342
Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.1 APDM
1.1.1 Guru tingkatan mengisi semua butiran murid dalam APDM pada bulan pertama
persekolahan.
1.1.2 Tandakan kehadiran dan sebab keketidakhadiran pada setiap hari persekolahan
sebelum pukul 9.00pagi(sesi pagi) dan 2.00 petang (sesi petang) *Sila ambil
perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid
yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah
1.1.3 Tandakan - kehadiran seperti berikut:
Tandakan “/” sekiranya murid hadir .
Maklumkan sekiranya pelajar tidak hadir bersebab (surat pengesahan
daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit) dalam APDM.
1.1.4 Semua sebab ketidakhadiran hendaklah dikemaskini selewat-lewatnya pada
jam 12.00 pagi (sesi pagi) dan 4.00 petang (sesi petang) setiap hari.
1.1.5 E-penyata bulanan hendaklah ditutup tidak lewat dari hari terakhir setiap
hujung bulan berikutnya.
1.2 Murid “Bukan Warga Negara” (MBWN)
1.2.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), bayaran levi sebanyak RM240.00
wajib dibayar di Pejabat Pelajaran Daerah Miri setiap tahun terlebih dahulu
sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada
GPKHEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan seperti murid lain.
1.3 Fail Peribadi Murid (Folder)
1.3.1 Semua murid dari kelas Peralihan/Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib
mempunyai fail ini.
1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis
pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar.
1.3.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan,
keputusan Peperiksaan Dalaman , PT3 dan lain-lain disimpan dalam fail ini.
Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik
Rawatan.
1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan
persekolahannya atau bertukar sekolah.
1.3.5 Semua fail perlu disimpan dalam bilik khas berlabel di bilik yang ditetapkan.
1.4 Fail Kelas Guru Tingkatan
1.4.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi
memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
1.4.2 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah
yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.
1.4.3 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh GPKHEM. GPKHEM akan
menyediakan dokumen penyemakan fail kelas.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
343
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.5 Pendaftaran Murid Baru
1.5.1 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan. (Status
kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan / guru data
terlebih dahulu).
1.5.2 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan murid
sebelum urusan mendaftar dilakukan.
1.5.3 Penyelaras Tingkatan menempatkan kelas pelajar yang berpindah.
1.5.4 Guru tingkatan mengemaskini data murid dalam APDM.
1.5.5 Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk
biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
1.5.6 Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan
kepada PK HEM.
1.5.7 Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan
memaklumkan kepada PK HEM.
1.5.8 PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PBD, PEKA, PAJSK, SEGAK dan lain-lain
berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
1.6 Buku Teks
1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan
pemulangan buku teks.
1.6.3 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan
buku teks.
1.6.4 Murid yang menghilangkan buku teks perlu menggantikan buku yang hilang
dengan buku baru.
1.6.5 Guru tingkatan juga memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik
lutsinar dan ditulis nama serta kelas. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan
semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah.
1.6.6 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari pertama
persekolahan.
1.7 Murid Keluar / Bertukar / Berpindah
1.7.1 Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2 Mengemaskini maklumat/butiran dalam APDM kelas.
1.7.3 Pertukaran dalam negeri Sarawak
Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.(Sila guna borang khas
di pejabat ).
Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
1.7.4 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid- murid yang telah
berada di SMK Pujut sekurang -kurangnya selama satu (1) tahun.
1.7.5 Guru tingkatan menyediakan semua dokumen lengkap PBD, laporan disiplin dan
lain-lain dalam Fail Peribadi Murid.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
344
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.7.6 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan
kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan. ( bergantung kepada
keadaan ).
1.8 Pengurusan & Organisasi Kelas
1.8.1 Melantik Jawatankuasa Kelas:
Ketua Pengawas Kelas
Penolong Pengawas Kelas
Setiausaha
Bendahari
AJK Kebersihan - 2 orang
AJK Keceriaan- 2 orang
AJK SPBT - 2 orang
Skuad Prasarana - 2 orang
AJK ICT (celik ICT) – 2 orang
AJK setiap Mata Pelajaran
1.8.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut:
Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas
Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan
hadapan Kelas
Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan hadapan
kelas.
