91 Jadual 11 Transkrip Temu Bual dengan Peserta Kajian Bagi Item 4 Soalan: Pada pendapat anda, adakah “Rumah Ajaib Digital” dapat membantu anda menjawab soalan dengan lebih senang? Peserta Kajian Respons P1 Ada, saya tahu bila nampak lebih 60 minit maksudnya hendak tekan butang supaya tambah 1 jam tolak 60 minit P2 Ada, minit lebih daripada 60, pengkaji perlu tambah 1jam, tolak 60 minit. P3 Ya, saya lebih faham konsep topik tersebut P4 Ya, saya memahami konsep pengumpulan semula selepas penggunaan. P5 Ada, nampak kad merah maksudnya hendak +1 -60. Jadual 12 Transkrip Temu Bual dengan Peserta Kajian Bagi Item 5 Soalan: Adakah anda lebih suka guru mengajar dengan menggunakan “Rumah Ajaib Digital”? Peserta Kajian Respons P1 Ya, lebih menarik. P2 Ya. Sangat suka. P3 Ya, pengkaji lebih memahami konsep. P4 Ya, pengkaji lebih suka guru guna cara ini. P5 Ya, pengkaji suka animasi-animasi. Berdasarkan dapatan temu bual, pengkaji mendapati bahawa “Rumah Ajaib Digital” merupakan sesuatu kaedah yang kreatif dan digemari oleh murid. Peserta kajian berpendapat bahawa “Rumah Ajaib Digital” ada visual dan berwarna-warni, boleh sendiri mengakses kit pembelajaran serta suka bermain sambil belajar dan Ia membuktikan bahawa penggunaan “Rumah Ajaib Digital” dapat menambahbaikan pedagogi guru bagi topik tersebut. Secara tidak langsung, kit pembelajaran ini mendorong guru untuk banyak menghasilkan ABM dalam bentuk visual, audio dan video, mewujudkan ABM berkonsepkan bermain sambil belajar serta menyediakan lebih banyak kit pembelajaran dalam proses PdPC. KESIMPULAN Dalam kajian ini, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian, pengkaji telah menggunakan kit pembelajaran iaitu ‘Rumah Ajaib Digital’ yang merupakan adaptasi jam digital dan diinovasikan oleh pengkaji. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini berjaya merungkai kedua-dua persoalan kajian tersebut yang mana keputusan kajian menjurus ke arah yang positif. Ringkas kata, kit pembelajaran iaitu ‘Rumah Ajaib Digital’ bukan sahaja dapat membantu murid menguasai topik masa dan waktu melibatkan pengumpulan semula jam dan minit serta minit dan saat, malah ia juga dapat menambahbaikan amalan pedagogi guru bagi topik tersebut.
92 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Berdasarkan temu bual dengan guru mengenai kit pembelajaran “Rumah Ajaib Digital”, didapati bahawa murid mungkin akan berlakunya kekeliruan tentang butang-butang dalam “Rumah Ajaib Digital”. Hal ini demikian kerana manual penggunaan tidak disediakan dalam kit pembelajaran tersebut. Maka, untuk menyelesaikan masalah kekeliruan, pengkaji bercadang agar manual penggunaan disediakan dalam “Rumah Ajaib Digital” supaya murid-murid yang menggunakan kit pembelajaran tersebut memahami setiap fungsi serta dapat menggunakan “Rumah Ajaib Digital” dengan betul. Pengkaji juga bercadang agar saiz kumpulan sasaran boleh diperbesarkan lagi. Hal ini demikian supaya dapat memperolehi dapatan yang lebih nyata dan spesifik serta meningkatkan kuasa ujian. Mereka boleh terdiri daripada murid lain di dalan kelas yang sama ataupun murid tahap dua yang lemah dalam kemahiran penambahan masa dan waktu yang melibatkan pengumpulan semula jam dan minit serta minit dan saat. Pengkaji juga bercadang meningkatkan bilangan soalan aras tinggi. Kajian ini telah dijalankan dengan bertujuan untuk membantu murid menguasai kemahiran penambahan masa dan waktu yang melibatkan pengumpulan semula jam dan minit serta minit dan saat. Oleh demikian, soalan-soalan yang digubal hendaklah berupaya untuk melambangkan keadaan sebenar soalan-soalan yang akan ditemui oleh murid. Seiring dengan dasar Kementerisn Pendidikan Malaysia yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), soalan soalan yang digubal hendaklah mengandungi unsur KBAT. Walaupun begitu, soalan-soalan ini tidak boleh diberikan secara terus kepada murid dan hendaklah diberi secara peringkat demi peringkat bermula dari satu soalan dan semakin meningkat sehinggalah ke ujian selepas bimbingan. Namun, soalan yang diberikan hendaklah berfokus kepada penguasaan kemahiran penambahan masa dan waktu yang melibatkan pengumpulan semula jam dan minit serta minit dan saat dan bukannya berfokus kepada penyelesaian masalah. Ini adalah penting agar objektif kajian dapat dipatuhi dan bukannya membentuk isu yang lain seperti masalah tidak memahami soalan berayat. RUJUKAN Cheng F. L. (2012). Error Analysis in Mathematics. Behavioral Research and Teaching. University of Oregon. https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED572252.pdf Easter, M. (2016). Kelemahan murid dalam operasi asas matematik. Kajian Kes, 13(5), 12-16. