The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2021-02-01 23:31:13

EBOOK ONANI_KakKay

EBOOK ONANI_KakKay

PENULIS
Kamalia Kamal
Dr. Najaa
Dr. Redza

HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada mana-mana dari bahagian terbitan ini
boleh diterbitkan semula atau ditukar pada
sebarang bentuk tanpa kebenaran bertulis
daripada penerbit dan penulis terlebih
dahulu.

PENERBIT
Kamalia Kamal
Rumah Pengetua Kolej Kediaman 1
Universiti Sains Islam Malaysia
USIM, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

KENAPA WAJIB

BERPHEOEPLNE TI

ONANI?

Mengungkap Rahsia kesan buruk yang

0 1Merosakkan Kesihatan & PENYELESAIANNYA
MENURUT Islam

Lifestyle magazines cover a wide range of topics and issues, such as
entthearttawinhmicehn rte,lhaeteaslthto, mmoetno,rwinogm, feono,dt,e reencargeeartsio,nf,aasnhdiogna, rmduesniicn,g. 

adakah ia sebenarnya perkara yang
betul atau salah?

kenapa kini terlalu ramai yang
mengalami masalah kesihatan
berkaitan dengan seks?

adakah ianya pembunuh perlahan
(silent killer) pada kesihatan
dan perhubungan?



PENULIS





KATA PENGANTAR

Majoriti yang follow saya di instagram adalah budak
sekolah rendah dan menengah. Mereka ikuti saya
selepas bersama dalam siri ceramah yang dianjurkan
oleh pihak sekolah.

Di twitter pula, majoriti yang follow saya lelaki serta
wanita bujang. Kebanyakan mereka belum lagi
berkahwin. Ada yang masih menuntut di universiti
serta ada yang sudah bekerja.

Lain pula ceritanya di facebook. Masing-masing
sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata.

Di instagram, setiap kali saya buka sesi Q&A,
berpuluh soalan yang ditanya berkaitan onani dan
pornografi. Bukan sekadar budak sekolah menengah,
bahkan pelajar sekolah rendah yang baru darjah 4
berkongsi kisahnya!

"Bang, saya dah keluar air mani lepas tengok porn.
Saya dah akil baligh ke?"

"Bang, boleh bagi tips nak berhenti porn dan
melancap tak?"

"Bang, apa keburukan onani ya?"

"Bang, apa dia kesan ketagihan porn ya?"

Tuan puan bayangkan, jika 100 orang yang bertanya
soalan, 80 soalan pasti berkisar tentang porn dan
onani!

Bagaimana pula di twitter? Lambakan DM yang saya
terima!

"Tunang saya ketagih porn. Dia juga bagi tahu tengah
struggle berhenti melancap. Boleh tak Akhi bagi tips
untuk saya sampaikan kepada beliau."

"Akhi, saya dah terjebak dengan PMO (porn
masturbate orgasm) ni sejak sekolah rendah lagi.
Sekarang saya dah berusia 24 tahun. Setiap kali saya
cuba nak berhenti, saya gagal. Rasa diri ni tak guna
betul! Ada tu sampai rasa nak bunuh diri!"

"Saya sekarang tengah cuba berhenti tengok porn
dan onani. Tapi itulah Akhi, kat media sosial ni
banyak gambar dan video yang buatkan saya cepat
trigger. Akhirnya, saya tumpas! Saya kembali masuk
dalam ketagihan itu. Tolong bantu saya Akhi!!!"

Facebook?

"Anak saya kantoi tengok porn tuan. Saya check
history, macam-macam webporn yang dia layari.
Saya sedih sangat. Rasa gagal jadi mak yang terbaik
buat anak."

"Anak saya berumur 6 tahun. Lelaki. Lately ni, kerap
sangat dia sentuh bahagian kemaluan. Tu tahan lagi,
tapi yang buatkan saya syak sesuatu, bila dia
gosokkan kemaluan pakai tangan. Gayanya tu
macam tengah beronani. Tolong saya tuan! Apa yang
saya kena buat? Saya buntu! Saya takut!"

"Tuan, suami saya kantoi tengok porn!"

"Tuan, saya belajar tengok porn sebab suami saya
ajar."

"Tuan, anak saya terjebak dengan porn sebab bekas
suami saya yang ajar anak saya."