Pelan kedudukan kelas – ditampal di atas meja Guru
Inventori Kelas(kerusi, meja, penyodok, penyapu) – ditampal pada papan
kenyataan
Moto kelas – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, dan Moto
Sekolah, – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
Sudut Program Pencegahan Dadah
Sudut Bacaan Kelas
Parking Lot
Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa – ditampal
pada papan kenyataan di belakang kelas.
Alatan pembersihan
Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.
1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri.
1.8.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak ke bengkel
sekolah.
1.8.6 Kebersihan kelas:
Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke
kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur
sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum
keluar dari kelas berkenaan.
Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang (kalau ada) pada
waktu akhir setiap hari. 5 minit sebelum berakhir PdPc, murid bertugas
mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Menutup lampu dan
kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
345
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.8.7 Guru tingkatan mengadakan Mesyuarat bulanan Kelas
Dalam mesyuarat tersebut guru tingkatan boleh menyampaikan arahan-
arahan, motivasi serta strategik peningkatan (akademik, akhlak dan
pengurusan kelas)
Guru tingkatan meminta setiausaha mencatat minit mesyuarat dan
menyerahkan minit mesyuarat kepada PKHEM setiap bulan.
1.8.8 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
1.8.9 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik
dan selamat digunakan.
Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan
(Guru Perabot/Guru Pembangunan/PKHEM).
Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas
dengan cekap dan penuh dedikasi.
1.9 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri / Tidak Hadir Tanpa Sebab
1.9.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid
ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan
sesi 2021, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
1.9.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah
dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang
telah ditetapkan.
1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri.
1.8.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak ke bengkel
sekolah.
1.8.6 Kebersihan kelas:
Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke
kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur
sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum
keluar dari kelas berkenaan.
Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang (kalau ada) pada
waktu akhir setiap hari. 5 minit sebelum berakhir PdPc, murid bertugas
mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Menutup lampu dan
kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
346
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.1 Ponteng Sekolah
2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
membawa surat tunjuk sebab ketidakhadiran daripada ibu bapa/penjaga atau sijil
sakit pada keesokan harinya.
2.1.2 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Ponteng
Tindakan Ponteng Berterusan
Berkala/Tidak Berurutan
Amaran 1 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran 2 7 hari selepas Surat Amaran 1 10 hari selepas Surat Amaran 1
Amaran 3 7 hari selepas Surat Amaran 2 20 hari selepas Surat Amaran 2
14 hari selepas Surat 20 hari selepas
Buang Sekolah
Amaran 3 Surat Amaran 3
Jumlah
keseluruhan 31 hari 60 hari
2.1.3 Guru kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang
Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam
fail kelas).
2.1.4 Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat
sekolah.
2.1.5 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh
Pengetua
Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga)
Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku)
Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
2.1.6 Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada
GPKHEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
Nota:
Catatan dibuat oleh Guru Tingkatan dalam link e-Kedatangan untuk surat Amaran
Pertama, Amaran Kedua, Amaran Terakhir dan Buang Sekolah.
2.1.7 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan
berikut hendaklah dipatuhi:
Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada
ibu bapa/penjaga masing-masing.
Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada
ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan Guru Disiplin terlebih
dahulu.
Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama – sama ibu
bapa/penjaga dan berjumpa dengan GPKHEM/GPKP. Murid dibenarkan
masuk ke kelas setelah jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga
melalui surat akur janji.
Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan
dan diluluskan oleh pihak JPNS.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
347
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.2 Buku Pemantauan Kelas (BPK)
2.2.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BPK setiap
hari.
2.2.2 BPK akan diambil oleh pengawas Ketua Kelas pada waktu pagi (sesi pagi) dan
tengahari (sesi petang) di “pigeon hall” (rak ditetapkan). Adalah menjadi
tanggungjawab setiap Ketua Pengawas Kelas untuk memulangkan BPK ke
“pigeon hall” selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
2.2.3 BPK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Pengawas Kelas dan diserahkan
kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Bahasa Cina , Bahasa Iban, ASK, RBT, dan Pendidikan Jasmani, BPK akan
dibuat secara berasingan.
