The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jumlah halaman: 208
Harga: 12.50(WM), 12.90(EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Myteach, 2021-11-16 05:13:30

OMG 6 BM Tg 5

Jumlah halaman: 208
Harga: 12.50(WM), 12.90(EM)

Pendahuluan [2 markah]

Rumusan membincangkan (Fokus 1) faktor-faktor yang mendorong masalah pengangguran di Malaysia dan
(Fokus 2) ciri-ciri pekerja cemerlang.

Isi [16 markah]
Fokus 1: faktor-faktor yang mendorong masalah pengangguran di Malaysia

(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara      faktor yang mendorong masalah pengangguran di Malaysia    (ialah/ adalah)

   sikap memilih pekerjaan dalam kalangan belia.

F1(2): Selain itu, mereka takut untuk mencuba bidang lain.


F1(3): Di samping itu, gaji yang rendah tidak menarik minat rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan
jawatan yang ada.

F1(4): Seterusnya, mereka menginginkan waktu bekerja mengikut waktu pejabat dan tidak mengganggu waktu
hujung minggu.
Versi Demo
07 Rumusan
Fokus 2: ciri-ciri pekerja cemerlang

(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara     ciri pekerja cemerlang     (ialah/ adalah) serba boleh dengan kemahiran

F2(2): Pada masa yang sama, pekerja yang amanah dan bertanggungjawab.


(Bahan 2 – Grafik)
F2(1): Tidak dapat dinafikan, pekerja haruslah mempunyai disiplin dalam menguruskan masa.


F2(2): Akhir sekali, mereka boleh bekerja secara berpasukan.


Kesimpulan [2 markah]

Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah bekerjasama (Tema) membantu mengurangkan kadar
pengangguran agar (Kesan) pendapatan rakyat tidak terjejas.


( 116  patah perkataan)

Jawapan

Kata Laluan:
fokus123

159

Praktis SPM 3 ARAS : T Tema 4: Bersatu Kita Teguh

Baca petikan dan syair di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
dan bahan. KBAT Menganalisis

Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1 dan garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum bukan satu perkara
mudah. Semua lapisan masyarakat tidak kira sama ada peringkat pemimpin negara mahupun anak kecil
perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian yang telah kita kecapi selama ini.
F11Penggubalan Dasar Perpaduan Negara untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara membuktikan kerajaan benar-benar serius dalam perkembangan
isu perpaduan di negara kita. Selain dasar yang menetapkan strategi jangka panjang untuk memupuk perpaduan
kaum,F12Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 juga menjadi satu iltizam untuk memakmurkan negara dengan
memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dalam meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya.

Kemakmuran negara yang telah dicapai melalui perpaduan negara ini pernah dikejutkan dengan peristiwa
hitam 13 Mei 1969 apabila berlaku rusuhan kaum. Peristiwa seperti ini boleh berlaku keranaF21sikap provokasi
dan tiada tolak ansur antara kaum. Walaupun sudah lama berlaku, namun peristiwa seperti ini menjadi
pengajaran besar kepada warganegara Malaysia. Setiap individu di negara yang bertuah ini perlu meraikan
perbezaan antara kaum dan bukannyaF22mengamalkan sikap tidak menghormati perbezaan antara budaya dan
kaum lain. Penghayatan kepada nilai perpaduan ini telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang merupakan sebuah kementerian penting dalam merekayasa amalan dan nilai terutama
dalam diri kanak-kanak pada peringkat sekolah.F13Kementerian ini telah merangka Program Integrasi Murid
untuk Perpaduan (RIMuP) yang bertujuan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan murid di sekolah.
Kita jangan lupa bahawaF14aktiviti seperti gotong-royong, sambutan perayaan dan sambutan hari kemerdekaan
juga boleh dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum.

Nilai-nilai seperti semangat perpaduan sukar difahami oleh golongan muda keranaF23mereka tidak diasuh
dengan aspek perpaduan sejak dari kecil oleh ibu bapa. Golongan muda kini lebih mudah terpengaruh dengan
maklumat yang boleh dicapai oleh mereka melalui media sosial sehingga menjadikannya sebagai panduan dan
rujukan. Perkara seperti ini menjadi salah satu ancaman keranaF24terdapat individu yang mengambil kesempatan
melalui penyebaran berita palsu seperti mengapi-apikan isu perpaduan sehingga menimbulkan ketegangan
dalam masyarakat.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perpaduan Kunci Keharmonian’,
oleh Syajaratulhuda Mohd Rosli, Sinar Harian, 09 Februari 2020
07 Rumusan

Versi Demo
Bahan 2 – Syair (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1)

PERPADUAN

Negara kita pelbagai bangsa Semua tak boleh mementingkan diri F1
Berbeza pandangan perkara biasa 3
Jangan dibiar menjadi bisa Berjuang untuk kaum sendiri
Hidup terancam sepanjang masa.
Sejarah lama harus susuri

Insaf hakikat sedarlah diri.

Berbeza budaya bukan halangan Serulah semua agar bersatu
Jurang kecil dibesar janganF11 Membina negara biar bermutu
Kurangkan iri anjur rundingan Besar hasilnya sudahlah tentu
Harmoni nusa kian berpanjangan. Wawasan Negara tercapai jitu.

Kepada orang hendaklah hormat Semangat mulia bertolak ansur F1
4
Hendak menegur hendaklah cermat F1 Tidak menyombong jadikan unsur
2
Bersatu padu itu matlamat Taraf tak hilang jika menyusur

Jangan dinyala dendam kesumat. Bagai gabungan pana dan busur.

Ghazali Latih
Kumpulan Syair Negara Tercinta

160

Pendahuluan (2 markah)

Rumusan membincangkan (Fokus 1) usaha-usaha menjaga keharmonian negara dan (Fokus 2) halangan-
halangan memupuk semangat perpaduan kaum.

Isi (16 markah)
Fokus 1: usaha-usaha menjaga keharmonian negara

(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara (Fokus 1) usaha menjaga keharmonian negara ialah penggubalan Dasar Perpaduan Negara

untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

F1(2): Selain itu, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 juga menjadi satu iltizam untuk memakmurkan
negara.

(Bahan 2 – Syair)
F1(1): Di samping itu, kita haruslah menegur dengan berhemah.

F1(2): Seterusnya, setiap kaum tidak boleh mementingkan diri sendiri.

Versi Demo
07 Rumusan
Fokus 2: halangan-halangan memupuk semangat perpaduan kaum

(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) halangan memupuk semangat perpaduan kaum ialah sikap provokasi dan tiada tolak

ansur antara kaum.

F2(2): Pada masa yang sama, individu yang mengamalkan sikap tidak menghormati perbezaan antara budaya
dan kaum lain.

F2(3): Tidak dapat dinafikan juga, anak-anak tidak diasuh dengan aspek perpaduan sejak dari kecil oleh ibu
bapa.

F2(4): Akhir sekali, terdapat individu yang mengambil kesempatan melalui penyebaran berita palsu.


Kesimpulan (2 markah)

Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah bekerjasama (Tema) mengekalkan perpaduan kaum
(Kata Hubung) agar (Kesan) masyarakat hidup aman dan harmoni.

( 120  patah perkataan)

Jawapan

Kata Laluan:
harmoni123

161

Praktis SPM 4 ARAS : T Tema 5: Pendidikan untuk Semua

Baca petikan dan syair di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
dan bahan. KBAT Menganalisis

Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1 dan garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

Setiap kejayaan yang dicapai mempunyai rahsia tersendiri oleh setiap individu. Kecemerlangan Easwaran
Vasudavan yang mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini cukup
membanggakan lebih-lebih lagi beliau turut mendapat gred A+ dalam mata pelajaran Tasawur Islam walaupun
beliau bukan pelajar beragama Islam. Tidak susah untuk pelajar mencapai kejayaan dalam bidang akademik jika
mereka berusaha menepati F1ciri-ciri pelajar cemerlang sepertiF11banyak bertanya dengan kawan-kawan dan
guru apabila tidak memahami topik yang sukar baginya. Menurut Easwaran, dia jugaF12banyak meluangkan masa
untuk membaca dan menelaah buku-buku yang dibeli oleh ibu dan bapanya serta meminjam buku daripada
rakan-rakannya.

