The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faisalunisza, 2023-08-29 22:18:21

LTPK UniSZA 2022

LTPK UniSZA 2022

101 Universiti Sultan Zainal Abidin Gambar 5.1: Program Kepimpinan staf UniSZA 2. PENGANUGERAHAN KECEMERLANGAN UniSZA telah mengadakan Majlis Anugerah Akademik Universiti (AAU) bagi mengiktiraf sumbangan serta kecemerlangan staf akademik. Seramai 18 orang staf akademik telah dinobatkan sebagai penerima anugerah dalam AAU pada tahun 2022. Rajah 5.2: Anugerah AAU peringkat UniSZA yang dipertandingkan tahun 2022. Changemaker Programme For Higher Education Top Leaders (CProHE). Program Strategic Leadership Roundtable Top Executive Programme (TEP). Changemaker Leadership Programme For Senior Administrator (CLAPSA).


102 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Gambar 5.2: Penerima AAU UniSZA. 3. PENGEMBANGAN BAKAT Bagi tujuan pengembangan bakat, UniSZA telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan sebanyak 130 program latihan. Program ini terbahagi kepada enam kategori latihan sebagaimana dalam Rajah 5.3. Rajah 5.3: Bilangan latihan mengikut kategori.


103 Universiti Sultan Zainal Abidin Gambar 5.3: Latihan Pemerkasaan Penyelidik UniSZA Siri 1 dan Siri 2. 4. KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL DALAM DAN LUAR NEGARA Keterserlahan bakat dan kredibiliti warga UniSZA sentiasa diakui dan menjadi penanda aras dalam menentukan kualiti kecemerlangan bakat kumpulan pendidik, penyelidik dan pemimpin menerusi keahlian dalam badan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seramai 108 orang staf akademik UniSZA telah menjadi ahli badan profesional, iaitu 97 orang di peringkat kebangsaan dan sebelas orang di peringkat antarabangsa. 5. PENGIKTIRAFAN DAN SANJUNGAN Bakat yang dihasilkan oleh UniSZA telah diiktiraf oleh pelbagai agensi dalam dan luar negara. Rentetan itu, seramai 12 orang staf UniSZA telah berjaya ditempatkan di pelbagai agensi sepertimana Rajah 5.4 hingga Rajah 5.6. Peminjaman dan lantikan luar staf ini menunjukkan pengiktirafan ke atas bakat serta kualiti staf UniSZA. Seramai 108 orang staf akademik UniSZA telah menjadi ahli badan profesional, iaitu 97 orang di peringkat kebangsaan dan sebelas orang di peringkat antarabangsa.


104 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Rajah 5.4: Peminjaman Staf UniSZA Rajah 5.5: Program CEO Fakulti. Prof. Madya Dr. Mutia Sobihah Binti Abdul Halim (Pensyarah Universiti) Pegawai (Terengganu Strategic & Intergrity Institute, TSIS) 1.04.2021 - 30.03.2022 (1 Tahun) Dr. Nur Hayati binti Jasmin (Pensyarah Universiti) Peserta CEO Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya 1.10.2022 - 31.03.2023 Puan Alia Nabila Binti Alias (Guru Bahasa) Pegawai Atas Pendidikan Gred 44 (Eduation Malaysia London) 28.05.2021 - 27.05.2023 (2 Tahun) Dr. Norhasliza binti Ghapa (Pensyarah Universiti) Peserta CEO Pharmaniaga Berhad, Bangi, Selangor 1.10.2022 - 31.03.2023 Prof. Madya Dr. Radzuan Bin Ab. Rashid (Pensyarah Universiti) Pengarah (Education Malaysia Jordan) 23.08.2021 - 22.08.2023 (2 Tahun) Prof. Madya Dr. Mohd Safri Bin Ali (Pensyarah Universiti) Ketua Pegawai Eksekutif (Kolej Al-Quran Terengganu) 15.09.2021 - 14.09.2023 (2 Tahun) Dr. Elissa Nadia binti Madi (Pensyarah Universiti) Peserta CEO Pharmaniaga Berhad, Bangi, Selangor 1.10.2022 - 31.03.2023 Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Bin Adnan (Pensyarah Universiti) Ketua Pegawai Eksekutif (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM) 3.04.2022 - 13.04.2024 (2 Tahun) Prof. Dr. Basri Bin Ibrahim (Pensyarah Universiti) Pensyarah VK7 (Kolej Universiti Islam Perlis, KUIPs) 1.08.2021 - 31.07.2023 (2 Tahun)


105 Universiti Sultan Zainal Abidin Rajah 5.6: Lantikan Lembaga Pengarah. LANGKAH KE HADAPAN 1. PROGRAM KEPIMPINAN Dalam pengurusan bakat, aspek yang penting ialah pembangunan program kepimpinan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan pekerja yang berpotensi. Untuk mencapai kejayaan ini, UniSZA perlu mempunyai pendekatan strategik dan memberi tumpuan pada pembangunan individu, bermula dengan mengenal pasti bakat, menilai keupayaan mereka, dan merancang program latihan dan pembangunan yang sesuai. Program kepimpinan harus berterusan dan meliputi pelbagai aspek seperti kemahiran teknikal, pengurusan masa, dan peluang aplikasi praktikal. Penilaian prestasi berkala perlu dijalankan untuk mengukur keberkesanan program dan mengenal pasti kelemahan. 2. PENGANUGERAHAN KECEMERLANGAN Pelaksanaan Anugerah Akademik Universiti (AAU) merupakan wadah pengiktirafan ahli akademik menerusi pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, telah menyuntik semangat kepada semua ahli akademik UniSZA untuk terus meningkatkan komitmen demi mencapai kecemerlangan akademia. Bakat mereka yang berpotensi akan terus digilap sehingga ke peringkat pengiktirafan tertinggi Anugerah Akademik Negara (AAN) pada masa akan datang. Prof. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah (Pensyarah Universiti) Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan MAIDAM, Terengganu 2022 – 2024 (2 tahun) Dr. Razi bin Yaakob (Pensyarah Universiti) Ahli Lembaga Pengarah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Terengganu 2021 – 2024 (4 tahun) Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh (Pensyarah Universiti) Ahli Lembaga Pengarah MAIDAM, Terengganu 2022 – 2023 (1 tahun)


106 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 3. PENGEMBANGAN BAKAT Perubahan global menjadikan landskap pendidikan nasional kini semakin rencam. Pengurusan bakat menjadi elemen kritikal universiti bagi memastikan staf sentiasa anjal dan dinamik terhadap persekitaran dunia yang semakin kompleks. Justeru, Pelan Stategik UniSZA (PSU) 2023-2030 telah menggariskan Bakat Berprestasi Tinggi (High Performance Talent) sebagai salah satu strategi teras yang menunjukkan hala tuju universiti sentiasa seiring dan mendukung aspirasi nasional. Empat strategi utama dilihat berupaya menyokong strategi teras ini iaitu UniSZA Succession Planning, Staff Positioning, High Advance Programmes dan High Recognition Programmes. Gagasan ini diharap mampu membentuk bakat tersedia pada masa hadapan yang efektif untuk menyumbang secara strategik dalam mencapai objektif universiti dan negara. 4. KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL DALAM DAN LUAR NEGARA Keahlian badan profesional dalam dan luar negara sangat penting bagi staf UniSZA kerana ia membolehkan mereka mengekalkan kecekapan dan keupayaan dalam bidang masingmasing serta memberikan peluang untuk belajar daripada pakar lain di luar negara. Hal ini akan dapat membantu membina jaringan profesional yang meluas dan menjalinkan hubungan dengan komuniti akademik dan industri di peringkat antarabangsa. Dengan memperluaskan jaringan profesional dan meningkatkan kemahiran, staf UniSZA dapat meningkatkan reputasi dalam bidang tertentu, membuka peluang kerjaya yang lebih baik serta memperoleh sokongan dan pendanaan untuk projek serta penyelidikan. Justeru, pengembangan keahlian badan profesional dalam dan luar negara harus menjadi keutamaan bagi staf UniSZA yang ingin memajukan karier dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada komuniti akademik dan masyarakat 5. PENGIKTIRAFAN DAN SANJUNGAN UniSZA seharusnya membangunkan program kepimpinan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan pekerja. Program ini perlu difokuskan secara strategik. Ia perlu dimulakan dengan mengenal pasti bakat, menilai kebolehan, dan merancang program latihan serta pembangunan yang sesuai. Program kepimpinan harus berterusan dan meliputi pelbagai aspek seperti kemahiran teknikal, pengurusan masa, dan peluang aplikasi praktikal. Selain itu, penilaian prestasi berkala harus dijalankan untuk mengukur keberkesanan program dan mengenal pasti kelemahan. Pelaksanaan Anugerah Kecemerlangan Akademik di UniSZA menyediakan pengiktirafan dan motivasi untuk staf akademik berusaha mencapai kecemerlangan akademik dalam pengajaran, penyelidikan, dan penulisan saintifik. Bakat yang berpotensi perlu dibangunkan untuk mencapai tahap pengiktirafan tertinggi Anugerah Akademik Negara (AAN) pada masa depan. Pembangunan bakat, keahlian dalam badan profesional, pengiktirafan dan sanjungan yang berkesan akan terus menyokong staf yang berprestasi tinggi, memperkuat budaya kerja yang positif, meningkatkan produktiviti, dan mencapai visi dan misi universiti. Pelan Stategik UniSZA (PSU) 2023-2030 telah menggariskan Bakat Berprestasi Tinggi (High Performance Talent) sebagai salah satu strategi teras yang menunjukkan hala tuju universiti sentiasa seiring dan mendukung aspirasi nasional


