Bab 16
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel
seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali
pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke
kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia
hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar
pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-
barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-
mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-
pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk.
Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel
begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya
pisang.
Bab 17
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-
besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu
dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian
ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut
kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah
boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan
pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan
bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang
ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di
dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19
Novel Jendela Menghadap JalanSebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan
segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh
mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang
pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu
nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai
bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan,
seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang
menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel
mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap,
kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang
memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-
tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah
diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan
oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga
orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili
dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang
kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita
nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk
kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa
simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi
maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan
menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan
maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia
biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan
menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi
neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
Bab 22
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah
menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che
Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai,
tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal
kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur.
Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili,
tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang
sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan
tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya
akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.
Bab 24
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita
dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau
telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang
Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan,
begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah
masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau
atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih
selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang
dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita
kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di
mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut
dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk
perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang
tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang
belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,
jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah
masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap
ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan
lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak
membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga
mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung
terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu
memperjuangkannya.
Bab 27
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang
Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah.
Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah
Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang
berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman
sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba
seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya
berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang
Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan
ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah
telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak
melulu.
Bab 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout.
Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan
menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan
Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup
bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak
Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga
Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan
kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini
untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah
untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi
oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes
tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di
rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan
masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih
dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah
tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan
rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang
dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan
menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak
membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke
halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta
semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan
badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka
tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq
berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang
menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah
keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai
raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq
dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya
suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat
laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan
Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya
ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba
sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula
dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah,
menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan
urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan
kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk
kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya
tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq
disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya
banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima
oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung
dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan
hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap
jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal
dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari
ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya.
Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak
berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili
telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis
artikel tentang pisang.
KEKUATAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Mat Darin terdapat bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah novel ini mempunyai teknik
pemerian yang menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Seabagi contoh, Penulis
menceritakan hati Lili sebak untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak
bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
Kekuatan yang kedua adalah novel ini mempunyai pertuturan antara dua watak atau
lebih daripada dua watak. Sebagai contoh, Dialog antara datuk dengan Danel tentang
perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah
menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara
tradisional.
Kekuatan yang ketiga ialah novel ini adalah monolog dalam penceritaan. Teknik
monolog dapat dapat menambat hati pembaca tentang pengucapan watak secara bersendirian
di dalam novel. Sebagai contoh, Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian
lama dipeloporinya di kampung itu.
Kekuatan yang keempat adalah teknik saspens yang menimbulkan rasa tertanya-
tanay terhadap pembaca.Sebagai contoh, Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang
melarikan kubah surau. Mereka menyangka bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan
Rafiq sebagaimana anggapan penduduk kampong.
Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai jalan cerita tenatang imbas
kembali yang mengingati semula peristiwa yang lalu. Sebagai contoh, Datuk mengimbas
kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan
pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibu kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
KEKURANGAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Antara kekurangan yang terkandung dalam novel Jendela Menghadap Jalan ini adalah
novel ini kurang mempunyai nilai murni .Kebanyakkanya mengandungi nilai murni yang
sama.Selain itu,perkembangan jalan cerita novel ini agak membosankan dan berterabur.Ini
mungkin disebabkan faktor penggunaan ayat yang tidak tepat.Seterusnya kefahaman novel
ini terhadap pembaca tidak dapat dirasai.Disamping itu, kulit hadapan novel sangat
membosankan kerana tidak mempunyai kontra warna yang menarik.Akhir sekali,
penggunaan ayat yang digunakan tidak menarik kerana ayat yang digunakan terlalu biasa.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Antara cadangan penambahbaikan novel ini adalah penulis perlu menambahkan jalan
cerita yang banyak berkaitan dengan nilai murni kerana semua nilai murni yang terkandung
dalam novel ini adalah sama.Selain itu, penulis perlu menambahkan watak-watak yang
menarik dalam novel agar jalan cerita novel lebih menarik. Seterusnya, penulis perlulah
mengubah saiz tulisan yang digunakan di dalam novel agar pembaca mudah meneliti setiap
ayat novel tersebut. Disamping itu, penggunaan bahsa di dalam novel perlulah gramatis agar
jalan cerita novel lebih menarik. Akhir sekali, novel ini perlulah banyak dipromosikan kerana
novel ini banyak mengandungi nasihat- nasihat yang boleh diterapkan dalam diri seseorang.