Jika menginginkan kejayaan,F13setiap pelajar mestilah mempunyai motivasi kendiri untuk berusaha dengan
lebih gigih dalam mencapai cita-cita. Ilmu pengetahuan boleh diperoleh melalui pelbagai bacaan seperti buku-
buku dan juga maklumat dalam Internet. Menurut tokoh pendidikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,F14sikap
pelajar yang lebih berdikari untuk mencari ilmu boleh membantu mereka mencapai kejayaan. Para pelajar tidak
perlu duduk mendengar guru-guru mengajar sahaja sebaliknya mereka terlebih dahulu mendapatkan pelbagai
ilmu dengan kemudahan yang ada di sekolah dan di rumah.F2Kepentingan ilmu pada hari ini tidak boleh disangkal
lagi keranaF21persaingan dunia kini memerlukan mereka menjadi orang berilmu. Perkembangan dunia hari ini
memerlukan lebih ramai individu yang berilmu pengetahuan terutama dalam industri 4.0 yang memperlihatkan
perkembangan teknologi dunia bergerak semakin laju. Dengan perkembangan ini,F22negara akan dapat bergerak
seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak merekaF15mendapat pendidikan yang sebaiknya. Pendidikan yang
diperoleh di sekolah mestilah dipantau oleh ibu bapa semasa anak-anak mereka kembali di rumah. Ibu bapa
menjadi penggerak utama melahirkan generasi yang berilmu kerana dengan ilmuF23mereka dapat membezakan
perkara baik dan buruk dalam kehidupan. Negara amat memerlukan generasi berilmu supayaF24negara dapat
menjadi contoh kepada negara lain bukan sahaja dalam pembangunan ekonomi malah dalam pembangunan
sahsiah terutama di rantau asia ini.

Sumber: Internet
07 Rumusan

Versi Demo
Bahan 2 – Syair (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itulah gemala sakti, Bagi yang duka ia penghibur, F2
Sinarnya cerah cahaya sejati; F21 3
Asal puncanya lamun didapati, Ia penerang bagi yang kabur;
Sukar bercerai sehingga mati.
Ialah kandil di dalam kubur,

Lamun dengannya beramal subur.

Harganya tidak dapat dinilaikan, Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga;
Sebuah dunia belinya bukan; Ialah sungai ia telaga,
Laut yang luas ialah juga.
Kuasanya besar sukat digunakan, F2
2
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan, Ialah alat sangat berguna, F2
Teman berbeka, suluh berjalan; 4
Masa berhimpun ia pengenalan. Idaman orang yang bijaksana;
Hias penyata polan si polan.
Hamparnya luas amat saujana,

Tepinya ajal sempadannya fana.

Za’ba

162

Pendahuluan (2 markah)
Peringatan
Pelajar hanya perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada semua bahan dan menyentuh setiap fokus.

Versi Demo
07 Rumusan
Rumusan membincangkan (Fokus 1) ciri-ciri pelajar cemerlang dan (Fokus 2) kepentingan-kepentingan ilmu
pengetahuan.

Isi (16 markah)
Fokus 1: ciri-ciri pelajar cemerlang

(Bahan 1 – Petikan)
F1(1): Antara (Fokus 1) ciri pelajar cemerlang adalah seperti banyak bertanya dengan kawan-kawan dan guru

apabila tidak memahami topik yang sukar.

F1(2): Selain itu, mereka banyak meluangkan masa untuk membaca dan menelaah buku-buku.

F1(3): Seperkara lagi, setiap pelajar mestilah mempunyai motivasi kendiri untuk berusaha dengan lebih gigih.


Fokus 2: kepentingan ilmu pengetahuan

(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) kepentingan ilmu pengetahuan ialah persaingan dunia kini memerlukan mereka

menjadi orang berilmu.

F2(2): Pada masa yang sama, negara akan dapat bergerak seiring dengan negara-negara maju yang lain.

F2(3): Seperkara lagi, mereka dapat membezakan perkara baik dan buruk dalam kehidupan.


Bahan 2 – Syair)
F2(1): Di samping itu, ilmu dapat menjadi panduan hidup.

F2(2): Tidak dinafikan juga, faedah ilmu tidak terhad.


F2(3): Sementara itu, ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih.


F2(4): Akhir sekali, ilmu sangat berguna dalam kehidupan.


Kesimpulan (2 markah)

Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak perlu berusaha (Tema) meningkatkan ilmu pengetahuan Jawapan
(Kata Hubung) agar (Kesan) negara mempunyai ramai masyarakat berilmu.


( 120  patah perkataan) Kata Laluan:

lupus123

163

Praktis SPM 5 ARAS : T Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi

Baca petikan dan pantun di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan. KBAT Menganalisis

Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1 dan garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

Penguasaan teknologi perlu diperkasakan bagi memastikan negara terus berdaya saing dalam kemajuan sosial
dan ekonomi.F1Penguasaan teknologi ini memberikan banyak faedah sepertiF11masyarakat mampu mencapai
pendapatan tinggi pada masa hadapan. Hal ini dapat dilihat melalui kejayaan teknologi benih padi yang boleh
meningkatkan hasil berlipat kali ganda dengan pendapatan para petani turut dapat ditingkatkan. Penghasilan
produk yang telah menjalani kajian saintifik denganF12penggunaan mesin yang berteknologi tinggi juga boleh
meningkatkan produktiviti. Produk herba yang mempunyai khasiat untuk merawat penyakit dapat dikaji
menggunakan teknologi yang canggih seperti di makmal-makmal universiti.

Perkembangan teknologi turut menjadikanF13penyaluran maklumat menjadi lebih pantas. Baru-baru ini,
dunia beralih daripada penggunaan teknologi Internet 4G kepada Internet 5G. Hal ini pasti sekali memberikan
impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara dengan capaian Internet yang lebih pantas. Untuk
pengetahuan semua,F14rangkaian akses yang berteknologi tinggi ini dapat merapatkan jurang digital melalui
penyediaan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi.F1Perkembangan teknologi ini telah memberikan kesan
nyaenggatmifesleahyianrgi glaammaennpiomrbnuolgkraanfikteerbuimtabmaanngyaanddaalalammkkaalalannggaannremmaasjyaa.rLaekbaithsmepemerbtiiFm21bpaennginkgaknaatpanabkialadFa22rppeelblaaygaari
aplikasi media sosial yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja telah menyebabkan golongan belia terjerumus
dalam masalah sosial.

Walaupun pada dasarnya teknologi memberikan banyak kemudahan, namun kemudaratan juga boleh
berlaku akibat kecuaian dan salah guna. Untuk pengetahuan semua,F23penggunaan gajet yang berlebihan boleh
menyebabkan masalah mata kabur dan rabun jauh. Permainan video dalam talian turutF24menjejaskan fokus
pembelajaran golongan kanak-kanak dan remaja. Mereka menghabiskan waktu dengan bermain permainan
ini sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Keadaan ini turut memberikan kesan kepada
golongan pekerja keranaF24produktiviti mereka juga akan merosot jika terlalu leka melayari Internet. Mahu atau
tidak, ledakan teknologi yang semakin canggih ini tidak dapat dihalang dan bakal menjadi sebahagian norma
masyarakat. Masyarakat perlu bersedia untuk menerima perubahan ini dengan bijak supaya matlamat negara
untuk menjadi sebuah negara maju menjelang Revolusi Industri 4.0 akan tercapai.

Sumber: Internet
07 Rumusan

Versi Demo
Bahan 2 – Pantun (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

PANTUN PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

Pelbagai pasu tinggi dan lebar, Puteri raja atas buaian,
Bunga daunan susun tersemat, Taman larangan di tepi kolam,
Berita palsu banyak tersebar, F21 Leka bermain dalam talian,
Tanpa tapisan pelbagai maklumat. Tidur tak lena sepanjang malam. F23

Ambil ragi di taman ratna, Burung terbang ke hujung desa,
Letak di saku bawa bertani, Hinggap di atas dahan seberang,
Teknologi ada disalah guna, Murung dan resah sepanjang masa,
Penipuan berlaku di sana sini. F22 Buli siber punca menyerang. F24

Safwan Razali

164

Pendahuluan (2 markah)

Rumusan membincangkan (Fokus 1) faedah-faedah penguasaan teknologi dan (Fokus 2) kesan-kesan negatif
perkembangan teknologi.