"Tuan, kenapa ya orang lelaki yang dah berkahwin
tetap tengok porn? Ada sekali tu, pasangan saya
kantoi melancap. Saya tak tahu nak buat macam
mana. Salah saya ke sebagai seorang isteri? Kenapa
dia tak lepaskan nafsunya kepada saya? Suami saya
tu bertanggungjawab tuan. Solat tak tinggal. Ulang
alik ke masjid setiap hari. Bantu saya Tuan."

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Ada ketika saya menghela nafas panjang saat
membaca kisah serta pertanyaan mereka ini. Tenat
betul masyarakat kita. Ketahuilah yang onani ini salah
satu acting out kepada ketagihan pornografi!

Pornografi ini juga yang mendorong seseorang
individu memandang individu yang lain dengan
pandangan seksual semata-mata, menjurus kepada
jenayah cabul, rogol, liwat, seks luar tabie, kehendak
seksual yang melampau, paraphilia dan lain-lain.

Sebelum hal yang disebutkan di atas berlaku, amat
penting untuk kanak-kanak, remaja, mahasiswa, lelaki
wanita bujang, orang dewasa, suami isteri serta yang
berusia memahami apa itu pendidikan seksualiti yang
sebenar.

Kognitif (akal) antara elemen yang terpenting dalam
pendidikan seksualiti. Jika bahagian ini rosak, maka
rosaklah pemikiran serta tindakan individu berkenaan.

Malangnya dalam masyarakat kita, hal-hal seksual
dipandang taboo dan tertutup. Sedangkan topik ini
mahu mendidik manusia untuk menghargai tubuh
badan, faham fungsi kemaluan, menjaga kehormatan
diri, menjauhi zina, kembali kepada fitrah yang Tuhan
tetapkan.

Akhirnya, seks itu difahami dan dipelajari dari video
lucah! Maka, bermulalah kerosakan dalam diri
manusia itu sendiri!

Normalisasi kelucahan!
Rape jokes!
Double meaning!

Cabul!
Rogol!
Liwat!
Sumbang mahram!
Ketagihan porn!
Ketagihan onani!
Pedofilia!
STOP!!

Mari ubah semua ini!

Saya amat berharap kehadiran ebook ini memberi
sinar baru kepada mereka yang sedang berjuang
melawan nafsu diri!

Kemaluan itu Allah yang ciptakan. Mata itu Allah yang
beri. Tangan itu menemani diri sejak di dalam rahim
ibu lagi. Akal itu adalah organ yang mengawal
tindakan kita.

Jangan rosakkan ia dengan pornografi dan onani!

"Demi diri (nafsu) manusia dan Yang
menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
yang sesuai dengan keadaannya); Serta
mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan yang
membawanya kepada bertaqwa;

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan
dirinya (nafsunya) - yang sedia bersih - bertambah-
tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya (nafsunya) - yang sedia bersih - itu susut dan
terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran
maksiat)."

Surah Al-Shams (7-10)

Saudaramu,

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Penulis Ebook Formula Mudahnya Mengajar
Pendidikan Seksualiti Kepada Anak Sendiri

INILAH dia, salah satu yang paling kuat, bernafsu
tanpa batasan dan antara yang paling merosakkan
dari semua yang ada di alam semesta.

Ianya adalah satu keinginan yang tidak
berkesudahan, namun tetap datang menghantui hidup
dan mungkin untuk selama-lamanya.

Tak kira berapa banyak onani yang seseorang
lakukan setiap hari dan waktu sehingga satu masa
nanti badan akan menjadi lemah tiada harapan,
seperti sebiji buah yang buruk dimana hanya tinggal
sisa buah yang tak lagi berguna tapi nafsu seks akan
terus berkembang.

Satu soalan yang penting adalah kenapa kita mesti
menjadi boneka seks? Adakah kita memang suka
dikawal olehnya? Tahukah kita apakah kerosakan
yang akan berlaku bila berterusan dalam keadaan
begini?

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 1

PENGENALAN

Apa itu
onani?

Secara amnya bermaksud merangsang organ genital
yang biasanya dilakukan dengan menggosok atau
memasukkan sesuatu objek. Bila mencapai ke puncak
sensasi atau nikmat ia akan berakhir dengan ejakulasi
iaitu orgasme.

Umur berapa
biasanya ia
bermula?

Mengikut data, remaja berusia dari usia 11-13 tahun telah
mula terdedah dengan pornografi yang seterusnya
membawa kepada onani.

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 2

Sehingga usia berapa
onani biasa dilakukan?