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Matematik Tahun 6. Kurikulum Standard Sekolah Rendah – Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2017). DSKP Matematik KSSR Tahun 3 (Semakan 2017). Marzita Puteh et.al. (2014). Primary school teachers’ mathematics knowledge for teaching: multiplication and division of fraction. In: The 3rd International Postgraduate Conference on Science and Mathematics 1. P.L.Ku, S.C.Johnson LIM. (2019). Perlaksanaan Dan Keberkesanan Kaedah Lattice Dalam Pengajaran Kemahiran Matematik: Satu Kajian Kes Di Sekolah Rendah. Universiti Hussein Onn Malaysia. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9674/2/36.pdf
93 KAEDAH CROSS LINE: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT SEE CHING YING1 , SARASWATHY A/P SINNASAMY2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peningkatan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit dalam kalangan murid Tahun 4 menggunakan kaedah Cross Line. Penyelidikan tindakan ini dijalankan terhadap 6 orang murid dari tahun 4 yang belajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di daerah Bayan Lepas, Pulau Pinang. Peserta kajian yang terpilih adalah di kalangan murid yang mempunyai penguasaan rendah dalam topik pendaraban. Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian serta temu bual. Analisis data yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam markah ujian pasca berbanding ujian pra. Kajian juga mendapati sebanyak 83.3% peserta kajian berasa seronok menggunakan kaedah Cross Line untuk menyelesaikan soalan pendaraban manakala 66.7% peserta kajian berpendapat bahawa kaedah Cross Line lebih mudah difahami dan telah membantu mereka untuk menyelesaikan soalan dengan lebih tepat. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa kaedah Cross Line telah berjaya membantu murid Tahun 4 dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Kata Kunci: keberkesanan, kaedah Cross Line, meningkatkan kemahiran mendarab PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah matematik diberi makna ilmu hisab iaitu ilmu yang berkaitan dengan pengiraan. Namun, adakah matematik hanya berkaitan dengan pengiraan? Berdasarkan Elaine J. Hom (2013), matematik merupakan sains yang berkaitan dengan logik bagi bentuk, kuantiti dan urutan. Ia sentiasa berada di sekitar kita termasuk peranti mudah alih, seni bina, seni, wang, kejuruteraan sehingga sukan. Berdasarkan pengalaman semasa praktikum, pengkaji sebagai pelajar guru pengkhususan Matematik mendapati murid agak lemah dalam melakukan operasi mendarab dengan kaedah tradisional terutamanya pendaraban dengan nombor dua digit. Murid secara keseluruhannya dapat menguasai pendaraban sebarang nombor dengan nombor satu digit namun menghadapi masalah dalam pendaraban dengan nombor dua digit. Hal ini kerana mereka sering keliru dengan konsep nilai tempat nombor dalam bentuk lazim. Walaupun guru sentiasa memberi peringatan, malah murid masih membuat kesalahan yang sama. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah Cross Line, yang ditambahbaik dari kaedah Lattice untuk membantu murid meningkatkan kemahiran pendaraban dengan nombor dua digit. FOKUS KAJIAN Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan operasi yang sukar dikuasai (Azizi & Hu, 2010 dalam Siti Aishah & Md Yusoff, 2017). Hal ini kerana wujudnya pelbagai isu yang melibatkan kesukaran murid untuk menguasai konsep pendaraban (Vanitha & Mohd Azizi, 2018.). Salah satu isu adalah kerana murid lemah dalam sifir darab Matematik (Siti Aishah & Md Yusof, 2017). Seterusnya, murid juga mengalami miskonsepsi dalam langkah kerja operasi pendaraban bentuk lazim. Di antaranya ialah murid keliru dengan nilai tempat. Pernyataan ini disokong oleh Brandt et al., (2016) yang memberikan contoh seperti berikut.
