The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2021-02-01 23:31:13

EBOOK ONANI_KakKay

EBOOK ONANI_KakKay

Saya ringkaskan dengan bahasa yang mudah
untuk kita semua faham ya.

Di bahagian atas badan kita ada satu
1 makhluk yang Allah ciptakan yang diberi

nama VTA.

VTA berfungsi untuk menguruskan rasa
2 KEPUASAN setiap individu di mukabumi ini.

Sewaktu proses mencapai kepuasan,
hormon dopamin akan wujud.

Ini adalah hormon yang buatkan kita rasa
3 gembira dan seronok membuat sesuatu

pekara atau tindakan.

4 Jika VTA di "abuse" iaitu dirosakkan,
dikhianat, disalahguna, ditekan, dihenyak,
ia akan perlahan-lahan menjadi tidak
sensitif.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 32

Bermakna, VTA tidak akan mudah
4 mencapai kepuasan dalam satu-satu

tindakan yang kita buat. Ia mahukan
tindakan yang lebih untuk capai kepuasan.

Contoh, bila kita makan 1 kentang goreng, mula-
mula kita rasa puas. Tapi makin lama kita akan
membina habit untuk sentiasa makan kentang
goreng.

VTA tidak akan mengatakan yang 1 kentang itu
akan buatkan kita kenyang dan cukup tapi bila kita
makan satu paket kentang (lebih kurang 30
kentang goreng) baru akan membuatkan kita rasa
kenyang, cukup dan puas.

Begitu juga dengan porn. Jika kita melihat hanya
satu minit waktu pertama kali, kali kedua kita perlu
melihatnya 2 minit pula untuk capai kepuasan yang
sama seperi di awal tadi. Kemudian bertambah ke
3 minit lalu ketagih menjadi 3 jam yang akhirnya
kita bertindak untuk masturbate pula.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 33

Semua ini berlaku kerana VTA telah di abuse lalu
menjadi immune, selesa dan sentiasa ketagih
mahukan lebih untuk mencapai satu-satu kepuasan
itu.

Kepuasan dalam ukuran medikal adalah
5 bila mana kita mula mencapai fasa tenang :

Blood Pressure menurun
Heart rate rendah
Pernafasan perlahan dan terkawal

Kepuasan diterjemahkan dengan tindakan
6 atau respon. Ada dua respon yang akan

berlaku iaitu positif dan negatif. kedua-
duanya adalah terjemahan kepuasan pada
diri individu tersebut.

Contoh kepuasan negatif - Membuat vandalisma
dengan merosakkan tangga di LRT. Individu
tersebut berasa sangat puas, sangat kuat dan
hebat bila dirinya berjaya mematahkan semua
tangga besi di LRT tadi.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 34

Contoh kepuasan positif - Belajar dengan
bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat
keputusan yang bagus dalam peperiksaan amat
membuatkan individu itu rasa seperti puas, lapang,
tenang, gembira dan menangis kepuasan.

Antara perkara yang boleh 'abuse' VTA
7 adalah dengan melihat pornografi. Ia akan

buatkan VTA semakin ketagih lalu
menterjemahkan ia kepada tindakan atau
respon negatif seperti :

Zina
Masturbate
Seks
Mind travelling movie dan banyak lagi.

Paling banyak kesan VTA kepada lelaki
8 berkahwin
adalah sukar untuk

mendapatkan zakar yang keras, otot pula

akan semakin melemah, tak boleh tegak

lama dan ada juga kes yang langsung tak

boleh tegak.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 35

Untuk wanita, klitoris semakin tidak sensitif yang
akan membuatkan rasa bosan meningkat dalam
hubungan seks nanti.

Sepanjang proses mencapai kepuasan,
9 hormon dopamin mula wujud dan selepas

puas, hormon ini akan berganda-ganda lagi
banyaknya.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 36.1

KESAN

Death Grip Syndrome

- Situasi di mana kemaluan lelaki tidak dapat
mencapai klimaks akibat terlalu kerap membuat
onani secara agresif. Tekanan kuat yang diberi
ketika beronani membuatkan saraf pada kemaluan
jadi kurang sensitif (Desensitization of penile
nerves / saraf makin tak sensitif).

- Untuk mencapai kepuasan-klimaks, dia perlukan
genggaman atau pergerakan yang kuat, lebih ketat
dan kasar.

