The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI BAHAN PDPC PAK21 CIKGU RUMAIZAH PELITA 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismail.rumaizah, 2019-05-13 02:25:38

KOLEKSI BAHAN PDPC PAK21 CIKGU RUMAIZAH PELITA 2019

KOLEKSI BAHAN PDPC PAK21 CIKGU RUMAIZAH PELITA 2019

P.E.L.I.T.A.
Program Eksplorasi Lestari
Ilmu Transformasi Abad 21

Koleksi Bahan
PdPc Pak21

Puan Rumaizah Ismail
Guru Cemerlang Sejarah

1

Isi kandungan

BIL BAHAN HALAMAN

1. EKSPLORASI ALAM BUANA – PETA DUNIA 4-9

2. JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI MELALUI KOMIK BIJAK - Kredit 10 - 31

kepada mbp publication

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3 - Kesedaran Pembinaan Negara & Bangsa

3. JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI MELALUI TANGRAM MARITIM 32 - 38
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3
- Kerajaan Awal Asia Tenggara.

4. JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI MELALUI BIAR GAMBAR 39 - 43
BERBICARA
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 7
– Teori-teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

5. JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI MELALUI PERMAINAN DAM 34 - 53
TANGGA
SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 5
– Pembinaan Negara dan Bangsa

6. REVISI RINGKAS KAEDAH PENANDAAN KERTAS 2 54 - 57

7. MODUL LATIHAN MENJAWAB KAEDAH RUBRIK PENSKORAN HOLISTIK – 58 - 65
(FAKTA) BUKU TEKS TINGKATAN 4
FAKTA + HURAIAN + CONTOH + INFEREN

8. MODUL LATIHAN MENJAWAB KAEDAH RUBRIK PENSKORAN HOLISTIK – 66 - 74
(FAKTA) BUKU TEKS TINGKATAN 5
FAKTA + HURAIAN + CONTOH + INFEREN

9. MODUL KAEDAH MENJAWAB SPM “STIMULUS BOLEH LULUS” 75 - 81

10. SIMULASI PDPC PAK 21 82 – 84

11. PLICKERS - DIGITAL TOOLS IN CLASSROOM 85 - 90

12. PBL – PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK 91 - 92

2

BIL BAHAN HALAMAN

13. INOVASI NOTA MINI INTERAKTIF B2P SEJARAH & APLIKASI HP REVEAL 93 - 95

14. TALKING PHOTOS – DIGITAL TOOLS IN CLASSROOM 96 - 97

PDPC PAK21 – DIDIK HIBUR@FUN LEARNING
(INSPIRASI DARI FILEM NIGHT AT THE MUSEUM –

“ Everything comes to life”)

15. WORD CLOUD – DIGITAL TOOLS IN CLASSROOM 98 – 113
PDPC PAK21 – DIDIK HIBUR@FUN LEARNING
(HIMPUNAN KATA KUNCI DALAM SATU IMEJ)

16. BAHAN BANTU MENGAJAR : 114 – 115
INTERAKTIF POP – UP RING FILE

17. BAHAN BANTU MENGAJAR : 116 - 117
SUGAR PAPER HITAM & OIL PASTEL CRAYON 118 - 124
ALTERNATIF MENGGANTIKAN KERTAS MAHJONG & MARKER PEN

18. BAHAN BANTU MENGAJAR :
AKRONIM – AKTIFKAN KATA KUNCI

19. BAHAN BANTU MENGAJAR : 125 – 127
PAPER CUP PUZZLE
UJI MINDA TAJUK-TAJUK SEJARAH TINGKATAN 4

20. BAHAN BANTU MENGAJAR :
FORMULA SEGITIGA MESIR PURBA
LUKIS SEGITIGA, INGAT SEMUA SUMBANGAN TAMADUN MESIR

3

1

JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI
MELALUI EKSPLORASI ALAM BUANA

4

JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI
MELALUI EKSPLORASI ALAM BUANA

KAEDAH PELAKSANAAN . PdPc (2 JAM - 4 WAKTU) - Selasa (09.11.17) - Pelajar Tingkatan 3

SESUAI UNTUK SUKATAN KSSM TINGKATAN 1, 2 DAN 3

AKTIVITI 1. Pelajar dibahagikan secara berkumpulan (3 pelajar).
PERMULAAN 2. Guru mengedarkan bahan-bahan & peralatan.