2.2.5 Guru juga mestilah mencatat nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk
kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan
teratur sebelum menandatangani BPK.
2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan
oleh guru berkenaan semasa waktunya. Jika kes berat yang memerlukan
tindakan segera, buat catatan dalam BPK dan terus maklumkan kepada Ketua
Guru Disiplin/GPK HEM/GPKP.
2.2.8 Guru Kelas akan menyemak BPK setiap hari dan mengambil nama murid yang
bermasalah untuk diserahkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya
pada keesokkannya.
2.2.9 Penyelaras Tingkatan hendaklah menjaga BPK dengan baik dan sempurna
mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada GPKHEM pada
setiap bulan.
2.3 Pas Keluar
2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM
pada awal tahun.
2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan
sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk
mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
348
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.4 Disiplin Murid
2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah
memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2.4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang
murid itu melakukan kesalahan disiplin.
2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat
kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
2.4.4 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan
mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid (berdasarkan
tatacara disiplin). Hal ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan
menerima hukuman dengan rela hati.
2.4.5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.
2.5 Kawalan / Tanggungjawab Guru
2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu
usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai
seorang individu.
2.5.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi
mendapatkan kerjasama.
2.5.3 Jangan mulakan proses Pdpc jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau
sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
2.5.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-
murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
2.5.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.
2.5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak
membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-
sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya.
2.6 Dasar Umum Disiplin
2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah
pada setiap hari.
2.6.2 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu
perhimpunan.
2.6.3 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan
dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui forum disiplin.
2.6.4 Pemeriksaan Gempar/Spot Check
Pemeriksaan Gempar/sport check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke
atas murid semasa berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan
pihak pentadbir.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
349
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran
dengan bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan
oleh murid berkenaan.
Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod
oleh guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang
disimpan di dalam almari di bilik Disiplin.
Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya Boleh dituntut
balik oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM/
GPKP dan menandatangani surat kontrak dituntut pada hujung tahun.
Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan
setelah dibawa mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-
murid.
2.7 Kaedah Mengatasi Disiplin
2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:/ tatacara disiplin
semua guru
kelas-kelas (untuk ditampal)
2.7.2 Guru mata pelajaran / guru kelas – rekod kesalahan murid di buku pemantauan
kelas
Guru Disiplin akan kumpulkan.
Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
2.7.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
Kedatangan penuh-2 kali setahun
Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh guru penyelaras)
2.7.4 Sijil Sifar Ponteng
Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap
bulan.
Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada
akhir tahun.
2.8 Pengurusan Perhimpunan / Roll Call
2.8.1 Roll call dijalankan setiap hari. (Isnin, Rabu, Khamis). Manakala Perhimpunan
sekali seminggu iaitu pada hari Selasa. Pada hari Jumaat,murid-murid sesi pagi
akan terus bergerak ke kelas masing-masing sementara menunggu guru
tingkatan manakala sesi petang akan berkumpul di Balai Kerapatan.
2.8.2 Diuruskan oleh guru bertugas perhimpunan / roll call.
2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan / Roll call
kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran.
2.8.4 Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang
dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada
berada di perhimpunan tersebut.
2.8.5 Murid digalakkan membaca bahan bacaan sementara menunggu Perhimpunan /
roll call bermula.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
350
3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-
lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.
3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang
Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
3.1.3 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid
dibalut kemas dan ditulis nama.
3.1.4 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut
tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
3.1.5 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
3.2 Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), BRN dan Baitulmal
3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima biasiswa
dimaklumkan oleh Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan.
3.2.2 Guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon
biasiswa
3.2.3 Guru tingkatan pastikan maklumat dalam APDM lengkap dengan gaji terkini ibu
bapa atau penjaga.
3.2.4 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang
bantuan yang lain
3.2.5 Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima
biasiswa.
3.2.6 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa.
3.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
3.3.1 Kaunselor / Guru BNK mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang
minat murid terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid
menyelesaikan sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya.
