Bab 1 42 3. (a) Maklumat di bawah menunjukkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan. Jumlah hasil kerajaan sebanyak RM3.0 juta Membina jalan raya baharu di Seri Iskandar, Perak dengan kos RM1.8 juta Membina sekolah menengah baharu di Gopeng, Perak dengan kos RM2.2 juta dan Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi di atas. (b) Jelaskan dua kelebihan ekonomi Islam berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas. 4. (a) Kerajaan wajar campur tangan dalam aktiviti ekonomi agar kebajikan rakyat terjamin. Beri ulasan anda tentang pernyataan di atas. (b) Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri sistem ekonomi di negara P dan negara Q. t Motif pengeluaran yang mengutamakan keuntungan maksimum t Mengeluarkan barang yang diminta oleh pasaran t Motif pengeluaran yang mengutamakan kebajikan masyarakat t Mengeluarkan barang awam negara P negara Q (i) Apakah sistem ekonomi negara P dan negara Q? (ii) Bezakan cara penyelesaian masalah asas ekonomi yang berikut oleh sistem ekonomi negara P dan negara Q: (a) Berapa yang hendak dikeluarkan (b) Bagaimana hendak dikeluarkan (c) Untuk siapa dikeluarkan 5. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran bagi dua jenis barang dalam sebuah ekonomi. Kombinasi pengeluaran Barang modal (unit) Barang pengguna (unit) A 0 100 B 10 90 C 20 70 D 40 E 40 0 (a) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran pada kertas graf. (b) Berdasarkan keluk kemungkinan pengeluaran di (a), jelaskan konsep kos lepas yang semakin meningkat.
Pengenalan kepada Ekonomi 43 6. Perbualan berikut berkaitan dengan sistem ekonomi dua buah negara. Zambri Hai Samad, sudah lama kita tidak berjumpa sejak kamu berpindah ke negara A… Zambri Kamu mesti dapat untung yang banyak kerana kamu bebas untuk mengumpul kekayaan… Zambri Tiga, semuanya nakal tetapi comel… Nasib baik kerajaan memberi wang bantuan persekolahan. Ia memang meringankan beban saya. Zambri Bagaimana prestasi perniagaan roti kamu di negara A? Samad Ya, tidak sangka saya telah menetap di negara A selama 3 tahun. Samad Ya, memang betul. Menetap di negara A ada baik dan buruknya. Bukan semuanya baik. Bagaimana pula dengan kamu? Sudah ada berapa orang anak sekarang? Samad Boleh dikira baik… Samad Bagusnya kalau macam itu. j (a) (i) Jelaskan tiga perbezaan ciri sistem ekonomi yang diamalkan di negara Zambri dan di negara Samad. (ii) “Menetap di negara A ada baik dan buruknya”. Jelaskan pernyataan ini. (b) Beri pendapat anda tentang kesan pemberian wang bantuan persekolahan oleh kerajaan. p
Bab 1 KAJIAN KES 44 Encik Murli ialah seorang pengusaha dan pereka kasut yang terkenal di Bayan Baru, Pulau Pinang. Syarikat kasut beliau mengeluarkan pelbagai jenis kasut wanita untuk pasaran tempatan dan juga dieksport ke rantau negara-negara ASEAN. Bersempena dengan sambutan ulang tahun syarikat yang ke–10, Encik Murli telah menghasilkan satu siri kasut wanita yang unik iaitu ‘Comfortness’, yang khas disasarkan kepada golongan wanita korporat yang berpendapatan tinggi. Untuk menguasai pasaran kasut tempatan yang semakin meluas, syarikat Encik Murli telah melibatkan diri dalam pengeluaran kasut lelaki. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi barang yang dikeluarkan oleh syarikat Encik Murli: Kombinasi Kasut wanita (pasang) Kasut lelaki (pasang) A 200 0 B 120 80 C 80 120 D 0 200 Dalam mesyuarat pengurusan syarikat yang terkini, keputusan telah diambil untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 100 peratus. Syarikat akan menambahkan penggunaan mesin dan peralatan moden dalam proses pengeluaran supaya matlamat syarikat dapat dicapai. Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan syarikat, dengan jumlah wang sebanyak RM1.5 juta, Encik Murli telah mengesyorkan dua cadangan iaitu sama ada membina sebuah kilang pembuatan yang baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang atau pun mengambil alih syarikat pesaing iaitu Syarikat Seri Wani Sdn. Bhd. Akhirnya, keputusan telah diambil untuk memulakan proses pengambilalihan ke atas Syarikat Seri Wani Sdn. Bhd. Pada minggu lalu, syarikat Encik Murli telah menerima notis amaran bertulis daripada pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JAPP) kerana menyalurkan bahan buangan ke sungai yang berhampiran dengan kilang beliau. Tanpa menolak tanggungjawab sosial yang harus dipikul, Encik Murli telah mengambil langkah yang drastik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut. (a) Apakah masalah asas ekonomi yang telah berjaya diselesaikan oleh syarikat Encik Murli dalam pengeluaran sempena sambutan ulang tahun syarikat? (b) (i) Hitung kos lepas syarikat Encik Murli apabila kombinasi barang berubah daripada titik B ke titik D. (ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran syarikat Encik Murli. (c) Jelaskan kesan terhadap syarikat Encik Murli jika perancangan syarikat berjaya dicapai. (d) Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi oleh syarikat Encik Murli dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan syarikat. (e) Jelaskan kesan terhadap syarikat Encik Murli jika pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikatnya.
Pengenalan kepada Ekonomi Arahan: Lengkapkan peta pemikiran di bawah. 1. Nyatakan ciri faktor pengeluaran berikut. Tanah (d) (b) (a) (c) 2. Lengkapkan masalah asas ekonomi berikut. (a) (b) (c) (d) Penentuan Jenis barangan Penentuan .XDQWLWL barangan Penentuan Penentuan Corak agihan barangan Penyelesaian Permintaan masyarakat Penyelesaian Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Penyelesaian 7HNQLNSDOLQJFHNDS yang dapat memaksimumkan keuntungan 45 Praktis
Bab 2 Hari ini hari minggu, anda sempat bersembang dengan ayah anda semasa membaca surat khabar di ruang tamu rumah anda. Berikut adalah salah satu tajuk yang anda baca. Ayah anda telah mengemukakan beberapa soalan untuk anda. 1. Tahukah anda bagaimana harga sayur ditentukan di pasaran? 2. Mengapakah harga sayur boleh turun naik di pasaran? 3. Apabila harga cili merah meningkat dengan tinggi, adakah anda masih membelinya atau cari cili lain yang lebih murah? 4. Apakah faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sayur di pasaran? 5. Jika anda ialah penjual, adakah peningkatan harga sayur sesuatu yang menguntungkan? Selepas mempelajari bab ini, cuba anda jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ayah anda. EKONOMI & U KUALA LUMPUR Sayur Oktober November Kangkung RM2.00 RM3.50 Salad 4.00 6.00 Limau nipis 4.00 5.50 Cili kecil 5.00 10.00 Cili merah 8.00 16.00 Bayam 3.50 4.50 Timun 1.50 3.00 Kacang panjang 3.00 4.00 Ubi keledek 1.80 1.80 Sengkuang 1.80 1.50 Sawi 6.00 4.00 JOHOR BAHRU Sayur Oktober November Bayam RM3.67 RM2.50 Cili merah 14.00 11.00 Halia 4.00 5.50 Kacang buncis 6.00 6.50 Kangkung 2.50 2.50 Kobis bulat 3.00 3.00 Kobis bunga 6.00 6.50 Kobis panjang 4.00 4.50 Timun 3.00 3.00 Tomato 8.00 6.00 NOTA: Harga di atas adalah bagi setiap kilogram (Sumber: FAMA, Jun 2015) Info Harga Sayur
Standard Kandungan: 2.1 Keseimbangan Pasaran 2.2 Keanjalan Harga Pasaran BAB 2 Dalam pasaran, harga barang ditentukan melalui kuasa pasaran iaitu interaksi antara permintaan pengguna dengan penawaran pengeluar. Harga barang dan perkhidmatan memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti permintaan dan penawaran di samping faktor penentu yang lain. Konsep keanjalan harga permintaan dan keanjalan harga penawaran serta faktor yang mempengaruhinya turut dibincang dalam bab ini. 3HUPLQWDDQ 3HQDZDUDQ %DUDQJSHQJJDQWL %DUDQJSHQJJHQDS /HELKDQSHUPLQWDDQ /HELKDQSHQDZDUDQ .HVHLPEDQJDQSDVDUDQ .HDQMDODQSHUPLQWDDQ .HDQMDODQSHQDZDUDQ Kata Kunci:
Bab 2 48 2.1 Keseimbangan Pasaran Apakah yang dijelaskan oleh hukum permintaan dan penawaran? Bagaimanakah keluk permintaan atau penawaran individu dan pasaran dibentuk? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sesuatu barang di pasaran? Mengapakah kuantiti permintaan dan penawaran akan berubah walaupun harga tidak berubah? Apakah perbezaan antara pengembangan permintaan atau penawaran dan pertambahan permintaan atau penawaran? Apakah perbezaan antara penguncupan permintaan atau penawaran dengan pengurangan permintaan atau penawaran? Dalam keadaan bagaimanakah pasaran dikatakan telah mencapai keseimbangan? Apakah yang akan berlaku terhadap pasaran apabila permintaan atau penawaran berubah? SEPINTAS LALU Renungan terhadap Penentuan Harga Turun naik harga barang adalah norma pasaran. Apabila permintaan melebihi penawaran, harga akan meningkat dan apabila penawaran melebihi permintaan harga akan jatuh. Ini hukum pasaran bebas. Seperti barang-barang lain, penurunan dan kenaikan harga minyak mentah dunia juga ditentukan oleh permintaan dan penawarannya walaupun dasar Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) juga boleh mempengaruhi pengeluaran dan harganya. Apabila harga minyak dunia meningkat secara mendadak, kos bahan api akan meningkat dan menyebabkan semua kos pengeluaran serta barang runcit juga meningkat. Setiap kali harga barang-barang runcit dinaikkan, rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga tersebut dan para peniaga akan dipersalahkan kerana menaikkan harga. Sebenarnya turun naik harga barang di pasaran, satu hakikat yang boleh diterima oleh rakyat jelata tetapi apabila kenaikan harga adalah melebihi daripada paras normal, atau harga meningkat secara berlebihan, ia akan membebankan banyak pihak. Benarkah harga boleh menjadi satu mekanisme yang dapat menyelesaikan masalah lebihan atau kurangan di pasaran dengan baik? (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kenaikan harga makanan: Mengapa dan apa seterusnya’ oleh Prof Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad, UPM, 25 Feb 2016) Permintaan dan penawaran menentukan harga barang. Lebihan permintaan menyebabkan harga naik dan lebihan penawaran menyebabkan harga turun. Adam Smith menyifatkan sistem harga sebagai “tangan tak nampak” (invisible hand) yang akan mengatasi masalah lebihan atau kurangan di pasaran sehingga pasaran mencapai keseimbangan iaitu permintaan pasaran sama dengan penawaran pasaran. Abad ke-21 OPEC ditubuhkan pada 14 September 1960 oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab dan Saudi Venezuela berdasarkan konferensi Baghdad tahun 1960. Tujuan awal pembentukannya adalah untuk menjaga kestabilan harga minyak dunia demi kepentingan negara-negara anggotanya. Harga minyak