94 Rajah 1 Meletak nombor pada nilai tempat yang salah Selain itu, murid juga sering salah mengaplikasikan konsep pendaraban satu digit dalam pendaraban ‘multidigit’ iaitu mendarab setiap lajur secara berasingan (Mathematics Navigator, n.d.). Miskonsepsi yang seterusnya adalah murid tidak mengamalkan pengumpulan semula. ‘Tidak mengumpulkan semula’ digariskan sebagai kegagalan untuk membawa hasil apabila hasil bagi pendaraban nilai tempat tunggal dikumpulkan menjadi dua digit (Kency, 2019). Berikut merupakan contoh miskonsepsi berkaitan pengumpulan semula. Rajah 2 Tidak mengamalkan pengumpulan semula Sumber: Kencya (2019) Secara tegasnya, miskonkepsi dan salah faham terhadap operasi pendaraban sebarang nombor dengan nombor dua digit perlu diatasi agar mereka dapat menguasai kemahiran matematik yang lain pada peringkat yang lebih tinggi. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian i. Meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit dalam kalangan murid Tahun 4 menggunakan kaedah Cross Line. Soalan Kajian i. Sejauh manakah kaedah Cross Line dapat membantu murid Tahun 4 dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit? ii. Apakah kesan penggunaan kaedah Cross Line terhadap murid Tahun 4 dalam kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit?
95 PESERTA KAJIAN Kajian ini dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di daerah Bayan Lepas, Pulau Pinang. Peserta kajian merupakan 6 orang murid tahun 4 yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Peserta kajian yang terpilih adalah berumur 10 tahun dengan prestasi pencapaian yang rendah dalam topik pendaraban. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Pada awalnya, pengkaji telah memohon kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan penyelidikan tindakan sepanjang tempoh praktikum berlangsung. Semasa proses PdPc, pengkaji telah memberi soalan ujian pra kepada murid dan meminta mereka menyelesaikannya. Hal ini adalah untuk mengumpulkan data awal yang diperlukan. Selepas itu, penerangan tentang kaedah Cross Line diberikan kepada murid-murid supaya mereka jelas terhadap apa yang akan dipelajari dalam kelas hari itu. Nurul et al. (2010) dalam Siti Zaharah et al. (2018) menyatakan bahawa teknologi multimedia mampu meningkatkan perhatian, mengekalkan ingatan dan perhatian serta meningkatkan motivasi pelajar. Berikutan itu, pengkaji menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan cara mengaplikasikan kaedah Cross Line. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa PdPc, namun juga dapat menarik perhatian murid. Secara tidak langsung, aktiviti PdPc dapat dijalankan dengan lebih lancar. Selanjutnya, pelbagai contoh ditunjukkan lagi bagi mengukuhkan kefahaman murid terhadap kaedah ini.
96 Rajah 3 Murid-murid ditunjukkan dengan cara penggunaan Kaedah Cross Line Sumber: Rakaman Google Meet Selanjutnya, pengkaji mengedarkan latihan pengukuhan kepada murid untuk diselesaikan secara berpasangan dengan menggunakan kaedah Cross Line. Ujian pasca juga dilaksanakan untuk mendapatkan data kajian selain melalui pemerhatian. Pengumpulan data dilakukan menerusi ujian pra, ujian pasca, pemerhatian, serta temu bual. Ujian pra dan ujian pasca mengandungi 10 soalan yang sama namun dengan urutan yang berlainan. Borang pemerhatian dan soalan-soalan temu bual yang berbentuk separa berstruktur juga disediakan demi mendapatkan data yang lebih tepat. Penganalisan data juga telah dijalankan oleh pengkaji. Bagi data ujian pra dan pasca, pengkaji telah menilai pencapaian peserta kajian dalam bentuk markah dan gred. Bagi pemerhatian, pengkaji menyediakan borang pemerhatian dan mempamerkan data dalam bentuk jadual berdasarkan tema. Akhir sekali, iaitu temu bual, pengkaji telah mentranskripsikan perbualan dalam bentuk dialog lalu mengkategorikan maklumat berdasarkan tema dan mempamerkannya dalam bentuk jadual.