- Kesan dari genggaman zakar yang terlampau
kuat dan penggunaan sex toys yang melampau
semasa masturbate menyebabkan:

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 36.2

Aspek fizikal:

1. Susah untuk ejaculate
2. Kemaluan lembik dan tak dapat untuk ejaculate
(retardation)
3. Menyebabkan jangkitan dan iritasi pada
bahagian kelamin apabila terlalu kerap
menggunakan krim atau losyen yang mempunyai
banyak bahan kimia.

Aspek emosi:

1. Sentiasa risau akan prestasi semasa bersama
pasangan
2. Hilang rasa kelakian
3. Merasakan isteri tak dapat kepuasan
4. Melemahkan keyakinan diri dan jadi malu
dengan diri sendiri.
5. Ketagihan yang menyebabkan rutin seharian
terganggu.
6. Isteri berasa dirinya tak sempurna untuk
memuaskan keinginan seksual suami.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 36.3



Paling jelas di sini ialah kita perlu tahu cara
mengawal VTA dengan baik supaya ia boleh
mencapai kepuasan dengan seminima mana
tindakan pun yang kita lakukan.

Disebabkan dopamin wujud sewaktu proses
mencapai kepuasan berlaku, kita mempunyai
pilihan untuk menukar nilai dopamin tadi dengan
perkara atau tindakan yang lain tapi tetap memberi
kepuasan yang sama pada diri.

Dopamin adalah ibarat hormon gembira. Bila kita
lihat porn, kita gembira dan VTA akan mula
arahkan untuk kita lihat lebih dan lebih lagi untuk
mencapai kepuasan maksima setiap kali.

Sekarang kita hanya perlu tukarkan aktiviti melihat
porn dengan sesuatu yang lain yang mana ianya
masih boleh menghasilkan dopamin dan
memberikan kepuasan yang sama dengan di akhir
aktiviti melihat porn tadi.

Ini adalah antara cara rawat ketagihan porn yang
akan kita bincangkan di mukasurat seterusnya.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 37

10 Cara Atau Tindakan Yang Boleh Dilakukan
Untuk Merawat Ketagihan:

Makan Coklat
1 Ia mengandungi sejumlah kecil sebatian

yang disebut phenylethylamine yang
bertindak seperti amfetamin iaitu
merangsang sel otak anda untuk
melepaskan dopamin.

Berhenti Internet
2 Banyak website atau apps yang memancing

ke arah porn. Jadi apa pun alasannya
cubalah untuk tutup phone/komputer secara
paksa. Ia juga dapat merehatkan minda dan
tubuh.

Berhenti 'Abuse' VTA
3 Belajar untuk membuat tindakan drastik

dengan menjauhkan diri dari segala yang
berkaitan dengan porn.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 38

Berjumpa Kaunselor, Psikiatri & Agensi
4 Professional

Meluahkan masalah yang dihadapi dapat
membawa kelegaan dan meningkatkan
hormon dopamin.

Mencipta hobi baru yang
5 menyeronokkan

VTA akan mendapat ketagihan baru yang

baik dari kepuasan hobi yang baik. Berhati-

hati dengan hobi yang mencapai kepuasan

negatif seperti berjudi atau mencuri. Ia

membawa kepuasan tapi ianya adalah hobi

yang bakal membawa banyak kemudaratan

dalam kehidupan kita.

Dapatkan dopamin dari pasangan
6 Latih diri dan pasangan untuk berikan

banyak penghargaan dan pujian.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 39

Paksa diri untuk memahami
7 Dengan mengetahui bagaimana organ

badan berfungsi, apa itu hormon dan cuba
memahami segala yang berlaku dalam
badan kita secara mendalam akan memberi
kesedaran dan kesan kepada mindset kita.

Fokus pada 'stand up comedy'
8 Atau cerita kelakar yang membolehkan kita

gelak hingga puas.

Mandi Ais
9 Menurut penyelidik rendaman pada suhu

14°C boleh meningkatkan kepekatan
plasma noradrenalin dan dopamin
sebanyak 530%.

Aktiviti Ketuhanan
10 Perasaan berhubung dengan tuhan dapat

membantu untuk menstabilkan mental,
menenangkan otak dan memberi perasaan
puas dalam diri.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 40



DARI SUDUT ROHANI

PERINGKAT AWAL

[SEBELUM KETAGIHAN BERMULA]

Fasa 1

Mula-mula mata terdedah dengan visual tak
senonoh, jika ada agama dia akan rasa bersalah
dan berdosa.