107 6. PELAKSANAAN COMPETENCY BASED ON TALENT MANAGEMENT (CBTM) UniSZA komited untuk meningkatkan pelaksanaan Competency Based on Talent Management (CBTM) sebagai penyeragaman dan pengintegrasian semua aktiviti pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi. Pendekatan ini memberikan sumbangan kepada pencapaian pelan strategik universiti. Penggunaan CBTM memberi kuasa kepada universiti dalam pemilihan bakat berpotensi yang dapat memenuhi keperluan masa depan dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Selain itu, pelaksanaan CBTM di UniSZA akan memastikan pembangunan bakat dan budaya pengurusan selari dengan objektif strategik universiti. CBTM juga akan meningkatkan keupayaan kepimpinan pengurusan UniSZA melalui pemerkasaan program latihan kepimpinan dan pentadbiran universiti. Melalui penggunaan CBTM, UniSZA dapat melaksanakan pelan penggantian di universiti secara lebih teratur dengan memaparkan laluan kemajuan kerjaya yang jelas, bahkan akan menjadi panduan dalam pelaksanaan pelan penggantian di universiti. Dengan pelaksanaan CBTM yang efektif, UniSZA dapat memperoleh kelebihan kompetitif dalam mencari dan mengekalkan bakat yang berkualiti dan dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada universiti dan masyarakat. Oleh itu, pelaksanaan CBTM di UniSZA adalah langkah ke hadapan dalam membangunkan potensi bakat staf dan membawa universiti ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi. RUMUSAN Kecemerlangan bakat warga UniSZA telah dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tahun 2022. Pelbagai pengiktirafan telah diberikan kepada warga UniSZA yang cemerlang dalam pelbagai kategori. UniSZA telah membangunkan pelbagai dasar dan garis panduan bagi pemantapan bakat berprestasi tinggi. Inisiatif ke hadapan telah diambil untuk memperkasakan TBU UniSZA agar terus relevan dengan transformasi tadbir urus semasa. Usaha ini mampu menjadikan UniSZA sebagai sebuah universiti yang dikenali dan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Universiti Sultan Zainal Abidin 107


108 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022


109 Universiti Sultan Zainal Abidin 6 BAB KERJASAMA DAN HUBUNGAN LUAR


110 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN UniSZA perlu terus menyusun strategi supaya mampu menghasilkan model program pendidikan yang mempunyai daya tahan dalam apa juga keadaan. Jalinan kerjasama dan hubungan luar merupakan antara kunci utama ke arah mewujudkan masa depan pendidikan tinggi yang lebih cemerlang. Sehubungan itu, jalinan kerjasama dapat memberikan nilai tambah sama ada dalam bentuk kewangan, perkongsian kepakaran serta peningkatan tahap kecemerlangan UniSZA itu sendiri mahupun untuk seluruh warganya. PENCAPAIAN Daripada 113 Memorandum Persefahaman (MoU) dan 67 Memorandum Perjanjian (MoA) yang masih aktif sehingga tahun 2022, sebanyak 42 kerjasama telah terjalin antara UniSZA dengan pihak luar. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 28 MoU dan 14 MoA telah berjaya ditandatangani yang merangkumi kerjasama di peringkat dalam negara dan juga luar negara. A. STATISTIK BILANGAN MOU DAN MOA MENGIKUT KATEGORI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA YANG MASIH AKTIF DARI TAHUN 2017 SEHINGGA TAHUN 2022 Jadual 6.1: Jumlah MoU dan MoA yang masih aktif sehingga tahun 2022. B. STATISTIK BILANGAN MOU DAN MOA MENGIKUT KATEGORI NEGARA Berdasarkan jumlah MoU dan MoA yang aktif ( Jadual 6.1), sebanyak 64 MoU dan 35 MoA telah ditandatangani bagi kategori dalam negara, manakala sebanyak 49 MoU dan 32 MoA telah ditandatangani bagi kategori luar negara. Statistik bilangan MoU dan MoA mengikut negara-negara terlibat adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1 dan Jadual 6.2. Jenis Kerjasama Memorandum Persefahaman (MoU) Memorandum Perjanjian (MoA) Jumlah Dalam Negara Luar Negara Dalam Negara Luar Negara 2017 3 14 10 7 34 2018 2 9 2 2 15 2019 15 17 9 10 51 2020 10 2 3 8 23 2021 12 1 2 0 15 2022 22 6 9 5 42 Daripada 113 Memorandum Persefahaman (MoU) dan 67 Memorandum Perjanjian (MoA) yang masih aktif sehingga tahun 2022, sebanyak 42 kerjasama telah terjalin antara UniSZA dengan pihak luar. 64 MoU dan 35 MoA telah ditandatangani bagi kategori dalam negara, manakala sebanyak 49 MoU dan 32 MoA telah ditandatangani bagi kategori luar negara.


111 Universiti Sultan Zainal Abidin Rajah 6.1: Statistik bilangan MoU dan MoA mengikut kategori dalam negara dan luar negara yang masih aktif sehingga tahun 2022. AMERIKA SYARIKAT MoU:2 UNITED KINGDOM MoU:1 MoA:1 MALAYSIA MoU:64 MoA:35 TURKIYE MoU:3 MoA:2 BRUNEI MoU:1 MoA:1 IRELAND MoU:1 MAGHRIBI MoU:1 GERMANY MoU:1 YAMAN MoA:1 JEPUN MoU:2 MoA:3 AUSTRALIA MoA:1 IRAN MoU:1 MAURITIUS MoA:1 KAZAKHSTAN MoU:2 MoA:1 THAILAND MoU:8 MoA:3 INDONESIA MoU:17 MoA:18 BRAZIL MoU:1 BULGARIA MoU:1 JORDAN MoU:7


112 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Jadual 6.2: Statistik bilangan MoU dan MoA mengikut kategori dalam negara dan luar negara yang masih aktif sehingga tahun 2022. Daripada jumlah keseluruhan bilangan MoU dan MoA yang masih aktif mengikut kategori negara bagi tahun 2022 (Rajah 6.1), sebanyak 22 MoU dan sembilan MoA telah ditandatangani bagi kategori dalam negara, manakala sebanyak enam MoU dan lima MoA telah ditandatangani bagi kategori luar negara. Statistik bilangan MoU dan MoA mengikut negara-negara terlibat bagi tahun 2022 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.3. Jenis Kerjasama Negara Memorandum Persefahaman (MoU) Memorandum Perjanjian (MoA) Jumlah Dalam Negara 64 35 99 Luar Negara 49 32 81 Jumlah 113 67 180 Jenis Kerjasama Negara Memorandum Persefahaman (MoU) Memorandum Perjanjian (MoA) Malaysia 22 9 Indonesia 2 2 Jepun 1 1 United Kingdom 1 1 Yaman - 1 Jerman 1 - Maghribi 1 - Jumlah 28 14 Jadual 6.3: Statistik bilangan MoU dan MoA mengikut kategori negara bagi tahun 2022.


113 Universiti Sultan Zainal Abidin C. STATISTIK KLASIFIKASI MOU DAN MOA MENGIKUT KATEGORI MOD Pengelasan 28 kerjasama (MoU mengikut mod Akademik dan Penyelidikan dan lain-lain (Latihan, Keusahawanan dan Sosial) bagi tahun 2022 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2. Rajah 6.2: Carta pai bilangan MoU mengikut klasifikasi kategori Mod. Pengelasan 14 kerjasama (MoA) mengikut mod Akademik dan Penyelidikan dan lain-lain (Wakaf) bagi tahun 2022 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3. Rajah 6.3: Carta pai bilangan MoA mengikut klasifikasi kategori Mod. D. KOMITMEN KEWANGAN YANG DIBERIKAN DAN SUMBANGAN KEWANGAN KEPADA UNIVERSITI Secara keseluruhan, komitmen kewangan yang diberikan dan sumbangan kewangan kepada universiti bagi 28 MoU dan 14 MoA yang telah ditandatangani sepanjang tahun 2022 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.4. Lain-lain (Latihan, Keusahawanan dan Sosial) 5 23 Akademik dan Penyelidikan Lain-lain (Wakaf) 1 13 Akademik dan Penyelidikan