Ada yang melakukannya sehingga berkahwin dan ada
yang sehingga usia tua. Ada juga yang takkan berhenti
sehinggalah mencapai tempoh tiada lagi penghasilan
air mani di dalam badan.

Adtiadkaakhboanika?ni

Ia bukan hanya tidak baik untuk kesihatan tetapi
mempunyai semua kesan yang buruk pada emosi dan
seluruh kehidupan.

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 3

deAnagpsteaaaknusbehsizsuutaaebrmoui?innagnain

Hubungan seks dengan pasangan halal adalah tentang
sebuah perkongsian, penyatuan dan bertukar tenaga
sensasi antara satu sama lain. Konsepnya kita saling
memberi dan menerima.

Onani pula boleh dikatakan sebagai suatu pembaziran,
merosakkan dan membuang segala jenis tenaga.

mTaepniyoernoannoiknkian

Ramai yang rasa ia menyeronokkan dan asyik khayal
dalam dunia sendiri. Tapi ia tidak datang dengan percuma.
Setiap perkara yang kita buat ada kos yang kita perlu
tanggung kalau bukan hari ini, pasti satu hari nanti (long
term & short term effect), terutamanya kesan buruk pada
agamanya.

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 4

Mengapa selalu muncul
rasa bersalah setelah onani?

Sebenarnya, fitrah/sifat semulajadi kita memang tidak
menerima perbuatan tersebut, tetapi apabila kita
mencubanya, kita dapat merasai seronokan. Walaupun
begitu, jauh di sudut hati kita tetap menolak perbuatan
tersebut.

Salah satu sebab yang membuatkan kita rasa bersalah
pada diri adalah kerana kita sedar yang kita sedang
membazirkan masa dan tenaga sehingga melemahkan
badan dan fikiran hanya kerana untuk sebuah
kegembiraan yang tidak terkawal.

Beberapa sebab lain adalah kerana agama dan budaya
kita yang melarang keras. Kita juga tahu sedang berbuat
dosa besar. Kita sedar bermain dengan alat kelamin
sendiri adalah perkara yang langsung tidak masuk akal.

Atas sebab itulah perkahwinan itu wujud. Ia akan
melengkapkan dan memenuhi satu sama lain dalam
setiap perkara.

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 5

PUNCA ONANI
[ YANG DI KETAHUI UMUM ]

1 Banyak tengok video lucah. ‘Smartphone’ yang
diberi disalah guna dengan melayari laman
sesawang tak senonoh.

Pengaruh rakan yang sudah terdedah kepada
2 bahan pornografi dan perbuatan onani.

Pengaruh rancangan televisyen barat dan
3 media atas talian. Sekarang ni banyak

rancangan yang ada unsur seks dari barat dan
terlalu senang untuk mendapat akses.

4 Ada yang beralasan onani adalah alternatif
seks kerana belum mampu untuk berkahwin.

5 Ada juga yang beralasan mahu mengelak
perbuatan maksiat dan zina.

Tak dinafikan juga kurangnya pendedahan dan
6 kesedaran seksual menyebabkan ramai remaja

tak tahu menahu kesan negatif dan akibat

buruk dari gejala ini.

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 6



Terlalu ramai sebenarnya adik-adik remaja
hingga ke peringkat dewasa datang meluah
dan berkongsi cerita dengan kak Kay
tentang ketagihan onani ni.

Ianya sangat menakutkan.

Kenapa kalian perlu segera berhenti dan
ubati ketagihan onani ini?

Kak Kay akan kongsikan disini beberapa
kes yang datang pada Kak Kay secara
online dan offline.

Harap kalian baca dan memahami efek
pada diri di masa akan datang. Seronok
sekejap tapi kesannya ke akhir hayat.

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 7

CAUTION

Kisah real case yang bakal dikongsi di bawah ini
mengandungi perkataan atau ayat yang berbaur
seksual namun telah ditapis dengan sehabis baik
agar ia tidak menimbulkan berahi kepada para
pembaca.

Namun begitu, jika anda tidak sanggup
membacanya bolehlah terus skip ke chapter
seterusnya iaitu chapter dari sudut medikal atau
rohani.

Girl: Saya terangsang serta rasa tak 1
selesa bila berhadapan dengan
mana-mana lelaki pada jarak dekat.

Pernafasan tidak menentu, saya cuba nak kawal
tapi selalu gagal. Walaupun hanya terbau minyak
wangi lelaki, saya dah mula merasakan
perubahan.