3.3.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya
boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
3.3.3 Kaunselor / Guru BDK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan
dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.
3.3.4 Kaunselor / Guru BDK juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,
mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan
kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.
3.3.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,
terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di
IPTA atau IPTS.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
351
3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.3.6 Kaunselor / Guru BDK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat
kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua
dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima
bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan
laporannya dihantar kepada PK HEM/GPKP setiap bulan.
3.3.7 Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada kaunselor / Guru
BDK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang
menghadapi masalah disiplin.
3.4 Kebajikan Murid
3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim
atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini
dapat diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama
sesi persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang
tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM.
3.4.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam
kalangan muridnya yang menghidap penyakit mudarat atau murid yang
mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.4.3 Derma kilat akan dibuat oleh Lembaga Pemimpin Pelajar sekiranya berlaku
kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
352
4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.1 Rekod Kesihatan Murid
4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod
Kesihatan.
4.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah
rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke
sekolah menengah.
4.1.3 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT
(untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
4.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah
dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
4.2 Kad Pergigian Murid
4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun,
terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu.
4.2.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga
murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap
anak / anak jagaannya.
4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan
Kesihatan berkenaan.
4.3 Surat Rawatan Murid
4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh
mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
4.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.
4.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di
mana-mana hospital atau klinik kerajaan.
4.4 Murid Sakit
4.4.1 Guru Tingkatan mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang
sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.
4.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas Kesihatan
atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk
menjemputnya di sekolah.
4.4.3 Guru Bertugas Kesihatan atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid
berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan
sekolah. Sekiranya ibu bapa/ penjaga masih tidak dapat mengambil, murid
tersebut perlu berehat di bilik isolasi/balik semula ke kelas.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
353
4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.4.4 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas Kesihatan/guru
kelas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid
berkenaan ke klinik atau hospital terdekat.
4.4.5 Guru bertugas Kesihatan maklumkan kepada GPKHEM/GPKP untuk merekodkan
butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Rekod Keluar Murid.
4.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga
kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan
sekolah.
4.5.2 Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya
supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
4.5.3 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas
mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan
membantu dalam proses Pdpc.
4.5.4 Guru-guru Tingkatan / guru masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas
mereka dibersihkan pada setiap hari iaitu 5 minit pada waktu pertama
persekolahan.
4.5.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas
dibersihkan sebelum murid keluar.
4.5.6 Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir.
4.6 Kantin Sekolah
4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh
kawasan kantin.
4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan
menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPNS.
4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain
jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya
mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli
makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
4.6.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin bersama-sama
pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
4.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid menepati
masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng waktu kelima
dibunyikan.
4.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman manis di luar waktu rehat
kecuali dengan kebenaran khas.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
354
4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.7 Kebersihan Kelas
4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas pada waktu pertama, rehat dan waktu terakhir.
4.7.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk
waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.
4.7.3 Guru bertugas harian membuat rondaan di kawasan yang ditetapkan.
4.7.4 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang tahun akan diberi
hadiah berbentuk ’hamper’ pada akhir tahun mengikut setiap tingkatan.
5.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH
5.1 Latihan Kecemasan / Kebakaran
5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali setahun.
5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila berlakunya kebakaran
kecil.
5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas
dengan segera (berdasarkan pelan laluan kecemasan), tetapi secara teratur
apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah
dibantu keluar oleh guru mereka
5.1.5 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain
serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6 Guru kelas mestilah berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera.
Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan
serta-merta.
5.2 Kenderaan Guru dan Murid
5.2.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang
telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan.
5.2.2 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu
kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang
kemalangan.
5.2.3 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki lesen
memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang menggunakan
motorsikal ke sekolah. (Hanya yang membuat permohonan khas sahaja).
5.3 Pondok Kawalan Keselamatan
5.3.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka
mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
5.3.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin
berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat
dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
5.3.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan
yang terpapar di tiang gate sekolah.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
355
Prosedur Kerja Guru Bertugas Mingguan / Harian
1 Tanggungjawab Utama Mengurus dan mengawal kelancaran sesi persekolahan/perhimpunan dari awal hingga
ke akhir.