114 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Jadual 6.4: Komitmen kewangan yang diberikan dan sumbangan kewangan kepada universiti bagi MoU dan MoA tahun 2022. LANGKAH KE HADAPAN UniSZA yang diterajui oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) akan bergiat lebih aktif dalam meningkatkan hubungan kerjasama dengan pihak luar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui pemeteraian MoU dan MoA. Ia bertujuan untuk mewujudkan perkongsian kepakaran, janaan kewangan yang mapan serta hasil penyelidikan berimpak tinggi bagi memperoleh manfaat yang lebih besar. Usaha ini sejajar dengan Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 yang menekankan hubungan kerjasama dan kolaborasi untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti universiti. Dari sudut pentadbiran pula, satu sistem digital baharu bakal diwujudkan hasil kolaborasi antara Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM) dengan Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR). Sistem ini akan memfokuskan kepada pemantapan sistem perekodan dan janaan data MoU/MoA yang lebih sistematik dan pragmatik serta mesra pengguna agar dapat diakses dengan cepat dan pantas oleh pihak-pihak berkaitan. UniSZA akan memperbanyakkan lagi jalinan kerjasama melalui permeteraian MoU dan MoA dengan negara-negara sedia ada seperti Indonesia, Thailand, Jordan, Turki dan lain-lain (Jadual 6.2) .Selain itu, UniSZA akan mewujudkan usaha sama bersama negara-negara lain bagi berkongsi kepakaran, idea, fasiliti, menjalankan penyelidikan berimpak tinggi serta memperkukuhkan program pertukaran staf dan pelajar. RUMUSAN UniSZA perlu memanfaatkan peluang untuk mencari rakan kerjasama bagi mengoptimumkan kepakaran yang ada atau menjalin kerjasama bagi memenuhi keperluan agenda kerajaan. Terdapat tiga perkara penting menjadi teras utama yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan kerjasama, iaitu mengenal pasti bidang, menyusun peluang perkongsian dan mengekalkan faedah bersama. Selain itu, UniSZA juga perlu memanfaatkan kolaborasi untuk meningkatkan nilai kepada pelajar melalui pengembangan perkhidmatan dan penawaran akademik. Kesimpulannya, dalam era pendidikan tinggi baharu ini, kolaborasi adalah antara strategi paling tepat untuk meningkatkan keterlihatan UniSZA di segenap persada. Melalui perkongsian strategik dengan agensi luar, UniSZA berpotensi memberikan kestabilan kewangan, pengembangan jenama dan nilai kepada pelajar melalui penawaran kursus dan program tambahan serta memberikan output penyelidikan yang berimpak tinggi untuk setiap lapisan masyarakat. Jenis Kerjasama Negara Bilangan Komitmen Kewangan yang diberikan Sumbangan Kewangan kepada Universiti Memorandum Persefahaman (MoU) 28 RM7,000.00 RM295,668.20 Memorandum Perjanjian (MoA) 14 RM7,000.00 RM295,668.20 UniSZA akan mewujudkan usaha sama bersama negara-negara lain bagi berkongsi kepakaran, idea, fasiliti, menjalankan penyelidikan berimpak tinggi serta memperkukuhkan program pertukaran staf dan pelajar.


115 Universiti Sultan Zainal Abidin


116 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022


117 Universiti Sultan Zainal Abidin 7 BAB PENYELIDIKAN DAN INOVASI


118 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN Visi UniSZA adalah untuk menjadi peneraju kepada Universiti Islam Integrasi Kontemporari. Selaras dengan itu, UniSZA berhasrat melahirkan insan holistik menerusi pendidikan cemerlang dan penyelidikan berimpak tinggi berasaskan pengalaman pintar untuk melestarikan masyarakat. Oleh yang demikian, dasar penyelidikan dan inovasi universiti telah diwujudkan bertujuan memastikan kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi berasaskan bidang tujahan dan nic serta kluster penyelidikan universiti. Penyelidikan dan inovasi di UniSZA digerakkan melalui fakulti, institut, pusat dan makmal berpusat. Buat masa ini, terdapat 12 fakulti, dua institut, satu pusat asasi dan satu Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) yang mampu meningkatkan keberhasilan output penyelidikan yang berkualiti dan menyumbang kepada penyelidikan berimpak tinggi di UniSZA. Bagi keberhasilan penyelidikan dan inovasi menerusi institut, Institut Penyelidikan Produk dan Kebudayaan Melayu Islam (INSPIRE) dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) memainkan peranan penting dalam memberikan sumbangan yang signifikan. INSPIRE yang ditubuhkan pada Julai 2013 merupakan sebuah institut yang memfokuskan kepada penyelidikan dalam bidang peradaban Melayu Islam. INSPIRE bertindak sebagai pemangkin dalam penghasilan produk berteraskan ketamadunan Melayu Islam serta pemacu kepada pengembangan ilmu peradaban Islam bertaraf antarabangsa. ESERI pula ditubuhkan pada 1 Disember 2013 dan berfokuskan kepada sains forensik alam sekitar, kejuruteraan kualiti alam sekitar, pengurusan risiko dan pelan tindakan kecemasan alam sekitar. Penubuhan ESERI adalah bertepatan dan merupakan suatu keperluan dalam menangani dan menjuarai isu-isu berkaitan alam sekitar di Malaysia khususnya di Pantai Timur. Selain INSPIRE dan ESERI, UniSZA turut menubuhkan Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) pada 13 Mei 2019. CLMC melalui misinya menyediakan kemudahan makmal berkualiti tinggi (analisis sampel CALaB) untuk menganalisis dan menguji secara saintifik, khidmat nasihat dan khidmat pengajaran kepada pelajar, penyelidik dan masyarakat dengan menggunakan peralatan terkini serta tenaga kerja yang kompeten dan komited. Justeru, dalam usaha memperkasakan budaya penyelidikan berimpak tinggi dalam kalangan penyelidik UniSZA, pelbagai usaha telah dirancang dan diatur bagi memastikan matlamat ini tercapai. PENCAPAIAN 1. KUANTITI DAN KUALITI PENYELIDIK Ekosistem penyelidikan di UniSZA terus berkembang dari tahun ke tahun. Perolehan geran penyelidikan daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan mahupun swasta dan industri oleh pensyarah UniSZA amat penting dalam memastikan kepakaran intelektual yang dimiliki dapat dimanfaatkan untuk memberi kesan kepada komuniti, teknologi, ekonomi dan masyarakat.


119 Universiti Sultan Zainal Abidin i. Geran Universiti (2020 - 2022) Geran Universiti merupakan projek yang dibiayai melalui dana penyelidikan universiti. Projek penyelidikan pula mestilah bersifat kompetitif. Pada tahun 2022, UniSZA memperuntukkan sejumlah RM1,579,200.00 untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan, berbanding RM1,425,200.00 pada tahun 2021 dan RM643,500.00 pada tahun 2020. Dari sudut bilangan ketua penyelidik, tahun 2022 merekodkan seramai 97 orang ketua penyelidik berbanding 67 orang pada tahun 2021 dan 34 orang pada tahun 2020. Rajah 7.1 menunjukkan peruntukan bagi Geran Universiti bagi tahun 2020 – 2022. Rajah 7.1 : Peruntukan Geran Universiti (2020-2022). ii. Geran Nasional (2020 – 2022) Pada tahun 2022, telah berlaku sedikit penurunan dalam jumlah perolehan geran penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada UniSZA berbanding tahun sebelumnya iaitu bernilai RM3,367,630.00 untuk 30 projek. Dari segi bilangan projek, jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding tahun 2021 yang menerima 37 projek dengan jumlah geran RM3,546,502.00. Walau bagaimanapun, jumlah perolehan geran yang diterima pada tahun 2022 ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 2020 yang menerima 26 projek dengan jumlah geran RM2,324,690.00. Rajah 7.2 menunjukkan perincian perolehan dana penyelidikan daripada geran penyelidikan kementerian pada tahun 2020 sehingga tahun 2022. • Dana Penyelidikan Universiti (DPU) 1.0 = RM113,000.00 (11 projek) • Dana Penyelidikan Universiti (DPU) 2.0 = RM235,000.00 (7 projek) • Translational University Grant (TUG) = RM65,000.00 (4 projek) • Lab Material (Labmat) Research Grant = RM130,500.00 (6 projek) • Projek Khas Universiti = RM85,000.00 (4 projek) • Jumlah = RM643,500.00 (34 orang Ketua Penyelidik) • Dana Penyelidikan Universiti (DPU) 1.0 = 348,000.00 (23 projek) • Dana Penyelidikan Universiti (DPU) 2.0 = RM500,000.00 (14 projek) • Graduate On Time (GOT) = RM80,000.00 (4 projek) • Dana Pra Pengkomersialan (PreComm) = RM40,000.00 (2 projek) • Special Research Grant Scheme International Collaboration (SRGS-IC) = RM114,000.00 (7 projek) • Collaborative Grant (1+3) = RM66,000.00 (3 projek) • Projek Khas Universiti = RM227,200.00 (4 projek) • Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) = RM50,000.00 (10 projek) • Jumlah = RM1,425,200.00 (67 orang Ketua Penyelidik) • Dana Penyelidikan Universiti (DPU) 1.0 = 752,000.00 (48 projek) •Dana Penyelidikan Universiti (DPU) 2.0 = RM515,000.00 (29 projek) • Graduate On Time (GOT) = RM30,000.00 (2 projek) • Dana Pra Pengkomersialan (PreComm) = RM90,000.00 (3 projek) • Collaborative Grant (1+3) = RM90,000.00 (5 projek) • Projek Khas Universiti = RM49,000.00 (2 projek) • Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) = RM53,200.00 (8 projek) •Jumlah = RM1,579,200.00 (97 orang Ketua Penyelidik) 2020 2021 2022


120 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Rajah 7.2: Geran Penyelidikan Kementerian (2020 – 2022). Agensi kerajaan (tidak termasuk dana penyelidikan KPT) lain sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan turut memberi kepercayaan kepada penyelidik UniSZA untuk menjalankan penyelidikan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Ini menunjukkan prestasi penyelidik UniSZA mula diiktiraf dan menjadi pakar rujuk di peringkat nasional. Rajah 7.3 menunjukkan perincian perolehan dana penyelidikan daripada beberapa buah agensi kerajaan selain KPT pada tahun 2020 sehingga tahun 2022. Rajah 7.3: Geran Agensi Kerajaan (2020 – 2022). • Geran Penyelidikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)= RM200,000.00 (1 projek) • Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu = RM17,000.00 (1 projek) • Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) = RM22,000.00 (1 projek) • ADUN Kemasik = RM11,160.00 (1 projek) •Jumlah = RM250,160.00 (4 projek) • Jabatan Akauntan Negara Malaysia = 25,000.00 (1 projek) • Islamic Tourism Center, MOTAC = RM24,000.00 (2 projek) • AKEPT = RM50,000.00 (1 projek) • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) = RM4,000.00 (1 projek) • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan = RM10,000.00 (1 projek) • Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, KPM = RM10,998.00 (1 projek) • Yayasan Islam Terengganu = RM9,800.00 (1 projek) • Jumlah = RM133,798.00 (8 projek) • Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus = 10,300.00 (1 projek) • Yayasan Pendidikan MAIDAM = RM8,000.00 (1 projek) • Yayasan Inovasi Malaysia = RM150,000.00 (1 projek) • Jumlah = RM168,300.00 (3 projek) 2020 2021 2022 •Jumlah projek: 26 •Jenis projek: FRGS, Geran Khas COVID 19 •Jumlah dana: RM2,324,690.00 •Jumlah projek: 37 •Jenis projek: FRGS •Jumlah dana: RM3,546,502.00 •Jumlah projek: 30 •Jenis projek: FRGS •Jumlah dana: RM3,367,630.00 2020 2021 2022