Isi (16 markah)
Fokus 1: faedah-faedah penguasaan teknologi

(Bahan 1 – Petikan)
F1 (1): Antara (Fokus 1) faedah teknologi ialah masyarakat mampu mencapai pendapatan tinggi pada masa

hadapan.

F1 (2): Selain itu, penggunaan mesin yang berteknologi tinggi juga boleh meningkatkan produktiviti.
F1 (3): Di samping itu, penyaluran maklumat menjadi lebih pantas.

F1 (4): Seterusnya, rangkaian akses yang berteknologi tinggi ini dapat merapatkan jurang digital.

Versi Demo
07 Rumusan
Fokus 2: kesan-kesan negatif perkembangan teknologi

(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) kesan negatif perkembangan teknologi ialah peningkatan kadar pelajar yang melayari

laman pornografi.

F2(2): Pada masa yang sama, pelbagai aplikasi media sosial yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja telah
menyebabkan golongan belia terjerumus dalam masalah sosial.

F2(3): Seperkara lagi, penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan masalah mata kabur dan rabun
jauh.

(Bahan 2 – Pantun)
F1(1): Tidak dapat dinafikan juga, penyebaran berita palsu yang berleluasa.

F1(2): Sementara itu, penipuan siber boleh berlaku di mana-mana sahaja.

F2(3): Akhir sekali, buli siber turut menyerang masyarakat.


Kesimpulan (2 markah)

Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak haruslah bijak (Tema) menggunakan teknologi ini (Kata Hubung)

agar (Kesan) masalah negatif dapat ditangani.



Jawapan

(      patah perkataan)

Kata Laluan:
kelab123

165

Praktis SPM 6 ARAS : T Tema 7: Pertanian, Penternakan dan Perikanan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan. KBAT Menganalisis

Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1 dan garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

Pekerjaan sebagai nelayan di negara kita tetap bertahan walaupun pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh
golongan ini. Dalam soal ini, masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa pekerjaan sebagai nelayan merupakan
satu kerjaya yang boleh menjamin kehidupan kerana mereka berperanan penting kepada rakyat. Tanpa nelayan,
kita tidak akan memperoleh ikan atau sumber protein yang lain. Oleh sebab itu, golongan muda mesti diberikan
pendedahan tentang pentingnya pekerjaan ini. Pada masa ini, masyarakat sering melihat nelayan sebagai satu
pekerjaan yang tidak sepopular pekerjaan lain.

F1Industri perikanan ini dikatakan berhadapan dengan pelbagai masalah sepertiF11membahayakan nyawa
dan berisiko diserang lanun. Faktor cuaca juga boleh mempengaruhi pendapatan nelayan keranaF12keadaan
cuaca yang tidak stabil akan menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan. Persepsi
golongan muda negara ini perlu diubah keranaF13mereka menganggap kerja ini kotor dan sukar.F2Usaha-usaha
mesti dilakukan untuk membawa golongan belia menceburkan diri dalam bidang ini denganF21menjelaskan
kepada mereka tentang kepentingan golongan nelayan. Dengan cara ini, tanggapan negatif terhadap sektor ini
mesti dapat diubah.

Golongan belia boleh maju dan berjaya serta mendapat pendapatan lumayan seperti pekerjaan-pekerjaan lain
kerana semakin hari pelbagai hasil laut diperoleh dan dijual dengan harga yang lumayan. Tidak seperti zaman
dahulu,F22bidang ini sudah menggunakan pelbagai teknologi moden untuk memudahkan proses penangkapan
hasil laut dan meningkatkan produktiviti. Selain daripada itu,F23pelbagai subsidi dan bantuan turut diberikan
oleh kerajaan dalam menarik minat golongan belia menceburi bidang ini. Para nelayan juga perlu memainkan
peranan denganF24melibatkan golongan belia untuk sama-sama berbakti dan turun ke laut mengikut setiap
langkah dan prosedur yang betul. Stigma masyarakat yang memandang negatif terhadap bidang ini perlu dikikis
kerana penglibatan aktif golongan belia sebagai pelapis kepada nelayan kini amat penting. Mereka perlu faham
turun naik industri perikanan ini dan berusaha memartabatkannya untuk masa yang akan datang.
07 Rumusan

Versi Demo
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Jadikan Nelayan Sebagai Satu Kerjaya yang Menjamin Masa Depan’

Sarawakvoice, 05 September 2019

Bahan 2 – Grafik (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)
MASALAH-MASALAH DALAM INDUSTRI PERIKANAN DI MALAYSIA

123

F2 Kekurangan tenaga buruh F22 Kepupusan sumber protein F2 Pencemaran laut
1 3

166

Pendahuluan (2 markah)

Rumusan membincangkan (Fokus 1) masalah-masalah yang dihadapi industri perikanan dan (Fokus 2)
usaha-usaha menarik minat golongan belia menjadi nelayan.

Isi (16 markah)
Fokus 1: masalah-masalah yang dihadapi industri perikanan

(Bahan 1 – Petikan)
F1 (1): Antara (Fokus 1) masalah yang dihadapi industri perikanan adalah seperti membahayakan nyawa dan

berisiko diserang lanun.

F1 (2): Selain itu, keadaan cuaca yang tidak stabil akan menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut untuk
menangkap ikan.

F1 (3): Seperkara lagi, golongan muda menganggap kerja ini kotor dan sukar.


Versi Demo
07 Rumusan
(Bahan 2 – Grafik)
F2(1): Di samping itu, industri ini juga kekurangan tenaga buruh.

F2(2): Seterusnya, kita mengalami kepupusan sumber protein.

F2(3): Sementara itu, isu pencemaran laut yang turut mengganggu nelayan.


Fokus 2: usaha-usaha menarik minat golongan muda menjadi nelayan

(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) usaha menarik minat golongan muda menjadi nelayan adalah seperti menjelaskan

kepada mereka tentang kepentingan golongan nelayan.

F2(2): Pada masa yang sama, bidang ini sudah menggunakan pelbagai teknologi moden.


F2(3): Tidak dapat dinafikan juga pelbagai subsidi dan bantuan turut diberikan oleh kerajaan.

F2(4): Akhir sekali, golongan nelayan boleh melibatkan golongan belia untuk sama-sama berbakti dan turun ke

laut mengikut setiap langkah dan prosedur yang betul.

Kesimpulan (2 markah)

Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah bekerjasama (Tema) menarik golongan belia menceburi Jawapan
industri ini (Kata Hubung) agar (Kesan) mereka dapat memajukannya nanti.


(    patah perkataan)

Kata Laluan:
grafik123

167

Praktis SPM 7 ARAS : T Tema 8: Melancong Mencari Makna

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan. KBAT Menganalisis

Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1 dan garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

Industri pelancongan adalah antara pemacu terpenting dalam ekonomi negara. Industri pelancongan mula
malap sejakF11kehadiran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia. Keadaan ini
telah menyebabkan negara-negara yang dilanda pandemik terpaksa menanggung kerugian kerana industri ini
ditutup bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Keadaan ini merupakan satuF1cabaran besar dalam industri
pelancongan. Tatkala kita sibuk mempertingkatkan industri pelancongan dalam negara,F12ancaman keselamatan
dan jenayah terutamanya di perairan pantai di Sabah dan sempadan negara Thailand turut memberikan cabaran
besar kepada negara.

Negara turut menghadapi masalahF13kerenah birokrasi dalam proses permohonan visa sehingga negara
kehilangan ramai pelancong asing terutamanya dari China. Industri ini juga terpaksa menghadapi cabaran
daripadaF14agen pelancongan yang dikatakan kurang mesra dan tidak mempunyai etika yang baik ketika
berurusan dengan pelancong. Dalam soal ini, pelancong lebih gemar menjadikan Thailand sebagai destinasi
pelancongan utama kerana layanan perkhidmatan pelancongan yang diberikan secara relatifnya sangat baik.
Meninjau daripada skop yang lebih luas,F15keadaan infrastruktur dan kegiatan pelawat yang tidak diuruskan
secara lestari melalui aktiviti ekopelancongan juga boleh membawa kesan negatif terhadap alam semula jadi
seperti yang berlaku di Pulau Perhentian, Terengganu. Kebanyakan terumbu karang terjejas teruk akibat aktiviti
pelancongan yang tidak terkawal.