AKTIVITI • Sugar paper & crayon
UTAMA • Gambar Peta
• Gam
• Gunting
3. Guru menerangkan langkah-langkah aktiviti kerja kumpulan.
4. Dua orang guru yang terlibat :
1. Puan Rumaizah Ismail
2. Puan Norhanisah Ibrahim

1. Pelajar bersama-sama menggunting peta 4C - Coorperation
2. Pelajar mencantum peta dengan betul menggunakan gam di atas sugar paper
4C - Critical Thinking
3. Pelajar melabel peta menggunakan crayon.
4. Pembentangan menerangkan kedudukan benua & lautan dunia
4C - Communication
5. Gallery walk - pameran peta yang dihasilkan. 4C - Collaboration

AKTIVITI Guru memberi penerangan tentang :
PENUTUP • Pelajar dapat ilmu tentang kedudukan Benua & Lautan dunia
• Pelajar dapat menyerlahkan kreativiti masing-masing
KERJA
SUSULAN Pelajar mengeksplorasi peta dunia di internet.

5

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

HASIL KERJA PELAJAR

PELAJAR MENGGUNTING KERATAN PETA PELAJAR MENGGUNTING KERATAN PETA PELAJAR MENAMPAL PETA

PELAJAR SECARA BERPASANGAN BEKERJASAMA & MENCAMBAH IDEA UNTUK MENGHASILKAN PAPER
BAG

6

7

8

9

2

JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI
MELALUI KOMIK BIJAK
TINGKATAN 5 BAB 3

10

JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI MELALUI KOMIK BIJAK

- KREDIT KEPADA MBP PUBLICATION

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3 - Kesedaran Pembinaan Negara & Bangsa

(Buku Teks m.s. 64 - 72)

KAEDAH PELAKSANAAN . PdPc (1 JAM - 2 WAKTU)

AKTIVITI 1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan (5-6 pelajar).
PERMULAAN 2. Guru mengedarkan set Komik Bijak (7 Keping) kepada setiap kumpulan.
3. Guru menerangkan langkah-langkah aktiviti kerja kumpulan.

AKTIVITI 1. Pelajar akan bersama-sama membaca cerita /illustrasi komik tersebut dlm
UTAMA masa 10 minit. (Keadaan yang bising memang dijangkakan) 4C - Coorperation
2. Guru mengedarkan soalan esei.(20 minit masa menjawab - boleh rujuk komik)
3. Pelajar menjawab (bentuk point sahaja / Peta i-think ) 4C - Critical Thinking
4. Pelajar menulis jawapan di kertas mahjong. 4C - Creativity
5. Pelajar mengampai / menggantung kertas mahjong di dinding kelas.
6. Gallery walk - untuk jimat masa. 4C - Collaboration
7. Pembentangan - kalau banyak masa (paling tidak 1 kump shj. yang bentang).

Catatan : Guru meniup wisel untuk kawalan masa

AKTIVITI 1. Guru memaparkan jawapan soalan Esei di LCD projector.
PENUTUP 2. Guru menggunakan aplikasi Plickers untuk uji soalan Objektif .

KERJA 1. Pelajar menulis nota ringkas / guna i-think = (Homework) - Rujuk Nota Poket
SUSULAN T5B3 "Backpack to Pocket" (Terpulang kpd guru untuk fokus subtajuk yang
mana). Tak perlu cover semua. a.k.a asal ada nota.

11

Set Komik yang dah dilaminate

PIC 1

PIC 2 PIC 3 PIC 4

PIC 7 PIC 6 PIC 5

Sembang-sembang Pedagogi:

1. Fokus PdPc berpusatkan pelajar : student centered + 4C Element + ICT Application

2. Pelajar Pandai - Mudah & cepat faham

3. Pelajar lemah - Tarik minat untuk membaca - cuba faham fakta melalui gambar/kartun (Kalau tak faham
juga, at least enjoy the cartoon! Atau dapat idea nak lukis - lukis)

4. Cikgu perlu print bahan = 7 helai x 5 set (5 grup) = 35 helai + Laminate (optional)

5. Cuba ckg perhatikan soalan objektif SPM sebenar untuk bab3 T5 ni… range no. nye 25 - 30 (rujuk kompilasi
soalan SPM KI 2004 - 2016 - Ckg Yusoff Excellent) sama je nombor nya saban tahun.

