat koding dan tema yang sesuai dengan soalan kajian dan menggunakan perisian atlas-ti. Berdasarkan catatan pemerhatian, protokol temu bual dan pandangan pakar telah digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data mengikut kes yang dikaji (Merriam, 1998). Pengkaji juga telah mendapatkan data-data yang bersesuaian dengan kes, termasuk soalan kajian serta objektif kajian. No. Aktiviti PSV Konsep STEM yang terlibat 1. Capan Proses memindahkan warna daripada daun pada permukaan kertas; permukaan kalis air; jenis urat-urat daun, iaitu selari dan jejala. 2. Ikat dan Celup Kebolehan serapan air dan kalis air; pengkelasan bahan; serakan warna; campuran warna; teknologi ikat dan celup. 3. Boneka Serangga Bahan kitar semula; membuat binaan dan pengetahuan tentang sifat bahan; elektrik dan elektronik dan cahaya. 4. Diorama Sistem Suria Ahli dalam sistem suria; susunan planet; bentuk 2D, 3D; bahan pengikat dan pencantum seperti, paku, skru, gam, bold dan nat; mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek. 5. Kraf Batik Mengelaskan objek dan menyatakan ciri yang digunakan bagi pengelasan; mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan menyerap air sama ada menyerap atau kalis air dengan menjalankan aktiviti batik.


19 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Persoalan bagi kajian ini ialah “Bagaimanakah penerimaan murid terhadap Modul Integrasi “steAm” semasa pembelajaran PSV?. Bagi menjawab soalan kajian ini, sebagai langkah mendapatkan maklumat berkaitan penerimaan murid terhadap modul, pengkaji telah menganalisis transkrip temu bual murid selepas penggunaan Modul Integrasi “steAm”. Data yang diperoleh menunjukkan murid telah mendapat pengetahuan baharu tentang pendekatan STEM. Bagi mengukuhkan dapatan tersebut, pengkaji melakukan triangulasi dengan data yang dikumpul melalui pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian terhadap sesi-sesi pembelajaran murid yang dianalisis menunjukkan bahawa terdapat penerimaan yang positif terhadap pelaksanaan pendekatan STEM menerusi Modul Integrasi “steAm”. Data yang dikumpul semasa sesi pemerhatian pembelajaran menggunakan modul menunjukkan murid telah dapat menambah baik pengetahuan mereka. Pengkaji mendapati tema yang muncul selari dengan analisis tema daripada temu bual. Hal ini mengukuhkan triangulasi dalam kajian. Pelaksanaan Modul Integrasi “steAm” oleh partisipan menunjukkan pendekatan STEM melalui inkuiri berasaskan projek dapat memberi impak yang positif kepada murid. Modul kajian ini juga memberi faedah kepada proses pemantapan pengetahuan tentang STEM terhadap murid-murid yang terlibat. Pengkaji telah mengenal pasti tema yang muncul dalam soalan kajian, iaitu a) Bermanfaat; dan b) Kemahiran STEM. Namun, untuk kertas penyelidikan ini, pengkaji hanya membincangkan tema Bermanfaat. Bermanfaat Sub tema pembelajaran yang bermanfaat dalam konteks kajian ini adalah pembelajaran yang memberi faedah, berguna dan memberi manfaat kepada murid. Justeru, proses PdP yang dijalankan oleh guru berdasarkan aktiviti-aktiviti di dalam modul dengan strategi pengajaran yang disarankan amat penting dalam menentukan manfaat yang diperoleh oleh murid. Perancangan yang teliti sangat penting untuk dilakukan dalam menentukan pembelajaran yang memberi manfaat. Guru memerlukan perancangan yang baik agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Antara manfaat yang telah dikenal pasti oleh pengkaji ialah: a) Menambah Ilmu Salah satu tujuan pembelajaran sudah tentunya untuk pertambahan ilmu. Berdasarkan data yang dikumpulkan melalui temu bual, pemerhatian, rakaman video dan analisis dokumen maka pengkaji dapat menyimpulkan bahawa murid-murid sebagai partisipan telah dapat mempelajari mata pelajaran PSV dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini selari dengan dapatan daripada hasil karya murid dan dokumentasi daripada lembaran SCC yang menunjukkan kefahaman murid tentang STEM dalam PSV. Melalui pemerhatian pengkaji dalam aktiviti Modul 3 Boneka Serangga mendapati murid bagi Kes 1 telah mengikut langkah-langkah dalam modul dengan berusaha mengenal pasti terlebih dahulu masalah dalam tugasan yang diberikan. Begitu juga dengan Kes 2 dan Kes 3. Setelah itu, murid-murid cuba meneroka untuk mendapatkan maklumat dan data tentang boneka yang ingin dihasilkan. Pada fasa ini pengkaji dapat melihat perkembangan daripada aspek pengetahuan murid tentang bagaimana untuk mengenal pasti masalah dan mengumpul data. Peningkatan ilmu bukan sahaja daripada aspek PSV, iaitu daripada aspek reka bentuk, alat dan bahan, namun daripada aspek sains tentang serangga-serangga yang ingin dikaji untuk menghasilkan boneka. Sebagai contoh, berapa kaki serangga, kepak, kedudukan bahagian-bahagian serangga dan sebagainya. Selain itu, pada masa yang sama juga murid belajar menggunakan teknologi maklumat untuk menggunakan Chrome Notebook untuk pencarian maklumat dalam talian. Perkara ini selari dengan dapatan Henriksen, 2011; Henriksen dan Misra, (2013) yang mengatakan bahawa penggabungjalinan antara mata pelajaran lain membawa kesan yang sangat positif terutamanya gabung jalin antara seni dan STEM. Hal ini menjadikan murid lebih kreatif dan pada masa yang sama dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka terhadap disiplin-disiplin dalam STEM. Seterusnya murid dalam setiap kes juga dilibatkan dengan aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah di mana kemahiran berfikir sangat ditekankan. Sebagai contoh dalam Kes 2, Modul 2 Ikat dan Celup, murid dilibatkan dengan perancangan aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah yang memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dengan cara yang betul dalam kehidupan, masyarakat dan persekitaran. Kemahiran berfikir semasa menjalankan aktiviti inkuiri sangat tinggi. Murid dalam Kes 2 didapati sangat aktif semasa proses PdP PSV. Contohnya semasa tugasan menghalau tupai dalam Modul 2 Ikat dan Celup, murid meneroka dipersekitaran luar kelas dan persekitaran tempat tinggal


20 yang melibatkan penyiasatan dan penyelesaian masalah. Murid juga membuat penerokaan melalui internet dan pembacaan dan mendapat penemuan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat dalam menyelesaikan tugasan. Sebagai contoh, murid mendapatkan bahan-bahan terpakai dan bahan-bahan terbuang untuk menghasilkan karya. Hal ini mengurangkan kos perbelanjaan menghasilkan karya. Murid juga dapat belajar untuk mengitar semula dan memanfaatkan kawasan persekitaran mereka. Seperti mana yang dihasratkan dalam Panduan Pelaksanan STEM dan pengajaran yang mana kurikulum yang dirancang dan dibangunkan berhasrat memberi murid pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mencukupi melalui aktiviti yang disediakan oleh guru di dalam atau di luar bilik darjah semasa PdP (BPK, 2016). b) Bermotivasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan motivasi sebagai keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Melalui pemerhatian yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam modul, rata-rata murid memang mempunyai semangat yang tinggi untuk menyelesaikan setiap projek yang diberikan. Sebagai contoh, pemerhatian dalam Modul 2 Ikat dan Celup yang melibatkan aktiviti penerokaan, murid diberi peluang untuk mencuba dan meneroka idea-idea baharu mereka tanpa rasa takut untuk salah. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan dapatan Henriksen, (2014) menunjukkan pengajaran menggabungjalinkan seni membawa lebih kepada motivasi, penglibatan dan memberi kesan kepada pembelajaran berasaskan STEM. Murid-murid nampak lebih yakin dengan idea dan hasil ciptaan mereka. Secara tidak langsung mereka berasa lebih dihargai kerana pendapat dan buah fikiran atau idea mereka diterima oleh guru dan rakan-rakan. Hal ini menjadikan murid lebih bersemangat bermotivasi untuk belajar. Dapatan ini selari dengan Becker dan Park, (2011) yang menyatakan murid lebih berani dan cenderung untuk cuba meneroka sesuatu yang baharu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pendidikan STEM. Menurut guru GP, selain di sekolah murid juga dapat meneroka maklumat tambahan di rumah dengan pelbagai kaedah yang sesuai dengan bantuan ibu bapa di rumah. Salah satunya pencarian maklumat di internet menjadikan perkara ini secara tidak langsung menjimatkan masa apabila menghasilkan projek di sekolah nanti. Aktiviti-aktiviti di dalam modul juga amat menarik minat murid, contohnya menghasilkan boneka serangga dengan gabungan elektronik dapat menarik minat murid untuk belajar dengan lebih berdedikasi kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang baharu dalam pembelajaran PSV. Melalui temu bual bersama-sama pengkaji, murid rata-rata menyatakan perasaan seronok dapat mengikuti aktiviti-aktiviti di dalam modul. Perasaan seronok juga dapat digambarkan melalui pemerhatian pada sesi-sesi pembelajaran dengan semangat ingin tahu yang ditunjukkan semasa aktiviti dijalankan, penglibatan yang aktif dan ekspresi muka yang gembira jelas menterjemahkan keseronokkan semasa sesi pembelajaran. Hal ini sudah tentunya dapat memotivasikan kerana aktiviti tersebut memberi makna kepada murid terhadap pembelajaran pada hari itu. c) Peningkatan Sahsiah Menurut Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam “Sistem pendidikan kini terlalu menekankan peperiksaan tanpa mengambil berat faktor psikologi murid yang akhirnya melahirkan insan cemerlang akademik tanpa nilai sahsiah diri yang baik”. Pernyataan tersebut amat dibimbangi oleh guru-guru mahu pun ibu bapa. Namun begitu, melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat perubahan daripada aspek sahsiah murid. Perkara ini diakui sendiri oleh peserta kajian Guru GL berbunyi: “…cara belajar macam ni buatkan murid-murid lebih berdikari…dia kena usaha sendiri. Kat situ saya nampak, guru hanya sebagai fasilitator sahaja. Murid tidak disuap macam dulu-dulu kena usaha kena menerokalah...jadi murid jadi lebih aktif dan berdikari...” (TBGL/06/13/07/2017)