Membantu Guru Disiplin sepanjang minggu bertugas.
2 Ketua Guru Bertugas Bertanggungjawab mengagih tugas guru-guru bertugas keselamatan mengikut kumpulan
masing-masing.
Membuat laporan harian bertugas.
Mendapatkan laporan harian daripada ahli bertugas lain untuk direkod dalam buku
laporan.
Membuat laporan segera sekiranya ada kes kecemasan berlaku di sekolah kepada
PKHEM/PK Petang.
Memastikan ada guru bertugas di setiap stesen setiap hari dan mengambil tindakan
mencari pengganti sekiranya guru bertugas tidak hadir bertugas.
3 Semua guru bertugas Berada di dalam zon bertugas 15 minit sebelum
masa bertugas bermula.
Berada di stesen masing-masing pada waktu pagi / tengahari, waktu rehat dan waktu
pulang.
Meronda di blok kelas/blok makmal/kantin dan membuat laporan harian semasa bertu-
gas.
Menegur dan menasihati pelajar yang melakukan kesalahan yang melanggar peraturan
sekolah.
4 Kumpulan bertugas Sesi pagi / petang
- Sesi pagi (tugas Pagar sekolah
mingguan) Balai kerapatan
- Sesi petang (tugas Dewan Terbuka
harian) Place to Read
Tandas
Blok akademik
Kantin
Perhimpunan / roll-call
Blok Makmal
5 Waktu perhimpunan Pastikan pelajar berbaris dengan lurus mengikut tingkatan masing-masing.
Pastikan ketua pengawas kelas berada di hadapan barisan kelas dan penolong pengawas
kelas berada di belakang barisan kelas.
Pastikan tiada yang bersembang semasa ucapan/pengumuman dibuat.
Pastikan kerusi cukup dan teratur untuk guru.
Tentukan bahawa alat siaraya [ PA system] siap untuk digunakan sebelum perhimpunan
bermula ( berhubung dengan guru siaraya)
6 Selepas perhimpunan / Membantu pengawas sekolah mengawasi pergerakan pelajar balik ke kelas.
pulang Pastikan murid-murid keluar barisan dengan tertib dalam satu barisan.
Pastikan ketua pengawas kelas berada di barisan hadapan kelas dan penolong
pengawas kelas berada di belakang batrisan kelas .
Pastikan murid-murid tidak membuat bising semasa balik ke kelas.
Pastikan bahawa setiap peraturan sekolah dipatuhi.
Mengawasi pergerakan pelajar semasa pulang
Yang berjalan keluar dahulu
Yang bermotosikal menuntun motosikal hingga melepasi pintu pagar (jika ada).
Yang berkereta keluar paling akhir (sekiranya ada)
Semua pelajar keluar mengikut laluan yang telah ditetapkan dan keluar ikut pintu utama
7 Pengurusan hal ehwal Sekiranya ada murid-murid yang sakit atau cedera ,pertimbangkan rawatan kecemasan
pelajar (sila rujuk kepada guru kesihatan).
JANGAN SEKALI-KALI MEMBERI UBAT MAKAN WALAU PANADOL SEKALIPUN
Bawa murid yang sakit berkenaan berehat di bilik isolasi.
Kalau keadaan murid berkenaan terlalu serius,maklumkan kepada guru tingkatan untuk
maklumkan kepada ibubapa/penjaga murid berkenaan untuk bawa murid tesebut balik
(untuk dirujuk ke hospital/klinik).