Sebenarnya, negara kita mempunyai pelbagaiF2keistimewaan yang menjadi faktor kedatangan pelancong
sepertiF21kemudahan pengangkutan awam termoden. Kemudahan ini telah melonjakkan industri pelancongan
kerana memudahkan pelancong untuk bergerak ke mana-mana. Kita juga perlu tahu bahawaF22Malaysia
dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik. Hal ini dikatakan demikian kerana sajian
istimewa tersebut datang daripada air tangan pelbagai bangsa dan budayanya. Perkembangan industri
pelancongan di Malaysia juga disebabkanF23keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun kerana
kedudukan negara kita terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Dengan itu, iklim tropika negara kita
telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang popular. Malaysia jugaF24mempunyai banyak
pantai yang cantik dan bersih untuk dikunjungi oleh pelancong. Keputihan pasirnya dan ketenangan airnya
memberikan pengalaman cukup berharga kepada sesiapa sahaja.

Sumber: Internet
07 Rumusan

Versi Demo
Bahan 2 – Grafik (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

FAKTOR-FAKTOR YANG MENARIK PELANCONG DALAM
NEGARA DAN LUAR NEGARA MELANCONG DI MALAYSIA

F21 Alam semula jadi F23 Tinggalan sejarah
F22 Budaya masyarakat Malaysia

168

Pendahuluan (2 markah)

Rumusan membincangkan (Fokus 1) cabaran-cabaran industri pelancongan dan (Fokus 2) faktor-faktor
kedatangan pelancong ke Malaysia.

Isi (16 markah)
Fokus 1: cabaran-cabaran industri pelancongan

(Bahan 1 – Petikan)
F1 (1): Antara (Fokus 1) cabaran industri pelancongan ialah kehadiran pandemik COVID-19 yang melanda

seluruh dunia.

F1 (2): Selain itu, ancaman keselamatan dan jenayah terutamanya di perairan pantai di Sabah dan sempadan
negara Thailand.

F1 (3): Di samping itu, kerenah birokrasi dalam proses pemohonan visa.

F1 (4): Seterusnya, agen pelancongan yang kurang mesra dan tidak mempunyai etika yang baik.

Versi Demo
07 Rumusan
Fokus 2: faktor-faktor kedatangan pelancong ke Malaysia

(Bahan 1 – Petikan)
F2(1): Antara (Fokus 2) faktor kedatangan pelancong ke Malaysia ialah kemudahan pengangkutan awam

termoden.

F2(2): Pada masa yang sama, Malaysia dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan yang unik.

F2(3): Seperkara lagi, keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun.


(Bahan 2 – Grafik)
F2(1): Tidak dapat dinafikan juga, faktor alam semula jadi.

F2(2): Sementara itu, budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

F2(3): Akhir sekali, monumen tinggalan sejarah turut menjadi tarikan pelancongan.


Kesimpulan (2 markah)

Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah bekerjasama (Tema) membangungkan industri
pelancongan (Kata Hubung) supaya (Kesan) ekonomi negara bertambah maju.


(    patah perkataan)

169

Praktis SPM 8 ARAS : T Tema 9: Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Baca petikan dan pantun di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan pantun. KBAT Menganalisis

Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

Salah satu kaedah pelaburan mudah yangF11boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin membina
kekayaan dalam jangka panjang adalah dengan melabur dalam unit amanah. AntaraF1kelebihan melabur dalam
unit amanah ialahF12modal permulaan yang tidak terlalu besar dan risiko pelaburan yang rendah. Sementara itu,
antara unit amanah berisiko rendah dan paling mudah disertai ialah unit amanah harga tetap yang diuruskan
oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Di Malaysia, masyarakat bumiputeraF13boleh melabur secara tunai dalam semua unit amanah demi membina
tabungan yang kukuh. Oleh sebab unit amanah seperti ASB terus memberikan pulangan kompetitif dari tahun
ke tahun, ada yang menggunakan pinjaman untuk melabur kerana jaminan keuntungan yang kukuh. Apabila
melabur dalam unit amanah, tidak kiralah sama ada secara tunai atau pinjaman, pelabur perlu memahami
bahawa setiap tabung unit amanah mempunyai kategori masing-masing yang mempunyai kaedah pelaburan
dan matlamat tertentu. Amanah Saham Bumiputera (ASB) berada dalam kategori dana ekuiti dengan objektif
utamaF14untuk memberikan pulangan jangka panjang dalam bentuk pendapatan kepada pemegang unit.
Justeru, sudah pastilah pendapatan yang diperoleh ASB akan dipengaruhi oleh prestasi ekonomi dan pasaran
saham semasa dalam tahun yang dilaporkan.F2Setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri, misalnya
kesilapan dalam mencatur strategi akan menyebabkanF21pelabur terpaksa membayar caj faedah pinjaman
kepada bank. Pelabur jugaF22tidak berjaya mengembangkan pelaburan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Lebih teruk lagi apabila pelabur menamatkan pinjaman lebih awal danF23ansuran bulanan pula dibayar
menggunakan agihan pendapatan. Untuk pengetahuan semua, F24Faktor semasa juga boleh menjadi risiko
pelaburan. Pelabur harusF25bersedia untuk menanggung risiko kehilangan modal pelaburan jika pasaran saham
tidak menentu. PelaburF26perlu mengetahui prestasi ekonomi dan pasaran saham semasa sangat mempengaruhi
jumlah pendapatan yang diperoleh.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pelaburan untuk Jaminan Masa Depan’,

Utusan Online, Januari 2017
07 Rumusan

Versi Demo
Bahan 2 – Pantun (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1)

Faedah Melabur

Fiza pergi ke medan niaga, Nara membeli kuih Nyonya,
Singgah sebentar di gerai Sara; Dibeli untuk hidangan sarapan;
Amanah saham pelaburan terjaga, Pelaburan itu banyak faedahnya,
F 11 Terpelihara oleh undang-undang negara. F13 Jadikan simpanan masa hadapan.
Ke tepi pantai hati terhibur,
Alunan ombak sabung-menyabung; Mari berkunjung ke Taman Rama-rama,
Marilah adik sekalian kita melabur, Banyak serangga cantik terpelihara;
F 1 Melabur membudayakan amalan menabung. Melabur demi kepentingan bersama,
F1 Dapat meningkatkan ekonomi negara.
2
4

Nora Johnday
Puchong, Selangor

170

Versi DemoFokus 1: kelebihan-kelebihan melabur dalam saham amanah
07 RumusanFokus 2: risiko-risiko yang dihadapi oleh pelabur
Rumusan membincangkan (Fokus 1) kelebihan-kelebihan melabur dalam saham amanah dan (Fokus 2) risiko-
risiko yang dihadapi oleh pelabur.
F1 (1) Antara (Fokus 1) kelebihan melabur dalam saham amanah adalah seperti boleh dilakukan oleh
sesiapa sahaja. F1 (2) Selain itu, modal permulaan yang tidak terlalu besar dan risiko pelaburan yang rendah.
F1(3) Di samping itu, amanah saham terpelihara oleh undang-undang negara. F1(4) Seterusnya, pelaburan
membudayakan amalan menabung.
F2(1)Antara (Fokus 2) risiko yang dihadapi oleh pelabur ialah mereka terpaksa membayar caj faedah pinjaman
kepada bank. F2(2) Pada masa yang sama, pendapatan yang diperoleh bergantung pada faktor-faktor semasa.
F2(3) Tidak dapat dinafikan juga, pelabur perlu bersedia untuk menanggung risiko kehilangan modal pelaburan.
F2(4) Akhir sekali, faktor semasa juga boleh menjadi risiko pelaburan.
Kesimpulannya, (Cadangan) semua pihak hendaklah (Tema) melabur dalam amanah saham (Kata hubung)
supaya (Kesan) mempunyai simpanan pada masa hadapan.

