The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hedra3015, 2022-06-09 04:24:27

BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT 2022-2023

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG KEMANUSIAAN




































































95

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG KEMANUSIAAN




































































96

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG KEMANUSIAAN




































































97

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG KEMANUSIAAN




































































98

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG KEMANUSIAAN




































































99

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG KEMANUSIAAN




































































100

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG SAINS & MATEMATIK




































































101

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG SAINS & MATEMATIK




































































102

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG SAINS & MATEMATIK




































































103

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG SAINS & MATEMATIK




































































104

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG SAINS & MATEMATIK




































































105

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG VOKASIONAL




































































106

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG VOKASIONAL




































































107

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG VOKASIONAL




































































108

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG VOKASIONAL




































































109

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG VOKASIONAL




































































110

KURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN BIDANG VOKASIONAL




































































111

KOKURIKULUM PROGRAM PERANCANGAN KO-KURIKULUM




































































112

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































113

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































114

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































115

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































116

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































117

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































118

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































119

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































120

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































121

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































122

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































123

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































124

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































125

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































126

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































127

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































128

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































129

HAL EHWAL PELAJAR PROGRAM PERANCANGAN HEM




































































130

BAHAGIAN III 2022/2023

PENGURUSAN


SUMBER



MANUSIA






> Cuti Rehat Khas dan Pengumpulannya
> Pengurusan Perkhidmatan Guru dan AKP
> Surat Pekeliling Ikhtisas

CUTI REHAT KHAS DAN PENGUMPULANNYA BAGI TUJUAN PEMBERIAN WANG TUNAI
GANTIAN CUTI REHAT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

TUJUAN
Tujuan pekeliling perkhidmatan ini adalah untuk melaksanakan keputusan kerajaan mengenai pemberian Cuti Rehat Khas dan
pengumpulannya bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

LATAR BELAKANG
Kerajaan telah bersetuju bahawa:
a) Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di
perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4. Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari
dalam satu tahun kalendar, dan
b) Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul
bagi tujuan pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak.

CUTI REHAT KHAS
Kelayakan Cuti Rehat Khas :
a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak ialah:
i. Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau institusi
pelajaran dan pengajian tinggi.
ii. Guru Sandaran Terlatih; dan
iii. Guru Kontrak
b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang tidak layak ialah:
i. Pegawai yang telah diberikan kemudahan Cuti Rehat mengikut peruntukan Perintah Am Bab C (sebagai contoh
Pengarah dan Timbalan Pengarah Politeknik dan Maktab Perguruan serta pegawai yang berkhidmat di jabatan-jabatan
dan bahagian- bahagian di Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pelajaran Bahagian/Daerah dan Iain-Iain);
ii. Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah yang menikmati kemudahan Cuti Rehat; dan
Peraturan Dan Syarat Cuti Rehat Khas
a. Dalam menimbang pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas, pihak yang meluluskan hendaklah memastikan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta di Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi
tidak terjejas.
b. Kuasa yang meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas ialah:
i. Pengetua/Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di sekolah;
ii. Ketua Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi di mana pegawai tersebut bertugas atau;
iii. pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai di perenggan 4(b)(i) dan 4(b)(ii).
c. Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan Cuti Rehat Khas kepada pegawai di perenggan 4(b)(i),(ii) atau (iii).
d. Pengambilan Cuti Rehat Khas adalah ditetapkan seperti berikut:
i. Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah berdasarkan kepada tempoh
perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun yang berkenaan. Perkhidmatan yang melayakkan adalah seperti
tafsiran Perintah Am 1 (ix) Bab C; dan
ii. Kemudahan Cuti Rehat Khas ini adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki Cuti Rehat Khas

Pengumpulan Cuti Rehat Khas Bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat.
a. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian
b. Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap tahun.
c. Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini
boleh dicantum dengan Cuti Rehat yang dikumpul bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat di bawah Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003.
d. Pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat hendaklah mendapat
pengesahan Ketua Jabatan setiap tahun. Pengesahan ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti, Buku Rekod
Perkhidmatan Pegawai.
e. Sepanjang perkhidmatan seseorang pegawai, jumlah keseluruhan Cuti Rehat Khas dan Cuti Rehat yang dibenarkan
untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai
f. Gantian Cuti Rehat hendaklah tidak melebihi 120 hari.
Formula Kiraan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat adalah seperti di perenggan 7 dan 8, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 7 Tahun 2003.
132

TINDAKAN KETUA DAN JABATAN
Bagi melaksanakan urusan pengumpulan Cuti Rehat Khas untuk tuiuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat. Ketua
Jabatan dikehendaki mengambil tindakan berikut:
a. Memastikan Cuci Rehat Khas yang diambil, direkod dan dikemaskini di dalam Buku Rekod Perkhidmatan;
b. Mengesahkan baki Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan Pembemn Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap
akhir tahun; dan
c. Memastikan pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat direkodkan ke
dalam Buku Rekod Perkhidmatan pada setiap akhir tahun.
Bagi urusan persaraan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Ketua Jabatan hendaklah;
a. Menguruskan permohonan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat dengan menggunakan Borang
JPA.BP.UMUM.B02.Pin seperti di Lampiran B. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003. Ruangan Cuti Bawa Ke
Hadapan di dalam borang di Lampiran B ini adalah tidak perlu diisi: dan
b. Mengemukakan borang tersebut bersama-sama borang dan dokumen persaraan atau permohonan faedah terbitan
seperti dijelaskan di BAHAGIAN V dan VI, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003.
Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pencen) berhak membetulkan apa- apa kesilapan perihal Cuti Rehat Khas bagi tujuan
Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepanjang tempoh perkhidmatannya bagi
tujuan persaraan.

TARIKH KUATKUASA
Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2004.

PEMBATALAN
Dengan berkuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, kemudahan Cuti Sambilan yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan di bawah perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 dan perenggan 10, Lampiran D4, Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 adalah dibatalkan.