Fasa 2

Kemudian diulang banyak kali. Jika beragama, dia
tetap berasa berdosa dan bertaubat tapi tetap buat
sebab seronok. Macam orang makan cili, niat nak
berhenti tapi sedapnya tak habis, alang-alang seluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Fasa 3

Apabila mata terbiasa melihat visual tak senonoh,
maka perasaan berdosa makin kurang berbanding
masa awal menonton dulu. Perasaan ingin melihat
makin meningkat dan tidak boleh dikawal lagi.
Pantang ada masa luang, akan cuba mengisinya
dengan melihat visual tak senonoh hingga terjebak
dengan onani dan lagi parah berzina.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 41

KENAPA HATI
BOLEH KETAGIH

Manusia secara fitrah atau sifat semulajadi akan
berasa jijik dengan sesuatu yang berlawanan
dengan jiwa, terutamanya, bila melihat sesuatu yang
aib seperti aurat atau kemaluan. Jiwa kita akan
timbul rasa malu dan menolaknya. Tetapi, bila
dilawan perasaan tersebut maka bermulalah
adventure baru.

Sebelum bercakap lebih lanjut mengenai hati/jiwa
yang mendorong kita, kita kena faham beberapa
perkara iaitu hati, nafsu dan syaitan.

Hati/jiwa adalah roh yang sifatnya baik dan sangat
mengenali Allah SWT. Kerana itu, hati/jiwa ini selalu
mengajak kepada kebaikan dan jika melakukan
kesalahan atau dosa, akan datang rasa kesal.

Sementara, nafsu pula, dijadikan Allah bersifat unik
iaitu bertujuan untuk kita boleh terus hidup, nak
makan minum, jaga diri dari kecelakaan dan
sebagainya. Malah, kebolehan nafsu yang paling
unik adalah menerima arahan baik atau buruk.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 42.1

Namun, nafsu yang bersifat fleksibel ini boleh
dicorak oleh hati melalui hidayah Allah SWT jika
ketaqwaan mendominasi diri. Kalau nafsu ini
dikuasai oleh syaitan pula, maka yang buruk
dihiasinya seolah-olah macam baik atau bahagia
atau seronok menyebabkan diri kita terkeliru.

Syaitan ialah makhluk Allah SWT yang diizinkan
untuk menguji/mencabar manusia dalam mentaati
dan meninggalkan larang Allah SWT.

Justeru, detikan atau desakan jiwa yang kita
rasakan, terdapat 2 kemungkinan; dari hati yang
murni atau nafsu yang dipengaruhi oleh godaan
syaitan.

Jadi, tidak hairanlah jika kita selalu berasa serba
salah untuk memilih atau menyesal setelah
melakukan kesalahan/dosa. Malah, hati yang dah
rosak atau mati, secara kita tidak sedari,
sebenarnya, telah dikuasai oleh nafsu dan syaitan.

Perlu kita ketahui juga, emosi merupakan cetusan
nafsu setelah bertentang dengan situasi tertentu
seperti perasaan marah datang dari situasi yang
tegang. Jadi, agama merelevankan kita supaya
bertenang.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 42.2

Selain dari nafsu yang sentiasa mendorong kita
kepada perkara yang menyeronokkan, orang bukan
Islam juga mencari jalan memuaskan nafsu dengan
pelbagai bentuk dan cara dengan alasan kebebasan
individu.

Apabila orang bukan Islam memperjuangkan
kebebasan diri yang bercanggah dengan agama
Islam seperti hubungan bebas, hubungan songsang,
minum arak dan buka aurat, menyebabkan tempias
agenda tersebut terkena kepada umat Islam.

Pada tahun 1930 orang barat mula memperkenalkan
pakaian seksi yang menyebabkan kecaman dari
masyarakat, namun, lama kelamaan hal itu mula
diterima oleh semua masyarakat. Malah bagi
mereka, ia merupakan lambang kebebasan individu
dan juga ketamadunan era baru.

Peristiwa tersebut jelas memberi kefahaman kepada
kita bahawa nafsu itu apabila dilatih dengan
keburukan hingga ia berasa selesa dan tidak kisah
dengan persekitaran walaupun ia tidak baik.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 42.3

Inilah cabaran umat Islam masa kini, terpaksa
mengharungi ujian besar bagi mempertahankan
agama, akidah, akhlak, gaya hidup dan keluarga.