97 DAPATAN KAJIAN Selepas menentukan cara untuk mengumpul dan menganalisis data, pengkaji telah mengintepretasikan kedua-dua data kuantitatif dan kualitatif bagi mengkaji objektif kajian serta menjawab soalan kajian. 6.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca Jadual 1 di bawah telah merumuskan pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pasca manakala Rajah 4 menggambarkan perbandingan markah bagi setiap peserta kajian. Jadual 1 Perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca Rajah 4 Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca peserta kajian Jadual 1 mahupun Rajah 4 di atas telah jelas merumuskan peningkatan markah bagi setiap peserta kajian. Kita dapat melihat peningkatan bagi murid L1, murid P2 dan murid P3 adalah sebanyak 60 markah. Seterusnya, murid L2 dan murid P1 juga menunjukkan peningkatan yang baik. Gred markah mereka dalam ujian pra adalah gred E. Namun, mereka berjaya mendapat markah 70%, iaitu gred B pada ujian pasca. Sekiranya merujuk kepada Rajah 4, walaupun murid L3 memperoleh gred E dalam
98 kedua-dua ujian pra dan pasca, tetapi markah ujiannya telah meningkat daripada markah 10% dalam ujian pra kepada markah 20% dalam ujian pasca. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa kaedah Cross Line berkesan dalam membantu mereka meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit.
99 Pemerhatian Jadual 2 Keputusan Pemerhatian Berpandukan Jadual 2, hanya 2 orang peserta kajian mengambil tindakan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji secara sukarela. Walau bagaimanapun, terdapat 50% peserta kajian berani untuk bertanya atau memberi pandangan mereka. Data ini telah menunjukkan bahawa peserta kajian masih berani untuk menjawab soalan sekiranya mereka dipanggil nama mahupun secara sukarela. Tambahan pula, 100% daripada mereka tidak mengganggu rakan yang lain semasa PdPc berlangsung. Maka, kita dapat menyimpulkan bahawa walaupun penglibatan murid tidak dapat dikira sebagai cemerlang, tetapi masih berada pada tahap memuaskan. Aspek seterusnya yang diperhatikan oleh pengkaji adalah aspek minat. Semua peserta kajian telah memberi tumpuan semasa pengkaji memperkenalkan kaedah Cross Line. Hal ini boleh dibuktikan apabila peserta kajian memberi respon yang selaras dengan soalan yang dikemukakan oleh pengkaji. Lebih-lebih lagi, seramai 5 orang menunjukkan wajah gembira semasa menggunakan kaedah Cross Line untuk membuat latihan. Hal ini membawa makna kebanyakkan peserta kajian tidak berasa bosan dengan penggunaan kaedah Cross Line. Terdapat juga 83.3% peserta kajian berasa yakin apabila diminta untuk menyelesaikan soalan ujian dengan menggunakan kaedah Cross Line. Secara keseluruhannya, melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengetahui bahawa kaedah Cross Line telah membawa pengaruh yang positif terhadap peserta kajian.
100 Temu Bual Jadual 3 Dapatan Temu Bual Pertama sekali, kebanyakkan peserta kajian berpendapat bahawa kaedah Cross Line mudah difahami dan lebih senang diaplikasi berbanding kaedah tradisional. Namun, murid L3 mempunyai pendapat yang berbeza dengan sebab bentuk lazim hanya perlu menulis nombor. Pada pendapat murid P1 pula, kaedah Cross Line senang difahami tetapi tidak senang diaplikasi berbanding kaedah tradisional kerana langkah pelaksanaan kaedah Cross Line adalah lebih banyak daripada bentuk lazim. Seterusnya, 5 daripada 6 orang peserta kajian bersetuju bahawa kaedah Cross Line telah membantu mereka menyelesaikan soalan operasi mendarab. Sebaliknya, murid L3 mengatakan bahawa dia keliru dengan langkah melakukan kaedah Cross Line. Di samping itu, peserta kajian memiliki perasaan seperti, gembira, seronok dan kagum semasa menggunakan kaedah Cross Line. Dalam pada itu, murid L3 berasa ragu hati kerana dia kurang memahami kaedah ini. Peserta kajian juga menjelaskan kesan yang dibawa oleh kaedah Cross Line terhadap mereka sendiri. Hanya murid L3 yang kurang memahami kaedah Cross Line kerana dia berasa lebih keliru semasa menjawab soalan berbanding pelajar yang lain. Walau bagaimanapun, semua peserta kajian berpendapat masih memerlukan masa dan latihan tambahan untuk memperkukuhkan pengaplikasian kaedah Cross Line. Secara keselurhannya, walaupun terdapat juga peserta kajian yang memberi maklum balas negatif, tetapi berdasarkan data temu bual, kebanyakan daripada mereka telah menunjukkan kesan yang positif.
