The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faisalunisza, 2023-08-29 22:18:21

LTPK UniSZA 2022

LTPK UniSZA 2022

51 Universiti Sultan Zainal Abidin Gambar 2.21: Program Kesenian dan Warisan Tahun 2022. Lensa IPT@UniSZA Let’s Talk COVID-19:‘Bangkit Anak Seni’ Pertandingan Video Pendek Bakat Seni Pertandingan Tarannum Al-Quran (Recital Competition). 51


52 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 7. PENCAPAIAN SUKAN Tahun 2022 merupakan tahun yang cemerlang bagi atlet UniSZA selepas dua tahun negara dilanda Pandemik COVID 19. Rajah 2.3: Rumusan pencapaian sukan bagi tahun 2022. Rajah 2.4: Statistik pelajar UniSZA mewakili universiti peringkat kebangsaan dan antarabangsa tahun 2022. Iman Aisyah binti Norazam Fakulti : FSK Biasiswa : KPT Nur Ili Athirah binti Shaharuddin Fakulti : FPP Biasiswa : KBS Ahtirah Awni binti Mat Yatya Fakulti : FRIT Biasiswa : KPT Ikram bin Zaidi Fakulti : FIK Biasiswa : KBS Nurul Izzah binti Aznan Fakulti : FPP Biasiswa : KBS Muhammad Aiman Harith bin Abdul Aziz Fakulti : FRIT Biasiswa : KBS Jadual 2.1: Senarai penerima biasiswa sukan. 6 5 4 3 2 1 0 Bola Sepak Boling Padang Memanah Menembak Olah Silat Taekwondo Raga 2 2 1 2 5 3 1 6 6 Negara Negeri IPT 56 NEGERI 11 MASUM 7 KEBANGSAAN 47 ANTARABANGSA 4 JUMLAH KESELURUHAN 123 Penganjuran & Penyertaan


53 Universiti Sultan Zainal Abidin Jadual 2.2: Penyertaan Kejohanan Utama KPT dan MASUM Tahun 2022. Bil Kejohanan Pencapaian 2022 1 Karnival Sukan Masum 2022 3 Emas, 4 Perak, 1 Gangsa 2 Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (Sukipt) 2022 2 Emas, 7 Perak, 5 Gangsa 3 Kejohanan Olahraga Ipt 2022 2 Perak, 3 Gangsa 4 Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022 Tempat Ke- 3 Dari 12 Pasukan 5 Kejohanan Liga Futsal Ipt 2022 Tempat Ke 6 Dari 11 Ipt 6 Kejohanan Cross Border Ipt 2022 1 Pingat Gangsa (Lawn Bowl) 7 Kejohanan Memanah Terbuka Ipt 2022 1 Emas, 1 Perak & 2 Gangsa 8 Majlis Anugerah Sukan Masum 2019 Pengurus Terbaik & Jurulatih Terbaik 8. PEMERKASAAN PELAJAR Pemerkasaan pelajar merupakan satu usaha memberi peranan dan kebebasan kepada pelajar untuk merancang, menyumbang idea dan membuat keputusan sendiri. Pemerkasaan pelajar ini secara amnya merangkumi kepimpinan, kebolehan melaksana program dan kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Pelajar yang diberi peranan akan lebih bermotivasi dalam melaksanakan tugasan dan merasakan kehadiran mereka lebih bermakna serta memberi kesan yang positif. Setiap tahun, agenda pemerkasaan pelajar ditekankan kepada semua pelajar di UniSZA terutamanya melibatkan para pemimpin pelajar. Gambar 2.22: Program Pemerkasaan Pelajar 2022. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2022/2023 Minggu Mesra Siswa


54 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 8. PENCAPAIAN DAN ANUGERAH Selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2021-2025, bakat kepimpinan mahasiswa yang dibangun dan diperkasakan oleh UniSZA sentiasa diketengahkan dalam pelbagai pertandingan dan pencalonan anugerah tokoh pada peringkat universiti hingga ke peringkat antarabangsa. Pengiktirafan yang diraih akan menjadi penanda aras terhadap keberhasilan program pembangunan bakat. Di samping itu, usaha turut dijalankan bagi mengangkat pemimpin mahasiswa ini menjadi ikon kepada generasi akan datang. Hasilnya, pelbagai pencapaian tertinggi dan anugerah telah berjaya diraih mahasiswa UniSZA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Program Festival Minda Merdeka sempena Bulan Kemerdekaan. Pesta Konvokesyen UniSZA ke-13 dan ke-14 Ahmad Hariz bin Bely, Nur Hazirah binti Azan dan Patmawiham bin Mohd Rawi Pingat Emas Pertandingan Inovasi Pendidikan Syeikh Tahir 2022. Muhammad Nur Aiman bin Zulkifli Pingat Gangsa Kategori Pemimpin Kolej Kediaman Majlis Anugerah Bakat Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) 2022. Selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2021- 2025, bakat kepimpinan mahasiswa yang dibangun dan diperkasakan oleh UniSZA sentiasa diketengahkan dalam pelbagai pertandingan dan pencalonan anugerah tokoh pada peringkat universiti hingga ke peringkat antarabangsa. Gambar 2.23: Pencapaian dan anugerah melibatkan pelajar UniSZA. 9.


55 Universiti Sultan Zainal Abidin 10. KECEMERLANGAN SUKAN KUDA DAN MEMANAH Sepanjang tahun 2022, pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah disertai oleh atlet-atlet di bawah program kecemerlangan sukan kuda dan memanah. Para atlet telah mempamerkan aksi yang cemerlang dengan meraih pingat pada setiap kejohanan yang disertai. Berikut ialah rumusan kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2022. i. Sultan Mizan Cup 2022 Pertandingan Kuda Lasak Antrabangsa Sultan Mizan Cup 2022 telah berlangsung di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, Setiu bermula 13 hingga 16 Oktober 2022. Seorang pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Wan Akmal bin Wan Mahmood telah menjuarai kategori CEN 40 KM. Gambar 2.24: Juara 40KM Kuda Lasak Antarabangsa. Wan Akmal bin Wan Mahmood Juara keseluruhan (Kategori 40 KM) Pertandingan Kuda Lasak Antarabangsa Sultan Mizan Cup. Zulfaqar Aslam bin Zulkefli Naib Johan Young Disabilities Challenge 2022. Yasmin Suraya binti Mohd Yusoff Tempat Kedua kategori Sales Achievement Awards Competition for Potential Excellent and Talented Entrepreneurs (COMPETE @ MOHE’22).


56 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 ii. 31st SEA Games Vietnam 2021 Dua orang atlet PKS Memanah UniSZA tersenarai dalam skuad memanah kebangsaan untuk beraksi di Temasya Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam. Ini merupakan penampilan kali kedua buat Iman Aisyah binti Norazam (FSK) dan Nur Aina Yasmine binti Halim (FSSG) dalam mewakili skuad negara di pentas sukan terbesar Asia Tenggara. Gambar 2.25: Gangsa Berpasukan Compound Wanita. iii. 5th Islamic Solidarity Games 2021 Atlet PKS Memanah UniSZA, Nur Aina Yasmine binti Halim (FSSG) telah mewakili negara ke kejohanan 5th Islamic Solidarity Games 2022 yang berlangsung di Konya, Turki. Beliau menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan tersebut dan telah berjaya meraih satu pingat gangsa dalam acara berpasukan campuran compound. Gambar 2.26: Gangsa dalam kejohanan 5th Islamic Solidarity Games 2022. Sepanjang tahun 2022, pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah disertai oleh atlet-atlet di bawah program kecemerlangan sukan kuda dan memanah.


57 Universiti Sultan Zainal Abidin iv. Asia Cup Stage 1 (World Ranking Tournament) 2022 Dua orang atlet PKS Memanah UniSZA, Iman Aisyah binti Norazam (FSK) dan Nur Aina Yasmine binti Halim (FSSG) bersama skuad memanah kebangsaan telah menyertai kejohanan Asia Cup Stage 1 (World Ranking Tournament) 2022 yang berlangsung di Phuket, Thailand. v. 20th ASEAN University Games 2022 Pasukan memanah IPT Malaysia yang dikendalikan oleh PKS Memanah telah berjaya mengekalkan dominasi selaku juara keseluruhan bagi acara memanah di AUG apabila berjaya meraih empat pingat emas, lima pingat perak dan satu pingat gangsa di Ubon Ratchathani, Thailand. vi. Kejohanan SUKIPT 2022 vii. Kejohanan Memanah Terbuka IPT 2022 Gambar 2.27: World Ranking Tournament 2022 Asia Cup Stage 1. Gambar 2.28: Atlet Memanah UniSZA. Gambar 2.29: Jumlah pingat di SUKIPT 2022 oleh atlet memanah UniSZA. Gambar 2.30: Pasukan Malaysia terdiri daripada PKS UniSZA juara keseluruhan di Kejohanan Memanah Terbuka IPT 2022.