Jadi jelas bahawa nafsu banyak memainkan
peranan mendesak kita melakukan perbuatan, sama
ada baik ataupun buruk. Tuntutan nafsu ini, jika
dipenuhi, kita akan merasakan seronok atau
bahagia.

Oleh itu, jika nafsu ini dikawal baik oleh hati dengan
hidayah Allah SWT, maka keseronokan dan
kebahagiaannya adalah dengan melaksana dan
meninggalkan larangan Allah SWT.

Manakala, nafsu yang tidak terkawal adalah nafsu
yang dikuasai syaitan. Nafsu sebegini dinamakan
nafsu haiwan, malah lebih buas. Sebab itu kita dapat
perhatikan seperti contoh hubungan seks songsang,
dilihat sebagai perkara yang menyeronokkan
sedangkan sifat tabiat manusia biasa berasa jijik dan
mana-mana haiwan pun tak ada yang melakukan
perbuatan tersebut.

Memenuhi tuntutan nafsu berulang kali akan
menjadikan ketagihan, sama ada tuntutan tersebut
baik atau pun sebaliknya. Maka pilihlah yang mana...

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 42.4

Sama jugalah hati yang ketagih melihat visual tak
senonoh. Asalnya nak tambah pengalaman
kononnya, kemudian tengok lagi dan lagi. Hati
mula-mula tak suka, lama-lama bila hati dah
lemah, nafsu menguasai diri, akhirnya hati tewas,
jadilah nafsu sebagai raja di dalam hati.

KESAN KEPADA HATI

Apabila nafsu telah menguasai hati, terutamanya
nafsu yang jahat (nafsu ammarah), hati akan mula
sakit. Kemudian, bila dibiarkan nafsu tersebut terus
menerus menguasai hati, maka penyakit hati makin
parah dan akhirnya hati pun mati.

Mungkin kita boleh memahami nafsu ini seperti
pemandu kereta. Jika pemandu tersebut mengikut
tatacara pemanduan yang betul tentulah keadaan
kereta tersebut sentiasa baik walaupun lama
digunakan. Sementara, jika pemandunya tidak
berhemat, maka kereta tersebut akan cepat rosak
dan jangka hayatnya pun singkat.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 43

Begitulah juga hati, jika dipandu dengan hidayah
Allah SWT melalui garis panduan agama, sudah
tentulah hati akan berjaya menawan nafsu dan
menjadi baik. Manakala, jika hati dipandu oleh
nafsu yang jahat, maka rosaklah hati dan sukar
dibaiki.

Jadi, kesan nafsu jahat yang menguasai hati
tersebut menyebabkan kita mula berasa malas
beribadat, payah melakukan amal baik, mudah
melakukan perkara yang tidak berfaedah dan
melalaikan, hubungan sesama insan makin
longgar, cepat marah, depression, melanggar
larangan Allah SWT dan sebagainya.

Ringkasnya, sekiranya agama tidak dijadikan
panduan dan nafsu pula mengikut apa yang
dirasa, akhirnya matilah hati.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 43.1

Jadi, hal ini sama lah juga keadaannya bila
seseorang itu melihat visual tak senonoh. Mula-mula
nak tahu, kemudian ulang lagi. Semuanya bermula
dari mata kemudian turun ke hati, lalu hati sakit dan
akhirnya hati mati.

Jika tidak bertaubat dengan cara yang betul, perkara
tersebut akan terus berlaku dan berulang. Apabila
terus berlaku, maka jadilah ketagihan. Bila dah jadi
ketagihan, itu bermakna hati sudah pun rosak hingga
boleh membawa kepada hati mati, bergantung pada
tahap ketagihan.

Jika ada ketagihan tapi masih sedar ianya dosa,
peluang kembali untuk bertaubat lebih mudah
berbanding ketagihan yang tidak rasa ianya berdosa
atau merasa dosanya ringan. Apa pun bertaubatlah...

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 44



CARA MERAWAT HATI YANG MATI

1

Tiada cara lain untuk merawat ketagihan melainkan
melalui rawatan intensif dengan cara "break the
pattern" iaitu cuba ubah diri dan bertaubat.

Para sahabat RA jika melakukan dosa akan segera
bertemu Nabi SAW supaya berdoa memohon agar
Allah SWT mengampuni dosa mereka.