PEMAKAIAN
Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada


KEMUDAHAN CUTI UNTUK GURU
a) Cuti Tanpa Rekod
(Perintah Am Bab C Perkara 41-46 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991)
1. Untuk menghadiri latihan / khemah tahunan pasukan sukarela (seperti pada LAMPIRAN 'A' Perintah Am) tidak melebihi
30(+2) hari setahun.
2. Untuk menghadiri latihan/khemah tahunan persatuan/pertubuhan dalam Malaysia sahaja sukarela (seperti pada
LAMPIRAN 'B' Perintah Am) tidak melebihi 14(+2) hari (jika lebih, gunakan Cuti rehat atau Cuti Tanpa Gaji).
i. Kemudahan yang sama untuk menghadiri kursus anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan
Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Malaysia.
ii. Bagi kursus ke luar negeri, pertimbangan JPA.
3. Untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan/luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti sukan/
pertubuhan/persatuan di Malaysia.
4. Untuk mengambil peperiksaan (pada hari-hari peperiksaan sahaja). Tempoh/hari lain kelayakan Cuti Rehat Tanpa Gaji.
5. Untuk mengambil bahagian dalam sukan/olahraga di peringkat Negeri/Antarabangsa tidak melebihi 30 hari. Juga bagi
ahli Majlis/jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri/Antarabangsa itu menghadiri Mesyuarat AJK.
6. Untuk anggota lelaki semasa isteri bersalin tidak melebihi 7 hari (termasuk hari atau tarikh isteri bersalin). (Pekeliling
perkhidmatan Bil.9 Tahun 2002).
7. Apabila diminta hadir oleh/di Mahkamah (termasuk 1 hari untuk pergi dan 1 hari untuk balik)-Pekeliling JPA(S)223/8/3-3.
8. Untuk urusan kematian ahli keluarga terdekat(suami, isteri, anak dan emak/bapa) tidak melebihi 3 hari.( Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2002)
9. SK.4(ll)bertarikh 26.7.1994.
i. Diberi kepada ahli-ahli Kesatuan Sekerja semasa menghadiri Persidangan Perwakilan di peringkat
Kebangsaan dan antarabangsa yang diadakan di dalam negeri dan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat
agung tahunan / luar biasa di peringkat Kebangsaan (tanpa menambah bilangan hari Cuti tanpa Rekod yang
sudah dibekalkan).
ii. Cuti Tanpa Rekod tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai Kesatuan Sekerja untuk mcnjalankan urusan-
urusan Kesatuan Sekerja. Surat Ruj:JPA(S) 177/4/3/KLt.2/(60),25 Januari 1985.
133

b) Cuti Tanpa Gaji
(Perintah Am Bab C Perkara 14 / Pekeliling PERKHIDMATAN Bil. 9 Tahun 1991)
1. Diberi kerana sebab-sebab persendirian yang sahih lagi mustahak dilakukan pada waktu / hari bekerja.
2. 30 hari bagi setiap (genap) setahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.
3. Layak memohon apabila sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan selepas lantikan rasmi ke jawatan tetap.
4. Cuti ini layak dipohon oleh pegawai yang mengikuti pasangannya yang dihantar bertugas / berkursus di dalam dan di
luar negeri yang mengambil tempoh tidak kurang daripada 6 tahun. Tempoh terhad kepada 3 tahun sahaja. (Pekeliling
Perkhidmatan Pelajaran Bil.l Tahun 1992).
5. Bagi menjaga anak sehingga 90 hari sebaik sahaja tempoh 60 hari Cuti Bersalin tamat. 5 kali sepanjang tempoh
perkhidmatan.
6. Sebarang Cuti Tanpa gaji yang jatuh pada Cuti Penggal Sekolah / hujung/ Cuti Umum akan terus dianggap sebagai Cuti
Tanpa Gaji. (Perintah AM Bab C 52)
7. Anggota yang ingin memohon Cuti Tanpa Gaji diminta mengambil perhatian tentang syarat keperluan pentadbiran
disamping menyedari risiko yang berkaitan seperti berikut:
i. Segala pinjaman (yang sebelum/selama itu dibayar potongan bulanan) hendaklah terus dijelaskan secara
tunai.
ii. Melibatkan pembayaran dan kelayakan menerima bonus penuh.
iii. Melibatkan perkiraan ganjaran dan pencen kerana tempoh Cuti Tanpa gaji tidak dikira sebagai perkhidmatan
yang melayakan faedah-faedah persaraan.
iv. Melewatkan tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi anggota yang masih dalam tempoh percubaan.
v. Hilang kekananan dalam perkhidmatan untuk sepanjang tempoh Cuti tanpa Gaji.

Cuti Tanpa Gaji Tidak Boleh Diambilkira Untuk Tujuan Notis Perletakan Jawatan. (JPA. 173/9 Klt.7/(34) bertarikh 23.9.1996)

Latar Belakang
Perintah Am 61(a), Perintah-Perintah Am Bab A 1973 menetapkan bagi anggota yang hendak meletakkan jawatan dikehendaki
memberi sebulan notis bagi anggota sementara atau dalam percubaan. atau tiga bulan notis bagi anggota tetap yang telah
disahkan, atau mengikut syarat dalam kontrak bagi anggota kontrak atau membayar balik sebulan gaji sebagai ganti notis.
Perintah Am tersebut tidak pula menjelaskan sama cuti tanpa gaji boleh digunakan sebagai sebahagian atau keseluruhan tempoh
notis yang dimaksudkan itu.