58 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 11. KEBAJIKAN PELAJAR Bagi memastikan aspek kebajikan mahasiswa UniSZA terpelihara, pihak Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) menyediakan kemudahan dan bantuan yang diperlukan. Bantuan yang diberikan merangkumi khairat kematian, bantuan komputer riba, bantuan zakat, bantuan dana makan minum, baucar food@ campus, dermasiswa yuran pengajian dan sara hidup serta bantuan lain selaras dengan keperluan mahasiswa. Selain itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) turut menguruskan hal-hal berkaitan dengan Tabung Kebajikan dan Perlindungan Mahasiswa (TKPM). Antara sumbangan kebajikan yang disampaikan kepada mahasiswa yang terlibat adalah sepertimana berikut: Gambar 2.31: Aktiviti melibatkan kebajikan mahasiwa UniSZA. Surat tawaran dermasiswa Yayasan Pelajaran MARA. Tawaran pelantikan “Job on Campus” UniSZA. Bantuan komputer riba. Bantuan awal pengajian 2022 daripada Yayasan Bank Rakyat. Bantuan yang diberikan merangkumi khairat kematian, bantuan komputer riba, bantuan zakat, bantuan dana makan minum, baucar food@campus, dermasiswa yuran pengajian dan sara hidup serta bantuan lain selaras dengan keperluan mahasiswa.


59 Universiti Sultan Zainal Abidin Bantuan zakat sumbangan daripada Etiqa Tafakul dan MAIDAM. Sumbangan Komputer Riba Yayasan Telekom Malaysia YTM@UniSZA. LANGKAH KE HADAPAN Sejajar dengan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030, dengan berfokuskan kepada teras strategik hero komuniti, pelbagai perancangan program berkualiti dan berimpak tinggi telah dirancang untuk tahun 2023. Kesemua program yang dirancang adalah berteraskan objektif strategik kepimpinan, penerapan nilai Islam dan pembangunan komuniti yang akan membantu memenuhi hasrat UniSZA untuk melahirkan graduan yang holistik berciri keusahawanan, kesukarelawanan dan seimbang. Antara program yang dirancang adalah seperti berikut: a) Menandatangani MoU bersama industri seperti MDEC, KRU, PTPTN, Warnakala Studio, MZR Global dan Arraubi Gameware; b) Melaksanakan aktiviti sambutan Hari Alumni; c) Inaugural Alumni International Symposium@ASEAN; d) Majlis makan malam Gala Alumni & Anugerah Ikon Alumni; e) Higher Education Sports Fest –HESF; f) Kejohanan Memanah Terbuka PKS; g) Program Rakit Merdeka bersama komuniti Besut; dan h) Festival Sanjungan Kokurikulum 1.0. RUMUSAN Pelbagai program berimpak tinggi telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022 hasil usaha sama daripada pusat tanggungjawab. Pada tahun 2023, program yang lebih berfokus telah dirancang untuk dijayakan bagi kepentingan dan keperluan mahasiswa UniSZA.


60 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022


61 Universiti Sultan Zainal Abidin 3 BAB AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN


62 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN Fenomena hari ini memperlihatkan kejayaan sesebuah negara bukan sahaja diukur dari dimensi ekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata, malahan turut didukung oleh pembangunan modal insan yang berketerampilan berteraskan intelektual dan profesionalisme. Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meningkatkan daya saing serta kualiti pendidikan bertaraf dunia.  Seiring dengan peredaran zaman, sumbangan sektor pendidikan tinggi perlu memenuhi tuntutan semasa. Evolusi sektor pendidikan terutamanya di universiti adalah bermatlamatkan pembangunan modal insan dengan minda kelas pertama yang boleh memenuhi keperluan pasaran pada masa hadapan dan mampu menangani cabaran global. Sejajar dengan aspirasi negara, pelbagai inisiatif secara bersinergi telah didokumentasikan dalam mereka bentuk semula struktur kurikulum, menginovasi kaedah pembelajaran dan pengajaran, serta mempelbagaikan kaedah pentaksiran dalam usaha mengoptimumkan pengalaman pembelajaran di samping melahirkan Graduan UniSZA yang Kalis Masa Hadapan. Pelan Tindakan Akademik (PTA) 2021-2025 yang dihasilkan adalah manifestasi dan komitmen dalam memastikan hala tuju akademik UniSZA sentiasa relevan dan terkehadapan. Berpaksikan lima lonjakan utama, PTA 2021-2025 telah dibangunkan selaras dengan Pelan Strategik UniSZA serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025. Pelan Tindakan Akademik yang komprehensif ini merupakan kesinambungan Pelan Tindakan Akademik terdahulu yang memberikan penekanan kepada lima lonjakan utama iaitu: - • Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang • Lonjakan 2: Kecemerlangan Bakat • Lonjakan 3: Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat • Lonjakan 8: Keunggulan Global • Lonjakan 9: Pembelajaran dalam Talian Tahap Global Bagi mencapai hasrat ini, universiti harus berada dalam ekosistem yang lebih mampan dengan membentuk rangkaian bersama dengan universiti lain, industri, masyarakat yang akan saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain dalam memenuhi kehendak graduan dan pemegang taruh. Perkongsian, ilmu, maklumat, data dan kepakaran secara kos efisien akan menjadi elemen penting dalam memastikan kelestarian sesebuah universiti dan pendigitalan pendidikan yang akan menjadi tonggak penting dalam mencapai hasrat tersebut. PENCAPAIAN Tahun 2022 memperlihatkan UniSZA berjaya melakar pelbagai pencapaian dalam akademik dan pengantarabangsaan. Berikut merupakan pencapaian yang diperoleh sepanjang tahun tersebut. Berpaksikan lima lonjakan utama, PTA 2021-2025 telah dibangunkan selaras dengan Pelan Strategik UniSZA serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.


63 Universiti Sultan Zainal Abidin AKADEMIK Bilangan Program Akademik Pada tahun 2022, terdapat pertambahan dua (2) program akademik di peringkat Sarjana Muda berbanding pada tahun 2021. Jumlah keseluruhan program akademik sedia ada di UniSZA pada tahun 2022 telah meningkat kepada 136 program sebagaimana Rajah 3.1. (Peringkat Prasiswazah: 1 Asasi, 24 Diploma dan 42 Sarjana Muda).  Rajah 3.1: Peningkatan Bilangan Program Akademik 2019 hingga 2022. Program 2u2i  Program akademik 2u2i menggabungkan pembelajaran akademik dan aplikasi pembelajaran sebenar di tempat kerja. Ia dapat meningkatkan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang dapat diterokai oleh pelajar di luar kampus atau dalam industri.   Program sedia ada yang ditawarkan di UniSZA secara 2u2i adalah sebanyak tujuh (7) program pada tahun 2021. Bilangan ini bertambah pada tahun 2022 sebanyak satu (1) lagi program baharu 2u2i dari Program Sarjana Muda Pelancongan Islam dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Gunaan (FSSG). Berikut merupakan senarai program yang ditawarkan secara 2u2i sehingga tahun 2022 di UniSZA: Bilangan Program Tahun 126 2019 2020 2021 2022 128 134 136


64 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Jadual 3.1: Program 2u2i di UniSZA. Pengiktirafan Badan Profesional Program Akademik UniSZA  Sehingga tahun 2022, UniSZA telah mempunyai sembilan (9) program yang mendapat pengiktirafan badan profesional. Hal ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Pengiktirafan ini membuktikan program di UniSZA adalah sejajar dengan kehendak pasaran dan mampu bersaing dengan program yang sama ditawarkan di universiti lain di Malaysia Bil Nama Program Kelulusan Penawaran 1 Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan Semester 1, Sesi 2016/2017 2 Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian Semester 1, Sesi 2017/2018 3 Diploma Fisioterapi Semester 1, Sesi 2017/2018 4 Sarjana Muda Teknologi Pembiakbakaan Tumbuhan dengan Kepujian Semester 1, Sesi 2021/2022 5 Sarjana Muda Teknologi Polimer dengan Kepujian Semester 1, Sesi 2021/2022 6 Sarjana Muda Perhubungan Awam dengan Media Kontemporari Semester 1, Sesi 2021/2022 7 Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif (Kepujian) Semester 1, Sesi 2021/2022 8 Sarjana Muda Pelancongan Islam dengan Kepujian Semester 1, Sesi 2022/2023 64