( 114  patah perkataan)

Jawapan

Kata Laluan:
maju123

171

KERTAS MODEL SPM (KERTAS 1: UJIAN BERTULIS) Jawapan

BAHAGIAN A Kata Laluan:
[30 markah] tanda123
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan penyakit anjing gila atau rabies. DSKP Tg 5 3.4.3
Huraikan pendapat anda tentang penyakit tersebut.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Syair Penyakit Anjing Gila Penyakit ‘anjing gila’ atau dikenali sebagai rabies
Hamba bersyair silalah dengarkan, ialah penyakit berjangkit yang mengakibatkan
penyakit lama mula menggegarkan, kelumpuhan sistem pernafasan yang akhirnya
‘anjing gila’ namanya dikhabarkan, membawa maut. Penyakit ini melibatkan
boleh melumpuhkan sistem badan. haiwan yang berdarah panas seperti anjing.
Virus ini merebak melalui gigitan haiwan.
Mangsa juga alami kemurungan, Pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda
selepas gigitan liur berjelejehan, dijangkiti virus dalam tempoh 20 hingga 60
bila mendengar bunyi gelantangan, hari selepas gigitan haiwan seperti keresahan
terasa berat di kelopak pendengaran. dan kegelisahan, perubahan sikap secara tiba-
tiba, takut air, insomnia dan lumpuh.
Azahar bin Bahari
Ilham Bestari Sumber: Internet
Versi Demo

08 Kertas Model SPM
APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA DIGIGIT?

Segera cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir
sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur.

Segera dapatkan rawatan luka di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
Patuhi arahan doktor. Sekiranya memerlukan suntikan vaksin antirabies, anda

mestilah mengikut jadual suntikan.

Pencegahan Jangkitan Rabies

• Jangan mendekati haiwan liar untuk mengurangkan risiko digigit
terutamanya kanak-kanak.

K1

08 Kertas Model SPM BAHAGIAN B
[70 markah]
Versi Demo [Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah
perkataan. DSKP Tg 5 3.4.3

1 Jika dahulu anak remaja sibuk dengan menunggang basikal dan bermain bola sepak, kini tiada lagi. Anak
remaja sekarang sibuk dengan alat peranti mereka. Jadi, tidak hairanlah jika mereka begitu terkehadapan
dalam penggunaan alat tersebut. Hal ini mungkin kerana minat, tumpuan dan masa mereka begitu banyak
dihabiskan dengan gajet. Namun demikian, penggunaan alat peranti ini boleh menimbulkan pelbagai gejala
tingkah laku yang serius dalam kalangan remaja.
Sumber: Internet

Petikan di atas menyatakan bahawa penggunaan alat peranti tanpa kawalan boleh menimbulkan pelbagai
gejala tingkah laku yang serius dalam kalangan remaja. Antaranya, ketagihan Internet, permainan dalam talian,
pornografi dan aktiviti perjudian. Kesemua aktiviti ini boleh memberikan kesan buruk terhadap akhlak dan
masa depan remaja. Justeru, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengekang masalah ini. Sehubungan dengan
itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana tentang usaha menangani masalah ketagihan alat peranti. Tajuk
rencana tersebut ialah “ Usaha-usaha Memastikan Remaja Menggunakan Alat Peranti Secara Sihat.”

Tulis rencana anda selengkapnya.

2 Secara realitinya, berapakah jumlah simpanan yang mampu anda simpan daripada pendapatan bulanan
anda? Soalan ini memang sukar untuk dijawab, tetapi mahu atau tidak, anda perlu menyimpan sebahagian
pendapatan anda sebagai tabungan untuk masa hadapan. Salah satu tip yang boleh anda ikuti adalah dengan
menyimpan 10% daripada pendapatan bulanan anda. Kaedah simpanan ini juga amat mudah kerana kita
boleh terus menolak pendapatan secara tetap pada tarikh tertentu.
Sumber: Internet

Sebagai respons terhadap kandungan kenyataan di atas, setiap individu khususnya yang berpendapatan perlu
memulakan tabungan peribadi untuk kegunaan waktu kecemasan dan persediaan pada masa hadapan.

Jelaskan cara-cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang amalan menyimpan wang.

3 Sebuah portal Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah dilancarkan oleh kerajaan. Portal ini akan menjadi
platform untuk menyelaraskan segala aktiviti PSH. Semua pihak berkepentingan termasuk 14 kementerian,
agensi kerajaan, wakil NGO (badan bukan kerajaan) dan industri serta pihak-pihak berkepentingan
lain terlibat dengan program ini. Tiga pembekal utama program ini ialah Kementerian Sumber Manusia,
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhan portal PSH ini diharap
dapat menyemarakkan semangat belajar secara berterusan dalam kalangan warganegara Malaysia.
Sumber: Sinar Harian, 07 November 2019

Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dititikberatkan
oleh kerajaan. Penerimaan masyarakat terhadap Pembelajaran Sepanjang Hayat masih rendah walaupun banyak
manfaat akan diperoleh oleh seseorang individu dan negara menerusi pendidikan tersebut.

Huraikan manfaat-manfaat yang akan diperoleh oleh rakyat dan negara menerusi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ini.

4 Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama tahun 2019, negara merekodkan seramai
516600 orang penganggur. Pada masa yang sama, seramai 238286 orang penganggur termasuk 174327
orang siswazah telah mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga
Kerja (JTK) Semenanjung. Lebih malang lagi, ramai dalam kalangan siswazah menganggur itu ialah anak-
anak yang menjadi harapan keluarga. Selain itu, mereka turut berdepan kesulitan membayar balik pinjaman
pendidikan yang diterima sepenuhnya sepanjang tempoh pengajian sama ada peringkat diploma atau ijazah.
Sumber: BH Online, 07 Julai 2019

Petikan di atas menunjukkan statistik pengangguran dalam kalangan graduan. Statistik ini akan bertambah dari
setahun ke setahun kerana pada setiap tahun, universiti akan melahirkan ramai graduan. Oleh itu, semua pihak
haruslah berganding bahu untuk menangani masalah pengangguran dalam kalangan graduan.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menangani masalah pengangguran dalam kalangan graduan.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

K2

KERTAS MODEL SPM (KERTAS 2: UJIAN BERTULIS) Jawapan

BAHAGIAN A: SISTEM BAHASA DAN APLIKASI BAHASA Kata Laluan:
[35 markah] kata123

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Versi Demo1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
08 Kertas Model SPMakan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. DSKP Tg 5 5.1.1

Prinsip dalam Rukun Negara bertujuan menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat, nilai keagamaan,
kesetiaan kepada Raja dan negara, kepatuhan kepada Perlembagaan dan undang-undang serta masyarakat
yang sopan dan bertatasusila. Nilainya perlu difahami, dihayati dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat
kerana keharmonian negara bergantung kepada masyarakat yang mempunyai jati diri dan cinta akan negara.
Tokoh pejuang dahulu berganding bahu membebaskan tanah air daripada penjajahan, mewujudkan rasa
permulaan fasa kemerdekaan dan mengekalkan kemerdekaan melalui kepakaran hal ehwal dalam negeri
serta hubungan antarabangsa.

Sumber: BH Online, 29 Ogos 2020

[6 markah]

2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah
maksud asalnya. DSKP Tg 5 5.3.4

Malaysia akan menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 pada 26 Februari ini. Proses pengagihan vaksin
ke negeri-negeri bagi Program Imunisasi Kebangsaan dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu
selepas bekalan tersebut tiba. Kementerian Kesihatan Malaysia menerima lebih 3000 permohonan untuk
menyertai Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19. Mereka akan menggunakan mekanisme terbaik untuk
memilih individu yang berkelayakan untuk menjayakan kajian ini. Pihak kementerian juga akan terus
mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam dan perkhidmatan di hospital.