2

Namun mengubah diri amat payah selagi nafsu
menguasai hati. Hanya dengan ketabahan dan
kepayahan yang berganda-ganda baru mampu
mengubahnya.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 45

3

Selalunya kita gagal untuk berubah kerana nafsu
lebih dominan atau terlalu kuat untuk dikalahkan.
Jadi cara yang paling berkesan adalah gabungan
berusaha bersungguh-sungguh dan bertaubat
dengan cara yang betul.

4

Mengakui diri lemah tidak mampu mengatasi ujian
ini dan menaruh harapan yang tinggi kepada Allah.
Begitulah sikap seorang muslim yang beriman
kepada Allah yang tidak mudah mengalah atau
berputus asa dengan pengampunan dan rahmat
Allah SWT.

5

Berdoa tanpa henti meminta bantuan dan kekuatan
daripada Allah. Hal demikian dilakukan oleh Nabi
Yunus AS ketika berada dalam perut ikan paus.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 46

6

Pastikan perintah Allah SWT dilaksanakan dengan
baik ditambahi dengan amal soleh yang lain kerana
Allah SWT menyukai hamba-Nya yang menyusuli
kejahatan dengan kebaikan supaya dihapuskan
dosanya.

7

Memperbanyakkan zikrullah kerana ia akan
membantu kita bertenang dan menjauhi dosa,
membaca Al-Quran, berselawat ke atas Nabi
Muhammad SAW dan melakukan amalan-amalan
yang sunat.

8

Kurangkan makan ataupun berpuasa. Nabi
menggalakkan kita supaya mengurangkan makan
untuk mengawal nafsu. Puasa adalah jalan yang
terbaik dan pilihan utama untuk mengurangkan
makan.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 47

9

Mewujudkan ketakutan seolah-olah Allah SWT
memerhatikan segala perbuatan kita. Ini
merupakan teknik agar kita sentiasa
muhasabah/mengira amal baik dan buruk supaya
kita terus bersemangat mengubah diri.

10

Merasa malu kepada malaikat Raqib dan 'Atid yang
sentiasa berada di bahu kanan dan kiri kita. Malah
sepatutnya malu juga kepada malaikat-malaikat
berada di sekeliling kita yang diutus Allah menjaga
kepentingan kita. Tapi mengapa kita masih tidak
mensyukuri lagi nikmat Allah dengan melakukan
dosa?

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 48

Mengubah diri memang
amat payah selagi nafsu menguasai

diri.
Hanya dengan
ketabahan dan kepayahan yang
berganda-ganda baru kita
mampu mengubah diri kita.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 49

BONUS : CARA BERTAUBAT DENGAN BETUL

1 Kesal dengan dosa yang lepas

2 Berazam tidak melakukannya lagi

3 Memulangkan barang yang diambil

4 Meminta halal apa yang kita terambil/terbuat/terkata
5 Berbuat baik dan menambah amal baik

6 Wajib qada'/ganti perkara yang difardukan
seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya

7 Mendidik diri menjadi lebih baik, membina rutin
baru, menukar tabiat, reward sistem

8 Jauhkan diri dari kawan yang tidak baik

9 Perbaiki makan minum serta pakaian

10 Jangan berputus asa setelah taubat

11 Andai terbuat dosa maka bertaubat lagi
12 Sentiasa bertaubat yang disertai niat untuk

tidak melakukannya lagi kerana orang yang
bertaubat dari dosanya walaupun berulang kali,
dosanya itu akan diampuni

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 50

BONUS : CARA SOLAT TAUBAT MUDAH

Solat yang khusyuk memberikan ketenangan luar biasa
sehingga mampu menahan nafsu dan godaan syaitan.

1

Niat Solat Taubat
‫أُ َﺻ ِﻠﱢﻲ ُﺳ ﱠﻨ َﺔ اﻟ ﱠﺘ ْﻮﺑَ ِﺔ َر ْﻛ َﻌ َﺘ ْﻴ ِﻦ ﻟِﻠﱠ ِﻪ ﺗَ َﻌﺎ َﱃ‬
"Sahaja aku solat taubat 2 rakaat kerana Allah

Ta'ala"

2

Rakaat pertama baca Al Fatihah & surah Al Sharh

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 51

3

Rakaat kedua baca Al Fatihah & surah Al Ikhlas

4

Dalam sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah
Tasbih biasa dan diikuti doa berikut 41 kali

4

Setelah memberi salam disarankan beristighfar
100x dengan lafaz

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 52

Pesan Imam Al-Ghazali:

Jangan melambat-lambatkan
taubat kerana akan

mengundang dua bahaya
besar.