Tak kiralah boyfriend kawan baik saya atau
kawan adik lelaki saya, mesti saya akan tidak
keruan secara tiba-tiba.

Ada satu masa tu, adik lelaki keluar tandas hanya
bertuala, saya terus masuk bilik dan melakukan
perbuatan terkutuk ini. Saya lemas keadaan
camni!

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 8

Boy: Saya terlalu mudah 2
membayangkan perlakuan seperti
dalam video tak senonoh di mana-
mana saya pergi. Jika ternampak
pasangan lain jantina perwatakan
menarik atau tidak, berlitup atau
tidak, pasti memberikan kesan
kepada saya.

Lagi parah bila bersama keluarga, iblis sengaja
membiarkan saya seperti mind travel ke arah
sumbang mahram yang terkutuk itu. Ya Allah,
saya tahu berdosa tapi bila terlintas hal begini,
saya betul-betul tak boleh kontrol emosi dan diri
lalu terjebak dalam onani. Sangat sangat terseksa
begini.

Waktu belajar di uni saya memang elak untuk
jumpa berlainan jantina kerana takut mereka
nampak kelemahan saya. Jika ada kawan yang
berkata-kata lembut, kepala saya terus terfikir ke
arah 'itu'. Level kesihatan mental saya sangat
lemah hingga pernah over thinking ke arah yang
bukan-bukan bersama orang yang mengajar saya
dalam kelas.

Pelajaran saya drop teruk! Saya dah hilang arah
tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Tolong
saya kak Kay!

BERHENTI ONANI - 40 Teknik Pujuk Hati Yang Mati 9

Boy: Saya datang dari keluarga yang 3
tidaklah terlalu alim tapi kami selalu
solat jemaah. Sejak masuk uni,
kawan-kawan ajak saya tengok
cerita tak senonoh.

Mula-mula tu saya tak hairan sangat tapi lama-
lama rakan sebilik mula melampaui batas
melakukan onani secara terbuka. Hal ini
berlanjutan hingga wujudnya movie night di dorm
kami. Bila diingat semula, memang dah macam
orang kafir pun ada kami ni.

Saya tahu benda ni salah, tapi susahnya lah nak
ubah. Sejak tengok visual tak senonoh ni, saya
dah mula tak bangun subuh.

Waktu cuti semester ayah dan ma tegur sebab
nampak saya susah solat. Saya bukan tak nak
solat tapi entah kenapa memang rasa susah nak
buat.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 10

Saya rasa jijik dengan diri sendiri, lepas solat
tengok visual tak senonoh lagi, onani lagi, kami
satu bilik ni memang dah tak segan langsung nak
beronani beramai-ramai.

Waktu bulan puasa pun kawan saya masih bawa
visual tak senonoh baru. Saya tahu saya berdosa,
tapi badan dan hati saya masih tetap tak nak
solat. Apa dah jadi dengan saya ni kak Kay,
tolonglah saya.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 11

Girl: Saya ikuti kelas KKDI kak Kay, 4
Dr Najaa beri banyak nasihat untuk
zikir setiap hari. Saya cuba buat tapi
hati saya rasa kosong sangat.

Saya buka Quran tapi saya tutup balik. Rasa
kosong betul. Saya cuba lagi zikir sudahnya saya
baling tasbih tu. Astaghfirullah, saya tak tahu dah
kenapa dengan saya ni kak.

Akak cakap, kalau baca buku Move On tu, mesti
buat orang menangis. Eh kenapa saya tak
menangis langsung?

Saya baca satu persatu helaian langsung tak ada
rasa apa-apa. Saya dah banyak kali cuba zikir,
cuba baca quran, semuanya kosong. Macam tak
perlu pun buat semua ni.

Saya tahu something need to be done tapi saya
dah buntu ni kak Kay, tolonglah saya. Dulu saya
rajin join usrah, suka pergi majlis zikir, suka ikut
ibu pergi surau, tapi sekarang ni saya tak ada
perasaan langsung dah.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 12

Girl: Saya akui saya ni budak bijak. 5
SPM saya dapat straight A. Di Uni
pula pointer saya setiap semester
melepasi 3.0.

Tapi final year saya hampir gagal. Semuanya
bermula bila boyfriend ajak saya tengok soft visual
tak senonoh.