Sumber: Utusan Malaysia, 01 Februari 2021

[6 markah]

3 Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak
perlu menyalin petikan tersebut. DSKP Tg 5 3.6.1

Sebanyak 8313 penipuan siber membabitkan wang berjumlah kira-kira RM300 juta direkodkan oleh Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Januari hingga Oktober
lalu. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, kementeriannya bimbangkan peningkatan jenayah siber
kerana sebanyak 10203 kes membabitkan kira-kira RM184 juta dicatatkan sepanjang tahun lalu. Beliau
berkata yang empat jenis penipuan paling banyak sekali ketika ini membabitkan penipuan telekomunikasi
seperti ‘Macau Scam’, pinjaman tidak wujud, ‘African Scam’ dan penipuan berkaitan pembelian atas talian.
Masalah ini memberikan ancaman serius pada rakyat kerana penipuan ini mengakibatkan kerugian
beratus ribu ringgit hasil titik peluh mangsa. Justeru, beliau berkata, kementeriannya melalui Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan berapa perbincangan dengan JSJK bagi
mencari kaedah memerangkap jenayah berkenaan. Salah satu cadangannya ialah membentuk jawatankuasa
kerja terdiri daripada wakil SKMM, institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk bekejasama
dengan JSJK bagi mempercepatkan perkongsian maklumat serta memberikan maklum balas serta-merta
kepada ramai orang jika ada elemen penipuan dikesan.

Sumber: BH Online, 08 Oktober 2021

[13 markah]

K3

08 Kertas Model SPM4 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. DSKP Tg 5 3.5.1
Versi DemoHatta, berapa lamanya maka datanglah pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya.
Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun
menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala
hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija
Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang
Datuk Bongkok.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

5 Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. DSKP Tg 5 4.2.1
Asmuin : Wah, rajin betul awak membersihkan halaman rumah!
Jamal : Oh, Asmuin rupanya! Sudah lama saya tidak membersihkan halaman rumah ini. Apabila ada waktu
terluang ini, baik saya memanfaatkannya.
Asmuin : Baguslah, Jamal. Kalau rumah kita bersih dan kemas sudah tentu imej kita meningkat. Kita pun
terlindung daripada penyakit berbahaya.
Jamal : Betul, Asmuin. Apabila saya membersihkan kawasan rumah ini, luas sedikit rasanya. Anak-anak
saya pun rajin menolong saya bak kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
Asmuin : Elok juga kita melibatkan anak-anak dalam aktiviti sebegini. Biar mereka ada rasa tanggungjawab.
Tengoklah hubungan mereka itu bagai dakwat dengan kertas.
Jamal : Ya. Saya bersyukur kerana mereka ringan tulang. Mereka selalu berkata alang-alang mandi biar
basah.
Asmuin : Yalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Selepas ini, saya pun nak ajak anak-anak saya
membersihkan rumah.
[4 markah]

K4

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]

[Masa yang dicadangkan: 60 minit]

Soalan 6: Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri. DSKP Tg 5 3.3.1

Bahan 1

Keindahan alam semula jadi dan kekayaan hutan hujan tropika yang dimiliki oleh Negara Brunei Darussalam
merupakan anugerah yang sangat tinggi nilainya dan perlu dipelihara kerana berpotensi dalam menarik
pelancong luar mahupun dalam negara. Brunei bertuah kerana mempunyai banyak tempat menarik berunsurkan
alam semula jadi dan keindahan hijau yang menjanjikan pemandangan indah bagi pengunjung yang lebih gemar
akan aktiviti ‘outdoor’.
Antara tarikan hijau yang berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong ialah persekitaran hijau seperti
kawasan hutan, keindahan pantai dan keaslian flora serta fauna yang unik lagi menarik. Oleh itu, sebagai rakyat
dan penduduk negara ini, kita perlu memahami kepentingan memelihara dan melestarikan alam sekitar demi
kelangsungan hidup generasi sekarang dan akan datang. Antara faktor utama kita perlu menjaga alam semula
jadi adalah untuk(ii)memulihara habitat flora dan fauna, menjadikan ekosistem yang stabil dan kesihatan manusia
terjamin selain menarik pelancong ke negara ini serta menjaga sumber alam.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Lestarikan keindahan alam sekitar’

http://www.pelitabrunei.gov.bn
Versi Demo

08 Kertas Model SPM
Bahan 2

Malaysia amat bertuah kerana dianugerahkan sumber hutan asli bernilai tinggi dan menyumbang kepada
pembangunan sosioekonomi negara. Hutan berfungsi sebagai(ii)kawasan tadahan hujan, mengawal perubahan
suhu serta habitat flora dan fauna. Justeru, hutan perlu diselamatkan kerana hutan merupakan sumber negara
yang amat berharga. Selain pihak berwajib, masyarakat sekeliling juga mesti menjadi mata dan telinga pihak
berkuasa untuk menjaga hutan. Mereka tidak boleh mencemarkan hutan dan menjadi pelapor sekiranya hutan
dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Malaysia kini diancam masalah kepupusan serius flora dan fauna akibat kemerosotan kualiti dan pemusnahan
hutan. Kemusnahan dan penerokaan hutan secara haram mendatangkan pelbagai musibah kepada manusia.
Flora dan fauna yang unik dan jarang ditemukan sebenarnya(ii)menjadi tumpuan untuk melakukan kajian dan
pembangunan penyelidikan oleh para penyelidik dan institusi pengajian tinggi awam tempatan.

Sumber: BH Online, 22 Jun 2020

(i) Berdasarkan Bahan 2, nyatakan maksud pelbagai musibah. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan hutan kepada semua hidupan. [3 markah]

(iii) Hutan bukan sahaja menyumbang kepada keindahan alam tetapi juga berfungsi sebagai penjana ekonomi
sesebuah negara.

Pada pendapat anda, bagaimanakah hutan boleh membantu menjana ekonomi negara kita? [3 markah]

(iv) Suatu hari, anda berjalan di pinggir hutan yang tidak jauh dengan kediaman anda. Tiba-tiba, kelihatan beberapa
orang sedang menebang pokok di hutan tersebut. Keadaan mereka juga agak mencurigakan.

Apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila berhadapan dengan situasi tersebut? [4 markah]

K5

Soalan 7: Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri. DSKP Tg 5 3.3.1

Bahan 1

“Cik ini ... Nana?”

Anak bongsu Mak Piah itu persis raut ibunya. Saya tidak perlu banyak bertanya kerana dia menjawab lebih
daripada yang disoal. Daripada kekesalan abangnya yang merelakan kongkongan isteri sampailah kepada
kepiluan hatinya tidak diizinkan oleh suami membantu ibu membersihkan rumah selepas banjir. Khabarnya,
wanita tua itu tergelincir jatuh dan kepalanya cedera. Setelah tubuhnya kaku, barulah jenazah ditemui tetangga.
“Dua hari sebelum itu, dia(ii)bercerita kepada jiran-jiran. Katanya saya kirimkan makanan semasa banjir
melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya.”

Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata Arwah Mak Piah yang
banjir dalam kebahagiaan.

“Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada emak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak berapa dengar.
Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham.

Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’
dalam antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Kementerian Pendidikan Malaysia
08 Kertas Model SPM
Bahan 2
Versi Demo
PANTUN HARAPAN IBU

Buah pulasan manis rasanya, Kuih koci dikukus berbaris,
Dijadikan hidangan tuan putera; Buat jualan di pasar minggu;
Wahai anak sunyi rasanya, Hati di dalam rasa menangis,
Menunggu pulang tapi tak tiba. Tapi harapan terus menunggu.

Kalau pergi Kuala Bikam, Papan lapis disusun bertingkat, (ii)
Singgah sebentar di Desa Payang;
Dari pagi hinggalah malam, Buat jendela menghadap jalan;
Wajahmu masih tak nampak bayang. Kasih bondamu tidak bersyarat,
Bukanlah hartamu jadi pandangan.

Pasang belat di tengah kuala, Bunga mawar di hujung dahan,
Dapat seekor ikan belanak; Datang dipetik anak nelayan;
Beritahu bonda masanya bila, Rindu bonda tidak tertahan,
Dapat bonda bersamamu anak. Sepanjang masa melihat jalan.