6. Terpulang kepada guru untuk melaksanakannya… ikut kesesuaian tahap pelajar, kos, masa , (memang x logik masa

1 jam niii so, to be continued lahh…) & kreativiti cikgu2 ye…

12

SOALAN - AKTIVITI PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN

SMK DATO' SHAHARDIN LABU

Sejarah

Uji Prestasi 06 FEBRUARI 2017 30 minit

Nama Kumpulan : Kelas : Markah :

Berdasarkan Illustrasi Komik Bab 3 (Ting. 5) : Kesedaran Pembinaan Negara &
Bangsa (Buku Teks m.s. 64 - 72). Sila jawab soalan Esei di bawah:

Jawab soalan sebanyak mana yang boleh, dalam masa 20 minit. (Wisel penamat
akan dibunyikan setelah tamat tempoh). Tulis jawapan di kertas mahjong &
bentangkan / Gallery walk (untuk jimat masa).

1. Idea pembentukan negara bangsa moden telah terbentuk di Eropah pada penghujung
abad ke-18 dan ke-19.

(a) Jelaskan sejarah pembentukan negara bangsa Jerman.
[ 4 Markah ]

(b) Terangkan bagaimana pembentukan kerajaan Islam di Madinah berbeza
daripada pembentukan negara bangsa Jerman.
[ 6 Markah ]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, ceritakan pembentukan negara
Malaysia.
[ 6 Markah ]

(d) Bagaimanakah pemimpin kita berjaya mendapatkan kemerdekaan negara tanpa
pertumpahan darah?
[ 4 Markah ]

2. Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri
negara bangsa moden pada hari ini.

(a) Jelaskan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
[ 7 Markah ]

(b) Apakah kepentingan Hukum Kanun Melaka kepada Kesultanan Melayu Melaka.
[ 4 Markah ]

(c) Terangkan unsur-unsur warisan Kesultanan Melaka yang diamalkan di negeri-
negeri Melayu.
[ 7 Markah ]

(d) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk membentuk negara dan bangsa berteraskan konsep 1Malaysia?
[ 2 Markah ]

13

SKEMA JAWAPAN

1) (a)

- Otto Edward von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk
menyatukan negara Jerman.

- Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah,pemalsuan
dokumen,provokasi,penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.

- Bismarck menganjurkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk penyatuan
Jerman.

- Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan
semangat rakyat Prussia di medan tempur.

- Bismarck melancarkan tiga peperangan menentang musuh iaitu Denmark,Austria dan Perancis.

[4 markah]

(b)

- Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip
Islam.

- Nabi Muhammad S.A.W Muhammad S.A.W menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum
mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.

- Perlembagaan atau Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang
kaum,iaitu orang Yahudi,orang Kristian dan orang Arab dalam sesebuah negara.

- Baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah dengan cara diplomasi,musyarawah
dan permuafakatan.

- Pembentukan kerajaan Islam di Madinah kerana wujudnya amalan kerjasama dan
permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

[6 markah]

(c)

- Pengenalan gagasan Malayan Union pada 1946 di Tanah Melayu oleh British untuk membina
sebuah negara dan bangsa yang moden ditentang oleh orang Melayu.

- Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua Negeri
Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.

- Pada 1957, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
- Dan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang merdeka.
- Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah

mewujudkan Malaysia yang berdaulat.
- Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia

dibentuk pada 16 September 1963, maka lahirlah negara dan bangsa Malaysia.

[6 markah]

(d)

- Kebijaksanaan pemimpin
- Mencapai kemerdekaan melalui rundingan
- Pakatan murni
- Bertolak ansur antara 3 kaum terbesar di negara kita

14

[4 markah]

2) (a)

- Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah lingkungan pengaruh yang luas meliputi
keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.

- Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah negeri bebas daripada campur
tangan,paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadapa rakyatnya.

- Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu,alat regalia,nobat,warna,bahasa,undang-
undang,protokol dan adat istiadat istana,bahasa Melayu dan agama Islam menjadi identiti
Melaka.

- Terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh adat tempatan dan agam
Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

- Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar
serta pantang di kalangan anggota masyarakat.

- Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah
awam,undang-undang keluarga dan sedbagainya

- Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara
pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran,perniagaan,bidang
kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalah jenayah.

- Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah,bersedia mempertahankan
negara,menghadiri adat istiadat kerajaan,mengadakan gotong-royong,kerahan tewnaga dan
sebagainya.

- Sultan merupakan pemerintahan tertinggi yang dibantu oleh Bendahara,Penghulu
Bendahari,Temenggong dan Laksamana menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah
dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing.

[7 markah]

(b)

- Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
- Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar

serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat.
- Ia turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan

sebagainya.
- Ia juga memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran, perniagaan, bidang

kuasa nakhoda kapal dan hukuman terhadap pesalah.

[4 markah]

(c)

- Sistem pemrintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor,Perak dan Pahang berdasarkan sistem
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

- Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masiing.
- Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan di sebelah

bapa putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta
kerajaan.Sekiranya sultan tidak mempunyai putera,adik lelaki sultan akan mewarisi takhta.

15

- Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan perbezaan pada gelaran pembesarnya
disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.

- Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk
disesuaikan dengan tempatan.

- Adat istiadat Melayu seperti pertabalan raja membaca doa, melafaz ikrar, bersiram dan berarak
dengan alat-alat kebesaran.

- Cap mohor digunakan dalam urusan rasmi untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.
- Alat-alat kebesaran seperti keris atau pedang dan payung berwarna kuning ketika upacara

pertabalan.
- Nobat dimainkan ketika upacara pertabalan dan kemangkatan Sultan.
- Agama Islam menjadi agama rasmi di Melaka dan menjadi amalan negeri-negeri Melayu.
- Menggunakan warna kuning dan putih untuk sultan dan kerabat raja.

[7 markah]
(d)

- Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
- Pendidikan kebangsaan
- Kebudayaan kebangsaan
- Berziarah antara satu sama lain
- Kegiatan sukan
- Kebebasan agama
- Penggunaan rukun negara
- Perkongsian hari raya

[2 markah]

16

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

SPM 2015

26 Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada
tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 .
Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ?
T5 ms 67-71

I Desakan kumpulan radikal
II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III Semangat toleransi menjadi amalan
IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

A I dan II B I dan
IV
C II dan III
D III dan IV

27 . Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. T5 ms 68-69
Apakah persamaan pmbentukan kedua-dua negara bangsa tersebut ?

A Mengekalkan sistem monarki
B Menggunakan kaedah realpolitik
C Mengamalkan prinsip demokrasi
D Menguatkuasakan falsafah legalisme

28 . Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow
Wilson. T5 ms 68
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?

A Sistem monarki dipulihkan
B Amalan realpolitik diharamkan
C Rakyat disatukan berdasarkan agama
D Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

17

SPM 2012

27. Rajah 2 menunjukkan negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal
abad ke-20.

Yugoslavia Czechoslavakia Finland
Negara Bangsa Baru

Poland

Apakah asas bagi kemunculan negara tersebut? T5 ms 68

A Kumpulan etnik
B Sistem demokrasi
C Kedudukan geografi
D Kekayaan hasil bumi

SPM 2010

26. Tokoh berikut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.

Otto Eduard von Bismarc

Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut? T5 ms 69

A. Membebaskan golongan hamba
B. Menyingkirkan golongan kapitalis
C. Menyemai sikap antikuasa asing
D. Menghapuskan pemerintahan dictator

TAHUN 2016 -
PECAH REKOD 4 SOALAN
KELUAR .
Biasanya 2 - 3 soalan shj…

- KREDIT KEPADA CIKGU YUSOFF EXCELLENT - Terima Kasih Cikgu!

18

Pemimpin kita berjaya mendapatkan kemerdekaan
negara tanpa pertumpahan darah kerana kebijaksanaan
pemimpin kita. Hal ini kerana dengan membuat rundingan,
Malaysia mendapat kemerdekaan tanpa adanya
pertumpahan darah. Sama Seperti pembentukan negara
Islam Madinah yang berjaya dibentuk oleh Nabi
Muhammad hasil tolak ansur pelbagai kaum.