Kemudian dia perkenalkan saya pulak dengan
visual tak senonoh barat. Dari setakat gelak-gelak
bila menonton, dia dah mula ajar saya cara
memuaskan diri sendiri. Masa ni dia belikan
banyak jenis alatan external untuk saya.

Dalam tempoh satu semester tu saya jumpa
boyfriend setiap malam. Kami tak berzina tapi dia
puaskan saya dan begitu juga sebaliknya. Kami
akan buka tonton visual tak senonoh dalam kereta
sambil onani.

Saya takut kak, bila saya banyak baca dalam
Instagram kak Kay mengenai zina, saya jadi takut
kesan yang akan jadi pada saya akan datang.
Tolong saya kak.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 13

Girl: Masa kecil dulu selalu nampak 6
ibu dan ayah tengok video tak
senonoh di bilik mereka. Saya selalu
intai. Lama-lama saya dah pandai
cari sendiri laman web yang ada
visual tak senonoh ni.

Bila dah selalu tengok pekara tak senonoh ni, nak
tak nak pasti membawa saya ke onani. Dari darjah
6 hingga masuk uni saya tidak boleh berhenti,
lama kan?

Cuma waktu di uni saya duduk sebilik dengan
kawan yang alim. Dia selalu solat dan baca quran.
Saya malu dan takut kalau terkantoi dengan
perlakuan onani ini.

Walaupun dia tidur di katil bawah dan saya di katil
atas, dia kerap bangun malam setiap 2 ke 3 jam
untuk solat.

Saya terpaksa tahan diri saya. Lebih 3 bulan tak
onani, dan saya dah disahkan ada depression
oleh psikiatri.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 14

Girl: Saya wajib onani sekali setiap 7
hari walaupun waktu saya period.
Sejak masuk sekolah asrama ni,
saya risau betul kalau terkantoi
dengan kawan-kawan sekolah.

Dah banyak kali saya terpaksa lari asingkan diri
saya ke tandas jika ada rasa terangsang berlaku
dan takutnya lah kalau kawan-kawan tahu. Mesti
malu besar saya nanti.

Saya kena cepat rawat ketagihan saya ni. Tolong
saya kak. Sekarang makin mudarat, saya dah tak
kisah dah selalu hilang kawalan emosi, saya akan
cuba sedaya upaya untuk gunakan apa saja yang
ada di sekeliling untuk lepaskan rangsangan saya
ini, saya sendiri sedih dengan diri saya, sangat
lemas dan jijik, tolong saya kak!

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 15

Girl: Pernah sekali tu laptop saya 8
rosak. Bawa ke kedai untuk repair
terus abang kedai tu nampak semua
visual tak senonoh koleksi saya.

Malu yang amat!

Bila dia tanya boleh buang ke tak 'benda' ni? Saya
sendiri teragak-agak untuk jawab soalan abang
kedai tu. Teruk sangat kan saya?

Saya rasa saya dah ketagih la kak. Abang kedai tu
cakap “bayangkan kalau kantoi dengan mak ayah
kau dik. Hancur luluh hati mereka tengok kau
camni."

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 16

Girl: Sejak sekolah menengah saya 9
dah tahu apa itu onani sebab kawan
bagi saya tengok cerita tak senonoh.
Dari tengok aje, lama-lama diorang
ajar macam mana nak puaskan diri
sendiri.

Sekarang umur saya dah nak masuk 25, saya
mesti kena onani sebelum tidur. Kalau tak buat
memang tak boleh tidur. Nasib baik saya tidur
sorang.

Waktu period pun saya akan terangsang juga.
Setiap kali bergelumang dengan dosa ini, pasti
saya akan terbayang seperti saya juga pelakon
dalam cerita tak senonoh tersebut.

Macam mana saya nak buat ni kak?

Pernah juga saya cuba ambil pil tidur untuk elak,
tapi tetaplah saya rasa perlu onani juga!

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 17

Girl: Saya tak tahu saya ni normal ke 10
tak. Umur saya sekarang 16 tahun,
kawan saya ajar saya tengok video
tak senonoh ni masa kami tingkatan
3.

Waktu tu saya sleepover rumah dia. Dari situ dia
beri saya pinjam alatan external kakak dia.
Katanya, benda tu boleh berikan kepuasan.

Sejak hari tu, saya memang selalu tidur rumah
dia. Kami sama-sama onani dalam cadar selimut
yang sama.

Tahap ketagihan kami ni agak kronik ke? sebab
mesti lakukan onani hingga 3 kali setiap hari.