PANTAI KASIH –karya Azmah Nordin
PENGENALAN
Novel Pantai Kasih diterbitkan pada tahu 1994 yang merupakan karya Azmah Nordin. Beliau
dilahirkan di Kedah dan menetap di Sabah mula menceburi bidang kesasteraan pada 1986
dan memeinati penulisan sajak, cerpen serta novel.
CERITA RINGKAS -NOVEL PANTAI KASIH
Novel Pantai Kasih ialah ketabahan seorang wanita dalam menghadapi rintangan dan cabaran
hidupnya untuk melupakan peristiwa hitam yang sering menghantui fikirannya. Sebagai
contoh ketabahan seorang wanita terhadap kematian anaknya. Anak perempuan tunggal
Raiha itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak
mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu
digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat
tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang
mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk
memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz
berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha
untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian
anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah
dengan sengaja membakar anaknya itu. Selain itu ialah ketabahan dalam rumah tangga.
Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keengganan
Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat
atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah
dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat
disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya,
apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan
kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam
perbicaraan, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat
menang dalam kes tersebut dalam perbicaraan di mahkamah keluarga, dengan bangga dan
sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya
tergantung-gantung sepanjang hayatnya.
BIOGRAFI AZMAH NORDIN
Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 19958.
Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah dalama aliran
Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada tahun 1973 dan
seterusnya menetap di sana sehingga kini. Beliau mula berjinak
dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecerendungan menulis dalam bidang sastera bermula
pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, carpen
dan novel.Azmah sangat aktif menghasilkan karya,Banyak karyanya yang telah terbit dan
memenangi hadiah.Antara kejayaan yang telah dicapainya termasuklah hadiah Sastera Sabah
dan hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton, Hadiah Kedua
Sayembara ESSO- GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian dan Hadiah
Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome.
Novelnya yang pernah memenangi hadiah ialah Kukul (1986), Noor Ainku Sayang (1987)
dan Dukanya Abadi (1988/89). Selain itu, novelnya, Dari Dalam Cermin (1992) telah dipilih
untuk memenangi tiga hadiah sastera, iaitu hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989
sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia
(1992/93) Sehingga kini Azmah masih aktif berkarya.
KULIT HADAPAN DAN KULT BELAKANG NOVEL
KULIT HADAPAN KULIT BELAKANG
SINOPSIS KESELURUHAN
PANTAI KASIH –karya Azmah Nordin
Novel Pantai Kasih menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor
Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu,
selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
SINOPSIS SETIAP BAB
NOVEL PANTAI KASIH –karya Azmah Nordin
Novel Pantai Kasih - BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha
iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan
kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor
Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia
memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga
teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin
dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya
menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai
suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan
terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana
berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa
panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya
bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat
teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan
dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung.
Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu.
Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya
juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya.
Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi
keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan
rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka.
Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak
turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak
bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu
dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung
dengan Rahia.
Novel Pantai Kasih - BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya
dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi
sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti
semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana
memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya
sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK.
Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya
tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada
Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya
seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk
mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor
Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya
namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia
kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu
diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi
yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi
dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi
sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak
bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat
kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa
membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh
peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.Novel Pantai Kasih -
BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai
ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf
lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan
berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini
perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister
Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya
begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan
dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang
sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai
penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang
mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa
benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs
Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor
Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula
memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara
yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan
layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah
bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah
dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah.
Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama
antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia
menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian
lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi
doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor
Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh
Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang
dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha
merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan
masyarakat elit.
Novel Pantai Kasih - BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak
tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa
hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya.
Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya
yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan
bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias
suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa
hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma
suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi
yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi
sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu
dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak
tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan
mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau
panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat
jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang.
Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor
Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang
sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan
di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron
yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang
pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia
akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan
keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu
memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor
Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen.
Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan
matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag
pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit
itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan
Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai
oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia
juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa
dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok,
namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana
menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih - BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak
ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun
dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik
diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam
fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani
pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka
menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak
rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor
Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang
dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi
berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak
disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat
sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya
selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari
kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia
mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang
sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk
bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan
separa khayal dandidatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia
didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia
tergelincir di situ.
Novel Pantai Kasih - BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya.
TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor
Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor
Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam
kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang
yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang
juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia
komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul
dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan
kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha
ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang
sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila
Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam
ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa
sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap
‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari
orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta
Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang
segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah
arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui
hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi
dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan
telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari
apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih - BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai
Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’
iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia
berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih
dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan
hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan
kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan
karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu
tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat
akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat
kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa
kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu
menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu.
Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu,
Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah
Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan
kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang.
Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron.
Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula
sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima
panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka
tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang
siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-
doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat
Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah
senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
Novel Pantai Kasih - BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor
Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi
dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke
hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut
Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester.
Novel Pantai Kasih - BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih,
dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung
di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor
Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya
belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi
pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz
yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat
saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak
perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa
urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor
Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila
ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat
Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.
Novel Pantai Kasih Komsas Tingkatan 4 2015-2020Raiha teringat sikap Doktor
Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz
akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz
yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat
dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang
memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih
akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas
dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di
bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi
pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya
menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar
kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan
langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak
tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.
KEKUATAN NOVEL PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
terdapat bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini adalah novel ini mempunyai permulaan
novel yang sangat menarik.Sebagai contoh, Novel ini dimulai dengan Raiha yang masih
dihantui peristiwa kematian anaknya dan kegagalan rumah tangganya akibat dikap suaminya
Dr. Sadiz. Raiha juga yang baru bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih berasa hairan
terhadap pesakit Unong Siron yang menjalani pembedahan di tempat yang sama beberapa
kali.
Kekuatan kedua adalah novel ini perkembangan jalan cerita yang dapat memudahkan
pembaca memahami tentang jalan cerita yang disampaikan. Sebagai contoh, Setiap watak
seperti Raiha, Felicia dan Dr. Uwang dibayangi dengan kisah lampau mereka yang
meninggalkan kesan sehingga hari ini. Raiha diberi peluang untuk membedah Unong Siron
dan cuba memastikan di tidak perlu dibedah lagi dan berhempas pulas mencari wang untuk
menanggung kos rawatan.
Kekuatan ketiga adalah novel ini mempunyai imbas kembali terhadap watak yang
mengingati tentang peristiwa yang lalu.Sebagai contoh, Dr. Raiha teringat kembali peristiwa
di mana Dr. Uwang mengajar unsur-unsur pembedahan.
Kekuatan keempat adalah novel ini mempunyai dialog supaya pembaca dapat
memahami dan dapat membayangi jalan serita.Sebagai contoh, Datu Ontong dan isteri Dr.
Uwang yang berbual tentang bahaya ubat tradisional.
Kekuatan yang kelima adalah novel ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau
rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang
lain.Sebagai contoh, Dr. Raiha mempersoalkan sama ada Pusat Rawatan Pantai Kasih
memerangkap pesakit yang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di situ
KEKURANGAN NOVEL PANTAI KASIH
Antara kekurangan yang terkandung dalam novel Pantai Kasih ini adalah novel ini
kurang pembahasan yang menarik yang menyebabkan pembaca kurang berminat untuk
membaca novel tersebut. Selain itu, jenis tulisan yang digunakan di dalam novel ini tidak
menarik kerana tidak setaraf dengan tajuknya. Seterusnya, permulaan cerita novel ini tidak
menarik kerana tidak mempunyai ayat yang lengkap di dalam jalan cerita.Di samping itu,
novel ini menggunakan teknik konflik yang membuatkan pembaca tidak terasa tentang jalan
cerita yang disampaikan.Akhir sekali, kurang penggunaan dialog di dalam pertegahan cerita
kerana susah untuk sesetengah pembaca mengimaginasikan jalan cerita.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL PANTAI KASIH
Antara cadangan penambahbaikan novel ini adalah penulis perlu menambahkan
kejutkan di dalam cerita agar pembaca berasa ingin lebih semangat untuk mengetahui tentang
kejadian jalan cerita. Selain itu penulis juga perlu menambahkan konflik yang menarik di
dalam cerita agar setiap pembaca lebih tertanya – tanya tentang perkembangan jalan cerita.
Seterusnya, penulis perlu menambahkan latar tempat dalam jalan cerita novel agar
menjadikan novel lebih menarik jalan ceritanya. Disamping itu, perwatakan di dalam novel
perlulah ditambahkan agar lebih banyak perkembangan cerita yang menarik yang dapat
disampaikan oleh setiap pembaca novel ini. Akhir sekali, penulis perlu perbanyakkan teknik
plot yang perlu dipertengahkan di dalam cerita agar jalan cerita menjadi lebih tersusun dan
lebih mantap di hati pembaca.