65 Universiti Sultan Zainal Abidin Bil Nama Program Fakulti Badan Profesional 1 Diploma Sains Kejururawatan Fakulti Perubatan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) 2 Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Fakulti Perubatan Malaysian Medical Council (MMC) 3 Sarjana Muda Undangundang dengan Kepujian Fakulti Undangundang dan Hubungan Antarabangsa Legal Profession Qualifying Board (LPQB) 4 Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian Fakulti Perniagaan dan Pengurusan The Malaysian Institute of Accountants (MIA) 5 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) 6 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk) Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi Malaysia Board of Technologists (MBOT) 7 Sarjana Muda Teknologi Polimer dengan Kepujian Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi Malaysia Board of Technologists (MBOT) 8 Sarjana Muda Teknologi Pembiakbakaan Tumbuhan dengan Kepujian Fakulti Biosumber dan Industri Makanan Malaysia Board of Technologists (MBOT) 9 Sarjana Muda Farmasi Fakulti Farmasi Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) Jadual 3.2: Senarai Pengiktirafan Badan Profesional Program Akademik UniSZA. Bilangan Pelajar Statistik Pengambilan Pelajar Prasiswazah dan Siswazah Jumlah pengambilan pelajar peringkat prasiswazah bagi program Sarjana Muda adalah sebanyak 2659 orang pelajar dan program Diploma sebanyak 1183 orang pelajar pada tahun 2022.  Jumlah pengambilan pelajar peringkat Pascasiswazah bagi program Sarjana sebanyak 147 orang pelajar  dan program Doktor Falsafah sebanyak 111 orang pelajar pada tahun 2022.


66 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Enrolmen Pelajar Prasiswazah dan Siswazah Peningkatan bilangan pelajar pada tahun 2022 adalah sebanyak 2% iaitu 17,872 berbanding 17,521 orang pelajar pada tahun 2021 sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.  Rajah 3.2: Enrolmen pelajar. Intake Graduate on-Time (iGoT) Pelajar Siswazah dan Prasiswazah  (2021 dan 2022) Kualiti pembelajaran dan pengajaran pelajar antaranya boleh diukur dengan bilangan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan (iGoT). Terdapat peningkatan graduan Sarjana Muda yang telah berjaya mencapai iGoT dari tahun 2020 hingga tahun 2022 sepertimana dalam Rajah 3.3.  Rajah 3.3: Peratusan iGoT pelajar siswazah dan prasiswazah. 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 % Doktor Falsafah Sarjana Sarjana Muda 3.37 16.70 42.25 11.24 24.50 59.22 68.41 88.11 90 2020 2021 2022 2022 17,827 17,521 14,182 2021 2020 Tahun Enrolmen


67 Universiti Sultan Zainal Abidin Bilangan Pelajar Bergraduat  Data menunjukkan program pelajar peringkat Sarjana Muda paling ramai bergraduat. Perbandingan bilangan pelajar bergraduat bagi tahun 2020 hingga tahun 2022 ditunjukkan sepertimana dalam Rajah 3.4 Rajah 3.4: Bilangan pelajar bergraduat. Pelan Tindakan Akademik Pelaksanaan Pelan Tindakan Akademik (PTA) adalah asas kepada kecemerlangan akademik UniSZA dalam memacu komitmen untuk menjadi pusat pengajian tinggi yang unggul di negara ini. Bengkel Perancangan PTA 2021-2025 telah diadakan bertujuan mengatur perancangan pembangunan akademik UniSZA. Beberapa siri bengkel yang dijalankan telah berjaya menghasilkan buku PTA bagi tahun 2021-2025 dan pelancaran buku ini telah diadakan pada 30 Mac 2021. Bengkel Pelaporan PTA juga turut diadakan bagi memastikan kualiti program akademik, dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan mengikut standard, dan keperluan semasa. Bengkel Pelaporan PTA yang diadakan pada setiap tahun turut menilai pencapaian keseluruhan fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) serta memurnikan sasaran baharu bagi tahun berikutnya. Bagi tahun 2022, Bengkel Pelaporan PTA telah diadakan pada 8 Januari 2023 di Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak. Melalui bengkel ini, peningkatan yang sangat positif dan cemerlang telah dicapai oleh semua fakulti dan PTj terlibat, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini  menunjukkan komitmen dan sokongan semua fakulti dan PTj terhadap kelestarian ekosistem akademik UniSZA untuk sentiasa progresif 2500 2000 1500 1000 500 0 Doktor Falsafah 89 107 120 135 142 1801 1753 1977 1178 1152 1094 0 84 61 81 Sarjana Diploma Pendidikan Siswazah Sarjana Muda Diploma 2020 2021 2022


68 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Gambar 3.1: Program Pelan Tindakan Akademik. Perasmian Bengkel Pelaporan Pelan Tindakan Akademik (PTA) 2022 oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniSZA Bengkel Pelaporan Pelan Tindakan Akademik (PTA) 2022 Minggu Citra Akademik Kurikulum Tersedia Masa Hadapan atau dikenali sebagai Future Ready Curriculum merupakan satu elemen dalam pelan strategik UniSZA bagi tahun 2020 dan seterusnya. Bagi memastikan Future Ready Curriculum dapat dijalankan dengan lebih berkesan, pendedahan serta praktikal yang komprehensif perlu dilaksanakan di UniSZA. Justeru, Minggu Citra Akademik telah dijadikan sebagai platform dalam mencapai hasrat tersebut. Minggu Citra Akademik ini mula diadakan pada tahun 2020 dan merupakan program tahunan bertujuan memperkasa transformasi akademik dalam pembentukan kurikulum, kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP), kaedah pentaksiran terkini dan memangkin inovasi untuk pembangunan akademik, serta memacu Educators 4.0 dalam membuka ruang luas dunia akademia UniSZA ke peringkat yang lebih tinggi.  Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Minggu Citra Akademik seperti forum, ceramah, sesi perkongsian fakulti, program  mentormenti dan program berkaitan pemerkasaan ekosistem akademik secara holistik.  Minggu Citra Akademik 2022 telah diadakan pada 4-8 Disember 2022 bertemakan ‘Reimagining the Future of Global Education’, bertujuan membawa ekosistem akademik UniSZA menyusuri arus globalisasi, sesuai dengan permintaan dan perubahan pendidikan dalam dunia volatility, uncertainty, complexity, and ambiguity (VUCA). Penganjuran Minggu Citra Akademik ini juga memberi pendedahan kepada ahli akademik untuk sentiasa tangkas dan fleksibel terhadap perkembangan semasa melalui kepimpinan digital dan pembangunan modal insan.  Minggu Citra Akademik 2022 telah diadakan pada 4-8 Disember 2022 bertemakan ‘Reimagining the Future of Global Education’


69 Universiti Sultan Zainal Abidin Majlis Perasmian Penutup Minggu Citra Akademik 2022 Perasmian Majlis Penutup Minggu Citra Akademik 2022 Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA Bicara Tokoh “Educators as Leaders - Digital Leadership in Managing Internationalization” oleh Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib Bicara Tokoh “Education as the Jewel of Akhlaq in a Changing World” oleh Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha Bicara Tokoh “Igniting Education for Industry ready-Graduates” oleh Datuk Dr. Hafsah Hashim Forum Flexible Education with Souls (FlexS) Minggu Citra Akademik 2022 Gambar 3.2: Program Minggu Citra Akademik.


70 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL) Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i) telah menganjurkan Program Karnival e-Pembelajaran UniSZA 2022 (UniCeL) buat kali kelima pada 8 – 10 Mac 2022 selama tiga hari. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor UniSZA) di Dewan Perdana, UniSZA. UniCeL bertindak sebagai platform bagi tujuan mempromosi, meneroka dan berkongsi amalan terbaik e-Pembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Malaysia. Pada tahun ini, UniCeL mengangkat tema “Leading Innovation Towards Quality Education” sebagai menghargai kepentingan inovasi PdP dalam menjayakan misi United Nations untuk Pendidikan Berkualiti yang menjadi antara 17 teras dalam Sustainable Development Goals (SDG) 2015. UniSZA telah menerima sebanyak 69 penyertaan dan merangkul 16 emas, 24 perak dan 19 gangsa. Program UniCeL tahun ini merangkumi tiga pertandingan. Pertama ialah Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) yang dibuka kepada semua institusi. Kedua ialah Anugerah Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) dan yang ke-tiga ialah pertandingan e-SULAM INNOVATE. Kedua-dua pertandingan ini hanya terbuka kepada warga UniSZA. Ketiga-tiga pertandingan ini telah dibuat secara dalam talian selama dua hari dan keputusan pertandingan telah diumumkan pada hari ketiga iaitu hari penutup. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor, UniSZA dan Prof. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Gambar 3.3: Program UniCEL Peserta UniCEL dan pemenang UniCEL Majlis Perasmian dan Penutup UniCEL 2022. UniCeL bertindak sebagai platform bagi tujuan mempromosi, meneroka dan berkongsi amalan terbaik e-Pembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Malaysia. UniSZA telah menerima sebanyak 69 penyertaan dan merangkul 16 emas, 24 perak dan 19 gangsa. Program UniCeL


71 Universiti Sultan Zainal Abidin Gimik Perasmian UniCEL Penerima anugerah IIDEL Rajah 3.5: Penerima Anugerah e-SULAM INNOVATE dan AKRI.