21 Guru GL mengulas dengan menggunakan Modul Integrasi “steAm” ini, murid menjadi lebih aktif dan berdikari sendiri berbanding dengan pengajaran yang terdahulu banyak dibantu oleh guru. Selain itu, murid juga dapat bekerjasama dan berkomunikasi dalam kumpulan. Hal ini merupakan satu proses pembelajaran secara berkumpulan yang mana murid saling membantu dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. Sikap ini dipercayai dapat meningkatkan pemahaman isi kandungan yang dipelajari dan meningkatkan pencapaian, estim kendiri dan motivasi murid. Sifat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik ini juga dapat membantu murid menjadi aktif dan terlibat dalam proses membina makna, belajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri, mempelajari bagaimana menyelesaikan konflik dalam kumpulan dan meningkatkan kemahiran bekerja sebagai satu pasukan. Jelas di sini, bahawa sifat bekerjasama dan berkomunikasi dapat menyediakan platform yang sangat penting bagi membantu murid memperoleh sebahagian daripada kemahiran generik yang diinginkan dalam persekitaran kerja yang bakal dihadapi kelak. Murid bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan dan meneroka projek yang diberikan dalam modul untuk mencipta satu projek yang bermakna. Dalam pembelajaran kolaboratif, kumpulan yang dibentuk mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Selain itu, pembelajaran berasaskan projek yang dijalankan dalam kumpulan ini juga sedikit sebanyak dapat membentuk peribadi murid dengan sifat toleransi. Perkara ini selari dengan kajian Lou et al., (2010) yang menyatakan implementasi STEM terhadap pendidikan juga memberikan kesan yang positif ke atas sikap pengetahuan dan tingkah laku pelajar. Perkara ini juga diakui dalam jurnal partisipan dan diperkuatkan lagi dengan triangulasi catatan pemerhatian oleh pengkaji yang mana murid-murid apabila berada dalam kumpulan sudah tentunya mempunyai pelbagai idea. Namun, tugasan yang diberikan memerlukan mereka berkongsi idea. Di sini dapat dilihat murid mencuba untuk mempertahankan idea dan cuba bertoleransi dengan ahli kumpulan yang lain. Murid juga dilihat dapat berkongsi idea, ilmu dan pendapat untuk mencapai objektif penghasilan satu karya atau projek. d) Keberhasilan Karya Selain daripada manfaat-manfaat yang telah dinyatakan di atas, keberhasilan karya atau projek juga adalah salah satu sub tema yang boleh dibincangkan dalam kajian ini. Keberhasilan karya yang dimaksudkan adalah tahap kualiti projek atau karya yang dihasilkan oleh murid. Rata-rata murid dapat menghasilkan setiap projek yang diberikan. Namun, hasil-hasil projek murid pada pendapat pengkaji masih belum ditahap yang baik. Perkara tersebut adalah dalam jangkaan pengkaji kerana modul ini adalah sesuatu yang baharu bagi murid dan juga guru-guru sebagai pelaksana modul. Walau bagaimanapun, objektif kajian ini bukanlah melihat hasil akhir projek semata-mata, namun proses integrasi PSV dengan STEM adalah lebih dititikberatkan. Bagaimana proses pelaksanaannya dan kebolehintegrasian STEM dalam penghasilan karya dalam PSV. Namun, terdapat maklum balas positif yang diperoleh daripada partisipan kajian, Guru GP: “…kalau dilihat dari hasil karya nampak lebih baik daripada sebelum menggunakan modul lah...murid sebelum ni tak ada buat proses penerokaan...Jadi apa yang saya nampak perbezaanya ialah proses penerokaan tu sangat membantu murid untuk mendapatkan cara atau kaedah yang sesuai untuk hasilkan projek yang lebih baik”. (TBGP/07/13/07/2017) Guru GP mengulas hasil karya murid dilihatnya mempunyai penambahbaikan berbanding dari sebelumnya. Murid-murid dapat mencari kaedah atau teknik yang sesuai untuk penghasilan karya mereka. Beliau menjelaskan dengan aktiviti penerokaan dapat membantu murid menghasilkan karya dengan lebih baik dengan memberi cetusan minda dan inspirasi. Kesimpulannya, pembelajaran yang bermanfaat akan memberi faedah yang berguna kepada murid. Justeru, proses PdP yang dijalankan oleh guru berdasarkan aktiviti-aktiviti di dalam modul dengan strategi pengajaran yang disarankan, amat penting dalam menentukan manfaat yang diperoleh oleh murid.


22 KESIMPULAN Pembelajaran berasaskan STEM memberikan keseronokkan kepada murid semasa proses pembelajaran. Hal ini dapat meningkatkan minat mereka untuk mempelajari PSV dengan baik. Perkara ini selari dengan kajian oleh Kajian Shahali, Jaggessar dan Yarlagadda (2017) yang menyatakan bahawa program STEM berasaskan projek akan menjadi lebih efektif kerana ia dapat meningkatkan tahap minat murid terhadap STEM. Murid didapati lebih berasa bebas dan kreatif untuk belajar dan berekspresi dengan lebih kritis pada karya mereka kerana diberi peluang untuk bereksperimen dalam proses penerokaan. Pada masa yang sama murid dapat bekerjasama dan berkomunikasi dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah atau tugasan projek yang diberikan. Hal ini sejajar juga dengan apa yang ditekankan oleh Nasir dan Yunus (2017) yang menyatakan pelajar perlu berfikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah secara kolaboratif yang memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan. Rata-rata murid memberikan respons yang positif dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Kajian ini juga mempunyai potensi untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid-murid yang telah didiagnosis sebagai lemah dalam literasi dan numerasi (LINUS) kerana dapatan mendapati terdapat peningkatan dalam kemahiran STEM bagi murid-murid tersebut. Selain itu, dalam bidang PSV ini pendekatan projek yang diketengahkan dalam modul adalah antara pendekatan yang sesuai dalam menjana pemikiran murid ke arah kreatif dan merangsang kemahiran mereka cipta. Pendekatan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid dengan menyelesaikan masalah dunia sebenar dengan mereka cipta projek untuk menjawab segala persoalan yang wujud (Karpudewan et al., 2016). Kesimpulannya pendekatan STEM dalam PdP PSV telah menggalakkan pengukuhan kemahiran STEM dalam kalangan muridmurid untuk meneroka seni dengan lebih menarik menerusi perspektif pendidikan STEM yang berbeza dari sebelum ini. RUJUKAN Asbury, C. H., & Rich, B. (Eds.). (2008). Learning, arts and the brain: The dana consortium report on arts and cognition. Dana Press. Becker, K., & Park, K. (2011). Effects of integrative approaches among Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) subjects on students’ learning: A preliminary meta-analysis. Journal of STEM Education, 12(5&6): 23-37. Boeree, C. G. (2007). Jean Piaget. Di akses, 12 Oktober 2017 dari http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html Bybee, R. W. (2011). Scientific and engineering practices in K-12 classrooms: Understanding a framework for K-12 science education. Science Teacher, 78, 34-40. Ceylan, S., & Ozdilek, Z. (2015). Improving a sample lesson plan for secondary science courses within the STEM education. Procedia-Social and behavioral sciences, 177 (July 2014), 223-228. doi:10.1016/j.sbspro.2015.02.395. Creswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches. CA: Sage. Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches (4th ed.). CA: Sage. Henriksen, D. (2014). Full STEAM ahead: Creativity in excellent STEM teaching practices. The STEAM Journal, 1(2), 15-25. Karpudewan, M., Ponniah, J., & Zain, A. N. M. (2016). Project-Based learning: An approach to promote energy literacy among secondary school students. The Asia-Pacific Education Researcher, 25(2), 229-237. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan pelaksanaan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian


23 Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan seni visual tahun empat (KSSR). Bahagian Pembanguan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Lou, S. J., Shih, R. C., Diez, C. R., & Tseng, K. H. (2010). The impact of problem-based learning strategies on STEM knowledge integration and attitudes: an exploratory study among female Taiwanese senior high school students. International Journal of Technology and Design Education, 21(2), 195-215. Maryland STEM Task Force. (2009). Investing in STEM to Secure Maryland’s Future. Final Report of the Governor’s STEM Task Force Presented to Governor Martin O’Malley, August. Md Nasir Ibrahim dan Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan seni untuk maktab & universiti. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Merriam, S. B. (2001). Qualitative research and case study applications in education. Jossey-Bass Publishers. Shahali, H., Jaggessar, A., & Yarlagadda, P. K. D. V. (2017). Recent Advances in manufacturing and surface modification of titanium orthopaedic applications. In Procedia Engineering, 174, 1067-1076. doi:10.1016/j.proeng.2017.01.259 Shahriza Shahari. (2020). Kerangka pengajaran STEM-Dialogik (STEM-Di) untuk pensyarah fizik matrikulasi bagi konsep kerja dan tenaga. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 7, 51-58. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i7.446 Soffie Balqis. (2013). Keperluan penguasaan kemahiran pendidikan seni visual sekolah menengah untuk guru-guru seni di Sarawak (Tesis Sarjana Sastera). Universiti Malaysia Sarawak. Suraya Bahrum & Nasir Ibrahim. (2018). Kebolehgunaan modul “steAm” dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual sekolah rendah. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6, 65-79. Zamri Mahamod & Magdeline Nor. (2012). Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa Iban. GEMA Online® Journal of Language Studies 12(2).


24 PENGUJIAN MODUL PENTAKSIRAN ALTERNATIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN SATU MAS NORBANY BINTI ABU SAMAH , PhD1 , YUSLAINI BINTI YUNUS , PhD2 , NUR RUZAINI BINTI CHE MANSOR3 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail1,2,3 Abstrak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan fokus pendidikan di Malaysia masa kini. Pelaksanaan proses pentaksiran dalam bilik darjah kebiasaannya menggunakan pentaksiran berbentuk ujian sahaja. Modul pentaksiran alternatif sebagai rujukan kepada guru diperlukan bagi memastikan pentaksiran yang dilaksanakan mampu melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Justeru, Modul Pentaksiran Alternatif (M-PA) dalam pengajaran matematik Tahun Satu telah dibina. Kajian ini bertujuan menguji kesan penggunaan M-PA dalam pengajaran topik Wang, dan Masa dan Waktu. Kajian ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa I melibatkan proses pembinaan Modul Pentaksiran Alternatif. Fasa II pula melibatkan pengujian keberkesanan M-PA dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kuasi-eksperimen. Kajian kuasi eksperimen ini menggunakan reka bentuk Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan Tidak Setara. Sampel dipilh secara rawak melibatkan 61 orang murid Tahun Satu dari sebuah sekolah kebangsaan daerah Kuala Terengganu. Semasa rawatan, kumpulan eksperimen (n=31) telah diajar dengan menggunakan Modul Pentaksiran Alternatif dan kumpulan kawalan (n=30) mengikuti kaedah pembelajaran konvensional. Instrumen Ujian Topik Wang, dan Masa dan Waktu digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam topik tersebut. Data dianalisis menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian–t dan Analisis Kovarian (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan M-PA dapat meningkatkan pencapaian murid bagi Ujian Topik Wang, dan Masa dan Waktu. Secara praktikal, kajian ini memberi indikasi bahawa M-PA yang dibina boleh dijadikan sumber pentaksiran alternatif yang boleh dijadikan rujukan kepada guru matematik. Kata Kunci: Pentaksiran, Pendidikan Matematik, Modul Pentaksiran Alternatif PENDAHULUAN Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang mengkaji semula sistem pendidikan di negara masing-masing seperti di Australia, United Kingdom, Singapura, Korea dan sebagainya. Perubahan kurikulum bertujuan secara umumnya menyediakan platform kepada pendidikan negara bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang dan transformasi ini bertujuan untuk menyediakan pelajar mampu berfungsi secara efektif pada masa akan datang. Perubahan atau penggubahsuaian pada kurikulum ini memperlihatkan perkembangan kurikulum yang lebih baik (Liberman, et al., 2018; Timperley & Parr, 2005; Cohen & Hill, 2001). Usaha untuk menggubal dan melaksanakan KSSR oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2012). Perubahan kurikulum perlu diberi perhatian yang sewajarnya demi melahirkan pelajar yang berwibawa dan berdaya saing. Perubahan ini menuntut supaya sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab. Modul merupakan satu kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan mengikut jangka masa pengajian (Moon, 2008). Sharifah Alwiah Alsagoff (1981) merumuskan bahawa hampir semua modul pengajaran adalah untuk menyenangkan pengajaran dan pembelajaran, iaitu agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Terdapat pelbagai definisi modul, antaranya yang dikemukakan oleh DarlingHammond (2017), Moon (2008) dan Wright et al. (2002) menerangkan modul sebagai satu bahan pelajaran


25 yang boleh berdiri sendiri. Yusup dan Razmah (2013) menyenaraikan ciri-ciri utama modul iaitu (1) dibentuk untuk memudahkan pembelajaran kendiri, (2) anjal- disusun dengan berbagai-bagai cara, (3) memberi kebebasan untuk belajar mengikut masa, keselesaan dan kecepatan sendiri, (4) boleh digabungkan dengan media lain, (5) memberi peluang kepada pelajar belajar secara melakukan melalui pelbagai kegiatan. Mengikut Gagne dan Briggs (1979), guru telah lama berusaha menjadikan pengajaran lebih berkesan untuk mencapai objektif pembelajaran. Kaedah pembelajaran perlu memenuhi keperluan dan ciri-ciri setiap pelajar melalui pembelajaran yang berasaskan modul menekankan perkara-perkara berikut: (1) menyediakan kemahiran menilai awal pelajar, (2) membantu mengenal pasti tahap permulaan setiap pelajar melalui satu siri objektif yang ditentukan urutannya dengan teliti, (3) menyediakan bahan-bahan alternatif yang bersesuaian dengan stail pembelajaran pelajar, (4) membolehkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri, bukan pada kadar yang tetap bagi keseluruhan kumpulan dan menyediakan ujian yang kerap supaya pelajar tidak berasa kecewa dengan kegagalan yang berulang. Falsafah asas di sebalik proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah program pendidikan perlu dipelbagaikan untuk disesuaikan dengan matlamat dan keperluan setiap pelajar. PENYATAAN MASALAH Terdapat banyak kajian kurikulum lepas adalah berkaitan dengan penyediaan modul pengajaran dan pembelajaran (Lim & Kor, 2012; Noraini & Meng, 2011; Ong, 2004 dan Tan et a.,2011), dan modul penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran (Musak Mantrak, 2003; Robiah, 1999; & Habsah, 2000) namun kurang kajian dilaksanakan berkaitan dengan pembinaan modul pentaksiran bagi kurikulum matematik di peringkat sekolah rendah kerana kebanyakan kajian pembinaan modul yang telah dilaksanakan berfokus proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat sekolah menengah. Di samping itu, tiada modul pentaksiran alternatif sebagai rujukan kepada guru. Guru hanya menggunakan pentaksiran berbentuk ujian sahaja dalam melaksanakan proses pentaksiran. Pelaksanaan kurikulum baharu sering menimbulkan masalah kepada guru untuk memahami dan melaksanakan kurikulum tersebut. KSSR tidak akan menggantikan KBSR tetapi beriringan dengan kurikulum yang sedia ada. KSSR bertumpu kepada penguasaan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Kurikulum pada tahap dua sekolah rendah memberi tumpuan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Tanggung jawab ini sangat penting khususnya kepada guru-guru yang seharusnya memahami aspirasi dan tujuan pelaksanaan serta matlamat KSSR. Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang bercirikan pentaksiran formatif menimbulkan banyak kekeliruan kepada guru. Bermula tahun 2019, PBD telah digunapakai untuk mentaksir pembelajaran murid. Pentaksiran formatif diberi penekanan utama untuk meningkatkan lagi kualiti pembelajaran murid secara lebih menyeluruh dan secara berterusan serta diintegrasikan dalam proses pdp (Arumugham, 2020). Justeru, guru perlu mempelbagaikan penggunaan teknik pentaksiran formatif kerana ini dapat membantu murid menguasai apa yang diajar, memberi peluang dalam proses komunikasi, mempamerkan kefahaman dan penguasaan murid. OBJEKTIF KAJIAN Secara lebih khusus, kajian ini berasaskan kepada objektif-objektif berikut: 1. Menguji keberkesanan penggunaan Modul Pentaksiran Alternatif (M-PA) dalam meningkatkan pencapaian murid bagi topik Wang, dan Masa dan Waktu.