Pasaran 2.1.1 Hukum Permintaan Permintaan merujuk kepada keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu. Individu membeli barang mengikut kemampuannya dan tingkat harga barang itu sendiri. Sesuatu keperluan dan kehendak individu dianggap sebagai permintaan jika disokong dengan kuasa beli (kemampuan). Permintaan tidak wujud jika individu menginginkan sesuatu tetapi tidak mampu membayarnya. Dalam topik ini, permintaan yang dipelajari adalah merujuk kepada permintaan berkesan. Permintaan berkesan ialah permintaan yang disokong oleh kuasa beli atau kemampuan membayar. Rasionalnya, individu akan menambahkan permintaan apabila harga sesuatu barang menurun dan mengurangkan permintaan apabila harga meningkat. Pada hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dibuka, Puan Norita membeli 3 buah buku cerita untuk anaknya apabila harga buku adalah RM12.00 sebuah. Tetapi pada hari terakhir pesta buku, kuantiti buku cerita yang dibeli oleh Puan Norita meningkat kepada 5 buah kerana harga buku telah jatuh kepada RM7.00 sebuah. 49 1. Apakah maksud permintaan? 2. Adakah permintaan berkesan wujud jika Mahdi ingin membeli rumah tetapi tidak mampu membayar? Berikan alasan jawapan anda. JOM Ceteris paribus merupakan frasa Latin yang bermaksud hal atau faktor lain tidak berubah. Ia merupakan andaian penting dalam analisis ekonomi yang menunjukkan kesan perubahan satu atau beberapa pemboleh ubah bebas, sementara pemboleh ubah bebas yang lain adalah tetap. Permintaan individu terhadap barangan bergantung kepada tingkat harga barangan tersebut Kuasa beli atau kemampuan pengguna perlu disokong dengan wang
Bab 2 50 Berdasarkan contoh pembelian buku cerita oleh Puan Norita (m.s. 49), faktor yang mempengaruhi kuantiti diminta ialah harga barang itu sendiri. Apabila harga buku cerita turun maka lebih banyak kuantiti yang akan diminta dan apabila harga buku cerita meningkat maka kuranglah kuantiti yang akan diminta. RM12 sebuah RM7 sebuah Beli 3 buah Beli 5 buah Situasi di atas adalah selaras dengan hukum permintaan. Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti diminta terhadapnya dengan andaian ceteris paribus. Maka, hubungan antara harga barangan dengan kuantiti diminta adalah negatif. Harga meningkat Kuantiti diminta turun Harga turun Kuantiti diminta meningkat F O K U S 1. Keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu dikenal sebagai permintaan. 2. Permintaan yang disokong oleh kuasa beli ialah permintaan berkesan. 3. Faktor yang mempengaruhi kuantiti diminta ialah harga barang itu sendiri. 4. Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin meningkat harga barang itu, semakin kurang kuantiti diminta dan sebaliknya. 5. Wujud hubungan negatif antara harga barang itu dengan kuantiti diminta. 1. Jika harga beras meningkat, apakah kesan terhadap kuantiti dimintanya? 2. Jelaskan maksud ceteris paribus. JOM Tonton video berikut dan jawab soalan. https://www.youtube.com/ watch?v=QvGLcCTXk9o (Diakses pada 5 Oktober 2016) Mengapakah apabila harga barang turun, kuantiti diminta barang itu akan meningkat? Cabaran KBAT
Pasaran 51 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran Permintaan individu ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Hubungan negatif antara harga barang dengan kuantiti diminta dapat digambarkan melalui jadual permintaan dan keluk permintaan. Jadual Permintaan dan Pembentukan Keluk Permintaan Individu Jadual 2.1 menunjukkan kuantiti buah durian yang diminta oleh Han Boon pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh sebulan. Jadual 2.1 Permintaan Han Boon terhadap buah durian Harga (RM/kg) Kuantiti diminta (kg) Titik 5 4 3 2 4 6 8 10 a b c d Berdasarkan Jadual 2.1, pada harga RM5 sekilogram, sebanyak 4 kg durian diminta oleh Han Boon. Apabila harga durian menurun kepada RM4, RM3, RM2 sekilogram, semakin banyak kuantiti durian yang diminta oleh Han Boon iaitu masing-masing meningkat kepada 6 kg, 8 kg, dan 10 kg. Daripada Jadual 2.1 boleh dibina keluk permintaan buah durian seperti yang ditunjukkan oleh rajah berikut. Harga (RM) D D Kuantiti (kg) 5 3 4 0 24 8 6 10 2 1 Hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta adalah bersifat songsang (negatif) iaitu apabila harga naik, kuantiti yang diminta akan turun dan apabila harga turun, kuantiti yang diminta akan naik. a b c d Rajah 2.1 Keluk permintaan Han Boon terhadap buah durian 1. Jelaskan maksud (a) permintaan individu (b) permintaan pasaran 2. Nyatakan hukum permintaan. JOM Cara melukis keluk permintaan individu https://youtu.be/cEfZz-yO1Ic Dalam keadaan sebenar, adakah keluk permintaan mesti bergaris lurus (malar)? Cabaran KBAT
Bab 2 52 Berdasarkan Rajah 2.1, paksi mendatar menunjukkan kuantiti diminta dan paksi menegak menunjukkan harga. Apabila harga durian ialah RM5 sekilogram, kuantiti durian yang diminta oleh Han Boon adalah sebanyak 4 kg seperti yang ditunjukkan oleh titik a. Apabila harga durian menurun kepada RM4, RM3, RM2, kuantiti diminta durian semakin meningkat iaitu masing-masing menjadi 6 kg, 8 kg, dan 10 kg seperti yang ditunjukkan oleh titik b, c, dan d. Keluk permintaan (DD) terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti diminta iaitu titik a, b, c, dan d. Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta seperti yang dinyatakan dalam hukum permintaan. AKTIVITI AKTIVITI 2.1.2 A Jadual berikut menunjukkan permintaan Zahira terhadap aksesori wanita pada pelbagai tingkat harga. Harga (RM/unit) Kuantiti diminta (unit) 7 6 5 4 5 6 7 8 (a) Lukis keluk permintaan Zahira terhadap aksesori wanita pada kertas graf. (b) Nyatakan bentuk keluk permintaan yang dilukis. (c) Apakah yang ditunjukkan oleh keluk permintaan? (d) Berdasarkan keluk yang dilukis, apakah yang akan berlaku kepada kuantiti diminta apabila harga meningkat dari RM5 ke RM6? Permintaan pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Dalam sebuah pasaran, permintaan terhadap sesuatu barang tidak terhad kepada seorang individu sahaja tetapi melibatkan ramai individu yang lain. Jadual Permintaan Pasaran dan Pembentukan Keluk Permintaan Pasaran Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu seperti Jadual 2.2.
Pasaran 53 Jadual 2.2 Permintaan pasaran terhadap baju kemeja (1) Harga seunit (RM) (2) Kuantiti diminta oleh Rani (unit) (3) Kuantiti diminta oleh Sofea (unit) (4) = (2) + (3) Permintaan pasaran (unit) (5) Titik 50 1 2 3 w 40 2 3 5 x 30 3 4 7 y 20 4 5 9 z Andaikan bahawa dalam pasaran baju kemeja hanya terdapat dua orang pembeli iaitu Rani dan Sofea. Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh Rani dan Sofea pada setiap tingkat harga. Contohnya, pada harga RM50 seunit, permintaan pasaran ialah 3 unit iaitu dengan menjumlahkan kuantiti diminta Rani sebanyak 1 unit dan kuantiti diminta Sofea sebanyak 2 unit. Apabila harga menurun kepada RM40, RM30, RM20 seunit, semakin banyak kuantiti baju kemeja yang diminta oleh Rani dan Sofea, oleh itu permintaan pasaran turut meningkat iaitu masing-masing bertambah kepada 5 unit (2 + 3), 7 unit (3 + 4), dan 9 unit (4 + 5). Daripada jadual permintaan pasaran di atas, boleh dibina keluk permintaan pasaran seperti yang ditunjukkan oleh rajah berikut. Harga (RM) Kuantiti (unit) 50 DR DS DP D DS DP R 40 30 20 10 0 50 40 30 20 10 0 50 40 30 20 10 0 12 34 1 234 3 5 7 9 5 Kuantiti (unit) Kuantiti (unit) Harga (RM) Harga (RM) w x y z (a) Rani (b) Sofea (c) Pasaran Rajah 2.2 Pembentukan keluk permintaan pasaran daripada keluk permintaan individu Lengkapkan Jadual di bawah. Harga (RM) Permintaan individu (unit) Permintaan pasaran (unit) Individu A Individu B Individu C 52 4 0 4 6 5 14 3 4 8 22 2 5 15 30 1 6 12 20 JOM
Bab 2 Dalam setiap situasi berikut, hitung permintaan pasaran bagi barangan berikut: (a) Syafik dan Kathi membeli kad sim 5 unit setiap orang apabila harganya menurun kepada RM10.00 setiap unit di Plaza IT, Kuala Lumpur. (b) Ericia, Stacy, dan Joseph mampu membeli 10 kg, 6 kg, dan 8 kg buah Naga Merah apabila harga promosinya ialah RM3.00 sekilogram di Pasar Besar Kota Kinabalu. (c) Hanim, Swee Bee, Nathan, dan Sadamon membeli keropok ikan setiap bungkus (1 kg) berharga RM8.00 sebanyak 20 bungkus di Pasar Payang, Kuala Terengganu. JOM Berdasarkan Rajah 2.2, paksi mendatar menunjukkan kuantiti diminta dan paksi menegak menunjukkan harga. Keluk permintaan pasaran (D p D p ) diterbit daripada keluk permintaan Rani (DRDR) dan keluk permintaan Sofea (DS DS ) yang dilukiskan secara mendatar pada setiap tingkat harga. Pada tingkat harga RM50 seunit, permintaan pasaran baju kemeja ialah 3 unit yang ditunjukkan oleh titik w pada Rajah 2.2(c) iaitu dengan menjumlahkan secara mendatar permintaan Rani (Rajah 2.2(a)) sebanyak 1 unit dan permintaan Sofea (Rajah 2.2(b)) sebanyak 2 unit. Apabila harga menurun kepada RM40, RM30, dan RM20, permintaan pasaran semakin meningkat iaitu masing-masing menjadi 5 unit, 7 unit, dan 9 unit seperti yang ditunjukkan oleh titik x, y, dan z. Keluk permintaan pasaran D p D p terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti diminta iaitu titik w, x, y, dan z. Keluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta seperti yang dinyatakan dalam hukum permintaan. Keluk permintaan pasaran (D p D p ) didapati lebih landai daripada keluk permintaan Rani (DR DR ) dan keluk permintaan Sofea (DS DS ). p p daripada keluk permintaan Rani (DR DR p p ) dan keluk permintaan R R p Sofea (DS DS ). 54 Suasana di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan
Pasaran 55 1. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan untuk suatu barang oleh tiga orang individu. D1 D1 D2 D2 D3 D3 Harga (RM) Kuantiti (unit) 20 28 32 39 0 0 10 Nyatakan permintaan pasaran pada harga (a) RM5 (b) RM10 2. (a) Lakonkan di dalam kelas anda suasana sebuah karnival IT. Andaikan setiap murid membawa duit sebanyak RM100.00 ke karnival tersebut. Salah satu gerai barangan IT telah mempromosikan jualan berbentuk lelong pemacu jari. (b) Seorang murid melakonkan sebagai penjual pemacu jari di gerai tersebut. Manakala muridmurid yang lain dalam kumpulan ialah pengunjung yang ingin mendapatkan barangan promosi harga runtuh di karnival tersebut. (c) Murid yang melakonkan sebagai watak penjual di gerai tersebut memulakan jualan dengan harga RM30.00 seunit. Kemudian menurunkan harga secara berperingkat-peringkat kepada RM25.00, RM20.00, RM15.00, dan RM10.00 seunit. (d) Setiap kumpulan murid dikehendaki membeli mengikut tingkat harga yang ditetapkan dan mencatatkan jumlah kuantiti yang diperoleh. (e) Setelah selesai, setiap murid hendaklah menyediakan jadual permintaan kumpulan masing-masing. Kemudian, berdasarkan jadual permintaan yang telah dibuat itu, lukiskan keluk permintaan kumpulan masing-masing. (f) Bandingkan jadual permintaan dan keluk permintaan yang diperoleh oleh setiap kumpulan. Kemudian, sediakan rumusan. AKTIVITI AKTIVITI 2.1.2 B 1. Jadual dan keluk permintaan menunjukkan kuantiti diminta sesuatu barang pada pelbagai tingkat harga dalam jangka masa tertentu. 2. Permintaan individu ialah kuantiti diminta seseorang individu manakala permintaan pasaran ialah jumlah kuantiti diminta semua individu dalam pasaran. 3. Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta. 4. Keluk permintaan individu lebih curam manakala keluk permintaan pasaran lebih landai kerana keluk permintaan pasaran diterbitkan daripada keluk permintaan individu dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta semua individu di pasaran. F O K U S
Bab 2 2.1.3 Penentu Permintaan Faktor yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang boleh dibahagikan kepada harga barang itu dan penentu permintaan bukan harga barang itu seperti berikut: Harga Barang Itu Harga barang merupakan faktor utama yang mempengaruhi permintaan. Mengikut hukum permintaan, apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti diminta bagi barang tersebut akan menurun. Sebaliknya jika harga barang itu menurun, kuantiti diminta bagi barang tersebut akan meningkat. Rajah 2.3 menunjukkan keluk permintaan sayur. Harga (RM) D D Kuantiti (kg) P1 P0 P2 Q1 Q0 Q2 0 Rajah 2.3 Penentu harga barang itu Apabila harga sayur meningkat daripada P0 kepada P1 , kuantiti diminta sayur menurun daripada Q0 kepada Q1 . Sebaliknya apabila harga sayur menurun daripada P0 kepada P2 , kuantiti diminta sayur meningkat daripada Q0 ke Q2 . Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah songsang. Perubahan harga barang itu menyebabkan pergerakan berlaku di sepanjang keluk permintaan yang sama. Penentu Permintaan Bukan Harga Barang itu Dalam keadaan sebenar, banyak situasi menunjukkan apabila harga tetap, permintaan barang berubah. Contohnya apabila harga minyak tetap, permintaan minyak menurun kerana peningkatan harga kereta. Maka jelaslah bahawa selain harga barang itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi permintaan. 56 Penentu Permintaan Anda boleh menonton video berikut untuk mengetahui penentu permintaan. https://www.youtube.com/ watch?v=fmZvPmPrPNw (Diakses pada 5 Oktober 2016) JOM Harga barang itu Hubungan antara P dengan Q adalah P ↑ Q P ↑ Q Berdasarkan Rajah 2.3, lengkapkan rajah berikut. Harga barang lain Cita rasa Pendapatan Penentu Permintaan Harga barang itu Bukan harga barang itu Musim Jangkaan harga masa depan Dasar kerajaan
Pasaran Harga Barang Lain Permintaan terhadap suatu barang juga akan dipengaruhi oleh faktor harga barang lain jika dua barang itu ialah barang berkaitan. Barang berkaitan yang dimaksudkan ialah barang pengganti dan barang penggenap. 57 Barang pengganti Barang pengganti merupakan suatu barang yang boleh diganti dengan mudah oleh barang lain. Barang penggenap Barang yang perlu digunakan bersama-sama dengan barang lain. Daging dan ikan merupakan barang pengganti Mesin pencetak dan kartrij dakwat merupakan barang penggenap Apabila harga daging meningkat, isi rumah akan bertukar kepada ikan yang masih tetap harganya. Maka permintaan ikan akan meningkat dan sebaliknya. Jadual 2.3 Barang pengganti Harga daging (RM) Kuantiti ikan yang diminta (kg) Hubungan Meningkat (+) Meningkat (+) + Menurun (–) Menurun (–) + Harga daging (RM) Kuantiti ikan (kg) P1 P0 P2 Q2 Q0 Q1 0 Rajah 2.4 Barang pengganti Hubungan antara harga sesuatu barang dengan permintaan barang penggantinya adalah positif. Apabila harga mesin pencetak meningkat, maka permintaan terhadap kartrij dakwat akan berkurangan dan sebaliknya walaupun harga kartrij dakwat tidak berubah. Jadual 2.4 Barang penggenap Harga pencetak (RM) Kuantiti kartrij dakwat yang diminta (unit) Hubungan Meningkat (+) Menurun (–) – Menurun (–) Meningkat (+) – Harga pencetak (RM) Kuantiti kartrij (unit) P1 P0 P2 Q1 Q0 Q2 0 Rajah 2.5 Barang penggenap Hubungan antara harga sesuatu barang dengan permintaan barang penggenapnya adalah negatif.
Bab 2 58 Cita Rasa Cita rasa merujuk kepada kegemaran pengguna terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan. Cita rasa setiap individu adalah berlainan antara satu sama lain. Kini, perubahan cita rasa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap permintaan sesuatu barang memandangkan dunia sekarang tiada sempadan dan cita rasa pengguna di sebuah negara boleh saling mempengaruhi pengguna di negara lain. Iklan, fesyen, dan kesedaran kesihatan boleh mengubahkan cita rasa pengguna. Iklan yang berjaya akan meningkatkan permintaan barang, contohnya iklan Tahun Melawat Malaysia di negara asing boleh meningkatkan permintaan terhadap pakej pelancongan di Malaysia. Iklan ialah pemberitahuan mengenai sesuatu barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk memujuk pengguna agar tertarik pada barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Murid diminta membuat pemerhatian di persekitaran rumah mereka. Kemudian murid dikehendaki menyenaraikan barang pengganti dan barang penggenap yang terdapat di persekitaran tersebut. AKTIVITI AKTIVITI 2.1.3 A Penggunaan telefon pintar adalah trend pada masa kini dan didominasi golongan muda yang tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan teknologi
Pasaran 59 Cuaca panas yang kering dan berjerebu akan meningkat permintaan terhadap topeng muka Dalam keadaan sebenar, kesan pendapatan pengguna terhadap permintaan bergantung pada jenis barang yang diminta. Bagi barang biasa, pendapatan meningkat, permintaan barang biasa akan meningkat. Tetapi bagi barang mesti seperti garam, pendapatan meningkat, permintaan akan tetap. Bagi barang bawahan seperti beras hancur, apabila pendapatan meningkat, permintaan akan turun kerana individu akan tukar kepada barang lain yang lebih berkualiti. 59 ang kering dan n meningkat dap topeng muka 59 Masyarakat pelbagai peringkat usia hari ini berdepan dengan risiko pelbagai ancaman penyakit akibat daripada gaya hidup kurang sihat yang diamalkan. Kesedaran kesihatan boleh mengubah gaya hidup masyarakat dan permintaan terhadap produk kesihatan. Misalnya, memandangkan pekerjaan sekarang memerlukan masyarakat lebih aktif dan produktif maka produk penjagaan kesihatan seperti vitamin dan makanan tambahan menjadi pilihan mereka. Jadi permintaan terhadap barangan tersebut akan meningkat. Pendapatan Dengan andaian ceteris paribus, sekiranya pendapatan seseorang individu meningkat maka permintaannya terhadap sesuatu barang juga akan meningkat. Hal ini demikian kerana kenaikan pendapatan individu akan membawa kepada peningkatan pendapatan boleh guna dan seterusnya kuasa beli individu. Peningkatan kuasa beli akan menyebabkan permintaan barang meningkat dan keluk permintaan beralih ke kanan. Sebaliknya penurunan pendapatan individu akan membawa kepada penurunan pendapatan boleh guna dan seterusnya kuasa beli individu. Kejatuhan kuasa beli akan menyebabkan permintaan barang menurun dan keluk permintaan beralih ke kiri. Musim Musim-musim seperti awal persekolahan dan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Hari Deepavali akan meningkatkan permintaan terhadap barang atau perkhidmatan. Perubahan cuaca juga akan menyebabkan perubahan dalam permintaan sesuatu barangan. Contohnya, semasa musim panas, permintaan terhadap air batu dan aiskrim meningkat. Maka keluk permintaan barang-barang ini akan beralih ke kanan.