19

LAPORAN PELAKSANAAN PdP 21 TINGKATAN 5 MELEWAR 6.2.17

JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI MELALUI KOMIK BIJAK

- KREDIT KEPADA MBP PUBLICATION

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3 - Kesedaran Pembinaan Negara & Bangsa

(Buku Teks m.s. 64 - 72)

KAEDAH PELAKSANAAN . PdPc (1 JAM - 2 WAKTU)

PERSEDIAAN 1. 4 Set Komik Bijak (Pic 1 - 4) - Bab 3 Ting. 7
BAHAN (Pembinaan Negara Bangsa & ciri-cirinya)

2. Sugar Paper (warna Hitam)
3. Crayon Oil Pastels colour

AKTIVITI
PERMULAAN 1. Pelajar membaca komik dan cuba memahami fakta & peristiwa yang berlaku

20

AKTIVITI 1. Pelajar menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan.
UTAMA 2. Pelajar menulis jawapan di atas kertas sugar paper hitam menggunakan

Crayon Oil Pastels colour
3. Pelajar menggunakan tools peta ithink untuk merangka jawapan - jawab

dalam bentuk point sahaja / Fokus kata kunci

21

AKTIVITI 1. Pelajar menggantung bahan yang telah dihasilkan .
PENUTUP 2. Pelajar menjalankan aktiviti gallery walk untuk menilai hasil kerja masing-

masing

22

MAKLUMAT

colour codingTAMBAHAN
1. Hasil jawapan soalan kbat 1(d).. pelajar jawab guna ..

Cetusan warna yg berbeza untuk bezakan antara kepala ayat + isi +
Idea….. huraian + contoh = (rubrik penskoran).. baru jelas.. ditulis di

atas sugar paper hitam menggunakan crayon murah dan banyak

pilihan warna.

CONTOH SOALAN KBAT :

Bagaimanakah pemimpin kita Berjaya mendapatkan kemerdekaan negara tanpa pertumpahan darah?

Kbat = Rubrik Penskoran

Contoh
Huraian

Peta Alir = Ithink

23

Rasional penggunaan bahan bantu mengajar sugar paper + crayon sebagai alternatif
menggantikan kertas mahjong & marker pen :

Kelebihan Sugar paper Hitam & Crayon :
1. Boleh guna/ tulis depan & belakang.
2. Crayon murah & colourful. pelajar banyak pilihan warna untuk serlahkan kreativiti.
3. Sangat sesuai untuk melatih pelajar menjawab soalan dalam bentuk rubrik penskoran

menggunakan colour coding = kepala ayat + isi + huraian + contoh + penanda
wacana untuk menyambung ayat.

4. Persembahan jawapan yang menarik & bewarna warni boleh merangsang sel sel
otak berhubung dan meningkatkan daya kreativiti.
(Sel-sel otak akan berhubung (macam iklan susu tuu) bila otak bekerja dengan gambar &
warna.)
"Otak menyimpan informasi dalam bentuk kata, gambar, dan warna."
https://kurwindakristi.wordpress.com/

5. Target untuk menarik pelajar sederhana - lemah untuk menulis. (Sebab kalau guna
marker pen, mereka ni selalu menolak). Dengan pilihan warna yang banyak, setidak-
tidaknya mereka conteng- conteng, lukis- lukis berdasarkan topik sejarah yang
dibincangkan.

6. Guru bukan sahaja memberi ilmu tetapi membuka ruang dan peluang untuk pelajar
mengumpul pengalaman dalam proses pembelajaran & pergaulan dengan rakan-
rakan menjadi lebih bermakna. http://inchenaim.com/menjadi-kreatif-bijak-sel-otak-
berhubung/

7. Akan difikirkan lagiii….

Conteng-conteng Pedagogi : Walaupun 1st time buat… hasilnya sangat memuaskan..
beyond expectation! Alhamdulillah....