Peraturan baharu
Setelah mengkajinya dengan teliti jabatan ini bersetuju memutuskan bahawa semua jenis cuti tanpa gaji tidak boleh diambil kira
untuk tujuan notis perletakan jawatan. Dengan kata lain tempoh notis yang ditetapkan dalam Perintah Am 61(a) Bab 'A' itu tidak
termasuk tempoh cuti tanpa gaji.

c) Cuti Separuh Gaji
(Perintah Am Bab C (Perkara 13 bagi anggota bukan guru dan Perkara 51 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
1. Diberi kerana sebab-sebab kesihatan anak saudara yang rapat kepada anggota sahaja.
i. 14 hari maksimum
ii. Yang lebih daripada 14 hari perlu pertimbangan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
2. 30 hari bagi setiap(genap) setahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
3. Cuti separuh Gaji yang meliputi kedua-dua tempoh penggal sekolah hendaklah dikira sebagai Cuti Separuh gaji yang

d) Cuti Sakit
(Perintah Am Bab C Perkara 15-21 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991)
1. Perlu ada Sijil Sakit (jika tidak, dipertimbangkan Cuti Tanpa Gaji)
2. Sijil daripada doktor swasta tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut setiap kali, dan hanya untuk sejumlah 15 hari
setahun.
3. 90 hari satu-satu masa/dalam setahun 9 Januari-Disember diperaku oleh Ketua Jabatan berdasarkan perakuan doktor
kerajaan. Tempoh tambahan 90 hari lagi diluluskan oleh pihak kementerian. Selepas 9I80 hari bergaji penuh) itu,
gunakan baki Cuti Rehat yang masih ada bagi yang layak. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (yang tiada Cuti Rehat)
boleh diberi sebanyak 25 hari tambahan Cuti Sakit. Selepas itu, Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari dengan perakuan
Lembaga Perubatan dan Sijil Sakit. (Tanpa Sijil Sakit, akan dikenakan Cuti Tanpa Gaji bagi tempoh menunggu laporan
Lembaga Perubatan). Jika masih belum sihat tetapi diperakukan ada harapan untuk sembuh oleh Lembaga Perubatan,
boleh diberi tidak melebihi 90 hari lagi Cuti Tanpa Gaji dengan diberi Elaun Bantuan bersama Separuh Gaji.
Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas itu dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.
4. Apabila lebih daripada 45 hari setahun untuk 3 tahun berturut-turut akan diperiksa oleh Lembaga perubatan.
5. Setiap Cuti Sakit perlu diluluskan oleh pihak Pengarah Pelajaran Negeri. (Sijil sakit hanya mengesahkan anggota itu
134

6. Anggota yang jatuh sakit semasa bercuti Tanpa gaji/ Separuh gaji/ bersalin tidak mendapat Cuti sakit.
7. Rawatan Di Luar Stesen - Peruntukan rawatan Di Luar Stesen dalam Perintah Am 42 Bab ‘B' adalah dikekalkan
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan tempatan. Pengiring adalah dibenarkan untuk menuntut elaun seolah-
olah ia menjalankan tugas rasmi ketika mengiringi pesakit, tidak melebihi daripada lima hari berasaskan kepada
kelayakan anggota berkenaan.
e) Cuti Tibi, Kusta dan Barah
1. Cuti Sakit Bergaji penuh tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan
bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.
2. Kemudahan (i) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan
tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah
lembaga perubatan.
3. Setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii) anggota boleh mengambil cuti Rehat yang masih layak dinikmatinya.
4. Cuti Separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (i) hingga (iii) dan
5. Setelah menghabiskan kesemua cuti di (i) hingga (iv) tiada cuti boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara ketua
Setiausaha. Kementerian Pelajaran (setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan) yang boleh menimbangkan apa-apa
cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

f) Cuti bersalin
Perintah Am Bab C Perkara 25-26 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010.
Selaras dengan hasrat kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti
bersalin ditetapkan seperti berikut:
1. Seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh
perkhidmatannya;
2. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap
kelahiran; dan
3. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan
Cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
4. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari. Pegawai dikehendaki untuk
memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti
berikut:
a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
i) Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji penuh yang dilayaki;
ii) Mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
iii) Mengambil Cuti Bersalin Tanpa gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan a(i) dan (ii) di atas; atau
iv) Menggunakan Cuti menjaga Anak Sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana
yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti
Bersalin.

b. Semasa Cuti penggal sekolah. guru hendaklah:
i) Menghabiskan baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
ii) Bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.
5. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai dikehendaki
untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara tempoh 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan
seperti berikut:
a. Semasa cuti penggal sekolah. guru boleh:
i) Mengambil Cuti Bersalin separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
ii) Mengambil Cuti Bersalin Tanpa gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan (a)(i) di atas; atau
iii) Menggunakan Cuti Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh seperti mana
yang dijelaskan di dalam pekeliling perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 bagi memenuhi tempoh Cuti
Bersalin.
b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji penuh.
6. Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan
menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974
dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.
7. Bagi pegawai lantikan kontrak (Contract of Service), kelayakan mereka adalah sepertimana yang ditetapkan dalam
4,5,dan 6 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan
kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa
gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan
peraturan lain yang berkuatkuasa. Kemudahan Cuti Bersalin tanpa Gaji in juga tidak menyebabkan tempoh kontrak
135

g) Cuti Haji
(Perintah Am Bab C Perkara 34-35 dan Pekeliling Perkhidmatan)
1. Sekali di dalam/sepanjang tempoh perkhidmatan;
2. Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan. Jika pegawai sementara sudah berkhidmat terus-menerus 6 tahun
ke atas;
3. Selama 40 hari bergaji penuh. Gunakan Cuti rehat, Cuti sambilan, Cuti Tanpa Gaji untuk tempoh yang selebihnya.