26 PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian matematik bagi murid yang menggunakan Modul Pentaksiran Alternatif (M-PA) dalam meningkatkan pencapaian murid bagi topik Wang, dan Masa dan Waktu? KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dapat mengembangkan pengetahuan daripada segi pemindahan teori kepada amalan guru dan hasilnya ini dapat membantu meningkatkan mutu pengajaran guru matematik yang bertindak sebagai pelaksana kurikulum (So & Watksins, 2005). Selain itu, sepanjang penelitian yang dilaksanakan ke atas kajian lepas hanya ditemui perkembangan kurikulum Matematik secara menyeluruh seperti Asiah Abu Samah (1982) iaitu perkembangan kurikulum Matematik sekolah di Malaysia sejak zaman penjajah, Ibrahim Md Nor (1995) mengenai Kurikulum Matematik tahun 2000 dan pemikiran kreatif dan Lai dan Loo, (1992) mengenai tinjauan pengkajian dalam pendidikan Matematik di Malaysia.Tidak ditemui satu kajian yang melaksanakan pentaksiran khusus terhadap keberkesanan KSSR Matematik tahun satu. Oleh itu, diyakini kajian yang dilaksanakan ini mampu membuka satu lembaran baru kepada guru-guru untuk melaksanakan proses pentaksiran KSSR Matematik yang lebih efisien berdasarkan M-PA yang dihasilkan. Seandainya penggunaan M-PA mampu memperlihatkan pencapaian Matematik pelajar KSSR Tahun Satu. Secara tepat, pengkaji ingin mencadangkan M-PA yang dihasilkan ini diperluaskan penggunaannya di peringkat kebangsaan METODOLOGI Kajian ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa I melibatkan proses pembinaan M-PA. Fasa I tidak akan dibincangkan ddalam kertas kerja ini. Fasa II pula melibatkan pengujian keberkesanan M-PA dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kuasi-eksperimen. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan Tidak Setara (Non-Equivalent PreTest and Posttest Control Group Design) (Wiersma, 2000, Salkind, 2010; Creswell, 2002 & Chua, 2006). Sampel kajian melibatkan muridmurid Tahun Satu daripada dua buah kelas sedia ada seramai 61 orang daripada sebuah sekolah kebangsaan daerah Kuala Terengganu yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Pada awal kajian, kesemua murid bagi kedua-dua kumpulan menduduki Ujian Pra. Kemudian, kumpulan eksperimen belajar topik Masa dan Waktu, dan Wang mengunakan M-PA, manakala kumpulan kawalan belajar secara kaedah pengajaran konvensional selama dua bulan. Selepas dua bulan, kedua-dua kumpulan mengambil Ujian Pos pula. Secara ringkasnya, reka bentuk ini digambarkan seperti Rajah 1.0. Rajah 1.0: Model Reka Bentuk Eksperimen Kumpulan Ujian Pra Rawatan Ujian Pos Eksperimen O1 X O2 Kawalan O3 - O4 Petunjuk: X: Eksperimen (Menggunakan M-PA) -: Kawalan (Kaedah Pengajaran Konvensional) O1 dan O3: Ujian Pra O2 dan O4: Ujian Pos Instrumen kajian ini ialah Ujian Topik Wang dan, Masa dan Waktu. Ujian ini mempunyai dua


27 bahagian; Bahagian A mengandungi lima belas soalan objektif dan Bahagian B mengandungi sepuluh soalan yang perlu diberikan jawapan ringkas. Pembahagian soalan berpandukan kepada pemberat yang telah dipersetujui oleh pengkaji dan guru berpandukan kepada format soalan peperiksaan sumatif tahun satu. Soalan dibina oleh pengkaji dengan kerjasama guru berdasarkan sukatan Matematik Tahun Satu dan berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian. Instrumen ini telah disahkan oleh pakar pendidikan matematik serta menpunyai indeks kebolehpercayaan alpha Cronbach, 0.857. Ujian ini ditadbir kepada sampel kajian sebagai Ujian Pra dan Ujian Pos. Kajian ini juga menggunakan M-PA sebagai bahan untuk pengajaran dan poembelajaran bagi kumpulan eksperimen. M-PA dibina berasaskan Model Russell (1974), Model Sharifah Alwiah Alsagoff (1981) dan Model Sidek Mohd Noah (2001). Hasil gabungan ke tiga-tiga modul ini menghasilkan modul evidens ini merangkumi 7 langkah yang merangkumi 2 peringkat iaitu peringkat pertama yang mempunyai 4 langkah dan peringkat ke dua merangkumi 3 langkah. Peringkat pertama merangkumi 4 langkah iaitu proses pertama melibatkan mengenal pasti teori, rasional, falsafah, konsep, sasaran dan tempoh masa. Langkah ke dua ialah kajian keperluan bagi memastikan skop dan topik yang dipilih adalah releven dan langkah ke tiga iaitu menetapkan objektif modul. Langkah ke 4 pula ialah menentukan standard pembelajaran, kandungan dan pengajaran dan pembelajaran, strategi dan resos. Peringkat 2 merangkumi 3 langkah iaitu kajian rintis untuk menilai modul, menentukan kesahan modul dan modul akhir dapat dihasilkan. Secara ringkasnya, Rajah 2.0 menunjukkan proses membina modul tersebut. Data daripada ujian pra dan pos dianalisis menggunakan statsitik inferensi iaitu Ujian t-kumpulan bebas dan analisis kovarian (ANCOVA). Ujian-t kumpulan bebas (independent t –test) dilakukan untuk membandingkan skor min ujian pra. Sekiranya tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pra antara kumpulan eksperimen dan kawalan, maka ujian-t sekali lagi dilaksanakan bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pos antara kumpulan eksperimen dan kawalan. Seterusnya, ujian ANCOVA dijalankan bagi mengukuhkan dapatan ujian-t di mana ANCOVA dapat mengawal pemboleh ubah pra-ujian.


28 Rajah 2.0: Proses Pembinaan Modul Pentaksiran Alternatif berasaskan Model Sharifah Alwiah, Model Sidek dan Model Rusell. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Hasil analisis ujian–t bagi ujian pra dan ujian pos untuk kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen adalah seperti dalam Jadual 1.0. Analisis ujian –t bagi ujian pra menunjukkan skor min kumpulan kawalan adalah 76.56 (n=30, SP=3.03) dan skor min kumpulan eksperimen adalah 76.79 (n=31, SP = 3.57). Hasil analisis menunjukkan perbezaan skor min adalah sangat kecil manakala sebaran skor lebih besar dalam kumpulan eksperimen (3.57) berbanding kumpulan kawalan (3.03). Hasil ujian–t juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan tersebut, t (60) = –1.91, p >0.05. Seterusnya, ujian-t dilakukan untuk menentukan perbezaan min skor ujian pos bagi kedua-dua kumpulan. Dalam ujian pos ini, dapat diperhatikan bahawa skor min kumpulan eksperimen adalah 83.18 dan skor min kumpulan kawalan 78.17. Sebaran skor juga lebih besar dalam kumpulan eksperimen (6.27) berbanding kumpulan kawalan (4.66) dan hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan di mana t (6) = -.281, p<0.05. Mengenal pasti teori, rasional, Falsafah, Konsep, Sasaran & Tempoh Masa Kajian Keperluan Menetapkan objektif Menentukan Standard Pembelajaran, kandungan pengajaran & pembelajaran, strategi & resos Draf Lengkap M-PA dihasilkan Menentukan kesahan M-PA Kajian rintis untuk menilai M-PA Perlu pengubahsuaian Modul Akhir Peringkat Pertama Peringkat Kedua


29 Jadual 1.0: Hasil Ujian –t Ujian Pencapaian Topik Wang, dan Masa dan Topik Ujian Kumpulan N Min S.P Nilai -t Tahap Sig. Pra Kawalan 30 76.56 3.03 -1.91 0.058 Eksperimen 31 76.79 3.57 Pos Kawalan 30 78.17 4.66 -2.81 0.006* Eksperimen 31 83.18 6.27 Jadual 2.0 dan 3.0 menunjukkan keputusan ujian Levene dan ANCOVA. Keputusan ujian Levene iaitu F (1,59) = .0.000, p> .05 menunjukkan bahawa ia tidak signifikan. Justeru, nilai varians dalam setiap kumpulan responden kajian tidak berbeza. Data kajian ini telah mematuhi syarat ujian ANCOVA. Berdasarkan Jadual 3.0, keputusan ujian ANCOVA menunjukkan bahawa penggunaan M-PA memberi kesan kepada pencapaian murid dalam topik Wang, dan, Masa dan Waktu F (1, 58) = .00, p>.05). Oleh itu, hipotesis nul ditolak. Ini memberi kesimpulan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara kumpulan kawalan dan eksperimen. Keputusan ini memberi indikasi bahawa M-PA mempengaruhi pencapaian murid secara signifikan. Jadual 2.0: Ujian Levene F df1 df2 Sig. 23.085 1 59 .000 Jadual 3.0: Analisis Kovarian Sumber Type III Hasiltambah Kuasadua df Min Kuasadua F Sig. Intercept Hipotesis Ralat 2930.366 172.304 1 2.030 2930.366 84.898a 34.516 0.027 Markah Pra Hipotesis Ralat 538.033 1540.982 1 58 538.033 26.569b 20.251 0.000 Kumpulan Hipotesis Ralat 1350.247 1540.982 1 58 1350.247 26.569b 50.821 0.000 KESIMPULAN Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa M-PA telah dapat dibina dengan baik untuk membolehkan pentaksiran secara formatif dilaksanakan. Penggunaan M-PA pula telah membantu dalam meningkatkan pencapaian murid dalam topik tersebut. Guru perlu menyediakan atau menggunakan atau menggunakan modul yang memfokuskan kepada proses pentaksiran. Penggunaan modul sebagai bahan bantu mengajar sangat penting dalam memantapkan pembelajaran dan pentaksiran pelajar (Norma, 2004). Secara praktikal, kajian ini memberi indikasi bahawa M-PA yang dibina boleh dijadikan sumber pentaksiran alternatif yang boleh dijadikan rujukan kepada guru matematik.