72 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 International University Carnival On E-Learning (IUCEL) International University Carnival On e-Learning (IUCEL) edisi 2022 telah dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama The Malaysian e-Learning Council for Public Universities (MEIPTA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 28 – 30 Jun 2022.  Penganjuran kali keenam program tersebut telah diadakan secara maya bersama semua peserta IUCEL. Program ini bertindak sebagai platform dalam mempromosi, meneroka, dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam aplikasi e-Pembelajaran di semua peringkat institusi pembelajaran dari seluruh dunia. Tema yang digunakan ialah “Innovating Education for Better Tomorrow”. Untuk penyertaan bagi edisi kali ini, UniSZA telah menghantar sebanyak 23 penyertaan dan merangkul sembilan emas, 11 perak dan tiga gangsa dalam kategori IIDEL dan sebuah anugerah khas produk e-Pembelajaran Terbaik iaitu Dr. Siti Maisarah Aziz dari Pusat Asasi Sains & Perubatan UniSZA. Rajah 3.6: Pungutan Pingat Anugerah IIDEL oleh UniSZA. UniSZA telah menghantar sebanyak 23 penyertaan dan merangkul sembilan emas, 11 perak dan tiga gangsa dalam kategori IIDEL dan sebuah anugerah khas produk e-Pembelajaran Terbaik


73 Universiti Sultan Zainal Abidin Objektif utama UniSZA menyertai program ini adalah untuk memperkenalkan dan berkongsi amalan terbaik pembangunan, pengurusan dan pembudayaan e-Pembelajaran. Selain berkongsi kepakaran dan idea komersial, kreatif dan inovatif, ia turut memupuk minat dan menggalakkan pensyarah untuk membangunkan bahan pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Dalam pertandingan edisi kali ini, IUCEL menggunakan inisiatif teknologi terbaharu dengan menggunakan sebuah aplikasi IUCEL TOWN iaitu persidangan ruangan secara maya untuk berinteraksi dengan peserta dan panel penilai. Flexible Education with Soul (FlexS) Gagasan FlexS merupakan satu usaha berterusan yang menyokong transformasi akademik UniSZA melalui dua asas pembentukan iaitu ilmu dan iman serta ta’lim dan tarbiyah. Berikut adalah beberapa aktiviti dan program FlexS yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022: a. Bengkel Modul Mua’llim Sepanjang tahun 2022, empat siri Bengkel Mu’allim telah diadakan secara dalam talian yang melibatkan semua fakulti. Bengkel yang telah diadakan pada Jun, September dan Oktober 2022 ini bertujuan menjelaskan peranan pendidik berdasarkan ciri-ciri murabbi, menerapkan aspek tarbiah dan adab dalam pembelajaran dan pengajaran serta melahirkan pendidik yang dapat menguasai fungsi sebagai mua’llim kepada pelajar dan rakan sejawat. b. Bengkel Semakan Garis Panduan Penerapan Elemen FlexS dalam Kursus Satu Bengkel Semakan Garis Panduan Penerapan Elemen FlexS dalam Kursus telah diadakan pada 26 Jun 2022 di Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak. Melalui bengkel semakan ini, Garis Panduan Penerapan FlexS dalam kursus telah berjaya dibangunkan. Sehingga kini, setiap fakulti telah berjaya menerapkan elemen FlexS dalam tiga kursus program sebagai momentum awal mendukung pelan strategik universiti. Gambar 3.4: Persidangan secara maya menggunakan aplikasi IUCEL TOWN. Rajah 3.7: Pungutan pingat IUCEL 2022 oleh UniSZA. Gagasan FlexS merupakan satu usaha berterusan yang menyokong transformasi akademik UniSZA melalui dua asas pembentukan iaitu ilmu dan iman serta ta’lim dan tarbiyah.


74 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 c. Bengkel Semakan Garis Panduan Hubungan Insaniah Satu Bengkel Semakan Garis Panduan Hubungan Insaniah telah diadakan pada 26 Jun 2022 di Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak. Melalui bengkel ini, Garis Panduan Hubungan Insaniah bagi penerapan elemen hubungan insaniah dalam aktiviti dan program di bawah kelab dan persatuan di UniSZA telah berjaya dihasilkan. d. Sesi Mentor-Menti Perdana@UniSZA Program Mentor-Menti Perdana bagi tahun 2022 telah diadakan pada 19 hingga 30 Jun 2022 dengan perbincangan bertajuk ‘Pengurusan Masa’. Sesi ini berlangsung secara dalam talian dan bersemuka yang melibatkan semua pensyarah dan pelajar UniSZA. Melalui sesi Mentor-Menti Perdana, pelajar mengetahui cara penggunaan masa yang efektif bagi mendukung tonggak ketiga dan keempat Gagasan FlexS iaitu sahsiah mulia dan budaya kerja profesional.  e. Pembangunan Kursus MOOC Pembangunan Personaliti Unggul Satu kursus FlexS berkonsepkan MOOC iaitu Kursus Pembangunan Personaliti Unggul telah dibangunkan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, UniSZA. Susulan itu, satu Bengkel Train of Trainers (ToT) juga telah diadakan pada 3 Ogos 2022 di Dewan Kuliah Utama, UniSZA Kampus Gong Badak. f. Forum FlexS: Pembangunan Personaliti Unggul Bagi membina personaliti pelajar berteraskan nilai tonggak FlexS, satu program FlexS lanjutan daripada kursus PID23010 Pembangunan Personaliti Unggul yang melibatkan pelajar Diploma Semester I telah dilaksanakan bagi memantapkan kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap kandungan modul kursus. Forum yang telah berlangsung secara serentak di Pusat Islam UniSZA Gong Badak dan Dewan FIK Kampus Besut telah diadakan pada 29 September 2022 yang melibatkan seramai 1,300 orang pelajar serta lima orang penceramah kursus.  g. Slot Bicara Santai FlexS Slot Bicara Santai FlexS (BSF) adalah satu slot yang menjadi nilai tambah bagi melahirkan warga UniSZA yang berpersonaliti soleh dan musleh di samping mampu membudayakan cara kerja profesional dan berintegriti. Sepanjang tahun 2022, sebanyak empat siri BSF telah dilaksanakan iaitu pada 24 Mac 2022, 16 Jun 2022, 19 September 2022 dan 9 November 2022. h. Pembangunan Modul Kursus Gaya Hidup Sejahtera Pembangunan Modul Kursus Gaya Hidup Sejahtera adalah satu kursus yang dibentuk bagi mencapai tonggak FlexS khusus untuk pelajar di peringkat sarjana muda. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat mempamerkan kemahiran dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat berlandaskan prinsip agama. Kursus ini dijangka akan ditawarkan pada bulan Ogos 2023


75 Universiti Sultan Zainal Abidin Bengkel Pembangunan Pensyarah Modul Mua’llim. Bengkel Penerapan FlexS dalam Kursus. Bengkel Semakan Garis Panduan Hubungan Insaniah. Program Mentor-Menti Perdana 2022. Penyediaan Kursus MOOC Pembangunan Personaliti Unggul. Slot Bicara Santai FlexS. Gambar 3.5: Aktiviti Flexible Education with Soul (FlexS).