1. Hati akan kelam atau mati disebabkan maksiat
dan amatlah susah untuk dibersihkan

2. Ditakuti sakit tenat atau kematian, tidak sempat
bertaubat

Terdapat riwayat menyatakan
bahawa "jeritan ahli Neraka
yang paling banyak adalah

disebabkan melambat-
lambatkan taubat

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 53

FASA KETAGIH HINGGA HATI JADI MATI

1 2Dari Mata Turun Ke Hati

3 Hati Menjadi Lalai

4 5Hati Mula Rosak Hati mati

6 Bertaubat Dengan Cara Betul

7 Hati Mula Sedar

98 Hati Menjauhi Hati Benci

10 Hati Mula Bercahaya Kembali

Di manakah situasi anda? Cegah sebelum parah.
Nak ubat lagi susah. Jangan risikokan diri.
Mahukah anak anda menjadi seperti anda?

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 54

BONUS : MODUL BACAAN DOA

‫ٱﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ِإﻧﱠﺎ ﻧَ ۡﺴﺄَﻟُ َﻚ اﻟۡ َﺘ ۡﻮﺑَ َﺔ َوا ۡ ِﻹﻧَﺎﺑَ َﺔ‬
‫َوا ۡﻻ ۡﺳ ِﺘ َﻘﺎ َﻣ َﺔ َﻋ ٰﲆ اﻟ ﱠﺸﺮِﻳ َﻌ ِﺔ اﻟۡ َﻐﺮﱠا ِء‬
‫ ٱﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ا ۡﺟ َﻌﻠۡ َﻨﺎ‬،‫َواﻟ ﱠﻄﺮِﻳ َﻘ ِﺔ اﻟۡ َﺒ ۡﻴ َﻀﺎ ِء‬
‫ُﻣ ۡﺴ َﺘ ِﻘﻴ ًﻤﺎ َو َﻻ ﺗَ ۡﺠ َﻌﻠۡ َﻨﺎ َﺳ ِﻘﻴ ًﻤﺎ َﻋ ٰﲆ‬

‫اﻟۡﺤَ ﱢﻖ‬

Ya Allah, Kami mohon kepada-Mu taubat dan
inabah, tetapkanlah kami atas syariat-Mu yang

mulia dan tariqah-Mu yang suci. Ya Allah,
tetapkanlah kami atas jalan-Mu yang lurus dan
janganlah pesongkan kami dari jalan-Mu yang

benar

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 55

BONUS : TEKNIK ZIKIR

1 Berwuduk, mengadap kiblat dan duduk
seperti dalam keadaan solat.

Mengenangkan dosa yang banyak, hingga

2 terasa beban berat dosa, lalu diucapkan
Astaghfirullah 100x dengan menghayatinya
semoga Allah mengampuni.

Waktu yang terbaik berzikir adalah pada

3 waktu sahur, selepas subuh dan selepas
maghrib.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 56



RAWATAN BUAT PASANGAN

Kalian punya pasangan yang ketagih? Berikut adalah
cadangan bantuan untuk pasangan segera relapse.

1

Bantu Susun Pemakanan Yang Baik

Nafsu boleh dikawal dengan pengurusan
pemakanan yang baik. Berpuasa juga salah satu
cara.

Mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan
makanan proses juga membantu mood pasangan.
Persiapkan stok makanan yang menaikkan
dopamin seperti yang Dr.Redza sarankan.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 57

2

Memperbanyakkan Aktiviti & Mencipta Hobi
Yang Baru

Jangan pernah berkira masa dan tenaga dengan
pasangan yang Allah berikan untuk kita ini. Bantu
dia untuk cuba pelbagaikan aktiviti dan hobi baru.

Walaupun kalian tidak suka, belajarlah untuk
menyukai perkara-perkara baru ini. Memang ada
karakter yang lebih suka menyendiri di rumah,
tengok tv dan hanya melepak santai tapi perubahan
ini adalah untuk pasangan kita, untuk syurga kita,
untuk keluarga yang mawaddah, jadi anggaplah ini
satu ujian untuk kalian berjuang juga.

Kalau bukan kita yang bantu pasangan kita, siapa
lagi? Pahala pasti ada buat kalian untuk bangunkan
keluarga ke jannah bersama.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 58

3

Sentiasa Teman Pasangan

Elakkan dia bersendirian. Kalian boleh mula
uruskan masa dan lebihkan waktu bersama dia di
saat-saat genting begini. Ia tidak mengambil masa
yang lama, hanya sehingga dia pulih sahaja.