Bab 2 60 Jangkaan Harga Masa Depan Apabila ramai pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat pada masa depan, maka permintaan pengguna terhadap barang tersebut pada masa sekarang akan meningkat. Sebaliknya apabila ramai pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan turun pada masa depan, mereka akan mengurangkan permintaan barang tersebut pada masa sekarang. Apabila harga kereta dijangkakan akan meningkat pada masa depan, permintaannya pada masa sekarang akan meningkat Dasar Kerajaan Kerajaan boleh menjalankan pelbagai dasar seperti cukai pendapatan individu, bantuan kerajaan kepada isi rumah, atau penguatkuasaan undang-undang untuk menjaga industri tempatan. Apabila kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan individu, maka pendapatan boleh guna individu akan menurun. Kemampuan mereka untuk membeli barang ekonomi akan menurun. Oleh itu, permintaan terhadap barang ekonomi akan menurun dan keluk permintaan terhadap barangan tersebut akan beralih ke kiri. Bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan miskin akan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka dan meningkatkan permintaan barang. 1. Adakah anda bersetuju dengan dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan? Berikan alasan anda. 2. Apakah kesan peningkatan kadar cukai pendapatan individu kepada pengguna? Cabaran KBAT
Pasaran 61 Rajah berikut menunjukkan permintaan terhadap barang Z. Keluk permintaan yang asal ialah D0 D0 dan titik asal ialah a. Harga (RM) D1 D1 D0 D0 D2 D2 Kuantiti (kg) 40 20 30 0 100 d a c b e 150 200 250 300 (a) Nyatakan faktor yang menyebabkan pergerakan titik dari (i) a ke b (ii) a ke c (iii) a ke d (iv) a ke e (b) Berdasarkan peristiwa berikut, analisis pergerakan titik yang akan berlaku. Peristiwa Pergerakan titik Kadar cukai pendapatan diturunkan 1%. Harga barang Z dijangka akan meningkat. Harga barang pengganti barang Z meningkat. Harga barang penggenap barang Z meningkat. Harga barang Z menurun. Kadar pengangguran meningkat. AKTIVITI AKTIVITI 2.1.3 B F O K U S 1. Apabila harga sesuatu barang itu meningkat, permintaan terhadap barang itu akan menurun. 2. Apabila harga sesuatu barang meningkat, permintaan terhadap barang penggantinya akan meningkat (hubungan positif). 3. Apabila harga sesuatu barang meningkat, permintaan terhadap barang penggenapnya akan menurun (hubungan negatif). 4. Iklan, fesyen, dan kesedaran kesihatan boleh mengubahkan cita rasa pengguna. 5. Apabila pendapatan meningkat, permintaan barang akan meningkat. 6. Musim boleh mempengaruhi permintaan barang. 7. Jika harga barang dijangkakan meningkat pada masa depan, maka permintaan barang pada masa sekarang akan meningkat. 8. Kenaikan kadar cukai pendapatan akan menurunkan permintaan manakala pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan akan meningkatkan permintaan.
Bab 2 62 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta Perubahan dalam kuantiti diminta merujuk kepada perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama. Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan dalam kuantiti diminta. Rajah 2.6 menunjukkan berlakunya perubahan dalam kuantiti diminta. Harga (RM) D D c a b Kuantiti (unit) P2 P0 P1 Q2 Q0 Q1 0 Penguncupan permintaan Pengembangan permintaan Rajah 2.6 Perubahan dalam kuantiti diminta Pergerakan dari titik a ke b dikenal sebagai pengembangan permintaan. Ia menunjukkan kuantiti diminta meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit akibat daripada penurunan harga barang itu daripada P0 kepada P1 . Pergerakan dari titik a ke c dikenal sebagai penguncupan permintaan. Ia menunjukkan kuantiti diminta menurun daripada Q0 unit kepada Q2 unit akibat daripada peningkatan harga barang itu daripada P0 kepada P2 . F O K U S 1. Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan dalam kuantiti diminta. 2. Perubahan dalam kuantiti diminta ditunjukkan oleh pergerakan ke atas (penguncupan permintaan) atau ke bawah (pengembangan permintaan) di sepanjang keluk permintaan yang sama. Apakah faktor yang menyebabkan perubahan dalam kuantiti diminta? JOM
Pasaran 63 2.1.5 Perubahan Permintaan Perubahan permintaan ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan yang asal. Perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan permintaan. Bezakan antara perubahan dalam kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. JOM Harga (RM) Pengurangan permintaan disebabkan oleh: +DUJDEDUDQJSHQJJDQWLWXUXQ +DUJDEDUDQJSHQJJHQDSQDLN 3HQGDSDWDQWXUXQ &LWDUDVD\DQJWLGDN menggalakkan +DUJDGLMDQJNDWXUXQSDGD masa depan .DGDUFXNDLSHQGDSDWDQQDLN 3HPEDWDODQEDQWXDQNHUDMDDQ Pertambahan permintaan disebabkan oleh: +DUJDEDUDQJSHQJJDQWLQDLN +DUJDEDUDQJSHQJJHQDSWXUXQ 3HQGDSDWDQQDLN &LWDUDVD\DQJPHQJJDODNNDQ +DUJDGLMDQJNDQDLNSDGD masa depan .DGDUFXNDLSHQGDSDWDQMDWXK 3HPEHULDQEDQWXDQNHUDMDDQ .XDQWLWL (unit) P0 Q2 Q0 Q1 D2 D0 D1 D2 D0 D1 0 Pengurangan permintaan Pertambahan permintaan Rajah 2.7 Perubahan permintaan Peralihan keluk permintaan dari D0 D0 ke D1 D1 dikenal sebagai pertambahan permintaan. Ia menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah meningkat pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu. Contohnya, peningkatan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti permintaan meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit. Peralihan keluk permintaan dari D0 D0 ke D2 D2 dikenal sebagai pengurangan permintaan. Ia menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah menurun pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu. Contohnya, penurunan harga barang pengganti menyebabkan kuantiti permintaan menurun daripada Q0 unit kepada Q2 unit. F O K U S 1. Perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan permintaan. 2. Perubahan permintaan ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri (pengurangan permintaan) atau ke kanan (pertambahan permintaan) selari dengan keluk permintaan yang asal.
Bab 2 64 2.1.6 Hukum Penawaran Penawaran merujuk kepada kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu. Firma menawarkan barang berdasarkan harga barang tersebut. Apabila harga barang itu meningkat, penawaran firma untuk barang itu juga akan meningkat kerana untung firma meningkat. Contohnya, sekiranya harga roti meningkat daripada RM0.70 kepada RM0.80 sebungkus, Syarikat Roti Liana akan meningkatkan kuantiti roti yang ditawarkan daripada 800 bungkus ke 1 000 bungkus sehari. Situasi ini adalah selaras dengan hukum penawaran. Hukum penawaran menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti ditawarkan dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti ditawarkan dengan andaian ceteris paribus. Maka, hubungan antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan adalah positif. Harga meningkat Kuantiti ditawarkan meningkat Harga menurun Kuantiti ditawarkan menurun 1. Penawaran ialah kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu. 2. Hukum penawaran menyatakan apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti ditawarkan akan meningkat dan sebaliknya. 3. Wujud hubungan positif antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan. F O K U S 1. Jelaskan maksud penawaran. 2. Jelaskan hubungan antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan. JOM 800 bungkus RM0.70 1000 bungkus RM0.80
Pasaran 65 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran Penawaran firma ialah kuantiti barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Hubungan positif antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan dapat digambarkan melalui jadual penawaran dan keluk penawaran. Jadual Penawaran dan Pembentukan Keluk Penawaran Firma Jadual 2.5 menunjukkan kuantiti kasut yang ditawarkan oleh Syarikat Kasut Teguh pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa seminggu. Jadual 2.5 Penawaran kasut oleh Syarikat Kasut Teguh Harga (RM /pasang) Kuantiti ditawarkan (ribu pasang) Titik 20 40 60 80 4 6 8 10 a b c d Berdasarkan Jadual 2.5, pada harga RM20 sepasang, sebanyak 4 ribu pasang kasut ditawarkan. Apabila harga kasut meningkat kepada RM40, RM60, RM80 sepasang, semakin banyak kuantiti kasut ditawarkan oleh syarikat iaitu masing-masing meningkat kepada 6 ribu pasang, 8 ribu pasang, dan 10 ribu pasang. Daripada jadual penawaran kasut di atas, boleh dibina keluk penawaran kasut seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 2.8 berikut. Harga (RM) S S Kuantiti (’000 pasang) 60 80 0 2 4 8 10 6 40 20 a b c d Hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan adalah bersifat langsung (positif) iaitu apabila harga naik, kuantiti ditawarkan akan naik dan apabila harga turun, kuantiti ditawarkan akan turun. Rajah 2.8 Keluk penawaran kasut oleh Syarikat Kasut Teguh 1. Jelaskan maksud penawaran firma. 2. Apakah yang ditunjukkan oleh keluk penawaran? JOM Cara melukis keluk penawaran firma https://youtu.be/N-mYra Rt-3w Adakah jumlah kuantiti penawaran sama dengan jumlah kuantiti pengeluaran? Jelaskan jawapan anda. Cabaran KBAT
Bab 2 66 Berdasarkan Rajah 2.8, paksi mendatar menunjukkan kuantiti ditawarkan dan paksi menegak menunjukkan harga. Apabila harga kasut ialah RM20, kuantiti kasut yang ditawarkan oleh Syarikat Kasut Teguh adalah sebanyak 4 ribu pasang seperti yang ditunjukkan oleh titik a. Apabila harga kasut meningkat kepada RM40, RM60, dan RM80, kuantiti kasut yang ditawarkan semakin meningkat iaitu masing-masing menjadi 6 ribu pasang, 8 ribu pasang, dan 10 ribu pasang dan ditunjukkan oleh titik b, c, dan d. Keluk penawaran (SS) terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti ditawarkan iaitu titik a, b, c, dan d. Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan langsung antara harga dengan kuantiti ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam hukum penawaran. Berikut adalah jadual penawaran Syarikat Biskut Asli pada pelbagai tingkat harga. Harga (RM/tin) Kuantiti (tin) 15 20 25 30 150 300 450 600 (a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran Syarikat Biskut Asli. (b) Nyatakan bentuk keluk penawaran yang dilukis. (c) Apakah yang akan berlaku kepada kuantiti ditawarkan apabila harga menurun daripada RM25 kepada RM20? (d) Nyatakan perubahan kuantiti ditawarkan apabila harga meningkat daripada RM15 kepada RM30. (e) Apakah yang akan berlaku pada harga RM10? Mengapakah pengeluar membuat keputusan demikian? g AKTIVITI AKTIVITI 2.1.7 A Penawaran pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Dalam keadaan sebenar, penawaran sesuatu barang tidak terhad kepada seorang pengeluar atau sebuah firma sahaja tetapi melibatkan ramai pengeluar dan firma yang lain.
Pasaran 67 Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran Penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawarkan oleh setiap firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu seperti Jadual 2.6 berikut. Jadual 2.6 Penawaran pasaran terhadap beg galas (1) Harga seunit (RM) (2) Kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Jenas (unit) (3) Kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Kiwis (unit) (4) = (2) + (3) Penawaran pasaran (unit) (5) Titik 15 20 10 30 w 30 25 15 40 x 45 30 20 50 y 60 35 25 60 z Andaikan bahawa dalam pasaran beg galas hanya terdapat dua buah firma iaitu Syarikat Jenas dan Syarikat Kiwis. Penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Jenas dan Syarikat Kiwis pada setiap tingkat harga. Contohnya, pada harga RM15 seunit, penawaran pasaran ialah 30 unit iaitu dengan menjumlahkan kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Jenas sebanyak 20 unit dan kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Kiwis sebanyak 10 unit. Begitu juga pada harga seterusnya. Apabila harga meningkat kepada RM30, RM45, dan RM60 seunit, semakin banyak kuantiti beg galas ditawarkan oleh Syarikat Jenas dan Syarikat Kiwis, oleh itu penawaran pasaran turut meningkat iaitu masing-masing menjadi 40 unit (25 + 15), 50 unit (30 + 20), dan 60 unit (35 + 25).