Azahar bin Bahari
Ilham Bestari

Bahan 3

ERTI HIDUP BEERTI

Aku selalu didatangi Keheningan tasik (ii)
malam sepi kehijauan rumput
bagai kalung hanya menjadi bayangan
yang melingkari leherku di penjuru ruang zaman
tidak berubah keesokan hari cinta dalam rahim dilupai
siapa yang akan datang menjengukku dari sulung ditendang ke bongsu
keluhan seorang tua sunyi. dari angah ditendang ke sulung balik

K6

kucari erti hidup menjadi penawar dalam hati
menderita mengerang sakit embun cinta atasi angin dingin
berdiri tanpa ruang. jangan terpegun
ada yang mati
Aku bagi mereka ada yang hidup
tiada makna tiada yang kekal kecuali Tuhan.
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka Teo Wei Sing
semoga disirami benih keinsafan Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud merelakan kongkongan. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perasaan-perasaan yang dirasai oleh seorang ibu terhadap anak-
anaknya. [4 markah]

(iii) Setiap anak yang bekerjaya haruslah meluang masa mereka untuk menziarahi ibu bapa walaupun sibuk. Hal
ini demikian kerana kepulangan anak-anak memang sentiasa dinantikan oleh mereka.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memupuk sikap ini dalam kalangan anak? [3 markah]
Versi Demo

08 Kertas Model SPM
(iv) Terdapat sebuah rumah orang-orang tua berhampiran kawasan perumahan anda. Saban hari, mereka menunggu
anak-anak untuk bertemu atau mengambil mereka untuk dibawa pulang ke rumah terutamanya ketika musim
perayaan. Anda dan rakan-rakan anda berbincang tentang cara untuk menggembirakan mereka.

Cadangkan cara-cara yang dapat anda dan rakan-rakan lakukan untuk menggembirakan golongan tersebut.
[4 markah]

Soalan 8: Novel.

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Duit hilang dikatakan dia mencurinya. Getah hilang, dituduh adik-adiknya yang menjualnya. Tanaman
rosak, kambingnya yang merodoknya. Ada sahaja yang tidak kena.

Memang aku ada hak untuk berkecil hati tetapi aku tetap menghormati nenek, desis hatinya. Dia
mengintai di celah pintu. Di dalam gelap. Tidak nampak apa-apa. Dia memijak tangga. Sesampainya di kepala
tangga, dia mengintai menerusi celah pintu. Pandangan di dalam kelam. Diperhatikan sungguh-sungguh.
Benarkah?

Sekujur tubuh terbaring di ruang tengah. Dia tahu itu neneknya. Tidak bergerak-gerak. Jantungnya
berdegup kencang. Ayat-ayat suci dibaca, berdoa semoga tiada apa-apa yang berlaku.

“Nenek!”

Sepi.

“Nenek! Ini Dahlia!”

Terdengar suara nafas yang keras. Alhamdulillah, masih hidup.

“Buka pintu ni, nek!”

Dipetik daripada
novel Songket Berbenang Emas,

karya Khairuddin Ayip,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh nenek terhadap Dahlia dan keluarganya? [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip

(b) Tirani, karya Beb Sabariah

(c) Silir Daksina, karya Nizar Parman

(d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab bahagian klimaks novel ini menarik perhatian anda.
[6 markah]

K7

BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]

[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Baca petikan dan teliti grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan. DSKP Tg 5 1.8.1

Bahan 1 – Petikan (Garisan beralun ialah isi bagi Fokus 1, garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

Jenayah penipuan Internet seperti ‘Macau Scam’ dan ‘Love Scam’ masih menjadi ancaman kepada masyarakat
bpseeehrnwijneagnsgapayaadhkainkdie.eFt1niPkguaanncmapeamuntpgagemirldaaanypayekananunglammraeanrnagjgesuanknaayynaa.hm-Kjeeenrreaukygaaia.hnKseyiabadenarganidniiitnaidkidssiiertkabamanbbkabahnekraaontluesph-uFr1la1atmudasesnyjuagtraaankFr1a2itnkegklgiuictrikainatnug

melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, iaitu daripada suri rumah sehinggalah golongan profesional.

Masalah ini akan bertambah buruk keranaF13kesedaran masyarakat terhadap keselamatan siber juga
masih rendah. Jenayah penipuan Internet wujud apabilaF14masyarakat tidak mengamalkan kaedah atau
tatacara penggunaan teknologi dan Internet secara positif, beretika dan bertanggungjawab. Kerajaan telah

melipatgandakanF2usaha untuk meningkat kesedaran masyarakat tentang jenayah siber sepertiF21menguar-
uarkan pelbagai kempen sama ada melalui media massa atau media sosial agar masalah ini dapat dikurangkan.
08 Kertas Model SPM

Versi Demo
Bagi mewujudkan ruang siber yang kondusif,F22negara juga memerlukan tenaga kerja berpengetahuan,
berkemahiran, berpengalaman dan mempunyai skil khusus untuk memastikan prasarana keselamatan siber

negara terus berdaya tahan, selamat dan terhindar ancaman serta serangan siber.

Semua usaha ini akan berhasil jikaF23masyarakat lebih peka dengan trend ancaman siber terkini. Mereka
haruslah memuat turun perisian pempamer pemanggil daripada Internet. Aplikasi ini besar peranannya kerana
kita boleh mengesan panggilan yang dibuat. Tindakan yang paling penting ialahF24masyarakat tidak mudah
percaya dengan sesuatu berita yang mengaitkan mereka dengan sesuatu jenayah. Jika menerima panggilan
tentang perkara ini, cara paling baik yang patut kita lakukan adalah dengan memutuskan panggilan tersebut.
Perkara paling penting untuk dilakukan bagi menyekat jenayah siber ini ialah netizenF25perlu melengkapkan diri
mereka dengan ilmu keselamatan siber. Mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai perkara asas berkaitan

dengan keselamatan siber seperti kaedah membina kata laluan yang kukuh, memasang perisian antivirus pada

gajet digital, log keluar daripada e-mel dan media sosial, tidak sesekali klik pada pautan atau lampiran (imej dan

video) dalam e-mel dan laman media sosial serta menggunakan rangkaian selamat apabila melakukan transaksi
dalam talian (perbankan atau pembelian Internet).

Sumber: Sarawakvoice,
07 Ogos 2019 dan BH Online, 23 Mei 2021

Bahan 2 – Grafik (Garisan bertitik ialah isi bagi Fokus 2)

SCAMMER SEMAKIN BERLELUASA

Scammer akan memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai
polis, pegawai mahkamah dan pegawai bank.
Mereka akan meminta maklumat kewangan seperti nombor
akaun bank, PIN dan TAC daripada anda.

F21Jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun, PIN atau TAC anda.

F22Sentiasa mendapatkan maklumat daripada institusi kewangan anda.

F23Jangan jawab e-mel/ panggilan daripada pihak yang tidak dikenali.

F24Sentiasa sahkan dengan sumber yang boleh dipercayai.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

K8

KERTAS MODEL SPM (KERTAS 3: UJIAN BERTUTUR) Jawapan

BAHAGIAN A: TAKSIRAN INDIVIDU Kata Laluan:
[40 markah] kata123

[Masa yang dicadangkan: 3 hingga 5 minit]

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan
secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. DSKP Tg 5 1.5.1 (Bagi soalan, imbas kod QR di atas)

PENGARUH BUDAYA ASING

Versi Demo

08 Kertas Model SPM
Dalam kehidupan moden hari ini, masyarakat mudah terdedah kepada segala macam pengaruh global sama ada
positif mahupun negatif. Segelintir yang berilmu mengambil peluang daripada globalisasi ini dengan mengutip aura
positif daripada budaya pelbagai masyarakat maju di seluruh dunia. Perkembangan pesat teknologi maklumat pada
hari ini juga turut mendedahkan remaja Malaysia kepada budaya luar. Teknologi ini juga menyebabkan penyebaran
budaya luar menjadi lebih pantas. Justeru, remaja mudah terpengaruh dengan ideologi luar terutamanya dari
segi pemikiran, pemakaian dan muzik sehingga membelakangi budaya sendiri. Perkara ini tidak harus dibiarkan
berlanjutan kerana boleh menghakis khazanah budaya masyarakat yang amat berharga.

BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN
[30 markah]

[Masa yang dicadangkan: 12 hingga 15 minit]

Penebangan hutan secara berleluasa di sesetengah tempat telah mendapat kecaman daripada pelbagai pihak
memandangkan hutan mempunyai banyak kepentingannya. Oleh itu, usaha-usaha yang efektif mesti dilakukan
untuk membanteras aktiviti penebangan hutan di negara kita agar khazanah alam ini terus kekal sehingga
generasi akan datang.