Maklumkan kepada Penolong Kanan HEM/PK Petang untuk direkod dalam borang murid
keluar kelas.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
BAHAGIAN IX 2022/2023
PERANCANGAN
> Carta Tahunan 2022
> Perancangan Bulanan
CARTA TAHUNAN 2022
JAN FEB MAC APRIL MEI JUN
IS
SE 1 1
RA 2 2 1
KH 3 3 2
JU 4 4 1 3
SA 1 5 5 2 4
AH 2 6 6 3 1 5
IS 3 7 7 4 2 6
SE 4 8 8 5 3 7
RA 5 9 9 6 4 8
KH 6 10 10 7 5 9
JU 7 11 11 8 6 10
SA 8 12 12 9 7 11
AH 9 13 13 10 8 12
IS 10 14 14 11 9 13
SE 11 15 15 12 10 14
RA 12 16 16 13 11 15
KH 13 17 17 14 12 16
JU 14 18 18 15 13 17
SA 15 19 19 16 14 18
AH 16 20 20 17 15 19
IS 17 21 21 18 16 20
SE 18 22 22 19 17 21
RA 19 23 23 20 18 22
KH 20 24 24 21 19 23
JU 21 25 25 22 20 24
SA 22 26 26 23 21 25
AH 23 27 27 24 22 26
IS 24 28 28 25 23 27
SE 25 29 26 24 28
RA 26 30 27 25 29
KH 27 31 28 26 30
JU 28 29 27
SA 29 30 28
AH 30 29
IS 31 30
AH 31
357
CARTA TAHUNAN 2022
JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
IS 1
SE 2 1
RA 3 2
KH 4 1 3 1
JU 1 5 2 4 2
SA 2 6 3 1 5 3
AH 3 7 4 2 6 4
IS 4 8 5 3 7 5
SE 5 9 6 4 8 6
RA 6 10 7 5 9 7
KH 7 11 8 6 10 8
JU 8 12 9 7 11 9
SA 9 13 10 8 12 10
AH 10 14 11 9 13 11
IS 11 15 12 10 14 12
SE 12 16 13 11 15 13
RA 13 17 14 12 16 14
KH 14 18 15 13 17 15
JU 15 19 16 14 18 16
SA 16 20 17 15 19 17
AH 17 21 18 16 20 18
IS 18 22 19 17 21 19
SE 19 23 20 18 22 20
RA 20 24 21 19 23 21
KH 21 25 22 20 24 22
JU 22 26 23 21 25 23
SA 23 27 24 22 26 24
AH 24 28 25 23 27 25
IS 25 29 26 24 28 26
SE 26 30 27 25 29 27
RA 27 31 28 26 30 28
KH 28 29 27 29
JU 29 30 28 30
SA 30 29 31
AH 31 30
IS 31
AH
358
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
31
1
/
6
03 04 05 06
2
10 11 12 13
3
17 18 19 20
4
24 25 26 27
5
359
JANUARI 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
01 02
TAHUN BARU
07 08 09
14 15 16
21 22 23
28 29 30
360
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01 02 03
TAHUN BARU CINA TAHUN BARU CINA
6
07 08 09 10
7
14 15 16 17
8
21 22 23 24
9
28
10
361
FEBRUARI 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
04 05 06
Cuti Akhir Penggal 3 2021/2023
26 Feb — 20 Mac
11 12 13
18 19 20
25 26 27
362
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01 02 03
10
07 08 09 10
11
14 15 16 17
12
21 22 23 24
13
28 29 30 31
14
363
MAC 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
04 05 06
Cuti Akhir Penggal 3 2021/2023
26 Feb — 20 Mac
11 12 13
18 19 20
25 26 27
364
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
14
04 05 06 07
15
11 12 13 14
16
18 19 20 21
17
25 26 27 28
18
365
APRIL 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
01 02 03
15 Apr
Good Friday
08 09 10
15 16 17
Good Friday
22 23 24
29 30
366
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
30 31
18
/
23
02 03 04 05
HARI RAYA AIDILFITRI HARI RAYA AIDILFITRI
19
09 10 11 12
20
16 17 18 19
21
23 24 25 26
22
367
MEI 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
01
HARI PEKERJA 1 Mei
Hari Pekerja
3 & 4 Mei
Hari Raya Aidilfitri
5 Mei—6 Mei
Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri
06 07 08
15 Mei
Hari Wesak
13 14 15
HARI WESAK
20 21 22
27 28 29
368
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01 02
HARI GAWAI HARI GAWAI
23
06 07 08 09
HARI KEPUTERAAN YDP
AGONG
24
13 14 15 16
25
20 21 22 23
26
27 28 29 30