SONGKET BERBENANG EMAS –karya Khairuddin Ayip
PENGENALAN
Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip merupakan komsas SPM tingkatan
5. Novel ini merupakan karya Khairuddin Ayip yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau
telah menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil
penglibatannya dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti
tempat pertama dalam peraduan menulis Novel Kanak-Kanak DBP pada tahun 1987 dengan
karya Sayang Disayangi. Selain itu, beliau juga berjaya mendapat tempat pertama dalam
peraduan menulis Novel Remaja DBP pada tahun 1990 dengan karya Songket Berbenang
Emas.
CERITA RINGKAS –NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini menceritakan tentang kecekalan seorang remaja, Dahlia seorang remaja berusia 19
tahun dalam menempuh cabaran hidup. Dahlia menghadapi dugaan hidup apabila ibunya
menghadapi tekanan perasaan yang hebat sehingga menjadi kurang siuman dan dirawat di
Hospital Taman Bahagia. Manakala ayahnya dirawat di hospital kerana dipatuk ular. Mak
Aton menuduh Dahlia sebagai punca kematian Said. Nek Kiah mahu menjual tanah yang
menjadi tempat tinggal. Dahlia dan keluarganya terpaksa belajar dalam keadaan kurang
selesa di pusat pemindahan banjir. Berkat ketabahan Dahlia, akhirnya dia telah berjaya dalam
STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun
BIOGRAFI KHAIRUDIN AYIP
Khairuddin Ayip dilahirkan di Baru Pahat, Johor pada 25 Februari
1962. Beliau telah menerima pendidikan di sekolah kebangsaan
Pintas Raya (1969 hingga 1974) Sekolah Kebangsaan Tun Ismail
(1975 hingga 1979), dan Sekolah menengah Kebngsaan Datuk
Bentara Luar (1980 hingga 1981), Seterunsya, beliau melanjutkan
pelajaran di maktab perguruan Temenggung Ibrahim (1996 hingga
1999). Beliau banyak menghasilakn bukunkaraya kreatif seperti
novel remaja, cerpen, dan sajak.Hasil penglibatannya dalam
penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti temat ketiga Sayembara
Hadiah sastera Remaja ESSO-GAPENA 11, 1980 (Guruku Ibuku jua), tempat pertama
peraduan menulis novel kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayangi), hadiah penghargaan
Novel Remaja Utusan –Public Bank 1989 (Bukan Untukku), tempat pertama peraduan
menuis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua peraduan
menulis novel kanak-kanak DBP 1990 (Mawar putih Mawar Merah), dan tempat kedua
peraduan menulis cerpen kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga).Kini
beliau bertugas sebagai pegawai School EmploymenT Speacialist Coaches + (SISC+) di
pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana, Selangor.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
KULIT HADAPAN KULIT BELAKANG
SINOPSIS KESELURUHAN
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS –Karya Khairuddin Ayip
Dahlia sedang berlatih bola jaring bersama-sama dengan rakan-rakannya di padang sekolah.
Ketika itu, Dahlia teringat akan emaknya, Saleha yang bersikap pelik sejak akhir-akhir ini.
Beliau bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila
menjelangnya waktu senja.
Azhari menemui Dahlia di kantin sekolah. Dia bertanyakan khabar Dahlia, persediaan
Dahlia untuk menghadapi peperiksaan STPM, dan menyatakan hajatnya untuk membawa
keluarganya ke rumah Dahlia untuk membincangkan hubungan mereka secara serius. Dahlia
menyatakan pendiriannya kepada Azhari bahawa keutamaannya adalah untuk memberikan
perhatian terhadap pelajaran dan membantu keluarganya terlebih dahulu berbanding dengan
memikirkan soal perkahwinan.
Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya. Kepulangan Dahlia disambut dengan
sindiran daripada jirannya, Aton dan tangisan adik bongsunya, Anggerik. Tindakan Dahlia
yang berusaha memujuk dan membawa emaknya yang mengalami masalah kemurungan
dengan bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah balik ke rumah menemukan
kegagalan. Sementara itu, Nek Kiah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap menantunya,
Embong yang dikatakan menjadi punca nasib malang Saleha sejak mereka berkahwin hingga
mempunyai enam orang anak.
Saleha yang mengalami penyakit kemurungan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat
untuk menjalani rawatan pemulihan. Embong meluahkan masalahnya kepada Dahlia tentang
kesukarannya untuk memetic buah kelapa sawit di kebun Haji Sulaiman di kampong sebelah
kerana tiada orang untuk menjaga Anggerik. Embong memarahi anaknya, Abu Bakar kerana
menjadi gelandangan selama tiga hari. Oleh sebab berasa takut Abu Bakar kembali melarikan
diri dalam kepekatan malam.
Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya. Namun begitu, Haji
Sulaiman memaklumkan bahawa emaknya telah dipindahkan ke Hospital Permai di Johor
Bahru, Johor. Dahlia memutuskan untuk tidak hadir ke sekolah kerana Anggerik demam
panas. Dahlia juga berusaha untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai
tetapi menemukan kegagalan. Sebaliknya, Aton menuduh Embong sebagai perancang
kematian anak tunggalnya, Said. Dahlia pula dikatakan pembunuh anaknya sehingga
sesetengah penduduk kampung yang tidak tahu akan cerita sebenar turut terpengaruh oleh
cerita palsu Aton. Dahlia membawa Anggerik ke klinik dengan bantuan Najib dan Kavita.
Sementara itu, Seman memfitnah adik iparnya, iaitu Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang
dikatakan menjadi punca Saleha menjadi gila. Seman memujuk emaknya agar menjual tanah
pusaka termasuk tapak rumah Embong.Dahlia melawat emaknya di Hospital Permai, Johor
Bahru. Secara tidak sengaja, dia berjumpa dengan Najib yang bertugas di hospital itu sebagai
pekerja sementara.Embong pula mendapati dua ekor kambingnya telah dicuri.
Pelbagai peristiwa berlaku kepada Dahlia sekeluarga. Antaranya, keluarga Azhari ke
rumah Dahlia untuk merisiknya. Embong dipatuk oleh seekor ular tedung sewaktu berada di
bilik mandi dan terpaksa ditahan di wad lelaki, Hospital Batu Pahat selama seminggu. Nek
Kiah pula memberitahu Dahlia bahawa tanah tapak rumahnya akan dijual. Kedatangan Najib
dan Azhari secara kebetulan ke rumah Dahlia telah menyebabkan neneknya beranggapan
bahawa dia ialah perempuan yang tidak baik. Akibat dendam yang membara, Aton semakin
galak menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa
mereka bersamasama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat
Kampung Parit Haji Rais. Kata-kata fitnah Aton itu telah mengundang rasa marah Abu
Bakar. Abu Bakar cuba menyerang Aton tetapi berjaya dihalang oleh Haji Sulaiman. Ketika
di rumah, Abu Bakar memujuk kakaknya yang sedang menangis dan bersedih atas tohmahan
dan fitnah Aton itu. Abu Bakar juga mengakui kesalahannya yang mencuri dan menjual
kambing milik ayahnya.
Ketika mengemas bawah rumah, Abu Bakar telah menemukan dua biji telur ayam
berwarna hitam dan berbau busuk. Telur itu mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir
dan khianat kepada keluarganya. Dahlia meminta Abu Bakar membuang telur-telur ayam itu
ke dalam sungai. Dahlia ke rumah Nek Kiah dan mendapati neneknya terbaring kesakitan.
Dahlia cuba membantu neneknya tetapi dihalau dengan alasan tidak mahu rumahnya
didatangi sial. Rakan-rakan Dahlia dan Cikgu Hisyam gembira apabila Dahlia hadir ke
sekolah semula. Sekembalinya dari sekolah, Dahlia mendapati emaknya telah dibenarkan
pulang ke rumah. Nek Kiah dimasukkan ke wad wanita, Hospital Batu Pahat kerana sakit.
Embong sekeluarga bergilir-gilir menjaga Nek Kiah selama dia berada di hospital itu. Nek
Kiah berasa bersalah atas sikap prejudisnya terhadap Embong sekeluarga. Nek Kiah tinggal
di rumah Embong setelah dibenarkan pulang dari Hospital Batu Pahat.
Banjir besar telah melanda Kampung Parit Haji Rais. Penduduk kampung terpaksa
dipindahkan ke surau dan balai raya. Menurut Haji Sulaiman, banjir yang berlaku di
kampung mereka adalah untuk mencuci segala kekotoran yang ada di kampung itu. Nek Kiah
meminta Embong sekeluarga menetap di rumahnya selepas banjir berakhir dan air surut
kerana rumah Embong telah musnah. Penduduk kampung kembali mengamalkan budaya
muafakat. Kaum lelaki bergotong-royong membina rumah Embong, manakala kaum wanita
bekerjasama menyediakan hidangan.
Dahlia tekun belajar dan berjaya menghadapi peperiksaan STPM dengan jayanya.
Cikgu Daim membawa khabar berita buat Dahlia, iaitu dia terpilih untuk mengikuti Kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu,
Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Majlis pertunangan antara Dahlia dengan Azhari selamat dijalankan pada 30
Disember walaupun tanpa upacara menyarungkan cincin. Azhari menemui Dahlia di stesen
bas sebelum bas ekspres bertolak ke Kuala Lumpur dan mengucapkan Koi-bito kepada
Dahlia. Azhari menghadiahi Dahlia sehelai songket merah berbenangkan emas sebagai
simbol bahawa mereka ialah orang Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.