30 RUJUKAN Abdul Rahim Hamdan. (2004). Student study approach preferences and motivation in teacher training in Malaysia. University of Surrey (United Kingdom). Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. Ball, D., & Cohen, D. (1999). Developing practice, developing practitioners: Toward a practice-based theory of professional education. Dlm. L. Darling-Hammond & G. Sykes (ed.), Teaching as the learning profession. San Francisco: Jossey-Bass. Hlm. 3-32. Chan, S. W., Looi, C. K., Ho, W. K., Huang, W., Seow, P., & Wu, L. (2021). Learning number patterns through computational thinking activities: A Rasch model analysis. Heliyon, 7(9), e07922. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Cohen, D., & Hill, H. (2001). Learning policy. New Haven, CT: Yale University Press. Cross City Campaign for Urban School Reform. (2005). A delicate balance: District policies and classroom practice. Chicago: Creswell, J. W. (2002). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative (Vol. 7). Prentice Hall Upper Saddle River, NJ. Fraenkel, J. & Wallen. (1996). How to design and evaluate research in education (edisi ketiga). New York: Mc Graw Hill, Inc. Gagne, R.M. & Briggs, L.J. (1979). Principles of instructional design Ed. Ke 2. New York: Holt, Rinehart and Winston. Glenn, J.R., & Gordon, T. J. (2010). State of the future at the millennium. Washington, DC: American Council for the United Nations University. Habsah Ismail (2000). Kefahaman Guru Tentang Konsep Pendidikan Bersepadu Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia. Darling-Hammond, L. 2006. Powerful Teacher Education: Lessons from Exemplary Programs. San Francisco: Jossey-Bass. Jerry, F. C., & Jamaludin, K. A. (2021). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis Dalam Mata Pelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 386-400. Liberman, N, David K, Beeri, C (2018). Regressed experts as a new state in teacher professional development: Lesson from Computer Science Teacher, adjustments to substantial changes in the curriculum: Journal Computer Science Education. Vol 22 (3), 237-255. Lim, C. S., & Kor, L. K. (2012). ‘Excellent’primary mathematics teachers’ espoused and enacted values of effective lessons. ZDM, 44(1), 59-69. Lim, C. Y., & Rosli, R. (2021). Analisis Contoh dan Latihan bagi Topik Penambahan dan Penolakan dalam Buku Teks Matematik SJKC. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 254-270. Mohd Sidek Noah. (2001). Career development. Theory and practice. Serdang:Univerisiti Putra Malaysia Moon, B. (2008). Introducing the Modular Curriculum to Teachers. Modular Curriculum. London: Paul Chapman. Musak Mantak. (2003). Moral Values in Malaysian Integrated School Curriculum: A Survey on Teachers Perception and Abilities. Thesis Ph. D. University of South Dakota. Nik Azis Nik Pa (2008). Pendidikan Moral dan Nilai di Malaysia: Satu Analisis Tentang Konsep dan Realiti Dari Perspektif Bersepadu. Prosiding Pendidikan Moral dan Nilai, hlm. 127-146. Noraini Idris., & Meng, C. C. (2011). Effect of graphic calculator-based performance assessment on mathematics achievement. Academic Research International, 1(1), 5. Norma Hassan. (2004). Hubungan Antara Pengguna Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ong, A.-C. (2004). Teaching Strategies that promote thinking. Singapura: McGrawHill. Pusat Perkembangan Kurikulum (2012). Kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Salkind, N. J. (Ed.). (2010). Encyclopedia of research design (Vol. 1). sage. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan pengajaran Individu dengan tumpuan khas kepada modul pengajaran dan pembelajaran. Jilid 3 Bil.1 Jan 1981, hlm. 50 – 54. Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kajian terhadap Penerapan Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Rendah di Daerah Hulu Langat, Selangor. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan


31 Malaysia. Rusell, J. D. (1974). Modular instruction: a guide to the design, selection, utilization readiness for change. Tan, K. E., Lim, C. S., Chew, C. M., & Kor, L. K. (2011). Talking Mathematics in English. Asia-Pacific Education Researcher (De La Salle University Manila), 20(1). Tan, L. C. (2022). Analisis domain kandungan buku teks Matematik tahun 4 KSSR semakan 2017. Timperly, H., & Parr, J. (2005). Theory competition and the process of change. Journal of Educational Change, 6(3), 227-251. Usiskin, Z. (2015). What does it mean to understand some mathematics? In Selected regular lectures from the 12th international congress on mathematical education (pp. 821-841). Springer, Cham. Wiersma, W. (2000) Research Method in Education: An Introduction. Boston: Allyn and Bacon. Wright, M (2002). Mnemonics: An aid to geographical learning. Teacher's notebook. Journal of Education, 94 (1), 339-340. Yusup Hashim & Razmah Man (1993) Teknologi Instruksi: Teori dan Aplikasi. Ed. ke-2. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.


32 PELAKSANAAN PENGAJARAN KAEDAH 4-LANGKAH DI KOLEJ VOKASIONAL TAIPING : CABARAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN. MOHAMMAD HAZRUL BIN MD JORI Unit Penyelidikan TVET, Kolej Vokasional Taiping Abstrak Pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah (4-steps pattern Instructing) merupakan asas pedagogi untuk seluruh personel berstatus Pegawai Penilai (PP) yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi mempertingkatkan kemahiran penyampaian latihan. Empat kaedah yang terlibat adalah persediaan, penyampaian, penggunaan dan pengesahan. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis secara keseluruhan tahap pelaksanaan pengajaran serta mengenalpasti cabaran dan cadangan penambahbaikan dalam pelaksaaan pengajaran kaedah 4-langkah pensyarah kemahiran di Kolej Vokaional Taiping. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif atau lebih dikenali sebagai mixed-method dengan menggunakan reka bentuk penjelasan (explanatory design). Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik dan juga borang temubual separa berstruktur. Seramai 36 orang pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Manakala bagi kaedah temu bual seramai sembilan orang pensyarah kemahiran dipilih berdasarkan pensampelan sukarela untuk setiap program. Hasil dapatan menunjukkan tahap pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah bagi setiap kaedah berada pada tahap sederhana. Hasil analisis temubual berkenaan cabaran dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah menunjukkan terdapat empat cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dan tiga cadangan penambahbaikan. Data yang diperolehi ini adalah penting untuk pembangunan kemahiran profesional tenaga pengajar kemahiran di Kolej Vokasional Taiping dan juga Bahagian Pendidikan Latihan Teknik & Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan keperluan industri. Kata Kunci: Pengajaran Kaedah 4-Langkah, Cabaran, Cadangan Penambahbaikan. PENGENALAN Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) sememangnya tidak dapat disangkal lagi sebagai pemangkin pembangunan negara (Asnul Dahar, Ruhizan, Kamalularifin, & Muhammad Khair, 2013). Hal ini turut diberi penekanan oleh kerajaan untuk melahirkan dan memperkukuhkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan yang terkandung dalam RMK-9 iaitu terkandung dalam teras kedua bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara (Asnul Dahar, et al., 2013) selari dengan hasrat kerajaan RMK-10 dan kini masih diteruskan dalam RMK-11. Menurut Asnul Dahar, et al (2013), dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10), tenaga pengajar dalam PTV perlu meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih baik dan efektif. Menurut laporan rasmi dari bank dunia dan UNESCO-UNEVOV, mendapati tenaga pengajar vokasional di negara-negara membangun, terutamanya di rantau ini Southeast Asian, sering tidak memenuhi tuntutan dunia kerja. Mereka kekurangan kemahiran kaedah pengajaran (pedagogi) pemindahan pengetahuan yang lebih berkesan. Oleh itu, sebahagian besar pembelajaran pelajar menjadi pasif, tidak membantu dalam meningkatkan kecekapan profesionalisme mereka (Dadang Kurnia & Ilhamdaniah, 2013). Hal ini selari dengan pandangan Derek Cheung (2001); dan Zohar, Degani dan Vaaknin (2001) yang menyatakan bahawa banyak percubaan dalam perubahan pendidikan telah gagal kerana aspek penguasaan terhadap kandungan subjek yang diajar, strategi pengajaran di bilik darjah dan kemahiran dalam penguasaan alatan teknologi dalam kalangan guru yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah perkara utama yang perlu diberi penekanan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan. Di Kolej Vokasional, pelaksanaan kurikulumnya adalah menggunakan kurikulum baharu yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang digubal berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS). NOSS merupakan dokumen yang menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut. Keputusan mesyuarat pemetaan Dokumen KSKV berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) pada 25