121 Universiti Sultan Zainal Abidin iii. Geran industri/ Swasta/NGO (2020-2022) Penyelidikan secara kolaborasi bersama pihak swasta, industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat digalakkan dan sedang diperkasakan dalam kalangan penyelidik UniSZA. Jadual 7.1 menunjukkan perincian perolehan dana penyelidikan daripada pihak industri dan NGO pada tahun 2020 hingga 2022. Secara keseluruhan, UniSZA telah mencatatkan sebanyak 43 projek bagi Geran Industri/ Badan Bukan Kerajaan (NGO) sepanjang tahun 2020 hingga 2022. Pada tahun 2020, UniSZA telah memperoleh sebanyak 15 projek dengan nilaian geran sebanyak RM778,820.40, manakala pada tahun 2021, pemerolehan Geran Industri/ NGO menunjukkan sedikit penurunan yang mencatat jumlah perolehan sebanyak RM424,950 bagi sepuluh projek.Namun, pemerolehan geran pada tahun 2022 mengalami peningkatan memberangsangkan dengan mencatat jumlah perolehan projek sebanyak RM1,285,804.00 bagi 18 projek yang terlibat. Rajah 7.4 : Geran Industri/ Badan Bukan Kerajaan (NGO) (2020-2022). iv. Geran Antarabangsa Geran antarabangsa mencatatkan pemerolehan dana sebanyak RM23,566.55 dengan hanya satu projek pada tahun 2020. Pada tahun 2021 pula, ia mencatatkan peningkatan dengan memperoleh lima projek bersamaan peruntukan RM79,203.27. Namun, sedikit penurunan telah berlaku pada tahun 2022 dengan hanya mencatatkan peruntukan sebanyak RM35,533.00 bagi tiga projek yang diperoleh. Rajah 7.5 menunjukkan perincian geran penyelidikan yang diperoleh daripada beberapa agensi antarabangsa yang terlibat. Rajah 7.5: Geran Penyelidikan Antarabangsa (2020 – 2022). Geran Industri • Jumlah dana: RM 776,820.40 • Jumlah Projek : 14 (13 Fakulti, 1 Institut) Geran NGO • Jumlah dana: RM 2,000.00 • Jumlah Projek : 1 (1Fakulti) Geran Industri • Jumlah dana: RM 394,950.00 • Jumlah projek: 9 (8 Fakulti, 1 Institut) Geran NGO • Jumlah dana: RM 30,000.00 • Jumlah Projek : 1 (1 Fakulti) Geran Industri • Jumlah dana: RM 819,504.00 • Jumlah projek:14 (13 Fakulti, 1 Institut) Geran NGO • Jumlah dana: RM 348,300.00 • Jumlah Projek : 4 (4 Fakulti) 2020 2021 2022 •Jumlah projek: 1 (Fakulti) •Jumlah dana: RM23,566.55 •Jumlah projek: 5 (4 Fakulti, 1 Institut) • Jumlah dana: RM79,203.27 • Jumlah projek: 3 (Fakulti) • Jumlah dana: RM35,533.00 2020 2021 2022


122 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 v. Bakat/ Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) Rajah 7.6 menunjukkan penghasilan bakat atau Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) melalui projek-projek penyelidikan yang telah diperoleh bagi tahun 2020 hingga 2022. Bakat yang dilatih dalam tempoh tiga tahun meliputi projek penyelidikan nasional, universiti, industri/ NGO dan lain-lain berkaitan. Pada tahun 2020, sebanyak 20 bakat telah dilatih melalui projek penyelidikan, manakala pada tahun 2021 pula terdapat peningkatan seramai 51 bakat. Pada tahun 2022, jumlah bakat yang dilatih mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dengan mencapai 169 orang. Rajah 7.6 menunjukkan bilangan bakat/GRA bagi tahun 2020 hingga 2022. Rajah 7.6: Bilangan Bakat/GRA bagi tahun 2020 – 2022. 2. INOVASI UniSZA sentiasa menggalakkan penyelidiknya menghasilkan produk inovasi yang kreatif dan berimpak khususnya bagi menyelesaikan masalah komuniti dan memenuhi kehendak industri. Hasil inovasi penyelidik UniSZA yang berpotensi tinggi dibawa untuk menyertai pelbagai pertandingan ciptaan dan inovasi berprestij dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Setiap inovasi yang dihasilkan penyelidik UniSZA disarankan untuk mendapatkan perlindungan harta intelek sebelum dikongsi atau dipamerkan kepada orang luar. i. Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) Kolaborasi penganjuran Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) antara UniSZA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kolej Universiti TATI (UC TATI) diteruskan pada tahun 2022 buat kali keenam. Bagi tahun 2022, UniSZA telah dipilih sebagai tuan rumah MPI dan program tersebut telah dilaksanakan secara hibrid untuk pertama kalinya dengan dua mod iaitu secara maya dan fizikal. Pada peringkat pertama, semua penyertaan dinilai secara maya atau dalam talian, manakala pada peringkat kedua, hanya produk terpilih akan dipamerkan secara fizikal di dewan. Secara keseluruhan, sebanyak 348 penyertaan diterima daripada seluruh Malaysia termasuk dua penyertaan dari pihak sekolah. UniSZA menghantar sebanyak 134 produk inovasi dan telah berjaya memperoleh 33 pingat emas, 48 pingat perak, 25 pingat gangsa serta dua anugerah khas. Peratusan pencapaian ditunjukkan dalam Rajah 7.7. 20 orang 51 orang 169 orang Bakat Tahun 2020 Bakat Tahun 2021 Bakat Tahun 2022 Sebanyak 134 produk inovasi dan telah berjaya memperoleh 33 pingat emas, 48 pingat perak, 25 pingat gangsa serta dua anugerah khas.


123 Universiti Sultan Zainal Abidin Rajah 7.7: Bilangan penyertaan dari UniSZA dan peratus perolehan pingat. ii. Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) PECIPTA merupakan acara dwitahunan yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Awam (UA) terpilih. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi 2022 yang telah diadakan secara hibrid (fizikal dan maya). UniSZA telah menghantar 13 penyertaan dalam pameran PECIPTA kali ini dan enam daripadanya dipertandingkan secara fizikal pada 1-3 November 2022 di UMK Kampus Bachok. Pasukan UniSZA telah berjaya merangkul tujuh emas, empat perak, dua gangsa serta satu Anugerah Terbaik Kluster. Senarai produk dan pingat adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.8 dan Jadual 7.1. 25% Emas 36% Perak 19% Gangsa MPI’22 UniSZA 134 penyertaan Pasukan UniSZA telah berjaya merangkul tujuh emas, empat perak, dua gangsa serta satu Anugerah Terbaik Kluster.


124 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Rajah 7.8: Rumusan perolehan pingat di PECIPTA’22. Jadual 7.1 Senarai produk UniSZA dan perolehan pingat di PECIPTA’22. 7 Emas 2 Perak 2 Gangsa 1 Anugerah Terbaik Bil Produk Ketua Projek Pingat/ Anugerah 1 Crop Micro Takaful Scheme Framework Prof. Madya Dr. Fauzilah binti Salleh > Emas > Anugerah Kluster Terbaik (Perkhidmatan, Perniagaan & Kewangan) 2 Mushaf al-Huffaz: Mushaf al-Quran Komprehensif untuk Hafiz al-Quran Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin Emas 3 Boardgame: Kembara Alam Hartawan Falak (AL-KAHF) Prof. Madya Ts. Dr. Roslan bin Umar Emas 4 Smoking Risks Awareness (Smoke-Not-King v2.0) Dr. Mohd Syaiful Nizam bin Abu Hassan Emas 5 Adjustable Ablution Workstation for Wheelchair User Dr. W Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail Emas 6 Pembelajaran Kitab Kubra Al-Yaqiniyyat Berdasarkan Augmented Reality (AR) Dan Telegram Bot Dr. Mohd Hasrul bin Shuhari Emas 7 Electrico Dr. Siti Maisarah binti Aziz Emas 8 Vis Screen: A Validated Vision Screening App For Public Use Prof. Dr. Nyi Nyi Naing @ Syed Hatim Noor Perak 9 The Hajj Chronicles: Permainan Papan Interaktif untuk Manasik Ibadah Haji PM Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus bin Wan Khairuldin Perak