24

GAMBAR 1

25

GAMBAR 2

26

GAMBAR 3

27

GAMBAR 4

28

GAMBAR 5

29

GAMBAR 6

30

GAMBAR 7

31

3

TANGRAM MARITIM
TINGKATAN 4 BAB 3

32

KERAJAAN KERAJAAN
SRIVIJAYA KEDAH
TUA
Abad ke-7 -
13M Abad ke-
5 - 13M
Merupakan Sumber
kerajaan China :
maritim Chieh
yang Cha
ULUNG

Tentera Laut (orang laut) Pelabuhan dagangan Gunung Jerai - Panduan
Antarabangsa luar: kapal keluar masuk
mengawal: kain
Tempat kapas, Laluan strategik
• perdagangan Persinggahan sutera, Hasil Hutan :
teh, damar, rotan, &
• keselamatan hasilkan kapal
besar tembikar, timah
kerajaan Tentera yang kaca,
manik
kuat & besar

RIVIJAYA KEDAH TUA

Abad ke-7 - 13M Abad ke-5 - 13M
Merupakan kerajaan maritim yang ulung Sumber China menyebutnya Chieh Cha
Mempunyai angkatan laut yang kuat & besar. Gunung Jerai menjadi panduan keluar masuk kapal
Dianggotai pelbagai rakyat termasuklah orang laut pedagang terutama pada waktu malam dengan nyalaan api
Tugas Tentera Laut: Kedudukan Strategik terletak di laluan selat Melaka

• Mengawal perdagangan di Selat Melaka Menyediakan kemudahan menyimpan barang dagangan
• Mengawal keselamatan kerajaan Kekayaan hasil hutan : damar, rotan, & timah
Pelabuhan Antarabangsa
Tempat Persinggahan kapal perdangangan antara Barangan dagangan dari luar dapat diperoleh: kain kapas,
China dan India sutera, teh, tembikar, kaca dan manik
Menghasilkan kapal yang besar

KBAT: 1. Kemudahan infrastruktur pelabuhan dinaik tarafkan - Bengkel baiki kapal / gudang yang luas
Langkah ke arah
Malaysia sebagai 2. Memberikan bantuan modal
tumpuan kegiatan 3. Meluaskan pasaran
ekonomi persisir 4. Menjamin keamanan & kedaulatan negara
pantai 5. Mewujudkan perdagangan bebas
6. Memajukan industri pelancongan
7. mewujudkan hubungan diplomatik yang lebih luas
8. Bilangan tenaga mahir ditambah

33

KERAJAAN KERAJAAN
SRIVIJAYA KEDAH
TUA
Abad ke-7 -
13M Abad ke-
5 - 13M
Merupakan Sumber
kerajaan China :
maritim Chieh
yang Cha
ULUNG

Lembaran soalan

Tentera Laut (orang laut) Pelabuhan dagangan Gunung Jerai - Panduan
mengawal: Antarabangsa luar: kapal keluar masuk
kain
• perdagangan Tempat
• keselamatan Persinggahan kapas, Laluan strategik
sutera,
kerajaan hasilkan kapal Hasil Hutan :
besar teh, damar, rotan, &
Tentera yang tembikar,
kuat & besar timah
kaca,

manik

SRIVIJAYA KEDAH TUA

KBAT:
Langkah ke arah
Malaysia sebagai
tumpuan kegiatan
ekonomi persisir
pantai

34

D.I.Y Tangram Puzzle - Conteng- conteng pedagogi : Guna IT, Jana Kreativiti

SEJARAH : Ting.4 Bab 3: Gerakkan butang Hijau
untuk rotate ikut arah
1. Microsoft word - Home yang ckg nak ye.
2. Klik Insert
3. Klik Shape
4. Pilih shape Tiga Segi + Empat Segi
5. Right klik shape, klik format shape - untuk tukar colour, add text
& macam-macam lagi
6. Gambar ombak laut, dan peta download dr google image.

Right Klik gambar peta
- wrap text - in front
text = untuk mudahkan
alih- alih picture dalam
word.