Kalian boleh buat banyak aktiviti dan tingkatkan
'attachment' bersama di waktu ini. Boleh bina dan
wujudkan culture dalam perkahwinan yang baik dan
boleh explore banyak perkara baru berdua.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 59

4

Raikan Progress Kecil

Ini sangat penting sebagai pengganti dopamin yang
baru dan membuatkan pasangan mencapai
kepuasan yang lebih baik. Magiknya, bukan hanya
dia yang akan mencapai kepuasan dan
kegembiraan tapi kalian juga akan merasakan hal
yang sama.

Apa lagi yang akan menggembirakan kita selain
melihat pasangan yang tersenyum bahagia
bersama kita. Inilah masanya untuk kalian bantu
dia untuk mengira sekecil-kecil perubahan yang
berjaya di lakukan olehnya.

Kira setiap minit yang berjaya dia kurangkan dari
melihat porn, kira juga setiap aktiviti baru yang dia
lakukan dan memilih tidak menonton porn,
wujudkan buku kecil dan ceritakan kepadanya
setiap hari betapa dia telah membuat perubahan
diri yang baik di waktu recovery ini.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 60

5

Wujudkan Satu Matlamat/Short Goal

Bina matlamat yang mudah untuk dicapai berdua.
Contohnya nak berjogging 30 minit hari ini, esok
kita tambah jadi 40 minit, minggu depan naikkan
jadi 45 minit. Ini adalah pekara mudah yang boleh
dibuat bersama berdua.

Matlamat pendek ini boleh membantu pasangan
mewujudkan fokus baru dalam hidupnya. Secara
perlahan-lahan dia sendiri tak perasan yang fokus
dia telah pun diubahkan.

Bila fokus berubah, keutamaan dalam mencapai
kepuasan juga akan berubah. Nahhhhh, nampak
tak bagaimana pasangan kita sebenarnya boleh
berubah kepada yang lebih baik dengan bantuan
kalian!

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 61

6

Verbal Appreciation

Beri pujian pada pasangan dalam setiap perkara
positif dan baik yang dia lakukan tidak kira pada
fizikalnya, cara dia menguruskan emosinya atau
atas tingkah lakunya. Pasti dia lebih bersemangat
nanti.

Memperbanyakkan pujian ini akan menjadikan satu
booster dalam sesebuah perhubungan. Biasakan
diri untuk berkata baik pada pasangan dan elakkan
dari mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Satu kata-kata negatif memerlukan 16 kata-kata
positif bagi pasangan melupakan kesannya di hati,
bayangkan jika kalian berterusan membenih kata-
kata negatif pada pasangan, mana mungkin dia
boleh lalui semua ini sendiri!

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 62

7

Berterima Kasih

Selalu ucapkan terima kasih kerana dia sanggup
korbankan nafsunya untuk kebahagiaan bersama.

'Counting the blessing' ialah konsep mengira
segala kesyukuran dan keberkatan untuk
menghargai segala perkara-perkara baik yang
berlaku dalam hidup kita.

Ianya perlu di lakukan setiap hari untuk mengajar
diri erti bersyukur dengan pengorbanan pasangan
terhadap nafsunya dengan meletakkan diri kita dan
keluarga di nombor satu.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 63

8

Selalu Remove & Blockkan Website/Apps
Dalam Phone Pasangan

Bantu dia setiap masa dengan membersihkan
segala gajetnya dari website atau aplikasi terbaru
yang di downloadnya.

Tak perlu marah, jangan dimaki, membebel atau
buat muka. Ini adalah kelemahannya dan selalu
ingatkan diri kita bahawa pasangan kita ini sedang
sakit, dia sedang melawan kesakitannya dan
sedang berjuang untuk melawan nafsunya.

Janganlah kita kondem, komplen atau perli. Apa
yang kita patut buat ialah bantu, bantu, dan bantu.
Ini waktu genting maka dia memerlukan sokongan
dari kalian.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 64

9

Mendoakan

Jangan sesekali pernah putus harapan pada
Tuhan. Allah mendengar segala doa kalian.
Menangislah sepuas hati dan mengadu kepenatan
kalian dalam membantu pasangan melawan nafsu
iblis ini.

Kita memangnya tak mampu nak ubah semua, tapi
dengan doa pasti Allah akan membantu. Biasakan
diri untuk berdoa di setiap langkah perjalanan yang
dilalui kemana saja pun destinasi.