h) Cuti Rehat Tahunan
(Perintah Am Bab C Perkara 7-12 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991)
1. Untuk anggota tetap sahaja.
2. PPP guru yang berkhidmat di sekolah tidak layak cuti ini.
3. Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak ambil kira.
4. Baki dari 2 tahun yang terdahulu boleh dikumpul/dibawa ke tahun ketiga tetapi baki dari tahun pertama itu akan luput
pada akhir tahun ketiga.
5. Baki cuti yang tidak dapat dipergunakan kerana kepentingan perkhidmatan boleh diganti dengan wang Tunai (sebagai
salah satu faedah persaraan) dengan syarat tidak melebihi separuh (atau maksimum 15 hari) daripada kelayakan
tahunan setiap kali tetapi tidak melebihi 150 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. (Pekeliling Perkhidmatan-Bilangan
17 tahun 2003 dan Pekeliling Perkhidmatan-Bilangan 18 tahun 2008).
6. Pekeliling Perkhidmatan-Rujuk Lampiran Kadar Cuti Rehat Tahunan untuk kelayakan anggota.
7. Anggota sambilan yang bekerja lebih daripada 27 hari dalam sebulan layak satu hari tetapi tidak boleh lebih daripada 7
hari setahun-Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 tahun 1994.

i) Cuti Belajar
1. Anggota tetap yang telah disahkan dalam jawatan serta sudahpun berkhimat (genap) 3 tahun. (Bagi guru dikira mulai
tarikh lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran).
2. Mempunyai kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya.
3. Umur tidak melebihi 48 tahun pada tarikh sesi pengajian semula. (Syarat ini akan ditentukan oleh Kementerian
Pelajaran dari semasa ke semasa).
4. Mengikuti bidang pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran serta ditawarkan tempat di pusat Pengajian
Tinggi yang diiktirafkan oleh kerajaan.
5. Bagi pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Tempatan, perlu memperolehi surat kebenaran daripada Pengarah
Pelajaran terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan memasuki institusi berkenaan.
6. Selepas berjaya mendapat tempat, anggota perlu memohon Pelepasan Jawatan daripada Pengarah Pelajaran
disamping mengemukakan permohonan Cuti Belajar ke Kementerian Pelajaran melaui Jabatan Pelajaran Negeri.
7. Bagi program peringkat Sarjana, kebenaran dan permohonan Cuti Belajar perlu dikemukakan terus kepada
Kementerian Pelajaran selepas mendapat tawaran daripada universiti serta Pelepasan Jawatan daripada Pengarah
Pelajaran.
8. Jenis Cuti Belajar:
i. Bergaji Penuh-kursus ditawarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
ii. Separuh Gaji-ljazah pertama di Universti tempatan
iii. Tanpa Gaji
Ijazah kedua/ sarjana di institusi tempatan/ luar negeri yang diambil secara persendirian/ pilihan sendiri. Juga
untuk ijazah pertama di institusi luar negeri.
iv. Tanpa Gaji dan Tanpa Biasiswa
Walau bagaimanapun, semua jenis Cuti Belajar akan ditentukan serta diluluskan oleh Bahagian Biasiswa.
Kementerian Pelajaran Malaysia.


j) Pelepasan
Kemudahan/ kelulusan pelepasan diberi untuk kes-kes yang tidak terkandung di dalam peruntukan Perintah Am dan Pekeliling
Perkhidmatan seperti membenarkan tempoh yang munasabah untuk pegawai membuang undi dalam pilihan raya, apabila diminta
hadir di mahkamah, dan untuk urusan tertentu atas kepentingan negara.

k) Perakuan Tidak Hadir Di Pejabat



136

l) Cuti Penggal Persekolahan
(Perkara 49-50 Perintah Am Bab C)
Hanya guru berkelayakan mendapat cuti ini dengan syarat Ketua Jabatan boleh memanggil balik guru untuk tugas selain
mengajar yang tidak melebihi separuh daripada jumlah penggal dalam satu-satu tahun.

m) Cuti Gantian
(Perkara 40 Perintah Am Bab C)
1. Untuk anggota bukan guru sahaja.
2. Diberi kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, cuti umum atau hari kelepasan mingguan.
3. Sebagai gantian kerana tidak berkelayakan mendapat bayaran untuk tempoh tersebut.

n) Cuti Isteri Bersalin di Bawah Perenggan 58.2
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2002
1. Kemudahan cuti isteri bersalin sebanyak tujuh hari diberi kepada pegawai-pegawai yang telah kehabisan cuti rehat yang
dia berkelayakan pada tarikh isterinya bersalin dan bukannya telah kehabisan semua cuti rehat tahunannya;
2. Pegawai yang berkelayakan cuti rehat kurang daripada tiga hari pada tarikh isterinya bersalin hanya layak diberi cuti
tanpa rekod sebanyak baki tempoh itu sahaja. Sebagai contoh, dua hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehatnya
berbaki sebanyak satu hari sahaja, dan satu cuti tanpa rekod sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak dua hari;
3. Cuti tanpa rekod ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya sekiranya isteri
seseorang pegawai itu bersalin selepas waktu pejabat;
4. Semua hari pelepasan mingguan dan hari kelepasan am yang jatuh dalani tenpurti ini hendaklah diambikira; dan
5. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
6. Kemudahan cuti tanpa rekod ini juga dipanjangkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diarah bertugas
semaa cuti penggal persekolahan. Dalam pada itu, pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas semasa penggal
sekolah juga layak diberi kemudahan ini.

Faedah Persaraan
1. Ganjaran
7.5% x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji akhir yang diterima.
Contoh: Jumlah bulan berkhidmat : 360,
Gaji akhir : RM 2428.95
Ganjaran = RM 2428.95 x 360 x 7.5% = RM 65581.65


2. Pencen
1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang terakhir diterima tetapi tertakluk
kepada maksimum sebanyak 60% daripada gaji yang akhir diterimanya. (30 tahun perkhidmatan)



















137

PENGURUSAN PERKHIDMATAN GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Apakah syarat-syarat dan tatacara pengesahan dalam perkhidmatan?
 Pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan masing-masing dalam tempoh
percubaan boleh disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
PPP
 Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
 Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda; dan
 Diperaku oleh Ketua Jabatan.