125 Universiti Sultan Zainal Abidin 10 E-Tahkik Prof. Madya Dr. Hasanulddin Bin Mohd Perak 11 Lensos-M Dr. Siti Maisarah Binti Aziz Perak 12 Newly Design Of Bedside Cycle Ergometer Dr. Muhammad Firdaus Asyraf Bin Abdul Halim Yap Gangsa 13 Sustainable Agriculture Starter Kit using Solar Powered Smart Fertigation Model (SoSFeM) Dr. Elissa Nadia Binti Madi Gangsa iii. Pemfailan Harta Intelek Setiap penyelidikan dan inovasi akan menghasilkan output produk dalam pelbagai bentuk. Hasil cetusan idea para penyelidik atau pereka amat bernilai dan dilihat sebagai harta pencipta, justeru ia perlu dilindungi daripada dieksploitasi oleh pihak lain. Ciptaan ilmu pengetahuan ini juga dapat meningkatkan persaingan komersial serta membantu pertumbuhan ekonomi. Para penyelidik di UniSZA sentiasa mempunyai idea dan ciptaan baharu setiap tahun yang mempunyai nilai komersial tersendiri. Oleh itu, sebagai tanda sokongan terhadap ekosistem inovasi UniSZA, pihak universiti telah menyediakan peruntukan kepada penyelidik untuk memohon perlindungan harta intelek bagi inovasi yang dihasilkan. Gambar 7.1: Majlis Perasmian dan Penutup Program PENCIPTA’ 22


126 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Rajah 7.9: Jumlah pemfailan harta intelek pada tahun 2020-2022. LANGKAH KEHADAPAN Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 telah menetapkan lima teras utama termasuk penyelidikan berimpak tinggi sebagai indikator utama dalam pelan tindakannya. Bagi mencapai matlamat penyelidikan berimpak tinggi ini, beberapa pelan tindakan telah dirangka termasuk Scholarly Excellence in Established and Emerging Research Areas, High Impact Collaboration, Conducive Research Ecosystem dan Research Income Generation Program. Matlamat utama pelan tindakan ini adalah untuk memastikan setiap fakulti dan institut memainkan peranan penting bagi memastikan sasaran atau KPI yang ditetapkan dapat dicapai. Selain itu, penubuhan lima kluster baharu juga bertujuan memartabatkan lagi penyelidikan di UniSZA. Lima kluster tersebut ialah Agriculture and Environment Cluster, Islamic Civilizatation & Social Development Cluster, Medical & Healthcare Cluster, Law and Business Cluster dan Smart Technology & System Cluster. Selari dengan kehendak KPT, Pelan Strategik ini akan meningkatkan lagi jaringan kerjasama antara industri melalui penyelidikan termasuk sumbangan dana, penyelidikan kontrak, latihan sangkutan dan mengkomersialkan produk penyelidikan. Hasil penyelidikan ini diharap dapat memberi impak yang signifikan kepada komuniti, industri dan kerajaan di samping menyumbang kepada bidang keilmuan. RUMUSAN Penyelidikan merupakan sebahagian daripada identiti setiap ahli akademik di UniSZA. Ia juga merupakan asas utama bagi tugas hakiki dengan menjalankan penyelidikan beretika dan berkualiti tinggi. Justeru, hala tuju penyelidikan dan inovasi di UniSZA perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya lebih berdaya saing di peringkat global. Dengan mengimplementasikan strategi yang tepat, setiap pelan tindakan dalam Pelan Strategik UniSZA 2023-2030 akan dapat membawa UniSZA setanding dengan universiti awam di Malaysia serta membantu UniSZA mencapai sasaran MyRA 5 Bintang pada tahun 2022. 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 COPYRIGHT TRADEMARKS INDUSTRIAL DESIGN PATENT 2020 2021 2022 90 1 0 2 3 0 0 0 0 7 47 67 Penubuhan lima kluster baharu juga bertujuan memartabatkan lagi penyelidikan di UniSZA. Lima kluster tersebut ialah Agriculture and Environment Cluster, Islamic Civilizatation & Social Development Cluster, Medical & Healthcare Cluster, Law and Business Cluster dan Smart Technology & System Cluster.


127 Universiti Sultan Zainal Abidin


128 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022


129 Universiti Sultan Zainal Abidin 8 BAB PENERBITAN


130 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN Penerbitan ilmiah di sesebuah universiti berperanan sebagai salah satu kayu ukur terhadap tahap kesarjanaan ahli akademik di universiti berkenaan. Bahkan, ia menjadi medan untuk melebarkan korpus ilmu sekali gus menyemarakkan budaya pengayaan pengetahuan dalam warga kampus mahupun masyarakat keseluruhannya. Menyedari hakikat ini, sebagai sebuah universiti awam yang sedang meningkat naik dalam penerbitan ilmiah, UniSZA telah mewujudkan Penerbit UniSZA (PU) pada tahun 2013. Ia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penerbitan karya ilmiah ahli akademiknya seperti penerbitan buku karya asli, buku bertema, karya terjemahan, modul pengajaran dan pembelajaran, monograf, jurnal, siri syarahan akademik dan buletin universiti. Sebagai langkah memperkukuh penerbitan di UniSZA, pelbagai usaha dan inisatif telah dijalankan bagi memupuk dan menggalakkan budaya penulisan dalam kalangan warganya. Antara aktiviti yang diadakan adalah dengan menganjurkan siri bengkel penulisan, latihan dan bimbingan, memperkenalkan anugerah buku dan sebagainya. Selain itu, buku yang diterbitkan akan dibawa ke pesta-pesta buku anjuran pelbagai pihak untuk dijual bagi menjana hasil. Ini menunjukkan UniSZA mengambil berat hal-ehwal berkaitan penerbitan bahan-bahan ilmiah kerana ia menjadi mercu kepada keberadaan sesebuah institusi pengajian tinggi. Malah, penerbitan seperti ini turut berperanan melonjakkan keterlihatan universiti di persada nasional mahupun antarabangsa. 1. PENERBITAN BUKU DAN BULETIN Penerbitan buku di UniSZA dijalankan secara berhemah dan melalui proses pewasitan. Ini dilakukan bertujuan memelihara kualiti dan diakui sebagai sumber rujukan berautoriti dalam sesuatu bidang. Buku yang dihasilkan oleh para pensyarah juga merupakan salah satu usaha memperkasa sumbangan kepakaran mereka dalam bentuk penerbitan yang dapat dibaca oleh khalayak umum. Melihat kepada perkembangan jumlah penerbitan buku di UniSZA dalam tempoh tiga tahun terkini, iaitu bermula tahun 2020 hingga 2022, ia tidak menunjukkan perbezaan yang terlalu ketara. Pada tahun 2020 sebanyak 22 judul telah diterbitkan. Ia diikuti pada tahun 2021 dan 2022 yang masing-masing menunjukkan sebanyak 21 dan 16 judul telah diterbitkan. Penurunan pada tahun 2022 adalah disebabkan peraturan kewangan untuk percetakan yang terpaksa dilihat semula. Ringkasan jumlah penerbitan buku berkenaan boleh dilihat dalam jadual di bawah; Jadual 8.1: Jumlah penerbitan buku dari tahun 2020 hingga 2022. Buku-buku yang diterbitkan akan disaring untuk dicalonkan dalam beberapa anugerah buku di peringkat nasional seperti Anugerah Buku Negara, Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia dan sebagainya. Pada tahun 2022, buku berjudul Pembangunan Perisian Multimedia Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah yang diterbitkan oleh UniSZA telah memenangi Anugerah Buku Negara bagi Kategori Buku Perisian Multimedia Terbaik. Tahun 2020 2021 2022 Jumlah 22 21 16


131 Universiti Sultan Zainal Abidin Rajah 8.1: Muka depan buku Pembangunan Perisian Multimedia untuk Kanak- Kanak Pra Sekolah. Rajah 8.2: Sijil Anugerah Buku Negara 2022 yang dimenangi oleh Penerbit UniSZA. Di samping buku-buku yang diterbitkan oleh UniSZA sendiri, terdapat juga hasil penerbitan buku penyelidikan, bab dalam buku dan prosiding yang diterbitkan di luar universiti ini. Malah, jumlah penerbitan tersebut menunjukkan komitmen para ahli akademik mempamerkan kepakaran mereka sama ada di dalam atau luar universiti. Bilangan keseluruhan penerbitan tersebut sama ada yang diterbitkan di dalam mahu pun di luar UniSZA adalah seperti di bawah; Jadual 8.2: Jumlah penerbitan buku dan bab dalam buku mengikut indeks tahun 2022. Jadual 8.3: Jumlah artikel prosiding bagi tahun 2022. Indeks Buku Bab Dalam Buku Jumlah Scopus 17 17 Other Index 19 70 89 Jumlah Keseluruhan 106 Indeks Jumlah WOS 4 Scopus 30 Lain-lain indeks 191 Jumlah 225