SINOPSIS SETIAP BAB
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS –karya Khairuddin Ayip
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih
tidak lengkap. Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang
lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama
Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung
ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan
ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak
betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu
cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad
dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang
berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi
ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar
emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu
kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang
tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup
senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang
dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke
hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis
yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari
mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk
membaiki diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari
pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya
untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan
oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa
beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri
tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan
segala-galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha
mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak
suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain.
Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong
juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang
pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang
disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit
Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang
sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred
tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu. Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada
pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari
Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia
risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran
wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan
Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah
itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula
akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing
sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam
sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh
seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung
Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah
tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada. Bab
7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal
Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang
dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-
suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok
ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak
akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang
pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya
ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang
telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh
Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan
Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita
yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia
berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba
Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu
bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak
sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka
berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor
Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia
terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di
situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan
Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya
juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di
Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan
menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu
Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat
salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran. Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang
demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian
emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk
bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000
kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik
Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati
Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia
telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah
memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap
sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan
menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah
supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau
ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah
hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk
ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir
reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah
sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan
ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang
sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada
bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah
terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya. Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir
pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada
penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek
di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman,
penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah
Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa
dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik
pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang
untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan
Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan
bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia
semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas
Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang
berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis
yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah
menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga
menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga
jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
KEKUATAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip terdapat bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama yang terkandung dalam novel ini adalah permulaan jalan
cerita yang dapat menambat hati pembaca. Sebagai contoh, semasa berhenti rehat, Dahlia
teringat akan emaknya yang hilang ingatan. Azhari datang menemuinya di kantin sekolah dan
memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti.
Kekuatan yang kedua adalah perekembangan jalan cerita yang dapat memudahkan
pembaca memahami jalan cerita.Sebagai contoh, Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan
emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada waktu senja. Emaknya sudah tidak
mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan bantuan
orang kampung.
Kekuatan yang ketiga adalah konflik yang ingin menimbulkan rasa ingin tahu terhadap
pembaca. Sebagai contoh, Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk
menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu
Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000.
Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.
Kekuatan yang keempat adalah penggunaan teknik klimaks yang mendorong pembaca
untuk terus membaca. Sebagai contoh, Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput
yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan
paku. Dahlia menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah
sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital
selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah
tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih. Nek Kiah mula berubah dan
berbaik semula dengan keluarga Dahlia.
Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai peleraian jalan cerita yang
menarik.Sebagai contoh, Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat
sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala
Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia.
Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-
mana jua.
KEKURANGAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Antara kekurangan yang terkandung dalam novel Songket berbenang emas adalah
jalan cerita novel ini tidak menarik sehingga membuat pembaca tidak penasaran dengan
halam selanjutnya. Selain itu, novel ini kurang mempunyai latar tempat sehingga menyebab
novel ini menjadi tidak menarik. Seterusnya, Imaginasi terlalu kurang terhadap pembaca
tentang cara pengembangan cerita yang disampaikan di dalam novel. Disamping itu,
pengolahan ayat tidak menarik kerana tidak tersusun yang akan mengelirukan pembaca.
Akhir sekali, novel ini mempunyai kelemahan watak utama yang menggelamkan watak
utama sebaliknya watak pembantu yang menonjol.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Antara cadangan penambahbaikan novel ini adalah jalan cerita untuk ini adalah
penulis perlu memantapkankan lagi penulisan dialog yang dipertengahkan jalan cerita supaya
dapat menjadikan jalan cerita lebih menarik. Selain itu, teknik imbas kembali di dalam jalan
cerita novel perlu dikurangkan di dalam novel supaya dapat mengurangkan kebosanan jalan
cerita. Seterusnya penulis perlu memikirkan ayat yang menarik tentang konflik dalaaman dan
luaran novel agar pembaca dapat merasai akan jalan cerita yang ingin disampaikan.
Disamping itu, perkembangan cerita dalam novel ini perlulah diolah supaya jalan cerita
menjadi lebih mantao dan lebih tersusun. Akhir sekali, penulis novel perlulah menambahkan
teknik plot dalam novel ini supaya setiap pembaca dapat memantapkan pemikiran mereka
untuk menganalisis novel.