76 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGANTARABANGSAAN  UniSZA memperlihatkan pencapaiannya dari sudut pengantarabangsaan sebagaimana berikut: a. Bilangan Pelajar Antarabangsa Pada tahun 2022, bilangan pelajar antarabangsa menunjukkan penurunan sebanyak 5% iaitu seramai 1,111 orang pelajar berbanding 1,171 orang pelajar pada tahun 2021 dan 1,093 orang pelajar pada tahun 2020. Faktor utama bagi penurunan bilangan pelajar antarabangsa pada tahun 2022 adalah disebabkan oleh ramai pelajar antarabangsa yang telah bergraduasi pada tahun 2021. Penurunan ini dapat dilihat sepertimana dalam Rajah 3.8. Rajah 3.8: Bilangan pelajar antarabangsa. b. Bilangan Negara bagi Pelajar Prasiswazah dan Siswazah Antarabangsa Bilangan negara bagi pelajar antarabangsa pada tahun 2022 adalah sebanyak 39 buah negara berbanding pada tahun 2021 dan 2020 iaitu sebanyak 40 buah negara. Terdapat dua buah negara baharu pada tahun 2022 iaitu negara Burkina Faso dan Uganda. Bilangan negara bagi pelajar antarabangsa dirumuskan sepertimana dalam Rajah 3.9.  1180 1160 1140 1120 1100 1080 1060 1040 2020 2021 2022 1092 1172 1111


77 Universiti Sultan Zainal Abidin Rajah 3.9: Bilangan negara bagi pelajar antarabangsa. Jadual 3.3 menunjukkan senarai negara dan bilangan pelajar antarabangsa pada tahun 2022. Negara Jordan mendahului senarai tersebut dengan mempunyai seramai 262 orang pelajar di UniSZA., diikuti oleh Indonesia seramai 260 orang pelajar dan Nigeria seramai 123 orang pelajar. 40.2 40 39.8 39.6 39.4 39.2 39 38.8 38.6 38.4 2020 2021 2022 40 40 39 77


78 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Jadual 3.3: Senarai negara dan bilangan pelajar antarabangsa. Negara Jumlah Negara Jumlah Jordan 262 Indonesia 260 Nigeria 123 Pakistan 94 Yemen 90 Egypt 60 Palestin 32 Libya 31 Bangladesh 20 Mauritius 20 China 19 Syria 19 Thailand 15 Algeria 11 India 9 Guinea 7 Somalia 5 Saudi Arabia 5 Iraq 3 Cambodia 2 Thailand 15 Algeria 11 India 9 Guinea 7 Somalia 5 Saudi Arabia 5 Iraq 3 Cambodia 2 Sudan 2 Ghana 2 Qatar 2 Tunisia 2 Myanmar 2 Iran 1 Mozambique 1 Albania 1 Lain-Lain 1 Mexico 1 Tanzania 1 Kenya 1 Philippines 1 Mali 1 Uganda 1 Morocco 1 Lebanon 1 Burkina Faso 1 Equatorial Guinea 1 Lain-lain 1 Jumlah negara: 39


79 Universiti Sultan Zainal Abidin c. Pengambilan Pelajar Baharu Prasiswazah dan Siswazah Antarabangsa  Tahun 2022 menunjukkan penurunan pengambilan pelajar baharu prasiswazah dan siswazah antarabangsa, iaitu seramai 167 orang pelajar berbanding 175 orang pelajar pada tahun 2021 dan 144 orang pelajar pada tahun 2020. Jumlah ini dipaparkan s dalam Rajah 3.10. Rajah 3.10: Pengambilan pelajar prasiswazah dan siswazah antarabangsa. d. Program Mobiliti Antarabangsa Setelah hampir dua tahun menjalankan program mobiliti secara dalam talian, sempadan negara telah dibuka sepenuhnya bagi meningkatkan kegiatan ekonomi, pelancongan, pendidikan dan sebagainya. Pusat Antarabangsa (IC) telah mengemas kini Garis Panduan Mobiliti Antarabangsa yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Senat UniSZA pada 28 September 2022 bagi menggabungkan jenis mobiliti fizikal, mobiliti maya dan mobiliti gabungan (blended mobility) bagi memberi peluang kepada fakulti dan PTj melaksanakan program mobiliti mengikut kreativiti dan bajet masing-masing. 80 70 60 50 40 30 20 10 0 66 50 54 19 59 55 70 47 66 2020 Ijazah Sarjana Muda Sarjana Doktor Falsafah 2021 2022


80 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Jumlah penyertaan pelajar yang menyertai program mobiliti pada tahun 2022 menunjukkan sedikit penurunan bagi mobiliti berkredit dan tidak berkredit berbanding tahun 2021 dan tahun 2020 sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.11 dan Rajah 3.12. Rajah 3.11: Bilangan pelajar program mobiliti antarabangsa berkredit. Rajah 3.12: Bilangan pelajar program mobiliti antarabangsa tidak berkredit. 60 50 40 30 20 10 0 2500 2000 1500 1000 500 0 24 1964 1216 1575 455 317 222 50 51 22 48 41 2020 2020 Inbound Inbound Outbound Outbound 2021 2021 2022 2022


81 Universiti Sultan Zainal Abidin Gambar 3.6: Sebahagian gambar aktiviti program mobiliti inbound dan outbound tahun 2022. e. Promosi Antarabangsa 2022 Pusat Antarabangsa sentiasa berusaha dalam melaksanakan promosi antarabangsa secara inovatif. Terdapat beberapa aktiviti promosi yang telah dilaksanakan oleh Pusat Antarabangsa sepanjang tahun 2022. Antaranya ialah: i. ASiS International Essay Writing Competition Pusat Antarabangsa telah menjadi penganjur bersama dengan Sekolah Sains Sultan Alam Shah (ASiS) bagi mengadakan pertandingan menulis esei bahasa Inggeris peringkat antarabangsa. Hal ini merupakan peluang bagi mempromosi nama UniSZA kepada pelajar sekolah menengah tinggi dan menengah rendah di seluruh dunia. Terdapat hampir 7,000 orang pelajar dari 43 buah negara yang telah menyertai pertandingan esei ini sejak tahun 2011. Gambar 3.7: Poster ASiS International Essay Writing Competition 2022. i.


82 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 ii. Polisi Ejen Pusat Antarabangsa telah membangunkan polisi ejen bagi mana-mana alumni, pelajar atau individu yang berminat untuk merekrut pelajar antarabangsa ke UniSZA pada tahun 2017. Pada tahun 2022, polisi ejen ini telah berjaya merekrut sebanyak 70% daripada jumlah keseluruhan pengambilan pelajar antarabangsa yang baharu. Polisi ejen ini masih terpakai sehingga 2022 kerana impak promosi “word of mouth” daripada ejen yang dilantik menjadi tarikan pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pengajian di UniSZA. iii. Proposal Writing Webinar Pusat Antarabangsa telah mengadakan pemasaran secara inovatif iaitu melaksanakan proposal writing webinar kepada calon pelajar antarabangsa yang berminat melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi sama ada sarjana atau doktor falsafah. Melalui webinar ini, calon pelajar antarabangsa dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program yang diminati dan mengetahui cara penulisan proposal yang betul bagi penyediaan proposal semasa membuat permohonan dalam sistem UniSZA.  Gambar 3.8: Sesi breakout semasa program Proposal Writing Webinar bersama Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA dengan calon pelajar antarabangsa.


83 Universiti Sultan Zainal Abidin iv. Badan Biasiswa Bagi mencari peluang yang baharu bagi meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di UniSZA, Pusat Antarabangsa telah bekerjasama dengan badan biasiswa iaitu Lembaga Pengembangan Pendidikan Nusa Tenggara Barat (LPPNTB), Lombok, Indonesia sejak 2021 sehingga 2022. Melalui kerjasama ini, UniSZA telah menerima kemasukan pelajar siswazah melalui badan biasiswa ini seramai 42 orang. v. Aktiviti promosi lain yang telah dilaksanakan oleh Pusat Antarabangsa pada tahun 2022 adalah sepertimana berik Gambar 3.9: Program Study in Malaysia Agent Workshop 2022. Program Promosi Negara Tarikh Australia Virtual Mobility Fair Australia 30 Mei 2022 Study in Malaysia Agent Workshop Hong Kong, United Kingdom, Rusia, Pakistan, Indonesia, Brunei, India, United Arab Emirates, Bangladesh, Mesir, Vietnam, Sri Lanka, Nepal, Iraq, Kazakhstan 21-23 November 2022 Biasiswa sebanyak 50% kepada pelajar Palestin Palestin Sepanjang tahun