Bab 2 68 Daripada Jadual 2.6, boleh dibina keluk penawaran pasaran seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 2.9 berikut. SJ SK SK SJ SP SP Harga (RM) Kuantiti (unit) 45 60 0 10 20 25 15 30 15 Harga (RM) Kuantiti (unit) 45 60 0 20 25 30 35 30 15 Harga (RM) Kuantiti (unit) 45 60 0 30 40 50 60 30 15 z y x w (a) Syarikat Jenas (b) Syarikat Kiwis (c) Pasaran Rajah 2.9 Pembentukan keluk penawaran pasaran daripada keluk penawaran firma beg galas Berdasarkan rajah, paksi mendatar menunjukkan kuantiti ditawarkan dan paksi menegak menunjukkan harga. Keluk penawaran pasaran (S p S p ) diterbit daripada keluk penawaran Syarikat Jenas (SJ SJ ) dan keluk penawaran Syarikat Kiwis (SKSK) yang dilukiskan secara mendatar pada setiap tingkat harga. Pada tingkat harga RM15 seunit, penawaran pasaran beg galas ialah 30 unit yang ditunjukkan oleh titik w pada Rajah 2.9(c), iaitu dengan menjumlahkan secara mendatar penawaran Syarikat Jenas (Rajah 2.9(a)) sebanyak 20 unit dan penawaran Syarikat Kiwis (Rajah 2.9(b)) sebanyak 10 unit. Apabila harga meningkat kepada RM30, RM45, dan RM60, penawaran pasaran semakin meningkat iaitu masing-masing menjadi 40 unit, 50 unit, dan 60 unit dan titik kombinasinya masing-masing ialah x, y, dan z. Keluk penawaran pasaran S p S p terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti ditawarkan iaitu titik w, x, y, dan z. Keluk penawaran pasaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan langsung antara harga dengan kuantiti ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam hukum penawaran. Didapati keluk penawaran pasaran (S p S p ) lebih landai daripada keluk penawaran Syarikat Jenas (SJ SJ ) dan keluk penawaran Syarikat Kiwis (SKSK).
Pasaran 69 Jadual berikut menunjukkan penawaran baju bayi oleh dua buah firma dalam pasaran. Harga (RM) Kuantiti ditawarkan (unit) Penawaran Firma A Firma B Pasaran (unit) 1 6 5 11 2 12 22 3 15 33 4 24 20 5 30 25 55 6 36 30 66 (a) Lengkapkan jadual di atas. (b) Lukis keluk penawaran firma A, firma B, dan keluk penawaran pasaran pada kertas graf yang sama. (c) Berdasarkan (b), jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran. (d) Pada pendapat anda, mengapakah keluk penawaran firma dan pasaran bercerun positif? Jelaskan dua sebab. AKTIVITI AKTIVITI 2.1.7 B 1. Jadual dan keluk penawaran menunjukkan kuantiti ditawarkan sesuatu barang pada pelbagai tingkat harga. 2. Penawaran firma dilakukan oleh sebuah firma manakala penawaran pasaran menjumlahkan kuantiti ditawarkan semua firma dalam pasaran. 3. Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti ditawarkan. F O K U S 2.1.8 Penentu Penawaran Faktor yang mempengaruhi penawaran sesuatu barang boleh dibahagikan kepada harga barang itu dan bukan harga barang itu seperti berikut: Harga faktor pengeluaran Tingkat teknologi Matlamat pengeluar Cuaca Penentu Penawaran Harga barang itu Bukan harga barang itu Jangkaan harga masa depan Dasar kerajaan
Bab 2 70 Harga Barang Itu Faktor penentu penawaran yang utama ialah perubahan dalam harga barang itu sendiri. Mengikut hukum penawaran, apabila harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti yang ditawarkan oleh firma juga meningkat dan sebaliknya jika harga barang itu menurun, kuantiti yang ditawarkan bagi barang tersebut akan berkurang. Oleh itu, hubungan antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan adalah positif. Perubahan dalam harga barang itu akan menyebabkan perubahan dalam kuantiti ditawarkan yang ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.10. Harga minyak sawit (RM) Kuantiti minyak sawit (kg) 0 P2 P0 P1 Q2 Q0 Q1 S S Rajah 2.10 Penentu harga barang itu Dengan andaian faktor lain adalah tetap atau ceteris paribus, apabila harga minyak sawit meningkat daripada P0 kepada P1 , kuantiti ditawarkan minyak sawit meningkat daripada Q0 kepada Q1 . Sebaliknya apabila harga minyak sawit menurun daripada P0 kepada P2 , kuantiti ditawarkan minyak sawit menurun daripada Q0 kepada Q2 . Hubungan antara harga dengan kuantiti ditawarkan adalah positif. Perubahan harga barang itu menyebabkan pergerakan berlaku di sepanjang keluk penawaran yang sama. Penentu Penawaran Bukan Harga Barang itu Walaupun harga barang itu merupakan penentu utama penawaran, tetapi dalam keadaan sebenar, banyak situasi menunjukkan apabila harga tetap, penawaran barang berubah. Contohnya penawaran komputer meningkat walaupun harga tidak berubah kerana berlaku peningkatan dalam teknologi pembuatannya. Maka jelaslah bahawa selain harga barang itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran. JOM Harga barang itu Hubungan antara P dengan Q adalah P ↑ Q P ↑ Q Berdasarkan Rajah 2.10, lengkapkan rajah berikut.
Pasaran Harga faktor pengeluaran Peningkatan harga faktor pengeluaran seperti sewa tanah, upah buruh, dan bahan mentah dalam kegiatan pengeluaran akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Peningkatan kos pengeluaran akan menyebabkan keuntungan firma menurun. Apabila keuntungan firma merosot, firma akan mengurangkan pengeluaran. Pada tingkat harga yang sama di pasaran, keluk penawaran akan beralih ke kiri. Sebaliknya, penurunan harga faktor pengeluaran menyebabkan penjimatan dalam kos pengeluaran dan seterusnya meningkatkan keuntungan firma. Oleh itu, firma akan menambahkan pengeluaran pada tingkat harga yang sama di pasaran. Jangkaan Harga Masa Depan Apabila pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat pada masa depan, firma akan mengurangkan penawaran barang tersebut pada masa sekarang. Kesannya, penawaran barang tersebut akan berkurang dan keluk penawaran akan beralih ke kiri. Sebaliknya, apabila pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan turun pada masa depan, firma akan menambahkan penawaran barang tersebut pada masa kini. Maka, penawaran barang tersebut akan meningkat dan keluk penawaran akan beralih ke kanan. Cuaca Cuaca buruk seperti banjir atau kemarau yang berpanjangan boleh merosakkan tanaman dan seterusnya mengurangkan jumlah penawarannya di pasaran. Contohnya tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands akibat hujan lebat menyebabkan pengeluaran sayur-sayuran berkurangan, keadaan ini menyebabkan penawarannya juga berkurang. Oleh itu, keluk penawaran akan beralih ke kiri. Sebaliknya cuaca cerah dan kadar kelembapan yang sesuai dengan pertumbuhan tanaman akan meningkatkan jumlah penawaran sayur-sayuran di pasaran. Oleh itu, keluk penawaran akan beralih ke kanan. Angin Monsun Timur Laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh bermula pada awal November dan berakhir pada Mac. Kebiasannya semasa musim tengkujuh, negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak akan dilanda banjir dan penawaran ikan akan berkurang kerana nelayan tidak dapat turut ke laut. 71 Suhu sederhana di Cameron Highlands, Pahang sesuai untuk penanaman Strawberi
Bab 2 72 Tingkat Teknologi Kemajuan dalam tingkat teknologi seperti reka ciptaan teknologi yang lebih canggih, mesin yang lebih moden, dan teknik pengeluaran yang lebih cekap dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah firma. Selain itu, kos dan masa pengeluaran juga dapat dikurangkan. Melalui penggunaan teknologi moden juga, pengeluaran secara besar-besaran dapat dijalankan. Peningkatan pengeluaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan. Perkembangan teknologi bukan sahaja mengurangkan kos pengeluaran telefon, malah menambahkan pelbagai fungsi baharu dalam telefon Matlamat Pengeluar Seorang pengeluar atau firma lazimnya mempunyai dua objektif iaitu sama ada memaksimumkan keuntungan atau memaksimumkan jualan. Objektif sebahagian besar firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Bagi memaksimumkan keuntungan, sesebuah firma tidak harus mengeluarkan output secara berlebihan. Pengeluaran berlebihan akan menyebabkan harga barang turun. Penurunan harga barang akan menjejaskan keuntungan firma. Oleh itu, sekiranya objektif firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan mengurangkan pengeluarannya. Maka, keluk penawaran akan beralih ke kiri. Sebaliknya, sekiranya objektif firma adalah untuk memaksimumkan jualan, firma akan meningkatkan pengeluaran dengan sebanyak mungkin. Dengan berbuat demikian, harga yang dikenakan terhadap pengguna akan menjadi lebih rendah dan firma dapat menguasai sebahagian besar pasaran. Oleh itu, sekiranya objektif firma adalah untuk memaksimumkan jualan, firma akan menambahkan pengeluaran. Keluk penawaran akan beralih ke kanan. JOM Objektif firma Lengkapkan rajah di bawah. pengeluaran Keluk SS beralih ke pengeluaran Keluk SS beralih ke Ramalkan apa yang akan berlaku terhadap penawaran makanan apabila berlaku (a) peperangan (b) bencana alam Cabaran KBAT
Pasaran 73 1. Nyatakan tiga faktor penentu bukan harga barang itu yang mempengaruhi penawaran. 2. Nyatakan penawaran meningkat atau menurun untuk situasi berikut: (a) Pengeluar bermatlamatkan untung (b) Cukai dinaikkan 1% (c) Kos buruh menurun (d) Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan Dasar Kerajaan JOM Kerajaan melalui polisi cukai, pemberian subsidi, galakan taraf perintis, dan pelepasan cukai boleh mempengaruhi penawaran barangan. Kenaikan cukai contohnya cukai ke atas input akan menyebabkan kurangnya barangan yang akan dikeluarkan oleh firma kerana kos pengeluaran meningkat. Kesannya, keluk penawaran akan beralih ke kiri. Dasar kerajaan yang memberi subsidi atau taraf perintis kepada firma dapat mengurangkan kos pengeluaran. Pengurangan kos pengeluaran akan menggalakkan firma untuk menambahkan pengeluarannya. Kesannya, keluk penawaran akan beralih ke kanan. Bahagikan kelas kepada empat kumpulan, setiap kumpulan perlu mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran barangan berikut: (a) Sayur (b) Roti (c) Kereta (d) Pakej pelancongan Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan dalam bentuk powerpoint dan bentangkan hasil kajian di depan kelas. AKTIVITI AKTIVITI 2.1.8 1. Apabila harga sesuatu barang naik, penawaran terhadap barang itu akan meningkat (hubungan positif). 2. Penentu penawaran bukan harga barang itu ialah: (a) Harga faktor pengeluaran (b) Jangkaan harga masa depan (c) Cuaca (d) Tingkat teknologi (e) Matlamat pengeluar (f) Dasar kerajaan F O K U S Taraf perintis merupakan salah satu insentif cukai kepada pengeluar yang melabur dalam industri baharu atau aktiviti pengeluaran yang digalakkan oleh kerajaan. Pengecualian cukai yang dinikmati adalah sebanyak 70% hingga 100% pendapatan berkanun selama 5 hingga 10 tahun. Elaun-elaun modal yang tidak diserap dan kerugian yang ditanggung sepanjang tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan boleh cukai syarikat selepas tempoh perintis. (Sumber: http://www.mida.gov.my/home/frequently-asked-questions-(faqs)/ posts/?lg=MAL)