33 Oktober 2018 bagi penyeragaman pelakasanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) menunjukkan kandungan KSKV memenuhi keperluan NOSS dan tempoh latihan memenuhi syarat persijilan (JPK/701/22/1/1 Jld. 3(11)). Dengan demikian KSKV yang di gunakan di KV kini menepati pelaksanaannya seperti dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). PENYATAAN MASALAH Dalam meningkatkan kualiti penyampaian latihan kemahiran, Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Akta 652) diperkenalkan bagi memantau dan mengawal selia pusat bertauliah terutamanya dalam aspek kualiti penyampaian latihan kemahiran dan juga kualiti keluaran tenaga mahir (JPK, 2016). Oleh hal yang demikian, bagi memenuhi keperluan Akta 652 ini untuk pusat penyedia latihan kemahiran (Pusat Bertauliah) di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Latihan Teknik & Vokasional (BPLTV), iaitu pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional wajib kompeten dan diiktiraf sebagai Pegawai Latihan Vokasional (VTO I-031-3) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sebagai pensyarah kemahiran yang di iktiraf, mereka mestilah menyampaikan latihan kemahiran berdasarkan panduan yang telah di tetapkan oleh JPK iaitu kaedah 4-langkah bagi memastikan tujuan pengajaran dalam setiap kompetensi unit (CU) tercapai. Justeru kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan pengajaran berdasarkan kaedah 4-langkah dan juga mengenalpasti cabaran serta cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kualiti pelaksanaan pengajaran dalam kalangan pensyarah (Pegawai Penilai) di Kolej Vokasional Taiping. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis serta menambahbaik pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah di kalangan pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk : i. Mengenalpasti tahap pelaksanaan pengajaran pensyarah kemahiran berdasarkan kaedah 4-langkah di kalangan pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping. ii. Mengetahui cabaran-cabaran dalam melaksanakan amalan pengajaran berdasarkan kaedah 4-langkah di kalangan pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping. iii. Menyediakan cadangan-cadangan penambahbaikan dalam melaksanakan amalan pengajaran berdasarkan kaedah 4-langkah di kalangan pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping. KAJIAN LITERATUR Kurikulum adalah sangat penting dalam pendidikan kerana ia menentukan hala tuju pengajaran pensyarah. Ia juga merupakan medium dalam memberikan arahan kepada pelajar berkaitan dengan arah destinasi pelajaran mereka (Nurazimah, 2013). Oleh itu, ia adalah sangat penting untuk diberi perhatian dan penekanan serta perlu diberi penelitian secara terperinci dalam membangunkan kurikulum. Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) telah diperkenalkan pada tahun 1993 dan berkonsepkan Latihan Berasaskan Keterampilan (Competency Based Training-CBT), di mana latihan direkabentuk untuk membolehkan pelatih menunjukkan kompetensi mereka untuk melakukan sesuatu. Dalam konteks SPKM, CBT dilaksanakan berasasakan National Occupational Skills Standard (NOSS), di mana ianya dijadikan sebagai rujukan bagi pelaksanaan latihan dan standard pengukuran pencapaian pelatih bagi tujuan persijilan. Selaras dengan itu, kaedah penyampaian pengajaran berasaskan SPKM adalah direkabentuk berdasarkan penyampaian Pengajaran Corak 4-Langkah (4- Steps Pattern Instructing). Di mana metodologi penyampaian Pengajaran Corak 4-Langkah ini dijalankan secara bersepadu di antara pengetahuan yang dipelajari dan amalan kepada teknik-teknik pengajaran bersesuaian dalam penyampaian teoritikal dan praktikal. Terdapat empat langkah yang terlibat dalam Corak 4-Langkah iaitu, persediaan (preparation), penyampaian (presentation), penggunaan (application) dan pengesahan (confirmation) dalam penyampaian komponen teoritikal dan praktikal. Metodologi ini telah menjadi pra-syarat ke atas semua tenaga pengajar selaku personel SPKM bagi mempraktiskan langkah-langkah mengikut kreativiti dan inovasi masing-masing


34 dalam penyampaian pengajaran mereka. Langkah-langkah dan aktiviti mengikut peringkat penyampaian pengajaran adalah dijelaskan seperti berikut seperti yang terkandung dalam buku panduan bahan pengajaran bertulis (WIM), JPK Edisi 2016: - Langkah 1 (Persediaan) Buat panduan bagaimana untuk mendapatkan tumpuan dan minat pelatih:- a. Selesakan Pelatih. b. Timbulkan Minat Pelatih Ke Arah Tajuk Pengajaran. c. Nyatakan Tajuk. d. Nyatakan Tujuan Pengajaran. e. Terangkan Kepentingan Pelajaran. f. Semak Pengetahuan Terdahulu Pelatih. Langkah 2 (Penyampaian) Beri gambaran yang tepat mengenai isi kandungan sesuatu tajuk pengajaran:- a. Ruangan Topik Pengajaran (Instructional Topics) - Senaraikan perkara-perkara utama berdasarkan tujuan pengajaran merujuk kepada : - Related Knowledge bagi Teori (Wujudkan komunikasi 2 hala dan suasana harmoni sekiranya perlu) - Work Activities / Related Skills bagi Amali b. Ruangan Aktiviti Pengajaran (Instructional Activities) - Senaraikan butirannya mengikut aktiviti pengajaran dengan sistematik c. Lukis gambarajah, jika perlu Langkah 3 (Penggunaan) Pelatih dikehendaki menjalankan aktiviti yang telah diajar di bawah pengawasan pengajar :- a. Senaraikan aktiviti yang patut dibuat oleh pelatih b. Beri bantuan, penerangan dan huraian semasa pelatih menjalankan aktiviti c. Betulkan kesilapan pelatih dengan segera d. Pastikan pelajaran tercapai Langkah 4 (Pengesahan) Proses di mana setiap pelatih diberi peluang untuk menjalankan tugas yang diberi dengan menggunakan kesemua teknik dan prinsip yang telah dipelajari tanpa bantuan pengajar. a. Nyatakan arahan dengan jelas supaya pelatih mudah faham b. Laksanakan aktiviti yang diarahkan c. Pastikan objektif tercapai Dapat dirumuskan disini bahawa latihan pedagogi dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) telah berjaya menjamin kualiti penyampaian latihan kemahiran dan Vokasional. Pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah merupakan satu metodologi yang kukuh dan berupaya mengembangkan kreativiti dan inovasi pengajar di seluruh PB. Kaedah pengajaran ini merupakan sebagai panduan kepada seluruh personel berstatus PP yang berdaftar dengan JPK bagi mempertingkatkan kemahiran penyampaian latihan. METADOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan reka bentuk penilaian program deskriptif. Reka bentuk penilaian program deskriptif digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif projek ini iaitu untuk menilai pelaksanaan pengajaran berdasarkan corak 4-langkah dalam kalangan pensyarah di Kolej Vokasional Taiping. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif atau lebih dikenali sebagai mixed-method dengan menggunakan reka bentuk penjelasan (explanatory design) yang juga dikenali sebagai reka bentuk penjelasan berturutan (explanatory sequential design) (Creswell dan Clark, 2011). Kajian ini dijalankan melalui dua fasa, iaitu kajian kuantitatif dijalankan melalui fasa pertama dan kemudiannya disusuli dengan fasa kedua dengan kajian kualitatif. Seterusnya, laporan penyelidikan dilakukan berdasarkan dapatan daripada dapatan kuantitatif diikuti dengan dapatan kualitatif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 (Creswell dan Clark, 2007).