84 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Proses pembelajaran dalam talian UniSZA adalah melalui platform Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS). LMS merupakan aplikasi perisian yang berfungsi dalam aspek pengurusan, dokumentasi, pemantauan, laporan, latihan dan penyampaian dalam melaksanakan kursus pengajaran dalam talian. LMS UniSZA dikenali sebagai Knowledge and e-Learning Integrated Platform (KeLIP) yang berasaskan perisian Moodle yang banyak digunakan di universiti seluruh dunia. KeLIP menjadi sandaran utama kepada pembangunan mod-teradun di UniSZA. Secara keseluruhan, pencapaian transformasi pembelajaran dalam talian pada tahun 2022 boleh dilihat melalui tiga strategi utama yang digariskan bersesuaian dengan Pelan Strategik Universiti 2020-2022 dalam tonggak Future Proof Graduates. Antara Operational Objectives (OD) pelan ini adalah dengan menyediakan ekosistem PdP yang komprehensif. Tiga strategi utama tersebut ialah: a. Peningkatan ekosistem sokongan pembelajaran dalam talian Ekosistem sokongan bagi pelaksanaan pembelajaran dalam talian melibatkan tiga fokus utama iaitu: i. Infrastruktur dan Infostruktur Pemerkasaan prasarana pembelajaran dalam talian meliputi langganan aplikasi perisian telesidang yang boleh menyokong pembelajaran digital. Peranan utama proses ini diterajui oleh  Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) UniSZA dan dibantu CoMAE-i dari segi input keperluan. Selain daripada cadangan warga UniSZA, keperluan perancangan juga mengambil kira cadangan dan perkongsian ilmu di peringkat kebangsaan khususnya MEIPTA. Walaupun pascapandemik kelas kembali berjalan seperti biasa secara fizikal, namun begitu keperluan kepada sokongan digital dan platform LMS masih lagi Penggunaan Global Classroom InnoLab setelah direnovasi Gambar 3.10: Kemudahan Infrastruktur dan Infostruktur UniSZA. KeLIP menjadi sandaran utama kepada pembangunan mod-teradun di UniSZA. Secara keseluruhan, pencapaian transformasi pembelajaran dalam talian pada tahun 2022 boleh dilihat melalui tiga strategi utama yang digariskan bersesuaian dengan Pelan Strategik Universiti 2020-2022 dalam tonggak Future Proof Graduates i.


85 Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi teras utama untuk menyokong proses pembelajaran secara hibrid, MOOC dan MC, Online Distance Learning, Pembelajaran Gentian Teradun (PTG) dan beberapa agenda pembelajaran digital. Antara perolehan utama bagi tahun 2022 ialah Global Classroom yang dipasangkan di ketiga-tiga kampus dan juga renovasi bagi makmal pembelajaran CoMAE-i yang dikenali sebagai InnoLab sepertimana yang ditunjukkan dalam Gambar 3.10. Selain itu, penyelidikan untuk mempunyai platform antarabangsa MOOC/MC yang dimiliki sepenuhnya oleh UniSZA turut giat dilakukan melalui lawatan penanda aras ke universiti-universiti lain. ii. Kemahiran Sumber Manusia Dalam proses meningkatkan keupayaan tenaga pengajar, beberapa siri latihan telah diadakan melalui kerjasama CenTTM. Antaranya ialah: • Bengkel Reka Bentuk Pembangunan Kandungan Digital MOOCMICRO CREDENTIAL(MC) 2022 Fasa 1 Bengkel Reka Bentuk Pembangunan Kandungan Digital MOOC-MC Fasa 1 iaitu fasa persediaan ini adalah hasil kerjasama CoMAE-i dengan Pusat Latihan dan Bakat (CenTTM). Bengkel ini disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nurbiha A. Syukor dan dibantu oleh YBrs. Dr. Ana Haziqah A. Rashid. Kedua-duanya merupakan pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ia telah diadakan pada 24 dan 25 April 2022 di Dewan Seminar CenTTM, UniSZA. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pengetahuan kepada pembangun MOOC 2022 dengan menekankan kemahiran IR4.0 dalam kalangan pensyarah untuk membangunkan kandungan digital MOOC. • Bengkel Reka Bentuk Pembangunan Kandungan Digital MOOC-MICRO CREDENTIAL(MC) 2022 Fasa 2 Bengkel Reka Bentuk Pembangunan Kandungan Digital MOOC-MC Fasa 2 pula telah diadakan pada 9 dan 10 Ogos 2022. Ia diadakan di Smart Classroom, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA. Bagi menjayakan pembangunan kursus MOOC 2022 ini pihak CoMAE-i telah menjemput penceramah luar iaitu YBrs. Dr. Azizul Azri Mustaffa, pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dibantu oleh YBrs. En. Halizan Hashim, Penolong Pegawai Senireka Kanan KUP, UTM Gambar 3.11: Bengkel Reka Bentuk Pembangunan Kandungan Digital MOOC-MICRO CREDENTIAL(MC) 2022 Fasa 1. ii.


86 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 sepertimana yang ditunjukkan pada Gambar 3.11. Bengkel ini melibatkan pensyarah yang akan membangunkan kursus kandungan digital MOOC dengan memberi fokus berkenaan teknik membangunkan video screen casting, video scripting dan kandungan pengajaran yang lebih menarik. Ucapan aluan bengkel ini juga disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Azwa Aziz, Timbalan Pengarah Inovasi Pendidikan. Bengkel dua hari ini juga turut dibantu oleh YBrs. Dr. Normala Rahim, penyelaras Teknologi Pendidikan dalam memberi penerangan untuk membangunkan e-kandungan kursus MOOC. Gambar 3.12: Bengkel Reka Bentuk Pembangunan Kandungan Digital MOOC 2022 fasa 2. • Bengkel Insentif Pembangunan MOOC-MC 2022 Bengkel Insentif Pembangunan MOOC-MC ini telah diadakan pada 15 September 2022 yang dianjurkan oleh CoMAE-i dengan kerjasama CenTTM. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan perkembangan pembangun MOOC 2022 dalam pembangunan e-kandungan digital sebelum melangkah ke fasa berikutnya. Bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Wan Anwar Fahmi Wan Mohamad, penyelaras Inovasi Akademik dan dibantu oleh YBrs. Dr. Normala Rahim, penyelaras Teknologi Pendidikan. Gambar 3.13: Bengkel Intensif Pembangunan MOOC-MC 2022. •


87 Universiti Sultan Zainal Abidin Bengkel Knowledge of e-Learning Integrated Platform (KeLIP) Bengkel Knowledge and e-Learning Integrated Platform (KeLIP) telah diadakan di Dewan Seminar CenTTM pada 4 hingga 5 Julai 2022 yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Suhailan Safei dan YBrs. En. Sufian Mat Deris. Kedua-duanya merupakan pensyarah Fakulti Informatik Komputeran UniSZA (FIK). Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi fokus kepada pensyarah baharu mengenai penggunaan fitur-fitur yang terdapat dalam KeLIP. b. Pemerkasaan penggunaan pembelajaran dalam talian Pada tahun 2022, sebanyak sembilan kursus diaktifkan untuk ditawarkan secara dalam talian melalui inisiatif MOOC. Jumlah ini berkurangan jika dibandingkan pada tahun 2021 iaitu sebanyak 21 kursus dan tahun 2020 iaitu sebanyak 34 kursus. Antara punca penurunannya adalah disebabkan beberapa kursus tidak ditawarkan kerana memberi penekanan kepada kualiti penghasilan MOOC melalui pembangunan reka bentuk kandungan digital MOOC 2022. Bagi tahun 2022, enrolmen pelajar adalah sebanyak 766 orang, manakala pada tahun 2021 sebanyak 1,135 orang dan tahun 2020 sebanyak 1,469 orang. Jumlah enrolmen pelajar ditunjukkan sepertimana dalam Rajah 3.13.  Rajah 3.13. Bilangan kursus MOOC dan enrolmen pelajar pada tahun 2020-2022. Gambar 3.11: Bengkel KeLIP.


88 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Selain itu, kursus yang dijalankan secara pembelajaran teradun sokongan (campuran bersemuka dan dalam talian) pada tahun 2022, telah mencapai mod teradun sebanyak 84% daripada keseluruhan kursus berbanding pada tahun 2021 lebih tinggi iaitu 98%. Pengurangan sebanyak 4% lebih kurang daripada tahun 2020 seperti yang dipaparkan dalam Rajah 3.14. Rajah 3.14. Peratusan kursus mod teradun bagi tahun 2020-2022. LANGKAH KE HADAPAN Transformasi akademik UniSZA memerlukan anjakan paradigma dalam kalangan pendidik yang bukan lagi suatu pilihan, namun menjadi suatu keperluan. Pelan Strategik UniSZA dan Pelan Tindakan Akademik telah menggariskan strategi dan inisiatif yang perlu dan sedang dilaksanakan bagi melahirkan graduan yang seimbang dan holistik. Antaranya adalah seperti gagasan Flexible Education with Soul, pemerkasaan kurikulum tersedia masa hadapan, menyediakan sistem sokongan pembelajaran dan pengajaran, pembelajaran sepanjang hayat, pembinaan reputasi bercitra global serta pembelajaran dalam talian tahap global. Fokus turut diberikan kepada pendigitalan penyampaian perkhidmatan yang menjurus kepada perkhidmatan dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) dan Micro-Credential (MC). UniSZA juga telah mengorak langkah dalam memastikan agenda Kementerian Pengajian Tinggi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pada tahun 2023, UniSZA akan memperkenalkan kursus berbentuk Micro-Credential. Inisiatif ini mampu mendukung kelestarian agenda pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat, terutamanya kepada mereka yang bekerja dan memerlukan pendekatan pembelajaran yang fleksibel. Microcredential ialah program berakreditasi yang dilaksanakan secara pecahan kecil ataupun melalui kursus stand-alone yang dapat melengkapi pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Dengan itu, peluang meningkatkan kebolehan serta mengembangkan kerjaya individu akan lebih luas. Dalam pada itu juga, kursus yang berbentuk micro-credential turut memberikan laluan kepada penganugerahan akreditasi akademik yang lebih besar bergantung kepada dasar pindahan kredit di Institusi Pengajian Tinggi dan badan badan kelayakan profesional yang sedia ada. Fokus turut diberikan kepada pendigitalan penyampaian perkhidmatan yang menjurus kepada perkhidmatan dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) dan MicroCredential (MC).