Waktu di sekolah saya akan curi masuk ke tandas
dan onani. Mesti 3 kali sehari. Apa saya nak buat
ni?

Dah setahun lebih begini. Saya dah mula rasa tak
best gini kak. Tolong saya kak!

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 18

11

Girl: Saya cuba nak atasi masalah
onani saya ni dengan bercerita pada
bos saya. Dia ni lelaki.

Tak sangka dia whatsapp saya dari bilik dia yang
betul-betul sebelah saya dan ajak buat phone s**.

Saya nak tolak tapi saya rasa macam nak cuba.
Itulah pertama kali saya buat phone s** sambil
onani dan bos saya juga buat onani di bilik dia.

Saya rasa keji sangat dan sedih dengan diri saya
sendiri. Saya takut kak.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 19

Girl: Saya baru masuk belajar uni 12
tahun lepas. Dan saya dah
bercouple dengan lebih dari 10
lelaki. Semuanya tak tahan lama
sebab saya yang putuskan
hubungan.

Memang saya ajar mereka onanikan saya.

Kami memang dah ringan-ringan dan saya akan
putuskan secara tiba-tiba sebab saya takut jadi
zina.

Tapi semua yang diorang buat tu, saya yang ajar.
Kiranya saya ni dah ketagih onani ke kak?

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 20

Girl: Kalau tak onani saya akan 13
badmood. Rasa nak marah pada
semua orang di sekeliling. Saya
akan rasa sangat mudah sentap dah
cepat terasa.

Kalau balik rumah, lagilah susah nak onani sebab
bilik saya ada 4 orang adik yang lain. Buat sepah
sikit je pun saya dah lempang muka mereka.

Mak cakap saya macam kena rasuk bila marah.
Lepas onani terus saya lega dan bertenang.
Hilang terus rasa marah-marah tadi. Saya
menangis masa saya taip ni. Tolonglah kak.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 21



1 Isteri: Saya tak tahu kenapa tapi
saya tak sukalah nak bersama
dengan suami. Entahlah kenapa.

Tiap kali dia minta, saya tak rasa nak pun. Kalau
dia tak minta, lagilah saya rasa tak nak. Macam
tiada nafsu dah dengan dia. Pelik, ini kesan dari
saya onani ke?

Saya jadi tak kisah pun kalau dia tak sentuh saya,
hari-hari saya boleh onani je untuk puaskan diri
sendiri.

2 Isteri: Sedih sangat kak! Suami kat
sebelah saya tapi selamba aje dia
buat onani sambil tengok benda tak
senonoh tu.

Saya tak tahu nak buat apa. Bila saya kata nak
tolong ke, dia kata takyah, nak setel dah ni. Saya
sedih sebab saya ni kat sebelah dia je kak. Buruk
sangat ke saya ni? Doktor cakap saya nak masuk
depression dah dan tak boleh tidur malam, apa
saya nak kena buat ni kak….

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 22

3 Isteri: Tak pernahlah saya dapat
rasa puas dengan suami. Dia tu
lepas klimaks terus tak boleh buat
apa dah.

Saya memang tak pernah klimaks kalau dengan
dia. Ada juga dia ambik pil tahan lama, gi gym
pakai minyak semua. Lama mana pun bersama
dengan dia saya tetap tak puas. Sekarang ni saya
atau dia yang bermasalah?

Isteri: Buat sendiri lagi best kak. Dah

4 dekat 16 tahun kahwin ni lagi
seronok kalau buat sendiri.

Dia nak outstation ke apa saya memang tak heran
langsung. Saya boleh puaskan hati saya sendiri.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 23

Isteri: Kalau nak bersama je, dia

5 mesti kena tengok cerita tak
senonoh dulu.

Saya rasa jijik gila tengok cerita macam tu. Macam
dah tak berguna saya ni untuk dia. Rasa macam
nak operate je badan saya macam orang dalam
aksi tak senonoh tu. Masa bersama pun dia kena
tengok aksi perempuan yang p******a besar tu kak.
Sakit gila hati saya ni!

Isteri: Doktor kata sperma suami

6 saya tidak berkualiti sebab suami
selalu buat onani masa tengok
benda tak senonoh. Saya nak kena
buat macam mana lagi?