Begitu juga dengan berzikir. Ini menguatkan
keimanan kita dengan harapan untuk sebuah
pertolongan dari Allah. Bila berjumpa orang soleh,
agamawan dan mereka yang baik-baik, praktiskan
dengan meminta mereka doakan kita dan
pasangan. Sungguh, orang yang alim ini doanya
lebih dekat dengan Allah. Buang rasa malu atau
segan ya.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 65

10

Bersembang

Berbual bersama pasangan adalah salah satu cara
untuk ransangan intelektual. Tanpanya sesuatu
perhubungan itu pasti akan hambar dan sunyi.

Ajak pasangan untuk selalu berbual dan
bersembang tentang apa saja tidak kira apa pun
topik contohnya hal-hal kecil yang kelakar, tentang
masalah dunia, ataupun pengakuan benda-benda
mencuit hati yang pernah berlaku.

Tentang masa depan? Dah tentu bagus.

Ini secara tidak langsung buatkan dia berhenti
memikirkan hal onani tapi dia akan cuba untuk
fokus kepada perkara di masa akan datang yang
lebih bermakna.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 66

11

Bina Impian Bersama-Sama

Boleh dikatakan sebagai sebuah aspirasi, tujuan,
rancangan atau sebuah keinginan. Ianya adalah
salah satu estatic activity kerana ia merujuk kepada
impian kalian berdua sebagai pasangan.

Ia akan membantu satu sama lain bahawa
perhubungan itu mempunyai satu tujuan yang
menjadikan kalian berdua perlu sentiasa
bekerjasama.

Selalulah berbincang tentang bagaimana agaknya
hari tua nanti, kemana kita akan travel bersama,
berapa banyak duit yang diperlukan untuk
merealisasikan impian ini, pengurusan masa, apa
strategi yang perlu untuk sampai ke impian itu.
Bagaimanakah agaknya bila impian kalian akan
terlaksana nanti. Semua ini akan membantu
pasangan mengalihkan VTA kepada satu perkara
yang lebih baik, lebih menyeronokkan dan lebih
bermanfaat.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 67

12

Analisis & Evaluation

Bantu pasangan dengan mencatat kekerapan dia
menonton porn. Catitkan dalam journal seperti
waktu, tempoh masa yang dia peruntukkan,
dimana, bila, tanda-tanda dan apakah yang trigger
dia mahu beronani pada waktu itu.

Ini akan membuatkan kita dan pasangan lebih jelas
dan boleh bina strategi yang lebih berkesan lagi
untuk berhenti.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 68

13

Bincang Kebaikan & Keburukan

Bina situasi untuk deeper awaneress dengan
berbincang tentang apakah dan siapakah yang
akan mendapat kesan buruk dari perlakuan tidak
baik ini.

Contohnya boleh buka kertas mahjong dan tuliskan
semua nama ahli keluarga dan bagaimana habit
menonton porn dan masturbate ini akan memberi
kesan pada mereka. Beri situasi kritikal contoh apa
akan jadi kalau anak ternampak kita sedang
melihat porn?

Bagaimana jika ibu ayah tahu hal ini? Bagaimana
jika masih lakukan masturbate atau masih
menonton porn selepas kahwin, apa impak yang
bakal di hadapi pada pasangan dan orang keliling
dengan jika masih tidak berhenti onani.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 69

14

Block Website

Bantu pasangan dengan block website yang
berkaitan di laptop atau komputer. Mohon kalian
belajar dari pakar IT atau orang yang mahir dalam
bidang ini untuk bantu kalian membuat sistem
perisai yang terbaik untuk setiap website yang
pernah pasangan kalian lawati.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 70

15

Aktiviti Volunteer

Ini akan menambahkan rasa bernasib baik dan
rasa bersyukur yang tinggi pada pasangan.

Hatinya akan mula mengira betapa banyaknya
nikmat yang Allah berikan padanya selama ini dan
sedikit demi sedikit pasti akan timbul rasa malu
pada Allah atas nikmatnya dan cuba sebaiknya
menghindari dosa.

Pembinaan simpati dan empati yang tinggi akan
bantu dia menjadi manusia yang lebih baik.

BBEERRHHEENNTTI IOONNAANNI I - -4400TeTkenknikikPPuujujuk kHHaatitiYYaannggMMaatiti 71


Click to View FlipBook Version