AKP
Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Tranformasi Minda;
Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan oleh Skim Perkhidmatan; dan
Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Ketua Jabatan hendaklah memperaku PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi
pengesahan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan PDP Pegawai (SPP/K/002) (Lampiran I Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
ii. Borang Perakuan PDP Jadual Ketiga (Lampiran II atau Lampiran III Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
iii. Borang Opsyen KWSP Jadual Kelima (Lampiran IV atau Lampiran V Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013)
iv. Salinan Sijil Kursus Induksi / Program Tranformasi Minda (PTM) dan surat pengecualian Kursus Induksi/ PTM (jika ada)
v. Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP)
vi. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini /
teratur dan disahkan

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya seseorang pegawai masih belum disahkan dalam perkhidmatan setelah
tamat tempoh percubaan?
 Ketua Jabatan bagi anggota yang tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah
mengemukakan permohonan bagi Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) anggota kepada SPP dalam tempoh 7 hari sebaik
sahaja tamat tempoh percubaan maksimum atau genap 36 bulan perkhidmatan (Perenggan 9 Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun
2013).

Sekiranya pegawai telah memenuhi syarat untuk disahkan Dalam perkhidmatan tetapi tidak diperaku oleh Ketua Jabatan
apakah yang perlu dilakukan?
 Jika seseorang pegawai tidak diperakukan untuk disahkan dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan
kepada Suruhanjaya perakuan untuk tidak mengesahkan pegawai itu dalam perkhidmatan sebagaimana dalam Jadual
Ketiga – Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Para 4, P.U(A) 1/2012.
 Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai mengikut subperaturan (3),
pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar ke
Ketua Jabatan. Para 5, P.U.(A) 1/2012.

Bolehkah pegawai memohon untuk pengecualian Program Transformasi Minda (PTM)?
 Boleh. Pegawai sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan
daripada menghadiri PTM selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 sekiranya telah memenuhi
syarat berikut di skim perkhidmatan terdahulu:
 hadir dengan jaya PTM; atau
 hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
 lulus Peperiksaan Am Kerajaan

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
 Surat iringan dari Jabatan/Sekolah (berserta justifikasi kelewatan sekiranya melebihi tempoh percubaan tiga (3) tahun
dari tarikh lantikan);
 Salinan bukti kehadiran Kursus Induksi (Modul Umum)/ PTM atau slip keputusan Peperiksaan Am Kerajaan yang
disahkan oleh Ketua Jabatan; dan
138

PENGURUSAN PERKHIDMATAN GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

Apakah yang melayakkan seorang pegawai diberi taraf berpencen?
 Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya tidak memilih skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan
dan genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira. Secara umumnya, tarikh PTB ditetapkan pada satu hari
bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan. Dokumen yang perlu
dikemukakan bagi tujuan Pemberian Taraf Berpencen adalah seperti berikut:
i. Borang Permohonan PTB Pegawai (SPP/K/003) - (Lampiran VI Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013);
ii. Borang Perakuan PTB - Jadual Keenam (Lampiran VII atau Lampiran VIII Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013); dan
iii. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas
kini/teratur dan disahkan.

PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN (PTP)
Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
(SPP)?
 Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan asalnya iaitu mengikut
Peraturan 30(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
[P.U.(A) 1/2012].

Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?
 Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:
i. Perakuan daripada Ketua Jabatan melalui Jadual Ketiga – Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan
Jadual Keempat - Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan, merujuk kepada - Peraturan 29(2) & (4) dan 30(3),
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)
1/2012] ;
ii. Salinan BPK yang telah dikemaskini; dan
iii. Surat alasan daripada pegawai tentang kelewatan memenuhi syarat perkhidmatan

Berapa tahunkah Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan?
 Mengikut Peraturan 30(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhid-
matan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan,
tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan
patut.
 Manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan Ketua Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya melanjutkan
tempoh percubaan selama dua belas bulan sahaja dan diikuti dengan penamatan, jika pegawai masih gagal untuk diberi


CUTI REHAT (CRK)

Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 di lantik mulai 1 Julai 1996. Pegawai dinaikkan pangkat ke
Gred DG32 pada 1 Oktober 2006. Pada 1 Januari 2007, pegawai dilantik sebagai Guru Besar. Pegawai telah memilih
untuk kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan menut PP 4/2002 atau PP 20/2008. Pada 1 Januari 2010, pegawai telah
dilantik ke jawatan PPP Gred DG41 setelah menamatkan pengajian peringkat Ijagikzah Sarjana Muda dan kekal sebagai
Guru Besar di sekolah yang sama. Berapakah kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai setelah dilantik ke jawatan Gred
DG41?
 Kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 25 hari setahun. Berdasarkan PP 14/2008, pegawai awam
yang lantikan mulai 1 Januari 2009, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam
PP14/2008. Sehubungan itu, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai yang telah memilih opsyen untuk kekal diberi kemudahan
Cuti Rehat tahunan di bawah PP 4/2002 atau PP 20/2005 dan pegawai lantikan mulai 1 Januari 2009 adalah seperti berikut :
 PPPLD yang dilantik sebagai PPPS:
Penetapan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan di jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu (PPPS) adalah berdasarkan
tarikh lantikan pegawai ke jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu (PPPS).
139

Adakah kelayakan Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari boleh dihabiskan/ digunakan sekaligus pada awal tahun?
 Berdasarkan peruntukan Perenggan 4(d)(i), PP 3/2005, kaedah pengambilan CRK adalah berdasarkan kepada tempoh
perkhidmatan yang melayakkan bagi satu tahun kalendar dan secara pro-rata (proportionate).
 Walau bagaimanapun, berdasarkan SPP KPM 1/2015- Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas Berdasarkan PP 3/2005
berkuatkuasa mulai 19 Mac 2015 menjelaskan berhubung pelaksanaan terkini pemberian kelulusan CRK seperti berikut :
 Ketua Jabatan dalam keadaan tertentu boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan
tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan-tujuan berikut:
i. Menziarahi ‘ahli keluarga’ dan ‘ahli keluarga rapat’ yang sakit tenat atau meninggal dunia;
ii. Menziarahi upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
iii. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
iv. Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ‘ahli keluarga’;
v. Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
vi. Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
vii. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
viii. Perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
 Tempoh CRK yang telah diambil secara pendahuluan mengikut tujuan-tujuan di atas hendaklah dipulangkan dalam bentuk
pemotongan emolumen pegawai sekiranya berlaku keadaan di mana pegawai tidak genap berkhidmat dalam satu tahun
kelendar atas sebab cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti belajar, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah, pegawai meninggal
dunia dalam perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan.