132 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Selain menguruskan penerbitan, Penerbit UniSZA juga dipertanggungjawabkan untuk memasarkan buku sama ada secara fizikal mahupun maya bagi menjana hasil universiti. Penyertaan di pesta-pesta buku yang dianjurkan dalam negara telah meningkatkan penjanaan hasil yang disasarkan. Malah, jualan secara dalam talian seperti di platform UniSZA BookStore, Shopee dan laman sosial turut merancakkan lagi penjanaan hasil untuk kegunaan penerbitan yang seterusnya. Penerbit UniSZA telah mencatatkan jumlah janaan hasil yang amat memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun mulai 2020 sehingga 2022. Bagi tahun 2020 dan 2021, masing-masing mencatatkan hasil jualan sebanyak RM149,507.64 dan RM102,581.29. Keadaan ini disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan pada masa itu, ia memberi kesan yang amat ketara terhadap aktiviti perekonomian khususnya industri buku negara. Namun, hasil jualan buku meningkat semula pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM135,575.21 apabila pesta buku dan jualan secara bersemuka diaktifkan kembali. Ringkasnya, hasil jualan buku Penerbit UniSZA dapat dilihat dalam jadual di bawah; Jadual 8.4: Jumlah pendapatan jualan buku bagi tahun 2020 hingga 2022. Selain itu, Penerbit UniSZA terus komited dan konsisten dalam mempromosikan UniSZA sebagai peneraju kepada Universiti Islam Integrasi Kontemporari melalui penerbitan Buletin UniSZA sebanyak tiga keluaran setahun. Ia diterbitkan pada bulan April, Ogos dan Disember setiap tahun dan sehingga Disember 2022, UniSZA telah menerbitkan sebanyak 38 siri buletinnya. Berdasarkan penerbitan buku dan buletin ini, ia dijangka dapat meningkatkan keternampakan UniSZA di mata umum. 2. PENERBITAN JURNAL Budaya penerbitan di UniSZA terus diperluas bagi memberi ruang yang lebih selesa kepada ahli akademik dan pelajar pasca siswazah menyalurkan idea dan kepakaran masing-masing. Ia diterjemahkan melalui penerbitan jurnal-jurnal universiti yang meliputi pelbagai disiplin ilmu. Sehingga tahun 2022, sebanyak sebelas jurnal telah diterbitkan iaitu: i. Journal of Nusantara Studies (JONUS); ii. Malaysian Journal of Computing and Applied Mathematics (MyJCAM); iii. Asian People Journal (APJ); iv. Malaysian Journal of Applied Sciences (MyJAS); v. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK); vi. Asian Journal of Medicine and Biomedicine (AJMB); vii. Malaysian Journal of Islamic Studies (MJIS); Jumlah Tahun 2020 2021 2022 RM149,507.64 RM102,581.29 RM135,575.21 Jualan secara dalam talian seperti di platform UniSZA BookStore, Shopee dan laman sosial turut merancakkan lagi penjanaan hasil untuk kegunaan penerbitan yang seterusnya. Hasil jualan buku meningkat semula pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM135,575.21 apabila pesta buku dan jualan secara bersemuka diaktifkan kembali.


133 Universiti Sultan Zainal Abidin viii. Journal of Agrobiotechnology (AJB); ix. The Journal of Management Theory and Practice (JMTP); x. International Journal of Islamic Products and Malay Civilization; dan xi. Journal of Afaq Lughawiyyah. Bagi kemajuan jurnal-jurnal berkenaan, pelbagai aktiviti diadakan agar jurnal-jurnal tersebut berjaya diindeks oleh Web of Sciences (WOS) dan SCOPUS. Hasilnya, Journal of Nusantara Studies telah berjaya disenaraikan dalam WOS dengan mendapat status Emerging Sources Citation Index (ESCI). Ini memberi nafas baharu bagi menaikkan lagi mutu penerbitan jurnal di UniSZA yang juga akan diikuti oleh jurnal-jurnal yang lain. Selain itu, ahli akademik UniSZA turut aktif menulis artikel jurnal yang diterbitkan sama ada di dalam atau di luar UniSZA Pada tahun 2020, sebanyak 1,225 artikel telah diterbitkan berbanding 1,057 bagi tahun 2021 dan 1,005 untuk tahun 2022. Keseluruhan artikel ini merangkumi indeks WOS, SCOPUS, ERA, MyCite dan lain-lain indeks. Pelbagai insentif telah diberikan oleh pihak UniSZA kepada staf akademiknya yang berjaya menerbitkan artikel dalam jurnal berimpak tinggi. Jadual 8.5 menunjukkan jumlah penerbitan artikel jurnal mengikut indeks dan tahun terbitan. Jadual 8.5: Jumlah penerbitan artikel jurnal mengikut indeks dan tahun terbitan. LANGKAH KE HADAPAN Secara keseluruhannya, penerbitan di UniSZA sama ada berbentuk buku mahupun artikelartikel jurnal berjalan dengan amat baik. Dijangkakan bahawa lebih banyak bahan penerbitan akan diterbitkan pada tahun yang berikutnya. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berwibawa, UniSZA akan terus berusaha memperbanyakkan program jangka pendek dan panjang bagi menggalakkan lagi warganya untuk berkecimpung dalam bidang penerbitan ilmiah. Indeks Tahun 2020 2021 2022 WOS 214 219 309 SCOPUS 411 240 226 ERA 93 122 76 MyCITE 39 113 88 Lain-lain Indeks 467 363 306 Jumlah 1,225 1,057 1,005


134 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022


135 Universiti Sultan Zainal Abidin 9 BAB INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN


136 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 PENGENALAN UniSZA berfungsi sebagai sebuah institusi keilmuan yang bukan sahaja menyokong pendidikan berkualiti dan penyelidikan, malah turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara. UniSZA sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai infrastruktur dan prasarana terbaik bagi kemudahan warga kampusnya. Perkembangan teknologi pantas yang banyak mempengaruhi trend semasa pendidikan, menjadikan UniSZA bergerak lebih proaktif dalam memenuhi segala keperluan pembelajaran dan penyelidikan. PENCAPAIAN Sepanjang tahun 2022, pencapaian dalam penyediaan kemudahan maklumat, infostruktur dan kemudahan melibatkan tiga aspek utama iaitu: Ketiga-tiga aspek ini dapat membantu penyediaan ekosistem pembelajaran komprehensif dan kondusif untuk penyampaian efektif di ketiga-tiga kampus UniSZA. 1. PERKHIDMATAN MAKLUMAT Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) yang menyediakan perkhidmatan di Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Perubatan mampu menampung lebih 1,600 pengguna secara keseluruhan pada satu-satu masa. PWB memperkasa peranannya dalam penyediaan perkhidmatan lebih mantap, lengkap dan efisien kepada pengguna dalam menyokong dasar pembelajaran sepanjang hayat. PWB sentiasa aktif berkolaborasi dengan PTj lain untuk memperkemas dan menambah baik perkhidmatan di samping dapat memanfaatkan segala kepakaran yang ada di UniSZA. i. Perkhidmatan Digital Perpustakaan Perkembangan pantas komunikasi dan maklumat menjadikan perpustakaan juga perlu bergerak seiring dengan peredaran masa. Selain koleksi fizikal, perpustakaan sentiasa membuat perancangan terbaik bagi memastikan keperluan pengguna dipenuhi sebaiknya. Usaha ini dilaksanakan bukan sahaja demi tuntutan semasa dan pengguna, namun merupakan platform terbaik bagi memastikan agenda pendidikan tinggi negara dapat dicapai. Selain itu, ia dapat menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memanfaatkan platform digital serta pelbagai teknologi terkini dalam membangunkan keupayaan, inovasi dan keberkesanan sektor pendidikan tinggi. Perpustakaan AlWathiqu Billah (PWB) yang menyediakan perkhidmatan di Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Perubatan mampu menampung lebih 1,600 pengguna secara keseluruhan pada satusatu masa.


137 Universiti Sultan Zainal Abidin Perkhidmatan digital yang disediakan di perpustakaan ini merupakan suatu inisiatif terbaik dalam menambah baik kualiti hidup masyarakat khususnya para pengguna perpustakaan bagi mendapatkan akses dan capaian maklumat. Usaha ini penting bagi memastikan mereka sentiasa bersama mengikuti kemajuan teknologi masa kini. Akses kepada Internet dan maklumat ini sangat penting kerana segala maklumat dapat dicapai dengan lebih pantas dengan kemudahan teknologi. PWB memainkan peranan utama dalam menyediakan akses dan capaian maklumat untuk kemudahan pelajar yang berada di luar kampus bagi memastikan segala maklumat dapat disebarkan dengan tepat dan meluas. Segala maklumat dan koleksi yang terdapat di portal boleh diakses secara dalam talian pada bila-bila masa. Rajah 9.1 memaparkan antara koleksi digital di PWB. Sistem penyampaian digital dilaksanakan melalui portal, laman web, aplikasi, sistem, repositori dan media sosial seperti yang digambarkan dalam Rajah 9.2. Rajah 9.2: Sistem Penyampaian Digital Perpustakaan Al-Wathiqu Billah. ii. Perkhidmatan Pengguna dan Kolaborasi dengan Institusi Luar Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disediakan di PWB bagi memenuhi kepuasan dan keperluan pengguna. PWB turut menyumbang kepada impak dan memberi pengaruh yang sangat besar dalam memodenkan sesebuah komuniti yang berilmu dan bermaklumat. Rajah 9.1: Jumlah Kertas Peperiksaan Lepas dan eTesis sehingga tahun 2022.