101 REFLEKSI Pada peringkat awal kajian, pengkaji telah mengenal pasti isu atau masalah yang dihadapi oleh murid, iaitu kesukaran dalam topik pendaraban terutamanya pendaraban dengan nombor dua digit. Dengan itu, pengkaji telah menjalankan tinjauan literatur supaya memperoleh maklumat yang lebih mendalam mengenai miskonsepsi ini. Selepas itu, pengkaji mengambil keputusan untuk memilih topik pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Dengan berasaskan kepada kaedah Lattice, kaedah Cross Line yang ditambahbaik telah diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran pendaraban dalam kalangan murid dengan menjadikan model Kurt Lewin sebagai model penyelidikan tindakan yang dirujuk. Seterusnya, kaedah mengumpul dan menganalisis data telah dikenal pasti oleh pengkaji. Berdasarkan data yang dianalisis, kaedah Cross Line adalah berkesan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Gred pencapaian peserta kajian dalam ujian pra adalah gred terendah, iaitu gred E. Namun, selepas kaedah Cross Line diperkenalkan, 100% peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif pada markah ujian pasca mereka. Selain daripada itu, keyakinan murid terhadap kemahiran pendaraban juga semakin meningkat. Berdasarkan data pemerhatian, peratusan peserta kajian yang yakin untuk menjawab soalan ujian adalah sebanyak 88.3% dan markah ujian pasca mereka juga meningkat selepas diajar dengan kaedah Cross Line. Semasa temu bual, terdapat peserta kajian yang merasakan lebih yakin dan tidak tertekan semasa menjawab soalan menggunakan kaedah Cross Line. Penggunaan kaedah Cross Line juga berjaya meningkatkan minat murid terhadap topik pendaraban. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, 5 daripada 6 orang peserta kajian telah menunjukkan wajah gembira semasa menggunakan kaedah Cross Line untuk menjawab soalan ujian. Data temu bual juga menunjukkan bahawa seramai 5 orang peserta kajian mempunyai perasaan yang baik selain melahirkan minat terhadap topik pendaraban apabila mereka telah menguasai kemahiran pendaraban dengan menggunakan kaedah Cross Line. Selepas kajian, pengkaji telah merefleksi terhadap kekuatan serta kelemahan tindakan sepanjang PdPc dijalankan. Pada pendapat pengkaji, kekuatan yang wujud sepanjang kajian ini adalah dari segi persediaan instrumen yang lebih awal untuk pengumpulan data. Pengkaji juga menyediakan bahan bantu mengajar seperti slaid powerpoint bagi melancarkan proses PdPC. Selain itu, pengkaji telah mematuhi etika serta mengamalkan nilai sepanjang kajian ini dijalankan. Pengkaji telah mendapat kebenaran daripada peserta kajian dan memberi penerangan kepada peserta kajian supaya mereka jelas dengan segala tindakan yang dilakukan oleh pengkaji. Tambahan pula, pengkaji juga mengamalkan nilai semasa proses PdPc. Misalnya, pengkaji telah bersikap adil terhadap setiap murid dengan memastikan mereka memahami penggunaan kaedah Cross Line dan menjawab pertanyaan mereka. Nilai bertanggungjawab juga diamalkan oleh pengkaji, iaitu memastikan kehadiran setiap murid serta kerap memanggil nama murid yang kurang aktif demi memastikan penglibatan mereka dalam PdPc. Namun begitu, masa yang diperuntukkan kepada pengkaji untuk menjanlakan proses PdPc adalah terhad. Hal ini menyebabkan penerangan pengkaji terhadap langkah penggunaan kaedah Cross Line kurang teliti dan sistematik. Pada waktu yang sama, proses pengumpulan data amat mendesak. Di samping itu, pengkaji kurang dapat memberi fokus kepada dua perkara dalam masa yang sama. Misalnya, pengkaji kadang kala lupa untuk memerhati reaksi peserta kajian kerana terlalu fokus terhadap penjelasan kaedah Cross Line. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Bagi menambah baik kajian ini, dicadangkan supaya dalam kajian yang berikutnya, PdPc dapat dijalankan secara bersemuka untuk mengelakkan situasi yang telah dihadapi semasa PdPc dijalankan secara atas talian. Lebih-lebih lagi, PdPc secara bersemuka membolehkan pengkaji untuk menjalankan pemerhatian dengan lebih menyeluruh, iaitu mengambil perhatian dalam persekitaran pembelajaran peserta kajian. Selain itu, pengkaji mencadangkan bahawa kemahiran pengurusan masa pengkaji terhadap proses PdPc perlu ditingkatkan. Pengkaji boleh meminta tunjuk ajar daripada guru guru sekolah yang lebih berpengalaman mengenai tindakan yang akan dilaksanakan oleh mereka sekiranya menghadapi situasi di atas. Pengkaji juga digalakkan melayari internet untuk memperoleh maklumat berkenaan. Namun, pengkaji perlu bijak memilih maklumat yang boleh dipercayai. Cadangan yang ketiga adalah dari segi peserta kajian. Pengkaji mencadangkan untuk mempelbagaikan peserta kajian dari segi bilangan, tahap pencapaian dan tahap pembelajaran. Jumlah murid yang terlibat dalam
102 kajian boleh ditingkatkan dengan melibatkan murid yang berpencapaian sederhana dan tinggi dalam kajian. Kaedah Cross Line ini juga boleh diperkenalkan kepada murid Tahun 5 atau Tahun 6. Tambahan pula, pengkaji mencadangkan agar mengaplikasikan kaedah Cross Line dalam kemahiran mendarab yang melibatkan nombor digit yang berlainan. Pengkaji boleh mengambil peluang untuk menukarkan ‘multiplicand’ kepada suatu nombor dan mengekalkan ‘multiplier’ pada nombor dua digit. Sebagai contoh, pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit mahupun pendaraban nombor empat digit dengan nombor dua digit. Kesimpulannya, tindakan susulan yang dilaksanakan, membolehkan pengkaji mengenal pasti batasan serta kelemahan yang timbul semasa menjalankan kajian tindakan (Lee et al., 2018). Selepas itu, pengkaji lain yang mempunyai keinginan untuk meneruskan kitaran tindakan yang berikut akan membuat pengubahsuaian serta penambahbaikan kepada tindakan asal ini. RUJUKAN Celia Finck Brandt, Tania Stella Bassoi, Ana Lucia Pereira Baccon (2016). Difficulties of 6th Grade Elementary School Students in Solving the Four Basic Fundamental Operations: Addition, Subtraction, Multiplication and Division of Natural Numbers. Creative Education, 7(13), 1820-1833. 10.4236/ce.2016.713185 Elaine J. Hom. (2013, August 16). What is Mathematics?. Live Science. https://www.livescience.com/38936-mathematics.html Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 4. http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah rendah/category/335-dskp-tahun-4?download=2876:dskp-kssr-semakan-2017- matematiktahun-4 Kency OBED. (2019). Error and Misconceptions in Basic Mathematical Operations -Third and Fourth Graders in Vanuatu -. NUE Journal of International Educational Cooperation, 13, 73-39. https://core.ac.uk/download/pdf/288300751.pdf Ku, P. L. & Lim, S.C. J. (2018). Pelaksanaan dan Keberkesanan Keadah Lattice Dalam Pengajaran Kemahiran Matematik : Satu Kajian Kes Di Sekolah Rendah. Online Journal of TVET Practitioners, 1(1). http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9674/ Lee, K. C., Zakri Abdullah & Chua, L. N. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan. Oxford Fajar. Mathematics Navigator. (n.d.). A Sample of Mathematics Misconceptions and Errors (Graddes 2- 8). America’s Choice. https://pearsonnacommunity.force.com/support/servlet/fileField?entityId=ka1d000000 0HcYxAAK&field=Attachment_1__Body__s Siti Aishah Ramli & Md Yusoff Daud. (2017). Penggunaan kaedah petak bijak dalam mengatasi masalah mencari hasil darab dan bahagi: Satu kajian tindakan. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). http://conference.ukm.my/sprin/index.php/sprin/sprin/paper/viewFile/17/9 Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman & Nurul Nadhirah Shahabudin. (2018, Ogos 7). Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan Abad 21. http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2018/09/IRMIC18-pendidikan-alaf 21- multimedia-Dr-Zaharah.pdf Vanitha Chandran & Mohd Azizi Mat Som. (2018). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Antara Nombor Dua Digit Dan Dua Digit Dengan Menggunakan Kaedah Stick Joint Square Dalam Kalangan Murid-murid Tahun 4. Jurnal Penyelidikan Temenggong 1(2018), 11-18. https://www.yumpu.com/id/document/read/62404022/jurnal penyelidikan-temenggong-2018