Adakah CRK yang tidak dapat dihabiskan boleh dibawa ke tahun berikutnya?
 Berdasarkan perenggan 2(b), PP 3/2005 menjelaskan bahawa CRK yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh di bawa ke


CUTI BERSALIN
Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap
kelahiran. Adakah bermakna pegawai boleh memohon Cuti Bersalin tidak kira sama ada 68 hari, 70 hari, 82 hari atau 85
hari?
 Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh di
antara 60 hari sehingga 90 hari.

Adakah Cuti Sakit boleh digunakan bagi tujuan menggantikan tempoh Cuti Bersalin sekiranya pegawai telah
menggunakan kelayakan maksimum Cuti Bersalin 300 hari?
 Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah
atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin sepertimana yang telah
dinyatakan dalam perenggan 11, PP 14/2010.

Adakah pegawai boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan?
 Tidak. Perenggan 15.2 PP 14/2010 telah menjelaskan bahawa pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang
telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin semasa berkhidmat secara
kontrak diambil kira setelah pegawai tersebut dilantik ke jawatan tetap?
 Ya. Kelayakan Cuti Bersalin pegawai diambil kira semasa pegawai berkhidmat secara kontrak dan dianggap telah
digunakan.

Adakah pegawai yang mengalami keguguran pada usia kandungan 24 minggu layak untuk mengambil Cuti Bersalin?
 Layak. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun
meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan
fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.

Puan A telah melahirkan 3 orang anak sepanjang perkhidmatan. Beliau telah mendapat cuti belajar tanpa gaji mulai
tahun 2008 hingga 2011. 2 orang anak beliau dilahirkan dalam tempoh pengajian. Adakah kedua-dua orang anak yang
dilahirkan dalam tempoh cuti belajar tanpa gaji itu diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin?
 Tidak. Sekiranya pegawai bersalin dan sedang menikmati kemudahan Cuti Belajar Separuh Gaji/ Tanpa Gaji di mana tem-
poh kemudahan cuti tersebut telah meliputi tempoh Cuti Bersalin, maka ianya tidak diambil kira dalam kemudahan Cuti
Bersalin memandangkan tempoh Cuti Bersalin itu telah diliputi oleh cuti belajar separuh gaji/ tanpa gaji tersebut.

140

Puan N, PPP Gred DG41 telah memohon untuk menggunakan 90 hari Cuti Bersalin bagi anak ketiga namun tidak dilulus-
kan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hanya meluluskan Cuti Bersalin selama 60 hari disebabkan oleh kekurangan
tenaga kerja di sekolah tersebut. Adakah Ketua Jabatan mempunyai hak untuk berbuat demikian?
 Ya. Dari segi dasar pemberian kemudahan Cuti Bersalin, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti
Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Walau bagaimanapun, tempoh Cuti Bersalin yang diberi
adalah diputuskan dengan rundingan di antara pegawai dengan Ketua Jabatan di mana keputusan yang ditetapkan adalah
berdasarkan kepada kelulusan Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Berapa kalikah guru layak mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari, setelah menghabiskan kemudahan
Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari?
 Tiada had. Kemudahan Cuti Bersalin Separuh Gaji adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya di-
peruntukkan kepada guru (yang mengajar) selama 14 hari dalam penggal sekolah. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menen-
tukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
 Berdasarkan perenggan 8.2 PP 14/2010, Guru (yang mengajar) yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari
kemudahan Cuti Bersalin, tempoh Cuti Bersalin adalah seperti berikut:
a. Semasa penggal sekolah, guru (yang mengajar) boleh :
 mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
 mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan Cuti Bersalin Separuh Gaji; atau
 menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam PP 5/2014 bagi
memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.

Puan K, Pembantu Pengurusan Murid telah mengambil Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin sehingga 14 hari
(3/3/15 – 16/3/15) dari tarikh dijangka bersalin. Namun demikian, beliau hanya bersalin pada 20/3/15. Adakah beliau boleh
memberikan sijil sakit kepada Ketua Jabatan bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15)?
 Tidak, sijil sakit tidak boleh diterima bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15). Cuti Bersalin pegawai hendaklah dikira mulai
3/3/15 – 1/5/15 selama 60 hari (jika pegawai mengambil Cuti Bersalin 60 hari).

Puan B, Pembantu Tadbir telah menggunakan 300 hari kemudahan Cuti Bersalin (60 hari bagi setiap kelahiran). Beliau
akan bersalin kali ke enam pada hari Kelepasan Am. Bilakah tarikh bersalin pegawai bermula?
 Cuti Bersalin bermula dari pegawai bersalin iaitu pada hari Kelepasan Am disambung dengan cuti rehat yang berkelayakan
dan seterusnya Cuti Bersalin Tanpa Gaji. Walau bagaimanapun, pegawai dikehendaki memenuhi tempoh Cuti Bersalin di
antara 60 hari sehingga 90 hari.

Seorang PPP yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari. Beliau bersalin semasa cuti penggal
sekolah. Adakah guru berkenaan boleh untuk tidak menggunakan baki Cuti Bersalin?
 Tidak boleh. Sebagaimana yang dijelaskan di perenggan 7.2 PP 14/2010, Guru berkenaan dikehendaki untuk memenuhi
tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari seperti turutan berikut:
a. Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
b. bagi tempoh yang selebihnya dianggap Cuti Bergaji Penuh.