138 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Kolaborasi bersama institusi luar merupakan landasan tepat PWB dalam menambah baik fungsi dan menonjolkan kredibiliti perpustakaan. Selain itu, ia dapat mewujudkan potensi dan perkembangan yang lebih baik dalam pengurusan ilmu dan maklumat. Gambar 9.1 merupakan kemudahan baharu yang disediakan di PWB iaitu SIR Corner atau Serambi Ilmu Rakyat. Ia merupakan perpustakaan Digital Bank Rakyat yang disumbangkan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR). Terdapat lebih 100 ribu koleksi digital yang boleh diakses melalui tujuh pangkalan data yang dilanggan seperti Emerald, Overdrive, BLIS, e-Law, e-Newspaper, RAM Rating dan Pressreader. Kebanyakan subjek yang terdapat dalam koleksi digital ini adalah berkaitan dengan sektor perniagaan, kewangan, ekonomi dan juga bacaan umum. Sebagai pusat maklumat, PWB menjadi tumpuan utama warga universiti. Statistik kunjungan yang direkodkan membuktikan bahawa perpustakaan kekal relevan walaupun perkembangan dan kecanggihan teknologi kini menjadi medium rujukan utama dalam dapatan maklumat. Statistik pada tahun 2022 menunjukkan seramai 128,967 pengunjung yang hadir secara fizikal bagi ketiga-tiga kampus dan kunjungan secara maya pula mencatatkan jumlah seramai 645,996 bagi tahun 2022 sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3. Rajah 9.3: Statistik Pengunjung Perpustakaan Al-Wathiqu Billah bagi tahun 2022. Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan asas perpustakaan disediakan bagi memenuhi keperluan pengguna selain turut menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UniSZA. Perkhidmatan yang disediakan secara fizikal dan maya ternyata mampu memberi akses maklumat yang meluas kepada pengguna dan masyarakat dari dalam dan luar UniSZA. iii. Perkongsian Ilmu dan Kepakaran Perpustakaan harus berfungsi sebagai Community Knowledge Hub untuk menghubungkan semua institusi maklumat serta pengguna. Bagi tujuan itu, Gambar 9.1: SIR Corner. Terdapat lebih 100 ribu koleksi digital yang boleh diakses melalui tujuh pangkalan data yang dilanggan seperti Emerald, Overdrive, BLIS, e-Law, e-Newspaper, RAM Rating dan Pressreader. Statistik pada tahun 2022 menunjukkan seramai 128,967 pengunjung yang hadir secara fizikal bagi ketiga-tiga kampus


139 Universiti Sultan Zainal Abidin beberapa program perkongsian ilmu dan kepakaran telah dilaksanakan untuk warga kampus, masyarakat sekitar dan semua lapisan masyarakat dalam usaha memupuk kesedaran terhadap nilai maklumat. Gambar 9.2, 9.3 dan 9.4 merupakan aktiviti yang dijalankan bagi program tersebut. Gambar 9.2: Program Perkongsian Ilmu: Perkongsian Sumber Dalam Kalangan Perpustakaan pada 22 Ogos 2022. Gambar 9.3: Bengkel Penjilidan dan Pembaikan Ringan Bahan Perpustakaan.


140 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Gambar 9.4: Perkongsian Ilmu dan Kepakaran dengan Warga Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF). iv. Pembangunan dan Pengurusan Koleksi Kepelbagaian sumber rujukan yang disediakan oleh PWB untuk kemudahan para pengguna telah melibatkan peruntukan kewangan yang agak besar. Perbelanjaan ini melibatkan langganan sumber elektronik (buku elektronik, jurnal elektronik dan pangkalan data komersial), jurnal bercetak dan surat khabar. Koleksi Perpustakaan sehingga Oktober 2022 merangkumi bahan bercetak sebanyak 157,539 naskhah, bahan bukan bercetak sebanyak 390 judul serta koleksi digital sebanyak 1,473,226 judul. Pembangunan dan pengurusan koleksi PWB bagi tahun 2022 adalah sebagaimana digambarkan dalam Rajah 9.4. v. Pengajaran dan Perundingan Maklumat Bagi meningkatkan kualiti pendidikan, pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan melalui aktiviti pengajaran, PWB sentiasa berusaha merealisasikan hasrat tersebut. Program pendidikan pengguna merupakan program yang dijalankan bagi memastikan pengguna dapat memanfaatkan segala sumber rujukan dan kemudahan yang ada di perpustakaan. Hasrat ini disokong dengan penglibatan oleh seramai 3,720 pelajar melalui 64 kelas yang telah diadakan pada tahun 2022 sebagaimana dalam Rajah 9.5. Rajah 9.4: Jumlah Koleksi Perpustakaan Al-Wathiqu Billah bagi tahun 2022. Koleksi Perpustakaan sehingga Oktober 2022 merangkumi bahan bercetak sebanyak 157,539 naskhah, bahan bukan bercetak sebanyak 390 judul serta koleksi digital sebanyak 1,473,226 judul.


141 Universiti Sultan Zainal Abidin Rajah 9.5: Jumlah Program Pendidikan Pengguna bagi tahun 2022. 2. PERKHIDMATAN MAKLUMAT Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) telah melaksanakan beberapa projek pendigitalan kampus sejajar dengan hala tuju global dan nasional seperti Revolusi Industri 4.0, Pelan Strategik Pendigitalan KPT 2021-2025 dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025. Inisiatif pendigitalan kampus ini merupakan satu keperluan utama di era teknologi pintar yang boleh meningkatkan produktiviti serta menyokong proses PdP universiti agar dapat dipertingkatkan dengan baik dan berkesan. PPIR telah berusaha meningkatkan perkhidmatan digital universiti dengan pelbagai inisiatif dan inovasi seperti meningkatkan kemudahan liputan rangkaian tanpa wayar (WiFi), pembangunan sistem aplikasi dan mudah alih, kemudahan sidang video, paparan maklumat digital, menaik taraf makmal komputer dan memperkasakan pengurusan pusat data universiti serta keselamatan siber. Pada tahun 2022, UniSZA telah menerima penyaluran Siling peruntukan sebanyak RM2.0 juta daripada peruntukan RMKe-12 RP2 yang berjumlah keseluruhan RM11.5 juta. Selain itu, pihak PPIR turut menerima peruntukan bajet mengurus universiti (sumber dalaman) berkaitan penyelenggaraan ICT sebanyak RM4.082 juta. Peruntukan ini digunakan bagi tujuan penggantian peralatan komputer kakitangan UniSZA, menaik taraf peralatan ICT PdP bilik kuliah dan penambahan fasiliti WiFi untuk ketiga-tiga kampus. i. Penggantian peralatan komputer kakitangan UniSZA Penggantian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM670,000.00 untuk perolehan 120 unit komputer All-in-One dan 50 unit komputer riba bagi penggantian komputer yang berusia lapan tahun dan ke atas.


142 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 ii. Menaik taraf peralatan ICT PdP bilik kuliah Penaiktarafan ini melibatkan kos sebanyak RM452,000.00 bagi perolehan 78 unit projektor yang terbahagi kepada 41 unit di KGB dan 37 unit di KB. Sebanyak 41 unit projektor di KGB telah menggunapakai Smart Android Projektor menggantikan projektor konvensional. Dasar computerless di bilik kuliah dapat direalisasikan untuk 41 bilik yang terlibat, apabila android smart Projektor ini disambungkan dengan keyboard yang mempunyai touchpad dan USB ports menjadikan projektor itu sendiri berfungsi seperti komputer seperti yang dinyatakan dalam Rajah 9.6. Rajah 9.6: Android Smart Projector iii. Penambahan Fasiliti WiFi di Kolej Kediaman Pelajar, Kampus Gong Badak PPIR telah membuat penambahan serta memperluaskan lagi liputan capaian WiFi di kawasan Kolej Kediaman Pelajar, Kampus Gong Badak untuk memberikan kemudahan capaian akses Internet kepada pelajar sekali gus memudahkan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam talian. Kerja-kerja penambahan perkhidmatan WiFi di Kolej Kediaman Pelajar Kampus Gong Badak telah dilaksanakan bermula pada bulan Oktober 2022 dan telah siap pada November 2022. Sebanyak 134 unit perkakasan Access Point telah dipasang di lokasi rumah pelajar setiap blok kolej kediaman. Perkakasan Access Point yang diguna pakai mempunyai spesifikasi WiFi berteknologi terkini (WiFi 6) selaras dengan keperluan semasa. Rajah 9.7 (a) menunjukkan peratusan liputan WiFi Kolej Kediaman Pelajar, manakala Rajah 9.7 (b) menunjukkan penambahan bilangan perkakasan Access Point di Kolej Kediaman Pelajar. Selepas penambahan perkakasan dilaksanakan, capaian liputan WiFi di lokasi terlibat adalah semakin meluas dan menyeluruh.


143 Universiti Sultan Zainal Abidin Rajah 9.7 (a): Penambahan peratusan liputan WiFi di Kolej Kediaman Pelajar, Kampus Gong Badak. Rajah 9.7 (b) : Penambahan bilangan perkakasan Access Point di Kolej Kediaman Pelajar, Kampus Gong Badak. iv. Pembangunan Sistem Digital Selain menaik taraf projek infrastruktur, PPIR juga telah mambantu menambah baik beberapa proses kerja dalam universiti melalui inovasi penggunaan sistem digital bagi membantu meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan kepada pengguna. Berikut merupakan projek sistem digital yang telah berjaya dibangunkan pada tahun 2022. a. i-Alumni i-Alumni merupakan aplikasi mudah alih yang diperkenalkan dalam Majlis Konvokesyen Ke-14 yang menggunakan konsep Bring Your Own Device (BYOD) dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Semua maklumat hutang, Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG), tempahan pakaian akademik, Alumni Digital Card dan pelbagai modul yang berkaitan dengan graduan serta para alumni UniSZA boleh diakses melalui i-Alumni. Aplikasi ini menggunakan teknologi blockchain untuk merekodkan maklumat para alumni. Ia diintegrasi dengan aplikasi transkrip dan skrol digital UniSZA. Penggunaan aplikasi ini melibatkan seramai 13,507 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2019 hingga 2022. Rajah 9.8 menunjukkan contoh paparan antara muka i-Alumni. 450 400 350 300 250 200 150 100 50 0 2021 2022 283 417


144 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Rajah 9.8: Contoh Paparan Antara Muka i-Alumni. b. i_Jubah Aplikasi ini dibangunkan menggunakan konsep pandu lalu (drive-thru) bagi proses pengambilan dan penghantaran jubah yang terdapat dalam dua versi iaitu mudah alih dan juga Progressive Web Application (PWA). Ia berjaya mengatasi masalah kesesakan semasa pengambilan dan penghantaran jubah. Selain itu, aplikasi ini juga dapat mengurangkan beban para petugas kerana setiap pakaian akademik dilengkapkan dengan QR Code. Rajah 9.9 menunjukkan contoh paparan dalam i-Jubah. Rajah 9.9: Contoh Paparan Dalam i-Jubah.