Bab 2 74 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan dalam kuantiti ditawarkan. Perubahan dalam kuantiti ditawarkan merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama. Rajah 2.11 menunjukkan berlakunya perubahan dalam kuantiti ditawarkan. Harga (RM) Kuantiti (unit) Pengembangan penawaran Penguncupan penawaran 0 P2 P0 P1 Q2 Q0 Q1 S S c a b Rajah 2.11 Perubahan dalam kuantiti ditawarkan Pergerakan dari titik a ke b dikenal sebagai pengembangan penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit akibat daripada peningkatan harga barang itu daripada P0 kepada P1 . Pergerakan dari titik a ke c dikenal sebagai penguncupan penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan menurun daripada Q0 unit kepada Q2 unit akibat daripada penurunan harga barang itu daripada P0 kepada P2 . 1. Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan dalam kuantiti ditawarkan. 2. Perubahan dalam kuantiti ditawarkan ditunjukkan oleh pergerakan ke atas (pengembangan penawaran) atau ke bawah (penguncupan penawaran) di sepanjang keluk penawaran yang sama. F O K U S 1. Jelaskan maksud perubahan dalam kuantiti ditawarkan. 2. Apakah faktor yang m e m b a w a k e p a d a pengembangan penawaran? JOM
Pasaran 75 2.1.10 Perubahan Penawaran Perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan penawaran. Penentu penawaran bukan harga barang itu merujuk kepada penentu-penentu selain faktor harga barang itu sendiri seperti harga faktor pengeluaran, matlamat pengeluar, tingkat teknologi, cuaca, jangkaan harga masa depan, dan dasar kerajaan. Perubahan penawaran merujuk kepada peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk penawaran yang asal. Rajah 2.12 menunjukkan berlakunya perubahan penawaran. Bezakan antara perubahan dalam kuantiti ditawarkan dengan perubahan penawaran. JOM Harga (RM) Pengurangan penawaran disebabkan oleh: +DUJDIDNWRUSHQJHOXDUDQPHQLQJNDW .HPXQGXUDQWLQJNDWWHNQRORJL &XDFD\DQJEXUXN +DUJDGLMDQJNDPHQLQJNDWSDGD PDVDdepan 3HQJHOXDUEHUPDWODPDWNDQXQWXQJ PDNVLPXP .DGDUFXNDLLQSXWPHQLQJNDW 3HQJKDSXVDQVXEVLGL 3HUWDPEDKDQSHQDZDUDQ disebabkan oleh: +DUJDIDNWRUSHQJHOXDUDQPHQXUXQ 7LQJNDWWHNQRORJLEHUWDPEDKEDLN &XDFD\DQJEDLN +DUJDGLMDQJNDPHQXUXQpada PDVDGHSDQ 3HQJHOXDUEHUPDWODPDWNDQ MXDODQPDNVLPXP .DGDUFXNDLLQSXWPHQXUXQ 3HPEHULDQVXEVLGL .XDQWLWL XQLW P0 Q2 Q0 Q1 S2 S0 S1 S2 S0 S1 0 Pengurangan penawaran 3HUWDPEDKDQ penawaran Rajah 2.12 Perubahan penawaran Peralihan keluk penawaran dari S0 S0 ke S1 S1 dikenal sebagai pertambahan penawaran. Ia menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah meningkat pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu. Contohnya peningkatan tingkat teknologi menyebabkan kuantiti penawaran meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit. Peralihan keluk penawaran dari S0 S0 ke S2 S2 dikenal sebagai pengurangan penawaran. Ia menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah menurun pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu. Contohnya cuaca yang buruk menyebabkan kuantiti penawaran menurun daripada Q0 unit kepada Q2 unit. Perubahan dalam kuaniti ditawarkan dengan perubahan penawaran https://www.youtube.com/ watch?v=HVXr13v-gFg (Diakses pada 5 Oktober 2016)
Bab 2 76 Kenaikan harga petrol baru-baru ini telah memberi kesan langsung kepada pengeluar amnya dan para pengguna khususnya. Sebagai contoh, pihak pengurusan Syarikat UKKP Kerepek Wangi sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi mendapati kos pengeluaran telah meningkat. Kesannya, pulangan syarikat berkurangan. Jadual di bawah menunjukkan jumlah pendapatan Syarikat UKKP Kerepek Wangi pada empat bulan terakhir bagi tahun lepas akibat kenaikan harga petrol. Bulan Hasil Jualan (RM) September 12 000 Oktober 11 567 November 9 005 Disember 7 890 Untuk menutup kos pengeluaran yang semakin meningkat, Syarikat UKKP Kerepek Wangi menimbangkan untuk menaikkan harga produk keluaran syarikatnya yang terdiri daripada kerepek ubi, kerepek keladi, dan kerepek pisang. Untuk sementara waktu, syarikat juga mengambil tindakan mengurangkan kuantiti produk bagi setiap bungkusan yang dikeluarkan. Syarikat akan mengalami kerugian jika tidak meningkatkan sedikit harga jualan bagi produk yang dikeluarkan. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut. (a) (i) Apakah faktor yang mempengaruhi penawaran kerepek ubi Syarikat UKKP Kerepek Wangi? (ii) Bagaimanakah faktor di (a)(i) memberi kesan kepada keluk penawaran syarikat? (iii) Jelaskan perubahan penawaran yang disebabkan oleh faktor di (a)(i). (b) Setujukah anda dengan tindakan yang diambil oleh syarikat untuk mengatasi masalah kos pengeluaran yang semakin meningkat? Berikan alasan. y (c) Bagaimanakah syarikat dapat meningkatkan keuntungannya? Berikan dua cadangan. (d) Bagaimanakah kerajaan dapat membantu Syarikat UKKP Kerepek Wangi? AKTIVITI AKTIVITI 2.1.10 1. Perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan penawaran. 2. Perubahan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri (pengurangan penawaran) atau ke kanan (pertambahan penawaran) selari dengan keluk penawaran yang asal. F O K U S
Pasaran 77 2.1.11 Keseimbangan Pasaran Pasaran ialah suatu tempat atau situasi yang membolehkan penjual dan pembeli berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu. Berikutan dengan perkembangan teknologi dan kemudahan alat komunikasi serta kemajuan sistem perhubungan, kini pasaran tidak langsung menjadi semakin popular. Contohnya, e-dagang semakin disambuti oleh masyarakat kerana pasarannya yang luas dan tanpa sempadan. Sesuatu pasaran dikatakan mencapai keseimbangan apabila: Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan Keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran Pada tingkat keseimbangan, harga dan kuantiti keseimbangan dapat ditentukan. Keseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui cara jadual dan rajah. 1. Apakah maksud pasaran? 2. Bezakan pasaran langsung dan tidak langsung. 3. Jelaskan maksud keseimbangan pasaran. JOM 1. Pasaran boleh dibahagi kepada pasaran langsung dan tidak langsung. 2. Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan. Pasaran bebas daripada lebihan atau kurangan. 3. Pada titik persilangan DD dan SS, harga dan kuantiti keseimbangan dapat ditentukan. F O K U S Penawaran dan permintaan https://youtu.be/ I3BjHp19N_0 E-dagang ialah sejenis pasaran tidak langsung. Segala urus niaga dijalankan secara atas talian Bazar ialah sejenis pasaran langsung. Pembeli berdepan dengan penjual apabila menjalankan urus niaga
Bab 2 78 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan Pasaran Keseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui cara jadual dan rajah. Jadual 2.7 Permintaan dan penawaran seluar sukan di pasaran Harga (RM / helai) Kuantiti permintaan (‘000 helai) Kuantiti penawaran (‘000 helai) 10 15 3 20 12 6 30 9 9 40 6 12 50 3 15 Jadual 2.7 menunjukkan permintaan dan penawaran seluar sukan di pasaran. Berdasarkan jadual, keseimbangan pasaran dicapai pada tingkat harga RM30 apabila kuantiti permintaan pasaran sama dengan kuantiti penawaran pasaran pada 9 000 helai. Titik keseimbangan Harga keseimbangan Kuantiti keseimbangan S E S D D Kuantiti (’000 helai) 50 40 30 20 10 2 4 6 8 10 12 14 16 20 0 Harga (RM) Rajah 2.13 Keseimbangan pasaran Rajah 2.13 diterbitkan daripada Jadual 2.7. Keseimbangan pasaran dicapai apabila keluk permintaan pasaran (DD) bersilang dengan keluk penawaran pasaran (SS) pada titik E. Harga keseimbangan dicapai pada RM30 dan kuantiti keseimbangan dicapai pada 9 000 helai. Pada tingkat keseimbangan, harga dan kuantiti tidak cenderung untuk berubah. 1. Secara jadual, keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan. 2. Secara rajah, keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran. F O K U S Keseimbangan pasaran https://www.youtube.com/ watch?v=HIQkug-kWvQ (Diakses pada 5 Oktober 2016)
Pasaran 79 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran Sesuatu pasaran dikatakan berada dalam ketidakseimbangan apabila jumlah permintaan pengguna tidak sama dengan jumlah penawaran pengeluar. Dua keadaan akan berlaku apabila pasaran berada pada ketidakseimbangan iaitu: Permintaan 100 kg Penawaran 50 kg Penawaran 85 unit Permintaan 40 unit Lebihan permintaan Lebihan penawaran Lebihan permintaan merujuk keadaan apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. Lebihan penawaran merujuk keadaan apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. Ketidakseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui cara jadual dan rajah. Jadual 2.8 Permintaan dan penawaran seluar sukan di pasaran Harga (RM / helai) Kuantiti permintaan (helai) Kuantiti penawaran (helai) Keadaan pasaran Tindak balas harga Implikasi 10 15 000 3 000 Lebihan permintaan (12 000 helai) Naik t 1FSNJOUBBO turun t 1FOBXBSBO naik 20 12 000 6 000 Lebihan permintaan (6 000 helai) Naik 30 9 000 9 000 Keseimbangan Tetap Tidak berubah 40 6 000 12 000 Lebihan penawaran (6 000 helai) Turun t 1FSNJOUBBO naik t 1FOBXBSBO 50 3 000 15 000 turun Lebihan penawaran (12 000 helai) Turun Pada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan, iaitu harga RM10 dan RM20, lebihan permintaan berlaku. Contohnya pada harga RM10, kuantiti diminta ialah 15 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 3 000 helai, maka wujud lebihan permintaan sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000). Pada harga RM20, wujud lebihan permintaan sebanyak 6 000 helai (12 000 – 6 000).