Bincangkan. DSKP Tg 5 1.7.1

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

K9

KERTAS MODEL SPM (KERTAS 4: UJIAN MENDENGAR) Jawapan

DSKP Tg 5 1.3.2

Audio PETIKAN 1: CERPEN Kata Laluan:
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan. cerpen123

Rakaman 1 Mengapakah kenduri pada zaman dahulu lebih meriah? [2 markah]
SPM 1
Sebulan sebelum kenduri, tuan rumah sudah bersengkang mata.

2 Nyatakan buah tangan yang diterima oleh tetamu semasa kenduri zaman Acik Zara. [1 markah]

i Bunga telur
ii Nasi manis

3 Berikan peribahasa yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. [2 markah]
Pinggan tak retak, nasi tak dingin
08 Kertas Model SPM

Versi Demo
4 Mengapakah orang dahulu melarang kita makan di dalam pinggan yang retak atau sumbing? [2 markah]
Hubungan tidak kekal

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.

5 Berikut merupakan perbezaan kenduri zaman dahulu dengan sekarang yang dinyatakan oleh ibu, kecuali

A zaman sekarang ada duit, kenduri selesai.

B kemeriahan kenduri kahwin sudah mula berubah.

C kenduri zaman sekarang dapat kek cawan, gula-gula dan makanan ringan.

D kenduri dahulu semua lauk dan nasi dihidangkan masih panas kerana baru masak. [1 markah]

Audio PETIKAN 2: UCAPAN

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan ucapan yang diperdengarkan. Bulatkan jawapan yang betul bagi
soalan 1.

Rakaman 1 Ucapan ini disampaikan oleh
SPM 2
A guru Persatuan Bahasa Melayu.
B wakil Persatuan Bahasa Melayu. [1 markah]
C pengerusi Persatuan Bahasa Melayu.
D Ketua Sidang Redaksi Persatuan Bahasa Melayu.

2 Apakah tujuan ucapan itu disampaikan? [2 markah]
Berbincang tentang penerbitan majalah sekolah

3 Nyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan ucapan tersebut. [2 markah]
Bagai aur dengan tebing

4 Unit manakah yang ditugaskan untuk menyediakan jadual untuk mengambil gambar kelas, kelab dan permainan,

unit beruniform serta sebagainya? [1 markah]

Unit fotografi

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.

5 Bahan-bahan penulisan berikut diperlukan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah, kecuali

A sajak. C skrip drama.

B rencana. D cerita pendek. [1 markah]

K10

PETIKAN 3: RENCANA Audio

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan. [2 markah] Rakaman

1 Nyatakan golongan masyarakat yang menjadi topik perbincangan dalam petikan rencana tersebut. SPM 3
Masyarakat desa/ Masyarakat luar bandar

2 Selain memperoleh ilmu, apakah sebab lain yang menyebabkan penduduk luar bandar menginginkan kemudahan

Internet? [2 markah]

Memperoleh pelbagai maklumat

3 Komputer yang dibekalkan oleh kerajaan akan diletakkan di mana? [1 markah]
Balai raya

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 4.

4 Berikut merupakan manfaat yang diperoleh oleh para pelajar dengan adanya kemudahan Internet di kawasan

desa, kecuali

A membuat rujukan.

B menyiapkan kerja kursus.
Versi Demo
C mendapatkan info-info terkini.
08 Kertas Model SPM
D mengadakan kelas secara dalam talian. [1 markah]

5 Apakah peranan yang dimainkan oleh perpustakaan desa kepada penduduk setempat? [1 markah]
Memberikan kemudahan kepada warga desa seperti membaca buku, membuat rujukan dan meminjam bahan

bacaan

PETIKAN 4: BERITA Audio

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan berita yang diperdengarkan. [1 markah] Rakaman

1 Di manakah kursus keusahawanan tersebut berlangsung? SPM 4
Balai Raya Pekan Tunjang

2 Siapakah yang merasmikan kursus tersebut? [2 markah]
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Kubang Pasu

3 Selain kursus penanaman cendawan, apakah kursus lain yang disediakan kepada para peserta? [2 markah]
Kursus pembuatan jus minuman

4 Nyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan berita tersebut. [2 markah]
Usaha itu tangga kejayaan

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5. [1 markah]

5 Antara berikut, pernyataan manakah yang benar?
A Kursus ini diadakan selama dua hari
B Seramai 30 orang peserta menyertai kursus keusahawanan tersebut
C Peserta kursus dibimbing oleh dua orang pegawai yang berpengalaman
D Kursus ini memberikan keutamaan kepada golongan petani yang berpengalaman

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

K11

Oh My Guru Modul | OMG (M) merupakan siri modul pengajaran dan Penulis Myteach
pembelajaran yang ditulis khas berpandukan buku teks keluaran Kementerian
Pendidikan Malaysia. Penulisan modul ini bertujuan untuk mengukuhkan RAMLI YAHYA JUILIS MOKUJAL
dan meningkatkan pemahaman para pelajar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Guru Cemerlang BM Guru Cemerlang BM
Penyediaan modul Bahasa Melayu ini yang mengandungi nota yang ringkas Guru Berprestasi Tinggi Penulis Kreatif
tetapi padat dalam bentuk peta minda berkonsep i-Think dan grafik
diharapkan lebih memudahkan pemahaman para pengguna. Sebagai memenuhi Munsyi Dewan, Anugerah Sastera
keperluan para pelajar, siri ini turut memuatkan praktis berformat SPM Dewan Bahasa & Sabah (Kritikan Sabah)
sebenar berserta jawapan berdasarkan skema pemarkahan SPM terkini. Pustaka
Penghasilan modul ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mempelajari,
memahami, mendalami dan berfikir di luar kotak skop pembelajaran itu sendiri.
Pada akhir sesi PdPc, modul ini akan menjadi buku aktiviti serta rujukan lengkap
sebagai “Guru” dalam menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar.

Hak Cipta
Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan
diterbitkan semula, ditiru atau disiarkan dalam apa jua bentuk dan dengan alat apa pun
sama ada elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Myteach Sdn. Bhd.

Cetakan Pertama 2022 (21.11)
Dicetak di Malaysia oleh:
Percetakan Sentosa Sdn Bhd (42480-X)
223, Seksyen 92, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Ling,
55200 Kuala Lumpur.
Versi Demo AZAHAR BAHARI JASNI MAJED
6 6 6
25 tahun pengalaman Penceramah BM,
OMG Modul OMG Module OMG Modul mengajar Penulisan &
Bahasa Melayu English Matematik Kesusasteraan Melayu
Tingkatan Form Tingkatan Penulis Buku Teks KSSM
12345 12345 12345 BM Tingkatan 3 Menghasilkan lebih
daripada 220 buah
buku rujukan BM &
Kesusasteraan Melayu

6 6 6 NUR ASIAH ZAKARIA SALAMAH KAMAL
Buku ditulis: 5 buah
OMG Modul OMG Modul OMG Modul Penulis tetap Didik
Sains Sejarah Geografi Lebih 18 tahun Berita Harian &
Tingkatan Tingkatan Tingkatan pengalaman mengajar Dewan Pelajar DBP
12345 12345 123
Lebih 33 tahun
6 Modul Mudah pengalaman mengajar

OMG Modul Matematik 6
RBT
Tingkatan (Buku A & Buku A)
123
Tingkatan
12345

Myteach Sdn Bhd (859523A) JUNAIDA IBRAHIM SAFWAN RAZALI 5
Buku ditulis: 120 buah
21, Jalan Puteri 5/18, Bandar Puteri, Edisi Pelajar Buku ditulis: 8 buah
47100 Puchong, Selangor, Malaysia. Semenanjung M’sia : RM12.50 Pengalaman menulis
E-mel: [email protected] Sabah & Sarawak : RM12.90 buku selama lebih Anugerah Perkhidmatan
Laman web: www.myteach360.com 25 tahun Cemerlang, Anugerah
Facebook: facebook.com/myteach360 Khas Pengetua (Guru),
Tel: +6.03.8066.7446 Anugerah Inovasi PDP
Faks: +6.03.8066.4416 MRSM Mukah


Click to View FlipBook Version