89 Usaha untuk memartabatkan UniSZA sehingga ke peringkat antarabangsa diteruskan dengan program mobiliti, program pengajian dan kolaborasi antarabangsa. Nisbah pelajar antarabangsa kepada pelajar tempatan, bilangan staf antarabangsa, mobiliti antarabangsa dan hubungan antarabangsa merupakan teras yang akan diperkasa. RUMUSAN Evolusi teknologi dan digital kini menuntut perubahan terhadap sektor perkhidmatan termasuklah dalam bidang pendidikan memandangkan ia bakal memberi kesan langsung kepada bakal graduan yang dihasilkan. Pembelajaran abad ke-21 telah beralih kepada pendekatan digital dengan pengunaan teknologi terkini yang menuntut pelajar untuk menyesuaikan diri dan bertindak balas secara bijak selari dengan pergerakan dan perubahan pantas teknologi dan ekonomi dunia. Dengan ketidaktentuan situasi semasa terutama pandemik COVID-19, para pendidik harus mengadaptasi persekitaran dengan norma baharu. Seluruh cabaran yang dihadapi ini bertujuan menyegerakan kewujudan Masyarakat 5.0 di negara ini iaitu sebuah masyarakat yang dapat menguasai kehidupan di alam maya dan alam fizikal. Masyarakat 5.0 yang dihasratkan negara bukanlah semata-mata generasi yang pintar mengendali dunia digital tetapi bijak beradaptasi dengan teknologi. Usaha membangunkan sebuah landskap akademia yang unggul bermula dengan citra akademik yang jelas. Perubahan minda, ketangkasan tindakan dan keupayaan menyesuaikan diri dengan cepat, dan ketulusan akhlak merupakan ramuan penting dalam menjayakan agenda mentransformasikan pendidikan di universiti ini. Universiti Sultan Zainal Abidin 89


90 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022


91 Universiti Sultan Zainal Abidin 4 BAB PEMANTAPAN TADBIR URUS


92 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN Tadbir urus yang baik merupakan tunjang utama dalam sesebuah organisasi. UniSZA terus berusaha ke arah memantap dan memperkasakan lagi tadbir urus yang sedia ada. Seiring dengan itu, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mendukung penyampaian tadbir urus yang berkesan kepada pemegang taruh. Inisiatif ini melibatkan pelbagai pihak di UniSZA termasuk Lembaga Pengarah Universiti (LPU), iaitu sebuah badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi universiti. LPU boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada universiti kecuali setakat kuasa itu diberikan oleh Perlembagaan atau statut, kaedah dan peraturan kepada pihak berkuasa, badan atau kepada pegawai lain di universiti. 1. LEMBAGA PENGARAH BAHARU Pada tahun 2022, UniSZA menyaksikan pertukaran Pengerusi dan ahli LPU baharu. Kementerian Pengajian Tinggi telah melantik YBhg. Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh sebagai Pengerusi LPU UniSZA berkuat kuasa pada 17 Oktober 2022. Beliau merupakan tokoh korporat yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan pentadbiran dan mempunyai jaringan industri yang luas sama ada dengan agensi kerajaan mahupun swasta. Kepakaran dan pengalaman beliau bakal memberikan manfaat dan faedah kepada UniSZA bagi melonjakkan nama universiti dalam arena pendidikan. Perubahan lain yang melibatkan lantikan ahli LPU adalah sepertimana berikut: Rajah 4.1: Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Lantikan Lama > > > > > Lantikan Baru Pengerusi - Seksyen 17(1)(a) Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin Lantikan: 15.07.2020 - 7.10.2022 Wakil Kementerian Pengajian Tinggi Seksyen 17(1)(c) Datuk Rosli Yaakub Lantikan: 1.06.2020 - 15.10.2021 Wakil Masyarakat Seksyen 17(1)(d) Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abu Bakar Lantikan: 1.04.2019 - 31.03.2022 Wakil Swasta Seksyen 17(1)(f) Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil Lantikan Pertama : 1.04.2018 - 31.03.2021 Lantikan Kedua : 1.04.2021 - 7.10.2022 Wakil Alumni Seksyen 17(1)(f) Dr. Azmi Omar Lantikan: 3.09.2020 - 19.10.2022 Pengerusi - Seksyen 17(1)(a) Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh Lantikan: 17.01.2022 - 16.10.2025 Wakil Kementerian Pengajian Tinggi Seksyen 17(1)(c) Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian Lantikan: 4.04.2022 - 3.04.2025 Wakil Masyarakat Seksyen 17(1)(d) YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil Lantikan: 3.04.2022 - 2.04.2025 Wakil Swasta Seksyen 17(1)(f) Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor Lantikan Pertama : 17.10.2022 - 16.10.2025 Wakil Alumni Seksyen 17(1)(f) Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee Lantikan: 1.11.2022 - 31.10.2025


93 Universiti Sultan Zainal Abidin 2. PENUBUHAN DAN PEMANTAPAN JAWATANKUASA KELOLAAN LEMBAGA LPU UniSZA memberi penekanan serius dalam hal ehwal yang melibatkan tadbir urus universiti. Lanjutan daripada itu, LPU dalam mesyuaratnya telah membuat penambaikan terhadap Jawatankuasa Audit dan Risiko dengan menambah elemen Strategik. Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Audit, Risiko dan Strategik yang akan memfokuskan kepada penggubalan dan pengawasan Pelan Strategik Universiti di bawah LPU. Hal ini selaras dengan Perlembagaan UniSZA, Seksyen 17 yang menyatakan bahawa LPU boleh menubuhkan segala jawatankuasa yang didapatinya perlu atau sesuai dan bermanfaat untuk membantu dalam melaksanakan fungsinya. Selari dengan penubuhan Hospital Pengajar UniSZA (HPUniSZA), pelbagai perkara perlu dititikberatkan bagi memastikan hospital mantap dalam aspek tadbir urus, prestasi dan pematuhan. HPUniSZA adalah penting dalam menyampaikan ilmu, pengalaman dan persekitaran pendidikan yang berintegrasi, di samping meningkatkan keupayaan penyelidikan perubatan. LPU menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Hospital Pengajar UniSZA bagi memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab LPU supaya dapat memastikan HPUniSZA ini berada dalam tadbir urus serta kelolaan yang terbaik dan pengurusan risiko yang berkesan. Jawatankuasa ini berperanan untuk mengawal selia pembangunan HPUniSZA supaya sentiasa mematuhi arah tuju dan `way forward’ pembinaan hospital ini. Penglibatan LPU secara langsung adalah selaras dengan Perlembagaan UniSZA, Seksyen 20 (1), iaitu Lembaga hendaklah menjadi badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi universiti dan boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada universiti kecuali setakat kuasa itu diberikan oleh Perlembagaan atau statut, kaedah dan peraturan kepada pihak berkuasa, badan atau kepada pegawai lain universiti. 3. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pengurusan Sumber Manusia mengalami perubahan setelah HPUniSZA diwujudkan dan pengoperasiannya memerlukan staf untuk memastikan pengurusan tersebut berjalan dengan lancar. Proses pengambilan staf HPUniSZA telah dilaksanakan secara berterusan mulai tahun 2020. Sehingga 2022, bilangan staf melapor diri secara berperingkat adalah 777 orang yang terdiri daripada kumpulan klinikal dan pentadbiran bagi persediaan hospital memulakan perkhidmatan kepada komuniti. Dengan ini, jumlah keseluruhan staf UniSZA adalah seramai 2,599. Pecahan bilangan staf yang terlibat adalah ditunjukkan dalam carta di sebelah: Rajah 4.2: Bilangan staf UniSZA Tahun 2022