35 Rajah 1 Reka bentuk Penjelasan (Explanatory Design) Sumber: Creswell dan Clark, 2011 Populasi Dan Pensampelan Populasi kajian ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah kemahiran yang mengajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional Taiping. Jumlah keseluruhan populasi adalah seramai 36 orang iaitu 4 orang pensyarah bagi setiap program. Oleh kerana saiz populasinya yang kecil, maka keseluruhan populasi telah digunakan. Manakala bagi kaedah temu bual seramai sembilan pensyarah kemahiran dipilih berdasarkan pensampelan sukarela untuk setiap program. Bilangan responden dan peserta kajian mengikut program ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah. Jadual 1 Bilangan Responden Mengikut Program Bil Program Bil. Responden Peserta kajian 1 Teknologi Automotif 4 1 2 Teknologi Elektrik 4 1 3 Teknologi Elektronik 4 1 4 Teknologi Kimpalan 4 1 5 Teknologi Pemesinan 4 1 6 Teknologi Pembinaan 4 1 7 Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara 4 1 8 Pengurusan Perniagaan 4 1 9 Kesetiausahaan Pentadbiran 4 1 Jumlah 36 9 Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan borang temubual berstruktur sebagai instrumen bagi mendapatkan data kajian. Borang soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data berkenaan tahap pelaksanaan pengajaran 4-langkah diubahsuai daripada buku panduan bahan pengajaran bertulis (WIM), JPK Edisi 2017 dan telah mendapat kesahan daripada Ketua Jaminan Kualiti (KJK) Kolej Vokasional Taiping. Set borang soal selidik ini mengandungi 35 item dan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian B terdiri latar belakang responden iaitu jantina, bangsa, umur, kelayakan akademik tertinggi, kelayakan SKM, pengalaman mengajar dan kelayakan VTO manakala bahagian A terdiri daripada item-item yang berkaitan dengan aspek pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah iaitu persediaan, penyampaian, penggunaan dan pengesahan. Gambaran jelas berkenaan borang soal selidik adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Manakala


36 borang temubual berstruktur pula digunakan untuk mengenalpasti halangan dan cadangan penambahbaikan dalam pelaksanaan amalan pengajaran 4-langkah. Jadual 2 Definisi Operational dan Bilangan Item dalam Borang Set Soal Selidik BIL Aspek Definisi Operational Bil Item 1 Persediaan Persediaan pengajar bagi mendapat tumpuan dan minat dari pelajar iaitu selesakan pelajar, timbulkan minat pelajar, nyatakan tajuk serta tujuan pengajaran, terangkan kepentingan pelajaran dan semak pengetahuan terdahulu pelajar 9 2 Penyampaian Pengajar memberi gambaran jelas mengenai isi kandungan seseuatu pengajaran iaitu berkaitan dengan teori (related knowledge) atau amali (related skill) 13 3 Penggunaan Pelajar menjalankan aktiviti yang telah diajar di bawah pengawasan pengajar 9 4 Pengesahan Pelajar diberi peluang untuk menjalankan tugas yang diberi dengan menggunakan kesemua teknik dan prinsip yang telah dipelajari tanpa bantuan pengajar. 4 Jumlah Item 35 Sumber: Buku panduan bahan pengajaran bertulis (WIM), JPK Edisi 2017 Kajian rintis telah dijalankan di KV Kuala Kangsar tehadap 20 orang pensyarah SVM. Berikut adalah data bagi kebolehpercayaan item-item dalam borang soal selidik yang telah dianalisis dengan menggunakan indeks ‘Cronbach Alpha’ seperti dalam Jadual 3. Jadual 3 Nilai Alpha Bagi Borang Soal Selidik Penilaian Bahagian Nilai Alpha Soal Selidik a. Persediaan 0.68 b. Penyampaian 0.66 c. Penggunaan 0.72 d. Pengesahan 0.71 DAPATAN KAJIAN Objektif Kajian 1 : Mengenalpasti tahap pelaksanaan pengajaran pensyarah kemahiran berdasarkan kaedah 4-langkah di kalangan pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping. Bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah, statistik deskriptif iaitu nilai min digunakan. Justeru itu, untuk menggambarkan tahap pelaksaaannya, metrik interpretasi nilai min dalam jadual 4 dibawah digunakan. Jadual 4 Metrik Interpretasi Nilai Min Skor Min Interpretasi Tahap 1.00-2.33 Rendah Lemah 2.34-3.66 Sederhana Sederhana 3.67-5.00 tinggi Baik Sumber: Diadaptasi dari Abd. Ghafar, M. N. (2003) a. Persediaan Bahagian ini mengandungi 9 item soalan yang berkaitan dengan persediaan berdasarkan soal selidik pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah. Jadual 5 dibawah menunjukkan penilaian kendiri pensyarah terhadap langkah 1 iaitu persediaan.


37 Jadual 5 Skor Min bagi Persediaan Bil Persediaan Min Tahap 1 Saya memastikan keselesaan pelajar. 3.69 Baik 2 Saya menyemak senarai kehadiran. 3.78 Baik 3 Saya menekankan aspek disiplin / beri kerjasama / pakaian / merokok / telefon bimbit / tata-tertib / kebersihan. 3.39 Sederhana 4 Saya memulakan perbincangan dengan motivasi / perbincangan dua hala / minta bertenang / ceria / jaga kesihatan. 3.28 Sederhana 5 Saya menimbulkan minat pelatih ke arah tajuk pengajaran. 3.44 Sederhana 6 Saya menyatakan tajuk pengajaran dengan menulis di “White Board” dengan jelas. 3.83 Baik 7 Saya menjelaskan objektif / hasil pengajaran (instructional aims). 3.56 Sederhana 8 Saya menerangkan kepentingan pelajaran / faedah dari pelajaran. 3.67 Baik 9 Saya menyemak pengetahuan / pengalaman terdahulu pelatih berkenaan dengan tajuk yang akan dipelajari melalui sesi soal-jawab. 3.81 Baik KESELURUHAN 3.61 Sederhana Jadual 5 di atas menunjukkan keseluruhan item berada pada tahap yang sederhana iaitu dengan nilai min 3.61. Persediaan pensyarah SKM terhadap menekankan aspek keselesaan pelajar, menyemak kehadiran, menyatakan tajuk pengajaran, meneangkan kepentingan pengajaran serta menyemak pengetahuan terdahulu berada pada tahap yang baik dengan min yang paling tinggi iaitu 3.81. Walaubagaimana pun dari segi aspek penekanan disiplin, perbincangan dua hala dengan pelajar, menimbulkan minat pelajar dan menjelaskan objektif pengajaran semasa persediaan adalah berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min yang paling rendah iaitu 3.28. b. Penyampaian Bahagian ini mengandungi 13 item soalan yang berkaitan dengan penyampaian berdasarkan soal selidik pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah. Jadual 6 dibawah menunjukkan penilaian kendiri pensyarah terhadap langkah 2 iaitu penyampaian. Jadual 6 Skor Min bagi Penyampaian Bil Penyampaian Min Tahap 1 Saya menyenaraikan perkara-perkara utama berdasarkan tujuan pengajaran merujuk kepada related knowledge bagi pengajaran teori. 3.44 Sederhana 2 Saya menyenaraikan perkara-perkara utama berdasarkan tujuan pengajaran merujuk kepada related skills bagi pengajaran amali. 3.67 Baik 3 Saya menyampai kandungan pelajaran langkah demi langkah untuk mencapai tujuan pengajaran (Instruction Aims). 3.03 Sederhana 4 Saya menyampaikan kandungan pelajaran dalam susunan yang lojik. 3.06 Sederhana 5 Saya menyampaikan kandungan pelajaran dengan jelas. 3.12 Sederhana 6 Saya menyampaikan kandungan pelajaran menggunakan kaedah yang bersesuaian. 3.56 Sederhana 7 Saya memberikan contoh-contoh yang releven kepada pelatih bagi tujuan peningkatan pembelajaran. 3.14 Sederhana 8 Saya menekankan aspek keselamatan kepada pelatih 3.39 Sederhana 9 Saya menekankan perkara yang penting. 3.55 Sederhana 10 Saya mengajar pelatih mengikut tahap keupayaan mereka. 3.33 Sederhana 11 Saya menggunakan bahasa standard yang jelas. 3.11 Sederhana 12 Saya melibatkan pelatih dalam aktiviti pembelajaran. 3.00 Sederhana 13 Saya menghadkan kandungan pelajaran dengan sewajarnya. 2.31 Lemah KESELURUHAN 3.21 Sederhana Jadual 6 di atas menunjukkan keseluruhan item berada pada tahap yang sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Hampir keseluruhan item penyampaian pensyarah berada pada tahap sederhana. Nilai min yang paling rendah adalah 2.31 iaitu item pensyarah menghadkan kandungan pelajaran dengan sewajarnya berada pada tahap yang lemah. Walaubagaimana pun, terdapat satu item yang menunjukkan nilai min yang paling tinggi (3.67) iaitu item