CUTI MENJAGA ANAK

Puan A telah berkahwin dengan seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun 7
bulan yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya. Anak tiri pegawai telah ditimpa kemalangan dan beliau
bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti
Menjaga Anak untuk menjaga anak tiri?
 Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehing-
ga 5 bulan (152 hari) kerana anak tiri pegawai telah berusia 4 tahun 7 bulan ketika permohonan dikemukakan dan tertakluk
kepada syarat satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak berumur lima (5) tahun, mana yang
terdahulu:
Perkiraan = (5 Bulan x 365 hari) ÷ 12 bulan
= 152 hari

Puan B telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi tujuan menjaga anak tiri tanggungan. Dalam tempoh
sedang bercuti menjaga anak, pegawai telah bercerai dengan suami beliau. Bolehkah pegawai meneruskan Cuti Menjaga
Anak yang telah diluluskan?
 Pegawai tidak layak untuk meneruskan baki Cuti Menjaga Anak kerana tidak lagi memenuhi tafsiran anak tiri tanggungan
141

Puan C telah mengambil Cuti Menjaga Anak selama 200 hari bagi tujuan menjaga anak angkat yang sakit. Pada hari ke
150, anak angkat pegawai meninggal dunia. Adakah pegawai masih boleh meneruskan Cuti Menjaga Anak sehingga 200
hari yang telah diluluskan?
 Tidak. Berdasarkan perenggan 11 (vi) PP 5/2014, pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh
Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak
penjagaan.

Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak selepas melahirkan anak selama 200 hari (2007), 450 hari
(2010) dan 650 hari (2012). Pada tahun 2015, pegawai akan melahirkan anak keempat dan bercadang menggunakan
kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakan pegawai layak?
 Pegawai layak baki kemudahan Cuti Menjaga Anak 525 hari (untuk kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung
daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin). Pengiraan kelayakan Cuti Menjaga
Anak adalah seperti yang berikut:
Jumlah Kelayakan Cuti: 1,825 hari Menjaga Anak
(tolak) Cuti Menjaga Anak 2007: 200 hari (anak pertama)
(tolak) Cuti Menjaga Anak 2010: 450 hari (anak kedua)
(tolak) Cuti Menjaga Anak 2012: 650 hari (anak ketiga)
Baki Cuti Menjaga Anak pada 2015 (anak keempat): * 525 hari

*Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak terikat dengan Cuti Bersalin kelayakan terhad
sehingga 365 hari daripada jumlah kelayakan keseluruhan 525 hari.

Puan N mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh sebanyak 60 hari dan tidak pernah menggunakan kemudahan Cuti
Menjaga Anak sebelum ini. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung
daripada Cuti Bersalin?
 Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin, terhad sehingga 1,825
hari bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh 60 hari Cuti Bersalin Bergaji Penuh.

Puan S, Pembantu Makmal hanya mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari dan baki Cuti Rehat
sebanyak 20 hari. Disebabkan Cuti Menjaga Anak merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai bercadang untuk menghabiskan
Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan diikuti dengan Cuti Rehat dan seterusnya Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak
untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin?
 Pegawai tidak layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin kerana telah menggunakan
kemudahan Cuti Rehat terlebih dahulu selepas Cuti Bersalin Bergaji Penuh. Namun, pegawai layak menggunakan kemu-
dahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin, terhad sehingga 365 hari selepas menggunakan baki Cuti
Rehat sebanyak 20 hari.

Puan F, seorang guru akan melahirkan anaknya yang kelapan semasa penggal sekolah. Pegawai tidak mempunyai baki
Cuti Bersalin Bergaji Penuh dan pernah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 900 hari pada tahun
2009. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekaligus?
 Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin, terhad kepada baki sebanyak 925 hari dengan
pengiraan seperti berikut:

Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang = 1,825 hari
bersambung dengan Cuti Bersalin
(tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak 2009 = 900 hari
Baki Cuti Menjaga Anak yang bersambung = *925 hari
dengan Cuti Bersalin

* Pegawai boleh menggunakan baki 925 hari secara sekaligus atau sebahagian tertakluk kepada keperluan.

Puan R telah menggunakan kelayakan Cuti Menjaga Anak yang bersambung dengan Cuti Bersalin sebanyak 630 hari.
Selepas kembali bertugas selama 1 tahun, pembantu rumah beliau telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Beliau
berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. Pada ketika itu,
anak beliau berumur 3 tahun. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak berikat
dengan tempoh Cuti Bersalin?
 Pegawai layak kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin terhad sehingga 365 hari (1 tahun)
sepanjang tempoh perkhidmatan.


142

Puan F, PPP Gred DG48 berhasrat untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti
Bersalin sebanyak 360 hari untuk menjaga anaknya yang sakit. Namun demikian, memandangkan kemudahan Cuti Men-
jaga Anak ini merupakan Cuti Tanpa Gaji, pegawai risau ia akan menjejaskan kelayakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di
bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974. Adakah pegawai masih layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji
di bawah Perintah Am 14 Bab C Tahun 1974 selepas menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak?
 Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 52 Bab C Tahun 1974 me-
mandangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah PP 5/2014 tidak menjejaskan kelayakan bagi kemudahan di bawah
peruntukan Perintah Am 52 Bab C 1974. Kedua-dua kemudahan Cuti Tanpa Gaji tersebut adalah merupakan dua kemu-
dahan yang berbeza.