35

LAPORAN PELAKSANAAN PdPc 21 TINGKATAN 4 MUHRIZ 14.3.17

JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI MELALUI TANGRAM MARITIM

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3 - Kerajaan Awal Asia Tenggara

(Buku Teks m.s. 80 - 83)

KAEDAH PELAKSANAAN . PdPc (1 JAM - 2 WAKTU)

PERSEDIAAN 1. Lembaran set "Tangram Maritim"
BAHAN 2. Pensil Warna
3. Gam
4. Mini Whiteboard
5. Whiteboard marker
6. Sticker smiley (Reward)

AKTIVITI
PERMULAAN 1. Pelajar menonton video eduwebTV bertajuk "Kerajaan Maritim"

36

AKTIVITI 1. Guru Menayangkan semula video yang sama.
UTAMA

2. Pelajar diminta untuk mewarnakan ciri-ciri Kerajaan Sriviijaya & Kedah

Tua berdasarkan video tersebut

3. Pelajar mewarnakan bentuk-bentuk Tangram dengan 2 warna yang

berbeza dan hasilnya akan membentuk 2 bahagian kapal yang

membezakan ciri-ciri kerajaan Maritim Srivijaya & Kedah Tua

37

AKTIVITI 1. Pelajar secara berkumpulan menjawab soalan KBAT berdasarkan tajuk
PENUTUP Kerajaan Maritim.

2. Pelajar menulis jawapan hasil dari perbincangan kumpulan di mini
whiteboard

2. Pelajar berkongsi jawapan dengan kumpulan lain.

38

4

BIAR GAMBAR BERBICARA
TINGKATAN 4 BAB 7

39

40

41

42

NAMA GURU

MINGGU HARI TARIKH
KELAS MATA PELAJARAN
TAJUK 4 MUHRIZ MASA SEJARAH

SUBTAJUK BAB 7 NILAI PATRIOTISME
KOD STANDARD 8.4 . Islam di Asia Tenggara.
PEMBELAJARAN Kesediaan menerima
Memahami kedatangan Islam ke Asia Tenggara. perubahan.
OBJEKTIF * bijaksana dan berhemah
PEMBELAJARAN HUBUNGAN RENTASAN dalam tindakan.

KURIKULUM BBM
Padaiia)kDhiar speamr bPeelamjarearnin, mtauhriadnakJaenpduanpat: 1. Buku Teks Ting. 4
2. CD E-Bahan
Aras 1 : 3. Klip Video Youtube
1.1 Menyatakan teori dan bukti kedatangan Islam Ke Asia Tenggara. 4. Kertas Mahjong/ Sugar
1.2 Melakarkan arah kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Paper
1.3 Menghuraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui perdagangan. 5. Whiteboard marker/
Crayon
a. Kedatangan Islam di Asia Tenggara.
Teori dan bukti:

Kedatangan Islam dari Arab.
Kedatangan Islam dari China
Kedatangan Islam dari India

KRITERIA Murid akan berjaya jika mereka dapat:
KEJAYAAN
- Menyebut dan menulis huraian teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui perdagangan.
AKTIVITI b. Kedatangan Islam di Asia Tenggara.
PERMULAAN Teori dan bukti:
Kedatangan Islam dari Arab.
AKTIVITI UTAMA Kedatangan Islam dari China
Kedatangan Islam dari India
AKTIVITI PENUTUP
KERJA SUSULAN RANGKA PENGAJARAN
UNTUK MURID
REFLEKSI Set Induksi - Youtube - " Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara - Sejarah Tingkatan 4
1. https://www.youtube.com/watch?v=JoCJdGH7Ph4
2. Guru dan pelajar berbincang tentang sub topik penting secara
keseluruhan. (buku teks)

Perbincangan kumpulan: KBAT
- Secara berkumpulan, pelajar suaikan gambar mengikut teori-teori Islam Ke Asia Tenggara. (Aktiviti Mencipta
gunting dan tampal) Menilai
Menganalisis
grafik: Mengaplikasi
"Biar Gambar Berbicara" - Secara berkumpulan, pelajar membuat catatan di Sugar paper tentang Memahami
teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara,berdasarkan gambar yang diberikan. Mengingat

• Pelajar boleh merujuk buku teks dan nyatakan mukasurat Pemulihan
• 1 teori = 1 warna Crayon (Jika guna Sugar paper) Pengukuhan
• Peta ithink - Peta Pokok Pengayaan

Pelajar secara berkumpulan membuat
rumusan & membuat pembentangan tentang topik yang dipelajari

1. Pelajar membuat catatan dan latihan pengukuhan modul.
(Peta iThink & Modul Latihan)

43

5

PERMAINAN DAM TANGGA
TINGKATAN 5 BAB 5

44

T5B5:
PEMBINAAN

NEGARA
DAN

BANGSA
YANG MERDEKA

PERMAINAN
DAM

TANGGA

45

Sila undur

ke tapak 2

46

AKTIVITI 1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan (4 pelajar =2 org. berpasangan).