145 Universiti Sultan Zainal Abidin c. Panggilan Nama Graduan Digital Aplikasi panggilan nama graduan secara digital ini dibangunkan bagi menggantikan kaedah manual yang diguna pakai sebelum ini. Melalui aplikasi ini, para graduan dibekalkan sekeping kad yang mempunyai QR code dan menggunakan panggilan nama graduan ke pentas secara digital. Panggilan nama graduan akan direkodkan dan disiarkan semasa sidang konvokesyen berlangsung. Rajah 9.10 menunjukkan contoh kad pintar untuk panggilan nama graduan digital. Secara keseluruhannya, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh PPIR terbukti lebih efisien dalam mewujudkan persekitaran konvokesyen digital yang menjimatkan masa para graduan serta mengurangkan beban para petugas. Selain itu juga, inisiatif ini adalah sebagai salah satu sokongan PPIR kepada universiti dalam merealisasikan pendigitalan universiti dan menyokong inisiatif Green Campus. Rajah 9.10: Contoh Kad Pintar untuk Panggilan Nama Graduan Digital. d. Integrated Fix Asset Management Systems (iFAMS) Fasa 1 iFAMS merupakan aplikasi yang dibangunkan pada akhir tahun 2021 dan digunakan secara menyeluruh bermula pada Jun 2022 melalui versi mudah alih dan PWA. Ia dibangunkan bagi menggantikan sistem e-FAMS yang disewa beli daripada pembekal luar yang mempunyai fungsi terhad dan menggunakan teknologi yang tidak menyokong fungsi BYOD, Green Campus dan digital sepenuhnya. Melalui aplikasi iFAMS, pihak universiti dapat menjimatkan kos penyelenggaraan, pembaharuan lesen tahunan perisian dan dapat menggunakan aplikasi yang menyokong fungsi BYOD, Green Campus dan digital sepenuhnya. Rajah 9.11 menunjukkan sistem yang dibangunkan di dalam iFAMS, manakala Rajah 9.12 menunjukkan contoh iFAMS versi aplikasi mudah alih.


146 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Rajah 9.11: Sistem yang dibangunkan di dalam iFAMS (Versi PWA). Rajah 9.12: Contoh iFAMS Versi Aplikasi Mudah Alih. 3. PEMBANGUNAN KAMPUS Pembangunan infrastruktur fizikal merupakan satu tonggak penting dalam teras perkhidmatan utama universiti. Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB) dipertanggungjawab untuk mengurus pembangunan dan penyelenggaraan aset fizikal bagi memastikan suasana persekitaran kampus yang selesa dan terbaik untuk manfaat warga universiti dan pihak berkaitan.


147 Sepanjang tahun 2022, pencapaian dalam penyediaan pembangunan kampus bagi mengikut rancangan induk terutamanya bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak begitu memberangsangkan kesan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Susulan daripada penularan wabak pandemik dan dunia mengalami fasa endemik COVID-19 serta perkembangan semasa ekonomi serantau dan global telah memberi kesan kepada kedudukan sumber kewangan universiti. Fasa endemik ini juga berlangsung dengan kenaikan harga barang serta ketidakcukupan bahan binaan dalam pasaran. Perkara ini turut memberi kesan kepada pelaksanaan dan kemajuan projekprojek fizikal. Namun begitu, pihak PPHB tetap komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab selaras dengan peruntukan belanja mengurus dan belanja pembangunan bagi tahun semasa. i. Projek Pembangunan dan Penyelenggaraan. PPHB telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan projek pembangunan UniSZA. Gambar 9.5 adalah antara projek pembangunan yang berjaya disiapkan, manakala Rajah 9.13 adalah projek penyelenggaraan yang dilaksanakan pada tahun 2022. Gambar 9.5: Projek Pembangunan yang berjaya disiapkan pada tahun 2022. Universiti Sultan Zainal Abidin 147


148 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 Rajah 9.13: Projek penyelenggaran yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 ii. Senarai Projek Dalam Pembinaan tahun 2022 Pembangunan UniSZA telah dibuat dengan terancang bagi memastikan kemudahan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan berada dalam persekitaran yang kondusif. Oleh itu, beberapa lagi projek yang masih dalam pembinaan di jangka siap untuk kemudahan dan keselesaan warga universiti dan masyarakat sekitar sebagaimana Rajah 9.14. Kerja-kerja selenggara Berkala Lift (Kampus Besut dan Kampus Perubatan) KOS: RM122,009.04 Kos Keseluruhan Penyelenggaraan bagi tahun 2022: RM1,359,157.04 Kerja-kerja selenggara Penyaman Udara (Tiga Kampus) KOS: RM484,309.00 Kecemasan Membaik Pulih Kerosakan Kabel Bawah Tanah LV Daripada Pencawang Elektrik No4 ke MSB DABS (Kampus Gong Badak) KOS: RM65,000.00 Kerja-kerja selenggara Berkala Sistem Pencegahan Kebakaran (Tiga Kampus) KOS: RM170,347.00 Kerja-kerja Pemasangan Lampu Limpah (Fasa 1) di Gelanggang Sukan Luar (Kampus Gong Badak) KOS: RM57,000.00 Membaiki Kerosakan Elektrik di Balai Cerap UniSZA, Merang (Merang, Setiu Terengganu) KOS: RM29,250.00 Kerja-Kerja Membaik Pulih Kerosakan Satu Unit Transfomer 33KV di PPU Pencawang Elektrik 33KV (Kampus Besut) KOS: RM268,380.00 Kerja-kerja selenggara Berkala Sistem Kumbahan (Tiga Besut) KOS: RM20,562.00 Membekal Alat Janakuasa Tunggu Sedia (Standby Genset) 1000KVA Jenis Mobile Dilengkapi Dengan Sistem Auto Change Over (Secara Sewaan) Sempena Hari Konvokesyen UniSZA ke 13&14 KOS: RM89,000.00 Kerja-Kerja Membekal, Memasang dan Menguji Terima Peralatan ‘Digital, Conference System’ untuk Fakulti UndangUndang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) di UniSZA Kampus Gong Badak KOS: RM53,300.00 1 2 3 4 5 6 7 8 10 9


149 Universiti Sultan Zainal Abidin Menaik taraf bangunan Asrama Ummu Salaim, Ummu Kalsom, Ummu Umairah dan Ummu Khansa’ • Memastikan kolej kediaman mempunyai tahap keselamatan yang terbaik dan memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pelajar Pembinaan Kompleks Sukan Kampus Gong Badak • Menyediakan kemudahan sukan yang lengkap di samping sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan-kejohanan acara sukan. • Tempat riadah warga UniSZA dan komuniti setempat dalam mengamalkan gaya hidup sihat Menaik taraf bilik-bilik Pensyarah dan Membina Makmal Kaunseling • Memenuhi keperluan ruang pejabat, ruang pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi serta mewujudkan fasiliti yang lengkap dan konduksif Menaik taraf Bangunan Asrama Al-Khindi, Al-Khawarizmi, AlFarabi & Al-Biruni • Memastikan kolej kediaman mempunyai tahap keselamatan yang terbaik dan memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pelajar. Penyelenggaraan dan Penambah baikkan bangunan di Balai Cerap KUSZA • Bagi membuat perolehan untuk penggantian peralatan astronomi di Balai Cerap. 1 2 3 4 5 Rajah 9.14: Projek dalam pembinaan tahun 2022. KOS: RM7,323,482.99 KOS: RM18,888,888.00 KOS: RM1,368,000.00 KOS: RM8,228,000.00 KOS: RM1,000,000.00 Tarikh Mula: 15.12.2020 Jangkaan Siap: 15.02.2023 Kemajuan Kerja: 97% Tarikh Mula: 24.03.2021 Jangkaan Siap: 15.12.2023 Kemajuan Kerja: 55.97% Tarikh Mula: 05.05.2021 Jangkaan Siap: 30.01.2023 Kemajuan Kerja: 98% Tarikh Mula: 22.12.2022 Jangkaan Siap: 21.06.2024 Kemajuan Kerja: 5% Tarikh Mula: 15.01.2022 Jangkaan Siap: 25.05.2023 Kemajuan Kerja: 50% 149


150 > Laporan Tahunan & Penyata Kewangan 2022 LANGKAH KE HADAPAN Pembangunan infostruktur dan infrastuktur merupakan salah satu aspek penting dalam usaha menggerakkan hala tuju dan pembangunan perancangan universiti. Persekitaran yang kondusif amat diperlukan warga universiti bagi memastikan proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan berjalan secara baik dan berkesan. Justeru, tiga PTj iaitu PWB, PPIR dan PPHB telah mengambil beberapa inisiatif ke hadapan bagi memastikan pembangunan infostruktur dan infrastruktur yang lebih baik dapat dilaksanakan. PWB merancang untuk menambah baik perkhidmatan perpustakaan dan fasiliti kepada pengguna sebagaimana digambarkan dalam Rajah 9.15. Rajah 9.15: Inisiatif PWB bagi pencapaian masa hadapan universiti. PPIR juga telah mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan pembangunan infostruktur dan kemudahan yang lebih baik dapat dilaksanakan sebagaimana digambarkan dalam Rajah 9.16.


Click to View FlipBook Version