Puan D telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 150 hari
bagi anaknya yang kedua. Selepas kembali bertugas selama 6 bulan, anaknya dimasukkan ke hospital. Pegawai juga
telah habis menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan Perintah Am Bab C 1974. Adakah pegawai layak
menggunakan baki Kemudahan Cuti Menjaga Anak?
 Pegawai layak menggunakan baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin sebanyak 215 hari
dengan pengiraan seperti berikut:
Jumlah kelayakan Cuti Menjaga Anak yang : 365 hari
tidak terikat dengan Cuti Bersalin
(tolak) Tempoh Cuti Menjaga Anak telah diambil : 150 hari
Baki Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan
Cuti Bersalin : 215 hari

Puan K telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak sebanyak 130 hari meskipun pegawai masih di dalam tempoh
percubaan. Apakah status tempoh percubaan pegawai?
 Tempoh percubaan pegawai dibekukan dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas. Walau
bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan
pengesahan dalam perkhidmatan.


CUTI BARAH

Adakah seorang pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari sekaligus oleh
Ketua Jabatan?
 Tidak. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh kepada pegawai yang telah didiagnos
mengidap kanser oleh pakar kanser. Pegawai diberi sijil sakit barah bermula dari tarikh pengesahan diagnos kanser tersebut.
 Tempoh kelulusan Cuti Barah Bergaji Penuh adalah berdasarkan tempoh cuti barah yang dinyatakan dalam sijil sakit barah
yang dikeluarkan oleh pakar barah kepada pegawai.

Adakah seorang pegawai awam boleh mendapatkan rawatan sakit barah di hospital/ klinik swasta?
 Pegawai boleh mendapatkan rawatan barahnya di hospital/ klinik swasta sepenuhnya tetapi hendaklah mendapatkan
kebenaran berubat di yayasan bukan kerajaan daripada Kuasa Tertentu (BPSM, KPM) terlebih dahulu. Walau
bagaimanapun, apabila pegawai mendapat kelulusan berubat di yayasan bukan kerajaan, pegawai layak dipertimbangkan
kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari tetapi dengan syarat segala perbelanjaan rawatan perubatan barah
tidak ditanggung oleh kerajaan.

Sekiranya seorang pegawai didiagnos dan disahkan menghidap kanser payu dara mulai Disember 2012 dan diluluskan
Cuti Barah Bergaji Penuh selama 520 hari oleh Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun pada Jun 2014, pegawai tersebut
didiagnos dan disahkan menghidap kanser rahim tahap 2. Dalam kes ini, adakah pegawai layak mendapat kemudahan
Cuti Barah Bergaji Penuh tambahan sebanyak 720 hari bagi penyakit kanser rahim?
 Berdasarkan peruntukan Perintah Am Bab C 31 menjelaskan bahawa kemudahan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720 hari
bagi penyakit barah dan kusta atau yang setaraf dengannya. Ini bermakna kelayakan Cuti Barah Bergaji Penuh selama 720
hari meliputi kedua-dua jenis barah yang dihidapi pegawai.








143

CUTI GANTIAN
Seorang pegawai tidak hadir bertugas pada 14 Oktober 2013 dan kelayakan Cuti Rehat pada tahun berkenaan telah habis
digunakan. Ketua Jabatan mengarahkan pegawai untuk menjalankan tugas lebih masa mulai 17 hingga 20 Oktober 2013.
Berdasarkan pengesahan penyelia, jumlah masa terkumpul bertugas lebih masa adalah melebihi 9 jam yang melayakkan
pegawai dipertimbangkan 1 hari Cuti Gantian. Dalam kes ini, adakah Cuti Gantian selama 1 hari boleh diambil bagi
menggantikan tempoh ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013 walaupun jumlah masa terkumpul adalah bermula
pada 17 Oktober 2013?
 Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974 menjelaskan bahawa Cuti Gantian layak dipertimbangkan kepada adalah pegawai
yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi
tidak berkelayakan mendapatkan bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas, layak diberi Cuti Gantian mengikut
syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
 Cuti Gantian boleh diluluskan sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa tersebut. Satu hari Cuti
Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti
Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih
masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 5.2, SPP 1/1980, PP 9/1991 dan
PP 4/2002.
 Oleh yang demikian, Cuti Gantian kepada pegawai tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya sebagaimana dijelaskan di


CUTI SAKIT
Seorang pegawai telah jatuh sakit semasa bercuti rehat di Singapura. Beliau telah menerima rawatan di klinik swasta dan
diberikan cuti sakit selama 2 hari. Bolehkan sijil sakit tersebut diterima?
 Berdasarkan surat edaran JPA rujukan JPA(S)223/8/3 Klt.15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010 - Penambahbaikan Dasar
Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura menjelaskan bahawa:
 Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik/ hospital di Singapura bagi tujuan meluluskan
kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. pegawai telah mendapatkan kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan bagi apa-apa tujuan sekalipun;
ii. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan
oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi
15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluar-
kan oleh doktor swasta di dalam negara tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelas-
kan dalam PP 2/2006.
iii. bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan
oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh tidak melebihi 90
hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan
iv. bagi pegawai yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di
klinik/ hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan (b) di atas.
CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA JARAK JAUH (PJJ)
Apakah Syarat Untuk Mendapatkan Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS)?
 Berdasarkan perenggan 7, SPP Bil. 7 Tahun 2009, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian CKS tertakluk
kepada syarat berikut:
i. Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
ii. Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuit pengajian
secara jarak jauh;
iii. Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah mendapat pengiktirafan Unit Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan
Awam, Sektor Pengajian Tinggi bagi maksud lantikan ke dalam perkhidmatan awam yang boleh disemak melalui laman
web JPA : eSISRAF;
iv. Kemudahan CKS hanya layak untuk dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan;
v. Bilangan CKS yang diambil perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti Buku Perkhidmatan
Kerajaan pegawai;
vi. Kemudahan yang diberikan bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan
vii. Kemudahan CKS (iaitu Cuti Tanpa Rekod bagi mengikuti kursus intensif sebanyak 30 hari bagi satu tahun pengajian)
tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa.
Kursus intensif meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti kuliah, tutorial,
seminar/ bengkel/ kolokium dan latihan amali/ latihan industri yang kurang daripada 30 hari.
144


Click to View FlipBook Version