38 pensyarah menyenaraikan perkara-perkara utama berdasarkan tujuan pengajaran merujuk dengan related skills bagi tujuan amali berada pada tahap yang baik. c. Penggunaan Bahagian ini mengandungi 9 item soalan yang berkaitan dengan penggunaan berdasarkan soal selidik pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah. Jadual 7 dibawah menunjukkan penilaian kendiri pensyarah terhadap langkah 3 iaitu penggunaan. Jadual 7 Skor Min bagi Penggunaan Bil Penggunaan Min Tahap 1 Saya mengedarkan kertas penerangan (information sheet) semasa pengajaran kelas teori. 3.58 Sederhana 2 Saya mengedarkan kertas kerja (work sheet) semasa pengajaran kelas amali. 3.69 Baik 3 Saya memberi masa kepada pelatih untuk memahami kertas penerangan (information sheet) yang diberikan. 3.14 Sederhana 4 Saya memberi masa kepada pelatih untuk memahami kertas kerja (work sheet) yang diberikan. 3.11 Sederhana 5 Saya meminta pelatih bertanya sekiranya tidak faham. 3.31 Sederhana 6 Saya menguji kefahaman pelatih dengan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk yang telah dipelajari. 3.75 Baik 7 Saya segera memperbetulkan kesilapan pelatih sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah. 3.36 Sederhana 8 Saya akui jawapan dengan memberi pujian / motivasi sekiranya jawapan yang diberikan adalah betul 3.56 Sederhana 9 Saya memastikan tujuan pengajaran sudah tercapai 3.58 Sederhana KESELURUHAN 3.45 Sederhana Jadual 7 di atas menunjukkan keseluruhan item berada pada tahap yang sederhana iaitu dengan nilai min 3.45. Hampir keseluruhan item penggunaan berada pada tahap sederhana. Item yang paling tinggi adalah pada tahap yang baik iaitu pensyarah menguji kefahaman pelatih dengan bertanyakan soalan berkaitan dengan tajuk yang telah dipelajari dengan nilai min 3.75. Manakala item yang paling rendah adalah pensyarah memberi masa kepada pelatih untuk memahami kertas kerja (work sheet) dengan nilai minnya 3.11. d. Pengesahan Bahagian ini mengandungi 4 item soalan yang berkaitan dengan pengesahan berdasarkan soal selidik pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah. Jadual 8 dibawah menunjukkan penilaian kendiri pensyarah terhadap langkah 4 iaitu pengesahan. Jadual 8 Skor Min bagi Pengesahan Bil Pengesahan Min Tahap 1 Saya mengedarkan kertas tugasan (assignment sheet) yang berkaitan dengan kandungan pelajaran. 3.53 Sederhana 2 Saya menyatakan tempoh bagi menyiapkan tugasan. 3.33 Sederhana 3 Saya memberi peluang kepada pelatih untuk mendapatkan penjelasan atau bertanya. 3.53 Sederhana 4 Saya merumukan kandungan pelajaran. 3.36 Sederhana KESELURUHAN 3.43 Sederhana Jadual 8 di atas menunjukkan keseluruhan item berada pada tahap yang sederhana iaitu dengan nilai min 3.43. Item yang menunjukkan tahap pelaksanaan yang tinggi adalah pensyarah mengedarkan kertas tugasan (assignment sheet) yang berkaitan dengan kandungan pelajaran dan juga memberi peluang kepada pelatih untuk mendapatkan penjelasan atau bertanya dengan nilai min 3.53. Manakala item yang menunjukkan tahap pelaksanaan yang rendah adalah pensyarah menyatakan tempoh bagi menyiapkan tugasan dengan nilai min 3.33.


39 Objektif Kajian 2 : Mengetahui cabaran-cabaran dalam melaksanakan amalan pengajaran berdasarkan kaedah 4-langkah di kalangan pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping. Hasil daripada analisis keperluan latihan iaitu tahap pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah di kalangan pensyarah di Kolej Vokasional Taiping menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan proses penambahbaikan. Justeru dalam fasa seterusnya iaitu fasa 2 ini, penyelidik telah menganalisis cabaran dan juga cadangan penambahbaikan dengan menggunakan kaedah analisis tematik bagi membentuk atau mengenalpasti tema utama dan juga sub tema hasil daripada temubual (transkrip) yang telah diperoleh dari sembilan orang peserta kajian. Untuk menilai kebolehpercayaan tema dan sub tema, kaedah analisis Indeks Cohen Kappa digunakan bagi tujuan untuk menentukan darjah persetujuan unit analisis dengan tema yang dikaji (Zamri Mahmod & Noriah Mohd Ishak, 2003). Justeru itu, dua orang panel penilai di lantik untuk menyemak dan membuat penilaian pekali persetujuan terhadap tema dan sub-tema yang muncul seperti ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah. Jadual 9 Pengiraan Nilai Persetujuan Cohen Kappa di antara Pakar Penilai Kategori Penilai 1 Penilai 2 Nilai Persetujuan Keseluruhan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kaedah 4-Langkah Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Pengajaran Kaedah 4-Langkah K= 7-4.5 = 0.56 9-4.5 K= 8-4.5 = 0.78 9-4.5 K= 8-4.5 = 0.78 9-4.5 K= 8-4.5 = 0.78 9-4.5 = 0.56 + 0.78 = 0.67 (Sederhana) 2 = 0.78 + 0.78 = 0.78 (tinggi) 2 Berdasarkan kiraan nilai persetujuan Cohen Kappa dalam Jadual 10 di bawah, menunjukkan indeks pekali Cohen Kappa bagi ketegori Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kaedah 4-Langkah pada tahap 0.67 manakala bagi kategori Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Pengajaran Kaedah 4-Langkah berada pada tahap 0.78. Keputusan skala persetujuan Cohen Kappa bagi kedua-dua kategori ini menunjukkan pada tahap skala sederhana dan baik (rujuk Jadual 10). Hal ini bermakna unit analisis (sub-tema) yang dibuat oleh penyelidik adalah seiring dengan kategori yang dicadangkan. Jadual 10 Indikator Tahap Persetujuan Cohen Kappa. Indikator Nilai Cohen Kappa Sangat Tinggi >0.90 Tinggi .70-0.89 Sederhana 0.30-0.69 Rendah <0.30 Sumber: Wiersma, 2000 Hasil tematik analisis sembilan orang pensyarah kemahiran menunjukkan terdapat empat tema utama yang telah diperoleh dan juga 9 sub tema (penyataan peserta kajian) dari tema utama. Jadual 11 dibawah menunjukkan tema utama dan sub tema yang diperoleh dari temubual.


40 Jadual 11 Tema dan Sub-Tema (Penyataan PK) Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kaedah 4-Langkah PESERTA KAJIAN (PK) CABARAN TEMA SUB-TEMA (Penyataan PK) PK1 Tidak faham “tidak berapa faham…” PK2 Ikut kebiasaan “mengajar macam biasakan, tak ikut sangat macam dalam panduan..” PK3 Tiada Pemantauan “tiada pemantauan pun…..” PK4 Ikut kebiasaan “selesa dengan kaedah kita sendiri…..” PK5 Masa “kekangan masa la nk sediakan WIM…..” PK6 Ikut kebiasaan “secara praktikal tak pernah buat sebab……” PK7 Tiada Pemantauan “tiada pemantauan…..” PK8 Ikut kebiasaan “biasa mengajar..” PK9 Tidak faham “Tak berapa nk faham…” Berdasarkan jadual 11, menunjukkan terdapat empat tema utama hasil dari temubual bersama dengan peserta kajian (pensyarah kemahiran). Empat tema utama yang diperoleh ini ialah tidak faham (2 orang PK), ikut kebiasaan (4 orang PK), tiada pemantauan (2 orang PK) dan juga masa (1 orang PK). Objektif Kajian 3: Menyediakan cadangan-cadangan penambahbaikan dalam melaksanakan amalan pengajaran berdasarkan kaedah 4-langkah di kalangan pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping. Hasil tematik analisis sembilan orang pensyarah kemahiran menunjukkan terdapat tiga tema utama yang telah diperoleh dan juga 9 sub tema (penyataan PK) dari tema utama. Jadual 12 dibawah menunjukkan tema utama dan sub tema yang diperoleh dari temubual. Jadual 12 Tema dan Sub-Tema (Penyataan PK) Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Pengajaran Kaedah 4- Langkah PESERTA KAJIAN (PK) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TEMA SUB-TEMA (Penyataan PK) PK1 Kursus buat kursus PK2 Pementoran pantau. PK3 Pementoran mentor mentee PK4 Kursus kursus dalaman PK5 Pementoran Pemantauan PK6 Pementoran PLC, coaching PK7 Penanda Aras pergi pusat latihan tauliah (PB) PK8 Pementoran pantau PK9 Pementoran sistem mentor dan mentee Berdasarkan jadual 12, menunjukkan terdapat tiga tema utama hasil dari temubual bersama dengan peserta kajian (pensyarah kemahiran). Tiga tema utama yang diperoleh ini ialah kursus (2 orang PK), pementoran (6 orang PK) dan penanda aras (1 orang PK). PERBINCANGAN Tahap pelaksanaan pengajaran kaedah 4-langkah Berdasarkan hasil analisis dapatan projek menunjukkan tahap pelaksanan pengajaran bagi setiap kaedah 4- langkah dikalangan pensyarah kemahiran di Kolej Vokasional Taiping berada pada tahap yang sederhana. Sebenarnya hasil analisis ini juga disokong oleh analisis tematik dari temubual pensyarah terhadap cabaran dalam melaksanakan pengajaran kaedah 4-langkah. Cabaran utama dalam pelaksanaan pengajaran kaedah 4- langkah ini ialah pensyarah mengajar mengikut kebiasaan mereka tanpa panduan yang betul. Akibatnya pensyarah akan mengajar tanpa persediaan dan rancangan pengajaran (lesson Plan) yang betul mengikut kurikulum yang dikehendaki. Menurut Caroline dan Abdul Said (2014), persediaan mengajar mampu


Click to View FlipBook Version