PERMULAAN 2. Guru menerangkan langkah-langkah aktiviti kerja kumpulan.

AKTIVITI 1. Pelajar diminta membaling dadu untuk menentukan giliran. Pemain yang
UTAMA mendapat angka paling banyak akan memulakan permainan.

2. Setiap pemain meletakkan buah/ avatar di tapak mula.
3. Pemain akan bergerak mengikut angka dadu yang diperolehi.
4. Sekiranya pemain berhenti di tapak tangga, pemain akan maju mengikut arah

tangga menaik.
5. Sekiranya pemain berhenti di tapak hexagon, pemain terpaksa undur ke tapak

jatuhan tangga.
6. Jika pemain berhenti di tapak bergambar, pemain perlu menjawab soalan

tersebut menggunakan set soalan yang telah disediakan dalam masa 1 minit.
Ini bagi menguji kecekapan pelajar mencari & mencatat fakta sejarah dalam
masa terpantas. (Seorang baca dan seorang lagi tulis jawapan)
7. Jika pemain terjatuh ke tapak bergambar yang telah berjaya dijawabnya,
pemain hendaklah menjawab soalan bergambar yang seterusnya yang
masih belum dijawab.
8. Jika pemain menaiki tangga ke petak bergambar, pihak lawan terpaksa
menjawab bagi pihak pemain. (kertas jawapan diisi oleh pihak lawan)
4C - Collaboration/ Coorperation/ Communication

AKTIVITI 1. Gallery walk - Pemain akan melekatkan jawapan di Mini Whiteboard dan
PENUTUP berkongsi jawapan dengan ahli group yang lain
4C - Critical Thinking/Creativity
KERJA
SUSULAN 1. Pelajar menulis nota ringkas / guna i-think = (Homework) - Rujuk Nota Poket
T5B5 "Backpack to Pocket"
4C - Critical Thinking/Creativity

1. Dam Tangga (Sejarah Ting. 5 Bab 5)

2. Buah Dadu

BAHAN 3. Buah/Avatar

KEPERLUAN 4. Lembaran soalan

5. Mini whiteboard

6. Nota poket

7. Buku teks T5

• Pelajar mengeksplorasi fakta/ peristiwa sejarah bergambar melalui kaedah

permainan Dam Tangga.

• Pelajar belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

OBJEKTIF • Pelajar mengenali tokoh pemimpin melalui gambar.

• Pelajar mengetahui peranan dan sumbangan tokoh pemimpin di dalam

memperjuangkan kemerdekaan negara.

• Memupuk semangat berpasukan.

SOALAN ( ISIKAN JAWAPAN – RUJUK BUKU TEKS ATAU POKET NOTE )

47

GAMBAR (B. Teks) KETERANGAN
MUKASURAT
…………………. Nama Tokoh :
Jawatan:
MUKASURAT Sumbangan:
………………….
Nama Tokoh :
Jawatan:
Sumbangan:

MUKASURAT Nama Tokoh :
…………………. Jawatan:
Sumbangan:

MUKASURAT Nama Tokoh :
…………………. Jawatan:
Sumbangan:

MUKASURAT Nama Tokoh :
…………………. Jawatan:
Sumbangan:

MUKASURAT Nama Peristiwa :
………………. Tahun:
Pernyataan:

48

MUKASURAT Nama Peristiwa :
…………………. Tahun:
Pernyataan:

MUKASURAT Nama Peristiwa :
…………………. Tahun:
Pernyataan:

MUKASURAT Nama Peristiwa :
…………………. Tahun:
Pernyataan:

MUKASURAT Nama Dokumen :
…………………. Tahun:
Pernyataan:

MUKASURAT Nama Tokoh :
…………………. (1)
(2)
(3)

Jawatan:
(1)
(2)
(3)

Sumbangan:

49

MUKASURAT Nama Tokoh :
…………………. Jawatan:
Sumbangan:

MUKASURAT Nama Tokoh :
…………………. Jawatan:
Sumbangan:

MUKASURAT Nama Tokoh :
…………………. Jawatan:

Sumbangan:

50


Click to View FlipBook Version