Bab 2 80 Lebihan permintaan akan menyebabkan harga meningkat dan pengeluar akan menambahkan penawaran manakala pengguna akan mengurangkan permintaan. Proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan pasaran dicapai pada tingkat harga RM30 dengan kuantiti sebanyak 9 000 helai. Pada harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan iaitu harga RM40 dan RM50, lebihan penawaran berlaku. Contohnya pada harga RM40, kuantiti diminta ialah 6 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 12 000 helai, maka wujud lebihan penawaran sebanyak 6 000 helai (12 000 – 6 000) dan pada harga RM50 sehelai, wujud lebihan penawaran sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000). Lebihan penawaran akan menyebabkan harga turun dan pengguna akan menambahkan permintaan manakala pengeluar akan mengurangkan penawaran. Proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan pasaran dicapai pada tingkat harga RM30 dan 9 000 helai. Ketidakseimbangan pasaran juga boleh ditunjukkan dalam bentuk rajah. Rajah 2.14 menunjukkan proses penentuan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran seluar sukan. Harga (RM) Lebihan penawaran S E S D D Kuantiti (‘000 helai) 50 40 30 20 10 2 4 6 8 10 12 14 16 20 0 Lebihan permintaan Rajah 2.14 Ketidakseimbangan pasaran Berdasarkan Rajah 2.14, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E dengan tingkat harga keseimbangan RM30 dan kuantiti keseimbangan 9 000 helai. Ketidakseimbangan berlaku apabila pasaran mengalami lebihan permintaan atau lebihan penawaran. 1. Apakah maksud lebihan permintaan? 2. Jelaskan penyesuaian yang akan berlaku apabila harga pasaran adalah lebih tinggi daripada harga keseimbangan. JOM Keseimbangan dan ketidakseimbangan pasaran https://www.youtube.com/ watch?v=PKUcBi9EYBk (Diakses pada 5 Oktober 2016)
Pasaran 81 Pada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan iaitu harga RM10 dan RM20, lebihan permintaan berlaku. Contohnya pada harga RM10, kuantiti diminta ialah 15 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 3 000 helai, maka wujud lebihan permintaan sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000). Lebihan permintaan akan menyebabkan harga meningkat dan pengeluar akan menambahkan penawaran manakala pengguna akan mengurangkan permintaan. Proses ini akan berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan pada titik E dengan harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah RM30 dan 9 000 helai. Pada harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan iaitu harga RM40 dan RM50, lebihan penawaran berlaku. Contohnya pada harga RM40, kuantiti diminta ialah 6 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 12 000 helai, maka wujud lebihan penawaran sebanyak 6 000 helai (12 000 – 6 000). Lebihan penawaran akan menyebabkan harga turun dan pengguna akan menambahkan permintaan manakala pengeluar akan mengurangkan penawaran. Proses ini akan berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan semula pada titik E dengan harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah RM30 dan 9 000 helai. Rajah 2.15 Proses penyesuaian apabila pasaran berada dalam ketidakseimbangan Ketidakseimbangan Pasaran Barangan Lebihan permintaan Lebihan penawaran Keseimbangan pasaran t ,VBOUJUJEJNJOUBfiLVBOUJUJEJUBXBSLBO t )BSHBQBTBSBOfflIBSHBLFTFJNCBOHBO t ,VBOUJUJEJUBXBSLBOfiLVBOUJUJEJNJOUB t )BSHBQBTBSBOfiIBSHBLFTFJNCBOHBO t )BSHBLFTFJNCBOHBO t ,VBOUJUJLFTFJNCBOHBO t ,VBOUJUJEJNJOUBffLVBOUJUJEJUBXBSLBO Harga cenderung meningkat Harga cenderung menurun Proses penyesuaian harga di pasaran Permintaan menurun Permintaan meningkat Penawaran meningkat Penawaran menurun Kekurangan gandum antarabangsa Anda boleh menonton video berikut tentang kekurangan penawaran gandum menyebabkan harga barang yang berkaitan dengan gandum meningkat. https://youtu.be/ TSFJIfjHazM
Bab 2 82 Jadual di bawah menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran ayam pada pelbagai tingkat harga. Harga (RM/kg) Kuantiti permintaan (kg) Kuantiti penawaran (kg) 8.00 500 100 10.00 450 200 12.00 350 350 14.00 225 550 16.00 75 800 (a) Lukis keluk permintaan dan keluk penawaran pada kertas graf yang sama. (b) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan. (c) Lengkapkan jadual mengenai keadaan pasaran pada tingkat harga: Harga (RM/kg) Kuantiti permintaan (kg) Kuantiti penawaran (kg) Lebihan (unit) Harga cenderung 9.00 15.00 AKTIVITI AKTIVITI 2.1.13 1. Ketidakseimbangan pasaran merujuk keadaan apabila berlakunya lebihan permintaan (DD > SS) atau lebihan penawaran (SS > DD) di pasaran. 2. Lebihan permintaan akan menyebabkan harga pasaran meningkat manakala lebihan penawaran akan menyebabkan harga pasaran menurun. F O K U S
Pasaran 83 2.1.14 Perubahan Keseimbangan Keseimbangan pasaran yang dihuraikan sebelum ini ialah berdasarkan andaian ceteris paribus iaitu penentu-penentu permintaan dan penawaran bukan harga barang itu tidak berubah, yang berubah hanyalah harga barang itu. Dalam keadaan sebenar, bukan harga barang itu sahaja yang berubah malah terdapat juga penentu-penentu lain seperti harga barang lain, cita rasa, tingkat teknologi, dan harga faktor pengeluaran. Apabila penentu bukan harga barang itu berubah, keluk permintaan dan keluk penawaran akan beralih ke kiri atau ke kanan dan seterusnya menyebabkan keseimbangan pasaran turut berubah. Perubahan keseimbangan pasaran boleh dianalisis berdasarkan: perubahan permintaan perubahan penawaran Perubahan Permintaan Perubahan permintaan merujuk kepada pertambahan permintaan atau pengurangan permintaan. Pertambahan Permintaan Jika berlaku pertambahan permintaan, maka keluk permintaan sahaja yang akan beralih dan keluk penawaran tetap. Keluk permintaan akan beralih ke kanan. Rajah 2.16 menunjukkan pertambahan permintaan dan penawaran adalah tetap. Harga (RM) Kuantiti (unit) P1 P0 S0 S0 D0 D0 D1 D1 E0 E1 Q0 Q1 0 Rajah 2.16 Pertambahan permintaan Nyatakan lima faktor yang menyebabkan pertambahan permintaan. JOM
Bab 2 84 Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan D0 D0 bersilang dengan keluk penawaran S0 S0 pada titik E0 . Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0 dan Q0 . Apabila pertambahan permintaan berlaku (disebabkan oleh penentu permintaan bukan harga barang itu), keluk permintaan akan beralih ke kanan dari D0 D0 ke D1 D1. Pada harga P0 , kuantiti permintaan lebih banyak daripada kuantiti penawaran. Ini bermakna wujud lebihan permintaan. Kesannya, harga akan meningkat ke P1 . Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D1 D1 bersilang dengan keluk penawaran S0 S0 pada titik E1 . Harga meningkat dari P0 ke P1 manakala kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1 . Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah P1 dan Q1 . Kesimpulannya, apabila berlaku pertambahan permintaan manakala penawaran tetap akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan meningkat. Pengurangan Permintaan Sebaliknya jika berlaku pengurangan permintaan, keluk permintaan akan beralih ke kiri manakala keluk penawaran tetap. Rajah 2.17 menunjukkan berlakunya pengurangan permintaan dan penawaran tetap. Harga (RM) Kuantiti (unit) P1 P0 S0 S0 D1 D1 D0 D0 E0 E1 Q1 Q0 0 Rajah 2.17 Pengurangan permintaan Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan D0 D0 bersilang dengan keluk penawaran S0 S0 pada titik E0 . Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0 dan Q0 . Nyatakan lima faktor yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri. JOM Kesan pertambahan permintaan terhadap keseimbangan pasaran https://www.youtube.com/ watch?v=muNqZu65yGA (Diakses pada 5 Oktober 2016)
Pasaran 85 Pengurangan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari D0 D0 ke D1 D1 . Pada harga P0 , kuantiti penawaran lebih banyak daripada kuantiti permintaan. Ini bermakna wujud lebihan penawaran. Lebihan penawaran akan menyebabkan harga cenderung untuk menurun. Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D1 D1 bersilang dengan keluk penawaran S0 S0 pada titik E1 . Harga turun dari P0 ke P1 , manakala kuantiti berkurangan dari Q0 ke Q1 . Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah P1 dan Q1 . Kesimpulannya, apabila berlaku pengurangan permintaan manakala penawaran tetap akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan menurun. Perubahan Penawaran Perubahan penawaran merujuk kepada pertambahan penawaran atau pengurangan penawaran. Pertambahan Penawaran Jika berlaku pertambahan penawaran, maka keluk penawaran sahaja yang akan beralih dan keluk permintaan tetap. Keluk penawaran akan beralih ke kanan. Rajah 2.18 menunjukkan pertambahan penawaran dan permintaan tetap. Harga (RM) Kuantiti (unit) P1 P0 S1 S0 S0 S1 D0 D0 E0 E1 Q0 Q1 0 Rajah 2.18 Pertambahan penawaran Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan D0 D0 bersilang dengan keluk penawaran S0 S0 pada titik E0 . Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0 dan Q0 . 1. Nyatakan lima faktor yang menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan. 2. Nyatakan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan apabila berlaku pertambahan penawaran. JOM Persatuan Pengguna telah menjalankan kempen “Green Mondays” untuk menggalakkan orang ramai menggantikan daging dengan sayur pada hari Isnin. Dengan menggunakan rajah, jelaskan bagaimana kempen ini mempengaruhi pasaran daging ayam dalam negara. Cabaran KBAT