Patutlah kami ni tak dapat anak. Selalu saya
cakap jomlah bersama hari-hari pun saya sanggup
tapi dia tak nak. Dia sanggup pegang tangan
sebelah dan onani sebelah. Saya dah benci nak
tidur dengan suami sekarang, saya tidur luar je
dengan anak-anak kak.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 24

7 Isteri: Saya perasan saya ni lambat
puaslah kak.

Last week masa bersama, suami cuba
merangsangkan saya lebih sejam setengah baru
saya puas. Dia dah mula komplen.

Lepas dia bersama dengan saya dan klimaks,
saya minta suami puaskan lagi sekali dan dia dah
mula tarik muka. Saya ni tak normal ke tidak kak?

Isteri: Kalau tak bayangkan aksi tak

8 senonoh waktu bersama memang
saya takkan lega. Saya terpaksa
bayangkan adegan dalam video tu
untuk pastikan saya cepat puas.

kalau tak memang lamalah suami nak berikan
saya rasa puas. Letih kak gini!

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 25

9 Isteri: Suami setiap malam mesti
onani dulu. kalau tak buat nanti
memang dia takkan boleh tidur.

Mula-mula tu memang saya takut tengok jadi saya
cuba nak bantu. Tapi dia kata tak payah. Jadi
sekarang saya biar je lah.

Kami bersama cuma 2 kali saja sebulan tapi dia
onani setiap malam sebelum tidur.

10 Isteri: Suami dah mula down dengan
saya. Katanya macam dia tak
jalankan tanggungjawab pula bila
tengok saya onani selalu.

Saya memang tak boleh puas ketika bersama
dengan dia so saya beli je alatan tambahan. Saya
pun dah give up dengan diri saya sendiri. Saya
tahu berdosa besar tapi susah berhenti. Apa saya
perlu buat ni kak?

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 26

11 Isteri: Saya tak ketagih seks tapi
rasanya saya ni ketagihkan onani.

Suami tak bersama pun tak mengapa, janji dia
tolong onanikan saya. Suami dah makin bosan
dengan saya agaknya sebab dia asyik kata seks
ni bosan. What should I do kak?

Isteri: Nafsu saya memang tinggi bila

12 tengok suami orang kak. Lagi-lagi
yang badan tegap macam dalam
cerita tak senonoh tu.

Saya memang dah tak tengok lagi sekarang ni tapi
dia macam ada rakaman dalam kepala saya.

Setiap kali saya nampak suami orang atau orang
muda yang badan tegap memang tak tentu arah
jadinya saya ni, rasa macam nak suruh bersama
je sekarang. Saya sendiri risau dengan diri saya.
Suami saya baik sangat, tolong saya kak.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 27

Bapa: Anak saya dah kantoikan saya
kak. Dia repair phone saya ni, lepas

13 tu dia ternampak banyak video tak
senonoh dalam ni. Dia bagitahu
mama dia dan saya malu dah nak
jumpa anak saya sekarang.

Isteri: Saya memang langgan Netflix

14 dan ambil website khas untuk tengok
visual tak senonoh setiap malam.

Saya tak tahu kenapa tapi tangan dan jari saya
semua automatik je akan taip dan tengok kisah tak
senonoh ni. Saya suka kunci pintu dan anak-anak
memang saya tak layan sangatlah.

Selalu dalam bilik, kalau keluarga saya datang
pun saya lebih suka menyendiri je kak.

Saya nak ubah, saya tahu saya kena ubah. Anak
anak dah makin besar dan makin jauh dari saya,

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 28

Isteri: Saya selalu menangis bila

15 suami penat tak nak bersama. Kalau
boleh tiap hari saya nak suami
bersama. Tapi suami kata dia tak
larat.

Saya tak nak onani sebab saya nak suami penuhi
nafsu saya. Tapi dia tak nak pulak. Saya ni normal
ke tidak?

Isteri: Suami saya suka bersama

16 dengan cara menderalah kak Kay.
Dia suka tunjuk kat saya video s**
yang ganas, saya takut sangat.

Tiap kali nak bersama, suami akan suruh saya
buat aksi macam dalam video.

Dah banyak kali saya nangis. Sakit. Lagi saya
nangis lagi dia bernafsu. Apa saya nak buat ni
kakkkkk!

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 29

Isteri: Suami minta saya buat aksi

17 macam dalam video tak senonoh tu.

Geli kak! Tiap kali bersama kalau tak buat aksi
macam dalam video tu, mesti dia tak boleh
bersama!

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 30



DARI SUDUT MEDIKAL

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 31


Click to View FlipBook Version