27
369
JUN 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
03 04 05
1– 2 Jun
Hari Gawai
3 Jun
Cuti Tambahan Hari Gawai
6 Jun
10 11 12 Hari Keputeraan YDP Agong
Cuti Sekolah
4 Jun —12 Jun
Cuti Penggal 1
17 18 19
24 25 26
370
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
28
04 05 06 07
29
11 12 13 14
Hari Raya Haji
30
18 19 20 21
31
25 26 27 28
32
371
JULAI 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
01 02 03
10 —11 Jul
Hari Raya Haji
22 Julai
Hari Sarawak
30 Jul
Awal Muharram
08 09 10
Hari Raya Haji
15 16 17
22 23 24
Hari Sarawak
29 30
Awal Muharram
372
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01 02 03 04
32
08 09 10 11
33
15 16 17 18
34
22 23 24 25
35
29 30 31
HARI KEBANGSAAN
36
373
OGOS 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
05 06 07
31 Ogo
Hari Kebangsaan
12 13 14
19 20 21
26 27 28
374
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01
36
05 06 07 08
37
12 13 14 15
38
19 20 21 22
39
26 27 28 29
40
375
SEPTEMBER 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
02 03 04
16 Sep
Hari Malaysia
Cuti Sekolah
3 Sep—11 Sep
Cuti Penggal 2
09 10 11
16 17 18
HARI MALAYSIA
23 24 25
30
376
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
31
40
/
45
03 04 05 06
41
10 11 12 13
42
17 18 19 20
43
24 25 26 27
44
377
OKTOBER 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
01 02
8 Okt
Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri
Sarawak
9 Okt
Maulidur Rasul
07 08 09
HARI JADI YANG DI-PERTUA MAULIDUR RASUL
NEGERI SARAWAK
14 15 16
21 22 23
28 29 30
378
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01 02 03
45
07 08 09 10
46
14 15 16 17
47
21 22 23 24
48
28 29 30
49
379
NOVEMBER 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
04 05 06
HARI DEEPAVALI 4 Nov
Hari Deepavali
Cuti Sekolah
5 Nov
Cuti Tambahan KPM (Hari
Deepavali)
11 12 13
18 19 20
25 26 27
380
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01
49
05 06 07 08
50
12 13 14 15
51
19 20 21 22
52
26 27 28 29
53
381
DISEMBER 2022
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
02 03 04
25 Dis
Hari Krismas
Cuti Sekolah
10 —31 Dis
Cuti Penggal 3
09 10 11
16 17 18
23 24 25
HARI KRISMAS
30 31
382
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
30 31
1
/
6
02 03 04 05
2
09 10 11 12
3
16 17 18 19
4
23 24 25 26
TAHUN BARU CINA
5
383
JANUARI 2023
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
01
TAHUN BARU
06 07 08
13 14 15
20 21 22
TAHUN BARU CINA
27 28 29
384
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01 02
6
06 07 08 09
7
13 14 15 16
8
20 211 22 23
9
27 28
10
385
FEBRUARI 2023
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
03 04 05
Cuti Akhir Persekolahan
2022/2023
18 Feb — 12 Mac
10 11 12
17 18 19
24 25 26
386
PERANCANGAN BULANAN
MINGGU ISNIN SELASA RABU KHAMIS
01 02
6
06 07 08 09
7
13 14 15 16
8
20 211 22 23
9
27 28 29 30
10
387
MAC 2023
JUMAAT SABTU AHAD CATATAN
03 04 05
Cuti Akhir Persekolahan
2022/2023
18 Feb — 12 Mac
10 11 12
17 18 19
24 25 26
31
388
BAHAGIAN X 2022/2023
CATATAN
> Nota / Catatan Mesyuarat / Perbincangan Profesional
Nota / Catatan Mesyuarat / Perbincangan Profesional
Perkara : Tarikh :
Tempat : Masa :
390
Nota / Catatan Mesyuarat / Perbincangan Profesional
Perkara : Tarikh :
Tempat : Masa :
391