Bab 2 86 Apabila pertambahan penawaran berlaku, keluk penawaran beralih ke kanan dari S0 S0 ke S1 S1 . Pada harga P0 , kuantiti penawaran lebih banyak daripada kuantiti permintaan. Ini bermakna wujud lebihan penawaran. Kesannya, harga akan turun ke P1 . Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D0 D0 bersilang dengan keluk penawaran S1 S1 pada titik E1 . Harga turun dari P0 ke P1 , manakala kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1 . Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah P1 dan Q1. Kesimpulannya, apabila berlaku pertambahan penawaran manakala permintaan tetap, harga keseimbangan turun dan kuantiti keseimbangan meningkat. Pengurangan Penawaran Sekiranya berlaku pengurangan penawaran, keluk penawaran akan beralih ke kiri dan keluk permintaan tetap. Rajah 2.19 menunjukkan berlakunya pengurangan penawaran dan permintaan tetap. Harga (RM) Kuantiti (unit) P1 P0 S1 S0 S0 S1 D0 D0 E0 E1 Q1 Q0 0 Rajah 2.19 Pengurangan penawaran Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan D0 D0 bersilang dengan keluk penawaran S0 S0 pada titik E0 . Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0 dan Q0 . Pengurangan penawaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0 S0 ke S1 S1 . Pada harga P0 , kuantiti permintaan lebih banyak daripada kuantiti penawaran. Ini bermakna wujud lebihan permintaan. Kesannya, harga akan meningkat ke P1 . 1. Nyatakan lima faktor yang menyebabkan pengurangan penawaran. 2. Nyatakan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan apabila berlaku pengurangan penawaran. JOM Analisis situasi berikut terhadap pasaran kereta. Situasi 1 Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta. Situasi 2 Syarat sewa beli kereta dilonggarkan. Situasi 3 Subsidi kerajaan kepada pengeluar dihapuskan dalam masa yang sama kerajaan mengurangkan kadar cukai ke atas input. Cabaran KBAT
Pasaran 87 Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D0 D0 bersilang dengan keluk penawaran S1 S1 pada titik E1 . Harga meningkat dari P0 ke P1 , manakala kuantiti menurun dari Q0 ke Q1 . Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah P1 dan Q1 . Kesimpulannya, apabila berlaku pengurangan penawaran manakala permintaan tetap akan menyebabkan harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun. Berikut ialah peristiwa-peristiwa yang akan mempengaruhi pengeluaran ikan di negara kita. Andaikan setiap peristiwa itu adalah berasingan. (i) Harga minyak petrol meningkat sebanyak RM0.30 seliter. (ii) Berlakunya musim tengkujuh di pantai timur Semenanjung Malaysia. (iii) Cita rasa pengguna beralih kepada ayam goreng pedas berjenama. (iv) Nelayan melancarkan mogok di seluruh negara apabila kerajaan menghapuskan subsidi minyak diesel. (v) Lambakan pengeluaran ikan dari negara Thailand. (vi) Harga ayam dinaikkan kerana harga makanan ayam meningkat. (vii) Harga ikan sardin dari luar negara diturunkan. Setiap murid dikehendaki: (a) Melakar keluk keseimbangan bagi pasaran ikan berdasarkan setiap peristiwa di atas. (b) Tentukan peralihan keluk permintaan atau penawaran pada lakaran di (a). (c) Menganalisis kesan peristiwa di atas terhadap harga dan kuantiti keseimbangan pasaran ikan. (d) Membuat rumusan dengan melengkapkan jadual di bawah. Perubahan permintaan Bertambah Berkurang Harga Kuantiti Harga Kuantiti Perubahan penawaran Bertambah Berkurang Harga Kuantiti Harga Kuantiti AKTIVITI AKTIVITI 2.1.14 1. Pertambahan permintaan akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan meningkat. 2. Pengurangan permintaan akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan menurun. 3. Pertambahan penawaran akan menyebabkan harga keseimbangan menurun dan kuantiti keseimbangan meningkat. 4. Pengurangan penawaran akan menyebabkan harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun. F O K U S
Bab 2 88 2.2 Keanjalan Harga Apakah maksud keanjalan harga permintaan (Ed ) dan keanjalan harga penawaran (Es )? Bagaimanakah anda mentafsirkan nilai barang ini, Ed barang A = 2.5 dan Es barang B = 0.8? Apakah jenis keanjalan harga yang ditunjukkan oleh nilai pekali tersebut? Apakah faktor yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan dan keanjalan harga penawaran sesuatu barang? Mengapakah penawaran barang pertanian tak anjal berbanding dengan barang perkilangan? Mengapakah pengeluar perlu menurunkan harga untuk barang yang permintaannya anjal? SEPINTAS LALU CUTI-CUTI Malaysia Bukit Bendera di Pulau Pinang terkenal sebagai sebuah stesen tanah tinggi Inggeris yang tertua di Asia Tenggara. Landasan kereta api funikular ini merupakan landasan yang terpanjang di Asia dan juga landasan berterowong yang tercuram di dunia. Yang berikut ialah senarai harga tiket kereta api funikular Bukit Bendera. Harga tiket (setakat Julai 2016): Kategori Warganegara Bukan warganegara Biasa ‘Fast Lane’ Biasa ‘Fast Lane’ 2 hala (Promosi)* RM3 ––– Kanak-kanak (Umur 4-6 tahun) RM3 RM3 RM5 RM5 Pelajar (Sekolah/kolej/universiti) RM5 RM15 RM15 RM45 Dewasa RM10 RM30 RM30 RM60 Warga Emas (Umur 60 tahun ke atas) RM5 RM5 RM30 RM60 Orang kurang upaya Percuma Pas bulanan RM40 RM120 *Promosi hanya sah pada 6.30 pagi – 9.00 pagi dan 7.00 malam – 10.30 malam (warganegara sahaja) dan tidak sah pada musim cuti sekolah (tertakluk pada kalender cuti sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia). (Sumber: http://www.penanghill.gov.my/index.php/ms/) Tahukah anda sebab harga tiket yang dikenakan berbeza untuk setiap kumpulan pelawat yang berlainan walaupun kereta api funikular yang disediakan kepada pelawat adalah sama? Tahukah anda mengapa harga promosi hanya sah dengan syarat masa dan kumpulan tertentu? Mengapakah pas bulanan ditawarkan sedemikian? Apakah rasionalnya? Sebenarnya persoalan-persoalan ini berkait rapat dengan konsep keanjalan harga permintaan. Abad ke-21
Pasaran 89 2.2.1 Keanjalan Harga Permintaan Mengikut hukum permintaan, apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti diminta terhadap barang tersebut akan berkurang dan sebaliknya apabila harga sesuatu barang menurun, kuantiti diminta terhadap barang itu akan meningkat. Namun, tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan daripada perubahan harga adalah berlainan bagi setiap jenis barangan. Sesetengah barang sangat responsif terhadap perubahan harga misalnya barang kosmetik yang mempunyai banyak pengganti. Apabila harga barang kosmetik diturunkan sedikit, kuantiti dimintanya akan meningkat dengan lebih banyak. Sesetengah barang pula kurang responsif terhadap perubahan harga contohnya barangan yang mempunyai ketaatan pengguna yang tinggi. Sekiranya pengguna taasub dengan sesuatu jenama, walaupun harga barang jenama tersebut meningkat, permintaan terhadap barang tersebut akan berkurangan sedikit sahaja. Konsep keanjalan harga permintaan (Ed ) digunakan untuk mengukur tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan daripada perubahan harga barang itu. Keanjalan harga permintaan (Ed ) mengukur peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada peratus perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus. Konsep keanjalan harga permintaan ini adalah penting kepada firma dalam membandingkan tindak balas pelbagai jenis barang terhadap perubahan harga dalam menentukan strategi harganya. Ketika mengambil keputusan mengenai dasar subsidi dan cukai, kerajaan perlu tahu tindak balas permintaan terhadap perubahan harga untuk mencapai matlamatnya. 1. Apakah maksud keanjalan harga permintaan? 2. Nyatakan kegunaan pengetahuan konsep keanjalan harga permintaan kepada firma. JOM 1. Tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan daripada perubahan harga adalah berlainan bagi setiap jenis barangan. 2. Keanjalan harga permintaan (Ed ) mengukur tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan daripada perubahan harga barang itu dengan andaian ceteris paribus. F O K U S Barang kosmetik amat responsif terhadap perubahan harga
Bab 2 90 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan Keanjalan harga permintaan dapat dihitung mengikut rumus berikut: Keanjalan harga permintaan (Ed ) = % perubahan kuantiti diminta (%ΔQ) % perubahan harga barang (%ΔP) Atau Ed = %ΔQ %ΔP %ΔQ = Kuantiti baharu (Q1 ) – Kuantiti asal (Q0 ) Kuantiti asal (Q0 ) × 100 %ΔP = Harga baharu (P1 ) – Harga asal (P0 ) Harga asal (P0 ) × 100 Pengiraan keanjalan harga permintaan Anda boleh menonton video berikut untuk mempelajari penghitungan keanjalan harga permintaan melalui penerangan rajah. https://www.youtube.com/ watch?v=GEAO095gP6M (Diakses pada 5 Oktober 2016) Contoh pengiraan Hitung nilai keanjalan harga permintaan bagi beras apabila harga beras meningkat dari RM5.00 ke RM6.00 dan kuantiti dimintanya turun daripada 20 kg kepada 18 kg. Langkah 1 Mengira peratus perubahan kuantiti diminta ¨Q = .XDQWLWLEDKDUXQ1 ±.XDQWLWLDVDOQ0 ) .XDQWLWLDVDOQ0 ) × 100 ¨Q = 18 – 20 20 × 100 = -10% Langkah 2 Mengira peratus perubahan harga ¨P = +DUJDEDKDUXP1 ) – Harga asal (P0 ) Harga asal (P0 ) × 100 ¨P = RM6 – RM5 RM5 × 100 = 20%
Pasaran 91 Langkah 3 Mengira keanjalan harga permintaan Ed = ¨Q ¨P = -10% 20% = -0.5 Tanda negatif pada pekali keanjalan harga permintaan menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti diminta. Dalam ekonomi, tanda negatif ini akan diabaikan dengan mengambil nilai mutlak sahaja. Dalam contoh di atas, pekali keanjalan -0.5 akan dinyatakan sebagai 0.5. Nilai keanjalan harga permintaan 0.5 bermaksud apabila harga meningkat 20%, kuantiti yang diminta akan turun 10% atau apabila harga meningkat 1%, kuantiti yang diminta akan turun 0.5%. 1. Apakah maksud tanda negatif pada pekali keanjalan harga permintaan? 2. Hitung nilai keanjalan harga permintaan jika peratus perubahan harga ialah 30% dan peratus perubahan kuantiti ialah 60%. 3. Tafsirkan pekali keanjalan harga permintaan yang bernilai Ed = 1.5. JOM Jadual berikut menunjukkan kuantiti permintaan bagi dua jenis barang pada pelbagai tingkat harga. Harga sekilogram (RM) Kuantiti gula diminta (kg) Kuantiti durian diminta (kg) 1.50 10 40 2.00 8 30 3.00 6 20 Andaikan harga naik daripada RM1.50 kepada RM2.00. Hitung nilai keanjalan harga permintaan bagi kedua-dua jenis barang. Tafsirkan nilai tersebut. AKTIVITI AKTIVITI 2.2.2 1. Rumus keanjalan harga permintaan Keanjalan harga permintaan (Ed ) = % perubahan kuantiti diminta (%ΔQ) % perubahan harga barang (%ΔP) 2. Jika nilai Ed = 2, ini bermakna apabila harga meningkat 1%, kuantiti diminta akan turun 2% dan sebaliknya apabila harga menurun 1%, kuantiti diminta akan meningkat 2%. F O K U S