94 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Pengoperasian HPUniSZA diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Ahmad Zubaidi A. Latif sebagai Pengarah Hospital dan dibantu oleh tiga orang Timbalan Pengarah, iaitu Timbalan Pengarah Klinikal, Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Saiffudin Nik Him; Timbalan Pengarah Sokongan, Dr. Engku Narzini binti Raja Omar; dan Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Ahmad Termizi bin Ab. Aziz. Perkhidmatan HPUniSZA merangkumi pesakit luar dan pesakit dalam, makmal serta aktiviti penyelidikan sebagai sebahagian daripada program strategik serta pembangunan sedia ada UniSZA. HPUniSZA bakal menarik bukan sahaja pelajar tempatan malah pelajar antarabangsa melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dan jaringan strategik. Bagi memastikan kelancaran dan persediaannya memulakan pengoperasian, Pengurusan Tertinggi Universiti telah bersetuju agar HPUniSZA membuka perkhidmatan perawatan pesakit secara trial run bagi klinik Perubatan Am, perkhidmatan pengimejan perubatan serta makmal perubatan khusus kepada warga universiti bermula 17 Julai 2022. Kumulatif statistik kehadiran pesakit sehingga 31 Disember 2022 adalah sepertimana berikut: Jadual 4.1: Perkhidmatan di Hospital Pengajar UniSZA. Perkhidmatan Bil Pesakit Klinik Perubatan Am 696 Perkhidmatan Pengimejan Perubatan 162 Perkhidmatan Patologi dan Makmal Perubatan 184 Jumlah 1042 Jumlah staf UniSZA pada tahun 2022 yang berjumlah seramai 1,822 orang adalah terdiri daripada pelbagai skim dan lantikan termasuklah staf berstatus tetap, kontrak, MySTEP dan pinjaman daripada agensi luar sepertimana carta berikut: Rajah 4.3: Jumlah staf mengikut kampus. Pinjaman Akademik (663 orang) JUMLAH STAF 1822 Pentadbiran (1159 orang) Pinjaman Kontrak Kontrak Tetap Tetap MySTEP 113 1 282 549 838 1 38


95 Universiti Sultan Zainal Abidin Jumlah staf UniSZA ini merangkumi tiga buah kampus UniSZA dan juga di UniSZA@ Putrajaya berdasarkan pecahan berikut: Selain itu, UniSZA turut melantik staf antarabangsa bagi menampung keperluan dalam bidang kepakaran bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di fakulti. Seramai 34 orang staf antarabangsa atau 25.1% telah dilantik dan berkhidmat di UniSZA mengikut pecahan negara berikut: Rajah 4.5: Bilangan staf antarabangsa yang berkhidmat di UniSZA. Rajah 4.4: Jumlah staf mengikut kampus. Egypt 5 orang KAMPUS GONG BADAK Tetap 1067 Kontrak 273 MySTEP 35 Pinjaman 2 Tetap 189 Kontrak 87 MySTEP 2 Tetap 1067 Kontrak 273 MySTEP 35 Tetap 1067 Kontrak 273 MySTEP 35 KAMPUS PERUBATAN KAMPUS BESUT UniSZA @PUTRAJAYA Iraq 2 orang JUMLAH 34 ORANG (5.1%) Syria 1 orang Yemen 2 orang Canada 1 orang Bangladesh 4 orang Nigeria 2 orang China 1 orang Thailand 1 orang India 4 orang Indonesia 2 orang Japan 1 orang Uzbekistan 1 orang Myanmar 6 orang Pakistan 1 orang Akademik 445 Pentadbiran 932 Akademik 106 Pentadbiran 172 Akademik 111 Pentadbiran 52 Akademik 1 Pentadbiran 3 75.6% 1377 15.3% 278 8.9% 163 0.2% 4


96 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 LANGKAH KE HADAPAN PEMBUDAYAAN ETIKA DAN INTEGRITI UniSZA memandang serius tentang isu integriti membabitkan penjawat awam yang boleh memberi kesan kepada universiti. Sebagai langkah mengurangkan perkara ini, Pengurusan Universiti bersetuju untuk melaksanakan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) bagi mendukung Arahan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. OACP merupakan dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti serta antirasuah dalam organisasi. OACP yang dibangunkan meliputi isu dalaman organisasi berkaitan kelemahan integriti, tadbir urus dan antirasuah yang harus ditangani serta melibatkan semua bidang dan aktiviti yang dijalankan dalam organisasi. OACP UniSZA telah menggariskan empat bidang keutamaan, empat strategi, 12 objektif strategik dan 48 inisiatif bagi menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan anti rasuah dalam organisasi. Rajah 4.6: Bidang Keutamaan dalam OACP UniSZA. RUMUSAN Kepimpinan strategik adalah tunjang utama bagi mencapai visi dan misi universiti berteraskan peraturan atau pekeliling yang berkuatkuasa. Dalam mencapai misi dan visi ini juga, sumber manusia merupakan salah satu komponen terbesar yang diperlukan oleh universiti bagi maksud mencapai tujuan tersebut. Pentadbiran telus dan efisien merupakan penyumbang terbesar terhadap pemantapan tadbir urus yang cemerlang dan berintegriti. Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 merupakan satu langkah yang diambil oleh UniSZA bagi mencapai tadbir urus yang cemerlang dan berintegriti. OACP UniSZA telah menggariskan empat bidang keutamaan, empat strategi, 12 objektif strategik dan 48 inisiatif bagi menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan anti rasuah dalam organisasi. Objektif Strategik 2 Inisiatif 12 Objektif Strategik 3 Inisiatif 12 Objektif Strategik 4 Inisiatif 11 Objektif Strategik 3 Inisiatif 13 Bidang Keutaman 1: Tadbir Urus Bidang Keutaman 4: Kewangan & Pembangunan Bidang Keutaman 3: Penyelidikan & Inovasi Bidang Keutaman 2: Akademik & Hal Ehwal Pelajar 96 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022


97 Universiti Sultan Zainal Abidin Universiti Sultan Zainal Abidin


98 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022


99 Universiti Sultan Zainal Abidin 5 BAB KECEMERLANGAN BAKAT


100 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN UniSZA memberikan fokus utama terhadap pembangunan bakat bagi menjamin kelestarian kualiti urus tadbir universiti, malah terus komited dalam menyediakan Tabung Bakat UniSZA (TBU) bagi memastikan pelan penggantian universiti sentiasa dapat dipenuhi. Dalam mendukung kecemerlangan bakat berprestasi tinggi, UniSZA sentiasa bekerjasama dengan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) untuk melahirkan calon bakat yang berprofil di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bakat yang berpotensi di peringkat UniSZA telah disusun mengikut pengkategorian AKEPT yang dikenali sebagai TBU. Rajah 5.1: Proses Pengembangan Bakat UniSZA 2020-2022. Dalam usaha memperkasakan bakat UniSZA di semua peringkat, warga UniSZA telah berjaya dilengkapkan dengan seratus peratus latihan berkompetensi pada tahun 2022 sepertimana yang telah digariskan di bawah Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. PENCAPAIAN 1. PROGRAM KEPIMPINAN Transformasi bakat UniSZA memerlukan kepimpinan yang berwawasan, tokoh pemikir yang disegani, dan mempunyai keupayaan yang relevan. Kepimpinan ini mampu untuk melonjakkan universiti di peringkat global dengan mengenal pasti, membangun dan mengekalkan bakat. Bakat akademik dan pentadbiran yang hebat mampu memperkasa UniSZA melalui peningkatan kecemerlangan berterusan.Bagi memperkasa bakat kepimpinan dalam kalangan staf, UniSZA telah mengenal pasti calon yang berpotensi iaitu seramai 163 orang dalam TBU. Staf yang berpotensi telah dicalonkan mengikut kategori. Seramai 28 orang dicalonkan bagi kategori National Top Talent (NTT); 97 orang bagi kategori National Position Holder (NPH); dan 38 orang bagi kategori National Emerging Talent (NET). Daripada jumlah tersbeut, seramai 17 orang dari kelompok TBU UniSZA tersebut telah diprofilkan oleh AKEPT bagi mengisi jawatan pengurusan universiti. Selain itu, seramai 30 orang staf pentadbir dan akademik dari TBU telah terpilih untuk menghadiri program kepimpinan yang dianjurkan oleh AKEPT. Antara program yang disertai ialah Changemaker Programme for Higher Education Top Leaders (CProHE), Top Executive Programme (TEP), dan Program Strategic Leadership Roundtable. Warga UniSZA telah berjaya dilengkapkan dengan seratus peratus latihan berkompetensi pada tahun 2022 sepertimana yang telah digariskan di bawah Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.


Click to View FlipBook Version